1 00:00:26,860 --> 00:00:31,110 JUNJI ITO MANIAC 2 00:01:48,316 --> 00:01:53,236 ADIK-BERADIK HIKIZURI YANG ANEH 3 00:01:53,321 --> 00:01:54,161 ABANG SULUNG 4 00:01:54,197 --> 00:01:56,237 Baik, abang pergi kerja dulu. 5 00:01:56,324 --> 00:01:59,494 Abang kerja elok-elok nanti, ya? 6 00:01:59,536 --> 00:02:00,366 KAKAK SULUNG 7 00:02:00,453 --> 00:02:04,213 Hari-hari abang keluar bekerja demi menyara kami. 8 00:02:04,249 --> 00:02:05,079 ADIK TENGAH 9 00:02:05,166 --> 00:02:09,336 Dia orang atasan dalam syarikat insurans. Kami bangga dengan dia. 10 00:02:09,379 --> 00:02:10,209 ADIK TENGAH 11 00:02:10,296 --> 00:02:12,756 Penatlah tiap-tiap pagi macam ini. 12 00:02:12,841 --> 00:02:14,971 Hebatnya, Abang Kazuya. 13 00:02:15,051 --> 00:02:16,141 ADIK LELAKI BONGSU 14 00:02:16,219 --> 00:02:19,219 ADIK PEREMPUAN BONGSU 15 00:02:20,431 --> 00:02:23,731 Adik Misako tak faham apa kita cakap, ya? 16 00:02:23,810 --> 00:02:27,310 Kamu faham, bukan? Kata terima kasih kepada abang. 17 00:02:27,397 --> 00:02:32,567 Tak apalah. Abang cuma lakukan tugas sebagai anak sulung. 18 00:02:33,319 --> 00:02:35,909 Baik, sekarang cakap selamat jalan. 19 00:02:36,489 --> 00:02:37,619 Satu, dua… 20 00:02:38,283 --> 00:02:40,873 Selamat jalan, abang! 21 00:02:40,952 --> 00:02:41,872 AMARAN! TASIK DALAM! 22 00:02:41,911 --> 00:02:45,121 Aduh, menyusahkan betul adik-adik aku itu. 23 00:02:45,206 --> 00:02:49,086 Keluarga Hikizuri ada pusaka, kami tak payah bekerja pun. 24 00:02:49,169 --> 00:02:54,589 Tapi aku perlu tunjuk aku bertanggungjawab depan adik-adik aku. 25 00:03:15,737 --> 00:03:19,157 Cik? Sedang ambil gambar pemandangan, ya? 26 00:03:19,949 --> 00:03:23,659 Bukan. Saya sedang ambil gambar hantu. 27 00:03:24,829 --> 00:03:26,369 Gambar hantu? 28 00:03:26,873 --> 00:03:29,753 Ya. Sebab budak-budak selalu lemas di sini 29 00:03:29,834 --> 00:03:32,214 jadi mungkin saya dapat merakam sesuatu. 30 00:03:33,171 --> 00:03:35,921 Jadi cik suka benda-benda begitu, ya? 31 00:03:36,007 --> 00:03:38,047 Awak boleh ejek saya kalau mahu. 32 00:03:38,134 --> 00:03:40,014 Kenapa pula saya nak ejek cik? 33 00:03:40,094 --> 00:03:43,564 Saya pun berminat dengan penampakan hantu. 34 00:03:44,265 --> 00:03:46,515 Cik, boleh saya tanya nama? 35 00:03:46,601 --> 00:03:49,981 Saya? Saya Sachiyo. Kenapa, ya? 36 00:03:50,063 --> 00:03:54,613 Rumah saya boleh dikatakan seram, dan ada "benda" yang tinggal di situ. 37 00:03:54,692 --> 00:03:57,702 Macam mana, Cik Sachiyo? Nak datang tengok tak? 38 00:03:57,779 --> 00:04:00,159 Tentu cik akan dapat gambar lawa-lawa. 39 00:04:01,658 --> 00:04:05,828 Lupa pula nak kenalkan diri. Saya Kazuya Hikizuri. 40 00:04:10,500 --> 00:04:12,460 Macam mana, Cik Sachiyo? 