1 00:00:44,461 --> 00:00:46,129 Kenapa kakak tak kejut saya? 2 00:00:56,556 --> 00:00:57,474 Masamnya muka. 3 00:00:59,601 --> 00:01:00,602 Kenapa? 4 00:01:01,394 --> 00:01:04,189 Nampaknya kakak dah jadi macam dulu balik. 5 00:01:07,150 --> 00:01:08,735 Dulu kakak macam mana? 6 00:01:08,818 --> 00:01:10,195 Kakak tak tahukah? 7 00:01:20,246 --> 00:01:21,081 Min-ju. 8 00:01:45,522 --> 00:01:47,273 - Hai. - Min-ju. 9 00:01:48,775 --> 00:01:52,320 Awak dengar SechsKies di radio? Mereka sangat comel. 10 00:01:52,403 --> 00:01:54,697 - H.O.T. lagi hebat. - Awak tak tahu apa-apa. 11 00:01:54,781 --> 00:01:56,032 Min-ju. 12 00:01:57,158 --> 00:01:59,744 Min-ju, ada apa-apa berlaku? 13 00:02:00,495 --> 00:02:02,539 - Awak nampak pucat. - Apa? 14 00:02:02,622 --> 00:02:05,125 Ya, awak nampak macam Min-ju yang dulu. 15 00:02:06,084 --> 00:02:07,210 Min-ju yang dulu? 16 00:02:08,586 --> 00:02:10,588 Bagaimana kelakuan Kwon Min-ju yang dulu? 17 00:02:11,673 --> 00:02:12,507 Teruk sangatkah? 18 00:02:13,049 --> 00:02:15,802 Awak taklah teruk sangat dulu. 19 00:02:15,885 --> 00:02:18,096 Tapi susah nak berkawan dengan awak. 20 00:02:18,179 --> 00:02:21,182 Kami cuba cakap dengan awak, tapi awak selalu menyendiri. 21 00:02:21,266 --> 00:02:22,976 Macam awak tak nak didekati. 22 00:02:23,059 --> 00:02:26,312 Ya, awak juga nampak macam orang yang tak suka berbual. 23 00:02:26,855 --> 00:02:29,274 Tapi kami suka personaliti baru awak, 24 00:02:29,357 --> 00:02:32,110 jadi awak tak boleh jadi Kwon Min-ju yang dulu. 25 00:02:34,988 --> 00:02:35,822 Okey. 26 00:02:39,033 --> 00:02:39,993 Tolong duduk. 27 00:02:40,869 --> 00:02:43,204 Kenapa kamu belum bersedia untuk kelas? 28 00:02:49,419 --> 00:02:50,253 Ya. 29 00:02:51,212 --> 00:02:53,798 Aku pun benci Kwon Min-ju yang dulu. 30 00:02:57,635 --> 00:03:00,180 Aku harap ada orang akan... 31 00:03:02,473 --> 00:03:06,561 terima diri aku seadanya dan tak layan aku macam aku pelik! 32 00:03:36,090 --> 00:03:39,802 A TIME CALLED YOU 33 00:03:39,886 --> 00:03:43,681 Menurut Aristotle, jika manusia nak hidup gembira, 34 00:03:43,765 --> 00:03:45,934 mereka perlu cari jalan tengah. 35 00:03:46,017 --> 00:03:48,603 Jadi, apa maksud jalan tengah? 36 00:03:48,686 --> 00:03:52,357 Ia tentang tidak berlebihan atau berkurangan, tapi cukup-cukup... 37 00:04:00,114 --> 00:04:01,157 Maafkan saya. 38 00:04:01,783 --> 00:04:03,034 Awak dari mana? 39 00:04:04,744 --> 00:04:05,578 Duduklah. 40 00:04:08,414 --> 00:04:11,251 Contohnya, seperti Nam Si-heon. 41 00:04:11,334 --> 00:04:14,212 Jika awak berani sangat, awak akan jadi cuai. 42 00:04:15,338 --> 00:04:18,549 Jika awak tak berani pula, awak akan jadi pengecut. 43 00:04:19,133 --> 00:04:21,594 - Kamu faham tak? - Faham, cikgu. 44 00:04:22,095 --> 00:04:25,598 Konsep jalan tengah ini bukan diperkenalkan di Barat saja. 45 00:04:25,682 --> 00:04:28,559 Ia juga telah diperkenalkan di Timur. 46 00:04:28,643 --> 00:04:29,852 Oleh siapa? 47 00:04:38,528 --> 00:04:39,362 Si-heon. 48 00:04:40,947 --> 00:04:41,781 Nam Si-heon. 49 00:05:03,803 --> 00:05:05,179 Nam Si-heon. 50 00:05:13,771 --> 00:05:14,605 Kwon Min-ju. 51 00:05:16,858 --> 00:05:18,192 Saya nak minta tolong. 52 00:05:19,569 --> 00:05:21,654 Mulai sekarang, jangan pandang saya 53 00:05:22,947 --> 00:05:24,073 macam Jun-hee. 54 00:06:27,011 --> 00:06:29,889 Muka kakak tak bermaya, macam kakak akan hilang dalam gua. 55 00:06:29,972 --> 00:06:31,933 Kakak tak bertenaga dan selalu muram. 56 00:06:32,016 --> 00:06:34,477 Saya baru nak biasakan diri dengan kakak. 57 00:06:34,560 --> 00:06:36,187 Janganlah berubah balik. 58 00:06:37,397 --> 00:06:39,607 Min-ju, ada apa-apa berlaku? 59 00:06:40,108 --> 00:06:42,068 Ya, awak nampak macam Min-ju yang dulu. 60 00:06:42,151 --> 00:06:44,529 Awak taklah teruk sangat dulu. 61 00:06:44,612 --> 00:06:46,531 Tapi susah nak berkawan dengan awak. 62 00:06:46,614 --> 00:06:49,242 Awak tak boleh jadi Kwon Min-ju yang dulu. 63 00:06:50,993 --> 00:06:51,911 Han Jun-hee. 64 00:06:52,703 --> 00:06:54,914 Awak nampak segala-galanya, bukan? 65 00:06:58,167 --> 00:07:01,129 Kata-kata begitulah yang saya selalu dengar dulu. 66 00:07:02,255 --> 00:07:03,756 Awak mesti tak dapat bayangkan 67 00:07:05,091 --> 00:07:07,009 bisikan budak-budak lain... 68 00:07:09,095 --> 00:07:10,763 di belakang saya. 69 00:07:32,118 --> 00:07:34,162 Min-ju, jangan lakukannya. 70 00:07:34,662 --> 00:07:36,289 Semua ini salah saya. 71 00:07:36,372 --> 00:07:39,333 Awak bergelut, tapi saya asyik sebut tentang Oh Chan-yeong. 72 00:07:39,417 --> 00:07:42,420 Minta maaf kerana masuk badan awak dan ganggu hidup awak. 73 00:07:42,503 --> 00:07:43,963 Saya minta maaf, Min-ju. 74 00:07:46,841 --> 00:07:48,634 Kenapa minta maaf kepada saya? 75 00:07:50,887 --> 00:07:52,597 Awak tak buat salah. 76 00:07:54,932 --> 00:07:57,351 Saya yang patut berterima kasih. 