1 00:00:26,484 --> 00:00:31,114 JUNJI ITO MANIAC 2 00:01:30,965 --> 00:01:33,085 Maaf. Sakit tak? 3 00:01:42,393 --> 00:01:47,323 PENCEROBOH 4 00:01:47,398 --> 00:01:51,818 TUJUH KEAJAIBAN DUNIA 5 00:01:56,658 --> 00:01:59,738 Oshikiri selalu bersendirian. 6 00:01:59,828 --> 00:02:03,458 Dia muram dan senyap saja. Entah apa agaknya dia boleh buat. 7 00:02:04,040 --> 00:02:08,170 Jangan cakap begitu. Saya rasa dia agak comel, bukan? 8 00:02:15,885 --> 00:02:18,675 Kebelakangan ini saya rasa meremang. 9 00:02:19,514 --> 00:02:22,854 Macam mana nak cakap, ya? Rasa macam benda berkeliaran. 10 00:02:22,934 --> 00:02:23,774 Berkeliaran? 11 00:02:23,852 --> 00:02:28,272 Ya. Saya tak dapat lihat tapi ia bukan dari alam ini. 12 00:02:28,356 --> 00:02:29,766 Hantukah? 13 00:02:29,858 --> 00:02:31,478 Tidak, bukan hantu. 14 00:02:32,068 --> 00:02:33,568 Macam mana nak cakap, ya? 15 00:02:33,653 --> 00:02:36,993 Saya rasa macam ada makhluk dari dimensi sebelah. 16 00:02:37,073 --> 00:02:38,703 Dimensi sebelah? 17 00:02:38,783 --> 00:02:40,793 Itu saja penjelasan yang tepat. 18 00:02:40,869 --> 00:02:44,789 Ini kali pertama saya rasa begini dan saya tak tahu puncanya. 19 00:02:44,873 --> 00:02:45,963 "Dimensi sebelah"? 20 00:02:46,040 --> 00:02:49,090 Macam Segi Tiga Bermuda yang terkenal itu? 21 00:02:49,169 --> 00:02:50,799 Ya, macam itu. 22 00:02:50,879 --> 00:02:55,549 Baru saya ingat. Saya pernah baca buku tentang Segi Tiga Bermuda di sini. 23 00:02:56,134 --> 00:02:58,854 - Nak saya ambil? - Ya. Saya nak baca. 24 00:02:58,928 --> 00:03:00,558 Macam menarik juga. 25 00:03:02,974 --> 00:03:04,734 Itulah bukunya. 26 00:03:05,393 --> 00:03:06,563 Ini bukunya. 27 00:03:06,644 --> 00:03:07,564 Yang mana? 28 00:03:07,645 --> 00:03:09,305 Saya suka buku macam itu. 29 00:03:11,441 --> 00:03:14,071 Okey, jadi bab tentang Segi Tiga Bermuda… 30 00:03:14,152 --> 00:03:17,782 Maaf! Saya tak sedar pula awak sedang membacanya. 31 00:03:17,864 --> 00:03:22,084 Tak apa. Saya pun bukan mahu meminjamnya. Awak boleh ambil kalau mahu. 32 00:03:22,160 --> 00:03:23,200 Bolehkah? 33 00:03:23,703 --> 00:03:25,623 Apa kata kita baca sama-sama? 34 00:03:25,705 --> 00:03:28,825 Kalau awak baca buku ini, tentu awak pun minat benda yang sama. 35 00:03:28,917 --> 00:03:31,377 Ya, boleh dikatakan juga. 36 00:03:31,461 --> 00:03:34,381 Saya nak dengar pendapat awak tentang dimensi sebelah. 37 00:03:34,464 --> 00:03:35,594 Nama saya Kamiyama. 38 00:03:35,673 --> 00:03:36,723 Mereka pula… 39 00:03:36,799 --> 00:03:38,219 Saya Watanabe. 40 00:03:38,718 --> 00:03:41,218 Saya Koizumi dari Kelas A. Apa khabar? 41 00:03:41,304 --> 00:03:45,234 Saya Oshikiri dari Kelas C. Selamat berkenalan. 42 00:03:45,767 --> 00:03:49,727 Apa kata kita berdua pergi pekan dan sembang tentang dimensi? 43 00:03:49,812 --> 00:03:50,692 Boleh! 44 00:03:50,772 --> 00:03:52,692 Oshikiri, ada kelas tambahan? 45 00:03:52,774 --> 00:03:54,074 Tak ada. 46 00:03:54,150 --> 00:03:56,400 Baguslah begitu. Mari pergi! 47 00:03:58,488 --> 00:04:01,318 MENU BAHARU 48 00:04:03,660 --> 00:04:05,790 Apa… Apa awak cakap tadi? 49 00:04:05,870 --> 00:04:10,250 Ya. Ada bunyi tapak kaki tapi tanpa badan di rumah saya. 50 00:04:11,960 --> 00:04:15,340 - Tapak kaki? - Tapi tanpa badan? 51 00:04:15,421 --> 00:04:17,471 Mungkinkah itu hantu? 52 00:04:17,548 --> 00:04:19,548 Kami nak dengar bunyi tapak kaki itu. 53 00:04:19,634 --> 00:04:22,184 - Boleh kami datang rumah awak? - Boleh tak? 54 00:04:22,845 --> 00:04:25,005 Ya. Boleh. 55 00:04:25,098 --> 00:04:26,218 - Ya! - Bagus! 56 00:04:26,307 --> 00:04:27,557 - Hei, diamlah. - Senyap. 57 00:04:27,642 --> 00:04:29,352 Saya terjerit kuat, ya? 58 00:04:38,820 --> 00:04:40,530 Boleh tahan juga, ya? 59 00:04:40,613 --> 00:04:42,283 Macam istana di Eropah. 60 00:04:42,365 --> 00:04:45,235 Tapi kedudukannya sangat terpencil. 61 00:04:45,326 --> 00:04:46,906 Baik. Ikut sini. 62 00:04:53,710 --> 00:04:56,590 Saya selalu guna pintu belakang. Masuklah. 63 00:05:15,481 --> 00:05:16,901 Ini saja yang ada. 64 00:05:19,193 --> 00:05:23,613 Oshikiri, awak betul-betul tinggal sendirian di rumah agam ini? 65 00:05:23,698 --> 00:05:24,738 Betul. 66 00:05:25,241 --> 00:05:29,411 Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi tempat ini rasa menyeramkan. 67 00:05:29,495 --> 00:05:31,705 Saya memang rasa semacam di sini. 68 00:05:31,789 --> 00:05:32,869 Saya pun. 69 00:05:34,417 --> 00:05:36,337 Pukul berapa awak dengar bunyi itu? 70 00:05:36,419 --> 00:05:39,839 Selalunya waktu malam, tapi kadang-kadang siang juga. 71 00:05:47,221 --> 00:05:49,391 Kita dah tengok semua bilik. 72 00:05:49,474 --> 00:05:51,314 Apa pendapat awak, Kamiyama? 73 00:05:51,809 --> 00:05:54,599 Saya dapat rasa kehadiran dari dimensi sebelah. 74 00:05:54,687 --> 00:05:55,897 Dimensi sebelah? 75 00:05:55,980 --> 00:05:58,820 Ya. Kehadiran makhluk dari alam di sebalik alam kita. 76 00:05:58,900 --> 00:06:01,150 Saya tak pernah rasa perasaan sekuat ini. 77 00:06:01,778 --> 00:06:04,278 Tentu bunyi tapak kaki yang awak dengar itu 78 00:06:04,364 --> 00:06:06,164 milik penceroboh dari alam lain itu. 79 00:06:06,240 --> 00:06:09,450 Maksudnya, ada laluan masuk antara kedua-dua alam itu 80 00:06:09,535 --> 00:06:11,405 di rumah agam ini? 81 00:06:11,496 --> 00:06:13,536 Ya, ada kemungkinan begitu. 82 00:06:13,623 --> 00:06:15,883 Macam mana agaknya alam itu, ya? 83 00:06:15,958 --> 00:06:18,038 Itu saya tak tahu. 84 00:06:18,127 --> 00:06:21,417 Tapi kami bernasib baik dapat jumpa awak hari ini. 85 00:06:21,506 --> 00:06:26,386 Betul. Kami dapat merasai pengalaman yang mengujakan ini sebab awak. 86 00:06:26,469 --> 00:06:29,309 Ya. Bukan senang mahu dapat peluang macam ini. 87 00:06:29,847 --> 00:06:30,887 Oshikiri. 88 00:06:32,225 --> 00:06:33,765 Kita terus jadi kawan, ya? 89 00:06:34,435 --> 00:06:35,305 Baiklah. 90 00:06:36,396 --> 00:06:37,436 Boleh juga. 91 00:06:47,740 --> 00:06:49,870 Buat terkejut saja, ya? 92 00:06:57,834 --> 00:06:59,094 Itukah dia? 93 00:07:01,170 --> 00:07:05,170 Itu bunyi tapak kaki penceroboh dari dimensi sebelah kita. 94 00:07:05,258 --> 00:07:06,878 Tapi datang dari mana? 95 00:07:07,802 --> 00:07:08,682 Dari bawah! 96 00:07:16,686 --> 00:07:18,556 Oshikiri! Apa bunyi itu? 97 00:07:19,188 --> 00:07:22,068 Pintu! Penceroboh itu buka pintu dan keluar! 98 00:07:22,150 --> 00:07:24,440 Turun satu tingkat! Kita kejar dia! 99 00:07:24,527 --> 00:07:25,357 Ikut sini! 100 00:07:27,613 --> 00:07:28,823 Tunggu sekejap! 101 00:07:31,492 --> 00:07:32,452 Tengok sana. 102 00:07:43,337 --> 00:07:44,667 Bukankah itu… 103 00:07:48,217 --> 00:07:49,757 Bukankah itu awak, Oshikiri? 104 00:07:49,844 --> 00:07:52,054 Ada seorang lagi Oshikiri? 105 00:07:52,138 --> 00:07:53,758 Apa dia buat itu? 106 00:07:54,348 --> 00:07:57,268 Itu Oshikiri dari dimensi sebelah. 107 00:07:57,351 --> 00:08:01,611 Dalam dimensi itu, ada dunia lain yang macam dunia kita. 108 00:08:01,689 --> 00:08:05,819 Jadi dalam dunia itu, tentu ada orang lain yang macam kita. 109 00:08:05,902 --> 00:08:07,612 Hei, apa itu? 110 00:08:07,695 --> 00:08:09,355 Jangan kata itu mayat? 111 00:08:10,031 --> 00:08:13,581 Oshikiri dimensi sebelah sudah bunuh seseorang dalam dunianya 112 00:08:13,659 --> 00:08:15,369 dan kebumikan mereka di sini. 113 00:08:15,453 --> 00:08:16,293 Gila! 114 00:08:17,205 --> 00:08:22,075 Kalau kita sorok mayat di dimensi lain, memang kita pasti takkan tertangkap. 115 00:08:23,211 --> 00:08:24,131 Tak guna! 116 00:08:25,171 --> 00:08:26,591 Oshikiri, apa awak buat? 117 00:08:28,466 --> 00:08:31,336 Hei! Awak berhenti! Ini rumah saya! 118 00:08:49,195 --> 00:08:50,445 Dah ghaib. 119 00:08:51,072 --> 00:08:55,242 Tentu dia tahu cara untuk keluar dan masuk dari mana-mana saja 120 00:08:55,868 --> 00:08:58,288 di sekitar perkarangan rumah ini. 121 00:08:58,829 --> 00:09:01,709 Maknanya bukan cuma satu jalan masuk, ya? 122 00:09:02,208 --> 00:09:04,458 Ini sangat mengejutkan. 123 00:09:04,544 --> 00:09:07,674 Saya pun terkejut. Tapi awak tak perlu bimbang sangat. 124 00:09:08,756 --> 00:09:11,256 Itu cuma Oshikiri dari dimensi sebelah. 125 00:09:11,759 --> 00:09:16,469 Dia memang bunuh orang tapi tak semestinya awak pun akan buat begitu. 126 00:09:16,973 --> 00:09:18,143 Ya, betul. 127 00:09:18,224 --> 00:09:22,404 Malah, saya rasa bertuah dapat tengok kejadian aneh tadi. 128 00:09:22,478 --> 00:09:25,398 Oshikiri, semuanya sebab awak. Terima kasih. 129 00:09:25,481 --> 00:09:26,481 Hei, tengok! 130 00:09:27,233 --> 00:09:29,243 Ini awak, Kamiyama. 131 00:09:35,908 --> 00:09:38,288 Mustahil. Apa maksudnya ini? 132 00:09:39,370 --> 00:09:40,830 Kamiyama! 133 00:09:41,539 --> 00:09:44,669 Oshikiri, bertenang. Jangan risau. 134 00:09:45,251 --> 00:09:48,301 Tapi apa agaknya terjadi di dimensi sebelah itu? 135 00:09:49,255 --> 00:09:51,085 Ada benda ditanam di sini juga! 136 00:09:51,841 --> 00:09:53,051 Beri cangkul itu! 137 00:10:00,433 --> 00:10:01,523 Ini memang gila. 138 00:10:03,227 --> 00:10:04,477 Itu… 139 00:10:05,396 --> 00:10:06,476 saya… 140 00:10:06,564 --> 00:10:07,824 dan Koizumi. 141 00:10:07,898 --> 00:10:08,978 Tak mungkin. 142 00:10:09,066 --> 00:10:11,686 Saya tak faham. Dahsyatnya. 143 00:10:11,777 --> 00:10:13,107 Watanabe, tidak. 144 00:10:13,863 --> 00:10:14,863 Bukan saya. 145 00:10:15,448 --> 00:10:16,448 Koizumi! 146 00:10:17,116 --> 00:10:18,196 Saya tahu. 147 00:10:18,784 --> 00:10:20,914 Ini angkara diri awak yang lain. 148 00:10:20,995 --> 00:10:24,995 Awak bukan dia, jadi awak tak perlu takut. 149 00:10:25,082 --> 00:10:30,172 Tapi nampaknya diri awak di alam lain hidup sebagai pembunuh yang kejam… 150 00:10:31,422 --> 00:10:35,932 Apa-apa pun, baik kita tanam mereka balik dan kali ini tanam lebih dalam. 151 00:10:36,010 --> 00:10:40,390 Itu langkah terbaik untuk Oshikiri dan juga langkah terbaik untuk kita. 152 00:11:18,010 --> 00:11:18,970 MANIAC 153 00:11:39,532 --> 00:11:42,492 Saya tak tahu pula awak tak suka rokok. 154 00:11:44,704 --> 00:11:49,174 Saya cuma kata saya suka tengok jenama rokok itu di kedai. 155 00:11:49,250 --> 00:11:51,290 Awak selalu macam ini, Chiemi. 156 00:11:53,295 --> 00:11:56,585 Kalau saya suruh awak pakai kot yang lebih dewasa, awak akan pakai. 157 00:11:56,674 --> 00:11:59,684 Wangian fougère yang saya suka, warna gincu awak… 158 00:12:00,553 --> 00:12:02,563 Awak cuma menurut kehendak saya. 159 00:12:03,264 --> 00:12:07,234 Mungkin lelaki lain akan suka, tapi awak macam tak ada pendirian. 160 00:12:10,062 --> 00:12:11,192 Rambut saya pula? 161 00:12:12,189 --> 00:12:15,189 Awak orang pertama yang bawa saya tengok laut. 162 00:12:15,276 --> 00:12:16,106 Apa? 163 00:12:16,777 --> 00:12:19,697 Saya pernah kata, "Tak ada orang pernah bawa saya" 164 00:12:20,448 --> 00:12:24,698 dan awak jawab, "Saya akan bawa awak bila-bila masa saja awak mahu." 165 00:12:24,785 --> 00:12:26,495 Saya tak ingat pun. 166 00:12:26,579 --> 00:12:29,369 Mungkin saya cuma cakap nak sedapkan hati. 167 00:12:31,459 --> 00:12:33,419 Chiemi, gadis macam awak 168 00:12:34,253 --> 00:12:36,303 terlalu baik untuk saya. 169 00:12:40,885 --> 00:12:42,045 Sudah. 170 00:12:52,772 --> 00:12:55,522 Jangan hubungi saya lagi. Selamat tinggal. 171 00:12:59,361 --> 00:13:00,241 Selamat tinggal. 172 00:13:01,113 --> 00:13:06,043 RAMBUT PANJANG DI LOTENG 173 00:13:07,411 --> 00:13:08,371 Saya dah balik. 174 00:13:14,668 --> 00:13:15,838 Selamat pulang, kakak. 175 00:13:15,920 --> 00:13:17,460 Hai, Eri. 176 00:13:17,546 --> 00:13:20,376 Ada tikus atas siling bilik kakak. 177 00:13:20,466 --> 00:13:21,836 Yakah? 178 00:13:21,926 --> 00:13:23,886 Kakak keluar janji temu, ya? 179 00:13:24,386 --> 00:13:25,386 Kakak pergi mana? 180 00:13:26,055 --> 00:13:29,885 Dah berapa lama kakak kenal Hiratsuka? Lapan atau sembilan tahun? 181 00:13:29,975 --> 00:13:33,345 Lama juga, ya. Tak lama lagi tentu dia akan cakap tentang kahwin. 182 00:13:33,437 --> 00:13:34,307 Itu dia. 183 00:13:41,278 --> 00:13:42,278 Sewa pun tak bayar! 184 00:13:48,536 --> 00:13:51,956 Nanti kita suruh ayah pasang perangkap. 185 00:13:52,039 --> 00:13:53,709 Ayah dah pasang. 186 00:13:53,791 --> 00:13:56,921 Tapi tak berkesan. Tikus zaman sekarang dah pandai. 187 00:13:57,002 --> 00:14:00,012 Mereka dah tahu ia perangkap dan boleh mengelaknya. 188 00:14:02,091 --> 00:14:02,931 Kakak? 189 00:14:04,343 --> 00:14:06,103 Kakak termenung sekejap. 190 00:14:06,178 --> 00:14:08,178 Maaf, Eri. Kakak nak tidur. 191 00:14:08,264 --> 00:14:09,934 Ya, baik. Selamat malam. 192 00:14:10,850 --> 00:14:11,850 Selamat malam. 193 00:14:21,819 --> 00:14:23,949 Selamat tinggal untuk selamanya. 194 00:14:24,029 --> 00:14:26,449 ROKOK 195 00:14:36,417 --> 00:14:37,917 Apa saya buat ini? 196 00:14:46,927 --> 00:14:49,557 Chiemi, ini kali pertama awak tengok laut? 197 00:14:49,638 --> 00:14:51,848 - Ya. - Jarang jumpa orang macam awak. 198 00:14:53,350 --> 00:14:55,310 - Chiemi? - Ya? 199 00:14:55,394 --> 00:14:59,324 Awak patut simpan rambut panjang. Awak mesti nampak lebih cantik. 200 00:15:04,987 --> 00:15:06,317 Jantan tak guna. 201 00:15:36,435 --> 00:15:39,855 Aduh, gelinya. Macam mana boleh ada tikus dalam rambut? 202 00:15:40,439 --> 00:15:44,609 Tapi eloklah juga. Saya memang nak potong rambut hari ini. 203 00:15:54,912 --> 00:15:56,002 Bodoh betul saya. 204 00:15:57,206 --> 00:15:59,076 Betulkah ini, kakak? 205 00:15:59,708 --> 00:16:02,338 Sudah lama kakak simpan rambut kakak. 206 00:16:02,419 --> 00:16:04,129 Tak apa, potong cepat-cepat. 207 00:16:04,213 --> 00:16:06,133 Baik, saya pergi ambil gunting. 208 00:16:08,050 --> 00:16:09,300 Saya dah tak peduli. 209 00:16:09,802 --> 00:16:11,642 Sekurang-kurangnya dapat tangkap tikus. 210 00:16:11,720 --> 00:16:14,140 Mak! Gunting simpan mana? 211 00:16:14,640 --> 00:16:15,600 Mak? 212 00:16:15,683 --> 00:16:16,683 Eri? 213 00:16:17,810 --> 00:16:20,730 Mak ada nampak gunting? Saya nak gunting rambut. 214 00:16:20,813 --> 00:16:22,563 Tak ada dalam laci itu? 215 00:16:23,065 --> 00:16:24,225 Rambut siapa? 216 00:16:24,316 --> 00:16:25,356 Rambut kakak. 217 00:16:25,442 --> 00:16:26,442 Rambut Chiemi? 218 00:16:26,527 --> 00:16:28,777 Ya. Saya rasa ada sesuatu terjadi. 219 00:16:31,615 --> 00:16:32,485 Kakak? 220 00:16:32,992 --> 00:16:34,992 Kakak! Kakak, kenapa? 221 00:16:42,960 --> 00:16:44,040 Kakak… 222 00:16:44,128 --> 00:16:45,418 Apa jadi? 223 00:16:48,007 --> 00:16:49,127 Chiemi! 224 00:17:15,075 --> 00:17:15,905 Ya? 225 00:17:18,871 --> 00:17:20,411 Helo? Siapa ini? 226 00:17:22,499 --> 00:17:24,999 Hei! Saya tanya siapa ini? 227 00:17:27,546 --> 00:17:29,916 Siapa agaknya yang kacau saya? Tak guna. 228 00:17:30,758 --> 00:17:32,508 Tapi tunggu. Bunyi itu… 229 00:17:33,385 --> 00:17:36,345 Itu bunyi macam apabila Chiemi mengisar gigi. 230 00:17:37,014 --> 00:17:38,474 Tidak, itu tak mungkin. 231 00:17:38,974 --> 00:17:40,564 Dia dah mati. 232 00:17:53,906 --> 00:17:55,946 SEMOGA ROH MENDIANG DIRAHMATI 233 00:17:56,033 --> 00:17:57,033 Ayah. 234 00:17:59,745 --> 00:18:00,745 Ayah? 235 00:18:01,663 --> 00:18:03,123 Eri? Kenapa? 236 00:18:03,207 --> 00:18:04,787 Ayah nampak lampu suluh? 237 00:18:05,292 --> 00:18:07,292 Ya, di sini. 238 00:18:08,587 --> 00:18:09,757 Kamu nak buat apa? 239 00:18:09,838 --> 00:18:12,758 - Saya nak jenguk loteng sekejap. - Loteng? 240 00:18:12,841 --> 00:18:15,551 Kita dah lama tak dengar bunyi tikus itu. 241 00:18:15,636 --> 00:18:17,926 Mungkin ia dah masuk perangkap. 242 00:18:18,597 --> 00:18:20,267 Kita tak boleh biarkan saja. 243 00:18:20,933 --> 00:18:22,233 Eri, tunggu. 244 00:18:24,019 --> 00:18:25,149 Biar ayah tengok. 245 00:18:25,229 --> 00:18:28,109 Tak apa, ayah. Jangan risaukan saya. 246 00:18:28,190 --> 00:18:30,110 Tidak, kamu tak payah buat. 247 00:18:30,192 --> 00:18:34,282 Hati-hati. Jantung ayah pun bukannya elok sangat. 248 00:18:34,363 --> 00:18:35,823 Tak apa. Tunggu sini. 249 00:18:54,299 --> 00:18:55,629 Lama betul ayah. 250 00:18:56,802 --> 00:18:58,552 Ayah? Jumpa tikus tak? 251 00:19:01,849 --> 00:19:04,479 Ayah? Jumpa tikus tak? 252 00:19:05,435 --> 00:19:06,265 Ayah? 253 00:19:11,692 --> 00:19:12,612 Ayah? 254 00:19:21,702 --> 00:19:22,582 Ayah? 255 00:19:24,121 --> 00:19:26,581 Kenapa ini? Jawablah! 256 00:19:27,708 --> 00:19:28,538 Ayah dah mati. 257 00:19:46,852 --> 00:19:48,102 Kakak? 258 00:19:48,937 --> 00:19:52,267 Oh, Tuhan! Saya akan turunkan kakak! 259 00:19:54,318 --> 00:19:56,648 Ketatnya! Aduh! 260 00:19:58,113 --> 00:19:58,953 Tangan saya… 261 00:20:00,574 --> 00:20:02,084 Saya perlu gunting. 262 00:20:48,038 --> 00:20:50,868 Itu bukan kakak. 263 00:20:50,958 --> 00:20:51,788 Itu… 264 00:20:52,876 --> 00:20:53,786 cuma rambut. 265 00:23:23,276 --> 00:23:27,986 Terjemahan disediakan oleh Nursyazela 266 00:23:29,866 --> 00:23:32,946 Warnanya putih. Mula-mula memang warnanya putih. 267 00:23:33,453 --> 00:23:35,583 Tapi sekarang kertas ini penuh serangga hitam. 268 00:23:35,664 --> 00:23:37,374 Mana datangnya mereka? 269 00:23:38,208 --> 00:23:41,798 Tapi apabila aku tengok lebih dekat, serangga itu nampak macam huruf. 270 00:23:41,878 --> 00:23:44,338 Mungkin mereka nak beritahu aku sesuatu? 271 00:23:44,423 --> 00:23:46,633 Aku perlu tahu lebih lagi. 272 00:23:47,300 --> 00:23:51,600 Mungkin jawapannya ada dalam buku-buku yang lapuk ini.