1 00:00:06,083 --> 00:00:08,963 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:12,163 --> 00:00:13,123 - Dengar? - Ya. 3 00:00:13,203 --> 00:00:15,283 - Baik, sedia. - Rakaman pertama. 4 00:00:15,363 --> 00:00:17,243 Bagaimana awak huraikan diri? 5 00:00:19,003 --> 00:00:20,683 Bagaimana saya gambarkan diri? 6 00:00:20,763 --> 00:00:23,683 Awak pernah digambarkan sebagai ahli pseudo-arkeologi. 7 00:00:23,763 --> 00:00:26,003 - Betul. - Awak memilih data tertentu. 8 00:00:26,083 --> 00:00:29,283 Buku dibaca ribuan orang, tapi tak diiktiraf ahli akademik. 9 00:00:29,363 --> 00:00:30,443 ADAKAH GRAHAM HANCOCK GILA? 10 00:00:30,523 --> 00:00:33,363 Awak sedar yang awak berbalah dengan ahli akademik? 11 00:00:33,443 --> 00:00:35,923 Ramai orang yang tak mahu mendengarnya. 12 00:00:36,003 --> 00:00:39,803 Awak menjadi tajuk utama berpuluh tahun lamanya… 13 00:00:39,883 --> 00:00:40,963 UFUK YANG HILANG 14 00:00:41,043 --> 00:00:43,923 …awak dedahkan banyak idea kontroversi… 15 00:00:44,003 --> 00:00:45,083 LEBIH LAMA DARIPADA DILIHAT 16 00:00:45,163 --> 00:00:46,923 …yang kini ada asasnya. 17 00:00:48,323 --> 00:00:50,083 Saya Graham Hancock. 18 00:00:51,563 --> 00:00:54,963 Saya bukanlah ahli arkeologi atau saintis. 19 00:00:55,043 --> 00:00:56,763 Saya seorang wartawan 20 00:00:56,843 --> 00:01:01,003 dan subjek kajian saya ialah prasejarah manusia. 21 00:01:15,083 --> 00:01:20,123 Saya mengesyaki manusia ialah spesies yang mengalami amnesia. 22 00:01:20,923 --> 00:01:25,763 Kita lupa perkara masa lalu yang amat penting dalam sejarah kita. 23 00:01:26,443 --> 00:01:30,443 Saya merasakan perkara penting yang dilupakan itu 24 00:01:30,523 --> 00:01:34,523 ialah peradaban maju yang hilang ketika Zaman Ais. 25 00:01:36,723 --> 00:01:40,883 Berdekad lamanya saya mencari bukti peradaban yang hilang ini 26 00:01:40,963 --> 00:01:42,643 di seluruh dunia. 27 00:01:44,563 --> 00:01:48,483 Matlamat saya kini adalah menyatukan semua petunjuk… 28 00:01:48,563 --> 00:01:51,843 Nampak sangat pelik. 29 00:01:52,843 --> 00:01:56,603 …untuk menunjukkan bukti yang mencabar tanggapan umum tentang sejarah. 30 00:01:57,603 --> 00:02:00,483 Zamannya berlaku lebih awal. Sungguh awal. 31 00:02:01,043 --> 00:02:05,523 Binaan purba dengan kerumitan mengejutkan… 32 00:02:06,043 --> 00:02:09,523 Inilah tapak archeoastronomy di Amerika Utara yang menakjubkan. 33 00:02:10,203 --> 00:02:14,843 …mendedahkan corak peradaban maju prasejarah. 34 00:02:14,923 --> 00:02:16,843 Tiang ini umpama Batu Rosetta. 35 00:02:17,963 --> 00:02:21,483 Kemungkinan ketamadunan bermula jauh lebih awal 36 00:02:21,563 --> 00:02:22,403 semakin jelas. 37 00:02:23,603 --> 00:02:27,363 Hal ini pasti akan mengubah sejarah yang kita tahu selama ini. 38 00:02:27,443 --> 00:02:28,283 Ya. 39 00:02:30,963 --> 00:02:35,163 Sudah pasti idea ini tak disenangi oleh golongan pakar 40 00:02:35,243 --> 00:02:39,483 yang mengatakan satu-satunya manusia wujud ketika Zaman Ais 41 00:02:39,563 --> 00:02:41,123 hanya pemburu-pengumpul. 42 00:02:42,323 --> 00:02:47,123 Tanpa diragui, saya musuh nombor satu ahli arkeologi. 43 00:02:47,203 --> 00:02:49,883 Kenapa tak kata, "Tak tahu. Misteri ini sukar," 44 00:02:49,963 --> 00:02:50,883 dan biarkan saja? 45 00:02:50,963 --> 00:02:53,963 Tugas saya adalah memberi sudut pandang alternatif. 46 00:02:54,043 --> 00:02:57,443 Mungkin terdapat detik yang dilupakan dalam sejarah manusia. 47 00:02:57,523 --> 00:02:59,483 Mungkin juga dek rasa tersinggung, 48 00:02:59,563 --> 00:03:02,323 angkuh dan memandang rendah oleh ahli akademik 49 00:03:02,403 --> 00:03:04,643 menghalang kita ambil kira kemungkinan itu? 50 00:03:05,843 --> 00:03:09,043 Saya cuba mengubah paradigma sejarah. 51 00:03:23,163 --> 00:03:28,603 DAHULU PERNAH BERLAKUNYA BANJIR 52 00:03:31,563 --> 00:03:34,923 Selama 30 tahun, saya mencari sesuatu 53 00:03:35,003 --> 00:03:37,603 yang dikatakan mustahil untuk wujud. 54 00:03:39,443 --> 00:03:45,243 Tamadun maju, lebih lama daripada kita lenyap ditelan sejarah. 55 00:03:47,123 --> 00:03:51,243 Versi sejarah utama mengatakan selepas berakhir Zaman Ais… 56 00:03:51,723 --> 00:03:53,003 9,600 SM 57 00:03:53,083 --> 00:03:56,243 …manusia dulu, pemburu-pengumpul mengambil inisiatif 58 00:03:56,323 --> 00:04:00,123 secara tiba-tiba untuk bertani dan memelihara haiwan ternakan, 59 00:04:00,203 --> 00:04:03,403 membentuk penempatan yang berkembang menjadi bandar, 60 00:04:04,043 --> 00:04:07,763 sehingga tamadun pertama muncul sekitar 6,000 tahun lalu. 61 00:04:07,843 --> 00:04:08,763 4,000 SM 62 00:04:10,123 --> 00:04:14,083 Namun, penemuan baharu mencatatkan waktu yang lebih awal. 63 00:04:15,403 --> 00:04:19,203 Salah satu penemuan tersebut didapati di Indonesia. 64 00:04:20,203 --> 00:04:22,203 LAUTAN HINDI - LAUT JAWA MALAYSIA - SINGAPURA - MALAYSIA TIMUR 65 00:04:22,283 --> 00:04:24,603 Di pulau yang padat penduduk, Jawa… 66 00:04:24,683 --> 00:04:25,523 PULAU JAWA 67 00:04:26,523 --> 00:04:30,043 …empat jam di selatan Jakarta, dekat Kampung Karyamukti. 68 00:04:37,043 --> 00:04:40,483 Saya datang untuk menyiasat salah satu 69 00:04:40,563 --> 00:04:43,843 penemuan arkeologi paling kontroversi zaman ini. 70 00:04:45,083 --> 00:04:45,923 Bukti awal 71 00:04:46,003 --> 00:04:49,083 telah mengelirukan ahli arkeologi arus perdana 72 00:04:49,163 --> 00:04:52,563 kerana ia mempersoalkan segala yang kita ketahui 73 00:04:52,643 --> 00:04:54,323 tentang prasejarah manusia. 74 00:04:56,323 --> 00:04:58,883 Tapak ini menimbulkan soalan yang mengganggu. 75 00:04:59,883 --> 00:05:01,963 Bagaimana jika tamadun maju 76 00:05:02,043 --> 00:05:04,683 berkembang di Indonesia ketika Zaman Ais? 77 00:05:05,803 --> 00:05:07,923 Tamadun yang ditelan sejarah 78 00:05:08,003 --> 00:05:09,003 sehingga kini. 79 00:05:12,483 --> 00:05:14,403 Inilah Gunung Padang. 80 00:05:19,083 --> 00:05:23,083 Namanya membawa maksud gunung cahaya atau pencerahan 81 00:05:23,163 --> 00:05:24,883 dalam dialek bahasa Sunda. 82 00:05:27,483 --> 00:05:31,043 Warga tempatan mengagumi persekitarannya yang misteri… 83 00:05:34,483 --> 00:05:38,443 dan pengunjung datang dari jauh untuk menghormati semangat gunung. 84 00:05:40,203 --> 00:05:43,363 Mereka menyucikan diri di mata air purba di kaki gunung… 85 00:05:45,963 --> 00:05:47,443 sebelum mendaki… 86 00:05:49,483 --> 00:05:51,163 sejauh 110 meter. 87 00:05:52,603 --> 00:05:55,443 Sukar untuk mendaki cerun tinggi gunung itu. 88 00:05:57,443 --> 00:05:59,963 Namun, berbaloi apabila mencapai puncak. 89 00:06:05,243 --> 00:06:09,203 Gunung Padang tak seperti tempat lain di Bumi. 90 00:06:17,323 --> 00:06:21,643 Selama ini, ahli arkeologi menyangka ia hanyalah bukit di dalam hutan. 91 00:06:23,283 --> 00:06:25,363 Ada masalah dengan pendapat itu. 92 00:06:26,763 --> 00:06:30,043 Di puncak, terdapat blok batu bertaburan di seluruh landskap. 93 00:06:37,963 --> 00:06:41,923 Kepingan batu heksagon yang ganjil berselerak di merata tempat. 94 00:06:46,523 --> 00:06:47,763 Beribu-ribu. 95 00:06:48,723 --> 00:06:49,883 Sungguh mengagumkan. 96 00:06:51,643 --> 00:06:55,323 Cuma bukan asing lagi di landskap gunung berapi Indonesia 97 00:06:55,403 --> 00:06:58,163 dengan blok begini biasa terbentuk secara semula jadi. 98 00:07:00,163 --> 00:07:02,203 Ia dipanggil sendian turus 99 00:07:02,283 --> 00:07:05,923 dan terhasil apabila batu gunung berapi iaitu basalt, 100 00:07:06,003 --> 00:07:08,363 menyejuk dan merekah kepada bentuk jelas. 101 00:07:11,203 --> 00:07:14,083 Sekali pandang, teres terbuka ini boleh disangka 102 00:07:14,163 --> 00:07:16,723 pembentukan semula jadi batu gunung berapi, 103 00:07:16,803 --> 00:07:20,083 itulah sebabnya ahli arkeologi lewat untuk menyiasatnya. 104 00:07:21,043 --> 00:07:24,483 Apabila dilihat lebih dekat, semakin jelas 105 00:07:24,563 --> 00:07:28,643 batu-batu ini telah dipotong, digunakan semula sebagai bahan binaan 106 00:07:28,723 --> 00:07:30,483 dan disusun oleh manusia. 107 00:07:33,443 --> 00:07:35,963 Antara batu-batu yang jatuh itu, 108 00:07:36,043 --> 00:07:39,563 kesan struktur diperhatikan jelas kelihatan di seluruh bukit. 109 00:07:40,363 --> 00:07:47,163 Busut, bilik segi empat tepat dan tembok panjang 110 00:07:48,243 --> 00:07:50,483 di teres yang disusun dengan teliti, 111 00:07:52,563 --> 00:07:54,323 jelas sekali buatan manusia. 112 00:07:58,403 --> 00:08:02,963 Apabila ahli arkeologi, Ali Akbar dan pasukannya mengkaji pada 2012, 113 00:08:04,003 --> 00:08:06,243 mereka mengandaikan binaan di bukit ini 114 00:08:06,323 --> 00:08:09,563 pasti terbukti berusia kurang daripada 2,500 tahun. 115 00:08:10,843 --> 00:08:12,843 Kami tak tahu pentarikhan mutlak di tapak ini. 116 00:08:12,923 --> 00:08:13,923 UNIVERSITI INDONESIA 117 00:08:14,003 --> 00:08:18,643 Tapak ini telah ditinggalkan sekian lama dan mungkin dilupakan. 118 00:08:19,883 --> 00:08:24,163 Pasukan itu juga menganggap jurubina purba Gunung Padang 119 00:08:24,243 --> 00:08:27,683 telah menemui blok turus wujud secara semula jadi di tapak. 120 00:08:28,843 --> 00:08:31,283 Namun, mereka mendapati sesuatu yang aneh. 121 00:08:33,523 --> 00:08:38,003 Sendi turus diimport dari wilayah lain, 122 00:08:38,082 --> 00:08:39,403 dari lokasi lain. 123 00:08:40,363 --> 00:08:45,962 Maka setiap satu daripada blok ini, sehingga 50,000 daripadanya, 124 00:08:46,043 --> 00:08:50,043 setiap satu seberat suku tan, telah dibawa ke atas bukit ini. 125 00:08:52,763 --> 00:08:55,243 Apabila pasukan Dr. Akbar meninjau tapak, 126 00:08:55,883 --> 00:08:59,083 mereka segera menjumpai bukti kehadiran manusia 127 00:08:59,643 --> 00:09:03,683 pada lapisan budaya, tapi bukan di tempat yang dijangka. 128 00:09:05,243 --> 00:09:09,723 Kami amat terkejut tapak ini mengandungi dua lapisan budaya. 129 00:09:11,523 --> 00:09:15,643 Lapisan pertama pada permukaan dari tahun 500 SM. 130 00:09:16,163 --> 00:09:17,363 500 SEBELUM MASIHI 131 00:09:17,443 --> 00:09:19,123 Namun pada kedalaman empat meter, 132 00:09:19,203 --> 00:09:21,523 kami jumpa satu lagi lapisan budaya. 133 00:09:22,363 --> 00:09:25,403 Dari tahun 5,200 SM. 134 00:09:25,483 --> 00:09:28,723 5,200 SEBELUM MASIHI 135 00:09:29,323 --> 00:09:31,843 Amat mengejutkan. Kami tak sangka. 136 00:09:32,963 --> 00:09:34,043 Usianya amat tua. 137 00:09:37,883 --> 00:09:39,763 Pada 7,000 tahun lalu, 138 00:09:39,843 --> 00:09:42,563 jauh daripada pembinaan skala besar-besaran, 139 00:09:43,243 --> 00:09:45,883 tiada bukti penduduk rantau ini 140 00:09:45,963 --> 00:09:48,683 lebih daripada sekadar pemburu-pengumpul. 141 00:09:51,123 --> 00:09:54,443 Apakah yang mendorong mereka mencurahkan usaha besar 142 00:09:54,523 --> 00:09:56,243 dan membawa batu blok ke sini? 143 00:10:00,723 --> 00:10:03,843 Saya tak begitu pasti tentang fungsi tapak ini. 144 00:10:03,923 --> 00:10:09,683 Namun, kami masih tak menemukan rangka atau tulang manusia, 145 00:10:09,763 --> 00:10:11,803 maka ini bukan tempat pengebumian. 146 00:10:12,723 --> 00:10:15,883 Mungkin untuk keraian atau upacara. 147 00:10:18,883 --> 00:10:22,603 Kami berdepan dengan misteri. Misteri yang harus dirungkai. 148 00:10:26,803 --> 00:10:31,323 Satu lagi kajian yang menggali lebih dalam di tapak ini 149 00:10:31,403 --> 00:10:36,283 mendedahkan ada kemungkinan baharu yang perlu difahami para penyelidik. 150 00:10:38,043 --> 00:10:40,083 Mungkin mereka berdepan 151 00:10:40,163 --> 00:10:43,403 dengan hasil ketamadunan yang lenyap ditelan sejarah. 152 00:10:47,003 --> 00:10:50,963 Dr. Danny Hilman Natawidjaja menuntut di Caltech, 153 00:10:51,043 --> 00:10:54,683 tapi kini bekerja untuk Pusat Kajian Geoteknologi Indonesia. 154 00:10:56,963 --> 00:11:01,003 Sebagai ahli geologi, Dr. Hilman tahu ada sesuatu yang aneh 155 00:11:01,083 --> 00:11:02,283 tentang Gunung Padang. 156 00:11:05,723 --> 00:11:09,483 Apabila meneroka tapak, dia mendapati blok turus basalt 157 00:11:09,563 --> 00:11:11,803 bukan sekadar melitupi bukit itu. 158 00:11:13,683 --> 00:11:16,123 Malah mengelilingi cerun berteres 159 00:11:17,843 --> 00:11:20,923 meliputi sekurang-kurangnya 37 ekar. 160 00:11:24,083 --> 00:11:27,123 Bahagian terbuka di antara dua teres ini 161 00:11:27,203 --> 00:11:29,563 kelihatan seperti tembok penahan. 162 00:11:30,443 --> 00:11:34,283 Ada ahli arkeologi berpendapat pembentukan ini semula jadi. 163 00:11:34,363 --> 00:11:35,763 Batu ini semula jadi, 164 00:11:35,843 --> 00:11:38,843 tapi menurut mereka, seluruh binaan ini semula jadi juga. 165 00:11:38,923 --> 00:11:41,923 Memang betul, tapi kedudukannya bukan semula jadi. 166 00:11:42,003 --> 00:11:43,323 PAKAR GEOLOGI 167 00:11:43,403 --> 00:11:45,683 - Malah biasanya tegak. - Ya, tegak. 168 00:11:45,763 --> 00:11:47,563 - Betul. - Batu ini pula melintang. 169 00:11:47,643 --> 00:11:49,763 - Tak terpotong begini. - Ya. 170 00:11:49,843 --> 00:11:51,963 Semua batu di sini dipotong satu atau 1.5 meter. 171 00:11:52,043 --> 00:11:52,883 Betul. 172 00:11:54,443 --> 00:11:57,603 Dr. Hilman juga mendapati ada sesuatu yang luar biasa 173 00:11:58,923 --> 00:12:00,403 di celah-celah batu. 174 00:12:01,323 --> 00:12:04,763 Pada kedudukan biasa, tiada jisim tanah di antaranya. 175 00:12:05,323 --> 00:12:06,723 Kedudukannya amat rapat. 176 00:12:08,683 --> 00:12:12,203 Namun, di celah batu turus ini, terdapat mortar 177 00:12:12,283 --> 00:12:16,003 - yang memegangnya seperti simen. - Ya. 178 00:12:16,083 --> 00:12:19,283 Ketebalan sekitar 5 cm dan amat konsisten. 179 00:12:19,363 --> 00:12:22,363 Ya, mereka meratakan blok binaan 180 00:12:22,443 --> 00:12:26,163 dengan meletakkan mortar di celah-celah. Sudah pasti dibuat manusia 181 00:12:26,243 --> 00:12:28,163 - dalam proses pembinaan. - Ya. 182 00:12:32,003 --> 00:12:33,523 Danny mula menyiasat 183 00:12:33,603 --> 00:12:36,003 dan kejutan mula muncul. 184 00:12:37,923 --> 00:12:42,403 Dr. Hilman mula menyedarinya semasa data disatukan 185 00:12:43,043 --> 00:12:46,243 iaitu Gunung Padang lebih daripada sekadar bukit. 186 00:12:50,803 --> 00:12:53,923 Ini ialah tapak purba Gunung Padang. 187 00:12:55,323 --> 00:12:57,923 Terdapat tangga di bahagian utara 188 00:12:58,003 --> 00:12:59,763 yang setinggi lebih 90 meter 189 00:12:59,843 --> 00:13:02,363 yang mencapai teres pertama daripada lima. 190 00:13:03,843 --> 00:13:09,323 Di kawasan sekitar 150 meter panjang dan 40 meter lebar, 191 00:13:10,963 --> 00:13:15,883 seluruh bukit ini dikelilingi oleh tembok penahan turus basalt. 192 00:13:17,323 --> 00:13:20,163 Menggunakan kira-kira 50,000 blok, 193 00:13:20,243 --> 00:13:22,883 projek transformasi tanah yang besar ini 194 00:13:22,963 --> 00:13:24,923 menggambarkan bukit gunung berapi 195 00:13:25,003 --> 00:13:28,643 boleh dilihat sebagai piramid bertangga. 196 00:13:34,323 --> 00:13:36,603 Semua ini teres buatan manusia. 197 00:13:36,683 --> 00:13:37,523 Ya. 198 00:13:38,043 --> 00:13:40,963 Bukan bentuk piramid yang sama 199 00:13:41,043 --> 00:13:43,803 seperti piramid Mayan atau Giza. 200 00:13:43,883 --> 00:13:48,603 Tak, tapi gambaran sama dengan bentuk piramid berteres. 201 00:13:48,683 --> 00:13:50,723 - Ya, dengan ciri bulatan. - Betul. 202 00:13:52,203 --> 00:13:55,083 Ada persoalan tentang definisi. Apakah piramid? 203 00:13:55,163 --> 00:13:59,323 Kita anggap ia struktur meninggi dalam teres-teres menuju puncak 204 00:13:59,403 --> 00:14:01,923 dan itulah yang dapat dilihat pada Gunung Padang. 205 00:14:03,803 --> 00:14:08,003 Hakikat bahawa piramid purba wujud di sini 206 00:14:08,083 --> 00:14:12,323 boleh mengubah pengetahuan kita tentang kemampuan nenek moyang kita. 207 00:14:14,123 --> 00:14:18,483 Pakar arkeologi percaya bahawa piramid tertua di dunia 208 00:14:18,563 --> 00:14:21,563 berusia sekitar 4,700 tahun lalu. 209 00:14:22,723 --> 00:14:25,203 Lokasinya bukan di Mesir, tapi Peru. 210 00:14:25,283 --> 00:14:26,843 KOTA SUCI CARAL-SUPE PERU 211 00:14:26,923 --> 00:14:30,843 Namun, Dr. Hilman menemukan bukti Gunung Padang mungkin lebih tua. 212 00:14:33,243 --> 00:14:35,003 Berapa usia piramid ini sebenarnya? 213 00:14:35,963 --> 00:14:38,963 Siapa yang bina? Mengapa? 214 00:14:44,283 --> 00:14:46,123 Dr. Hilman dan pasukannya 215 00:14:46,203 --> 00:14:49,883 menggunakan teknologi yang biasa dalam tinjauan geologi 216 00:14:49,963 --> 00:14:52,883 untuk mencari jawapan di dalam struktur piramid. 217 00:14:54,003 --> 00:14:56,443 Kami ada tiga kaedah. 218 00:14:56,523 --> 00:14:59,843 - GPR. - Ya, radar penembus tanah. 219 00:14:59,923 --> 00:15:02,203 - Radar penembus tanah. - Ya. 220 00:15:02,283 --> 00:15:05,043 - Tomografi kerintangan. - Ya. 221 00:15:05,123 --> 00:15:07,203 Juga tomografi seismik. 222 00:15:09,523 --> 00:15:13,883 Sebelum ini, ahli arkeologi telah menggali di tapak sedalam beberapa meter 223 00:15:13,963 --> 00:15:16,483 dan di beberapa parit terasing. 224 00:15:17,923 --> 00:15:20,803 Teknologi baharu ini dapat meliputi kawasan lebih luas… 225 00:15:21,323 --> 00:15:22,883 - 30 meter, ya. - 30 meter. 226 00:15:23,443 --> 00:15:24,843 …dan jauh lebih dalam. 227 00:15:25,683 --> 00:15:29,043 Kami akan guna radar penembus tanah, 228 00:15:29,123 --> 00:15:30,443 tinjauan GPR. 229 00:15:31,403 --> 00:15:33,243 Radar penembus tanah 230 00:15:33,323 --> 00:15:36,043 mengeluarkan gelombang radio ke dalam tanah. 231 00:15:36,723 --> 00:15:41,923 Apabila terkena sesuatu, gelombang dipantul semula, data direkod dan dikaji. 232 00:15:43,483 --> 00:15:49,203 Kami pilih frekuensi 40 megahertz untuk penembusan 30 meter. 233 00:15:51,883 --> 00:15:54,163 Okey, mari mulakan. 234 00:16:06,483 --> 00:16:10,643 Semakin banyak yang Dr. Hilman dan pasukannya pelajari daripada imbasan, 235 00:16:10,723 --> 00:16:12,723 misteri semakin gempar. 236 00:16:14,323 --> 00:16:17,323 Sifat struktur di bawah tanah menjadi semakin rumit. 237 00:16:17,403 --> 00:16:19,523 Tiang turus basalt sentiasa ada 238 00:16:19,603 --> 00:16:21,243 dijadikan bahan binaan. 239 00:16:22,923 --> 00:16:27,923 Tomografi seismik telah mendedahkan satu tempat yang menarik 240 00:16:28,003 --> 00:16:29,443 jauh di dalam bukit. 241 00:16:30,883 --> 00:16:34,683 Pecutan seismik di sini sekitar 200 meter sesaat. 242 00:16:34,763 --> 00:16:37,723 Baiklah. Apakah maksudnya? 243 00:16:38,723 --> 00:16:39,763 Ada ruang kosong. 244 00:16:39,843 --> 00:16:41,443 TEROWONG/RUANG 245 00:16:41,523 --> 00:16:43,763 - Ruang yang kosong. - Kosong. 246 00:16:43,843 --> 00:16:46,243 Awak boleh tahu bentuk ruang kosong itu? 247 00:16:46,323 --> 00:16:48,483 Ya, seperti yang dilihat, bentuknya segi empat tepat. 248 00:16:48,563 --> 00:16:50,043 - Segi empat tepat. - Ya. 249 00:16:50,123 --> 00:16:51,963 - Kedudukan ini betul-betul… - Ya. 250 00:16:52,043 --> 00:16:54,203 - …di tengah tapak ini… - Ya. 251 00:16:55,363 --> 00:16:58,003 …di bawah Teres Satu juga ada satu ruang… 252 00:16:58,083 --> 00:17:00,163 RUANG DINDING PALSU 253 00:17:00,243 --> 00:17:02,323 - Ya. - …bersambung ke ruang ini 254 00:17:02,403 --> 00:17:04,203 di bawah teres kedua. 255 00:17:07,403 --> 00:17:09,963 Dr. Hilman dan pasukannya menemukan 256 00:17:10,763 --> 00:17:14,083 sekurang-kurangnya tiga ruang segi empat tepat yang besar. 257 00:17:14,763 --> 00:17:17,243 Satu daripada kedalaman sepuluh meter, 258 00:17:17,323 --> 00:17:19,763 mungkin laluan masuk 259 00:17:19,843 --> 00:17:23,723 yang memiliki terowong masuk menuju ruang utama yang lebih besar. 260 00:17:25,003 --> 00:17:28,483 Satu lagi laluan menghubungkan ruang yang ketiga, 261 00:17:28,563 --> 00:17:30,563 sekitar 20 hingga 30 meter dalam. 262 00:17:31,362 --> 00:17:35,083 Ketiga-tiganya terletak di sepanjang paksi pusat tapak tersebut. 263 00:17:37,443 --> 00:17:40,483 Saya amat tertarik dengan ruang-ruang ini. 264 00:17:40,563 --> 00:17:43,243 Saya sangat berharap ahli arkeologi 265 00:17:43,323 --> 00:17:44,883 dapat ekskavasi tapak ini. 266 00:17:44,963 --> 00:17:47,683 Apabila melihat ruang ini… 267 00:17:47,763 --> 00:17:48,923 - Ya. - …ketiga-tiganya, 268 00:17:49,643 --> 00:17:51,643 kami berasa kagum. 269 00:17:55,043 --> 00:17:57,523 Awak sudah temukan sesuatu yang penting. 270 00:17:57,603 --> 00:17:59,683 - Ya. - Tiada keraguan lagi. 271 00:17:59,763 --> 00:18:00,643 Ya. 272 00:18:04,883 --> 00:18:09,283 Namun, bagi sejarawan dan ahli arkeologi yang mula-mula ekskavasi tapak ini, 273 00:18:09,363 --> 00:18:12,603 penemuan Dr. Hilman tak masuk akal. 274 00:18:15,803 --> 00:18:18,603 Garis masa sejarah manusia yang diterima pakai 275 00:18:18,683 --> 00:18:20,803 mengatakan bahawa puak pemburu-pengumpul 276 00:18:20,883 --> 00:18:23,643 tinggal di puncak bukit sekitar 7,000 tahun lalu… 277 00:18:23,723 --> 00:18:25,203 5,200 SEBELUM MASIHI 278 00:18:25,283 --> 00:18:28,123 …seharusnya tak mampu membuat binaan 279 00:18:28,203 --> 00:18:30,483 dengan saiz sebesar dan serumit ini. 280 00:18:31,723 --> 00:18:33,643 Akan tetapi, ia wujud. 281 00:18:36,443 --> 00:18:38,843 Misteri yang meminta untuk dibongkar. 282 00:18:42,883 --> 00:18:46,043 Untuk menentukan tarikh pada "bukit" ini, 283 00:18:46,723 --> 00:18:50,123 Dr. Hilman dan pasukannya menggunakan satu lagi alatan, 284 00:18:51,523 --> 00:18:52,443 penggerudian teras. 285 00:18:56,443 --> 00:19:01,683 Seperti dijangka, sampel dua lapisan yang teratas bertarikh 3,000 tahun lalu… 286 00:19:01,763 --> 00:19:03,923 1,000 SEBELUM MASIHI 287 00:19:04,003 --> 00:19:06,163 …sekitar 8,000 tahun lalu. 288 00:19:06,243 --> 00:19:07,283 6,000 SEBELUM MASIHI 289 00:19:07,803 --> 00:19:12,083 Namun, apabila menggali sedalam 15 meter iaitu sekitar 50 kaki, 290 00:19:12,163 --> 00:19:14,563 mereka menjumpai sesuatu yang tak dijangka. 291 00:19:15,523 --> 00:19:17,043 6,000 SEBELUM MASIHI 292 00:19:17,123 --> 00:19:22,123 Bahagian yang dibentuk sekitar 11,600 tahun lalu… 293 00:19:22,203 --> 00:19:24,083 9,600 SEBELUM MASIHI 294 00:19:24,163 --> 00:19:28,363 …menunjukkan usia tapak ini pada penghujung Zaman Ais. 295 00:19:31,723 --> 00:19:34,923 Penemuan Dr. Hilman tak terhenti di situ. 296 00:19:35,763 --> 00:19:41,603 Semakin dalam sekitar 30 meter, dia mendapati lapisan terawal pembinaan. 297 00:19:41,683 --> 00:19:44,043 Mari cuba tarikhkan bila struktur ini dibentuk. 298 00:19:44,123 --> 00:19:47,083 Okey. Lapisan empat mungkin sebelum 20,000 SM. 299 00:19:47,163 --> 00:19:49,163 - Mungkin lebih awal. - Sangat tua. 300 00:19:49,763 --> 00:19:52,843 Teras gerudi mengorek bahan boleh ditarikh 301 00:19:52,923 --> 00:19:56,043 sejauh 24,000 tahun yang lalu. 302 00:19:56,123 --> 00:19:59,403 22,000 SM 303 00:19:59,483 --> 00:20:03,883 Bahan organik jelas dikaitkan dengan unsur struktur binaan yang tertanam. 304 00:20:05,523 --> 00:20:08,563 Saya dan Danny berasa yakin, 305 00:20:08,643 --> 00:20:12,003 Gunung Padang memiliki asal usul purba yang lama terbentuk. 306 00:20:16,243 --> 00:20:20,043 Penemuan Danny amat luar biasa dan mengejutkan. 307 00:20:21,243 --> 00:20:24,923 Ahli arkeologi sudah sekian lama mengatakan 308 00:20:25,003 --> 00:20:28,763 tiada binaan skala besar dibina di mana-mana Asia Tenggara 309 00:20:28,843 --> 00:20:30,883 sehinggalah 4,000 tahun lalu. 310 00:20:36,203 --> 00:20:39,363 Pentarikhan struktur ini meletakkan ia pada Zaman Ais. 311 00:20:39,443 --> 00:20:42,123 Saya rasa sangat teruja. 312 00:20:42,203 --> 00:20:43,643 - Ya. - Saya tertanya-tanya 313 00:20:43,723 --> 00:20:47,083 sekiranya ruang tersebut mengandungi bukti atau maklumat 314 00:20:47,163 --> 00:20:49,043 yang mungkin memberi petunjuk… 315 00:20:49,123 --> 00:20:51,523 - Ya. - …dalam pencarian tamadun hilang saya. 316 00:20:51,603 --> 00:20:55,483 - Kita tahu serba sedikit tentang sejarah. - Ya. 317 00:20:55,563 --> 00:20:57,763 Saya rasa kita terlepas sesuatu yang besar di sini. 318 00:21:00,883 --> 00:21:04,403 Idea ini sukar diterima oleh arkeologi arus perdana. 319 00:21:04,963 --> 00:21:07,803 Tanggapan mengatakan ia struktur buatan manusia 320 00:21:07,883 --> 00:21:10,283 tak pernah dicabar oleh sesiapa. 321 00:21:10,883 --> 00:21:14,403 Namun, mereka sukar untuk menerima 322 00:21:14,483 --> 00:21:18,163 bahawa asal binaan ini mungkin sejak 24,000 tahun yang lalu. 323 00:21:20,403 --> 00:21:22,163 Semasa Zaman Ais terakhir. 324 00:21:32,963 --> 00:21:35,883 Golongan sarjana sukar untuk menerimanya 325 00:21:35,963 --> 00:21:38,803 kerana Zaman Ais ialah waktu yang istimewa 326 00:21:40,043 --> 00:21:42,363 dan dunia juga sungguh berbeza. 327 00:21:45,803 --> 00:21:50,803 Ketika 20,000 tahun lalu, Bumi tak kelihatan seperti kini. 328 00:21:50,883 --> 00:21:53,523 Pulau Jawa masih belum terbentuk. 329 00:21:54,923 --> 00:21:59,643 Kedudukannya ialah paling selatan di benua Asia Tenggara. 330 00:21:59,723 --> 00:22:02,843 Benua yang digelar Sundaland oleh ahli geologi. 331 00:22:05,883 --> 00:22:07,843 Ketika Zaman Ais terakhir, 332 00:22:07,923 --> 00:22:13,523 paras air laut sekitar 120 meter, lebih rendah daripada sekarang. 333 00:22:14,883 --> 00:22:15,723 JAWA 334 00:22:15,803 --> 00:22:19,683 Laut Jawa waktu ini sebenarnya kawasan tanah yang luas 335 00:22:19,763 --> 00:22:22,123 menjangkau keluar dari tanah besar Asia. 336 00:22:22,963 --> 00:22:27,203 Sundaland terdiri daripada kawasan seluar 180,000 km persegi 337 00:22:28,203 --> 00:22:29,043 22,000 SM 338 00:22:29,123 --> 00:22:32,323 …sekitar seluas saiz barat AS. 339 00:22:32,403 --> 00:22:34,843 Seluruh kawasan sub-benua. 340 00:22:34,923 --> 00:22:36,283 LAUTAN HINDI - TELUK BENGAL 341 00:22:38,603 --> 00:22:43,643 Puak pemburu-pengumpul hidup dengan baik kerana hidupan liar Sundaland 342 00:22:43,723 --> 00:22:48,803 selama 45,000 lalu, malah mungkin lebih daripada itu. 343 00:22:50,643 --> 00:22:54,403 Kenapa budaya yang lebih berteknologi 344 00:22:54,483 --> 00:22:56,083 tak boleh wujud di sini juga? 345 00:22:57,923 --> 00:23:02,483 Di dunia yang dingin dan mencabar, tanah luas Asia Tenggara 346 00:23:02,563 --> 00:23:05,683 mungkin antara tempat yang hangat yang sesuai 347 00:23:05,763 --> 00:23:08,363 untuk manusia peradaban awal dapat cuba 348 00:23:08,443 --> 00:23:11,323 membangunkan tamadun yang maju dan canggih. 349 00:23:13,203 --> 00:23:15,683 Saya rasa pembina di Gunung Padang 350 00:23:15,763 --> 00:23:17,923 berkongsi dengan pemburu-pengumpul 351 00:23:18,003 --> 00:23:20,563 yang sememangnya wujud secara meluas ketika itu. 352 00:23:25,643 --> 00:23:27,603 Idea itu bukanlah tak munasabah. 353 00:23:28,843 --> 00:23:32,403 Malah hari ini, negara paling maju teknologi 354 00:23:32,483 --> 00:23:36,403 wujud seiring dengan pemburu-pengumpul seperti Puak San di Namibia 355 00:23:37,123 --> 00:23:38,883 atau Puak Lacandon di Mexico 356 00:23:40,163 --> 00:23:42,523 atau Kazakh di Mongolia. 357 00:23:43,923 --> 00:23:47,083 Budaya dan tahap pembangunan yang berbeza 358 00:23:47,643 --> 00:23:49,763 sentiasa wujud seiring satu sama lain. 359 00:23:51,043 --> 00:23:52,723 Gunung Padang menunjukkan 360 00:23:52,803 --> 00:23:57,603 beberapa budaya sekitar Pentas Sunda 361 00:23:57,683 --> 00:24:01,803 mampu membina struktur megalitik gergasi. 362 00:24:05,363 --> 00:24:09,123 Struktur yang dibina khusus menggunakan blok turus basalt. 363 00:24:11,283 --> 00:24:14,843 Saya pernah melihat gaya binaan ini di bahagian lain dunia 364 00:24:16,523 --> 00:24:21,843 di sebuah Kepulauan Pasifik Pohnpei, di tapak bernama Nan Madol. 365 00:24:23,643 --> 00:24:27,203 Ia turut dibina menggunakan blok basalt gunung berapi 366 00:24:27,283 --> 00:24:30,683 yang disusun bertindih sama seperti Gunung Padang. 367 00:24:32,443 --> 00:24:34,923 Ahli arkeologi percaya kebanyakan binaan 368 00:24:35,003 --> 00:24:39,283 yang dilihat di Nan Madol hari ini bertarikh sekitar 900 tahun lalu 369 00:24:39,363 --> 00:24:42,083 semasa batu blok diambil di pulau bersebelahan. 370 00:24:44,123 --> 00:24:46,923 Namun ketika eksplorasi sebelum ini, 371 00:24:47,003 --> 00:24:52,363 saya mendapati tiang besarnya menjangkau lebih garis air 372 00:24:53,963 --> 00:24:56,843 menunjukkan versi lebih awal mungkin telah dibina 373 00:24:56,923 --> 00:25:00,443 semasa paras air lebih rendah ketika Zaman Ais terakhir. 374 00:25:03,963 --> 00:25:05,603 Mungkinkah jurubina Gunung Padang 375 00:25:05,683 --> 00:25:08,923 berjaya merentas Pasifik Selatan ke Micronesia? 376 00:25:10,883 --> 00:25:13,283 Jika benar, apa terjadi kepada mereka? 377 00:25:17,403 --> 00:25:20,403 Saya percaya perkara ini ada kaitan dengan peristiwa 378 00:25:20,963 --> 00:25:23,123 sekitar 12,800 tahun lalu 379 00:25:23,683 --> 00:25:28,483 semasa Zaman Ais tiba-tiba berubah secara mengejut. 380 00:25:30,443 --> 00:25:34,523 Suhu semakin meningkat untuk jangka masa yang panjang. 381 00:25:35,483 --> 00:25:38,203 Tiba-tiba, dua perkara berlaku pada masa yang sama. 382 00:25:38,283 --> 00:25:40,683 Pertama, suhu global menjunam 383 00:25:40,763 --> 00:25:43,483 ke paras kemuncak Zaman Ais 384 00:25:43,563 --> 00:25:46,363 dan terjadi dalam semalaman. 385 00:25:47,363 --> 00:25:51,603 Kedua, ada kenaikan paras laut yang tak dapat dijelaskan. 386 00:25:53,003 --> 00:25:58,603 Biasanya semasa Zaman Ais, ketika tiba waktu beku, 387 00:25:58,683 --> 00:26:02,123 anda tak menjangka sejumlah besar air masuk ke dalam laut 388 00:26:02,203 --> 00:26:04,363 kerana air tersebut telah menjadi ais. 389 00:26:06,283 --> 00:26:09,283 Peristiwa banjir besar terjadi. 390 00:26:10,003 --> 00:26:16,763 Antara 12,800 dan 11,600 tahun lalu, paras laut dunia meningkat mengejut… 391 00:26:16,843 --> 00:26:17,683 9,600 SM 392 00:26:17,763 --> 00:26:21,603 …dalam banjir besar berturutan satu demi satu. 393 00:26:21,683 --> 00:26:24,803 Lama-kelamaan, benua besar Sundaland 394 00:26:24,883 --> 00:26:27,963 ditelan laut, menjadi dunia yang lenyap. 395 00:26:30,443 --> 00:26:32,283 Hal ini mendorong soalan jelas. 396 00:26:32,883 --> 00:26:37,483 Mungkin ada lagi kuil dan binaan di Laut Jawa 397 00:26:37,563 --> 00:26:39,123 menunggu untuk ditemukan? 398 00:26:42,163 --> 00:26:45,763 Tiada sesiapa tahu apa yang lenyap akibat kenaikan paras air laut. 399 00:26:58,283 --> 00:27:02,683 Zaman banjir besar ini pasti menimbulkan trauma kepada manusia. 400 00:27:04,643 --> 00:27:06,803 Malah, ada testimoni mengatakannya. 401 00:27:09,163 --> 00:27:12,643 Hampir setiap budaya kuno menyebut tentang banjir besar 402 00:27:12,723 --> 00:27:14,163 yang menelan Bumi. 403 00:27:14,883 --> 00:27:16,123 Di Indonesia, 404 00:27:16,203 --> 00:27:19,803 Puak Batak ada versi tersendiri mitos banjir global ini. 405 00:27:21,723 --> 00:27:23,323 TUHAN PENCIPTA 406 00:27:24,963 --> 00:27:28,723 Suatu ketika dahulu, Bumi menjadi tua dan kotor. 407 00:27:29,683 --> 00:27:32,963 Maka Dewa Pencipta Debata, menghantar banjir besar 408 00:27:33,043 --> 00:27:35,283 untuk membersihkan Bumi daripada hidupan. 409 00:27:36,843 --> 00:27:40,203 Pasangan manusia terakhir berlindung di gunung tertinggi. 410 00:27:40,963 --> 00:27:43,603 Semasa air hampir menenggelamkan mereka, 411 00:27:43,683 --> 00:27:46,043 Dewa bertaubat daripada memusnahkan manusia. 412 00:27:47,283 --> 00:27:49,243 Dia mencipta segumpal tanah, 413 00:27:49,843 --> 00:27:53,163 meletakkannya di atas banjir lalu membentuk pulau Indonesia 414 00:27:54,043 --> 00:27:55,803 dan pasangan itu terselamat. 415 00:27:57,283 --> 00:28:01,283 Pasangan itu beranak-pinak dan membentuk populasi Bumi semula 416 00:28:01,363 --> 00:28:03,803 lalu menjadi nenek moyang Puak Batak. 417 00:28:06,683 --> 00:28:11,123 Inilah kisah kiamat purba yang didengari berulang kali 418 00:28:11,203 --> 00:28:16,403 dalam tradisi dari seluruh dunia, diturunkan selama beribu-ribu tahun. 419 00:28:17,043 --> 00:28:19,683 Dalam Bible, menyebut tentang Noah. 420 00:28:20,483 --> 00:28:24,203 Kisah rakyat India juga menceritakan seorang nelayan, Manu, 421 00:28:24,283 --> 00:28:27,603 terselamat daripada bah besar setelah diberi amaran dewa. 422 00:28:28,403 --> 00:28:34,803 Dari Sumeria hingga Babylon, orang Yunani purba dan China, 423 00:28:35,483 --> 00:28:38,123 semua mempunyai versi yang serupa. 424 00:28:38,723 --> 00:28:41,203 Tanggapan kononnya semua kisah ini kebetulan 425 00:28:41,283 --> 00:28:44,923 dan dicipta bebas oleh budaya tertentu adalah tak munasabah. 426 00:28:47,643 --> 00:28:51,363 Semua cerita ini mungkin mengisahkan 427 00:28:51,443 --> 00:28:53,763 cerita yang diperturunkan setiap generasi 428 00:28:53,843 --> 00:28:55,403 yang terselamat. 429 00:28:55,483 --> 00:28:57,323 Ya. Peristiwa bencana besar dunia 430 00:28:57,403 --> 00:28:59,963 - melibatkan paras air naik pantas… - Ya. 431 00:29:00,043 --> 00:29:04,003 …memang berlaku dan tiba-tiba banjir besar seluruh dunia 432 00:29:04,083 --> 00:29:07,083 bukan lagi sekadar mitos, tapi menjadi satu memori. 433 00:29:07,163 --> 00:29:08,683 - Ya. - Kisah peristiwa sebenar. 434 00:29:11,683 --> 00:29:14,683 Saya kagum dengan sejarah purba Indonesia 435 00:29:15,603 --> 00:29:19,003 dan sejarah mula terpampang untuk kita di Gunung Padang. 436 00:29:19,923 --> 00:29:21,923 Namun, menurut cara arkeologi, 437 00:29:22,003 --> 00:29:25,643 pasti terdapat tentangan terhadap bukti baharu 438 00:29:25,723 --> 00:29:27,123 dan perkara itu bermasalah 439 00:29:27,203 --> 00:29:29,403 kerana sains patut terbuka untuk bukti baharu 440 00:29:29,483 --> 00:29:31,523 dan sedia mengubah tanggapan 441 00:29:31,603 --> 00:29:34,643 apabila bukti baharu mencadangkan ia harus diubah. 442 00:29:35,603 --> 00:29:38,763 Apakah reaksi yang awak terima daripada rakan arkeologi? 443 00:29:38,843 --> 00:29:41,483 - Mereka masih tak terima. - Ya. 444 00:29:41,563 --> 00:29:43,803 Saya kesal kerana ahli arkeologi 445 00:29:43,883 --> 00:29:47,083 atau penyelidik berhenti mengkaji. 446 00:29:47,643 --> 00:29:51,283 Menyedihkan kerana paling tidak, ada misteri menarik di sini 447 00:29:51,363 --> 00:29:53,643 dan ahli arkeologi patut beri perhatian. 448 00:29:53,723 --> 00:29:56,843 Kalau kami dapat buktikan dengan jelas, 449 00:29:56,923 --> 00:30:01,923 terima adanya tamadun maju manusia sebelum 11,000 SM, 450 00:30:02,003 --> 00:30:03,243 penemuan itu satu langkah besar. 451 00:30:06,283 --> 00:30:07,403 Saya telah berhujah 452 00:30:07,483 --> 00:30:11,243 bahawa bencana besar global terjadi pada 12,500 tahun lalu 453 00:30:12,843 --> 00:30:14,763 yang memusnahkan hampir semua hidupan. 454 00:30:15,723 --> 00:30:19,203 Kita hanya teringat memori kelam… 455 00:30:23,243 --> 00:30:25,723 yang diabaikan, "Tak, itu bukan memori. 456 00:30:26,483 --> 00:30:29,123 Hanya kisah rakyat. Mitos dan tradisi semata-mata." 457 00:30:30,003 --> 00:30:31,243 Saya rasa ia memori. 458 00:30:31,323 --> 00:30:33,763 Memori sebenarnya tentang peristiwa dahsyat 459 00:30:33,843 --> 00:30:36,643 menimpa nenek moyang kita pada akhir Zaman Ais. 460 00:30:37,243 --> 00:30:41,563 Terpelihara dalam legenda, seni dan batu. 461 00:30:42,403 --> 00:30:44,643 Bukan sekadar bah besar yang diceritakan. 462 00:30:45,523 --> 00:30:48,843 Ada juga kisah orang terselamat daripada bencana itu, 463 00:30:48,923 --> 00:30:53,043 pengembara bijaksana yang membentuk kelahiran semula manusia. 464 00:30:54,723 --> 00:30:57,083 Tradisi ini amat kuat 465 00:30:57,163 --> 00:30:58,723 dalam budaya purba sama 466 00:30:59,483 --> 00:31:02,923 yang mencipta piramid terbesar buatan manusia di Bumi. 467 00:31:04,243 --> 00:31:05,643 Di situlah destinasi saya 468 00:31:07,003 --> 00:31:08,603 dan tempatnya bukan di Mesir. 469 00:31:33,643 --> 00:31:38,643 Terjemahan sari kata oleh NH Azizan