1 00:00:12,555 --> 00:00:14,932 Pada tahap ini dalam siasatan, 2 00:00:15,016 --> 00:00:17,894 ada petanda bahawa banyak lagi yang belum disingkap. 3 00:00:17,977 --> 00:00:21,397 Tiba-tiba, saya terima satu mesej. 4 00:00:22,273 --> 00:00:24,984 Ada pautan kepada satu fail dipenuhi… 5 00:00:25,068 --> 00:00:25,985 Saya tak tipu. 6 00:00:26,069 --> 00:00:28,154 Ada 666 gambar. 7 00:00:30,114 --> 00:00:32,617 Gambar perkahwinan Chad dan Lori. 8 00:00:34,202 --> 00:00:36,329 Melihat Chad dan Lori serba putih, 9 00:00:36,412 --> 00:00:40,291 menari di pantai selepas Tammy baru meninggal dunia. 10 00:00:41,209 --> 00:00:42,919 Saya sangat hairan. 11 00:00:45,088 --> 00:00:48,925 Lori mempunyai cincin malakit hijau. 12 00:00:50,093 --> 00:00:55,348 Daripada pesanan Amazon itu, Lori pesan cincin malakit itu 13 00:00:55,431 --> 00:00:57,058 sewaktu Tammy masih hidup. 14 00:00:58,810 --> 00:01:02,563 Apabila gambar itu tersebar, semuanya menjadi hangat. 15 00:01:02,647 --> 00:01:06,317 Lori Vallow dan Chad Daybell berkahwin di sebuah pantai di Kauai, 16 00:01:06,400 --> 00:01:10,446 hanya 13 hari selepas memorial isteri pertama Chad, Tammy. 17 00:01:14,492 --> 00:01:15,701 Sungguh menghampakan 18 00:01:16,869 --> 00:01:20,373 melihat mereka bersama lagi-lagi di Kauai. 19 00:01:21,499 --> 00:01:23,543 Tiada jejak budak-budak itu. 20 00:01:24,460 --> 00:01:26,420 Tylee 16 tahun, JJ tujuh tahun. 21 00:01:28,464 --> 00:01:29,549 Di mana mereka? 22 00:01:31,050 --> 00:01:32,718 Kenapa mereka tiada bersama? 23 00:01:34,804 --> 00:01:36,973 Saya mula bermimpi. 24 00:01:39,892 --> 00:01:44,147 Saya mimpikan Tylee, JJ, 25 00:01:44,230 --> 00:01:46,858 Charles, ibu saya atau Chad setiap malam. 26 00:01:50,403 --> 00:01:52,405 Setiap kali terjaga, 27 00:01:52,488 --> 00:01:57,702 saya dapat rasakan jauh di sudut hati saya 28 00:01:58,327 --> 00:01:59,829 bahawa ada yang tak kena. 29 00:02:02,665 --> 00:02:04,083 Harapnya mereka selamat. 30 00:02:05,960 --> 00:02:06,794 Helo. 31 00:02:06,878 --> 00:02:10,256 Ibu saya melindungi anak-anak sepanjang hayatnya. 32 00:02:11,883 --> 00:02:15,678 Saya selalu terfikir, "Adakah mereka masih hidup?" 33 00:02:16,470 --> 00:02:18,890 Saya rasa, "Tak mungkin. Mustahil." 34 00:02:19,932 --> 00:02:21,684 Bagaimana itu boleh berlaku? 35 00:02:26,022 --> 00:02:28,816 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 36 00:03:07,855 --> 00:03:09,690 Saya duduk di mahkamah 37 00:03:09,774 --> 00:03:12,735 dan terasa bagai tak nyata. Macam dalam filem. 38 00:03:12,818 --> 00:03:14,820 Dia masuk macam seorang watak. 39 00:03:15,947 --> 00:03:19,242 Solekannya agak aneh. Nampak macam dia… 40 00:03:19,325 --> 00:03:20,952 Entahlah. Warnakannya. 41 00:03:22,203 --> 00:03:24,747 Dia pakai jumpsut. Ibarat seorang penjahat. 42 00:03:25,790 --> 00:03:29,835 Dia pandang dan senyum kepada Brandon, Kay dan Larry. 43 00:03:30,836 --> 00:03:33,589 Kenapa? Apa yang mak buat? 44 00:03:33,673 --> 00:03:36,801 Saya rasa nak jerit. Apa yang mak buat? 45 00:03:36,884 --> 00:03:40,972 Sejak musim panas lalu, ada corak jelas dan merisaukan pada hidup defendan. 46 00:03:41,055 --> 00:03:45,559 Ada tiga siasatan sedang berjalan berkenaan kematian melibatkan dia. 47 00:03:45,643 --> 00:03:47,812 Hal ini mencemaskan kerajaan. 48 00:03:47,895 --> 00:03:51,065 Faktor yang paling teruk, anak-anaknya masih hilang. 49 00:03:51,148 --> 00:03:55,778 Defendan enggan membantu untuk mencari mereka 50 00:03:55,861 --> 00:03:57,530 walaupun sebelum didakwa. 51 00:03:59,657 --> 00:04:02,326 Dengan itu, jaminan ditetapkan pada satu juta dolar. 52 00:04:02,410 --> 00:04:03,619 Mahkamah berehat. 53 00:04:03,703 --> 00:04:04,829 Semua berdiri. 54 00:04:07,915 --> 00:04:10,793 Saya cuba dapatkan perhatian dia. 55 00:04:10,876 --> 00:04:12,837 Saya nak dia tahu saya datang. 56 00:04:13,838 --> 00:04:17,925 Saya ingat hubungan dia dengan Chad. 57 00:04:19,427 --> 00:04:21,429 Saya ingat cara dia pandang Chad. 58 00:04:24,932 --> 00:04:28,269 Mak pandang dia macam ada sesuatu. 59 00:04:28,352 --> 00:04:29,729 Mak tak kenal dia. 60 00:04:31,897 --> 00:04:33,524 Bagaimana mak boleh sempat 61 00:04:33,607 --> 00:04:37,111 rasa selesa dengan dia walaupun dalam masalah. 62 00:04:43,743 --> 00:04:44,869 Dia lalu saja. 63 00:04:47,538 --> 00:04:51,000 Ketika itulah saya bangun dan bertentang mata dengan Chad. 64 00:04:51,083 --> 00:04:53,169 Saya rasa nak tumbuk muka dia. 65 00:04:53,252 --> 00:04:55,463 Dia nampak takut ketika saya pandang. 66 00:04:57,298 --> 00:04:58,591 Dia kecut perut. 67 00:05:00,092 --> 00:05:02,553 Saya tahu ada yang tak kena dengan dia. 68 00:05:07,391 --> 00:05:09,310 Di mana budak-budak itu, Chad? 69 00:05:09,393 --> 00:05:10,936 Di mana budak-budak itu? 70 00:05:11,020 --> 00:05:11,979 Di mana mereka? 71 00:05:12,063 --> 00:05:13,981 Awak kata mereka okey. Sekarang? 72 00:05:14,065 --> 00:05:15,858 Chad, di mana budak-budak itu? 73 00:05:17,985 --> 00:05:18,903 Chad… 74 00:05:25,284 --> 00:05:27,411 Malam itu, saya hubungi penjara. 75 00:05:28,079 --> 00:05:30,289 Saya anak dia. Kami perlu berbincang. 76 00:05:34,460 --> 00:05:35,669 Saya sayangkan mak. 77 00:05:35,753 --> 00:05:39,799 Inilah perbualan paling sukar bagi saya seumur hidup saya. 78 00:05:41,967 --> 00:05:43,803 Mak dah berubah. 