1 00:00:06,083 --> 00:00:08,963 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:14,243 --> 00:00:16,683 Bila manusia mula sampai ke benua Amerika? 3 00:00:18,283 --> 00:00:22,923 Jika anda bersekolah antara 1960 dan 2010, 4 00:00:23,003 --> 00:00:25,363 anda mungkin telah diajar cerita ini. 5 00:00:26,523 --> 00:00:29,683 Bahawa ketika Zaman Ais yang lalu, kumpulan pemburu-pengumpul 6 00:00:29,763 --> 00:00:33,483 melintasi jambatan darat yang menghubungkan Asia ke Amerika Utara, 7 00:00:34,163 --> 00:00:36,243 lokasi Selat Bering sekarang. 8 00:00:36,923 --> 00:00:41,083 Sekitar 13,000 tahun yang lalu ketika ais mencair, 9 00:00:41,163 --> 00:00:44,123 mereka berhijrah ke selatan ke Heartland Amerika. 10 00:00:45,283 --> 00:00:47,403 Arkeologi yakin bahawa benua Amerika 11 00:00:47,483 --> 00:00:50,843 tak didiami oleh manusia sehingga kira-kira 13,000 tahun dulu. 12 00:00:50,923 --> 00:00:54,163 Ini paradigma yang dominan dalam kajian Amerika kuno. 13 00:00:56,483 --> 00:00:57,763 Tapi ia salah. 14 00:00:59,243 --> 00:01:01,843 Tanggapan lama telah disangkal sepenuhnya 15 00:01:01,923 --> 00:01:04,603 dengan penemuan tinggalan arkeologi yang lebih tua. 16 00:01:06,083 --> 00:01:09,763 Fosil tapak kaki manusia yang ditemui di padang pasir New Mexico 17 00:01:09,843 --> 00:01:14,803 bertarikh 22,000 tahun dahulu, kegemilangan Zaman Ais terakhir. 18 00:01:16,163 --> 00:01:18,083 Walaupun masih mempertikaikan 19 00:01:18,163 --> 00:01:20,523 bukti kehadiran manusia yang malah lebih awal 20 00:01:20,603 --> 00:01:26,363 seawal 130,000 tahun yang baru-baru ini mula muncul. 21 00:01:28,603 --> 00:01:32,163 Inilah masa untuk pertimbangkan keseluruhan garis masa 22 00:01:32,243 --> 00:01:34,803 bagi kisah manusia di Amerika. 23 00:01:48,603 --> 00:01:53,883 TAMADUN AMERIKA YANG LENYAP 24 00:01:55,163 --> 00:01:58,563 Amat sedikit yang tinggal daripada monumen Amerika Utara purba. 25 00:01:58,643 --> 00:02:04,363 Lebih daripada 90% daripada struktur yang didokumentasikan pada abad ke-19 26 00:02:04,443 --> 00:02:06,443 kini telah hilang sepenuhnya, 27 00:02:06,523 --> 00:02:09,643 dan daripada kurang 10% yang tinggal, 28 00:02:09,723 --> 00:02:11,723 majoriti telah dirosakkan dan dimusnahkan. 29 00:02:16,643 --> 00:02:20,883 Sakit hati membayangkan betapa berharganya rahsia manusia purba 30 00:02:20,963 --> 00:02:23,323 yang hilang dalam rampasan tanah penjajah, 31 00:02:23,403 --> 00:02:28,003 dan dalam penghancuran sistematik bagi kepercayaan 32 00:02:28,083 --> 00:02:30,643 tradisi dan monumen orang asli. 33 00:02:33,603 --> 00:02:34,923 Beberapa tapak terselamat 34 00:02:35,003 --> 00:02:39,363 mungkin kritikal dalam menubuhkan kemungkinan tamadun yang hilang. 35 00:02:41,283 --> 00:02:45,163 Tapak seperti ini, dikenali sebagai Poverty Point. 36 00:02:50,203 --> 00:02:52,523 Ia mendapat nama yang agak luar biasa 37 00:02:52,603 --> 00:02:54,723 dari ladang yang pernah berada di tempat ini… 38 00:02:56,643 --> 00:02:57,963 …cuma 15 batu ke barat 39 00:02:58,043 --> 00:03:01,083 dari Sungai Mississippi di timur laut Louisiana. 40 00:03:03,883 --> 00:03:07,523 Sejak sekian lama, ini hanya dianggap sebuah bukit yang indah 41 00:03:07,603 --> 00:03:09,563 yang muncul dari tanah ladang. 42 00:03:11,603 --> 00:03:14,403 Tapi ini bukan sekadar bukit. 43 00:03:15,923 --> 00:03:17,963 Ahli arkeologi tak lagi mempertikaikan 44 00:03:18,043 --> 00:03:21,243 yang ia struktur tanah buatan manusia yang sangat besar, 45 00:03:21,803 --> 00:03:24,563 hari ini dikenali sebagai Busut A. 46 00:03:29,603 --> 00:03:31,163 Apabila kawasan sekitarnya 47 00:03:31,243 --> 00:03:34,683 didapati berselerak dengan artifak tanah liat dan figura manusia… 48 00:03:38,523 --> 00:03:44,643 ahli arkeologi sedar Busut A sebahagian kompleks purba yang lebih besar. 49 00:03:47,323 --> 00:03:50,083 Mendaki Busut A sangat berbaloi. 50 00:03:50,163 --> 00:03:53,363 Perspektif di atas sini tak didapati di aras bumi di bawah. 51 00:03:55,883 --> 00:03:59,963 Saya serta-merta sedar betapa ratanya tanah ini. 52 00:04:00,763 --> 00:04:03,643 Jika alihkan pokok, saya percaya orang purba buat begitu, 53 00:04:03,723 --> 00:04:08,403 ada ufuk rata yang sempurna dalam 360 darjah di sekeliling awak. 54 00:04:11,523 --> 00:04:15,323 Tapi ini bukan sejenis struktur pertahanan. Jadi apakah ia? 55 00:04:17,963 --> 00:04:21,163 Walaupun dari atas, susah untuk dapat gambaran penuh. 56 00:04:22,923 --> 00:04:26,483 Tapi kami ada idea yang baik tentang susun atur asal tapak. 57 00:04:27,683 --> 00:04:30,523 Ia bukan seperti dari dunia purba. 58 00:04:34,723 --> 00:04:38,243 Pada asalnya Busut A berkemungkinan setinggi 100 kaki, 59 00:04:39,563 --> 00:04:41,843 meliputi 43 ekar plaza. 60 00:04:43,003 --> 00:04:45,243 Dengan enam rabung sepusat, 61 00:04:45,323 --> 00:04:49,523 setiap satu mungkin setinggi enam kaki dan permukaan atasnya rata 62 00:04:49,603 --> 00:04:53,803 mencipta separuh bulatan dengan diameter tiga suku batu, 63 00:04:55,123 --> 00:04:57,283 dipecahkan oleh serangkaian lorong, 64 00:04:57,363 --> 00:04:59,323 seperti sejenis amfiteater. 65 00:05:00,883 --> 00:05:05,483 ia bertaburan berdekatan tak kurang enam busut buatan manusia yang besar 66 00:05:05,563 --> 00:05:09,123 yang dilabel oleh ahli arkeologi, sebagai "A" hingga "F". 67 00:05:14,803 --> 00:05:16,683 Poverty Point antara tapak purba 68 00:05:16,763 --> 00:05:19,203 terbesar dan kompleks di Amerika Utara. 69 00:05:21,123 --> 00:05:25,363 Seksyen tertuanya bertarikh 3,700 tahun lepas… 70 00:05:25,443 --> 00:05:26,763 1,700 SM 71 00:05:26,843 --> 00:05:30,163 …lama sebelum pembinanya usahakan tanah atau pelihara ternakan. 72 00:05:32,883 --> 00:05:35,283 Orang Amerika purba Poverty Point 73 00:05:35,363 --> 00:05:37,883 kemudian habiskan 600 tahun berikutnya 74 00:05:37,963 --> 00:05:41,123 dengan mengembangkan dan menambah baik tapak. 75 00:05:43,883 --> 00:05:44,723 Kenapa? 76 00:05:48,403 --> 00:05:50,403 Tiada dokumen atau tradisi yang terselamat 77 00:05:50,483 --> 00:05:53,283 untuk beritahu kita tujuan Poverty Point. 78 00:05:53,363 --> 00:05:55,443 Ahli arkeologi dibiarkan meneka. 79 00:05:57,523 --> 00:06:00,283 Pengurus tapak dan ahli sejarah, Mark Brink Jr. 80 00:06:00,363 --> 00:06:03,323 orang pertama yang mengaku arkeologi arus perdana itu 81 00:06:03,403 --> 00:06:06,963 belum dapat mengesahkan banyak tentang tapak misteri ini. 82 00:06:08,163 --> 00:06:10,443 Beritahu semua yang awak tahu tentang tapak ini. 83 00:06:10,523 --> 00:06:11,363 MARK BRINK JR. PENGURUS TAPAK 84 00:06:11,443 --> 00:06:12,763 Jadi, Busut A adalah besar, 85 00:06:12,843 --> 00:06:17,483 busut terbesar yang dibina di Hemisfera Barat pada masa itu, 86 00:06:17,563 --> 00:06:20,963 bermakna Poverty Point adalah pusat bagi sesuatu yang sangat besar. 87 00:06:21,043 --> 00:06:24,043 Ia mencadangkan motif kuat disebaliknya. 88 00:06:24,123 --> 00:06:26,963 Awak ada terfikir apakah motifnya? 89 00:06:27,043 --> 00:06:28,203 Kami tak tahu. 90 00:06:28,283 --> 00:06:32,163 Ia pusat upacara atas sebab tertentu, tapi kita belum tahu lagi. 91 00:06:32,243 --> 00:06:34,723 - Boleh kita tambah "lagi"? - Ya. 92 00:06:35,323 --> 00:06:36,603 Kami ada idea 93 00:06:36,683 --> 00:06:40,123 tentang sebab ia dibina di sini dan bukan di tempat lain, 94 00:06:41,123 --> 00:06:45,963 ia ada kaitan dengan tapak yang lebih lama kira-kira dua batu ke selatan. 95 00:06:46,043 --> 00:06:47,563 Ke selatan dari Poverty Point… 96 00:06:47,643 --> 00:06:48,483 BATH, UK 6 APRIL 2019 97 00:06:48,563 --> 00:06:50,563 …kami sampai Busut Jackson Bawah. 98 00:06:50,643 --> 00:06:53,443 Tiga busut utama bagi Poverty Point 99 00:06:53,523 --> 00:06:56,483 sebaris dari utara ke selatan dengan Busut Jackson Bawah. 100 00:06:56,563 --> 00:06:57,603 TAMBAK - BUSUT B - BUSUT A - BUSUT E BUSUT MOTLEY - LOUISIANA 101 00:06:57,683 --> 00:06:58,563 JEJAK BUSUT PURBA BUSUT JACKSON BAWAH 102 00:06:58,643 --> 00:07:01,443 Busut Jackson Bawah jauh lebih tua daripada Poverty Point. 103 00:07:01,523 --> 00:07:06,683 Usianya 3500 SM, 5,500 tahun. 104 00:07:06,763 --> 00:07:11,043 Tapi, pembuat Poverty Point bukan hanya sedar tentang itu, 105 00:07:11,123 --> 00:07:14,043 mereka gunakannya sebagai sauh bagi seluruh tapak. 106 00:07:17,363 --> 00:07:19,883 Pembina kuno jelas memahami geografi 107 00:07:19,963 --> 00:07:22,323 dan mengorientasi struktur ke utara sebenar. 108 00:07:23,563 --> 00:07:26,083 Ada hal lain berlaku di Poverty Point ini 109 00:07:26,163 --> 00:07:28,883 yang ahli arkeologi tak suka mengakui 110 00:07:29,603 --> 00:07:32,083 dikodkan dalam geometri uniknya. 111 00:07:33,163 --> 00:07:37,523 Ufuk mendatar di sekeliling membolehkan anda memantau 112 00:07:37,603 --> 00:07:41,643 terbit dan terbenamnya matahari serta bulan dan bintang. 113 00:07:44,283 --> 00:07:46,723 Ini tempat untuk ahli astronomi. 114 00:07:52,003 --> 00:07:54,243 Ramai tak sedar hari ini. Kenapa perlu sedar? 115 00:07:54,323 --> 00:07:55,683 Ini bandar tercemar cahaya. 116 00:07:57,123 --> 00:07:59,043 Kita langsung tak nampak langit, 117 00:07:59,803 --> 00:08:02,643 tapi jika awak orang zaman kuno dan mengkaji bintang, 118 00:08:03,963 --> 00:08:06,043 awak akan sedar fenomena ini. 119 00:08:07,523 --> 00:08:10,043 Matahari ada titik berhentinya di ufuk. 120 00:08:10,123 --> 00:08:11,683 Kita menggelarnya solstis. 121 00:08:11,763 --> 00:08:13,923 Matahari pegun pada solstis musim panas, 122 00:08:14,003 --> 00:08:16,243 berada di tempat sama dua hingga tiga hari, 123 00:08:16,323 --> 00:08:20,443 kemudian mula bergerak ke belakang seperti ayunan bandul di sepanjang ufuk. 124 00:08:20,523 --> 00:08:22,043 Solstis musim sejuk pun sama. 125 00:08:25,603 --> 00:08:30,043 Ahli arkeoastronomi, Willliam Romain, mendapati tarikh penting ini, 126 00:08:30,123 --> 00:08:34,843 solstis, masing-masing hari terpanjang dan terpendek dalam setahun, 127 00:08:34,923 --> 00:08:36,923 sebenarnya dah ditanda di Poverty Point 128 00:08:37,003 --> 00:08:39,763 oleh sistem penjajaran yang direka dengan mahir. 129 00:08:43,763 --> 00:08:46,683 Jika awak berdiri di pinggir timur ruang bujur 130 00:08:46,763 --> 00:08:48,483 di tengah-tengah plaza, 131 00:08:48,563 --> 00:08:52,843 matahari terbenam solstis musim panas jatuh tepat sejajar dengan Busut B, 132 00:08:52,923 --> 00:08:54,123 busut tertua. 133 00:08:54,203 --> 00:08:55,403 B 134 00:08:55,483 --> 00:08:57,203 Dari sudut pandang yang sama, 135 00:08:57,283 --> 00:09:01,523 matahari terbenam solstis musim sejuk jatuh tepat di belakang Busut E. 136 00:09:02,803 --> 00:09:05,683 Bergerak ke pinggir barat di bujur dalaman yang sama, 137 00:09:05,763 --> 00:09:10,523 anda akan dapati matahari solstis musim panas terbit tepat di atas Busut C… 138 00:09:11,523 --> 00:09:15,443 …sementara matahari solstis musim sejuk terbit tepat di atas Busut D. 139 00:09:17,603 --> 00:09:21,443 Jika anda melihat terus ke barat melalui pusat plaza 140 00:09:21,523 --> 00:09:23,643 pada equinoks musim bunga atau luruh, 141 00:09:24,803 --> 00:09:28,043 matahari seolah-olah terbenam di pinggir utara Busut A 142 00:09:28,123 --> 00:09:30,203 sebelum terbenam di ufuk. 143 00:09:36,603 --> 00:09:39,003 Poverty Point mungkin ada struktur lebih menarik 144 00:09:39,083 --> 00:09:41,443 direka untuk kesan perubahan di langit. 145 00:09:42,683 --> 00:09:44,003 Di satu penjuru tapak itu, 146 00:09:44,083 --> 00:09:47,243 ahli arkeologi menemui lingkaran bulatan yang besar 147 00:09:49,363 --> 00:09:51,803 yang ditanda dengan pos putih yang dipulihkan. 148 00:09:53,163 --> 00:09:57,003 Kita tak tahu berapa tinggi tiang asal di dalam lubang itu, 149 00:09:57,843 --> 00:10:00,363 tapi dalam konsepsi dan rekaan keseluruhannya, 150 00:10:00,443 --> 00:10:05,763 teringat Woodhenge prasejarah yang digali berhampiran Stonehenge di England. 151 00:10:07,243 --> 00:10:12,443 Keunikan Poverty Point ialah banyaknya woodhenges yang dibanggakannya. 152 00:10:13,883 --> 00:10:16,203 Berapa banyak bulatan ada di sini? 153 00:10:16,803 --> 00:10:19,643 Sekurang-kurangnya 40. 154 00:10:20,603 --> 00:10:22,203 Skala? Merentas… 155 00:10:22,283 --> 00:10:25,603 Sebahagian daripada mereka agak kecil, mungkin diameter 60 kaki, 156 00:10:25,683 --> 00:10:28,683 ada yang lebih besar, diameter 200 kaki atau lebih, 157 00:10:29,323 --> 00:10:32,043 tapi tarikhnya jauh berbeza. 158 00:10:33,923 --> 00:10:36,323 Mereka dicipta selama ratusan tahun, 159 00:10:37,283 --> 00:10:40,123 merangkumi generasi Amerika purba, 160 00:10:40,203 --> 00:10:43,283 yang sentiasa mengubah kedudukan dan saiznya. 161 00:10:44,963 --> 00:10:47,563 Saya teringat Malta, di sana pembina megalit 162 00:10:47,643 --> 00:10:49,883 sentiasa mengubah orientasi kuil mereka… 163 00:10:50,123 --> 00:10:54,443 …untuk menghadap bintang Sirius, memuncak dengan Ġgantija. 164 00:10:55,603 --> 00:10:57,803 Serta Göbekli Tepe di Turkiye 165 00:10:57,883 --> 00:10:59,923 di mana orang dahulu membina beberapa kuil 166 00:11:00,003 --> 00:11:02,363 dalam tempoh kira-kira seribu tahun… 167 00:11:02,683 --> 00:11:06,123 …untuk menjejaki pergerakan bintang. 168 00:11:07,763 --> 00:11:10,243 Ini semua projek besar-besaran, 169 00:11:10,323 --> 00:11:12,803 menampilkan struktur yang dibina semula… 170 00:11:13,003 --> 00:11:16,483 …dan dialih orientasi sejak turun-temurun. 171 00:11:17,603 --> 00:11:20,643 Mungkinkah lingkaran tiang Poverty Point 172 00:11:20,723 --> 00:11:23,683 turut direka untuk menjejaki sesuatu di syurga? 173 00:11:25,963 --> 00:11:28,923 Ilmu yang canggih, sains sebenar 174 00:11:29,003 --> 00:11:32,083 dibuktikan dengan geometri dan astronomi tapak. 175 00:11:33,723 --> 00:11:36,403 Namun ahli arkeologi arus perdana enggan 176 00:11:36,483 --> 00:11:40,163 mengiktiraf astronomi dalam apa jua bentuk dalam lingkaran kayu Poverty Point. 177 00:11:42,643 --> 00:11:45,043 Saya rasa ia tak munasabah. 178 00:11:45,123 --> 00:11:47,963 Kenapa orang yang tinggal di sini dan mencipta tempat ini 179 00:11:48,043 --> 00:11:50,243 tak berminat dengan langit? 180 00:11:50,323 --> 00:11:51,843 - Bukan tak minat. - Tidak. 181 00:11:51,923 --> 00:11:53,163 Mereka pasti minat. 182 00:11:53,243 --> 00:11:55,403 Okey. Apa fungsi lingkaran itu? 183 00:11:56,243 --> 00:11:57,883 Tak tahu. Belum tahu lagi 184 00:11:57,963 --> 00:11:59,963 jika ia digunakan untuk astronomi atau tak. 185 00:12:00,043 --> 00:12:01,003 Ya. 186 00:12:02,683 --> 00:12:05,683 Budaya kuno sangat obses dengan langit. 187 00:12:07,083 --> 00:12:09,443 Tanggapan itu sendiri tak dipertikaikan, 188 00:12:09,523 --> 00:12:11,683 tapi arkeologi anggap ia tak relevan. 189 00:12:12,643 --> 00:12:14,603 Antara daripada sebabnya 190 00:12:14,683 --> 00:12:18,203 ialah kebanyakan ahli arkeologi langsung tak faham astronomi. 191 00:12:18,283 --> 00:12:20,083 Mereka tak mempelajarinya 192 00:12:20,163 --> 00:12:22,603 dan kedua, mereka anggap ia pencerobohan 193 00:12:22,683 --> 00:12:26,043 oleh orang luar ke dalam domain mereka. 194 00:12:30,123 --> 00:12:33,243 Saya tak mendakwa Poverty Point dicipta 195 00:12:33,323 --> 00:12:36,203 oleh tamadun maju yang hilang yang saya sedang cari. 196 00:12:38,123 --> 00:12:40,323 Tapi saya berminat dengan asal usul 197 00:12:40,403 --> 00:12:42,843 bagi astronomi dan geometri canggih 198 00:12:42,923 --> 00:12:44,243 yang ada di sini. 199 00:12:45,843 --> 00:12:48,523 Terdapat bukti bahawa seni bina termaju, 200 00:12:48,603 --> 00:12:53,683 pengukuran bumi dan pengetahuan astronomi diwarisi sejak dahulu lagi, 201 00:12:53,763 --> 00:12:57,323 tetapi dari siapa ia diwarisi dan berapa lama lebih awal? 202 00:12:59,923 --> 00:13:02,203 Bukan Amerika kuno yang tinggal di sini 203 00:13:02,283 --> 00:13:04,963 tak mampu menemui dan menggabungkan 204 00:13:05,043 --> 00:13:09,003 pemerhatian astronomi ini ke tempat mereka sendiri. 205 00:13:09,723 --> 00:13:10,563 Sebaliknya, 206 00:13:11,203 --> 00:13:12,483 kita telah 207 00:13:12,563 --> 00:13:15,443 mengambil kira budaya Orang Asli Amerika 208 00:13:15,523 --> 00:13:17,203 sebagai hanya pemburu-pengumpul. 209 00:13:17,283 --> 00:13:21,043 Mereka jauh lebih rumit dan lebih canggih. 210 00:13:23,243 --> 00:13:26,203 Visi mereka tentang kedudukan Bumi di kosmos 211 00:13:26,283 --> 00:13:28,643 diluahkan melalui penjajaran di Poverty Point 212 00:13:28,723 --> 00:13:30,963 pada asasnya adalah visi yang sama 213 00:13:31,043 --> 00:13:33,563 yang kita lihat di tapak kuno lain di seluruh dunia… 214 00:13:33,643 --> 00:13:34,483 PIRAMID AGUNG CHOLULA MEXICO 215 00:13:34,883 --> 00:13:36,483 …kongsi fokus 216 00:13:36,563 --> 00:13:39,043 tentang hubungan antara bumi dan langit. 217 00:13:40,283 --> 00:13:43,523 KARNAK MESIR 218 00:13:45,803 --> 00:13:49,163 Poverty Point hanya satu daripada 800 tapak Pembina Busut 219 00:13:49,843 --> 00:13:52,323 yang bertahan di seluruh negeri Louisiana. 220 00:13:52,403 --> 00:13:53,243 TAPAK CAHOKIA ILLINOIS 221 00:13:53,323 --> 00:13:55,323 Di Amerika Utara secara keseluruhan, 222 00:13:55,403 --> 00:13:58,403 daripada jumlah anggaran asal satu juta busut… 223 00:13:58,483 --> 00:13:59,363 BUSUT INDIA ETOWAH GEORGIA 224 00:13:59,443 --> 00:14:02,003 …kira-kira 100,000 masih kekal. 225 00:14:02,083 --> 00:14:04,083 BUSUT PATUNGAN IOWA 226 00:14:04,163 --> 00:14:08,643 Antaranya, contoh busut yang paling menakjubkan 227 00:14:08,723 --> 00:14:11,443 mengungkapkan hubungan suci antara langit dan bumi, 228 00:14:12,363 --> 00:14:17,963 terletak kira-kira 600 batu ke timur laut Poverty Point di Ohio, 229 00:14:19,003 --> 00:14:22,563 tapak yang menyimpan kunci untuk memahami hal yang menimpa 230 00:14:22,643 --> 00:14:25,283 tamadun hilang yang saya cari. 231 00:14:28,323 --> 00:14:30,603 Tertenggek di atas rabung berhutan tebal 232 00:14:31,683 --> 00:14:34,563 terletak busut patungan yang menakjubkan. 233 00:14:36,843 --> 00:14:40,563 Kerja tanah gergasi berbentuk makhluk hidup. 234 00:14:42,443 --> 00:14:45,603 Dalam kes ini, ular sepanjang 400 meter. 235 00:14:48,123 --> 00:14:50,243 Ia digelar Busut Ular. 236 00:14:50,323 --> 00:14:52,723 BUSUT ULAR 237 00:14:52,803 --> 00:14:54,443 Bermula daripada ekor berlingkar, 238 00:14:54,523 --> 00:14:57,363 tujuh lekuk di badannya menuju ke kepalanya, 239 00:14:58,643 --> 00:15:03,363 di situ ada rahang ternganga untuk menelan kerja tanah bujur yang lain. 240 00:15:06,083 --> 00:15:09,643 Melalui udara pun sukar untuk menjelaskan semua butiran. 241 00:15:10,523 --> 00:15:14,963 Tapi, mengambil kira penemuan baharu tentang pembinaan asalnya 242 00:15:15,043 --> 00:15:16,523 dan mengalihkan pokok, 243 00:15:17,163 --> 00:15:20,523 boleh dedahkan rupa patungan ketika zaman kemuncaknya. 244 00:15:25,483 --> 00:15:28,403 Busut Ular memanjang lebih daripada 400 meter 245 00:15:28,483 --> 00:15:30,243 dari rahangnya di barat laut 246 00:15:30,323 --> 00:15:33,323 ke ekornya di sudut barat daya puncak bukit. 247 00:15:36,523 --> 00:15:40,243 Pada asalnya terdapat bulatan batu berdiri di kepala, 248 00:15:40,323 --> 00:15:41,643 fungsinya tak diketahui. 249 00:15:43,123 --> 00:15:46,923 Betul-betul di belakang kepala, ada dua sambungan hiasan, 250 00:15:47,003 --> 00:15:48,883 fungsinya juga tak diketahui. 251 00:15:55,923 --> 00:15:59,363 Busut Ular adalah struktur yang luar biasa dan anggun. 252 00:15:59,443 --> 00:16:02,483 ia menyuntik rasa hairan kepada pengunjung. 253 00:16:03,843 --> 00:16:06,763 Ia jelas tempat kuno dan misteri. 254 00:16:06,843 --> 00:16:09,363 Siapa yang bina patungan besar dan kenapa? 255 00:16:12,403 --> 00:16:14,043 OHIO - PENANDA SEJARAH BUSUT ULAR 256 00:16:14,123 --> 00:16:17,283 Tanda tapak menunjukkan ia dibina sekitar 1000 M 257 00:16:17,363 --> 00:16:21,163 oleh orang asli yang dikenali sebagai Budaya Purba Kubu. 258 00:16:22,723 --> 00:16:27,403 Tapi tandanya salah, sama seperti banyak penanda sejarah ini. 259 00:16:28,923 --> 00:16:33,123 Hakikatnya tiada sesiapa tahu usia sebenar Busut Ular. 260 00:16:35,243 --> 00:16:37,243 Tarikh 1000 M 261 00:16:37,323 --> 00:16:40,323 adalah berdasarkan dua sampel organik sahaja 262 00:16:40,403 --> 00:16:43,803 daripada bahagian busut yang mungkin dibina semula, 263 00:16:45,323 --> 00:16:49,323 kerana kajian arkeologi lain menemui sampel dari tapak ular 264 00:16:49,403 --> 00:16:52,883 yang bertarikh seawal 321 SM. 265 00:16:54,523 --> 00:16:56,723 Bukti bahawa Busut Ular 266 00:16:56,803 --> 00:16:59,683 menjadi subjek pemuliharaan adalah sangat jelas. 267 00:16:59,763 --> 00:17:03,323 Saya rasa pemuliharaan ini mengimbau jauh ke masa lalu. 268 00:17:05,083 --> 00:17:08,243 Hanya ada satu masalah untuk menyiasat teori saya. 269 00:17:09,122 --> 00:17:13,362 Pentadbir Busut Ular menyekat saya. 270 00:17:15,843 --> 00:17:20,043 Berkali-kali kami usaha untuk dapatkan kebenaran penggambaran di sini, 271 00:17:20,122 --> 00:17:22,122 tapi mereka tak izinkan. 272 00:17:22,203 --> 00:17:24,162 BUSUT ULAR 273 00:17:24,243 --> 00:17:29,243 Tentang apa yang saya anggap ideologi dan sememangnya alasan peribadi, 274 00:17:29,323 --> 00:17:31,203 biar saya baca daripada e-mel mereka. 275 00:17:33,122 --> 00:17:34,643 "Kami perlu memastikan 276 00:17:34,723 --> 00:17:37,283 integriti dan pemuliharaan Busut Ular, 277 00:17:37,363 --> 00:17:38,403 secara fizikal 278 00:17:38,483 --> 00:17:41,563 dan dalam interpretasi sejarahnya dikekalkan." 279 00:17:42,523 --> 00:17:47,243 "Sebab penyampai siri ini, Graham Hancock, 280 00:17:47,323 --> 00:17:51,083 mencadangkan teori dan cerita yang tak sejajar 281 00:17:51,163 --> 00:17:54,923 dengan maklumat yang kami tahu benar tentang Busut Ular, 282 00:17:55,003 --> 00:17:57,523 permintaan anda ditolak." 283 00:18:00,323 --> 00:18:05,483 Perkataan yang betul untuk misi melindungi interpretasi tapak 284 00:18:05,563 --> 00:18:07,963 ialah penapisan. 285 00:18:08,043 --> 00:18:10,483 Apa lagi cara yang lebih efektif 286 00:18:10,563 --> 00:18:16,403 untuk ahli arkeologi menapis, mengekang dan mematikan pendapat yang berbeza 287 00:18:16,483 --> 00:18:20,123 selain daripada menafikan akses ke tapak arkeologi? 288 00:18:20,203 --> 00:18:21,803 ADAKAH GRAHAM HANCOCK GILA? 289 00:18:21,883 --> 00:18:24,563 Ini bukan kali pertama ia berlaku. 290 00:18:24,643 --> 00:18:29,083 Malangnya ini adalah tingkah laku yang sistematik dan konsisten 291 00:18:29,163 --> 00:18:30,243 antara ahli arkeologi. 292 00:18:30,323 --> 00:18:32,163 Mereka mengamalkan penapisan. 293 00:18:32,243 --> 00:18:37,603 Mereka amalkan penapisan dengan mengejek dan menghina idea alternatif. 294 00:18:39,803 --> 00:18:43,083 Apa sebenarnya dalam teori saya ini 295 00:18:43,163 --> 00:18:45,403 yang tak menyenangkan? 296 00:18:46,883 --> 00:18:49,843 Mudah, kerana saya berani mencadangkan 297 00:18:49,923 --> 00:18:53,283 bahawa idea di sebalik reka bentuk Busut Ular 298 00:18:53,363 --> 00:18:57,523 adalah lebih awal daripada 300 SM, 299 00:18:58,683 --> 00:19:03,243 lebih 1000 tahun lebih awal hingga akhir Zaman Ais yang terakhir. 300 00:19:05,243 --> 00:19:11,003 Buktinya terletak pada satu daripada cirinya yang paling hebat, 301 00:19:11,083 --> 00:19:14,403 yang ahli arkeologi aliran perdana enggan akui. 302 00:19:15,043 --> 00:19:17,923 Kerana, sekali lagi ia melibatkan langit. 303 00:19:20,003 --> 00:19:25,003 Jika awak melintasi Busut Ular pada solstis musim panas sekitar 21 Jun, 304 00:19:25,083 --> 00:19:27,843 anda akan segera menyedari bahawa rahang ular 305 00:19:27,923 --> 00:19:32,163 terlaras hampir secara langsung ke titik tempat matahari terbenam. 306 00:19:34,923 --> 00:19:38,003 Ini terjadi ketika matahari terbenam pada solstis musim panas. 307 00:19:38,083 --> 00:19:38,923 BATH, UK 6 APRIL 2019 308 00:19:39,003 --> 00:19:42,723 Nampaknya kepala ular itu sedang mencari Matahari. 309 00:19:42,803 --> 00:19:45,803 Apabila Matahari mula terbenam, nampak lebih jelas 310 00:19:45,883 --> 00:19:49,563 penjajaran yang indah antara bumi dan langit ini, 311 00:19:49,643 --> 00:19:52,403 keagungan tapak yang mengagumkan. 312 00:19:54,363 --> 00:19:57,483 Kini semua orang faham 313 00:19:57,563 --> 00:20:01,043 bahawa itulah yang kepala ular besar itu tunjuk. 314 00:20:01,643 --> 00:20:06,443 Tapi idea itu tak diendahkan dan ditolak oleh arkeologi untuk masa yang lama. 315 00:20:07,323 --> 00:20:10,003 Organisasi yang mengendalikan tapak, 316 00:20:10,083 --> 00:20:13,843 membiarkan banyak pokok tumbuh di sekeliling kepala ular itu. 317 00:20:13,923 --> 00:20:17,043 Mereka percaya ia memberikan teduhan kepada pelancong. 318 00:20:17,123 --> 00:20:20,483 Tapi ia mengehadkan impak jelas 319 00:20:20,563 --> 00:20:23,843 melihat kepala ular menunjuk ke arah matahari terbenam. 320 00:20:28,123 --> 00:20:32,083 Jeff Wilson, pemilik harta bersebelahan dengan patungan purba, 321 00:20:32,163 --> 00:20:36,123 ialah presiden kumpulan bebas yang dipanggil Sahabat Busut Ular 322 00:20:37,203 --> 00:20:41,843 yang memelihara dan mempromosi tapak ini dan tapak Amerika Asli yang lain. 323 00:20:43,043 --> 00:20:46,203 Jelas Busut Ular sangat penting bagi awak. 324 00:20:46,283 --> 00:20:48,483 Ya, ia sangat peribadi bagi saya. 325 00:20:48,563 --> 00:20:51,523 Antara tempat paling rohani yang saya pernah lawat. 326 00:20:51,603 --> 00:20:52,443 AHLI SEJARAH BUSUT ULAR 327 00:20:52,523 --> 00:20:53,843 Ia tempat suci. 328 00:20:53,923 --> 00:20:55,243 Apabila awak menemuinya, 329 00:20:55,323 --> 00:20:59,483 awak balik dengan perasaan yang berbeza dengan pengalaman di sini. 330 00:21:03,003 --> 00:21:06,203 Ia tapak arkeoastronomi paling menakjubkan di Amerika Utara. 331 00:21:06,283 --> 00:21:07,123 - Tiada. - Ya. 332 00:21:09,203 --> 00:21:13,003 Baru-baru ini pengesahan bahawa Busut Ular 333 00:21:13,083 --> 00:21:16,963 jelas menggabungkan seluruh siri bagi jajaran tanah langit 334 00:21:17,043 --> 00:21:18,683 ke dalam reka bentuknya. 335 00:21:22,643 --> 00:21:25,083 Pusat bengkok kedua di belakang kepala 336 00:21:25,163 --> 00:21:28,923 menunjuk ke timur tempat matahari terbit ketika solstis musim panas, 337 00:21:31,043 --> 00:21:33,003 dan pusat bengkok berikut 338 00:21:33,083 --> 00:21:36,483 menunjuk matahari terbit pada ekuinoks musim bunga dan luruh 339 00:21:36,563 --> 00:21:39,123 apabila malam dan siang sama panjang. 340 00:21:41,483 --> 00:21:43,523 Manakala bahagian tengah bengkok akhir 341 00:21:43,603 --> 00:21:46,843 menunjuk ke tempat matahari terbit pada solstis musim sejuk, 342 00:21:46,923 --> 00:21:48,803 hari terpendek dalam setahun. 343 00:21:50,363 --> 00:21:52,923 Ekor bergulung yang rumit itu pula, 344 00:21:53,643 --> 00:21:56,883 jika awak lukis garis lurus dari pusatnya yang tepat 345 00:21:56,963 --> 00:21:59,083 melalui engsel rahang ular, 346 00:21:59,163 --> 00:22:03,443 awak akan dapati ia berorientasikan tepat ke utara astronomi sebenar. 347 00:22:07,323 --> 00:22:10,283 Membina dan mentafsir 348 00:22:10,363 --> 00:22:14,323 semua penjajaran astronomi yang dimasukkan ke dalam reka bentuknya 349 00:22:14,403 --> 00:22:17,883 - adalah hasil kerja genius… - Ya. 350 00:22:17,963 --> 00:22:19,563 …oleh Orang Asli Amerika. 351 00:22:19,643 --> 00:22:23,203 Ya. Genius itu mudah terlepas pandang. 352 00:22:23,283 --> 00:22:26,603 Adakah arkeologi memandang serius astronomi tapak ini? 353 00:22:26,683 --> 00:22:29,043 Cukupkah ahli arkeologi yang memandang serius? 354 00:22:29,123 --> 00:22:31,123 Saya tak fikir begitu. 355 00:22:32,483 --> 00:22:37,323 Ada beberapa orang yang memberi perhatian atau mempertimbangkannya. 356 00:22:41,843 --> 00:22:45,043 Ahli Arkeologi arus perdana nak kita percaya 357 00:22:45,123 --> 00:22:48,803 semua penjajaran astronomi ini berlaku secara tidak sengaja. 358 00:22:50,243 --> 00:22:55,243 Bolehlah dikatakan bahawa Orang Asli Amerika purba 359 00:22:55,323 --> 00:22:59,803 memiliki kemahiran ukur, geometri dan astronomi, 360 00:22:59,883 --> 00:23:03,243 mereka menggunakannya dalam penciptaan monumen besar, 361 00:23:03,323 --> 00:23:06,683 yang kebanyakannya telah dihanyutkan. 362 00:23:08,603 --> 00:23:13,803 Penjajaran suria yang tepat ini dizahirkan pada skala besar. 363 00:23:13,883 --> 00:23:16,803 Mewakili pencapaian luar biasa pemburu-pengumpul 364 00:23:16,883 --> 00:23:18,923 yang hidup pada abad ke-3 SM. 365 00:23:20,483 --> 00:23:24,123 Ada bukti menunjukkan rabung tempat Busut Ular dibina 366 00:23:24,203 --> 00:23:27,963 dianggap suci selama ribuan tahun sebelum itu. 367 00:23:29,643 --> 00:23:33,403 Setiap satu budaya yang pernah wujud di sini 368 00:23:33,483 --> 00:23:37,923 sejak Zaman Ais yang lalu meninggalkan sisa budaya di Busut Ular. 369 00:23:38,003 --> 00:23:41,123 Ia bermakna kehadiran manusia yang berterusan di sini, 370 00:23:41,803 --> 00:23:45,643 ia mencadangkan bahawa tapak itu suci sejak sekian lama. 371 00:23:45,723 --> 00:23:46,563 Betul. 372 00:23:46,643 --> 00:23:48,803 Bagi saya itu patut diambil kira 373 00:23:48,883 --> 00:23:50,563 dalam naratif arkeologi. 374 00:23:50,643 --> 00:23:52,683 Ia patut jadi antara cerita Busut Ular. 375 00:23:52,763 --> 00:23:53,603 Ya. 376 00:23:56,563 --> 00:24:00,403 Ahli arkeologi pernah silap sebelum ini dan mereka mungkin silap lagi. 377 00:24:01,003 --> 00:24:05,763 Jelas bahawa asal-usul Busut Ular itu rumit. 378 00:24:07,123 --> 00:24:12,123 Bagaimana jika Busut Ular tak dibina pada 321 SM 379 00:24:12,803 --> 00:24:15,363 tapi ia antara pembinaan semulanya? 380 00:24:17,643 --> 00:24:20,603 Jangan lupa yang ia melibatkan ular. 381 00:24:20,683 --> 00:24:24,923 Ular terkenal dengan kebolehan untuk menyalin kulit. 382 00:24:26,843 --> 00:24:31,243 Kemungkinan sebenarnya dicadangkan oleh penjajaran Busut Ular yang unik. 383 00:24:32,123 --> 00:24:34,843 Ia tak sempurna. 384 00:24:36,963 --> 00:24:40,523 Seperti dilihat dari Busut Ular, matahari solstis musim panas 385 00:24:40,603 --> 00:24:44,723 terbenam kira-kira dua darjah di luar pusat rahang. 386 00:24:45,883 --> 00:24:47,923 Cukup dekat melalui pandangan biasa. 387 00:24:49,883 --> 00:24:54,123 Tapi, sukar untuk percaya bahawa orang yang menggambarkan dan mencipta 388 00:24:54,203 --> 00:24:58,283 busut patungan yang canggih ini, menjejaki semua detik kalendar itu, 389 00:24:58,923 --> 00:25:02,883 dan menempuh segala kesusahan ini telah tersilap. 390 00:25:04,603 --> 00:25:06,483 Saya rasa mereka betul. 391 00:25:08,323 --> 00:25:12,283 Semua berkaitan dengan cara Bumi beralih pada paksinya sejak ribuan tahun. 392 00:25:13,843 --> 00:25:16,283 Dalam fenomena yang diketahui sejak dulu 393 00:25:16,883 --> 00:25:20,163 yang merujuknya sebagai kecondongan ekliptik. 394 00:25:21,123 --> 00:25:22,483 Ringkasnya, 395 00:25:22,563 --> 00:25:24,763 bumi condong pada paksinya, 396 00:25:24,843 --> 00:25:27,163 tapi condong itu tak tetap dan malar. 397 00:25:27,243 --> 00:25:30,723 Ia berubah sepanjang kitaran 41,000 tahun. 398 00:25:30,803 --> 00:25:33,563 Secara kasarnya dua darjah setengah sepanjang kitaran. 399 00:25:33,643 --> 00:25:35,163 Angguk ke belakang dan depan. 400 00:25:35,843 --> 00:25:40,083 Itu menjejaskan kedudukan matahari yang meningkat pada solstis musim panas. 401 00:25:42,683 --> 00:25:44,763 Daripada bertanya sebab rahang ular itu 402 00:25:44,843 --> 00:25:48,123 tak sejajar dengan matahari terbenam solstis musim panas, 403 00:25:49,843 --> 00:25:52,123 bagaimana jika kita tanya soalan lain? 404 00:25:53,403 --> 00:25:57,763 Jika seseorang mengambil kira miring ekliptik ini, 405 00:25:57,843 --> 00:26:01,723 adakah rahang ternganga dan matahari terbenam sejajar? 406 00:26:05,843 --> 00:26:08,003 Nampaknya bukan ribuan tahun dulu… 407 00:26:08,243 --> 00:26:10,723 …atau 2,300 tahun dahulu 408 00:26:10,803 --> 00:26:14,283 apabila ahli arkeologi berkeras Busut Ular mula dibina. 409 00:26:15,243 --> 00:26:18,843 Mulut ular betul-betul berpusat pada matahari 410 00:26:18,923 --> 00:26:21,963 sekitar 12,800 tahun dahulu… 411 00:26:22,043 --> 00:26:23,003 10,800 SM 412 00:26:23,083 --> 00:26:24,843 …pada hujung Zaman Ais… 413 00:26:27,323 --> 00:26:29,123 apabila rabung tempat ular dibina 414 00:26:29,203 --> 00:26:33,483 itu sendiri menduduki tempat yang luar biasa penting. 415 00:26:37,883 --> 00:26:42,443 Pada kemuncak Zaman Ais, sekitar 20,000 tahun dahulu… 416 00:26:42,803 --> 00:26:48,043 …kebanyakan Amerika Utara diliputi oleh topi ais yang dalamnya lebih satu batu. 417 00:26:51,083 --> 00:26:55,643 Hari ini, Lembah Busut Ular Ohio adalah belantara yang diliputi hutan, 418 00:26:56,243 --> 00:26:58,363 tapi jangan melihatnya seperti sekarang. 419 00:26:59,243 --> 00:27:02,763 Mari lihat keadaannya ketika Zaman Ais dahulu. 420 00:27:04,163 --> 00:27:08,123 Lembah ini, tempat ular besar itu dibina, 421 00:27:08,203 --> 00:27:12,603 menandakan selatan paling jauh yang dicapai lembar ais Amerika Utara. 422 00:27:13,803 --> 00:27:17,283 Tebing ais gergasi yang naik betul-betul di rabung ini 423 00:27:17,363 --> 00:27:20,283 akan nampak macam sesuatu daripada novel fantasi. 424 00:27:21,443 --> 00:27:23,763 Manusia yang hidup dalam tempoh itu, 425 00:27:23,843 --> 00:27:27,403 pasti melihatnya sebagai kuasa magis. 426 00:27:29,283 --> 00:27:32,843 Tapi perayaan di penghujung zaman ais takkan bertahan lama, 427 00:27:34,203 --> 00:27:37,323 kerana kira-kira 12,800 tahun yang lalu, 428 00:27:38,003 --> 00:27:41,763 ketika ular itu sejajar dengan solstis musim panas, 429 00:27:41,843 --> 00:27:45,123 sesuatu yang besar sedang berlaku di seluruh planet ini. 430 00:27:46,603 --> 00:27:48,803 Sesuatu yang apokaliptik 431 00:27:50,603 --> 00:27:52,283 yang digelar Younger Dryas. 432 00:27:53,643 --> 00:27:57,723 Tempoh perubahan iklim radikal dan peningkatan paras air laut. 433 00:27:59,843 --> 00:28:02,523 Kemanusiaan terselamat, tapi nyaris musnah. 434 00:28:09,443 --> 00:28:14,363 Penjajarannya dengan matahari terbenam solstis musim panas, 435 00:28:15,123 --> 00:28:19,843 Busut Ular menjadi tiang tanda, setem tarikh, 436 00:28:19,923 --> 00:28:24,483 menarik perhatian kita kepada langit 12,800 ribu tahun lalu, 437 00:28:24,563 --> 00:28:28,003 masa yang kita tahu berlaku malapetaka global 438 00:28:28,083 --> 00:28:31,043 yang cukup besar hingga memusnahkan tamadun yang maju. 439 00:28:34,643 --> 00:28:37,043 Sekali lagi, saya teringat Göbekli Tepe, 440 00:28:37,123 --> 00:28:40,803 tempat patung makhluk diukir menjadi antara tiang paling menakjubkan 441 00:28:41,443 --> 00:28:45,203 seolah menggambarkan kedudukan bintang pada solstis musim panas 442 00:28:45,283 --> 00:28:47,283 ketika zaman Younger Dryas. 443 00:28:48,963 --> 00:28:53,243 Saya berpendapat, bukanlah kebetulan bahawa penjajaran solstitial ular 444 00:28:53,323 --> 00:28:56,443 turut menjelaskan zaman bencana yang sama. 445 00:28:57,883 --> 00:28:59,363 Tapi, kenapa ular? 446 00:29:04,403 --> 00:29:06,163 Mungkin kaitan paling besar, 447 00:29:06,243 --> 00:29:08,763 banyak mitos dan tradisi Orang Asli Amerika 448 00:29:08,843 --> 00:29:14,003 dengan ular gergasi dikaitkan terus dengan perubahan bumi yang dahsyat. 449 00:29:16,803 --> 00:29:19,163 Terdapat legenda purba Iroquois 450 00:29:19,243 --> 00:29:23,563 yang domainnya di puncak kuasa mereka berlanjutan jauh hingga ke Ohio. 451 00:29:23,643 --> 00:29:27,483 Penjahat legenda ialah ular bertanduk gergasi. 452 00:29:30,923 --> 00:29:34,563 Pada zaman dahulu, sebuah kampung diganggu seekor ular besar 453 00:29:34,643 --> 00:29:36,283 yang mendiami tasik berhampiran. 454 00:29:37,123 --> 00:29:41,563 Kuasa besar di langit menghantar wira untuk mengalahkannya. 455 00:29:43,283 --> 00:29:47,123 Dalam pertempuran yang sengit, petir menyambar ular itu, 456 00:29:48,483 --> 00:29:52,043 bunyinya menggegarkan bumi dan cahayanya sangat terang 457 00:29:52,123 --> 00:29:56,803 hingga orang ramai tutup mata dan telinga serta bersembunyi dalam ketakutan. 458 00:29:58,563 --> 00:30:02,363 Buruj gugur dari langit malam 459 00:30:02,443 --> 00:30:07,283 dan terhempas ke bumi dengan letupan ganas dan panas terik. 460 00:30:07,363 --> 00:30:10,763 Satu bintang jatuh ke dalam tasik, mencederakan ular bertanduk. 461 00:30:13,083 --> 00:30:15,963 Ketika ular besar itu melibas ekornya dalam kesakitan, 462 00:30:16,043 --> 00:30:17,643 ia menghantar ombak 100 kaki 463 00:30:17,723 --> 00:30:20,883 yang membadai lembah dalam siri banjir besar. 464 00:30:22,643 --> 00:30:26,843 Sebahagian besar suku itu mati, tetapi ular itu pergi. 465 00:30:28,923 --> 00:30:30,803 KARAHAN TEPE TURKIYE 466 00:30:30,883 --> 00:30:35,643 Kami pernah lihat imejan ular begitu di dalam monumen purba di seluruh dunia. 467 00:30:36,843 --> 00:30:38,323 Di kuil di Mexico, 468 00:30:38,403 --> 00:30:41,803 khusus untuk Quetzalcoatl, ular berbulu… 469 00:30:42,403 --> 00:30:45,523 …diukir di kuil Ġgantija di Malta, 470 00:30:46,243 --> 00:30:49,843 dan hujan turun dari langit pada tiang Göbekli Tepe. 471 00:30:49,923 --> 00:30:51,123 GÖBEKLI TEPE TURKIYE 472 00:30:51,203 --> 00:30:52,923 Ia simbol penting 473 00:30:53,003 --> 00:30:56,283 ditemui di tapak yang mengajak kita melihat ke langit. 474 00:30:56,363 --> 00:30:57,643 PIRAMID HEBAT CHOLULA MEXICO 475 00:30:57,723 --> 00:30:58,563 Kenapa? 476 00:31:00,803 --> 00:31:05,003 Saya rasa legenda Iroquois ini ada lebih kebenaran tentangnya. 477 00:31:05,083 --> 00:31:06,483 Mungkin bintang, 478 00:31:06,563 --> 00:31:10,203 atau sesuatu yang menyerupai bintang, memang jatuh ke Bumi. 479 00:31:10,283 --> 00:31:12,523 Mungkin ada banjir besar selepas itu, 480 00:31:12,603 --> 00:31:16,483 antara malapetaka yang menggegarkan Younger Dryas. 481 00:31:18,603 --> 00:31:20,683 Jika versi asal Busut Ular 482 00:31:20,763 --> 00:31:25,283 direka pada penghujung Zaman Ais terakhir, seperti yang saya percaya, 483 00:31:25,363 --> 00:31:29,643 maka mungkin ia bertujuan untuk membawa mesej kepada masa depan, 484 00:31:29,723 --> 00:31:34,323 malah amaran, tentang hal yang menyebabkan siri peristiwa apokaliptik itu 485 00:31:34,403 --> 00:31:36,643 sekitar 12,800 tahun dahulu, 486 00:31:37,283 --> 00:31:42,043 peringatan untuk memandang ke syurga melihat bintang jatuh dari langit. 487 00:31:46,123 --> 00:31:48,083 Suku jalan mengelilingi bumi, 488 00:31:48,163 --> 00:31:51,683 ada bukti bahawa orang purba lain juga hidup dalam ketakutan 489 00:31:51,763 --> 00:31:53,603 dengan ancaman dari atas begitu 490 00:31:54,563 --> 00:31:56,763 dan bertindak melindungi diri mereka 491 00:31:56,843 --> 00:32:00,403 jauh di tengah-tengah Cappadocia, Turkiye, 492 00:32:01,163 --> 00:32:03,123 itulah destinasi saya seterusnya. 493 00:32:27,643 --> 00:32:32,643 Terjemahan sari kata oleh Seri