1 00:00:06,083 --> 00:00:08,963 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:14,923 --> 00:00:17,683 Adakah kita spesies yang menghidap amnesia? 3 00:00:19,003 --> 00:00:22,523 Mungkinkah kita telah terlupa sebahagian penting sejarah kita? 4 00:00:24,563 --> 00:00:25,643 Saya Graham Hancock 5 00:00:25,723 --> 00:00:29,403 dan ramai ahli arkeologi membenci saya kerana cuba mengkajinya. 6 00:00:31,323 --> 00:00:34,683 Tanggapan bahawa hilangnya tamadun Zaman Ais yang maju 7 00:00:34,763 --> 00:00:38,683 sangat mengancam arkeologi arus perdana 8 00:00:38,763 --> 00:00:42,883 kerana ia melemahkan seluruh disiplin ini. 9 00:00:43,563 --> 00:00:45,603 Ia melenyapkan asasnya. 10 00:00:45,683 --> 00:00:47,163 Saya tak peduli tentangnya. 11 00:00:49,043 --> 00:00:52,443 Ada orang yang datang dan pengaruh mereka… 12 00:00:52,523 --> 00:00:53,363 PEMBICARA AUDIO SIAR 13 00:00:53,443 --> 00:00:55,803 …mengubah tanggapan orang lain. 14 00:00:55,883 --> 00:00:58,603 Graham Hancock ialah seorang lelaki 15 00:00:58,683 --> 00:01:01,523 yang banyak dicemuh… 16 00:01:01,603 --> 00:01:02,483 TEORI KARUT 17 00:01:02,563 --> 00:01:04,603 …dan kerjanya direndah-rendahkan… 18 00:01:04,683 --> 00:01:05,923 SAMPAH 19 00:01:06,003 --> 00:01:07,683 …tapi tetap tak berputus asa. 20 00:01:08,643 --> 00:01:11,323 Saya hanya mahu mempelajari masa silam 21 00:01:12,003 --> 00:01:16,323 demi melenyapkan kekaburan yang melitupi prasejarah. 22 00:01:16,403 --> 00:01:18,643 Semuanya kabur kerana tiada dokumen. 23 00:01:18,723 --> 00:01:22,363 Kita perlu bina gambaran masa lalu daripada serpihan bukti. 24 00:01:26,803 --> 00:01:30,843 Cerita rakyat, legenda dan mitos. 25 00:01:32,283 --> 00:01:35,123 Semua ini ialah bahan bukti yang penting. 26 00:01:37,003 --> 00:01:41,483 Antara mitologi yang paling bermisteri dan ketara dalam prasejarah 27 00:01:41,563 --> 00:01:45,363 disampaikan kepada kita menerusi budaya purba Mexico. 28 00:01:56,883 --> 00:02:02,083 TERSELAMAT KETIKA KEKACAUAN 29 00:02:06,323 --> 00:02:08,523 Sepanjang mencari tamadun yang hilang, 30 00:02:09,683 --> 00:02:14,403 saya merentasi lembah yang tandus dan gunung berapi yang mereneh. 31 00:02:16,003 --> 00:02:17,523 LAUTAN PASIFIK - MEXICO - TELUK MEXICO 32 00:02:17,603 --> 00:02:20,563 Ini wilayah Puebla, timur Kota Mexico. 33 00:02:20,643 --> 00:02:21,483 KOTA MEXICO 34 00:02:21,563 --> 00:02:26,363 Di sinilah terletaknya bandar yang paling lama dihuni, Cholula. 35 00:02:30,643 --> 00:02:34,603 Hari ini, sebuah metropolis moden dengan lebih 100,000 penduduk, 36 00:02:35,883 --> 00:02:38,923 ia menyimpan suatu rahsia purba. 37 00:02:42,963 --> 00:02:45,323 Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. 38 00:02:46,363 --> 00:02:48,683 Itu sememangnya benar di Mexico. 39 00:02:49,723 --> 00:02:53,883 Apabila penakluk Sepanyol tiba di Cholula pada tahun 1519, 40 00:02:53,963 --> 00:02:56,283 mereka membunuh penduduknya, 41 00:02:58,083 --> 00:03:00,603 bukan setakat menghapuskan budayanya, 42 00:03:00,683 --> 00:03:02,763 malah hampir semua kesan 43 00:03:02,843 --> 00:03:05,923 budaya purba leluhur telah dilenyapkan. 44 00:03:07,803 --> 00:03:09,763 Namun, pasti ada yang tertinggal. 45 00:03:11,203 --> 00:03:15,563 Pada awalnya, penakluk itu menyangka bahawa bukit ini hanya sekadar bukit, 46 00:03:15,643 --> 00:03:17,683 jadi mereka membina gereja di puncaknya. 47 00:03:18,603 --> 00:03:22,843 Namun, bukit ini bukan seperti yang dianggap. 48 00:03:23,643 --> 00:03:29,203 Ia sebenarnya monumen terbesar yang pernah dibina di dunia ini. 49 00:03:31,443 --> 00:03:34,083 Akan tetapi, pasti anda tak pernah dengar. 50 00:03:35,643 --> 00:03:37,923 Inilah Piramid Agung Cholula. 51 00:03:38,003 --> 00:03:40,763 PIRAMID AGUNG CHOLULA 52 00:03:41,563 --> 00:03:44,123 Selepas berabad-abad diabaikan dan dijarah, 53 00:03:44,203 --> 00:03:45,803 memang mustahil untuk faham 54 00:03:45,883 --> 00:03:49,123 kehebatannya yang pernah wujud di sini. 55 00:03:49,843 --> 00:03:53,403 Namun, kami ada gambaran rupanya pada zaman kegemilangan. 56 00:03:57,683 --> 00:04:00,683 Dianggarkan bahawa Piramid Agung Cholula 57 00:04:00,763 --> 00:04:05,643 setinggi 213 kaki, 65 meter. 58 00:04:06,763 --> 00:04:09,483 Bukti menunjukkan bahawa ia dibina 59 00:04:09,563 --> 00:04:13,003 untuk dewa purba Mexico yang menguasai hujan dan banjir, 60 00:04:13,083 --> 00:04:15,603 dikenali oleh orang Aztek sebagai Tlaloc. 61 00:04:17,283 --> 00:04:20,283 Dibina dengan lumpur dan bata jemur, 62 00:04:20,363 --> 00:04:23,603 piramid ini taklah setinggi Piramid Agung Giza di Mesir, 63 00:04:23,683 --> 00:04:27,683 tapi tiga kali ganda lebih besar, 64 00:04:27,763 --> 00:04:31,123 dengan ukuran tapak 400 kali 400 meter, 65 00:04:31,843 --> 00:04:34,123 seperti 30 padang bola sepak, 66 00:04:35,323 --> 00:04:37,363 menjadikannya monumen terbesar 67 00:04:37,443 --> 00:04:41,923 yang pernah dibina oleh mana-mana tamadun. 68 00:04:48,083 --> 00:04:50,523 Ahli arkeologi dapat tahu 69 00:04:50,603 --> 00:04:54,723 bahawa piramid itu siap dibina kira-kira lapan abad yang lalu, 70 00:04:54,803 --> 00:04:56,723 sekitar 1200 Masihi. 71 00:04:58,043 --> 00:05:01,883 Namun, apabila mereka membina terowong di dalam struktur binaan itu, 72 00:05:01,963 --> 00:05:05,443 mereka terkejut dengan perkara yang ditemukan di dalamnya. 73 00:05:10,563 --> 00:05:12,443 Terasa bagaikan tak nyata, 74 00:05:12,523 --> 00:05:14,923 memasuki piramid terbesar di muka bumi. 75 00:05:16,723 --> 00:05:18,923 Terdapat mural yang cantik 76 00:05:19,763 --> 00:05:23,483 dengan gambaran keadaan dan makhluk mitos… 77 00:05:25,723 --> 00:05:29,323 serta banyak lapisan binaan yang sungguh menawan. 78 00:05:32,523 --> 00:05:36,003 Apakah ada petunjuk tentang misteri terbesar tapak ini? 79 00:05:39,763 --> 00:05:42,043 Mungkinkah ini sebahagian legasi global 80 00:05:42,123 --> 00:05:46,363 peninggalan tamadun purba prasejarah yang maju? 81 00:05:51,723 --> 00:05:55,763 Saya bersama pakar ternama dunia tentang Piramid Agung Cholula, 82 00:05:56,683 --> 00:06:01,043 ahli antropologi dan arkeologi Universiti Calgary, Geoff McCafferty. 83 00:06:03,043 --> 00:06:06,603 Kita berada di dalam monumen terbesar 84 00:06:06,683 --> 00:06:08,443 yang pernah dibina pada zaman purba. 85 00:06:08,523 --> 00:06:09,643 UNIVERSITI CALGARY 86 00:06:09,723 --> 00:06:12,803 Perasaannya sama seperti memasuki gereja. 87 00:06:12,883 --> 00:06:17,323 Kita dapat rasakan aura kuasa itu. 88 00:06:19,043 --> 00:06:22,523 Terowong ini digali oleh ahli arkeologi Mexico. 89 00:06:23,163 --> 00:06:25,123 Panjang terowong ini lapan kilometer. 90 00:06:25,203 --> 00:06:27,763 - Dahsyat betul. Lapan kilometer? - Ya. 91 00:06:31,323 --> 00:06:32,843 Dengan terowong ini, 92 00:06:32,923 --> 00:06:35,603 ahli arkeologi menemukan sesuatu yang mempesonakan. 93 00:06:39,523 --> 00:06:42,163 Piramid Cholula ialah piramid terbaharu 94 00:06:42,243 --> 00:06:46,803 antara banyak lagi piramid purba lain yang tersembunyi di bawah. 95 00:06:51,963 --> 00:06:54,763 Di dalamnya, ada piramid yang lebih lama, 96 00:06:54,843 --> 00:06:57,363 dibina sekitar 800 Masihi 97 00:06:59,843 --> 00:07:02,763 dan di bawahnya, ada satu lagi 98 00:07:03,643 --> 00:07:07,083 yang dibina 200 hingga 500 tahun sebelumnya. 99 00:07:09,803 --> 00:07:13,203 Seperti sekumpulan patung kayu yang saiznya semakin kecil, 100 00:07:13,283 --> 00:07:17,243 kami tiba ke piramid yang pertama dan paling tua di sini, 101 00:07:18,163 --> 00:07:24,883 tetap besar dengan luas 120 meter persegi dan setinggi 17 meter. 102 00:07:31,363 --> 00:07:34,163 Bila pembinaan bermula di sini? 103 00:07:34,803 --> 00:07:38,523 Bukti pembinaan paling awal di kawasan ini 104 00:07:38,603 --> 00:07:40,483 adalah pada 500 tahun Sebelum Masihi. 105 00:07:43,443 --> 00:07:45,083 Piramidnya agak besar juga. 106 00:07:45,603 --> 00:07:49,083 Lama-kelamaan, ia berkembang 107 00:07:49,163 --> 00:07:51,443 dengan binaan lebih besar di atasnya. 108 00:07:53,123 --> 00:07:58,563 Projek membina piramid ini pasti dilakukan oleh banyak generasi 109 00:07:58,643 --> 00:08:03,523 selama 1,700 tahun, atau mungkin lebih lama, 110 00:08:05,163 --> 00:08:07,683 fakta yang kini diketahui ahli arkeologi. 111 00:08:10,243 --> 00:08:11,523 Namun, cendekiawan moden 112 00:08:11,603 --> 00:08:15,683 tak tahu apa-apa tentang arkitek asal 113 00:08:16,363 --> 00:08:18,803 atau sebab mereka membina piramid di sini. 114 00:08:21,483 --> 00:08:23,883 Itulah misteri yang menarik minat saya. 115 00:08:25,283 --> 00:08:27,523 Awak rasa ada sesuatu yang hilang 116 00:08:27,603 --> 00:08:31,963 daripada sejarah arkeologi Mexico purba? 117 00:08:32,043 --> 00:08:34,323 Saya bukannya nak terlebih dramatik, 118 00:08:34,403 --> 00:08:36,523 tapi pemahaman Cholula yang mendalam 119 00:08:36,603 --> 00:08:40,283 pasti akan mengubah tanggapan terhadap sejarah Mesoamerika. 120 00:08:41,923 --> 00:08:43,123 Bagaikan lohong hitam. 121 00:08:43,202 --> 00:08:45,243 Lohong hitam dalam sejarah Mexico. 122 00:08:47,683 --> 00:08:51,643 Awak rasa ada binaan lain di sini sebelum piramid pertama itu? 123 00:08:51,723 --> 00:08:54,643 Piramid itu dibina di atas mata air penting. 124 00:08:54,723 --> 00:08:55,563 Ya. 125 00:08:55,643 --> 00:08:58,683 Mata air itu melambangkan laluan ke alam ghaib, 126 00:08:58,763 --> 00:09:01,923 jadi jelas sekali itu ruang keramat 127 00:09:02,003 --> 00:09:04,203 yang juga merupakan tumpuan istiadat. 128 00:09:05,203 --> 00:09:06,963 Hakikat bahawa piramid itu struktur 129 00:09:07,043 --> 00:09:09,843 yang dipilih untuk dibina di situ bukan kebetulan. 130 00:09:11,283 --> 00:09:14,163 Sebaliknya, saya percaya ia satu petunjuk penting 131 00:09:14,243 --> 00:09:18,283 untuk memahami motivasi pembina asalnya, 132 00:09:18,363 --> 00:09:21,243 sebab seni bina begitu ada di seluruh dunia. 133 00:09:22,803 --> 00:09:24,403 Kami telah menemukan bukti 134 00:09:24,483 --> 00:09:29,003 piramid berteres yang serupa di Gunung Padang, Indonesia, 135 00:09:29,083 --> 00:09:31,523 yang mempunyai mata air keramat di tengahnya. 136 00:09:33,723 --> 00:09:38,323 Corak ini bukan saja ditemukan di Mexico atau Indonesia. 137 00:09:39,123 --> 00:09:41,643 Begitulah keadaannya dengan kamar bawah tanah 138 00:09:41,723 --> 00:09:43,283 di bawah Piramid Agung Giza. 139 00:09:43,363 --> 00:09:44,203 PIRAMID AGUNG GIZA MESIR 140 00:09:44,283 --> 00:09:48,443 Pada saya, itulah tempat keramat pertama di penara Giza 141 00:09:48,523 --> 00:09:51,563 dan piramid dibina di atas untuk memperingatinya. 142 00:09:52,403 --> 00:09:56,123 Piramid Matahari di Teotihuacán dibina di atas gua semula jadi. 143 00:09:56,203 --> 00:09:58,443 Mereka mengubah suai 144 00:09:58,523 --> 00:10:00,723 dan bina piramid di atasnya. 145 00:10:00,803 --> 00:10:03,043 Namun, tempat keramat itu wujud dulu, 146 00:10:03,123 --> 00:10:05,643 kemudian piramid menandakannya. 147 00:10:07,163 --> 00:10:09,003 Bermula dengan suatu tempat 148 00:10:09,083 --> 00:10:12,443 yang dianggap keramat, 149 00:10:12,523 --> 00:10:15,483 mempunyai tarikan istimewa yang dapat dirasai 150 00:10:15,563 --> 00:10:18,323 dan itulah yang menjadikannya penting. 151 00:10:24,403 --> 00:10:27,883 Piramid Agung Cholula mempunyai satu lagi ciri utama 152 00:10:27,963 --> 00:10:30,043 seperti piramid purba lain di dunia. 153 00:10:32,803 --> 00:10:34,603 Petunjuk tentang kamar rahsia. 154 00:10:38,363 --> 00:10:41,123 Tak lama selepas Sepanyol menakluk Mexico, 155 00:10:41,203 --> 00:10:45,363 seorang saksi yang boleh dipercayai, Paderi Bernardino de Sahagún, 156 00:10:45,443 --> 00:10:51,163 melaporkan yang Piramid Agung Cholula dipenuhi lombong dan gua di dalamnya. 157 00:10:54,123 --> 00:10:58,323 Hari ini, pengkaji moden telah mengesahkannya. 158 00:10:59,603 --> 00:11:03,603 Seorang bekas ahli arkeologi menemukan di dalam piramid itu 159 00:11:04,563 --> 00:11:05,643 satu ruang terbuka. 160 00:11:06,243 --> 00:11:08,043 Ada terowong yang membawa kepadanya. 161 00:11:08,123 --> 00:11:09,243 Ia tak diterbitkan. 162 00:11:09,323 --> 00:11:11,923 Saya tak tahu keadaannya sekarang. 163 00:11:12,003 --> 00:11:15,043 - Petunjuk yang menarik. - Benarkah? 164 00:11:15,123 --> 00:11:19,123 Ruang itu pernah digali? Pernahkah ia dimasuki semula? 165 00:11:19,923 --> 00:11:20,923 Rasanya tak. 166 00:11:23,203 --> 00:11:25,963 Kenapa kamar dalaman ini tak dimasuki semula? 167 00:11:27,563 --> 00:11:28,883 Apakah rahsianya 168 00:11:28,963 --> 00:11:31,923 berkenaan niat pembina asal? 169 00:11:33,763 --> 00:11:37,203 Bagaimanapun, hakikat bahawa Piramid Agung Cholula 170 00:11:37,283 --> 00:11:40,163 mempunyai kamar dalaman, 171 00:11:40,243 --> 00:11:43,003 seperti di Gunung Padang dan Giza… 172 00:11:43,083 --> 00:11:44,843 PIRAMID AGUNG GIZA MESIR 173 00:11:44,923 --> 00:11:48,203 …merupakan satu lagi ciri menarik yang ada pada binaan ini. 174 00:11:49,763 --> 00:11:50,883 Ada lagi. 175 00:11:52,243 --> 00:11:54,643 Memang telah diketahui bahawa struktur ini 176 00:11:54,723 --> 00:11:57,043 berorientasikan matahari terbenam 177 00:11:57,123 --> 00:11:59,803 - di solstis musim panas. - Betul. 178 00:12:00,403 --> 00:12:05,203 Matahari terbenam di sebelah barat di antara dua gunung berapi, 179 00:12:05,803 --> 00:12:08,843 jadi orientasinya memang berkaitan dengan solstis. 180 00:12:10,683 --> 00:12:17,403 Kita tahu orang asli Mesoamerika bergantung pada kitaran astronomi. 181 00:12:18,523 --> 00:12:23,123 Seperti kaum Mesir purba yang membina Piramid Agung Giza 182 00:12:23,203 --> 00:12:26,723 bagi menjajarkan utara astronomi dengan tepat. 183 00:12:29,123 --> 00:12:31,043 Hakikat bahawa piramid purba 184 00:12:31,123 --> 00:12:34,043 yang pembinanya tak pernah berhubung, 185 00:12:34,123 --> 00:12:37,483 tapi ada banyak persamaan merupakan satu misteri. 186 00:12:40,003 --> 00:12:42,003 Adakah ini hanya kebetulan? 187 00:12:43,043 --> 00:12:44,563 Saya tak rasa begitu. 188 00:12:45,163 --> 00:12:47,163 Pandangan umum yang arkeologi kemukakan 189 00:12:47,803 --> 00:12:50,483 ialah piramid dibina dengan bentuk begitu 190 00:12:50,563 --> 00:12:52,803 sebab itu cara termudah bina bangunan tinggi. 191 00:12:52,883 --> 00:12:53,723 ZIGURAT UR 192 00:12:54,683 --> 00:12:58,163 Masalahnya, struktur ini berkait di seluruh dunia 193 00:12:58,243 --> 00:13:00,683 dengan idea kerohanian yang khusus. 194 00:13:02,043 --> 00:13:04,243 Apa akan berlaku kepada kita selepas mati? 195 00:13:04,323 --> 00:13:07,123 Ini sentiasa berhubung dengan struktur piramid 196 00:13:07,203 --> 00:13:09,643 dan begitulah keadaannya sama ada di Mexico, 197 00:13:09,723 --> 00:13:11,443 di Mesir purba, 198 00:13:11,523 --> 00:13:14,883 Kemboja atau India sekalipun. 199 00:13:16,963 --> 00:13:20,683 Sesuatu yang berlawanan dengan pandangan arus perdana 200 00:13:21,323 --> 00:13:23,563 bahawa pelbagai tamadun manusia di dunia… 201 00:13:23,643 --> 00:13:24,723 PIRAMID MEROE 202 00:13:24,803 --> 00:13:27,043 …mencipta piramid sendiri. 203 00:13:28,643 --> 00:13:30,683 Pada pendapat saya, 204 00:13:30,763 --> 00:13:33,763 ada perkara lain yang berlaku di sebalik tabir. 205 00:13:36,483 --> 00:13:40,363 Mungkinkah kita menyaksikan pendedahan suatu rancangan luar biasa? 206 00:13:42,443 --> 00:13:45,643 Legasi bersama daripada tamadun dunia hilang 207 00:13:45,723 --> 00:13:48,763 yang memberikan benih dan sinar inspirasi 208 00:13:48,843 --> 00:13:51,003 sehingga berkembangnya tamadun lain. 209 00:13:55,843 --> 00:13:58,563 Saya tertanya-tanya akan kemungkinan 210 00:13:58,643 --> 00:14:01,363 bahawa projek pembinaan piramid di Cholula 211 00:14:01,963 --> 00:14:06,643 bermula lebih awal daripada yang ahli arkeologi percaya. 212 00:14:08,923 --> 00:14:10,683 Bagaimana dengan usia struktur? 213 00:14:10,763 --> 00:14:12,843 Ada pentarikhan karbon fasa awal? 214 00:14:12,923 --> 00:14:18,883 Tiada. Ada tembikar yang sama dengan tembikar lembangan Mexico 215 00:14:18,963 --> 00:14:21,323 sekitar 1,000 SM. 216 00:14:21,403 --> 00:14:24,003 Itu dapat meyakinkan kita tentang seluruh cerita? 217 00:14:24,083 --> 00:14:26,403 Saya rasa tak. 218 00:14:27,123 --> 00:14:29,563 Ada banyak kajian yang perlu dibuat 219 00:14:29,643 --> 00:14:31,683 - tentang prasejarah Mexico. - Ya. 220 00:14:35,563 --> 00:14:38,003 Saya tak menyangkal bukti arkeologi 221 00:14:38,083 --> 00:14:40,043 bahawa pembinaan monumen pertama 222 00:14:40,123 --> 00:14:42,523 di tapak Piramid Agung Cholula 223 00:14:42,603 --> 00:14:46,923 sekitar 2,300 tahun lalu, tapi ada piramid lebih lama di Mexico. 224 00:14:47,003 --> 00:14:49,283 PIRAMID LA VENTA 225 00:14:49,363 --> 00:14:50,403 PIRAMID CUICUILCO 226 00:14:50,483 --> 00:14:54,363 Perkara yang menarik saya ialah idea yang menguatkan semuanya. 227 00:14:56,363 --> 00:15:00,683 Pada 1519, sewaktu penakluk Sepanyol tiba, 228 00:15:00,763 --> 00:15:04,163 Piramid Agung Cholula menjadi kopak-kapik. 229 00:15:05,963 --> 00:15:09,363 Namun, apabila mereka sedar bahawa itu bukan sekadar bukit 230 00:15:09,443 --> 00:15:11,563 dan bertanya siapa yang membinanya, 231 00:15:11,643 --> 00:15:14,963 penduduk tempatan menceritakan sebuah legenda luar biasa. 232 00:15:16,363 --> 00:15:17,803 Menurut mitos, 233 00:15:17,883 --> 00:15:21,003 Piramid Agung Cholula dibina oleh bangsa gergasi. 234 00:15:24,763 --> 00:15:28,363 Pada suatu masa dahulu, terdapat gergasi di Mexico purba, 235 00:15:29,203 --> 00:15:35,563 sampailah dewa hujan, Tlaloc, murka dan hapuskan mereka dengan banjir besar. 236 00:15:36,683 --> 00:15:39,043 Hanya tujuh gergasi terselamat. 237 00:15:40,483 --> 00:15:46,363 Disebabkan takut banjir kedua menyusul, Xelhua, si gergasi arkitek, 238 00:15:46,443 --> 00:15:47,643 pergi ke Cholula. 239 00:15:47,723 --> 00:15:49,483 Dengan bantuan penduduknya, 240 00:15:49,563 --> 00:15:52,563 mereka membina gunung buatan besar daripada batu-bata, 241 00:15:54,123 --> 00:15:55,083 sebuah piramid, 242 00:15:56,003 --> 00:15:59,323 dan menjadikannya lambang pujaan terhadap Tlaloc, dewa hujan. 243 00:16:02,603 --> 00:16:05,523 Ahli arkeologi menganggapnya satu kisah dongeng, 244 00:16:06,443 --> 00:16:09,323 tapi pada saya, jika kita tak mengendahkannya, 245 00:16:09,403 --> 00:16:11,723 kita mungkin kehilangan petunjuk penting 246 00:16:11,803 --> 00:16:14,083 kepada asal usul tempat hebat ini. 247 00:16:16,443 --> 00:16:18,203 Mungkin arkitek 248 00:16:18,283 --> 00:16:20,803 yang muncul di Cholula selepas banjir besar itu 249 00:16:20,883 --> 00:16:22,603 bukannya gergasi sasa, 250 00:16:23,763 --> 00:16:25,803 tapi gergasi bijak 251 00:16:25,883 --> 00:16:29,523 daripada tamadun maju yang hilang dalam sejarah. 252 00:16:34,163 --> 00:16:36,723 Buktinya tentu sukar dicari 253 00:16:37,963 --> 00:16:42,483 kerana seperti di Cholula, monumen purba biasanya terletak 254 00:16:42,563 --> 00:16:45,883 di atas binaan lama juga 255 00:16:45,963 --> 00:16:47,643 yang mengaburkan asal usulnya. 256 00:16:50,483 --> 00:16:52,563 Sekitar dua jam perjalanan ke barat laut, 257 00:16:54,403 --> 00:16:57,443 satu lagi tapak luar biasa memberikan saya petunjuk. 258 00:17:04,603 --> 00:17:07,603 Di atas bukit yang berbentuk unik ini, 259 00:17:07,683 --> 00:17:11,203 terdapat sebuah kompleks Aztek purba yang bernama Texcotzingo. 260 00:17:19,963 --> 00:17:23,122 Di Texcotzingo, kami temukan sebuah piramid lagi, 261 00:17:23,723 --> 00:17:26,603 tapi piramid semula jadi. 262 00:17:28,003 --> 00:17:29,923 Mudah untuk faham sebab tempat ini 263 00:17:30,003 --> 00:17:33,203 mempunyai magnetisme kuat terhadap binaan purba itu. 264 00:17:35,203 --> 00:17:38,043 Piramid penting di Mexico purba. 265 00:17:39,403 --> 00:17:41,563 Di sini, pada abad ke-15, 266 00:17:41,643 --> 00:17:46,123 orang Aztek membina rangkaian teres taman dan kolam yang luar biasa 267 00:17:47,483 --> 00:17:50,203 dan mempunyai akueduk 268 00:17:50,283 --> 00:17:54,523 yang menyalurkan air dari empangan di puncak gunung. 269 00:17:56,243 --> 00:18:00,683 Seperti Taman Tergantung Babylon, gaya Mesoamerika. 270 00:18:02,963 --> 00:18:06,003 Namun yang menariknya, daripada kajian saya, 271 00:18:06,083 --> 00:18:09,603 semuanya dibina untuk dewa purba sama 272 00:18:09,683 --> 00:18:12,763 yang berkaitan dengan piramid awal di Cholula… 273 00:18:14,523 --> 00:18:21,123 Tlaloc, dewa hujan dan banjir, yang kultusnya menguasai Aztek. 274 00:18:24,003 --> 00:18:25,963 Ahli arkeologi percaya bahawa Aztek 275 00:18:26,043 --> 00:18:28,923 merupakan yang pertama menemukan Texcotzingo, 276 00:18:29,803 --> 00:18:32,483 tapi mungkinkah tapak hebat ini lebih tua? 277 00:18:36,803 --> 00:18:39,163 Penakluk Sepanyol tak mengendahkan 278 00:18:39,243 --> 00:18:42,563 bahawa Texcotzingo merupakan hasil binaan Aztek 279 00:18:44,283 --> 00:18:47,603 dan itulah pandangan kebanyakan ahli arkeologi. 280 00:18:48,963 --> 00:18:53,523 Namun, bagaimana jika orang Aztek hanya mengubah suai dan menambah baik 281 00:18:53,603 --> 00:18:56,803 sesuatu yang dicipta oleh suatu tamadun lebih awal? 282 00:18:59,843 --> 00:19:05,403 Penulis, Marco Vigato, percaya itulah yang berlaku menurut bukti. 283 00:19:06,803 --> 00:19:07,643 MARCO VIGATO PENULIS, "EMPAYAR ATLANTIS" 284 00:19:07,723 --> 00:19:10,323 Tapak ini diubah suai dalam tempoh masa yang lama. 285 00:19:10,403 --> 00:19:13,363 Batu itu ialah batu porfir yang sangat keras. 286 00:19:13,443 --> 00:19:15,483 Jika kita lihat di sekitar ini, 287 00:19:15,563 --> 00:19:18,963 permukaan batu itu berlekuk-lekuk. 288 00:19:19,603 --> 00:19:22,683 Sebahagian tapak itu jelas menunjukkan kesan hakisan 289 00:19:22,763 --> 00:19:24,683 selama ribuan tahun, 290 00:19:24,763 --> 00:19:28,163 padahal ini jenis batu yang sangat keras. 291 00:19:30,403 --> 00:19:33,923 Pada pendapat awak, orang Aztek yang datang lebih lambat, 292 00:19:34,563 --> 00:19:39,403 tapi mereka menemukan tapak ini telah mula dibina, 293 00:19:39,483 --> 00:19:41,003 lalu mengambil alih 294 00:19:41,083 --> 00:19:42,843 - dan meneruskannya. - Betul. 295 00:19:43,723 --> 00:19:45,443 Itu pendapat yang radikal. 296 00:19:47,003 --> 00:19:49,723 Mungkinkah suatu budaya lebih tua telah menyingkirkan 297 00:19:49,803 --> 00:19:53,283 ciri-ciri yang lebih luar biasa di sisi bukit ini? 298 00:19:55,603 --> 00:19:58,683 Seperti batu-batu besar berlekuk yang melekat di tanah ini. 299 00:20:01,883 --> 00:20:04,923 Kamar ini pula dipotong daripada batuan dasar. 300 00:20:07,643 --> 00:20:10,483 Kemungkinan besar tapak ini wujud sebelum Aztek. 301 00:20:10,563 --> 00:20:12,843 Ia dihuni dan digunakan semula. 302 00:20:14,723 --> 00:20:17,883 Itu satu kesimpulan yang ahli arkeologi akan sangkal, 303 00:20:17,963 --> 00:20:20,283 tapi ada bukti relevan boleh dipertimbangkan. 304 00:20:22,363 --> 00:20:26,443 Tak berapa jauh dari situ, di dasar sungai kering di kaki gunung, 305 00:20:26,523 --> 00:20:29,963 sebuah patung Tlaloc si dewa hujan yang besar ditemukan. 306 00:20:31,763 --> 00:20:35,923 Arca batu terbesar di seluruh Amerika. 307 00:20:40,243 --> 00:20:44,083 Ahli arkeologi mengatakan bahawa ia dibina sekitar 700 Masihi, 308 00:20:45,523 --> 00:20:48,603 lama sebelum Aztek menguasai tanah ini. 309 00:20:51,123 --> 00:20:53,963 Itulah bukti bahawa Tlaloc, dewa hujan, 310 00:20:54,043 --> 00:20:57,683 telah lama disembah oleh kaum dahulu di kawasan ini, 311 00:20:57,763 --> 00:21:00,603 mungkin dengan beberapa nama berbeza, 312 00:21:00,683 --> 00:21:04,163 selama hampir 1,000 tahun atau lebih lama. 313 00:21:08,963 --> 00:21:12,363 Sebenarnya, Tlaloc, suatu watak mitos, 314 00:21:12,443 --> 00:21:13,803 telah wujud 315 00:21:13,883 --> 00:21:16,803 pada tamadun-tamadun awal di Mexico prasejarah. 316 00:21:20,243 --> 00:21:21,523 Bukan satu sahaja. 317 00:21:21,603 --> 00:21:23,243 SAYA AKAN MENCARI JALAN 318 00:21:23,323 --> 00:21:26,883 Banjir sedunia yang dihantar oleh dewa hujan membawa kepada 319 00:21:26,963 --> 00:21:31,043 kemunculan watak paling menarik dalam mitologi Mexico… 320 00:21:33,003 --> 00:21:34,403 Quetzalcoatl. 321 00:21:38,163 --> 00:21:39,883 Selepas Banjir Besar, 322 00:21:39,963 --> 00:21:43,443 kelibat misteri dari timur berlabuh di pantai Mexico 323 00:21:44,163 --> 00:21:49,163 dengan sampan tanpa pendayung dan dikatakan dibawa oleh ular. 324 00:21:50,803 --> 00:21:53,123 Namanya Quetzalcoatl 325 00:21:53,683 --> 00:21:55,603 yang bermaksud "ular berbulu". 326 00:21:56,403 --> 00:22:01,003 Dia dan pengikutnya mengajar orang kampung cara bercucuk tanam dan menternak haiwan. 327 00:22:02,963 --> 00:22:04,403 Dia perkenalkan undang-undang 328 00:22:04,483 --> 00:22:08,123 dan mengajar mereka seni bina, astronomi dan seni. 329 00:22:08,763 --> 00:22:10,523 Mereka memujanya sebagai dewa. 330 00:22:13,083 --> 00:22:17,203 Namun, selepas diusir secara zalim oleh pengikut dewa perang Mexico, 331 00:22:17,843 --> 00:22:23,443 Quetzalcoatl belayar ke arah timur dan berjanji bahawa dia akan kembali. 332 00:22:29,923 --> 00:22:35,203 Legenda Quetzalcoatl diceritakan generasi demi generasi hingga kini. 333 00:22:38,083 --> 00:22:41,443 Kami dapat gambaran seseorang yang berjambang tebal. 334 00:22:42,003 --> 00:22:46,043 Suaranya seperti orang asing dari seberang lautan 335 00:22:46,123 --> 00:22:49,363 dan membawa anugerah ketamadunan. 336 00:22:53,403 --> 00:22:57,643 Saya sangat takjub kerana sering mendengar cerita ini 337 00:22:58,483 --> 00:23:02,523 daripada bangsa yang tiada kaitan dengan Mexico purba. 338 00:23:08,163 --> 00:23:10,883 Jalan ceritanya semua sama. Ada bencana besar. 339 00:23:12,403 --> 00:23:17,643 Dunia menjadi gelap, banjir dan huru-hara di semua tempat. 340 00:23:17,723 --> 00:23:19,163 Masyarakat terhapus. 341 00:23:23,283 --> 00:23:27,723 Kemudian, munculnya seseorang dari kegelapan yang tahu 342 00:23:27,803 --> 00:23:31,043 akan perkara yang diperlukan untuk membina tamadun. 343 00:23:31,923 --> 00:23:35,643 Dia mengajar semua yang terselamat daripada bencana itu 344 00:23:35,723 --> 00:23:37,603 cara membina semula tamadun. 345 00:23:39,963 --> 00:23:43,883 Dalam mitologi purba Yunani, Titan Prometheus 346 00:23:44,443 --> 00:23:48,763 yang berkongsi dengan manusia rahsia api selepas banjir besar. 347 00:23:51,283 --> 00:23:53,123 Di Andes Amerika Selatan, 348 00:23:53,203 --> 00:23:58,163 tamadun sebelum Inca menggambarkan sosok berjubah dan berjanggut bernama Viracocha, 349 00:23:59,163 --> 00:24:01,163 yang muncul dari tasik besar 350 00:24:01,243 --> 00:24:05,403 dan mengajar penduduk tempatan cara membina hasil seni batu 351 00:24:05,483 --> 00:24:07,163 yang masih wujud hingga kini. 352 00:24:08,563 --> 00:24:12,963 Di Pasifik juga, cerita legenda Polinesia tentang Maui, 353 00:24:13,043 --> 00:24:16,763 yang mencipta pulau dengan menariknya dari dasar laut 354 00:24:17,763 --> 00:24:21,243 dan mengajar orang pulau itu menggunakan alat tukang batu 355 00:24:21,803 --> 00:24:23,323 dan memasak makanan. 356 00:24:27,003 --> 00:24:29,723 Ahli arkeologi kata wira ketamadunan ini 357 00:24:29,803 --> 00:24:33,923 hanyalah rekaan purba semata-mata, 358 00:24:34,643 --> 00:24:37,483 tapi persamaannya sukar diabaikan. 359 00:24:38,163 --> 00:24:42,683 Bagaimana jika kenyataan ini tentang orang terselamat pada tamadun maju 360 00:24:42,763 --> 00:24:45,563 yang hilang akibat bencana banjir dan api 361 00:24:45,643 --> 00:24:48,043 yang telah berlaku pada hujung Zaman Ais? 362 00:24:55,643 --> 00:24:57,323 Mitos Mexico 363 00:24:57,403 --> 00:24:59,963 dan cerita Quetzalcoatl khususnya 364 00:25:00,523 --> 00:25:03,723 terikat kepada suatu detik huru-hara. 365 00:25:05,363 --> 00:25:08,243 Marco percaya ada catatan tentangnya. 366 00:25:08,323 --> 00:25:10,843 Hanya beberapa jam ke selatan Kota Mexico, 367 00:25:12,643 --> 00:25:14,923 di kawasan kuil purba Xochicalco. 368 00:25:18,803 --> 00:25:22,763 Seperti Cholula, kota ini dibina oleh bangsa asli 369 00:25:22,843 --> 00:25:26,483 yang tak berapa dikenali pada abad ketujuh selepas Masihi. 370 00:25:28,203 --> 00:25:30,923 Di sini, ada serpihan dua piramid besar. 371 00:25:32,283 --> 00:25:34,483 Satu untuk dewa hujan 372 00:25:35,163 --> 00:25:41,363 dan satu lagi untuk wira tamadun Mexico, Quetzalcoatl. 373 00:25:44,443 --> 00:25:49,043 Saya datang untuk mengkaji lebih lanjut tentang watak-watak mitos tersebut. 374 00:25:51,043 --> 00:25:55,243 Bagi para ahli arkeologi, mitos selalunya rekaan dan tak lengkap. 375 00:25:56,043 --> 00:25:59,523 Mereka mengabaikannya dalam mengkaji sejarah. 376 00:26:00,883 --> 00:26:03,963 Namun, di Xochicalco, sesetengah pengkaji cuba 377 00:26:04,043 --> 00:26:05,683 untuk menghasilkan catatan kekal 378 00:26:05,763 --> 00:26:08,723 tentang mitos paling penting di Mexico purba. 379 00:26:09,683 --> 00:26:13,843 Catatan yang akan memelihara perkara yang dilupakan pada zaman prasejarah. 380 00:26:16,883 --> 00:26:20,083 Pada empat tiang yang mengelilingi kuil Quetzalcoatl 381 00:26:20,163 --> 00:26:22,483 ialah ukiran rumit dewa ini 382 00:26:22,563 --> 00:26:25,323 dengan rupanya dalam bentuk ular berbulu. 383 00:26:28,123 --> 00:26:32,403 Jelas sekali, dia merupakan entiti penting pada zaman 700 Masihi. 384 00:26:34,763 --> 00:26:39,043 Namun, Marco percaya bahawa ukiran glif pada batu itu 385 00:26:39,123 --> 00:26:42,523 mungkin mendedahkan butiran yang hilang daripada cerita asal. 386 00:26:44,123 --> 00:26:45,443 Apa hebatnya kuil ini? 387 00:26:45,523 --> 00:26:48,883 Jadi, di bahagian bawah piramid ini, 388 00:26:48,963 --> 00:26:52,923 ada gambaran ketibaan Quetzalcoatl 389 00:26:53,003 --> 00:26:55,443 yang dipaparkan pada tiga sisi… 390 00:26:55,523 --> 00:26:57,083 - Ya. - …piramid ini 391 00:26:57,163 --> 00:27:01,403 sampailah kepada glif pertama yang penting di sini. 392 00:27:01,483 --> 00:27:04,723 Itu pula ialah kuil terbakar. 393 00:27:04,803 --> 00:27:07,123 Terdapat kepulan asap serta api. 394 00:27:07,203 --> 00:27:09,643 - Nampak sedang terbakar. - Betul. 395 00:27:09,723 --> 00:27:12,083 Bagaimana dengan ular di sekelilingnya? 396 00:27:12,163 --> 00:27:14,363 Apa maknanya dalam konteks ini? 397 00:27:14,443 --> 00:27:16,683 Ini ekor ular. 398 00:27:16,763 --> 00:27:19,603 - Ya. - Ular itu melilit kuil terbakar ini. 399 00:27:19,683 --> 00:27:22,203 Nampak macam ombak melanggar… 400 00:27:22,283 --> 00:27:24,603 - Okey. - …kuil ini dari tepi. 401 00:27:24,683 --> 00:27:28,563 Kita dapat melihatnya seperti sebuah pulau. 402 00:27:29,203 --> 00:27:31,843 Jadi, ada kuil yang berapi 403 00:27:31,923 --> 00:27:34,043 dan ombak melanggarnya? 404 00:27:34,123 --> 00:27:35,443 - Betul. - Ya. 405 00:27:38,243 --> 00:27:40,683 Tafsirkan gambaran ini pula, Marco. 406 00:27:40,763 --> 00:27:43,723 Ini sesuatu yang berkuasa sedang duduk, 407 00:27:43,803 --> 00:27:46,523 rupanya macam sekawan ular 408 00:27:46,603 --> 00:27:51,123 sedang menuju ke arah kuil berapi itu. 409 00:27:51,843 --> 00:27:54,963 Ini pula gambaran bencana 410 00:27:55,043 --> 00:28:00,403 yang berlaku di suatu tempat. Di situlah Quetzalcoatl terselamat. 411 00:28:00,483 --> 00:28:05,483 Terdapat idea bahawa dewa itu datang dari tanah yang telah musnah. 412 00:28:05,563 --> 00:28:09,763 Ini pula ketibaan Dewa Quetzalcoatl di Mexico 413 00:28:09,843 --> 00:28:12,363 sebagai pengasas tamadun Mesoamerika. 414 00:28:13,363 --> 00:28:16,443 Ini satu babad berkenaan sejarah yang tak diketahui. 415 00:28:22,403 --> 00:28:27,683 Tafsiran Marco bahawa glif kuil itu ialah gambaran huru-hara zaman purba 416 00:28:27,763 --> 00:28:30,283 menyangkal semua pandangan arkeologi. 417 00:28:31,563 --> 00:28:34,643 Namun, itu tak bermakna dia silap. 418 00:28:36,523 --> 00:28:40,243 Kuil Ular Berbulu berusia kira-kira 1,300 tahun 419 00:28:40,323 --> 00:28:42,643 dan betullah kata para ahli arkeologi 420 00:28:42,723 --> 00:28:45,723 bahawa tiada bencana sedunia pada zaman itu 421 00:28:45,803 --> 00:28:48,403 yang dapat menginspirasikan mitos Quetzalcoatl. 422 00:28:48,963 --> 00:28:50,763 Ada perkara terlepas pandang. 423 00:28:50,843 --> 00:28:54,003 Tradisi ini lebih lama daripada kuil itu. 424 00:28:54,083 --> 00:28:56,043 Selama mana? Tiada sesiapa tahu. 425 00:28:56,123 --> 00:29:00,243 Namun, ada satu zaman prasejarah yang padan dengannya. 426 00:29:02,163 --> 00:29:06,683 Ahli geologi mengesahkan bahawa ada suatu bencana purba. 427 00:29:07,523 --> 00:29:10,123 Zaman bencana dan banjir besar 428 00:29:10,203 --> 00:29:14,683 yang kesannya sama besar di sini seperti di seluruh dunia 429 00:29:16,883 --> 00:29:22,803 pada penghujung Zaman Ais, kira-kira 12,800 tahun yang lalu. 430 00:29:23,643 --> 00:29:28,523 Mungkinkah kisah ketibaan Quetzalcoatl adalah pada waktu itu? 431 00:29:34,603 --> 00:29:38,483 Saya tak persoalkan usia struktur itu. 432 00:29:38,563 --> 00:29:42,963 Semua ini ialah cerita yang jauh lebih lama ke belakang. 433 00:29:43,763 --> 00:29:46,083 Sayangnya, apa yang kurang dalam arkeologi 434 00:29:46,163 --> 00:29:47,603 ialah arkeologi idea. 435 00:29:47,683 --> 00:29:51,323 Mereka terlalu fokus kepada usia sesuatu binaan 436 00:29:51,403 --> 00:29:53,403 tanpa mempedulikan idea yang tersirat. 437 00:29:53,483 --> 00:29:54,323 Betul. 438 00:29:56,763 --> 00:29:58,203 Jika kita melihat kembali 439 00:29:58,283 --> 00:30:01,683 melangkaui batasan arkeologi, 440 00:30:01,763 --> 00:30:04,523 barulah mitos itu akan masuk akal, 441 00:30:04,603 --> 00:30:07,283 bukan kenyataan rekaan dan bayangan semata-mata, 442 00:30:07,363 --> 00:30:10,283 tapi keterangan sebenar tentang sejarah yang dilupakan. 443 00:30:14,443 --> 00:30:17,923 Ahli arkeologi menolak pendapat sebegitu, 444 00:30:19,763 --> 00:30:21,923 tetapi saya tak boleh mengabaikan 445 00:30:22,003 --> 00:30:25,883 betapa luas kisah wira-wira tamadun ini telah tersebar. 446 00:30:27,443 --> 00:30:29,843 Kadangkala dewa, ataupun manusia 447 00:30:31,043 --> 00:30:33,883 yang muncul ketika huru-hara selepas bencana besar. 448 00:30:35,603 --> 00:30:37,283 Mengajar kemahiran pertanian, 449 00:30:37,363 --> 00:30:40,843 seni bina, kejuruteraan dan astronomi kepada mangsa terselamat. 450 00:30:42,603 --> 00:30:43,523 Dalam tradisi ini, 451 00:30:43,603 --> 00:30:47,403 saya percaya kesan tamadun yang hilang boleh ditemukan kembali. 452 00:30:49,043 --> 00:30:54,483 Jadi, di mana tamadun hilang ini bertapak sebelum bencana yang memusnahkannya? 453 00:30:55,523 --> 00:30:59,403 Terdapat banyak kemungkinan yang tak pernah dipertimbangkan. 454 00:30:59,483 --> 00:31:02,803 Sebab seperti yang kita lihat, pada kemuncak Zaman Ais… 455 00:31:02,883 --> 00:31:03,723 JAWA 456 00:31:03,803 --> 00:31:05,563 …rupa planet ini amat berbeza. 457 00:31:05,643 --> 00:31:06,483 SUNDALAND - TELUK BENGAL - LAUTAN HINDI 458 00:31:07,123 --> 00:31:10,643 Namun, banyak lagi petunjuk sedang menanti di seluruh dunia. 459 00:31:11,683 --> 00:31:14,003 Di sana, seperti di Cholula, 460 00:31:14,083 --> 00:31:17,163 banyak kuil besar dipercayai dibina 461 00:31:17,243 --> 00:31:19,003 oleh bangsa gergasi purba 462 00:31:20,243 --> 00:31:26,163 di pulau yang dahulunya bukan pulau, di tengah-tengah Laut Mediterranean. 463 00:31:26,243 --> 00:31:28,923 Itulah hala tuju saya yang seterusnya, 464 00:31:29,003 --> 00:31:31,483 persoalan besar pada batu itu. 465 00:31:32,323 --> 00:31:35,283 Batu Malta yang bermisteri. 466 00:32:01,643 --> 00:32:06,643 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi