1 00:00:16,543 --> 00:00:17,876 Foodtopia! 2 00:00:34,293 --> 00:00:37,084 Saya sedih. 3 00:00:42,918 --> 00:00:47,876 Dia menutup matanya 4 00:00:47,959 --> 00:00:50,209 Tapi untuk seketika 5 00:00:50,293 --> 00:00:52,751 Kemudian paip air dibuka 6 00:00:52,834 --> 00:00:58,043 Air mengalir keluar 7 00:00:58,126 --> 00:01:00,168 Jatuh ke mukanya 8 00:01:00,251 --> 00:01:01,918 Dia mati dengan penuh kesakitan 9 00:01:02,043 --> 00:01:04,418 -Kenapa Frank... -...sanggup buat begini? 10 00:01:04,543 --> 00:01:08,751 Menjadi lembik di dalam singki 11 00:01:08,793 --> 00:01:12,001 Badan Brenda menjadi lembik 12 00:01:12,084 --> 00:01:14,793 Badan Brenda lembik di dalam singki 13 00:01:14,876 --> 00:01:16,626 Menjadi lembik di dalam singki 14 00:01:16,709 --> 00:01:18,959 Badan Brenda menjadi lembik 15 00:01:19,043 --> 00:01:22,543 Badan Brenda lembik di dalam singki 16 00:01:25,293 --> 00:01:29,418 Sammy? Dah nak mula. Awak dah sedia untuk keluar? 17 00:01:29,501 --> 00:01:31,793 Belum lagi. Jangan ganggu saya. 18 00:01:31,876 --> 00:01:36,418 Tapi saya okey. Semuanya okey. Saya akan keluar sekejap lagi. 19 00:01:38,584 --> 00:01:40,418 Awak ada semua yang awak mahukan. 20 00:01:40,501 --> 00:01:43,168 Okey, keluar dan senyum macam selalu. 21 00:01:44,709 --> 00:01:45,876 Apa yang dah berlaku? 22 00:01:48,001 --> 00:01:50,626 Awak melarikan diri daripada kesakitan, si penakut. 23 00:01:50,793 --> 00:01:53,668 Lavash? Awak tak nyata. 24 00:01:53,834 --> 00:01:56,501 Ya, betul. Tapi cinta kita nyata. 25 00:01:56,709 --> 00:01:59,126 Begitu juga persahabatan awak dengan Brenda. 26 00:01:59,668 --> 00:02:01,668 Saya tak dapat selamatkan Brenda. 27 00:02:01,751 --> 00:02:04,459 Sama macam tak dapat selamatkan awak. Maafkan saya. 28 00:02:05,001 --> 00:02:08,959 Maafkan saya, okey? Saya minta maaf. 29 00:02:11,459 --> 00:02:12,459 Pergi. 30 00:02:12,543 --> 00:02:16,459 Awak tak dengarkah saya akhirnya dapat lepaskan kesedihan saya? 31 00:02:17,751 --> 00:02:20,043 Batalkan rancangan. Ganti dengan Calamari. 32 00:02:20,376 --> 00:02:21,834 Saya nak tengok keadaan awak. 33 00:02:22,376 --> 00:02:24,376 Saya tahu awak sedih. Semua sedih. 34 00:02:24,459 --> 00:02:26,834 Kawan baik dibunuh oleh satu lagi kawan baik. 35 00:02:26,918 --> 00:02:29,376 Awak pula kena laporkan berita itu. Sangat sukar. 36 00:02:29,834 --> 00:02:31,001 Ya, tentang itu... 37 00:02:31,084 --> 00:02:34,126 Saya tak percaya Frank sanggup lakukannya. 38 00:02:34,584 --> 00:02:36,668 Ya. Tapi saya ada di sana. 39 00:02:37,084 --> 00:02:40,418 Saya nampak sendiri Frank basahkan badan Brenda sehingga lembik. 40 00:02:40,501 --> 00:02:41,876 Awak percaya saya, bukan? 41 00:02:42,001 --> 00:02:44,876 Ya, tapi hal ini begitu rumit. 42 00:02:44,959 --> 00:02:49,168 Umpama percaya tanpa usul periksa. Saya kenal mereka lebih lama. 43 00:02:49,293 --> 00:02:51,709 Setelah apa yang saya dah beri pada awak? 44 00:02:52,126 --> 00:02:55,501 Saya beri awak kerjaya, kemasyhuran dan kekayaan. 