77 00:07:58,144 --> 00:08:00,229 Disebabkan awak masuk ke dalam badan saya, 78 00:08:00,730 --> 00:08:02,565 walaupun sekejap saja, 79 00:08:03,399 --> 00:08:04,609 saya jadi popular 80 00:08:06,360 --> 00:08:08,905 dan sempat hidup dan disayangi sebagai Han Jun-hee. 81 00:08:08,988 --> 00:08:10,114 - Hai, Min-ju. - Okey? 82 00:08:10,198 --> 00:08:11,157 Semuanya cantik. 83 00:08:11,240 --> 00:08:13,117 Kamu buat ibu gembira! 84 00:08:13,201 --> 00:08:14,577 Jom kita pergi. 85 00:08:14,660 --> 00:08:15,495 Tapi... 86 00:08:15,578 --> 00:08:16,829 Nam Si-heon, lajulah sikit. 87 00:08:16,913 --> 00:08:19,165 ...selepas terjaga daripada mimpi indah... 88 00:08:23,836 --> 00:08:25,421 ia lebih menyakitkan. 89 00:08:27,965 --> 00:08:29,425 Han Jun-hee, awak tahu tak? 90 00:08:30,718 --> 00:08:32,053 Jika saya bunuh diri, 91 00:08:33,596 --> 00:08:35,515 budak-budak lain mesti cakap, 92 00:08:36,641 --> 00:08:38,851 "Kasihan Kwon Min-ju." 93 00:08:40,102 --> 00:08:42,104 "Saya dah agak dia akan buat begitu." 94 00:08:44,232 --> 00:08:45,149 "Menyedihkan." 95 00:08:46,984 --> 00:08:50,112 Mungkin mereka akan cakap begitu selama beberapa hari 96 00:08:50,196 --> 00:08:52,281 sebelum melupakan kewujudan saya. 97 00:08:55,284 --> 00:08:58,037 Mereka akan teruskan hidup, 98 00:08:59,038 --> 00:09:00,706 seolah-olah saya tak pernah wujud. 99 00:09:01,916 --> 00:09:03,000 Tapi, Han Jun-hee... 100 00:09:04,961 --> 00:09:07,421 saya sedar sesuatu disebabkan awak. 101 00:09:08,798 --> 00:09:12,051 Jika, seperti yang awak dah tahu... 102 00:09:13,719 --> 00:09:14,762 hari ini, 103 00:09:15,888 --> 00:09:17,932 pada 13 Oktober, 104 00:09:19,892 --> 00:09:21,185 1998... 105 00:09:23,646 --> 00:09:25,731 saya dibunuh oleh seseorang, 106 00:09:27,483 --> 00:09:29,860 saya takkan dilupakan dengan mudah. 107 00:09:31,737 --> 00:09:34,282 Mereka takkan kata saya menyedihkan. 108 00:09:34,865 --> 00:09:35,700 Tidak. 109 00:09:36,867 --> 00:09:38,202 Mereka tak boleh kata begitu. 110 00:09:40,913 --> 00:09:43,833 Min-ju, apa yang awak merepek? 111 00:09:48,421 --> 00:09:51,757 Bukan saya yang bunuh Kwon Min-ju. 112 00:09:53,676 --> 00:09:55,136 Tapi awak, Han Jun-hee. 113 00:09:56,095 --> 00:09:57,430 Itulah maksud dia. 114 00:09:58,931 --> 00:10:01,976 Sayalah penyebab semua ini berlaku. 115 00:10:02,768 --> 00:10:04,186 Bukan Oh Chan-yeong. 116 00:10:04,770 --> 00:10:06,188 Disebabkan saya, Min-ju... 117 00:10:07,815 --> 00:10:09,275 Disebabkan saya, Min-ju... 118 00:10:16,240 --> 00:10:18,784 Disebabkan ia pembunuhan yang kontroversial, 119 00:10:18,868 --> 00:10:20,953 nama saya mesti akan disebut-sebut. 120 00:10:22,663 --> 00:10:25,541 Selalunya dalam akhbar atau di televisyen... 121 00:10:27,001 --> 00:10:28,628 mangsa pembunuhan 122 00:10:30,087 --> 00:10:33,049 akan digambarkan sebagai orang yang hidup gembira 123 00:10:33,549 --> 00:10:36,552 dan mereka tak patut mati dibunuh. 124 00:10:39,764 --> 00:10:40,598 Jadi... 125 00:10:43,851 --> 00:10:46,270 mungkin mereka akan ingat saya begitu. 126 00:10:57,907 --> 00:10:58,741 Bagi saya... 127 00:11:01,327 --> 00:11:02,161 mungkin... 128 00:11:04,038 --> 00:11:05,373 selepas kematian... 129 00:11:07,667 --> 00:11:09,627 baru saya akan jadi 130 00:11:10,503 --> 00:11:12,421 Kwon Min-ju yang saya idamkan. 131 00:11:14,965 --> 00:11:17,843 "Untuk saya, mungkin selepas kematian 132 00:11:17,927 --> 00:11:20,346 baru saya akan jadi 133 00:11:21,013 --> 00:11:22,973 Kwon Min-ju yang saya idamkan." 134 00:12:51,020 --> 00:12:51,854 Kenapa? 135 00:12:56,192 --> 00:12:57,318 Apa yang berlaku? 136 00:12:57,401 --> 00:13:00,029 Aku nampak Min-ju bercakap di bumbung tadi. 137 00:13:00,112 --> 00:13:02,698 Aku baca gerak bibirnya dan dia macam sedang berbual 138 00:13:02,782 --> 00:13:05,034 sambil menyebut "Han Jun-hee". 139 00:13:10,080 --> 00:13:11,415 Apa dia cakap? 140 00:13:12,249 --> 00:13:14,251 Dia jauh, jadi aku tak nampak sangat. 141 00:13:15,044 --> 00:13:16,378 Tapi dia kata, 142 00:13:17,713 --> 00:13:19,924 "Disebabkan awak masuk ke dalam badan saya, 143 00:13:20,007 --> 00:13:21,801 walaupun sekejap saja, 144 00:13:22,468 --> 00:13:23,302 saya jadi popular 145 00:13:23,385 --> 00:13:26,222 dan sempat hidup dan disayangi sebagai Han Jun-hee." 146 00:13:27,223 --> 00:13:28,432 Tapi bukan itu saja. 147 00:13:29,225 --> 00:13:31,310 Dia kata jika dia dibunuh hari ini, 148 00:13:31,811 --> 00:13:33,771 dia takkan dianggap menyedihkan, 149 00:13:34,355 --> 00:13:36,482 tapi dia akan diingati dan dirindui. 150 00:13:38,317 --> 00:13:39,527 Kau ingat tak? 151 00:13:39,610 --> 00:13:42,029 Min-ju pernah cakap tentang pembunuhan. 152 00:13:43,322 --> 00:13:44,156 Pembunuhan? 153 00:13:46,116 --> 00:13:49,245 Saya dengar ada seseorang akan bunuh Kwon Min-ju 154 00:13:49,328 --> 00:13:50,913 pada 13 Oktober 1998. 155 00:13:51,831 --> 00:13:53,082 Hari ini 13 Oktober. 156 00:13:54,250 --> 00:13:55,876 Di mana Min-ju sekarang? 157 00:13:55,960 --> 00:13:58,546 Aku tak tahu. Dia tinggalkan begnya di situ. 158 00:14:00,798 --> 00:14:03,425 Kita cari di tempat yang dia mungkin pergi. 159 00:14:03,509 --> 00:14:06,512 - Aku akan ke rumahnya. - Aku akan ke kedai rekod. 160 00:14:15,479 --> 00:14:16,313 Kwon Min-ju. 161 00:14:17,815 --> 00:14:18,649 Kwon Min-ju! 162 00:14:29,660 --> 00:14:30,744 Nah. 163 00:14:35,833 --> 00:14:37,918 Pak cik nampak Min-ju? Dia datang sini? 164 00:14:38,002 --> 00:14:38,919 Tak pun. 165 00:14:39,920 --> 00:14:41,005 Apa yang berlaku? 166 00:14:41,088 --> 00:14:42,882 Hubungi saya jika dia datang. 167 00:14:42,965 --> 00:14:46,719 Pastikan dia tak ke mana-mana sehingga kami datang. Tolonglah. 168 00:15:16,248 --> 00:15:17,374 Awak ingat tempat ini? 169 00:15:19,251 --> 00:15:21,503 Awak ditemui terbaring di sini selepas diserang. 170 00:16:04,505 --> 00:16:06,632 Min-ju, awak... 171 00:16:08,509 --> 00:16:09,969 Janganlah buat begini. 172 00:16:10,052 --> 00:16:14,348 Situasi awak takkan berubah walaupun awak mati dibunuh. 173 00:16:20,562 --> 00:16:22,731 Min-ju, janganlah begini. Tolonglah. 174 00:16:29,947 --> 00:16:32,950 Min-ju, belum terlambat untuk lari. 175 00:16:34,034 --> 00:16:37,079 Min-ju, tolong lari dari situ. Tolonglah. 176 00:16:45,671 --> 00:16:48,882 Apa awak nak buat kepada saya? 177 00:17:05,441 --> 00:17:07,192 Saya akan pastikan 178 00:17:07,276 --> 00:17:10,696 semua orang di dunia ini mengingati kecantikan awak. 179 00:17:12,698 --> 00:17:15,325 Daripada melalui kehidupan yang tak bermakna, 180 00:17:16,702 --> 00:17:18,537 lebih baik awak mati 181 00:17:19,163 --> 00:17:21,540 sementara awak masih cantik... 182 00:17:27,171 --> 00:17:28,547 Itu lebih bagus, bukan? 183 00:17:36,930 --> 00:17:37,806 Apa itu? 184 00:17:42,770 --> 00:17:46,356 Saya selalu bawa bersama saya, khas untuk awak. 185 00:17:47,274 --> 00:17:48,400 Anggaplah 186 00:17:49,485 --> 00:17:50,736 ini ubat berjampi... 187 00:17:52,529 --> 00:17:53,864 untuk hantar awak ke syurga. 188 00:17:55,199 --> 00:17:56,533 Jika awak suntik saya... 189 00:17:58,368 --> 00:17:59,745 saya akan rasa sakit? 190 00:18:00,329 --> 00:18:01,580 Sebenarnya, 191 00:18:01,663 --> 00:18:03,957 awak akan rasa sakit sikit. 192 00:18:04,541 --> 00:18:07,044 Tapi tak lama pun. 193 00:18:07,753 --> 00:18:09,546 Saya janji. 194 00:18:21,517 --> 00:18:22,726 Min-ju. 195 00:18:39,451 --> 00:18:40,285 Oh Chan-yeong. 196 00:18:44,623 --> 00:18:45,457 Tidak. 197 00:18:46,375 --> 00:18:47,501 Oh Chan-yeong! 198 00:18:47,584 --> 00:18:49,545 Tak guna! Tidak! 199 00:19:07,271 --> 00:19:08,272 Hei. 200 00:19:17,781 --> 00:19:18,615 Tak. 201 00:19:19,992 --> 00:19:20,993 Ini tak patut. 202 00:19:23,036 --> 00:19:23,871 Min-ju. 203 00:19:25,664 --> 00:19:26,832 Ini bukan saya. 204 00:19:36,800 --> 00:19:39,136 Hei, apa awak buat? Berdirilah. 205 00:19:39,219 --> 00:19:41,597 Awak janji nak bunuh saya! 206 00:19:41,680 --> 00:19:42,514 Tak. 207 00:19:43,015 --> 00:19:44,224 Tak, saya tak nak! 208 00:19:50,981 --> 00:19:52,774 Itu bukan saya. 209 00:19:55,652 --> 00:19:56,612 Itu bukan saya! 210 00:20:09,082 --> 00:20:11,627 Min-ju. Syukurlah. 211 00:20:12,252 --> 00:20:13,921 Awak takkan mati. 212 00:20:14,838 --> 00:20:16,131 Awak akan hidup. 213 00:21:08,308 --> 00:21:10,227 Min-ju. Tunggu sekejap, Min-ju. 214 00:21:10,310 --> 00:21:11,561 Dengar sini dulu. 215 00:21:12,187 --> 00:21:14,231 Saya akan kembali ke dunia saya. 216 00:21:14,314 --> 00:21:16,483 Saya takkan masuk badan awak lagi. 217 00:21:16,984 --> 00:21:19,194 Tak kira apa yang berlaku nanti, 218 00:21:19,278 --> 00:21:22,114 saya takkan masuk campur dalam hidup awak lagi. 219 00:21:22,197 --> 00:21:25,325 Jadi tolong jangan buat begini. Okey? 220 00:21:25,909 --> 00:21:28,370 Awak patut benci dan maki saya. 221 00:21:28,453 --> 00:21:29,830 Bukan diri sendiri. 222 00:21:30,789 --> 00:21:31,623 Han Jun-hee. 223 00:21:34,042 --> 00:21:34,876 Saya... 224 00:21:38,380 --> 00:21:39,840 tak benci awak. 225 00:21:43,969 --> 00:21:44,803 Saya... 226 00:21:50,642 --> 00:21:51,601 Saya paling... 227 00:21:53,687 --> 00:21:55,772 Saya paling benci diri saya. 228 00:22:00,027 --> 00:22:00,861 Saya... 229 00:22:03,322 --> 00:22:05,324 tak layak menjalani kehidupan ini. 230 00:22:06,116 --> 00:22:06,992 Tak. 231 00:22:10,120 --> 00:22:11,204 Min-ju. 232 00:22:25,177 --> 00:22:26,011 In-gyu. 233 00:22:30,390 --> 00:22:33,060 Apa awak sedang buat? 234 00:22:42,027 --> 00:22:42,861 In-gyu. 235 00:22:44,029 --> 00:22:45,238 Tolong saya. 236 00:22:46,740 --> 00:22:48,867 Ingat tak awak pernah cakap 237 00:22:49,701 --> 00:22:51,244 awak faham perasaan saya? 238 00:22:51,328 --> 00:22:53,330 Jadi tolonglah saya. 239 00:22:54,122 --> 00:22:54,956 Okey? 240 00:22:56,792 --> 00:22:58,126 Sekarang dan di sini, 241 00:22:58,752 --> 00:23:00,545 tolong bunuh saya. 242 00:23:01,546 --> 00:23:02,381 Boleh tak? 243 00:23:02,881 --> 00:23:04,216 Tolonglah, In-gyu. 244 00:23:06,510 --> 00:23:07,844 Tolonglah. 245 00:23:09,137 --> 00:23:11,640 Jika saya tak dibunuh hari ini, 246 00:23:12,516 --> 00:23:14,601 segalanya akan kembali kepada asal. 247 00:23:15,477 --> 00:23:17,437 Saya terpaksa kembali 248 00:23:17,521 --> 00:23:20,232 menjadi Kwon Min-ju yang menyedihkan. 249 00:23:21,441 --> 00:23:22,567 Tolonglah? In-gyu. 250 00:23:23,151 --> 00:23:23,985 Min-ju. 251 00:23:24,778 --> 00:23:26,863 Tolong bertenang dan dengar sini. 252 00:23:26,947 --> 00:23:28,824 Saya tahu awak menderita. 253 00:23:28,907 --> 00:23:30,450 Tapi awak tak sendirian. 254 00:23:31,201 --> 00:23:34,871 Ramai orang peduli jika sesuatu berlaku kepada awak. 255 00:23:35,622 --> 00:23:37,374 Mana ada orang peduli. 256 00:23:40,585 --> 00:23:42,212 Tiada sesiapa di sisi saya. 257 00:23:42,295 --> 00:23:43,130 Si-heon. 258 00:23:43,213 --> 00:23:44,881 Awak ada Si-heon dan In-gyu. 259 00:23:44,965 --> 00:23:48,677 Saya juga sedang buat semua ini untuk selamatkan awak. 260 00:23:49,177 --> 00:23:50,595 Saya janji. 261 00:23:50,679 --> 00:23:53,723 Saya akan bertanggungjawab dan ubah segalanya kepada asal. 262 00:23:53,807 --> 00:23:55,142 Maksud saya, 263 00:23:55,225 --> 00:23:57,769 saya akan hantar awak ke masa sebelum saya datang. 264 00:23:57,853 --> 00:23:58,687 Jadi, 265 00:23:59,187 --> 00:24:01,940 berilah satu lagi peluang kepada diri awak. 266 00:24:02,732 --> 00:24:05,944 Min-ju, jika awak percayakan saya dan cuba bertahan... 267 00:24:06,027 --> 00:24:06,862 Han Jun-hee. 268 00:24:10,866 --> 00:24:12,742 Setelah semua ini berlaku, 269 00:24:14,703 --> 00:24:16,371 itu saja awak boleh cakap? 270 00:24:19,082 --> 00:24:19,916 "Bertahan"? 271 00:24:20,834 --> 00:24:21,710 Han Jun-hee. 272 00:24:23,086 --> 00:24:24,045 "Bertahan"? 273 00:24:26,965 --> 00:24:27,799 Awak... 274 00:24:29,718 --> 00:24:32,053 Awak tak cuba pun, tapi awak ada kawan... 275 00:24:34,514 --> 00:24:36,766 dan Si-heon sukakan awak. 276 00:24:38,310 --> 00:24:42,898 Betulkah awak faham perasaan saya? Bagaimana awak boleh faham? 277 00:24:42,981 --> 00:24:46,610 Awak fikir saya jadi begini sebab saya tak pernah berusaha? 278 00:24:48,737 --> 00:24:49,571 Min-ju. 279 00:24:51,448 --> 00:24:53,533 Saya... 280 00:24:54,784 --> 00:24:56,953 Saya benar-benar bersendirian. 281 00:24:59,998 --> 00:25:00,999 Tiada sesiapa 282 00:25:01,082 --> 00:25:05,295 faham penderitaan yang saya tanggung. 283 00:25:08,924 --> 00:25:10,050 Tak. 284 00:25:10,926 --> 00:25:11,760 Saya faham. 285 00:25:13,011 --> 00:25:15,805 Saya tahu semua perkara yang awak sedang lalui. 286 00:25:16,806 --> 00:25:19,643 Tapi Min-ju, ada sesuatu yang awak tak tahu. 287 00:25:21,186 --> 00:25:22,020 Saya... 288 00:25:24,940 --> 00:25:26,441 Saya sangat sukakan awak. 289 00:25:27,609 --> 00:25:30,487 Hati saya hancur apabila awak pandang Si-heon. 290 00:25:30,570 --> 00:25:32,697 Tapi jika ia buat awak gembira, 291 00:25:34,032 --> 00:25:35,700 mungkin saya patut bersabar. 292 00:25:38,119 --> 00:25:38,954 Min-ju. 293 00:25:41,248 --> 00:25:42,958 Berilah saya peluang. 294 00:25:45,001 --> 00:25:46,211 Supaya kali ini, 295 00:25:47,128 --> 00:25:49,631 saya boleh buktikan cinta saya kepada awak. 296 00:25:50,715 --> 00:25:54,094 Setiap hari, awak akan tahu rasanya dicintai seseorang. 297 00:25:55,929 --> 00:25:56,763 Jadi, 298 00:25:58,139 --> 00:26:01,184 tolong berikannya kepada saya. 299 00:26:01,851 --> 00:26:03,061 Tolonglah. 300 00:26:03,144 --> 00:26:04,729 Awak suka saya? 301 00:26:06,898 --> 00:26:07,857 Jangan dekat. 302 00:26:10,860 --> 00:26:11,987 In-gyu. 303 00:26:12,571 --> 00:26:15,490 Awak tak suka saya. 304 00:26:15,574 --> 00:26:17,659 Awak fikir saya serupa dengan awak... 305 00:26:20,120 --> 00:26:21,496 jadi awak kasihankan saya. 306 00:26:22,247 --> 00:26:23,290 Bukan begitu. 307 00:26:23,373 --> 00:26:25,333 Orang lain cakap kepada saya, 308 00:26:25,417 --> 00:26:28,545 "Min-ju, kenapa muka awak masam sangat?" 309 00:26:29,254 --> 00:26:32,132 "Min-ju, cuba senyum sikit." 310 00:26:32,215 --> 00:26:35,260 "Min-ju, janganlah jadi macam dulu balik." 311 00:26:35,343 --> 00:26:37,012 "Min-ju." 312 00:26:37,095 --> 00:26:38,346 Tolonglah. 313 00:26:38,430 --> 00:26:42,183 Tolonglah berhenti. 314 00:26:44,936 --> 00:26:46,771 Kenapa awak tak percaya? 315 00:26:47,397 --> 00:26:49,691 Saya sukakan awak seadanya. 316 00:26:49,774 --> 00:26:52,193 Saya tak peduli jika awak tak berubah. 317 00:26:54,654 --> 00:26:55,530 In-gyu. 318 00:26:57,282 --> 00:26:59,409 Saya rasa lemas. 319 00:27:02,329 --> 00:27:06,458 Hidup saya terlalu teruk. 320 00:27:07,042 --> 00:27:11,671 Orang seperti saya tak patut dilahirkan. 321 00:27:11,755 --> 00:27:12,589 Awak silap. 322 00:27:13,381 --> 00:27:15,050 Awak berharga bagi saya. 323 00:27:16,092 --> 00:27:18,553 Dah lama saya dengar kata-kata awak. 324 00:27:21,431 --> 00:27:23,933 Saya nak bangun daripada mimpi ngeri ini. 325 00:27:24,017 --> 00:27:26,353 Tak. Jangan lakukannya. 326 00:27:26,978 --> 00:27:28,271 Min-ju, tolonglah. 327 00:27:29,314 --> 00:27:30,398 Sudah tiba masanya 328 00:27:31,858 --> 00:27:33,151 untuk saya bangun. 329 00:27:34,861 --> 00:27:35,779 Tidak! 330 00:27:35,862 --> 00:27:37,947 Tidak! 331 00:28:18,071 --> 00:28:19,155 Awak mempesonakan. 332 00:28:20,198 --> 00:28:22,033 Bagus! Hei, hebatnya awak! 333 00:28:22,117 --> 00:28:23,535 Halang Si-heon! 334 00:28:25,662 --> 00:28:26,496 Bagus. 335 00:28:26,579 --> 00:28:27,497 Awak 336 00:28:28,206 --> 00:28:32,127 terlalu mempesonakan sehingga mata saya pedih. 337 00:28:35,505 --> 00:28:38,216 Saya cuma nak sentuh awak sekejap. 338 00:28:41,094 --> 00:28:43,054 Walaupun sekejap saja. 339 00:28:44,973 --> 00:28:47,183 Mesti seronok, walaupun sekejap saja. 340 00:29:02,574 --> 00:29:03,825 Tidak. 341 00:29:11,875 --> 00:29:13,376 Tidak, Min-ju. 342 00:29:29,058 --> 00:29:30,435 Min-ju, pandang saya. 343 00:29:38,067 --> 00:29:38,902 Min-ju! 344 00:29:50,288 --> 00:29:51,122 Kwon Min-ju! 345 00:29:52,207 --> 00:29:53,041 Kwon Min... 346 00:30:21,027 --> 00:30:22,278 Kenapa dengan Min-ju? 347 00:30:24,531 --> 00:30:26,241 Kenapa Min-ju jadi begini? 348 00:30:29,577 --> 00:30:30,578 Hei, Jung In-gyu. 349 00:30:32,205 --> 00:30:34,666 Cakaplah sesuatu! Kenapa dia begini? 350 00:30:38,086 --> 00:30:39,128 Min-ju 351 00:30:40,547 --> 00:30:42,215 sudah bersemadi dengan aman. 352 00:30:49,472 --> 00:30:50,473 Aku bunuh dia. 353 00:30:54,269 --> 00:30:55,770 Apa maksud kau? 354 00:30:57,856 --> 00:30:59,399 Aku bunuh Min-ju. 355 00:30:59,482 --> 00:31:01,109 Apa maksud kau? 356 00:31:02,277 --> 00:31:03,319 Aku bunuh dia. 357 00:31:03,903 --> 00:31:06,489 Jangan tipu. Kenapa kau nak bunuh Min-ju? 358 00:31:06,573 --> 00:31:08,157 Kenapa kau nak bunuh dia? 359 00:31:16,749 --> 00:31:17,584 Nam Si-heon. 360 00:31:20,086 --> 00:31:21,212 Aku bunuh dia. 361 00:31:39,439 --> 00:31:41,065 Masa tak boleh diundurkan. 362 00:31:42,692 --> 00:31:43,902 Disebabkan saya... 363 00:31:45,278 --> 00:31:47,864 Min-ju mati disebabkan saya. 364 00:31:49,115 --> 00:31:50,491 Saya nak undurkan masa, 365 00:31:51,618 --> 00:31:53,536 tapi pemain kaset itu dah rosak, 366 00:31:53,620 --> 00:31:56,331 jadi saya tak boleh kembali ke sana lagi. 367 00:32:40,917 --> 00:32:41,751 Si-heon. 368 00:32:45,046 --> 00:32:45,880 Adakah ini... 369 00:32:47,882 --> 00:32:49,550 pengakhiran segala-galanya? 370 00:33:04,691 --> 00:33:07,026 Saya dah cuba, tapi ia tak berfungsi. 371 00:33:07,110 --> 00:33:10,446 Saya dah pasang balik, tapi ia masih tak hidup. 372 00:33:11,322 --> 00:33:15,743 Saya dah betulkan balik pita yang rosak itu. 373 00:33:19,956 --> 00:33:21,582 - Terima kasih. - Sama-sama. 374 00:34:46,250 --> 00:34:48,586 "Setiap kali hati awak memanggil saya." 375 00:34:50,296 --> 00:34:51,422 Apa maksudnya? 376 00:34:59,680 --> 00:35:02,517 "Saya akan datang kepada awak." 377 00:35:05,394 --> 00:35:06,229 Si-heon. 378 00:35:10,274 --> 00:35:11,109 Tolonglah. 379 00:35:15,071 --> 00:35:16,864 Tolonglah, buat kali terakhir... 380 00:35:20,660 --> 00:35:22,537 biar saya kembali ke masa awak. 381 00:35:59,740 --> 00:36:03,452 Apabila cahaya di luar tingkap 382 00:36:04,829 --> 00:36:08,541 Malap satu demi satu 383 00:36:09,959 --> 00:36:13,588 Aku menulis surat kepada langit 384 00:36:13,671 --> 00:36:15,173 Kau tinggalkan aku... 385 00:36:25,808 --> 00:36:27,143 Tidak! 386 00:36:45,203 --> 00:36:47,121 Awak okey? Awak cedera? 387 00:36:51,500 --> 00:36:54,045 Terima kasih, In-gyu. 388 00:36:55,046 --> 00:36:56,714 Awak dah selamatkan Min-ju. 389 00:37:02,511 --> 00:37:03,596 Han Jun-hee? 390 00:37:16,943 --> 00:37:18,069 Hei, Kwon Min-ju! 391 00:37:27,119 --> 00:37:27,995 Nam Si-heon. 392 00:38:03,281 --> 00:38:04,156 Ini awak. 393 00:38:05,157 --> 00:38:05,992 Han Jun-hee. 394 00:38:08,327 --> 00:38:09,287 Ini awak, bukan? 395 00:38:10,955 --> 00:38:12,373 Awak dah kembali, bukan? 396 00:38:13,666 --> 00:38:15,293 Macam mana awak kenal saya? 397 00:38:26,470 --> 00:38:27,596 Saya boleh agak. 398 00:38:36,772 --> 00:38:39,191 Inilah penyebab segala-galanya berlaku. 399 00:38:39,275 --> 00:38:40,985 Oh Chan-yeong dari tahun 2023 400 00:38:41,569 --> 00:38:43,654 datang ke tahun 1998 guna ini. 401 00:38:43,738 --> 00:38:47,491 Disebabkan Oh Chan-yeong kembali kepada badannya pada 2023, 402 00:38:47,575 --> 00:38:49,493 dia gagal bunuh Min-ju? 403 00:38:50,411 --> 00:38:51,537 Betul. 404 00:38:52,621 --> 00:38:54,415 Apa yang ditakdirkan pada hari ini 405 00:38:55,499 --> 00:38:56,625 belum berlaku. 406 00:38:59,045 --> 00:38:59,920 Min-ju pula? 407 00:39:00,921 --> 00:39:03,132 Jika awak ada di sini bersama kami, 408 00:39:03,215 --> 00:39:04,508 di mana Min-ju? 409 00:39:07,595 --> 00:39:09,472 Min-ju selamat. 410 00:39:10,389 --> 00:39:12,266 Nanti dia akan kembali. 411 00:39:13,184 --> 00:39:14,018 Bila? 412 00:39:14,101 --> 00:39:16,812 Selepas saya uruskan beberapa perkara. 413 00:39:18,105 --> 00:39:19,148 Apa maksud awak? 414 00:39:19,774 --> 00:39:21,317 Disebabkan Min-ju selamat, 415 00:39:22,860 --> 00:39:24,695 masa depan akan berubah. 416 00:39:30,117 --> 00:39:32,328 Tapi jika masa depan berubah... 417 00:39:34,372 --> 00:39:38,042 bukankah itu bermakna segala-galanya akan berubah juga? 418 00:39:38,959 --> 00:39:41,212 Kita takkan jumpa di kolej. 419 00:39:41,295 --> 00:39:42,838 Kalau kita tak jumpa, 420 00:39:43,672 --> 00:39:45,341 awak takkan kembali ke sini... 421 00:39:46,675 --> 00:39:48,677 dan awak takkan jumpa saya. 422 00:39:51,138 --> 00:39:51,972 Betul tak? 423 00:40:00,856 --> 00:40:04,110 Sebenarnya, saya pun tak pasti apa yang dah berubah. 424 00:40:05,611 --> 00:40:07,905 Banyak perkara dah mula berubah. 425 00:40:08,531 --> 00:40:09,782 Percayalah. 426 00:40:19,208 --> 00:40:20,835 Saya akan ambil ini. 427 00:40:21,627 --> 00:40:22,586 Apa? 428 00:40:29,718 --> 00:40:30,553 Okey. 429 00:40:39,145 --> 00:40:40,271 Pak cik! 430 00:40:41,230 --> 00:40:42,273 Saya dah balik! 431 00:40:42,356 --> 00:40:44,483 Hei, kenapa balik lambat sangat? 432 00:40:45,192 --> 00:40:46,318 Minta maaf. 433 00:40:46,402 --> 00:40:47,820 In-gyu cakap benda pelik tadi. 434 00:40:47,903 --> 00:40:50,698 Awak pula tiada di rumah. Pak cik risau sangat. 435 00:40:50,781 --> 00:40:51,740 Apa yang berlaku? 436 00:40:53,200 --> 00:40:54,410 Semuanya dah okey. 437 00:40:55,744 --> 00:40:57,413 Disebabkan pak cik. 438 00:40:57,496 --> 00:40:58,330 Pak cik? 439 00:40:59,498 --> 00:41:00,458 Pak cik bantu awak? 440 00:41:01,083 --> 00:41:02,293 Sudah tentu. 441 00:41:03,919 --> 00:41:05,671 Pak cik banyak membantu. 442 00:41:07,339 --> 00:41:08,174 Yakah? 443 00:41:54,762 --> 00:41:55,888 Min-ju. 444 00:41:59,600 --> 00:42:01,519 Saya tahu awak ada di dalam, 445 00:42:02,853 --> 00:42:04,396 jadi awak tak perlu jawab. 446 00:42:05,564 --> 00:42:07,942 Saya cuma nak cakap sesuatu. 447 00:42:08,734 --> 00:42:11,153 Selepas semuanya kembali kepada asal, 448 00:42:12,613 --> 00:42:15,199 mungkin awak akan cuba menyendiri lagi. 449 00:42:16,408 --> 00:42:17,243 Tapi, 450 00:42:18,536 --> 00:42:20,704 walaupun ia berlaku lagi, 451 00:42:22,039 --> 00:42:23,999 saya takkan halang awak. 452 00:42:27,086 --> 00:42:28,045 Betul kata awak. 453 00:42:30,464 --> 00:42:34,134 Awak dah cuba sedaya upaya. 454 00:42:35,803 --> 00:42:37,054 Awak dah berusaha, 455 00:42:37,721 --> 00:42:41,600 jadi saya tak boleh suruh awak berusaha lagi. 456 00:42:42,893 --> 00:42:43,894 Tapi Min-ju... 457 00:42:45,729 --> 00:42:47,648 saya nak beritahu awak sesuatu. 458 00:42:49,733 --> 00:42:52,736 Semasa saya berada di tempat awak sekarang, 459 00:42:54,780 --> 00:42:57,199 saya berpeluang mengintai hati awak. 460 00:42:58,325 --> 00:43:03,414 Awak bersusah payah dan awak nak mengalah... 461 00:43:05,916 --> 00:43:08,877 tapi bukan kerana awak lemah dan murung. 462 00:43:11,505 --> 00:43:12,339 Tapi kerana 463 00:43:13,090 --> 00:43:18,220 awak mempunyai banyak harapan dan impian di dunia ini. 464 00:43:19,847 --> 00:43:20,973 Min-ju. 465 00:43:24,184 --> 00:43:25,269 Sebenarnya... 466 00:43:28,022 --> 00:43:30,524 disebabkan awak ada banyak harapan... 467 00:43:32,234 --> 00:43:35,362 awak telah berusaha lebih keras berbanding orang lain. 468 00:43:43,078 --> 00:43:45,581 Saya minta maaf kerana salah faham. 469 00:43:49,877 --> 00:43:50,753 Baru sekarang... 470 00:43:52,880 --> 00:43:55,507 saya dapat mengenali diri sebenar awak. 471 00:44:50,229 --> 00:44:51,730 Bising betullah jam ini. 472 00:44:52,231 --> 00:44:53,691 Hei, Kwon Do-hun! 473 00:45:02,491 --> 00:45:03,325 Kwon Do-hun. 474 00:45:05,369 --> 00:45:07,538 Saya tak boleh kejut awak lagi. 475 00:45:09,748 --> 00:45:12,584 Awak dah besar. Awak perlu bangun sendiri. 476 00:45:17,464 --> 00:45:19,883 Layanlah kakak awak baik-baik. 477 00:45:20,676 --> 00:45:22,010 Okey? 478 00:45:22,094 --> 00:45:24,054 Sebenarnya awak sangat prihatin, 479 00:45:24,138 --> 00:45:26,265 tapi kenapa awak tak pernah tunjuk? 480 00:46:40,214 --> 00:46:43,342 Saya nak jumpa kawan hari ini, jadi saya cuti. 481 00:46:43,884 --> 00:46:44,718 Catatan tambahan. 482 00:46:44,802 --> 00:46:47,930 Apa kata pak cik ambil kelas untuk jadi barista? 483 00:46:48,555 --> 00:46:52,351 Pak cik akan jadi pemilik kafe, tapi nanti ada banyak kafe, 484 00:46:52,434 --> 00:46:54,603 jadi pak cik perlu ada kemahiran profesional. 485 00:46:55,103 --> 00:46:58,524 Kalau pak cik tak percaya, pak cik yang rugi. 486 00:46:59,566 --> 00:47:02,110 Entah apa dia merepek pagi-pagi buta. 487 00:47:29,429 --> 00:47:33,433 TEARS SEO JI-WON 488 00:47:35,060 --> 00:47:36,687 Tolong hapuskan semua ini. 489 00:47:39,273 --> 00:47:40,148 Kedua-duanya? 490 00:47:41,984 --> 00:47:42,818 Ya. 491 00:47:43,402 --> 00:47:45,863 Barulah Min-ju akan kembali kepada awak. 492 00:47:46,780 --> 00:47:47,614 Tapi 493 00:47:48,574 --> 00:47:50,117 jika saya musnahkannya, 494 00:47:50,200 --> 00:47:52,953 awak tak boleh kembali ke tahun 1998. 495 00:47:54,788 --> 00:47:57,457 Maknanya awak takkan jumpa Si-heon lagi. 496 00:47:58,292 --> 00:47:59,585 Apa awak nak buat? 497 00:48:01,753 --> 00:48:02,880 Saya kenal Si-heon. 498 00:48:04,256 --> 00:48:07,134 Kalau dia tak boleh jumpa awak lagi, 499 00:48:08,260 --> 00:48:09,720 dia mesti rasa sedih. 500 00:48:12,848 --> 00:48:15,434 Apabila pita dan pemain kaset ini musnah, 501 00:48:16,184 --> 00:48:19,062 Si-heon mungkin akan lupa tentang kewujudan saya. 502 00:48:20,272 --> 00:48:22,566 Mungkin semua ini takkan berlaku. 503 00:48:25,944 --> 00:48:27,654 Tapi kita tiada cara lain. 504 00:48:28,488 --> 00:48:30,449 Bukan kerana Oh Chan-yeong saja. 505 00:48:30,532 --> 00:48:34,453 Jika ia masih wujud, saya mesti nak kembali ke tahun 1998. 506 00:48:35,370 --> 00:48:36,204 Tapi, 507 00:48:36,914 --> 00:48:39,625 saya tak boleh ganggu hidup Min-ju lagi. 508 00:48:41,543 --> 00:48:42,961 Jadi tolong hapuskannya. 509 00:48:44,338 --> 00:48:45,255 Okey? 510 00:48:50,010 --> 00:48:52,512 STESEN NOKSAN 511 00:48:56,725 --> 00:48:57,559 Si-heon. 512 00:49:12,240 --> 00:49:13,075 Lama tunggu? 513 00:49:15,327 --> 00:49:16,161 Taklah. 514 00:49:21,625 --> 00:49:22,793 Jom kita pergi. 515 00:50:15,554 --> 00:50:17,305 Kami dah sampai! 516 00:50:17,389 --> 00:50:18,682 Kami dah sampai! 517 00:50:39,369 --> 00:50:40,537 Okey. 518 00:51:00,057 --> 00:51:01,433 Hei! 519 00:51:01,516 --> 00:51:03,727 Awak memang nak kena. Hei, mari sini! 520 00:51:07,522 --> 00:51:09,107 - Pegang? - Dan baling. 521 00:51:13,445 --> 00:51:14,780 Boleh tahan. 522 00:52:03,203 --> 00:52:04,329 Hari ini... 523 00:52:06,123 --> 00:52:07,249 hari terakhir kita? 524 00:52:11,169 --> 00:52:12,671 Selepas awak pergi nanti... 525 00:52:15,799 --> 00:52:17,634 awak takkan kembali, bukan? 526 00:52:20,971 --> 00:52:22,389 Untuk halang Kwon Min-ju 527 00:52:23,765 --> 00:52:25,767 bertemu dengan Oh Chan-yeong... 528 00:52:27,894 --> 00:52:29,604 awak akan musnahkan pita itu. 529 00:52:34,151 --> 00:52:35,402 Bila awak sedar? 530 00:52:37,195 --> 00:52:41,032 Semalam, semasa awak cakap awak nak ambil pita dan pemain kaset. 531 00:52:47,080 --> 00:52:48,748 Cepatnya awak sedar. 532 00:52:51,501 --> 00:52:52,878 Kerana saya kenal awak. 533 00:52:54,921 --> 00:52:56,590 Saya tahu apa awak fikirkan, 534 00:52:57,132 --> 00:52:59,050 walaupun awak tak cakap apa-apa. 535 00:53:15,984 --> 00:53:17,402 Jika saya rindukan awak... 536 00:53:20,655 --> 00:53:23,116 Jika saya terlalu rindukan awak nanti... 537 00:53:24,784 --> 00:53:25,994 apa patut saya buat? 538 00:53:33,084 --> 00:53:33,919 Si-heon. 539 00:53:35,962 --> 00:53:37,547 Kisah kita tak berakhir di sini. 540 00:53:39,174 --> 00:53:40,383 Kita bukan 541 00:53:42,010 --> 00:53:43,678 berpisah selama-lamanya. 542 00:53:45,096 --> 00:53:46,014 Jika awak 543 00:53:46,598 --> 00:53:48,141 Si-heon yang saya kenal, 544 00:53:49,267 --> 00:53:51,519 awak mesti akan cari saya. 545 00:53:55,232 --> 00:53:56,066 Betul tak? 546 00:54:00,654 --> 00:54:01,488 Ya. 547 00:54:49,494 --> 00:54:50,328 Saya janji. 548 00:54:52,706 --> 00:54:54,374 Saya mesti akan cari awak. 549 00:54:55,417 --> 00:54:59,587 Tak kira bila atau di mana awak berada. 550 00:55:08,638 --> 00:55:10,432 Kita pasti akan bertemu lagi. 551 00:55:11,016 --> 00:55:12,225 Saya akan cari awak... 552 00:55:14,227 --> 00:55:15,520 sampai jumpa. 553 00:55:51,181 --> 00:55:55,226 SAYA HARAP MUZIK INI MENGINGATKAN AWAK PADA SAAT PALING GEMBIRA 554 00:59:41,995 --> 00:59:43,329 Apa aku buat di sini? 555 01:00:03,725 --> 01:00:05,893 HOSPITAL BESAR NOKSAN 556 01:00:49,479 --> 01:00:50,521 Min-ju. 557 01:00:53,566 --> 01:00:55,777 Awak okey? Biar saya panggil doktor. 558 01:00:55,860 --> 01:00:57,236 Sebenarnya... 559 01:00:58,488 --> 01:00:59,864 Apa yang berlaku? 560 01:01:00,823 --> 01:01:02,158 Awak tak ingat? 561 01:01:02,241 --> 01:01:05,078 Selepas kita bertiga sambut hari jadi awak tempoh hari, 562 01:01:05,161 --> 01:01:06,371 awak kemalangan. 563 01:01:08,748 --> 01:01:09,832 Kemalangan? 564 01:01:24,639 --> 01:01:25,473 27 REKOD 565 01:01:25,556 --> 01:01:28,935 Apabila cahaya di luar tingkap 566 01:01:29,894 --> 01:01:33,606 Malap satu demi satu 567 01:01:35,274 --> 01:01:38,653 Aku menulis surat kepada langit 568 01:01:38,736 --> 01:01:44,450 Kau tinggalkan aku untuk orang lain... 569 01:01:46,160 --> 01:01:47,453 Kenapa? 570 01:01:50,790 --> 01:01:54,001 Tiada apa-apa. Aku cuma rasa pelik sikit. 571 01:01:54,919 --> 01:01:56,045 Pelik? 572 01:01:56,713 --> 01:01:57,547 Lagu ini. 573 01:01:58,464 --> 01:02:01,092 Aku rasa pelik apabila aku dengar lagu ini. 574 01:02:06,723 --> 01:02:09,684 Seolah-olah aku terlupa sesuatu yang penting. 575 01:02:10,935 --> 01:02:11,936 Apa agaknya? 576 01:02:12,019 --> 01:02:16,524 Aku akan katakan kepadamu Aku tak boleh melupakanmu 577 01:02:16,607 --> 01:02:20,236 Jadi aku akan terus mencintaimu 578 01:02:20,319 --> 01:02:26,075 Sayang, aku akan tunggu... 579 01:02:30,204 --> 01:02:31,247 Nak pergi tak? 580 01:02:34,000 --> 01:02:34,834 Jom. 581 01:02:38,004 --> 01:02:39,380 Nak beli apa untuk Min-ju? 582 01:02:39,464 --> 01:02:42,091 Aduhai, kau cakap tentang Kwon Min-ju lagi? 583 01:02:43,843 --> 01:02:45,052 Apa aku patut beli? 584 01:02:45,136 --> 01:02:47,346 Aku cuma nak tahu apa kita nak makan. 585 01:02:48,139 --> 01:02:50,183 - Nak kutlet babi? - Tak naklah. 586 01:03:04,489 --> 01:03:06,741 Bagaimana rasanya kembali ke sekolah? 587 01:03:12,371 --> 01:03:13,581 Ada apa-apa berlaku? 588 01:03:18,002 --> 01:03:19,128 Bukan begitu. 589 01:03:20,755 --> 01:03:23,549 Saya terfikir tentang mimpi saya sebelum ini. 590 01:03:24,133 --> 01:03:24,967 Mimpi? 591 01:03:25,968 --> 01:03:27,303 Mimpi apa? 592 01:03:29,347 --> 01:03:30,681 Sebenarnya, 593 01:03:32,058 --> 01:03:33,893 sebelum saya kemalangan, 594 01:03:35,144 --> 01:03:38,147 saya selalu fikir saya bernasib malang. 595 01:03:38,231 --> 01:03:40,775 Saya ingat saya keseorangan di dunia ini. 596 01:03:43,027 --> 01:03:44,612 Tapi saya jumpa diri saya 597 01:03:45,613 --> 01:03:47,490 dalam mimpi itu. 598 01:03:49,242 --> 01:03:50,952 Dia beritahu saya 599 01:03:52,203 --> 01:03:54,455 saya menghadapi kesukaran 600 01:03:55,122 --> 01:03:57,917 kerana saya ada banyak harapan untuk dunia ini. 601 01:03:58,668 --> 01:04:00,962 Kerana itulah ia sangat sukar. 602 01:04:05,424 --> 01:04:09,220 Selepas mendengar kata-katanya, saya menangis dalam mimpi saya. 603 01:04:10,596 --> 01:04:13,307 Apabila saya sedar, saya ada di hospital. 604 01:04:13,391 --> 01:04:16,269 Anehnya, saya rasa lebih tenang. 605 01:04:21,899 --> 01:04:22,733 In-gyu. 606 01:04:25,611 --> 01:04:26,612 Mungkin... 607 01:04:27,947 --> 01:04:30,116 saya tak patut fikir 608 01:04:31,284 --> 01:04:33,369 yang saya bersendirian. 609 01:04:35,705 --> 01:04:36,539 Saya rasa... 610 01:04:38,165 --> 01:04:40,293 saya tak lihat di sekeliling saya 611 01:04:41,669 --> 01:04:44,463 dan tak nampak orang yang ada bersama saya. 612 01:04:47,091 --> 01:04:47,925 Sekarang... 613 01:04:50,553 --> 01:04:52,388 awak nampak siapa yang ada? 614 01:04:58,269 --> 01:04:59,103 Ya. 615 01:05:00,855 --> 01:05:01,856 Saya dah nampak. 616 01:05:11,949 --> 01:05:16,329 {\an8}TAHUN 2011 617 01:05:18,956 --> 01:05:22,835 {\an8}NISBAH WEBTOON KEPADA KOMIK YANG DITERBITKAN 618 01:05:33,846 --> 01:05:35,097 Sejuk betul. 619 01:05:35,181 --> 01:05:37,350 Nampaknya bos dah sampai. 620 01:05:38,893 --> 01:05:41,312 Mesti dia bermalam di sini. 621 01:05:41,395 --> 01:05:42,229 Lagi? 622 01:05:43,814 --> 01:05:45,191 Selamat pagi. 623 01:05:45,274 --> 01:05:47,026 - Selamat pagi. - Helo. 624 01:05:47,109 --> 01:05:49,153 Awak berjaga sepanjang malam lagi? 625 01:05:49,236 --> 01:05:51,989 Saya sedang semak webtoon yang kita terima. 626 01:05:54,825 --> 01:05:57,578 Cuba tengok. Saya dah pilih. 627 01:05:57,662 --> 01:05:59,622 Saya rasa ia agak asli dan bagus. 628 01:06:01,332 --> 01:06:02,375 Ini. 629 01:06:02,458 --> 01:06:03,834 Ini idea yang bagus, 630 01:06:03,918 --> 01:06:07,505 tapi ia masih di peringkat percubaan atau terlalu nic. 631 01:06:08,089 --> 01:06:10,049 Kita perlu fokus pada webtoon begini. 632 01:06:10,132 --> 01:06:11,717 Kita platform baru, 633 01:06:11,801 --> 01:06:15,429 jadi kita perlu cari komik yang tak diterbitkan portal besar. 634 01:07:27,460 --> 01:07:29,545 Tunggu! 635 01:07:33,841 --> 01:07:34,884 Terima kasih. 636 01:07:36,135 --> 01:07:38,095 Ini lagu terakhir untuk hari ini. 637 01:07:38,721 --> 01:07:42,016 Ia ditujukan kepada para pendengar yang sedang pulang 638 01:07:42,099 --> 01:07:44,351 setelah penat bekerja seharian. 639 01:07:45,311 --> 01:07:47,688 "Gather My Tears" nyanyian Seo Ji-won. 640 01:07:51,067 --> 01:07:54,987 Apabila cahaya di luar tingkap 641 01:07:55,946 --> 01:07:59,950 Malap satu demi satu 642 01:08:01,243 --> 01:08:04,914 Aku menulis surat kepada langit 643 01:08:04,997 --> 01:08:10,878 Kau tinggalkan aku untuk orang lain 644 01:08:10,961 --> 01:08:14,632 Tapi kau masih dalam ingatanku 645 01:08:14,715 --> 01:08:18,302 Jadi aku kumpul semua air mataku 646 01:08:19,929 --> 01:08:23,307 Dan aku hantarkannya ke langit 647 01:08:23,390 --> 01:08:27,311 Walaupun aku bukan kekasihmu 648 01:08:28,104 --> 01:08:31,482 Jika kau cari aku 649 01:08:31,565 --> 01:08:37,905 Aku akan rendahkan diri Dan baring di sebelahmu 650 01:08:37,988 --> 01:08:42,326 Aku akan katakan kepadamu Aku tak boleh melupakanmu 651 01:08:42,409 --> 01:08:46,372 Jadi aku akan terus mencintaimu 652 01:08:46,455 --> 01:08:52,169 Sayang, aku akan tunggu 653 01:08:52,253 --> 01:08:58,050 Sehingga surat tangisan aku Sampai ke langit... 654 01:08:58,134 --> 01:08:59,301 Kwon Min-ju? 655 01:09:01,220 --> 01:09:02,054 Maaf? 656 01:09:05,266 --> 01:09:07,601 Maaf, rupa awak macam kenalan saya. 657 01:09:07,685 --> 01:09:09,770 Tak apa. 658 01:09:15,526 --> 01:09:21,991 Aku percaya dan aku kumpulkan air mataku... 659 01:10:16,921 --> 01:10:18,005 Maafkan saya. 660 01:10:44,323 --> 01:10:45,282 Saya janji. 661 01:10:46,575 --> 01:10:48,244 Saya akan cari awak. 662 01:10:49,787 --> 01:10:53,832 Tak kira bila atau di mana awak berada. 663 01:10:55,376 --> 01:10:57,294 Kita pasti akan bertemu lagi. 664 01:10:58,671 --> 01:11:00,923 Saya akan cari awak... 665 01:11:03,592 --> 01:11:04,635 dalam kehidupan ini. 666 01:14:11,280 --> 01:14:14,366 Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali