1 00:00:06,006 --> 00:00:09,551 5 JUN 2015 2 00:00:10,927 --> 00:00:15,598 SEPULUH MINGGU SELEPAS DENISE DIBEBASKAN 3 00:00:16,266 --> 00:00:17,350 Kecemasan daerah. 4 00:00:18,018 --> 00:00:22,605 Ada pecah masuk di North Terracina Drive di Dublin. 5 00:00:22,689 --> 00:00:24,524 Mereka di luar sana sekarang. 6 00:00:25,692 --> 00:00:30,780 DUBLIN, CALIFORNIA, 64 KILOMETER DARI VALLEJO 7 00:00:32,282 --> 00:00:34,492 Saya sedang bersembunyi di bilik air. 8 00:00:35,035 --> 00:00:37,120 Suami saya lawan mereka. 9 00:00:37,203 --> 00:00:38,580 Mereka ambil anak kami. 10 00:00:48,548 --> 00:00:52,302 Dengar. Cakap dengan saya. Berapa ramai? 11 00:00:52,385 --> 00:00:54,262 Gelap, kami tak nampak. 12 00:00:54,345 --> 00:00:56,973 Ada cahaya laser disuluh ke arah kami. 13 00:00:57,057 --> 00:00:59,476 Mereka suruh kami berpaling. Kami di atas katil. 14 00:00:59,559 --> 00:01:00,393 Okey. 15 00:01:00,977 --> 00:01:02,520 Suami saya panggil. 16 00:01:02,604 --> 00:01:04,272 Dia dah lari! 17 00:01:04,355 --> 00:01:05,482 Dia larikan diri. 18 00:01:06,191 --> 00:01:08,026 SARJAN CHRIS SHEPARD JABATAN POLIS DUBLIN 19 00:01:08,109 --> 00:01:11,029 Saya tiba di tempat kejadian. Saya tahu daripada panggilan 911 20 00:01:11,112 --> 00:01:13,740 ada keluarga yang tinggal di sini. 21 00:01:13,823 --> 00:01:16,117 Ada kes rompakan rumah. 22 00:01:17,994 --> 00:01:22,040 Si suami berlumuran darah sambil menekup kain buruk pada mukanya. 23 00:01:23,208 --> 00:01:28,421 Dia beritahu saya yang anaknya selamat, suspek lari keluar dari pintu belakang. 24 00:01:31,049 --> 00:01:35,845 Semasa kami cari di belakang, pengikat kabel dan pita pelekat ditemui. 25 00:01:35,929 --> 00:01:38,223 Kami kumpul bukti itu. 26 00:01:39,766 --> 00:01:44,938 Kami tahu suspek berpakaian serba hitam, dia mungkin melompat dari pagar ini. 27 00:01:45,605 --> 00:01:48,441 Anjing mula menjejaknya di laluan ini, 28 00:01:48,525 --> 00:01:53,571 tapi ada padang yang amat luas di sini dan ia menyukarkan kami menjejakinya. 29 00:01:55,115 --> 00:01:59,577 Siapa suspek ini? Kenapa dia di sini? Kenapa dia pilih rumah ini? 30 00:02:01,329 --> 00:02:03,456 Apa yang dia nak di dalam rumah ini? 31 00:02:03,957 --> 00:02:07,168 KELUARGA 32 00:02:07,293 --> 00:02:08,837 Kemudian anak mereka dekati saya. 33 00:02:10,296 --> 00:02:13,049 Dia kata, "Ada telefon di atas kaunter. 34 00:02:14,509 --> 00:02:16,302 Saya rasa dia tertinggal." 35 00:02:26,563 --> 00:02:28,356 BAHAGIAN TIGA 36 00:02:28,439 --> 00:02:30,400 MEREKA YANG LAIN 37 00:02:30,483 --> 00:02:35,280 POLIS DUBLIN 38 00:02:41,286 --> 00:02:44,789 Apabila kami cari pelanggan nombor telefon itu, 39 00:02:47,333 --> 00:02:49,502 seorang wanita menjawab telefon. 40 00:02:49,586 --> 00:02:53,464 Saya tanya jika dia tahu pemilik nombor telefon itu. 41 00:02:53,548 --> 00:02:56,217 Dia jawab, "Saya tahu. Itu nombor telefon anak saya." 42 00:02:56,968 --> 00:02:58,845 Dia beri namanya… 43 00:02:58,928 --> 00:03:01,222 NAMA: MATTHEW MULLER 44 00:03:01,306 --> 00:03:02,682 Matthew Muller. 45 00:03:06,519 --> 00:03:07,854 Dia bekas askar Marin. 46 00:03:09,480 --> 00:03:11,399 Graduan Perundangan Harvard. 47 00:03:12,859 --> 00:03:15,695 Kami jumpa laporan lalu 48 00:03:15,778 --> 00:03:21,201 yang menyatakan dia suspek kes pemukulan seks dan cubaan rogol. 49 00:03:24,662 --> 00:03:27,874 Ini membuatkan saya mengesyaki dalam insiden di Dublin, 50 00:03:28,791 --> 00:03:32,962 niatnya ikat ibu bapa di rumah itu 51 00:03:33,546 --> 00:03:36,466 dan merogol anak mereka yang berusia 22 tahun. 52 00:03:39,177 --> 00:03:41,596 Kami beritahu ibunya perkara lain. 53 00:03:42,472 --> 00:03:45,225 "Kami nak pulangkan telefon ini. Awak tahu di mana dia?" 54 00:03:45,308 --> 00:03:48,061 Dia kata, "Dia tinggal di kabin saya di South Lake Tahoe." 55 00:03:51,689 --> 00:03:54,776 South Lake Tahoe ialah tempat percutian 56 00:03:55,610 --> 00:03:58,488 yang terletak 225 kilometer ke utara lokasi kami. 57 00:04:01,157 --> 00:04:03,159 Kami tak pasti dia masih di sana. 58 00:04:03,243 --> 00:04:05,745 Kami perlu ke sana sebelum dia tahu kami akan datang 59 00:04:05,828 --> 00:04:07,330 dan dia berpeluang larikan diri. 60 00:04:12,794 --> 00:04:15,672 Saya dapat panggilan daripada sarjan. Katanya, 61 00:04:15,755 --> 00:04:19,008 "Kami akan ke South Lake Tahoe untuk buat tangkapan 62 00:04:19,092 --> 00:04:21,386 tentang pencerobohan rumah yang berlaku di Dublin. 63 00:04:21,469 --> 00:04:22,929 Awak nak sertai kami?" 64 00:04:24,931 --> 00:04:28,726 Ini kes pertama saya sebagai detektif. 65 00:04:30,979 --> 00:04:33,481 Saya kata, "Ya, saya nak turut serta." 66 00:04:42,365 --> 00:04:43,700 Seterusnya. 67 00:04:47,078 --> 00:04:48,371 Saya fikir, 68 00:04:49,706 --> 00:04:51,249 "Apa yang akan berlaku?" 69 00:04:52,250 --> 00:04:55,336 Serangan hendap, sekatan. Dia ada senjata api? 70 00:04:59,924 --> 00:05:02,844 Jangan buat bising. Pastikan kita senyap. 71 00:05:03,386 --> 00:05:05,596 Pastikan kita buat serangan mengejut. 72 00:05:10,018 --> 00:05:13,104 - Waran geledah! - Kami ada waran geledah! 73 00:05:15,481 --> 00:05:19,944 Ada pintu terbuka di sebelah kiri. Waran geledah! 74 00:05:20,028 --> 00:05:21,404 Tunggu! 75 00:05:22,196 --> 00:05:23,906 - Kosong. - Kosong. 76 00:05:25,450 --> 00:05:29,245 Keluar dari belakang. Lihat di belakang. Mereka di belakang. 77 00:05:30,288 --> 00:05:31,164 Kemudian… 78 00:05:31,247 --> 00:05:32,582 Pusing! 79 00:05:33,875 --> 00:05:37,128 - Kami akan masuk ke dalam! - Saya nampak Muller digari. 80 00:05:41,549 --> 00:05:47,096 Dia sangat senyap dan tenang. Tiada emosi. 81 00:05:49,974 --> 00:05:53,811 Saya beritahu dia, "Saya akan ambil gambar awak." 82 00:06:01,402 --> 00:06:03,488 Dia nampak normal. 83 00:06:05,865 --> 00:06:10,078 Seperti lelaki dewasa Amerika berkulit putih yang biasa. 84 00:06:17,168 --> 00:06:19,128 Saya masuk semula ke dalam rumah. 85 00:06:22,382 --> 00:06:23,800 Bersepah. 86 00:06:26,302 --> 00:06:27,929 Baunya macam… 87 00:06:28,513 --> 00:06:31,057 Apa perkataan yang bagus? Basi. 88 00:06:32,767 --> 00:06:34,685 Semasa menggeledah, 89 00:06:34,769 --> 00:06:38,147 kami jumpa item yang kaitkan dia dengan jenayah kami. 90 00:06:39,774 --> 00:06:43,277 Kami jumpa pengikat kabel dan pita pelekat. 91 00:06:43,361 --> 00:06:46,030 Sama macam yang ditemui di rumah Dublin. 92 00:06:47,156 --> 00:06:50,993 Pistol mainan yang dicat. 93 00:06:52,495 --> 00:06:54,872 Satu pistol itu dilekatkan laser. 94 00:06:56,290 --> 00:07:01,295 Di Dublin, dia kejutkan mangsa dengan laser disuluh ke muka mereka. 95 00:07:02,839 --> 00:07:05,383 Jadi, semua ini mula terungkai. 96 00:07:08,719 --> 00:07:11,431 Tapi ketika saya berdiri di dalam rumah ini, 97 00:07:12,807 --> 00:07:15,017 saya perasan tingkapnya digelapkan. 98 00:07:18,396 --> 00:07:21,649 Saya dapat rasakan ada lebih daripada itu. 99 00:07:23,985 --> 00:07:26,112 Bilik tidur itu sangat kotor. 100 00:07:27,905 --> 00:07:31,367 Saya dapat rasakan sesuatu yang lain telah berlaku di sini. 101 00:07:33,494 --> 00:07:38,332 Di bilik air, kami jumpa botol NyQuil, picagari. 102 00:07:39,125 --> 00:07:40,751 Hati saya terdetik, 103 00:07:40,835 --> 00:07:43,254 "Ini pelik dan tak betul." 104 00:07:45,089 --> 00:07:47,675 Kemudian, kami jumpa kenderaan yang dicuri. 105 00:07:49,719 --> 00:07:51,053 Mustang putih. 106 00:07:52,346 --> 00:07:55,183 Ada kad pengenalan Matthew Muller di dalamnya. 107 00:07:55,683 --> 00:07:59,270 GPS diaktifkan dan ada pelbagai alamat berbeza. 108 00:08:03,608 --> 00:08:07,361 Kenapa dia memandu ke pelbagai tempat ini? Dia bersama siapa? 109 00:08:08,738 --> 00:08:09,947 Di dalam but kereta, 110 00:08:10,907 --> 00:08:13,451 saya nampak macam badan manusia, 111 00:08:14,702 --> 00:08:15,828 berpakaian hitam. 112 00:08:18,956 --> 00:08:20,750 Ia patung yang dikembungkan. 113 00:08:24,003 --> 00:08:25,338 Ia dibuat seperti… 114 00:08:27,340 --> 00:08:29,634 Dia nak orang salah anggap ia sebagai manusia. 115 00:08:31,886 --> 00:08:33,846 Saya tak tahu tujuannya, 116 00:08:34,972 --> 00:08:36,432 tapi ia menakutkan. 117 00:08:38,643 --> 00:08:43,523 Kemudian kami jumpa tali pinggang nilon. 118 00:08:44,732 --> 00:08:49,570 Di dalam poketnya, ada gogal, 119 00:08:49,654 --> 00:08:52,198 bahagian mata dilekatkan dengan pita. 120 00:08:53,950 --> 00:08:59,622 Semasa saya mencabutnya, saya nampak sehelai rambut perang muda. 121 00:09:02,208 --> 00:09:03,084 Oh, Tuhan. 122 00:09:06,712 --> 00:09:08,422 Rambut ini milik siapa? 123 00:09:08,965 --> 00:09:12,760 Saya tak rasa seseorang dengan rela hati beri rambutnya. 124 00:09:15,805 --> 00:09:18,015 Mereka masih hidup? Mereka dah mati? 125 00:09:19,225 --> 00:09:21,602 Kita perlu siasat pemilik rambut ini. 126 00:09:32,989 --> 00:09:34,657 Menjelang Jun 2015… 127 00:09:37,493 --> 00:09:39,120 saya rasa buntu. 128 00:09:41,622 --> 00:09:44,542 Saya ketakutan kerana penculik masih bebas. 129 00:09:45,126 --> 00:09:49,130 Kami masih bimbang sama ada kami akan 130 00:09:49,213 --> 00:09:52,633 didakwa melakukan penipuan. 131 00:09:54,385 --> 00:09:58,472 Saya dan Denise tinggal di rumah ibu bapa atau bersama kawan-kawan… 132 00:09:58,556 --> 00:10:01,684 Kami rasa seperti pelarian, seperti sedang melarikan diri. 133 00:10:02,268 --> 00:10:03,936 TERUKNYA PERANGAI AWAK 134 00:10:04,020 --> 00:10:07,982 Dalam Facebook saya dipenuhi dengan komen yang mengutuk saya. 135 00:10:08,065 --> 00:10:10,359 SAYA HARAP AWAK TERIMA BALASAN ATAS PERBUATAN AWAK 136 00:10:10,443 --> 00:10:12,320 Sambil membacanya… 137 00:10:12,903 --> 00:10:14,864 AWAK PATUT DIBUNUH 138 00:10:14,947 --> 00:10:16,699 saya rasa sangat geram. 139 00:10:17,742 --> 00:10:18,701 Maksud saya… 140 00:10:20,411 --> 00:10:21,787 ia sangat menghina. 141 00:10:24,123 --> 00:10:27,418 Orang percaya saya jenis 142 00:10:27,501 --> 00:10:30,338 yang akan buat keluarga saya harungi semua ini. 143 00:10:30,963 --> 00:10:34,967 Saya akan buat penipuan besar dan rumit ini 144 00:10:35,593 --> 00:10:37,511 tanpa sebarang matlamat. 145 00:10:40,306 --> 00:10:42,600 Ia meluluhkan hati. 146 00:10:49,607 --> 00:10:50,733 Tak boleh bekerja. 147 00:10:51,609 --> 00:10:54,737 Terlalu trauma untuk bekerja. Saya tak pasti mereka akan terima kami 148 00:10:54,820 --> 00:10:57,448 kalau kami nak bekerja kerana kami dikecam sebagai penipu. 149 00:10:57,531 --> 00:10:58,658 BETULKAH IA BERLAKU? 150 00:10:58,741 --> 00:11:00,409 TIADA BUKTI TIPU 151 00:11:01,911 --> 00:11:04,038 BETULKAH IA BERLAKU? 152 00:11:05,206 --> 00:11:08,292 Peguam-peguam kami bertungkus-lumus 153 00:11:08,376 --> 00:11:13,714 supaya polis dan FBI mencari penculik itu. 154 00:11:13,798 --> 00:11:15,591 Tapi berbulan-bulan telah berlalu, 155 00:11:16,592 --> 00:11:20,429 dan mereka hanya menyiasat kami. 156 00:11:22,723 --> 00:11:29,105 Tanpa sengaja, kami dapat tahu ejen utama kes, David Sesma… 157 00:11:29,188 --> 00:11:31,982 - Ini David Sesma. - Hai. Saya daripada FBI. 158 00:11:33,609 --> 00:11:35,903 …pernah bercinta dengan bekas tunang saya, Andrea, 159 00:11:35,986 --> 00:11:38,906 iaitu sasaran awal penculikan. 160 00:11:39,490 --> 00:11:43,160 BEKAS TUNANG AARON 161 00:11:45,413 --> 00:11:49,959 Sesma tak sepatutnya terlibat dalam kes ini. 162 00:11:50,042 --> 00:11:53,754 Ia satu konflik kepentingan yang amat jelas. 163 00:11:55,005 --> 00:11:58,259 Jadi, saya menulis kepada Ketua Polis Negara, 164 00:11:58,342 --> 00:12:00,136 jelaskan situasi ini. 165 00:12:00,219 --> 00:12:01,429 Jawapan mereka, 166 00:12:01,512 --> 00:12:05,433 "Pihak berkuasa mendapati kelakuannya tidak bermasalah." 167 00:12:06,684 --> 00:12:09,353 Inikah sebabnya siasatan itu tak diteruskan? 168 00:12:09,437 --> 00:12:11,856 Inikah sebabnya bukti diabaikan? 169 00:12:11,939 --> 00:12:15,735 Ia bukan lagi paranoia. Sekarang ini melibatkan hal peribadi. 170 00:12:16,277 --> 00:12:19,155 Kami hanya dua orang menentang FBI. 171 00:12:21,699 --> 00:12:24,702 Sementara itu, apa kami nak buat? 172 00:12:24,785 --> 00:12:27,997 Adakah kami akan hidup berkurung 173 00:12:28,622 --> 00:12:30,166 sepanjang hidup? 174 00:12:31,667 --> 00:12:33,210 Kami tak selamat di mana-mana. 175 00:12:40,092 --> 00:12:44,180 POLIS BANDAR DUBLIN, CALIFORNIA 176 00:12:46,807 --> 00:12:50,811 Apabila kami kembali ke balai, saya fikir, 177 00:12:50,895 --> 00:12:54,982 "Macam mana dan di mana saya nak mula cari mangsa berambut perang muda?" 178 00:12:57,109 --> 00:13:00,571 Nama Matthew Muller muncul dalam beberapa insiden berbeza 179 00:13:00,654 --> 00:13:02,448 yang berlaku di California Utara. 180 00:13:02,531 --> 00:13:05,409 CUBAAN SERANGAN SEKSUAL 181 00:13:05,493 --> 00:13:08,788 Kali pertama saya lihat pada tahun 2009. 182 00:13:09,413 --> 00:13:13,626 Ia berlaku 64 kilometer dari bandar Dublin, di Palo Alto. 183 00:13:16,212 --> 00:13:18,088 Saya hubungi Jabatan Polis Palo Alto, 184 00:13:18,172 --> 00:13:21,675 jelaskan kepada detektif kami tangkap Matthew Muller. 185 00:13:21,759 --> 00:13:23,177 Dia potong cakap saya dan kata, 186 00:13:23,260 --> 00:13:26,597 "Ada gambar di atas meja saya dan saya merenungnya sejak 2009. 187 00:13:27,223 --> 00:13:30,100 Dia suspek dalam kes serangan seksual kami, 188 00:13:30,184 --> 00:13:32,311 tapi saya tak dapat buktikan dia pelakunya." 189 00:13:32,394 --> 00:13:36,524 Pejabat Polis Palo Alto ada kes pencerobohan rumah menakutkan, 190 00:13:36,607 --> 00:13:38,818 penduduk tempatan takut untuk tidur waktu malam. 191 00:13:38,901 --> 00:13:43,155 Dia mengikatnya secara fizikal, menutup matanya. 192 00:13:43,739 --> 00:13:45,574 Pada pukul 3.30 pagi, 193 00:13:45,658 --> 00:13:51,247 wanita berusia 32 tahun dikejutkan lelaki yang berpakaian serba hitam. 194 00:13:51,330 --> 00:13:52,248 DIIKAT 195 00:13:52,331 --> 00:13:56,126 Lelaki itu ikat dia, paksa dia minum NyQuil, 196 00:13:56,752 --> 00:14:01,006 lekatkan pita pembedahan pada matanya, dan beritahu dia akan rogol dia. 197 00:14:02,925 --> 00:14:06,887 Dia merayu kepada suspek dan beritahu dia pernah dirogol. 198 00:14:07,805 --> 00:14:10,307 Dia kata tak nak jadikan dia mangsa lagi 199 00:14:10,391 --> 00:14:11,767 dan tinggalkan dia. 200 00:14:15,354 --> 00:14:21,527 Tiga minggu sebelum itu , Matthew Muller dihentikan oleh pegawai polis Palo Alto 201 00:14:21,610 --> 00:14:26,615 kerana dia dilihat melompat keluar dari semak berhampiran kompleks apartmen. 202 00:14:28,909 --> 00:14:31,912 Jadi, Matthew Muller menjadi suspek. 203 00:14:33,497 --> 00:14:38,711 Tapi tiada DNA atau bukti yang mengaitkan Matthew Muller dengan kes ini 204 00:14:38,794 --> 00:14:40,963 dan kes ini masih dibuka. 205 00:14:42,715 --> 00:14:45,968 Ada banyak persamaan antara kes ini 206 00:14:46,051 --> 00:14:49,054 dan item yang saya jumpa di South Lake Tahoe. 207 00:14:50,180 --> 00:14:53,934 Tapi gogal tak disebut dalam laporan itu. 208 00:14:55,352 --> 00:14:58,355 Jadi, saya tahu ada seorang lagi mangsa 209 00:14:58,439 --> 00:15:00,524 dan saya perlu cari mangsa ini. 210 00:15:09,783 --> 00:15:12,703 Sebelum jadi pegawai penguat kuasa undang-undang, 211 00:15:12,786 --> 00:15:15,998 seorang kawan saya jadi mangsa serangan seksual. 212 00:15:19,543 --> 00:15:23,213 Dialah punca saya jadi polis. 213 00:15:24,965 --> 00:15:28,427 Saya nak jadi suara mangsa-mangsa ini 214 00:15:28,510 --> 00:15:30,304 dan mendakwa suspek 215 00:15:30,387 --> 00:15:33,015 dan penjarakan mereka untuk masa yang lama. 216 00:15:39,521 --> 00:15:41,815 Saya bekerja lebih masa, 217 00:15:42,566 --> 00:15:46,779 dan saya ada penglibatan emosi dengan kes ini. 218 00:15:48,489 --> 00:15:52,493 Kemudian, saya baca satu lagi kes pada 2009. 219 00:15:53,911 --> 00:15:56,163 Hanya 13 kilometer dari Palo Alto. 220 00:15:57,373 --> 00:15:58,958 Di pekan bernama Mountain View. 221 00:16:08,884 --> 00:16:13,514 Pada tahun 2009, saya berusia 30-an. 222 00:16:15,891 --> 00:16:19,895 Saya ada kekasih, tapi tinggal sendirian. 223 00:16:23,983 --> 00:16:28,570 Malam itu, saya terjaga kira-kira pukul 4.30 atau 5.00 pagi. 224 00:16:28,654 --> 00:16:31,323 Terfikir, "baguslah. Masih ada masa untuk tidur." 225 00:16:32,574 --> 00:16:33,701 Kemudian… 226 00:16:34,868 --> 00:16:37,913 saya rasa tekanan yang sangat berat di atas saya. 227 00:16:39,581 --> 00:16:44,336 Saya menjerit dan asyik dengar, "Tracey. Tak apa, Tracey." 228 00:16:44,420 --> 00:16:49,591 Dia kata jika saya tak berhenti menjerit, dia akan sumbat mulut saya. 229 00:16:51,093 --> 00:16:53,762 Dia mengekang saya dengan pengikat kabel. 230 00:16:54,346 --> 00:16:57,933 Buat saya minum sesuatu yang buat saya mengantuk. 231 00:16:59,393 --> 00:17:04,023 Dia tutup mata saya dengan gogal renang yang digelapkan. 232 00:17:06,608 --> 00:17:07,735 Dia beritahu saya, 233 00:17:08,569 --> 00:17:10,446 "Saya ada berita buruk. 234 00:17:12,281 --> 00:17:15,200 Malangnya, sekarang saya terpaksa merogol awak." 235 00:17:17,119 --> 00:17:17,995 Kemudian… 236 00:17:21,582 --> 00:17:24,752 Kemudian panik mengambil alih, 237 00:17:24,835 --> 00:17:28,922 dan saya mula merayu, 238 00:17:29,006 --> 00:17:32,217 "Awak tak perlu buat begini. Tolong jangan buat begini. 239 00:17:32,301 --> 00:17:35,596 Saya beri semua yang awak nak." 240 00:17:35,679 --> 00:17:38,474 Saya mula tawar-menawar. Saya cakap, 241 00:17:39,349 --> 00:17:42,061 "Tolong jangan buat begini." 242 00:17:42,144 --> 00:17:43,020 Kemudian… 243 00:17:44,521 --> 00:17:49,276 Saya ingat dia diam buat seketika. 244 00:17:51,070 --> 00:17:53,781 Kemudian saya dengar dia mengeluh dan dia kata, 245 00:17:54,948 --> 00:17:56,283 "Saya tak boleh buat. 246 00:17:59,495 --> 00:18:03,916 Maaf. Saya tahu awak akan trauma buat masa lama. 247 00:18:05,959 --> 00:18:08,045 Awak patut bela anjing. 248 00:18:08,128 --> 00:18:10,214 Anjing boleh melindungi awak. 249 00:18:10,297 --> 00:18:14,009 Ia mungkin menghalang perkara seperti ini berulang." 250 00:18:16,053 --> 00:18:18,055 Tiba-tiba saja, dia tukar fikiran, 251 00:18:18,138 --> 00:18:20,265 cuba kelihatan seperti lelaki yang baik. 252 00:18:20,349 --> 00:18:23,352 Dia memberinya nasihat pencegahan jenayah 253 00:18:23,435 --> 00:18:26,396 untuk tak jadi mangsa pada masa akan datang. 254 00:18:29,691 --> 00:18:31,819 Tapi Tracey berambut perang panjang. 255 00:18:33,403 --> 00:18:36,990 Gogal yang saya jumpa tak mungkin digunakan pada wanita ini. 256 00:18:41,537 --> 00:18:44,206 Apabila polis tiba, pegawai itu tanya saya, 257 00:18:44,289 --> 00:18:46,542 "Awak pasti awak bukan hanya bermimpi buruk?" 258 00:18:48,043 --> 00:18:50,546 Saya ingat saya kata, 259 00:18:50,629 --> 00:18:53,090 "Tak. Ia bukan mimpi. 260 00:18:53,173 --> 00:18:55,509 Macam mana dapat kesan ini kalau itu hanya mimpi? 261 00:18:55,592 --> 00:18:58,720 Tak. Ini benar. Ini benar-benar berlaku kepada saya." 262 00:19:00,806 --> 00:19:03,308 Mereka bercakap dengan teman lelaki saya. 263 00:19:04,184 --> 00:19:06,728 Tanya sama ada saya suka cari perhatian? 264 00:19:06,812 --> 00:19:09,815 Adakah saya suka mereka cerita? 265 00:19:09,898 --> 00:19:12,943 Adakah dia percaya ini benar-benar boleh berlaku? 266 00:19:13,986 --> 00:19:17,447 Sejujurnya, saya terkejut. 267 00:19:17,531 --> 00:19:19,074 Saya tahu dia wujud. 268 00:19:19,158 --> 00:19:22,786 Saya tahu ini mungkin akan berlaku lagi 269 00:19:22,870 --> 00:19:27,916 dan saya sangat kecewa kerana polis tak ambil serius. 270 00:19:35,215 --> 00:19:38,886 Masa berlalu, saya cuma berpegang pada harapan. 271 00:19:41,221 --> 00:19:43,599 Saya cuma nak seseorang percayakan saya. 272 00:19:47,603 --> 00:19:48,645 Kali pertama… 273 00:19:51,148 --> 00:19:54,318 semasa saya diserang, saya berusia 12 tahun. 274 00:19:58,822 --> 00:20:02,534 Saya masih kanak-kanak dan ia tak dijangka 275 00:20:02,618 --> 00:20:06,205 dan saya tak tahu apa nak buat… 276 00:20:12,586 --> 00:20:15,797 Saya salahkan diri sendiri. Saya rasa malu. 277 00:20:15,881 --> 00:20:17,549 Beberapa tahun kemudian, 278 00:20:18,592 --> 00:20:23,639 saya dapat tahu dia mencabul gadis lain. 279 00:20:25,390 --> 00:20:29,561 Saya rasa bersalah sebab tak cakap lebih awal. 280 00:20:33,190 --> 00:20:34,316 Saya 19 tahun 281 00:20:36,026 --> 00:20:37,402 dan ia berlaku lagi. 282 00:20:38,403 --> 00:20:40,906 Saya di rumah kawan rapat. 283 00:20:40,989 --> 00:20:43,200 Kami bersama sekumpulan kecil orang. 284 00:20:44,076 --> 00:20:45,285 Kami mabuk. 285 00:20:46,119 --> 00:20:49,831 Saya tertidur di sofa dan terjaga. Seluar saya ditanggalkan. 286 00:20:50,415 --> 00:20:53,001 Ada jari lelaki di dalam saya. 287 00:20:53,085 --> 00:20:56,505 Saya fikir, "Kali ini saya akan laporkan. Saya akan cakap sesuatu." 288 00:20:56,588 --> 00:21:00,509 Saya ke balai. Di tempat letak kereta, saya jumpa pegawai polis 289 00:21:00,592 --> 00:21:02,844 yang pujuk saya untuk tak laporkannya. 290 00:21:02,928 --> 00:21:06,682 Dia kata, "Hanya berdasarkan kata-kata. Takkan ada bukti." 291 00:21:08,100 --> 00:21:09,393 Sekarang saya… 292 00:21:11,520 --> 00:21:14,106 Saya diculik pada tengah malam. 293 00:21:14,189 --> 00:21:18,443 Badan saya dicuri dan dicabul. 294 00:21:20,612 --> 00:21:21,571 Mereka masih… 295 00:21:23,657 --> 00:21:25,075 Mereka tak percaya saya. 296 00:21:25,784 --> 00:21:28,787 Saya tak tahu apa yang perlu berlaku kepada saya… 297 00:21:30,789 --> 00:21:35,377 Apa yang perlu berlaku kepada wanita untuk mereka percaya. 298 00:21:38,255 --> 00:21:40,257 Nampaknya tiada harapan. 299 00:21:47,806 --> 00:21:50,350 POLIS 300 00:21:52,394 --> 00:21:55,939 Saya tak boleh putus asa mencari mangsa berambut perang muda. 301 00:21:57,733 --> 00:21:59,609 Itu saja yang saya peduli. 302 00:22:03,488 --> 00:22:07,367 Jadi, saya buat keputusan untuk siasat kembali Mustang putih itu. 303 00:22:09,703 --> 00:22:12,497 Kenderaan itu dicuri tujuh bulan sebelum ini. 304 00:22:13,332 --> 00:22:14,833 Di bandar Vallejo. 305 00:22:16,293 --> 00:22:18,795 Saya hubungi pemilik berdaftar, 306 00:22:18,879 --> 00:22:23,550 beritahu dia kami jumpa Mustang itu, ia terlibat dalam pencerobohan rumah, 307 00:22:23,633 --> 00:22:26,386 dan dia hentikan saya dan kata, 308 00:22:27,262 --> 00:22:30,849 "Awak pernah dengar tentang pengintai Mare Island?" 309 00:22:30,932 --> 00:22:32,392 Saya fikir, 310 00:22:32,476 --> 00:22:35,270 "Di mana Mare Island? Siapa pengintai itu?" 311 00:22:38,690 --> 00:22:42,402 Mare Island dihubungkan jambatan kecil ke Vallejo. 312 00:22:44,613 --> 00:22:46,198 Kejiranan di sana sunyi. 313 00:22:47,449 --> 00:22:49,326 Tapi pada tahun 2014, 314 00:22:50,118 --> 00:22:56,083 ada sekumpulan pelajar yang diganggu oleh seorang lelaki 315 00:22:56,166 --> 00:22:58,460 yang mengintai melalui tingkap mereka, 316 00:22:58,543 --> 00:23:01,505 ambil gambar, kemudian bergegas pergi. 317 00:23:03,882 --> 00:23:08,387 Malam demi malam, lelaki ini mengganas di kejiranan itu, 318 00:23:08,470 --> 00:23:10,555 dan polis tak bertindak. 319 00:23:10,639 --> 00:23:12,849 Jadi, mereka bertindak sendiri. 320 00:23:15,811 --> 00:23:19,064 Beberapa orang pelajar mengekori lelaki itu pulang 321 00:23:19,731 --> 00:23:22,818 dan sedar dia juga tinggal di Mare Island. 322 00:23:23,652 --> 00:23:27,447 Mereka buat pemeriksaan lanjut dan mendapati dia bekas tentera… 323 00:23:29,116 --> 00:23:30,283 dan seorang peguam. 324 00:23:32,202 --> 00:23:34,037 Saya fikir, 325 00:23:35,122 --> 00:23:37,374 "Pengintai Mare Island ialah Matthew Muller." 326 00:23:38,834 --> 00:23:39,960 Wah! 327 00:23:43,380 --> 00:23:47,217 Mereka melaporkan semua kejadian yang berlaku kepada polis, 328 00:23:47,926 --> 00:23:50,387 tapi siasatan dihentikan. 329 00:23:51,513 --> 00:23:54,307 Kenapa polis tak siasat lelaki ini? 330 00:23:54,391 --> 00:23:55,600 Mereka ada petunjuk. 331 00:23:59,187 --> 00:24:03,817 Kemudian dia beritahu saya pada bulan Mac 2015, 332 00:24:03,900 --> 00:24:06,403 kes pengintai Mare Island tersekat. 333 00:24:08,613 --> 00:24:13,493 Dia kata, "Ia sekitar masa yang sama dengan kes Gone Girl." 334 00:24:13,577 --> 00:24:15,078 "Awak tahu kes Gone Girl?" 335 00:24:15,162 --> 00:24:19,541 Saya tak faham maksud dia. 336 00:24:23,003 --> 00:24:26,965 Saya buat carian Google, "Kes penculikan Gone Girl Vallejo." 337 00:24:29,384 --> 00:24:31,470 Ada banyak artikel muncul. 338 00:24:32,721 --> 00:24:36,725 Misteri penculikan untuk wang tebusan melibatkan wanita berusia 30 tahun 339 00:24:36,808 --> 00:24:40,896 yang diculik pada waktu malam dari rumah di Mare Island. 340 00:24:40,979 --> 00:24:44,065 Dia diambil dari alamat di Kirkland Avenue, 341 00:24:44,149 --> 00:24:47,652 di tempat pengintai Mare Island melakukan jenayahnya. 342 00:24:47,736 --> 00:24:50,322 Suspek mengekang mangsa guna pengikat kabel 343 00:24:50,405 --> 00:24:53,992 dan menutup mata mereka dengan gogal renang yang digelapkan. 344 00:24:54,075 --> 00:24:56,536 Jantung saya berdegup kencang. Perut saya sakit. 345 00:24:56,620 --> 00:24:58,622 Wanita yang mendakwa dia diculik 346 00:24:58,705 --> 00:25:02,501 muncul dengan selamat pagi tadi di Huntington Beach. 347 00:25:02,584 --> 00:25:06,379 Ada rekod GPS di dalam Mustang dengan alamat Huntington Beach. 348 00:25:07,214 --> 00:25:08,048 Kemudian… 349 00:25:10,509 --> 00:25:13,011 saya nampak gambar wanita kulit putih 350 00:25:14,638 --> 00:25:16,515 berambut perang muda panjang. 351 00:25:17,015 --> 00:25:20,227 Oh, Tuhan. Rambut perang muda yang ada pada gogal itu 352 00:25:20,310 --> 00:25:23,438 sepadan dengan rambut Denise. 353 00:25:24,189 --> 00:25:27,275 Polis kata ia pencarian sia-sia. 354 00:25:27,359 --> 00:25:29,903 Semuanya satu penipuan yang rumit. 355 00:25:29,986 --> 00:25:33,532 Mereka kata wanita ini penipu dalam berita kebangsaan, 356 00:25:34,407 --> 00:25:38,620 tapi saya cuma nak capai melalui komputer beri dia pelukan dan cakap, 357 00:25:39,829 --> 00:25:41,081 "Saya akan bantu awak." 358 00:25:49,422 --> 00:25:51,049 Saya hubungi Polis Vallejo. 359 00:25:52,342 --> 00:25:55,887 Saya sangat teruja dan bersemangat, "Mari selesaikan sekarang!" 360 00:25:58,515 --> 00:25:59,891 Saya tak dapat jawapan. 361 00:26:01,393 --> 00:26:04,271 Tapi saya seperti bekas teman wanita yang takkan pergi. 362 00:26:06,565 --> 00:26:08,149 Saya terus hubungi mereka. 363 00:26:09,734 --> 00:26:11,027 Terus hubungi mereka. 364 00:26:17,659 --> 00:26:21,830 Akhirnya, panggilan saya dialihkan kepada seorang detektif dan dia kata, 365 00:26:21,913 --> 00:26:25,375 "Kes itu diserahkan kepada FBI. Kami tak lagi menyiasatnya. 366 00:26:25,458 --> 00:26:26,835 Hubungi mereka." 367 00:26:26,918 --> 00:26:29,462 "Okey. Beri saya nombor telefon mereka." 368 00:26:29,546 --> 00:26:33,925 Jadi, dia beri saya nombor telefon ejen FBl, David Sesma. 369 00:26:34,009 --> 00:26:37,012 Saya letak telefon, "Okey, itu tak berguna." 370 00:26:38,096 --> 00:26:40,098 Saya hubungi David Sesma. 371 00:26:40,599 --> 00:26:41,600 Saya beritahu dia, 372 00:26:41,683 --> 00:26:46,438 "Kami ada suspek dalam tahanan yang hampir sama dengan suspek 373 00:26:46,521 --> 00:26:49,608 yang terlibat dalam penculikan Denise Huskins. 374 00:26:49,691 --> 00:26:51,651 Kamu anggap ia satu penipuan." 375 00:26:51,735 --> 00:26:54,571 Dia balas dan kata, "Kami tak pernah kata ia satu penipuan." 376 00:26:54,654 --> 00:26:58,617 Saya kata, "Apa pun, saya dah tahan suspek 377 00:26:58,700 --> 00:27:04,497 yang mungkin awak nak soal kerana kesnya sangat serupa." 378 00:27:05,081 --> 00:27:05,915 Dia kata, 379 00:27:05,999 --> 00:27:10,045 "Okey, hantar semua maklumat yang ada dan kami akan lihat." 380 00:27:10,128 --> 00:27:12,505 Saya fikir, "Itu saja?" 381 00:27:12,589 --> 00:27:14,257 Saya sangat kecewa. 382 00:27:16,760 --> 00:27:18,762 Kami aturkan pertemuan dengan FBI 383 00:27:18,845 --> 00:27:22,140 untuk bincangkan bukti yang kami jumpa di South Lake Tahoe. 384 00:27:25,352 --> 00:27:27,145 Saya tunjuk pengikat kabel, 385 00:27:28,271 --> 00:27:29,230 pita pelekat… 386 00:27:30,815 --> 00:27:32,525 dan rasa ingin tahu. 387 00:27:34,194 --> 00:27:37,322 Tapi apabila mereka nampak pistol air yang kami temui, 388 00:27:37,405 --> 00:27:40,158 mereka beritahu kami ini pistol yang sama 389 00:27:40,241 --> 00:27:42,869 yang penculik ambil gambar dan e-mel 390 00:27:42,952 --> 00:27:45,163 kepada San Francisco Chronicle. 391 00:27:48,124 --> 00:27:52,253 Apabila saya tunjuk gambar gogal dengan rambut perang muda itu, 392 00:27:52,921 --> 00:27:54,547 mereka nampak terkejut. 393 00:27:54,631 --> 00:27:57,801 Mereka sedar mungkin mereka salah 394 00:27:57,884 --> 00:28:01,262 dan mereka perlu menyiasat insiden Vallejo. 395 00:28:10,814 --> 00:28:13,441 Saya terima panggilan daripada pendakwa raya. 396 00:28:14,192 --> 00:28:17,779 Dia beritahu saya, "Doug, saya rasa kita mungkin dapat sesuatu dalam kes ini." 397 00:28:19,322 --> 00:28:23,993 Dia kata, "Kami ada suspek. Kami sedang menahan dia sekarang. 398 00:28:24,828 --> 00:28:29,082 Ada bukti yang mengaitkan dia dengan jenayah terhadap Denise dan Aaron." 399 00:28:31,126 --> 00:28:33,586 Boleh bayangkan kejutan saya? 400 00:28:33,670 --> 00:28:37,507 Berita tergempar dalam saga penculikan Vallejo yang misteri. 401 00:28:37,590 --> 00:28:40,844 Kejutan besar dalam kes penculikan pelik di California. 402 00:28:40,927 --> 00:28:44,389 Kes penculikan yang dulu dibandingkan dengan filem Gone Girl. 403 00:28:44,472 --> 00:28:47,517 Ada penangkapan dalam kes penculikan Denise Huskins. 404 00:28:47,600 --> 00:28:49,436 Kes ini memang benar-benar berlaku. 405 00:28:49,519 --> 00:28:51,604 Denise dan Aaron bercakap benar. 406 00:28:51,688 --> 00:28:53,314 Saya sangat terkejut. 407 00:28:53,398 --> 00:28:57,068 Pihak berkuasa pada awalnya mengatakan Huskins menipu tentang penculikannya. 408 00:28:57,152 --> 00:28:59,904 Kini kami tahu daripada waran tangkap bahawa Denise laporkan 409 00:28:59,988 --> 00:29:02,532 dia diserang secara seksual oleh penculiknya. 410 00:29:03,908 --> 00:29:04,909 Oh, Tuhan. 411 00:29:07,036 --> 00:29:09,205 Berita itu sangat mengejutkan. 412 00:29:09,289 --> 00:29:13,877 Ada berjuta-juta persoalan yang bermain dalam minda kami. 413 00:29:13,960 --> 00:29:17,881 Seorang suspek telah dikenal pasti oleh FBl. 414 00:29:17,964 --> 00:29:21,634 Matthew Muller, graduan perundangan Harvard tahun 2006 415 00:29:21,718 --> 00:29:24,804 dan menjadi pembantu penyelidik di sana selama tiga tahun. 416 00:29:24,888 --> 00:29:29,184 Dia beritahu detektif dia bipolar dan menghidap Penyakit Perang Teluk. 417 00:29:29,267 --> 00:29:32,687 Muller bekerja sebagai peguam imigresen di San Francisco, 418 00:29:32,771 --> 00:29:35,565 tapi dipecat awal tahun ini. 419 00:29:37,192 --> 00:29:38,902 Saya pandang lelaki ini. 420 00:29:41,404 --> 00:29:43,615 Saya rasa mual. 421 00:29:45,950 --> 00:29:48,369 Saya cuba memahami… 422 00:29:50,497 --> 00:29:51,664 situasi ini. 423 00:29:53,500 --> 00:29:56,461 Sebab lelaki yang kurung saya dan rogol saya, 424 00:29:56,544 --> 00:29:58,963 saya tak nampak rupa dia. 425 00:30:00,256 --> 00:30:03,301 Tapi ada rakaman video. 426 00:30:03,384 --> 00:30:06,012 Dia dilihat dalam cerita Univision. 427 00:30:06,095 --> 00:30:10,308 Mereka kata sehingga hari ini, "Kami akan gagalkan awak di mahkamah." 428 00:30:11,893 --> 00:30:15,647 Nada pertuturannya, irama. 429 00:30:17,023 --> 00:30:18,399 Saya tahu dia orangnya. 430 00:30:23,112 --> 00:30:27,992 Mendengar dan melihatnya membuktikan semua ini benar. 431 00:30:29,702 --> 00:30:33,456 Saya rasa kecewa dan marah, 432 00:30:33,540 --> 00:30:37,126 "Nampak? Ia bukan sesuatu yang gila kerana ia berlaku. 433 00:30:37,210 --> 00:30:41,256 Kenapa tak dengar cakap kami? Kenapa tak ambil serius cakap kami?" 434 00:30:45,301 --> 00:30:47,554 Selepas penangkapan Matthew Muller, 435 00:30:48,137 --> 00:30:50,557 satu-satunya benda yang saya nak tengok 436 00:30:51,349 --> 00:30:52,642 ialah afidavit. 437 00:30:52,725 --> 00:30:54,519 BUKAN UNTUK AKSES AWAM 438 00:30:54,602 --> 00:30:58,565 Afidavit ialah dokumen yang disatukan oleh pihak berkuasa 439 00:30:58,648 --> 00:31:02,986 yang memperincikan setiap langkah siasatan. 440 00:31:04,320 --> 00:31:06,990 Apabila saya baca, jelas sekali 441 00:31:07,073 --> 00:31:09,742 tindakan pihak berkuasa sangat sedikit 442 00:31:09,826 --> 00:31:12,787 untuk menyiasat jenayah penculikan ini. 443 00:31:12,871 --> 00:31:16,207 Mereka hanya fokus untuk mendakwa Denise dan Aaron. 444 00:31:17,709 --> 00:31:21,504 Mereka tak sedar jenayah sebenar telah dilakukan. 445 00:31:23,256 --> 00:31:25,466 Saya baca tentang poligraf dan katanya, 446 00:31:26,676 --> 00:31:28,344 "Pemeriksaan telah lengkap 447 00:31:29,512 --> 00:31:31,806 dengan keputusan tak diketahui." 448 00:31:32,307 --> 00:31:35,476 Ejen French beritahu saya gagal, 449 00:31:35,560 --> 00:31:37,312 semua soalan. 450 00:31:38,688 --> 00:31:42,150 Aaron, saya tak ragu lagi, awak gagal dalam ujian ini. 451 00:31:42,233 --> 00:31:43,985 Jadi, dia menipu saya. 452 00:31:44,068 --> 00:31:48,114 Dia menipu untuk melemahkan semangat saya. 453 00:31:50,116 --> 00:31:53,202 Kemudian saya nampak ada seksyen dalam afidavit ini 454 00:31:53,286 --> 00:31:54,662 yang melaporkan ujian SART. 455 00:31:55,914 --> 00:31:58,875 Ujian Sart ialah pemeriksaan serangan seksual 456 00:31:58,958 --> 00:32:01,669 yang dibuat di hospital untuk mangsa serangan seksual. 457 00:32:02,754 --> 00:32:04,756 Menurut afidavit ini, 458 00:32:04,839 --> 00:32:09,010 tiada bukti fizikal seks tanpa persetujuan. 459 00:32:11,596 --> 00:32:14,140 Denise habiskan berjam-jam 460 00:32:14,223 --> 00:32:18,144 menerangkan setiap butiran tentang serangan seksual. 461 00:32:18,227 --> 00:32:22,398 Saya ikut saja katanya sebab saya tak tahu nak buat apa lagi. 462 00:32:22,482 --> 00:32:27,403 Bukan semua pemerkosaan akan merosakkan fizikal. 463 00:32:27,487 --> 00:32:30,657 Mereka FBI. Mereka patut lebih tahu. 464 00:32:33,284 --> 00:32:36,871 Kemudian saya baca ketika Aaron di Jabatan Polis Vallejo, 465 00:32:37,538 --> 00:32:42,794 dia beritahu polis yang penculik akan hubungi dia melalui telefonnya. 466 00:32:43,753 --> 00:32:46,214 Tapi apa pihak berkuasa buat? 467 00:32:46,297 --> 00:32:48,132 Mereka letak dalam mod pesawat. 468 00:32:48,633 --> 00:32:51,260 Penguatkuasa undang-undang tak menghidupkan telefon Aaron 469 00:32:51,344 --> 00:32:53,680 hingga malam esoknya 470 00:32:53,763 --> 00:32:56,307 dan dapati ada dua panggilan masuk. 471 00:32:56,975 --> 00:32:59,018 Ini panggilan yang boleh dikesan. 472 00:32:59,602 --> 00:33:01,437 Ia boleh dikesan 473 00:33:02,230 --> 00:33:04,232 dalam jarak 200 meter… 474 00:33:07,026 --> 00:33:08,861 dari tempat Denise dikurung. 475 00:33:11,239 --> 00:33:12,490 Oh, Tuhan. 476 00:33:15,994 --> 00:33:19,706 Jika mereka memantau telefonnya… 477 00:33:22,041 --> 00:33:24,335 saya mungkin takkan diperkosa kali kedua. 478 00:33:28,923 --> 00:33:29,757 Ya. 479 00:33:34,387 --> 00:33:37,807 Kemudian, ketika kami sedang mengharungi semua ini, 480 00:33:38,516 --> 00:33:40,518 kami terima panggilan daripada FBI. 481 00:33:41,978 --> 00:33:45,523 Mereka kata mereka pasti Muller bertindak sendirian 482 00:33:45,606 --> 00:33:47,817 dan mereka tak cari orang lain. 483 00:33:48,609 --> 00:33:51,320 Ini penyiasat sama yang kata saya bunuh Denise. 484 00:33:51,404 --> 00:33:54,157 Penyiasat sama yang kata semuanya dipalsukan. 485 00:33:54,240 --> 00:33:56,951 Sekarang penyiasat yang sama kata dia bertindak sendirian. 486 00:33:57,035 --> 00:33:59,287 Kami tahu ada orang lain di luar sana. 487 00:33:59,871 --> 00:34:04,125 Polis akan biar mereka terlepas kerana itu paling mudah bagi mereka. 488 00:34:04,876 --> 00:34:06,586 Tolong! Beri laluan! 489 00:34:07,336 --> 00:34:08,921 Beri laluan! 490 00:34:10,214 --> 00:34:11,716 Beri laluan! 491 00:34:14,343 --> 00:34:17,430 Polis enggan ikut bukti itu 492 00:34:18,222 --> 00:34:20,600 dan pihak media ketawa sambil laporkannya. 493 00:34:24,020 --> 00:34:26,314 Saya nak berdiri di atas sana… 494 00:34:29,192 --> 00:34:32,737 dan tengok wajah mereka semua 495 00:34:33,613 --> 00:34:35,740 sambil mereka tahu kebenarannya. 496 00:34:39,160 --> 00:34:40,787 Saya dah bosan bersembunyi. 497 00:34:42,538 --> 00:34:44,624 Saya tak perlu sembunyikan apa-apa. 498 00:34:45,166 --> 00:34:46,834 Hampir empat bulan lalu, 499 00:34:46,918 --> 00:34:49,253 kami beritahu Denise Huskins bercakap benar. 500 00:34:49,921 --> 00:34:53,883 Dia bukan saja tak bersalah melakukan penipuan, 501 00:34:53,966 --> 00:34:57,887 tapi dia mangsa jenayah yang sangat serius dan ganas. 502 00:34:59,597 --> 00:35:03,101 Tengok Denise dan Aaron di khalayak ramai, mereka tak cakap apa-apa, 503 00:35:03,184 --> 00:35:05,394 tapi emosi mereka jelas. 504 00:35:06,562 --> 00:35:11,359 Saya kesali penglibatan saya sebab pengalaman mereka dahsyat. 505 00:35:12,693 --> 00:35:14,987 Kami fikir kami buat liputan cerita ini, 506 00:35:15,071 --> 00:35:18,199 kisah wanita penipu yang licik, dan semuanya salah. 507 00:35:19,408 --> 00:35:23,996 Cik Huskins dan En. Quinn bertahan 508 00:35:24,080 --> 00:35:28,251 semasa berdepan tohmahan dan cacian pihak awam. 509 00:35:29,085 --> 00:35:33,714 Saya rasa sangat lega. 510 00:35:36,384 --> 00:35:39,887 Saya tahu kata-katanya akan disahkan, itu amat bermakna bagi saya. 511 00:35:39,971 --> 00:35:41,556 Dia bukan penipu. 512 00:35:41,639 --> 00:35:45,476 Berani kita sebagai penguat kuasa cakap begitu. 513 00:35:51,566 --> 00:35:53,317 MAC 2017 514 00:35:53,401 --> 00:35:55,903 MAHKAMAH DAERAH SACRAMENTO 515 00:35:55,987 --> 00:35:59,323 Seorang lelaki yang mengaku bersalah atas penculikan Denise Huskins 516 00:35:59,407 --> 00:36:01,242 akan dijatuhkan hukuman hari ini. 517 00:36:01,325 --> 00:36:06,998 Ini kali pertama Huskins dan Quinn bersemuka dengan Matthew Muller. 518 00:36:12,336 --> 00:36:14,922 Sepanjang masa saya dikurung… 519 00:36:16,924 --> 00:36:21,012 saya hanya badan bagi dia di sebalik gogal ini. 520 00:36:22,513 --> 00:36:25,641 Saya tak nampak dia dan dia tak pernah tengok mata saya. 521 00:36:26,225 --> 00:36:27,894 Saya tahu berdiri di sana, 522 00:36:27,977 --> 00:36:31,480 saya akan pandang dia dan buat dia tengok saya. 523 00:36:33,816 --> 00:36:36,861 Saya tenung dia dan sebut nama dia. 524 00:36:38,196 --> 00:36:39,447 Matthew Muller. 525 00:36:42,491 --> 00:36:46,162 Sekarang kita bersemuka, mata bertentang mata. 526 00:36:47,705 --> 00:36:51,500 Saya Denise Huskins, wanita di sebalik penutup mata itu. 527 00:37:04,138 --> 00:37:05,014 Kemudian… 528 00:37:07,934 --> 00:37:10,186 Saya dapat semula diri saya pada hari itu. 529 00:37:14,565 --> 00:37:17,652 MATTHEW MULLER DIHUKUM PENJARA 40 TAHUN 530 00:37:17,735 --> 00:37:20,738 KERANA MENCULIK, MEROMPAK DAN MEROGOL 531 00:37:21,614 --> 00:37:25,368 DIA TAK DIDAKWA ATAS CUBAAN ROGOL DI PALO ALTO DAN MOUNTAIN VIEW 532 00:37:25,451 --> 00:37:27,954 ATAU KEJADIAN MENGINTAI DI MARE ISLAND 533 00:37:31,874 --> 00:37:38,256 MULLER TAK PERNAH DEDAHKAN SEBAB ANDREA JADI SASARANNYA 534 00:37:38,756 --> 00:37:43,052 PADA 2016, DENISE DAN AARON MENYAMAN BANDAR VALLEJO KERANA MEMFITNAH 535 00:37:43,135 --> 00:37:44,011 Bagus. 536 00:37:45,096 --> 00:37:46,847 Selamat pagi. Kita dalam rekod. 537 00:37:46,931 --> 00:37:51,185 Ini rakaman video deposisi Andrew Bidou. 538 00:37:52,061 --> 00:37:55,022 Semasa kes sivil, satu maklumat diterima 539 00:37:55,106 --> 00:37:58,401 tentang ketua polis, Andrew Bidou. 540 00:38:00,319 --> 00:38:02,697 Menurut sumber tak dikenali, 541 00:38:02,780 --> 00:38:06,784 sebelum Jabatan Polis Vallejo mengadakan sidang akhbar 542 00:38:06,867 --> 00:38:09,704 di mana mereka menggelar Denise dan Aaron penipu, 543 00:38:10,371 --> 00:38:14,667 Andrew Bidou arahkan Pegawai Park untuk 544 00:38:14,750 --> 00:38:16,252 "jahanamkan betina itu." 545 00:38:16,836 --> 00:38:21,674 Cik Huskins telah merampas sumber berharga daripada komuniti kita 546 00:38:21,757 --> 00:38:25,428 sambil menimbulkan ketakutan dalam kalangan ahli komuniti. 547 00:38:25,511 --> 00:38:29,682 Jadi, Cik Huskins yang patut minta maaf dengan komuniti ini. 548 00:38:30,224 --> 00:38:34,186 Awak ingat sesiapa sebut "jahanamkan betina itu" 549 00:38:34,270 --> 00:38:37,440 yang merujuk kepada Cik Huskins pada 25 Mac? 550 00:38:37,523 --> 00:38:39,692 Saya tak pernah dengar orang cakap begitu. 551 00:38:42,236 --> 00:38:48,617 TIADA PEGAWAI YANG TERLIBAT DALAM KES AARON DAN DENISE DIDISIPLINKAN 552 00:38:50,786 --> 00:38:52,330 Saya mula fikir. 553 00:38:52,413 --> 00:38:55,875 Okey, macam mana nak buat supaya awak nampak macam raksasa? 554 00:38:58,294 --> 00:39:04,425 KETUA DETEKTIF MAT MUSTARD TERIMA ANUGERAH PEGAWAI TERBAIK 2015 555 00:39:06,260 --> 00:39:12,725 DENISE DAN AARON SELESAI LUAR MAHKAMAH UNTUK PAMPASAN 2.5 JUTA DOLAR 556 00:39:20,024 --> 00:39:22,151 Penghujung tahun 2017… 557 00:39:24,111 --> 00:39:27,740 kami dapat tahu Misty Carausu nak bercakap dengan kami. 558 00:39:30,493 --> 00:39:33,496 Saya nak jumpa mereka. Saya rasa dah tiba masanya. 559 00:39:35,498 --> 00:39:37,500 Mereka berjalan masuk… Maaf. 560 00:39:38,000 --> 00:39:39,960 Mereka masuk dan saya nampak dia. 561 00:39:40,044 --> 00:39:41,712 Dia nampak sama 562 00:39:42,671 --> 00:39:44,632 seperti dalam berita. 563 00:39:45,299 --> 00:39:48,260 Kami cuma berpelukan dan berbual sekejap. 564 00:39:48,844 --> 00:39:50,429 Pertemuan itu sangat beremosi. 565 00:39:51,222 --> 00:39:55,976 Saya beritahu dia sepanjang masa ini saya hanya nak 566 00:39:56,977 --> 00:40:01,315 seorang wira dalam bidang penguatkuasaan undang-undang 567 00:40:01,399 --> 00:40:03,609 dan dialah wira kami. 568 00:40:08,197 --> 00:40:10,866 Jika Misty tak kaitkan Muller dengan kami, 569 00:40:12,159 --> 00:40:14,537 saya tak tahu nasib kami sekarang. 570 00:40:17,581 --> 00:40:19,542 Kami bernasib baik. 571 00:40:31,387 --> 00:40:32,847 Kami berkahwin. 572 00:40:34,432 --> 00:40:37,351 Kami pindah ke pinggir pantai dan mulakan hidup baru. 573 00:40:41,981 --> 00:40:46,777 Pada Mac 2020, saya lahirkan anak kami, Olivia. 574 00:40:49,738 --> 00:40:53,075 Kemudian kami dapat seorang lagi anak perempuan, Naomi. 575 00:40:56,287 --> 00:40:59,248 Rasa macam keluarga kami dah lengkap. 576 00:41:09,133 --> 00:41:12,094 Saya nak mereka tahu nilai diri mereka 577 00:41:12,178 --> 00:41:14,847 dan jangan biar sesiapa 578 00:41:16,557 --> 00:41:19,935 mengarah atau menentukan apa-apa pun untuk mereka. 579 00:41:22,271 --> 00:41:27,276 Saya harap mereka membesar seperti ibu mereka. 580 00:41:27,359 --> 00:41:29,737 Jika mereka membesar seperti itu, mereka akan okey. 581 00:41:33,574 --> 00:41:34,450 Ya. 582 00:42:25,125 --> 00:42:29,505 Terjemahan sari kata oleh Jasmine Bardwin