1 00:00:06,083 --> 00:00:08,963 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:16,603 --> 00:00:19,163 Elektrik amat bermanfaat buat kita. 3 00:00:21,243 --> 00:00:24,083 Manusia telah jadi spesis yang aktif sepanjang masa. 4 00:00:28,603 --> 00:00:31,043 Namun langit cahaya ini meragut salah satu 5 00:00:31,123 --> 00:00:35,003 aspek kehidupan paling mengagumkan di planet ini… 6 00:00:37,603 --> 00:00:38,803 Langit malam. 7 00:00:42,643 --> 00:00:44,003 Bagi orang dahulu kala, 8 00:00:44,083 --> 00:00:47,403 memerhati bintang merupakan persembahan terhebat di bumi, 9 00:00:48,523 --> 00:00:52,123 perkara menghiburkan pada malam yang gelap dan panjang. 10 00:00:53,203 --> 00:00:56,123 Mereka pasti kenal selok-belok Bima Sakti, 11 00:00:56,203 --> 00:01:01,163 setiap gugusan bintang cerah, setiap komet yang meluncur di langit. 12 00:01:02,683 --> 00:01:07,043 Mungkin inilah penjelasannya. Jika kita lihat di serata dunia purba, 13 00:01:07,123 --> 00:01:11,043 kita dapati struktur-struktur besar mengarahkan perhatian kita ke langit. 14 00:01:13,563 --> 00:01:15,723 Tapi bagaimana jika ia lebih dari itu? 15 00:01:16,723 --> 00:01:20,443 Piramid dan kuil purba di serata dunia menghubungkan langit 16 00:01:20,523 --> 00:01:25,603 dengan bumi dengan penjajaran yang tepat kepada matahari, bulan dan bintang. 17 00:01:26,323 --> 00:01:30,403 Kenapa mereka begitu teliti dan membina sesuatu yang begitu besar? 18 00:01:31,003 --> 00:01:33,203 Adakah mereka cuba beritahu kita sesuatu? 19 00:01:33,763 --> 00:01:39,203 Mungkin memberi amaran supaya kita memberi perhatian terhadap alam semesta. 20 00:01:50,163 --> 00:01:55,523 PENINGGALAN PARA PENDETA 21 00:01:58,283 --> 00:02:01,323 Saya di Turkiye, menuju ke puncak bukit terpencil 22 00:02:01,403 --> 00:02:04,243 lebih kurang 26 batu dari sempadan dengan Syria. 23 00:02:06,803 --> 00:02:09,643 Walaupun kini kawasan ini mengalami masalah, 24 00:02:11,043 --> 00:02:14,883 tapi ia memainkan peranan penting dalam sejarah manusia. 25 00:02:16,123 --> 00:02:17,403 LAUT HITAM, TURKI, LAUT MEDITERRANENA, SYRIA, IRAQ 26 00:02:17,483 --> 00:02:21,483 Di tenggara Turkiye, berdekatan Sanliurfa zaman moden, 27 00:02:22,363 --> 00:02:25,563 kejadian menakjubkan berlaku di penghujung Zaman Ais akhir. 28 00:02:27,083 --> 00:02:29,883 Nenek moyang pemburu-pengumpul Zaman Batu 29 00:02:29,963 --> 00:02:33,843 menemui kaedah bercucuk tanam dan mula membina penempatan. 30 00:02:33,923 --> 00:02:34,803 IRAN, MESOPOTAMIA, TELUK PARSI 31 00:02:34,883 --> 00:02:38,563 Ia berlaku di serata kawasan yang kemudiannya digelar Hilal Subur, 32 00:02:38,643 --> 00:02:40,803 menganjur ke selatan ke Teluk Parsi. 33 00:02:41,483 --> 00:02:42,603 4,000 SM 34 00:02:42,683 --> 00:02:46,883 Sekitar 6,000 tahun lalu, kawasan yang dikenali sebagai Mesopotamia 35 00:02:46,963 --> 00:02:49,283 melahirkan sebuah tamadun 36 00:02:49,363 --> 00:02:53,403 yang telah lama diandaikan sebagai tamadun pertama dunia, Sumeria. 37 00:02:56,963 --> 00:03:00,443 Namun kini, andaian ini meraung meminta ditulis semula. 38 00:03:01,603 --> 00:03:05,723 Pada tahun 1994, ketika menyelidik sebuah ladang, 39 00:03:05,803 --> 00:03:10,523 ahli-ahli arkeologi menemui batu-batu ukiran yang aneh menjulur dari tanah. 40 00:03:17,563 --> 00:03:19,803 Antaranya bersaiz amat besar. 41 00:03:25,523 --> 00:03:29,763 Ekskavasi seterusnya membuahkan beberapa penemuan yang menakjubkan. 42 00:03:32,643 --> 00:03:35,563 Tapak arkeologi yang digali baru-baru ini 43 00:03:35,643 --> 00:03:41,443 menuntut kita untuk membuang prasangka tentang nenek moyang Zaman Batu kita. 44 00:03:42,363 --> 00:03:44,683 Mereka bukan sahaja celik teknologi, 45 00:03:44,763 --> 00:03:47,083 malah pencapaian mereka di sini membuktikan 46 00:03:47,683 --> 00:03:50,403 bahawa mereka memiliki kemampuan yang tak disangka, 47 00:03:50,483 --> 00:03:52,403 setanding dengan tamadun 48 00:03:52,483 --> 00:03:55,603 yang lebih maju dan terkemudian. 49 00:03:56,963 --> 00:04:00,763 Di bawah kanopi moden yang dibina untuk melindungi tapak ini 50 00:04:01,923 --> 00:04:03,643 ialah Göbekli Tepe. 51 00:04:08,003 --> 00:04:11,603 Berdasarkan segala yang kita pelajari tentang prasejarah, 52 00:04:11,683 --> 00:04:13,243 ia tak sepatutnya wujud. 53 00:04:17,323 --> 00:04:22,363 Ahli-ahli arkeologi mengakui ia wujud sejak 11,600 tahun lalu… 54 00:04:24,483 --> 00:04:25,483 9,600 SM 55 00:04:25,562 --> 00:04:29,323 …menjadikannya struktur bersejarah tertua yang diiktiraf di bumi. 56 00:04:32,483 --> 00:04:36,323 Ia sebuah tapak megalit yang amat canggih dan sofistikated 57 00:04:36,403 --> 00:04:39,963 dan 7,000 tahun lebih tua dari Stonehenge… 58 00:04:40,043 --> 00:04:42,883 …dan 7,000 tahun lebih tua dari Piramid Giza. 59 00:04:42,963 --> 00:04:45,923 Tanggapan bahawa tiada peradaban dalam dunia 60 00:04:46,003 --> 00:04:48,563 dengan kemahiran sebegitu 12,000 tahun lalu 61 00:04:48,643 --> 00:04:50,123 tak lagi masuk akal. 62 00:04:54,363 --> 00:04:57,363 Ia lebih tua berbanding ciptaan roda 63 00:04:57,443 --> 00:04:59,243 atau pembelajinakan kuda. 64 00:05:01,123 --> 00:05:04,843 Ia dibina ketika bumi baru sembuh dari Zaman Ais akhir, 65 00:05:06,843 --> 00:05:08,803 ketika manusia sepatutnya masih lagi 66 00:05:08,883 --> 00:05:12,683 pemburu-pengumpul jahil yang tinggal di dalam pondok lumpur. 67 00:05:14,363 --> 00:05:16,283 Namun, jika mereka tak begitu maju 68 00:05:16,363 --> 00:05:19,083 untuk mereka dan membina bangunan yang hebat ini, 69 00:05:20,163 --> 00:05:22,643 siapakah yang membinanya dan kenapa? 70 00:05:23,963 --> 00:05:25,843 Apakah tempat ini? 71 00:05:28,283 --> 00:05:32,323 Sekali pandang, ia mungkin menghairankan. 72 00:05:32,403 --> 00:05:36,283 Tapi jika kita amati dan cantumkan semua petunjuk, 73 00:05:36,363 --> 00:05:38,403 kita boleh faham dan lihat 74 00:05:38,483 --> 00:05:42,523 betapa hebat dan gahnya ia di era kemuncaknya. 75 00:05:46,523 --> 00:05:48,003 Terletak di tepi bukit 76 00:05:48,083 --> 00:05:51,003 dengan sejumlah kecil bekas penempatan berdekatan 77 00:05:51,843 --> 00:05:56,523 adalah empat arena bulat dengan reka bentuk yang serupa. 78 00:05:58,363 --> 00:05:59,483 Di tengah-tengahnya 79 00:05:59,563 --> 00:06:02,203 terdapat sepasang megalit gergasi berbentuk T 80 00:06:03,163 --> 00:06:04,923 seberat sepuluh tan 81 00:06:05,883 --> 00:06:08,163 tercacak di lantai batu yang digilap. 82 00:06:08,843 --> 00:06:10,483 Figura gergasi kembar, 83 00:06:10,563 --> 00:06:13,323 ada antaranya dengan ukiran lengan dan tangan 84 00:06:13,403 --> 00:06:14,483 dan kepala condong. 85 00:06:15,923 --> 00:06:18,563 Ia di kelilingi tiang-tiang berbentuk T kecil, 86 00:06:19,243 --> 00:06:21,483 yang kebanyakannya diukir dan dihias 87 00:06:22,923 --> 00:06:27,043 serta disambung dengan dinding batu dan lorong-lorong bulat. 88 00:06:29,203 --> 00:06:32,523 Bagaimana blok-blok besar ini diangkat dan diatur… 89 00:06:34,643 --> 00:06:35,803 Tiada siapa tahu. 90 00:06:51,283 --> 00:06:54,443 Perkara yang amat menghairankan pelawat tapak ini, 91 00:06:54,523 --> 00:06:57,483 termasuklah ahli arkeologi yang menggalinya 92 00:06:57,563 --> 00:06:59,603 adalah ukirannya yang menakjubkan. 93 00:07:02,803 --> 00:07:06,683 Simbol-simbol haiwan ditemui di serata Göbekli Tepe. 94 00:07:08,723 --> 00:07:10,643 Ia seperti Bahtera Noh dalam batu. 95 00:07:13,843 --> 00:07:18,803 Makhluk-makhluk di Göbekli Tepe disusun dengan unik 96 00:07:20,563 --> 00:07:23,363 seolah-olah tujuannya lebih simbolik daripada realistik. 97 00:07:28,323 --> 00:07:32,403 Ada juga sesuatu yang menghairankan tentang struktur megalit ini. 98 00:07:34,643 --> 00:07:36,643 Setelah usianya berjaya dikenal pasti, 99 00:07:36,723 --> 00:07:40,923 jelaslah bahawa keempat-empat arena ini dibina pada waktu berbeza. 100 00:07:42,003 --> 00:07:45,883 Arena D dibina sekitar 11,600 tahun lalu… 101 00:07:45,963 --> 00:07:46,803 D - 9,600 SM 102 00:07:46,883 --> 00:07:52,003 …tapi Arena A yang terkini dibina sekitar 10,500 tahun lalu. 103 00:07:52,083 --> 00:07:53,483 A - 8,500 SM 104 00:07:53,563 --> 00:07:56,603 Penduduk di sini tak mengubah suai bangunan sedia ada, 105 00:07:57,403 --> 00:08:00,523 sebaliknya mereka terus membina bangunan baharu 106 00:08:00,603 --> 00:08:03,483 sepanjang tempoh 1,100 tahun, 107 00:08:04,923 --> 00:08:07,683 dengan menukar penjajaran setiap bangunan. 108 00:08:12,523 --> 00:08:14,043 Apa yang lebih menarik, 109 00:08:14,123 --> 00:08:17,923 arena paling tua, Arena D, 110 00:08:18,003 --> 00:08:20,243 turut merupakan tapak terbesar 111 00:08:21,243 --> 00:08:23,923 dengan hiasan paling rumit. 112 00:08:26,323 --> 00:08:28,723 Ia bukan sesuatu yang munasabah 113 00:08:28,803 --> 00:08:31,283 bagi pemburu-pengumpul untuk mendapat idea 114 00:08:31,363 --> 00:08:34,443 untuk membina tapak megalit terbesar dunia begitu sahaja. 115 00:08:37,722 --> 00:08:41,403 Kebiasaannya, kekerapan berlatih menentukan kemahiran kita. 116 00:08:43,043 --> 00:08:45,243 Sama seperti pekerja kuari moden 117 00:08:45,323 --> 00:08:48,923 yang memotong batu di tapak bukit sekitar Göbekli Tepe, 118 00:08:50,363 --> 00:08:53,083 kita andaikan perkara yang sama dengan peradaban purba, 119 00:08:54,123 --> 00:08:56,003 mengasah kemahiran ikut peredaran masa 120 00:08:57,403 --> 00:09:01,163 Namun, Göbekli Tepe, terutamanya Arena D, 121 00:09:01,243 --> 00:09:04,123 mencabar andaian tersebut. 122 00:09:06,123 --> 00:09:09,163 Bagaimanakah komuniti pemburu-pengumpul Zaman Batu 123 00:09:09,243 --> 00:09:10,803 berjaya dengan cemerlang 124 00:09:10,883 --> 00:09:14,683 dalam pembinaan megalit dengan sekali cuba sahaja? 125 00:09:19,003 --> 00:09:23,843 Bukankah ini masanya untuk mempertimbangkan bahawa kompleks ini 126 00:09:23,923 --> 00:09:27,643 bukanlah ciptaan ajaib yang dibina dalam sekelip mata 127 00:09:27,723 --> 00:09:29,483 tapi legasi 128 00:09:29,563 --> 00:09:33,163 sebuah tamadun prasejarah maju yang hilang? 129 00:09:37,723 --> 00:09:39,003 Inilah tanggapan 130 00:09:39,083 --> 00:09:43,363 yang ditolak oleh ahli-ahli arkeologi aliran utama. 131 00:09:44,083 --> 00:09:47,403 Para sarjana terbelenggu dalam rangka tertentu, 132 00:09:47,483 --> 00:09:49,083 iaitu ketika Zaman Ais, 133 00:09:49,163 --> 00:09:53,283 seluruh populasi manusia di bumi masih di peringkat pemburu-pengumpul. 134 00:09:55,443 --> 00:09:59,003 Namun, terbukti jurubina Göbekli Tepe 135 00:09:59,083 --> 00:10:02,363 bercita-cita lebih tinggi daripada pemburu-pengumpul biasa. 136 00:10:04,243 --> 00:10:10,483 Pada tahun 2003, sebuah tinjauan geografi menggunakan radar tembus bumi 137 00:10:10,563 --> 00:10:14,843 mengesan lebih kurang 20 lagi arena batu di dalam bukit 138 00:10:14,923 --> 00:10:17,043 dan lebih 200 batang tiang. 139 00:10:18,723 --> 00:10:20,643 Kebanyakannya tak digali. 140 00:10:22,323 --> 00:10:27,443 Sebuah kompleks megalit gergasi merangkumi kawasan seluas sembilan hektar, 141 00:10:27,523 --> 00:10:29,083 lebih dari 12 padang bola sepak. 142 00:10:32,483 --> 00:10:34,723 Tapak yang amat besar. 143 00:10:34,803 --> 00:10:37,403 Mustahil orang yang tiada kemahiran, 144 00:10:37,483 --> 00:10:40,683 ilmu pengetahuan dan pengalaman membina dengan batu 145 00:10:40,763 --> 00:10:42,723 boleh mencipta Göbekli Tepe. 146 00:10:42,803 --> 00:10:47,923 Pasti terdapat sejarah yang panjang tapi sejarah ini tak dapat dikesan. 147 00:10:48,003 --> 00:10:52,123 Bagi saya, jelas sekali ini tamadun yang hilang. 148 00:10:52,203 --> 00:10:53,843 Pemindahan teknologi, 149 00:10:53,923 --> 00:10:56,043 kemahiran dan ilmu kepada pemburu-pengumpul. 150 00:11:05,563 --> 00:11:09,843 Göbekli Tepe bukan satu-satunya kompleks yang baru ditemui 151 00:11:09,923 --> 00:11:11,883 yang wujud sejak Zaman Ais akhir. 152 00:11:13,723 --> 00:11:19,203 Pada tahun 2019, ahli arkeologi Turkiye memulakan ekskavasi di satu lagi tapak, 153 00:11:20,163 --> 00:11:24,643 Karahan Tepe, kira-kira sejam ke timur… 154 00:11:26,403 --> 00:11:28,403 …dan temui sesuatu di luar jangkaan. 155 00:11:30,643 --> 00:11:34,523 Pihak berkuasa Turkiye belum pernah membenarkan sebarang penggambaran 156 00:11:35,723 --> 00:11:36,923 sehinggalah hari ini. 157 00:11:41,443 --> 00:11:44,003 Ketua arkeologi, Profesor Necmi Karul, 158 00:11:44,083 --> 00:11:47,803 percaya usia tapak ini sama seperti Göbekli Tepe 159 00:11:49,283 --> 00:11:50,603 dan mungkin lebih tua. 160 00:11:52,043 --> 00:11:53,603 Tapi ia agak berbeza. 161 00:11:55,803 --> 00:11:59,403 Terdapat megalit dan tiang berbentuk T di ruang utama, 162 00:12:00,363 --> 00:12:02,923 tapi satu sudut tepi diukir dari batuan dasar 163 00:12:03,603 --> 00:12:05,843 dan boleh memuatkan berpuluh orang. 164 00:12:07,723 --> 00:12:09,483 Apa agaknya yang berlaku di sini? 165 00:12:09,563 --> 00:12:11,083 Apa pendapat awak? 166 00:12:11,163 --> 00:12:12,003 UNIVERSITI ISTANBUL 167 00:12:12,083 --> 00:12:14,803 Ia boleh dianggap sebagai podium dengan ruang duduk… 168 00:12:14,883 --> 00:12:16,683 - Ya. - …dan tempat orang berkumpul 169 00:12:16,763 --> 00:12:18,523 - kerana bangunan ini besar. - Betul. 170 00:12:19,923 --> 00:12:23,843 Karahan Tepe kelihatan seperti ruang perhimpunan ritual. 171 00:12:26,203 --> 00:12:27,643 Ukiran-ukiran di tembok 172 00:12:27,723 --> 00:12:30,523 tak sehalus ukiran di Göbekli Tepe. 173 00:12:31,443 --> 00:12:33,963 Tapi kita boleh lihat ada watak berhud. 174 00:12:36,523 --> 00:12:39,323 Adakah ia melambangkan jurubina sebenar tapak ini? 175 00:12:42,123 --> 00:12:44,003 - Silakan, Profesor. - Ya, okey. 176 00:12:44,643 --> 00:12:48,123 Profesor Karul membawa saya memasuki ruang tepi yang unik, 177 00:12:48,203 --> 00:12:51,843 dengan ukuran lapan kali enam meter dan sedalam dua meter. 178 00:12:53,763 --> 00:12:56,243 Sepuluh tiang menyerupai falus 179 00:12:56,323 --> 00:13:01,443 diukir dengan penuh mahir daripada batuan dasar. 180 00:13:04,003 --> 00:13:07,323 Dengan tiang yang kesebelas di tempat paling utama. 181 00:13:11,163 --> 00:13:14,843 Sebuah terusan berliku-liku turut diukir dari batu 182 00:13:14,923 --> 00:13:18,603 bagi membolehkan sejenis cecair untuk mengalir ke ruang ini, 183 00:13:18,683 --> 00:13:21,643 air atau mungkin darah. 184 00:13:25,963 --> 00:13:30,443 Ruang ini diawasi sebuah ukiran kepala yang misteri dan menggerunkan. 185 00:13:33,363 --> 00:13:37,203 Lehernya seakan-akan menyerupai ular, 186 00:13:37,283 --> 00:13:41,803 kerana ia menonjol keluar dari batu sambil melihat tiang-tiang 187 00:13:41,883 --> 00:13:43,803 di dalam arena ini. 188 00:13:44,403 --> 00:13:50,123 Ia seperti ular dan ada sesuatu yang agak menggerunkan tentangnya. 189 00:13:52,963 --> 00:13:55,123 Wajah ini amat berkuasa. 190 00:13:55,203 --> 00:13:56,403 Kepala manusia 191 00:13:56,483 --> 00:13:58,883 - diukir dari batu… - Diukir dari batu. 192 00:13:59,443 --> 00:14:01,563 …dan ia memandang ke arah pintu masuk. 193 00:14:02,323 --> 00:14:05,323 Betul, matanya memandang ke arah sana. 194 00:14:05,403 --> 00:14:06,243 Menggerunkan. 195 00:14:06,323 --> 00:14:08,923 - Ia seperti kepala ular. - Ya. 196 00:14:09,003 --> 00:14:11,643 - Perilakunya juga seperti ular. - Ya. 197 00:14:11,723 --> 00:14:13,683 Ular berkepala manusia. 198 00:14:13,763 --> 00:14:14,643 Ya, mungkin. 199 00:14:15,403 --> 00:14:17,243 Ini penemuan yang unik. 200 00:14:17,323 --> 00:14:19,283 - Ya, menakjubkan. - Ya. 201 00:14:22,643 --> 00:14:26,683 Tempat itu membuatkan kita berasa takut atau gerun. 202 00:14:26,763 --> 00:14:28,443 Saya tahu ia bukan sains. 203 00:14:28,523 --> 00:14:32,123 Ia cuma tindak balas emosi saya terhadap tempat itu. 204 00:14:32,203 --> 00:14:35,283 Tapi saya tertanya-tanya jika rasa takut dan gerun 205 00:14:35,363 --> 00:14:37,363 turut hadir ketika ia dicipta. 206 00:14:37,443 --> 00:14:42,323 Jika ia menggambarkan sesuatu yang kita perlu tahu tentang masa silam kita. 207 00:14:42,403 --> 00:14:45,083 Bahawa ada sebab ia menggerunkan. 208 00:14:49,083 --> 00:14:52,243 Profesor Karul mengesahkan sama seperti Göbekli Tepe, 209 00:14:52,323 --> 00:14:54,523 bukti aktiviti bercucuk tanam tak ditemui. 210 00:14:56,243 --> 00:15:00,483 Mereka yang membina kompleks ini masih memburu dan mengumpul. 211 00:15:03,203 --> 00:15:06,923 Dahulu kita menyangka aktiviti pertanian muncul lebih awal 212 00:15:07,003 --> 00:15:10,803 dan dari situlah bermulanya penempatan dan pembinaan tempat begini. 213 00:15:10,883 --> 00:15:14,643 Tapi mengikut kefahaman saya, awak kata penempatan muncul dahulu. 214 00:15:14,723 --> 00:15:15,843 Memang betul. 215 00:15:15,923 --> 00:15:18,163 - Mereka pemburu-pengumpul. - Ya. 216 00:15:18,243 --> 00:15:21,603 Kemudian mereka memulakan gaya hidup lain. 217 00:15:21,683 --> 00:15:23,363 Mereka ubah bangunan, 218 00:15:23,443 --> 00:15:25,563 - teknologi dan sebagainya. - Ya. 219 00:15:25,643 --> 00:15:28,603 Revolusi idea. 220 00:15:28,683 --> 00:15:31,203 Ia boleh dipanggil revolusi. 221 00:15:31,283 --> 00:15:36,923 Ini memberi gambaran baharu tentang sejarah manusia. 222 00:15:39,483 --> 00:15:43,723 Setakat ini, cuma dua ruang telah digali di Karahan Tepe. 223 00:15:44,883 --> 00:15:49,483 Namun radar tembus bumi mendedahkan sekurang-kurangnya 20 ruang 224 00:15:49,563 --> 00:15:51,323 yang masih belum diterokai. 225 00:15:52,963 --> 00:15:54,843 Sama seperti Göbekli Tepe, 226 00:15:55,723 --> 00:15:58,563 kedua-dua tapak dibina di hujung Zaman Ais akhir, 227 00:15:58,643 --> 00:16:02,163 sebelum manusia di sini mula bercucuk tanam dan menternak lembu. 228 00:16:04,843 --> 00:16:08,683 Tiada bukti aktiviti pertanian ketika Göbekli Tepe dibina, 229 00:16:08,763 --> 00:16:14,363 tapi anehnya, pada masa ia dibina 11,600 tahun lalu, 230 00:16:14,443 --> 00:16:16,483 kegiatan pertanian wujud di sekitarnya. 231 00:16:19,723 --> 00:16:23,883 Bagi saya, bukti ini menunjukkan sesuatu yang jelas. 232 00:16:23,963 --> 00:16:25,923 Pemindahan teknologi. 233 00:16:26,003 --> 00:16:29,723 Mereka yang tahu kaedah untuk membina megalit 234 00:16:29,803 --> 00:16:33,443 dan membina tapak megalit besar datang ke Göbekli Tepe. 235 00:16:34,043 --> 00:16:36,443 Mereka dah pun tahu cara bercucuk tanam 236 00:16:36,523 --> 00:16:40,883 dan mereka gunakan tapak itu untuk menggalakkan komuniti tempatan, 237 00:16:40,963 --> 00:16:44,603 untuk mengatur dan memperkenalkan aktiviti pertanian. 238 00:16:49,163 --> 00:16:51,763 Menurut tradisi purba Mesopotamia, 239 00:16:51,843 --> 00:16:53,963 itulah yang berlaku. 240 00:16:55,363 --> 00:16:59,123 Dalam kebanyakan mitos banjir dan bencana zaman dahulu, 241 00:16:59,203 --> 00:17:03,163 tradisi banjir besar Mesopotamia amat menarik. 242 00:17:05,683 --> 00:17:08,443 Ia mengisarkan sekumpulan kecil pendeta bijaksana, 243 00:17:09,003 --> 00:17:13,003 Apkallu, yang mengajar penduduk di sini kemahiran peradaban. 244 00:17:15,603 --> 00:17:18,402 Pada awalnya, sebelum tercatatnya sejarah, 245 00:17:19,203 --> 00:17:24,043 manusia dicipta oleh dewa-dewi sebagai penjaga tanah dan haiwan. 246 00:17:25,043 --> 00:17:29,402 Namun, golongan manusia pertama terlalu malas dan tak terkawal 247 00:17:30,443 --> 00:17:32,323 dan jumlah mereka berkembang pesat. 248 00:17:33,723 --> 00:17:35,843 Maka, dewa-dewi menghantar banjir besar 249 00:17:36,643 --> 00:17:40,283 untuk membinasakan segalanya dan memulakan kemanusiaan semula. 250 00:17:41,803 --> 00:17:45,323 Mereka turut menghantar tujuh pendeta, Apkallu, 251 00:17:45,403 --> 00:17:49,123 yang biasanya digambarkan sebagai tokoh berjambang dan berjubah, 252 00:17:49,203 --> 00:17:50,843 untuk memimpin mereka. 253 00:17:51,763 --> 00:17:55,763 Ketua mereka, Oannes, dikatakan berasal dari laut, 254 00:17:55,843 --> 00:17:58,843 digambarkan sebagai separuh manusia, separuh ikan. 255 00:18:00,123 --> 00:18:01,843 Dia bertemu orang ramai 256 00:18:01,923 --> 00:18:08,283 dan mengajar mereka ilmu pertanian, seni bina dan falak. 257 00:18:14,003 --> 00:18:16,043 Perkara ini membuatkan saya terfikir 258 00:18:16,123 --> 00:18:22,043 tentang kemajuan yang dipercayai dihasilkan di Göbekli Tepe. 259 00:18:23,083 --> 00:18:26,803 Oannes merupakan satu lagi contoh pahlawan budaya. 260 00:18:27,603 --> 00:18:31,443 Guru yang muncul tanpa diduga, biasanya dari laut, 261 00:18:31,523 --> 00:18:33,643 selepas berlaku bencana besar, 262 00:18:34,523 --> 00:18:36,803 seperti Quetzalcoatl di Mexico, 263 00:18:37,403 --> 00:18:41,323 atau Osiris, yang dalam legenda mengembara dengan bot 264 00:18:41,403 --> 00:18:43,923 untuk mengajar manusia tentang peradaban. 265 00:18:45,403 --> 00:18:49,083 Persamaan merentasi budaya ini tak terhad pada cerita sahaja. 266 00:18:49,163 --> 00:18:50,003 ASSYRIA 267 00:18:50,083 --> 00:18:53,803 Gambarannya dalam karya seni juga amat serupa… 268 00:18:53,883 --> 00:18:54,723 TOLTEC 269 00:18:54,803 --> 00:18:56,603 …lengkap dengan jubah dan beg. 270 00:18:56,683 --> 00:18:57,523 MAYA 271 00:18:57,603 --> 00:18:59,723 OLMEK 272 00:18:59,803 --> 00:19:02,363 Saya rasa ini adalah catatan peristiwa sebenar. 273 00:19:02,443 --> 00:19:04,483 Ada antaranya yang mungkin disadur 274 00:19:04,563 --> 00:19:07,403 dengan simbol dan cerita untuk melekakan kita, 275 00:19:07,483 --> 00:19:10,803 tapi pada asasnya, saya rasa kita perlu percayakan mitos. 276 00:19:14,363 --> 00:19:18,883 Dinding batu bulat Göbekli Tepe yang tak berbumbung 277 00:19:18,963 --> 00:19:23,283 turut mengingatkan saya pada Ġgantija dan kuil-kuil di Malta. 278 00:19:25,043 --> 00:19:27,603 Mungkinkah mereka berkongsi inspirasi yang sama? 279 00:19:31,043 --> 00:19:33,403 Lenie Reedijk menunjukkan kepada saya 280 00:19:33,483 --> 00:19:36,843 bagaimana perubahan jajaran kuil megalit Malta 281 00:19:36,923 --> 00:19:42,123 menjejaki perubahan titik terbit satu bintang,Sirius, 282 00:19:43,603 --> 00:19:45,323 merentasi ribuan tahun. 283 00:19:50,083 --> 00:19:54,843 Tak disangka, kami turut temui fenomena yang sama di Göbekli Tepe. 284 00:19:57,683 --> 00:20:01,083 Tiang tengah di ketiga-tiga arena tertua ini 285 00:20:01,163 --> 00:20:03,483 nampaknya turut mensasarkan Sirius. 286 00:20:05,043 --> 00:20:08,803 Di penghujung Zaman Ais, arah yang berbeza-beza 287 00:20:08,883 --> 00:20:11,963 menjejaki titik terbit yang berbeza merentasi masa. 288 00:20:15,723 --> 00:20:18,643 Persamaan tumpuan yang diberi pada Sirius 289 00:20:19,323 --> 00:20:23,883 menunjukkan satu lagi petunjuk bahawa jurubina di Malta dan Turkiye 290 00:20:23,963 --> 00:20:26,963 berkongsi ilmu pengetahuan 291 00:20:27,723 --> 00:20:30,843 berkaitan astronomi dan pembinaan megalit. 292 00:20:32,243 --> 00:20:36,163 Adakah bangunan-bangunan hebat dikedua-dua tempat ini 293 00:20:36,923 --> 00:20:40,243 diarahkan oleh yang terselamat dari peradaban lebih maju 294 00:20:41,643 --> 00:20:44,443 yang mengembara di penghujung Zaman Ais akhir, 295 00:20:45,323 --> 00:20:49,323 mungkin diwakili oleh gergasi tiang batu tersebut 296 00:20:49,403 --> 00:20:51,603 atau watak berhud Karahan Tepe? 297 00:20:52,763 --> 00:20:54,123 Mereka yang tiba di sini 298 00:20:54,203 --> 00:20:56,603 di Hilal Subur selepas banjir besar. 299 00:20:58,963 --> 00:21:01,763 Jika benar, apa yang mereka cuba sampaikan? 300 00:21:05,323 --> 00:21:09,483 Mungkinkah semua ukiran haiwan ini cuba menyampaikan pesanan? 301 00:21:13,603 --> 00:21:15,963 Hasil penyelidikan terkini, 302 00:21:16,043 --> 00:21:18,923 saya pelajari maklumat baharu tentang Göbekli Tepe 303 00:21:19,003 --> 00:21:22,843 yang menjadikannya bertambah menarik. 304 00:21:26,603 --> 00:21:30,803 Saya bertemu Dr. Martin Sweatman di Muzium Sanliurfa, 305 00:21:31,683 --> 00:21:36,003 yang menempatkan replika arena terbesar Göbekli Tepe yang menakjubkan. 306 00:21:37,683 --> 00:21:41,203 Seorang ahli sains dengan minat dalam arkeoastronomi, 307 00:21:41,283 --> 00:21:44,083 kebanyakan kajian beliau difokuskan pada Tiang 43, 308 00:21:45,403 --> 00:21:47,723 turut dikenali sebagai Batu Hering. 309 00:21:50,803 --> 00:21:53,603 Apakah kepentingan artifak ini buat awak, Martin? 310 00:21:54,723 --> 00:21:58,803 Ini mungkin salah satu artifak terpenting dalam dunia ini. 311 00:21:58,883 --> 00:22:00,003 Ia amat menakjubkan. 312 00:22:00,843 --> 00:22:03,443 Tiang ini umpama Batu Rosetta. 313 00:22:03,523 --> 00:22:04,723 Betul. 314 00:22:04,803 --> 00:22:08,083 Dr. Sweatman percaya simbol-simbol pada batu ini 315 00:22:08,163 --> 00:22:10,323 mungkin melambangkan asterisme, 316 00:22:11,523 --> 00:22:15,043 corak bagi menggambarkan gugusan bintang terang di waktu malam. 317 00:22:15,843 --> 00:22:18,203 Kita boleh lihat itu bentuk jengking. 318 00:22:18,283 --> 00:22:20,403 Jadi mungkin ia adalah Scorpius. 319 00:22:20,483 --> 00:22:22,843 Saya teringin untuk anggap ia Scorpius. 320 00:22:22,923 --> 00:22:24,203 Betul. 321 00:22:24,683 --> 00:22:27,923 Setiap budaya memberi nama dan bentuk yang berbeza 322 00:22:28,003 --> 00:22:30,163 kepada buruj zodiak. 323 00:22:30,243 --> 00:22:35,123 Jadi ia bonus untuk melihat satu bentuk yang kita kenal pada Tiang 43. 324 00:22:35,203 --> 00:22:38,403 Di atasnya, kita menjangkakan Sagitarius 325 00:22:38,483 --> 00:22:42,203 dan Sagitarius ialah pemanah dengan busur dan anak panah. 326 00:22:43,083 --> 00:22:47,683 Di sini kita lihat burung hering dan sayapnya melebar pada sudut tepat, 327 00:22:47,763 --> 00:22:49,363 lambang busur dan anak panah. 328 00:22:49,443 --> 00:22:51,763 Kita boleh juga lihat simbol haiwan lain 329 00:22:51,843 --> 00:22:54,043 yang sepadan dengan buruj lain, 330 00:22:54,123 --> 00:22:57,803 hampir kelihatan seperti peta di langit malam. 331 00:23:01,443 --> 00:23:03,843 Inilah peta bintang-bintang paling cerah 332 00:23:03,923 --> 00:23:07,323 di sekitar kawasan yang dikenali hari ini sebagai Scorpius. 333 00:23:09,003 --> 00:23:13,163 Apabila Scorpius diaturkan dengan simbol jengking pada Tiang 43, 334 00:23:14,403 --> 00:23:17,043 asterisme berdekatannya nampak sepadan 335 00:23:17,123 --> 00:23:19,523 dengan bentuk-bentuk lain pada tiang. 336 00:23:23,803 --> 00:23:26,443 - Semuanya sepadan. - Betul. 337 00:23:27,803 --> 00:23:32,203 Namun, kejayaan sebenar Dr. Sweatman tiba apabila dia mempertimbangkan cadangan 338 00:23:32,283 --> 00:23:35,603 bahawa bulatan di tengah mungkin melambangkan matahari. 339 00:23:37,563 --> 00:23:41,803 Apakah yang cuba disampaikan dengan imej matahari 340 00:23:41,883 --> 00:23:45,203 yang kedudukannya diletak bersama dengan buruj-buruj? 341 00:23:45,843 --> 00:23:48,843 Ia mungkin cuba menunjukkan tarikh. 342 00:23:51,803 --> 00:23:55,963 Petunjuk ini berdasarkan kewujudan tiga lagi simbol haiwan 343 00:23:56,043 --> 00:23:57,123 di atas tiang 344 00:23:57,203 --> 00:24:00,843 yang mengukuhkan lagi idea bahawa ia adalah tarikh, 345 00:24:00,923 --> 00:24:02,443 lebih tepat, cop tarikh. 346 00:24:04,243 --> 00:24:05,523 Dr. Sweatman percaya 347 00:24:05,603 --> 00:24:08,923 tiga haiwan kecil yang diukir di atas Tiang 43 348 00:24:09,003 --> 00:24:13,563 muncul bersebelahan tiga simbol yang melambangkan matahari terbenam. 349 00:24:15,483 --> 00:24:18,243 Ditambah dengan simbol matahari di tengah-tengah, 350 00:24:18,323 --> 00:24:22,003 ia mungkin menggambarkan empat waktu utama dalam tahun suria, 351 00:24:22,083 --> 00:24:27,523 solstis musim panas, solstis musim sejuk serta ekuinoks musim bunga dan luruh. 352 00:24:30,163 --> 00:24:34,003 Ukiran ini mewakili asterisme yang muncul di langit malam 353 00:24:34,083 --> 00:24:36,523 di belakang atau sekitar matahari terbenam 354 00:24:36,603 --> 00:24:39,043 pada setiap tarikh-tarikh tersebut. 355 00:24:41,243 --> 00:24:45,923 Tanpa diduga, kita memiliki kunci keempat-empat waktu penting ini 356 00:24:46,003 --> 00:24:48,843 dengan waktu yang menjadi fokus utama 357 00:24:48,923 --> 00:24:51,083 - mendominasi tiang ini. - Betul. 358 00:24:53,603 --> 00:24:56,003 Idea ini amat bernas dan menarik. 359 00:24:57,563 --> 00:25:02,123 Tarikh yang tertulis pada batu dalam bahasa semesta astronomi. 360 00:25:04,283 --> 00:25:06,803 Jadi apakah tarikh yang dimaksudkan? 361 00:25:09,003 --> 00:25:10,843 Menggunakan perisian komputer 362 00:25:10,923 --> 00:25:14,563 untuk menjejak perubahan langit malam selama beribu tahun, 363 00:25:15,403 --> 00:25:21,083 kita boleh temui jarak waktu 100 tahun yang menepati teori Martin. 364 00:25:22,043 --> 00:25:25,043 Saya dapati kita boleh jangkakan 365 00:25:25,123 --> 00:25:29,403 tempohnya sekitar 10,900 hingga 10,800 SM. 366 00:25:34,043 --> 00:25:38,803 Namun ia melebihi seribu tahun sebelum pembinaan Göbekli Tepe. 367 00:25:40,803 --> 00:25:42,563 Kenapa tarikh itu penting? 368 00:25:42,643 --> 00:25:47,483 Kita tahu peristiwa yang berlaku dalam sejarah pada waktu itu. 369 00:25:47,563 --> 00:25:52,843 Betul-betul hampir dalam tempoh masa itu, jangka pendek sekitar 100 tahun, 370 00:25:52,923 --> 00:25:58,603 berlaku satu peristiwa iklim dramatik yang dikenali sebagai Dyras Muda. 371 00:25:58,683 --> 00:26:00,723 Peristiwa ini mengubah dunia. 372 00:26:07,483 --> 00:26:10,403 Kita menggelarnya sebagai Malapetaka Purba, 373 00:26:10,483 --> 00:26:13,243 tapi ahli sains menggelarnya Dryas Muda. 374 00:26:14,403 --> 00:26:19,363 Ia bermula 12,800 tahun lalu dengan sebuah bencana 375 00:26:19,443 --> 00:26:23,163 dan berakhir 11,500 tahun yang lalu, 376 00:26:23,243 --> 00:26:25,563 tepat dengan tarikh pembinaan Göbekli Tepe. 377 00:26:28,443 --> 00:26:33,483 Dunia menderita akibat pergolakan geologi yang amat dahsyat 378 00:26:34,043 --> 00:26:35,923 dengan banjir besar, 379 00:26:36,963 --> 00:26:40,763 diikuti dengan suhu takat beku melebihi 1,000 tahun. 380 00:26:41,883 --> 00:26:44,843 Kehidupan di bumi berubah. 381 00:26:46,123 --> 00:26:49,283 Harimau bertaring panjang dan mamot menjadi pupus. 382 00:26:51,763 --> 00:26:53,523 Namun manusia terselamat. 383 00:26:56,203 --> 00:26:59,243 Kemudian sekitar 11,600 tahun lalu, 384 00:26:59,323 --> 00:27:02,923 suhu takat beku berakhir dengan banjir besar terakhir 385 00:27:03,003 --> 00:27:05,083 yang meningkatkan paras laut dunia. 386 00:27:08,323 --> 00:27:11,963 Ketika itulah, setelah bumi kembali tenang, 387 00:27:12,043 --> 00:27:14,563 kerja-kerja di Göbekli Tepe bermula. 388 00:27:16,283 --> 00:27:19,043 Saya percaya ia bukan satu kebetulan. 389 00:27:21,203 --> 00:27:23,683 Itulah tanggapan saya tentang Göbekli Tepe, 390 00:27:24,323 --> 00:27:27,163 iaitu permulaan semula peradaban 391 00:27:27,243 --> 00:27:29,603 dari tamadun terdahulu yang musnah 392 00:27:29,683 --> 00:27:31,763 akibat bencana besar. 393 00:27:38,083 --> 00:27:40,323 Kita boleh lihat Tiang 43 dari sini 394 00:27:40,403 --> 00:27:43,763 dan ia terpelihara dengan amat baik 395 00:27:44,323 --> 00:27:47,243 memandangkan ia berusia 11,600 tahun. 396 00:27:47,963 --> 00:27:49,203 Menakjubkan. 397 00:27:52,323 --> 00:27:56,923 Bagaimana jika kompleks misteri ini bukan sekadar tempat ritual, 398 00:27:57,003 --> 00:28:01,243 tapi bangunan peringatan bagi memperingati peristiwa besar? 399 00:28:03,883 --> 00:28:05,323 Ia munasabah. 400 00:28:05,923 --> 00:28:08,963 Begitu juga dengan beberapa bangunan terhebat kini. 401 00:28:10,403 --> 00:28:12,963 Tugu Peringatan Lincoln di Washington DC 402 00:28:14,443 --> 00:28:16,443 atau Taj Mahal di India. 403 00:28:17,523 --> 00:28:20,563 Tapi adakah Göbekli Tepe lebih dari itu? 404 00:28:22,603 --> 00:28:25,003 Bagaimana jika tujuan ia dicipta adalah 405 00:28:25,083 --> 00:28:27,883 untuk meninggalkan mesej yang amat penting, 406 00:28:27,963 --> 00:28:31,043 mesej yang perlu dinyahkod oleh generasi kemudian? 407 00:28:32,123 --> 00:28:34,203 Ini kerana, apabila ahli arkeologi 408 00:28:34,283 --> 00:28:37,523 menentukan usia runtuhan yang menutupi tapak itu, 409 00:28:37,603 --> 00:28:39,403 sekali lagi mereka terkejut. 410 00:28:41,963 --> 00:28:44,523 Sekitar 10,000 tahun lalu, 411 00:28:45,763 --> 00:28:47,723 seluruh struktur ini ditimbus 412 00:28:48,403 --> 00:28:53,523 dengan cepat dan disengajakan pada masa yang sama. 413 00:28:56,083 --> 00:29:00,363 Usaha yang amat besar dibuat untuk menimbus Göbekli Tepe. 414 00:29:00,443 --> 00:29:02,403 Bukan setakat menimbus, 415 00:29:02,483 --> 00:29:06,603 tapi dengan membina bukit buatan manusia di atasnya. 416 00:29:06,683 --> 00:29:10,043 Bayangkan beratus-ratus tenaga kerja 417 00:29:10,123 --> 00:29:14,243 membawa berbakul-bakul batu untuk dicampakkan ke tapak itu. 418 00:29:18,283 --> 00:29:21,563 Tapi persoalannya, kenapa mereka buat begitu? 419 00:29:24,283 --> 00:29:28,123 Ia tak terbiar. Ia tak dimusnah atau dirompak. 420 00:29:28,203 --> 00:29:32,403 Ia ditanam dengan elok, tersorok dan terpelihara. 421 00:29:33,843 --> 00:29:37,763 Ia kekal terpelihara selama beribu tahun 422 00:29:38,443 --> 00:29:40,323 sehinggalah ditemui baru-baru ini. 423 00:29:42,123 --> 00:29:46,883 Saya berpendapat, munasabahlah untuk kita anggap ia sebagai kapsul masa. 424 00:29:46,963 --> 00:29:49,203 Sama seperti kapsul masa lain, 425 00:29:49,283 --> 00:29:52,643 tujuannya adalah untuk menghantar mesej ke masa depan. 426 00:29:56,163 --> 00:30:01,283 Ular mempengaruhi corak di Göbekli Tepe dan Karahan Tepe. 427 00:30:02,083 --> 00:30:03,403 Ada sesuatu tentang 428 00:30:03,483 --> 00:30:06,443 cara bentuk berliku-liku dan menurun digambarkan, 429 00:30:06,523 --> 00:30:09,283 seolah-olah jurubina tempat ini taksub dengannya, 430 00:30:10,203 --> 00:30:12,323 seakan-akan ular-ular inilah pesanan 431 00:30:12,403 --> 00:30:15,443 yang ingin mereka sampaikan dari kedua-dua tapak. 432 00:30:17,283 --> 00:30:22,083 Tapi adakah ia ular atau mungkin ia mewakili sesuatu yang lain? 433 00:30:26,403 --> 00:30:31,723 Di setiap tempat yang menyimpan jejak episod yang dilupakan dalam sejarah, 434 00:30:31,803 --> 00:30:33,323 kita turut temui ular. 435 00:30:34,363 --> 00:30:37,923 Di Mexico, Quetzalcoatl merupakan seekor ular. 436 00:30:38,843 --> 00:30:42,483 Untuk memasuki kuil suci Ġgantija di Malta, 437 00:30:42,563 --> 00:30:44,403 kita perlu melangkah ular. 438 00:30:47,563 --> 00:30:52,923 Saya rasa saya tahu maksud ular-ular itu dan contoh terbaiknya bukan di Turkiye. 439 00:30:54,363 --> 00:30:59,363 Ia terletak di seberang dunia, di tengah Amerika, di Ohio, 440 00:31:00,203 --> 00:31:06,163 tempat pendeta-pendeta lama membina ular gergasi dari tanah 441 00:31:06,923 --> 00:31:10,883 sebagai peringatan dan mungkin juga sebagai amaran. 442 00:31:37,643 --> 00:31:42,643 Terjemahan sari kata oleh Leia Li