79 00:05:46,180 --> 00:05:49,183 Mak bukan ibu yang didik saya untuk memahami Jesus. 80 00:05:49,266 --> 00:05:50,267 Betulkah? 81 00:05:50,976 --> 00:05:52,061 Betulkah? 82 00:05:52,144 --> 00:05:55,064 Saya harap mak berubah hati, 83 00:05:55,147 --> 00:05:59,735 kembali kepada seruan Christ sebenar dan kembali ke pangkal jalan. 84 00:06:01,570 --> 00:06:03,823 Saya percayakan mak seumur hidup saya. 85 00:06:07,118 --> 00:06:12,540 Saya tak sangka mak sanggup buat perkara begini. 86 00:06:18,754 --> 00:06:20,923 Kamu rasa mak buat apa? 87 00:06:25,219 --> 00:06:27,430 Saya ingat perbualan kami. 88 00:06:28,180 --> 00:06:32,184 Dia sebutkan tentang Abraham dan Isaac. 89 00:06:33,310 --> 00:06:35,312 Dalam kisah Abraham dan Isaac, 90 00:06:35,396 --> 00:06:38,816 Abraham diperintahkan untuk mengorbankan anaknya. 91 00:06:39,984 --> 00:06:41,694 Dia nak pelihara kepercayaan. 92 00:06:41,777 --> 00:06:44,113 Dia yakin Tuhan ada rancangan. 93 00:06:44,196 --> 00:06:48,284 Apabila dia bersedia dengan pisau di tangan, 94 00:06:49,201 --> 00:06:52,329 Tuhan suruh dia berhenti. Tuhan mahu uji keyakinannya. 95 00:06:53,372 --> 00:06:54,915 Kenapa mak cakap begitu? 96 00:06:55,666 --> 00:06:58,419 Saya tanya setiap hari tentang adik-adik. 97 00:06:59,211 --> 00:07:01,755 Namun, hampir setiap hari sama saja. 98 00:07:02,256 --> 00:07:04,467 "Mereka okey. Semua baik-baik saja." 99 00:07:06,010 --> 00:07:09,054 Jadi, semakin lama… 100 00:07:09,680 --> 00:07:11,807 semakin tinggi harapan saya. 101 00:07:13,726 --> 00:07:17,229 Rasanya boleh jadi mereka terpisah. 102 00:07:17,313 --> 00:07:21,942 Dia minta seseorang jaga mereka. 103 00:07:23,152 --> 00:07:26,030 Kali pertama dia telefon dari penjara, 104 00:07:26,655 --> 00:07:28,908 dia kata, "Anak-anak baik-baik saja." 105 00:07:28,991 --> 00:07:33,329 Katanya, "Mak tahu saya ibu macam mana. Saya takkan sakiti mereka." 106 00:07:34,163 --> 00:07:35,414 Itu yang dia cakap. 107 00:07:36,040 --> 00:07:38,584 Katanya, "Mereka ada di tempat selamat." 108 00:07:39,210 --> 00:07:41,295 Saya tak rasa mereka hilang. 109 00:07:41,378 --> 00:07:43,506 Rasanya Lori tahu lokasi mereka. 110 00:07:44,507 --> 00:07:49,386 Sangat penting untuk kita berterus terang tentang keluarga kita. 111 00:07:49,470 --> 00:07:53,974 Ahli keluarga seorang wanita suspek utama kes kehilangan kanak-kanak 112 00:07:54,058 --> 00:07:57,061 mempertahankan dia secara umum buat pertama kalinya. 113 00:07:57,144 --> 00:08:01,690 Mustahil dia apa-apakan mereka. Memang mustahil. 114 00:08:01,774 --> 00:08:04,944 Ya. Kami tak rasa dia bersalah. Dia… 115 00:08:05,027 --> 00:08:09,198 Saya tak pasti sebab nenek dan mak cik saya nak ditemu bual. 116 00:08:09,907 --> 00:08:13,536 Saya rasa dungu sungguh jika cakap apa-apa. 117 00:08:13,619 --> 00:08:16,288 Kenapa sokong dia? Ada yang tak kena. 118 00:08:16,372 --> 00:08:21,293 Memang silaplah cuba pertahankan dia ketika itu. 119 00:08:21,377 --> 00:08:23,087 Sebagai ibu, saya percaya 120 00:08:23,170 --> 00:08:26,173 dia buat yang terbaik untuk anak-anaknya. 121 00:08:26,257 --> 00:08:28,092 Sukar untuk saya melihatnya. 122 00:08:28,175 --> 00:08:30,135 Rasanya mereka cuba menafikan 123 00:08:30,219 --> 00:08:34,640 dan tidak menghiraukan hakikat bahawa budak-budak itu hilang. 124 00:08:35,641 --> 00:08:40,646 Saya tak faham jika mereka menafikan atau cuba meredakan keadaan. 125 00:08:40,729 --> 00:08:42,565 Kamu rasa dia ahli kultus? 126 00:08:42,648 --> 00:08:45,234 - Tidak. - Tidak. Kami tak rasa begitu. 127 00:08:45,317 --> 00:08:47,861 Kamu tak rasa Chad basuh otak dia? 128 00:08:47,945 --> 00:08:48,821 Tidak! 129 00:08:48,904 --> 00:08:51,323 Tak mungkin. Itu mustahil. 130 00:08:52,324 --> 00:08:54,743 Betul kata mereka. Kami silap. 131 00:08:57,746 --> 00:09:01,667 Saya tak patut kata "Saya tahu" lagi. Saya pun dah tak tahu. 132 00:09:04,712 --> 00:09:05,963 Saya rasa… 133 00:09:09,341 --> 00:09:11,010 Siapa sangka akan semakin teruk? 134 00:09:12,011 --> 00:09:14,930 Penyiasat dapat akses akaun iCloud Lori 135 00:09:15,014 --> 00:09:18,559 dan mereka jumpa gambar daripada 8 September 2019. 136 00:09:18,642 --> 00:09:23,689 Gambar JJ, Tylee dan Alex di Taman Negara Yellowstone. 137 00:09:23,772 --> 00:09:27,484 FBI dan Jabatan Polis Rexburg meminta sesiapa 138 00:09:27,568 --> 00:09:31,196 yang melawat Taman Negara Yellowstone pada 8 September 2019, 139 00:09:31,280 --> 00:09:34,742 untuk hantar gambar atau video yang dapat membantu siasatan. 140 00:09:34,825 --> 00:09:38,329 Polis dapat tahu mereka ada di Yellowstone pada hari itu 141 00:09:38,412 --> 00:09:40,914 bersama Lori dan abang Lori, Alex Cox. 142 00:09:40,998 --> 00:09:43,417 Ini gambar terakhir Tylee. 143 00:09:43,500 --> 00:09:48,088 FBI kata mereka bergerak dengan trak milik Alex Cox ini. 144 00:09:48,172 --> 00:09:52,176 Alex Cox dikaitkan dengan kematian Charles Vallow, Tammy Daybell… 145 00:09:52,259 --> 00:09:54,011 Apabila Alex mati, 146 00:09:54,094 --> 00:09:56,555 bahagian penting misteri ini hilang, 147 00:09:56,639 --> 00:09:59,058 tapi FBI mempunyai telefon bimbitnya. 148 00:10:00,643 --> 00:10:03,646 Mereka guna data telefon bimbit serta ping GPS 149 00:10:03,729 --> 00:10:07,608 dan jejak pergerakannya ke rumah Chad Daybell pada September 150 00:10:08,150 --> 00:10:10,194 ketika JJ dan Tylee hilang. 151 00:10:10,778 --> 00:10:16,575 Pada tanggal sembilan, lokasi telefon Alex di laman belakang selama dua jam setengah. 152 00:10:17,993 --> 00:10:20,162 FBI juga ada telefon Tammy. 153 00:10:20,245 --> 00:10:24,208 Mereka tahu 14 minit selepas Alex tinggalkan kediaman Daybell, 154 00:10:24,917 --> 00:10:26,085 Chad mesej Tammy. 155 00:10:26,168 --> 00:10:29,463 "Pagi saya agak menarik. Saya rasa nak bakar dahan 156 00:10:29,546 --> 00:10:32,341 di tepi lubang api sebelum air bertakung akibat ribut. 157 00:10:33,467 --> 00:10:36,720 Akhirnya, pada 9 Jun 2020, 158 00:10:36,804 --> 00:10:41,100 pihak berkuasa pergi ke kediaman Daybell. 159 00:10:42,017 --> 00:10:45,771 9 JUN, 2020 160 00:10:45,854 --> 00:10:47,773 Bagi anda yang baru datang, 161 00:10:47,856 --> 00:10:51,652 seminit saja lagi kami akan tiba di rumah Chad Daybell. 162 00:10:52,236 --> 00:10:56,824 Polis ada waran geledah. 163 00:10:57,741 --> 00:11:02,204 Polis Rexburg, Pejabat Syerif Daerah Fremont, FBI, semuanya ada. 164 00:11:02,871 --> 00:11:04,248 Ini yang boleh dilihat. 165 00:11:05,040 --> 00:11:07,668 Ada ramai anggota polis di sini. 166 00:11:07,751 --> 00:11:09,837 Ada seekor anjing K9 paling kurang. 167 00:11:09,920 --> 00:11:12,965 Mereka dirikan tiga atau empat khemah kanopi biru. 168 00:11:13,048 --> 00:11:15,175 Pita diletakkan di keliling laman. 169 00:11:16,051 --> 00:11:18,679 Nampaknya itu kawasan tumpuan. 170 00:11:19,346 --> 00:11:20,973 Tiada khabar… 171 00:11:21,056 --> 00:11:24,184 Kami tak pasti tentang keberadaan Chad Daybell. 172 00:11:26,437 --> 00:11:28,564 Lori: Hei, sayang! 173 00:11:28,647 --> 00:11:29,982 Chad: Helo. 174 00:11:30,065 --> 00:11:31,108 Awak okey? 175 00:11:33,944 --> 00:11:35,821 Tak. Mereka sedang menggeledah… 176 00:11:36,613 --> 00:11:38,073 rumah saya. 177 00:11:39,575 --> 00:11:41,118 Mereka ada di dalam rumah? 178 00:11:42,953 --> 00:11:45,205 Tak. Mereka ada di luar. 179 00:11:47,750 --> 00:11:49,126 Mereka sedang mencari. 180 00:11:53,547 --> 00:11:54,715 Okey. 181 00:11:56,925 --> 00:12:00,429 Jadi, lihatlah keadaannya nanti. 182 00:12:02,014 --> 00:12:03,891 Apa saya boleh buat? 183 00:12:05,809 --> 00:12:08,103 Saya rasa tenang. 184 00:12:09,146 --> 00:12:11,190 DAERAH FREMONT SYERIF 185 00:12:11,273 --> 00:12:12,941 Patutkah saya telefon nanti? 186 00:12:15,319 --> 00:12:16,153 Entahlah. 187 00:12:16,236 --> 00:12:18,739 Saya pun tak tahu. 188 00:12:19,490 --> 00:12:20,324 Okey. 189 00:12:22,201 --> 00:12:25,245 Saya sayang awak. Nanti kita cakap lagi. 190 00:12:25,871 --> 00:12:27,498 Okey, saya sayang awak. 191 00:12:27,581 --> 00:12:29,917 Okey. Sayang awak. Pergi dulu. 192 00:12:32,503 --> 00:12:35,047 Chad Daybell memerhati pencarian itu dari dekat 193 00:12:35,130 --> 00:12:37,508 dan cuba lari dengan SUV dia. 194 00:12:38,634 --> 00:12:43,680 Saksi berkata Chad Daybell memandu dengan sangat laju. 195 00:12:43,764 --> 00:12:48,852 Saya nampak kereta dia di jalan. Beberapa saat kemudian, 196 00:12:48,936 --> 00:12:51,897 kereta polis hidupkan lampu serta siren 197 00:12:51,980 --> 00:12:54,900 dan memecut untuk kejar dia. 198 00:12:59,905 --> 00:13:02,199 FBI telefon saya dan kata, 199 00:13:03,367 --> 00:13:05,369 "Colby, mereka tangkap Chad hari ini. 200 00:13:06,161 --> 00:13:08,872 Mereka jumpa sisa mayat di rumahnya." 201 00:13:12,042 --> 00:13:14,127 Saya rasa macam nak mati. 202 00:13:15,128 --> 00:13:17,172 Badan saya hampir tumbang. 203 00:13:18,215 --> 00:13:20,175 Saya mula tanya, 204 00:13:20,259 --> 00:13:25,764 "Ada tengkorak? Sisa budak kecil? Remaja? Awak tahu?" Dia tak tahu. 205 00:13:25,848 --> 00:13:27,975 Mereka belum dapat pastikan. 206 00:13:28,058 --> 00:13:30,018 Bedah siasat akan dijalankan. 207 00:13:31,228 --> 00:13:33,188 Selepas sisa mayat itu ditemukan, 208 00:13:34,189 --> 00:13:35,858 Chad Daybell telah ditahan. 209 00:13:37,693 --> 00:13:41,405 Alangkah beratnya rasa apabila tahu ada sisa mayat. 210 00:13:41,488 --> 00:13:43,740 Saya tak nak tahu jika memang mereka. 211 00:13:43,824 --> 00:13:46,743 Ini hari terbesar bagi kes ini setakat ini. 212 00:13:46,827 --> 00:13:49,246 Pihak berkuasa ada waran geledah untuk rumah Daybell 213 00:13:49,329 --> 00:13:52,124 yang membawa pihak polis kepada penemuan 214 00:13:52,207 --> 00:13:53,959 dua set sisa mayat. 215 00:13:54,918 --> 00:13:57,004 Berhampiran lubang api dan kubur haiwan, 216 00:13:57,087 --> 00:13:59,464 mereka temukan tulang manusia dan tisu hangus. 217 00:13:59,548 --> 00:14:05,262 Kami akan tunggu di sini untuk mengetahui perkembangannya. 218 00:14:07,306 --> 00:14:09,308 Saya cuba sedaya upaya 219 00:14:09,391 --> 00:14:13,562 untuk berfikiran rasional dan mengelakkan keperitan, 220 00:14:13,645 --> 00:14:16,231 tapi hakikatnya, saya tahu itu mereka. 221 00:14:20,068 --> 00:14:22,529 Saya terima panggilan daripada Kay Woodcock pagi tadi. 222 00:14:22,613 --> 00:14:26,491 Dia menahan tangisan. Katanya salah satu sisa yang ditemukan 223 00:14:26,575 --> 00:14:28,660 ialah sisa mayat cucunya, JJ. 224 00:14:28,744 --> 00:14:31,622 Beberapa jam kemudian, ahli keluarga mengesahkan 225 00:14:31,705 --> 00:14:34,041 yang set sisa kedua ialah sisa Tylee Ryan. 226 00:14:36,793 --> 00:14:41,381 Mayat mereka telah digali dari kubur cetek di Idaho. 227 00:14:42,716 --> 00:14:44,092 Detik penuh perasaan 228 00:14:44,176 --> 00:14:48,347 dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini. 229 00:14:49,723 --> 00:14:53,060 DATUK JJ 230 00:14:53,143 --> 00:14:55,103 Maafkan saya. 231 00:14:56,229 --> 00:14:57,397 Kami bersama awak. 232 00:15:05,280 --> 00:15:11,036 Saya rasa sangat sedih dan pilu apabila mula sedar. 233 00:15:15,207 --> 00:15:18,669 Saya kata Lori takkan sakiti anaknya, tapi saya silap. 234 00:15:19,628 --> 00:15:20,504 Apa? 235 00:15:21,797 --> 00:15:23,090 Dua anak comel… 236 00:15:23,173 --> 00:15:24,591 Hai, nama saya Tylee. 237 00:15:24,675 --> 00:15:27,844 …yang berbakat, penyayang dan baik hati itu… 238 00:15:27,928 --> 00:15:29,179 Aduhai. 239 00:15:29,262 --> 00:15:33,392 …ada banyak potensi dan banyak lagi yang mereka belum alami. 240 00:15:33,475 --> 00:15:35,644 - Gambar. Senyum. - Senyum. 241 00:15:36,645 --> 00:15:39,106 Asal kenangkan mereka, saya menangis. 242 00:15:44,027 --> 00:15:45,696 Saya marah. 243 00:15:46,446 --> 00:15:49,408 Saya marah kerana perkara ini benar. 244 00:15:52,577 --> 00:15:53,453 Ya. 245 00:15:53,537 --> 00:15:54,579 Cakap helo. 246 00:15:55,205 --> 00:15:56,790 - Helo. - Hai, JJ. 247 00:15:56,873 --> 00:15:58,667 - Hai, JJ. - Hai, Colby. 248 00:15:58,750 --> 00:16:00,043 Hai, Colby. 249 00:16:05,465 --> 00:16:07,384 Saya cuma rindukan JJ dan Ty. 250 00:16:07,467 --> 00:16:09,553 Sukar untuk cakap tentang mereka. 251 00:16:10,637 --> 00:16:11,972 Sukar rasanya. 252 00:16:14,683 --> 00:16:17,728 Seorang banduan di Penjara Daerah Madison. 253 00:16:19,229 --> 00:16:20,522 Apa khabar, sayang? 254 00:16:21,231 --> 00:16:22,399 Teruk, mak. 255 00:16:23,859 --> 00:16:24,735 Maafkan mak. 256 00:16:25,444 --> 00:16:26,361 Mak minta maaf? 257 00:16:28,196 --> 00:16:31,700 Minta maaf kepada saya atau adik-adik saya? 258 00:16:32,451 --> 00:16:35,078 Adik lelaki saya yang baru tujuh tahun dah mati. 259 00:16:35,162 --> 00:16:37,664 Adik perempuan berusia 16 tahun pun dah mati. 260 00:16:38,415 --> 00:16:42,210 Saya nampak mak pergi… 261 00:16:42,294 --> 00:16:44,880 Kamu ada dan nampak semua yang berlaku? 262 00:16:44,963 --> 00:16:46,173 Menarik. 263 00:16:46,256 --> 00:16:48,175 Ini bukannya tak disengajakan. 264 00:16:50,010 --> 00:16:51,636 Mereka dibunuh. 265 00:16:53,930 --> 00:16:58,894 Saya telefon mak kerana tak faham perkara yang berlaku. 266 00:17:02,105 --> 00:17:04,232 Saya rindukan keluarga saya, mak. 267 00:17:07,778 --> 00:17:09,613 Mak rindukan mereka? 268 00:17:11,531 --> 00:17:13,158 Kenapa mak rindukan mereka? 269 00:17:14,367 --> 00:17:15,786 Kenapa tidak? 270 00:17:15,869 --> 00:17:17,579 Kenapa tidak? 271 00:17:18,246 --> 00:17:19,790 Mereka anak-anak mak! 272 00:17:21,458 --> 00:17:26,088 Ibu bapa itu didakwa dengan dua tuduhan menyembunyikan atau menghapuskan bukti. 273 00:17:26,171 --> 00:17:28,298 Belum ada lagi yang didakwa membunuh 274 00:17:28,381 --> 00:17:31,051 Tammy atau budak-budak itu. 275 00:17:31,134 --> 00:17:35,347 Pendakwa raya Idaho berharap dan yakin polis ada bahan bukti 276 00:17:35,430 --> 00:17:36,848 yang belum didedahkan. 277 00:17:36,932 --> 00:17:40,852 Chad Daybell akan dibicarakan pada pukul 11.00 pagi esok. 278 00:17:40,936 --> 00:17:44,648 Perbicaraan awal Daybell akan disiarkan secara langsung dari Idaho 279 00:17:44,731 --> 00:17:46,191 selama dua hari. 280 00:17:46,274 --> 00:17:49,653 Ini kes Kerajaan Idaho lawan Chad Guy Daybell. 281 00:17:49,736 --> 00:17:51,947 En. Wood, sila panggil saksi pertama. 282 00:17:52,030 --> 00:17:54,616 Terima kasih. Kerajaan memanggil Ray Hermosillo. 283 00:17:54,699 --> 00:17:56,952 Awak boleh duduk di kandang saksi. 284 00:17:57,035 --> 00:18:00,497 Sebut nama penuh dan pekerjaan. Kita akan mulakan. 285 00:18:01,623 --> 00:18:03,166 Ray Dennis Hermosillo. 286 00:18:03,834 --> 00:18:06,294 Saya detektif Jabatan Polis Rexburg. 287 00:18:06,378 --> 00:18:09,840 Pernahkah awak berpeluang berjumpa Chad Daybell? 288 00:18:10,674 --> 00:18:11,508 Ya. 289 00:18:11,591 --> 00:18:14,761 Saya dihubungi Jabatan Polis Gilbert. 290 00:18:14,845 --> 00:18:18,140 Saya diminta memeriksa kebajikan budak lelaki tujuh tahun 291 00:18:18,223 --> 00:18:20,433 bernama Joshua Jackson Vallow. 292 00:18:20,517 --> 00:18:24,104 Saya dan Detektif Hope pergi ke kediaman Lori Vallow. 293 00:18:24,187 --> 00:18:28,066 Kami bertemu dengan defendan, En. Daybell, 294 00:18:28,150 --> 00:18:29,860 dan Alex Cox. 295 00:18:30,443 --> 00:18:34,030 Saya tanya En. Daybell cara dia mengenali Lori Vallow 296 00:18:34,114 --> 00:18:39,619 dan katanya dia baru jumpa Lori beberapa kali melalui Alex Cox. 297 00:18:40,704 --> 00:18:42,038 Apa yang awak tanya? 298 00:18:42,122 --> 00:18:46,459 Saya tanya En. Daybell waktu terakhir dia nampak JJ 299 00:18:46,543 --> 00:18:51,339 dan katanya dia jumpa JJ di Apartmen 107 pada bulan Oktober. 300 00:18:52,048 --> 00:18:56,052 Saya minta En. Daybell nombor telefon Lori Vallow, 301 00:18:56,136 --> 00:18:57,596 tapi dia tak simpan. 302 00:18:58,972 --> 00:19:02,767 Detektif Hope kembali ke tempat kami bercakap. 303 00:19:04,019 --> 00:19:06,980 Saya minta nombor telefon Lori daripada En. Daybell lagi. 304 00:19:07,063 --> 00:19:10,025 Dia akhirnya berikannya kepada saya. 305 00:19:10,108 --> 00:19:12,861 Okey, awak ada tanya sebab dia tak berikan nombor itu? 306 00:19:12,944 --> 00:19:14,738 - Ada. - Dia jawab apa? 307 00:19:15,822 --> 00:19:18,658 Dia rasa saya menuduh dia buat sesuatu. 308 00:19:20,327 --> 00:19:23,163 Awak ada jumpa Lori Vallow hari itu? 309 00:19:23,955 --> 00:19:25,874 Saya tak jumpa Lori. 310 00:19:25,957 --> 00:19:28,710 Okey. Awak masih bersama Detektif Hope? 311 00:19:28,793 --> 00:19:29,628 Ya. 312 00:19:29,711 --> 00:19:32,672 Awak tahu jika dia jumpa Lori Vallow pada hari itu? 313 00:19:32,756 --> 00:19:33,590 Dia jumpa. 314 00:19:35,175 --> 00:19:36,718 Hai. Awak Lori? 315 00:19:37,719 --> 00:19:39,346 Okey. Jadi… 316 00:19:39,429 --> 00:19:40,972 JJ ada di mana? 317 00:19:41,056 --> 00:19:42,933 Bersama kawan saya di Arizona. 318 00:19:44,351 --> 00:19:45,727 Namanya Melanie Gibb. 319 00:19:46,978 --> 00:19:48,980 Cik Gibb, sila datang ke depan. 320 00:19:49,773 --> 00:19:51,483 Duduk di kerusi saksi ini. 321 00:19:53,860 --> 00:19:58,990 Cik Gibb, saya nak awak ingat balik tanggal 26 November 2019. 322 00:19:59,074 --> 00:20:03,245 Awak ada berhubung dengan En. Daybell pada hari itu? 323 00:20:04,246 --> 00:20:08,708 Chad Daybell telefon saya dengan telefon bimbitnya. 324 00:20:09,334 --> 00:20:12,420 Katanya, "Hai, Melanie. Saya Chad. 325 00:20:13,797 --> 00:20:17,676 Polis Rexburg akan telefon awak. Tolong jangan jawab." 326 00:20:19,886 --> 00:20:25,600 Dia beritahu saya polis ada di rumah Lori Vallow di Rexburg 327 00:20:25,684 --> 00:20:31,022 dan mereka tanya tentang keberadaan JJ. 328 00:20:31,731 --> 00:20:36,319 Dia nak beritahu polis yang JJ ada bersama saya. 329 00:20:37,487 --> 00:20:39,781 Saya tanya, "JJ tiada di rumah Kay?" 330 00:20:41,449 --> 00:20:43,702 Apa jawapan En. Daybell? 331 00:20:43,785 --> 00:20:44,869 Dia kata, "Tidak." 332 00:20:45,704 --> 00:20:48,999 Ada apa-apa lagi dalam perbualan itu? 333 00:20:49,666 --> 00:20:52,585 Saya tanya jika dia gementar. Dia kata, "Ya." 334 00:20:54,337 --> 00:20:58,967 Lebih kurang pukul berapa awak dihubungi Lori Vallow? 335 00:20:59,759 --> 00:21:00,593 Saya… 336 00:21:01,177 --> 00:21:03,430 Mungkin dalam sejam atau dua. 337 00:21:03,513 --> 00:21:05,432 Saya tak berapa ingat. 338 00:21:06,099 --> 00:21:08,685 - Saya rakam perbualan itu. - Okey. 339 00:21:12,105 --> 00:21:13,315 Chad: Helo, Melanie. 340 00:21:13,398 --> 00:21:15,525 Melanie: Hai, Chad. Hei, Lori. 341 00:21:15,608 --> 00:21:17,569 Kamu ada di mana? 342 00:21:18,611 --> 00:21:20,697 Kami cuma melepak… 343 00:21:20,780 --> 00:21:21,698 Lori: Betul. 344 00:21:21,781 --> 00:21:25,201 Saya nak tanya sesuatu jika awak tak kisah, Lori? 345 00:21:25,285 --> 00:21:26,619 Boleh, sayang… 346 00:21:26,703 --> 00:21:30,999 Kenapa awak beritahu polis dia ada bersama saya? 347 00:21:32,208 --> 00:21:35,337 Saya perlu gunakan nama seseorang 348 00:21:35,420 --> 00:21:38,423 agar tak perlu beritahu mereka tempat sebenar dia berada. 349 00:21:39,132 --> 00:21:41,217 Awak faham kebimbangan saya, bukan? 350 00:21:42,385 --> 00:21:43,887 Saya kongsikan perasaan saya 351 00:21:43,970 --> 00:21:47,265 kerana saya tahu awak dibelenggu oleh perkara yang awak buat. 352 00:21:47,891 --> 00:21:49,726 Tammy meninggal dunia, 353 00:21:50,810 --> 00:21:54,647 kemudian suami awak pula. Kini, dia pula hilang. 354 00:21:54,731 --> 00:21:57,108 Saya tak rasa ini rancangan Tuhan. 355 00:21:58,026 --> 00:22:01,196 Sedihnya jika awak rasa begitu. Saya sayang awak. 356 00:22:01,279 --> 00:22:04,032 Saya hargai kata-kata itu, tapi jika awak sayangkan saya, 357 00:22:04,115 --> 00:22:07,494 awak takkan beritahu polis yang JJ ada bersama saya. 358 00:22:07,577 --> 00:22:09,537 Kawan tak buat begitu. 359 00:22:10,163 --> 00:22:13,375 Awak harus fikirkan saya jika betul sayangkan saya. 360 00:22:14,918 --> 00:22:16,711 Awak tak macam ini. 361 00:22:16,795 --> 00:22:19,798 Awak dipengaruhi seseorang yang berhati gelap. 362 00:22:19,881 --> 00:22:23,426 Sayangnya awak berkawan dengan orang yang bencikan saya. 363 00:22:23,510 --> 00:22:25,303 Kawan-kawan Joseph Smith tak suka… 364 00:22:25,387 --> 00:22:28,390 Saya tak berkawan dengan orang yang bencikan awak. 365 00:22:28,473 --> 00:22:31,226 Dave kawan awak dan nampaknya dia… 366 00:22:31,309 --> 00:22:32,268 Sekarang… 367 00:22:32,352 --> 00:22:34,854 Kami boleh rasa pengaruh Dave pada awak. 368 00:22:34,938 --> 00:22:36,356 Saya dapat rasakannya. 369 00:22:36,439 --> 00:22:40,193 Dia yang buat awak rasa sangsi. 370 00:22:40,276 --> 00:22:42,028 Mana ada. 371 00:22:42,570 --> 00:22:46,074 Kamu tahu? David seorang yang terpuji 372 00:22:46,157 --> 00:22:49,411 dan ada asas yang kuat. 373 00:22:50,412 --> 00:22:51,955 Boleh sebutkan nama awak? 374 00:22:52,831 --> 00:22:54,666 David Gale Warwick. 375 00:22:56,418 --> 00:23:00,130 Awak ingat malam 22 September 2019? 376 00:23:01,548 --> 00:23:02,382 Ingat. 377 00:23:02,882 --> 00:23:04,300 Apa awak buat malam itu? 378 00:23:06,594 --> 00:23:09,973 Saya rakam audio siar dengan Melanie Gibb dan Lori Vallow. 379 00:23:11,391 --> 00:23:13,768 JJ ada ketika merakam audio siar itu? 380 00:23:14,269 --> 00:23:15,270 Tiada. 381 00:23:15,353 --> 00:23:17,856 Awak bincangkan tentang JJ dengan Lori? 382 00:23:17,939 --> 00:23:18,857 Ya. 383 00:23:20,233 --> 00:23:25,405 Dia kata JJ macam zombi, memanjat kabinet, 384 00:23:25,488 --> 00:23:29,451 naik ke atas peti sejuk, hentam gambar Christ sampai jatuh, 385 00:23:29,534 --> 00:23:31,870 kemudian panjat ke kabinet atas 386 00:23:31,953 --> 00:23:34,622 dan duduk di antara kabinet dan siling. 387 00:23:35,957 --> 00:23:41,796 Disebabkan JJ menghidapi autisme, dia asyik ulang ayat sama. 388 00:23:41,880 --> 00:23:45,550 Apabila dapat tahu perkara yang berlaku, 389 00:23:45,633 --> 00:23:46,926 saya terkesima. 390 00:23:49,429 --> 00:23:51,890 Jika JJ dengar sesuatu 391 00:23:51,973 --> 00:23:56,060 atau cakap sesuatu berulang-ulang, 392 00:23:56,895 --> 00:23:59,147 itu akan menjadikan dia satu bebanan. 393 00:23:59,939 --> 00:24:04,527 Saya minta jumpa dia, tapi Lori kata dia tak tentu arah. 394 00:24:05,111 --> 00:24:07,113 Jadi, Lori minta Alex panggil dia. 395 00:24:07,655 --> 00:24:09,407 Awak jumpa dia malam itu? 396 00:24:09,491 --> 00:24:11,242 - Ya. - Bila? 397 00:24:11,326 --> 00:24:14,621 Semasa Alex bawa dia pulang untuk tidur. 398 00:24:14,704 --> 00:24:15,538 Okey. 399 00:24:16,080 --> 00:24:19,125 David Warwick ingat waktu 400 00:24:19,209 --> 00:24:22,545 dia melihat JJ bermanja dengan Alex. 401 00:24:22,629 --> 00:24:25,882 JJ bersandar pada tangan dia. 402 00:24:27,842 --> 00:24:29,928 Kepalanya terlentok di bahu Alex. 403 00:24:30,595 --> 00:24:33,515 Dia sangat tenang. Itu kali terakhir David nampak dia. 404 00:24:33,598 --> 00:24:35,350 - Cakap hai! - Hai! 405 00:24:35,433 --> 00:24:41,731 Ketika Alex bawa JJ pulang malam itu, 406 00:24:41,814 --> 00:24:44,275 malam mereka rakam audio siar, 407 00:24:44,359 --> 00:24:46,778 saya percaya JJ dah pun mati. 408 00:24:54,911 --> 00:24:57,121 Dah berapa lama awak bekerja dengan FBI? 409 00:24:57,205 --> 00:25:00,542 Kira-kira enam tahun. Saya juruanalisis risikan. 410 00:25:01,209 --> 00:25:03,920 Awak diminta memeriksa data daripada apa-apa peranti? 411 00:25:04,629 --> 00:25:06,548 Ya. Sebuah telefon bimbit. 412 00:25:07,131 --> 00:25:09,759 Tammy Daybell pengguna telefon bimbit itu. 413 00:25:09,842 --> 00:25:14,138 En. Dean, saya akan serahkan barang kes 31 pihak kerajaan. 414 00:25:14,222 --> 00:25:16,766 Barang kes 31 diserahkan kepada saksi. 415 00:25:17,475 --> 00:25:20,395 Boleh bacakan kuat mesej dalam barang kes ini 416 00:25:20,478 --> 00:25:23,231 termasuk masa dan nama kenalan? 417 00:25:24,107 --> 00:25:28,861 Ini salinan mesej 418 00:25:28,945 --> 00:25:33,575 antara Chad dan Tammy Daybell pada 9 September. 419 00:25:35,743 --> 00:25:36,953 Daripada Chad: 420 00:25:37,745 --> 00:25:39,455 "Pagi saya agak menarik. 421 00:25:39,539 --> 00:25:43,084 Saya rasa nak bakar dahan di tepi lubang api 422 00:25:43,167 --> 00:25:45,336 sebelum air bertakung akibat ribut. 423 00:25:46,087 --> 00:25:48,715 Saya perasan rakun besar di pagar. 424 00:25:49,841 --> 00:25:52,635 Saya bergegas ambil pistol. Dia masih ada di atas tembok. 425 00:25:53,886 --> 00:25:56,556 Saya pergi dekat. Satu tembakan saja cukup. 426 00:25:56,639 --> 00:25:58,558 Dia dah ditanam di kubur haiwan. 427 00:26:00,143 --> 00:26:01,144 Seronok betul." 428 00:26:02,854 --> 00:26:06,816 En. Dean, boleh awak sahkan yang mesej ini menarik perhatian awak? 429 00:26:07,609 --> 00:26:09,861 Tarikhnya yang menarik perhatian saya. 430 00:26:10,361 --> 00:26:11,779 Selepas membaca mesej 431 00:26:11,863 --> 00:26:15,033 yang Chad kata dia hidupkan api, 432 00:26:15,116 --> 00:26:18,703 tembak dan bunuh haiwan besar lalu tanam di laman rumahnya, 433 00:26:18,786 --> 00:26:23,207 saya perasan mesej itu dihantar sehari selepas Tylee Ryan terakhir dilihat hidup. 434 00:26:25,793 --> 00:26:27,962 Antara perkara yang tak terduga dalam kes ini 435 00:26:28,630 --> 00:26:35,303 ialah masa, tenaga dan usaha yang dicurahkan demi mencari JJ dan Tylee. 436 00:26:40,892 --> 00:26:45,772 Rupa-rupanya mereka dibunuh dalam tempoh sebulan berpindah ke Idaho 437 00:26:45,855 --> 00:26:48,358 dan ditanam di laman Chad selama ini. 438 00:26:52,487 --> 00:26:56,741 Ejen, apa peranan awak dalam pencarian di kediaman Chad Daybell? 439 00:26:56,824 --> 00:27:01,079 Saya ketua pasukan kanan bagi Pasukan Tindak Balas Bahan Bukti 440 00:27:01,162 --> 00:27:05,416 ketika pencarian di rumah Chad Daybell pada tarikh-tarikh itu. 441 00:27:06,000 --> 00:27:08,127 Jadi, berdasarkan satu mesej, 442 00:27:09,128 --> 00:27:12,173 kami tahu ada perbincangan tentang kubur haiwan. 443 00:27:13,007 --> 00:27:17,887 Kami dapat tahu apabila ternampak patung anjing. 444 00:27:18,888 --> 00:27:21,140 Di depan patung anjing itu, 445 00:27:21,224 --> 00:27:24,018 macam ada kubur. 446 00:27:25,186 --> 00:27:27,605 Rasanya yang sukar bagi kami 447 00:27:27,689 --> 00:27:32,110 ialah keadaan sisa mayat itu ketika ditemukan. 448 00:27:32,735 --> 00:27:35,863 Sebahagian sisanya hangus. 449 00:27:39,033 --> 00:27:41,953 Apabila kami menggali tapak perkuburan lain, 450 00:27:42,704 --> 00:27:44,664 keadaannya lebih rumit. 451 00:27:45,373 --> 00:27:47,166 Selepas menggali tanah, 452 00:27:48,292 --> 00:27:51,003 saya nampak budak kecil 453 00:27:51,087 --> 00:27:53,840 memakai baju tidur merah. 454 00:27:54,465 --> 00:27:56,884 Baju dan seluar tidur merah. 455 00:27:59,178 --> 00:28:02,056 Gambar paling menyayat hati daripada bahan bukti 456 00:28:02,140 --> 00:28:06,394 ialah gambar JJ Vallow dalam iCloud Lori. 457 00:28:06,978 --> 00:28:09,605 Gambar itu diambil pada 22 September. 458 00:28:09,689 --> 00:28:12,150 Kita boleh andaikan itu apartmen Lori. 459 00:28:12,233 --> 00:28:16,112 JJ duduk di atas sofa memakai baju tidur merah. 460 00:28:16,195 --> 00:28:20,867 Apabila melihat wajahnya, awak cam budak ini? 461 00:28:20,950 --> 00:28:21,951 Ya. 462 00:28:22,618 --> 00:28:25,788 Itu Joshua Vallow. 463 00:28:31,544 --> 00:28:33,421 Tiada manusia 464 00:28:34,672 --> 00:28:38,926 sanggup bunuh anak sendiri yang seharusnya dijaga dan dikasihi 465 00:28:39,635 --> 00:28:40,845 dan buat apa mereka buat. 466 00:28:42,597 --> 00:28:45,808 Hati saya remuk. Saya tak pernah rasa sepilu begitu. 467 00:28:47,185 --> 00:28:49,437 Dalam perbicaraan yang sangat pantas, 468 00:28:49,520 --> 00:28:52,565 Lori Vallow Daybell melepaskan hak untuk perbicaraan awal. 469 00:28:52,648 --> 00:28:57,111 Tiada perbicaraan awal yang dijadualkan pada Isnin dan Selasa. 470 00:28:57,195 --> 00:28:58,780 Itu akan dikosongkan. Faham? 471 00:28:58,863 --> 00:28:59,864 Betul. 472 00:28:59,947 --> 00:29:03,910 Pagi ini, pasukan peguam mewakili "Ibu Malapetaka," Lori Vallow, 473 00:29:03,993 --> 00:29:07,079 membangkitkan kebimbangan tentang kompetens mentalnya. 474 00:29:07,163 --> 00:29:10,124 Peguamnya kata dia tak layak untuk dibicarakan. 475 00:29:10,208 --> 00:29:12,126 Hakim menangguh perbicaraan, 476 00:29:12,210 --> 00:29:16,130 tapi belum buat keputusan sama ada perbicaraan akan diteruskan. 477 00:29:16,214 --> 00:29:17,507 Vallow telah dihantar 478 00:29:17,590 --> 00:29:21,677 selama 90 hari ke pusat mental Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Idaho. 479 00:29:21,761 --> 00:29:25,848 Kemudian, baru pihak berkuasa tentukan sama ada dia boleh dibicarakan 480 00:29:25,932 --> 00:29:28,851 atau perlukan rawatan tambahan untuk kembalikan kompetens. 481 00:29:30,019 --> 00:29:31,938 En. Daybell, apa pengakuan awak? 482 00:29:32,730 --> 00:29:33,606 Tak bersalah. 483 00:29:34,607 --> 00:29:36,734 "Tak bersalah" bagi dakwaan pertama. 484 00:29:36,818 --> 00:29:38,653 Dakwaan kedua, pengakuan awak? 485 00:29:38,736 --> 00:29:39,862 Tak bersalah. 486 00:29:40,446 --> 00:29:43,616 - Dakwaan ketiga, pengakuan awak? - Tak bersalah. 487 00:29:43,699 --> 00:29:48,538 Chad Daybell mengaku tak bersalah. Kes ini akan melalui perbicaraan. 488 00:29:56,838 --> 00:30:01,759 Kesengsaraan yang saya alami amat sukar digambarkan. 489 00:30:02,844 --> 00:30:07,390 Hidup saya musnah kerana tindakan mak. 490 00:30:08,808 --> 00:30:10,643 Maafkan mak kerana itu. 491 00:30:10,726 --> 00:30:13,813 Mak tak berniat untuk menyakiti kamu. 492 00:30:13,896 --> 00:30:15,523 Mak langsung tak berniat. 493 00:30:16,732 --> 00:30:18,776 Bukan saya mangsanya. 494 00:30:18,860 --> 00:30:23,447 Sayangnya kamu tak faham situasi ini sepenuhnya. 495 00:30:23,531 --> 00:30:24,365 Jadi… 496 00:30:25,658 --> 00:30:29,996 Kenapa adik-adik saya tak dilindungi jika bukan mak? 497 00:30:30,913 --> 00:30:32,707 Jika mak tak buat apa-apa, 498 00:30:33,791 --> 00:30:35,793 kenapa mereka dibunuh? 499 00:30:38,129 --> 00:30:41,507 Mak sentiasa melindungi mereka sejak lahir lagi. Kamu pun tahu. 500 00:30:41,591 --> 00:30:44,010 Betul, tapi mereka dah tiada. 501 00:30:45,011 --> 00:30:46,095 Mereka dibunuh. 502 00:30:46,178 --> 00:30:51,809 Kamu nekad bahawa itu misi rohani kamu 503 00:30:52,602 --> 00:30:54,395 dengan nama Jesus Christ. 504 00:30:55,855 --> 00:30:58,941 Mak sayang kamu, tapi kamu tak tahu. 505 00:30:59,025 --> 00:31:01,360 - Kamu tak tahu. - Mak yang tak tahu. 506 00:31:01,444 --> 00:31:05,656 Serahkan hati kepada Jesus Christ agar dia selamatkan mak. 507 00:31:05,740 --> 00:31:07,158 Kamu akan lihat nanti. 508 00:31:07,241 --> 00:31:09,118 Percayalah cakap mak, 509 00:31:09,201 --> 00:31:10,661 kamu akan lihat. 510 00:31:11,537 --> 00:31:13,164 Dengar betapa gilanya itu? 511 00:31:13,247 --> 00:31:17,168 Dia kata dia tak bersalah, saya tak tahu perkara yang berlaku 512 00:31:17,251 --> 00:31:20,046 dan saya tak faham sepenuhnya. 513 00:31:20,880 --> 00:31:25,760 Dahsyat betul mendengar dia memutarbelitkan kata-katanya. 514 00:31:25,843 --> 00:31:27,970 Berita tergempar dari Idaho. 515 00:31:28,054 --> 00:31:31,933 Jemaah juri menyabitkan seorang ibu dan suaminya atas dakwaan membunuh 516 00:31:32,016 --> 00:31:33,976 dua orang anaknya. 517 00:31:34,060 --> 00:31:37,855 Daybell juga didakwa semalam atas pembunuhan mendiang isterinya 518 00:31:37,939 --> 00:31:40,566 yang mati tiga bulan sebelum dia kahwini Vallow. 519 00:31:40,650 --> 00:31:44,487 Satu lagi berita hangat: Lori Daybell disabitkan bersalah 520 00:31:44,570 --> 00:31:47,365 kerana bersubahat dalam pembunuhan bekas suami. 521 00:31:47,448 --> 00:31:51,535 Jemaah juri percaya bahawa Lori dan Alex merancang untuk salah seorang 522 00:31:51,619 --> 00:31:53,746 melakukan pembunuhan tahap pertama. 523 00:31:53,829 --> 00:31:57,416 Sementara itu, Lori kini berada di pusat perubatan di Idaho 524 00:31:57,500 --> 00:32:00,836 bagi menjalani rawatan pemulihan selepas didapati tak kompeten 525 00:32:00,920 --> 00:32:03,631 untuk memahami dakwaan terhadapnya di Idaho. 526 00:32:07,176 --> 00:32:09,595 Saya nak cuba layan dia dengan baik. 527 00:32:11,472 --> 00:32:17,728 Tiada sebab untuk tambah bebanan kepada seseorang yang buat perkara keji. 528 00:32:17,812 --> 00:32:21,023 Dia akan terima jua balasannya. 529 00:32:21,649 --> 00:32:26,445 Dia dipenjarakan dan mungkin akan meringkuk sepanjang hayatnya. 530 00:32:27,196 --> 00:32:30,324 Jadi, keadilan dapat ditegakkan. 531 00:32:33,202 --> 00:32:36,205 Keluarga kami amat bahagia sebelum kejadian ini. 532 00:32:38,666 --> 00:32:43,087 Saya tak tahu jika kami cukup tabah untuk hadapi semua ini. 533 00:32:43,170 --> 00:32:44,422 Tengok sajalah nanti. 534 00:32:48,759 --> 00:32:51,387 Kami berada di Teluk Hanalei, Kauai. 535 00:32:52,054 --> 00:32:54,640 Antara tempat kegemaran keluarga kami. 536 00:32:55,558 --> 00:33:00,479 Kami akan adakan upacara bagi memperingati Charles, JJ dan Tylee. 537 00:33:00,563 --> 00:33:04,400 Sejak dulu lagi kami perlukannya. 538 00:33:07,945 --> 00:33:11,866 Kami nak beri penghormatan dan mengingati mereka. Inilah tempatnya. 539 00:33:12,867 --> 00:33:15,536 Saya bersyukur dapat lakukannya di sini. 540 00:33:16,704 --> 00:33:18,122 Kauai tempat yang seronok. 541 00:33:18,956 --> 00:33:22,168 Adik-adik saya suka tempat ini 542 00:33:22,752 --> 00:33:25,129 dan saya ingat kenangan kami di sini. 543 00:33:30,384 --> 00:33:32,511 Charles, saya cuma nak… 544 00:33:38,559 --> 00:33:40,478 Terima kasih jadi ayah saya. 545 00:33:45,107 --> 00:33:46,901 Ayah tak patut diperlakukan begitu, 546 00:33:46,984 --> 00:33:49,987 tapi saya takkan sampai sejauh ini tanpa ayah. 547 00:34:04,960 --> 00:34:08,380 JJ, sukar digambarkan betapa kasihnya abang kepada awak. 548 00:34:10,466 --> 00:34:14,845 Awaklah adik terbaik dan abang sayangkan awak. 549 00:34:21,769 --> 00:34:25,898 Tylee, awaklah insan yang menjadikan saya abang dan… 550 00:34:29,068 --> 00:34:33,823 Sejak awak baru lahir lagi, abang terus sayangkan awak 551 00:34:33,906 --> 00:34:37,326 dan nak melindungi awak daripada segalanya dalam hidup ini 552 00:34:38,285 --> 00:34:39,120 dan… 553 00:34:47,002 --> 00:34:48,337 Saya sayang kamu semua 554 00:34:49,130 --> 00:34:50,005 dan… 555 00:34:52,258 --> 00:34:54,218 Saya syukuri kehadiran kamu. 556 00:35:08,399 --> 00:35:09,358 Sabar. 557 00:35:16,240 --> 00:35:17,908 - Sayang awak. - Sayang awak. 558 00:35:22,621 --> 00:35:24,999 Masih lagi terasa bagaikan tak nyata. 559 00:35:25,624 --> 00:35:28,002 Segalanya sungguh sukar bagi kami semua. 560 00:35:28,669 --> 00:35:30,337 Sepanjang melalui semua ini, 561 00:35:30,421 --> 00:35:33,507 saya dan Colby cuba pastikan agar hidup Riley normal. 562 00:35:34,258 --> 00:35:36,510 Kami akan ceritakan kepada dia nanti. 563 00:35:36,594 --> 00:35:38,512 Cuma belum tahu caranya. 564 00:35:38,596 --> 00:35:41,599 Namun, dia kenal muka Tylee dan JJ. 565 00:35:42,349 --> 00:35:44,560 Gambar mereka penuh di rumah kami. 566 00:35:45,102 --> 00:35:48,397 Saya buatkan Colby selimut dengan gambar mereka padanya 567 00:35:48,480 --> 00:35:50,649 dan gantungkan di bilik main Riley. 568 00:35:52,776 --> 00:35:55,988 Dia akan datanginya dan kata, "Ty-Ty, JJ." 569 00:35:57,072 --> 00:35:59,033 Keutamaan kami sekarang 570 00:35:59,116 --> 00:36:03,829 ialah buat dia kenal mereka, tunjukkan video dan sebut nama mereka 571 00:36:03,913 --> 00:36:05,289 agar dia ingat mereka. 572 00:36:08,042 --> 00:36:10,127 Kita harus reda dengan ketentuan. 573 00:36:11,420 --> 00:36:14,423 Apa saya nak tumpukan? Tumpukan kepada kematian 574 00:36:14,506 --> 00:36:17,092 atau kenangan dan memperingati mereka? 575 00:36:18,052 --> 00:36:20,638 Mereka tak nak kami duduk meratap 576 00:36:20,721 --> 00:36:23,641 dan dihancurkan segalanya kerana mereka dah pergi. 577 00:36:23,724 --> 00:36:24,683 JJ! 578 00:36:29,688 --> 00:36:34,735 Saya dapat mengharungi dugaan ini kerana adanya Kelsee dan Riley di sisi. 579 00:36:34,818 --> 00:36:37,154 Jika Riley atau isteri saya tiada, 580 00:36:37,238 --> 00:36:38,948 saya tak rasa saya akan… 581 00:36:39,031 --> 00:36:41,825 Mungkin saya akan mati kesedihan. 582 00:36:43,244 --> 00:36:45,871 Hidup saya ada makna selain diri ini. 583 00:36:47,665 --> 00:36:52,419 Saya sangat takut kisah ibu saya menjadi kisah keluarga kami. 584 00:36:54,088 --> 00:36:56,674 Kewujudan dia takkan mencerminkan apa-apa. 585 00:36:57,758 --> 00:36:59,176 Saya yakin. 586 00:37:06,642 --> 00:37:09,770 Punca kematian Tylee Ryan, JJ Vallow dan Tammy Daybell 587 00:37:09,853 --> 00:37:11,563 tidak didedahkan kepada umum. 588 00:37:13,774 --> 00:37:17,069 Lori Vallow didapati kompeten untuk perbicaraan pada 11 April 2022. 589 00:37:17,152 --> 00:37:20,447 Chad Daybell dan Lori Vallow dijadualkan untuk dibicarakan bersama 590 00:37:20,531 --> 00:37:22,324 pada tahun 2023 di Daerah Ada, Idaho. 591 00:37:23,909 --> 00:37:27,579 Pihak pendakwaan akan usahakan hukuman mati bagi kedua-dua kes. 592 00:38:10,372 --> 00:38:15,377 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi