1 00:00:26,484 --> 00:00:31,114 JUNJI ITO MANIAC 2 00:01:14,449 --> 00:01:17,239 Encik Ishida, saya gembira awak datang. 3 00:01:18,369 --> 00:01:22,289 Sekarang pelajar universiti lebih gemar duduk kondo dan pangsapuri. 4 00:01:22,373 --> 00:01:25,923 Saya risau tiada siapa mahu menyewa bilik begini. 5 00:01:26,002 --> 00:01:27,502 Bilik ini sangat bersih. 6 00:01:27,587 --> 00:01:30,377 Sebab dulu anak tunggal saya, Shinobu, yang duduk sini. 7 00:01:30,465 --> 00:01:33,635 Apa? Harap-harap dia tak pindah keluar sebab saya. 8 00:01:33,718 --> 00:01:34,968 Bukanlah. 9 00:01:35,053 --> 00:01:38,813 Bilik ini memang disewa pelajar sejak dulu lagi. Tak apa. 10 00:01:38,890 --> 00:01:43,100 Awak dipersilakan untuk makan sarapan dan makan malam dengan kami. 11 00:01:43,186 --> 00:01:44,266 Baiklah. 12 00:01:44,354 --> 00:01:50,034 Saya juga bekerja sepanjang minggu jadi makan malam mungkin lewat sikit. 13 00:01:50,110 --> 00:01:53,280 Ya, tak apa. Oh, ya. Barang-barang saya sampai esok. 14 00:01:53,363 --> 00:01:54,363 Baiklah. 15 00:01:59,327 --> 00:02:00,947 Terima kasih banyak. 16 00:02:01,037 --> 00:02:02,037 Sama-sama. 17 00:02:04,249 --> 00:02:09,169 LORONG 18 00:02:13,716 --> 00:02:15,466 Saya ambil angin sekejap. 19 00:02:15,552 --> 00:02:17,012 Baik. Elok-elok, ya? 20 00:02:22,809 --> 00:02:24,809 Tingginya tembok itu. 21 00:02:39,325 --> 00:02:42,945 Ishida? Makan malam dah siap! Mari turun makan! 22 00:02:45,832 --> 00:02:47,042 Terima kasih jemput. 23 00:02:47,125 --> 00:02:49,245 Ishida, awak boleh duduk di sana. 24 00:02:49,335 --> 00:02:50,335 Baiklah. 25 00:02:51,254 --> 00:02:53,844 Shinobu, kenalkan ini Encik Ishida. 26 00:02:55,842 --> 00:02:57,302 Selamat berkenalan. 27 00:02:57,385 --> 00:03:00,005 Selamat berkenalan juga. 28 00:03:01,598 --> 00:03:04,058 Awak pelajar sekolah menengah, Shinobu? 29 00:03:04,142 --> 00:03:06,642 Sekolah menengah rendah. Dia baru 14 tahun. 30 00:03:06,728 --> 00:03:08,608 Begitu. 31 00:03:08,688 --> 00:03:11,898 Ishida, jangan malu-malu. Makan saja banyak-banyak. 32 00:03:11,983 --> 00:03:12,823 Baik. 33 00:03:13,401 --> 00:03:14,991 Baik, jemput makan. 34 00:03:25,163 --> 00:03:29,083 NERAKA DURI 35 00:03:29,167 --> 00:03:30,537 Sudahlah. 36 00:03:30,627 --> 00:03:32,207 Tak adil betul, Hiroshi. 37 00:03:34,005 --> 00:03:36,005 Siapa bising malam-malam begini? 38 00:03:36,883 --> 00:03:38,223 Hiroshi, tunggu! 39 00:03:38,301 --> 00:03:39,841 Jangan datang sini! 40 00:03:41,512 --> 00:03:43,012 Hei, diam sikit! 41 00:03:43,097 --> 00:03:44,427 Kejarlah kalau berani! 42 00:03:45,600 --> 00:03:47,020 Tak guna. 43 00:03:52,148 --> 00:03:54,148 - Jangan. - Cepatnya. 44 00:03:54,234 --> 00:03:55,534 Janganlah! Sini! 45 00:03:55,610 --> 00:03:56,530 Hei! 46 00:04:03,201 --> 00:04:04,491 Nasib baik. 47 00:04:04,577 --> 00:04:05,947 Hei! Diam… 48 00:04:17,674 --> 00:04:18,724 Maaf. 49 00:04:19,217 --> 00:04:20,837 Boleh saya tolong awak? 50 00:04:20,927 --> 00:04:22,677 Shinobu, awak rupanya. 51 00:04:23,179 --> 00:04:24,469 Terkejut saya. 52 00:04:24,555 --> 00:04:27,475 Barang saya tak banyak. Tak apa. 53 00:04:27,558 --> 00:04:29,098 NUKILAN MONOLIT KHABAR PENGEMBARA 54 00:04:30,520 --> 00:04:31,520 Terima kasih. 55 00:04:32,605 --> 00:04:35,395 Dulu ini rak buku saya. 56 00:04:36,442 --> 00:04:38,242 Yakah? 57 00:04:38,319 --> 00:04:41,279 Tahu tak? Semalam ada benda aneh berlaku. 58 00:04:42,240 --> 00:04:45,450 Saya dengar budak-budak bermain di luar. 59 00:04:45,535 --> 00:04:49,745 Saya ingatkan bunyi itu datang dari lorong sebalik tembok itu. 60 00:04:50,415 --> 00:04:52,915 Tapi bila saya tengok, tak ada sesiapa pun. 61 00:04:53,543 --> 00:04:55,963 Yang itu, ya? 62 00:04:56,838 --> 00:04:58,798 Kawasan ini memang banyak lorong. 63 00:04:58,881 --> 00:05:01,761 Kadang-kadang kita dengar bunyi itu macam dekat. 64 00:05:02,385 --> 00:05:05,005 Saya sendiri selalu dengar dalam bilik ini. 65 00:05:05,096 --> 00:05:07,766 Memang dengar macam dekat saja, bukan? 66 00:05:07,849 --> 00:05:10,269 Macam itu rupanya. 67 00:05:10,351 --> 00:05:14,361 Sekejap, Encik Ishida. Awak kata awak cuba tengok? Macam mana? 68 00:05:15,648 --> 00:05:17,728 Saya lompat ke tembok dari tingkap. 69 00:05:18,234 --> 00:05:20,494 Tapi gelap sangat, tak nampak apa-apa. 70 00:05:21,070 --> 00:05:22,320 Bahaya betul. 71 00:05:23,448 --> 00:05:25,778 Jangan buat lagi selepas ini. 72 00:05:26,492 --> 00:05:28,122 Ya, saya takkan buat lagi. 73 00:05:28,202 --> 00:05:30,712 Sebenarnya sikit lagi saya nak jatuh. 74 00:05:31,205 --> 00:05:32,785 Saya takkan buat lagi. 75 00:05:32,874 --> 00:05:33,964 Tolong jangan, ya. 76 00:05:35,168 --> 00:05:37,958 Mujurlah tak ada apa-apa yang berlaku. 77 00:05:38,588 --> 00:05:40,628 Nyawa kita begitu berharga. 78 00:05:41,841 --> 00:05:43,091 Sampai begitu sekali? 79 00:06:06,032 --> 00:06:09,622 Shinobu. 80 00:06:10,578 --> 00:06:12,158 Shinobu! 81 00:06:27,303 --> 00:06:28,223 Maaf. 82 00:06:28,805 --> 00:06:32,595 Awak yang menyewa bilik di tingkat dua rumah Uchiyama, bukan? 83 00:06:32,683 --> 00:06:34,023 Ya, tapi… 84 00:06:36,687 --> 00:06:39,727 Saya perlu cakap dengan awak. Boleh? 85 00:06:40,858 --> 00:06:42,318 Jadi, awak… 86 00:06:42,402 --> 00:06:44,282 Ya. Sepuluh tahun lalu. 87 00:06:44,779 --> 00:06:46,569 Saya menyewa di bilik itu. 88 00:06:46,656 --> 00:06:48,866 Jadi awak nak cakap tentang apa? 89 00:06:48,950 --> 00:06:52,580 Sebenarnya saya tak nak cakap tentang ini lagi. 90 00:06:53,162 --> 00:06:55,542 Tapi saya dah tak sanggup. 91 00:06:55,623 --> 00:06:57,583 Setiap malam saya dihantui mimpi ngeri. 92 00:06:58,418 --> 00:07:03,088 Awak tentu sedar ada tembok tinggi dan sempit sebelah rumah itu, bukan? 93 00:07:03,172 --> 00:07:04,592 Yang ada pagar berduri itu? 94 00:07:04,674 --> 00:07:09,604 Betul. Saya rasa ada pembunuhan terjadi di sana. 95 00:07:09,679 --> 00:07:11,389 Pembunuhan? 96 00:07:11,472 --> 00:07:13,682 Di sudut lorong yang tertutup itu, 97 00:07:14,183 --> 00:07:17,023 ada satu lubang berpenutup yang menghala ke bawah tanah. 98 00:07:17,812 --> 00:07:22,442 Saya pernah jumpa mayat tiga kanak-kanak dalam lubang itu. 99 00:07:22,942 --> 00:07:24,192 Mayat kanak-kanak? 100 00:07:24,277 --> 00:07:29,367 Pada tembok itu pula, ada tiga bayang yang menyerupai tubuh kanak-kanak. 101 00:07:29,449 --> 00:07:32,989 Tiga bayang itu akan keluar dari tembok pada waktu malam 102 00:07:33,494 --> 00:07:36,124 dan berlari-lari di lorong tertutup itu. 103 00:07:36,205 --> 00:07:40,075 Setiap malam saya tengok mereka dari tingkap sambil menggigil. 104 00:07:40,585 --> 00:07:43,705 Tolong hentikan ini. Jangan main-main lagi. 105 00:07:44,213 --> 00:07:45,843 Itu tentu cuma mimpi saja. 106 00:07:45,923 --> 00:07:47,933 Saya pun sangka ia cuma mimpi. 107 00:07:48,009 --> 00:07:50,389 Tapi semuanya rasa begitu nyata. 108 00:07:50,887 --> 00:07:55,017 Lagipun, bilik itu tak ada tingkap yang menghadap lorong. 109 00:07:55,099 --> 00:07:57,809 Mustahil. Mesti ada! 110 00:07:58,394 --> 00:08:00,694 Ada satu tingkap kecil di sana! 111 00:08:01,397 --> 00:08:03,567 Cuba cari dulu! 112 00:08:05,818 --> 00:08:08,278 Tolong jangan bergurau macam ini lagi. 113 00:08:08,362 --> 00:08:10,702 AWAS PERSIMPANGAN PEKAN ECHIZEN 114 00:08:11,741 --> 00:08:13,701 Teruk betul gurauan dia. 115 00:09:01,165 --> 00:09:02,075 BODOH AKU TIKAM KAU 116 00:09:02,166 --> 00:09:03,036 AKU NAK BUNUH 117 00:09:03,125 --> 00:09:04,165 MATILAH, ORANG TUA DIAM 118 00:09:04,252 --> 00:09:05,552 MATI AKU YANG BUAT 119 00:09:31,571 --> 00:09:32,781 Memang betul ada! 120 00:09:59,849 --> 00:10:01,729 Shinobu? 121 00:10:02,393 --> 00:10:05,233 Awak dah jumpa tingkap tersembunyi ini. 122 00:10:05,813 --> 00:10:08,613 Mayat-mayat di bawah sana. Awak yang… 123 00:10:09,400 --> 00:10:10,480 Semasa saya kecil, 124 00:10:11,068 --> 00:10:15,198 ada tiga budak pembuli yang berlagak macam lorong ini mereka punya. 125 00:10:15,281 --> 00:10:17,411 Saya sumbat mereka dalam lubang itu. 126 00:10:17,908 --> 00:10:22,158 Lagipun, ini sepatutnya tempat permainan kegemaran saya. 127 00:10:22,747 --> 00:10:23,997 Saya punya seorang. 128 00:10:24,790 --> 00:10:27,130 Seminggu selepas saya sumbat mereka, 129 00:10:27,793 --> 00:10:30,003 bayang mereka mula muncul di tembok. 130 00:10:30,630 --> 00:10:33,300 "Mereka dah mati agaknya," saya fikir. 131 00:10:33,883 --> 00:10:38,933 Selepas itu, ayah saya jenguk lubang itu dan dia jumpa tiga mayat itu. 132 00:10:39,972 --> 00:10:42,392 Saya rasa dia sedar itu angkara saya. 133 00:10:43,059 --> 00:10:47,059 Jadi ayah saya cepat-cepat bina tembok tinggi untuk tutup lorong ini. 134 00:10:48,272 --> 00:10:50,982 Selepas itu, kami tak dapat ramai penyewa lagi. 135 00:10:51,734 --> 00:10:54,284 Mereka semua selalu rasa semacam dan keluar. 136 00:10:55,279 --> 00:10:59,119 Sebab setiap malam pembuli itu akan keluar dari tembok dan bising. 137 00:10:59,742 --> 00:11:01,912 Bilik ini terus jadi bilik saya. 138 00:11:02,495 --> 00:11:05,285 Lorong ini sekali lagi jadi ruang peribadi saya. 139 00:11:05,373 --> 00:11:07,083 Cuma saya boleh masuk dan keluar. 140 00:11:07,875 --> 00:11:12,045 Selepas itu, saya jemput dua rakan sekelas yang saya benci dan saya bunuh mereka. 141 00:11:12,129 --> 00:11:14,759 Kemudian, saya bunuh ayah saya yang membebel. 142 00:11:15,257 --> 00:11:17,547 Tapi mereka semua begitu keras kepala. 143 00:11:18,135 --> 00:11:20,255 Mereka semua jadi bayang di tembok 144 00:11:20,346 --> 00:11:24,556 dan setiap malam, mereka akan keluar dan maki hamun saya. 145 00:11:24,642 --> 00:11:28,482 Setiap malam mereka mengancam akan heret saya ke bawah sana. 146 00:11:29,271 --> 00:11:33,151 Tapi saya tak pernah turun ke sana selepas gelap. 147 00:11:33,234 --> 00:11:35,404 Jadi mereka tak boleh sentuh saya. 148 00:11:35,903 --> 00:11:40,493 Namun begitu, saya sangat suka tengok mereka terseksa begitu. 149 00:11:41,158 --> 00:11:46,078 Sebab itulah saya tak setuju apabila mak saya nak sewakan bilik ini lagi. 150 00:11:48,499 --> 00:11:49,329 Encik Ishida? 151 00:11:51,836 --> 00:11:53,246 Dah pengsan rupanya. 152 00:12:44,096 --> 00:12:44,926 Rumi. 153 00:12:44,972 --> 00:12:45,812 BILIK SENI 154 00:12:45,848 --> 00:12:48,518 Awak baliklah dulu. Saya nak tolong cikgu. 155 00:12:48,601 --> 00:12:50,731 Tapi kita dah patut balik sekarang. 156 00:12:50,811 --> 00:12:54,771 Shimada, baik awak balik sekali. Nanti mak ayah awak risau pula. 157 00:12:54,857 --> 00:12:58,567 Tak apa, cikgu. Mak ayah saya keluar bandar. 158 00:12:58,652 --> 00:13:02,282 Saya risaukan pameran cikgu. Macam mana kalau tak sempat? 159 00:13:02,364 --> 00:13:04,784 Cikgu boleh uruskan sendiri. 160 00:13:05,367 --> 00:13:07,327 Tinggal beberapa hari saja lagi. 161 00:13:07,411 --> 00:13:11,081 Saya ahli Kelab Seni, saya patut cuba bantu cikgu. 162 00:13:11,165 --> 00:13:12,785 Shimada, terima kasih. 163 00:13:13,459 --> 00:13:16,129 Pameran Cikgu Okabe nampak sangat menarik. 164 00:13:16,629 --> 00:13:19,299 Saya tak pernah tengok karya seni macam ini. 165 00:13:19,381 --> 00:13:21,301 Arca-arca tanpa kepala ini. 166 00:13:21,383 --> 00:13:26,603 Cikgu sengaja singkirkan wajah agar kita dapat bayangkan banyak kemungkinan. 167 00:13:27,139 --> 00:13:29,729 Seni tidak perlukan wajah. 168 00:13:29,809 --> 00:13:33,559 Wajah manusia boleh tampilkan pelbagai riak perasaan berbeza 169 00:13:34,146 --> 00:13:37,396 tapi cuba tengok wajah-wajah dalam karya seni terkenal baru dan lama. 170 00:13:37,483 --> 00:13:40,073 Biasanya tak ada riak wajah atau senyum kecil saja. 171 00:13:40,152 --> 00:13:43,742 Jadi cikgu fikir, apa kata buang wajahnya terus? 172 00:13:43,823 --> 00:13:46,583 Biar tak ada muka daripada tak ada hati. 173 00:13:46,659 --> 00:13:48,489 Apa maksudnya, cikgu? 174 00:13:49,245 --> 00:13:50,655 Dengar macam penuh seni. 175 00:13:51,872 --> 00:13:53,542 Cikgu memang pengkarya seni. 176 00:13:53,624 --> 00:13:57,464 Tapi kadang-kadang cikgu ukir juga arca dengan kepala. 177 00:13:57,545 --> 00:13:58,545 PATUNG TANPA KEPALA 178 00:14:08,180 --> 00:14:10,980 Hei, Masami, Sanae. Ada apa-apa berlaku? 179 00:14:11,058 --> 00:14:13,768 Rumi, Cikgu Okabe dibunuh. 180 00:14:13,853 --> 00:14:15,273 Apa awak cakap? 181 00:14:15,354 --> 00:14:19,024 Ada pelajar senior terjumpa dia di bilik seni pagi tadi. 182 00:14:19,608 --> 00:14:21,688 Saya dengar kepala dia hilang. 183 00:14:22,361 --> 00:14:23,611 Kepala? 184 00:14:24,655 --> 00:14:26,365 Saya dengar kepala dia terputus 185 00:14:26,448 --> 00:14:29,328 dan cuma mayatnya ditemui di bilik seni. 186 00:14:29,410 --> 00:14:32,160 Shimada, saya balik dulu. 187 00:14:32,246 --> 00:14:33,326 Tunggu sekejap. 188 00:14:33,414 --> 00:14:36,544 Jangan beritahu sesiapa saya ada di sekolah. 189 00:14:36,625 --> 00:14:38,495 Baiklah. Jumpa lagi. 190 00:14:40,296 --> 00:14:42,296 Rumi? Rumi, awak tak apa-apa? 191 00:14:44,008 --> 00:14:46,088 Awak ada nampak Shimada hari ini? 192 00:14:46,594 --> 00:14:48,514 Tak. Mungkin dia belum sampai. 193 00:14:49,013 --> 00:14:49,973 Baik. 194 00:14:53,183 --> 00:14:55,103 DILARANG MASUK 195 00:15:00,774 --> 00:15:02,284 Ya? Siapa itu? 196 00:15:02,985 --> 00:15:04,695 Shimada, sayalah! 197 00:15:04,778 --> 00:15:07,358 Rumi? Ada apa, ya? 198 00:15:07,907 --> 00:15:09,907 Tentu awak tahu tentang Cikgu Okabe. 199 00:15:09,992 --> 00:15:12,452 Kita baru cakap dengan dia di bilik seni semalam 200 00:15:12,536 --> 00:15:14,246 dan hari ini dia dah tak ada. 201 00:15:14,330 --> 00:15:15,660 Shimada, apa yang… 202 00:15:26,759 --> 00:15:28,219 Shimada? 203 00:15:28,302 --> 00:15:32,512 Rumi, awak rasa saya bunuh dia? 204 00:15:32,598 --> 00:15:35,848 Bukan begitu! Awak berkelakuan pelik hari ini. 205 00:15:36,560 --> 00:15:40,150 Pelik? Cinta boleh buat orang jadi pelik. 206 00:15:40,731 --> 00:15:42,731 Rumi, awak sangat cantik. 207 00:15:43,317 --> 00:15:45,607 Shimada. Kenapa dengan awak ini? 208 00:15:45,694 --> 00:15:50,204 Saya tak sabar tunggu awak datang ke kelas seni setiap hari. 209 00:15:50,699 --> 00:15:55,449 Awak tahu betapa hati saya berdegup kencang setiap kali tengok awak? 210 00:15:55,955 --> 00:15:59,245 Mari kita jalan bersama. Saya nak beritahu awak sesuatu. 211 00:16:01,585 --> 00:16:04,245 Aduh, seram betul lalu di sini. 212 00:16:04,338 --> 00:16:05,968 Nak buat macam mana? 213 00:16:06,048 --> 00:16:09,298 Kita perlu buku rujukan itu untuk ujian Bahasa Inggeris esok. 214 00:16:09,385 --> 00:16:12,425 Kenapa ada orang tinggalkannya dalam bilik seni? 215 00:16:12,513 --> 00:16:14,393 BILIK SENI 216 00:16:17,434 --> 00:16:18,484 Tengok. 217 00:16:19,186 --> 00:16:21,976 Mayat Encik Okabe ditemui di sana. 218 00:16:22,064 --> 00:16:23,984 Kenapa dia dibunuh agaknya? 219 00:16:24,066 --> 00:16:27,146 Mungkin ada orang berdendam dengan dia. 220 00:16:27,236 --> 00:16:29,316 Kalau tak, kenapa bunuh dia begitu? 221 00:16:29,405 --> 00:16:32,065 Sudahlah. Cepat ambil buku itu. 222 00:16:32,157 --> 00:16:34,277 Kejam betul cara pembunuh itu. 223 00:16:34,368 --> 00:16:36,198 Sampai putuskan kepala. 224 00:16:36,704 --> 00:16:38,964 Kepalanya pula masih belum ditemui. 225 00:16:39,039 --> 00:16:40,999 Jangan cakap tentang itu di sini! 226 00:16:43,961 --> 00:16:46,131 Masami, cari cepat sikit. 227 00:16:46,213 --> 00:16:49,173 Sekejap. Entah mana mereka letak buku itu. 228 00:16:58,600 --> 00:16:59,690 Ada orang di situ. 229 00:17:13,115 --> 00:17:15,025 Cikgu Okabe! 230 00:17:21,623 --> 00:17:24,713 Cikgu Okabe masih hidup? Biar betul? 231 00:17:24,793 --> 00:17:27,553 Dia terpaksa menyorok di blok sekolah lama. 232 00:17:27,629 --> 00:17:28,799 Saya jumpa dia malam ini. 233 00:17:28,881 --> 00:17:30,301 Awak ikut saya. 234 00:17:40,642 --> 00:17:43,022 Shimada, mana Cikgu Okabe? 235 00:17:43,103 --> 00:17:44,813 Dia datang sekejap lagi. 236 00:17:44,897 --> 00:17:46,437 Kita tunggu dia di dalam. 237 00:17:48,275 --> 00:17:50,105 Kenapa macam ada bau pelik? 238 00:17:50,611 --> 00:17:52,071 Macam daging busuk. 239 00:17:52,738 --> 00:17:53,858 Atau bayangan saya saja? 240 00:17:53,947 --> 00:17:56,867 Apa? Arca-arca itu dah hilang! 241 00:18:00,412 --> 00:18:02,622 Pelik, cuma tapaknya saja tinggal. 242 00:18:06,710 --> 00:18:08,380 Kenapa awak kunci pintu? 243 00:18:15,803 --> 00:18:18,103 Shimada, kenapa ini? 244 00:18:18,180 --> 00:18:19,560 Tak ada apa-apa. 245 00:18:20,182 --> 00:18:22,642 Kenapa suara awak begitu? 246 00:18:23,352 --> 00:18:25,982 Cikgu? Mana Cikgu Okabe? 247 00:18:26,855 --> 00:18:29,105 Dia memang ada di sini. 248 00:18:30,442 --> 00:18:31,492 Tengok? 249 00:18:37,241 --> 00:18:40,201 Inilah dia pengkarya seni terhebat, Cikgu Okabe. 250 00:18:44,456 --> 00:18:47,166 Rumi, cantiknya muka awak. 251 00:18:47,251 --> 00:18:48,131 Rumi. 252 00:18:49,086 --> 00:18:50,126 Rumi. 253 00:18:52,089 --> 00:18:52,969 Rumi! 254 00:18:54,508 --> 00:18:55,338 Tidak! 255 00:19:08,313 --> 00:19:10,773 Rumi. 256 00:19:13,026 --> 00:19:15,196 Tolong! Ada orang tak? 257 00:19:16,697 --> 00:19:17,567 Rumi. 258 00:19:21,160 --> 00:19:21,990 Rumi! 259 00:19:32,254 --> 00:19:34,344 Ini… patung plaster? 260 00:19:38,886 --> 00:19:41,806 Tak boleh buka! 261 00:21:01,134 --> 00:21:02,844 Tengok! Tengok sana! 262 00:21:02,928 --> 00:21:05,058 Ada satu lagi di sana! 263 00:21:05,138 --> 00:21:06,928 Cantiknya muka dia... 264 00:21:07,015 --> 00:21:08,225 Aku nak muka itu. 265 00:21:08,308 --> 00:21:09,848 Tak boleh! Aku nak! 266 00:21:18,443 --> 00:21:19,573 Beri sini. 267 00:21:19,653 --> 00:21:21,493 Tidak! 268 00:21:21,571 --> 00:21:22,781 Aku nak… 269 00:21:24,783 --> 00:21:26,203 kepala kau. 270 00:23:23,276 --> 00:23:27,986 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela 271 00:23:29,741 --> 00:23:33,541 Sebuah lubang ternganga luas, dan aku boleh masuk bilik sebelah. 272 00:23:34,162 --> 00:23:37,082 Tapi serangga-serangga itu saling berbisik. 273 00:23:37,165 --> 00:23:38,665 Aku dah faham! 274 00:23:39,543 --> 00:23:43,513 Rupanya selama ini aku cuma ikut arahan mereka. 275 00:23:44,089 --> 00:23:46,759 Aku takkan dengar cakap serangga itu lagi. 276 00:23:47,634 --> 00:23:51,854 Aku bengkokkan tubuh kurus kering aku ini dan loncat melalui lubang itu!