1 00:00:14,461 --> 00:00:15,940 Maaf buat awak menunggu. 2 00:00:15,941 --> 00:00:17,621 EPISOD SEBELUM INI 3 00:00:18,181 --> 00:00:19,701 Awak akan terima padahnya. 4 00:00:21,221 --> 00:00:22,981 Hari ini Manticore Itali dilahirkan semula. 5 00:00:25,181 --> 00:00:26,141 Apa yang berlaku? 6 00:00:33,381 --> 00:00:36,461 Jika awak mendengar mesej ini, saya sudah mati. 7 00:00:38,701 --> 00:00:40,700 Sebab kita dah memiliki senjata itu, 8 00:00:40,701 --> 00:00:41,940 keadaan akan berubah. 9 00:00:41,941 --> 00:00:44,061 Saya mahu lenyap. 10 00:00:45,341 --> 00:00:47,981 Kali ini kita benar-benar boleh ubah dunia. 11 00:00:53,581 --> 00:00:56,141 Saya Diana Cavalieri, ejen Citadel 12 00:00:56,261 --> 00:00:59,421 dan pekerja Manticore, Ejen 308. 13 00:01:00,701 --> 00:01:04,301 Tolonglah jawab. Yakinkan saya bukan hanya saya yang masih hidup. 14 00:01:09,181 --> 00:01:12,060 Hari 19 selepas serangan terhadap Citadel. 15 00:01:12,061 --> 00:01:16,060 Manticore Itali dikenakan sekatan berat oleh rakan sekutunya. 16 00:01:16,061 --> 00:01:19,301 Mereka didapati menyembunyikan teknologi yang dicuri daripada Citadel. 17 00:01:19,701 --> 00:01:22,861 Kini teknologi itu dalam tangan Manticore Perancis dan Jerman. 18 00:01:25,261 --> 00:01:27,581 Saya berusaha sehabis baik untuk musnahkannya. 19 00:01:27,701 --> 00:01:29,100 Tak pasti jika saya berjaya, 20 00:01:29,101 --> 00:01:30,941 adakah mereka dapat membinanya semula? 21 00:01:32,781 --> 00:01:34,901 Saya belum boleh meninggalkan Manticore. 22 00:01:36,021 --> 00:01:38,461 Selepas sekatan itu, kami dikawal lebih ketat. 23 00:01:41,701 --> 00:01:44,061 Sesiapa yang ada, tolonglah jawab. 24 00:01:45,821 --> 00:01:48,821 Sukar membayangkan jika cuma saya yang tinggal. 25 00:01:49,581 --> 00:01:52,741 Menyimpan peranti ini di rumah seperti satu hukuman bunuh. 26 00:01:55,581 --> 00:01:57,261 Tolonglah jawab. 27 00:03:21,381 --> 00:03:24,781 TAHUN 2030 28 00:03:47,261 --> 00:03:49,341 UNTUK DIJUAL 29 00:04:09,461 --> 00:04:10,301 Ini pula? 30 00:04:11,421 --> 00:04:12,781 Saya dah buat salinan. 31 00:04:14,341 --> 00:04:16,021 Kita akan merindui rumah mak dan ayah. 32 00:04:19,501 --> 00:04:22,621 Saya jumpa sebuah syarikat penghantaran. 33 00:04:23,021 --> 00:04:25,261 Saya akan hantar semuanya selepas urusan awak selesai. 34 00:04:25,381 --> 00:04:26,821 - Terima kasih. - Tiada masalah. 35 00:04:26,941 --> 00:04:30,461 - Awak rasa rumah ini bolah dijual? - Ya. 36 00:04:31,101 --> 00:04:32,101 Rasanya boleh. 37 00:04:33,381 --> 00:04:34,261 Selepas itu? 38 00:04:37,181 --> 00:04:38,021 Entahlah. 39 00:04:38,821 --> 00:04:41,821 Ada bilik untuk awak bila-bila awak mahu. Kami sentiasa menunggu. 40 00:04:44,221 --> 00:04:46,181 - Ada dengar khabar Edo? - Tidak. 41 00:04:48,261 --> 00:04:49,821 Hubungan kami takkan berhasil. 42 00:04:51,021 --> 00:04:52,260 Sebab kerja awak? 43 00:04:52,261 --> 00:04:53,221 Ada banyak sebab. 44 00:04:56,741 --> 00:04:57,941 Saya bangga dengan awak. 45 00:04:58,381 --> 00:05:01,541 Terima kasih sebab menuntut keadilan buat mak dan ayah. 46 00:05:02,461 --> 00:05:03,661 Baguslah awak dah keluar. 47 00:05:05,101 --> 00:05:06,781 Saya pun bangga dengan awak. 48 00:05:07,261 --> 00:05:11,061 Maaf sebab pengorbanannya terlalu tinggi. 49 00:05:13,381 --> 00:05:17,021 Saya faham. Awak takkan berhenti selagi kebenaran tak ditemukan. 50 00:05:21,701 --> 00:05:22,621 Mari pergi. 51 00:05:40,101 --> 00:05:41,141 Adakah kita akan okey? 52 00:05:45,021 --> 00:05:46,421 Kita pasti hebat. 53 00:05:55,741 --> 00:05:56,900 Selamat tinggal, mak cik. 54 00:05:56,901 --> 00:05:58,381 Selamat jalan, sayang! 55 00:06:34,301 --> 00:06:35,581 Hari 32 56 00:06:36,221 --> 00:06:38,021 selepas serangan terhadap Citadel. 57 00:06:39,861 --> 00:06:44,020 {\an8}Jelas sekali selepas sekatan itu, satu-satunya objektif Ettore Zani 58 00:06:44,021 --> 00:06:47,341 adalah menghancurkan kestabilan negara. 59 00:06:47,661 --> 00:06:51,821 Agensi itu menjual senjata kepada banyak organisasi jenayah. 60 00:06:52,301 --> 00:06:54,941 Dia memeras ugut ahli politik daripada parti pembangkang 61 00:06:56,101 --> 00:06:59,461 {\an8}serta dianugerahkan kontrak oleh tentera dan penguat kuasa undang-undang. 62 00:07:01,301 --> 00:07:04,581 Ejen sudah tidak bebas lagi. 63 00:07:05,061 --> 00:07:06,301 Kami bak cawangan bersenjata. 64 00:07:11,141 --> 00:07:12,621 Saya sudah tak boleh tidur. 65 00:07:14,061 --> 00:07:16,501 Saya masih percaya ada orang kita 66 00:07:16,861 --> 00:07:18,421 yang mendengar mesej saya. 67 00:07:22,781 --> 00:07:23,701 Saya takut. 68 00:07:26,781 --> 00:07:28,061 Serta keseorangan. 69 00:08:09,701 --> 00:08:10,701 Helo. 70 00:08:11,621 --> 00:08:12,701 Boleh saya masuk? 71 00:08:13,261 --> 00:08:14,101 Masuklah. 72 00:08:16,421 --> 00:08:17,381 Tunggu di luar. 73 00:08:30,061 --> 00:08:31,021 Awak kenal saya? 74 00:08:32,021 --> 00:08:32,821 Ya. 75 00:08:34,901 --> 00:08:37,061 Saya cuma nak tanya beberapa soalan 76 00:08:37,701 --> 00:08:39,261 untuk cuba memahami keadaan. 77 00:08:42,861 --> 00:08:44,901 Ejen Citadel yang tembak dia. 78 00:08:45,781 --> 00:08:47,101 Dia diserang secara mengejut. 79 00:08:50,301 --> 00:08:51,661 Perhatian abang awak teralih. 80 00:08:53,021 --> 00:08:54,181 Oleh apa? 81 00:08:55,541 --> 00:08:57,461 Teknologi Citadel. 82 00:09:00,341 --> 00:09:03,541 Saya tak begitu kenal dia. Kami cuma sertai beberapa misi bersama. 83 00:09:06,101 --> 00:09:07,541 Tapi dialah ketua kami. 84 00:09:09,981 --> 00:09:11,541 Awak setuju dengan serangan itu? 85 00:09:12,541 --> 00:09:13,781 Saya melaksanakan perintah. 86 00:09:15,501 --> 00:09:16,421 Setakat itu saja. 87 00:09:17,541 --> 00:09:18,781 Saya tak setuju. 88 00:09:19,741 --> 00:09:21,421 Tak patut berakhir begini. 89 00:09:22,901 --> 00:09:24,741 Manticore tak patut jadi begini. 90 00:09:31,381 --> 00:09:35,421 TAHUN 2030 91 00:09:43,981 --> 00:09:45,501 Hari ini, kita tahu jangkaan kita. 92 00:09:54,781 --> 00:09:55,781 Wolfgang. 93 00:09:59,101 --> 00:10:00,181 Cécile, apa khabar? 94 00:10:04,781 --> 00:10:06,021 Tak banyak cakap. 95 00:10:07,021 --> 00:10:08,340 Boleh kita masuk? 96 00:10:08,341 --> 00:10:10,381 Banyak yang perlu dibincangkan. 97 00:10:38,021 --> 00:10:41,101 Semoga minggu-minggu berdiam diri ini berguna buat semua. 98 00:10:41,621 --> 00:10:43,061 Bagi menenangkan keadaan. 99 00:10:46,541 --> 00:10:49,061 "Musytari" ialah nama senjata itu. 100 00:10:50,541 --> 00:10:52,020 Senjata itu sudah siap. 101 00:10:52,021 --> 00:10:54,061 Musytari ialah masa depan Manticore Eropah. 102 00:10:54,501 --> 00:10:57,621 Kita akan sebarkannya menggunakan sistem air awam. 103 00:10:58,181 --> 00:10:59,860 Ujian awal akan dijalankan 104 00:10:59,861 --> 00:11:02,781 untuk mengira pekali penyebaran. 105 00:11:03,141 --> 00:11:05,341 Kemudian kami akan mulakan pengeluaran 106 00:11:05,701 --> 00:11:08,301 dan terus menyebarkan lebih banyak secara berturut-turut 107 00:11:09,621 --> 00:11:11,381 sehingga mencapai seluruh populasi. 108 00:11:12,061 --> 00:11:14,061 Sebab senjata itu milik kamu sahaja, 109 00:11:14,501 --> 00:11:17,060 apa akan berlaku kepada kami dan agensi kami? 110 00:11:17,061 --> 00:11:19,981 Edoardo, nak maklumkan keputusan kamu? 111 00:11:20,461 --> 00:11:24,901 Kami memutuskan akses kepada Musytari akan dikongsi antara ahli Majlis Eropah. 112 00:11:25,901 --> 00:11:27,101 Tapi dengan satu syarat. 113 00:11:28,701 --> 00:11:31,061 Manticore Itali memiliki hak untuk analisis pertama. 114 00:11:31,501 --> 00:11:33,381 - Analisis apa? - Data. 115 00:11:34,701 --> 00:11:37,141 Kita akan dapat akses kepada jutaan data setiap hari. 116 00:11:37,661 --> 00:11:40,581 Untuk elakkan setiap agensi mentafsirnya dengan cara tersendiri, 117 00:11:41,381 --> 00:11:42,941 kami akan buat saringan pertama. 118 00:11:46,061 --> 00:11:48,141 Awak akan beritahu kami mengikut kesesuaian. 119 00:11:48,581 --> 00:11:51,101 Idea perkongsian awak sentiasa mengagumkan. 120 00:11:51,621 --> 00:11:54,461 Kami juga memiliki kawalan eksklusif untuk elemen ketiga. 121 00:11:57,141 --> 00:11:58,221 Elemen ketiga? 122 00:11:59,221 --> 00:12:00,701 Senjata bahagian Itali. 123 00:12:05,221 --> 00:12:06,661 Sudah berfungsi, bukan? 124 00:12:08,541 --> 00:12:10,300 Ya, sudah hampir selesai. 125 00:12:10,301 --> 00:12:14,621 Butirannya akan diberikan nanti. Sekarang kita nak lihat jika semua setuju. 126 00:12:15,101 --> 00:12:15,941 [Bahasa Jerman] Baiklah... 127 00:12:17,461 --> 00:12:19,381 Macamlah kami ada pilihan. 128 00:12:20,861 --> 00:12:22,861 [Bahasa Perancis] Struktur Manticore Eropah baharu ini... 129 00:12:24,221 --> 00:12:26,981 Semua agensi sama rata, tapi satu melebihi yang lain. 130 00:12:27,621 --> 00:12:30,221 Bukankah itu asas demokrasi? 131 00:12:40,341 --> 00:12:43,740 Ayah dah terbiasa tak maklumkan lebih awal perkara yang ayah nak cakap. 132 00:12:43,741 --> 00:12:47,060 Mesyuarat seperti muzik jaz. Kita kena ikut alirannya. 133 00:12:47,061 --> 00:12:48,341 Buat secara spontan. 134 00:12:48,861 --> 00:12:50,461 Ayah cuma dengar muzik klasik. 135 00:12:50,861 --> 00:12:53,500 - Masa itu sesuai untuk beritahu. - Itu pendapat ayah. 136 00:12:53,501 --> 00:12:55,020 Bukan pendapat saya. 137 00:12:55,021 --> 00:12:57,700 Ayah menganggap perkara itu boleh dilakukan. 138 00:12:57,701 --> 00:13:00,301 Kalau ayah tanya saya dulu, ayah akan tahu ia tak begitu. 139 00:13:01,821 --> 00:13:02,900 Tidak? 140 00:13:02,901 --> 00:13:05,461 Kita perlu masukkan elemen yang kita cipta 141 00:13:06,461 --> 00:13:08,021 ke dalam alat terbitan Citadel. 142 00:13:08,461 --> 00:13:11,220 Tahukah ayah berapa banyak pemboleh ubah teknikal yang ada? 143 00:13:11,221 --> 00:13:15,021 Keadaannya tak seperti mengubah perabot dalam bilik. 144 00:13:15,421 --> 00:13:17,461 Lebih kepada menceraikan susun suai gambar, 145 00:13:17,901 --> 00:13:20,141 memasukkan 100 kepingan yang lain 146 00:13:20,661 --> 00:13:23,420 dan mengharapkan gambarnya sepadan dengan yang asal. 147 00:13:23,421 --> 00:13:27,101 Kamu tak pernah putus asa disebabkan kesukaran teknikal. 148 00:13:28,221 --> 00:13:29,981 Jadi, apa yang mengganggu kamu? 149 00:13:31,981 --> 00:13:33,101 Elemen ketiga itu 150 00:13:34,261 --> 00:13:35,141 untuk membunuh. 151 00:13:39,021 --> 00:13:40,061 Ya, saya tahu. 152 00:13:40,581 --> 00:13:43,581 Saya tahu potensinya dan bahayanya. 153 00:13:44,061 --> 00:13:45,061 Kamu salah. 154 00:13:46,421 --> 00:13:50,381 Tiada senjata lain yang tepat seperti ini. 155 00:13:51,181 --> 00:13:53,861 Tiada kebinasaan lingkungan, cuma menghapuskan sasaran. 156 00:13:54,621 --> 00:13:56,340 Perlukah ayah ingatkan tentang sejarah 157 00:13:56,341 --> 00:13:59,221 membunuh satu orang dapat menyelamatkan jutaan orang? 158 00:13:59,701 --> 00:14:01,581 Tidak. Tak perlu. 159 00:14:02,741 --> 00:14:03,741 Edoardo... 160 00:14:06,421 --> 00:14:07,701 Kini kuasa di tangan kamu. 161 00:14:08,861 --> 00:14:10,741 Kamu boleh mula fikirkan maksudnya. 162 00:14:37,341 --> 00:14:39,460 Nama awak tiada dalam pangkalan data kami 163 00:14:39,461 --> 00:14:41,861 dan tiada tanda-tanda kerjasama kita. 164 00:14:42,341 --> 00:14:45,420 Satu-satunya harapan saya adalah mengetahui awak masih hidup. 165 00:14:45,421 --> 00:14:47,980 Awak orang terakhir yang bertahan di kawasan lawan 166 00:14:47,981 --> 00:14:50,021 dan awak perlu jadi sangat berani. 167 00:14:51,541 --> 00:14:53,700 - Nama awak tiada... - Maafkan saya. 168 00:14:53,701 --> 00:14:56,101 ...dan tiada tanda-tanda kerjasama kita. 169 00:15:27,261 --> 00:15:28,421 Bawa saya ke pejabat. 170 00:15:29,981 --> 00:15:30,821 Awak pasti? 171 00:15:38,701 --> 00:15:41,580 - Di mana pemandu dan ejen saya? - Sabar. Mereka masih tidur. 172 00:15:41,581 --> 00:15:43,260 Maaf, Edo. Saya cuma bergurau. 173 00:15:43,261 --> 00:15:45,021 Saya dah turuti kemahuan awak! 174 00:15:45,621 --> 00:15:48,861 Awak dapat 20 juta, sudah bebas dan boleh pergi. Apa lagi yang awak mahu? 175 00:15:49,261 --> 00:15:51,020 Kenapa marah sangat? 176 00:15:51,021 --> 00:15:52,781 Sebab sudah sebulan awak menghilang. 177 00:15:57,261 --> 00:15:58,461 Tapi saya dah kembali. 178 00:15:59,661 --> 00:16:01,221 Kenapa awak ubah fikiran? 179 00:16:05,741 --> 00:16:07,821 Saya fikirkan tentang perbualan kita. 180 00:16:09,821 --> 00:16:12,301 Kita boleh berpura-pura bahagia dengan kehidupan normal, 181 00:16:13,021 --> 00:16:17,621 ada pekerjaan baik dan rumah cantik, tapi hakikatnya kita mahu lebih. 182 00:16:20,581 --> 00:16:21,781 Saya mahu lebih lagi. 183 00:16:25,341 --> 00:16:27,061 Apa maksud "lebih lagi" bagi awak? 184 00:16:31,901 --> 00:16:32,901 Mahu bersama awak. 185 00:17:38,301 --> 00:17:40,261 Selepas misi di Perancis, 186 00:17:40,781 --> 00:17:42,821 kita berbaring di sini, bukan? 187 00:17:43,421 --> 00:17:44,941 Awak tidur, tapi saya tidak. 188 00:17:46,781 --> 00:17:47,701 Jadi, saya bangun 189 00:17:48,501 --> 00:17:51,301 dan nampak peranti yang mengandungi data senjata itu. 190 00:17:52,981 --> 00:17:54,021 Waktu itu saya yakin... 191 00:17:54,661 --> 00:17:56,101 Malah, sehingga kini saya yakin 192 00:17:57,261 --> 00:17:58,581 senjata itu berbahaya. 193 00:17:59,741 --> 00:18:01,301 Saya boleh mengambilnya. 194 00:18:02,221 --> 00:18:03,661 Awak nak musnahkannya? 195 00:18:11,941 --> 00:18:15,341 Saya tahu saya boleh menyebabkan kita ditimpa masalah besar 196 00:18:16,181 --> 00:18:19,021 dan pasti Manticore dapat cipta senjata lain. 197 00:18:20,501 --> 00:18:23,101 Jadi saya tinggalkannya di situ dan berlalu pergi. 198 00:18:23,661 --> 00:18:24,981 Kenapa beritahu saya semua ini? 199 00:18:26,581 --> 00:18:28,581 Sebab awak berhak tahu diri sebenar saya. 200 00:18:30,741 --> 00:18:33,021 Saya tak boleh berhenti mencuba 201 00:18:34,181 --> 00:18:37,221 untuk berjuang bagi menjadikan dunia ini lebih selamat. 202 00:18:38,221 --> 00:18:41,581 Tapi saya rasa saya hanya boleh lakukannya dengan awak. 203 00:18:42,901 --> 00:18:44,021 Itu saja. 204 00:18:57,221 --> 00:18:59,181 Manticore bunuh ibu bapa awak. 205 00:19:04,661 --> 00:19:08,981 Agensi kami yang menembak jatuh penerbangan OT9732 kerana ada... 206 00:19:10,021 --> 00:19:11,261 Ejen Citadel di dalamnya. 207 00:19:14,581 --> 00:19:16,181 Saya nak beritahu awak di Sicily, 208 00:19:17,901 --> 00:19:18,981 tapi tak tergamak. 209 00:19:21,981 --> 00:19:24,301 Awak juga berhak tahu diri sebenar saya. 210 00:19:32,581 --> 00:19:34,421 Awak terlibat dalam keputusan itu? 211 00:19:35,181 --> 00:19:36,461 Jangan fikir begitu. 212 00:19:41,181 --> 00:19:42,181 Maafkan saya. 213 00:20:05,101 --> 00:20:08,181 8 TAHUN SEBELUMNYA 214 00:20:34,021 --> 00:20:35,581 KELUARGA ZANI 215 00:21:28,741 --> 00:21:30,981 TAHUN 2030 216 00:21:36,341 --> 00:21:38,300 Jangan ganggu dia. Pasti dia sibuk. 217 00:21:38,301 --> 00:21:39,581 Perangainya tak begini. 218 00:21:41,421 --> 00:21:43,581 Apa hal mustahak yang awak perlu beritahu dia? 219 00:21:44,421 --> 00:21:45,341 Awak pun tahu. 220 00:21:47,781 --> 00:21:51,420 Kami ada kuasa untuk mengawal sesiapa saja pada bila-bila masa 221 00:21:51,421 --> 00:21:53,461 dari awal sehingga akhir kehidupan mereka. 222 00:21:54,301 --> 00:21:55,300 Macam mana? 223 00:21:55,301 --> 00:21:58,341 Senjata bahagian Perancis ialah sistem pintasan mikroskopik 224 00:21:58,861 --> 00:22:01,700 yang dimasukkan ke dalam bahagian Jerman iaitu komponen bioteknologi 225 00:22:01,701 --> 00:22:04,060 yang dicipta untuk tertanam dalam tubuh manusia. 226 00:22:04,061 --> 00:22:05,421 Seperti parasit? 227 00:22:06,861 --> 00:22:09,060 Kita tak perlu intip telefon atau godam komputer. 228 00:22:09,061 --> 00:22:11,341 Manusia sendiri akan jadi sumber maklumat. 229 00:22:12,381 --> 00:22:13,861 Mereka akan jadi pemancar. 230 00:22:14,261 --> 00:22:17,381 Kita akan dapat mengawal semua data mereka. 231 00:22:19,861 --> 00:22:22,461 Diana, saya tahu kuasa ini sangat besar. 232 00:22:23,221 --> 00:22:24,461 Tapi jika diguna dengan baik, 233 00:22:25,621 --> 00:22:28,180 kita berpeluang memastikan keamanan dan keselamatan. 234 00:22:28,181 --> 00:22:32,621 Selain itu, kita boleh jadi agensi seperti yang sepatutnya. 235 00:22:36,981 --> 00:22:39,180 Tapi itu tak cukup untuk ayah saya. 236 00:22:39,181 --> 00:22:42,181 Jadi, kami mempertimbangkan untuk memasukkan elemen ketiga. 237 00:22:44,301 --> 00:22:46,141 Sistem pembunuhan dari jauh. 238 00:22:53,421 --> 00:22:54,620 Awak yang reka? 239 00:22:54,621 --> 00:22:56,061 Tugas saya mereka senjata. 240 00:22:57,461 --> 00:23:00,221 Manticore akan berkuasa menentukan hidup atau mati seseorang. 241 00:23:00,781 --> 00:23:03,180 Dengan satu sentuhan butang pada bila-bila masa, 242 00:23:03,181 --> 00:23:06,021 subjek hos mati serta-merta akibat punca semula jadi. 243 00:23:07,541 --> 00:23:09,261 Jadi, senjata itu macam bom atom. 244 00:23:11,341 --> 00:23:14,381 Semuanya bergantung pada tangan yang menekan butang itu. 245 00:23:17,421 --> 00:23:20,301 Jelas sekali ayah awak yang mendesak awak memasukkannya. 246 00:23:26,301 --> 00:23:28,501 Apakah ini? Bentuknya aneh. 247 00:23:32,781 --> 00:23:35,261 Barang dari rumah lama saya. 248 00:23:37,181 --> 00:23:38,461 Azimat bertuah. 249 00:23:39,661 --> 00:23:42,101 Masih banyak perkara yang saya perlu tahu tentang awak. 250 00:23:48,541 --> 00:23:51,620 Mula-mula, dia boleh pergi dengan jaminan dan wang yang banyak. 251 00:23:51,621 --> 00:23:53,661 Sekarang dia mahu kembali. 252 00:23:55,381 --> 00:23:58,301 Dia perlukan rehat selepas membahayakan diri di Perancis. 253 00:23:59,221 --> 00:24:01,741 Ayah dah lupa kita patut berterima kasih kepada dia? 254 00:24:03,261 --> 00:24:04,541 Kamu bersama dia malam tadi? 255 00:24:05,581 --> 00:24:06,461 Ya. 256 00:24:07,061 --> 00:24:08,061 Ayah kena biasakan diri. 257 00:24:09,141 --> 00:24:10,221 Di mana dia sekarang? 258 00:24:10,941 --> 00:24:14,180 Sedang bersedia untuk melancarkan ujian penyebaran pertama Musytari. 259 00:24:14,181 --> 00:24:16,221 Semalam, saya beritahu dia segalanya. 260 00:24:18,061 --> 00:24:19,141 Semudah itu? 261 00:24:19,501 --> 00:24:20,661 Tanpa berunding dulu? 262 00:24:21,621 --> 00:24:25,541 Ayah patut tahu, saya takkan minta kebenaran ayah. 263 00:24:26,581 --> 00:24:28,661 - Kita sama-sama berkuasa. - Betul. 264 00:24:29,381 --> 00:24:30,381 Sama macam ayah. 265 00:24:37,301 --> 00:24:38,901 Kamu buat semuanya sendiri. 266 00:24:41,061 --> 00:24:42,301 Macam mana elemen ketiga itu? 267 00:24:43,181 --> 00:24:44,261 Sudah hampir siap. 268 00:24:46,621 --> 00:24:48,300 Ayah perlu buat panggilan sekarang. 269 00:24:48,301 --> 00:24:49,900 Undang-undang senjata akan lulus, 270 00:24:49,901 --> 00:24:52,301 tapi menteri dungu itu perlukan dorongan. 271 00:25:32,941 --> 00:25:35,620 Alat ini mengandungi 10 juta partikel Musytari. 272 00:25:35,621 --> 00:25:37,501 Jumlah yang sedikit untuk ujian pertama. 273 00:25:39,501 --> 00:25:40,460 Sedikit? 274 00:25:40,461 --> 00:25:42,860 Cuma sebahagian akan sampai ke subjek hos. 275 00:25:42,861 --> 00:25:44,981 Berapa banyak? Kita akan tahu nanti. 276 00:25:45,581 --> 00:25:49,941 Di dalamnya ada kod untuk mengaktifkannya. Hafal kod itu dan musnahkannya. 277 00:25:51,061 --> 00:25:52,781 Hanya kita berdua boleh tahu. 278 00:25:57,981 --> 00:26:00,501 Rasanya keluarga kita akan berkembang. 279 00:26:01,901 --> 00:26:02,781 Sungguh? 280 00:26:03,381 --> 00:26:05,500 Kejadian yang berlaku menemukan mereka dengan cara 281 00:26:05,501 --> 00:26:07,661 yang dia sendiri tak dapat duga. 282 00:26:08,421 --> 00:26:10,380 Jika awak mahu cari keseimbangan dengan dia, 283 00:26:10,381 --> 00:26:12,221 awak perlu terima hubungan mereka. 284 00:26:13,061 --> 00:26:14,901 Saya tak suka gadis itu. 285 00:26:16,061 --> 00:26:17,381 Ada sesuatu tentang dia. 286 00:26:18,501 --> 00:26:20,301 Dia menyorokkan sesuatu. 287 00:26:22,101 --> 00:26:23,101 Dia seorang perisik. 288 00:26:23,781 --> 00:26:25,621 - Tugasnya menyorokkan sesuatu. - Sudahlah. 289 00:26:26,581 --> 00:26:28,021 Awak faham maksud saya, Julia. 290 00:26:29,821 --> 00:26:32,061 Saya dapat bayangkan dia berbisik ke telinga Edo. 291 00:26:33,421 --> 00:26:34,501 Memberi nasihat. 292 00:26:37,741 --> 00:26:39,061 [Bahasa Inggeris] Pernahkah saya berbisik? 293 00:26:40,221 --> 00:26:42,101 Saya bercakap dengan suara normal. 294 00:26:42,461 --> 00:26:43,980 Jangan bandingkan awak dengan dia. 295 00:26:43,981 --> 00:26:44,940 [Bahasa Itali] Sebab? 296 00:26:44,941 --> 00:26:46,581 Sebab awak keluarga. 297 00:26:47,061 --> 00:26:47,981 Betul. 298 00:26:48,661 --> 00:26:51,621 Saya masih keluarga sebab Edo kembali dengan selamat dari Paris. 299 00:26:52,541 --> 00:26:53,781 [Bahasa Inggeris] Saya boleh cakap dengan awak. 300 00:26:54,701 --> 00:26:56,021 Tapi awak tak sentiasa dengar. 301 00:26:56,901 --> 00:26:58,981 Lebih-lebih lagi selepas kejadian baru-baru ini. 302 00:27:01,061 --> 00:27:02,341 Jadi, awak tak ragu-ragu? 303 00:27:04,301 --> 00:27:05,141 Langsung tiada? 304 00:27:05,941 --> 00:27:09,261 [Bahasa Itali] Saya cuma tahu dah lama saya tak nampak Edo macam ini. 305 00:27:09,901 --> 00:27:10,981 Macam mana? 306 00:27:11,621 --> 00:27:12,501 Gembira. 307 00:27:23,821 --> 00:27:25,541 {\an8}FASA TIGA 308 00:27:31,981 --> 00:27:34,061 KOMPONEN HILANG 309 00:27:34,621 --> 00:27:39,061 LENGKAP 310 00:27:54,061 --> 00:27:56,540 Elemen ketiga baru lulus ujian. 311 00:27:56,541 --> 00:27:58,300 Saya dah masukkan dalam salinan induk. 312 00:27:58,301 --> 00:27:59,381 Bagus! 313 00:28:00,061 --> 00:28:01,301 Hebat, Edo. 314 00:28:02,061 --> 00:28:02,900 Terima kasih. 315 00:28:02,901 --> 00:28:06,620 Tak macam kamu, ayah sentiasa yakin kamu akan berjaya. 316 00:28:06,621 --> 00:28:08,301 Ayah tahu tugasnya tak mudah. 317 00:28:08,781 --> 00:28:10,741 Ayah bangga dengan kamu. 318 00:28:12,821 --> 00:28:14,340 Ayah cuma rasa bersalah 319 00:28:14,341 --> 00:28:16,341 sebab kejayaan terbesar kita 320 00:28:17,781 --> 00:28:20,101 dicapai pada hari yang penuh ketegangan. 321 00:28:20,501 --> 00:28:21,661 Tapi tak mengapa. 322 00:28:22,261 --> 00:28:25,580 Kamu lebih rapat dengan 308 daripada ayah. 323 00:28:25,581 --> 00:28:27,140 Kamu nak raikan dengan dia. 324 00:28:27,141 --> 00:28:31,061 Jika dia sangat penting bagi kamu, ayah sudi terima dia. 325 00:28:32,181 --> 00:28:33,661 Serta sudi panggil dia Diana. 326 00:28:36,661 --> 00:28:37,501 Terima kasih. 327 00:28:39,221 --> 00:28:40,341 Tentang kita pula, 328 00:28:41,341 --> 00:28:43,141 ayah nak kita cari keseimbangan. 329 00:28:44,141 --> 00:28:47,621 Ayah tahu kamu akan cari jalannya sebab kamu pun sudah berkuasa. 330 00:28:54,421 --> 00:28:56,660 Saya akan hantar kod untuk Musytari. 331 00:28:56,661 --> 00:28:58,501 Ayah juga patut memilikinya. 332 00:28:59,461 --> 00:29:00,501 Tapi dengan satu syarat. 333 00:29:02,341 --> 00:29:03,461 Kamu tak pernah putus asa. 334 00:29:04,981 --> 00:29:07,421 Betul kata mak kamu, kita sama. Apa yang kamu mahu? 335 00:29:07,941 --> 00:29:10,021 Diana dijadikan Pengurus Manticore Itali. 336 00:29:12,301 --> 00:29:13,701 Menggantikan Matteo? 337 00:29:14,181 --> 00:29:16,420 Matteo menguruskan agensi selama 13 tahun. 338 00:29:16,421 --> 00:29:17,621 Tiba masa untuk berubah. 339 00:29:22,941 --> 00:29:25,421 Jika hubungan kamu sangat penting, 340 00:29:26,701 --> 00:29:28,421 bagus juga jika dia uruskan agensi. 341 00:29:29,541 --> 00:29:30,901 Ayah akan cakap dengan Matteo. 342 00:29:31,301 --> 00:29:32,620 Ayah janji? 343 00:29:32,621 --> 00:29:33,781 Ayah janji. 344 00:29:34,301 --> 00:29:36,341 Kita rasmikannya malam ini. 345 00:29:45,181 --> 00:29:46,261 Saya baru hantarkannya. 346 00:29:47,101 --> 00:29:48,141 Jumpa nanti. 347 00:30:05,301 --> 00:30:06,500 Matteo. 348 00:30:06,501 --> 00:30:09,620 Sekat isyarat komunikasi 308. 349 00:30:09,621 --> 00:30:13,501 Saya ada kodnya, tapi tak berguna jika kamu tak hafal prosedurnya. 350 00:30:14,781 --> 00:30:16,061 Biar dia buat kerjanya. 351 00:30:17,181 --> 00:30:18,581 Kemudian kamu tahu tugas kamu. 352 00:30:21,621 --> 00:30:22,621 Apa tugas dia? 353 00:30:25,621 --> 00:30:26,581 Ettore. 354 00:30:27,781 --> 00:30:30,141 Rasa sayang pada anak mengaburi penilaian awak. 355 00:30:30,621 --> 00:30:32,261 Awak tak nampak dengan jelas. 356 00:30:45,701 --> 00:30:48,821 MENARA AIR NO. 14 357 00:31:16,261 --> 00:31:17,381 Berkawal di sini. 358 00:31:27,421 --> 00:31:29,421 Mak, saya dah cakap dengan ayah. 359 00:31:30,581 --> 00:31:32,581 Kami dah buat perjanjian. 360 00:31:35,061 --> 00:31:36,421 [Bahasa Inggeris] Mak cuba halang dia, Edo. 361 00:31:38,541 --> 00:31:39,661 Mak dah cuba. 362 00:31:42,141 --> 00:31:43,221 Maafkan mak. 363 00:31:44,861 --> 00:31:46,181 Apa maksud mak? 364 00:31:47,301 --> 00:31:49,661 [Bahasa Itali] Tiada apa-apa lagi yang boleh kamu buat. 365 00:32:11,141 --> 00:32:12,021 Matteo. 366 00:32:13,701 --> 00:32:16,061 Saya nak cakap dengan Diana segera. 367 00:32:21,741 --> 00:32:22,901 Awak dengar atau tidak? 368 00:32:24,581 --> 00:32:25,621 Jawablah. 369 00:32:27,341 --> 00:32:29,941 Itu pintu masuk ke tempat bekalan air. 370 00:32:40,941 --> 00:32:42,181 Jawablah! 371 00:32:43,461 --> 00:32:44,941 Jawab, Matteo! Tak guna! 372 00:33:21,941 --> 00:33:24,501 - Bahan itu larut jika terkena air? - Ya. 373 00:33:26,821 --> 00:33:29,180 Kita telah menyaksikan perbincangan hangat 374 00:33:29,181 --> 00:33:31,340 yang agak agresif antara ahli Parlimen. 375 00:33:31,341 --> 00:33:34,980 Majoriti pemimpin nampaknya tidak sepakat. 376 00:33:34,981 --> 00:33:37,820 Malah, kerajaan seperti tidak stabil 377 00:33:37,821 --> 00:33:41,660 selepas mengundi untuk meliberalisasikan senjata. 378 00:33:41,661 --> 00:33:43,980 Mereka dah jalankan tugas, tapi habislah mereka. 379 00:33:43,981 --> 00:33:45,461 Kita boleh buang mereka. 380 00:33:46,381 --> 00:33:50,341 Kita perlukan kerajaan baharu untuk usaha kita dengan Musytari. 381 00:33:52,661 --> 00:33:53,741 Betul. 382 00:33:54,541 --> 00:33:56,261 Kita perlukan sokongan logistik. 383 00:33:59,301 --> 00:34:00,341 Di manakah mak kamu? 384 00:34:01,061 --> 00:34:02,301 Rasanya dia di taman. 385 00:34:03,661 --> 00:34:04,701 Macam mana ujian itu? 386 00:34:05,181 --> 00:34:06,021 Sedang dijalankan. 387 00:34:08,101 --> 00:34:12,301 Ayah tak sabar nak lihat bilangan subjek yang dapat dicapai oleh gelombang pertama. 388 00:34:16,781 --> 00:34:17,621 Saya juga. 389 00:34:22,181 --> 00:34:24,221 Saya sedang memasukkan kod pengaktifan. 390 00:34:28,181 --> 00:34:29,021 Okey. 391 00:34:29,981 --> 00:34:32,181 Partikel sudah diaktifkan dan sedang merebak. 392 00:35:02,381 --> 00:35:04,021 Saya terlupa satu perkara, ayah. 393 00:35:06,661 --> 00:35:09,500 Hari ini, saya buat prototaip pertama dengan elemen ketiga. 394 00:35:09,501 --> 00:35:11,861 - Bagus. - Saya tahu ayah pasti suka. 395 00:35:12,861 --> 00:35:14,861 Caranya semudah meminum segelas air. 396 00:35:33,101 --> 00:35:34,141 Jangan buat. 397 00:35:35,021 --> 00:35:36,661 Sistem saraf akan terjejas. 398 00:35:37,661 --> 00:35:39,181 Ayah takkan rasa sakit. 399 00:35:58,181 --> 00:35:59,661 Ayah buat demi kebaikan kamu. 400 00:36:01,061 --> 00:36:02,820 Ada sesuatu tentang dia. 401 00:36:02,821 --> 00:36:05,341 Pasti kamu dapat lihat jika dia tak butakan mata kamu. 402 00:36:15,701 --> 00:36:16,941 Gunakan otak. 403 00:36:17,661 --> 00:36:19,501 Telefon Matteo. Sekarang juga. 404 00:36:20,301 --> 00:36:21,340 Edoardo. 405 00:36:21,341 --> 00:36:22,420 Dia menyorokkan sesuatu. 406 00:36:22,421 --> 00:36:24,020 Entah apa, tapi ayah betul. 407 00:36:24,021 --> 00:36:24,941 Telefon dia. 408 00:36:26,301 --> 00:36:27,381 Kalau ayah tak nak mati. 409 00:36:34,021 --> 00:36:35,061 Tidak. 410 00:36:36,541 --> 00:36:37,860 Kamu ahli Keluarga Zani. 411 00:36:37,861 --> 00:36:40,101 Kamu perlu belajar buat keputusan sukar. 412 00:36:45,061 --> 00:36:46,421 Kita sama, Edoardo. 413 00:36:46,901 --> 00:36:49,021 Tak, saya tak macam ayah. 414 00:38:30,781 --> 00:38:31,821 Hai, Diana. 415 00:40:11,781 --> 00:40:13,780 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin 416 00:40:13,781 --> 00:40:15,861 Penyelia Kreatif: Aireen Zainal