1 00:00:06,083 --> 00:00:08,963 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:17,323 --> 00:00:19,723 Jika awak cari nama saya di Wikipedia… 3 00:00:19,843 --> 00:00:24,643 …saya dikenali sebagai ahli arkeologi semu atau ahli sains semu. 4 00:00:24,723 --> 00:00:26,163 TEORI SAINS SEMU 5 00:00:26,243 --> 00:00:28,043 Saya dapati ia mengarut. 6 00:00:28,923 --> 00:00:32,723 Jika saya ahli sains semu, maka ikan lumba-lumba ikan semu. 7 00:00:35,323 --> 00:00:37,162 Saya wartawan penyiasatan. 8 00:00:37,723 --> 00:00:41,363 Tugas saya adalah menyiasat perkara rasmi. 9 00:00:42,723 --> 00:00:44,003 Apakah perkara lalu 10 00:00:44,083 --> 00:00:47,403 yang tak dijelaskan oleh model prasejarah sedia ada? 11 00:00:49,483 --> 00:00:51,883 Anomali dan paradoks amat menarik. 12 00:00:53,763 --> 00:00:57,203 Itulah yang membawa saya ke Bahamas. 13 00:01:07,803 --> 00:01:13,243 BAYANGAN DUNIA YANG TENGGELAM 14 00:01:14,643 --> 00:01:18,643 Saya tertarik dengan kawasan yang masih belum diterokai sepenuhnya. 15 00:01:18,723 --> 00:01:21,363 Saya habiskan bertahun menyelam di pentas benua 16 00:01:21,443 --> 00:01:23,603 kerana ada tanah seluas 10 juta batu persegi 17 00:01:23,683 --> 00:01:26,843 yang dahulunya daratan pada Zaman Ais tapi kini tenggelam. 18 00:01:28,203 --> 00:01:31,043 Termasuklah di sini, di Bahamas. 19 00:01:32,323 --> 00:01:34,643 Ini Kepulauan Bimini. 20 00:01:37,083 --> 00:01:37,923 TELUK MEXICO LAUT ATLANTIK 21 00:01:38,003 --> 00:01:40,123 Kurang dari 60 batu dari pantai Miami, 22 00:01:41,163 --> 00:01:43,603 Bimini dipisahkan dari tanah besar Amerika 23 00:01:43,683 --> 00:01:47,123 oleh terusan air dalam dikenali sebagai Selat Florida. 24 00:01:47,203 --> 00:01:48,403 FLORIDA - SELAT FLORIDA - BIMINI 25 00:01:50,323 --> 00:01:53,603 Anda mungkin fikir di sini bukan kawasan 26 00:01:53,683 --> 00:01:56,243 untuk mencari petunjuk tamadun yang hilang, 27 00:01:56,323 --> 00:02:00,003 tapi sesuatu yang menakjubkan berjaya ditemui di bawah ini. 28 00:02:03,723 --> 00:02:08,043 Setengah batu dari pinggir laut, tak jauh alir Arus Teluk, 29 00:02:08,123 --> 00:02:11,883 terdapat sebuah struktur agam batu-batu gergasi yang diatur… 30 00:02:14,962 --> 00:02:18,563 yang kelihatan seperti jalan megalit atau teres berturap… 31 00:02:18,643 --> 00:02:21,723 JALAN BIMINI 32 00:02:21,803 --> 00:02:25,563 …dan dari situlah ia digelar sebagai "Jalan Bimini." 33 00:02:28,803 --> 00:02:29,843 ATLANTIS DI BAHAMAS? 34 00:02:29,923 --> 00:02:33,443 Ia ditemui buat pertama kali pada 1968 oleh sekumpulan penyelam 35 00:02:33,523 --> 00:02:37,123 yang mencari kota dongeng Atlantis yang hilang 36 00:02:37,203 --> 00:02:38,923 di dalam laut Bahamas. 37 00:02:39,003 --> 00:02:40,203 PERAIRAN BIMINI MENUNJUKKAN TANDA DUNIA YANG HILANG 38 00:02:41,683 --> 00:02:44,803 Dalam keterujaan mereka, mereka mengumumkan 39 00:02:44,883 --> 00:02:47,643 yang mereka berjaya menemui jalan ke Atlantis. 40 00:02:47,723 --> 00:02:48,723 ATLANTIS DITEMUI 41 00:02:48,803 --> 00:02:52,043 Kota Atlantis ini dikatakan wujud pada 8000 SM 42 00:02:52,123 --> 00:02:55,923 dan dipercayai menyerang Athens. Tamadun Greek masih belum wujud. 43 00:02:56,003 --> 00:02:57,803 Ini tak masuk akal. 44 00:02:57,883 --> 00:02:58,763 PENEMUAN KOTA KARAM OLEH AHLI SAINS 45 00:02:58,843 --> 00:03:01,483 Kisah ini tak mengandungi bukti sejarah. 46 00:03:01,563 --> 00:03:03,003 APAKAH IA JIKA BUKAN ATLANTIS? MENCARI BENUA HILANG 47 00:03:03,083 --> 00:03:08,523 Seperti yang dijangka, kisah Atlantis ini menyebabkan ahli arkeologi untuk menolak 48 00:03:08,603 --> 00:03:11,283 penemuan yang kelihatan seperti struktur megalit… 49 00:03:11,363 --> 00:03:12,563 KEBINGUNGAN GEOLOGI: ATLANTIS ATAU SAMPAH ALAM? 50 00:03:12,643 --> 00:03:14,443 …sebagai kisah digembar-gemburkan. 51 00:03:18,403 --> 00:03:21,003 Sehingga ke hari ini, ahli arkeologi percaya 52 00:03:21,083 --> 00:03:25,443 bahawa bentukan ini sekadar hamparan batu pantai 53 00:03:26,723 --> 00:03:30,443 yang terbentuk secara semula jadi sekitar 3,000 tahun lalu. 54 00:03:32,763 --> 00:03:35,203 Enggan mempertaruhkan reputasi mereka, 55 00:03:35,283 --> 00:03:38,363 tak ramai sarjana yang menyiasat dengan serius. 56 00:03:39,763 --> 00:03:41,923 Saya tiada sebarang kekangan. 57 00:03:43,203 --> 00:03:44,323 Sama ada struktur ini 58 00:03:44,403 --> 00:03:47,643 sebahagian daripada kota dalam air atau sebaliknya, 59 00:03:48,803 --> 00:03:51,403 tak wajar untuk mengabaikannya begitu sahaja. 60 00:03:56,843 --> 00:03:58,443 Sebab itulah saya ke sini 61 00:03:58,523 --> 00:04:01,163 bersama sepasukan pakar dan teknologi canggih 62 00:04:01,803 --> 00:04:03,963 untuk menyiasat semula kes ini. 63 00:04:06,123 --> 00:04:08,803 Teman selam saya ialah Dr. Michael Haley… 64 00:04:09,443 --> 00:04:11,043 Berikan saya topeng. 65 00:04:11,603 --> 00:04:14,883 …seorang ahli biologi laut yang meneroka laut Caribbean 66 00:04:14,963 --> 00:04:16,763 selama lebih 40 tahun. 67 00:04:33,523 --> 00:04:35,123 Graham, kita berenang di sini. 68 00:04:37,643 --> 00:04:41,363 Jalan Bimini cuma sepanjang 18 kaki, 69 00:04:41,443 --> 00:04:43,763 lima meter setengah, di bawah permukaan. 70 00:04:45,603 --> 00:04:46,803 Selaman yang mudah. 71 00:04:49,083 --> 00:04:51,803 Sementara kami menuju ke arah struktur misteri itu, 72 00:04:52,483 --> 00:04:55,963 di permukaan, seorang lagi ahli kami, Kyle Dufault, 73 00:04:56,763 --> 00:05:00,603 bersiap sedia untuk mengimbas kawasan menggunakan tatasusunan sonar. 74 00:05:02,923 --> 00:05:04,603 Kyle seorang penyiasat marin 75 00:05:04,683 --> 00:05:07,923 dengan pengalaman luas dalam mencari bangkai dan anomali 76 00:05:08,003 --> 00:05:09,683 di dasar laut. 77 00:05:09,763 --> 00:05:10,763 Sudah sedia. 78 00:05:12,203 --> 00:05:15,203 Alat sonar ini boleh mendedahkan jalan seperti X-ray 79 00:05:15,283 --> 00:05:17,083 dan memberi gambaran lebih jelas 80 00:05:17,163 --> 00:05:19,843 tentang hamparan asal batu-bata ini. 81 00:05:22,403 --> 00:05:25,723 Saya harap dapat tunjukkan sesuatu yang baharu. 82 00:05:25,803 --> 00:05:26,803 PENYIASAT MARIN 83 00:05:26,883 --> 00:05:31,483 Jika ia objek buatan manusia, saya jangkakan garisan tepat 84 00:05:31,563 --> 00:05:35,803 kerana biasanya, sudut 90 darjah tak berlaku secara semula jadi. 85 00:05:35,883 --> 00:05:37,123 Ia sangat jarang. 86 00:05:39,803 --> 00:05:42,603 Okey, saya akan mulakan dengan terus ke tengah. 87 00:05:53,123 --> 00:05:54,603 Graham, tengok ini. 88 00:05:57,323 --> 00:06:00,683 Mike dan saya menghampiri laluan batu-batu besar 89 00:06:00,763 --> 00:06:02,643 di dasar laut yang kosong. 90 00:06:04,723 --> 00:06:08,323 Keterlihatan terjejas kerana mendapan akibat ribut baru-baru ini. 91 00:06:09,083 --> 00:06:13,603 Tapi masih mudah untuk jumpa susunan rapi megalit ini. 92 00:06:24,483 --> 00:06:28,043 Ia tersusun dengan sekata. 93 00:06:28,603 --> 00:06:31,483 Saya boleh berenang di sepanjangnya 94 00:06:31,563 --> 00:06:35,243 dan saya boleh lihat ia rata dan jitu. 95 00:06:35,763 --> 00:06:37,483 Pemandangan yang mengagumkan. 96 00:06:40,763 --> 00:06:44,123 Bidur ini begitu lurus dan selari. 97 00:06:49,123 --> 00:06:52,043 Blok-blok besar ini sangat besar. 98 00:06:52,123 --> 00:06:56,043 Panjangnya sekitar 15 kaki 99 00:06:56,123 --> 00:06:59,243 dengan lebar sekitar 12 kaki. 100 00:07:02,963 --> 00:07:05,883 Ia bukan bahagian atas struktur lain yang tertanam. 101 00:07:07,243 --> 00:07:10,723 Kebanyakan blok ini dihamparkan betul-betul di dasar laut. 102 00:07:13,443 --> 00:07:15,163 Apa yang menghairankan 103 00:07:15,243 --> 00:07:17,763 adalah beberapa bahagian struktur yang tak diusik 104 00:07:17,843 --> 00:07:22,443 nampak rata walaupun saiznya yang begitu besar. 105 00:07:23,963 --> 00:07:28,523 Apabila Mike dan saya perhatikan dengan lebih dekat, kami tahu sebabnya. 106 00:07:31,083 --> 00:07:33,123 Ada sesuatu di bawahnya. 107 00:07:34,803 --> 00:07:36,243 Graham, mari sini. 108 00:07:36,323 --> 00:07:37,363 Tengok ini. 109 00:07:46,163 --> 00:07:50,443 Terdapat beberapa ketulan batu kecil tersepit di bawah bidur ini, 110 00:07:50,523 --> 00:07:53,283 memisahkannya dari dasar laut. 111 00:07:54,683 --> 00:07:57,323 Awak boleh lihat batu-batu tapak ini dengan jelas. 112 00:07:58,363 --> 00:08:01,963 Mustahil batu-batu ini boleh masuk ke bawah bidur 113 00:08:02,043 --> 00:08:04,603 yang ada di antaranya seberat sepuluh tan, 114 00:08:04,683 --> 00:08:07,963 melainkan ia diletakkan dengan sengaja. 115 00:08:11,723 --> 00:08:14,083 Tiada sebarang keraguan, saya yakin. 116 00:08:14,803 --> 00:08:19,483 Alam semula jadi tak boleh jelaskan kesekataan, keteraturan, 117 00:08:19,563 --> 00:08:22,203 perancangan dan ketepatan struktur ini. 118 00:08:33,163 --> 00:08:36,003 Jelas sekali ini struktur buatan manusia. 119 00:08:36,083 --> 00:08:37,722 Usaha diambil untuk membina 120 00:08:37,803 --> 00:08:42,283 platform megalit yang rata di kawasan landai. 121 00:08:42,363 --> 00:08:44,202 Dalam usaha untuk jadikan ia rata, 122 00:08:44,842 --> 00:08:49,123 mereka gunakan batu-batu tapak di bawah bidur tersebut. 123 00:08:53,323 --> 00:08:55,323 Dari dekat, sukar untuk kenal pasti 124 00:08:55,403 --> 00:08:58,923 bentuk keseluruhan hamparan batu-batu ini. 125 00:09:03,683 --> 00:09:07,163 Namun imbasan sonar Kyle boleh membantu kami. 126 00:09:12,843 --> 00:09:17,163 Kita boleh lihat blok-blok dari bahagian utama jalan. 127 00:09:17,243 --> 00:09:19,803 - Okey. - Kita boleh lihat rekahan-rekahan… 128 00:09:19,883 --> 00:09:20,723 Betul. 129 00:09:20,803 --> 00:09:23,083 …serta bentuk jalan yang sekata. 130 00:09:23,163 --> 00:09:24,843 Definisi imej ini menakjubkan. 131 00:09:26,043 --> 00:09:28,323 - Kebanyakan batu-batu ini sekata. - Ya. 132 00:09:28,403 --> 00:09:31,443 Kebanyakannya sekitar sepuluh hingga 12 kaki 133 00:09:31,523 --> 00:09:32,923 dan lebar sepuluh, 12 kaki. 134 00:09:33,003 --> 00:09:36,323 - Kepingan yang sangat besar. - Betul. 135 00:09:36,403 --> 00:09:37,923 Lihat tepinya yang lurus. 136 00:09:38,003 --> 00:09:39,123 Betul. 137 00:09:39,203 --> 00:09:41,683 Ya, kita boleh lihat garisan antara blok 138 00:09:41,763 --> 00:09:43,643 - seolah-olah ia dicipta… - Ya. 139 00:09:43,723 --> 00:09:47,003 - …dan diletak membentuk jalan. Ia… - Segi empat sama. 140 00:09:47,083 --> 00:09:47,963 Betul. 141 00:09:48,043 --> 00:09:51,163 Seperti saya kata tadi, jelas sekali ini blok batu. 142 00:09:51,243 --> 00:09:52,083 Ya. 143 00:09:52,163 --> 00:09:54,723 Saya dah imbas kawasan di kiri dan kanan jalan 144 00:09:54,803 --> 00:09:57,643 dan tak jumpa apa-apa di sekitarnya. 145 00:09:59,883 --> 00:10:04,483 Jika bentukan ini terbentuk akibat daya arus semula jadi, 146 00:10:04,563 --> 00:10:07,883 seperti yang ditegaskan ahli geologi ketika ia ditemui, 147 00:10:07,963 --> 00:10:13,083 kenapa bahagian jalan lebih pendek terletak menyerong dari yang utama? 148 00:10:13,163 --> 00:10:14,723 Bukankah ia sepatutnya selari? 149 00:10:15,883 --> 00:10:19,123 Kenapa tiada bentukan lain berdekatan? 150 00:10:20,763 --> 00:10:24,523 Bukan sahaja luluhawa atau keseragamannya, 151 00:10:25,083 --> 00:10:28,163 - tapi di sekitarnya tiada bentukan… - Ya. 152 00:10:29,003 --> 00:10:31,923 - Ia diletak di situ. - Ya. 153 00:10:32,003 --> 00:10:35,963 Pada pendapat saya, ini buatan manusia. 154 00:10:44,563 --> 00:10:46,243 Mike, apa pendapat awak? 155 00:10:46,323 --> 00:10:48,043 Apa semua ini? 156 00:10:48,123 --> 00:10:50,603 Saya dah menyelam di serata dunia 157 00:10:50,683 --> 00:10:53,203 dan saya tak pernah lihat struktur begini. 158 00:10:53,283 --> 00:10:54,843 Bagaimanapun, ia sangat unik. 159 00:10:56,483 --> 00:10:59,803 Ketika mendengar hujah mereka yang fikir ia struktur semula jadi, 160 00:10:59,883 --> 00:11:01,283 mereka kata ini batu pantai. 161 00:11:02,643 --> 00:11:06,483 Pentas batu pantai biasanya akan merekah 162 00:11:06,563 --> 00:11:09,203 dengan mengekalkan bentuk asalnya. 163 00:11:09,283 --> 00:11:13,163 Namun, blok-blok di Bimini jelas berbeza dari satu sama lain 164 00:11:13,243 --> 00:11:15,443 dan berbentuk bantal yang seragam. 165 00:11:17,123 --> 00:11:19,963 Sukar untuk saya percaya ini hasil alam semula jadi. 166 00:11:20,043 --> 00:11:22,323 Saya tak pernah lihat batu merekah begini. 167 00:11:22,403 --> 00:11:23,603 - Awak pernah? - Tak. 168 00:11:23,683 --> 00:11:26,683 Saya amat percaya ini hasil kerja manusia. 169 00:11:26,763 --> 00:11:29,563 Mungkin ia struktur buatan manusia. 170 00:11:31,843 --> 00:11:34,203 Kalau betul, ia tentu dibina 171 00:11:34,283 --> 00:11:37,483 ketika kawasan ini di atas permukaan air. 172 00:11:39,203 --> 00:11:41,923 Berdasarkan semua data yang diperolehi, 173 00:11:42,003 --> 00:11:46,363 kita boleh bayangkan kemungkinan bentuk asalnya 174 00:11:46,443 --> 00:11:48,763 apabila berada di atas daratan. 175 00:11:54,763 --> 00:11:58,763 Bentukan menyerupai cangkuk dibina dari timur laut ke barat daya, 176 00:11:58,843 --> 00:12:01,403 sepanjang lebih kurang 1,600 kaki. 177 00:12:01,483 --> 00:12:04,003 Bersamaan hampir empat setengah padang bola. 178 00:12:06,043 --> 00:12:09,563 Blok terbesar berukuran sepanjang antara sepuluh hingga 13 kaki 179 00:12:09,643 --> 00:12:11,523 dan lebar tujuh hingga sepuluh kaki. 180 00:12:12,443 --> 00:12:16,803 Terdapat jarak yang disengajakan pada kedua-dua teres. 181 00:12:18,483 --> 00:12:22,643 Namun, mustahil untuk ketahui jika di atasnya wujud superstruktur kayu. 182 00:12:23,563 --> 00:12:25,723 Hanya blok-blok ini lah yang tinggal. 183 00:12:28,563 --> 00:12:33,203 Namun, kewujudan struktur buatan manusia yang amat besar di sini 184 00:12:33,283 --> 00:12:35,203 membawa implikasi yang luar biasa. 185 00:12:36,803 --> 00:12:41,603 Ini kerana kawasan di Bahamas ini telah tenggelam selama beribu tahun. 186 00:12:45,443 --> 00:12:49,883 Malah, kebanyakan pulau yang kini digelar Great Bahama Bank 187 00:12:49,963 --> 00:12:52,083 dahulunya bercantum ketika Zaman Ais 188 00:12:52,843 --> 00:12:55,883 di kawasan dengan ketinggian 100 meter atas paras laut. 189 00:12:57,283 --> 00:13:00,483 Sebahagian dari Pulau Bahama yang luas, 190 00:13:00,563 --> 00:13:03,123 tak jauh dari kawasan yang kini bergelar Florida… 191 00:13:04,283 --> 00:13:09,323 sebuah pulau yang wujud di sini lebih dari 100,000 tahun. 192 00:13:09,403 --> 00:13:11,803 PULAU BAHAMA 193 00:13:11,883 --> 00:13:16,003 Pada penghujung Zaman Ais, paras laut meningkat sebanyak 400 kaki 194 00:13:16,083 --> 00:13:17,643 dan proses ini 195 00:13:17,723 --> 00:13:21,603 menenggelamkan berjuta batu persegi daratan-daratan penting di bumi. 196 00:13:21,683 --> 00:13:25,523 Jika kita ingin menceritakan sejarah manusia tanpa mengambil kira 197 00:13:25,603 --> 00:13:28,763 pentas benua yang tenggelam serta sejarahnya, 198 00:13:28,843 --> 00:13:32,123 kita mungkin tertinggal maklumat yang amat penting. 199 00:13:34,323 --> 00:13:36,763 Data baharu Jalan Bimini yang kami kumpul 200 00:13:37,923 --> 00:13:42,363 menunjukkan tempoh kuno struktur yang kini telah tenggelam. 201 00:13:43,923 --> 00:13:47,483 Namun, ahli arkeologi masih berlengah untuk bertindak 202 00:13:47,563 --> 00:13:52,043 dan mencari bukti tamadun lama di Bahamas ini. 203 00:13:53,403 --> 00:13:55,603 Mereka menolak kemungkinan. 204 00:13:57,283 --> 00:14:00,603 Jika terdapat tamadun maju yang hidup 30,000 tahun lalu… 205 00:14:00,683 --> 00:14:01,683 MAJALAH SKEPTIC 206 00:14:01,763 --> 00:14:03,523 seperti yang dikatakan Graham, 207 00:14:03,603 --> 00:14:06,003 mana sampah mereka? Di mana rumah mereka? 208 00:14:06,083 --> 00:14:10,003 Di mana peralatan batu atau logam mereka? 209 00:14:10,083 --> 00:14:11,403 Di mana tulisan mereka? 210 00:14:13,243 --> 00:14:17,123 Mungkin bukti tamadun maju Zaman Ais ini 211 00:14:17,203 --> 00:14:23,003 menunggu untuk ditemui di bawah ombak di daratan yang telah tenggelam. 212 00:14:23,083 --> 00:14:26,683 Namun ia takkan ditemui jika kita tak mencari. 213 00:14:26,763 --> 00:14:28,803 Ini bukan tamadun di Bimini. 214 00:14:28,883 --> 00:14:32,043 Tapi tamadun di seluruh tebing yang amat luas. 215 00:14:32,123 --> 00:14:34,123 - Kajian tak pernah dibuat. - Ya. 216 00:14:34,203 --> 00:14:37,803 Kerana mereka rasa kajian itu sia-sia sahaja. 217 00:14:37,883 --> 00:14:40,003 Kerana bidang arkeologi merasakan 218 00:14:40,083 --> 00:14:42,483 garis masa tamadun manusia dah pun nyata. 219 00:14:42,563 --> 00:14:45,523 Jadi tiada sebab untuk mengkajinya. 220 00:14:49,443 --> 00:14:52,683 Jalan Bimini menghadap terusan air dalam yang pernah 221 00:14:52,763 --> 00:14:56,203 mengalir antara Pulau Bahama dan Amerika Utara Zaman Ais. 222 00:14:56,283 --> 00:14:57,203 JALAN BIMINI PULAU BIMINI 223 00:14:57,283 --> 00:15:00,363 Terusan yang membawa Arus Teluk, 224 00:15:00,443 --> 00:15:05,043 menjadikannya mercu tanda yang penting bagi kapal-kapal yang menuju ke utara 225 00:15:05,123 --> 00:15:07,643 keluar dari Teluk Mexico ke arah Atlantik. 226 00:15:09,323 --> 00:15:13,283 Bak bahtera legenda tanpa dayung Quetzalcoatl. 227 00:15:14,403 --> 00:15:18,683 Batu-batu ini mungkin sebahagian dari monumen atau penanda lebih besar. 228 00:15:19,523 --> 00:15:21,443 Sebuah legasi budaya pelayaran 229 00:15:21,523 --> 00:15:25,043 yang menyaksikan peningkatan air di hujung Zaman Ais terakhir. 230 00:15:26,683 --> 00:15:31,043 Sebuah budaya yang mungkin telah memetakan tapak penting ini. 231 00:15:38,283 --> 00:15:40,683 Saya minta Mike ke darat bersama saya 232 00:15:40,763 --> 00:15:44,643 untuk melihat replika peta-peta dunia tertua yang masih terpelihara. 233 00:15:48,323 --> 00:15:50,763 Dia mungkin ahli pelayaran berpengalaman, 234 00:15:50,843 --> 00:15:54,083 tapi saya yakin dia tak pernah guna peta sebegini. 235 00:15:57,403 --> 00:16:00,043 Kisah peta-peta ini agak rumit. 236 00:16:00,123 --> 00:16:01,683 Peta-peta ini dilukis 237 00:16:01,763 --> 00:16:05,363 pada abad ke-14, 15 dan 16 era kita. 238 00:16:05,443 --> 00:16:09,883 Tapi pembuat peta mengaku mereka tiru dari sumber peta lama 239 00:16:09,963 --> 00:16:13,603 dan menyusunnya bersama dengan maklumat baru dari Zaman Penemuan. 240 00:16:15,323 --> 00:16:19,443 Mari mulakan dengan ini. Ia peta yang amat terkenal. 241 00:16:20,323 --> 00:16:23,243 Ini peta Piri Reis yang dilukis oleh laksamana Turki… 242 00:16:23,323 --> 00:16:25,363 - Okey. - …pada tahun 1513. 243 00:16:25,443 --> 00:16:29,443 Dia turut tulis pada peta ini bahawa 244 00:16:30,043 --> 00:16:34,883 ia dilukis berdasarkan 20 peta-peta lama. 245 00:16:39,763 --> 00:16:42,003 Disamping sumber-sumber purba, 246 00:16:43,203 --> 00:16:47,043 Piri Reis turut merujuk kepada carta-carta pelayaran terkini ke Amerika 247 00:16:47,123 --> 00:16:49,043 oleh Christopher Columbus dan lain-lain. 248 00:16:51,483 --> 00:16:53,563 Ia menghasilkan sebuah peta dunia, 249 00:16:53,643 --> 00:16:57,043 tapi kini, cuma sepertiga dari kawasan barat yang terselamat. 250 00:17:01,243 --> 00:17:04,163 Ini sangat menarik, Graham, kerana pinggir laut ini 251 00:17:04,243 --> 00:17:07,363 menunjukkan sungai di Amerika Selatan dengan agak tepat. 252 00:17:07,443 --> 00:17:08,283 Ya. 253 00:17:08,363 --> 00:17:11,563 Ia menggambarkan pantai Amerika Selatan dengan baik. 254 00:17:12,283 --> 00:17:15,843 Tapi perkara yang menjadi kebingungan besar buat saya 255 00:17:15,923 --> 00:17:17,843 ialah pulau yang amat besar 256 00:17:17,923 --> 00:17:20,723 di pantai tenggara Amerika Utara. 257 00:17:22,723 --> 00:17:25,323 Terletak di luar pantai Florida 258 00:17:25,402 --> 00:17:29,283 adalah sebuah pulau segi empat tepat yang besar dan menegak. 259 00:17:29,963 --> 00:17:35,003 Ia tak kelihatan seperti sesuatu yang ditemui atau dilukis oleh Columbus. 260 00:17:36,083 --> 00:17:40,043 Ada yang mengatakan pelukis tersalah lukis peta Cuba. 261 00:17:41,203 --> 00:17:44,683 Tapi itu tak masuk akal sebab tak mungkin boleh salah. 262 00:17:44,763 --> 00:17:47,163 Ia panjang, nipis dan di arah berbeza. 263 00:17:47,243 --> 00:17:51,203 Ia terletak di timur-barat. Tapi ini pula utara-selatan. 264 00:17:51,283 --> 00:17:55,403 Pulau ini tak wujud dan tak muncul pada tahun 1513. 265 00:17:55,483 --> 00:17:58,923 Tapi pulau dengan saiz dan bentuk yang serupa 266 00:17:59,003 --> 00:18:01,763 wujud pada Zaman Ais terakhir. 267 00:18:01,843 --> 00:18:05,283 Sebahagian besar daratan Grand Bahama Bank. 268 00:18:08,043 --> 00:18:12,803 Jika anda lihat dengan teliti lukisan Piri Reis di sepanjang tulang pulau ini, 269 00:18:13,763 --> 00:18:17,323 ia merupakan blok-blok yang yang teratur sebaris. 270 00:18:19,203 --> 00:18:20,643 Seperti pernah lihat? 271 00:18:27,363 --> 00:18:30,283 Pada saya, baris ini 272 00:18:30,363 --> 00:18:35,003 amat menyerupai barisan megalit di Jalan Bimini. 273 00:18:40,043 --> 00:18:42,363 Tak pelik bagi peta pada zaman ini 274 00:18:42,443 --> 00:18:46,643 kerana mereka lukis ciri-ciri unik sesebuah kawasan. 275 00:18:46,723 --> 00:18:49,443 Contohnya gajah di Afrika Barat, 276 00:18:50,683 --> 00:18:54,243 haiwan misteri di Amerika Selatan. 277 00:18:55,603 --> 00:18:58,003 Simbol ini tak menunjukkan gunung. 278 00:18:58,083 --> 00:19:01,043 Piri Reis tak menunjukkan gunung, tapi sesuatu. 279 00:19:02,403 --> 00:19:04,123 Saya rasa ini Jalan Bimini. 280 00:19:07,203 --> 00:19:10,283 Saya tak peduli Jalan Bimini semula jadi atau buatan. 281 00:19:10,363 --> 00:19:11,963 Saya berpendapat bahawa 282 00:19:12,043 --> 00:19:14,963 kewujudannya dalam peta daratan teramatlah aneh. 283 00:19:15,043 --> 00:19:15,883 Ya. 284 00:19:15,963 --> 00:19:19,083 Peta yang dilukis pada 1513 berdasarkan peta-peta lama. 285 00:19:21,363 --> 00:19:24,363 Kemunculan aneh sebuah pulau Zaman Ais ini 286 00:19:24,443 --> 00:19:28,803 bukan satu-satunya ciri menghairankan dalam peta Piri Reis yang luar biasa. 287 00:19:31,363 --> 00:19:34,603 Jika kita lihat di selatan, terdapat jisim bumi yang luas. 288 00:19:34,683 --> 00:19:35,523 Ya. 289 00:19:35,603 --> 00:19:38,363 Ia kelihatan sangat aneh. 290 00:19:38,923 --> 00:19:41,763 Ini merupakan salah satu aspek paling kontroversi 291 00:19:41,843 --> 00:19:43,123 tentang peta Piri Reis. 292 00:19:45,523 --> 00:19:48,963 Pinggir laut yang memanjang dari Amerika Selatan 293 00:19:49,043 --> 00:19:51,603 di sepanjang pinggir selatan Atlantik. 294 00:19:53,243 --> 00:19:56,483 Tiada siapa yang tahu tentangnya pada tahun 1513. 295 00:19:59,163 --> 00:20:01,403 Cuba lihat peta dunia ini pula. 296 00:20:01,523 --> 00:20:04,603 Peta Pinkerton, diterbitkan pada 1812. 297 00:20:05,243 --> 00:20:08,723 Ia teramat tepat kecuali satu perkara. 298 00:20:10,243 --> 00:20:11,603 Tiada Antartika. 299 00:20:12,923 --> 00:20:17,443 Kerana kita tak temui Antartika sehinggalah tahun 1820. 300 00:20:17,523 --> 00:20:18,683 KUTUB SELATAN 301 00:20:19,403 --> 00:20:23,243 Sebab inilah sejarawan enggan mengakui kemungkinan 302 00:20:23,323 --> 00:20:27,203 yang ia mungkin muncul dalam peta yang dilukis pada 1513. 303 00:20:30,203 --> 00:20:34,323 Kawasan dalam peta yang dikatakan sebagai Antartika 304 00:20:34,403 --> 00:20:36,003 bukan Antartika. 305 00:20:36,083 --> 00:20:36,923 UNIVERSITI MANCHESTER 306 00:20:37,003 --> 00:20:38,843 Ia Amerika Selatan. 307 00:20:38,923 --> 00:20:39,763 AMERIKA UTARA AMERIKA SELATAN 308 00:20:39,843 --> 00:20:42,923 Apa yang berlaku adalah Piri Reis melukis pinggir laut, 309 00:20:43,003 --> 00:20:46,043 tapi kehabisan kertas, jadi dia ubah arahnya. 310 00:20:46,123 --> 00:20:48,363 Ini hasil contengan dia. 311 00:20:48,443 --> 00:20:51,043 Saya rasa kita terpengaruh dengan contengan ini 312 00:20:51,123 --> 00:20:52,603 hingga sangka ada sesuatu. 313 00:20:55,763 --> 00:20:59,803 Mungkin munasabah jika ia cuma dilukis dalam peta Piri Reis. 314 00:21:00,963 --> 00:21:04,443 Namun, Antartika muncul dalam peta-peta abad ke-16 yang lain. 315 00:21:06,963 --> 00:21:10,083 Di sini ia jelas terperinci dan turut dilabel 316 00:21:10,163 --> 00:21:13,563 dalam peta Orontius Finnaeus yang dilukis pada 1531. 317 00:21:14,683 --> 00:21:17,403 Sekali lagi, berasaskan sumber purba, 318 00:21:17,483 --> 00:21:21,003 lama sebelum ia ditemui mana-mana penjelajah moden. 319 00:21:27,003 --> 00:21:30,203 Tapi jika benar Antartika dilukis dalam peta Piri Reis, 320 00:21:30,283 --> 00:21:34,443 kenapa kedudukannya pelik dan bercantum dengan Amerika Selatan? 321 00:21:37,083 --> 00:21:39,963 Lihat pinggir laut Antartika, bukan bentuk terkini… 322 00:21:40,043 --> 00:21:41,403 LAUT PASIFIK - AMERIKA SELATAN LAUT ATLANTIK - AFRIKA - LAUT INDIA 323 00:21:42,203 --> 00:21:46,043 tapi seperti sangkaan ahli geologi ketika paras laut lebih rendah… 324 00:21:46,723 --> 00:21:50,643 dan litupan ais selatan memanjang ke utara ketika Zaman Ais. 325 00:21:52,203 --> 00:21:55,363 Jika kita teliti pinggir laut Antartika Zaman Ais, 326 00:21:55,443 --> 00:21:58,483 ia amat menyerupai bentuk dalam peta Piri Reis. 327 00:22:02,083 --> 00:22:05,403 Antartika atau lebih tepat lagi bentuknya 328 00:22:05,483 --> 00:22:08,723 dan di sebalik rupanya ketika Zaman Ais dalam peta purba, 329 00:22:08,803 --> 00:22:11,483 merupakan paradoks dan masalah yang perlu dijelaskan. 330 00:22:11,563 --> 00:22:15,163 Bagi saya, jawapan kepada masalah ini bukan kebetulan, 331 00:22:15,243 --> 00:22:18,883 ia bukan fantasi pelukis peta. 332 00:22:18,963 --> 00:22:21,603 Tapi peta-peta yang jadi sumber mereka. 333 00:22:21,683 --> 00:22:23,883 Saya percaya peta-peta itu menunjukkan 334 00:22:23,963 --> 00:22:26,083 satu episod besar sejarah yang dilupai. 335 00:22:28,763 --> 00:22:33,443 Di Indonesia, Mexico dan Malta, 336 00:22:34,603 --> 00:22:39,443 kita dah lihat struktur megalit maju yang dikaitkan dengan wira bertamadun 337 00:22:40,083 --> 00:22:46,163 yang datang berperahu, mengajar penduduk cucuk tanam, undang-undang, kejuruteraan. 338 00:22:48,283 --> 00:22:52,763 Menurut peta-peta ini, lama sebelum ekspedisi Magellan yang diketahui ramai, 339 00:22:53,403 --> 00:22:57,283 sebuah budaya maju telah belayar mengelilingi dunia Zaman Ais. 340 00:22:59,283 --> 00:23:02,563 Semua ini bukti bahawa kita tak patut tolak kemungkinan 341 00:23:02,643 --> 00:23:05,243 yang nenek moyang kita telah capai teknologi 342 00:23:05,323 --> 00:23:07,523 untuk menjelajah dan memetakan lautan. 343 00:23:07,603 --> 00:23:08,603 Ia tak dinafikan. 344 00:23:08,683 --> 00:23:11,003 Ada apa-apa yang menarik di kawasan terdekat 345 00:23:11,083 --> 00:23:13,763 yang menunjukkan wujudnya struktur buatan manusia? 346 00:23:16,243 --> 00:23:19,683 Ada satu lagi hasil buatan manusia yang ajaib di sini. 347 00:23:20,883 --> 00:23:24,203 Tersembunyi jauh dalam hutan bakau Bimini, 348 00:23:25,283 --> 00:23:27,723 kawasan yang cuma boleh diakses dengan bot. 349 00:23:29,603 --> 00:23:33,523 Dengan ketinggian sepuluh kaki, ia merupakan timbunan 350 00:23:33,603 --> 00:23:39,123 dengan hamparan pasir kosong, mencipta bentuk aneh sepanjang 500 kaki. 351 00:23:41,483 --> 00:23:44,203 Seperti Garisan Nazca yang terkenal di Peru, 352 00:23:44,283 --> 00:23:47,043 fenomena ini perlu dinikmati dari udara. 353 00:23:49,883 --> 00:23:54,643 Bentuk salah satu penghuni purba Bimini yang paling terkenal. 354 00:23:55,803 --> 00:24:01,163 Bentuk ikan jerung yang dibentuk dalam paya bakau ini 355 00:24:01,243 --> 00:24:03,763 telah wujud sejak sekian lama. 356 00:24:04,323 --> 00:24:07,803 Namun, ia tak pernah dikaji dengan serius oleh ahli arkeologi 357 00:24:07,883 --> 00:24:09,923 kerana asal-usulnya tak diketahui. 358 00:24:11,443 --> 00:24:15,763 Tapi ia merupakan haiwan pemangsa yang ditakuti dan dikagumi 359 00:24:15,843 --> 00:24:19,123 oleh mana-mana budaya pelayaran purba 360 00:24:19,203 --> 00:24:21,683 termasuklah tamadun hilang yang dicari. 361 00:24:33,523 --> 00:24:36,123 Jadi, siapakah pelayar purba ini? 362 00:24:39,483 --> 00:24:44,283 Dengan risiko mencetuskan kemarahan ahli akademik arus perdana sekali lagi… 363 00:24:45,003 --> 00:24:47,123 Mari bincang tentang Atlantis. 364 00:24:49,603 --> 00:24:52,443 Saya tak percaya Bimini tapak Atlantis, 365 00:24:53,203 --> 00:24:56,323 atau Atlantis terletak berdekatan Bahamas. 366 00:24:56,403 --> 00:24:59,923 Tapi legenda kota karam menarik minat saya 367 00:25:00,523 --> 00:25:04,243 kerana ia menawarkan penjelasan paling terperinci tentang perkara 368 00:25:04,323 --> 00:25:05,763 yang saya percaya wujud. 369 00:25:07,323 --> 00:25:10,603 Tamadun maju Zaman Ais. 370 00:25:11,923 --> 00:25:13,483 Plato, ahli falsafah Yunani, 371 00:25:13,563 --> 00:25:18,243 merupakan sumber tertua bagi kisah Atlantis. 372 00:25:19,203 --> 00:25:21,363 Dia ceritakan dengan cukup jelas. 373 00:25:24,763 --> 00:25:27,483 Tamadun Atlantis berkembang pesat. 374 00:25:29,083 --> 00:25:32,563 Dengan seni bina yang cantik, teknologi maju 375 00:25:32,643 --> 00:25:35,283 serta perancangan bandar yang luar biasa. 376 00:25:37,043 --> 00:25:40,883 Ia turut memiliki armada yang mampu mengelilingi dunia, 377 00:25:41,923 --> 00:25:45,243 meluaskan kuasanya ke serata tempat di seberang lautan. 378 00:25:47,123 --> 00:25:51,523 Sehinggalah ia dilanda gempa bumi dan banjir besar, 379 00:25:52,443 --> 00:25:54,363 bencana yang membinasakan 380 00:25:55,843 --> 00:25:57,683 dan tenggelam ke dasar laut. 381 00:25:59,523 --> 00:26:04,923 Menurut Plato, kisah Atlantis disampaikan oleh moyang dia, Solon. 382 00:26:05,003 --> 00:26:07,203 Solon melawat Egypt. 383 00:26:07,283 --> 00:26:10,323 Kita tahu tarikh lawatan itu. Pada 600 SM. 384 00:26:11,363 --> 00:26:14,283 Ketika lawatan itu, dia melawat sebuah kuil 385 00:26:14,363 --> 00:26:18,243 dan paderi di sana bercerita tentang tamadun yang hilang 386 00:26:18,323 --> 00:26:19,843 yang dipanggil Atlantis 387 00:26:19,923 --> 00:26:22,523 yang musnah akibat banjir 388 00:26:22,603 --> 00:26:25,963 9,000 tahun sebelum lawatan Solon. 389 00:26:34,083 --> 00:26:39,843 Jadi kita tahu tarikh Atlantis musnah, 9600 SM. 390 00:26:39,923 --> 00:26:44,683 Ia sama dengan kejadian sebuah bencana global 391 00:26:44,763 --> 00:26:47,283 dan peningkatan paras laut 392 00:26:47,363 --> 00:26:49,523 yang berlaku di penghujung Zaman Ais. 393 00:26:49,603 --> 00:26:51,923 Kebetulan? Mungkin. 394 00:26:52,003 --> 00:26:55,523 Tapi kisah Atlantis yang bertepatan dengan 395 00:26:55,603 --> 00:26:58,763 bukti saintifik terkini tentang pengakhiran Zaman Ais 396 00:26:58,843 --> 00:27:02,363 patut membuatkan para pewaham berfikir seketika. 397 00:27:03,203 --> 00:27:06,363 Apakah kemungkinan ia sekadar alegori? 398 00:27:06,683 --> 00:27:10,403 Saya setuju kalau bukan kerana kisah Plato 399 00:27:10,483 --> 00:27:15,443 dicanangkan di serata dunia oleh mereka yang tak pernah jumpa Plato. 400 00:27:15,523 --> 00:27:18,923 Saya syak semua ini berdasarkan sumber yang sama, 401 00:27:19,003 --> 00:27:21,523 memori peristiwa sebenar. 402 00:27:24,923 --> 00:27:30,043 Apabila Plato bercerita tentang Atlantis, dia turut ceritakan sebab ia tenggelam. 403 00:27:30,123 --> 00:27:32,323 Ia bukan kerana bencana semata-mata. 404 00:27:32,403 --> 00:27:35,883 Ia kerana ketakburan, megah diri, keangkuhan 405 00:27:35,963 --> 00:27:37,923 yang membuak dalam Atlantis. 406 00:27:39,203 --> 00:27:41,403 Itulah sebabnya ia musnah. 407 00:27:41,483 --> 00:27:44,203 Ia mengganggu keharmonian alam semesta. 408 00:27:47,763 --> 00:27:54,203 Saya percaya tamadun kita hari ini berada dalam situasi yang serupa. 409 00:27:54,923 --> 00:27:57,283 Kita mengganggu keharmonian alam semesta. 410 00:27:57,963 --> 00:28:00,163 Keangkuhan terhadap pencapaian, 411 00:28:00,243 --> 00:28:04,483 kesanggupan kita untuk memaksa kuasa kita di seluruh dunia 412 00:28:04,563 --> 00:28:06,163 terhadap golongan lemah. 413 00:28:06,243 --> 00:28:09,043 Semua tanda-tanda mitologi ini 414 00:28:09,123 --> 00:28:12,203 menunjukkan tamadun kita dalam bahaya besar. 415 00:28:19,163 --> 00:28:23,043 Ketika saya terbitkan Fingerprints of the Gods pada tahun 1995, 416 00:28:23,123 --> 00:28:26,483 saya sangka dah tiada apa-apa untuk saya katakan lagi 417 00:28:26,563 --> 00:28:28,763 tentang kemungkinan sebuah tamadun hilang. 418 00:28:32,043 --> 00:28:36,043 Saya dapat tahu tentang sebuah tapak megalit yang amat besar 419 00:28:36,123 --> 00:28:39,323 dan menakjubkan yang baru ditemui di Turki. 420 00:28:40,603 --> 00:28:43,203 Ia membuktikan nenek moyang Zaman Ais kita 421 00:28:43,283 --> 00:28:46,883 jauh lebih berkebolehan daripada sangkaan para sejarawan. 422 00:28:47,763 --> 00:28:51,043 Bagi saya, ia bukti kukuh tentang tamadun hilang 423 00:28:51,123 --> 00:28:53,643 yang belum dikuasai arkeologi. 424 00:28:55,123 --> 00:28:57,843 Tapak ini dianggap sebagai 425 00:28:57,923 --> 00:28:59,963 struktur megalit tertua di dunia. 426 00:29:01,283 --> 00:29:05,043 Ia mungkin turut memahatkan kod amaran buat kita 427 00:29:05,843 --> 00:29:08,483 bahawa malapetaka Zaman Ais terakhir 428 00:29:08,563 --> 00:29:10,403 yang hampir membinasakan manusia… 429 00:29:12,803 --> 00:29:14,043 mungkin kembali. 430 00:29:16,083 --> 00:29:18,043 Seterusnya, saya akan ke Turki. 431 00:29:44,643 --> 00:29:49,643 Terjemahan sari kata oleh Leia Li