45 00:02:56,043 --> 00:02:57,543 Saya yang beri semua itu. 46 00:02:58,209 --> 00:03:00,668 Saya juga boleh ambil semula. 47 00:03:00,751 --> 00:03:03,834 Jadi sama ada awak yang laporkannya atau makanan lain. 48 00:03:05,001 --> 00:03:07,334 Tiada yang boleh gantikan saya. 49 00:03:07,668 --> 00:03:10,126 Perkenalkan pengganti awak. Duncan. 50 00:03:11,168 --> 00:03:14,376 Duncan Donut? Teruknya nama itu. 51 00:03:14,459 --> 00:03:16,626 Helo, Sammy. Apa khabar? 52 00:03:17,293 --> 00:03:19,626 Aduhai, sedapnya suara dia. 53 00:03:20,209 --> 00:03:23,126 Tak guna. Makanan pasti sukakannya. 54 00:03:23,668 --> 00:03:26,793 Tengoklah bagaimana cahaya terpantul dari wajahnya. 55 00:03:26,959 --> 00:03:28,126 Dia disadur dua kali. 56 00:03:28,751 --> 00:03:32,959 Pilihan di tangan awak, Sammy. Laporkannya atau hilang semuanya. 57 00:03:36,001 --> 00:03:39,834 Saya Duncan Donut, menggantikan Sammy Bagel. 58 00:03:40,251 --> 00:03:41,668 Terus ke berita utama. 59 00:03:41,751 --> 00:03:44,418 Dulu calon bersama, kini dibunuh olehnya, 60 00:03:44,501 --> 00:03:47,584 di mana sebiji roti mati dibunuh dengan kejam. 61 00:03:48,376 --> 00:03:51,501 Satu-satunya suspek kes ini ialah Frank Frankfurter, 62 00:03:51,584 --> 00:03:55,126 yang mana telah dimalukan oleh Brenda dalam video ini 63 00:03:55,418 --> 00:03:57,334 di depan seluruh makanan. 64 00:03:57,543 --> 00:04:03,168 Di sini juga kelihatan dia telah ditahan kerana membunuhnya. 65 00:04:03,251 --> 00:04:06,751 Julius, ketua kita yang baharu telah mengutuk perbuatan si tertuduh. 66 00:04:07,459 --> 00:04:11,334 Makanan tak patut bunuh makanan lain. Tiada alasan lain. 67 00:04:11,418 --> 00:04:14,584 Satu-satunya cara untuk tunjukkan bahawa perbuatan ini salah 68 00:04:14,668 --> 00:04:16,625 ialah dengan bunuh Frank depan khalayak. 69 00:04:17,168 --> 00:04:19,043 Kami bawakan anda ke perbicaraan, 70 00:04:19,168 --> 00:04:22,375 di mana Hakim Rutabaga Ginsberg akan membacakan keputusan. 71 00:04:22,875 --> 00:04:23,875 Bersalah. 72 00:04:27,500 --> 00:04:31,668 Barry, maaf sebab semasa awak beritahu kisah masa lalu awak, 73 00:04:32,000 --> 00:04:34,875 saya tolak awak jatuh dari kerusi 74 00:04:34,959 --> 00:04:36,500 dan panggil awak sosej pendek. 75 00:04:36,584 --> 00:04:40,375 Saya juga campak botol wiski kepada awak. 76 00:04:40,459 --> 00:04:42,668 Awak tahu itu bukan diri saya yang terbaik. 77 00:04:43,043 --> 00:04:44,959 Tak apa. Macam mana keadaan Wiski? 78 00:04:45,334 --> 00:04:46,625 Sama macam Frank. 79 00:04:46,709 --> 00:04:49,793 Tiada yang lebih teruk daripada makanan yang patah semangat. 80 00:04:51,125 --> 00:04:53,875 Hei, pembunuh. Awak ada pelawat. 81 00:04:53,959 --> 00:04:56,125 Jangan cuba bunuh mereka pula. 82 00:04:58,668 --> 00:05:00,834 Saya berani bersumpah. Bukan saya... 83 00:05:00,918 --> 00:05:03,084 Kami tahu. Awak takkan sanggup bunuh Brenda. 84 00:05:03,418 --> 00:05:06,084 Saya faham apa yang awak lalui, Frank. 85 00:05:06,168 --> 00:05:08,834 Saya pun pernah hilang kekasih hati. 86 00:05:09,293 --> 00:05:12,043 Kerana terlalu sedih, saya buat banyak perkara teruk. 87 00:05:12,126 --> 00:05:13,876 Apabila saya kenang semula, 88 00:05:13,959 --> 00:05:17,668 ia buat alat sulit saya mengecut dan masuk ke dalam. 89 00:05:18,293 --> 00:05:19,168 Ia boleh berlaku? 90 00:05:19,418 --> 00:05:20,793 Saya abaikan kawan-kawan. 91 00:05:20,875 --> 00:05:23,875 Saya berubah sepenuhnya sehingga saya tak kenal diri sendiri. 92 00:05:23,959 --> 00:05:27,334 Kecuali saya dapat capai kemasyhuran dan kekayaan yang tak terkira 93 00:05:27,418 --> 00:05:29,418 dan semua kenal saya. 94 00:05:29,500 --> 00:05:30,625 Semua makanan. 95 00:05:30,709 --> 00:05:34,959 Tapi saya betul-betul menyesal dan sanggup berubah. 96 00:05:35,500 --> 00:05:39,043 Apa yang penting ialah kita masih ada harapan, Frank. 97 00:05:40,168 --> 00:05:44,084 Tidak lagi. Brenda dah mati. Foodtopia dah mati. 98 00:05:44,168 --> 00:05:48,043 Saya akan sertai mereka dan mungkin itu yang terbaik. 99 00:05:48,334 --> 00:05:49,500 Saya tak fikir begitu. 100 00:05:49,584 --> 00:05:51,084 Saya dah tengok hukuman awak. 101 00:05:51,168 --> 00:05:53,668 Nampak sangat menyakitkan. 102 00:05:54,293 --> 00:05:57,293 Tiada yang lebih menyakitkan daripada apa yang saya rasa ini. 103 00:05:57,375 --> 00:05:59,584 Semua makanan fikir saya bunuh kekasih saya. 104 00:05:59,918 --> 00:06:02,626 Bukan semua. Kami akan keluarkan awak dari sini. 105 00:06:02,793 --> 00:06:05,668 Kami tak sempat lukis cetak biru bangunan ini pada Sammy, 106 00:06:05,751 --> 00:06:07,126 jadi kita buat terowong. 107 00:06:07,334 --> 00:06:08,709 Sammy, hulurkan sudu garpu. 108 00:06:08,793 --> 00:06:10,751 Awak serius tentang itu? 109 00:06:11,209 --> 00:06:13,668 Ya, kalau tak kenapa saya suruh awak bawa? 110 00:06:13,918 --> 00:06:17,168 Saya ingatkan awak tak boleh pilih antara sudu dan garpu. 111 00:06:18,168 --> 00:06:21,250 Lupakan sajalah. Tinggalkan saya di sini. 112 00:06:23,709 --> 00:06:26,668 Ini bukan hal main-main. 113 00:06:26,750 --> 00:06:29,000 Kita kena cepat kalau nak bebaskan dia. 114 00:06:29,084 --> 00:06:32,209 Frank dah cakap dia tak setuju dengan rancangan awak. 115 00:06:32,293 --> 00:06:33,709 Frank tak tahu apa dia nak. 116 00:06:33,793 --> 00:06:37,375 Ini takkan mudah. Kalaulah ada sosej lain sebagai umpan. 117 00:06:37,459 --> 00:06:38,293 Helo. 118 00:06:39,875 --> 00:06:42,584 Okey, sosej yang lebih tua dan berkedut. 119 00:06:43,000 --> 00:06:44,418 Tapi tetap boleh jadi umpan. 120 00:06:44,793 --> 00:06:47,543 Merata saya cari awak Samuel. 121 00:06:48,000 --> 00:06:49,209 Apa awak nak, Veiner? 122 00:06:49,293 --> 00:06:53,500 Awak nak tunjuk lagi bukti tentang betapa teruknya saya? 123 00:06:53,584 --> 00:06:55,168 Sebaliknya, Samuel. 124 00:06:55,250 --> 00:06:58,793 Pemulihan integriti awak telah memberi inspirasi kepada saya. 125 00:06:59,293 --> 00:07:00,793 Jadi saya bawakan bara 126 00:07:00,876 --> 00:07:05,626 yang boleh menyalakan api kebenaran pada malam penipuan tak berkesudahan ini. 127 00:07:07,793 --> 00:07:09,334 Kalau awak masih ingat, 128 00:07:09,876 --> 00:07:13,418 saya mencatat setiap pergerakan Brenda. 129 00:07:15,459 --> 00:07:18,584 -Apa? -Apa? Kami tak tahu pun. 130 00:07:18,709 --> 00:07:23,459 Itu yang saya lakukan dan saya jumpa ini. Sekejap. Bukan yang itu. 131 00:07:25,375 --> 00:07:27,043 Ini boleh dikatakan menyeramkan. 132 00:07:27,375 --> 00:07:28,293 Boleh dikatakan? 133 00:07:28,375 --> 00:07:31,834 Ini. Saya nampak bukti pergelutan. 134 00:07:31,918 --> 00:07:36,959 Jadi saya panjat bangunan. Tapi apabila saya sampai di situ... 135 00:07:40,125 --> 00:07:41,125 Julius yang buat? 136 00:07:41,209 --> 00:07:44,793 Sekali imbas dan ketika kurang persepsi, kita mungkin nampak begitu. 137 00:07:45,375 --> 00:07:50,709 Tapi pelaku sebenar perbuatan paling keji ini ialah 138 00:07:50,918 --> 00:07:54,875 sebutir beras yang kecil 139 00:07:54,959 --> 00:08:00,168 yang diam-diam mengawal Julius dari dalam duburnya. 140 00:08:00,793 --> 00:08:03,959 Makanan kawal makanan lain? 141 00:08:04,918 --> 00:08:06,334 Ini akan membebaskan Frank. 142 00:08:06,709 --> 00:08:08,793 Kita cuma perlu tunjukkan pada semua. 143 00:08:09,709 --> 00:08:11,584 Tapi macam mana? 144 00:08:11,668 --> 00:08:15,376 Sejak saya ambil alih kedai elektronik itu, 145 00:08:15,459 --> 00:08:18,834 ia dah jadi kubu paling kebal di bandar ini. 146 00:08:19,125 --> 00:08:21,293 Pengawal sangat ramai. 147 00:08:24,125 --> 00:08:26,918 Di sana. Itu pintu masuk kita. 148 00:08:27,043 --> 00:08:29,793 Macam mana kita nak naik ke sana tanpa dilihat? 149 00:08:30,084 --> 00:08:31,959 Kalaulah ada cara 150 00:08:32,043 --> 00:08:35,083 untuk baling diri kita dengan tenaga yang kuat 151 00:08:35,168 --> 00:08:38,458 dan juga tepat ke lubang itu. 152 00:08:40,833 --> 00:08:41,750 Tak guna. 153 00:08:48,251 --> 00:08:49,458 Donny. 154 00:08:49,543 --> 00:08:51,208 Siapa sangka semasa awak tanya 155 00:08:51,293 --> 00:08:53,793 sama ada saya nak sertai pasukan Ultimate awak, 156 00:08:53,876 --> 00:08:56,668 saya akan makan kaki awak sekarang ini? 157 00:08:57,168 --> 00:09:01,376 Entah selamat atau tak untuk makan tatu "carpe diem" ini. 158 00:09:02,793 --> 00:09:04,043 Saya akan makan tepinya. 159 00:09:06,251 --> 00:09:07,376 Kuatnya otot dia. 160 00:09:07,709 --> 00:09:09,876 Jadi Frank berasmara dengan raksasa itu? 161 00:09:10,793 --> 00:09:13,043 Macam mana? Di mana? 162 00:09:13,126 --> 00:09:16,876 Saya tak nak fikir tentang itu. Saya cuma nak selesaikan masalah ini. 163 00:09:17,001 --> 00:09:17,918 Saya boleh dengar. 164 00:09:18,543 --> 00:09:21,334 Garam mandian itu buat pendengaran saya lebih sensitif. 165 00:09:21,834 --> 00:09:24,584 Bersama beberapa ciri baharu lain. 166 00:09:25,209 --> 00:09:27,209 Saya dah agak awak masih makan makanan. 167 00:09:27,626 --> 00:09:31,793 Ini bukan makanan. Awak rasa ini makanan apa, Barry? 168 00:09:32,083 --> 00:09:33,418 Ham madu dengan kasut. 169 00:09:33,543 --> 00:09:37,751 Ini kawan saya, Donny Rickman. Ingat lagi? Awak buat saya bunuh dia. 170 00:09:38,083 --> 00:09:39,833 Ya. Masa yang menyeronokkan. 171 00:09:40,501 --> 00:09:44,876 Frank suruh awak ke sini untuk beritahu betapa gembiranya dia dengan Brenda? 172 00:09:46,043 --> 00:09:47,293 Brenda dah mati. 173 00:09:48,626 --> 00:09:51,793 Yakah? Jadi Frank suruh awak ke sini untuk beritahu saya? 174 00:09:52,126 --> 00:09:54,043 Apa? Tidak. Jangan senyum. 175 00:09:54,126 --> 00:09:58,043 Dia kawan baik kami, si tak guna. 176 00:09:58,126 --> 00:10:00,668 Frank dalam masalah. Julius nak bunuh dia. 177 00:10:01,084 --> 00:10:04,001 Jadi kami perlukan badan besar dan juga kemahiran awak. 178 00:10:07,918 --> 00:10:08,959 Baiklah. 179 00:10:14,459 --> 00:10:15,834 Masanya dah tiba, Frank. 180 00:10:22,251 --> 00:10:23,084 Bawa dia keluar! 181 00:10:25,043 --> 00:10:26,626 Sosej menuju kematian. 182 00:10:26,709 --> 00:10:27,751 Tak guna! 183 00:10:49,583 --> 00:10:50,583 Itu pun dia. 184 00:10:51,001 --> 00:10:54,583 Makanan pertama yang membunuh makanan lain. 185 00:10:57,001 --> 00:10:59,708 Kita berkumpul di sini hari ini untuk menghormati... 186 00:10:59,793 --> 00:11:04,418 ...memori kita tentang Brenda yang malang dan melaksanakan keadilan. 187 00:11:04,501 --> 00:11:09,293 Juga balas dendam. Secara tradisinya, terbaik jika ambil masa untuk lunaskan. 188 00:11:09,626 --> 00:11:14,334 Tapi hari ini ia akan dilunaskan serta-merta. 189 00:11:31,084 --> 00:11:34,001 Tidak. Sakitnya. 190 00:11:40,918 --> 00:11:44,458 Saya berkenalan dengan buah pic yang sangat cantik. 191 00:11:47,626 --> 00:11:53,208 Ini dia. Awak hanya perlu lempar ini ke dalam lubang udara itu. 192 00:11:54,083 --> 00:11:55,918 Apa? Itu tak masuk akal. 193 00:11:56,001 --> 00:11:58,293 Ruang itu tak cukup besar. 194 00:11:58,376 --> 00:11:59,668 Lagipun terlalu jauh. 195 00:11:59,751 --> 00:12:02,709 Dalam dunia Ultimate, saya adalah pelontar jarak dekat. 196 00:12:02,793 --> 00:12:06,376 Saya buat lontaran chicken wing, lateral dump dan kadangkala scoober. 197 00:12:06,459 --> 00:12:09,168 Lontaran scoober saya teruk. Hei, apa yang awak buat? 198 00:12:09,751 --> 00:12:10,709 Dah siap sedia. 199 00:12:11,043 --> 00:12:12,209 Saya tak boleh buat. 200 00:12:12,293 --> 00:12:15,918 Saya perlu ambil kira tentang angin, faktor lain angin 201 00:12:16,001 --> 00:12:18,168 dan juga berat bagel dan sosej. 202 00:12:18,251 --> 00:12:20,084 Hei. Diam dan dengar sini. 203 00:12:20,168 --> 00:12:22,209 Saya benci awak dan spesies awak. 204 00:12:22,293 --> 00:12:24,251 Saya tak suka nak sebut, 205 00:12:24,834 --> 00:12:27,793 tapi saya yakin awak boleh buat. 206 00:12:29,251 --> 00:12:30,876 Saya nampak awak lempar piring. 207 00:12:31,251 --> 00:12:33,793 Ketepatan awak hebat walaupun semasa tertekan. 208 00:12:34,793 --> 00:12:37,001 Kali ini bukan untuk selamatkan diri awak. 209 00:12:37,418 --> 00:12:39,458 Tapi untuk selamatkan Frank. 210 00:12:40,876 --> 00:12:45,251 Kalau betul awak cintakan dia macam yang awak cakap, 211 00:12:45,583 --> 00:12:46,793 bantulah dia. 212 00:12:51,751 --> 00:12:52,833 Jus saya mendesis. 213 00:13:44,458 --> 00:13:45,333 Hebat! 214 00:13:49,293 --> 00:13:50,833 Ini Duncan Donut. 215 00:13:57,458 --> 00:13:58,333 Pergi. 216 00:13:59,876 --> 00:14:02,543 Hei, awak tak dibenarkan masuk. 217 00:14:03,584 --> 00:14:06,418 Cubalah halang saya secara fizikal. 218 00:14:11,334 --> 00:14:12,668 Saya datang, Brenda. 219 00:14:13,084 --> 00:14:17,959 Api itu takkan menyakitkan badan saya sebab saya tahu saya akan... 220 00:14:18,043 --> 00:14:21,543 Tak guna! Tidak! Sakit! Saya tak tipu! 221 00:14:21,626 --> 00:14:24,918 Saya Sammy Bagel. Saya nak bongkarkan satu berita tergempar. 222 00:14:25,959 --> 00:14:27,168 Frank tak bersalah. 223 00:14:28,668 --> 00:14:30,709 Ada rakaman yang boleh membuktikannya. 224 00:14:31,418 --> 00:14:33,751 Alamak. Macam mana nak... Tekan halaman utama? 225 00:14:34,126 --> 00:14:35,833 Masuk ke sana. Sekarang! 226 00:14:37,543 --> 00:14:39,126 Dah dapat. Tak guna. 227 00:14:42,918 --> 00:14:44,876 Hei. Lepaskan saya. 228 00:14:46,958 --> 00:14:50,668 Hei. Jangan buka pintu. Awak akan patahkan belakang saya. 229 00:14:52,793 --> 00:14:54,793 Cepat buka. Sama-sama patahkannya. 230 00:14:56,958 --> 00:14:58,001 Tolonglah! 231 00:15:07,001 --> 00:15:08,418 Halang mereka, Barry. 232 00:15:21,418 --> 00:15:24,293 Tak guna. Saya memang tak pandai guna benda ini. 233 00:15:24,376 --> 00:15:27,959 Ada dalam Album atau Baru-baru ini? 234 00:15:33,126 --> 00:15:34,918 Tutup mulut awak, bagel. 235 00:15:57,126 --> 00:15:58,626 Dah dapat. 236 00:16:14,293 --> 00:16:19,043 Nampak tak? Ini pembunuh sebenar. Jadi bebaskan Frank Frankfurter. 237 00:16:19,251 --> 00:16:23,459 Sekejap. Jadi ada makanan lain dalam punggungnya? 238 00:16:23,584 --> 00:16:26,168 Mana ada. Jangan pandang punggung saya. 239 00:16:26,543 --> 00:16:27,418 Ia agak terbuka. 240 00:16:27,501 --> 00:16:29,751 Tak bermakna ada makanan lain mengawal saya. 241 00:16:29,834 --> 00:16:32,583 Tapi kalau ada pun, dah tak berguna. 242 00:16:32,668 --> 00:16:36,043 Sebab awak yang undi saya. Saya masih ketua awak semua. 243 00:16:36,126 --> 00:16:37,543 Frank tetap perlu mati. 244 00:16:37,708 --> 00:16:41,668 Begitu juga mana-mana makanan yang menentang saya! 245 00:16:45,833 --> 00:16:47,333 -Alamak! -Tidak! 246 00:16:48,043 --> 00:16:50,876 Sakit! Terlalu sakit! Kenapa saya tak cuba lari tadi? 247 00:16:52,793 --> 00:16:54,126 Tak guna. Tidak! 248 00:17:00,543 --> 00:17:02,834 Ayuh, semua. Mari terbalikkan benda ini. 249 00:17:03,543 --> 00:17:04,876 Dalam kiraan tiga. Satu... 250 00:17:05,126 --> 00:17:06,293 Tiga! Tolak sekarang! 251 00:17:10,458 --> 00:17:11,418 Tidak, Frank. 252 00:17:19,458 --> 00:17:20,668 Tak guna. 253 00:17:20,751 --> 00:17:21,876 Frank, awak okey. 254 00:17:22,293 --> 00:17:25,083 -Aduh! -Maaf. Luka terbakar pasti sakit. 255 00:17:25,668 --> 00:17:26,751 Tidak! 256 00:17:33,168 --> 00:17:34,001 Buat pertahanan. 257 00:17:34,293 --> 00:17:35,126 Lindungi saya. 258 00:17:46,209 --> 00:17:47,126 Jack. 259 00:17:52,043 --> 00:17:52,876 Scoober! 260 00:17:55,751 --> 00:17:56,584 Hammer! 261 00:18:00,668 --> 00:18:01,543 Chicken wing. 262 00:18:39,501 --> 00:18:40,334 Tak guna. 263 00:18:49,001 --> 00:18:51,626 -Tidak! -Dapat pun. 264 00:18:52,501 --> 00:18:53,834 Jangan. 265 00:18:54,918 --> 00:18:57,043 Dia dah keluar. Saya bebas. 266 00:18:57,501 --> 00:19:00,334 -Bunuh dia. -Buatlah. 267 00:19:00,418 --> 00:19:03,668 Kalau berani patahkanlah saya, si lembik. 268 00:19:07,501 --> 00:19:09,501 Ini untuk Brenda. 269 00:19:12,959 --> 00:19:14,084 -Lepaskan. -Jangan. 270 00:19:14,418 --> 00:19:17,626 Frank? Dia bunuh Brenda dan hampir membunuh awak. 271 00:19:18,126 --> 00:19:22,001 Saya tahu. Tapi kita tak patut membunuh lagi. 272 00:19:28,876 --> 00:19:32,418 Jadi walaupun sukar untuk saya katakan, saya maafkan awak. 273 00:19:37,709 --> 00:19:40,959 Brenda nampak sisi baik kita, 274 00:19:41,043 --> 00:19:44,251 walaupun semasa kita dalam keadaan yang paling teruk. 275 00:19:44,626 --> 00:19:49,543 Dia tak pernah menyerah walaupun keadaan seolah-olah sudah tiada harapan. 276 00:19:49,668 --> 00:19:53,959 Kita tak pernah menjaga satu sama lain di Foodtopia. 277 00:19:54,584 --> 00:19:57,168 Jadi saya berharap sangat 278 00:19:57,751 --> 00:20:01,751 jika saya boleh maafkan beras kecil ini kerana membunuh Brenda 279 00:20:01,834 --> 00:20:06,251 dan cuba membunuh saya dengan meletakkan kesalahan itu kepada saya, 280 00:20:06,959 --> 00:20:09,043 mungkin awak juga boleh saling bermaafan. 281 00:20:09,918 --> 00:20:14,959 Untuk menjadikan bandar kita tempat yang lebih baik dan lebih penyayang. 282 00:20:20,418 --> 00:20:23,418 Maafkan saya, Barry. Saya tak jadi rakan sepasukan yang baik. 283 00:20:23,501 --> 00:20:25,043 Saya sibuk buat benda lain. 284 00:20:25,668 --> 00:20:27,793 Maaf sebab isi pagar sesat itu. 285 00:20:28,209 --> 00:20:30,959 Saya buat pada pagar sesat di belakang awak semua. 286 00:20:31,043 --> 00:20:34,293 Maaf sebab jadi kacang yang kejam selama ini. 287 00:20:34,668 --> 00:20:37,793 Awak maafkan saya? 288 00:20:38,834 --> 00:20:42,876 Selama ini saya hanya nampak perkara buruk sahaja tentang makanan. 289 00:20:43,251 --> 00:20:46,543 Ia jugalah yang menyebabkan saya jadi jahat begini. 290 00:20:47,376 --> 00:20:51,251 Tapi awak tunjukkan pada saya kebaikan sebenar. 291 00:20:51,668 --> 00:20:53,876 Terima kasih. 292 00:20:54,376 --> 00:20:57,334 Kita memang boleh dapat peluang kedua... 293 00:20:59,084 --> 00:21:00,043 Alamak, gagak. 294 00:21:03,251 --> 00:21:06,876 Okey, apa yang paling penting ialah kita tak bunuh dia, bukan? 295 00:21:07,043 --> 00:21:09,543 Rasanya begitulah. Entahlah. 296 00:21:09,918 --> 00:21:13,209 Apa jadi selepas kita tahu ketua kita adalah beras di dalam oren 297 00:21:13,293 --> 00:21:14,793 dan dah dimakan oleh burung? 298 00:21:14,959 --> 00:21:17,334 Nampaknya burung itulah ketua kita sekarang. 299 00:21:17,418 --> 00:21:21,584 Atau Julius tetap jadi ketua. Cuma tanpa beras di dalamnya? 300 00:21:22,251 --> 00:21:25,959 Saya rasa saya belum sedia. Saya perlu sembuhkan diri saya. 301 00:21:26,376 --> 00:21:30,126 Beginilah, saya akan cuba buat macam yang Brenda nak. 302 00:21:30,584 --> 00:21:34,084 Kita takkan dipengaruhi oleh ketamakan, harta dan kekayaan lagi, 303 00:21:34,168 --> 00:21:35,793 kita akan saling membantu. 304 00:21:36,126 --> 00:21:37,751 Jadi buang semua gigi awak. 305 00:21:49,501 --> 00:21:51,876 Tapi saya suka gigi saya. 306 00:21:52,043 --> 00:21:53,751 Saya tak undi Frank. 307 00:21:53,834 --> 00:21:57,584 Kenapa kita kena dengar cakap dia? Kita pilih saja ketua baharu. 308 00:21:59,334 --> 00:22:03,918 Sekejap. Memandangkan beras dah tiada, kedai permainan itu milik siapa? 309 00:22:04,709 --> 00:22:06,834 Milik saya. Saya cakap dulu. 310 00:22:07,543 --> 00:22:11,543 Saya tumbuk makanan yang menuntutnya. Jadi ia milik saya semula. 311 00:22:13,834 --> 00:22:14,751 Ayuh dapatkannya. 312 00:22:25,168 --> 00:22:26,543 -Saya punya! -Saya punya! 313 00:22:26,626 --> 00:22:28,334 -Milik saya! -Milik saya! 314 00:22:28,418 --> 00:22:31,084 Awak nak ke mana, Frank? 315 00:22:31,168 --> 00:22:32,209 Biarkan dia, Sammy. 316 00:22:50,126 --> 00:22:52,418 Tapi kita perlu perbaiki Foodtopia, Frank. 317 00:22:52,501 --> 00:22:54,584 Mereka masih anak-anak kita. 318 00:22:54,668 --> 00:22:56,793 Mereka sentiasa menjadi tanggungjawab kita, 319 00:22:56,876 --> 00:23:00,126 walaupun mereka buang kita atau bersikap macam makanan dungu. 320 00:23:02,668 --> 00:23:07,334 Kalau saya jadi ketua, saya akan buat satu lubang besar di tengah bandar. 321 00:23:07,459 --> 00:23:09,376 Semua diterima di Lubang Besar itu. 322 00:23:09,459 --> 00:23:14,334 Tiada sesiapa boleh menilai anda. Tidak di Lubang Besar. Jadi undilah saya. 323 00:23:22,084 --> 00:23:22,918 Apa? 324 00:23:24,876 --> 00:23:25,876 Manusia. 325 00:23:26,709 --> 00:23:27,668 Frank? 326 00:23:28,084 --> 00:23:29,793 Dia cuma seorang. Bunuh dia. 327 00:23:40,459 --> 00:23:42,793 Baju pelindungnya sukar ditembusi! 328 00:23:47,001 --> 00:23:50,043 Tepat sekali. Awak patut takut dengan saya. 329 00:23:51,293 --> 00:23:54,876 Saya makan makanan. Okey tak, Frank? 330 00:23:56,334 --> 00:24:00,084 Saya pun tak nak buat begini, tapi awak semua tak beri saya pilihan. 331 00:24:00,168 --> 00:24:01,334 Kami tubuhkan Foodtopia 332 00:24:01,418 --> 00:24:05,043 sebab kami percaya makanan patut buat apa mereka nak, tapi kami silap. 333 00:24:05,126 --> 00:24:07,584 Awak tak boleh buat keputusan sendiri. 334 00:24:07,668 --> 00:24:09,168 Jadi saya akan putuskannya. 335 00:24:09,293 --> 00:24:10,418 Apa semua ini, Frank? 336 00:24:12,334 --> 00:24:14,793 Ini saja cara untuk kita ada masyarakat yang adil. 337 00:24:14,876 --> 00:24:17,626 Kalau tak, sia-sia saja Brenda mati. 338 00:24:19,168 --> 00:24:20,626 Saya berkuasa sekarang. 339 00:24:25,793 --> 00:24:28,001 Itukah manusia yang berasmara dengan awak? 340 00:24:31,918 --> 00:24:32,751 Bukan. 341 00:25:38,876 --> 00:25:40,876 Terjemahan sari kata oleh Azzahra Ghani 342 00:25:40,959 --> 00:25:42,959 Penyelia Kreatif Aireen Zainal