1 00:00:06,283 --> 00:00:09,443 Siri ini mengandungi olahan dramatik berdasarkan pengalaman saksi. 2 00:00:09,523 --> 00:00:12,403 Sebahagian kejadian dan watak telah diubah dan digabungkan. 3 00:00:12,483 --> 00:00:15,203 Siri ini mengandungi tiga bahagian dan setiap satu episod 4 00:00:15,283 --> 00:00:18,843 perlu ditonton dan difahami berdasarkan konteks keseluruhan siri ini. 5 00:00:30,003 --> 00:00:32,802 Saya melayari Internet dan terjumpa profil ini. 6 00:00:35,683 --> 00:00:39,123 Saya tanya namanya. Dia jawab, "Mazher Mahmood." 7 00:00:41,963 --> 00:00:44,043 Dia buat saya rasa seperti… 8 00:00:44,963 --> 00:00:46,843 Saya seorang saja yang penting. 9 00:00:51,363 --> 00:00:54,443 Saya kata, "Saya teringin nak tahu bagaimana rupa awak." 10 00:00:55,243 --> 00:00:56,243 Kemudian… 11 00:00:56,923 --> 00:00:59,843 dia hantar beberapa gambar, tapi mukanya… 12 00:01:01,243 --> 00:01:02,083 ditutup. 13 00:01:05,443 --> 00:01:06,883 Saya berfikir, "Siapa dia?" 14 00:01:10,963 --> 00:01:13,323 Saya tanya, "Apa pekerjaan awak?" 15 00:01:13,443 --> 00:01:15,123 Dia kata, ahli perniagaan. 16 00:01:17,243 --> 00:01:20,523 Sejujurnya, saya terima saja dan teruskan. 17 00:01:20,603 --> 00:01:22,363 Saya tak terfikir apa-apa. 18 00:01:23,603 --> 00:01:27,003 Dari ahli perniagaan ke penjawat awam, 19 00:01:27,483 --> 00:01:28,843 jadi saya agak keliru. 20 00:01:29,563 --> 00:01:32,443 Saya mula bertanya, "Awak penjawat awam di jabatan mana?" 21 00:01:32,802 --> 00:01:35,163 Dia jawab, "Saya tak boleh dedahkan." 22 00:01:36,483 --> 00:01:37,763 Kemudian saya terfikir, 23 00:01:37,843 --> 00:01:39,443 "Adakah saya dalam bahaya?" 24 00:01:41,763 --> 00:01:43,802 Suatu hari dia tanya, "Nak jumpa saya?" 25 00:01:44,082 --> 00:01:45,603 Saya jawab, "Okey." 26 00:01:45,683 --> 00:01:47,563 Saya perlu tahu dengan siapa saya kenal. 27 00:01:49,522 --> 00:01:53,243 Kemudian dia kata, "Sebenarnya, saya bukan penjawat awam. 28 00:01:55,082 --> 00:01:57,203 "Saya wartawan yang menyamar." 29 00:01:59,883 --> 00:02:00,763 Saya terus macam, 30 00:02:00,843 --> 00:02:01,683 "Apa awak kata?" 31 00:02:06,203 --> 00:02:07,323 Begitulah ia bermula. 32 00:02:09,483 --> 00:02:11,803 Maz tak benarkan orang ambil gambar dia, 33 00:02:12,283 --> 00:02:14,203 tapi dia benarkan saya buat begitu 34 00:02:14,763 --> 00:02:17,403 dan dia ambil beratus-ratus gambar 35 00:02:17,483 --> 00:02:18,883 kami berdua bersama. 36 00:02:23,483 --> 00:02:26,603 Semua orang fikir, mereka kenal Sheikh Palsu itu, 37 00:02:28,443 --> 00:02:29,283 tapi sebenarnya… 38 00:02:29,643 --> 00:02:31,203 saya kenal lelaki di sebaliknya. 39 00:02:33,283 --> 00:02:34,122 Saya mengenali… 40 00:02:34,203 --> 00:02:35,163 Mazher Mahmood. 41 00:02:46,363 --> 00:02:49,763 Perbicaraan Mazher Mahmood, wartawan dikenali sebagai Sheikh Palsu 42 00:02:49,843 --> 00:02:51,683 telah dibuka di Mahkamah Old Bailey. 43 00:02:54,443 --> 00:02:57,563 Ia sukar dipercayai, tapi boleh dipercayai. 44 00:02:57,643 --> 00:02:58,803 Ia tak mungkin palsu. 45 00:03:03,203 --> 00:03:07,123 Selama 30 tahun, dia bebas menyembunyikan identitinya. 46 00:03:08,363 --> 00:03:10,643 Sifat tanpa nama dan kerahsiaannya 47 00:03:10,723 --> 00:03:14,003 ialah kunci kepada seluruh tindakannya. 48 00:03:15,963 --> 00:03:18,763 Wartawan yang menggelar dirinya "Raja Pengintip", 49 00:03:18,843 --> 00:03:22,083 muncul di mahkamah setiap hari dengan memakai penutup muka. 50 00:03:23,603 --> 00:03:26,483 Dia tak berhati perut, tak jujur 51 00:03:26,563 --> 00:03:28,443 dan tak berperikemanusiaan. 52 00:03:29,683 --> 00:03:32,603 Mazher Mahmood dalang sebalik setiap berita gempar. 53 00:03:32,763 --> 00:03:36,083 Contohnya, kegiatan mengatur perlawanan kriket Pakistan 54 00:03:36,163 --> 00:03:38,563 dan rancangan penculikan Victoria Beckham. 55 00:03:41,083 --> 00:03:43,083 Maz mempergunakan orang 56 00:03:43,603 --> 00:03:46,163 yang tiada kekangan kewangan. 57 00:03:46,243 --> 00:03:49,043 Jika berjaya, dia boleh mendapat bahagiannya. 58 00:03:57,523 --> 00:03:58,643 Saya tak nak akuinya, 59 00:03:59,083 --> 00:04:01,803 tapi dia sangat mahir menjalankan kerja. 60 00:04:29,763 --> 00:04:31,283 Pada lewat 1990-an, 61 00:04:31,803 --> 00:04:34,202 Maz telah memenangi anugerah Wartawan Terbaik. 62 00:04:34,283 --> 00:04:35,563 PEMBERI MAKLUMAT 63 00:04:35,643 --> 00:04:37,363 WARTAWAN TERBAIK TAHUN 1999 MAZHER MAHMOOD 64 00:04:37,403 --> 00:04:38,843 Dia sangat berbangga dengannya. 65 00:04:39,963 --> 00:04:42,523 Lelaki ini ialah penyiasat, 66 00:04:42,603 --> 00:04:45,163 wartawan nombor satu. 67 00:04:51,202 --> 00:04:53,043 Namun, pada awal tahun 2000-an, 68 00:04:53,563 --> 00:04:56,723 News of the World mula melakukan penggodaman telefon besar-besaran. 69 00:04:56,803 --> 00:04:58,123 WARTAWAN NEWS OF THE WORLD 70 00:04:59,523 --> 00:05:00,363 En. Mulcaire? 71 00:05:02,683 --> 00:05:06,283 Kami mengupah Glenn Mulcaire sebagai penyiasat persendirian 72 00:05:06,403 --> 00:05:10,203 untuk menggodam telefon dan mengakses mesej orang. 73 00:05:14,843 --> 00:05:17,083 Maz tak suka dia. Pertama, ia kerja haram. 74 00:05:17,803 --> 00:05:19,483 Kedua, ia sifat kewartawanan 75 00:05:19,923 --> 00:05:21,283 yang murahan dan hina. 76 00:05:22,403 --> 00:05:27,163 Namun, Glenn Mulcaire bawa masuk banyak maklumat dengan kos yang murah 77 00:05:27,603 --> 00:05:30,523 dan disebabkan ia sangat berjaya, 78 00:05:30,603 --> 00:05:32,202 Mazher sudah tak lagi diperlukan. 79 00:05:33,123 --> 00:05:35,963 Kami boleh terus dengar mesej suara mereka. Ia lebih murah. 80 00:05:38,243 --> 00:05:41,202 Dunia tabloid penuh dengan tekanan. 81 00:05:41,283 --> 00:05:43,363 Kami dipuji berdasarkan cerita terakhir kami 82 00:05:43,443 --> 00:05:46,363 dan dibuang jika prestasi tak baik. Itu yang sering berlaku. 83 00:05:46,443 --> 00:05:47,683 WARTAWAN NEWS OF THE WORLD 84 00:05:47,883 --> 00:05:50,643 Dia diharapkan untuk menghasilkan berita sensasi. 85 00:05:50,723 --> 00:05:52,403 TIMBALAN EDITOR NEWS OF THE WORLD 86 00:05:52,483 --> 00:05:54,003 Demi berlaku adil terhadap Mahmood, 87 00:05:54,083 --> 00:05:58,202 egonya menuntut agar dirinya menghasilkan kisah yang sensasi. 88 00:05:59,123 --> 00:06:03,163 Mazher perlu menaik taraf tekniknya untuk buktikan cara lamanya itu 89 00:06:04,003 --> 00:06:06,723 berbaloi dengan kos dan berbaloi diteruskan. 90 00:06:20,243 --> 00:06:23,283 Pada tahun 2002, saya ialah inspektor penyiasat 91 00:06:23,363 --> 00:06:26,163 di Unit Siasatan Khas dan Penculikan. 92 00:06:27,603 --> 00:06:32,123 Mazher Mahmood beritahu kami bahawa dia ada pemberi maklumat 93 00:06:32,202 --> 00:06:36,202 yang berjaya menyusup ke dalam sebuah geng Eropah Timur. 94 00:06:37,083 --> 00:06:38,763 Tiada sesiapa patut rasa ragu. 95 00:06:39,202 --> 00:06:42,563 Maz seorang yang sangat hebat dalam mendapatkan maklumat. 96 00:06:42,643 --> 00:06:44,243 EKSEKUTIF EDITOR NEWS OF THE WORLD 97 00:06:44,803 --> 00:06:46,923 Dia ada ramai kenalan penjenayah 98 00:06:47,243 --> 00:06:50,003 dan kami bayar mereka jika beri maklumat yang bagus. 99 00:06:50,723 --> 00:06:52,723 Kali ini, dia dapat maklumat berharga. 100 00:06:53,363 --> 00:06:56,723 Dia beri kami rakaman suara mengejutkan. 101 00:06:56,803 --> 00:06:59,243 Ia mengandungi perbualan geng itu mahu menculik 102 00:06:59,523 --> 00:07:01,803 seseorang berprofil tinggi. 103 00:07:02,803 --> 00:07:04,603 Tiada masalah untuk culik dia. 104 00:07:05,443 --> 00:07:06,883 Berapa bayaran awak mahu, Jay? 105 00:07:07,963 --> 00:07:10,283 -Saya rasa lima juta. -Lima. 106 00:07:10,803 --> 00:07:12,523 Tiada masalah. 107 00:07:12,923 --> 00:07:15,563 Dalam semua kes, biasanya mereka akan bayar tebusan. 108 00:07:16,003 --> 00:07:17,923 Ada seminggu untuk bawa 109 00:07:18,003 --> 00:07:20,083 -duit itu ke sana. -Ya. 110 00:07:20,283 --> 00:07:23,403 Jika duit itu tiada, saya akan cincang dia. Itu saja. 111 00:07:26,683 --> 00:07:29,163 Dia beritahu kami bahawa… 112 00:07:29,243 --> 00:07:32,443 mangsa yang dirancang untuk diculik ialah… 113 00:07:32,603 --> 00:07:33,803 Victoria Beckham. 114 00:07:38,043 --> 00:07:42,523 Secara jujurnya, soalan pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah, 115 00:07:43,043 --> 00:07:44,643 "Alamak! Apa kita nak buat?" 116 00:07:47,123 --> 00:07:49,323 Penting untuk diingat bahawa pada masa itu, 117 00:07:49,683 --> 00:07:53,043 David dan Victoria Beckham ialah selebriti sangat berprofil tinggi. 118 00:07:53,363 --> 00:07:55,202 Apa saja berita akan jadi muka depan. 119 00:07:56,363 --> 00:07:58,523 Jadi, percubaan menculik keluarga Beckham 120 00:07:58,923 --> 00:08:01,163 akan menjadi salah satu berita paling gempar 121 00:08:01,323 --> 00:08:02,243 di seluruh dunia. 122 00:08:02,643 --> 00:08:04,043 DILARANG MASUK 123 00:08:04,123 --> 00:08:07,523 Mereka akan menghendap di depan rumah agam keluarga Beckham 124 00:08:08,123 --> 00:08:10,603 dan apabila Posh Spice memandu keluar, 125 00:08:10,683 --> 00:08:12,163 mereka akan serang dia, 126 00:08:12,243 --> 00:08:14,123 culik dan beri dia dadah, 127 00:08:14,603 --> 00:08:15,803 lalu jadikan dia tebusan. 128 00:08:16,643 --> 00:08:18,043 Sekiranya dia bawa anak-anak, 129 00:08:18,123 --> 00:08:19,683 mereka juga akan diculik. 130 00:08:20,883 --> 00:08:23,083 Mereka akan tuntut lima juta paun. 131 00:08:29,363 --> 00:08:34,323 Kami juga diberikan video mengejutkan, di mana salah seorang suspek 132 00:08:34,403 --> 00:08:37,523 sedang menguruskan sepucuk pistol tangan. 133 00:08:38,323 --> 00:08:39,283 Mauser. 134 00:08:39,403 --> 00:08:40,403 -Apa kata… -Jerman. 135 00:08:40,483 --> 00:08:41,763 -Jerman? -Ya. 136 00:08:41,803 --> 00:08:43,243 -Okey. -Sangat bagus. 137 00:08:43,523 --> 00:08:44,443 Sangat selamat. 138 00:08:45,123 --> 00:08:46,123 Sangat berkuasa. 139 00:08:48,243 --> 00:08:51,803 Sekelip mata, hal ini menjadi sangat serius. 140 00:08:53,683 --> 00:08:56,123 Ada bukti ancaman nyawa yang boleh dipercayai. 141 00:08:56,683 --> 00:09:00,803 Pihak berkuasa terima arahan untuk mengaturkan pasukan senjata api. 142 00:09:04,763 --> 00:09:07,163 Tindakan kami dalam beberapa jam selepas itu 143 00:09:07,243 --> 00:09:10,003 akan menentukan hidup dan mati seseorang. 144 00:09:13,283 --> 00:09:17,523 Maz rancang pertemuan dengan geng itu di tempat letak kereta di sebuah hotel. 145 00:09:22,803 --> 00:09:25,563 Pasukan senjata api bersembunyi dan bersedia. 146 00:09:27,403 --> 00:09:29,003 Geng itu muncul. 147 00:09:30,883 --> 00:09:33,403 Inspektor pasukan senjata api beri arahan, "Gerak." 148 00:09:39,283 --> 00:09:41,203 EKSKLUSIF DUNIA KAMI HALANG GENG PENCULIK 149 00:09:41,283 --> 00:09:42,923 PENCULIKAN POSH BECKHAM 150 00:09:43,203 --> 00:09:45,523 Dia layak terima pujian. Dia memang berani. 151 00:09:45,563 --> 00:09:46,923 Dia sangat berani. 152 00:09:47,283 --> 00:09:49,803 Sebab itu, News of the World sayang dia. 153 00:09:50,403 --> 00:09:54,923 Kisah percubaan menculik keluarga Beckham menjadi sangat sensasi. 154 00:09:55,243 --> 00:09:58,323 Ia laris seperti pisang goreng panas. 155 00:09:58,883 --> 00:09:59,683 BERITA BBC 156 00:09:59,803 --> 00:10:02,643 Scotland Yard mengatakan, mereka telah menghalang rancangan 157 00:10:02,683 --> 00:10:04,683 untuk menculik Victoria Beckham. 158 00:10:05,083 --> 00:10:09,043 Victoria Beckham berkata, dia sangat terkejut pagi ini 159 00:10:09,123 --> 00:10:11,563 dan berita itu sangat menakutkan dia. 160 00:10:12,443 --> 00:10:14,203 Lima orang lelaki akan dibawa ke mahkamah 161 00:10:14,323 --> 00:10:17,123 pada 24 Februari untuk menghadapi pertuduhan menculik. 162 00:10:18,523 --> 00:10:21,883 Ia sangat menakutkan saya dan keluarga. 163 00:10:21,923 --> 00:10:24,563 Ia sangat dahsyat. 164 00:10:24,803 --> 00:10:27,563 Sekarang, awak berani keluar rumah tanpa pengawal peribadi? 165 00:10:27,643 --> 00:10:29,803 Tak. Kami tak ke mana-mana. 166 00:10:30,203 --> 00:10:32,363 -Anak-anak? Tanpa pengawal? -Mustahil. 167 00:10:32,443 --> 00:10:33,283 Tidak. 168 00:10:40,483 --> 00:10:43,083 Beberapa bulan kemudian, perbicaraan diadakan. 169 00:10:46,363 --> 00:10:47,883 Terdapat pelbagai tuduhan 170 00:10:47,923 --> 00:10:49,883 dan penafian tuduhan terhadap 171 00:10:50,483 --> 00:10:52,803 bukti yang dikemukakan oleh News of the World. 172 00:10:56,603 --> 00:11:00,843 Ahli geng itu mengatakan mereka telah diperangkap 173 00:11:00,923 --> 00:11:03,363 dan semua itu ialah rancangan pemberi maklumat. 174 00:11:06,043 --> 00:11:07,963 Pihak media dan yang lain… 175 00:11:08,043 --> 00:11:09,803 PENCULIKAN 5 JUTA ATAU PERANGKAP TABLOID? 176 00:11:09,883 --> 00:11:12,883 berkata bahawa semua itu hanyalah rekaan 177 00:11:12,963 --> 00:11:15,723 demi kisah muka depan akhbar. 178 00:11:18,603 --> 00:11:20,763 Kes ini telah digugurkan hari ini. 179 00:11:21,043 --> 00:11:23,523 Peguambela berkata, tiada rancangan penculikan 180 00:11:23,603 --> 00:11:25,283 dan anak guam mereka telah ditahan 181 00:11:25,363 --> 00:11:27,763 kerana kelemahan penyiasatan News of the World. 182 00:11:27,843 --> 00:11:29,723 SHEIKH PALSU TERTEKAN PERBICARAAN GAGAL 183 00:11:29,803 --> 00:11:31,203 Apabila kes itu ditutup, 184 00:11:31,283 --> 00:11:34,363 orang fikir itulah pengakhiran kerjaya Mazher Mahmood. 185 00:11:36,523 --> 00:11:39,203 Namun kemudian, pemberi maklumat itu berkata… 186 00:11:39,603 --> 00:11:43,443 dia cuma mereka cerita dan melakukannya demi wang. 187 00:11:44,643 --> 00:11:47,243 Kami hanya reka cerita tentang plot penculikan ini. 188 00:11:47,323 --> 00:11:48,403 SUARA PEMBERI MAKLUMAT 189 00:11:48,483 --> 00:11:50,643 Saya lakukannya demi wang. 190 00:11:51,123 --> 00:11:52,683 Semua itu hanya penipuan. 191 00:11:54,203 --> 00:11:56,683 Mereka cuba menyalahkan News of the World dan Mazher. 192 00:11:56,763 --> 00:11:58,403 NEWS OF THE WORLD TEGASKAN KISAH CULIK 193 00:11:58,483 --> 00:12:00,243 Tapi, bukan kami yang bersalah. 194 00:12:00,323 --> 00:12:02,403 Tindakan kami betul dengan berjumpa polis 195 00:12:03,083 --> 00:12:04,923 dan mengemukakan semua bukti yang ada. 196 00:12:06,803 --> 00:12:09,403 Polis dan Khidmat Pendakwaan Crown 197 00:12:09,483 --> 00:12:11,323 memutuskan untuk teruskan 198 00:12:12,123 --> 00:12:14,203 dan mereka kecut perut sewaktu perbicaraan. 199 00:12:15,203 --> 00:12:17,443 Malah, seorang hakim berkata, 200 00:12:17,523 --> 00:12:20,123 dia tidak ada alasan untuk meragui 201 00:12:20,203 --> 00:12:24,683 bahawa Maz betul-betul percaya yang rancangan itu benar. 202 00:12:26,963 --> 00:12:31,843 Adakah ini benar-benar cerita rekaan pemberi maklumat? 203 00:12:32,443 --> 00:12:36,883 Adakah ia seperti yang dikatakan oleh ahli geng itu 204 00:12:37,163 --> 00:12:39,083 atau ia direka oleh orang lain? 205 00:12:39,763 --> 00:12:40,843 Saya sendiri tak tahu. 206 00:12:46,043 --> 00:12:48,803 Orang atasan lebih bersetuju 207 00:12:48,883 --> 00:12:51,243 untuk meneruskan kes itu 208 00:12:51,323 --> 00:12:53,443 dan menyabitkan kesalahan. 209 00:12:53,523 --> 00:12:55,603 Ia satu bonus. 210 00:12:55,923 --> 00:12:59,163 Tapi secara amnya, saya tak pasti jika ia memang perlu. 211 00:13:02,723 --> 00:13:04,723 Apa yang penting ialah kisah itu 212 00:13:05,603 --> 00:13:07,283 dan kegemparan yang ia hasilkan. 213 00:13:10,163 --> 00:13:12,923 Selepas percubaan menculik keluarga Beckham, 214 00:13:13,323 --> 00:13:17,323 Maz tahu kami mahukan apa yang dia patut berikan. 215 00:13:18,923 --> 00:13:20,523 Dia diberi kebebasan buat apa saja. 216 00:13:21,243 --> 00:13:22,763 Mereka kata, "Teruskan, Maz." 217 00:13:28,283 --> 00:13:30,923 Di News of the World, waktu itu 218 00:13:31,003 --> 00:13:34,603 ialah era kegemilangan dan kehebatannya. 219 00:13:38,403 --> 00:13:42,443 Semua yang dia lakukan menjadi berita antarabangsa. 220 00:13:42,643 --> 00:13:43,923 PUTERI KHIANATI KERABAT DIRAJA 221 00:13:44,003 --> 00:13:45,323 Puteri Michael khianati Ratu 222 00:13:45,403 --> 00:13:48,723 Bagaimana dia berjaya buat semua ini pada setiap minggu? 223 00:13:51,003 --> 00:13:53,923 Kami gantung poster besar 224 00:13:54,043 --> 00:13:56,283 ...muka depan kebanggaan kami. Ia satu inspirasi. 225 00:13:58,043 --> 00:14:01,323 Banyak penyiasatan oleh Sheikh Palsu dipaparkan. 226 00:14:05,403 --> 00:14:07,003 Dia sangat suka menyamar. 227 00:14:07,083 --> 00:14:08,163 BEKAS PASANGAN MAHMOOD 228 00:14:08,243 --> 00:14:11,123 Dia suka dapatkan kisah baharu. Dia suka membongkar rahsia. 229 00:14:12,243 --> 00:14:14,283 Itu minat dia. Itu sifat dia. 230 00:14:18,723 --> 00:14:21,363 Saya masih ingat, sewaktu kami bercuti ke Dubai, 231 00:14:22,083 --> 00:14:24,723 kami makan tengah hari di marina 232 00:14:24,803 --> 00:14:26,563 dan ada sebuah kapal layar cantik. 233 00:14:27,163 --> 00:14:30,043 Dia kata, "Cerita saya yang terkini, saya dapat di kapal layar itu. 234 00:14:31,003 --> 00:14:33,643 Dia kata, dia buat operasi mengintip 235 00:14:33,723 --> 00:14:36,043 Sven-Göran Eriksson. 236 00:14:41,923 --> 00:14:42,923 Ayuh, Sven! 237 00:14:45,083 --> 00:14:49,283 Sven-Göran Eriksson ialah pengurus pasukan bola sepak England pada waktu itu. 238 00:14:49,763 --> 00:14:52,963 Di negara ini, tiada jawatan yang lebih besar dalam bidang sukan. 239 00:14:53,723 --> 00:14:56,603 Sven sentiasa muncul di tabloid. 240 00:14:56,683 --> 00:14:58,683 Dia mempunyai banyak hubungan sulit 241 00:14:58,763 --> 00:15:01,803 dan sentiasa dikaitkan dengan skandal. 242 00:15:02,163 --> 00:15:05,323 Kisah Sven sering melariskan akhbar. 243 00:15:07,923 --> 00:15:13,083 Maz dapat tahu Sven sedang mencari kerja dengan bayaran yang lumayan. 244 00:15:14,243 --> 00:15:16,483 Piala Dunia semakin hampir 245 00:15:16,563 --> 00:15:18,883 dan dia sepatutnya fokus terhadap pasukannya. 246 00:15:19,283 --> 00:15:22,483 Namun begitu, dia sibuk mencari peluang pekerjaan lain. 247 00:15:23,243 --> 00:15:26,643 Ia pengkhianatan yang sangat besar. 248 00:15:27,083 --> 00:15:29,443 Namun begitu, ia juga kisah yang besar. 249 00:15:31,683 --> 00:15:34,523 Maz jumpa kami dengan rancangan yang luar biasa. 250 00:15:35,243 --> 00:15:37,043 Ia akan memakan kos 251 00:15:37,123 --> 00:15:40,243 puluhan ribu paun. 252 00:15:40,723 --> 00:15:43,883 Tapi pada tahap ini, kepercayaan kami 253 00:15:43,963 --> 00:15:45,843 kepada Sheikh Palsu sangat tinggi. 254 00:15:46,363 --> 00:15:47,483 Kami cakap, "Teruskan." 255 00:15:50,523 --> 00:15:54,163 Salah seorang orang Maz hubungi ejen Sven dan berkata, 256 00:15:54,483 --> 00:15:56,443 "Mahukah Sven pertimbangkan 257 00:15:57,203 --> 00:16:01,283 "untuk membangunkan dan menguruskan sebuah akademi bola sepak di Dubai?" 258 00:16:01,843 --> 00:16:03,603 "Ya, dia pasti berminat." 259 00:16:04,283 --> 00:16:07,723 "Mahukah dia menaiki pesawat kelas pertama pada hujung minggu 260 00:16:07,803 --> 00:16:09,883 "untuk jumpa Sheikh yang akan taja akademi ini?" 261 00:16:09,963 --> 00:16:10,803 EJEN SVEN 262 00:16:11,603 --> 00:16:12,643 "Ya, dia mahu." 263 00:16:17,203 --> 00:16:22,043 Ejen Sven mempunyai seorang penasihat undang-undang yang sangat bijak 264 00:16:22,123 --> 00:16:23,403 bernama Richard Des Voeux. 265 00:16:24,643 --> 00:16:26,043 Tindakan yang bijak 266 00:16:26,123 --> 00:16:28,603 sebelum meneruskan perancangan untuk ke Dubai, 267 00:16:29,443 --> 00:16:32,603 Des Voeux mahu datang ke pejabat di London untuk perbincangan. 268 00:16:33,243 --> 00:16:35,203 Timbul masalah di sini. 269 00:16:37,123 --> 00:16:38,243 Pejabat tak wujud. 270 00:16:39,563 --> 00:16:40,723 Jadi, apa kami buat? 271 00:16:41,163 --> 00:16:42,643 Kami bina sebuah pejabat. 272 00:16:44,803 --> 00:16:46,843 Kami sewa ruang pejabat yang mewah. 273 00:16:50,763 --> 00:16:55,963 Kami letakkan gambar palsu Sheikh dengan pelbagai selebriti. 274 00:17:01,203 --> 00:17:03,403 Ia percubaan berani mati. 275 00:17:03,523 --> 00:17:05,083 SYARIKAT KOMUNIKASI FALCON 276 00:17:09,843 --> 00:17:12,203 Saya tak pernah terfikir 277 00:17:12,283 --> 00:17:13,443 PENASIHAT UNDANG-UNDANG 278 00:17:13,523 --> 00:17:15,523 saya akan muncul dalam News of the World. 279 00:17:16,523 --> 00:17:18,803 Saya baca intipan dilakukan kepada orang lain 280 00:17:18,843 --> 00:17:20,923 dan dengan yakin saya berkata, 281 00:17:21,003 --> 00:17:23,283 "Ia takkan berlaku kepada saya." 282 00:17:26,003 --> 00:17:29,563 Pejabat itu nampak sangat bertaraf tinggi. 283 00:17:31,123 --> 00:17:34,003 Ada banyak gambar Sheikh itu 284 00:17:34,083 --> 00:17:36,123 dengan individu berprofil tinggi. 285 00:17:36,203 --> 00:17:38,923 Ia memberi saya suatu kelegaan 286 00:17:39,003 --> 00:17:41,123 dan keyakinan tentang orang yang saya berurusan. 287 00:17:43,003 --> 00:17:46,603 Masalah dengan Des Voeux, peguam yang peka ini, 288 00:17:46,723 --> 00:17:50,483 dia juga banyak pengetahuan tentang Timur Tengah. 289 00:17:51,003 --> 00:17:54,483 Dia mula bercakap tentang statistik ekonomi 290 00:17:54,563 --> 00:17:56,443 yang mana di luar pengetahuan mereka. 291 00:17:56,683 --> 00:17:58,963 Pada waktu itu, saya berurusan dengan 292 00:17:59,603 --> 00:18:02,723 wakil seorang Sheikh. 293 00:18:02,803 --> 00:18:05,523 Jadi, sangat sukar untuk dorong dia bercakap 294 00:18:05,603 --> 00:18:09,123 dengan lebih mendalam tentang aspek spesifik projek tersebut. 295 00:18:09,683 --> 00:18:12,803 Namun begitu, mereka asyik menekankan 296 00:18:12,843 --> 00:18:15,763 kualiti layanan yang akan diterima. 297 00:18:15,843 --> 00:18:17,723 Tiket pesawat kelas pertama, 298 00:18:17,803 --> 00:18:20,083 bilik hotel paling mewah di dunia. 299 00:18:20,803 --> 00:18:24,363 Tanpa sebarang keraguan, 300 00:18:24,843 --> 00:18:26,363 saya fikir tiada ruginya 301 00:18:26,763 --> 00:18:28,523 jika kami terima jemputan itu, 302 00:18:28,603 --> 00:18:29,963 pergi ke sana untuk berbincang 303 00:18:30,043 --> 00:18:31,523 dan dengar perancangan mereka. 304 00:18:32,563 --> 00:18:34,043 Tapi, apa yang Maz sedar, 305 00:18:35,043 --> 00:18:36,563 dia perlu elak peguam ini. 306 00:18:39,123 --> 00:18:41,723 Mereka menekankan dengan jelas bahawa 307 00:18:41,803 --> 00:18:45,563 kebajikan yang dinyatakan adalah untuk Sven 308 00:18:45,843 --> 00:18:49,003 dan Athole, ejen Sven. Bukan untuk saya. 309 00:18:49,363 --> 00:18:50,203 Strategi bijak. 310 00:18:50,523 --> 00:18:51,963 Athole sebenarnya 311 00:18:52,603 --> 00:18:53,803 berkeras agar saya ikut. 312 00:18:54,043 --> 00:18:56,363 Kemudian dia kata, "Saya akan bayar tiket awak." 313 00:18:56,603 --> 00:19:00,243 Semua ini membuatkan kerja mereka menjadi semakin rumit 314 00:19:00,563 --> 00:19:02,043 kerana lelaki ini 315 00:19:02,123 --> 00:19:04,283 secara jujurnya memang sangat bijak. 316 00:19:05,723 --> 00:19:08,603 Sven dan Athole dijemput dengan sebuah limousin 317 00:19:08,723 --> 00:19:10,523 ke Lapangan Terbang Heathrow. 318 00:19:11,283 --> 00:19:13,523 Saya pula pergi ke sana sendiri. 319 00:19:14,843 --> 00:19:16,483 Tiket saya kelas ekonomi. 320 00:19:23,123 --> 00:19:26,363 Saya jumpa Sven dan Athole di Burj Al Arab. 321 00:19:27,363 --> 00:19:29,843 Ia direka dengan maksud spesifik 322 00:19:29,963 --> 00:19:32,523 untuk buat orang kagum dan ia memang mengagumkan. 323 00:19:36,043 --> 00:19:37,563 Menurut tanggapan Maz, 324 00:19:38,363 --> 00:19:42,123 mereka akan terpedaya dengan segalanya 325 00:19:42,603 --> 00:19:44,723 jika mereka percaya bahawa 326 00:19:45,123 --> 00:19:49,043 inilah kekayaan yang mereka tak pernah bayangkan. 327 00:20:08,003 --> 00:20:11,283 Sheikh itu menyambut Sven dengan mesra. 328 00:20:17,043 --> 00:20:19,723 Jelas sekali dia tak berminat untuk menyapa saya 329 00:20:19,803 --> 00:20:22,043 atau berbual dengan saya, 330 00:20:22,603 --> 00:20:23,563 yang mana tak mengapa. 331 00:20:26,963 --> 00:20:31,043 Kami sangat memahami dan mahu menghormati budaya tempatan. 332 00:20:31,923 --> 00:20:33,763 Sven pernah bertanya, 333 00:20:34,083 --> 00:20:37,123 tak mengapakah jika kami 334 00:20:37,203 --> 00:20:38,683 pesan atau minum wain. 335 00:20:41,083 --> 00:20:43,203 Nasihat kami kepada dia, 336 00:20:43,763 --> 00:20:44,803 "Lebih baik jangan." 337 00:20:46,363 --> 00:20:48,523 Sheikh itu bukan saja tawarkan wain, 338 00:20:48,603 --> 00:20:51,603 malah dia berkeras sehingga kami mula rasa 339 00:20:51,723 --> 00:20:53,603 agak biadab jika kami menolak. 340 00:20:55,563 --> 00:20:56,723 Ia boleh dikatakan 341 00:20:56,803 --> 00:21:01,003 satu ujian untuk melihat jika mereka akan beri reaksi apabila 342 00:21:01,083 --> 00:21:02,363 saya pesan minuman mahal. 343 00:21:02,923 --> 00:21:04,243 Jadi, saya pesan yang mahal. 344 00:21:10,763 --> 00:21:13,843 Mereka minum beberapa botol wain berharga seribu paun. 345 00:21:16,843 --> 00:21:18,003 Wain itu sangat sedap. 346 00:21:18,083 --> 00:21:20,043 Ia perkara terbaik petang itu. 347 00:21:21,123 --> 00:21:23,603 Ia kebahagiaan di luar jangkaan 348 00:21:24,243 --> 00:21:26,443 dan dia termakan umpan, lalu terpedaya. 349 00:21:32,763 --> 00:21:35,203 Pada sepuluh hingga lima belas minit pertama, 350 00:21:35,283 --> 00:21:37,323 mereka hanya terangkan rancangan mereka. 351 00:21:37,963 --> 00:21:40,603 Kami menegaskan bahawa 352 00:21:40,683 --> 00:21:43,603 fokus Sven hanya terhadap Piala Dunia sepenuhnya. 353 00:21:44,203 --> 00:21:47,043 Kemudian, Sheikh itu tanya pendapat lain. 354 00:21:47,723 --> 00:21:51,283 Ejen Sven menyatakan bahawa ada kelab bola sepak untuk dijual 355 00:21:51,363 --> 00:21:53,963 dan tanya jika Sheikh berminat untuk beli. 356 00:21:54,243 --> 00:21:56,883 Bukankah Sven berpeluang menjadi pengurus pasukan itu? 357 00:21:57,163 --> 00:21:59,563 Saya tak fikir ia akan menimbulkan kontroversi. 358 00:22:00,403 --> 00:22:02,483 Sejujurnya, hingga kini saya fikir begitu. 359 00:22:02,843 --> 00:22:05,843 Apa yang dia buat hanyalah menyiasat 360 00:22:05,923 --> 00:22:08,563 perkara-perkara menarik 361 00:22:08,643 --> 00:22:11,163 sehingga Persatuan Bola Sepak berhajat 362 00:22:11,243 --> 00:22:14,323 untuk berpindah ke tempat baharu selepas Piala Dunia. 363 00:22:15,163 --> 00:22:17,763 Waktu itu, Sven tak menyatakan sebarang persetujuan 364 00:22:17,843 --> 00:22:18,843 dan tak cakap apa-apa. 365 00:22:20,363 --> 00:22:21,363 Apa berlaku selepas itu 366 00:22:22,003 --> 00:22:23,563 memang kebiasaan Maz. 367 00:22:27,323 --> 00:22:31,083 Dia putuskan untuk luangkan lebih masa bersendirian dengan Sven. 368 00:22:31,603 --> 00:22:33,483 Apa kita akan buat dalam situasi itu? 369 00:22:34,763 --> 00:22:37,163 Sewa sebuah kapal layar mewah 370 00:22:38,003 --> 00:22:39,603 dan belanjakan duit untuk itu. 371 00:22:39,683 --> 00:22:41,523 Apalah sangat sepuluh ribu paun 372 00:22:41,963 --> 00:22:43,283 untuk mendapatkan kisah ini. 373 00:22:53,443 --> 00:22:55,563 Semestinya, kapal persiaran itu 374 00:22:55,643 --> 00:22:58,683 menguatkan keyakinan bahawa kami berurusan dengan orang 375 00:22:58,763 --> 00:23:02,203 yang mampu untuk menjayakan projek 376 00:23:02,283 --> 00:23:03,843 yang sedang dalam perbincangan. 377 00:23:07,003 --> 00:23:09,843 Tak dinafikan, berurusan dengan seseorang 378 00:23:09,923 --> 00:23:11,083 dari negara berbeza, 379 00:23:11,283 --> 00:23:13,083 dengan latar belakang budaya berbeza, 380 00:23:13,403 --> 00:23:16,803 ada sedikit perasaan terlalu menghormati 381 00:23:16,883 --> 00:23:19,523 kerana saya tak mahu dianggap biadab. 382 00:23:20,963 --> 00:23:23,883 Sekiranya dia lelaki kulit putih dari London Selatan, 383 00:23:23,963 --> 00:23:27,163 saya mungkin akan lebih bersikap 384 00:23:27,723 --> 00:23:28,643 kurang formal 385 00:23:28,923 --> 00:23:30,643 berbanding dengan situasi waktu itu. 386 00:23:33,323 --> 00:23:36,443 Kemudian, mereka pelawa kami berenang sebelum makan tengah hari. 387 00:23:36,523 --> 00:23:37,403 Kemudian, 388 00:23:38,523 --> 00:23:41,883 Sven menyatakan dia tak kisah untuk berenang. 389 00:23:42,963 --> 00:23:46,283 Jadi waktu itu kami fikir, "Jika semua mahu, mari lakukannya." 390 00:23:48,843 --> 00:23:51,643 Selepas kami semua tukar baju untuk pergi berenang, 391 00:23:51,723 --> 00:23:53,563 Sven putuskan untuk tak sertai kami. 392 00:23:56,083 --> 00:23:58,203 Saya putuskan untuk teruskan, 393 00:23:59,763 --> 00:24:02,003 berenang beberapa pusingan dan naik. 394 00:24:03,803 --> 00:24:04,763 Jadi akhirnya, 395 00:24:05,163 --> 00:24:07,603 Maz dapat bersama Sven seperti yang dimahukan. 396 00:24:08,523 --> 00:24:12,283 Mereka berdua berbual berkenaan urus niaga bayaran 397 00:24:14,723 --> 00:24:18,963 dan alat perakam mampu merakam setiap butir perbualan. 398 00:24:19,363 --> 00:24:22,883 13/01/2006 1.50 PETANG 399 00:24:24,523 --> 00:24:26,163 Perbualan yang mencetus kontroversi. 400 00:24:34,963 --> 00:24:37,243 Saya dah kembali ke London. 401 00:24:39,243 --> 00:24:42,443 Saat telefon saya berdering, saya tahu ada masalah berlaku. 402 00:24:42,523 --> 00:24:43,883 Perkara pertama dia cakap, 403 00:24:44,003 --> 00:24:47,203 "Rich, awak takkan sangka. Semua itu intipan News of the World." 404 00:24:50,963 --> 00:24:52,523 Fikiran saya bercelaru. 405 00:24:53,083 --> 00:24:55,843 Apa kesan terhadap saya? Bagaimana dengan klien? 406 00:24:55,923 --> 00:24:57,123 Menjejaskan keluarga? 407 00:24:57,203 --> 00:24:58,843 Menjejaskan reputasi? 408 00:25:00,203 --> 00:25:01,803 Saya rasa seperti 409 00:25:02,203 --> 00:25:04,523 ada orang tumbuk perut saya. 410 00:25:09,563 --> 00:25:12,923 Ia intipan akhbar paling mengejutkan 411 00:25:13,243 --> 00:25:14,603 yang pernah berlaku. 412 00:25:15,083 --> 00:25:17,803 Empat perkataan ditulis dengan sangat jelas. 413 00:25:17,883 --> 00:25:19,283 "Urus niaga kotor Sven." 414 00:25:19,483 --> 00:25:20,963 URUS NIAGA KOTOR SVEN 415 00:25:21,803 --> 00:25:23,763 Ia memenuhi ruang muka depan, 416 00:25:23,843 --> 00:25:25,643 dua muka surat seterusnya, 417 00:25:25,843 --> 00:25:27,323 dua muka surat lagi 418 00:25:27,843 --> 00:25:29,403 dan dua muka surat seterusnya. 419 00:25:29,643 --> 00:25:31,523 Ia juga disiarkan oleh agensi lain. 420 00:25:31,603 --> 00:25:33,763 Ia dicetak secara berterusan. 421 00:25:34,283 --> 00:25:36,843 Jurulatih bola sepak England, Sven-Göran Eriksson, 422 00:25:36,923 --> 00:25:39,043 menjadi perhatian dalam kontroversi baharu. 423 00:25:39,483 --> 00:25:41,643 Dia menjadi mangsa penyamaran sebuah tabloid 424 00:25:41,723 --> 00:25:43,923 di mana umpannya ialah sejumlah wang yang banyak 425 00:25:44,483 --> 00:25:45,403 dan dia terpedaya. 426 00:25:45,803 --> 00:25:46,643 1.58 PETANG 427 00:25:46,723 --> 00:25:49,123 Semasa perbualan dengan wartawan yang menyamar, 428 00:25:49,203 --> 00:25:51,963 dia mula bercakap tentang dipaksa meninggalkan England 429 00:25:52,043 --> 00:25:53,923 untuk menguruskan Aston Villa. 430 00:25:55,243 --> 00:25:57,443 Isi kandungan artikel itu mengarut. 431 00:25:57,923 --> 00:26:02,723 Sebahagian besarnya sangat berbeza daripada apa yang dibualkan. 432 00:26:03,083 --> 00:26:05,603 Ada kandungan yang melampau dan direka. 433 00:26:06,243 --> 00:26:07,803 Ada juga yang hanya penipuan. 434 00:26:08,843 --> 00:26:11,403 Sebelum ini, terdapat keraguan terhadap 435 00:26:11,483 --> 00:26:13,283 komitmen Sven kepada pasukan England. 436 00:26:13,363 --> 00:26:15,123 Kini keraguan terhadap integritinya. 437 00:26:16,323 --> 00:26:17,603 Cara ia diproses 438 00:26:17,683 --> 00:26:19,563 dan penerimaan orang awam 439 00:26:19,643 --> 00:26:21,443 sangat mengejutkan saya. 440 00:26:21,923 --> 00:26:23,083 Patut berhentikan dia. 441 00:26:23,163 --> 00:26:24,723 Dia ada banyak skandal. 442 00:26:24,803 --> 00:26:26,443 Bagi saya, dia tak cukup bagus. 443 00:26:26,523 --> 00:26:28,003 Sepatutnya orang Inggeris. 444 00:26:28,243 --> 00:26:30,123 Sven, awak rancang tinggalkan England? 445 00:26:30,803 --> 00:26:32,683 Secara peribadi 446 00:26:32,763 --> 00:26:34,363 dan secara profesional, 447 00:26:34,843 --> 00:26:37,003 kesan selepas insiden itu 448 00:26:37,203 --> 00:26:39,683 adalah sangat besar. 449 00:26:40,723 --> 00:26:43,523 Pencarian jurulatih baharu pasukan England sudah bermula. 450 00:26:43,603 --> 00:26:45,323 Jurulatih kini, Sven-Göran Eriksson, 451 00:26:45,403 --> 00:26:47,563 dah bersetuju untuk letak jawatan 452 00:26:47,643 --> 00:26:49,203 selepas Piala Dunia musim panas. 453 00:26:50,443 --> 00:26:52,323 England tersingkir daripada Piala Dunia 454 00:26:52,403 --> 00:26:55,323 selepas kalah penalti pada suku akhir menentang Portugal. 455 00:26:56,483 --> 00:26:58,843 Seperti dijangka, dia menyalahkan 456 00:26:59,283 --> 00:27:00,443 News of the World 457 00:27:00,763 --> 00:27:02,003 dan Mazher Mahmood. 458 00:27:02,203 --> 00:27:07,043 Jika kami memang melakukan jenayah yang dibenci masyarakat, 459 00:27:07,363 --> 00:27:09,883 kami akan akur dan mengaku, "Saya salah." 460 00:27:10,483 --> 00:27:11,323 Tapi, ini? 461 00:27:11,923 --> 00:27:12,843 Kami pergi ke sana 462 00:27:13,123 --> 00:27:16,683 untuk mendengar sebuah usul yang tak seberapa. 463 00:27:17,363 --> 00:27:20,203 Dengan perkara itu, mereka nak mencuba 464 00:27:20,283 --> 00:27:23,083 untuk memusnahkan hidup dan reputasi tiga orang lelaki ini? 465 00:27:23,763 --> 00:27:26,843 Ramai orang fikir, "Lelaki tak guna." 466 00:27:27,723 --> 00:27:28,563 Betul? 467 00:27:37,163 --> 00:27:39,803 Sven-Göran Eriksson menyaman News of the World 468 00:27:39,883 --> 00:27:41,923 kerana pecah amanah. 469 00:27:42,003 --> 00:27:45,323 Dia mendakwa kata-katanya 470 00:27:45,403 --> 00:27:48,523 sewaktu perbincangan peribadi itu tak menjejaskan masyarakat. 471 00:27:49,643 --> 00:27:52,843 Kes itu selesai. 472 00:27:52,923 --> 00:27:55,883 News of the World membuat derma kebajikan 473 00:27:55,963 --> 00:27:59,323 dan membayar kos guaman Eriksson. 474 00:28:00,723 --> 00:28:02,923 Mazher Mahmood atau Sheikh Palsu 475 00:28:03,003 --> 00:28:05,123 ialah raja pengintip selebriti. 476 00:28:05,203 --> 00:28:07,963 Namun, adakah teknik penyiasatan kewartawanan ini sah? 477 00:28:08,043 --> 00:28:11,003 Dia mempertahankan cara kerjanya yang berkontroversi. 478 00:28:11,083 --> 00:28:13,843 Pernahkah awak terfikir, "Mereka agak baik. 479 00:28:13,923 --> 00:28:16,483 "Patutkah saya musnahkan hidup mereka begini?" 480 00:28:16,563 --> 00:28:20,643 Kami hanya mendedahkan orang yang terlibat dalam jenayah dan kesalahan moral. 481 00:28:20,963 --> 00:28:23,203 Mereka sasaran yang sah untuk penyiasatan kami. 482 00:28:23,283 --> 00:28:24,923 Tugas wartawan penyiasat 483 00:28:25,003 --> 00:28:27,283 adalah mendedahkan kebenaran kepada masyarakat. 484 00:28:28,003 --> 00:28:30,043 Itulah tugas akhbar kami selama 165 tahun 485 00:28:30,123 --> 00:28:31,203 dan saya akan teruskan. 486 00:28:35,683 --> 00:28:39,243 Hanya orang yang betul-betul berkebolehan 487 00:28:39,523 --> 00:28:41,763 layak melakukan operasi penyamaran. 488 00:28:43,203 --> 00:28:46,963 Kebolehan memperdaya orang berkali-kali, 489 00:28:47,163 --> 00:28:48,923 merapatkan diri dengan sasaran, 490 00:28:49,323 --> 00:28:50,643 kemudian mendapatkan maklumat 491 00:28:50,883 --> 00:28:52,723 yang diperlukan untuk tulis berita. 492 00:28:54,883 --> 00:28:56,603 Sewaktu bekerja dengan Maz, 493 00:28:57,203 --> 00:29:00,363 saya dapat menguasai kebolehan itu dengan mudah. 494 00:29:01,643 --> 00:29:05,323 Saya yakin kebolehan itu terbentuk 495 00:29:05,403 --> 00:29:07,203 melalui tekanan sewaktu membesar. 496 00:29:11,643 --> 00:29:15,843 Kami kanak-kanak imigran generasi pertama yang lahir di UK. 497 00:29:17,603 --> 00:29:20,603 Bapa berhijrah ke sini demi meningkatkan kehidupan anak-anak. 498 00:29:21,963 --> 00:29:23,483 Pelajaran yang baik ialah kunci. 499 00:29:23,563 --> 00:29:25,883 Jadi, ayah saya hantar saya ke sekolah persediaan. 500 00:29:26,923 --> 00:29:28,843 Demi buat begitu, dia lakukan tiga kerja. 501 00:29:31,163 --> 00:29:34,803 Tekanan besar buat kami, anak-anak generasi pertama 502 00:29:35,283 --> 00:29:36,363 adalah untuk berjaya. 503 00:29:37,043 --> 00:29:39,883 Untuk menjadi peguam, doktor, 504 00:29:40,323 --> 00:29:41,203 jurutera. 505 00:29:41,923 --> 00:29:43,803 Senang kata, apa yang kami pikul 506 00:29:43,883 --> 00:29:46,643 ialah cita-cita ibu bapa yang tak kesampaian, 507 00:29:47,163 --> 00:29:49,483 kini disandarkan kepada kami. 508 00:29:52,803 --> 00:29:55,243 Disebabkan tekanan itu, 509 00:29:55,443 --> 00:29:57,883 kami ada kebolehan menyesuaikan diri. 510 00:29:58,323 --> 00:30:01,243 Kebolehan menyesuaikan diri pada usia yang sangat muda 511 00:30:01,323 --> 00:30:02,363 adalah kebolehan menipu. 512 00:30:05,003 --> 00:30:08,683 Menipu ibu bapa. "Bagaimana dengan sekolah?" "Bagus." 513 00:30:08,963 --> 00:30:11,123 "Bagaimana keputusan ujian?" "Markah penuh." 514 00:30:11,683 --> 00:30:12,523 Segalanya penipuan. 515 00:30:12,843 --> 00:30:14,683 Untuk lepaskan diri daripada tekanan. 516 00:30:16,723 --> 00:30:21,283 Saya membentuk kompas moral yang sangat berbeza. 517 00:30:22,923 --> 00:30:26,243 Latar belakang saya sangat serupa dengan Maz. 518 00:30:26,763 --> 00:30:29,123 Jadi, saya tahu sebab apa dia berkelakuan begitu 519 00:30:29,203 --> 00:30:30,843 kerana saya juga begitu. 520 00:30:33,763 --> 00:30:37,243 Bagi Maz, matlamat menghalalkan cara. 521 00:30:41,683 --> 00:30:44,843 Saya rasa orang salah faham terhadap Maz. 522 00:30:46,363 --> 00:30:48,363 Orang menganggap dia 523 00:30:48,843 --> 00:30:50,643 tak berhati perut, kejam, 524 00:30:51,083 --> 00:30:52,883 buat apa saja untuk dapat berita. 525 00:30:53,283 --> 00:30:55,963 Itu sangat tak benar dan sangat tak adil. 526 00:30:57,923 --> 00:31:01,123 Apa yang orang tak tahu tentang dia ialah dia sangat baik hati, 527 00:31:01,603 --> 00:31:04,123 sangat pemurah. Dia mengutamakan keluarga. 528 00:31:05,003 --> 00:31:07,003 Dia mempunyai semangat setia kawan. 529 00:31:08,203 --> 00:31:10,403 Ada banyak sifat dalam dirinya 530 00:31:10,643 --> 00:31:12,643 yang sangat baik. Sangat baik. 531 00:31:18,843 --> 00:31:20,603 Hubungan saya dengan Maz… 532 00:31:21,323 --> 00:31:22,323 penuh kejutan. 533 00:31:24,043 --> 00:31:25,003 Saya pernah cakap, 534 00:31:25,083 --> 00:31:28,603 "Oh, Tuhan. Saya sangat menyukai David Cassidy." 535 00:31:28,683 --> 00:31:29,883 UNTUK ZEE X 536 00:31:29,963 --> 00:31:31,963 Beberapa hari kemudian, saya dapat CD 537 00:31:33,443 --> 00:31:37,283 dan ia mengandungi lagu-lagu David Cassidy. 538 00:31:37,643 --> 00:31:39,923 Lagu yang pertama ialah "I Think I Love You." 539 00:31:40,563 --> 00:31:42,563 Mungkin aku mencintaimu 540 00:31:42,763 --> 00:31:44,923 Mungkin aku mencintaimu 541 00:31:45,283 --> 00:31:46,443 Dia beri kasih sayang, 542 00:31:46,883 --> 00:31:49,243 jadi kita rasa dihargai. 543 00:31:49,683 --> 00:31:51,883 Kita rasa seperti sebuah keluarga. 544 00:31:52,203 --> 00:31:54,203 Kita rasa diperlukan. 545 00:31:54,763 --> 00:31:58,163 Dengan cara ini, dia boleh suruh kita buat 546 00:31:58,243 --> 00:32:00,243 perkara yang dia mahu. 547 00:32:01,483 --> 00:32:04,243 Saya mula bantu dia dapatkan kisah. 548 00:32:04,803 --> 00:32:05,883 Ia mendebarkan. 549 00:32:06,123 --> 00:32:07,763 Tapi, ia menyeronokkan. 550 00:32:08,523 --> 00:32:12,203 Mungkin aku mencintaimu Jadi, apa yang aku takut? 551 00:32:12,563 --> 00:32:14,683 Aku takut aku tak pasti… 552 00:32:15,483 --> 00:32:18,643 Kami mengembara ke merata tempat untuk dapatkan kisah. 553 00:32:19,803 --> 00:32:22,443 Apabila saya ke London untuk luangkan masa bersama, 554 00:32:22,643 --> 00:32:24,843 saya tak pernah tahu ke mana kami akan pergi. 555 00:32:25,683 --> 00:32:28,763 Hei, mungkin aku mencintaimu… 556 00:32:29,323 --> 00:32:31,243 New York ke Las Vegas, 557 00:32:31,323 --> 00:32:33,803 ke India, ke Dubai. 558 00:32:34,683 --> 00:32:36,883 Saya perlu dapatkan pasport baharu 559 00:32:36,963 --> 00:32:38,363 kerana ia sudah penuh. 560 00:32:38,803 --> 00:32:39,963 ARAB MURAHAN 561 00:32:40,043 --> 00:32:42,523 Saya bertuah kerana terlibat dalam mendapatkan kisah 562 00:32:42,603 --> 00:32:44,043 di mana dia membuat perubahan. 563 00:32:44,123 --> 00:32:45,203 HAMBA SEKS BRITAIN 564 00:32:45,283 --> 00:32:46,363 Di mana dia membantu. 565 00:32:46,963 --> 00:32:48,723 Kisah-kisah besar yang dia dapat 566 00:32:49,083 --> 00:32:50,083 seperti Bayi Haiti. 567 00:32:50,163 --> 00:32:51,243 BAYI UNTUK DIJUAL 568 00:32:51,363 --> 00:32:53,923 Dia menyelesaikan semua kisah itu dengan 569 00:32:54,723 --> 00:32:55,603 perasaan puas hati. 570 00:32:57,163 --> 00:32:59,963 Ada sebuah kisah yang saya rasa 571 00:33:00,203 --> 00:33:02,803 kami berdua tak jangka ia akan menjadi 572 00:33:02,923 --> 00:33:04,203 segempar itu. 573 00:33:07,163 --> 00:33:10,003 Slumdog Millionaire ialah sebuah blokbuster Hollywood. 574 00:33:10,523 --> 00:33:11,923 Pelakonnya ialah Dev Patel, 575 00:33:12,763 --> 00:33:13,843 Freida Pinto. 576 00:33:15,883 --> 00:33:20,363 Rubina Ali membawa watak Freida Pinto sewaktu kecil. 577 00:33:20,443 --> 00:33:21,923 Awak akan jadi bintang? 578 00:33:23,643 --> 00:33:24,963 -Ya. -Ya. 579 00:33:25,523 --> 00:33:27,483 Rubina ditemui di kawasan setinggan. 580 00:33:27,563 --> 00:33:29,163 Dia anak setinggan. 581 00:33:30,443 --> 00:33:32,323 Maz terima maklumat bahawa bapa Rubina 582 00:33:32,723 --> 00:33:34,163 merancang untuk menjualnya. 583 00:33:36,683 --> 00:33:38,763 Orang terdesak akan buat perkara yang tak patut. 584 00:33:44,123 --> 00:33:48,083 Apabila kami tiba di Mumbai, saya tanya dia, 585 00:33:48,163 --> 00:33:49,843 "Awak tahu nak buat macam mana?" 586 00:33:49,923 --> 00:33:51,683 Saya masih ingat jawapannya. Dia kata, 587 00:33:52,163 --> 00:33:53,963 "Tolong menyamar sebagai puteri Dubai." 588 00:33:55,043 --> 00:33:58,283 Kononnya, saya dah tonton filem itu, saya dah lihat dia, 589 00:33:58,763 --> 00:34:00,003 jadi saya menyukai dia. 590 00:34:01,363 --> 00:34:02,563 Saya tiada anak. 591 00:34:03,363 --> 00:34:05,563 Saya nak ambil dia sebagai anak angkat, 592 00:34:05,643 --> 00:34:08,523 bawa dia pulang, beri kehidupan dan pelajaran yang lebih baik. 593 00:34:11,083 --> 00:34:15,202 Rubina, ayahnya dan pak ciknya tiba di hotel. 594 00:34:17,643 --> 00:34:19,963 Maz tanya mereka, "Nak dia ambil sebagai anak angkat?" 595 00:34:20,043 --> 00:34:20,923 Mereka kata ya. 596 00:34:21,003 --> 00:34:24,643 Tapi, ayahnya dah tukar harga 597 00:34:25,202 --> 00:34:28,242 daripada 50,000 paun kepada 200,000 paun. 598 00:34:28,803 --> 00:34:32,083 Sebab sekarang dia tahu yang saya puteri Dubai. 599 00:34:33,682 --> 00:34:37,043 Saya pandang mereka dan lihat betapa terujanya mereka 600 00:34:37,403 --> 00:34:38,523 dan saya fikir, "Okey. 601 00:34:38,603 --> 00:34:39,963 "Dia sanggup lakukannya." 602 00:34:40,443 --> 00:34:42,202 BINTANG SLUMDOG UNTUK DIJUAL 603 00:34:42,242 --> 00:34:44,003 Bapa tawar gadis Oscar kepada Sheikh Palsu 604 00:34:44,083 --> 00:34:45,963 Artikel itu disiarkan keesokan harinya 605 00:34:46,363 --> 00:34:49,242 dan bagi saya, 606 00:34:49,403 --> 00:34:52,123 saya tak sangka ia akan segempar ini. 607 00:34:52,682 --> 00:34:53,722 Ia menjadi sangat… 608 00:34:54,682 --> 00:34:55,883 sensasi. 609 00:34:56,242 --> 00:34:57,883 Ada sebuah dakwaan mengejutkan 610 00:34:57,963 --> 00:35:00,563 dalam tabloid British, News of the World 611 00:35:00,643 --> 00:35:02,883 bahawa bapa seorang bintang kanak-kanak 612 00:35:02,963 --> 00:35:05,603 dalam Slumdog Millionaire yang memenangi Oscar 613 00:35:06,363 --> 00:35:09,443 cuba untuk menjual anaknya kepada seorang wartawan yang menyamar. 614 00:35:09,963 --> 00:35:12,643 Jika Maz tak masuk campur, 615 00:35:13,443 --> 00:35:17,203 kita tak tahu jika ada pedofilia datang dan cakap, "Nah. 616 00:35:17,483 --> 00:35:19,523 "Ini duitnya." Dan bawa lari Rubina? 617 00:35:20,123 --> 00:35:22,443 Jadi, saya bersyukur 618 00:35:22,523 --> 00:35:24,683 dia dapat tahu kisah itu 619 00:35:24,803 --> 00:35:26,643 dan kami selamatkan kanak-kanak itu. 620 00:35:27,723 --> 00:35:30,803 Bapa Rubina berkata, akhbar membuat dakwaan salah terhadapnya. 621 00:35:30,883 --> 00:35:32,243 Dia kata dia diperangkap. 622 00:35:32,843 --> 00:35:36,123 Polis di India berkata, mereka takkan memfailkan tuduhan 623 00:35:36,203 --> 00:35:38,123 dan berkata, kes telah ditutup. 624 00:35:41,923 --> 00:35:44,203 Saya masih ingat, Larry King hubungi dia 625 00:35:44,723 --> 00:35:46,723 dan kata dia mahu berbual dengan Maz 626 00:35:47,123 --> 00:35:48,203 dalam rancangannya. 627 00:35:50,043 --> 00:35:51,563 Larry King pernah menemu bual 628 00:35:52,203 --> 00:35:54,843 ramai individu, orang-orang terkenal. 629 00:35:55,203 --> 00:35:58,803 Dan kini, dia minta Maz muncul dalam rancangannya. 630 00:36:00,803 --> 00:36:02,203 Maz bercakap di telefon. 631 00:36:02,923 --> 00:36:04,203 Saya ambil gambar. 632 00:36:06,003 --> 00:36:09,363 Larry King beritahu Maz, "Saya berbesar hati awak sudi ditemu bual. 633 00:36:10,043 --> 00:36:11,883 Saya kata, "Wah!" 634 00:36:12,163 --> 00:36:14,123 "Okey, sekarang saya kagum." 635 00:36:15,483 --> 00:36:16,443 Dia berjaya. 636 00:36:16,883 --> 00:36:18,363 Mazher Mahmood di talian. 637 00:36:19,083 --> 00:36:21,363 Adakah awak bertegas dengan kisah awak, 638 00:36:21,443 --> 00:36:23,803 di mana si bapa cuba menjual anaknya? 639 00:36:24,323 --> 00:36:25,603 Semestinya, Larry. 640 00:36:25,683 --> 00:36:29,083 Kalau nak tahu, tiga hari berturut-turut saya adakan pertemuan 641 00:36:29,163 --> 00:36:31,923 dengan bapanya, Rafiq dan ahli keluarga yang lain. 642 00:36:32,883 --> 00:36:36,523 Ia menjadikan Maz terkenal secara global. 643 00:36:37,323 --> 00:36:40,443 Daripada dikenali di UK, 644 00:36:40,523 --> 00:36:44,123 kini terkenal di seluruh AS 645 00:36:44,603 --> 00:36:45,643 dan serata dunia. 646 00:36:47,803 --> 00:36:50,363 Selama beberapa tahun, dia menulis berita 647 00:36:50,883 --> 00:36:53,483 dan lama-kelamaan, dia sendiri menjadi berita. 648 00:36:54,683 --> 00:36:57,203 Pasti awak sangat berani. 649 00:36:57,323 --> 00:36:59,123 Tentulah. Saya wartawan penyamar. 650 00:36:59,203 --> 00:37:01,843 Kami mendedahkan jenayah dan kesalahan moral. 651 00:37:02,723 --> 00:37:06,643 Jabatan penyiaran menggambarkan dia sebagai seorang lelaki misteri 652 00:37:06,683 --> 00:37:10,563 dan saya rasa akhirnya dia jatuh cinta dengan karakter itu 653 00:37:10,643 --> 00:37:12,963 dan status selebriti yang dia terima. 654 00:37:13,203 --> 00:37:16,203 Kami rakam dengan cara begini agar identiti awak tak terdedah. 655 00:37:16,243 --> 00:37:19,043 Kerjaya saya perlu gunakan muslihat. 656 00:37:19,123 --> 00:37:21,683 Jika identiti saya terdedah, saya tak boleh bekerja. 657 00:37:23,203 --> 00:37:27,843 Kami sering ketawa kerana dia orang terkenal, tapi tak dikenali. 658 00:37:28,843 --> 00:37:30,043 Orang tahu nama dia, 659 00:37:31,603 --> 00:37:33,203 tapi tak kenal wajahnya. 660 00:37:34,523 --> 00:37:36,003 Apa yang mengejutkan saya, 661 00:37:36,643 --> 00:37:39,043 dia sangat terkenal sebagai Sheikh Palsu, 662 00:37:39,403 --> 00:37:41,563 tapi orang tetap terpedaya juga. 663 00:37:42,203 --> 00:37:45,443 Duchess York, Sarah Ferguson, telah dirakam secara rahsia 664 00:37:45,963 --> 00:37:48,803 sedang mengatur pertemuan wartawan News of the World, 665 00:37:48,883 --> 00:37:50,083 kononnya ahli perniagaan 666 00:37:50,363 --> 00:37:52,243 dengan bekas suaminya, Putera Andrew. 667 00:37:52,603 --> 00:37:56,363 Ferguson memohon maaf dan bercakap tentang masalah kewangannya. 668 00:37:56,683 --> 00:37:59,403 "Tiada alasan tersilap langkah dalam pertimbangan." 669 00:38:00,443 --> 00:38:03,683 Dia hampir menjadi institusi kebangsaan. 670 00:38:05,003 --> 00:38:07,203 Dia mencapai impian yang dia lakar. 671 00:38:07,323 --> 00:38:09,643 Secara jujurnya, menjadi wartawan penyiasat 672 00:38:09,683 --> 00:38:11,643 yang terbaik. 673 00:38:12,043 --> 00:38:13,963 Mahmood di tahap tertinggi. 674 00:38:14,443 --> 00:38:15,483 Dia di tempat terbaik. 675 00:38:15,843 --> 00:38:17,923 Dia raja tabloid. 676 00:38:19,803 --> 00:38:21,323 Dia muncul dalam Larry King 677 00:38:22,163 --> 00:38:24,123 dan ditemu bual oleh BBC. 678 00:38:25,083 --> 00:38:26,203 Tapi, itu masih tak cukup. 679 00:38:27,603 --> 00:38:30,523 Cita-cita Maz tak pernah terpuaskan. 680 00:38:32,203 --> 00:38:33,963 Dia mahukan kuasa sebenar. 681 00:38:35,603 --> 00:38:39,563 Kuasa yang boleh menaikkan atau menjatuhkan perdana menteri, kerajaan. 682 00:38:40,683 --> 00:38:44,043 Kuasa yang hanya dimiliki oleh editor tabloid. 683 00:38:46,563 --> 00:38:48,643 Dia berkata, cita-cita dia ialah 684 00:38:49,443 --> 00:38:52,403 menjadi editor orang Asia pertama di Fleet Street. 685 00:38:55,043 --> 00:38:57,643 Untuk berjaya, dia perlu buat 686 00:38:58,123 --> 00:38:59,203 Rupert Murdoch kagum. 687 00:39:00,643 --> 00:39:02,123 Tak mungkin seramai ini. 688 00:39:05,443 --> 00:39:08,803 Saya rasa, Maz mempunyai karakter yang kompleks. 689 00:39:09,083 --> 00:39:11,203 Secara zahirnya, dia seorang 690 00:39:11,523 --> 00:39:14,243 yang penuh keyakinan diri, percaya diri, 691 00:39:14,723 --> 00:39:17,163 biadab, berlagak. 692 00:39:17,883 --> 00:39:20,523 Namun, dirinya yang sebenar seorang yang berbeza. 693 00:39:20,603 --> 00:39:23,003 Saya yakin dia sebenarnya kurang keyakinan diri. 694 00:39:25,723 --> 00:39:29,323 Dia sentiasa rasa perlu membuktikan kebolehannya. 695 00:39:30,683 --> 00:39:33,003 Dia dahagakan perhatian, 696 00:39:33,083 --> 00:39:36,443 rasa hormat daripada orang lebih tua di News of the World. 697 00:39:36,523 --> 00:39:38,003 Orang-orang atasan. 698 00:39:38,963 --> 00:39:42,043 Dia mahu menjadi salah seorang daripada mereka. 699 00:39:42,923 --> 00:39:45,483 Suatu malam, saya terima panggilan daripada Maz. 700 00:39:46,203 --> 00:39:48,563 Rupert Murdoch nak datang melawat. 701 00:39:49,203 --> 00:39:50,843 Dia kata, "Saya perlu kisah sensasi." 702 00:39:52,683 --> 00:39:54,003 Pada zaman itu, 703 00:39:54,083 --> 00:39:59,083 salah satu ketaasuban wartawan tabloid ialah imigran. 704 00:40:00,403 --> 00:40:01,643 Dua masalah utamanya ialah, 705 00:40:01,683 --> 00:40:04,683 pertama, mereka datang menaiki lori 706 00:40:06,243 --> 00:40:09,203 dan imigran tanpa izin menjadi buruh 707 00:40:09,323 --> 00:40:11,083 lalu mengambil kerja orang tempatan. 708 00:40:11,203 --> 00:40:13,003 BURUH 4.55 PAUN/JAM 709 00:40:13,083 --> 00:40:14,723 Menulis kisah tentang imigran, 710 00:40:14,843 --> 00:40:16,683 mendedahkan imigran tanpa izin 711 00:40:16,723 --> 00:40:18,683 boleh meningkatkan jualan. 712 00:40:19,803 --> 00:40:22,243 Ia kegemaran Murdoch. 713 00:40:22,923 --> 00:40:24,803 Jadi, apa yang Maz sebenarnya mahukan 714 00:40:25,203 --> 00:40:28,683 adalah mengumpulkan seramai mungkin imigran tanpa izin 715 00:40:28,723 --> 00:40:29,683 yang dia mampu 716 00:40:30,523 --> 00:40:31,483 dan serahkan mereka. 717 00:40:33,083 --> 00:40:35,923 Saya kata, "Okey, boleh dibuat." 718 00:40:38,363 --> 00:40:39,323 Pada waktu itu, 719 00:40:39,403 --> 00:40:43,003 imigran tanpa izin dari Punjabi terdesak perlukan kerja 720 00:40:43,083 --> 00:40:44,843 kerana itulah tujuan mereka ke sini. 721 00:40:45,323 --> 00:40:48,843 Cari duit dan hantar ke kampung demi kehidupan keluarga yang lebih baik. 722 00:40:51,803 --> 00:40:54,603 Jadi, saya dan Maz pergi ke sebuah rumah 723 00:40:54,683 --> 00:40:56,923 yang dihuni beberapa orang. 724 00:40:57,203 --> 00:41:00,923 Ia tempat tinggal imigran tanpa izin. 725 00:41:05,883 --> 00:41:09,123 Saya dari Punjab dan sebab itulah Maz hubungi saya. 726 00:41:12,123 --> 00:41:14,803 Saya kata, "Saya nak kenalkan awak dengan seseorang." 727 00:41:15,163 --> 00:41:17,043 Maz akan mulakan helahnya. 728 00:41:17,603 --> 00:41:18,643 "Ini hari bertuah. 729 00:41:19,123 --> 00:41:20,443 "Saya akan ubah hidup awak." 730 00:41:21,643 --> 00:41:24,203 Kononnya, dia sedang mencari buruh 731 00:41:24,523 --> 00:41:28,443 untuk bekerja di tapak pembinaan bangunan yang sangat besar. 732 00:41:29,643 --> 00:41:32,483 Maz kata, "Saya akan bayar mahal. 733 00:41:32,563 --> 00:41:34,043 "Lebih daripada orang lain. 734 00:41:34,443 --> 00:41:37,563 "Saya lebih suka imigran tanpa izin 735 00:41:37,803 --> 00:41:40,043 "sebab mereka akan mengikut arahan." 736 00:41:41,203 --> 00:41:43,363 Maz kata, "Pada hari Sabtu, 737 00:41:43,683 --> 00:41:45,923 "kami akan bawa kamu ke tapak pembinaan. 738 00:41:46,563 --> 00:41:49,443 "Kemudian, kami akan ukur dan berikan 739 00:41:49,523 --> 00:41:51,163 "kasut keselamatan, 740 00:41:51,683 --> 00:41:52,803 "topi keselamatan 741 00:41:52,883 --> 00:41:54,683 "dan jaket keselamatan." 742 00:41:56,243 --> 00:41:58,323 Saya akui, dia pelakon yang bagus. 743 00:42:00,323 --> 00:42:02,083 Dia nampak meyakinkan. 744 00:42:11,683 --> 00:42:13,203 Tiba hari operasi. 745 00:42:16,723 --> 00:42:18,683 Pada awalnya, tak ramai yang datang 746 00:42:18,723 --> 00:42:21,443 dan Maz agak kecewa 747 00:42:21,523 --> 00:42:23,723 kerana dia fikir kami takkan dapat ramai. 748 00:42:24,883 --> 00:42:27,403 Tapi semakin masa berlalu, semakin ramai datang 749 00:42:27,483 --> 00:42:29,603 dan saya boleh nampak dalam matanya. 750 00:42:29,683 --> 00:42:32,163 Dia nampak puas hati kerana ia berjaya. 751 00:42:33,603 --> 00:42:36,803 Mereka tanya untuk kepastian, "Kerja ini memang betul, bukan?" 752 00:42:37,203 --> 00:42:40,883 Saya jawab, "Ya. Kami akan bawa kamu semua ke tapak pembinaan itu." 753 00:42:40,963 --> 00:42:42,843 "Ambil kasut dan topi keledar. 754 00:42:42,963 --> 00:42:44,083 "Itu saja." 755 00:42:45,163 --> 00:42:47,843 Mereka makan umpan dan terpedaya 756 00:42:47,923 --> 00:42:50,323 tanpa banyak soal. 757 00:43:05,203 --> 00:43:06,043 Keadaan sunyi 758 00:43:06,843 --> 00:43:07,683 sepi. 759 00:43:09,163 --> 00:43:12,203 Kami boleh nampak yang mereka perlukan duit. 760 00:43:13,363 --> 00:43:15,963 Tapi, mereka tak pasti apa yang sedang berlaku. 761 00:43:20,923 --> 00:43:23,603 Kami keluar dari jalan utama. 762 00:43:24,523 --> 00:43:26,203 Dengan mudah, mereka dihantar 763 00:43:26,243 --> 00:43:28,163 ke Pusat Tahanan Colnbrook. 764 00:43:33,483 --> 00:43:36,403 Nampak seperti pintu masuk penjara. 765 00:43:38,843 --> 00:43:41,163 Waktu itu, mereka sedar apa yang sedang berlaku. 766 00:43:42,323 --> 00:43:46,243 Suasana bertukar menjadi kemarahan dan benci. 767 00:43:47,043 --> 00:43:47,963 Serta ketakutan. 768 00:43:50,763 --> 00:43:53,323 Colnbrook tak menjangkakan ketibaan mereka. 769 00:43:53,923 --> 00:43:56,243 Mereka tak tahu apa yang berlaku. 770 00:43:57,363 --> 00:43:59,843 Kalau mereka tak nak terima, saya akan larikan diri. 771 00:43:59,923 --> 00:44:00,843 Saya akan cabut lari. 772 00:44:02,923 --> 00:44:04,123 Maz mengugut mereka. 773 00:44:05,003 --> 00:44:06,443 Kalau tak nak terima mereka, 774 00:44:07,163 --> 00:44:09,803 Maz akan siarkan dalam akhbar bahawa 775 00:44:09,883 --> 00:44:11,843 Kementerian Dalam Negeri tak nak terlibat. 776 00:44:14,363 --> 00:44:16,043 Waktu itu, saya tersedar. 777 00:44:18,123 --> 00:44:21,443 Biasanya, kami boleh jelaskan tindakan kami 778 00:44:21,723 --> 00:44:24,283 dengan berkata lelaki ini jahat, dia makan rasuah, 779 00:44:24,443 --> 00:44:26,763 dia mengganggu orang lain. 780 00:44:28,243 --> 00:44:31,323 Tapi, hal yang membezakan kisah ini dengan yang lain 781 00:44:31,403 --> 00:44:33,243 ialah orang-orang ini bukan penjahat. 782 00:44:34,443 --> 00:44:36,643 Mereka tak cederakan sesiapa. 783 00:44:37,243 --> 00:44:40,963 Mereka datang ke sini hanya untuk memperbaik kehidupan mereka. 784 00:44:43,603 --> 00:44:45,083 Saya terlibat 785 00:44:45,523 --> 00:44:47,963 dalam memusnahkan hidup mereka. 786 00:44:48,683 --> 00:44:51,443 Segalanya demi kisah dalam akhbar. 787 00:44:54,843 --> 00:44:55,963 Tak patut buat begitu. 788 00:44:56,443 --> 00:44:57,923 Saya sepatutnya halang dia. 789 00:45:02,683 --> 00:45:05,203 Ibarat mengumpan kambing untuk disembelih. 790 00:45:08,003 --> 00:45:08,883 Anda mungkin fikir, 791 00:45:09,283 --> 00:45:12,363 sebagai seorang anak imigran, 792 00:45:13,083 --> 00:45:15,923 dia sepatutnya lebih bersimpati kepada mereka. 793 00:45:16,363 --> 00:45:17,203 Tapi, tidak. 794 00:45:17,283 --> 00:45:20,803 Dia langsung tiada empati terhadap mangsa-mangsanya. 795 00:45:23,643 --> 00:45:24,523 Kami dapat kisah itu. 796 00:45:27,843 --> 00:45:29,443 Itu saja. Tugas kami selesai. 797 00:45:38,603 --> 00:45:41,963 Maz suka dapatkan kisah yang dijamin 798 00:45:42,043 --> 00:45:45,403 masuk dua muka surat atau muka surat depan. 799 00:45:47,083 --> 00:45:49,923 Kisah ini hanya dapat sedikit ruang 800 00:45:50,003 --> 00:45:51,723 di muka surat tengah. 801 00:45:52,003 --> 00:45:54,803 KAMI TANGKAP 2 BAS PENUH IMIGRAN TANPA IZIN 802 00:45:54,883 --> 00:45:57,683 Dia kecewa kerana ia bukan berita gempar 803 00:45:58,043 --> 00:46:01,603 dan ia takkan menarik perhatian Rupert Murdoch. 804 00:46:03,363 --> 00:46:06,403 Dia betul-betul fikir dia akan dinaikkan pangkat. 805 00:46:07,683 --> 00:46:08,643 Ia takkan berlaku. 806 00:46:13,523 --> 00:46:15,363 Dia akan sentiasa dianggap orang luar. 807 00:46:17,123 --> 00:46:19,243 Kini, ada orang pandang rendah 808 00:46:19,323 --> 00:46:21,083 terhadap tabloid dan fikir, 809 00:46:21,163 --> 00:46:23,003 "Tengoklah kisah teruk ini." 810 00:46:23,643 --> 00:46:26,323 Memang betul ada hidup orang yang musnah. 811 00:46:26,563 --> 00:46:29,523 Tapi, tiada orang didedahkan di tabloid kerana bersikap baik. 812 00:46:30,523 --> 00:46:32,083 Kisah bas imigran ini 813 00:46:32,163 --> 00:46:36,323 ialah penyiasatan tabloid yang bijak. 814 00:46:37,523 --> 00:46:39,043 Dia melihat masalah sebenar. 815 00:46:39,483 --> 00:46:41,243 Dia jumpa cara menggambarkannya. 816 00:46:41,843 --> 00:46:43,363 Ia mendapat perhatian orang ramai. 817 00:46:46,083 --> 00:46:52,043 Mazher Mahmood dan News UK enggan memberi sebarang komen. 818 00:47:04,643 --> 00:47:07,443 ID PANGGILAN MAZHER M 819 00:47:07,523 --> 00:47:11,083 Pada saat itu, dia bukan lagi malaikat penghukum, 820 00:47:11,523 --> 00:47:15,443 penegak keadilan yang saya anggap pada mulanya. 821 00:47:18,563 --> 00:47:22,443 Saya putuskan untuk tak terlibat lagi. 822 00:47:23,803 --> 00:47:25,403 Satu panggilan tak dijawab. 823 00:47:25,483 --> 00:47:26,323 Saya tinggalkannya. 824 00:47:29,523 --> 00:47:30,683 Tapi, Maz takkan berhenti. 825 00:47:34,643 --> 00:47:36,323 Pasukannya menjadi semakin kecil. 826 00:47:38,483 --> 00:47:41,083 Tak ramai yang Maz percaya. 827 00:47:42,523 --> 00:47:44,683 Dia percaya saya, saya sebahagian hidupnya. 828 00:47:46,683 --> 00:47:48,683 Tapi, kesetiaan sangat penting. 829 00:47:54,243 --> 00:47:55,923 Suatu hari, Maz terima maklumat. 830 00:47:56,363 --> 00:47:59,563 Pasukan kriket Pakistan terlibat dalam mengatur perlawanan. 831 00:48:02,363 --> 00:48:04,483 Biasanya, saya tak larang atau cakap apa-apa. 832 00:48:04,683 --> 00:48:07,563 Tapi, ada seorang pemain kriket Pakistan, 833 00:48:07,643 --> 00:48:09,083 Mohammad Amir. 834 00:48:10,723 --> 00:48:12,483 Dia baru berusia 18 tahun. 835 00:48:13,803 --> 00:48:17,603 Saya tanya Maz, "Apa kata awak jangan libatkan dia? 836 00:48:18,123 --> 00:48:19,283 "Dia baru 18 tahun." 837 00:48:19,963 --> 00:48:21,723 Fikirkannya. Remaja pada usia begitu. 838 00:48:22,323 --> 00:48:23,443 Mereka buat perkara dungu. 839 00:48:25,403 --> 00:48:26,643 Dia kata, "Tak kiralah. 840 00:48:28,123 --> 00:48:28,963 "Kalau dia… 841 00:48:29,923 --> 00:48:32,483 "buat salah tanggunglah akibatnya." Begitu. 842 00:48:33,443 --> 00:48:35,603 EKSKLUSIF DUNIA TERTANGKAP! 843 00:48:35,683 --> 00:48:37,123 PEMAIN KRIKET ATUR PERLAWANAN! 844 00:48:37,203 --> 00:48:38,323 OLEH MAZHER MAHMOOD 845 00:48:38,643 --> 00:48:40,483 Mohammad, awak akan dipenjarakan hari ini. 846 00:48:41,483 --> 00:48:42,763 Patutkah awak dipenjarakan? 847 00:48:43,643 --> 00:48:46,043 Selepas itu, dia semakin dingin. 848 00:48:49,643 --> 00:48:52,963 Saya pasti dia marah kerana saya mempersoalkannya. 849 00:48:59,043 --> 00:49:02,403 Tak dinafikan selepas Maz semakin berjaya, 850 00:49:02,483 --> 00:49:04,123 dia semakin sukar dikawal. 851 00:49:05,403 --> 00:49:07,923 Dia tak suka orang mempersoal tindakannya. 852 00:49:09,243 --> 00:49:11,283 Dia akan terus mengejar cerita. 853 00:49:12,243 --> 00:49:14,243 Ia hampir memakan dirinya. 854 00:49:15,683 --> 00:49:18,163 Apabila kita bersama seseorang dan segalanya baik, 855 00:49:18,243 --> 00:49:21,283 jelas sekali kita fikir akan bersama selamanya. 856 00:49:25,563 --> 00:49:28,283 Keesokan harinya, dia hantar saya ke lapangan terbang 857 00:49:28,763 --> 00:49:30,083 dan di sana dia berkata, 858 00:49:30,883 --> 00:49:32,283 "Telefon saya apabila sampai." 859 00:49:33,963 --> 00:49:34,883 Saya kata, "Okey." 860 00:49:35,603 --> 00:49:36,443 Kemudian… 861 00:49:37,163 --> 00:49:39,163 Itu saja. Segalanya berakhir. 862 00:49:39,683 --> 00:49:40,923 Tiada perkhabaran lagi. 863 00:49:49,123 --> 00:49:51,003 Saya bersama Maz selama lima tahun. 864 00:49:52,523 --> 00:49:54,683 Saya fikir saya kenal Maz yang sebenar, atau… 865 00:49:55,523 --> 00:49:57,763 saya kenal diri yang dia tunjukkan. 866 00:50:09,363 --> 00:50:10,403 Saya rasa, 867 00:50:11,603 --> 00:50:14,763 dunia kewartawanan segalanya bagi dia. 868 00:50:15,403 --> 00:50:16,963 Dia hilang kesedaran 869 00:50:18,163 --> 00:50:19,403 tentang dunia sebenar 870 00:50:19,483 --> 00:50:21,803 dan dikaburi dengan dunianya saja. 871 00:50:24,003 --> 00:50:26,163 Namun, kisah sensasi terus muncul. 872 00:50:26,523 --> 00:50:31,163 Kisah pasukan kriket Pakistan menjadikan Maz pemenang pelbagai anugerah. 873 00:50:31,923 --> 00:50:35,003 Beliau ialah pilihan sebulat suara dalam bidang berkualiti tinggi. 874 00:50:35,083 --> 00:50:36,283 ANUGERAH WARTAWAN BRITISH 875 00:50:36,363 --> 00:50:37,563 Tahniah kepada 876 00:50:37,643 --> 00:50:39,203 WARTAWAN TERBAIK PEMENANG 877 00:50:39,283 --> 00:50:41,083 Mazher Mahmood dari News of the World. 878 00:50:42,603 --> 00:50:45,683 Seperti yang anda tahu, Mazher tak mendedahkan identitinya. 879 00:50:45,763 --> 00:50:48,843 Siapa yang akan naik ke pentas? 880 00:50:49,723 --> 00:50:52,923 Saya antara juri yang mencalonkan Mazher sebagai Wartawan Terbaik 881 00:50:53,003 --> 00:50:57,803 dan juga anugerah Kisah Terbaik untuk pendedahan Pasukan Kriket Pakistan itu. 882 00:50:57,963 --> 00:51:01,043 Dia ialah salah seorang wartawan profesional terbaik 883 00:51:01,123 --> 00:51:03,363 yang saya pernah bekerja bersama. Terima kasih. 884 00:51:03,443 --> 00:51:04,283 ANUGERAH WARTAWAN 885 00:51:04,443 --> 00:51:07,803 Saya sangat yakin yang dia layak mendapat anugerah itu. 886 00:51:08,083 --> 00:51:11,483 Walaupun dia gunakan helah untuk mendapatkan berita. 887 00:51:12,523 --> 00:51:14,043 Dia yang terbaik. 888 00:51:14,803 --> 00:51:17,483 Cemburu, tapi kagum dalam masa yang sama. 889 00:51:19,003 --> 00:51:21,643 Kisah Terbaik, Wartawan Terbaik. 890 00:51:21,723 --> 00:51:23,123 Dia yakin dengan popularitinya. 891 00:51:24,523 --> 00:51:25,803 Selama 20 tahun, 892 00:51:26,163 --> 00:51:29,123 Mazher dan News of the World sangat serasi bersama. 893 00:51:30,163 --> 00:51:32,723 Namun, tiada sesiapa sangka ia akan berakhir begini. 894 00:51:33,723 --> 00:51:34,603 Tiada sesiapa. 895 00:51:35,563 --> 00:51:37,883 Beberapa selebriti ambil tindakan undang-undang 896 00:51:37,963 --> 00:51:40,843 terhadap News of the World atas tuduhan penggodaman telefon. 897 00:51:40,923 --> 00:51:43,723 Polis Metropolitan minta maklumat daripada akhbar 898 00:51:43,803 --> 00:51:45,603 tentang taktik dilakukan wartawan. 899 00:51:50,043 --> 00:51:55,963 Mazher Mahmood enggan memberikan komen. 900 00:51:56,043 --> 00:52:01,963 News UK enggan memberikan komen. 901 00:52:59,883 --> 00:53:01,883 Terjemahan sari kata oleh Shahira Alena Md Zin 902 00:53:01,963 --> 00:53:03,963 Penyelia Kreatif Nur Atiqah