41 00:04:12,543 --> 00:04:14,553 Tempat ini nampak berhantu tak? 42 00:04:15,421 --> 00:04:18,051 Saya memang rasa kehadiran "sesuatu" di sini. 43 00:04:23,012 --> 00:04:24,972 Sila ikut sini. 44 00:04:29,936 --> 00:04:32,766 Ini kubur mak ayah kami. 45 00:04:33,439 --> 00:04:36,279 Ayah saya berhati mulia dan mak saya baik hati. 46 00:04:36,359 --> 00:04:38,739 Kami selalu bersihkan kubur mereka… 47 00:04:38,820 --> 00:04:40,240 Selamat datang! 48 00:04:40,321 --> 00:04:42,321 Selamat berkenalan, Cik Sachiyo. 49 00:04:42,407 --> 00:04:44,657 Awak memang cantik orangnya. 50 00:04:45,285 --> 00:04:46,535 Terima kasih. 51 00:04:48,288 --> 00:04:50,418 Biar saya bawa awak tengok-tengok. 52 00:04:51,040 --> 00:04:54,500 Nama saya Shigoro. Mari kita kenal lebih rapat. 53 00:04:55,878 --> 00:04:58,878 Cik Sachiyo, apa kata kita minum teh di dalam? 54 00:04:58,965 --> 00:05:03,005 Saya datang untuk ambil gambar saja. Saya takkan duduk lama. 55 00:05:04,637 --> 00:05:07,677 Ini pula tempat kami kebumikan teman lelaki Narumi 56 00:05:07,765 --> 00:05:10,935 setelah dia mati akibat serangan jantung tempoh hari. 57 00:05:11,019 --> 00:05:12,559 Kami bungkus dia ketat-ketat! 58 00:05:14,605 --> 00:05:18,025 Tidaklah, kami bergurau saja. Gurau saja! 59 00:05:33,416 --> 00:05:34,286 Hei! Shigoro! 60 00:05:34,375 --> 00:05:36,335 Apa? Kenapa, abang? 61 00:05:36,419 --> 00:05:39,089 Kamu boleh makan elok-elok sikit tak? 62 00:05:39,172 --> 00:05:40,802 Geli abang tengok! 63 00:05:40,882 --> 00:05:44,222 Apa? Jahatnya abang. Saya memang makan macam ini. 64 00:05:44,302 --> 00:05:46,802 Diam! Jangan menjawab abang! 65 00:05:49,807 --> 00:05:53,227 Tengok apa abang buat? Abang jerit sampai Misako menangis. 66 00:05:53,311 --> 00:05:56,901 Bukan. Dia menangis sebab rindukan mak. 67 00:05:56,981 --> 00:05:59,821 Tadi kita asyik bercakap tentang kubur mak ayah. 68 00:06:00,401 --> 00:06:03,031 Bisinglah. Kinako, pergi pujuk dia. 69 00:06:03,112 --> 00:06:06,122 Kenapa saya pula? Shigoro, kamu pergi pujuk. 70 00:06:06,199 --> 00:06:08,659 Kenapa saya pula? Saya bukan mak. 71 00:06:08,743 --> 00:06:10,873 Ya, biar Narumi saja yang pujuk. 72 00:06:10,953 --> 00:06:13,213 Kamu yang paling mirip mak. 73 00:06:13,289 --> 00:06:17,089 Mana ada! Kenapa saya pula yang kena jadi mak Misako? 74 00:06:17,585 --> 00:06:20,295 Hitoshi, kamu cuba pujuk dia. 75 00:06:20,380 --> 00:06:23,090 - Betul. Kamu patut buat, Hitoshi. - Pujuk dia. 76 00:06:23,174 --> 00:06:24,134 Cepatlah. 77 00:06:27,720 --> 00:06:29,140 Baiklah. 78 00:06:31,224 --> 00:06:33,144 Dengar sini, Misako. 79 00:06:33,226 --> 00:06:36,766 Mak dan ayah dah di syurga. Kita tak boleh jumpa mereka lagi. 80 00:06:36,854 --> 00:06:38,364 Terima sajalah, ya. 81 00:06:38,856 --> 00:06:40,106 Tipu! 82 00:06:40,191 --> 00:06:41,111 Tipu! 83 00:06:41,192 --> 00:06:43,362 Saya tak kira, saya nak jumpa mak! 84 00:06:53,871 --> 00:06:54,911 Bodoh. 85 00:06:55,415 --> 00:06:57,665 - Hei, Shigoro. - Apa? 86 00:06:57,750 --> 00:07:03,510 Tadi kamu cakap Narumi yang paling mirip dengan mak, ya? 87 00:07:03,589 --> 00:07:05,879 Ya. Habis itu? 88 00:07:05,967 --> 00:07:11,057 Jadi maksud kamu, dalam adik-beradik kita, kakak yang paling mirip ayah? 89 00:07:11,139 --> 00:07:12,009 Apa? 90 00:07:12,098 --> 00:07:16,848 Betul tak? Kamu kata kakak mirip ayah, maknanya kamu kata kakak hodoh. 91 00:07:16,936 --> 00:07:18,436 Betul tak? 92 00:07:18,521 --> 00:07:20,441 - Apa? Mana ada? - Tak! 93 00:07:20,523 --> 00:07:23,363 Kakak tahu kamu kata kakak hodoh! 94 00:07:23,443 --> 00:07:25,953 Kakak saja yang perasan lebih. 95 00:07:26,028 --> 00:07:27,408 Apa kamu cakap? 96 00:07:27,905 --> 00:07:32,825 Saya cuma cakap Narumi mirip mak. Betul tak, Abang Kazuya? 97 00:07:32,910 --> 00:07:35,500 Tak. Abang faham kalau Kinako marah. 98 00:07:35,580 --> 00:07:37,830 Shigoro! Kamu memang berhati batu! 99 00:07:37,915 --> 00:07:41,785 Kamu tak fikir perasaan orang lain! Kamu fikir diri sendiri saja! 100 00:07:41,878 --> 00:07:44,918 Kamu sama macam ayah! Berani kamu kutuk Kinako! 101 00:07:45,006 --> 00:07:46,546 Fikir perut kamu saja! 102 00:07:46,632 --> 00:07:48,972 Kamu selalu ambil lauk paling banyak! 103 00:07:49,051 --> 00:07:50,721 Patutlah kamu gemuk! 104 00:07:50,803 --> 00:07:52,473 Kenapa abang kata begitu… 105 00:07:52,555 --> 00:07:55,475 Diam! Lelaki tak patut merengek! Kamu menghabiskan beras saja! 106 00:07:55,558 --> 00:07:58,518 Hei! Jangan berdalih. Kamu tak jawab lagi, Shigoro! 107 00:07:58,603 --> 00:08:00,813 Kenapa abang cakap macam itu… 108 00:08:00,897 --> 00:08:05,227 Sudahlah, saya dah penat. Baik saya masuk tidur. 109 00:08:05,318 --> 00:08:06,528 Selamat malam. 110 00:08:07,028 --> 00:08:10,108 Shigoro! Takkan sebab itu saja kamu nak menangis? 111 00:08:10,198 --> 00:08:11,868 Lelaki tak boleh menangis! 112 00:08:11,949 --> 00:08:14,579 Lelaki sepatutnya berani menghadapi apa saja 113 00:08:14,660 --> 00:08:17,040 dan kuat untuk melindungi orang lain! 114 00:08:17,121 --> 00:08:20,211 Kamu memang tak guna. Buat memalukan kaum saja! 115 00:08:21,167 --> 00:08:24,587 Kejam. Abang memang kejam! 116 00:08:24,670 --> 00:08:27,170 Saya nak masuk tidur. Selamat malam! 117 00:08:28,591 --> 00:08:29,761 Kenapa ini? 118 00:08:30,968 --> 00:08:34,558 Abang. Abang tak rasa abang terlalu kejam tadi? 119 00:08:35,932 --> 00:08:39,022 Biar dia. Abang dah lama geram dengan dia. 120 00:08:42,522 --> 00:08:45,822 Tapi, Kinako, abang rasa Misako patut jumpa mak dan ayah. 121 00:08:45,900 --> 00:08:47,190 Apa? Macam mana? 122 00:08:47,276 --> 00:08:48,856 Kita boleh seru mereka. 123 00:08:49,612 --> 00:08:52,322 Maksud abang, kita buat upacara penyeruan. 124 00:08:53,324 --> 00:08:56,374 Kita buat upacara untuk menyeru roh mak dan ayah. 125 00:08:56,452 --> 00:08:59,332 Betulkah cara itu boleh berhasil? 126 00:08:59,413 --> 00:09:00,963 Tak cuba, tak tahu. 127 00:09:01,040 --> 00:09:03,750 Tapi abang yakin kita boleh buat. 128 00:09:03,834 --> 00:09:06,304 Abang memang ada kuasa mistik. 129 00:09:06,796 --> 00:09:10,296 Satu lagi, Kinako. Kita perlu pemerhati untuk upacara kita. 130 00:09:10,383 --> 00:09:14,683 Abang ingat nak ajak Sachiyo. Kamu rasa macam mana? 131 00:09:15,221 --> 00:09:19,481 Jadi itulah sebabnya abang nak buat upacara ini, ya? 132 00:09:19,559 --> 00:09:20,559 Mana ada! 133 00:09:27,149 --> 00:09:28,899 Hebat betul. 134 00:09:28,985 --> 00:09:32,405 Dalam setiap gambar, ada imej seperti roh. 135 00:09:33,114 --> 00:09:36,584 Terutamanya yang ini. Begitu banyak roh belakang budak itu. 136 00:09:44,917 --> 00:09:46,337 Siapa itu? 137 00:09:46,419 --> 00:09:49,919 Selamat malam. Maaf mengganggu lewat begini. 138 00:09:50,006 --> 00:09:51,876 Ini saya, Kinako Hikizuri. 139 00:09:53,301 --> 00:09:55,601 Ya… Ya, sebentar. 140 00:09:59,849 --> 00:10:01,559 Mana awak tahu rumah saya? 141 00:10:02,602 --> 00:10:05,312 Abang saya mengekori awak ke sini. 142 00:10:05,813 --> 00:10:09,363 Tak apa, abaikan itu. Saya ada hal nak cakap dengan awak. 143 00:10:12,612 --> 00:10:14,492 Upacara penyeruan? 144 00:10:14,572 --> 00:10:19,582 Ya. Dia kata awak mesti ada untuk memerhati upacara itu. 145 00:10:19,660 --> 00:10:21,870 Yakah? Baik, saya akan datang. 146 00:10:21,954 --> 00:10:23,964 Kalau begitu, baguslah. 147 00:10:28,919 --> 00:10:31,879 Cik Sachiyo. Siapa pula ini? 148 00:10:33,007 --> 00:10:34,717 Teman lelaki saya, Sawano. 149 00:10:35,217 --> 00:10:37,297 Dia ambil jurusan fizik di kolej. 150 00:10:37,386 --> 00:10:40,466 Saya bawa dia sebab dia juga berminat dengan hantu. 151 00:10:41,140 --> 00:10:44,100 Apa khabar? Saya tak sabar tengok upacara penyeruan itu. 152 00:10:44,185 --> 00:10:46,805 Yakah? Dipersilakan. 153 00:10:47,313 --> 00:10:51,153 Lebih ramai, lebih bagus. Baik, silakan masuk. 154 00:10:55,655 --> 00:10:59,575 Baik, sekarang kita mulakan upacara penyeruan keluarga Hikizuri. 155 00:10:59,659 --> 00:11:03,499 Saya, Kazuya Hikizuri, akan menjadi perantara bagi roh. 156 00:11:03,579 --> 00:11:08,169 Saya minta semua agar diam kerana saya perlu 157 00:11:08,250 --> 00:11:09,880 menumpukan perhatian untuk… 158 00:11:12,838 --> 00:11:14,548 Seronoknya! 159 00:11:15,466 --> 00:11:16,836 Seronoknya! 160 00:11:18,427 --> 00:11:20,427 Dia akan ganggu tumpuan saya. 161 00:11:20,513 --> 00:11:22,263 Hei, cepat buat dia diam. 162 00:11:24,225 --> 00:11:25,055 Hitoshi! 163 00:11:29,980 --> 00:11:32,780 Hei, Misako. Diamlah sikit. 164 00:11:34,360 --> 00:11:35,190 Apa? 165 00:11:52,336 --> 00:11:56,006 BAPA: GOZO IBU: MASUE 166 00:12:00,678 --> 00:12:05,808 Aku serahkan tubuhku bagi menyeru roh ibu bapaku. 167 00:12:42,887 --> 00:12:44,597 Ektoplasma! 168 00:12:44,680 --> 00:12:48,230 Ia boleh berubah bentuk menjadi ibu atau ayah awak! 169 00:12:48,726 --> 00:12:50,686 Penzahiran roh! 170 00:13:05,159 --> 00:13:08,999 Aku Gozo. Aku datang dari alam barzakh untuk bertemu anak-anakku. 171 00:13:09,580 --> 00:13:13,210 Anak-anak kesayangan ayah, kamu semua sihat? 172 00:13:14,376 --> 00:13:15,796 Itu ayah. 173 00:13:17,087 --> 00:13:19,717 Roh ayah telah merasuk Shigoro! 174 00:13:19,799 --> 00:13:22,379 Kazuya. Mana kamu? 175 00:13:23,219 --> 00:13:25,219 Ayah! Saya di sini! 176 00:13:25,805 --> 00:13:27,465 Ini saya, Kazuya! 177 00:13:27,973 --> 00:13:32,603 Kazuya! Kamu jaga adik-adik kamu dengan elok? 178 00:13:32,686 --> 00:13:34,356 Ya, ayah! Sudah tentu! 179 00:13:35,564 --> 00:13:36,524 Bohong! 180 00:13:38,234 --> 00:13:39,784 Kamu pura-pura pergi kerja 181 00:13:39,860 --> 00:13:42,740 sedangkan kamu cuma melepak sepanjang hari! 182 00:13:44,323 --> 00:13:46,743 Kamu tak layak dianggap sebagai abang. 183 00:13:46,826 --> 00:13:48,696 Kamu cuma guna kuasa sebagai anak sulung. 184 00:13:48,786 --> 00:13:51,706 Ayah! Ayah dah salah faham! Dengar saya dulu! 185 00:13:51,789 --> 00:13:54,709 Kamu tak layak jadi anak sulung keluarga Hikizuri! 186 00:13:54,792 --> 00:13:57,712 Biar Shigoro yang ambil alih kedudukan kamu! 187 00:13:57,795 --> 00:13:59,125 Ayah. 188 00:14:00,005 --> 00:14:01,625 Maafkan saya, ayah. 189 00:14:01,715 --> 00:14:04,635 Apa kamu buat? Lelaki tak boleh menangis! 190 00:14:09,223 --> 00:14:11,563 Saya tak nak duduk dalam keluarga ini lagi! 191 00:14:20,359 --> 00:14:22,489 Ayah? 192 00:14:24,864 --> 00:14:26,204 Apa jadi tadi? 193 00:14:26,740 --> 00:14:28,740 Kamu dah kembali, Shigoro? 194 00:14:29,243 --> 00:14:31,873 Kamu dirasuk oleh roh ayah. 195 00:14:32,371 --> 00:14:34,501 Abang Kazuya dah keluar dari rumah. 196 00:14:34,582 --> 00:14:36,332 Apa? Kenapa? 197 00:14:37,251 --> 00:14:39,251 Jadi, inilah ektoplasma. 198 00:14:41,839 --> 00:14:43,969 Apa? Kenapa ini, Misako? 199 00:14:47,803 --> 00:14:49,183 Tengok, Misako. 200 00:14:49,263 --> 00:14:53,393 Mungkin ektoplasma itu akan bertukar menjadi mak. 201 00:14:53,475 --> 00:14:54,765 Apa? Yakah? 202 00:14:59,857 --> 00:15:01,107 Bagus! 203 00:15:04,653 --> 00:15:07,283 Sachiyo, tak sangka betul pula. 204 00:15:07,865 --> 00:15:10,235 Rupanya saya boleh jadi perantara roh. 205 00:15:10,326 --> 00:15:15,916 Baguslah, jadi saya boleh bantu awak menyelidik dunia mistik lebih lanjut. 206 00:15:19,752 --> 00:15:22,302 - Menarik juga tadi. - Ya. 207 00:15:22,379 --> 00:15:25,299 Sebenarnya saya berjaya ambil sampel tadi. 208 00:15:25,382 --> 00:15:26,432 Sampel? 209 00:15:26,508 --> 00:15:29,798 Ektoplasma tadi. Saya sempat ambil sikit. 210 00:15:29,887 --> 00:15:31,177 Awak nak buat apa? 211 00:15:31,263 --> 00:15:34,063 Sudah tentulah saya mahu menganalisisnya di universiti. 212 00:15:34,767 --> 00:15:38,847 Mungkin saya dapat mengenal pasti sifat sebenar ektoplasma. 213 00:15:42,024 --> 00:15:44,034 Hitoshi, jauhkan diri dari sana. 214 00:15:44,109 --> 00:15:46,029 Abang kata jauhkan diri dari sana! 215 00:15:47,863 --> 00:15:50,163 Biar ayah mereput dalam neraka! 216 00:16:01,543 --> 00:16:03,003 Padan muka ayah. 217 00:16:03,087 --> 00:16:04,757 Selamat tinggal, Hitoshi. 218 00:16:05,839 --> 00:16:08,009 Mak! 219 00:16:08,092 --> 00:16:12,262 Keluarlah! Cepat keluar! 220 00:16:12,846 --> 00:16:15,306 Mak! 221 00:16:15,391 --> 00:16:17,311 Kinako. Buat teh. 222 00:16:18,435 --> 00:16:21,395 Cepat! Sekarang abang jadi ketua keluarga. 223 00:16:21,480 --> 00:16:23,520 Anggap itu arahan daripada ayah. 224 00:16:23,607 --> 00:16:24,937 Baik, sekejap. 225 00:16:25,651 --> 00:16:27,071 Aduh, kebasnya bahu. 226 00:16:27,152 --> 00:16:29,202 Hei, Narumi. Urut bahu abang. 227 00:16:30,239 --> 00:16:31,699 Cepatlah! 228 00:16:32,366 --> 00:16:33,196 Aduh. 229 00:16:33,283 --> 00:16:35,493 Hitoshi, urut kaki abang. 230 00:16:37,162 --> 00:16:40,002 Hei, Hitoshi. Kamu dengar tak? 231 00:16:40,082 --> 00:16:42,172 Kenapa buat muka macam itu? 232 00:16:42,251 --> 00:16:45,051 Kamu berani nak melawan abang? 233 00:16:47,756 --> 00:16:49,086 Kamu memang… 234 00:16:50,426 --> 00:16:55,136 Tak guna! 235 00:17:03,647 --> 00:17:08,317 Abang rupanya. Kenapa berdiri saja? Masuklah. 236 00:17:08,402 --> 00:17:09,782 Ya… 237 00:17:10,362 --> 00:17:14,372 Keluar! Mak! 238 00:17:14,450 --> 00:17:16,990 Kinako, Misako buat apa itu? 239 00:17:17,077 --> 00:17:19,327 Dia menyeru roh mak. 240 00:17:20,873 --> 00:17:22,543 Dengar sini, semua. 241 00:17:22,624 --> 00:17:27,254 Malam esok, saya nak buat upacara penyeruan roh lagi. 242 00:17:27,337 --> 00:17:29,547 Saya akan jadi perantaranya. 243 00:17:29,631 --> 00:17:33,431 Saya juga ingat nak ajak Sachiyo jadi pemerhati lagi. 244 00:17:33,510 --> 00:17:35,850 Hei, abang. Pergi ajak dia. 245 00:17:35,929 --> 00:17:37,349 Apa? 246 00:17:37,431 --> 00:17:40,101 Tapi beritahu dia, jangan bawa Sawano. 247 00:17:40,184 --> 00:17:41,604 Dia menyibuk saja. 248 00:17:42,519 --> 00:17:44,609 Saya sudah kenal pasti benda itu. 249 00:17:44,688 --> 00:17:46,228 Apa bendanya? 250 00:17:46,732 --> 00:17:49,112 - Keputusannya mengejutkan. - Apa? 251 00:17:49,193 --> 00:17:52,783 Ektoplasma itu ialah tepung gandum untuk membuat mi udon. 252 00:17:52,863 --> 00:17:54,623 Apa? Tepung udon? 253 00:17:54,698 --> 00:17:58,788 Pendek kata, adik-beradik itu sudah menipu kita. 254 00:17:59,286 --> 00:18:01,406 Upacara itu lakonan saja. 255 00:18:01,497 --> 00:18:02,497 Serius? 256 00:18:05,042 --> 00:18:06,292 Apa awak nak? 257 00:18:07,044 --> 00:18:11,554 Sebenarnya, kami mahu buat upacara penyeruan lagi malam ini. 258 00:18:12,174 --> 00:18:15,554 Jadi kalau awak nak datang lagi… 259 00:18:16,345 --> 00:18:20,635 Dengar sini! Saya tak mahu pergi upacara pura-pura awak lagi! 260 00:18:20,724 --> 00:18:24,024 Ektoplasma itu rupanya tepung udon! Apa hal? 261 00:18:24,520 --> 00:18:27,610 Kalau nak makan mi, makan saja dengan adik-adik awak! 262 00:18:27,689 --> 00:18:29,069 Jangan ke sini lagi! 263 00:18:36,198 --> 00:18:38,528 Kenapa ini, Misako? Bising betul kamu. 264 00:18:38,617 --> 00:18:42,657 Penipu! Benda ini tak bertukar jadi mak pun! 265 00:18:42,746 --> 00:18:44,956 Ia dah kering dan berkulat! 266 00:18:45,040 --> 00:18:49,590 Jangan risau, Misako. Malam ini ada upacara penyeruan lagi. 267 00:18:49,670 --> 00:18:51,880 Tentu mak akan muncul malam ini. 268 00:18:51,964 --> 00:18:52,924 Apa? Betul? 269 00:18:53,006 --> 00:18:55,216 Betulkah? Betul? 270 00:18:55,300 --> 00:18:57,010 Ya, betul. 271 00:18:58,053 --> 00:18:59,643 Hei, Shigoro. 272 00:19:00,305 --> 00:19:02,345 Apa? Abang dah balik? 273 00:19:02,432 --> 00:19:05,232 Berani kamu buat abang nampak bodoh. 274 00:19:05,310 --> 00:19:06,900 Apa maksud abang? 275 00:19:06,979 --> 00:19:08,769 Jangan buat-buat tak tahu! 276 00:19:08,856 --> 00:19:11,526 Rupanya kamu berlakon kononnya dirasuk ayah! 277 00:19:16,655 --> 00:19:18,695 Aku Gozo! 278 00:19:21,660 --> 00:19:24,200 Bertenang, abang! 279 00:19:24,288 --> 00:19:26,208 Abang tak takut dengan ayah? 280 00:19:26,290 --> 00:19:30,920 Bodoh! Abang tak pernah takut dengan dia pun. 281 00:19:31,003 --> 00:19:33,673 Tapi kamu tak tahu, sebab itu kamu reka muslihat ini! 282 00:19:33,755 --> 00:19:34,875 Nahas kamu! 283 00:19:35,465 --> 00:19:36,675 Tolong! 284 00:19:36,758 --> 00:19:39,758 Kalau abang nak belasah orang, belasah budak ini! 285 00:19:39,845 --> 00:19:42,215 Kamu memang dah melampau, Shigoro! 286 00:19:44,558 --> 00:19:46,848 Hitoshi, ke tepi. 287 00:19:47,352 --> 00:19:48,522 Cepat ke tepi! 288 00:19:49,438 --> 00:19:50,978 Kenapa kamu tenung begitu? 289 00:20:12,336 --> 00:20:14,916 - Ayah! - Itu ayah! 290 00:20:21,178 --> 00:20:23,178 Kenapa bising-bising itu? 291 00:20:43,325 --> 00:20:44,785 Jangan tinggalkan saya! 292 00:21:16,858 --> 00:21:19,528 Kenapa dengan kamu semua? 293 00:23:23,151 --> 00:23:27,991 Terjemahan disediakan oleh Nursyazela 294 00:23:29,699 --> 00:23:32,289 Semakin lama sudah semakin aneh. 295 00:23:32,369 --> 00:23:35,579 Ada lubang gelap dan bau manis dalam bilik ini. 296 00:23:35,664 --> 00:23:40,634 Kalau aku tak tulis benda yang aku nampak, orang akan kata aku tipu. 297 00:23:41,169 --> 00:23:43,089 Tapi aku tak ada kertas. 298 00:23:43,171 --> 00:23:44,801 Pen pun tak ada. 299 00:23:44,881 --> 00:23:47,971 Mungkin aku boleh geserkan jari-jari aku atas dinding kayu ini… 300 00:23:48,468 --> 00:23:51,258 Tengok? Sekarang dah ada dakwat merah.