1 00:00:06,403 --> 00:00:09,723 Siri ini mengandungi olahan dramatik berdasarkan pengalaman saksi. 2 00:00:09,803 --> 00:00:12,523 Sebahagian kejadian dan watak telah diubah dan digabungkan. 3 00:00:12,563 --> 00:00:15,603 Siri ini mengandungi tiga bahagian dan setiap satu episod 4 00:00:15,683 --> 00:00:18,763 perlu ditonton dan difahami berdasarkan konteks keseluruhan siri ini. 5 00:00:31,163 --> 00:00:33,523 Setiap orang mempunyai rahsia. 6 00:00:36,803 --> 00:00:39,003 Tugas kami adalah membongkar rahsia itu 7 00:00:42,563 --> 00:00:43,763 dengan apa saja cara. 8 00:00:47,443 --> 00:00:50,043 Sebagai wartawan News of the World, kami siasat semua. 9 00:00:50,883 --> 00:00:52,563 Tak peduli siapa mereka. 10 00:00:54,763 --> 00:00:55,763 Pelakon, 11 00:00:57,083 --> 00:00:58,083 atlet bola sepak, 12 00:00:59,483 --> 00:01:00,403 model, 13 00:01:02,523 --> 00:01:03,803 malah kerabat diraja. 14 00:01:04,763 --> 00:01:05,683 Tak kira siapa. 15 00:01:06,483 --> 00:01:07,843 Semua orang ialah sasaran. 16 00:01:17,603 --> 00:01:18,723 Pada tahun 1990-an, 17 00:01:18,803 --> 00:01:21,883 saya seorang model yang kerap ke luar negara. 18 00:01:24,723 --> 00:01:27,163 Pada suatu malam, saya terbang pulang ke London. 19 00:01:27,283 --> 00:01:28,363 Ia lewat malam. 20 00:01:28,483 --> 00:01:32,603 Selepas mendarat, saya naik teksi untuk pulang ke rumah dan… 21 00:01:33,123 --> 00:01:35,603 Saya bersemangat. Baru balik dari percutian indah. 22 00:01:37,802 --> 00:01:38,923 Saya sangat gembira. 23 00:01:43,883 --> 00:01:47,043 Siapa sahaja anda, kami akan intip dan tangkap jenayah anda. 24 00:01:47,123 --> 00:01:49,123 Segalanya diambil gambar dan dirakam. 25 00:01:53,643 --> 00:01:55,843 Kemudian, sebaik sebelum berita dicetak, 26 00:01:55,923 --> 00:01:58,283 kami perlu buat satu panggilan akhir. 27 00:02:03,163 --> 00:02:05,283 Sewaktu saya tiba di rumah, 28 00:02:06,083 --> 00:02:08,203 saya nampak lampu mesin jawab panggilan berkelip 29 00:02:08,323 --> 00:02:11,082 menandakan saya terima mesej suara. 30 00:02:12,603 --> 00:02:16,723 Ia daripada wartawan di News of the World. 31 00:02:19,563 --> 00:02:22,643 Ia bukan panggilan yang mudah bagi kedua-dua pihak 32 00:02:22,723 --> 00:02:26,843 dan biasanya mereka putuskan talian 33 00:02:26,923 --> 00:02:28,443 atau menolak untuk beri komen. 34 00:02:31,203 --> 00:02:34,763 Mesej itu menyatakan bahawa saya akan muncul 35 00:02:34,843 --> 00:02:37,643 dalam News of the World pada keesokan pagi 36 00:02:38,363 --> 00:02:41,163 berkenaan kes dadah 37 00:02:42,122 --> 00:02:44,203 dan jika saya ada sebarang komen. 38 00:02:46,003 --> 00:02:47,003 Saya cuma… 39 00:02:48,883 --> 00:02:52,483 Saya cuba duduk dan bertenang. 40 00:02:52,563 --> 00:02:54,723 MESEJ, PANGGILAN 41 00:02:54,803 --> 00:02:57,963 Kami tahu hidup mereka akan berubah. Mereka juga menyedarinya. 42 00:02:58,043 --> 00:03:00,883 Jadi, kami hampir mengasihani mereka. 43 00:03:03,003 --> 00:03:06,763 Waktu itu, saya terduduk di atas lantai dalam keadaan yang sangat terkejut. 44 00:03:06,843 --> 00:03:10,683 Saya tak tahu… Minda saya tak dapat memahami 45 00:03:10,763 --> 00:03:12,563 situasi yang sedang berlaku. 46 00:03:12,643 --> 00:03:15,843 Saya tertanya-tanya, "Apa semua ini? Apa yang mereka cakapkan?" 47 00:03:16,523 --> 00:03:18,883 MODEL, JODIE AMBIL KOKAIN 48 00:03:18,963 --> 00:03:21,083 EKSKLUSIF! MUKA SURAT 8 & 9 49 00:03:24,163 --> 00:03:26,203 Saat itu, seluruh badan terasa 50 00:03:27,003 --> 00:03:29,443 kaku dan seram sejuk. 51 00:03:29,563 --> 00:03:31,043 Sungguh panik. 52 00:03:31,122 --> 00:03:33,763 Cuba untuk bertahan dan tertanya-tanya, 53 00:03:33,843 --> 00:03:35,843 "Apa yang telah berlaku?" 54 00:03:35,963 --> 00:03:41,963 EKSKLUSIF DUNIA URUS NIAGA KOKAIN TULISA 55 00:03:44,763 --> 00:03:46,763 Hidup saya musnah. 56 00:03:46,843 --> 00:03:48,163 Ia dah berakhir. 57 00:03:49,122 --> 00:03:51,643 Saya hanya mahukan hidup saya semula. 58 00:03:56,323 --> 00:03:58,243 Jika telefon anda berdering di rumah 59 00:03:58,323 --> 00:04:01,563 pada lewat malam hari Jumaat atau pada pagi Sabtu, 60 00:04:01,643 --> 00:04:05,003 anda akan berharap ia bukan daripada Mazher Mahmood. 61 00:04:10,523 --> 00:04:12,163 Sheikh Palsu. 62 00:04:21,243 --> 00:04:24,643 Perbicaraan Mazher Mahmood, wartawan dikenali sebagai Sheikh Palsu 63 00:04:24,723 --> 00:04:26,723 telah dibuka di Mahkamah Old Bailey. 64 00:04:29,283 --> 00:04:32,483 Ia sukar dipercayai, tapi boleh dipercayai. 65 00:04:32,563 --> 00:04:33,723 Ia tak mungkin palsu. 66 00:04:38,083 --> 00:04:42,163 Selama 30 tahun, dia bebas menyembunyikan identitinya. 67 00:04:43,283 --> 00:04:45,403 Sifat tanpa nama dan kerahsiaannya 68 00:04:45,683 --> 00:04:48,843 ialah kunci kepada seluruh tindakannya. 69 00:04:50,923 --> 00:04:53,723 Wartawan yang menggelar dirinya "Raja Pengintip", 70 00:04:53,803 --> 00:04:56,963 muncul di mahkamah setiap hari dengan memakai penutup muka. 71 00:04:58,523 --> 00:05:01,363 Dia tak berhati perut, tak jujur 72 00:05:01,403 --> 00:05:03,243 dan tak berperikemanusiaan. 73 00:05:04,603 --> 00:05:07,643 Mazher Mahmood ialah dalang bagi setiap berita gempar tabloid. 74 00:05:07,723 --> 00:05:10,843 Contohnya, membongkar kegiatan mengatur perlawanan kriket Pakistan 75 00:05:10,963 --> 00:05:13,403 dan rancangan penculikan Victoria Beckham. 76 00:05:15,843 --> 00:05:17,963 Maz mempergunakan orang 77 00:05:18,523 --> 00:05:21,043 yang tiada kekangan kewangan. 78 00:05:21,123 --> 00:05:23,963 Jika berjaya, dia boleh mendapat bahagiannya. 79 00:05:32,443 --> 00:05:33,523 Saya tak nak akuinya, 80 00:05:33,963 --> 00:05:36,803 tapi dia sangat mahir menjalankan kerja. 81 00:05:50,843 --> 00:05:52,643 Nak letak di bawah meja, Paul? 82 00:05:52,723 --> 00:05:54,403 Awak masuklah dulu. 83 00:05:56,723 --> 00:05:59,523 Orang akan fikir ia tak pernah berlaku, 84 00:05:59,603 --> 00:06:00,963 tapi ia memang berlaku. 85 00:06:02,443 --> 00:06:04,123 Memang kedengaran pelik 86 00:06:05,003 --> 00:06:08,323 dan anda mungkin tak percaya, tapi ia memang benar-benar berlaku. 87 00:06:20,443 --> 00:06:22,323 Mari kembali ke tahun 1990-an. 88 00:06:24,843 --> 00:06:26,683 Saya dipenjara kerana kes penipuan. 89 00:06:27,483 --> 00:06:29,243 Selepas dibebaskan, saya tiada kerja, 90 00:06:30,043 --> 00:06:31,643 tapi saya mahu jadi wartawan. 91 00:06:32,883 --> 00:06:35,243 Jadi, saya hubungi Mazher Mahmood. 92 00:06:37,083 --> 00:06:39,603 Dia belum digelar Sheikh Palsu, tapi Mazher Mahmood. 93 00:06:40,003 --> 00:06:42,723 Dia tanya, "Awak nak kerja dengan saya? 94 00:06:42,803 --> 00:06:45,043 "Jumpa saya dan bawa beberapa berita." 95 00:07:00,203 --> 00:07:02,963 Pada waktu itu, saya dikenali sebagai Penghantar Piza, 96 00:07:03,043 --> 00:07:04,963 orang yang selalu beri maklumat. 97 00:07:06,523 --> 00:07:10,603 Suatu malam, saya terima panggilan daripada seseorang bernama Dr. Rangwani. 98 00:07:11,363 --> 00:07:14,843 Dia seorang pegawai perubatan berusia 62 tahun yang dihormati, 99 00:07:14,923 --> 00:07:19,323 sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, dari Solihull, Birmingham. 100 00:07:19,643 --> 00:07:23,403 Dia berkata, "Dengar sini. 101 00:07:23,923 --> 00:07:26,443 "Saya ada masalah dengan teman wanita saya." 102 00:07:27,683 --> 00:07:30,323 Dia menjalinkan hubungan selama 15 tahun 103 00:07:31,483 --> 00:07:32,643 dan wanita itu mendakwa 104 00:07:33,403 --> 00:07:35,643 dia ialah bapa kepada tiga anak lelakinya. 105 00:07:36,563 --> 00:07:39,443 Hal ini boleh menjejaskan 106 00:07:39,523 --> 00:07:42,283 nama baik dan kerjayanya. 107 00:07:42,963 --> 00:07:44,803 Kemudian, Dr. Rangwani berkata, 108 00:07:45,043 --> 00:07:46,723 "Awak pernah dipenjarakan." 109 00:07:47,363 --> 00:07:49,403 Saya jawab, "Ya." 110 00:07:49,483 --> 00:07:52,363 Dia tanya, "Ada kenal mana-mana pembunuh?" 111 00:07:52,443 --> 00:07:54,202 "Saya ada kenal beberapa orang." 112 00:07:55,083 --> 00:07:56,523 Dia kata, "Saya nak dia mati!" 113 00:07:59,163 --> 00:08:02,003 Saya kata, "Okey, saya akan cari jalan." 114 00:08:06,763 --> 00:08:08,603 Saya perlu buat keputusan. 115 00:08:08,683 --> 00:08:09,923 Pertama, sama ada 116 00:08:11,883 --> 00:08:12,963 laporkan kepada polis, 117 00:08:14,123 --> 00:08:14,963 yang mana… 118 00:08:16,403 --> 00:08:18,243 satu tindakan yang wajar 119 00:08:19,203 --> 00:08:20,643 atau beritahu Maz. 120 00:08:29,763 --> 00:08:30,723 Jadi, saya telefon Maz. 121 00:08:33,722 --> 00:08:35,923 Dia kata, "Ini rancangan saya. 122 00:08:36,003 --> 00:08:37,962 "Saya akan datang ke Birmingham." 123 00:08:44,043 --> 00:08:47,163 "Kita akan tempah bilik di Hotel Hyatt, Birmingham. 124 00:08:49,323 --> 00:08:51,683 "Saya akan menyamar sebagai pembunuh upahan itu." 125 00:08:52,123 --> 00:08:55,043 Rangwani takkan terbayang langsung 126 00:08:55,123 --> 00:08:58,123 bahawa dia ialah wartawan News of the World. 127 00:09:00,363 --> 00:09:03,243 Perkara pertama yang Maz akan buat pada setiap penyamaran 128 00:09:03,323 --> 00:09:06,003 adalah pasang pepijat dari lantai hingga ke siling. 129 00:09:07,563 --> 00:09:11,563 Kemudian, tugas saya adalah bawa Rangwani ke pertemuan itu. 130 00:09:14,763 --> 00:09:17,043 Kami tiba dan masuk ke dalam bilik itu. 131 00:09:17,123 --> 00:09:20,243 Saya pandang ke sekeliling bilik. 132 00:09:20,363 --> 00:09:23,803 Perkara paling jelas yang saya nampak ialah beg barang mandi 133 00:09:23,883 --> 00:09:26,043 diletakkan di atas meja. 134 00:09:30,283 --> 00:09:32,683 Kami perlu tangkap Rangwani dengan bukti kukuh. 135 00:09:33,043 --> 00:09:34,563 Kami perlu dapatkan rakaman. 136 00:09:36,443 --> 00:09:38,763 Kita boleh lihat dengan jelas dalam rakaman itu 137 00:09:38,803 --> 00:09:42,523 bahawa Rangwani mahukan perempuan simpanannya dibunuh. 138 00:09:42,923 --> 00:09:44,323 Sejujurnya, ia mengejutkan. 139 00:09:45,003 --> 00:09:47,003 Mahu ia nampak macam kemalangan? 140 00:09:47,243 --> 00:09:50,563 Terpulang awak nak buat apa. Saya serahkan segalanya kepada awak. 141 00:09:50,683 --> 00:09:51,683 Awak mahu dia mati? 142 00:09:52,363 --> 00:09:54,643 Ya, lenyap daripada hidup saya. 143 00:09:58,443 --> 00:10:01,523 Maz kata, "Okey, lima ribu paun tunai. 144 00:10:01,563 --> 00:10:03,363 "Bayar separuh pendahuluan 145 00:10:03,923 --> 00:10:06,043 "dan separuh lagi selepas kerja selesai." 146 00:10:14,803 --> 00:10:16,403 Beberapa hari kemudian, 147 00:10:16,483 --> 00:10:19,563 kami aturkan pertemuan untuk ambil duit daripada doktor itu. 148 00:10:21,763 --> 00:10:23,563 Kami letak van dekat tempat pertemuan 149 00:10:24,443 --> 00:10:27,803 di mana orang kami bersembunyi dengan kamera. 150 00:10:32,203 --> 00:10:36,403 Kami perlu rakam Dr. Rangwani serahkan duit itu. 151 00:10:36,683 --> 00:10:39,523 Itu ialah bukti penting rancangan pembunuhan itu. 152 00:10:41,003 --> 00:10:42,683 Kemudian, Rangwani sampai. 153 00:10:42,803 --> 00:10:45,163 Maz tanya Dr. Rangwani, 154 00:10:45,243 --> 00:10:46,683 "Di mana duit itu?" 155 00:10:47,203 --> 00:10:48,883 Dia keluarkan satu sampul surat. 156 00:10:48,923 --> 00:10:50,203 Sukar dipercayai. 157 00:10:50,283 --> 00:10:51,803 RAKAMAN PENYAMARAN 158 00:10:51,883 --> 00:10:53,123 Itu bayaran awak, ya? 159 00:10:53,203 --> 00:10:55,523 Ia bukti kukuh rancangan pembunuhan itu. 160 00:10:56,603 --> 00:10:58,163 Kemudian, Maz berkata, 161 00:10:58,243 --> 00:11:00,443 "Baik, kami akan telefon apabila selesai." 162 00:11:01,363 --> 00:11:03,123 Rakaman itu agak bergegar, 163 00:11:03,203 --> 00:11:06,243 tapi kami perlu rakam reaksi doktor itu. 164 00:11:08,523 --> 00:11:09,963 Sewaktu dia berjalan balik, 165 00:11:10,043 --> 00:11:13,203 Rangwani mengangkat genggaman untuk meraikan kejayaannya. 166 00:11:19,203 --> 00:11:20,683 Maz berkata, "Kita berjaya." 167 00:11:26,123 --> 00:11:27,963 Kemudian, hari Jumaat berlalu. 168 00:11:28,043 --> 00:11:31,163 Sabtu pagi, Maz telefon saya. Dia kata, "Okey, semua dah sedia. 169 00:11:31,243 --> 00:11:33,683 "Apabila dia telefon awak, 170 00:11:34,443 --> 00:11:38,243 "beritahu dia yang kerja itu akan diselesaikan hari ini." 171 00:11:39,123 --> 00:11:41,123 Dia kata, "Buat ia nampak realistik. 172 00:11:42,643 --> 00:11:45,323 "Apabila dia telefon, lari sehingga tercungap-cungap. 173 00:11:45,923 --> 00:11:47,803 "Okey? Awak perlu kedengaran tertekan. 174 00:11:48,363 --> 00:11:50,843 "Rakam perbualan telefon dan pastikan realistik." 175 00:11:55,643 --> 00:11:56,963 Dia telefon tengah hari itu 176 00:11:57,523 --> 00:11:59,483 dan saya takkan lupa perbualan itu. 177 00:11:59,843 --> 00:12:01,763 Saya jawab telefon dan tekan rekod. 178 00:12:03,283 --> 00:12:04,963 "Ya. Ya, doktor." 179 00:12:05,363 --> 00:12:07,403 Dia tanya, "Dah selesai?" 180 00:12:09,123 --> 00:12:10,323 Saya kata, "Apa dia?" 181 00:12:11,403 --> 00:12:13,883 "Dia dah mati? Dah selesai?" 182 00:12:14,163 --> 00:12:15,803 Saya jawab, "Ya, dah selesai." 183 00:12:17,523 --> 00:12:19,883 Dia ditahan pada tengah hari Sabtu, 184 00:12:20,363 --> 00:12:21,803 berita disiarkan pada Ahad 185 00:12:22,043 --> 00:12:23,843 dan ia jadi berita utama. 186 00:12:23,963 --> 00:12:26,483 Doktor simpan dadah dan picagari untuk bunuh mangsa 187 00:12:26,563 --> 00:12:27,603 oleh MAZHER MAHMOOD 188 00:12:31,283 --> 00:12:33,283 Dr. Rangwani seorang yang disegani. 189 00:12:33,763 --> 00:12:35,603 Namun, hakim, Tn. Justice Alliott 190 00:12:35,683 --> 00:12:38,683 berkata bahawa dia telah mereka-reka jalan cerita penipuan 191 00:12:38,763 --> 00:12:40,643 demi menyembunyikan jenayahnya 192 00:12:40,723 --> 00:12:42,763 dan tak menunjukkan sikit pun kekesalan. 193 00:12:45,563 --> 00:12:48,283 Selepas Dr. Rangwani didapati bersalah, 194 00:12:48,363 --> 00:12:51,363 dia dihukum penjara selama tujuh tahun. 195 00:12:51,443 --> 00:12:53,603 QUEEN ELIZABETH II MAHKAMAH 196 00:12:53,683 --> 00:12:57,603 Saya berterima kasih kepada Maz. Walaupun saya bekas banduan, 197 00:12:57,683 --> 00:13:01,363 saya dapat bekerjasama dengannya dan hasil daripada kerjasama itu 198 00:13:01,883 --> 00:13:03,803 mengembalikan keyakinan saya 199 00:13:03,883 --> 00:13:07,363 bahawa saya melakukan kerja yang bermanfaat. 200 00:13:09,403 --> 00:13:10,963 Lama saya berkhidmat sebagai polis. 201 00:13:11,443 --> 00:13:13,643 Tak sangka kes begini akan dibicara di mahkamah 202 00:13:14,043 --> 00:13:15,683 kalau bukan kerana… 203 00:13:16,363 --> 00:13:18,363 cara ia disiasat oleh wartawan akhbar. 204 00:13:31,723 --> 00:13:35,923 Tahun 1990-an merupakan era kegemilangan kewartawanan tabloid. 205 00:13:36,923 --> 00:13:40,043 Bayangkan dunia tanpa Internet dan telefon pintar. 206 00:13:40,683 --> 00:13:44,403 Akhbar ialah satu-satunya sumber untuk mendapatkan berita. 207 00:13:45,323 --> 00:13:46,723 Jadi, kami mempunyai kuasa 208 00:13:47,243 --> 00:13:49,483 untuk membentuk corak pemikiran rakyat. 209 00:13:59,243 --> 00:14:00,643 Jangan pandang rendah kepada 210 00:14:00,723 --> 00:14:03,803 kehebatan News of the World pada tahun 1990-an. 211 00:14:03,883 --> 00:14:06,963 Ia popular. Ia akhbar yang menjadi buah mulut orang. 212 00:14:07,043 --> 00:14:09,563 Ia akhbar Ahad yang terlaris di dunia. 213 00:14:09,803 --> 00:14:11,883 Sentiasa ada berita skandal, selebriti 214 00:14:12,123 --> 00:14:14,283 atau ahli politik yang melakukan jenayah 215 00:14:14,363 --> 00:14:16,883 yang boleh diketahui melalui News of the World. 216 00:14:17,043 --> 00:14:19,163 EKSKLUSIF! RAHSIA MEMALUKAN ATLET BOLA SEPAK 217 00:14:19,243 --> 00:14:21,203 BINTANG POP TERLIBAT DALAM PERGADUHAN 218 00:14:21,283 --> 00:14:25,443 SAYA HAMIL HASIL HUBUNGAN DENGAN AHLI PARLIMEN 219 00:14:28,683 --> 00:14:29,523 BERITA ANTARABANGSA 220 00:14:33,323 --> 00:14:36,723 Saya dan Mazher sama-sama penyiasat yang menyamar 221 00:14:36,803 --> 00:14:37,963 untuk News of the World, 222 00:14:38,043 --> 00:14:39,803 namun kami sungguh berbeza. 223 00:14:40,123 --> 00:14:43,523 Tugas saya melariskan akhbar, menghiburkan dan melayani pembaca. 224 00:14:43,603 --> 00:14:47,723 Dia pula sebagai malaikat penghukum yang memenjarakan penjenayah. 225 00:14:48,643 --> 00:14:51,563 Namun, dia tak bergaul dan keluar minum dengan kami. 226 00:14:52,043 --> 00:14:55,083 Dia sentiasa bersama pasukan kecilnya. 227 00:14:55,483 --> 00:14:58,843 Saya benar-benar mahu rapat dengan dia dan curi kenalannya. 228 00:14:58,923 --> 00:15:01,443 Saya pernah datang kepadanya dan kata, 229 00:15:01,523 --> 00:15:03,203 "Saya teringin bekerja dengan awak." 230 00:15:03,323 --> 00:15:06,123 Jawapan dia, 231 00:15:07,203 --> 00:15:08,683 "Tak, itu takkan berlaku." 232 00:15:16,883 --> 00:15:19,283 Saya dalam pasukan Maz. 233 00:15:19,603 --> 00:15:21,923 Ia sesuatu yang patut dibanggakan. 234 00:15:24,003 --> 00:15:28,403 Dia ibarat seorang ejen pengintip rahsia, 235 00:15:29,243 --> 00:15:30,163 lelaki misteri. 236 00:15:31,243 --> 00:15:34,443 STEVE BURTON JURUGAMBAR NEWS OF THE WORLD 237 00:15:34,763 --> 00:15:38,243 Kami tak dibenarkan meletakkan gambar Maz di sembarangan tempat. 238 00:15:38,323 --> 00:15:40,723 Jelas sekali, wajahnya muncul dalam banyak gambar, 239 00:15:40,843 --> 00:15:42,723 tapi kami akan serahkan ke Jabatan Foto 240 00:15:42,803 --> 00:15:46,323 dan mereka akan tutup matanya dengan pen dakwat hitam. 241 00:15:51,323 --> 00:15:54,083 Mazher sangat suka menyamar. 242 00:15:54,163 --> 00:15:55,843 Dia suka berlakon. 243 00:15:56,723 --> 00:15:59,443 CHRISTINE HART PENYIASAT PERSENDIRIAN NEWS OF THE WORLD 244 00:16:00,083 --> 00:16:03,963 Dia ada aura seorang kanak-kanak, 245 00:16:04,043 --> 00:16:05,763 seperti seorang putera kecil. 246 00:16:10,083 --> 00:16:11,603 Dia guna sifat kanak-kanak itu 247 00:16:12,123 --> 00:16:15,763 untuk jayakan penyamarannya, seperti budak memakai kostum. 248 00:16:19,803 --> 00:16:22,723 Saya dan Maz sangat rapat. Kami bagaikan isi dengan kuku. 249 00:16:23,043 --> 00:16:26,603 STEVE GRAYSON JURUGAMBAR NEWS OF THE WORLD 250 00:16:27,123 --> 00:16:28,523 Saya banyak membantu Maz. 251 00:16:29,203 --> 00:16:30,523 Berpakaian orang Arab. 252 00:16:31,603 --> 00:16:32,963 Berpakaian wanita. 253 00:16:33,323 --> 00:16:35,043 Tolong pasang pepijat di rumah. 254 00:16:36,163 --> 00:16:37,883 Saya buat segalanya untuk dia. 255 00:16:44,683 --> 00:16:47,043 Ahli pasukan Mazher 256 00:16:47,123 --> 00:16:49,323 terdiri daripada orang-orang pelik. 257 00:16:49,443 --> 00:16:52,883 Mereka tak bergaul dengan masyarakat dan juga orang luar 258 00:16:52,963 --> 00:16:54,683 kerana dia juga orang luar. 259 00:16:57,123 --> 00:16:57,963 Pada waktu itu, 260 00:16:58,043 --> 00:17:00,523 Maz satu-satunya wartawan Asia di News of the World. 261 00:17:02,883 --> 00:17:03,883 Pada zaman itu, 262 00:17:03,963 --> 00:17:08,122 wartawan Asia terhad dalam menulis berita. 263 00:17:11,603 --> 00:17:14,362 Maz hanya boleh menulis kisah orang Asia 264 00:17:14,803 --> 00:17:16,523 atau kisah tentang sifat rasis. 265 00:17:19,523 --> 00:17:22,243 Jika Maz nak menulis kisah selebriti 266 00:17:22,763 --> 00:17:25,362 atau kerosakan akhlak institusi British, 267 00:17:26,803 --> 00:17:29,123 penyunting akan penuh dengan persoalan. 268 00:17:31,363 --> 00:17:35,083 Mereka tak faham bagaimana wartawan Asia atau kulit Hitam 269 00:17:35,603 --> 00:17:38,803 boleh melakukan perkara yang sama terhadap sasaran kulit putih. 270 00:17:41,323 --> 00:17:44,443 Jadi, dia putuskan untuk mengubah persepsi tersebut. 271 00:17:46,003 --> 00:17:50,283 Dia belajar untuk melakukannya sehabis baik, 272 00:17:50,763 --> 00:17:52,043 demi mencapai kemahuannya. 273 00:17:59,803 --> 00:18:02,603 Maz dapat satu idea. Sheikh Palsu. 274 00:18:17,923 --> 00:18:20,683 Ia sebenarnya idea yang sangat bijak. 275 00:18:23,923 --> 00:18:25,963 Waktu itu, menjadi kebiasaan 276 00:18:26,043 --> 00:18:30,363 bagi orang Arab yang sangat kaya datang ke London. 277 00:18:34,003 --> 00:18:35,523 Mereka memindahkan 278 00:18:35,603 --> 00:18:38,203 kekayaan luar biasa mereka ke sini 279 00:18:38,843 --> 00:18:40,843 sehingga mereka mampu buat apa mereka mahu. 280 00:18:41,963 --> 00:18:45,443 Mereka membelanjakan wang dan harta sesuka hati. 281 00:18:45,923 --> 00:18:49,723 Jika kita berada dekat dengan mereka, kita memang akan rasa kagum. 282 00:18:54,843 --> 00:18:58,083 Memandangkan masyarakat tak terdedah 283 00:18:58,123 --> 00:19:01,563 dengan budaya Arab dan Sheikh, 284 00:19:01,603 --> 00:19:03,243 apa yang mereka buat, 285 00:19:03,323 --> 00:19:06,283 bahasa dan pergerakan mereka, 286 00:19:06,363 --> 00:19:10,203 saya rasa Mazher anggap orang ramai akan bersikap prejudis. 287 00:19:15,283 --> 00:19:17,363 Jadi, Maz dengan bijaknya 288 00:19:17,523 --> 00:19:20,123 menggunakan budaya pemikiran itu. 289 00:19:21,443 --> 00:19:24,483 Dia sedar dia boleh mempergunakan perbezaan bangsa 290 00:19:24,563 --> 00:19:25,963 sebagai senjata utamanya. 291 00:19:30,483 --> 00:19:32,923 Salah satu cara biasa dia dapatkan cerita 292 00:19:33,003 --> 00:19:34,203 adalah melalui talian 293 00:19:34,603 --> 00:19:36,283 yang sentiasa diiklankan, 294 00:19:36,683 --> 00:19:39,203 saban minggu dalam News of the World. 295 00:19:40,203 --> 00:19:43,563 "Anda tahu sebarang skandal yang boleh disiasat oleh Mazher Mahmood? 296 00:19:44,243 --> 00:19:45,083 "Hubungi kami! 297 00:19:45,763 --> 00:19:46,843 "Bayaran kami lumayan." 298 00:19:50,763 --> 00:19:52,443 Ia beri dorongan kepada ramai orang 299 00:19:53,003 --> 00:19:54,603 untuk buat panggilan. 300 00:20:01,243 --> 00:20:04,803 Usaha Mazher Mahmood untuk menjadi Sheikh Palsu 301 00:20:04,843 --> 00:20:06,003 ialah sebuah proses 302 00:20:06,323 --> 00:20:07,803 dan dia bermula dari bawah. 303 00:20:07,843 --> 00:20:10,843 Dia tak boleh terus hasilkan berita sensasi selebriti 304 00:20:10,923 --> 00:20:12,723 sebelum mencuba kebolehannya. 305 00:20:13,763 --> 00:20:15,923 Saya rasa salah satu cara yang dia buat 306 00:20:16,003 --> 00:20:18,803 adalah dengan menyiasat orang yang kurang terkenal. 307 00:20:19,243 --> 00:20:21,003 Mungkin orang yang lebih mudah 308 00:20:21,803 --> 00:20:26,123 dimanipulasi ke dalam situasi yang dia cipta. 309 00:20:29,363 --> 00:20:34,363 Suatu hari, dia terima panggilan. Ada maklumat berkenaan Emma Morgan. 310 00:20:35,123 --> 00:20:36,123 Maklumat yang menarik. 311 00:20:37,003 --> 00:20:40,283 Emma Morgan salah seorang model terkenal Page Three waktu itu 312 00:20:41,683 --> 00:20:43,563 dan kami dengar dia ambil dadah. 313 00:20:43,723 --> 00:20:45,123 SEKSI 314 00:20:45,243 --> 00:20:49,083 Ia situasi yang sesuai untuk Maz mencuba watak Sheikh Palsunya. 315 00:20:51,243 --> 00:20:53,803 Waktu itu, saya berusia 24 tahun 316 00:20:53,843 --> 00:20:56,443 dan saya model tanpa pakaian pada tahun 1990-an 317 00:20:56,523 --> 00:20:59,483 untuk semua tabloid, The Sun dan News of the World. 318 00:21:00,043 --> 00:21:03,083 Page Three memaparkan model tanpa pakaian 319 00:21:03,123 --> 00:21:05,843 pada muka surat tiga, akhbar The Sun. 320 00:21:05,923 --> 00:21:08,323 Biasanya orang akan tanya, "Kenapa buat begitu?" 321 00:21:08,363 --> 00:21:09,563 Tapi, ia popular. 322 00:21:11,043 --> 00:21:13,243 Boleh dikatakan, model Page Three zaman dulu 323 00:21:13,323 --> 00:21:15,723 ibarat Love Island zaman kini. 324 00:21:15,843 --> 00:21:17,563 Mereka tak mendedahkan dada, 325 00:21:17,603 --> 00:21:19,963 tapi mereka mendedahkan punggung, betul? 326 00:21:20,043 --> 00:21:22,843 Lebih kurang begitulah. Mendedahkan tubuh. 327 00:21:30,483 --> 00:21:32,963 Saya berbincang dengan Mazher dan katanya, 328 00:21:33,043 --> 00:21:36,043 "Kita perlukan rancangan untuk dedahkan kegiatannya." 329 00:21:37,803 --> 00:21:40,083 Dia kata, "Bagaimana dengan kalendar? Macam bagus." 330 00:21:40,243 --> 00:21:42,603 Tawarkan ribuan paun. 331 00:21:44,843 --> 00:21:45,763 Saya telefon Emma. 332 00:21:45,843 --> 00:21:49,123 Saya kata, "Kami ada peluang hebat untuk awak." 333 00:21:49,283 --> 00:21:51,923 Saya beritahu ada orang Arab terlibat. 334 00:21:54,323 --> 00:21:55,923 Saya fikir saya sangat bertuah. 335 00:21:56,003 --> 00:21:58,203 Saya terharu dan teruja. 336 00:21:58,283 --> 00:22:00,763 Ia memang impian saya. 337 00:22:00,923 --> 00:22:03,723 Rasa macam dapat durian runtuh. 338 00:22:03,803 --> 00:22:05,403 Saya sangat teruja. 339 00:22:08,883 --> 00:22:10,403 Saya tanya Maz, 340 00:22:10,483 --> 00:22:12,283 "Bagaimana nak beri dia kokain?" 341 00:22:17,083 --> 00:22:19,323 Kami terbang ke Lanzarote. 342 00:22:20,723 --> 00:22:24,883 Kami mendarat dan berjalan ke balai ketibaan. 343 00:22:25,643 --> 00:22:28,003 Kemudian, saya ternampak seseorang yang saya kenal. 344 00:22:28,603 --> 00:22:30,003 Nama dia Billy. 345 00:22:31,723 --> 00:22:32,603 Maz beritahu saya, 346 00:22:32,683 --> 00:22:36,163 pemberi maklumat itu ialah seorang lelaki bernama Billy. 347 00:22:36,283 --> 00:22:40,243 Billy ialah kawan Emma. 348 00:22:43,243 --> 00:22:47,483 Saya kenal Billy semasa penggambaran di Lanzarote sebelum ini. 349 00:22:47,563 --> 00:22:49,243 Saya tanya, "Buat apa di sini?" 350 00:22:49,323 --> 00:22:50,843 Dia jawab, "Saya pengawal awak." 351 00:22:50,923 --> 00:22:54,243 Saya fikir, "Oh, Tuhan! Sheikh itu upah pengawal untuk saya." 352 00:22:54,323 --> 00:22:56,683 Ia buat saya rasa sangat istimewa. 353 00:22:59,723 --> 00:23:03,563 Maz kata, Billy akan bekalkan dadah. 354 00:23:12,923 --> 00:23:14,323 Saya tiba di hotel. 355 00:23:14,723 --> 00:23:18,163 Steve lambai saya pergi dan kata, "Pesanlah apa saja awak mahu. 356 00:23:18,243 --> 00:23:21,123 "Sheikh itu akan bayarkan segalanya untuk awak. 357 00:23:21,203 --> 00:23:23,043 "Tiada permintaan yang sukar." 358 00:23:24,963 --> 00:23:26,203 Apabila tiba di hotel, 359 00:23:26,563 --> 00:23:28,563 saya telefon Maz dan kata, 360 00:23:29,043 --> 00:23:31,763 "Dia dah sampai. Masa untuk mulakan operasi." 361 00:23:37,363 --> 00:23:39,403 Kami perlu rakam suara dan video. 362 00:23:39,723 --> 00:23:41,163 Kami perlukan rakaman. 363 00:23:41,243 --> 00:23:43,283 Jika tidak, kami takkan ada berita. 364 00:23:43,963 --> 00:23:46,483 Kemudian, Mazher masuk ke dalam bilik hotel itu, 365 00:23:46,963 --> 00:23:49,123 sementara saya cari tempat letak kamera. 366 00:23:51,003 --> 00:23:56,403 Ada sebuah radiator dengan kekisi kayu bersilang. 367 00:23:56,483 --> 00:23:58,403 Saya letak kamera di dalamnya. 368 00:24:00,203 --> 00:24:02,603 Maz buat-buat meletakkan kokain. 369 00:24:02,683 --> 00:24:04,563 Dia buat begini. Sempurna! 370 00:24:04,683 --> 00:24:06,083 Sangat sempurna. 371 00:24:06,603 --> 00:24:07,843 Bilik itu dah sedia. 372 00:24:08,363 --> 00:24:09,763 Kamera dah sedia, 373 00:24:09,843 --> 00:24:12,083 perakam suara dah sedia, semua sudah. 374 00:24:12,443 --> 00:24:13,403 Kami hanya perlukan… 375 00:24:14,363 --> 00:24:15,883 Emma masuk ke situ. 376 00:24:23,043 --> 00:24:24,683 Saya berjalan di koridor. 377 00:24:24,803 --> 00:24:27,883 Sebelum ketuk pintu, saya sangat berdebar-debar. 378 00:24:27,963 --> 00:24:28,963 Saya ketuk pintu. 379 00:24:32,843 --> 00:24:35,643 Apabila Emma masuk, Maz menyambut dia. 380 00:24:35,723 --> 00:24:38,643 Dia tak berjubah. Hanya memakai sut 381 00:24:38,723 --> 00:24:41,323 dan menyambut Emma dengan kedua-dua tangannya, 382 00:24:41,403 --> 00:24:43,083 seperti seorang putera Arab. 383 00:24:44,483 --> 00:24:45,843 Dia sentiasa puji berlebihan. 384 00:24:45,923 --> 00:24:47,403 "Saya rasa awak cantik. 385 00:24:47,523 --> 00:24:50,963 "Awak pasti menawan. Sangat menawan dalam kalendar." 386 00:24:53,123 --> 00:24:55,523 Dia berpakaian sangat segak. 387 00:24:55,643 --> 00:24:57,923 Saya perasan kulitnya bersih. 388 00:24:58,003 --> 00:25:00,123 Kukunya sangat rapi. 389 00:25:00,203 --> 00:25:03,643 Dia pakai jam tangan besar berwarna emas. 390 00:25:06,723 --> 00:25:10,643 Saya fikir dia lelaki yang berkelas dan berkarisma. 391 00:25:13,123 --> 00:25:14,643 Ada champagne di situ. 392 00:25:16,123 --> 00:25:17,843 Billy juga ada di dalam bilik itu. 393 00:25:20,523 --> 00:25:24,523 Suasana di dalam bilik hotel itu sangat aman, 394 00:25:24,603 --> 00:25:26,723 tapi saya rasa resah. 395 00:25:27,243 --> 00:25:31,603 Saya risau tentang kamera 396 00:25:32,483 --> 00:25:34,883 kerana ia boleh jatuh ke atas lantai. 397 00:25:34,963 --> 00:25:36,963 Mungkin bateri lemah 398 00:25:37,043 --> 00:25:39,443 saat dia baru nak sedut kokain itu. 399 00:25:40,083 --> 00:25:43,923 Saya risau sepanjang masa sebab operasi ini mesti berjaya. 400 00:25:50,643 --> 00:25:54,163 Tiba-tiba saja Billy berkata, "Awak nak kokain?" 401 00:25:58,963 --> 00:26:00,563 Emma kelihatan… 402 00:26:01,683 --> 00:26:03,883 tidak terkejut, tapi nampak seperti 403 00:26:03,963 --> 00:26:05,443 nak cakap, "Biar betul?" 404 00:26:05,803 --> 00:26:08,923 Saya rasa dia agak terkejut. Maz berkata, 405 00:26:09,003 --> 00:26:12,203 "Teruskan. Kami tak kisah. Tiada masalah." 406 00:26:12,283 --> 00:26:14,923 Dia berlakon seperti orang Arab. 407 00:26:17,923 --> 00:26:20,803 Dia lihat saya menolak dan berkata, "Tak apa. Buatlah." 408 00:26:20,883 --> 00:26:22,923 Saya tak ingat butir katanya, 409 00:26:23,003 --> 00:26:26,723 tapi saya didorong untuk ambil kokain. 410 00:26:26,843 --> 00:26:31,363 Saya mungkin pernah cuba kokain beberapa kali sebelum ini, 411 00:26:31,443 --> 00:26:33,283 tapi saya tak pernah menyukainya. 412 00:26:33,403 --> 00:26:36,643 Saya fikir, jika saya menolak, 413 00:26:37,083 --> 00:26:38,363 saya akan terlepas kerja ini. 414 00:26:39,203 --> 00:26:41,323 Jadi, saya ambil sedikit kokain itu. 415 00:26:42,843 --> 00:26:44,763 Saya fikir, dia pasti menyukai saya sekarang. 416 00:26:48,603 --> 00:26:50,683 Maz sangat gembira. 417 00:26:50,763 --> 00:26:52,203 Dia kata, "Kita berjaya." 418 00:26:56,163 --> 00:26:57,883 Taktik Sheikh Palsu menjadi. 419 00:27:00,363 --> 00:27:01,803 Tapi Maz mahukan lebih lagi. 420 00:27:12,443 --> 00:27:16,363 Selepas itu, dia bangun dan keluar ke balkoni kecil, 421 00:27:16,443 --> 00:27:17,403 lalu memanggil saya. 422 00:27:17,723 --> 00:27:20,363 Dia tanya jika saya boleh dapatkan dia sedikit kokain. 423 00:27:22,083 --> 00:27:25,003 Saya agak terkejut. Saya beritahu dia, 424 00:27:25,083 --> 00:27:27,043 "Billy yang… 425 00:27:27,243 --> 00:27:29,963 "Dia kerja dengan awak. Dia jual kokain. 426 00:27:30,963 --> 00:27:33,123 "Mintalah Billy. Saya tiada kokain." 427 00:27:33,883 --> 00:27:36,123 Kemudian, dia pandang mata saya dan kata, 428 00:27:36,203 --> 00:27:38,363 "Saya tak percaya dia. Saya percaya awak. 429 00:27:39,443 --> 00:27:42,683 "Saya lebih suka kalau awak dapatkan daripada Billy 430 00:27:42,763 --> 00:27:45,203 "dan hantar ke bilik saya 431 00:27:45,283 --> 00:27:46,683 "selepas kita makan malam." 432 00:27:47,243 --> 00:27:51,523 Pada tahap itu, saya risau jika saya ke biliknya, 433 00:27:51,603 --> 00:27:53,203 dia mahu meniduri saya. 434 00:27:53,283 --> 00:27:56,123 Jika saya menolak, habislah kerja saya. 435 00:27:56,203 --> 00:27:59,043 Billy beri idea untuk melindungi saya. 436 00:28:00,043 --> 00:28:02,203 Rancangannya ialah… 437 00:28:03,363 --> 00:28:07,483 selitkan kokain itu di bawah celah pintu bilik hotelnya. 438 00:28:08,803 --> 00:28:10,123 Masukkan senyap-senyap, 439 00:28:11,923 --> 00:28:15,283 pergi dan hantar mesej berkata, 440 00:28:15,363 --> 00:28:16,643 "Dah letak di bawah pintu." 441 00:28:17,243 --> 00:28:18,323 Itulah yang saya buat. 442 00:28:35,643 --> 00:28:37,483 TERBONGKAR! 443 00:28:37,563 --> 00:28:39,843 MODEL PAGE 3 AMBIL DADAH! 444 00:28:39,923 --> 00:28:41,443 Dia cuba taktik Sheikh Palsu 445 00:28:42,123 --> 00:28:43,923 dan dia dapati taktik itu menjadi. 446 00:28:44,723 --> 00:28:47,603 Dia berjaya lepaskan diri daripada macam-macam perkara. 447 00:28:48,803 --> 00:28:49,963 Jadi, dia teruskannya. 448 00:28:56,723 --> 00:28:59,683 Saya rasa Mazher Mahmood sangat suka menyamar sebagai Sheikh. 449 00:28:59,763 --> 00:29:01,723 Ia teater kewartawanan. 450 00:29:03,643 --> 00:29:05,723 Jubah Arab Sheikh Palsu itu 451 00:29:05,803 --> 00:29:09,243 ialah cara Mazher Mahmood menyelinap ke dalam dunia kekayaan, 452 00:29:09,323 --> 00:29:11,163 kuasa dan pengaruh. 453 00:29:11,243 --> 00:29:14,403 KAYA WAKTU SIANG, PENGEDAR WAKTU MALAM EKSKLUSIF! 454 00:29:14,963 --> 00:29:17,843 Saya baca seluruh berita sambil menangis. 455 00:29:18,363 --> 00:29:22,043 Saya digambarkan dalam berita itu sebagai pengedar dadah. 456 00:29:22,923 --> 00:29:24,083 Saya macam tak percaya. 457 00:29:24,683 --> 00:29:27,043 Saya tak percaya, tapi kemudian saya tersedar 458 00:29:27,123 --> 00:29:29,403 bahawa Sheikh itu palsu. 459 00:29:29,563 --> 00:29:32,643 Dia wartawan penyiasat yang menyamar 460 00:29:32,723 --> 00:29:35,643 daripada News of the World, bernama Mazher Mahmood. 461 00:29:35,723 --> 00:29:38,283 EKSKLUSIF! OLEH MAZHER MAHMOOD 462 00:29:38,363 --> 00:29:39,883 Saya terkejut, takut, 463 00:29:39,963 --> 00:29:43,043 malu terhadap tanggapan orang ramai... 464 00:29:44,283 --> 00:29:48,163 Saya cuma menangis tanpa henti. 465 00:29:49,003 --> 00:29:51,483 Selepas seminggu berita itu disiarkan, 466 00:29:51,603 --> 00:29:55,043 saya telah diusir oleh tuan rumah saya. 467 00:29:55,123 --> 00:29:57,163 Kontrak saya dengan The Sun ditamatkan. 468 00:29:57,883 --> 00:29:59,963 Saya telefon agensi saya. 469 00:30:00,043 --> 00:30:02,803 Setiap hari kami akan bercakap telefon pada 5.00 petang 470 00:30:02,883 --> 00:30:05,563 untuk berbincang jika ada kerja pada hari berikutnya. 471 00:30:06,203 --> 00:30:07,043 Tiada apa-apa. 472 00:30:09,643 --> 00:30:14,283 Mazher Mahmood sentiasa mempertahankan cara kerjanya. 473 00:30:14,363 --> 00:30:16,443 Ada orang yang mengkritik cara kerja awak, 474 00:30:16,523 --> 00:30:18,643 di mana awak mendorong orang 475 00:30:18,723 --> 00:30:21,123 melakukan jenayah yang mereka takkan buat 476 00:30:21,203 --> 00:30:24,283 sekiranya awak tiada di sana dan menghasut mereka. 477 00:30:24,363 --> 00:30:26,803 Ia berkali-kali menjadi perdebatan. 478 00:30:26,883 --> 00:30:30,363 Simon, awak seorang selebriti. Awak seorang yang terkenal. 479 00:30:30,443 --> 00:30:33,563 Ada carakah untuk saya pujuk awak jual kokain kepada saya? 480 00:30:33,883 --> 00:30:35,083 Saya jamin tiada cara, 481 00:30:35,163 --> 00:30:37,563 tak kira saya berpakaian Sheikh atau Sikh. 482 00:30:37,643 --> 00:30:38,923 Awak takkan jual kokain. 483 00:30:39,003 --> 00:30:41,283 Orang yang kami dedahkan memang sedia ada terlibat. 484 00:30:43,483 --> 00:30:47,243 Jika kita mahu memahami Maz dan apa yang membuat dia 485 00:30:48,403 --> 00:30:49,323 bertindak begitu, 486 00:30:49,963 --> 00:30:52,243 kita perlu selami latar belakangnya. 487 00:30:56,043 --> 00:30:59,603 Saya dan Maz dibesarkan di Birmingham. 488 00:31:33,683 --> 00:31:36,323 Dia lelaki berketurunan Pakistan Asia. 489 00:31:37,243 --> 00:31:39,603 Bapa Maz ialah wartawan Pakistan 490 00:31:39,683 --> 00:31:40,603 BAPA MAZHER 491 00:31:40,883 --> 00:31:43,043 yang bekerja untuk sebuah majalah Urdu 492 00:31:44,323 --> 00:31:47,763 dan hanya boleh menulis kisah komunitinya sahaja. 493 00:31:51,123 --> 00:31:56,243 Maz tak suka batasan yang mengehadkannya kepada akhbar Asia tempatan sahaja 494 00:31:56,323 --> 00:31:57,403 seperti bapanya. 495 00:31:57,883 --> 00:32:01,003 Tapi, apabila dia cuba memasuki arus utama dunia kewartawanan, 496 00:32:01,083 --> 00:32:02,083 ada halangan. 497 00:32:03,283 --> 00:32:07,043 Pada tahun 1980-an, England ialah negara yang tidak bersatu 498 00:32:07,123 --> 00:32:08,123 ORANG PAKISTAN PERGI 499 00:32:08,243 --> 00:32:10,563 di mana sifat rasis menjadi-jadi 500 00:32:10,643 --> 00:32:14,883 dan sangat sukar bagi etnik Asia minoriti 501 00:32:14,963 --> 00:32:17,843 untuk menceburi media arus utama. 502 00:32:21,283 --> 00:32:23,723 Bagi saya, sangat sukar untuk menjadi wartawan. 503 00:32:24,643 --> 00:32:26,563 Saya nak bekerja untuk akhbar tempatan. 504 00:32:26,643 --> 00:32:29,563 Saya ditolak dua tahun berturut-turut kerana tiada pengalaman. 505 00:32:29,763 --> 00:32:31,363 Zaman itu sukar bagi orang Asia. 506 00:32:31,483 --> 00:32:34,603 Saya menjadi mangsa diskriminasi. 507 00:32:35,043 --> 00:32:37,403 Zaman itu, tiada orang Asia dalam bidang media. 508 00:32:40,003 --> 00:32:41,443 Cara dia menceburi bidang ini 509 00:32:41,523 --> 00:32:44,123 menjelaskan segalanya tentang Mazher Mahmood dulu 510 00:32:44,203 --> 00:32:46,963 dan Mazher Mahmood sepanjang kerjayanya sebagai wartawan. 511 00:32:47,043 --> 00:32:48,603 Jelas sekali dari awal, 512 00:32:48,683 --> 00:32:51,483 Mazher Mahmood bersedia untuk melakukan apa yang perlu, 513 00:32:51,563 --> 00:32:54,003 walaupun terpaksa melaporkan kawan dan keluarga 514 00:32:54,083 --> 00:32:55,803 yang ditemui sewaktu makan malam. 515 00:32:55,923 --> 00:32:59,283 Mereka berbual tentang penglibatan dalam video cetak rompak. 516 00:33:02,843 --> 00:33:07,203 Dia bawa maklumat itu ke meja berita dan mereka jadikannya bahan penulisan. 517 00:33:07,283 --> 00:33:10,443 Sekelip mata, dia mendapat jalan ke dalam dunia kewartawanan. 518 00:33:13,683 --> 00:33:14,723 Saya telefon dan kata, 519 00:33:14,803 --> 00:33:18,963 "Saya kenal sekumpulan geng yang hasilkan video cetak rompak. Awak berminat?" 520 00:33:19,363 --> 00:33:22,523 Semestinya mereka berminat dan berkata, "Datang jumpa kami." 521 00:33:23,523 --> 00:33:25,883 Bukankah awak dengar cerita itu 522 00:33:25,963 --> 00:33:28,443 ketika makan malam keluarga? Bagaimana reaksi mereka? 523 00:33:28,523 --> 00:33:29,883 Betul. Tak begitu baik. 524 00:33:29,963 --> 00:33:33,243 Keluarga saya fikir, saya tak patut buat begitu. 525 00:33:33,323 --> 00:33:35,523 Saya dianggap sebagai pengintip polis. 526 00:33:37,523 --> 00:33:39,163 Ya, dia fokus kepada tujuannya. 527 00:33:39,563 --> 00:33:42,003 Mempunyai tekad dan cita-cita. 528 00:33:42,763 --> 00:33:45,603 Dia sanggup buat apa saja yang perlu. 529 00:33:45,683 --> 00:33:46,963 CETAK ROMPAK DIBONGKAR 530 00:33:47,043 --> 00:33:50,683 Selepas berita pertama kegiatan cetak rompak itu disiarkan, 531 00:33:50,763 --> 00:33:54,363 Maz beritahu saya yang ayahnya naik angin. 532 00:33:55,203 --> 00:33:56,843 Dia diugut dibuang keluarga. 533 00:33:56,923 --> 00:33:58,763 Dia dikatakan menconteng arang. 534 00:33:58,843 --> 00:34:01,323 Tapi, Maz tak peduli. Dia hanya pentingkan berita. 535 00:34:01,403 --> 00:34:03,163 Dia berjaya siarkan. Tiada ihsan. 536 00:34:03,243 --> 00:34:05,443 Begitulah dia teruskan kerjayanya. 537 00:34:14,523 --> 00:34:16,202 Tekanan terhadap kami agak tinggi. 538 00:34:16,883 --> 00:34:19,483 Anak-anak generasi pertama yang… 539 00:34:20,803 --> 00:34:21,643 perlu berjaya. 540 00:34:21,803 --> 00:34:23,843 Kuncinya bukanlah kehebatan jawatan, 541 00:34:23,923 --> 00:34:25,443 tapi kuasa yang dimiliki. 542 00:34:25,523 --> 00:34:28,043 Itulah yang ibu bapa kami mahukan. 543 00:34:29,563 --> 00:34:32,202 Maz nampak bidang kewartawanan 544 00:34:32,242 --> 00:34:34,843 sebagai peluang untuk membuat duit. 545 00:34:34,923 --> 00:34:36,963 Tak dinafikan. Duit adalah pendorongnya 546 00:34:37,043 --> 00:34:39,883 kerana duit penentu tahap kejayaan. 547 00:34:42,403 --> 00:34:45,363 Maz seorang yang sangat ketagih dengan berita. 548 00:34:45,883 --> 00:34:49,963 Seperti penagih yang mahukan dos lebih tinggi, 549 00:34:50,043 --> 00:34:53,242 Maz sentiasa perlukan kisah yang lebih sensasi. 550 00:34:55,883 --> 00:34:58,523 News of the World melaporkan berita sukan, 551 00:34:58,603 --> 00:35:00,083 hubungan intim, skandal 552 00:35:00,203 --> 00:35:02,683 dan jika dapat gabungan ketiga-tiganya, 553 00:35:02,803 --> 00:35:04,683 ia akan menjadi sangat sensasi. 554 00:35:09,683 --> 00:35:10,963 Jika anda belum tahu, 555 00:35:11,043 --> 00:35:13,043 Liga Perdana England akan bermula esok. 556 00:35:13,123 --> 00:35:15,723 CHELSEA PEMENANG LIGA F.A. 557 00:35:16,403 --> 00:35:20,323 Bola sepak ialah kisah sensasi buat News of the World. 558 00:35:20,963 --> 00:35:23,803 Kami sentiasa keluar untuk mencari cerita 559 00:35:23,883 --> 00:35:25,483 berkaitan pemain bola sepak. 560 00:35:26,643 --> 00:35:28,163 Biasanya cerita selain sukan. 561 00:35:30,203 --> 00:35:32,683 Waktu itu, Kelab Bola Sepak Newcastle United ialah 562 00:35:32,803 --> 00:35:35,163 salah satu pasukan teratas dalam Liga Perdana. 563 00:35:37,243 --> 00:35:41,203 Maz terima maklumat bahawa pengerusi kelab, Freddy Shepherd 564 00:35:41,723 --> 00:35:44,123 dan timbalan pengerusinya, Doug Hall 565 00:35:44,203 --> 00:35:47,243 yang dikenali sebagai ahli perniagaan dan sudah berkeluarga 566 00:35:47,363 --> 00:35:50,243 terbang ke Marbella selepas meninggalkan perlawanan 567 00:35:50,363 --> 00:35:53,403 untuk berfoya-foya di kelab yang tidak senonoh. 568 00:35:56,083 --> 00:35:58,843 Kami tahu ia akan menjadi berita hangat yang sensasi 569 00:35:58,923 --> 00:36:04,123 kerana bola sepak ialah segalanya bagi orang Newcastle dan peminatnya. 570 00:36:04,203 --> 00:36:07,043 Ia pegangan dan kepercayaan mereka. 571 00:36:08,883 --> 00:36:13,683 Stadium St. James's Park ibarat sebuah gereja besar. 572 00:36:14,163 --> 00:36:16,843 Para pemain ibarat dewa. 573 00:36:20,803 --> 00:36:26,523 Pemimpin pasukan bola sepak pula ibarat ketua paderi agama. 574 00:36:28,003 --> 00:36:30,123 SELAMAT KEMBALI… ALAN SHEARER 575 00:36:30,203 --> 00:36:32,163 Dengan maklumat begitu, skandal tersebut 576 00:36:32,203 --> 00:36:34,683 akan tular ke seluruh media sosial pada zaman kini. 577 00:36:36,683 --> 00:36:37,843 Tapi pada tahun 1990-an, 578 00:36:37,923 --> 00:36:41,563 rakyat hanya dapat tahu rahsia yang disembunyikan 579 00:36:41,643 --> 00:36:43,083 dengan membaca tabloid. 580 00:36:44,443 --> 00:36:46,523 Semua orang tahu yang News of the World 581 00:36:46,603 --> 00:36:48,483 paling mahir dalam mendedahkan skandal. 582 00:36:49,923 --> 00:36:51,643 Itu yang buat mereka beli akhbar. 583 00:36:51,683 --> 00:36:54,723 Itu yang menjadikannya akhbar paling laris di negara ini. 584 00:36:57,243 --> 00:37:00,123 Freddy dan Doug dianggap tak boleh dikritik 585 00:37:00,203 --> 00:37:01,563 dan apa saja kesalahan mereka, 586 00:37:01,643 --> 00:37:03,803 agak mustahil untuk membuktikannya. 587 00:37:05,923 --> 00:37:08,923 Tapi, semakin diberitahu yang ia mustahil, 588 00:37:09,003 --> 00:37:10,243 semakin Maz cuba dedahkannya. 589 00:37:11,323 --> 00:37:12,723 Kami hubungi Doug Hall 590 00:37:13,243 --> 00:37:16,483 dan beritahu, "Kami ada pelanggan, seorang Sheikh kaya 591 00:37:17,043 --> 00:37:19,523 "dari Timur Tengah yang mahu memulakan 592 00:37:19,603 --> 00:37:21,203 "liga bola sepak di Dubai. 593 00:37:21,323 --> 00:37:25,163 "Dia ada duit untuk dilaburkan dan mahu membincangkannya dengan awak." 594 00:37:26,203 --> 00:37:30,563 Doug Hall makan umpan dan kata, "Kita jumpa di Marbella." 595 00:37:44,083 --> 00:37:47,403 Maz suruh saya berlakon sebagai pengawal peribadinya 596 00:37:47,803 --> 00:37:49,723 untuk pastikan saya berpakaian formal. 597 00:37:50,523 --> 00:37:52,243 "Awak sebahagian daripada rombongan, 598 00:37:52,443 --> 00:37:54,563 "jangan kelihatan seperti jurugambar." 599 00:37:59,003 --> 00:38:01,643 Kami semua pergi ke Kelab Marbella. 600 00:38:01,683 --> 00:38:03,603 Maz tempah sebuah vila mewah. 601 00:38:04,083 --> 00:38:05,203 Sangat mahal. 602 00:38:10,963 --> 00:38:14,123 Conrad sebagai pakar teknikal, merakam video. 603 00:38:15,083 --> 00:38:17,443 Dia akan mengawasi rakaman dari bilik sebelah. 604 00:38:19,483 --> 00:38:21,563 Kami letak pelbagai aksesori 605 00:38:21,643 --> 00:38:24,523 seperti beg kertas Bebas Cukai Dubai 606 00:38:24,603 --> 00:38:27,643 dan paip shisha di seluruh vila. 607 00:38:28,203 --> 00:38:32,843 Maz buat begitu untuk cipta ilusi bahawa kami baru tiba dari Dubai. 608 00:38:32,923 --> 00:38:38,523 21:29 MALAM 8 MAC 1998 609 00:38:41,923 --> 00:38:44,203 Nama keluarga saya Tough, T-O-U-G-H. 610 00:38:44,403 --> 00:38:45,643 Saya pernah menjadi askar 611 00:38:46,203 --> 00:38:47,683 selama sepuluh setengah tahun. 612 00:38:47,803 --> 00:38:49,843 Saya sepatutnya dah lama mati, tapi tidak. 613 00:38:52,323 --> 00:38:55,523 Kami tiba di Marbella sekitar 9.30 hingga 10.00 malam. 614 00:38:55,643 --> 00:38:57,203 Douglas dan Freddy beritahu saya, 615 00:38:57,363 --> 00:38:59,803 "Kita ada pertemuan di Kelab Pantai Marbella. 616 00:39:00,803 --> 00:39:03,483 "Kita akan jumpa Sheikh dari Dubai. Itu saja boleh beritahu." 617 00:39:11,003 --> 00:39:12,483 Banyak saya tahu tentang Sheikh. 618 00:39:12,563 --> 00:39:14,163 Saya tahu cara mereka beroperasi, 619 00:39:14,563 --> 00:39:16,363 saya tahu kebiasaan mereka 620 00:39:16,683 --> 00:39:20,643 kerana dalam kerjaya profesional sebagai pengawal peribadi, saya pernah mengawasi 621 00:39:20,683 --> 00:39:23,843 menteri minyak Arab Saudi, Putera Ahmed Zaki Yamani, 622 00:39:23,923 --> 00:39:25,803 lelaki berkuasa di dunia waktu itu 623 00:39:25,883 --> 00:39:27,603 kerana dia mengawal harga minyak. 624 00:39:28,563 --> 00:39:32,163 Sebelum pertemuan, biasanya saya akan siasat orang yang kami akan jumpa 625 00:39:32,203 --> 00:39:35,123 bagi mengetahui latar belakang dan pastikan mereka benar. 626 00:39:35,603 --> 00:39:36,923 Tapi, saya tak sempat. 627 00:39:37,003 --> 00:39:38,363 Jadi saya beritahu mereka, 628 00:39:38,643 --> 00:39:40,643 "Tunggu, saya akan periksa sekejap." 629 00:39:44,243 --> 00:39:47,243 Apabila mereka tiba, kami perasan 630 00:39:47,483 --> 00:39:49,483 yang mereka berdua bawa pengawal peribadi, 631 00:39:49,563 --> 00:39:53,443 Brian Tough yang pakar dalam pengawasan. 632 00:39:54,043 --> 00:39:57,883 Saya fikir, "Habislah! Dia akan tahu dalam sekelip mata." 633 00:40:01,163 --> 00:40:02,483 Saya memasuki vila itu. 634 00:40:03,243 --> 00:40:04,843 "Saya nak tengok-tengok sekejap." 635 00:40:05,363 --> 00:40:06,323 "Boleh, tiada masalah." 636 00:40:07,043 --> 00:40:08,923 Jadi, saya masuk dan periksa. 637 00:40:13,043 --> 00:40:14,483 Ia vila yang sangat mewah. 638 00:40:17,403 --> 00:40:18,723 Saya periksa bilik itu. 639 00:40:21,803 --> 00:40:24,483 Kami fikir, "Alamak, bagaimana jika dia jumpa pepijat? 640 00:40:24,963 --> 00:40:25,883 "Apa kami nak buat?" 641 00:40:32,683 --> 00:40:34,683 Saya meneliti dan teruskan periksa, 642 00:40:34,803 --> 00:40:35,923 mencari sebarang ancaman. 643 00:40:36,083 --> 00:40:38,523 Kami sentiasa peka sepanjang masa. 644 00:40:42,163 --> 00:40:44,163 Jantung saya berdegup kencang. 645 00:40:47,883 --> 00:40:51,363 Tiada apa yang nampak luar biasa di dalam bilik itu. 646 00:40:51,723 --> 00:40:53,723 Kemudian, Douglas dan Freddy masuk. 647 00:40:57,643 --> 00:41:00,243 Freddy dan Doug melalui ruang tamu utama 648 00:41:00,363 --> 00:41:05,083 dan Maz muncul dari biliknya dengan berpakaian jubah. 649 00:41:17,723 --> 00:41:19,923 Saya lihat Sheikh itu dan dia nampak… 650 00:41:21,003 --> 00:41:21,883 Bagaimana nak kata? 651 00:41:22,683 --> 00:41:24,003 Boleh kata "seperti Sheikh." 652 00:41:28,243 --> 00:41:30,723 Jelas sekali mereka tak perasan apa-apa 653 00:41:30,843 --> 00:41:33,243 sebab perkara pertama yang tarik perhatian mereka 654 00:41:33,363 --> 00:41:34,883 ialah beg kertas Dubai. 655 00:41:35,603 --> 00:41:36,923 Maz pandang bawah, 656 00:41:37,043 --> 00:41:39,403 kemudian pandang saya dan kata, "Binatang tak guna!" 657 00:41:39,803 --> 00:41:41,803 "Apa saya cakap?" Dia pandang ke arah 658 00:41:42,443 --> 00:41:45,803 Hall dan Shepherd dan berkata, "Staf, staf, tak guna." 659 00:41:46,323 --> 00:41:47,483 Mereka ketawa. 660 00:41:47,563 --> 00:41:50,083 Saya nampak bersalah dan kutip beg kertas itu. 661 00:42:05,043 --> 00:42:09,243 Freddy dan Doug duduk dan mula minum. 662 00:42:12,723 --> 00:42:14,683 Maz semakin menghayati wataknya. 663 00:42:14,723 --> 00:42:16,923 Dia memetik jari 664 00:42:17,003 --> 00:42:20,043 dan minta sebotol cognac yang sangat mahal 665 00:42:20,123 --> 00:42:21,443 dihantar ke biliknya. 666 00:42:24,603 --> 00:42:26,603 Mereka minum champagne dan brandi. 667 00:42:26,683 --> 00:42:28,723 Mereka minum banyak. 668 00:42:30,163 --> 00:42:34,603 Freddy Shepherd dan Doug Hall percaya semua yang mereka lihat. 669 00:42:36,203 --> 00:42:37,883 Mereka mengkritik para pemain 670 00:42:39,723 --> 00:42:43,003 dan mula bercakap tentang gadis. 671 00:42:43,443 --> 00:42:45,203 Kami tak sangka mereka cakap begitu. 672 00:42:45,323 --> 00:42:48,563 Freddy kata, semua gadis di Newcastle seperti anjing… 673 00:42:49,643 --> 00:42:51,043 dan menghina peminat mereka. 674 00:42:52,523 --> 00:42:57,043 Pada masa yang sama, Conrad mengawasi perbualan itu di bilik sebelah. 675 00:42:59,443 --> 00:43:01,123 Rakaman itu agak kabur. 676 00:43:01,203 --> 00:43:03,003 Kamera tak begitu canggih waktu itu. 677 00:43:03,683 --> 00:43:06,563 Mereka bercakap tentang pelbagai perkara buruk. 678 00:43:06,643 --> 00:43:08,403 Sungguh tak disangka. 679 00:43:09,043 --> 00:43:11,123 Kita masuk dan ada 50 orang gadis di sana. 680 00:43:11,643 --> 00:43:15,443 Tak, masuk saja, minum, ada gadis di sana. 681 00:43:15,523 --> 00:43:17,323 Kita putuskan mahu gadis atau tak. 682 00:43:19,963 --> 00:43:22,923 Maz hanya memainkan peranan seorang putera raja 683 00:43:23,003 --> 00:43:26,083 dan meyakinkan Doug dan Freddy. 684 00:43:26,163 --> 00:43:28,923 Mereka hanya memburukkan imej dengan setiap kata-kata. 685 00:43:29,523 --> 00:43:31,003 Kami tak sangka. 686 00:43:36,323 --> 00:43:39,083 Freddy dan Doug kata, "Mari keluar dan berseronok." 687 00:43:43,763 --> 00:43:46,403 Kami pergi ke sebuah tempat dipanggil Milady Palace. 688 00:43:46,483 --> 00:43:48,443 Tarian seksi, kelab malam. 689 00:43:49,803 --> 00:43:53,803 Ia penuh dengan gadis dan mereka benar-benar menikmatinya. 690 00:43:56,563 --> 00:43:59,683 Malah, Freddy Shepherd beritahu Maz, si Sheikh Palsu 691 00:43:59,763 --> 00:44:03,203 bahawa mereka perlu bertindak berhati-hati di UK 692 00:44:03,283 --> 00:44:05,403 disebabkan tabloid British. 693 00:44:16,483 --> 00:44:19,203 Berlaku kekecohan di Newcastle United malam ini 694 00:44:19,283 --> 00:44:22,163 selepas para pemimpinnya tertangkap dalam intipan tabloid 695 00:44:22,243 --> 00:44:24,963 yang diaturkan oleh Mazher Mahmood dari News of the World, 696 00:44:25,043 --> 00:44:27,243 yang juga dikenali sebagai Sheikh Palsu. 697 00:44:30,843 --> 00:44:32,643 Dakwaan terhadap dua lelaki itu 698 00:44:32,723 --> 00:44:35,003 telah tersebar melalui News of the World 699 00:44:35,083 --> 00:44:38,243 selepas wartawan yang menyamar tangkap mereka di rumah pelacuran. 700 00:44:38,323 --> 00:44:41,963 Akhbar melaporkan mereka sering berfoya-foya sewaktu lawatan kerja. 701 00:44:42,403 --> 00:44:44,003 Mereka didakwa menghina peminat, 702 00:44:44,083 --> 00:44:45,883 menggelar wanita Tyneside anjing. 703 00:44:45,963 --> 00:44:48,403 Pendedahan itu telah mengejutkan para penyokong. 704 00:44:48,483 --> 00:44:49,643 Mereka patut letak jawatan. 705 00:44:51,163 --> 00:44:54,563 Mereka berani cakap begitu tentang wanita. 706 00:44:54,643 --> 00:44:56,683 Perbuatan mereka tak boleh dimaafkan. 707 00:44:57,843 --> 00:44:59,683 Kelab ini wujud kerana peminat, 708 00:45:00,403 --> 00:45:01,403 bukan pengarah. 709 00:45:01,483 --> 00:45:02,683 EKSKLUSIF! MAZHER MAHMOOD 710 00:45:06,723 --> 00:45:09,723 Memang luar biasa. Cara dia tangkap 711 00:45:09,803 --> 00:45:12,323 pemimpin Newcastle yang menghina, 712 00:45:12,403 --> 00:45:14,443 "Semua gadis Newcastle ialah anjing." 713 00:45:14,843 --> 00:45:17,163 Wartawan dunia mengikuti 714 00:45:17,243 --> 00:45:19,403 apa yang Mazher lakukan kepada majalah Sunday. 715 00:45:23,643 --> 00:45:26,083 Pada perlawanan malam tadi, penyokong menunjukkan 716 00:45:26,163 --> 00:45:28,603 kekecewaan mereka dengan melaungkan, "Pengkhianat!" 717 00:45:28,723 --> 00:45:31,443 Pengkhianat! 718 00:45:31,923 --> 00:45:34,043 Mereka berulang kali menggesa mereka letak jawatan 719 00:45:34,123 --> 00:45:35,723 dengan laungan, "Pecat pengarah!" 720 00:45:36,123 --> 00:45:38,323 Pecat pengarah! 721 00:45:48,403 --> 00:45:49,723 Selepas kisah itu disiarkan, 722 00:45:49,803 --> 00:45:52,723 Mazher dinobatkan sebagai Wartawan Terbaik Tahun 1999, 723 00:45:52,803 --> 00:45:53,963 yang mana sangat hebat. 724 00:45:54,043 --> 00:45:54,963 Ia sebuah… 725 00:45:55,683 --> 00:45:59,083 penyiasatan dalam penyamaran sebagai wartawan yang sangat hebat. 726 00:45:59,243 --> 00:46:00,283 Tak mampu ditandingi. 727 00:46:00,363 --> 00:46:02,483 Saya takkan mampu buat sebaik itu. 728 00:46:02,563 --> 00:46:05,283 WARTAWAN KAMI, MAZ MENANG WARTAWAN TERBAIK! 729 00:46:05,363 --> 00:46:07,683 Saya semestinya bangga. 730 00:46:07,923 --> 00:46:09,763 Ia anugerah besar seperti Oscar. 731 00:46:10,363 --> 00:46:11,923 Oscar bagi dunia kerjaya kami. 732 00:46:12,603 --> 00:46:15,123 ANUGERAH INI JATUH KEPADA… 733 00:46:15,923 --> 00:46:17,803 Tiada yang lebih mengujakan 734 00:46:18,003 --> 00:46:20,603 daripada melihat kisah sensasi yang kita bongkar 735 00:46:20,923 --> 00:46:23,603 terpampang di muka depan akhbar 736 00:46:24,203 --> 00:46:26,803 dan seluruh Fleet Street kagum melihatnya. 737 00:46:26,883 --> 00:46:29,203 ANUGERAH AKHBAR BRITISH WARTAWAN TERBAIK TAHUN 1999 738 00:46:31,003 --> 00:46:34,163 Waktu itu, Mazher ialah wartawan dengan bayaran termahal. 739 00:46:34,563 --> 00:46:35,683 Memang patut pun. 740 00:46:38,203 --> 00:46:40,163 Saya sangat mengagumi Maz. 741 00:46:40,443 --> 00:46:42,363 Dia memiliki sesuatu yang orang lain mahukan. 742 00:46:42,803 --> 00:46:46,363 Sanjungan daripada orang yang membaca akhbar, 743 00:46:46,443 --> 00:46:48,843 sanjungan daripada orang berkuasa. 744 00:46:48,963 --> 00:46:51,963 Petik jari saja, dia dapat bayaran untuk sebuah cerita, 745 00:46:52,123 --> 00:46:54,283 sedangkan kami perlu merayu untuk mendapatkannya. 746 00:46:55,083 --> 00:46:58,483 Ia sebuah perlawanan baginya. Dia menang setiap kali perlawanan. 747 00:47:01,603 --> 00:47:03,803 Saya pernah nampak dia memandu kereta cantik 748 00:47:04,243 --> 00:47:06,563 menuju ke restoran mewah. 749 00:47:06,883 --> 00:47:10,203 Jam tangannya jenama Rolex. 750 00:47:10,523 --> 00:47:14,563 Apartmen hebat di Kensington, empat bilik tidur. 751 00:47:18,763 --> 00:47:21,043 Dia wartawan yang berjaya. 752 00:47:26,083 --> 00:47:27,083 Tapi sejujurnya, 753 00:47:27,963 --> 00:47:29,083 dia tak berhati perut. 754 00:47:30,243 --> 00:47:31,563 Dia kejam. 755 00:47:34,003 --> 00:47:36,043 Tiada apa yang mampu menghalangnya. 756 00:47:36,763 --> 00:47:38,723 Sememangnya tiada satu pun yang mampu. 757 00:47:41,603 --> 00:47:47,523 Mazher Mahmood diminta memberikan komen, namun dia tak memberi respons. 758 00:47:47,603 --> 00:47:53,523 News UK diminta memberikan komen, namun tak memberikan respons. 759 00:48:51,443 --> 00:48:53,443 Terjemahan sari kata oleh: Shahira Alena Md Zin 760 00:48:53,523 --> 00:48:55,523 Penyelia Kreatif: Nur Atiqah