1 00:00:06,041 --> 00:00:07,291 Ta-da! 2 00:00:07,375 --> 00:00:08,875 SEBUAH SIRI NETFLIX 3 00:00:15,916 --> 00:00:17,083 - Answer Time - Answer Time! 4 00:00:17,166 --> 00:00:18,333 - Answer Time - Answer Time! 5 00:00:18,416 --> 00:00:20,791 - Ini StoryBots: Answer Time - Answer Time! 6 00:00:20,875 --> 00:00:23,375 Mereka tinggal dalam komputer anda Mereka ada kerja 7 00:00:23,458 --> 00:00:25,750 Mereka jadikan belajar seronok 8 00:00:25,833 --> 00:00:28,083 Saat anda ada soalan Mereka akan jawab 9 00:00:28,166 --> 00:00:30,000 Ini StoryBots: Answer Time 10 00:00:31,291 --> 00:00:32,250 Answer Time! 11 00:00:38,333 --> 00:00:39,958 Hei! Apa khabar? 12 00:00:40,541 --> 00:00:43,166 Hai! Saya Beep. Boleh saya bantu? 13 00:00:43,250 --> 00:00:46,666 Apakah bola gelang getah terbesar di dunia? 14 00:00:46,750 --> 00:00:48,208 Mari kita lihat. 15 00:00:48,750 --> 00:00:52,541 Bola gelang getah terbesar di dunia seberat 4082 kilogram 16 00:00:52,625 --> 00:00:56,041 dan diperbuat daripada lebih 700,000 gelang getah! 17 00:00:56,125 --> 00:00:57,833 Hei, bunyi apakah itu? 18 00:00:58,333 --> 00:00:59,166 Apa? 19 00:01:01,333 --> 00:01:04,416 Hai, Bing! Ini August. Pusing dengan saya! 20 00:01:04,500 --> 00:01:06,125 Saya suka berpusing! 21 00:01:12,375 --> 00:01:13,208 Aduh! 22 00:01:16,500 --> 00:01:17,500 Saya okey. 23 00:01:18,000 --> 00:01:18,833 Boop. 24 00:01:20,125 --> 00:01:25,125 Bo, kamu nampak kucing saya? Saya dah cari di merata tempat. 25 00:01:25,666 --> 00:01:27,875 Bukan di merata tempat. 26 00:01:34,875 --> 00:01:37,750 Wah! Kita ada soalan Tahap Tiga. 27 00:01:39,416 --> 00:01:41,666 StoryBots, gembira bertemu awak. 28 00:01:41,750 --> 00:01:45,375 Mujur saya dapat hubungi awak. Saya ada masalah. 29 00:01:45,458 --> 00:01:47,791 Hei, Cik Ejen Rahsia. Boleh kami bantu? 30 00:01:49,000 --> 00:01:54,541 Beginilah. Saya harap awak boleh beritahu saya cara laser berfungsi. 31 00:01:54,625 --> 00:01:56,833 Laser? Saya suka laser! 32 00:01:56,916 --> 00:02:00,625 Ingat masa kita main tembak laser dan saya kata, piu-piu! 33 00:02:01,250 --> 00:02:02,625 Seronoknya. 34 00:02:02,708 --> 00:02:09,416 Ya, Bing. Tembak laser seronok. Tapi, laser ini tak seronok. 35 00:02:12,708 --> 00:02:16,208 Laser itu sedang membelah meja itu. 36 00:02:16,291 --> 00:02:19,416 Betul, jika saya gagal matikannya dalam… 37 00:02:20,833 --> 00:02:24,375 tujuh belas minit dan 13 saat, 38 00:02:24,458 --> 00:02:27,500 saya juga akan terbelah. 39 00:02:28,000 --> 00:02:31,291 Maksud saya, saya akan cedera teruk. 40 00:02:31,375 --> 00:02:35,833 Saya akan terbelah kerana ada laser. 41 00:02:36,833 --> 00:02:39,708 Aduhai! Awak perlu pergi dari sana! 42 00:02:40,291 --> 00:02:42,375 Ya. Sebab itu saya telefon. 43 00:02:42,958 --> 00:02:45,958 Okey, pasukan! Kita perlu tahu cara laser berfungsi. 44 00:02:46,041 --> 00:02:49,666 Hei! Kawan saya, Kester urus pertunjukan laser di Burning Bot. 45 00:02:49,750 --> 00:02:53,916 - Dia pasti tahu cara laser berfungsi. - Bang, bagus. 