1 00:00:01,001 --> 00:00:03,837 DUA PULUH SEMBILAN TAHUN SEJAK KEMATIAN HIMMEL SANG HERO 2 00:00:03,920 --> 00:00:06,673 WILAYAH RAAD DI WILAYAH UTARA 3 00:00:08,216 --> 00:00:10,802 Nampaknya ada pelbagai kedai. 4 00:00:10,885 --> 00:00:12,804 Mesti seronok membeli-belah di sini. 5 00:00:17,058 --> 00:00:19,644 Meriahnya bandar ini. 6 00:00:19,728 --> 00:00:21,312 Ada banyak bar. 7 00:00:21,896 --> 00:00:25,567 Baru saya teringat, Frieren. Jom beli-belah bersama nanti. 8 00:00:26,609 --> 00:00:29,195 Mesti kita akan jumpa banyak kedai yang bagus. 9 00:00:29,946 --> 00:00:31,489 Saya ikut saja. 10 00:00:35,618 --> 00:00:38,455 Tunggu apa lagi, Frieren? Jom pergi. 11 00:00:45,795 --> 00:00:49,549 KISAH ASAL OLEH KANEHITO YAMADA / TSUKASA ABE 12 00:02:18,012 --> 00:02:18,847 RUMAH INAP 13 00:02:18,930 --> 00:02:21,057 Awak dah melampau! 14 00:02:21,141 --> 00:02:23,143 Awak selalu kasar dengan saya! 15 00:02:23,226 --> 00:02:25,812 Awak sangat bencikan saya? 16 00:02:25,895 --> 00:02:28,022 Lupakan! Saya nak balik ke tempat tuan saya! 17 00:02:32,360 --> 00:02:34,279 Kenapa dia selalu begitu? 18 00:02:34,362 --> 00:02:36,447 Tak bolehkah dia dengar dulu? 19 00:02:37,866 --> 00:02:40,618 Kenapa kecoh begini? Kekasih bergaduh? 20 00:02:42,370 --> 00:02:45,331 Hari ini hari jadi Fern. 21 00:02:45,415 --> 00:02:48,084 Tapi Stark tak belikan hadiah. 22 00:02:48,751 --> 00:02:50,920 Jadi, Fern marah. 23 00:02:53,214 --> 00:02:55,758 Terus terang, saya rasa awak melampau hari ini. 24 00:02:56,593 --> 00:02:59,304 Awak tak nak dengar pun penjelasan Stark. 25 00:03:02,140 --> 00:03:04,392 Saya juga tak belikan awak apa-apa. 26 00:03:05,101 --> 00:03:08,563 Lelaki tak beri perhatian pada hal-hal kecil seperti 27 00:03:08,646 --> 00:03:10,565 hari jadi dan ulang tahun. 28 00:03:11,900 --> 00:03:13,318 Aduh! Baiklah! 29 00:03:13,985 --> 00:03:15,737 Hentikan, saya akan beli awak hadiah. 30 00:03:15,820 --> 00:03:18,323 Tercabut lutut saya nanti. 31 00:03:23,119 --> 00:03:26,497 Kasihannya Stark. 32 00:03:26,581 --> 00:03:30,168 Lelaki sebaya saya, kami boleh lupakan walaupun dilayan teruk. 33 00:03:30,251 --> 00:03:31,628 Tapi lelaki sebaya dia 34 00:03:31,711 --> 00:03:34,714 cepat terasa dengan cara perempuan layan mereka. 35 00:03:40,970 --> 00:03:43,473 Nasihat saya, pergilah pujuk dia. 36 00:03:48,311 --> 00:03:49,979 Saya rasa awak patut pergi. 37 00:04:22,470 --> 00:04:25,807 Hiasan rambutnya berbentuk rama-rama juga, bukan? 38 00:04:27,558 --> 00:04:29,435 Comel dompet itu. 39 00:04:29,519 --> 00:04:31,771 - Awak tak suka, bukan? - Taklah. 40 00:04:31,854 --> 00:04:34,232 Cuma saya rasa jengkel kerana awak nampak berpengalaman. 41 00:04:35,066 --> 00:04:36,484 Begitukah... 42 00:04:37,151 --> 00:04:38,653 Awak dah jumpa Stark? 43 00:04:39,654 --> 00:04:41,656 Dia di plaza... 44 00:04:41,739 --> 00:04:44,158 Awak tak tahu bagaimana nak pujuk dia? 45 00:04:46,661 --> 00:04:49,539 Saya tahu awak tak benci dia. 46 00:04:50,123 --> 00:04:53,167 Awak cuma tak tahu cara nak layan budak lelaki sebaya awak. 47 00:04:53,793 --> 00:04:55,420 Oh, susahnya zaman muda. 48 00:04:55,503 --> 00:04:58,423 Apa pun, pilihlah mana-mana yang awak suka. 49 00:04:58,506 --> 00:05:00,675 Kita boleh tengok di kedai lain juga. 50 00:05:03,720 --> 00:05:06,306 Tak apalah. 51 00:05:08,599 --> 00:05:10,059 Saya akan pilih sendiri. 52 00:05:11,602 --> 00:05:15,398 Apa pun, awak tak patut marah sangat hanya kerana dia terlupa hadiah. 53 00:05:15,481 --> 00:05:18,735 Memang jelas dia bukan jenis yang ingat hal sebegitu. 54 00:05:18,818 --> 00:05:21,904 Saya yakin, dia tak ingat pun hari jadi sendiri. 55 00:05:21,988 --> 00:05:23,406 Jangan berdendam dengan dia. 56 00:05:24,574 --> 00:05:27,660 Saya beri Tuan Stark hadiah pada hari jadinya. 57 00:05:27,744 --> 00:05:30,913 Oh, yakah? Kamu berdua pilih hadiah bersama-sama waktu itu? 58 00:05:31,581 --> 00:05:32,665 Bagaimana awak tahu? 59 00:05:33,750 --> 00:05:38,087 Biasanya, orang tak menolak apabila ditawarkan untuk pilih apa saja. 60 00:05:38,796 --> 00:05:42,050 Dalam ingatan awak, itu mungkin kenangan istimewa. 61 00:05:42,133 --> 00:05:43,426 Sebab itu awak menolak. 62 00:05:44,802 --> 00:05:45,928 Saya tak pasti. 63 00:05:46,679 --> 00:05:49,432 Saya cuma rasa nak buat begitu, itu saja. 64 00:05:50,224 --> 00:05:51,309 Yakah? 65 00:05:52,477 --> 00:05:56,314 Jadi, pergi minta maaf cepat dan pilih hadiah bersama dia. 66 00:05:59,650 --> 00:06:01,194 Dia masih budak. 67 00:06:01,778 --> 00:06:03,196 Dia belum matang. 68 00:06:04,822 --> 00:06:06,324 Awak nak berbaik semula, bukan? 69 00:06:07,825 --> 00:06:10,578 Gunakan kata-kata untuk luahkan perasaan awak. 70 00:06:14,207 --> 00:06:15,583 Betul cakap awak. 71 00:06:16,250 --> 00:06:18,544 - Saya nak balik ke rumah inap. - Sekejap... 72 00:06:19,587 --> 00:06:21,380 maaf kerana tendang awak. 73 00:06:38,773 --> 00:06:40,108 Tuan Stark. 74 00:06:44,445 --> 00:06:45,655 Fern... 75 00:06:51,327 --> 00:06:52,245 - Begini... - Maaf! 76 00:06:56,541 --> 00:06:59,127 Sebenarnya, saya nak pilih hadiah bersama awak. 77 00:06:59,710 --> 00:07:02,755 Sebab saya tak tahu kesukaan awak. 78 00:07:03,881 --> 00:07:04,882 Tapi... 79 00:07:05,883 --> 00:07:08,845 saya risau awak kecewa jika saya cakap begitu. 80 00:07:08,928 --> 00:07:10,596 Jadi, saya tak cakap. 81 00:07:11,931 --> 00:07:14,267 Saya takkan kecewa. 82 00:07:14,934 --> 00:07:18,187 Maaf, Tuan Stark. 83 00:07:18,271 --> 00:07:20,148 Saya salah cakap. 84 00:07:22,066 --> 00:07:25,153 Tak apa. Saya dah biasa. 85 00:07:25,778 --> 00:07:27,780 Saya betul-betul minta maaf. 86 00:07:30,408 --> 00:07:31,284 Jom pergi. 87 00:07:33,911 --> 00:07:34,871 Baik. 88 00:07:49,594 --> 00:07:50,803 Awak intip mereka? 89 00:07:51,596 --> 00:07:53,055 Cantiknya perangai, Frieren. 90 00:07:53,723 --> 00:07:55,057 Awak juga sama. 91 00:07:56,476 --> 00:07:58,519 Nampaknya mereka dah berbaik. 92 00:08:01,772 --> 00:08:03,566 Setelah dewasa, 93 00:08:03,649 --> 00:08:05,693 awak tahu cara nak layan orang lain 94 00:08:05,776 --> 00:08:08,070 dan mula mengelak konflik. 95 00:08:10,490 --> 00:08:12,700 Dapat bergaduh begitu ialah keistimewaan anak muda. 96 00:08:13,451 --> 00:08:15,953 Mesti susah nak kawal mereka, Frieren. 97 00:08:16,037 --> 00:08:17,997 Tak mudah nak jaga budak-budak. 98 00:08:20,666 --> 00:08:24,337 - Bagaimana awak "layan orang lain"? - Nampaknya kamu bertiga masih budak. 99 00:08:27,715 --> 00:08:30,468 Fern minta nasihat saya. 100 00:08:30,551 --> 00:08:32,094 Daripada nasihat awak. 101 00:08:32,762 --> 00:08:36,599 Dengan siapalah yang dia bandingkan saya dan nampak melalui saya? 102 00:08:37,433 --> 00:08:40,603 Fern dibesarkan oleh Heiter. 103 00:08:41,229 --> 00:08:45,149 Saya tak layak dibandingkan dengan pendeta yang hebat itu. 104 00:08:45,233 --> 00:08:47,318 Dia langsung tak hebat. 105 00:08:47,401 --> 00:08:50,571 Dia kaki mabuk yang selalu rasa pengar. 106 00:08:50,655 --> 00:08:52,198 Dia mayat hidupkah? 107 00:08:52,281 --> 00:08:54,408 Dia juga sangat cerewet. 108 00:08:54,492 --> 00:08:55,326 Hentikan. 109 00:08:55,409 --> 00:08:59,080 - Dan sentiasa menipu. - Saya tak mabuk. 110 00:08:59,997 --> 00:09:02,208 Dia hanyalah pendeta tak berakhlak. 111 00:09:02,792 --> 00:09:05,962 Walaupun awak lebih tak berakhlak daripada dia, Sein. 112 00:09:06,045 --> 00:09:06,963 Oh, maaflah. 113 00:09:08,589 --> 00:09:10,633 Tapi itu sangat mengejutkan. 114 00:09:10,716 --> 00:09:12,802 Seingat saya, 115 00:09:12,885 --> 00:09:15,721 Tuan Heiter ialah datuk yang baik hati dan boleh diharap. 116 00:09:15,805 --> 00:09:19,433 Tak macam saya, dia orang dewasa yang ideal. 117 00:09:22,728 --> 00:09:26,107 Awak dah berubah, Heiter. Awak dah matang sekarang. 118 00:09:27,441 --> 00:09:30,903 Apa awak cakap ini? Saya dah tua, pangkat datuk. 119 00:09:31,571 --> 00:09:34,365 Biasanya manusia akan jadi begini setelah menua. 120 00:09:36,951 --> 00:09:39,453 Atau itulah yang saya nak cakap. 121 00:09:39,537 --> 00:09:42,623 Tapi sebenarnya, hati saya tak banyak berubah 122 00:09:42,707 --> 00:09:44,500 sejak kecil. 123 00:09:45,293 --> 00:09:47,003 Ini cuma hasil usaha saya 124 00:09:47,670 --> 00:09:51,799 untuk berpura-pura matang dan menjadi orang dewasa ideal. 125 00:09:52,883 --> 00:09:54,635 Saya yakin saya akan 126 00:09:54,719 --> 00:09:57,138 terpaksa pura-pura matang hingga mati. 127 00:09:57,847 --> 00:10:00,516 Kanak-kanak perlukan orang dewasa dalam hidup mereka 128 00:10:00,600 --> 00:10:02,893 yang boleh beri mereka sokongan emosi. 129 00:10:03,936 --> 00:10:05,896 Fern sangat rajin bekerja. 130 00:10:06,772 --> 00:10:09,650 Saya perlu memberinya banyak pujian dan bimbingan. 131 00:10:10,610 --> 00:10:14,405 Siapa pula nak puji awak kerana berpura-pura matang 132 00:10:14,488 --> 00:10:15,906 hingga awak mati? 133 00:10:17,158 --> 00:10:20,661 Sebab itulah Dewi wujud. 134 00:10:21,329 --> 00:10:24,081 Saya perlu tunggu hingga saya masuk syurga. 135 00:10:25,082 --> 00:10:27,293 Jika begitu, biar saya puji awak di sini. 136 00:10:28,961 --> 00:10:30,087 Betulkah? 137 00:10:30,755 --> 00:10:36,135 Tapi awak mungkin tak faham perasaan saya sebagai manusia. 138 00:10:36,218 --> 00:10:37,928 Bagaimana awak nak puji saya? 139 00:10:50,107 --> 00:10:53,069 {\an8}Kelakarlah, seronok juga rasanya. 140 00:10:53,736 --> 00:10:56,947 Frieren, apabila saya masuk syurga, 141 00:10:57,031 --> 00:10:59,408 saya akan cerita yang baik-baik tentang awak. 142 00:11:00,117 --> 00:11:01,619 Saya tetap merasakan 143 00:11:01,702 --> 00:11:04,330 awak layak dipuji oleh Dewi. 144 00:11:04,413 --> 00:11:07,875 Yakah? Jika begitu, saya akan menantikannya. 145 00:11:13,672 --> 00:11:15,383 Apa hal ini, Frieren? 146 00:11:16,008 --> 00:11:18,636 Saya rasa awak dah dewasa, Sein. 147 00:11:24,725 --> 00:11:27,895 Alangkah baiknya jika orang tua yang cakap begitu. 148 00:11:28,729 --> 00:11:29,897 Jadi, baguslah ini. 149 00:11:30,689 --> 00:11:33,651 Tak mungkin awak lebih tua daripada saya. 150 00:11:35,986 --> 00:11:39,073 DUA PULUH SEMBILAN TAHUN SEJAK KEMATIAN HIMMEL SANG HERO 151 00:11:39,156 --> 00:11:41,409 HUTAN BANDE DI WILAYAH UTARA 152 00:11:42,535 --> 00:11:43,828 Terima kasih. 153 00:11:43,911 --> 00:11:47,540 Tiada kenderaan berkuda di sini, jadi, awak sangat membantu. 154 00:11:47,623 --> 00:11:49,917 Kita perlu saling membantu di sini. 155 00:11:50,000 --> 00:11:53,629 Sebenarnya saya seorang peniaga di kampung sebelah. 156 00:11:53,712 --> 00:11:56,298 Keluarga saya ada kedai barang kemas. 157 00:11:56,966 --> 00:11:58,759 Awak berminat nak tengok? 158 00:11:58,843 --> 00:12:00,302 Pandai awak berniaga. 159 00:12:00,970 --> 00:12:03,055 Saya tak berminat sangat, 160 00:12:03,722 --> 00:12:06,559 tapi Fern suka benda begitu. 161 00:12:07,476 --> 00:12:09,437 Awak dah beli gelang tangan baharu? 162 00:12:10,813 --> 00:12:11,939 Ini... 163 00:12:12,606 --> 00:12:14,191 Gelang ini... 164 00:12:14,775 --> 00:12:16,569 Comel rekaannya. 165 00:12:16,652 --> 00:12:19,447 Saya ada cincin dengan rekaan yang sama. 166 00:12:19,530 --> 00:12:22,450 Saya dapat daripada Himmel. 167 00:12:22,533 --> 00:12:24,076 Rasanya sepadan. 168 00:12:24,160 --> 00:12:27,288 - Yakah? - Sekejap... 169 00:12:27,371 --> 00:12:29,165 Di mana saya simpan? 170 00:12:30,875 --> 00:12:32,209 Peliknya... 171 00:12:36,005 --> 00:12:37,631 Sebab itu awak perlu kemas. 172 00:12:38,966 --> 00:12:40,009 Ini dia. 173 00:12:52,688 --> 00:12:55,274 Maaf. Saya terleka tadi. 174 00:12:56,317 --> 00:13:00,029 Raksasa burung memang licik dan pandai sorokkan mana. 175 00:13:01,363 --> 00:13:02,740 Bagaimana sekarang? 176 00:13:04,867 --> 00:13:07,369 Setelah kita bunuh raksasa itu, 177 00:13:07,453 --> 00:13:10,706 tak bolehkah kita terbang guna sihir ke tempat yang selamat? 178 00:13:10,789 --> 00:13:12,917 Awak boleh terbangkan kereta kuda, bukan? 179 00:13:13,000 --> 00:13:14,502 Stark, 180 00:13:14,585 --> 00:13:16,754 awak pernah nampak kereta kuda terbang? 181 00:13:16,837 --> 00:13:17,922 Kita sedang menaikinya. 182 00:13:18,964 --> 00:13:20,508 Ini mungkin mengejutkan, 183 00:13:20,591 --> 00:13:23,469 tapi belum sampai 40 tahun pun 184 00:13:23,552 --> 00:13:25,679 manusia belajar terbang. 185 00:13:26,430 --> 00:13:27,598 Sebelum itu, 186 00:13:27,681 --> 00:13:30,434 langit dimonopoli oleh syaitan dan raksasa. 187 00:13:30,518 --> 00:13:33,187 Sihir terbang yang manusia guna 188 00:13:33,270 --> 00:13:35,814 hanyalah penghasilan semula daripada sihir syaitan gunakan. 189 00:13:35,898 --> 00:13:38,108 Cukuplah dengan butiran rumit itu. 190 00:13:38,192 --> 00:13:40,152 Gunakan bahasa yang mudah. 191 00:13:41,403 --> 00:13:45,783 Kami tak faham logik sihir itu, jadi, kami tak dapat sesuaikan diri sesuka hati. 192 00:13:45,866 --> 00:13:50,287 Jika benda itu lebih besar daripada manusia, kami boleh terbangkan sekejap. 193 00:13:50,371 --> 00:13:53,290 - Oh, begitu. - Kita terpaksa lari. 194 00:13:54,250 --> 00:13:56,585 Saya akan terbang bersama peniaga ini. 195 00:13:56,669 --> 00:13:59,296 - Fern, awak bawa Sein. - Baiklah. 196 00:13:59,380 --> 00:14:01,340 Saya akan kumpulkan barangan kita. 197 00:14:02,716 --> 00:14:04,176 Hei, bagaimana dengan saya? 198 00:14:04,260 --> 00:14:07,429 - Stark, awak lompat. - Apa yang dia cakap ini? 199 00:14:08,097 --> 00:14:10,015 Rasanya saya akan mati. 200 00:14:10,099 --> 00:14:12,434 Pahlawan takkan mati dari ketinggian ini. 201 00:14:13,102 --> 00:14:14,478 Mestilah saya akan mati! 202 00:14:14,562 --> 00:14:16,689 Kenapa pandang saya seolah-olah saya gila? 203 00:14:16,772 --> 00:14:17,940 Menghairankan. 204 00:14:18,941 --> 00:14:22,820 Eisen boleh jatuh bebas dari sebarang ketinggian tanpa kecederaan. 205 00:14:30,786 --> 00:14:32,288 Apa masalah dia ini? 206 00:14:32,371 --> 00:14:33,956 Heiter betul-betul terkelu. 207 00:14:34,039 --> 00:14:36,125 Hakikat Tuan Heiter terkelu 208 00:14:36,208 --> 00:14:38,502 menunjukkan Tuan Eisen itu tak normal. 209 00:14:39,587 --> 00:14:42,214 Apa kata kita terbangkan kereta kuda 210 00:14:42,298 --> 00:14:44,508 betul-betul sebelum jatuh ke tanah? 211 00:14:44,592 --> 00:14:47,720 Kita perlu kira sama ada kita boleh imbangkan diri semasa jatuh. 212 00:14:48,387 --> 00:14:52,474 Jika kita tak dapat meneutralkan momentum, hancurlah badan kita nanti. 213 00:14:52,558 --> 00:14:54,476 Kata-kata dia menakutkan! 214 00:14:55,519 --> 00:14:58,480 Apa pun, kita perlu bertindak segera. 215 00:14:59,106 --> 00:15:03,235 Raksasa begini memburu dengan menghempaskan mangsa ke tanah. 216 00:15:04,320 --> 00:15:05,487 Oh, begitu. 217 00:15:17,458 --> 00:15:20,002 Nampaknya, kita takkan tahu selagi tak cuba. 218 00:15:22,046 --> 00:15:23,756 Jangan jatuhkan kami mendadak! 219 00:15:36,477 --> 00:15:38,771 Saya masih hidup? 220 00:15:38,854 --> 00:15:40,898 Nampaknya ia berjaya. 221 00:15:41,565 --> 00:15:44,944 - Awak anggap itu berjaya? - Rancangan apa begitu? 222 00:15:47,780 --> 00:15:50,407 Kuda alami kecederaan kecil, tapi dah dirawat. 223 00:15:51,241 --> 00:15:54,036 Tapi kereta kuda dah rosak teruk. Ia perlu dibaiki. 224 00:15:54,828 --> 00:15:57,873 - Maaf... - Taklah. Saya sangat bersyukur. 225 00:15:57,957 --> 00:16:00,417 Jika saya bersendirian, saya pasti dah mati. 226 00:16:01,085 --> 00:16:03,212 Kita akan sibuk baiki kereta kuda dulu. 227 00:16:18,060 --> 00:16:20,479 Peliknya... 228 00:16:21,814 --> 00:16:23,399 Ke mana ia hilang? 229 00:16:26,402 --> 00:16:29,321 Cuaca semakin panas sekarang ini. 230 00:16:29,405 --> 00:16:31,699 Mungkin ini masanya untuk tukar pemakaian kita. 231 00:16:31,782 --> 00:16:35,160 Tapi saya tertanya, dari mana datangnya gelang itu? 232 00:16:35,244 --> 00:16:39,206 Ini hadiah hari jadi daripada Tuan Stark. 233 00:16:39,289 --> 00:16:41,875 Tiga jam saya nak memilihnya. 234 00:16:41,959 --> 00:16:44,545 Akhirnya awak pilih sendiri? 235 00:16:44,628 --> 00:16:46,922 Saya yang minta dia pilihkan. 236 00:16:49,008 --> 00:16:50,092 Oh, begitu. 237 00:16:51,010 --> 00:16:55,139 Mesti rasa susah waktu itu, Stark. Itulah keadaan paling susah. 238 00:16:55,222 --> 00:16:56,724 Tahu, tak apa. 239 00:16:58,100 --> 00:16:59,977 Ini bolehkah? 240 00:17:00,728 --> 00:17:03,313 Habis tiga jam saya cuba membaca anginnya. 241 00:17:03,897 --> 00:17:07,693 - Rasa tak tertanggung. - Kasihan awak. 242 00:17:08,277 --> 00:17:11,238 - Saya boleh dengar semuanya. - Tapi... 243 00:17:12,156 --> 00:17:14,658 saya gembira dia sukakannya. 244 00:17:19,663 --> 00:17:23,042 Saya kagum, Stark. 245 00:17:23,125 --> 00:17:25,085 Saya ingatkan awak jadi lebih penakut. 246 00:17:25,919 --> 00:17:28,255 Rekaan itu ialah bunga teratai tercermin. 247 00:17:28,338 --> 00:17:30,591 Maknanya "cinta abadi". 248 00:17:31,175 --> 00:17:34,053 Di wilayah ini, kami beri benda begitu kepada kekasih. 249 00:17:36,305 --> 00:17:38,849 - Tuan Stark. - Saya tak tahu! 250 00:17:38,932 --> 00:17:40,476 Ini salah faham! 251 00:17:40,559 --> 00:17:42,811 Awak fikir saya tahukah maksud bunga? 252 00:17:42,895 --> 00:17:45,147 Betul juga. Lagipun, awak bodoh. 253 00:17:45,230 --> 00:17:47,066 Dia lebih kasar daripada biasa! 254 00:17:48,817 --> 00:17:50,569 Awak juga tak tahu. 255 00:17:50,652 --> 00:17:53,947 - Apa awak cakap? - Tak ada apa-apa. 256 00:17:55,324 --> 00:17:57,826 Awak nak saya gantikan dengan benda lain? 257 00:17:59,161 --> 00:18:02,873 Awak hadiahkan ini selepas berfikir panjang. 258 00:18:03,957 --> 00:18:05,584 Jangan tanya begitu lagi. 259 00:18:06,418 --> 00:18:08,670 Maafkan saya! 260 00:18:13,926 --> 00:18:15,010 Ada apa? 261 00:18:16,845 --> 00:18:18,430 Tak ada apa-apa. 262 00:19:23,078 --> 00:19:24,663 Cik Frieren. 263 00:19:25,330 --> 00:19:27,332 Kereta kuda dah dibaiki, 264 00:19:27,416 --> 00:19:29,751 jadi, kita akan bertolak awal pagi esok. 265 00:19:30,294 --> 00:19:31,170 Baiklah. 266 00:19:31,879 --> 00:19:34,339 Awak selalu curi-curi keluar setiap malam. 267 00:19:34,423 --> 00:19:36,049 Apa yang awak cari? 268 00:19:36,800 --> 00:19:38,552 Cincin yang Himmel hadiahkan. 269 00:19:39,636 --> 00:19:40,929 Biar saya tolong cari. 270 00:19:41,805 --> 00:19:44,057 Kita akan cari sampai jumpa. 271 00:19:44,766 --> 00:19:45,684 Tak apalah. 272 00:19:46,310 --> 00:19:49,188 Jika tak jumpa malam ini, saya akan mengalah. 273 00:19:49,271 --> 00:19:51,106 Saya dah biasa hilang barang. 274 00:19:51,940 --> 00:19:54,943 Lagipun, itu bukan satu-satunya benda yang Himmel berikan. 275 00:19:55,736 --> 00:19:59,406 Rekaan cincin itu sama macam bunga teratai tercermin ini, bukan? 276 00:19:59,489 --> 00:20:02,576 Rupa-rupanya, ia bermaksud "cinta abadi". 277 00:20:02,659 --> 00:20:04,912 Yakah? Saya tak tahu. 278 00:20:05,787 --> 00:20:06,955 Tak kisahlah. 279 00:20:07,039 --> 00:20:10,167 Saya yakin Himmel juga tak tahu tentang maksudnya. 280 00:20:10,250 --> 00:20:11,543 Walaupun begitu... 281 00:20:12,169 --> 00:20:13,795 saya yakin ia sangat berharga. 282 00:20:14,796 --> 00:20:16,381 Kita patut cari bersama-sama. 283 00:20:19,301 --> 00:20:21,595 Cakaplah awal-awal! 284 00:20:22,179 --> 00:20:25,974 Penduduk kampung selalu kehilangan 285 00:20:26,058 --> 00:20:27,100 barang mereka. 286 00:20:27,976 --> 00:20:30,562 Ini ialah sihir untuk mencari barang hilang. 287 00:20:31,313 --> 00:20:33,732 Ini salah satu sihir yang saya rancang 288 00:20:33,815 --> 00:20:35,651 nak berikan sebagai ganjaran kali ini. 289 00:20:56,922 --> 00:20:58,006 Frieren, 290 00:20:59,049 --> 00:21:02,469 awak dah bekerja sangat keras dalam misi penaklukan kali ini. 291 00:21:02,552 --> 00:21:04,471 Pilihlah mana-mana yang awak suka. 292 00:21:04,554 --> 00:21:06,306 Barang kemas, ya? 293 00:21:07,432 --> 00:21:09,726 Saya lebih suka pergi ke kedai barang sihir. 294 00:21:10,310 --> 00:21:12,854 - Ini bolehlah. - Cepatnya pilih. 295 00:21:12,938 --> 00:21:14,856 Tengok-tengoklah dulu. 296 00:21:17,734 --> 00:21:18,694 Kenapa? 297 00:21:20,654 --> 00:21:21,655 Tak ada apa-apa. 298 00:21:42,676 --> 00:21:43,969 Frieren... 299 00:21:44,636 --> 00:21:45,595 Terima kasih. 300 00:22:23,508 --> 00:22:26,762 Nasib baik awak tak mengalah, Cik Frieren. 301 00:22:34,770 --> 00:22:36,146 Mungkin betul cakap awak. 302 00:22:39,941 --> 00:22:43,987 Tapi kenapa Fern pakai gelang tangan bunga teratai tercermin? 303 00:22:44,071 --> 00:22:46,073 Sebab Tuan Stark bodoh. 304 00:22:47,616 --> 00:22:48,700 Kejamnya. 305 00:24:20,959 --> 00:24:22,919 - Saya tahu sihir pertempuran. - Saya gelisah. 306 00:24:23,003 --> 00:24:24,588 - Bakatnya tak setanding abangnya. - Ya, ayah. 307 00:24:24,671 --> 00:24:25,755 Ini tak bagus. 308 00:24:25,839 --> 00:24:27,382 - Ini neraka. - Kita mesti cepat. 309 00:24:27,465 --> 00:24:29,426 "Petanda Masalah." 310 00:24:29,509 --> 00:24:30,886 Jom ke kampung seterusnya. 311 00:24:30,969 --> 00:24:31,928 Terjemahan sari kata oleh Farhana Mohar