1
00:00:24,640 --> 00:00:25,999
Ini hebat, bukan?
2
00:00:26,000 --> 00:00:27,399
- Ya.
- Lihatlah kuda itu.
3
00:00:27,400 --> 00:00:29,599
Saya tahu ini bukan idea awak
untuk berseronok.
4
00:00:29,600 --> 00:00:31,399
Awak boleh balik awal jika nak.
5
00:00:31,400 --> 00:00:34,360
Apa? Saya tak nak, ia hebat.
6
00:00:40,760 --> 00:00:43,279
- Datang untuk mengusap?
- Kami nak menyapa Rocky.
7
00:00:43,280 --> 00:00:45,239
Ya. Kuda yang baik.
8
00:00:45,240 --> 00:00:47,719
- Cantik.
- Awak nak ini, sayang?
9
00:00:47,720 --> 00:00:50,400
Isteri awak agak nakal, bukan?
10
00:00:52,520 --> 00:00:53,880
Jual bukunya kepada Venturer.
11
00:00:55,960 --> 00:00:57,080
Lord B tak gembira.
12
00:00:58,280 --> 00:01:00,920
Dia nak kamu berdua di pejabatnya.
Pukul sepuluh, Isnin.
13
00:01:03,200 --> 00:01:05,039
Baiklah, ayuh semua!
14
00:01:05,040 --> 00:01:07,160
Charlie takkan tunggu lama.
15
00:01:08,600 --> 00:01:09,679
Charlie?
16
00:01:09,680 --> 00:01:11,360
Nama yang kami beri kepada rubah itu.
17
00:01:12,040 --> 00:01:13,759
Dinamakan sempena Whig yang teruk itu.
18
00:01:13,760 --> 00:01:14,999
Ayuh!
19
00:01:15,000 --> 00:01:17,040
Ya. Dungunya saya.
20
00:01:29,600 --> 00:01:31,120
Ayuh, Bas. Cepat!
21
00:01:36,440 --> 00:01:37,640
Ayuh, Gerry!
22
00:01:39,080 --> 00:01:40,840
Awak tak apa-apa, ayuh.
23
00:01:52,200 --> 00:01:54,200
Awak tak nak hadiri
majlis perkahwinan itu?
24
00:01:55,040 --> 00:01:56,800
Saya tahu awak dan Gerald rapat.
25
00:01:58,320 --> 00:02:01,599
Saya tak boleh biarkan
pengintip Corinium nampak saya di sana.
26
00:02:01,600 --> 00:02:03,160
Kita dah sampai sejauh ini.
27
00:02:03,960 --> 00:02:07,080
Cameron percaya Tony sengaja
gunakan awak untuk perangkap dia.
28
00:02:07,800 --> 00:02:09,439
Mungkin dia tahu awak mengintip?
29
00:02:09,440 --> 00:02:12,999
Saya tak patut pertahankan Tony,
tapi itu tak masuk akal, bukan?
30
00:02:13,000 --> 00:02:14,840
Kita sangat berhati-hati.
31
00:02:18,720 --> 00:02:20,640
Harap rubah itu berjaya terlepas.
32
00:02:21,240 --> 00:02:23,519
Sepuluh tahun lalu, siapa sangka
33
00:02:23,520 --> 00:02:27,759
kita berdua akan bergaul
dengan golongan atasan ini?
34
00:02:27,760 --> 00:02:31,200
Separuh daripada mereka
ahli lembaga Venturer.
35
00:02:32,400 --> 00:02:35,960
Tapi rasa macam dah lama
zaman kita di kantin BBC dulu.
36
00:02:37,480 --> 00:02:38,759
Jangan risau tentang Tony.
37
00:02:38,760 --> 00:02:41,039
Dia selalu merancang sesuatu,
38
00:02:41,040 --> 00:02:44,200
tapi saya tak rasa saya sasaran dia.
39
00:02:54,560 --> 00:02:56,879
Ayuh, mari selesaikannya.
40
00:02:56,880 --> 00:02:58,839
Jangan takut sangat, Gerry.
41
00:02:58,840 --> 00:03:00,759
Awak perlu dilumuri darah
sebelum berkahwin.
42
00:03:00,760 --> 00:03:02,519
Tak sangka perlu buat betul-betul.
43
00:03:02,520 --> 00:03:04,759
Awak bukan lelaki sejati
sehingga dilumuri darah!
44
00:03:04,760 --> 00:03:06,080
Betul!
45
00:03:07,480 --> 00:03:09,280
- Aduhai.
- Ayuh, nak.
46
00:03:09,800 --> 00:03:12,640
Baiklah. Siapa nak lakukannya?
47
00:03:14,480 --> 00:03:16,200
- Saya.
- Sudah tentu tak.
48
00:03:21,600 --> 00:03:22,719
Pergi.
49
00:03:22,720 --> 00:03:24,040
Ke tepi.
50
00:03:30,400 --> 00:03:33,280
Itu dia. Awak dah berjaya.
51
00:03:39,600 --> 00:03:42,119
Gerry, awak nampak kacak.
52
00:03:42,120 --> 00:03:43,280
Syabas, Gerald.
53
00:03:43,800 --> 00:03:44,800
Bagus.
54
00:03:46,760 --> 00:03:49,600
Siapa teman jejaka idaman Rutshire
ke majlis malam ini?
55
00:03:50,160 --> 00:03:51,759
Saya akan pergi seorang diri.
56
00:03:51,760 --> 00:03:54,039
Macam dulu-dulu.
Awak dan saya, mencari mangsa.
57
00:03:54,040 --> 00:03:55,879
Tak. Awak akan cari seorang diri.
58
00:03:55,880 --> 00:03:58,039
Saya bawa Annabel Kembungle-Taylor.
59
00:03:58,040 --> 00:04:00,279
Dia ada di Belvoir,
tapi akan datang nanti.
60
00:04:00,280 --> 00:04:01,599
- Lady Annabel?
- Ya.
61
00:04:01,600 --> 00:04:02,960
Ramai lelaki di Leicestershire tiduri dia.
62
00:04:03,720 --> 00:04:05,560
Mungkin dah tiba masanya Rutshire mencuba.
63
00:04:33,440 --> 00:04:34,919
CORINIUM DAN VENTURER BEREBUT TEMPAT
64
00:04:34,920 --> 00:04:35,920
PERTARUNGAN FRANCAIS
65
00:04:52,560 --> 00:04:54,480
Berdasarkan buku "RUTSHIRE CHRONICLES"
oleh Dame Jilly Cooper
66
00:05:16,880 --> 00:05:19,080
- Tiada apa-apa.
- Minuman awak.
67
00:05:21,120 --> 00:05:23,120
Arak untuk pengantin lelaki.
68
00:05:24,160 --> 00:05:26,479
Saya harap kita sempat untuk ke gereja.
69
00:05:26,480 --> 00:05:28,399
Kami bangga dengan kamu, Gerald.
70
00:05:28,400 --> 00:05:31,359
Biasiswa di Rugborough
memang berbaloi, bukan?
71
00:05:31,360 --> 00:05:32,519
Dulu kami beritahu kawan-kawan
72
00:05:32,520 --> 00:05:36,119
Gerald pandai
dalam semua perkara kecuali bercinta.
73
00:05:36,120 --> 00:05:37,360
Lihatlah dia sekarang.
74
00:05:41,720 --> 00:05:43,760
Mereka akan minum sampai mabuk, bukan?
75
00:05:44,360 --> 00:05:46,360
Pasti kecoh malam ini di majlis tarian.
76
00:05:48,200 --> 00:05:50,039
Sayang sekali awak tolak pelawaan Bas.
77
00:05:50,040 --> 00:05:51,160
Merah sesuai untuk dia.
78
00:06:02,720 --> 00:06:03,799
Saya perlu pergi malam ini?
79
00:06:03,800 --> 00:06:06,879
- Sudahlah.
- Ayuh, Dec, ia pasti lucu.
80
00:06:06,880 --> 00:06:08,679
- Henry anjurkan parti hebat.
- Ya.
81
00:06:08,680 --> 00:06:11,799
- Kita semua boleh berseronok.
- Semasa kita umumkan
82
00:06:11,800 --> 00:06:15,039
hadiah utama malam ini
ialah "Makan bersama Declan O'Hara,"
83
00:06:15,040 --> 00:06:16,600
jualan tiket melambung tinggi.
84
00:06:17,120 --> 00:06:19,319
Buat saya seperti tarikan sarkas.
85
00:06:19,320 --> 00:06:22,640
"Mari lihat Lelaki Bercerai yang Hebat."
86
00:06:23,640 --> 00:06:25,880
Tony akan berseronok,
boleh awak bayangkan…
87
00:06:29,880 --> 00:06:31,159
Maaf mengganggu.
88
00:06:31,160 --> 00:06:32,959
Gembira jumpa mak.
89
00:06:32,960 --> 00:06:33,960
Hai, sayang.
90
00:06:35,200 --> 00:06:36,200
Baiklah.
91
00:06:36,720 --> 00:06:39,080
Saya dengar
projek Venturer berjalan lancar?
92
00:06:40,200 --> 00:06:41,360
Maksud awak, pembentangan kami?
93
00:06:42,680 --> 00:06:44,040
- Ya.
- Ya.
94
00:06:46,040 --> 00:06:47,040
Ya, berjalan lancar.
95
00:06:56,920 --> 00:06:58,239
Kejamnya.
96
00:06:58,240 --> 00:06:59,839
Ayah perlu beri mak peluang.
97
00:06:59,840 --> 00:07:02,639
Mak kamu dah lama kehabisan peluang, nak.
98
00:07:02,640 --> 00:07:05,279
Okey. Marahlah.
99
00:07:05,280 --> 00:07:07,359
Jika ayah biarkan kemarahan ayah
musnahkan keluarga kita,
100
00:07:07,360 --> 00:07:09,560
ayah pun pentingkan diri macam mak.
101
00:07:11,520 --> 00:07:13,800
- Mari minum.
- Ya.
102
00:07:39,120 --> 00:07:41,320
Akhirnya awak berjaya bawa saya ke katil.
103
00:07:44,560 --> 00:07:47,320
Awak nampak teruk.
104
00:07:52,160 --> 00:07:55,279
Jangan terkejut jika Declan masih marah.
105
00:07:55,280 --> 00:07:56,359
Tak,
106
00:07:56,360 --> 00:08:00,479
tapi sebahagian diri saya
tahu ini akan berlaku,
107
00:08:00,480 --> 00:08:02,559
walaupun semasa saya bersama Tony.
108
00:08:02,560 --> 00:08:03,840
Tapi saya tetap lakukannya.
109
00:08:04,680 --> 00:08:06,160
Saya nak lakukannya.
110
00:08:07,400 --> 00:08:10,320
- Tak mudah jadi orang terkutuk, bukan?
- Tak.
111
00:08:11,480 --> 00:08:14,639
Declan yakin saya mengintip Venturer
untuk Tony.
112
00:08:14,640 --> 00:08:15,640
Tapi tak.
113
00:08:16,200 --> 00:08:19,879
Saya tak peduli
tentang francais mengarut itu.
114
00:08:19,880 --> 00:08:21,839
Saya akan jadi pengintip yang teruk.
115
00:08:21,840 --> 00:08:23,199
Tapi awak pelakon hebat.
116
00:08:23,200 --> 00:08:25,960
Sebab itu orang fikir
awak boleh beri maklumat kepada Tony.
117
00:08:27,520 --> 00:08:31,439
Saya faham jika Freddie,
Cameron atau awak fikir begitu,
118
00:08:31,440 --> 00:08:33,640
tapi Declan…
119
00:08:34,480 --> 00:08:36,240
kenal saya lebih daripada itu.
120
00:08:40,960 --> 00:08:44,279
Saya percaya awak tak sengaja
mensabotaj Venturer.
121
00:08:44,280 --> 00:08:47,279
Tapi awak cuba menyakiti Declan
dengan cara paling kejam.
122
00:08:47,280 --> 00:08:49,240
Untuk meminta maaf sekarang…
123
00:08:54,240 --> 00:08:56,760
Saya pernah lihat
orang yang curang meminta maaf.
124
00:08:58,160 --> 00:09:00,480
Tak pernah berakhir dengan baik.
Percayalah.
125
00:09:01,800 --> 00:09:03,800
Tiada apa boleh menebus perbuatan awak.
126
00:09:04,400 --> 00:09:05,999
Itu sepatutnya menceriakan saya?
127
00:09:06,000 --> 00:09:10,400
Awak cuma boleh ingatkan orang yang
terluka sebab dia jatuh cinta pada awak.
128
00:09:11,360 --> 00:09:14,600
Awak cuma kehabisan peluang
apabila berhenti mengambilnya.
129
00:09:17,760 --> 00:09:19,919
Ya Tuhan Yang Maha Kekal,
130
00:09:19,920 --> 00:09:23,800
berkatilah hamba-hamba-Mu ini,
lelaki dan wanita ini,
131
00:09:24,440 --> 00:09:26,840
yang kami rahmati dengan nama-Mu…
132
00:09:27,960 --> 00:09:33,480
Mereka yang disatukan oleh Tuhan
jangan dipisahkan oleh sesiapa.
133
00:09:36,200 --> 00:09:37,920
Awak boleh cium pengantin perempuan.
134
00:09:43,200 --> 00:09:45,479
Aduhai. Ia dah berlaku.
135
00:09:45,480 --> 00:09:47,960
Saya tak percaya.
136
00:10:07,680 --> 00:10:09,279
Corinium akan datang
137
00:10:09,280 --> 00:10:10,800
dan Baddingham akan hadir.
138
00:10:11,760 --> 00:10:15,240
Saya harap saya boleh lalui malam ini
tanpa tuduhan cubaan membunuh.
139
00:10:16,120 --> 00:10:18,679
Anak-anak awak di rumah
menonton filem Itali.
140
00:10:18,680 --> 00:10:20,200
Patut kita sertai mereka?
141
00:10:20,720 --> 00:10:23,239
Kita tak boleh apa-apa
tentang francais sekarang.
142
00:10:23,240 --> 00:10:25,600
Tapi Ladbrokes bertaruh Venturer menang.
143
00:10:26,200 --> 00:10:28,040
Mari kita berparti malam ini.
144
00:10:28,560 --> 00:10:29,680
Kita layak menerimanya.
145
00:10:30,240 --> 00:10:33,160
Jika bernasib baik, awak boleh berseronok.
146
00:10:34,720 --> 00:10:36,920
Apa saya dah buat?
147
00:10:44,600 --> 00:10:48,200
- Apa awak rancangkan di sana?
- Kami tak rancang apa-apa…
148
00:10:50,640 --> 00:10:53,079
- Deirdre, cantik rambut awak.
- Saya buat sendiri.
149
00:10:53,080 --> 00:10:54,839
- Ya.
- Untuk francais!
150
00:10:54,840 --> 00:10:56,680
Francais!
151
00:11:00,000 --> 00:11:04,040
Boleh kita mula sekarang, Lady Hampshire?
152
00:11:04,880 --> 00:11:06,360
Belum lagi!
153
00:11:09,000 --> 00:11:10,880
- Apa yang berlaku?
- Nanti awak tahu.
154
00:11:17,600 --> 00:11:20,519
Baguslah awak dah balik
daripada bermain kriket, Wesley.
155
00:11:20,520 --> 00:11:22,119
Awak sangat dirindui.
156
00:11:22,120 --> 00:11:23,639
Betul.
157
00:11:23,640 --> 00:11:27,800
Sayangnya kalah Piala Dunia,
tapi saya akan menang francais.
158
00:11:28,360 --> 00:11:30,200
Ya!
159
00:11:32,320 --> 00:11:34,119
Tiada Basil malam ini?
160
00:11:34,120 --> 00:11:36,999
Saya sangka dia bawa
teman wanita muda baharu.
161
00:11:37,000 --> 00:11:39,560
- Sebenarnya…
- Mungkin mereka dah balik.
162
00:11:42,200 --> 00:11:43,999
Ramai "lelaki bujang" di sana.
163
00:11:44,000 --> 00:11:46,760
Rupert, Declan, Wesley Emerson.
164
00:11:47,800 --> 00:11:49,240
Siapa yang awak suka?
165
00:11:49,760 --> 00:11:51,040
Mungkin…
166
00:11:52,480 --> 00:11:54,159
Tapi awak cuma pandang saya, bukan?
167
00:11:54,160 --> 00:11:55,880
Sudah tentu.
168
00:12:00,680 --> 00:12:04,440
Boleh kita mula sekarang, Lady Hampshire?
169
00:12:05,320 --> 00:12:06,880
Belum lagi!
170
00:12:14,520 --> 00:12:16,280
Itu Sarah Stratton?
171
00:12:17,600 --> 00:12:20,960
Dia kata tak nak datang.
Ini takkan berakhir dengan baik.
172
00:12:26,160 --> 00:12:28,559
Saya cuma minta awak pakai baju.
173
00:12:28,560 --> 00:12:30,319
Baiklah. Faham?
174
00:12:30,320 --> 00:12:32,719
…memandang saya, kemudian dia kata…
175
00:12:32,720 --> 00:12:34,039
Pn. Stratton
176
00:12:34,040 --> 00:12:35,360
Paul.
177
00:12:40,360 --> 00:12:43,000
Saya tahu hubungan kita dingin
kebelakangan ini, tapi…
178
00:12:43,520 --> 00:12:46,240
Saya harap kita boleh bercakap malam ini.
179
00:12:46,840 --> 00:12:52,080
Semua yang saya nak cakap
perlu dibuat melalui peguam saya.
180
00:12:57,280 --> 00:12:58,320
Tolonglah.
181
00:13:03,280 --> 00:13:05,199
Tolonglah, Paul.
182
00:13:05,200 --> 00:13:06,399
Sarah?
183
00:13:06,400 --> 00:13:08,560
Duduk dengan kami.
Declan ada tempat kosong.
184
00:13:11,400 --> 00:13:12,400
Terima kasih.
185
00:13:13,720 --> 00:13:15,359
Semua orang pandang.
186
00:13:15,360 --> 00:13:17,280
Lebih baik tanda huruf A merah di dada.
187
00:13:18,040 --> 00:13:19,400
Mereka pandang saya.
188
00:13:20,360 --> 00:13:23,279
Saya lelaki bujang
yang paling diingini di parti.
189
00:13:23,280 --> 00:13:26,640
Sentiasa ada ruang untuk gelandangan
di Venturer.
190
00:13:27,240 --> 00:13:28,559
Duduklah.
191
00:13:28,560 --> 00:13:30,520
Serta isteri-isteri yang curang?
192
00:13:31,320 --> 00:13:32,440
Pn. Maud O'Hara
193
00:13:36,360 --> 00:13:40,960
Boleh kita mula sekarang, Lady Hampshire?
194
00:13:42,080 --> 00:13:44,120
Ya. Kita boleh mula!
195
00:13:45,720 --> 00:13:47,680
Ayuh!
196
00:13:56,720 --> 00:13:57,720
Kuda!
197
00:14:01,200 --> 00:14:03,720
Mari mulakan makan malam!
198
00:14:06,640 --> 00:14:07,960
Syabas, ayah!
199
00:14:27,320 --> 00:14:28,919
Ini tradisi, Gerry.
200
00:14:28,920 --> 00:14:30,800
Apabila ayah mati, awak boleh ganti dia.
201
00:14:35,160 --> 00:14:38,000
Beri anjing saya makan! Biar ia makan!
202
00:14:43,160 --> 00:14:44,239
Kevin.
203
00:14:44,240 --> 00:14:46,320
Mungkin malam ini tak sibuk
sebab majlis itu.
204
00:14:46,880 --> 00:14:49,359
Tutup bar awal jika awak nak.
205
00:14:49,360 --> 00:14:50,600
Selamat tinggal.
206
00:14:52,520 --> 00:14:54,200
Tiada gadis yang awak boleh bawa?
207
00:14:54,840 --> 00:14:55,840
Sebenarnya…
208
00:14:57,880 --> 00:14:59,720
Bukan seorang gadis.
209
00:15:00,800 --> 00:15:03,840
Mungkin seorang pemuda?
210
00:15:06,960 --> 00:15:09,440
Dengar nasihat saya,
awak perlu bertindak, bukan tunggu.
211
00:15:10,360 --> 00:15:11,360
Sebelum terlambat.
212
00:15:28,120 --> 00:15:30,480
Gin dan tonik. Buat dua sukatan.
213
00:15:32,000 --> 00:15:33,600
O'hara! Tepat pada masanya.
214
00:15:34,120 --> 00:15:36,879
Kami ada rancangan TV yang hebat
untuk diberikan.
215
00:15:36,880 --> 00:15:39,040
Dokumentari tentang Perdita.
216
00:15:39,680 --> 00:15:41,679
Freddie nak saya sertai Jones Jets.
217
00:15:41,680 --> 00:15:43,759
Saya akan jadi pemain polo wanita terbaik.
218
00:15:43,760 --> 00:15:45,399
Dia bersemangat, bukan?
219
00:15:45,400 --> 00:15:48,559
Biasanya saya tak yakin
pada pemain wanita, tapi Perdita istimewa.
220
00:15:48,560 --> 00:15:50,639
Dia takkan diam melainkan saya tanya…
221
00:15:50,640 --> 00:15:51,640
Diam.
222
00:15:53,120 --> 00:15:55,119
Ini tahun pertama kami uruskan francais.
223
00:15:55,120 --> 00:15:57,480
Kami tak boleh beri slot
kepada kawan begitu saja.
224
00:15:58,320 --> 00:16:00,320
Maaf, Sebbie, saya terpaksa menolak.
225
00:16:02,400 --> 00:16:03,720
Awak juga tak guna.
226
00:16:04,720 --> 00:16:06,720
Maaf. Perdy, ayuh!
227
00:16:08,280 --> 00:16:10,240
Perdita menarik.
228
00:16:11,000 --> 00:16:13,119
Sedap mata memandang. Dia sesuai untuk TV.
229
00:16:13,120 --> 00:16:14,240
Saya kata tak boleh.
230
00:16:19,320 --> 00:16:20,320
Maafkan saya.
231
00:16:26,960 --> 00:16:30,199
Saya akan serahkan kepada kawan baik saya.
232
00:16:30,200 --> 00:16:33,760
Dia akan persembahkan versinya
untuk lagu yang sangat popular.
233
00:16:50,920 --> 00:16:54,800
Aku tak pernah lihat dirimu
Secantik malam ini
234
00:16:55,760 --> 00:16:58,680
Aku tak pernah lihat dirimu
Bersinar terang
235
00:17:03,840 --> 00:17:07,600
Aku tak pernah lihat begitu ramai lelaki
Ingin menari bersamamu
236
00:17:08,800 --> 00:17:10,800
Saya lupa awak pandai menari.
237
00:17:11,520 --> 00:17:14,200
Jika diberi peluang
238
00:17:16,320 --> 00:17:19,839
Saya tak suka diketepikan
dan saya rasa awak pun begitu.
239
00:17:19,840 --> 00:17:22,880
Mari tunjukkan kehebatan kita.
240
00:17:27,440 --> 00:17:30,800
Wanita berbaju merah
241
00:17:33,200 --> 00:17:34,799
Menari denganku
242
00:17:34,800 --> 00:17:37,079
Itulah wanita
yang patut dijadikan pengajaran.
243
00:17:37,080 --> 00:17:39,160
Pipi bersentuhan
244
00:17:41,000 --> 00:17:43,639
Semua orang di sini pernah buat silap.
245
00:17:43,640 --> 00:17:45,959
- Tapi saya yang dihukum.
- Abaikan mereka.
246
00:17:45,960 --> 00:17:48,120
Hanya kau dan aku
247
00:17:49,320 --> 00:17:51,480
Di situlah aku nak berada
248
00:17:52,120 --> 00:17:55,600
Tapi aku tak tahu
249
00:17:58,040 --> 00:18:03,160
Si cantik di sisiku
250
00:18:04,520 --> 00:18:07,000
Aku takkan lupa
251
00:18:09,960 --> 00:18:11,280
Bas dah datang, akhirnya.
252
00:18:11,800 --> 00:18:13,479
Siapa gadis cantik itu?
253
00:18:13,480 --> 00:18:17,439
Annabel Kemble-Taylor.
Dia bukan seorang gadis.
254
00:18:17,440 --> 00:18:20,239
- Saya rasa itu Taggie.
- Aku tak pernah lihat dirimu
255
00:18:20,240 --> 00:18:22,800
Secantik malam ini
256
00:18:23,400 --> 00:18:26,320
Aku tak pernah lihat dirimu
Bersinar terang
257
00:18:27,160 --> 00:18:29,200
Kau menakjubkan.
258
00:18:29,800 --> 00:18:31,240
Awak seperti mercun Krismas.
259
00:18:32,040 --> 00:18:34,479
Saya tak sabar nak tarik awak.
260
00:18:34,480 --> 00:18:35,879
Ya Tuhan.
261
00:18:35,880 --> 00:18:38,080
Apabila kau berpaling dan senyum
262
00:18:38,960 --> 00:18:41,280
Kau buat aku terpegun
263
00:18:42,160 --> 00:18:43,279
Ya.
264
00:18:43,280 --> 00:18:45,760
- Dia nampak cantik.
- Ya.
265
00:18:46,360 --> 00:18:48,719
- Rasa lengkap…
- "Lady in Red."
266
00:18:48,720 --> 00:18:54,559
- Sangat sesuai.
- …dan penuh cinta, seperti malam ini
267
00:18:54,560 --> 00:18:56,400
- Wanita Berbaju Merah…
- Aduhai.
268
00:18:57,440 --> 00:19:00,479
- Saya tak boleh menari.
- Ya, boleh. Awak boleh dengan saya.
269
00:19:00,480 --> 00:19:03,119
Menari bersamaku
270
00:19:03,120 --> 00:19:05,280
Lagu ini macam untuk awak,
awak sangat cantik.
271
00:19:06,640 --> 00:19:10,920
Kerana aku tak tahu…
272
00:19:12,840 --> 00:19:16,880
Si cantik di sisiku
273
00:19:19,280 --> 00:19:22,120
Aku takkan lupa
274
00:19:23,840 --> 00:19:28,480
Rupamu malam ini
275
00:19:30,120 --> 00:19:32,319
Saya rasa gincu ini agak pelik.
276
00:19:32,320 --> 00:19:34,400
Awak tahu saya akan hilangkannya nanti.
277
00:19:37,360 --> 00:19:42,280
Gadis berbaju merah, aku mencintaimu
278
00:19:47,680 --> 00:19:49,160
Selamat malam, semua.
279
00:19:49,720 --> 00:19:51,200
Saya buat dengan baik, bukan?
280
00:19:51,720 --> 00:19:54,399
Annabel tarik diri,
pengganti terpaksa ambil tempatnya.
281
00:19:54,400 --> 00:19:56,279
Awak nampak sempurna.
282
00:19:56,280 --> 00:19:58,479
Pastikan awak
jaga kelakuan malam ini, Basil.
283
00:19:58,480 --> 00:20:00,320
Saya janji, Declan.
284
00:20:00,840 --> 00:20:02,479
Boleh saya menari dengan awak?
285
00:20:02,480 --> 00:20:04,480
Itu hak tuan rumah.
286
00:20:09,160 --> 00:20:10,160
Ya.
287
00:20:29,720 --> 00:20:32,480
Saya percaya syurga kehilangan bidadari.
288
00:20:37,760 --> 00:20:39,480
Awak sebenarnya menyeronokkan, bukan?
289
00:20:42,680 --> 00:20:44,160
Laju lagi.
290
00:21:27,400 --> 00:21:31,799
Awak abaikan panggilan saya,
jadi saya datang melawat.
291
00:21:31,800 --> 00:21:34,439
Saya beritahu Tony yang saya…
292
00:21:34,440 --> 00:21:36,479
akan buat yang terbaik.
293
00:21:36,480 --> 00:21:41,919
Tapi saya rasa usaha Venturer
lebih baik daripada awak.
294
00:21:41,920 --> 00:21:44,800
Nampaknya awak boleh
berusaha lebih keras, Reverend.
295
00:21:45,680 --> 00:21:48,359
Awak tak faham, saya cuma bawa satu undi.
296
00:21:48,360 --> 00:21:50,560
Tapi yang paling berpengaruh.
297
00:21:51,920 --> 00:21:56,760
Saya buat semua yang termampu
untuk bantu rancangan tak wajar awak.
298
00:21:58,680 --> 00:21:59,800
"Tak wajar"?
299
00:22:00,880 --> 00:22:03,799
Tak seteruk tajuk berita utama jika…
300
00:22:03,800 --> 00:22:05,440
perbuatan awak didedahkan.
301
00:22:06,480 --> 00:22:10,960
Dengar cakap dan pastikan
Lord Baddingham tak kecewa.
302
00:22:18,240 --> 00:22:22,399
Tetamu sekalian, mengikut tradisi,
303
00:22:22,400 --> 00:22:27,160
saya dan suami saya
harap kamu sudi bermain dengan kami.
304
00:22:31,160 --> 00:22:32,160
Ini dia.
305
00:22:34,040 --> 00:22:35,359
Seekor khinzir.
306
00:22:35,360 --> 00:22:42,000
Pesta berburu tak lengkap
tanpa pemburuan, bukan?
307
00:22:43,880 --> 00:22:46,720
Pergilah, Wilfred.
308
00:22:51,520 --> 00:22:53,839
Hadiah untuk orang pertama
yang menangkapnya
309
00:22:53,840 --> 00:22:56,719
ialah makan tengah hari
bersama bintang televisyen…
310
00:22:56,720 --> 00:22:58,120
Declan O'Hara!
311
00:23:02,000 --> 00:23:04,479
- Jadi, ini loteri.
- Ke garisan…
312
00:23:04,480 --> 00:23:06,679
Orang Inggeris memang pelik.
313
00:23:06,680 --> 00:23:07,920
Sedia…
314
00:23:09,120 --> 00:23:10,240
Mula!
315
00:23:21,840 --> 00:23:24,400
Khinzir kecil!
316
00:23:25,200 --> 00:23:27,399
Tunggu, Bas. Jangan laju sangat!
317
00:23:27,400 --> 00:23:30,200
- Ayuh, awak boleh buat.
- Kasut saya.
318
00:23:38,040 --> 00:23:39,440
Terima kasih, Rupe.
319
00:23:42,000 --> 00:23:43,400
- Terima kasih.
- Ayuh.
320
00:23:50,200 --> 00:23:56,200
Ayuh! Mari sini, khinzir!
321
00:23:58,800 --> 00:24:00,800
Ke mana khinzir itu pergi?
322
00:24:03,680 --> 00:24:04,880
Di mana ia?
323
00:24:17,560 --> 00:24:19,360
Jadi, bagaimana pagi tadi?
324
00:24:21,400 --> 00:24:22,640
Baik, saya rasa.
325
00:24:24,840 --> 00:24:26,840
Saya fikir
awak akan ubah fikiran dan datang.
326
00:24:30,680 --> 00:24:32,320
Saya nak awak datang.
327
00:24:33,760 --> 00:24:35,400
Saya tak mampu.
328
00:24:37,320 --> 00:24:38,959
Jumpa apa-apa, Chaz?
329
00:24:38,960 --> 00:24:41,160
Tak. Mari cari di tempat lain.
330
00:24:56,120 --> 00:24:57,120
Tunggu, Daysee.
331
00:24:59,440 --> 00:25:00,680
Harap awak suka champagne.
332
00:25:05,840 --> 00:25:07,360
Saya suka.
333
00:25:08,360 --> 00:25:09,760
Jadi saya…
334
00:25:26,920 --> 00:25:31,479
- Mike. Jangan.
- Okey. Maaf.
335
00:25:31,480 --> 00:25:34,480
Hei, maafkan saya,
kita tak perlu tergesa-gesa. Tak apa.
336
00:25:35,120 --> 00:25:37,920
- Maafkan saya.
- Daysee, ada masalah?
337
00:25:39,040 --> 00:25:40,040
Hei?
338
00:25:40,760 --> 00:25:44,400
Jika saya buat salah, beritahu saya.
Sebab bau nafas saya?
339
00:25:45,720 --> 00:25:47,600
Tak. Saya tak apa-apa. Saya perlu pergi.
340
00:26:10,360 --> 00:26:11,560
Awak tak apa-apa?
341
00:26:14,200 --> 00:26:15,719
Awak musnahkan hidup saya.
342
00:26:15,720 --> 00:26:19,760
Ada lelaki baik yang saya suka.
343
00:26:20,840 --> 00:26:21,840
Saya…
344
00:26:23,840 --> 00:26:25,919
Saya tak boleh…
345
00:26:25,920 --> 00:26:27,920
Apa kata kita cakap di tempat lebih sunyi?
346
00:26:28,840 --> 00:26:30,239
Kamu boleh tunggu di sini,
347
00:26:30,240 --> 00:26:31,759
- betul?
- Ya, Cik Madden.
348
00:26:31,760 --> 00:26:32,880
Bagus.
349
00:26:33,800 --> 00:26:36,560
Ayuh, Daysee.
350
00:26:44,240 --> 00:26:46,320
- Mari sini, khinzir.
- Kamu di mana?
351
00:26:49,120 --> 00:26:50,560
Ini agak gila, bukan?
352
00:26:52,920 --> 00:26:55,480
Pada tahun 1985, biri-biri.
353
00:26:56,600 --> 00:27:01,399
Monica tangkap dan kait bulunya
jadi selimut untuk pesta komuniti.
354
00:27:01,400 --> 00:27:03,639
Khinzir kecil!
355
00:27:03,640 --> 00:27:05,319
Mari cari tempat yang lebih sunyi.
356
00:27:05,320 --> 00:27:08,160
Ya. Tapi bukan di sana. Itu…
357
00:27:09,440 --> 00:27:10,760
bilik khas.
358
00:27:13,040 --> 00:27:14,360
Tutup pintu.
359
00:27:41,640 --> 00:27:42,800
Tony.
360
00:27:51,280 --> 00:27:53,839
Saya datang untuk tuntut hadiah saya.
361
00:27:53,840 --> 00:27:55,880
Syabas, Maud.
362
00:28:07,560 --> 00:28:09,040
Tak sangka awak akan datang.
363
00:28:19,640 --> 00:28:20,920
Sudi menari dengan saya?
364
00:28:40,120 --> 00:28:42,200
Harap saya takkan menyesal esok.
365
00:28:43,840 --> 00:28:45,679
Saya terlalu takut untuk datang.
366
00:28:45,680 --> 00:28:50,079
Tapi seorang kawan beri saya galakan
367
00:28:50,080 --> 00:28:52,800
dan saya tak nak hampakan dia.
368
00:28:59,680 --> 00:29:01,160
Ia saat yang menakjubkan.
369
00:29:02,040 --> 00:29:04,240
Kita pandai memilih saat, bukan?
370
00:29:05,320 --> 00:29:08,440
Cuma perkara lain yang kita perlu baiki.
371
00:29:09,800 --> 00:29:11,080
Tapi saya nak cuba.
372
00:29:12,440 --> 00:29:13,440
Jika awak nak.
373
00:29:33,800 --> 00:29:35,239
Awak tahu dia nak datang?
374
00:29:35,240 --> 00:29:36,840
Saya tak tahu.
375
00:29:39,040 --> 00:29:41,160
Jangan biarkan ibu bapa awak
rosakkan malam awak.
376
00:29:44,680 --> 00:29:46,160
Ayuh. Mari sertai mereka.
377
00:29:57,440 --> 00:29:59,040
- Boleh saya menari dengannya?
- Ya.
378
00:30:13,160 --> 00:30:14,160
Awak nampak lain.
379
00:30:17,200 --> 00:30:18,360
Kenapa?
380
00:30:20,080 --> 00:30:21,680
Saya harap awak suka.
381
00:30:25,200 --> 00:30:26,360
Saya terkejut awak datang.
382
00:30:28,080 --> 00:30:31,159
Ke majlis pemburuan.
Awak benci kekejaman terhadap haiwan.
383
00:30:31,160 --> 00:30:33,840
Dengan Bas, dalam ramai-ramai orang.
384
00:30:34,360 --> 00:30:36,599
Tiada siapa lebih suka memburu
daripada Bas.
385
00:30:36,600 --> 00:30:38,360
Siapa lagi jika bukan awak?
386
00:30:44,160 --> 00:30:45,440
Dia tak sesuai untuk awak.
387
00:30:47,280 --> 00:30:51,800
Dia terlalu tua dan awak terlalu muda
untuk tahu apa yang awak hadapi.
388
00:30:53,160 --> 00:30:55,359
Saya tak tahu
jika awak masih gambarkan Bas.
389
00:30:55,360 --> 00:30:57,919
Jangan balik dengan dia.
390
00:30:57,920 --> 00:30:59,320
Awak akan menyesal nanti.
391
00:31:00,800 --> 00:31:02,760
Saya tak tahu jika itu urusan awak.
392
00:31:04,400 --> 00:31:05,560
Mungkin saya tak patut kisah.
393
00:31:07,240 --> 00:31:08,760
Awak nampak macam perempuan murahan.
394
00:31:09,600 --> 00:31:11,640
Dengan Bas,
tentu awak akan berkelakuan begitu.
395
00:31:45,080 --> 00:31:46,960
Dunia televisyen memang mencabar, Daysee.
396
00:31:47,680 --> 00:31:49,800
Awak perlu buktikan
awak layak berada di sini.
397
00:31:51,400 --> 00:31:54,760
Perkara terbaik yang awak boleh buat
ialah pendamkan semua kesakitan awak.
398
00:31:56,560 --> 00:31:58,639
Apa kata saya bercakap dengan Lord B?
399
00:31:58,640 --> 00:32:01,280
Lihat jika awak boleh
dapat kenaikan pangkat.
400
00:32:01,800 --> 00:32:04,119
Bagaimana awak boleh hidup
dengan diri sendiri?
401
00:32:04,120 --> 00:32:06,399
Selesaikan masalah mereka
setiap masa begini.
402
00:32:06,400 --> 00:32:08,680
Begitulah keadaannya selama ini, Daysee.
403
00:32:09,960 --> 00:32:13,600
Maafkan saya, tapi tiada siapa
boleh mengubahnya, apatah lagi saya.
404
00:32:14,960 --> 00:32:16,680
Jadi, kenapa kita bercakap?
405
00:32:29,240 --> 00:32:31,160
Majlis tarian itu kekurangan sesuatu.
406
00:32:32,720 --> 00:32:34,040
Apa?
407
00:32:35,280 --> 00:32:36,280
Awak.
408
00:32:51,800 --> 00:32:54,640
Bobby, saya akan kenakan awak!
409
00:33:00,800 --> 00:33:05,279
Basil nampak berminat dengan Taggie awak.
410
00:33:05,280 --> 00:33:09,159
Saya rasa sangat bertuah
Sharon ada teman yang lebih baik.
411
00:33:09,160 --> 00:33:11,559
- Ke mana mereka pergi?
- Dah pergi.
412
00:33:11,560 --> 00:33:14,039
Bas kata mereka ada parti lain.
413
00:33:14,040 --> 00:33:15,560
Ayuh!
414
00:33:17,160 --> 00:33:19,599
Menakjubkan
415
00:33:19,600 --> 00:33:21,639
Saya nak balik. Ambil kot awak, ayuh.
416
00:33:21,640 --> 00:33:22,999
Beri kunci, saya akan memandu.
417
00:33:23,000 --> 00:33:24,240
- Awak mabuk.
- Baiklah.
418
00:33:25,800 --> 00:33:26,840
Val,
419
00:33:27,440 --> 00:33:28,799
saya suka lagu ini.
420
00:33:28,800 --> 00:33:31,640
Saya tak boleh pijak awak
jika buat tujahan pelvis, bukan?
421
00:33:34,400 --> 00:33:39,520
Mari buat Pelompatan Masa sekali lagi
422
00:33:40,160 --> 00:33:44,679
Mari buat Pelompatan Masa sekali lagi
423
00:33:44,680 --> 00:33:45,880
Cuma lompat ke kiri
424
00:33:47,800 --> 00:33:50,439
Kemudian selangkah ke kanan
425
00:33:50,440 --> 00:33:52,800
Letak tangan di pinggul
426
00:33:53,400 --> 00:33:56,439
Rapatkan lutut
427
00:33:56,440 --> 00:33:59,319
Tapi tujahan pelvis
428
00:33:59,320 --> 00:34:02,679
Yang buat kau jadi gila
429
00:34:02,680 --> 00:34:12,800
Mari buat Pelompatan Masa sekali lagi
430
00:34:14,280 --> 00:34:18,839
Mari buat Pelompatan Masa sekali lagi
431
00:34:18,840 --> 00:34:22,599
Aku sedang berjalan sambil berfikir
432
00:34:22,600 --> 00:34:25,439
Apabila lelaki licik
Mengenyit mata
433
00:34:25,440 --> 00:34:27,999
Dia mengejutkanku
Dia buat aku terkejut
434
00:34:28,000 --> 00:34:31,039
Dia ada trak pikap Serta mata yang liar
435
00:34:31,040 --> 00:34:34,200
Dia merenungku dan aku rasa perubahan
436
00:34:35,240 --> 00:34:36,320
Sekejap saja.
437
00:34:36,840 --> 00:34:38,399
Mari buat Pelompatan Masa sekali lagi
438
00:34:38,400 --> 00:34:39,720
Anak-anak saya ada di sini.
439
00:34:41,440 --> 00:34:42,680
Baru-baru ini, keadaan…
440
00:34:44,440 --> 00:34:45,920
Awak boleh bayangkan keadaannya.
441
00:34:47,080 --> 00:34:48,520
Saya nak mereka rehat malam ini.
442
00:34:49,240 --> 00:34:52,320
Tapi orang bercakap. Mereka akan dengar
lebih daripada sepatutnya.
443
00:34:53,440 --> 00:34:55,119
Letak tangan di pinggul
444
00:34:55,120 --> 00:34:57,720
- Awak nak saya pergi?
- Bukan untuk saya. Untuk mereka.
445
00:34:59,080 --> 00:35:03,079
Tapi tujahan pelvis
Buat kau jadi gila
446
00:35:03,080 --> 00:35:04,120
Alamak.
447
00:35:05,800 --> 00:35:07,319
Tak cukup apa awak dah buat?
448
00:35:07,320 --> 00:35:08,759
- Jangan masuk campur.
- Tak apa.
449
00:35:08,760 --> 00:35:11,839
Patrick, kamu tak perlu masuk campur.
Biar mak pergi.
450
00:35:11,840 --> 00:35:14,839
Dia tak boleh suruh mak pergi.
Mak ada hak berada di sini macam dia.
451
00:35:14,840 --> 00:35:17,840
Apa awak tahu tentang perkahwinan?
Awak budak sekolah, bukan?
452
00:35:18,880 --> 00:35:20,640
Mak mudah terpengaruh, pasti awak tahu.
453
00:35:21,360 --> 00:35:22,839
Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
454
00:35:22,840 --> 00:35:24,399
Hubungan intim yang hebat.
455
00:35:24,400 --> 00:35:26,400
Dia tak berbaloi.
456
00:35:27,520 --> 00:35:29,519
Awak memalukan diri sendiri, Tony.
457
00:35:29,520 --> 00:35:31,479
Cik Cook. Lama tak jumpa.
458
00:35:31,480 --> 00:35:35,839
Apabila Corinium menang francais,
kamu boleh memohon kerja.
459
00:35:35,840 --> 00:35:37,160
Baddingham!
460
00:35:37,880 --> 00:35:38,880
Jangan ganggu dia.
461
00:35:42,600 --> 00:35:45,559
Berseronoklah sementara dia ada.
Dia akan kembali kepada saya.
462
00:35:45,560 --> 00:35:47,039
Jangan haraplah.
463
00:35:47,040 --> 00:35:49,320
Awak memang teruk, Tony.
464
00:35:50,440 --> 00:35:52,199
Awak macam nyamuk.
465
00:35:52,200 --> 00:35:54,719
Perengsa yang jahat,
466
00:35:54,720 --> 00:35:57,160
sentiasa kembali untuk ambil darah.
467
00:35:58,000 --> 00:35:59,120
Mengintip kami.
468
00:35:59,760 --> 00:36:02,759
Tak cukup dengan meniduri isteri saya,
awak seksa Cameron juga.
469
00:36:02,760 --> 00:36:03,800
Declan.
470
00:36:05,120 --> 00:36:06,880
Ayah kata itu tak benar.
471
00:36:07,920 --> 00:36:10,439
Surat khabar reka cerita.
472
00:36:10,440 --> 00:36:12,079
- Ayah?
- Anak-anak…
473
00:36:12,080 --> 00:36:14,800
Saya takkan maafkan ayah.
474
00:36:15,600 --> 00:36:18,040
- Maaf.
- Anak-anak! Beatrice!
475
00:36:18,680 --> 00:36:20,079
Saya tak tahu mereka ada.
476
00:36:20,080 --> 00:36:23,280
Declan, awak terlepas
apa yang ada di depan awak.
477
00:36:23,800 --> 00:36:25,399
Awak fikir awak sangat bijak,
478
00:36:25,400 --> 00:36:28,160
merekrut Charles
sebagai pengintip awak, bukan?
479
00:36:29,040 --> 00:36:31,080
Jadi, awak memang tahu.
480
00:36:32,240 --> 00:36:33,840
Maud bukan pengintip saya.
481
00:36:36,840 --> 00:36:38,000
Charles pengintip awak.
482
00:36:39,760 --> 00:36:41,800
Dia bekerja untuk saya.
483
00:36:42,840 --> 00:36:45,600
Melaporkan semua yang kamu buat.
484
00:36:53,440 --> 00:36:56,680
Bila kamu nak faham?
485
00:36:57,560 --> 00:36:59,399
Kamu main Ludo.
486
00:36:59,400 --> 00:37:02,000
Saya Bobby Fischer.
487
00:37:09,720 --> 00:37:10,760
Betulkah?
488
00:37:11,400 --> 00:37:12,880
Awak tak faham. Saya terpaksa…
489
00:37:17,280 --> 00:37:19,000
Declan! Hentikannya!
490
00:37:19,680 --> 00:37:22,240
- Pengkhianat!
- Baiklah.
491
00:37:42,520 --> 00:37:44,640
Saya betul-betul buat silap, bukan?
492
00:37:46,160 --> 00:37:47,480
Saya faham perasaannya.
493
00:37:57,280 --> 00:37:58,720
Saya tahu apa awak nak dengar.
494
00:38:02,120 --> 00:38:03,680
Tapi saya tak boleh maafkan awak.
495
00:38:04,840 --> 00:38:05,840
Maafkan saya.
496
00:38:07,320 --> 00:38:08,320
Kalaulah saya mampu.
497
00:38:09,800 --> 00:38:10,920
Saya cuma…
498
00:38:13,840 --> 00:38:15,280
Saya tak boleh.
499
00:38:32,640 --> 00:38:33,840
Mak.
500
00:38:35,480 --> 00:38:36,480
Kamu tahu,
501
00:38:37,280 --> 00:38:38,760
mak tak patut datang malam ini.
502
00:38:39,560 --> 00:38:41,800
Cakap dengan dia esok apabila dia…
503
00:38:42,920 --> 00:38:44,640
dah bertenang.
504
00:38:50,320 --> 00:38:51,320
Tak.
505
00:38:52,680 --> 00:38:53,920
Ia dah berakhir.
506
00:38:55,800 --> 00:38:58,760
Mak akan pergi kemas beg.
507
00:38:59,640 --> 00:39:01,480
Mak akan pergi ke London.
508
00:39:12,680 --> 00:39:13,839
Ke tepi!
509
00:39:13,840 --> 00:39:15,239
Di mana anak-anak saya?
510
00:39:15,240 --> 00:39:16,920
Mereka di dalam bilik TV kami.
511
00:39:17,480 --> 00:39:19,759
Mereka tak nak balik dengan awak.
512
00:39:19,760 --> 00:39:22,519
Mereka akan tinggal dengan kami.
Saya akan hantar ke sekolah.
513
00:39:22,520 --> 00:39:24,200
- Yakah?
- Ya.
514
00:39:25,440 --> 00:39:27,120
Kamu nak cuba rampas anak-anak saya?
515
00:39:28,840 --> 00:39:31,520
Kamu mampu jaga mereka?
516
00:39:32,920 --> 00:39:34,639
Semua orang tahu tentang kamu.
517
00:39:34,640 --> 00:39:37,639
Kamu berdua dungu.
518
00:39:37,640 --> 00:39:39,679
Kamu cuma ada rumah besar ini,
519
00:39:39,680 --> 00:39:43,559
bil utiliti yang tinggi
dan watak kecil dalam sejarah.
520
00:39:43,560 --> 00:39:45,440
Tony, tolonglah.
521
00:39:46,840 --> 00:39:48,999
Semua orang kasihankan awak.
522
00:39:49,000 --> 00:39:50,440
Betul, tapi…
523
00:39:54,600 --> 00:39:55,920
Ayuh.
524
00:39:56,680 --> 00:39:57,880
Cakaplah.
525
00:39:59,880 --> 00:40:02,560
Monica tentu benci kelakuan awak.
526
00:40:27,560 --> 00:40:29,280
- Tony.
- Bukan malam ini, Beattie.
527
00:40:29,960 --> 00:40:31,199
Awak pasti?
528
00:40:31,200 --> 00:40:33,399
Saya boleh cari jalan untuk ceriakan awak.
529
00:40:33,400 --> 00:40:35,600
Satu-satunya perkara
yang boleh ceriakan saya
530
00:40:36,400 --> 00:40:42,480
ialah membelasah Declan O'Hara
dan Rupert Campbell-Black.
531
00:40:53,240 --> 00:40:55,359
Perdita, betul?
532
00:40:55,360 --> 00:40:57,759
- Pemain polo?
- Ya.
533
00:40:57,760 --> 00:41:00,239
Saya ada dengar tentang awak.
Kita patut berbual.
534
00:41:00,240 --> 00:41:01,999
Saya dah kehilangan Nathalie.
535
00:41:02,000 --> 00:41:03,639
Ya, betul.
536
00:41:03,640 --> 00:41:05,480
Dia baru balik dengan pemain kriket.
537
00:41:06,040 --> 00:41:07,720
Tak guna.
538
00:41:08,440 --> 00:41:09,599
Lelaki.
539
00:41:09,600 --> 00:41:11,720
Selalu dikaburi nafsu sendiri.
540
00:41:13,040 --> 00:41:15,360
Sayang sekali lelaki yang saya nak
tak suka saya.
541
00:41:16,440 --> 00:41:17,600
Declan O'Hara?
542
00:41:19,960 --> 00:41:21,000
Rupert?
543
00:41:26,080 --> 00:41:28,480
Lelaki seperti Rupert
perlukan sedikit dorongan.
544
00:41:29,040 --> 00:41:30,880
Saya pernah bercinta dengan dia.
545
00:41:32,200 --> 00:41:33,960
Dia tak tahu pun saya wujud.
546
00:41:35,920 --> 00:41:37,520
Saya tak rasa begitu.
547
00:41:40,320 --> 00:41:41,920
Awak akan tunggu teksi berjam-jam.
548
00:41:42,760 --> 00:41:44,160
Apa kata saya hantar awak?
549
00:41:44,680 --> 00:41:47,119
Dalam perjalanan,
saya boleh beri beberapa petua.
550
00:41:47,120 --> 00:41:48,360
Tentang Rupert?
551
00:41:48,880 --> 00:41:50,560
Saya berbesar hati.
552
00:42:24,800 --> 00:42:26,400
Kenapa, Charles?
553
00:42:28,960 --> 00:42:30,760
Sanggup awak menipu dan memperdaya?
554
00:42:32,440 --> 00:42:33,480
Untuk Tony?
555
00:42:41,160 --> 00:42:42,600
Ini bukan awak.
556
00:42:44,680 --> 00:42:46,000
Apa yang berlaku?
557
00:42:51,040 --> 00:42:53,560
Mereka pasang peranti pepijat di Corinium.
558
00:42:55,960 --> 00:42:57,400
Tony tahu semuanya.
559
00:42:58,240 --> 00:43:00,480
Bukan tentang Venturer saja, tapi…
560
00:43:02,760 --> 00:43:03,760
hubungan kita.
561
00:43:10,440 --> 00:43:11,640
Tony tahu?
562
00:43:14,560 --> 00:43:15,560
Tentang kita?
563
00:43:16,480 --> 00:43:20,720
- Tentang saya?
- Saya terpaksa. Demi melindungi awak.
564
00:43:21,800 --> 00:43:24,080
Tony kata dia akan dedahkan awak.
565
00:43:29,160 --> 00:43:31,559
Kenapa awak boleh jadi begitu bodoh?
566
00:43:31,560 --> 00:43:33,999
- Awak nak saya buat apa?
- Awak patut menipu.
567
00:43:34,000 --> 00:43:37,560
- Dia ada rakaman.
- Nafikan, Charles!
568
00:43:41,840 --> 00:43:43,040
Saya buat silap,
569
00:43:44,080 --> 00:43:45,320
kemudian saya terperangkap.
570
00:43:45,840 --> 00:43:49,919
Setiap penipuan dan pengkhianatan
buat saya terperangkap.
571
00:43:49,920 --> 00:43:52,079
Saya tak nampak jalan keluar.
572
00:43:52,080 --> 00:43:54,800
Saya nak sangat beritahu awak, tapi…
573
00:43:56,240 --> 00:43:57,319
Tapi apa?
574
00:43:57,320 --> 00:44:00,640
Saya tahu awak takkan dapat maafkan saya.
575
00:44:01,360 --> 00:44:02,480
Awak…
576
00:44:04,400 --> 00:44:08,079
satu-satunya perkara baik
yang pernah berlaku kepada saya.
577
00:44:08,080 --> 00:44:10,479
Saya minta maaf.
578
00:44:10,480 --> 00:44:11,959
Betul.
579
00:44:11,960 --> 00:44:14,320
Tapi semuanya akan okey, saya janji.
580
00:44:16,560 --> 00:44:18,320
Muffy akan mencari saya.
581
00:44:45,440 --> 00:44:47,240
Saya akan buat kopi. Buat awak sedar.
582
00:44:59,720 --> 00:45:01,160
Rupert!
583
00:45:16,960 --> 00:45:18,160
Duduklah.
584
00:45:32,040 --> 00:45:33,080
Nak sesuatu yang manis?
585
00:45:33,800 --> 00:45:34,960
Ya.
586
00:45:46,360 --> 00:45:47,679
Maaf sebab mengintip.
587
00:45:47,680 --> 00:45:50,720
Ellie nak kertas untuk melukis dan saya…
588
00:45:51,560 --> 00:45:54,159
- Ini yang baharu, Pn. V?
- Ya.
589
00:45:54,160 --> 00:45:55,720
Ceritanya sangat bagus.
590
00:45:56,480 --> 00:45:57,599
Sepuluh paun cukup?
591
00:45:57,600 --> 00:45:58,759
Bagus.
592
00:45:58,760 --> 00:46:00,239
Terima kasih.
593
00:46:00,240 --> 00:46:04,160
Ferdy awak seorang wira yang sasa.
594
00:46:07,680 --> 00:46:10,079
Ellie yang lukis ini.
Dia kata Ferdy beruang.
595
00:46:10,080 --> 00:46:12,599
Saya tak nampak begitu. Selamat malam.
596
00:46:12,600 --> 00:46:15,279
- Selamat malam.
- Terima kasih sekali lagi.
597
00:46:15,280 --> 00:46:16,679
Sama-sama.
598
00:46:16,680 --> 00:46:18,400
- Selamat malam.
- Selamat malam.
599
00:46:27,440 --> 00:46:28,680
Awak nampak sangat cantik.
600
00:46:31,080 --> 00:46:32,240
Yakah?
601
00:46:41,960 --> 00:46:43,279
Apa kata kita naik ke atas?
602
00:46:43,280 --> 00:46:46,000
Tak. Saya tak sabar.
Saya nak awak sekarang.
603
00:46:46,520 --> 00:46:47,760
James.
604
00:46:54,160 --> 00:46:55,400
Okey? Boleh awak…
605
00:47:00,760 --> 00:47:03,519
- Maaf. Adakah ia…
- Ya.
606
00:47:03,520 --> 00:47:05,240
- Maaf.
- Ya.
607
00:47:31,400 --> 00:47:32,640
Itu saya.
608
00:47:33,640 --> 00:47:38,679
Aku takkan berhenti berusaha
609
00:47:38,680 --> 00:47:44,199
- Itu pun dia!
- Pedang takkan terlepas daripadaku
610
00:47:44,200 --> 00:47:45,279
Itu pun dia!
611
00:47:45,280 --> 00:47:51,439
- Sehingga kita bina Jerusalem
- Itu pun dia!
612
00:47:51,440 --> 00:47:55,760
Di tanah England yang hijau dan indah
613
00:48:00,440 --> 00:48:02,440
Mungkin latihan akan menyempurnakannya.
614
00:48:04,080 --> 00:48:05,400
Ya, saya pasti.
615
00:48:24,280 --> 00:48:26,119
En. James dan Pn. Lizzie Vereker
616
00:48:26,120 --> 00:48:29,959
Hebat.
617
00:48:29,960 --> 00:48:31,400
Luar biasa.
618
00:48:33,160 --> 00:48:34,280
Tapi hebat.
619
00:48:35,760 --> 00:48:36,960
Saya akan jerang air.
620
00:48:39,280 --> 00:48:40,679
Siapa lebih bagus?
621
00:48:40,680 --> 00:48:41,880
Saya atau Freddie?
622
00:48:45,160 --> 00:48:49,880
Saya tak percaya awak curang
dengan lelaki biasa itu.
623
00:48:51,760 --> 00:48:55,439
Kemudian jual novel awak kepada dia?
Tony marah.
624
00:48:55,440 --> 00:48:57,119
Kita akan jumpa dia pagi Isnin.
625
00:48:57,120 --> 00:48:58,999
Dia mungkin nak batalkan
How To Stay Married.
626
00:48:59,000 --> 00:49:01,239
Bagus. Saya tak suka buat
rancangan itu dengan awak.
627
00:49:01,240 --> 00:49:03,679
Lizzie, kita dapat rating lebih baik
daripada Wish You Were Here.
628
00:49:03,680 --> 00:49:05,320
Judith Chalmers marah.
629
00:49:06,120 --> 00:49:10,319
Tapi hubungan kita
dah lama tak baik, bukan?
630
00:49:10,320 --> 00:49:12,759
Tak benar.
Perkahwinan bagus untuk kerjaya kita.
631
00:49:12,760 --> 00:49:14,159
Asas rancangan rangkaian kita!
632
00:49:14,160 --> 00:49:15,400
James!
633
00:49:16,320 --> 00:49:17,840
Maksud saya, untuk kita.
634
00:49:18,360 --> 00:49:21,319
Awak benci penulisan saya.
635
00:49:21,320 --> 00:49:26,319
Awak benci rupa saya.
636
00:49:26,320 --> 00:49:28,839
Kadangkala saya rasa
awak tak nak pasangan setaraf atau teman,
637
00:49:28,840 --> 00:49:30,719
- awak nak hiasan.
- Apa salahnya?
638
00:49:30,720 --> 00:49:34,399
Kebanyakan lelaki seperti saya
lebih suka isteri yang menyokong suaminya.
639
00:49:34,400 --> 00:49:36,279
Jadi, awak setuju. Awak tak nak saya!
640
00:49:36,280 --> 00:49:38,519
Awak pun tak nak saya.
Awak dah cakap dengan jelas.
641
00:49:38,520 --> 00:49:39,920
Jadi, kenapa kita bergaduh?
642
00:49:48,520 --> 00:49:50,400
Apabila saya dapat tahu…
643
00:49:53,680 --> 00:49:56,040
Awak lukakan perasaan saya, Lizzie.
644
00:49:58,920 --> 00:50:00,600
Maafkan saya, James.
645
00:50:04,440 --> 00:50:06,000
Tapi saya nak bercerai.
646
00:50:17,040 --> 00:50:18,879
Terima kasih sebab hantar saya balik.
647
00:50:18,880 --> 00:50:21,280
Saya sentiasa ada jika awak perlukan saya.
648
00:50:22,640 --> 00:50:25,080
Maksud saya, untuk kerja Venturer.
649
00:50:26,400 --> 00:50:28,400
- Sudah tentu.
- Ya.
650
00:51:05,440 --> 00:51:07,079
Saya harap awak berseronok.
651
00:51:07,080 --> 00:51:10,720
Susah nak pujuk Biarawan Jahanam itu,
tapi dia akan lakukannya.
652
00:51:31,840 --> 00:51:34,159
Beritahu saya tentang khabar angin itu.
653
00:51:34,160 --> 00:51:37,080
Saya gila, jahat dan berbahaya?
654
00:51:38,280 --> 00:51:39,959
Lebih kurang begitu.
655
00:51:39,960 --> 00:51:42,480
- Maaf.
- Jangan minta maaf.
656
00:51:45,200 --> 00:51:47,320
Bersalah atas ketiga-tiga tuduhan.
657
00:51:49,600 --> 00:51:51,320
Apa itu?
658
00:51:52,760 --> 00:51:55,400
Itu Piala Emas Larkshire.
659
00:51:56,400 --> 00:51:58,599
Saya ahli pasukan
yang menang beberapa tahun lalu.
660
00:51:58,600 --> 00:52:00,359
Perlawanan itu sangat teruk.
661
00:52:00,360 --> 00:52:03,760
Dalam beberapa minit terakhir, kuda padi
saya panik dan cuba lambung saya.
662
00:52:04,800 --> 00:52:06,359
Saya ingat saya akan mati.
663
00:52:06,360 --> 00:52:08,360
Bunyinya menakutkan.
664
00:52:10,120 --> 00:52:12,200
Ia saat paling menggembirakan
dalam hidup saya.
665
00:52:19,040 --> 00:52:23,840
Hanya saya dan 453 kilogram otot tulen.
666
00:52:25,680 --> 00:52:27,520
Saya jaringkan gol kemenangan.
667
00:52:28,680 --> 00:52:29,680
Awak tahu menunggang?
668
00:52:32,280 --> 00:52:34,320
Awak patut cuba. Mungkin saya boleh ajar.
669
00:52:36,600 --> 00:52:38,440
Saya tak pasti saya cukup berani.
670
00:52:40,800 --> 00:52:43,000
Itulah yang hebat tentang kuda.
671
00:52:44,480 --> 00:52:46,720
Ia tunjukkan betapa beraninya awak.
672
00:52:52,000 --> 00:52:54,560
Tengok. Saya boleh nampak bintang.
673
00:53:05,200 --> 00:53:06,680
Nampak tak?
674
00:53:08,160 --> 00:53:09,720
Itu Orion Si Pemburu.
675
00:53:10,320 --> 00:53:11,920
Ia akan buru awak juga.
676
00:53:40,920 --> 00:53:44,600
Merah sesuai dengan awak.
Mungkin awak boleh jadi penunggang.
677
00:55:58,880 --> 00:56:00,960
Diterjemahkan oleh Azrena