46 00:02:54,000 --> 00:02:59,250 Saya harap awak cepat sebab saya tak mahu tuksedo saya koyak. 47 00:03:00,291 --> 00:03:02,166 Terutamanya saat saya pakainya. 48 00:03:03,500 --> 00:03:07,458 Jangan risau, Cik Ejen Rahsia. Kami akan uruskannya. 49 00:03:10,416 --> 00:03:11,375 Answer Time! 50 00:03:12,791 --> 00:03:18,916 Hai, StoryBots. Boleh awak bantu kami bilang dua-dua? 51 00:03:20,166 --> 00:03:22,250 - Hei, Sally Sue. - Ya, Bessie Lou. 52 00:03:22,333 --> 00:03:26,041 - Awak tahu apa saya suka buat? - Saya suka apa awak suka buat. 53 00:03:26,125 --> 00:03:30,000 - Awak tahu apa saya suka buat? - Saya suka apa awak suka buat! 54 00:03:30,791 --> 00:03:33,291 - Membilang dua-dua! - Ayuh! 55 00:03:34,291 --> 00:03:38,458 Dua! 56 00:03:38,541 --> 00:03:42,041 Oh! Empat! 57 00:03:42,125 --> 00:03:44,708 - Ya! Empat! - Saya nampak enam! 58 00:03:44,791 --> 00:03:47,583 Enam! 59 00:03:47,666 --> 00:03:51,333 Hore! Nombor lapan yang besar datang! 60 00:03:51,416 --> 00:03:55,166 Lapan! 61 00:03:55,250 --> 00:03:58,250 - Tunggu! Tunggu di nombor lapan. - Apa? 62 00:03:59,000 --> 00:04:01,916 Itu nombor sepuluh! 63 00:04:02,000 --> 00:04:03,833 Sepuluh! 64 00:04:03,916 --> 00:04:09,250 - Dua, empat, enam, lapan, sepuluh! - Sepuluh! Piu-piu! 65 00:04:09,833 --> 00:04:10,666 Sepuluh. 66 00:04:12,291 --> 00:04:15,625 - Saya suka bilang dua-dua. - Saya pun sama. 67 00:04:16,750 --> 00:04:17,583 Hei. 68 00:04:18,083 --> 00:04:20,041 Awak nak minum sarsi? 69 00:04:20,125 --> 00:04:22,541 Awak tahu saya nak minum sarsi. 70 00:04:23,416 --> 00:04:29,916 - Sarsi! Hore! - Sarsi! Piu-piu! Ya! Piu-piu! 71 00:04:33,208 --> 00:04:36,125 Hei, StoryBots, apakah dinosaur dengan sayap? 72 00:04:41,875 --> 00:04:43,208 Terbang denganku 73 00:04:44,041 --> 00:04:45,416 Di seberang laut 74 00:04:46,208 --> 00:04:50,583 Pengembaraan kita pasti hebat 75 00:04:51,375 --> 00:04:53,625 Apa khabar? Aku Pterodactylus 76 00:04:53,708 --> 00:04:55,500 Apakah kehebatanku? Lihat 77 00:04:55,583 --> 00:04:57,958 Sayap di belakangku yang besar 78 00:04:58,041 --> 00:05:02,125 Mata Pterodactylus yang besar Aku menyerang tiba-tiba 79 00:05:02,208 --> 00:05:04,541 Terbang ke tanah Kembali ke langit 80 00:05:04,625 --> 00:05:09,125 Dengar sini Sayapku yang kuat sepanjang tiga kaki 81 00:05:09,208 --> 00:05:13,041 Aku ringan, boleh terbang jauh Terbang atas bawah, lihat gayaku 82 00:05:13,125 --> 00:05:15,208 Terbang ke laut untuk makan ikan 83 00:05:15,291 --> 00:05:17,458 Makan haiwan kecil dan pepijat berkhasiat 84 00:05:17,541 --> 00:05:19,625 Sembilan puluh gigi di paruh Kakiku lemah 85 00:05:19,708 --> 00:05:21,875 Tapi aku terbang tinggi Lihat badanku yang kurus 86 00:05:21,958 --> 00:05:23,958 Tapi dengar sini Aku bukan burung 87 00:05:24,041 --> 00:05:26,208 Aku bukan dinosaur Sebab hidupku bukan di darat 88 00:05:26,291 --> 00:05:30,166 Aku pterosaur, reptilia yang terbang Terbang denganku 89 00:05:30,250 --> 00:05:31,500 Terbang denganku 90 00:05:32,083 --> 00:05:33,458 Di seberang laut 91 00:05:34,125 --> 00:05:38,500 Pengembaraan kita pasti hebat 92 00:05:43,125 --> 00:05:45,708 Hentian seterusnya, Burning Bot. 93 00:05:51,458 --> 00:05:54,000 Selamat pulang ke Burning Bot, kawan. 94 00:05:54,666 --> 00:05:56,750 Terima kasih, En. Dreamcatcher. 95 00:05:57,333 --> 00:06:00,291 Saya cari Kester untuk bantu saya dengan laser. 96 00:06:00,375 --> 00:06:02,291 Ada sesiapa tahu di mana dia? 97 00:06:02,875 --> 00:06:05,541 Awak mungkin tak jumpa kawan yang awak mahu… 98 00:06:05,625 --> 00:06:08,291 Tapi awak akan jumpa kawan yang awak perlu. 99 00:06:14,458 --> 00:06:18,000 Saya rasa saya akan mula cari di sana. 100 00:06:19,541 --> 00:06:21,583 Hei, Kester. Awak di sini? 101 00:06:22,416 --> 00:06:23,875 Maaf. 102 00:06:24,375 --> 00:06:26,375 Tumpang lalu. Maaf. 103 00:06:28,208 --> 00:06:30,458 Aduhai. Nampaknya dia tiada di sana. 104 00:06:31,583 --> 00:06:34,833 Hei, pemain dram. Ada sesiapa nampak kawan saya… 105 00:06:37,916 --> 00:06:41,791 Tumpang tanya, En. Fish Man. Awak nampak kawan saya, Kester? 106 00:06:45,041 --> 00:06:45,958 Apa dia? 107 00:06:48,541 --> 00:06:50,166 Saya masih tak faham. 108 00:06:53,833 --> 00:06:56,083 Awak patut jumpa doktor. 109 00:06:57,416 --> 00:07:03,750 - Hei, Kester. Awak di sini, kawan? - Senyap. Kami sedang cuba berehat. 110 00:07:03,833 --> 00:07:05,041 Maaf. 111 00:07:06,875 --> 00:07:08,541 Kester! 112 00:07:09,458 --> 00:07:11,541 Kester! 113 00:07:12,750 --> 00:07:16,166 Kester! 114 00:07:17,125 --> 00:07:21,458 Aduhai. Pasti dia ada di sekitar sini. 115 00:07:29,458 --> 00:07:31,833 Hei, hati-hati. 116 00:07:31,916 --> 00:07:33,458 Maaf, Kester. 117 00:07:34,458 --> 00:07:35,333 Kester! 118 00:07:35,833 --> 00:07:38,291 Hei, Bang. Apa khabar? 119 00:07:38,875 --> 00:07:40,250 Tak berapa baik. 120 00:07:40,333 --> 00:07:44,333 Saya perlu cari jawapan tentang soalan laser. Tolong bantu saya. 121 00:07:44,416 --> 00:07:48,416 Sudah tentu. Awak tahu saya sangat suka laser. Lihat. 122 00:07:54,833 --> 00:07:56,208 Wah. 123 00:07:56,291 --> 00:07:58,541 Jadi, apakah soalannya, Bang? 124 00:07:58,625 --> 00:08:01,541 Saya perlu segera belajar cara laser berfungsi! 125 00:08:01,625 --> 00:08:03,958 Mudah saja. Tekan butang ini. 126 00:08:11,041 --> 00:08:13,208 Tak pasti itu akan membantu. 127 00:08:13,291 --> 00:08:16,791 Saya perlu cari jawapan untuk Cik Ejen Rahsia… Alamak! 128 00:08:19,833 --> 00:08:21,333 Bang, awak okey? 129 00:08:22,625 --> 00:08:23,958 Apa yang berlaku? 130 00:08:25,750 --> 00:08:26,791 Apa ini? 131 00:08:26,875 --> 00:08:27,833 Itu? 132 00:08:27,916 --> 00:08:31,708 Itu Makmal Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran Terangsang. 133 00:08:31,791 --> 00:08:33,791 Mereka buat semua laser saya. 134 00:08:33,875 --> 00:08:37,333 Awak kata mereka buat laser? 135 00:08:37,416 --> 00:08:39,583 Mereka pasti boleh ajar saya cara laser berfungsi! 136 00:08:39,666 --> 00:08:42,833 Terima kasih, Kester. Selamat tinggal! 137 00:08:42,916 --> 00:08:47,375 Ya. Sama-sama, Bang. Baguslah itu membantu. Untuk awak. 138 00:08:54,083 --> 00:08:56,916 Hei, StoryBots. Kenapa beruang berhibernat? 139 00:08:58,916 --> 00:09:01,166 StoryScouts, beratur! 140 00:09:01,250 --> 00:09:02,833 Ya, Ranger Dot! 141 00:09:04,208 --> 00:09:06,375 Hari ini, kita akan belajar tentang… 142 00:09:07,125 --> 00:09:08,958 Hei, siapa tutup lampu? 143 00:09:09,541 --> 00:09:11,625 Unggun api akan dinyalakan. 144 00:09:20,291 --> 00:09:22,000 Seperti yang saya katakan, 145 00:09:22,083 --> 00:09:26,083 hari ini, kita akan belajar tentang sebab beruang berhibernat. 146 00:09:26,666 --> 00:09:29,916 Kita hanya perlu kejut beruang yang tidur ini dan tanya. 147 00:09:30,000 --> 00:09:31,500 Tunggu, Ranger Dot. 148 00:09:31,583 --> 00:09:34,958 Kejut beruang yang tidur bukan idea baik. 149 00:09:35,041 --> 00:09:38,375 Ya, kita tak patut berada di gua ini. 150 00:09:38,458 --> 00:09:40,791 Mengarut, StoryScouts! 151 00:09:40,875 --> 00:09:44,250 Bagaimana kita nak tahu sebab beruang berhibernat? 152 00:09:44,333 --> 00:09:47,791 Kami tahu sebab beruang berhibernat, Ranger Dot. 153 00:09:47,875 --> 00:09:50,916 Beruang berhibernat untuk lari daripada cuaca sejuk. 154 00:09:51,000 --> 00:09:56,500 Beruang makan banyak sebelum hibernasi untuk simpan lemak dalam badan. 155 00:09:56,583 --> 00:09:58,666 Beruang gunakannya sebagai tenaga. 156 00:09:59,250 --> 00:10:01,541 Itu masuk akal juga. 157 00:10:01,625 --> 00:10:04,791 Syabas, StoryScouts. Saya bangga dengan kamu. 158 00:10:08,875 --> 00:10:10,958 Terima kasih, Ranger Dot. 159 00:10:11,041 --> 00:10:13,041 Boleh kita pergi sekarang? 160 00:10:13,125 --> 00:10:13,958 Ya. 161 00:10:14,500 --> 00:10:17,166 Pengembaraan yang hebat, StoryScouts. 162 00:10:17,250 --> 00:10:20,750 Saya mahu berterima kasih kepada beruang sebab benarkan kita guna rumahnya. 163 00:10:20,833 --> 00:10:23,541 - Tunggu… - Beruang yang tidur! 164 00:10:32,375 --> 00:10:36,708 Saat musim luruh tiba dan dedaun jatuh Udara menjadi dingin 165 00:10:36,791 --> 00:10:39,000 Seekor haiwan akan menjadi 166 00:10:39,083 --> 00:10:41,083 Beruang yang berhibernat 167 00:10:41,166 --> 00:10:45,541 Dalam kelaparan, beruang itu makan Hingga lemaknya cukup 168 00:10:45,625 --> 00:10:50,041 Yang akan digunakan badannya Saat beruang berhibernat tidur tapa 169 00:10:50,125 --> 00:10:54,250 Beruang yang berhibernat Ambil beberapa minggu untuk bersedia 170 00:10:54,333 --> 00:10:59,000 Beruang itu cari tempat tidur Untuk berhibernat 171 00:11:02,958 --> 00:11:05,291 Suhunya rendah Kadar jantungnya perlahan 172 00:11:05,375 --> 00:11:07,583 Tidur di sarang musim sejuk 173 00:11:07,666 --> 00:11:09,625 Beruang itu tak bangun Untuk buang air 174 00:11:09,708 --> 00:11:12,083 Beruang itu beruang yang berhibernat 175 00:11:12,166 --> 00:11:16,333 Beruang yang berhibernat Tidur sahaja 176 00:11:16,416 --> 00:11:19,000 Daripada mengaum, beruang itu berdengkur 177 00:11:19,625 --> 00:11:21,916 Beruang itu beruang yang berhibernat 178 00:11:22,000 --> 00:11:25,916 Beruang yang berhibernat 179 00:11:31,791 --> 00:11:33,000 Hentian seterusnya, 180 00:11:33,083 --> 00:11:37,666 Jabatan Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran Terangsang. 181 00:11:41,291 --> 00:11:44,416 Wah! Tempat ini besar. 182 00:11:46,208 --> 00:11:48,625 Wah. 183 00:11:48,708 --> 00:11:50,291 Helo! 184 00:11:50,375 --> 00:11:52,333 Hei, En. Laser Dude. 185 00:11:52,416 --> 00:11:56,458 Saya cuba siasat cara laser berfungsi untuk kawan ejen rahsia saya. 186 00:11:56,541 --> 00:11:57,958 Awak boleh bantu? 187 00:11:58,041 --> 00:12:00,916 Saya tahu nak cakap dengan siapa. 188 00:12:06,916 --> 00:12:09,708 Maaf, ada sesiapa nampak Franz? 189 00:12:10,250 --> 00:12:13,958 Awak cakap dengan siapa? Saya tak nampak apa-apa. 190 00:12:14,041 --> 00:12:18,041 Hanya kerana awak tak nampak apa-apa tak bermakna ia tak wujud. 191 00:12:18,125 --> 00:12:20,208 Tengok betul-betul. 192 00:12:23,833 --> 00:12:26,750 Wah! Apakah itu? 193 00:12:27,250 --> 00:12:28,875 Itu atom. 194 00:12:28,958 --> 00:12:32,041 Atom ialah asas bagi segalanya di alam semesta 195 00:12:32,125 --> 00:12:36,875 dan apabila ia dapat tenaga tambahan, atom melepaskan foton. 196 00:12:38,583 --> 00:12:40,333 Apa itu foton? 197 00:12:40,416 --> 00:12:44,583 Foton ialah zarah kecil yang mencipta cahaya. 198 00:12:46,541 --> 00:12:48,666 Hei, awak kata saya kecil? 199 00:12:48,750 --> 00:12:51,500 Franz. Itu pun awak! 200 00:12:52,083 --> 00:12:55,041 Siapa yang awak jangkakan? Sully Sullenberger? 201 00:12:55,791 --> 00:12:57,166 Hei, hati-hati! 202 00:12:57,250 --> 00:13:00,541 Foton mencipta cahaya dalam segala-galanya, 203 00:13:00,625 --> 00:13:02,375 daripada bintang di langit 204 00:13:02,458 --> 00:13:06,291 hingga lampu suluh, lampu, lilin serta laser. 205 00:13:06,375 --> 00:13:09,083 Perkara yang membezakan laser daripada cahaya lain 206 00:13:09,166 --> 00:13:11,791 ialah ketumpuan foton-foton itu. 207 00:13:12,541 --> 00:13:14,625 Hei, jaga-jagalah sikit. 208 00:13:14,708 --> 00:13:16,875 Ya, maafkan saya. 209 00:13:16,958 --> 00:13:20,041 Foton itu tak nampak tertumpu, kawan. 210 00:13:20,125 --> 00:13:22,375 Kerana ia belum tertumpu lagi. 211 00:13:26,250 --> 00:13:29,041 Apabila lampu suluh atau lampu pancarkan cahaya, 212 00:13:29,125 --> 00:13:31,125 foton bertaburan merata-rata. 213 00:13:34,625 --> 00:13:39,041 Laser, sebaliknya, ialah mesin tumpu foton. 214 00:13:39,125 --> 00:13:41,333 Ia mengandungi satu sumber cahaya… 215 00:13:44,625 --> 00:13:46,125 kristal delima ini 216 00:13:47,166 --> 00:13:50,125 dan dua cermin, satu di setiap hujung. 217 00:13:52,166 --> 00:13:54,208 Saat foton daripada sumber cahaya ini 218 00:13:54,291 --> 00:13:57,083 melepasi atom lain di dalam kristal delima, 219 00:13:57,166 --> 00:13:59,708 lebih banyak foton dilepaskan! 220 00:14:00,666 --> 00:14:02,541 Hei! Tunggu saya! 221 00:14:03,041 --> 00:14:06,458 Foton ini suka mengembara dalam arah sama, 222 00:14:06,541 --> 00:14:10,000 jadi apabila ia melantun daripada cermin berulang kali, 223 00:14:10,083 --> 00:14:12,041 ia mengujakan lebih banyak atom 224 00:14:12,125 --> 00:14:15,041 dan dapatkan lebih banyak foton untuk ikut. 225 00:14:15,125 --> 00:14:19,208 Aduhai. Lantunan ini buat kepala saya sakit. 226 00:14:20,208 --> 00:14:24,625 Apabila semua foton bergerak bersama melalui lubang kecil, 227 00:14:28,416 --> 00:14:32,875 pancaran cahaya yang sangat tertumpu terhasil, dikenali sebagai laser. 228 00:14:35,916 --> 00:14:40,291 Wah! Itu laser yang kuat, doktor. 229 00:14:40,375 --> 00:14:41,833 Kekuatan laser 230 00:14:41,916 --> 00:14:46,041 bergantung pada jumlah tenaga yang digunakan untuk hasilkan fotonnya. 231 00:14:46,125 --> 00:14:51,125 Lebih banyak tenaga, lebih banyak foton. Lebih banyak foton, lebih kuat. 232 00:14:53,000 --> 00:14:55,666 Jika awak berikan laser tenaga yang kurang, 233 00:14:55,750 --> 00:14:58,958 - kekuatannya akan berkurang? - Betul, Bang! 234 00:14:59,041 --> 00:15:03,041 Wah! Itu dia! Terima kasih sebab ajar saya tentang cahaya, profesor. 235 00:15:03,125 --> 00:15:06,166 Saya perlu beritahu kawan saya cara matikan laser. 236 00:15:06,250 --> 00:15:08,083 Terima kasih! Selamat tinggal! 237 00:15:08,166 --> 00:15:11,208 Sama-sama, Bang. Harap saya membantu. 238 00:15:12,375 --> 00:15:18,000 Doktor, saya dan beberapa foton lain mahu ke bilik rehat untuk makan snek. 239 00:15:18,541 --> 00:15:21,791 Siapa lambat, dia gelombang elektromagnet! 240 00:15:29,125 --> 00:15:30,166 Laser 241 00:15:30,250 --> 00:15:31,250 Di seluruh kelab 242 00:15:31,333 --> 00:15:32,333 Laser 243 00:15:32,416 --> 00:15:33,500 Bersinar dari atas 244 00:15:33,583 --> 00:15:34,416 Laser 245 00:15:34,500 --> 00:15:37,875 Kenapa ia begitu terang? Mari masuk dalam laser dan tunjukkannya 246 00:15:37,958 --> 00:15:40,208 Aku atom Aku sangat kecil 247 00:15:40,291 --> 00:15:42,083 Kami asas bagi alam semesta 248 00:15:42,166 --> 00:15:45,625 Apabila aku dapat tenaga, aku pancarkan cahaya dalam bentuk foton 249 00:15:45,708 --> 00:15:46,666 - Foton? - Betul 250 00:15:46,750 --> 00:15:48,750 Kalau nak fahami laser Bayangkan dewan tarian 251 00:15:48,833 --> 00:15:50,833 Atom di sekeliling, cermin di dinding 252 00:15:50,916 --> 00:15:53,208 Tenaga besar, foton bergerak 253 00:15:53,291 --> 00:15:55,375 Berulang-alik Saat ia menari 254 00:15:55,458 --> 00:15:57,500 Melantun daripada cermin, ke kiri ke kanan 255 00:15:57,583 --> 00:15:59,708 Bergerak dengan cara sama, meluncur 256 00:15:59,791 --> 00:16:01,750 Melepasi satu atom, buat kawan 257 00:16:01,833 --> 00:16:03,666 Satu lagi foton, kini ia bergabung 258 00:16:04,250 --> 00:16:06,166 Bekerjasama demi matlamat bersama 259 00:16:06,250 --> 00:16:08,291 Pancar cahaya terang daripada lubang kecil 260 00:16:08,375 --> 00:16:10,583 Cahaya tertumpu itu aliran foton 261 00:16:10,666 --> 00:16:12,875 Pancaran laser yang sangat hebat 262 00:16:12,958 --> 00:16:14,833 Foton, beratur 263 00:16:15,500 --> 00:16:16,916 Semua ke kanan 264 00:16:17,708 --> 00:16:19,916 - Pusing dan terangi semuanya - Piu-piu 265 00:16:20,000 --> 00:16:21,541 Itulah cara kita buat cahaya 266 00:16:21,625 --> 00:16:23,583 Foton, beratur 267 00:16:24,333 --> 00:16:26,375 - Semua ke kanan - Okey 268 00:16:26,458 --> 00:16:28,583 - Pusing, terangi semuanya - Piu-piu 269 00:16:28,666 --> 00:16:30,125 Itulah cara kita buat cahaya 270 00:16:38,416 --> 00:16:41,916 Helo? Cik Ejen Rahsia? Awak di sana? 271 00:16:42,000 --> 00:16:46,333 Bang, syukurlah awak dah kembali. Awak dah tahu tentang laser? 272 00:16:47,500 --> 00:16:49,458 Saya semakin tak selesa. 273 00:16:52,208 --> 00:16:56,125 Ya. Saya dah belajar cara laser berfungsi. Dengar. 274 00:16:56,625 --> 00:17:01,583 Semua cahaya terdiri daripada benda kecil yang dipanggil foton. 275 00:17:01,666 --> 00:17:04,458 - Bang… - Foton ialah zarah cahaya kecil. 276 00:17:04,541 --> 00:17:06,416 Foton melantun berulang kali. 277 00:17:06,500 --> 00:17:08,000 Bang? Maaf. 278 00:17:08,083 --> 00:17:12,125 Kemudian, ada kristal delima hebat yang lepaskan banyak foton… 279 00:17:12,208 --> 00:17:13,041 Bang! 280 00:17:13,958 --> 00:17:18,708 Saya rasa kita tiada masa untuk bincang macam-macam, jadi… 281 00:17:18,791 --> 00:17:20,166 Ya. Maaf, kawan. 282 00:17:20,666 --> 00:17:25,041 Tak. Beginilah. Maaf sebab saya tinggikan suara. Saya cuma… 283 00:17:25,125 --> 00:17:28,041 Maaf, laser ini buat saya tertekan. 284 00:17:28,125 --> 00:17:31,750 - Tak. Saya faham, kawan. - Bagus. Saya gembira. 285 00:17:31,833 --> 00:17:36,250 Tapi adakah awak tahu cara yang berguna untuk matikannya? 286 00:17:36,750 --> 00:17:43,208 - Laser perlukan tenaga untuk buat cahaya. - Tenaga. Itu dia! Itu jawapannya, Bang. 287 00:17:44,833 --> 00:17:45,708 Yakah? 288 00:17:46,958 --> 00:17:48,041 Ya. 289 00:17:55,541 --> 00:17:56,791 Nyaris. 290 00:17:57,791 --> 00:18:01,291 Terima kasih, Bang. Storybots memang hebat. 291 00:18:01,833 --> 00:18:04,500 Sama-sama, Cik Ejen Rahsia. 292 00:18:04,583 --> 00:18:07,958 Kini, saya perlu selesaikan satu lagi misi rahsia. 293 00:18:09,916 --> 00:18:10,750 Aduh. 294 00:18:11,375 --> 00:18:13,125 Alamak. 295 00:18:13,750 --> 00:18:14,791 Hei. 296 00:18:14,875 --> 00:18:18,416 Adakah awak tahu cara kunci berfungsi? 297 00:18:18,916 --> 00:18:22,583 Kawan, itu masalah untuk episod lain. 298 00:18:24,041 --> 00:18:25,208 Episod? 299 00:18:25,291 --> 00:18:28,125 Tunggu. Adakah ini rancangan TV? 300 00:18:48,458 --> 00:18:53,458 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi