1 00:00:06,083 --> 00:00:08,963 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:14,083 --> 00:00:17,803 Saya cuma mencadangkan sesuatu yang kita akan iktiraf 3 00:00:17,883 --> 00:00:22,163 sebagai peradaban maju telah wujud di Zaman Ais. 4 00:00:23,003 --> 00:00:25,683 Saya tak kata mereka ke bulan. 5 00:00:29,883 --> 00:00:33,963 Tapi maksud saya, mereka jauh lebih maju 6 00:00:34,043 --> 00:00:35,843 dari segi ilmu sains. 7 00:00:38,123 --> 00:00:40,963 Ilmu tentang bumi, alam semesta, 8 00:00:41,043 --> 00:00:42,603 berbanding yang kita ketahui. 9 00:00:44,843 --> 00:00:48,083 Mereka juga memiliki pencapaian kejuruteraan yang hebat, 10 00:00:49,363 --> 00:00:52,763 contohnya tapak yang bakal saya lawati di Cappadocia, Turkiye. 11 00:00:54,443 --> 00:00:58,483 Terdapat sebuah kubu pertahanan kuno jauh di bawah tanah… 12 00:01:02,083 --> 00:01:06,483 dibina bukan untuk melindungi beberapa orang, tapi ribuan orang. 13 00:01:08,243 --> 00:01:11,883 Sejarawan aliran utama telah lama membahaskan tujuannya, 14 00:01:11,963 --> 00:01:14,523 tapi saya percaya ia mungkin menjelaskan 15 00:01:14,603 --> 00:01:19,843 bagaimana tamadun purba yang saya cari selama ini hilang. 16 00:01:21,163 --> 00:01:24,203 Ini adalah kisah Derinkuyu. 17 00:01:34,203 --> 00:01:39,403 MUSIM SEJUK YANG MEMBAWA MAUT 18 00:01:42,723 --> 00:01:47,003 Saya berada di sebuah wilayah di Turkiye yang dipanggil Cappadocia. 19 00:01:49,603 --> 00:01:55,923 Kira-kira 240 batu ke barat laut dari Göbekli Tepe bermisteri… 20 00:01:56,003 --> 00:01:57,283 GÖBEKLI TEPE TURKIYE 21 00:01:57,363 --> 00:01:59,523 …yang ditanam dengan sengaja, 22 00:02:01,083 --> 00:02:05,763 mengabadikan bencana maha hebat di penghujung Zaman Ais. 23 00:02:09,483 --> 00:02:13,643 Berjuta-juta tahun lalu, landskap kawasan ini mengalami perubahan 24 00:02:13,723 --> 00:02:20,363 akibat beberapa letupan gunung berapi yang meninggalkan lapisan-lapisan abu 25 00:02:20,443 --> 00:02:25,203 yang mampat selama beribu tahun menjadikannya batu lembut dipanggil tuf. 26 00:02:26,963 --> 00:02:29,763 Batu yang mudah dibentuk, 27 00:02:29,843 --> 00:02:32,803 penduduk tempatan menggelarnya "serombong pari-pari." 28 00:02:33,923 --> 00:02:37,243 Namun, batu ini turut memungkinkan pembinaan 29 00:02:37,323 --> 00:02:41,083 salah satu projek berskala besar paling menakjubkan 30 00:02:41,163 --> 00:02:46,203 yang pernah dilaksanakan oleh manusia jauh di bawah batu lembut ini. 31 00:02:47,283 --> 00:02:49,403 Beberapa batu dari tempat saya berdiri, 32 00:02:49,483 --> 00:02:54,483 kota misteri tersembunyi yang dibina ribuan tahun lalu telah didedahkan. 33 00:02:54,563 --> 00:02:57,883 Ia ciptaan tamadun yang masih belum dikenal pasti 34 00:02:57,963 --> 00:03:00,563 dan pembinaannya didorong oleh ketakutan. 35 00:03:00,643 --> 00:03:03,803 Persoalannya, apa yang menakutkan mereka? 36 00:03:14,563 --> 00:03:18,203 Pekan terdekat, Derinkuyu, kelihatan biasa. 37 00:03:20,843 --> 00:03:26,363 Tetapi pada tahun 1963, apabila lantai sebuah rumah dipecahkan oleh tukang, 38 00:03:27,963 --> 00:03:33,923 mereka temui sebuah terowong yang dalam, menuju ke sebuah dunia terbiar. 39 00:03:35,403 --> 00:03:39,403 Sambil berjalan di pekan kecil ini, sukar untuk kita percaya 40 00:03:39,883 --> 00:03:43,283 ada sebuah kompleks bawah tanah purba penuh misteri 41 00:03:43,883 --> 00:03:47,643 yang digali dari batuan dasar betul-betul di bawah kaki saya. 42 00:03:50,883 --> 00:03:54,243 Ini peringatan buat mereka yang klaustrofobia. 43 00:03:57,003 --> 00:03:58,763 Kita akan ke bawah tanah. 44 00:04:06,083 --> 00:04:09,123 Inilah bandar bawah tanah Derinkuyu. 45 00:04:12,763 --> 00:04:15,603 Terdiri daripada beberapa terowong dan bilik batu 46 00:04:15,683 --> 00:04:19,083 sedalam 85 meter di bawah permukaan… 47 00:04:21,322 --> 00:04:24,083 menghasilkan 18 tingkat berisi terowong dan bilik. 48 00:04:26,882 --> 00:04:31,363 Keseluruhan kompleks ini ditakik dengan kapak. 49 00:04:32,723 --> 00:04:34,883 Laluan-laluan sempit 50 00:04:34,963 --> 00:04:38,003 yang kemudiannya melebar ke ruang lebih luas. 51 00:04:39,123 --> 00:04:44,243 Dari dalam, hampir mustahil untuk mengetahui skala tempat ini. 52 00:04:45,723 --> 00:04:48,483 Namun, hampir kesemua kota ini telah dicartakan 53 00:04:50,043 --> 00:04:52,963 dan jika batu antara ruang-ruang ini dialihkan, 54 00:04:53,763 --> 00:04:55,883 kita boleh lihat keratan rentasnya 55 00:04:57,243 --> 00:04:59,043 dan ia benar-benar mengagumkan. 56 00:05:02,643 --> 00:05:09,163 Ia seperti sebuah sarang semut lengkap dengan gua dan terowong bawah tanah 57 00:05:09,243 --> 00:05:12,723 menganjur seluas empat kilometer persegi. 58 00:05:14,203 --> 00:05:20,043 Bagi memastikan pengudaraan yang baik, Derinkuyu dilengkapi 15,000 saluran udara 59 00:05:20,123 --> 00:05:22,403 menyambung tingkat atas dengan permukaan… 60 00:05:25,243 --> 00:05:27,803 dan lebih 50 syaf menegak, 61 00:05:27,883 --> 00:05:32,763 ada antaranya mencecah aras air bumi 85 meter di bawah permukaan. 62 00:05:36,323 --> 00:05:38,363 Dari sinilah ia mendapat namanya. 63 00:05:38,443 --> 00:05:41,163 Derinkuyu bermaksud "telaga dalam." 64 00:05:45,083 --> 00:05:48,523 Kepintaran dan kerumitan seni bina ini amat menakjubkan. 65 00:05:48,603 --> 00:05:53,683 Derinkuyu dipercayai boleh menempatkan sehingga 20,000 orang. 66 00:05:54,363 --> 00:05:55,603 Tapi soalannya, 67 00:05:56,283 --> 00:05:59,563 siapa, bila dan kenapa? 68 00:06:02,643 --> 00:06:04,403 Sukar untuk dapatkan jawapan 69 00:06:05,123 --> 00:06:09,883 kerana Derinkuyu seperti lokasi jenayah yang telah dicemar untuk masa yang lama. 70 00:06:13,323 --> 00:06:15,683 Kawasan ini pernah menempatkan banyak budaya. 71 00:06:17,043 --> 00:06:21,283 Selama berabad-abad, Cappadocia merupakan sebuah kawasan strategik… 72 00:06:22,443 --> 00:06:26,963 …di sepanjang Jalan Sutera legenda yang menghubungkan Asia ke Eropah 73 00:06:27,603 --> 00:06:29,923 sejak zaman Iskandar Agung. 74 00:06:30,003 --> 00:06:30,843 JALAN SUTERA 75 00:06:32,323 --> 00:06:34,523 Sarjana Turkiye, Sevim Tunçdemir, 76 00:06:34,603 --> 00:06:38,483 merupakan pakar terowong Derinkuyu ini dan pelbagai penghuninya. 77 00:06:39,003 --> 00:06:39,923 PENGARAH MUZIUM 78 00:06:40,003 --> 00:06:41,683 Kawasan ini menempatkan banyak peradaban. 79 00:06:41,763 --> 00:06:45,123 Jika kita kira dari awal, 80 00:06:46,203 --> 00:06:47,483 ada Hittite, 81 00:06:47,563 --> 00:06:50,123 kemudian Phrygia, diikuti dengan Parsi, 82 00:06:50,963 --> 00:06:52,643 kerajaan Cappadocia, 83 00:06:52,723 --> 00:06:54,123 Empayar Rom. 84 00:06:54,203 --> 00:06:57,003 Mereka semua pernah tinggal di sini. 85 00:06:57,563 --> 00:07:02,163 Malah ia masih digunakan sehingga zaman Uthmaniyah. 86 00:07:04,843 --> 00:07:06,803 Ketika terowong ini ditemui, 87 00:07:06,883 --> 00:07:10,483 ahli-ahli arkeologi menjumpai artifak dari pengikut Kristian awal 88 00:07:12,043 --> 00:07:15,243 dan di tingkat paling bawah, bilik-bilik mesyuarat sulit 89 00:07:15,323 --> 00:07:18,243 diukir dengan siling berkubah seperti gereja. 90 00:07:19,843 --> 00:07:21,403 Maka, teori asalnya, 91 00:07:21,483 --> 00:07:24,123 yang masih dipegang oleh ramai sejarawan, 92 00:07:24,723 --> 00:07:26,723 adalah terowong-terowong ini 93 00:07:26,803 --> 00:07:30,243 digali oleh penganut Kristian pada abad ketujuh Masihi… 94 00:07:32,243 --> 00:07:34,963 untuk bersembunyi dari puak Arab yang menyerang. 95 00:07:36,483 --> 00:07:38,963 Kisah yang menarik bagi pelancong Barat. 96 00:07:39,923 --> 00:07:42,243 Ia juga salah. 97 00:07:45,203 --> 00:07:49,323 Ekskavasi kemudian menjumpai bukti bahawa kota bawah tanah ini 98 00:07:49,403 --> 00:07:52,043 digunakan seawal abad kelapan sebelum Masihi, 99 00:07:52,563 --> 00:07:55,763 beratus tahun sebelum ketibaan Kristian. 100 00:07:57,883 --> 00:08:01,803 Perkara begini kerap berlaku di mana-mana tapak arkeologi. 101 00:08:01,883 --> 00:08:06,283 Terapat pemahaman berdasarkan teori-teori arkeologi yang diterima pakai 102 00:08:06,363 --> 00:08:09,043 dan berulang kali juga ia didapati salah. 103 00:08:09,803 --> 00:08:11,083 Salah fakta. 104 00:08:11,163 --> 00:08:14,683 Hasil ekskavasi membuktikan kesalahan, tapi masih tak berubah. 105 00:08:15,243 --> 00:08:18,643 Jangan percaya begitu sahaja. Selidik sendiri. 106 00:08:18,723 --> 00:08:21,243 Jangan berharap pada pakar-pakar sahaja. 107 00:08:25,123 --> 00:08:28,443 Banyak peradaban yang menggunakan terowong ini, 108 00:08:29,523 --> 00:08:33,323 tapi saya ingin tahu siapa yang memulakan projek hebat ini? 109 00:08:34,483 --> 00:08:36,403 Bilakah ia dimulakan? 110 00:08:38,443 --> 00:08:43,722 Sejarawan Hüsam Süleymangil telah mengkaji perkara ini selama berpuluh tahun 111 00:08:43,803 --> 00:08:46,443 untuk cuba merungkai asal-usul misterinya. 112 00:08:47,763 --> 00:08:53,763 Apabila melihat Derinkuyu dan kerumitannya, saya hairan. 113 00:08:53,843 --> 00:08:57,723 Pada pendapat awak, bilakah projek ini dimulakan? 114 00:08:57,803 --> 00:08:59,723 Terdapat beberapa teori berbeza… 115 00:08:59,803 --> 00:09:00,643 SEJARAWAN 116 00:09:00,723 --> 00:09:02,803 tapi tiada yang dibuktikan dengan sains. 117 00:09:02,883 --> 00:09:03,723 Okey. 118 00:09:03,803 --> 00:09:05,843 Tiada sebarang maklumat bertulis ditemui. 119 00:09:05,923 --> 00:09:09,963 Tiada bahan organik yang boleh digunakan untuk tentukan pentarikhan. 120 00:09:10,043 --> 00:09:11,523 Ada anggaran? 121 00:09:11,603 --> 00:09:13,803 Setahu saya, tiada. 122 00:09:13,883 --> 00:09:14,723 Itu luar biasa. 123 00:09:14,803 --> 00:09:17,283 Usianya masih lagi misteri besar. 124 00:09:21,443 --> 00:09:23,443 Saya ada teori saya sendiri, 125 00:09:23,523 --> 00:09:25,203 tapi Hüsam mencadangkan tarikh 126 00:09:25,283 --> 00:09:29,043 berdasarkan peradaban terawal yang menggunakan gua ini. 127 00:09:29,843 --> 00:09:32,083 Pada fikiran saya, teori paling munasabah 128 00:09:32,163 --> 00:09:35,403 adalah sekitar abad kelapan sebelum Masihi. 129 00:09:37,243 --> 00:09:39,203 Pada masa itu, kawasan ini 130 00:09:39,283 --> 00:09:42,323 didiami oleh orang Phrygia 131 00:09:43,443 --> 00:09:47,083 yang berada dalam ancaman empayar Assyria. 132 00:09:49,043 --> 00:09:53,003 Kita tahu tentang pergerakan bala tentera Assyria dari tenggara. 133 00:09:55,283 --> 00:09:59,163 Tentera penceroboh ini pastinya menggerunkan mereka. 134 00:10:02,203 --> 00:10:05,283 Tentera Assyria terkenal dengan perbuatan 135 00:10:05,843 --> 00:10:09,683 menyelinap dan menyula banduan dan membakar kanak-kanak hidup. 136 00:10:12,843 --> 00:10:14,363 Berdasarkan rekod kemudian, 137 00:10:14,443 --> 00:10:18,043 ketika penceroboh Assyria menyerang penduduk di lembah ini, 138 00:10:18,683 --> 00:10:22,323 mereka terkejut dengan taktik inovatif lawan mereka. 139 00:10:27,963 --> 00:10:31,283 Mereka menentang tentera Assyria 140 00:10:31,363 --> 00:10:32,883 dengan kaedah perang gerila, 141 00:10:32,963 --> 00:10:35,483 menyerang musuh dari tempat yang tak diduga. 142 00:10:35,563 --> 00:10:37,043 Apabila tentera mula mengejar, 143 00:10:37,123 --> 00:10:39,723 mereka gunakan tempat ini untuk bersembunyi. 144 00:10:42,643 --> 00:10:45,443 Ini strategi tradisional perang gerila. 145 00:10:47,883 --> 00:10:51,363 Terowong yang serupa digali oleh Viet Cong di Vietnam Selatan. 146 00:10:52,723 --> 00:10:54,923 Begitu juga dengan pemberontak Afghanistan 147 00:10:55,443 --> 00:10:59,243 dalam usaha untuk bersembunyi daripada tentera Soviet dan Amerika. 148 00:11:01,963 --> 00:11:03,523 Teori yang mengatakan 149 00:11:03,603 --> 00:11:07,443 terowong-terowong ini digali sebagai pangkalan tentera sulit 150 00:11:08,123 --> 00:11:11,963 disokong oleh salah satu ciri pintar dalam kompleks ini. 151 00:11:14,123 --> 00:11:17,563 Cakera batu gergasi yang boleh diguling 152 00:11:17,643 --> 00:11:19,163 bagi menutup laluan. 153 00:11:22,203 --> 00:11:26,003 Pintu ini dibina dengan diameter sehingga lima kaki 154 00:11:26,683 --> 00:11:28,243 dan berat sehingga setengah tan. 155 00:11:32,523 --> 00:11:35,603 Di permukaan dalamnya terdapat lubang. 156 00:11:36,563 --> 00:11:41,443 Batu pengunci kecil dimasukkan sebagai pemegang untuk menutup pintu 157 00:11:42,403 --> 00:11:46,083 dan ini menghasilkan penghalang yang mencabar bagi musuh. 158 00:11:54,603 --> 00:11:58,403 Namun adakah pintu-pintu ini dibuat oleh orang Phrygia 159 00:11:59,683 --> 00:12:01,603 atau ia telah sedia ada di sana? 160 00:12:03,563 --> 00:12:05,923 Ia dibuat daripada abu mampat yang sama 161 00:12:06,003 --> 00:12:07,683 seperti serombong pari-pari. 162 00:12:11,643 --> 00:12:16,763 Batu lembut yang sama yang membolehkan seseorang untuk menggali tempat ini. 163 00:12:18,923 --> 00:12:22,763 Pintu-pintu ini boleh dikunci bagi memisahkan setiap tingkat, 164 00:12:22,843 --> 00:12:26,403 dan memerlukan kemahiran kejuruteraan sofistikated. 165 00:12:26,483 --> 00:12:28,123 Tapi batu ini lembut 166 00:12:28,203 --> 00:12:31,203 dan penyerang boleh menggunakan tukul besi dan pahat 167 00:12:31,283 --> 00:12:33,163 untuk memecahkannya dengan mudah 168 00:12:33,243 --> 00:12:37,443 dan mensia-siakan usaha pembinaan megalit ini. 169 00:12:37,523 --> 00:12:41,523 Saya tertanya-tanya jika benar ia dicipta untuk menghalang musuh manusia. 170 00:12:44,283 --> 00:12:48,123 Bagi saya, ia tak nampak seperti benteng pertahanan, 171 00:12:48,203 --> 00:12:51,643 tapi lebih kepada kaedah bijak untuk membenarkan privasi 172 00:12:53,243 --> 00:12:55,243 atau menghalang penyebaran api. 173 00:12:57,603 --> 00:13:02,123 Sekalipun tempat ini pada asalnya dibina sebagai pangkalan tentera, 174 00:13:02,203 --> 00:13:04,043 kenapa di sini? 175 00:13:06,043 --> 00:13:07,883 Tiada apa untuk dipertahankan di sini. 176 00:13:09,683 --> 00:13:11,603 Penempatan atas tanah tak wujud 177 00:13:12,283 --> 00:13:16,723 di Derinkuyu sehingga tahun 1830. 178 00:13:21,563 --> 00:13:26,123 Idea tempat ini digunakan untuk bersembunyi dari serangan tentera 179 00:13:26,203 --> 00:13:27,883 langsung tak masuk akal. 180 00:13:27,963 --> 00:13:30,603 Apabila tentera menyerang sesuatu tempat, 181 00:13:30,683 --> 00:13:33,443 mereka merampas dan menguasai tempat tersebut. 182 00:13:33,523 --> 00:13:37,323 Mereka cuma perlu halang pintu dan biar mangsa mati kelaparan. 183 00:13:38,203 --> 00:13:41,203 Jadi, idea ini tak munasabah langsung. 184 00:13:42,323 --> 00:13:45,563 Pada pendapat saya, tak masuk akal apabila sarjana 185 00:13:45,643 --> 00:13:47,603 mendakwa ia dari abad kelapan SM 186 00:13:47,683 --> 00:13:50,843 kerana ia tarikh terawal kita dapati ia digunakan. 187 00:13:50,923 --> 00:13:51,883 Betul. 188 00:13:51,963 --> 00:13:54,843 Tapi kita tak tahu jika mereka pembina tempat ini. 189 00:13:54,923 --> 00:13:56,843 Mungkin ia dah sedia ada. 190 00:13:56,923 --> 00:13:58,723 Mungkin juga, ia masih misteri. 191 00:13:58,803 --> 00:14:00,803 - Ia teori paling munasabah… - Ya. 192 00:14:00,883 --> 00:14:02,723 …tapi tak semestinya betul. 193 00:14:07,643 --> 00:14:09,563 Pentarikhan karbon 194 00:14:09,643 --> 00:14:13,523 masih samar-samar tentang usia kota bawah tanah ini. 195 00:14:15,363 --> 00:14:19,523 Semua cadangan dibuat berdasarkan struktur pada tempoh berbeza. 196 00:14:19,603 --> 00:14:21,763 Rumah yang saya diami tak bermaksud 197 00:14:21,843 --> 00:14:24,163 ia dibina sejurus sebelum saya pindah ke sana. 198 00:14:32,363 --> 00:14:36,563 Tanggapan ini membuatkan saya mempersoalkan pentarikhan terowong ini. 199 00:14:37,723 --> 00:14:39,163 Mungkinkah ia lebih tua, 200 00:14:39,963 --> 00:14:43,363 jauh lebih tua, berbanding teori yang diterima? 201 00:14:45,363 --> 00:14:50,443 Adakah sebab ia dibina bukan untuk bersembunyi daripada serangan tentera 202 00:14:51,963 --> 00:14:53,963 tapi dari sesuatu yang lain? 203 00:14:56,323 --> 00:15:00,363 Di tingkat paling lama, paling dekat dengan permukaan, 204 00:15:00,443 --> 00:15:03,283 ruangnya tak seperti untuk tujuan pertahanan 205 00:15:03,363 --> 00:15:04,643 tapi kehidupan harian. 206 00:15:08,283 --> 00:15:14,363 Kota-kota bawah tanah dibina untuk kehidupan manusia. 207 00:15:14,443 --> 00:15:17,843 Dalam kata lain, kehidupan harian. 208 00:15:19,083 --> 00:15:21,683 Sebab itulah semua sumber tersedia. 209 00:15:23,203 --> 00:15:28,083 Dengan dapur, bilik makanan, ruang keluarga. 210 00:15:30,683 --> 00:15:34,043 Ada bahagian yang digunakan untuk memasak 211 00:15:34,123 --> 00:15:36,763 dan kita tahu mereka cipta serombong kecil. 212 00:15:37,803 --> 00:15:41,243 Di tingkat masuk, terdapat bilik-bilik yang dipanggil kandang. 213 00:15:41,883 --> 00:15:45,563 Haiwan merupakan harta paling berharga buat mereka. 214 00:15:48,643 --> 00:15:51,683 Satu kawasan dikenal pasti sebagai tempat membuat wain, 215 00:15:52,363 --> 00:15:53,803 tempat anggur dilumatkan. 216 00:15:55,883 --> 00:15:58,723 Wain boleh disimpan dengan baik di sini. 217 00:15:59,643 --> 00:16:01,523 Suhunya kekal sederhana, 218 00:16:01,603 --> 00:16:04,883 tak terpengaruh dengan suhu panas atau sejuk di permukaan. 219 00:16:06,203 --> 00:16:08,603 Makanan boleh kekal segar lebih lama di sini. 220 00:16:10,963 --> 00:16:16,723 Jelas sekali Derinkuyu dibina untuk saiz populasi yang besar. 221 00:16:17,643 --> 00:16:18,843 Kubu bawah tanah. 222 00:16:21,643 --> 00:16:22,763 KOMPLEKS GUNUNG CHEYENNE AMERIKA SYARIKAT 223 00:16:22,843 --> 00:16:24,563 Bayangkan semua contoh moden 224 00:16:24,643 --> 00:16:28,483 ruang-ruang bawah tanah luas yang dicipta manusia. 225 00:16:29,283 --> 00:16:31,643 Kompleks Gunung Cheyenne di Colorado. 226 00:16:34,083 --> 00:16:38,283 Rangkaian terowong Dixia Cheng yang digali di bawah Beijing. 227 00:16:38,843 --> 00:16:40,163 PUSAT OPERASI DARURAT PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT 228 00:16:40,243 --> 00:16:43,563 Pusat Operasi Darurat Presiden di bawah Rumah Putih. 229 00:16:45,123 --> 00:16:48,643 Tiada satu pun dibina untuk tujuan pertahanan. 230 00:16:49,963 --> 00:16:52,163 Ia dibina sebagai tempat berlindung, 231 00:16:52,243 --> 00:16:55,843 untuk keselamatan seandainya berlaku ancaman dari atas. 232 00:16:58,043 --> 00:17:00,843 Saya percaya itulah yang berlaku… 233 00:17:04,083 --> 00:17:05,323 di Derinkuyu. 234 00:17:07,803 --> 00:17:11,362 Tapi saya turut percaya tempat ini dibina lebih lama 235 00:17:11,443 --> 00:17:13,963 dari jangkaan ahli-ahli arkeologi. 236 00:17:15,642 --> 00:17:17,443 Terdapat bukti yang menunjukkan 237 00:17:17,523 --> 00:17:20,803 Derinkuyu mungkin telah wujud sejak Zaman Ais akhir. 238 00:17:25,362 --> 00:17:29,402 Ini berdasarkan kesan-kesan takikan kapak 239 00:17:29,483 --> 00:17:31,083 pada dinding Derinkuyu. 240 00:17:32,803 --> 00:17:35,163 Satu batu dari Derinkuyu, 241 00:17:35,243 --> 00:17:38,723 ahli arkeologi Turkiye yang menggali dasar sungai purba 242 00:17:38,803 --> 00:17:41,603 menemui beberapa kapak dan peralatan batu 243 00:17:42,203 --> 00:17:46,643 berusia lebih kurang 9500 sebelum Masihi, 244 00:17:47,843 --> 00:17:49,443 penghujung Zaman Ais akhir. 245 00:17:50,243 --> 00:17:51,563 Peralatan yang sama 246 00:17:51,643 --> 00:17:55,603 yang membentuk ruang tertua dan paling cetek Derinkuyu. 247 00:17:59,243 --> 00:18:02,963 Fikirkan tentang ruang separa bawah tanah di Karahan Tepe, 248 00:18:03,043 --> 00:18:05,363 kurang dari 300 batu dari sini 249 00:18:06,083 --> 00:18:08,123 dengan tiangnya yang hampir serupa 250 00:18:08,203 --> 00:18:11,363 dengan bentuk serombong pari-pari Cappadocia. 251 00:18:14,203 --> 00:18:15,483 Memandangkan tiada pihak 252 00:18:15,563 --> 00:18:18,843 yang menolak ruang ini digali pada penghujung Zaman Ais akhir, 253 00:18:20,803 --> 00:18:22,443 tiada sebab kenapa Derinkuyu 254 00:18:22,523 --> 00:18:24,963 tak boleh dibina dalam tempoh yang sama. 255 00:18:30,003 --> 00:18:33,123 Dengan kedalaman dan kerumitan yang dipamerkan Derinkuyu, 256 00:18:33,203 --> 00:18:37,443 sukar untuk kita abaikan bahawa ia sebuah projek yang besar 257 00:18:38,603 --> 00:18:43,083 dan memerlukan usaha luar biasa untuk menggali tempat ini. 258 00:18:45,643 --> 00:18:48,843 Perkara yang menjadikan pencapaian ini lebih menakjubkan 259 00:18:49,563 --> 00:18:53,123 adalah ia bukan satu-satunya kota bawah tanah Cappadocia. 260 00:18:58,243 --> 00:19:01,083 Pada tahun 2013, pekerja pembinaan terjumpa 261 00:19:01,163 --> 00:19:03,443 satu lagi deretan terowong di Nevşehir, 262 00:19:05,403 --> 00:19:07,043 tujuh belas batu dari Derinkuyu. 263 00:19:08,083 --> 00:19:11,923 Kota bawah tanah yang ditemui jauh lebih besar dari Derinkuyu. 264 00:19:14,843 --> 00:19:17,883 Sejak itu, lebih banyak lagi kota bawah tanah ditemui. 265 00:19:21,083 --> 00:19:23,763 Perkara yang menakjubkan di Cappadocia… 266 00:19:24,283 --> 00:19:28,923 ahli arkeologi telah mengenal pasti 36 kota bawah tanah. 267 00:19:32,603 --> 00:19:35,123 Jika diambil kira kompleks dua tingkat, 268 00:19:35,643 --> 00:19:37,803 jumlah itu menjadi 200. 269 00:19:43,243 --> 00:19:47,203 Salah satu kota ini yang terletak lima batu dari Derinkuyu 270 00:19:47,283 --> 00:19:49,443 menyimpan rahsia luar biasa. 271 00:19:51,283 --> 00:19:54,043 Terowong di Kaymakli dibina sedalam lapan tingkat 272 00:19:54,123 --> 00:19:56,883 di kawasan lebih luas daripada Derinkuyu. 273 00:19:58,963 --> 00:20:02,683 Berdasarkan jumlah ruang simpanan yang ditakik di dinding, 274 00:20:02,763 --> 00:20:08,243 ahli arkeologi berpendapat ia boleh memuatkan sehingga 3,500 orang. 275 00:20:12,643 --> 00:20:18,363 Namun, perkara paling menakjubkan boleh ditemui di sini, di tingkat tiga. 276 00:20:22,963 --> 00:20:26,363 Sebuah terowong yang amat panjang. 277 00:20:32,243 --> 00:20:33,883 Ia telah disekat, 278 00:20:33,963 --> 00:20:39,043 tapi ada yang mendakwa terowong ini menghubungkan Kaymakli dengan Derinkuyu. 279 00:20:41,323 --> 00:20:43,883 Jarak garis lurus kira-kira lima batu. 280 00:20:48,843 --> 00:20:51,323 Malah, ahli arkeologi telah mengesahkan 281 00:20:51,403 --> 00:20:55,443 sekurang-kurangnya enam lagi kompleks bawah tanah Cappadocia 282 00:20:55,523 --> 00:20:59,083 bersambung dengan satu sama lain menggunakan laluan yang sama. 283 00:21:00,803 --> 00:21:03,963 Pada pandangan saya, ini mengubah segalanya. 284 00:21:05,243 --> 00:21:09,603 Terowong-terowong berselirat ini bukan sekadar kubu terasing. 285 00:21:09,683 --> 00:21:12,763 Tapi sebahagian daripada projek yang besar dan luas 286 00:21:12,843 --> 00:21:16,603 melibatkan berpuluh-puluh tapak lain di serata kawasan ini. 287 00:21:17,683 --> 00:21:21,443 Tugas ini hanya boleh dilaksanakan oleh peradaban bermotivasi tinggi. 288 00:21:23,803 --> 00:21:27,083 Apakah ancaman yang begitu dahsyat 289 00:21:27,163 --> 00:21:30,283 untuk memaksa seluruh populasi, 290 00:21:30,363 --> 00:21:35,243 mungkin beratus ribu orang, untuk menggali penempatan bawah tanah? 291 00:21:36,243 --> 00:21:39,283 Pastinya ada penjelasan lain mengapa ia dibina, 292 00:21:39,363 --> 00:21:43,163 penjelasan lebih munasabah berbanding bersembunyi daripada tentera musuh. 293 00:21:46,203 --> 00:21:50,203 Jawapannya mungkin terletak pada salah satu mitos tertua rantau ini, 294 00:21:51,363 --> 00:21:55,683 mitos Majusi sejak ribuan tahun lalu. 295 00:21:59,043 --> 00:22:02,643 Ini adalah beberapa darwis terkenal Cappadocia. 296 00:22:07,323 --> 00:22:10,403 Penganut agama yang dipanggil Sufisme. 297 00:22:14,763 --> 00:22:18,363 Salah satu peninggalan budaya kuno Majusi. 298 00:22:20,843 --> 00:22:25,243 Nabi Parsi purba, Zarathustra, mengasaskan agama yang didakwa oleh 299 00:22:25,323 --> 00:22:28,643 beberapa pihak sebagai agama tertua yang masih diamalkan. 300 00:22:32,123 --> 00:22:37,043 Kitabnya merujuk kepada kota bawah tanah seperti Derinkuyu, 301 00:22:37,123 --> 00:22:41,323 memberitahu kita sebab ia dibina dan tentang pembinanya. 302 00:22:41,843 --> 00:22:46,683 Zarathustra menyebut tentang raja dan pengasas tamadun pertama, 303 00:22:46,763 --> 00:22:48,123 lelaki bernama Yima. 304 00:22:54,043 --> 00:22:57,043 Satu hari, sedang Yima berdiri di tebing sungai, 305 00:22:57,123 --> 00:23:01,763 dewa agung Ahura Mazda muncul membawa amaran dan petanda. 306 00:23:02,843 --> 00:23:06,123 Bukan banjir, tapi musim sejuk yang membawa maut. 307 00:23:07,363 --> 00:23:12,203 Ia mengarahkan Yima untuk membina vara, sebuah tempat perlindungan bawah tanah. 308 00:23:14,083 --> 00:23:17,963 Dia perlu membawa lelaki dan wanita serta haiwan terbaik, 309 00:23:18,043 --> 00:23:19,323 dan perlulah sepasang. 310 00:23:20,363 --> 00:23:23,643 Yima juga disuruh menyimpan benih setiap pokok dan buah, 311 00:23:23,723 --> 00:23:27,883 serta bekalan secukupnya sehinggalah musim sejuk itu berakhir. 312 00:23:28,763 --> 00:23:31,723 Oh, ya. Ia turut memberitahu kita 313 00:23:31,803 --> 00:23:37,123 bahawa petanda permulaan musim sejuk itu akan dibawa oleh seekor ular di langit. 314 00:23:40,603 --> 00:23:42,763 Vara seperti dalam mitos ini 315 00:23:42,843 --> 00:23:46,803 amat menyerupai kota-kota bawah tanah yang ditemui di Cappadocia. 316 00:23:47,843 --> 00:23:50,843 Tapi sejarawan enggan melihat bagaimana ia berkait. 317 00:23:51,963 --> 00:23:54,483 Mitos Yima ini antara mitos-mitos 318 00:23:54,563 --> 00:23:56,923 yang ahli arkeologi anggap tak bermakna, 319 00:23:57,003 --> 00:24:00,603 tapi ia menyebut tentang musim sejuk yang dahsyat. 320 00:24:03,363 --> 00:24:05,523 Sepertimana ahli geologi mengesahkan 321 00:24:05,603 --> 00:24:09,563 kejadian banjir besar yang berlaku ketika Younger Dryas, 322 00:24:09,643 --> 00:24:12,123 sama seperti kisah mitos tadi, 323 00:24:13,203 --> 00:24:17,283 mereka turut menyatakan bahawa suhu dunia jatuh mendadak selepas itu. 324 00:24:18,563 --> 00:24:20,283 Benarlah, musim sejuk maut. 325 00:24:21,843 --> 00:24:26,043 Begitu juga butiran yang menghubungkan permulaan musim sejuk itu 326 00:24:26,123 --> 00:24:29,043 dengan ketibaan seekor ular gergasi di langit, 327 00:24:30,523 --> 00:24:34,563 sama seperti ular-ular yang ditemui dalam mitos-mitos Aztek purba 328 00:24:36,043 --> 00:24:37,603 atau Iroquois. 329 00:24:37,683 --> 00:24:40,643 Ular sentiasa dikaitkan dengan bencana. 330 00:24:46,163 --> 00:24:48,963 Ia turut mengingatkan saya pada tiang Göbekli Tepe 331 00:24:49,043 --> 00:24:54,283 yang penuh dengan ukiran ular yang seolah-olah turun dari langit. 332 00:24:55,203 --> 00:24:59,003 Atau ular yang terukir di kuil besar Malta, Ġgantija. 333 00:24:59,963 --> 00:25:02,003 Atau Busut Ular di Amerika Utara. 334 00:25:02,923 --> 00:25:07,443 Tentu sekali ahli arkeologi tak mengaitkan simbol-simbol dan tradisi kuno 335 00:25:07,523 --> 00:25:10,363 dari lokasi-lokasi di seluruh planet, 336 00:25:10,843 --> 00:25:12,963 inikan pula satu peristiwa. 337 00:25:13,843 --> 00:25:18,043 Tapi kita dah lihat bagaimana struktur yang berbeza 338 00:25:18,123 --> 00:25:19,523 dari seluruh dunia 339 00:25:19,603 --> 00:25:23,723 menerima manfaat daripada legasi ilmu purba. 340 00:25:24,083 --> 00:25:26,603 Legasi yang tak diketahui asal-usul. 341 00:25:27,803 --> 00:25:30,963 Implikasi yang menakjubkan ialah semasa Zaman Ais, 342 00:25:31,043 --> 00:25:35,083 sebuah tamadun maju, dengan pengaruhnya menjangkau dunia, 343 00:25:35,163 --> 00:25:39,603 wujud bersama pemburu-pengumpul yang turut hidup pada waktu itu. 344 00:25:40,403 --> 00:25:42,563 Peradaban yang musnah 345 00:25:42,643 --> 00:25:45,563 dalam bencana misteri Younger Dryas. 346 00:25:47,523 --> 00:25:52,043 Adakah semua rujukan kepada ular sebahagian daripada legasi itu juga? 347 00:25:52,963 --> 00:25:56,363 Amaran yang ditinggalkan oleh mereka yang terselamat. 348 00:26:04,203 --> 00:26:11,083 Apa yang saya boleh katakan, manusia spesis yang menghidap amnesia. 349 00:26:12,723 --> 00:26:15,523 Kepala kita dihentam teruk oleh bencana 350 00:26:15,603 --> 00:26:17,563 di penghujung Zaman Ais akhir 351 00:26:17,643 --> 00:26:21,723 sehingga kita lupa babak penting dalam kisah sendiri. 352 00:26:23,043 --> 00:26:28,243 Ini boleh menjadi masalah besar kerana sama seperti mitos-mitos lain, 353 00:26:28,323 --> 00:26:32,803 kisah Yima berakhir dengan amaran jelas dari dewa 354 00:26:32,883 --> 00:26:36,803 bahawa pada suatu hari, malapetaka yang sama akan kembali. 355 00:26:39,163 --> 00:26:40,123 Mungkinkah? 356 00:26:41,843 --> 00:26:46,763 Buat masa yang lama, tiada siapa tahu pencetus banjir, 357 00:26:46,843 --> 00:26:50,203 kebakaran dan suhu yang jatuh mendadak ketika Younger Dryas, 358 00:26:51,123 --> 00:26:55,163 tapi bukti geologi baru mencadangkan kemungkinan yang dahsyat. 359 00:26:56,483 --> 00:26:58,803 Bukti masih boleh dilihat 360 00:26:58,883 --> 00:27:01,883 di landskap tercalar prasejarah Amerika. 361 00:27:01,963 --> 00:27:03,483 Destinasi saya seterusnya. 362 00:27:04,483 --> 00:27:08,363 Saya cukup yakin asal-usul simbol ular 363 00:27:08,443 --> 00:27:11,203 ada kaitan rapat dengan ular-ular di langit 364 00:27:11,283 --> 00:27:12,883 yang kita gelar komet. 365 00:27:41,643 --> 00:27:46,643 Terjemahan sari kata oleh Leia Li