1 00:00:30,699 --> 00:00:32,785 Perkara terburuk tentang korset, 2 00:00:33,327 --> 00:00:36,663 apabila saya tak boleh endahkan wang saya yang terjatuh. 3 00:00:36,747 --> 00:00:38,957 Saya tak boleh tunduk dan mengutipnya. 4 00:00:40,417 --> 00:00:43,796 Sejak itu, saya tak peduli apa yang saya ada. 5 00:00:46,381 --> 00:00:48,509 KASIH SAYANG YANG HILANG 6 00:00:48,592 --> 00:00:50,093 Ia sangat menyakitkan. 7 00:00:50,177 --> 00:00:52,387 -Timun itu? -Tak, krim pada muka. 8 00:00:52,471 --> 00:00:55,641 -Saya ambilkan aloe vera. -Debi, janganlah lemah sangat. 9 00:00:55,724 --> 00:00:58,310 Mijal! Saya nak kamu fokus. 10 00:00:58,393 --> 00:01:01,355 Tunjukkan kegembiraan. Naikkan kaki. 11 00:01:01,438 --> 00:01:03,482 Jadi seperti Ofelia. Lihatlah gayanya. 12 00:01:03,565 --> 00:01:05,192 Awak perlukan bakat. Ayuh. 13 00:01:05,275 --> 00:01:08,153 Dekatkan kaki kamu. Saya nak tunjukkan sarung kaki. 14 00:01:08,237 --> 00:01:10,823 -Ia sama sahaja. -Tak, awak punya lebih ketat. 15 00:01:10,906 --> 00:01:13,450 -Perlukah kita pergi? -Ya, Tam. Pergi tolong. 16 00:01:13,534 --> 00:01:16,745 Ya. Tapi tolong saya. Saya perlu hantar kerja ini esok. 17 00:01:16,829 --> 00:01:18,872 Klien pertama saya. Tak boleh gagal. 18 00:01:18,956 --> 00:01:20,040 Klien? 19 00:01:22,000 --> 00:01:24,336 Saya pengurus pemasaran sekarang. 20 00:01:24,419 --> 00:01:27,172 -Ofelia, diam. -Ia satu kerja. 21 00:01:27,256 --> 00:01:29,091 Saya perlu gantikan program radio. 22 00:01:29,174 --> 00:01:32,052 Kamu CM? Kawan saya juga seorang CM yang berjaya. 23 00:01:32,135 --> 00:01:34,596 Dia kendalikan jenama antarabangsa. 24 00:01:34,680 --> 00:01:38,225 Berikan saya nombornya. Kami boleh bekerjasama. 25 00:01:38,308 --> 00:01:41,436 Saya bekerja dengan pembekal sarung kaki pesakit diabetes. 26 00:01:41,520 --> 00:01:42,771 Ia dimiliki keluarga. 27 00:01:42,855 --> 00:01:45,399 Bagaimana dengan syarikat akhbar? Tak berjaya? 28 00:01:45,482 --> 00:01:48,026 Sejak mereka pecat Martin, mereka upah orang muda 29 00:01:48,110 --> 00:01:50,028 yang tak beri saya apa-apa peluang. 30 00:01:50,112 --> 00:01:52,906 Mereka kata feminisme dan percintaan topik lama. 31 00:01:52,990 --> 00:01:56,201 Mereka kata saya cakap perkara sama. Sukar dipercayai. 32 00:01:56,285 --> 00:01:58,829 Tami, saya akan buat kening awak selepas ini. 33 00:01:58,912 --> 00:02:01,707 Okey, ayuh. Mijal. 34 00:02:01,790 --> 00:02:05,627 Gembira! Senyum! Menghidap diabetes tak teruk sangat. Ayuh. 35 00:02:05,711 --> 00:02:08,964 WANITA DALAM HIDUP SAYA 36 00:02:10,215 --> 00:02:12,426 Saya tak pentingkan agama. 37 00:02:12,509 --> 00:02:16,138 Saya bukannya tak mengendahkannya atau anggap ia tak penting. 38 00:02:16,680 --> 00:02:18,807 Sebab itulah saya tak tahan bandar ini. 39 00:02:18,891 --> 00:02:22,185 Cinta Tami pada agama membingungkan. Ia umpama politik. 40 00:02:23,228 --> 00:02:25,063 Bukan saya tak menyukainya, tapi... 41 00:02:25,731 --> 00:02:29,026 Saya paling bongsu, jadi saya hidup dengan cerita mereka 42 00:02:29,109 --> 00:02:31,194 dan buat apa yang mereka telah buat. 43 00:02:31,987 --> 00:02:33,113 Saya tak nak begitu. 44 00:02:33,906 --> 00:02:36,283 Tidakkah ia pelik merakam dalam bilik air? 45 00:02:36,366 --> 00:02:39,912 Bolehkah saya guna pas pelawat sehingga pas saya diperbaharui? 46 00:02:39,995 --> 00:02:42,915 Tak tahu? Bukankah itu kerja awak? Saya akan tunggu. 47 00:02:42,998 --> 00:02:44,124 Tunggu. 48 00:02:44,207 --> 00:02:46,877 -Mak cucuk saya! -Baiklah. 49 00:02:46,960 --> 00:02:49,504 -Maaf. -Kita perlu stapler untuk ini. 50 00:02:49,588 --> 00:02:51,340 -Tami, kamu ada stapler? -Tiada. 51 00:02:51,423 --> 00:02:54,217 Kenapa kamu tak ada stapler di sini? 52 00:02:54,301 --> 00:02:56,595 Mak, jika tiada wang, rakan saya akan pergi. 53 00:02:56,678 --> 00:02:58,263 -Sekarangkah? -Ya. 54 00:02:58,347 --> 00:03:00,724 -Mak boleh menolak. -Jangan mulakan, Tami. 55 00:03:00,807 --> 00:03:03,101 Kenapa mak perlu ikut cakap kamu? 56 00:03:03,560 --> 00:03:05,646 Gaun ini nampak teruk. 57 00:03:05,729 --> 00:03:08,815 -Tidak. -Semua gaun perkahwinan sama sahaja. 58 00:03:08,899 --> 00:03:11,068 Tak, Shirley Plotka seperti Lady Di. 59 00:03:11,151 --> 00:03:13,195 Berhenti, saya tak tahan. Biarkannya. 60 00:03:13,946 --> 00:03:15,572 Mak yang tak tahan. 61 00:03:15,656 --> 00:03:17,741 Bukankah awak perlu buka ini sekarang? 62 00:03:18,617 --> 00:03:21,453 -Lima minit lagi. -Jika saya botak, habislah awak. 63 00:03:21,536 --> 00:03:22,788 Ia dalam arahan. 64 00:03:22,871 --> 00:03:27,376 Hai, ayah. Sudah beberapa kali saya telefon ayah, jawablah. 65 00:03:27,459 --> 00:03:28,669 Ia penting. 66 00:03:29,378 --> 00:03:31,880 -Jangan takutkan saya, Laura. -Saya akan diam. 67 00:03:31,964 --> 00:03:33,590 Bertenang dan telefon lagi. 68 00:03:33,674 --> 00:03:35,717 -Saya akan telefon dia. -Bertenang. 69 00:03:35,801 --> 00:03:38,553 -Saya nak siapkan mekap saya. -Selamat tinggal. 70 00:03:38,637 --> 00:03:39,888 Saya akan pengsan. 71 00:03:41,056 --> 00:03:44,559 Ayah, tolong telefon semula. Saya akan telefon mak. 72 00:03:44,643 --> 00:03:46,395 Boleh ayah jawab telefon? 73 00:04:24,474 --> 00:04:29,021 Sejak kecil, saya mahukan keluarga sempurna, tapi tanpa kanak-kanak. 74 00:04:29,104 --> 00:04:30,731 Adakah itu trend? 75 00:04:30,814 --> 00:04:31,815 Saya rasa ya. 76 00:04:32,399 --> 00:04:35,694 Saya selalu bayangkan menjadi tua dengan seseorang. 77 00:04:36,194 --> 00:04:38,071 Cinta yang kuat, tak goyah. 78 00:04:38,155 --> 00:04:40,991 Cinta seumur hidup saya. 79 00:04:42,159 --> 00:04:45,454 Untuk gadis biasa, ia berkait rapat dengan keibuan, bukan? 80 00:04:52,669 --> 00:04:54,838 Tolonglah, Debi. Jangan menangis. 81 00:04:55,255 --> 00:04:56,590 Adakah ia tentang wang? 82 00:04:57,382 --> 00:04:58,884 Lupakannya! 83 00:04:58,967 --> 00:05:01,636 Pembatalan lebih murah daripada perceraian. 84 00:05:01,720 --> 00:05:03,638 -Fikirkannya... -Bukan begitu. 85 00:05:03,722 --> 00:05:05,932 Jika kamu tak nak batalkannya, bangun! 86 00:05:06,016 --> 00:05:08,143 Muka kamu akan nampak bengkak di gambar. 87 00:05:08,226 --> 00:05:10,270 -Saya tak mahu gambar. -Baiklah. 88 00:05:10,353 --> 00:05:13,607 -Tolonglah. -Saya tak suka orang memandang saya. 89 00:05:14,399 --> 00:05:17,235 Sudah terlambat. Kamu pengantin. 90 00:05:17,319 --> 00:05:18,820 Saya tak boleh lakukannya. 91 00:05:22,074 --> 00:05:24,034 Apa yang buat kamu sedih? 92 00:05:24,117 --> 00:05:27,454 Kehidupan perkahwinan? Tiada bezanya dengan sekarang. 93 00:05:27,537 --> 00:05:28,997 Bukan begitu. 94 00:05:30,040 --> 00:05:32,334 Tinggal bersama? Kamu dah tinggal bersama. 95 00:05:32,417 --> 00:05:34,377 Saya suka tinggal dengan Gaby. 96 00:05:35,712 --> 00:05:37,881 Saya tak akan tinggal dengan orang lain. 97 00:05:38,465 --> 00:05:40,300 Saya fikirkannya dan... 98 00:05:41,384 --> 00:05:43,261 Jadi, apa dia? 99 00:05:44,096 --> 00:05:45,555 Ia memalukan. 100 00:05:46,098 --> 00:05:47,390 Kamu tahu? 101 00:05:48,475 --> 00:05:49,768 Berkahwin? 102 00:05:50,393 --> 00:05:52,354 Tidak, berjalan di sana... 103 00:05:52,437 --> 00:05:54,898 Semua orang melihat saya. Saya tak suka. 104 00:05:54,981 --> 00:05:58,527 Kamu gugup pentas. 105 00:05:58,610 --> 00:06:01,488 Dengar, jangan menangis. Saya akan selesaikannya. 106 00:06:01,571 --> 00:06:03,281 Saya akan selesaikannya. 107 00:06:03,782 --> 00:06:05,367 Jangan risau. Tunggu. 108 00:06:07,869 --> 00:06:11,081 Lau, kita perlukan campur tangan untuk Debi. 109 00:06:11,164 --> 00:06:14,292 Cakap dengan pengedar awak. Kita perlukah kit khayalan. 110 00:06:14,793 --> 00:06:18,380 Sedikit pil ekstasi untuk saya. Dapatkan juga pil untuk Debi. 111 00:06:19,297 --> 00:06:20,257 Kokain okey? 112 00:06:21,216 --> 00:06:22,092 Saya tak tahu. 113 00:06:22,592 --> 00:06:25,804 Ia buat saya bersinar. Ia mungkin buat kamu paranoid. 114 00:06:27,264 --> 00:06:29,224 Ganja. 115 00:06:29,307 --> 00:06:32,561 Dapatkan ganja untuk Debi. Itu sahaja. 116 00:06:32,644 --> 00:06:35,188 Ayuh, bawakan kit kecemasan. 117 00:06:36,273 --> 00:06:37,691 Dengar. Pandang saya. 118 00:06:39,234 --> 00:06:40,902 Lihat muka kamu! 119 00:06:41,778 --> 00:06:43,446 -Bertenang. -Ya. 120 00:06:43,530 --> 00:06:45,782 Ayuh pakai mekap dan siapkan kamu. 121 00:06:46,533 --> 00:06:48,076 Kemudian kita pergi, okey? 122 00:06:50,579 --> 00:06:53,582 Saya mula bekerja awal. 123 00:06:55,750 --> 00:06:57,836 Saya berpindah ke Israel. 124 00:06:59,004 --> 00:07:03,091 Sementara saya belajar 125 00:07:03,175 --> 00:07:04,718 untuk mengajar Torah, 126 00:07:05,260 --> 00:07:06,678 saya menjaga kanak-kanak. 127 00:07:07,220 --> 00:07:09,931 Saya di Israel selama lima tahun. 128 00:07:10,765 --> 00:07:13,602 Oleh sebab itulah saya berkahwin lambat. 129 00:07:13,685 --> 00:07:14,978 Pada usia 25 tahun. 130 00:07:16,062 --> 00:07:19,691 Berhenti memberus rambut itu, kamu buat ia botak. 131 00:07:20,609 --> 00:07:23,403 Apa kata kamu lakukannya? Kamu lebih pandai. 132 00:07:23,486 --> 00:07:25,655 -Saya sibuk. -Helo. 133 00:07:26,406 --> 00:07:28,241 -Hai. -Lihat. 134 00:07:28,325 --> 00:07:30,493 Bagaimana rupa mak? 135 00:07:30,577 --> 00:07:33,622 Ia sempurna untuk perkahwinan cucu, bukan? 136 00:07:33,705 --> 00:07:35,707 Cantik. Biar saya tolong mak dengan... 137 00:07:36,291 --> 00:07:38,251 Apa yang berlaku, ayah? 138 00:07:38,335 --> 00:07:40,045 Kenapa tak bersiap? Dah lambat. 139 00:07:40,128 --> 00:07:42,422 -Ayah tak pergi. -Apa maksud ayah? 140 00:07:43,215 --> 00:07:44,758 Mak tahu tentang ini? 141 00:07:44,841 --> 00:07:46,384 Mak tak nak masuk campur. 142 00:07:46,468 --> 00:07:49,638 -Kenapa ayah tak nak datang? -Ia kuil Baharu. 143 00:07:51,223 --> 00:07:53,225 Ya, ayah. Ia kuil Baharu. 144 00:07:53,934 --> 00:07:55,227 Kuil Baharu. 145 00:07:55,310 --> 00:07:57,229 -Aduh. -Ayah patut bersyukur. 146 00:07:57,854 --> 00:08:01,358 Dia mungkin satu-satunya cucu yang berkahwin di kuil. 147 00:08:01,441 --> 00:08:03,443 Atau satu-satunya yang berkahwin. 148 00:08:03,526 --> 00:08:05,570 Apa? Satu-satunya yang berkahwin? 149 00:08:05,654 --> 00:08:08,490 Tolonglah, ayah, cukuplah drama hari ini. 150 00:08:08,573 --> 00:08:10,992 Tiada siapa tanya ayah. 151 00:08:11,076 --> 00:08:12,953 Kenapa kami perlu tanya ayah? 152 00:08:13,036 --> 00:08:15,247 Lelaki dan perempuan bercampur. 153 00:08:15,956 --> 00:08:17,874 Beginilah. Buatlah apa ayah nak. 154 00:08:17,958 --> 00:08:21,419 Ayah yang akan terlepas perkahwinan cucu ayah. 155 00:08:39,271 --> 00:08:42,524 Apa yang bagus tentang vap ialah ia tak buat kamu batuk. 156 00:08:42,607 --> 00:08:45,568 Tekak awak juga tak gatal. Bau kertas terbakar. 157 00:08:45,652 --> 00:08:47,362 Saya tak rasa apa-apa. 158 00:08:47,445 --> 00:08:49,030 Teruskan. 159 00:08:49,114 --> 00:08:50,949 Adakah ia selamat untuk awak? 160 00:08:51,032 --> 00:08:52,367 Saya tak mengandung. 161 00:08:52,450 --> 00:08:54,327 Tapi dengan mencampurkan pil 162 00:08:54,411 --> 00:08:58,957 dan hormon akan berikan kesan sampingan. 163 00:08:59,040 --> 00:09:00,792 Perlukah kita tanya Ruthie? 164 00:09:02,335 --> 00:09:04,504 Boleh bayangkan yang kamu akan berkahwin? 165 00:09:04,587 --> 00:09:06,298 Apa maksud kamu? 166 00:09:07,007 --> 00:09:09,634 Jika kita masih warak. 167 00:09:09,718 --> 00:09:10,802 Masih suci. 168 00:09:11,261 --> 00:09:14,306 -Suci! -Suci! Teruknya. 169 00:09:14,389 --> 00:09:18,143 Jika kamu gugup pentas kerana ini, bayangkan kamu bersetubuh. 170 00:09:18,226 --> 00:09:20,145 Tiada siapa bersetubuh malam itu. 171 00:09:20,228 --> 00:09:23,106 Mabuk, berpeluh, dengan gaun, khayal, 172 00:09:23,189 --> 00:09:24,482 kaki melepuh... 173 00:09:24,566 --> 00:09:26,526 Orang yang bersetubuh itu penipu. 174 00:09:26,609 --> 00:09:29,404 -Awak akan kahwini Mora? -Saya tak tahu. Haraplah. 175 00:09:29,487 --> 00:09:31,364 Bagaimana jika dia tinggalkan awak? 176 00:09:31,448 --> 00:09:34,826 Simpan anak itu. Lahirkannya dan letak dia di bawah nama awak. 177 00:09:35,869 --> 00:09:37,996 Berkahwin dan dapatkan alimoni. 178 00:09:38,079 --> 00:09:40,206 Hei, Laura bayar untuk pil itu. 179 00:09:40,290 --> 00:09:42,334 -Ya. -Pil ekstasi... 180 00:09:43,460 --> 00:09:45,295 Saya akan bayarkan. 181 00:09:46,171 --> 00:09:48,381 -Yakah? -Boleh saya bayar hari Isnin? 182 00:09:48,465 --> 00:09:51,217 Ayah sepatutnya bayar saya hari ini tapi tiada. 183 00:09:51,301 --> 00:09:54,262 Saya dah beritahu jangan berikan simpanan awak. 184 00:09:54,346 --> 00:09:55,805 Jelas sekali ia dah tiada. 185 00:09:55,889 --> 00:09:58,224 Boleh awak berhenti takutkan saya, Laura? 186 00:09:58,308 --> 00:10:01,936 Awak kata saya ibu tunggal, saya tak boleh cakap tentang ayah awak. 187 00:10:02,020 --> 00:10:03,355 Hei. 188 00:10:03,438 --> 00:10:05,273 Saya perlu berjalan-jalan. 189 00:10:06,149 --> 00:10:07,484 -Ayuh. -Pegang dia. 190 00:10:07,567 --> 00:10:08,610 Biarkan dia. 191 00:10:10,278 --> 00:10:11,488 Dia pergi. 192 00:10:11,571 --> 00:10:14,115 Saya pula kekal di sini di sebalik dinding. 193 00:10:16,117 --> 00:10:17,035 Maksud saya... 194 00:10:17,744 --> 00:10:19,537 Dia tinggalkan saya di sebelah. 195 00:10:21,081 --> 00:10:23,541 Dia satu-satunya sekutu saya. 196 00:10:25,710 --> 00:10:27,087 Saya ada kawan. 197 00:10:28,088 --> 00:10:31,508 Tapi ada dunia yang hanya boleh dikongsikan dengan awak. 198 00:10:34,928 --> 00:10:39,432 Saya perlu pegang ia dengan kuat supaya ia tak hilang apabila awak pergi. 199 00:10:42,560 --> 00:10:44,145 Saya terus membaca novel, 200 00:10:44,646 --> 00:10:46,189 berlagak seperti ia Torah. 201 00:10:48,191 --> 00:10:49,567 Supaya saya tak sesat. 202 00:10:53,696 --> 00:10:55,448 Apabila awak ke perkahwinan saya, 203 00:10:55,532 --> 00:10:58,368 ia seperti dunia saya kembali semula. 204 00:10:59,619 --> 00:11:00,995 Berkembang. 205 00:11:05,250 --> 00:11:07,710 Ia bukan lagi tentang dunia Tamara. 206 00:11:09,671 --> 00:11:12,132 Bukan awak yang mendorong saya untuk berani. 207 00:11:13,967 --> 00:11:15,844 Ia juga dunia Ofelia. 208 00:11:17,762 --> 00:11:19,431 Mungkin ia akan jadi milik saya. 209 00:11:21,057 --> 00:11:22,183 Dan bayi saya. 210 00:11:26,729 --> 00:11:28,064 Terima kasih, Tam. 211 00:11:32,235 --> 00:11:34,237 Saya mahu sertai mikveh. 212 00:11:34,946 --> 00:11:36,114 Apa kata kita pergi? 213 00:11:36,197 --> 00:11:39,159 Bagaimana jika saya berkahwin dan kita pergi bersama? 214 00:11:39,242 --> 00:11:40,994 Saya dan Laura ingin melihatnya. 215 00:11:41,077 --> 00:11:42,370 Tolonglah. 216 00:11:42,454 --> 00:11:45,373 Wanita bogel muncul di air pancut... 217 00:11:45,457 --> 00:11:48,001 Ia bukan air pancut. Ia kolam. 218 00:11:48,084 --> 00:11:49,377 Bogel atau berseluar? 219 00:11:49,461 --> 00:11:51,671 Berhenti, Laura! Saya semakin bernafsu. 220 00:11:51,754 --> 00:11:54,048 -Saya juga. -Berhenti, ia perkara suci. 221 00:11:54,132 --> 00:11:56,259 Kesucian selalu buat saya bernafsu. 222 00:11:56,342 --> 00:11:58,011 Apabila air menyentuh klitoris, 223 00:11:58,094 --> 00:12:00,763 mereka tahu mereka akan bersetubuh dengan suami. 224 00:12:01,681 --> 00:12:03,141 Itulah keintiman. 225 00:12:03,224 --> 00:12:06,019 Persediaannya sangat seksi. 226 00:12:06,102 --> 00:12:10,440 Debi, awak juga fikir tiada lesbian Ortodoks? 227 00:12:25,580 --> 00:12:27,540 -Dia dah sampaikah? -Belum lagi. 228 00:12:27,624 --> 00:12:29,918 -Dah patut sampai, bukan? -Dia dengan Tamara. 229 00:12:30,001 --> 00:12:31,336 Dia ke mana? 230 00:12:31,419 --> 00:12:32,420 Saya tak tahu. 231 00:12:33,254 --> 00:12:34,839 Tamara tak menjawab. 232 00:12:37,800 --> 00:12:39,594 Mak, di mana Debi dan Tamara? 233 00:12:39,677 --> 00:12:42,388 Mereka sepatutnya tak jauh. Sepatutnya dah sampai. 234 00:12:42,472 --> 00:12:44,390 Dia tak mahu jawab telefon. 235 00:12:44,474 --> 00:12:46,768 Maafkan saya, awak mak pengantin perempuan? 236 00:12:46,851 --> 00:12:49,354 -Ya. -Rabbi tak dapat datang. Dia sakit. 237 00:12:49,437 --> 00:12:50,396 Dia sakit apa? 238 00:12:50,480 --> 00:12:51,689 Keracunan makanan. 239 00:12:52,315 --> 00:12:53,691 Siapa akan kahwinkan dia? 240 00:12:53,775 --> 00:12:56,194 Jangan risau, kami ada pengganti. 241 00:12:56,277 --> 00:12:58,613 Kami tak ambil pengganti dalam keluarga kami. 242 00:12:58,696 --> 00:12:59,906 Itu malang. 243 00:12:59,989 --> 00:13:01,449 -Ini petunjuk buruk. -Sabar. 244 00:13:01,533 --> 00:13:03,493 Sejak bila Yahudi percaya nasib malang? 245 00:13:03,576 --> 00:13:04,994 Cukuplah. 246 00:13:05,119 --> 00:13:07,247 Apa saya selalu cakap? Rancangan B. 247 00:13:07,705 --> 00:13:11,417 Okey? Kami akan ambil pengganti. 248 00:13:11,501 --> 00:13:14,504 Puan, dia rabbi perempuan. 249 00:13:14,587 --> 00:13:17,298 -Dia Rabbi Marcovsky. -Bagus. 250 00:13:17,382 --> 00:13:20,969 Rabbi perempuan? Rancangan B lebih baik daripada A. 251 00:13:21,386 --> 00:13:23,012 Panggil rabbi perempuan. 252 00:13:23,846 --> 00:13:25,848 Petunjuk yang bagus. 253 00:13:25,932 --> 00:13:26,849 Ruthie! 254 00:13:28,476 --> 00:13:29,852 Boleh saya pasang permata? 255 00:13:30,520 --> 00:13:32,272 Sudah tentu. Saya tak peduli. 256 00:13:32,897 --> 00:13:35,358 Awak mak terbaik, Ruthie. 257 00:13:35,942 --> 00:13:37,986 Saya cemburukan Tam untuk ini. 258 00:13:38,069 --> 00:13:38,987 Sayang. 259 00:13:41,364 --> 00:13:44,576 Keluarga terpilih sangat popular sekarang. 260 00:13:45,368 --> 00:13:47,328 Betul? Saya ada dua soalan. 261 00:13:48,329 --> 00:13:51,207 Pertama, apa kita nak buat dengan yang tak terpilih? 262 00:13:51,291 --> 00:13:53,835 Saya ada "keluarga terpilih." 263 00:13:54,419 --> 00:13:56,879 Laura, Tam, Ruthie... 264 00:13:57,589 --> 00:14:00,258 Bagaimana dengan yang lain? Mereka masih di sana. 265 00:14:00,758 --> 00:14:04,429 Ia mudah untuk membentuk keluarga daripada membuangnya. 266 00:14:09,017 --> 00:14:11,019 Awak tak beritahu saya cantik tak? 267 00:14:12,270 --> 00:14:14,063 Tami dan Debi dah tiba. 268 00:14:14,856 --> 00:14:17,191 Saya nak cari keluarga pengantin perempuan. 269 00:14:17,275 --> 00:14:19,027 Pengantin hanya ada mak. 270 00:14:19,110 --> 00:14:20,653 Maaf, rabbi beritahu saya. 271 00:14:20,737 --> 00:14:23,990 -Kenapa awak cari dia? -Saya Sandra, pengganti rabbi. 272 00:14:24,073 --> 00:14:25,992 Saya akan panggilkan Ruthie. 273 00:14:26,075 --> 00:14:26,993 Terima kasih. 274 00:14:30,038 --> 00:14:33,124 Maaf, adakah ramai rabbi wanita di Buenos Aires? 275 00:14:33,207 --> 00:14:35,168 Ada beberapa. Saya kenal tiga. 276 00:14:35,251 --> 00:14:38,838 Adakah mereka belajar dengan lelaki? 277 00:14:38,921 --> 00:14:40,381 Ya, tempat yang sama. 278 00:14:40,465 --> 00:14:42,175 Di seminari rabbi. 279 00:14:42,258 --> 00:14:44,177 Sesiapa sahaja boleh mendaftar? 280 00:14:44,260 --> 00:14:45,219 Ya, sesiapa sahaja. 281 00:14:45,720 --> 00:14:46,804 Orang Yahudi sahaja. 282 00:14:46,888 --> 00:14:48,264 Mualaf atau dilahirkan. 283 00:14:50,600 --> 00:14:53,227 Saya fikir nak jadi pelakon, penyanyi... 284 00:14:53,853 --> 00:14:55,188 Ia idea menyeronokkan. 285 00:14:57,482 --> 00:15:01,277 Tapi saya fikir panggilan itu bukan sesuatu 286 00:15:02,028 --> 00:15:04,906 yang menyeronokkan, tapi memuaskan. 287 00:15:05,823 --> 00:15:06,949 Ia memenatkan. 288 00:15:07,784 --> 00:15:08,993 Saya mahukan itu. 289 00:15:09,577 --> 00:15:11,788 Penat kerana kerja. 290 00:15:15,166 --> 00:15:16,542 Jika saya fikirkannya... 291 00:15:18,378 --> 00:15:19,879 komuniti ialah kehidupan saya. 292 00:15:20,713 --> 00:15:22,382 Untuk fikirkan tentang komuniti. 293 00:15:23,466 --> 00:15:25,677 Apa yang saya tak tahu ialah 294 00:15:25,760 --> 00:15:27,762 ia boleh datang daripada tradisi. 295 00:15:28,846 --> 00:15:30,556 Walaupun ia tak pelik. 296 00:15:31,140 --> 00:15:32,767 Saya orang yang tradisional. 297 00:15:33,559 --> 00:15:35,895 Ya. Dalam pelbagai cara. 298 00:18:40,580 --> 00:18:41,831 Maafkan saya. 299 00:18:41,956 --> 00:18:43,207 Hai, David. 300 00:18:44,333 --> 00:18:45,793 Awak bawa Goliath? 301 00:18:47,795 --> 00:18:49,338 Hati-hati. Dia di sini? 302 00:18:49,422 --> 00:18:50,965 Itu pun dia. 303 00:18:53,509 --> 00:18:54,677 Hai! 304 00:18:56,888 --> 00:19:00,391 Tami, kami dah mabuk. 305 00:19:00,474 --> 00:19:03,019 Mainkan video atau tiada siapa ambil perhatian. 306 00:19:03,102 --> 00:19:05,021 Bawa komputer riba dan saya akan buat. 307 00:19:05,521 --> 00:19:09,817 -Video apa? -Pengakuan di bilik air. 308 00:19:09,901 --> 00:19:13,905 Tapi saya rakam untuk diri sendiri. 309 00:19:13,988 --> 00:19:18,075 Ia bukan untuk perkahwinan Debi? 310 00:19:18,159 --> 00:19:20,828 Itu satu-satunya kerja kamu, Tam. Membuat video. 311 00:19:20,912 --> 00:19:24,040 Tapi bukan untuk ini. Orang tak akan faham. 312 00:19:24,123 --> 00:19:25,917 Ia untuk kita. 313 00:19:26,000 --> 00:19:30,338 Memoir untuk wanita dalam keluarga. Kuasa... 314 00:19:30,421 --> 00:19:33,007 Ia untuk awak. Baiklah. Kami faham. 315 00:19:33,090 --> 00:19:35,176 Dia tak dengar apa saya cakap. 316 00:19:35,259 --> 00:19:37,428 Ia untuk keluarga. Ia... 317 00:19:38,846 --> 00:19:40,514 Kamu tak rakam diri sendiri. 318 00:19:40,598 --> 00:19:42,850 Kamu selalu nak jadi lain daripada lain. 319 00:19:42,934 --> 00:19:44,268 Kamu berguraukah? 320 00:19:44,352 --> 00:19:46,896 Jaga diri sendiri sebelum tunjukkan hidup kami. 321 00:19:46,979 --> 00:19:48,981 -Buatlah di ruangan kamu. -Berhenti. 322 00:19:49,065 --> 00:19:50,524 Saya bercakap dengan kamu. 323 00:19:50,608 --> 00:19:52,568 Janganlah bergaduh sekarang. 324 00:19:52,652 --> 00:19:56,906 Saya minta mak Gaby letakkan gambar mereka dan itu sahaja. 325 00:19:56,989 --> 00:19:58,908 -Ia dah selesai. -Kamu tahu, Miju? 326 00:19:58,991 --> 00:20:01,494 -Apa? -Yang penting saya ada wang sendiri. 327 00:20:01,577 --> 00:20:03,329 Dan belanjakan di negara saya. 328 00:20:03,412 --> 00:20:05,498 -Ia tak ada kena-mengena. -Berhenti. 329 00:20:05,581 --> 00:20:07,291 Berhenti. Jangan bergaduh. 330 00:20:07,416 --> 00:20:10,211 Mijal akan tinggal dan belanjakan duitnya di sini. 331 00:20:10,711 --> 00:20:13,172 Saya dah beritahu saya tak nak tinggal di sini. 332 00:20:13,255 --> 00:20:15,049 Kamu tak boleh keluar dengan sah. 333 00:20:15,132 --> 00:20:17,760 -Kamu perlu tinggal di sini. -Saya tak akan cakap. 334 00:20:23,099 --> 00:20:25,393 Juani? Semua okey? 335 00:20:25,476 --> 00:20:27,687 Beritahu saya jika saya dengar dengan betul. 336 00:20:29,522 --> 00:20:32,984 Mak suruh ayah beritahu kamu, tapi dia tak berani. 337 00:20:33,067 --> 00:20:34,944 Dia tak mahu kerana ia majlis Tamara. 338 00:20:35,027 --> 00:20:37,488 Tapi ia bukan majlis Tamara, tapi kakaknya. 339 00:20:37,571 --> 00:20:39,865 Tamara tak akan berkahwin! 340 00:20:39,949 --> 00:20:41,450 Perkara penting akan datang. 341 00:20:41,534 --> 00:20:45,538 Orang yang meminjam wang gagal membayar dan membunuh diri di pejabatnya. 342 00:20:45,621 --> 00:20:49,083 Dia bunuh diri di pejabatnya, kamu percaya? 343 00:20:49,166 --> 00:20:50,876 -Tidak! -Ayah kamu, sudah tentu... 344 00:20:50,960 --> 00:20:54,088 Dia tak berani beritahu kamu, tapi ia bukan salahnya. 345 00:20:54,171 --> 00:20:56,549 Peminjam yang salah dan bunuh diri. 346 00:20:56,632 --> 00:20:59,927 Mak tahu ia simpanan kamu. 347 00:21:00,011 --> 00:21:01,846 Biarkannya, Juani. Kamu masih muda. 348 00:21:01,929 --> 00:21:05,141 Kamu masih boleh menyimpan. Orang lain pula mati. 349 00:21:05,224 --> 00:21:06,267 Kita masih hidup. 350 00:21:06,350 --> 00:21:07,268 Semua wang saya! 351 00:21:07,852 --> 00:21:10,146 Mereka habiskan wang saya. 352 00:21:10,229 --> 00:21:12,106 Itu dia. Saya bosan. 353 00:21:12,189 --> 00:21:14,191 Saya anak yatim sekarang. Saya bosan. 354 00:21:14,275 --> 00:21:16,485 Saya akan sekat mereka. Mereka dah mati. 355 00:21:16,569 --> 00:21:18,279 Teruknya, Juani. 356 00:21:18,362 --> 00:21:20,031 Keadaan ini sangat teruk. 357 00:21:22,074 --> 00:21:24,452 Dia kata saya tak akan berkahwin? 358 00:21:59,195 --> 00:22:00,946 Lau! 359 00:22:01,030 --> 00:22:01,989 -Lau! -Hei! 360 00:22:02,073 --> 00:22:04,700 Saya mesej awak. Sudah 40 minit saya di luar. 361 00:22:04,784 --> 00:22:07,453 -Kenapa awak tak masuk? -Saya tak kenal sesiapa. 362 00:22:07,536 --> 00:22:08,954 Awak nampak cantik. 363 00:22:10,956 --> 00:22:12,958 Boleh awak bayangkan perkahwinan kita? 364 00:22:13,042 --> 00:22:16,921 Tapi tunggu sehingga bayi dilahirkan, supaya dia boleh membawa cincin. 365 00:22:17,004 --> 00:22:18,089 Awak ambil apa? 366 00:22:18,172 --> 00:22:21,175 Pil. Awak nak? Saya ada kit. 367 00:22:21,258 --> 00:22:23,719 Tel Aviv! 368 00:22:25,221 --> 00:22:26,764 Awak serius? 369 00:22:26,847 --> 00:22:28,265 Kenapa? 370 00:22:28,349 --> 00:22:29,767 Lihatlah keadaan awak! 371 00:22:29,850 --> 00:22:31,727 Apa? Kenapa awak melenting? 372 00:22:31,852 --> 00:22:34,605 Saya? Kenapa dengan awak? 373 00:22:34,688 --> 00:22:37,399 Awak perlu jaga badan awak. 374 00:22:37,483 --> 00:22:40,361 Awak kenapa? Awak biarkan saya di pakar ginekologi. 375 00:22:40,444 --> 00:22:42,947 Awak tak peduli saya di sini atau tak? Kenapa? 376 00:22:43,030 --> 00:22:45,116 Hei, tolonglah. Jangan marah! 377 00:22:45,199 --> 00:22:47,201 Saya belum mengandung. Semuanya baik. 378 00:22:47,284 --> 00:22:49,912 -Saya nak beredar. Awak memang tak guna. -Apa? 379 00:22:52,081 --> 00:22:53,374 Mora! 380 00:22:54,542 --> 00:22:55,459 Hei! 381 00:22:56,168 --> 00:22:57,461 Awak nak tinggalkan saya? 382 00:22:58,337 --> 00:23:01,715 Awak nak tinggalkan saya apabila saya sedia untuk mengandung? 383 00:23:01,799 --> 00:23:04,468 Tidak. Awak cuma khayal. 384 00:23:06,470 --> 00:23:08,681 -Kita bincang kemudian. -Tunggu. 385 00:23:14,937 --> 00:23:17,439 Jangan cuba menangis, okey? 386 00:23:18,983 --> 00:23:19,900 Ayuh. 387 00:23:26,031 --> 00:23:28,659 Tujuanku selalu mengkianatiku 388 00:23:28,742 --> 00:23:30,995 Hatiku menguasaiku 389 00:23:32,621 --> 00:23:35,082 Aku tak tahu melawan cinta 390 00:23:37,126 --> 00:23:39,420 Aku selalu jatuh cinta 391 00:23:39,503 --> 00:23:42,339 dengan orang yang tak mencintaiku 392 00:23:43,507 --> 00:23:47,178 Sebab itu jiwaku menangis 393 00:23:47,720 --> 00:23:49,513 Aku dah tak tahan 394 00:23:49,597 --> 00:23:52,099 Aku dah tak tahan 395 00:23:52,183 --> 00:23:56,395 Ia cerita yang sama 396 00:23:56,478 --> 00:23:58,564 Aku dah tak tahan 397 00:23:58,647 --> 00:24:00,941 Aku dah tak tahan 398 00:24:01,025 --> 00:24:05,029 Aku penat berpusing seperti roda Ferris 399 00:24:07,114 --> 00:24:12,036 Untuk hidup begini adalah untuk mati kerana cinta 400 00:24:12,661 --> 00:24:16,916 Kerana cinta, jiwaku merana 401 00:24:16,999 --> 00:24:18,918 Kerana cinta 402 00:24:19,001 --> 00:24:22,254 Aku tiada nyawa tanpa kamu 403 00:24:22,338 --> 00:24:24,798 Murung 404 00:24:27,092 --> 00:24:31,639 Untuk hidup begini adalah untuk mati kerana cinta 405 00:24:31,722 --> 00:24:36,101 Aku hamba ciumannya 406 00:24:36,936 --> 00:24:38,646 Aku seorang kawan 407 00:24:38,729 --> 00:24:42,066 Aku mahu lebih daripada itu 408 00:24:42,149 --> 00:24:45,110 Murung... 409 00:24:45,194 --> 00:24:48,072 -Datuk terlepas pesta yang hebat! -Ya! 410 00:24:48,155 --> 00:24:50,741 Bercakap tentang datuk, 411 00:24:50,824 --> 00:24:53,369 kita perlu sewakan apartmen datuk dan nenek 412 00:24:53,452 --> 00:24:54,954 untuk membayar rumah jagaan. 413 00:24:55,037 --> 00:24:56,247 Kamu perlu pindah. 414 00:24:58,207 --> 00:25:00,876 Jangan ketawa. Kamu perlu berpindah. 415 00:25:00,960 --> 00:25:02,503 Hei, mak mentua! 416 00:25:02,586 --> 00:25:04,964 Mak tak biasa kamu panggil saya itu. 417 00:25:09,510 --> 00:25:12,221 Sebab itu saya selalu kata hidup itu rancangan B. 418 00:25:12,972 --> 00:25:14,348 Sebagai contoh... 419 00:25:15,975 --> 00:25:19,645 Saya tak pernah mahu Javier mati, 420 00:25:20,688 --> 00:25:21,605 tapi... 421 00:25:22,523 --> 00:25:24,149 Jika dia masih hidup... 422 00:25:25,067 --> 00:25:25,943 Saya tak tahu. 423 00:25:26,026 --> 00:25:28,028 Mungkin anak-anak tak... 424 00:25:28,862 --> 00:25:30,906 Tak ikut jalan mereka sendiri. 425 00:25:32,324 --> 00:25:34,785 Tak mungkin. 426 00:25:34,868 --> 00:25:36,787 Ya. Mereka... 427 00:25:36,870 --> 00:25:39,373 Mereka akan cari jalan sendiri. 428 00:25:39,456 --> 00:25:40,291 Ya... 429 00:25:41,250 --> 00:25:42,167 Dan dia... 430 00:25:49,675 --> 00:25:50,676 Tidak, dia... 431 00:25:51,260 --> 00:25:53,178 Dia akan dapat biasakan diri. 432 00:25:54,221 --> 00:25:55,055 Ya. 433 00:26:00,894 --> 00:26:03,897 Tami, potong bahagian terakhir. 434 00:26:19,204 --> 00:26:20,289 -Hei! -Hei! 435 00:26:20,372 --> 00:26:21,206 Hai. 436 00:26:22,082 --> 00:26:24,960 Saya gembira awak datang. 437 00:26:25,044 --> 00:26:26,879 Sudah tentu. Ia perkahwinan Gaby. 438 00:26:26,962 --> 00:26:28,964 Biar saya perkenalkan. Ini Irina. 439 00:26:30,341 --> 00:26:31,925 Hai, Irina. Awak sangat cantik. 440 00:26:32,009 --> 00:26:33,719 Dia cantik. 441 00:26:33,802 --> 00:26:35,721 -Ya. -Saya peminat awak. 442 00:26:35,804 --> 00:26:38,891 -Ya. Saya perlu beritahu dia. -Tak apa. 443 00:26:38,974 --> 00:26:40,309 Baiklah. 444 00:26:40,392 --> 00:26:41,810 Sangat comel. 445 00:26:41,894 --> 00:26:44,104 Saya nak ucapkan terima kasih. 446 00:26:44,188 --> 00:26:45,689 Terima kasih kerana datang. 447 00:26:45,773 --> 00:26:47,066 Kamu nampak comel. 448 00:26:47,149 --> 00:26:50,235 Kamu nampak comel bersama. Awak nampak kacak, Fede. 449 00:26:50,319 --> 00:26:52,404 -Terima kasih. -Sangat kacak. 450 00:26:53,030 --> 00:26:54,365 Apa ini? 451 00:26:54,448 --> 00:26:56,742 -Ia anak panah. -Ia cincin. 452 00:27:03,290 --> 00:27:04,333 Wah. 453 00:27:04,416 --> 00:27:05,959 Tatu sepadan. 454 00:27:06,585 --> 00:27:09,213 Tapi ini apa? Saya tak faham. 455 00:27:10,381 --> 00:27:11,882 -Ia anak panah. -Ia simbol. 456 00:27:11,965 --> 00:27:14,676 Anak panah, kerana awak jumpa... 457 00:27:14,760 --> 00:27:16,720 Dan anak panah Cupid. 458 00:27:16,804 --> 00:27:17,721 Wah. 459 00:27:18,263 --> 00:27:20,391 Tapi ia kekal. 460 00:27:20,516 --> 00:27:21,934 -Kekal. -Ya, saya tahu. 461 00:27:22,017 --> 00:27:23,852 -Kamu nampak comel. -Terima kasih. 462 00:27:23,936 --> 00:27:25,687 -Tidak, terima kasih. -Tam! 463 00:27:26,271 --> 00:27:28,524 -Champagne memanggil awak. -Ya. 464 00:27:28,649 --> 00:27:30,484 -Hai. -Terima kasih kerana datang. 465 00:27:30,567 --> 00:27:32,361 -Selamat tinggal. -Jumpa lagi. 466 00:27:32,444 --> 00:27:33,695 Selamat tinggal. 467 00:27:33,779 --> 00:27:35,030 Cincin pertunangan! 468 00:27:35,781 --> 00:27:38,867 Mereka mentatu cincin pertunangan! Mereka dah bertunang! 469 00:27:40,202 --> 00:27:42,121 Mereka dalam sitcom Amerikakah? 470 00:27:42,871 --> 00:27:45,207 Orang terlalu menonton TV, dan buat benda ini. 471 00:27:46,041 --> 00:27:48,752 Tak apa. Ia simbol komitmen. 472 00:27:48,836 --> 00:27:51,171 Kemampuan untuk buat sesuatu. 473 00:27:51,255 --> 00:27:53,257 -Ada antara kita yang tak mampu. -Lau. 474 00:27:54,466 --> 00:27:56,385 Awaklah ada kemampuan itu. 475 00:27:56,468 --> 00:27:59,054 Sudah tentu tidak. Saya ada batasan. 476 00:27:59,138 --> 00:28:00,305 Itu berbeza. 477 00:28:00,889 --> 00:28:03,016 Kita tak boleh terus memberi. 478 00:28:04,518 --> 00:28:07,062 Dalam memberi, kita perlu menginginkannya. 479 00:28:07,146 --> 00:28:09,982 Kita tak boleh berikannya seperti objek. 480 00:28:13,110 --> 00:28:14,111 Begitu sahaja. 481 00:28:16,864 --> 00:28:18,115 Ada perkara... 482 00:28:20,993 --> 00:28:22,911 yang kita inginkan. 483 00:28:25,873 --> 00:28:27,291 Ia tetap bukan milik kita. 484 00:28:29,585 --> 00:28:30,586 Bukan sekarang. 485 00:28:35,340 --> 00:28:37,759 Tak apa untuk bersedih bagi anak yang tiada. 486 00:28:41,972 --> 00:28:43,974 Atau hubungan yang tiada. 487 00:28:46,393 --> 00:28:49,480 Walaupun itu yang kita pilih. 488 00:28:50,105 --> 00:28:51,440 Awak buat saya menangis. 489 00:28:53,942 --> 00:28:54,943 Hei, bertenanglah. 490 00:28:55,027 --> 00:28:57,279 Apa yang awak cakap memang betul. 491 00:28:57,362 --> 00:28:59,490 Kita letak diri kita di sana, 492 00:28:59,573 --> 00:29:03,285 kerja, masa, tubuh badan, 493 00:29:03,368 --> 00:29:06,330 kasih sayang, wang... Wang kita! 494 00:29:06,413 --> 00:29:07,873 Untuk orang tak berguna! 495 00:29:08,499 --> 00:29:10,959 Orang yang tak ada tanggungjawab! 496 00:29:11,043 --> 00:29:12,085 Faham! 497 00:29:19,551 --> 00:29:23,680 Tak mampu berikan kasih sayang atau apa-apa. 498 00:29:26,099 --> 00:29:29,937 Perkara paling kelakar ialah kerana saya ingin dijaga! 499 00:29:31,813 --> 00:29:35,275 Saya nak mereka beri saya sesuatu mereka tak boleh. 500 00:29:35,359 --> 00:29:37,653 Ia mustahil. Ia tak wujud. 501 00:29:42,950 --> 00:29:44,910 Ia pengertian kasih sayang bagi Lacan. 502 00:29:45,827 --> 00:29:46,703 Apa? 503 00:29:49,456 --> 00:29:50,457 "Mencintai... 504 00:29:51,959 --> 00:29:54,711 "ialah memberi apa orang tiada." 505 00:29:58,840 --> 00:30:00,551 Dia bercakap tentang kastrasi. 506 00:30:02,302 --> 00:30:03,554 Untuk disayang, 507 00:30:04,805 --> 00:30:06,807 kita perlu terima ketaklengkapan. 508 00:30:08,225 --> 00:30:09,601 Jika kita tak lengkap, 509 00:30:10,769 --> 00:30:12,145 orang lain pun sama. 510 00:30:21,780 --> 00:30:22,781 Okey, ayuh. 511 00:30:24,575 --> 00:30:26,660 Ayuh menari dengan Debi. 512 00:30:26,743 --> 00:30:28,036 Ayuh lakukan mitzvah. 513 00:30:29,621 --> 00:30:30,581 Apa itu mitzvah? 514 00:31:24,301 --> 00:31:26,386 Mitzvah ialah berlawanan dosa. 515 00:31:27,012 --> 00:31:29,139 Tindakan yang menambah nilai pada dunia. 516 00:31:33,268 --> 00:31:34,770 Saya tak percayakan apa-apa. 517 00:31:36,438 --> 00:31:38,190 Tapi saya percayakan mitzvot. 518 00:31:40,359 --> 00:31:43,320 Saya dapat di usia 10 tahun dan menghadiri perkahwinan. 519 00:31:44,363 --> 00:31:46,281 Saya duduk sendirian di penjuru, 520 00:31:46,823 --> 00:31:49,743 kemudian mak suruh saya pergi menari dengan pengantin. 521 00:31:51,912 --> 00:31:53,705 Dengan menari bersama pengantin, 522 00:31:54,539 --> 00:31:56,166 dan membuatkan dia gembira... 523 00:31:59,378 --> 00:32:00,379 Itulah mitzvah. 524 00:33:44,775 --> 00:33:46,777 Terjemahan sari kata oleh Auddra Clarence 525 00:33:46,860 --> 00:33:48,862 Penyelia Kreatif Vincent Lim