1 00:00:07,007 --> 00:00:11,428 LAND OF WOMEN 2 00:00:32,281 --> 00:00:33,367 Boleh saya masuk? 3 00:00:39,081 --> 00:00:40,290 Helo. 4 00:00:45,671 --> 00:00:47,506 Saya di atas jika awak perlukan saya. 5 00:00:56,223 --> 00:00:57,599 Selamat malam. 6 00:01:04,647 --> 00:01:07,067 Itu sebab tinggalkan kami. 7 00:01:07,693 --> 00:01:12,281 Itu pula sebab saya di pekan ini selama berminggu-minggu tanpa khabar awak! 8 00:01:13,115 --> 00:01:15,993 Itu pula sebab melarikan diri dengan perempuan lain 9 00:01:15,993 --> 00:01:18,287 semasa kami diburu oleh konco Tony! 10 00:01:18,287 --> 00:01:19,830 Tolong benarkan saya jelaskan, sayang. 11 00:01:19,830 --> 00:01:22,875 Awak panggil saya sayang sekali lagi, saya akan pukul lebih kuat! 12 00:01:22,875 --> 00:01:27,045 Saya tak berniat nak tinggalkan awak. 13 00:01:27,045 --> 00:01:29,756 Saya perlu lari supaya kamu selamat. 14 00:01:29,756 --> 00:01:31,633 Kami tak selamat, Fred! 15 00:01:31,633 --> 00:01:34,928 Itu satu kesilapan! Sekarang saya sedar. 16 00:01:34,928 --> 00:01:36,013 - Kesilapan? - Ya. 17 00:01:36,013 --> 00:01:39,516 Mencuri jubah mandi dari hotel dikira kesilapan. 18 00:01:39,516 --> 00:01:41,560 Awak curi 15 juta dolar! 19 00:01:44,730 --> 00:01:47,733 Tidak, saya tak curi duit itu. 20 00:01:47,733 --> 00:01:49,568 Tidak. Saya pinjam. 21 00:01:49,568 --> 00:01:51,278 - Awak pinjam. Oh, Tuhan. - Ya. 22 00:01:51,278 --> 00:01:52,821 Saya pinjam daripada Tony. 23 00:01:52,821 --> 00:01:55,657 Untuk dilaburkan di blok pangsapuri di Brooklyn. 24 00:01:55,657 --> 00:02:00,287 Saya dinasihatkan, ternyata nasihat itu buruk... 25 00:02:00,287 --> 00:02:05,501 yang saya boleh jual hartanah sebanyak 40 peratus melebihi harga pasaran. 26 00:02:05,501 --> 00:02:07,294 Saya cuma perlukan pelabur. 27 00:02:07,294 --> 00:02:09,463 Jadi, kenapa tak pergi ke bank macam orang normal? 28 00:02:09,463 --> 00:02:12,299 Sebab bank tak mahu beri saya pinjaman. 29 00:02:13,133 --> 00:02:14,676 Kenapa? 30 00:02:14,676 --> 00:02:17,930 Sebab saya sudah ada hutang dengan mereka. 31 00:02:18,555 --> 00:02:19,431 Hutang apa? 32 00:02:19,431 --> 00:02:22,935 Saya berhutang sebanyak tujuh juta dolar. 33 00:02:25,103 --> 00:02:27,439 Saya malu, Gala. 34 00:02:28,565 --> 00:02:31,151 Saya tak mahu awak fikir saya tak guna. 35 00:02:31,151 --> 00:02:34,780 Saya cuma mahu buat perkara betul. 36 00:02:36,073 --> 00:02:38,033 Sebab itu saya pinjam duit Tony. 37 00:02:38,825 --> 00:02:39,868 Supaya saya dapat... 38 00:02:40,702 --> 00:02:43,121 Saya cuma nak bahagiakan awak. 39 00:02:43,747 --> 00:02:46,792 Pembinaan sudah dimulakan di tapak, tapi kemudian para pelabur 40 00:02:46,792 --> 00:02:49,378 mula tarik balik pelaburan mereka. 41 00:02:49,378 --> 00:02:51,296 Seorang demi seorang menarik balik. 42 00:02:51,296 --> 00:02:52,506 Kemudian... 43 00:02:53,507 --> 00:02:57,427 Memandangkan saya tiada duit, saya terpaksa hentikan pembinaan 44 00:02:57,427 --> 00:03:00,222 tapi saya dah belanjakan kebanyakan duit Tony. 45 00:03:00,222 --> 00:03:01,348 Kemudian... 46 00:03:02,558 --> 00:03:04,518 Saya tak dapat bayar balik. 47 00:03:05,602 --> 00:03:07,145 Jadi, saya... 48 00:03:08,188 --> 00:03:09,273 Awak lari. 49 00:03:11,400 --> 00:03:12,776 Ya. Saya lari. 50 00:03:25,163 --> 00:03:26,957 Kemudian saya kenal seorang wanita. 51 00:03:27,916 --> 00:03:31,003 Dia diplomat di kedutaan. 52 00:03:31,003 --> 00:03:33,922 Dia kata dia boleh bawa barang kemas keluar dari negara 53 00:03:33,922 --> 00:03:36,133 tanpa banyak masalah. 54 00:03:37,301 --> 00:03:39,136 Fred, itu rantai saya? 55 00:03:39,136 --> 00:03:40,345 Kami buat persetujuan. 56 00:03:40,345 --> 00:03:41,680 Awak buat persetujuan? 57 00:03:41,680 --> 00:03:43,015 Saya nampak gambar itu. 58 00:03:43,015 --> 00:03:46,226 Dia macam perempuan murahan dan awak bawa dia ke Monaco! 59 00:03:46,226 --> 00:03:48,437 Sayang, kami tiada apa-apa hubungan. 60 00:03:48,437 --> 00:03:50,939 Seluruh hidup kita satu penipuan, Fred. 61 00:03:50,939 --> 00:03:53,025 Saya pun dah tak kenal diri saya. 62 00:03:54,151 --> 00:03:57,070 Saya tahu saya tak dapat bayar semula duit Tony. 63 00:03:57,738 --> 00:04:00,741 Saya harap dapat bayar, tapi tak boleh. 64 00:04:01,283 --> 00:04:05,120 Tapi saya ada cara untuk kita mulakan hidup baharu. 65 00:04:08,457 --> 00:04:10,792 Hidup baharu? Awak ingat saya bodoh? 66 00:04:11,835 --> 00:04:13,545 Dengar dulu cakap saya. 67 00:04:15,172 --> 00:04:17,716 Kebanyakan benda yang kita miliki adalah atas nama awak. 68 00:04:17,716 --> 00:04:19,426 Maafkan saya, Gala. 69 00:04:20,093 --> 00:04:24,223 Ini saja cara kita boleh mulakan hidup baharu dan lindung keluarga kita. 70 00:04:24,848 --> 00:04:26,558 Saya tak boleh lakukan tanpa awak. 71 00:04:47,538 --> 00:04:52,251 Pukul sepuluh malam esok, ada kapal 72 00:04:52,251 --> 00:04:55,629 yang akan berlepas dari Barcelona menuju ke Argentina. 73 00:04:55,629 --> 00:04:58,590 Saya ada tiket dan pasport palsu untuk kita semua. 74 00:04:59,174 --> 00:05:04,346 Saya tahu saya tak bijak berurus niaga, tapi saya buat semua ini demi kita. 75 00:05:04,346 --> 00:05:07,641 Kita tak boleh pulang atau tinggal di sini. 76 00:05:08,350 --> 00:05:09,726 Awak mahu ikut saya? 77 00:05:12,145 --> 00:05:13,939 Mereka mahu bunuh saya, Gala. 78 00:05:15,566 --> 00:05:17,818 Tolong cakap sesuatu, Gala. 79 00:05:26,285 --> 00:05:28,912 - Tak guna. Itu Kevin. - Kevin? 80 00:05:30,122 --> 00:05:32,416 Kejap. Maksud awak Hank dan Kevin? Pembunuh upahan Tony? 81 00:05:32,416 --> 00:05:34,209 Ya! Pembunuh upahan Tony. 82 00:05:35,419 --> 00:05:36,587 Mereka di sini? Sekarang? 83 00:05:36,587 --> 00:05:38,589 Ya. Mereka dah lama jumpa kami sebelum awak, 84 00:05:38,589 --> 00:05:40,215 jelaslah awak memang tak berguna. 85 00:05:42,176 --> 00:05:43,719 Mereka buat apa-apa pada awak? 86 00:05:43,719 --> 00:05:46,763 Tidak, tiada apa-apa. Mereka cuma acu pistol pada kami. 87 00:05:50,309 --> 00:05:53,020 Saya patut biar mereka tangkap awak sebab awak punca kami begini. 88 00:05:53,020 --> 00:05:54,438 Gala. 89 00:05:56,398 --> 00:05:58,650 Gala, tak mungkin awak mahu... 90 00:05:59,693 --> 00:06:03,197 Tidak. Mari. Kita keluar ikut pintu belakang. 91 00:06:11,872 --> 00:06:13,790 Saya takkan tinggalkan awak. 92 00:06:13,790 --> 00:06:16,543 - Tunggu. Terlalu bahaya. - Sekarang awak nak jadi wira? 93 00:06:23,175 --> 00:06:24,676 Hei, Julia. Apa khabar? 94 00:06:24,676 --> 00:06:26,762 - Saya nak pukul awak! - Jangan, mak! 95 00:06:26,762 --> 00:06:28,305 - Cukup! Mari. Cepat. - Tak guna! 96 00:06:29,223 --> 00:06:32,309 Kita perlu bawa dia keluar dari sini. Mak perlu alihkan perhatian dia. 97 00:06:32,309 --> 00:06:33,810 - Siapa? - Kevin. 98 00:06:33,810 --> 00:06:35,020 Ayah. 99 00:06:35,020 --> 00:06:37,231 Hei, sayang. Hei. Mari sini. 100 00:06:37,231 --> 00:06:40,317 Ayah perlu pergi. Ayah janji kita akan jumpa nanti. 101 00:06:40,317 --> 00:06:41,944 - Ayah janji. - Tidak. Tapi ayah baru sampai. 102 00:06:43,487 --> 00:06:44,530 Hei! 103 00:06:44,530 --> 00:06:46,073 Seronok jumpa awak. 104 00:06:46,073 --> 00:06:47,533 Kenapa bising-bising? 105 00:06:47,533 --> 00:06:51,119 Saya pekak sikit, sebab itu bunyi TV kuat. 106 00:06:51,828 --> 00:06:53,914 Boleh saya tengok sekeliling, nenek? 107 00:06:53,914 --> 00:06:55,707 Boleh. Buatlah macam rumah sendiri. 108 00:06:57,751 --> 00:06:59,837 Awak mahu segelas susu? 109 00:06:59,837 --> 00:07:01,213 Saya mahu. 110 00:07:01,213 --> 00:07:02,631 Susu? Okey? 111 00:07:02,631 --> 00:07:04,842 Daripada lembu jiran. 112 00:07:06,635 --> 00:07:07,469 Tak mengapa. 113 00:07:07,469 --> 00:07:09,179 - Kamu dapat jumpa dia nanti. - Sayang kamu. 114 00:07:09,179 --> 00:07:11,765 Suruh Amat jumpa kami di tepi jalan, okey? 115 00:07:11,765 --> 00:07:12,850 Okey? 116 00:07:15,519 --> 00:07:16,353 Dengar sini! 117 00:07:16,353 --> 00:07:18,689 Kuatnya awak. 118 00:07:18,689 --> 00:07:20,440 Awak sangat kuat. 119 00:07:20,440 --> 00:07:22,776 Banyak bersenam? 120 00:07:24,653 --> 00:07:27,489 - Saya bersenam. - Otot betul? 121 00:07:27,489 --> 00:07:30,993 Mahu segelas susu dan biskut? 122 00:07:30,993 --> 00:07:32,786 Okey. Mari. 123 00:07:33,662 --> 00:07:37,708 Jadi, lelaki bernama "Armand" itu tinggal di sini? 124 00:07:38,500 --> 00:07:40,085 Amat. Nama dia Amat. 125 00:07:40,085 --> 00:07:42,296 Ya, dia tinggal di sini. Dia beli rumah ibu saudara saya. 126 00:07:42,296 --> 00:07:43,213 Tapi itu tak penting. 127 00:07:43,213 --> 00:07:44,464 Tengok, itu pun dia. 128 00:07:44,464 --> 00:07:46,341 - Cepat. Mari. - Hei. 129 00:07:46,341 --> 00:07:48,218 Awak tak boleh tinggal di sini. 130 00:07:48,218 --> 00:07:50,137 Biar saya bantu awak pergi dari sini. 131 00:07:50,137 --> 00:07:53,557 Pelabuhan. Malam esok. Pukul sepuluh. 132 00:07:54,349 --> 00:07:57,019 - Saya tunggu awak. - Fred, kita... 133 00:07:57,019 --> 00:07:58,854 Mahu pergi atau tidak? 134 00:07:59,563 --> 00:08:01,356 - Pergi? - Ya. 135 00:08:01,356 --> 00:08:02,608 Terima kasih. 136 00:08:18,123 --> 00:08:20,834 Biskut itu sedap, bukan? Ya. 137 00:08:20,834 --> 00:08:22,169 Sangat sedap. 138 00:08:22,169 --> 00:08:24,713 Tapi kalau mahu tidur, 139 00:08:25,255 --> 00:08:27,299 saya ada cara ajaib. 140 00:08:29,468 --> 00:08:30,761 Awak memang unik. 141 00:08:31,887 --> 00:08:32,846 Apa itu? 142 00:08:33,514 --> 00:08:35,307 Saya tak dengar apa-apa. 143 00:09:07,756 --> 00:09:09,633 Jangan kacau. Kami sedang tidur. 144 00:09:12,678 --> 00:09:13,929 Maafkan saya. 145 00:09:15,681 --> 00:09:16,515 Mimpi indah. 146 00:09:30,279 --> 00:09:33,448 Boleh beritahu mak apa si bodoh itu buat di sini? 147 00:09:33,448 --> 00:09:34,867 Dia mahu betulkan keadaan. 148 00:09:34,867 --> 00:09:36,952 Senang saja. Dia patut pulangkan duit itu. 149 00:09:38,996 --> 00:09:41,582 Tidak. Jangan cakap. Dia tak ada duit. 150 00:09:42,332 --> 00:09:43,917 Tak ada? 151 00:09:43,917 --> 00:09:45,210 Dia tak ada duitnya. 152 00:09:45,878 --> 00:09:48,005 Jadi bagaimana dia mahu betulkan keadaan? 153 00:09:49,756 --> 00:09:51,758 Saya tak tahu, mak. 154 00:09:51,758 --> 00:09:53,719 Tapi dia ada rancangan. 155 00:09:55,721 --> 00:09:57,181 Dia mahu kita ikut dia. 156 00:09:57,181 --> 00:09:59,600 Pengecut. Dia mahu larikan diri. 157 00:09:59,600 --> 00:10:01,518 Kamu setuju? 158 00:10:01,518 --> 00:10:04,521 Tidak, mak. Saya tak setuju. Saya tak cakap apa-apa. 159 00:10:04,521 --> 00:10:07,608 Dia tiba-tiba muncul, cakap begitu, 160 00:10:07,608 --> 00:10:09,693 dan lelaki itu pula datang. 161 00:10:09,693 --> 00:10:12,237 Saya sangka dia mahu bunuh Fred. 162 00:10:12,237 --> 00:10:14,823 Dia bapa anak saya. Apa mak mahu saya buat? 163 00:10:15,490 --> 00:10:18,243 Kamu mahu mak jawab atau itu soalan retorik? 164 00:10:18,785 --> 00:10:21,246 Saya sangka semua akan okey apabila ayah datang. 165 00:10:21,830 --> 00:10:23,123 Mak pun fikir begitu. 166 00:10:25,000 --> 00:10:26,543 Apa kita nak buat sekarang? 167 00:10:43,268 --> 00:10:44,311 Okey... 168 00:10:46,480 --> 00:10:50,817 Ya, terima kasih sebab jaga keluarga saya. 169 00:10:52,277 --> 00:10:54,238 Ia datang setiap sejam setengah. 170 00:11:00,661 --> 00:11:02,079 Bagaimana saya nak tahu bas sudah sampai? 171 00:11:03,080 --> 00:11:07,459 Kalau bas tak datang dalam sejam setengah, maksudnya ia sudah sampai. 172 00:11:08,627 --> 00:11:09,670 Ya, okey. 173 00:11:11,547 --> 00:11:12,381 Ya. 174 00:11:14,550 --> 00:11:15,801 Okey. 175 00:11:20,931 --> 00:11:21,765 Hei. 176 00:11:21,765 --> 00:11:25,185 Boleh tolong saya? Boleh berikan ini kepada mereka? 177 00:11:25,936 --> 00:11:28,397 Saya tak boleh simpan di sini. 178 00:11:28,397 --> 00:11:32,276 Penjahat itu sebahagian daripada masalah yang lebih besar. 179 00:11:32,985 --> 00:11:37,614 Kalau betul awak ambil berat akan mereka, suruh mereka ikut saya. 180 00:11:45,831 --> 00:11:46,832 Terima kasih. 181 00:12:05,851 --> 00:12:07,477 Dia suruh saya beri kepada awak. 182 00:12:09,730 --> 00:12:13,984 Saya tak tahu masalah suami awak, tapi saya tahu dia libatkan awak. 183 00:12:15,152 --> 00:12:17,279 Dia mahu awak ikut dia. 184 00:12:18,947 --> 00:12:20,157 Awak akan ikut? 185 00:12:21,783 --> 00:12:23,076 Entahlah. 186 00:12:23,076 --> 00:12:24,995 Walaupun dia sudah menipu? 187 00:12:26,079 --> 00:12:27,956 Mereka hampir bunuh kami. 188 00:12:29,249 --> 00:12:33,504 Saya lengahkan masa memikirkan saya akan jumpa Fred, tapi kini, entahlah. 189 00:12:35,589 --> 00:12:37,925 Sekarang mereka bukan hanya mahukan Fred. 190 00:12:39,760 --> 00:12:42,513 Awak ada 15 juta dolar di sini? 191 00:13:04,576 --> 00:13:06,453 Percayakan naluri awak, Gala. 192 00:13:35,774 --> 00:13:38,527 {\an8}PASPORT KANADA 193 00:13:56,545 --> 00:14:00,424 Bangun, tuan-tuan. Kamu perlu ikut saya. 194 00:14:00,424 --> 00:14:01,592 Tak guna. 195 00:14:01,592 --> 00:14:05,679 Cepat. Berdiri perlahan-lahan dan jangan bertindak bodoh. 196 00:14:05,679 --> 00:14:07,014 Jangan buat benda bodoh. 197 00:14:07,014 --> 00:14:10,225 Kenapa awak acu pistol pada mereka, Quintanilla? 198 00:14:10,225 --> 00:14:12,519 - Bagaimana kalau mereka berbahaya? - Berbahaya? 199 00:14:12,519 --> 00:14:14,188 Awak tak pandai guna pistol! 200 00:14:14,188 --> 00:14:16,190 Cepat. Simpan pistol. 201 00:14:17,274 --> 00:14:20,402 Awak berhak berdiam diri dan tidak menjawab soalan. 202 00:14:20,402 --> 00:14:23,405 Quintanilla, aduhai! Awak tak nampak mereka tak faham? 203 00:14:23,405 --> 00:14:26,491 Andreu, sudah lama saya mahu ucap kata-kata itu. 204 00:14:26,491 --> 00:14:28,619 - Biarlah saya sebut. - Okey. 205 00:14:28,619 --> 00:14:30,412 Kamu berhak dapatkan peguam. 206 00:14:30,412 --> 00:14:32,539 Jika tak mampu, peguam akan dilantik. 207 00:14:32,539 --> 00:14:33,749 Apa jadi? 208 00:14:33,749 --> 00:14:37,920 Keluarga suami awak. Rupa-rupanya, mereka curi van ini. 209 00:14:37,920 --> 00:14:39,922 - Tak sangka, bukan? - Betulkah? 210 00:14:42,508 --> 00:14:44,259 Kita tak boleh percaya ahli keluarga lagi. 211 00:14:45,093 --> 00:14:48,180 Mujur Amat perasan mereka bukan orang baik. 212 00:14:48,180 --> 00:14:49,181 - Amat? - Ya. 213 00:14:49,181 --> 00:14:50,724 Dia hubungi kami. 214 00:14:50,724 --> 00:14:52,643 Kami periksa plat pendaftaran dan dapat tahu 215 00:14:52,643 --> 00:14:56,230 ia dilaporkan hilang beberapa hari lalu di Besalú. 216 00:14:56,730 --> 00:14:58,315 Awak okey? 217 00:14:58,941 --> 00:15:02,444 Ya. Mereka akan ke penjara? 218 00:15:02,444 --> 00:15:03,946 Buat masa ini jel. 219 00:15:03,946 --> 00:15:06,865 Mereka akan didakwa merompak, tapi semua ini ambil masa. 220 00:15:06,865 --> 00:15:09,117 Mungkin mereka akan bebas dalam masa beberapa jam. 221 00:15:09,660 --> 00:15:10,827 Okey. 222 00:15:11,537 --> 00:15:13,080 Sebenarnya... 223 00:15:13,080 --> 00:15:17,793 Keluarga penuh dengan kejutan. 224 00:15:17,793 --> 00:15:23,590 Kadangkala mereka tak menyenangkan dan kadangkala menyenangkan. 225 00:15:25,133 --> 00:15:31,723 Jika, selepas ini, kita berdua bukan bapa saudara dan anak saudara, 226 00:15:31,723 --> 00:15:33,976 bagus juga. 227 00:15:35,269 --> 00:15:37,020 Sangat bagus. 228 00:15:37,729 --> 00:15:38,856 Andreu! 229 00:15:40,732 --> 00:15:43,235 Kita ada banyak kerja. Mereka perlu diproses. 230 00:15:45,112 --> 00:15:46,864 Hati-hati, okey? 231 00:15:53,662 --> 00:15:57,875 Mereka akan bebas beberapa jam lagi, dan akan kembali dalam keadaan marah. 232 00:15:57,875 --> 00:16:00,586 Kita perlu pergi sekarang juga. 233 00:16:01,587 --> 00:16:03,172 Ini yang terbaik. 234 00:16:04,298 --> 00:16:05,424 Okey. Ini yang terbaik. 235 00:16:05,424 --> 00:16:07,593 Mak buat keputusan sendiri. 236 00:16:07,593 --> 00:16:08,677 Sekali lagi. 237 00:16:09,678 --> 00:16:12,723 Kita tak boleh tinggal di sini. Kita tak boleh balik. 238 00:16:12,723 --> 00:16:14,683 Kita tak ada duit. Ini saja pilihan kita. 239 00:16:18,604 --> 00:16:20,647 Okey. Okey, betul. Kamu betul. 240 00:16:20,647 --> 00:16:25,068 Ini sangat penting dan kita akan buat keputusan ini bersama-sama. 241 00:16:25,068 --> 00:16:26,195 Apa patut kita buat? 242 00:16:26,778 --> 00:16:27,946 Ada idea? 243 00:16:34,953 --> 00:16:36,705 Mak pasti ini yang terbaik? 244 00:16:40,792 --> 00:16:42,711 Mak tahu kamu marah dengan mak. 245 00:16:42,711 --> 00:16:44,421 Saya tak marah dengan mak. 246 00:16:44,421 --> 00:16:45,797 Saya marah dengan ayah. 247 00:16:47,049 --> 00:16:48,550 Betulkah kita akan ikut dia? 248 00:16:49,426 --> 00:16:51,553 Mulakan hidup baharu dengan nama palsu? 249 00:16:52,596 --> 00:16:54,348 Selepas semua perbuatannya? 250 00:16:55,724 --> 00:16:59,478 Mak tahu dia buat kesilapan besar. 251 00:17:00,437 --> 00:17:01,605 Tapi dia ayah kamu. 252 00:17:02,940 --> 00:17:05,108 Dia datang untuk betulkan keadaan. 253 00:17:07,986 --> 00:17:11,156 Mak fikir kita akan lebih selamat bersama dia daripada bersendirian? 254 00:17:12,741 --> 00:17:14,617 Pertama, kita perlu pergi dari sini. 255 00:17:14,617 --> 00:17:15,868 Okey? 256 00:17:21,083 --> 00:17:22,084 Okey. 257 00:17:22,084 --> 00:17:23,961 - Okey. - Kita pergi. 258 00:17:24,586 --> 00:17:26,338 Kemas barang. 259 00:17:26,338 --> 00:17:27,297 Cepat. 260 00:17:35,138 --> 00:17:37,891 - Saya tahu apa mak mahu cakap. - Mak tak cakap apa-apa pun. 261 00:17:37,891 --> 00:17:40,519 Mak fikir saya mahu hidup begini? 262 00:17:42,062 --> 00:17:44,022 Tinggalkan semuanya separuh jalan? 263 00:17:44,022 --> 00:17:45,941 Kilang wain, rumah kita... 264 00:17:45,941 --> 00:17:48,235 Hei, mak tak cakap apa-apa pun. 265 00:17:50,487 --> 00:17:52,406 Tapi melarikan diri bukan penyelesaian terbaik. 266 00:17:54,032 --> 00:17:56,285 Percayalah. Mak ada pengalaman. 267 00:18:00,247 --> 00:18:01,206 Mak mahu ke mana? 268 00:18:02,165 --> 00:18:05,002 Ucapkan selamat tinggal. Mungkin kamu pun patut buat begitu. 269 00:18:20,267 --> 00:18:22,936 Awak tak hempas pintu. 270 00:18:24,229 --> 00:18:25,647 Kita semakin baik. 271 00:18:26,732 --> 00:18:27,733 Apa awak mahu? 272 00:18:28,317 --> 00:18:31,570 Saya mahu buat apa saya patut buat bertahun-tahun lalu. 273 00:18:33,113 --> 00:18:34,198 Ucap selamat tinggal. 274 00:18:36,366 --> 00:18:38,994 Awak nak pergi? Sekali lagi? 275 00:18:38,994 --> 00:18:41,163 Sudahlah. Jangan buat muka begitu. 276 00:18:41,830 --> 00:18:43,165 Ini lebih baik, bukan? 277 00:18:44,082 --> 00:18:46,168 Saya cuma menyusahkan awak sejak saya sampai. 278 00:18:47,377 --> 00:18:50,172 Awak tahu apa saya amat rindui selama ini? 279 00:18:50,172 --> 00:18:53,926 Bukan mempunyai rumah cantik berbanding treler yang usang, 280 00:18:53,926 --> 00:18:57,638 pekerjaan bergaji besar atau teman lelaki baik... 281 00:18:57,638 --> 00:18:59,473 Saya ada ramai teman lelaki baik. 282 00:19:00,057 --> 00:19:04,686 Selama ini saya amat rindu berbual dengan awak. 283 00:19:10,400 --> 00:19:13,487 Saya pergi dulu. 284 00:19:14,863 --> 00:19:16,907 Saya harap kita ada lebih banyak masa. 285 00:19:18,867 --> 00:19:21,245 Okey. Selamat jalan. 286 00:19:26,166 --> 00:19:27,292 Apa? 287 00:19:28,293 --> 00:19:29,545 Tak guna. 288 00:19:30,337 --> 00:19:32,756 Begini cara kita akan ucap selamat tinggal? 289 00:19:32,756 --> 00:19:34,675 Apa awak mahu saya kata? 290 00:19:35,259 --> 00:19:37,427 Entahlah. Cakaplah sesuatu. 291 00:19:39,847 --> 00:19:41,932 Awak fikir saya mahu pergi? 292 00:19:41,932 --> 00:19:43,433 Jadi, jangan pergi! 293 00:19:47,688 --> 00:19:51,859 Selama 40 tahun, saya fikir takkan dapat jumpa awak lagi. 294 00:19:53,402 --> 00:19:59,157 Kini awak di sini, saya sudah biasa bersama awak semula. 295 00:20:02,035 --> 00:20:07,165 Walaupun awak menyusahkan dan suka buat saya jengkel. 296 00:20:07,708 --> 00:20:09,793 Itu perkara paling saya suka. 297 00:20:13,088 --> 00:20:14,631 Saya ada bilik kosong. 298 00:20:20,512 --> 00:20:21,763 Di mana awak letak tong itu? 299 00:20:21,763 --> 00:20:22,973 Nalda, mana Amat? 300 00:20:23,640 --> 00:20:24,892 Saya tak nampak dia hari ini. 301 00:20:26,059 --> 00:20:27,603 Awak dah sampai! 302 00:20:27,603 --> 00:20:29,354 Begini, kami ada idea. 303 00:20:29,354 --> 00:20:31,607 Hias semua ini untuk kedatangan perempuan Amerika itu nanti. 304 00:20:31,607 --> 00:20:35,110 Beberapa benda saja: lampu, tanglung, pancaragam memainkan muzik. 305 00:20:35,110 --> 00:20:36,653 - Apa pendapat awak? - Okey! 306 00:20:36,653 --> 00:20:42,034 Kita sambut Hari Saint Vincent lebih awal untuk orang asing itu! 307 00:20:42,034 --> 00:20:43,493 Bagus, tentu dia suka! 308 00:20:43,493 --> 00:20:47,247 Akan ada bebiri di luar supaya nampak lebih ekologi. 309 00:20:47,247 --> 00:20:48,957 Itu idea Amat. 310 00:20:48,957 --> 00:20:50,417 Mana Amat? 311 00:20:50,417 --> 00:20:52,961 Dia di belakang, menyediakan sampel wain. 312 00:20:53,629 --> 00:20:54,838 Apa awak buat? 313 00:20:57,299 --> 00:20:58,800 Edna akan sampai esok. 314 00:21:00,677 --> 00:21:02,304 Semuanya perlu disiapkan. 315 00:21:04,389 --> 00:21:05,849 Dia akan suka wain ini. 316 00:21:06,642 --> 00:21:08,310 Kilang wain. 317 00:21:08,310 --> 00:21:09,520 Serta bebiri. 318 00:21:13,357 --> 00:21:14,441 Awak akan okey. 319 00:21:18,529 --> 00:21:19,738 Saya kesal awak takkan ada di sini. 320 00:21:21,198 --> 00:21:23,659 Orang Amerika! 321 00:21:23,659 --> 00:21:24,785 - Apa? - Bukan awak. 322 00:21:24,785 --> 00:21:26,036 Seorang lagi! Dia di sini! 323 00:21:26,036 --> 00:21:27,829 - Edna? - Apa maksud awak, "sini"? 324 00:21:27,829 --> 00:21:29,873 Tidak, dia kata dia datang esok. 325 00:21:29,873 --> 00:21:32,251 Tidak. Pejabatnya telefon dan beritahu dia akan datang 326 00:21:32,251 --> 00:21:34,837 menaiki helikopter dan akan mendarat nanti. 327 00:21:34,837 --> 00:21:38,757 Saya akan beritahu semua orang supaya kita boleh sambut dia sewajarnya. 328 00:21:38,757 --> 00:21:40,008 Ayuh! 329 00:21:40,008 --> 00:21:41,802 - Lengahkan dia. - Hei, tidak. 330 00:21:41,802 --> 00:21:43,846 - Lima minit saja. - Saya perlu pergi sekarang. 331 00:21:43,846 --> 00:21:45,264 Gala, tolonglah. 332 00:21:53,438 --> 00:21:54,773 KOPERASI LES BITLLES 333 00:21:54,773 --> 00:21:56,191 KILANG WAIN KOPERASI 334 00:22:14,918 --> 00:22:16,044 Edna. 335 00:22:16,712 --> 00:22:18,005 Gala? 336 00:22:18,005 --> 00:22:19,339 - Hai. - Oh, Tuhan. 337 00:22:19,339 --> 00:22:20,841 Apa awak buat di sini? 338 00:22:20,841 --> 00:22:22,301 Bukankah awak hilang? 339 00:22:22,301 --> 00:22:23,635 Hilang? 340 00:22:23,635 --> 00:22:25,345 Saya di sini. 341 00:22:26,263 --> 00:22:28,807 Saya sangka saya yang buat kemunculan mengejutkan. 342 00:22:28,807 --> 00:22:30,851 Apa jadi kepada awak? 343 00:22:30,851 --> 00:22:32,769 Ya, okey. 344 00:22:32,769 --> 00:22:37,649 Panjang kisahnya, tapi kami putuskan untuk datang ke kampung ibu saya. 345 00:22:37,649 --> 00:22:40,736 Ya. Saya cuba wain ini dan terus teringat awak. 346 00:22:41,320 --> 00:22:44,406 Saya tak sabar nak awak tunjukkan saya segalanya. 347 00:22:44,406 --> 00:22:46,283 Banyak perkara awak perlu ceritakan. 348 00:22:46,283 --> 00:22:47,492 Jadi, inilah mereka. 349 00:22:47,993 --> 00:22:48,827 Comelnya. 350 00:22:48,827 --> 00:22:50,287 Ini Edna. 351 00:22:50,287 --> 00:22:52,164 - Helo! - Hai. 352 00:22:52,164 --> 00:22:53,999 Tapi, Ramona, dengar, sayang. 353 00:22:53,999 --> 00:22:58,086 Meraikan Hari Saint Vincent awal ialah satu pencabulan. 354 00:22:58,086 --> 00:22:59,379 Sudahlah, paderi! 355 00:22:59,379 --> 00:23:01,673 Kita cuma mahu perempuan itu kagum saja. 356 00:23:01,673 --> 00:23:03,884 Kita sambut perayaan sebenar Mei nanti. 357 00:23:03,884 --> 00:23:04,968 Ayuh! 358 00:23:04,968 --> 00:23:08,305 Ini saja peluang untuk tunjukkan pekan kita terbaik. Ikut saja. 359 00:23:08,889 --> 00:23:10,224 Kita akan lakukannya. 360 00:23:12,434 --> 00:23:13,477 Demi Gala. 361 00:23:13,477 --> 00:23:15,354 Jika demi Gala... 362 00:23:15,354 --> 00:23:18,774 Bagus! Saya akan suruh pancaragam bersedia. 363 00:23:18,774 --> 00:23:20,317 Ini wain istimewa. 364 00:23:20,317 --> 00:23:23,529 Penghasilan yang sangat kecil kerana dibuat dengan berhati-hati. 365 00:23:23,529 --> 00:23:26,532 Mereka ada sijil wain mesra alam sekitar? 366 00:23:26,532 --> 00:23:28,200 - Ya, sudah tentu. - Bagus. 367 00:23:28,200 --> 00:23:29,826 Itulah yang bagus tentang tempat ini. 368 00:23:29,826 --> 00:23:32,454 Tanahnya elok, mereka tak guna bahan kimia, 369 00:23:32,454 --> 00:23:34,248 mereka ada baja semula jadi... 370 00:23:37,209 --> 00:23:40,212 Saya cakap, kita cuma guna baja semula jadi. Betul? 371 00:23:40,212 --> 00:23:43,549 Sudah tentu. Seratus peratus najis bebiri. 372 00:23:44,258 --> 00:23:47,010 Saya tak tahu apa katanya, tapi bunyinya bagus. 373 00:23:47,010 --> 00:23:49,429 - Mari kita rasa wain. - Ya. Ayuh. 374 00:23:54,268 --> 00:23:56,562 Kilang wain ini sangat unik. 375 00:23:56,562 --> 00:24:00,274 Saya harap awak sukakannya sama macam kami. 376 00:24:00,274 --> 00:24:03,402 Ya. Ini campuran istimewa. 377 00:24:03,402 --> 00:24:06,029 Dua wain vintaj berbeza dan jika awak rasa berasingan, 378 00:24:06,029 --> 00:24:08,198 awak mungkin takkan sangka ia sedap dicampurkan. 379 00:24:08,198 --> 00:24:13,161 Tapi rupa-rupanya, ia memang serasi. 380 00:24:13,161 --> 00:24:14,246 Ya. 381 00:24:14,788 --> 00:24:18,667 Ya, kami dapat hasilkan campuran unik. 382 00:24:18,667 --> 00:24:20,043 Campuran. 383 00:24:20,544 --> 00:24:21,545 Ya. 384 00:24:27,634 --> 00:24:28,635 Bagaimana? 385 00:24:29,178 --> 00:24:30,179 Bagaimana? 386 00:24:35,517 --> 00:24:36,560 Saya suka. 387 00:24:38,729 --> 00:24:41,231 Okey. Saya akan berterus terang. 388 00:24:41,231 --> 00:24:42,482 Memang boleh untung besar. 389 00:24:42,482 --> 00:24:46,403 Bukan wain saja, saya maksudkan keseluruhan konsep. 390 00:24:46,403 --> 00:24:49,406 Kilang wain ini, tradisinya. 391 00:24:49,406 --> 00:24:51,658 Saya mahu jadi orang pertama yang membelinya. 392 00:24:53,076 --> 00:24:54,203 Tiga puluh ribu botol. 393 00:24:54,203 --> 00:24:56,872 Saya boleh bayar dulu sepuluh peratus, selebihnya selepas terima. 394 00:24:56,872 --> 00:24:58,040 Bagus! 395 00:24:58,040 --> 00:24:59,374 Baguslah. 396 00:24:59,958 --> 00:25:00,959 Apa? 397 00:25:01,502 --> 00:25:04,338 Boleh, beri kami masa sekejap? 398 00:25:04,338 --> 00:25:06,507 Sekejap saja. 399 00:25:06,507 --> 00:25:07,674 Tak perlu tergesa-gesa. 400 00:25:10,677 --> 00:25:11,845 Kenapa? 401 00:25:13,055 --> 00:25:14,473 Kita tak boleh terima. 402 00:25:14,473 --> 00:25:15,432 Kenapa tak boleh? 403 00:25:15,432 --> 00:25:17,601 Koperasi ada banyak hutang. 404 00:25:17,601 --> 00:25:20,395 Sepuluh peratus pendahuluan pun takkan dapat bayar separuh. 405 00:25:20,395 --> 00:25:23,273 Kami perlukan minimum 30 peratus. 406 00:25:23,273 --> 00:25:26,109 Tiada siapa akan tawarkan lebih banyak duit, Amat. 407 00:25:30,948 --> 00:25:33,992 Okey. Biar saya cakap. 408 00:25:34,952 --> 00:25:38,038 Edna. Kami setuju. 409 00:25:38,038 --> 00:25:40,707 Awak takkan jumpa wain lain seperti ini dan awak pun tahu. 410 00:25:41,375 --> 00:25:44,586 Macam awak kata, kisah dan wainnya cukup menarik. 411 00:25:44,586 --> 00:25:47,673 Setiap botol adalah unik, berbeza dan istimewa. 412 00:25:47,673 --> 00:25:52,135 Orang akan bayar banyak duit untuk dapatkan sebotol. 413 00:25:52,970 --> 00:25:56,598 Jadi saya rasa, awak takkan beli 30,000 botol. 414 00:25:56,598 --> 00:25:59,101 Awak akan beli 100,000 botol. 415 00:26:04,690 --> 00:26:05,899 Awak bagus. 416 00:26:07,359 --> 00:26:08,694 Jadi, setuju? 417 00:26:09,528 --> 00:26:11,405 - Setuju. - Ya! 418 00:26:12,072 --> 00:26:13,532 Bagus. Ayuh. 419 00:26:13,532 --> 00:26:16,451 Kami rancang sesuatu yang hebat. Awak akan suka pekan ini. 420 00:26:16,451 --> 00:26:18,996 SELAMAT DATANG 421 00:26:36,847 --> 00:26:39,016 Ikut kami, Edna, sayang. 422 00:26:40,142 --> 00:26:41,894 Awak berjaya, Gala! 423 00:26:48,192 --> 00:26:50,152 Mak takkan rindu semua ini? 424 00:26:52,070 --> 00:26:53,822 Semuanya akan okey. 425 00:26:53,822 --> 00:26:55,115 Percayalah. 426 00:26:56,366 --> 00:26:57,618 Mana nenek kamu? 427 00:26:58,243 --> 00:27:00,454 Ucap selamat tinggal kepada Mak Cik Mariona. 428 00:27:03,123 --> 00:27:04,625 Saya pun mahu buat begitu. 429 00:27:11,340 --> 00:27:13,467 Kenapa muram saja? 430 00:27:13,467 --> 00:27:16,011 Pakar wain itu beli wain kamu. Raikanlah. 431 00:27:16,011 --> 00:27:17,429 Kami akan tinggalkan pekan. 432 00:27:22,142 --> 00:27:24,561 Saya mahu ucap terima kasih untuk segalanya. 433 00:27:26,271 --> 00:27:31,026 Jika awak cuba buat saya hantar awak ke lapangan terbang, jangan harap. 434 00:27:33,403 --> 00:27:34,571 Awak tak patut pergi. 435 00:27:35,614 --> 00:27:36,823 Saya tak mahu pergi. 436 00:27:40,577 --> 00:27:44,081 Jadi, cepatlah kembali sebab awak hutang saya satu lukisan. 437 00:28:28,250 --> 00:28:29,793 Kita perlu pergi sekarang, mak. 438 00:28:29,793 --> 00:28:31,587 Lebih baik kamu cepat. 439 00:28:35,132 --> 00:28:36,425 Apa? 440 00:28:36,425 --> 00:28:39,386 Nenek perlu ikut kami. Kita tak boleh berpisah. 441 00:28:39,386 --> 00:28:43,015 Kate, nenek tak boleh terus melarikan diri pada usia begini. 442 00:28:43,015 --> 00:28:44,308 Saya tak mahu pergi tanpa nenek. 443 00:28:44,892 --> 00:28:46,935 Nenek tak boleh bersendirian di sini. 444 00:28:46,935 --> 00:28:48,687 Nenek akan baik-baik saja di sini. 445 00:28:48,687 --> 00:28:51,440 Nenek tahu pekan ini membosankan, tapi ini rumah nenek. 446 00:28:52,024 --> 00:28:54,359 Tak sia-sia kamu heret kami ke sini. 447 00:28:55,652 --> 00:28:58,363 Kamu pun tahu nenek sangat menjengkelkan. 448 00:28:58,363 --> 00:29:01,158 Nenek buat kamu risau dan membebankan. 449 00:29:02,367 --> 00:29:04,036 Mak tak pernah membebankan. 450 00:29:05,329 --> 00:29:06,830 Seronok tinggal di La Muga. 451 00:29:06,830 --> 00:29:08,290 Orang di sini baik. 452 00:29:09,041 --> 00:29:09,958 Adik mak pun di sini. 453 00:29:10,626 --> 00:29:12,461 Kami akan jaga dia. 454 00:29:13,253 --> 00:29:15,088 Saya akan ambilkan beg nenek. 455 00:29:17,758 --> 00:29:18,759 Siapa tahu? 456 00:29:18,759 --> 00:29:24,056 Jika mak tinggal di sini, akhirnya mak boleh tahu siapa bapa kamu. 457 00:29:24,806 --> 00:29:25,682 Ya. 458 00:29:25,682 --> 00:29:28,018 Seronok juga jika tahu siapa orangnya. 459 00:29:29,269 --> 00:29:35,692 Walau siapa pun orangnya, dia bertuah sebab kamu anak yang hebat. 460 00:29:42,824 --> 00:29:43,909 Saya sayang mak. 461 00:29:45,285 --> 00:29:46,119 Sayang sangat. 462 00:29:46,745 --> 00:29:48,080 Mak pun. 463 00:30:14,189 --> 00:30:17,484 KAPAL PELAYARAN ROMA 464 00:30:21,905 --> 00:30:23,407 Kita dah sampai. 465 00:30:24,741 --> 00:30:26,201 Terima kasih untuk segalanya. 466 00:30:28,996 --> 00:30:33,917 Saya sangka tinggal dengan kamu akan jadi mimpi ngeri. Tapi... 467 00:30:37,087 --> 00:30:37,963 Seronok juga. 468 00:30:38,589 --> 00:30:40,382 Ya, memang seronok. 469 00:30:43,010 --> 00:30:44,720 Saya tunggu mak di luar. 470 00:30:44,720 --> 00:30:45,679 Okey. 471 00:30:45,679 --> 00:30:47,806 - Selamat tinggal, Amat. - Semoga berjaya, Kate. 472 00:30:56,982 --> 00:30:59,067 - Hei... - Amat, saya tak mahu... 473 00:31:00,027 --> 00:31:01,737 - Saya cuma mahu kata... - Saya tak mahu... 474 00:31:10,412 --> 00:31:11,288 Aduhai! 475 00:31:16,335 --> 00:31:17,544 Terima kasih. 476 00:31:36,939 --> 00:31:38,357 Terima kasih. 477 00:31:41,068 --> 00:31:43,904 Menurut ibu saya, hidup sebagai wanita Xatart 478 00:31:43,904 --> 00:31:45,781 adalah seperti bermain daun terup. 479 00:31:46,281 --> 00:31:49,117 Peraturan pertama, terima ketidaktentuan. 480 00:31:49,701 --> 00:31:52,079 Kita tak tahu kad apa kita akan dapat. 481 00:31:53,872 --> 00:31:55,207 Saya tak mahu pergi. 482 00:32:05,551 --> 00:32:07,010 Apa awak buat? 483 00:32:08,762 --> 00:32:10,639 Guna klip kertas. 484 00:32:12,015 --> 00:32:13,475 Saya belajar dalam tutorial. 485 00:32:22,109 --> 00:32:24,194 Sudahlah, MacGyver. 486 00:32:24,194 --> 00:32:25,612 Kami bebas? 487 00:32:25,612 --> 00:32:28,073 Bebas? Tidak! Jangan mimpi. 488 00:32:28,073 --> 00:32:30,117 Saya datang untuk ambil patung gergasi dan kepala besar ini. 489 00:32:31,118 --> 00:32:34,538 Selagi saya di sini, peraturan perlu dipatuhi. Muktamad. 490 00:32:34,538 --> 00:32:36,790 Kamu akan dikurung di sini sehingga katak tumbuh bulu. 491 00:32:36,790 --> 00:32:38,959 Kamu langgar undang-undang. Itu hakikatnya. 492 00:32:40,794 --> 00:32:42,671 Katak, bulu. 493 00:32:42,671 --> 00:32:44,631 Apa-apa pun, kamu takkan dibebaskan. 494 00:32:44,631 --> 00:32:47,259 Orang luar datang ke Sepanyol dan buat sesuka hati. 495 00:32:47,259 --> 00:32:49,803 Terjun balkoni, cetus kekecohan... 496 00:32:49,803 --> 00:32:52,389 Kamu tak peduli tentang tanah persendirian. 497 00:32:52,389 --> 00:32:56,476 Tak boleh begitu, tuan-tuan. Mencuri van ialah feloni. 498 00:32:56,476 --> 00:32:59,646 Tak bolehkah kamu sewa kereta macam orang lain? 499 00:32:59,646 --> 00:33:01,899 Tak mampu kongsi kereta? 500 00:33:01,899 --> 00:33:03,358 Tolonglah! Kamu tak boleh ke sini... 501 00:33:05,360 --> 00:33:06,695 Apa mak mahu buat? 502 00:33:06,695 --> 00:33:08,572 Sayang, mak tahu semua ini gila. 503 00:33:08,572 --> 00:33:11,909 Ya, tapi jika berjalan lancar, kamu tak perlu ke mana-mana. 504 00:33:11,909 --> 00:33:15,245 Tolonglah. Mak mahu kamu ikut rancangan ini. 505 00:33:20,501 --> 00:33:21,502 Ayah! 506 00:33:21,502 --> 00:33:27,674 Oh, Tuhan. Awak. 507 00:33:27,674 --> 00:33:30,761 Bagus. Mari. Biar saya bawakan beg. 508 00:33:35,557 --> 00:33:37,559 Ya. Cantik, bukan? 509 00:33:37,559 --> 00:33:38,936 Pemandangan cantik. 510 00:33:40,896 --> 00:33:46,235 Ayah sangat gembira sebab kita bersama lagi. 511 00:33:48,779 --> 00:33:51,281 Ya. Mahu tengok bahagian dalam? 512 00:33:51,907 --> 00:33:53,575 - Mari. - Ya. 513 00:33:54,284 --> 00:33:55,869 Bila kita akan berlepas? 514 00:33:56,537 --> 00:33:57,829 Harapnya tak lama lagi. 515 00:33:57,829 --> 00:34:01,166 Saya belikan pakaian sebenar. 516 00:34:02,125 --> 00:34:04,461 Ayah juga belikan kamu beberapa benda, sayang. 517 00:34:04,461 --> 00:34:06,380 Kamu mahu cuba dalam bilik kamu? 518 00:34:07,214 --> 00:34:10,842 Kita ada tempahan makan malam 20 minit lagi jika kamu lapar. 519 00:34:10,842 --> 00:34:11,885 - Ya? - Ya. 520 00:34:11,885 --> 00:34:13,719 - Terima kasih, ayah. - Sama-sama. 521 00:34:17,431 --> 00:34:21,270 Sebenarnya, buat seketika, 522 00:34:21,270 --> 00:34:23,897 semasa saya tunggu awak di dok, 523 00:34:25,274 --> 00:34:29,402 saya sangka awak mahu tinggal di pekan buruk ini. 524 00:34:32,614 --> 00:34:34,741 Pekan ini tak buruk, tapi cantik. 525 00:34:34,741 --> 00:34:37,619 Ya. Awak faham maksud saya, sayang. 526 00:34:38,453 --> 00:34:40,873 Saya yakin awak dah cuba yang terbaik, 527 00:34:40,873 --> 00:34:44,877 tapi ini mungkin bukan tempat terbaik untuk mulakan hidup baharu. 528 00:34:45,585 --> 00:34:46,587 Awak faham? 529 00:34:48,338 --> 00:34:51,800 Hei, jangan risau, sekarang saya ada. 530 00:34:51,800 --> 00:34:53,719 Saya akan jaga awak. 531 00:34:56,889 --> 00:34:57,764 Tidak. 532 00:34:57,764 --> 00:35:00,267 Apa kata kita jangan tergesa-gesa, okey? 533 00:35:00,767 --> 00:35:02,436 Ya, okey. 534 00:35:03,020 --> 00:35:05,230 Ya. Kita ada banyak masa. 535 00:35:12,446 --> 00:35:15,407 Saya dah biasa tengok mak pakai pakaian kerja yang comot. 536 00:35:15,407 --> 00:35:16,783 Biar betul? 537 00:35:16,783 --> 00:35:18,827 Mak kamu? Pakai pakaian kerja comot? 538 00:35:18,827 --> 00:35:19,745 Ya! 539 00:35:19,745 --> 00:35:25,000 Saya teringat ketika tinggal dalam RV dan petik anggur dengan ibu saya. 540 00:35:25,751 --> 00:35:27,461 Saya rindu waktu itu. 541 00:35:27,461 --> 00:35:29,630 Rindu itu saja atau semuanya? 542 00:35:30,547 --> 00:35:31,882 Semuanya akan okey. 543 00:35:34,009 --> 00:35:37,429 Peraturan kedua: Jaga kad baik-baik. 544 00:35:37,971 --> 00:35:39,681 Biar mereka paksa kita dedahkan. 545 00:35:45,479 --> 00:35:46,605 Okey. 546 00:35:47,105 --> 00:35:48,607 Ini tempatnya. 547 00:35:49,316 --> 00:35:50,984 Itu kapten, sayang. 548 00:35:50,984 --> 00:35:52,277 Hei, kapten. 549 00:35:54,154 --> 00:35:55,113 Terima kasih. 550 00:35:55,113 --> 00:35:57,032 Minum untuk peluang kedua. 551 00:35:57,032 --> 00:36:01,328 Saya janji mulai sekarang, kita akan baik-baik saja. 552 00:36:04,248 --> 00:36:06,083 Oh, Tuhan. Maafkan saya. 553 00:36:06,083 --> 00:36:07,000 Sejuknya. 554 00:36:07,000 --> 00:36:08,377 Biar saya... 555 00:36:08,377 --> 00:36:11,171 Beginilah. Saya akan cuci di bilik. 556 00:36:11,171 --> 00:36:12,756 - Saya pergi sekejap. Okey. - Okey. 557 00:36:12,756 --> 00:36:15,592 Jangan lama sangat, nanti ketam raja habis. 558 00:36:20,305 --> 00:36:23,016 Tuan-tuan dan puan-puan, kapal pelayaran kami Blancaró 559 00:36:23,016 --> 00:36:25,519 akan berlayar sebentar lagi dari pelabuhan... 560 00:36:25,519 --> 00:36:26,728 Bagaimana? 561 00:36:27,396 --> 00:36:28,605 Lama lagi? 562 00:36:29,273 --> 00:36:30,274 Cepat. 563 00:36:32,609 --> 00:36:34,570 Kita tiada banyak masa. 564 00:36:35,821 --> 00:36:37,948 Saya perlu fokus, Gala. 565 00:36:37,948 --> 00:36:39,491 Okey. 566 00:36:39,491 --> 00:36:41,159 Saya takkan kacau. 567 00:36:41,159 --> 00:36:43,620 Senyap. Saya perlu suasana senyap untuk fokus. 568 00:36:43,620 --> 00:36:45,330 Kita cuma ada lima minit. 569 00:36:45,330 --> 00:36:48,125 Jika mahu saya tolong, awak perlu lengahkan Fred lagi. 570 00:36:48,125 --> 00:36:50,210 Apa awak mahu saya buat? Campak dia ke laut? 571 00:36:50,210 --> 00:36:51,295 Boleh juga. 572 00:36:51,295 --> 00:36:53,213 Kita perlu buka sekarang. 573 00:36:53,213 --> 00:36:54,590 Awak nak cuba? 574 00:36:54,590 --> 00:36:56,425 - Tidak! Awak yang pandai bertukang. - Betul? 575 00:36:56,425 --> 00:36:57,426 Ya. 576 00:37:01,430 --> 00:37:03,432 Mungkin ada sesuatu kita boleh buat. 577 00:37:05,392 --> 00:37:07,561 Kenapa dia lama sangat? 578 00:37:08,687 --> 00:37:10,689 Ayah mahu pergi cari dia. 579 00:37:10,689 --> 00:37:13,150 Jangan! Ayah, duduk! Okey? Duduk. 580 00:37:13,150 --> 00:37:14,985 Nanti dia datang. 581 00:37:15,777 --> 00:37:16,904 Okey. 582 00:37:17,654 --> 00:37:19,489 Okey. 583 00:37:21,533 --> 00:37:24,620 Ayah cuma risau tentang dia, itu saja. 584 00:37:26,330 --> 00:37:27,789 Jangan risau. Saya yakin dia okey. 585 00:37:27,789 --> 00:37:29,166 Ya. 586 00:37:33,378 --> 00:37:35,714 Cepat! Kapal akan berlayar! 587 00:37:41,220 --> 00:37:42,095 Sedia. 588 00:37:42,095 --> 00:37:43,347 Dua, tiga... 589 00:37:43,347 --> 00:37:44,848 Tarik! 590 00:37:53,273 --> 00:37:55,776 Awak berjaya! 591 00:38:13,168 --> 00:38:16,505 Tuan-tuan dan puan-puan, lima minit lagi, kapal pelayaran kita 592 00:38:16,505 --> 00:38:19,550 Blancaró akan berlepas dari pelabuhan Barcelona. 593 00:38:19,550 --> 00:38:22,052 Ayah, saya tahu ayah sayang kami. 594 00:38:22,052 --> 00:38:25,013 Saya pun sayang ayah. Percayalah. 595 00:38:25,013 --> 00:38:26,557 - Tapi... - Okey? 596 00:38:27,224 --> 00:38:29,226 Ini bukan cara betul untuk perbaiki keadaan. 597 00:38:29,226 --> 00:38:32,354 Saya tak perlukan hidup baharu. Saya tak nak lupakan siapa saya. 598 00:38:33,605 --> 00:38:36,149 Ayah, maksud saya ialah... 599 00:38:38,277 --> 00:38:41,488 jika suatu hari ayah pilih untuk hidup dengan baik, 600 00:38:42,197 --> 00:38:44,700 saya akan terima ayah ke dalam hidup saya semula. 601 00:38:51,540 --> 00:38:52,624 Katie... 602 00:38:53,876 --> 00:38:55,252 mana mak kamu? 603 00:39:00,716 --> 00:39:02,134 Oh, Tuhan. 604 00:39:08,765 --> 00:39:10,017 Tunggu! 605 00:39:10,017 --> 00:39:11,268 Apa awak buat? 606 00:39:18,233 --> 00:39:19,443 Kenapa awak patah balik? 607 00:39:20,611 --> 00:39:21,862 Perincian. 608 00:39:48,472 --> 00:39:52,017 SAYA BOLEH JAGA DIRI SENDIRI! 609 00:39:58,190 --> 00:39:59,900 Mak rasa ayah akan okey? 610 00:39:59,900 --> 00:40:01,235 Sayang, percayalah. 611 00:40:01,235 --> 00:40:03,820 Mak kenal ayah kamu. Dia akan okey. 612 00:40:09,952 --> 00:40:11,161 Aduhai! 613 00:40:14,373 --> 00:40:16,416 Mereka masih berparti? 614 00:40:19,670 --> 00:40:20,963 Oh, Tuhan! 615 00:40:21,922 --> 00:40:23,465 - Mak! - Nenek! 616 00:40:23,465 --> 00:40:26,760 Sayang! Apa kamu buat di sini? Kesayanganku! 617 00:40:26,760 --> 00:40:28,470 Kami tak boleh hidup tanpa nenek. 618 00:40:28,470 --> 00:40:31,306 Nenek gembira kamu kembali! 619 00:40:31,306 --> 00:40:32,641 Mana Fred? 620 00:40:33,183 --> 00:40:35,269 Dia dalam perjalanan ke Amerika Latin. 621 00:40:35,978 --> 00:40:40,232 Kita masih ada banyak kerja di sini. 622 00:40:40,232 --> 00:40:41,692 Pergi ikut dia. 623 00:40:43,277 --> 00:40:44,820 Ikut nenek, Kate. 624 00:40:44,820 --> 00:40:47,072 Mari sini! Mariona, mari ikut kami! 625 00:41:05,966 --> 00:41:07,467 Malam yang luar biasa! 626 00:41:08,510 --> 00:41:09,970 Tidaklah teruk sangat. 627 00:41:12,806 --> 00:41:14,057 Boleh jadi lebih baik, bukan? 628 00:41:14,057 --> 00:41:15,142 Gala! 629 00:41:15,142 --> 00:41:17,519 Saya menang permainan bitlles. 630 00:41:19,479 --> 00:41:21,106 Saya suka pekan ini! 631 00:41:21,106 --> 00:41:22,941 Saya suka mereka! 632 00:41:25,527 --> 00:41:26,737 Hai, Montse. 633 00:41:27,362 --> 00:41:30,073 - Dia mabuk, ya? - Dia minum banyak. 634 00:41:31,617 --> 00:41:32,868 Boleh kita berbincang? 635 00:41:33,869 --> 00:41:35,204 - Sekarang? - Ya. 636 00:41:36,038 --> 00:41:37,039 Boleh. 637 00:41:44,505 --> 00:41:45,756 Ada apa? 638 00:41:46,548 --> 00:41:48,926 Awak ada hidup awak. Saya ada hidup saya dan... 639 00:41:50,010 --> 00:41:52,095 Kita banyak berbincang tentang hubungan kita. 640 00:41:52,095 --> 00:41:55,098 Saya seronok. Kita berseronok dan tiada komitmen. 641 00:41:56,058 --> 00:42:00,521 Saya rasa kita dah berhati-hati supaya hal ini tak berlaku, 642 00:42:00,521 --> 00:42:01,855 tapi ia berlaku juga. 643 00:42:02,731 --> 00:42:05,067 Sekarang, sudah ada orang ketiga. 644 00:42:18,956 --> 00:42:19,998 Julia! 645 00:42:21,208 --> 00:42:23,877 Ayuh! Semua orang berseronok tapi kamu bermuram? 646 00:42:25,379 --> 00:42:27,214 Keputusan ujian sudah sampai. 647 00:42:28,799 --> 00:42:30,884 Julia! Julia, mari sini! 648 00:42:30,884 --> 00:42:32,135 Adik saya panggil. 649 00:42:58,579 --> 00:43:01,290 Edna agak piripi. 650 00:43:02,249 --> 00:43:06,545 Dia mahu datang ke kejuaraan bitlles tahun depan. 651 00:43:08,881 --> 00:43:09,882 Hei? 652 00:43:11,967 --> 00:43:13,135 Kenapa? 653 00:43:13,135 --> 00:43:14,261 Tiada apa-apa. 654 00:43:15,012 --> 00:43:15,971 Tiada apa-apa? 655 00:43:17,264 --> 00:43:19,141 Sekarang kita boleh selesaikan segalanya. 656 00:43:19,850 --> 00:43:21,310 Awak tak gembira? 657 00:43:23,270 --> 00:43:25,063 Ya. Saya gembira. 658 00:43:26,440 --> 00:43:29,443 Itu reaksi gembira awak? Serius? 659 00:43:30,027 --> 00:43:32,946 Ada sesuatu berlaku? Awak boleh percayakan saya. 660 00:43:32,946 --> 00:43:34,489 Tak semudah itu, Gala. 661 00:43:34,990 --> 00:43:36,325 Saya tahu. 662 00:43:37,201 --> 00:43:39,661 Jika awak mahu begini, lebih baik kita tak bertegur langsung. 663 00:43:39,661 --> 00:43:41,371 Boleh kita jangan bertengkar sekejap? 664 00:43:41,371 --> 00:43:42,706 Entahlah. Bolehkah? 665 00:43:49,046 --> 00:43:50,214 Apa itu? 666 00:43:57,346 --> 00:43:59,306 Akhir sekali, peraturan ketiga. 667 00:44:02,100 --> 00:44:03,936 Tinggalkan ruang untuk perkara spontan. 668 00:44:05,020 --> 00:44:08,774 Sebab rancangan terbaik pun boleh bertukar buruk. 669 00:44:37,427 --> 00:44:38,762 Dia mati? 670 00:44:42,599 --> 00:44:44,017 Nampaknya begitu, Gala. 671 00:45:16,383 --> 00:45:17,593 DIINSPIRASI DARIPADA NOVEL "LA TIERRA DE LAS MUJERES" OLEH SANDRA BARNEDA 672 00:46:08,101 --> 00:46:10,103 Terjemahan sari kata oleh Hamizah