1 00:00:06,083 --> 00:00:08,963 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:25,203 --> 00:00:27,483 Kami pandai berasmara. 3 00:00:31,043 --> 00:00:34,523 Tapi "kami" baru dapat anak enam minggu yang lalu. 4 00:00:46,203 --> 00:00:48,163 Bila dia nak berhenti menangis? 5 00:00:48,723 --> 00:00:50,563 Mana ibu susu? 6 00:00:50,643 --> 00:00:52,563 Awak dah buat nafsu saya hilang. 7 00:01:16,483 --> 00:01:18,563 Saya akan dukung dia. Terima kasih. 8 00:01:23,403 --> 00:01:24,403 Elizabeth. 9 00:01:25,243 --> 00:01:27,123 Jangan pedulikan ayah kamu. 10 00:01:28,043 --> 00:01:31,763 Anne tahu anak perempuan tak mencukupi untuk Henry. 11 00:01:31,843 --> 00:01:33,923 Bukan itu janjinya kepada Henry. 12 00:01:34,003 --> 00:01:35,843 Bukan itu yang dia perlukan. 13 00:01:35,923 --> 00:01:38,763 Dia perlukan anak lelaki dan seorang waris. 14 00:01:38,843 --> 00:01:41,323 England sedang bergolak. 15 00:01:41,403 --> 00:01:45,083 Ia berada di ambang revolusi agama. 16 00:01:45,163 --> 00:01:49,243 Henry VIII menolak kuasa paus 17 00:01:49,323 --> 00:01:54,403 dan dia tekad untuk mencipta Gereja England yang baru, bebas 18 00:01:54,483 --> 00:01:57,523 dan diketuai olehnya. 19 00:01:57,603 --> 00:02:00,883 Henry tahu satu-satunya cara untuk mendapat sokongan 20 00:02:00,963 --> 00:02:04,603 adalah dengan mendapatkan anak lelaki. 21 00:02:06,683 --> 00:02:09,643 Memanglah pada mulanya, Henry kecewa. 22 00:02:10,923 --> 00:02:12,843 Dia rasa tertekan dan mahu anak lelaki 23 00:02:12,923 --> 00:02:15,763 kerana dia tak mahu kehilangan semuanya. 24 00:02:17,363 --> 00:02:20,403 Ayahandanya ada rancangan gah untuk keturunan Tudor, 25 00:02:20,483 --> 00:02:23,243 dan saya dah janjikan anak lelaki. 26 00:02:24,243 --> 00:02:26,243 Keluarga Boleyn tak mungkir janji. 27 00:02:29,003 --> 00:02:30,843 Awak tak bosan makan epal? 28 00:02:32,443 --> 00:02:36,083 Lady W kata dia asyik makan cacing semasa hamil, 29 00:02:36,163 --> 00:02:38,123 jadi saya rasa sangat bersyukur. 30 00:02:38,203 --> 00:02:39,203 Betul juga. 31 00:02:40,803 --> 00:02:43,803 Cepatnya awak hamil semula selepas Elizabeth lahir. 32 00:02:44,403 --> 00:02:46,323 Tapi kita memang bekerja keras. 33 00:02:48,043 --> 00:02:50,723 Mujurlah kali ini saya tak mual seteruk dulu. 34 00:02:50,803 --> 00:02:52,523 Orang kata itu ciri-ciri anak lelaki. 35 00:02:53,283 --> 00:02:56,843 Ahli nujum saya yakin kali ini dia anak lelaki. 36 00:02:58,443 --> 00:03:01,883 Pada zaman sekarang, kita cuma harap anak kita sihat. 37 00:03:01,963 --> 00:03:04,683 Tapi Anne harap anaknya ada zakar. 38 00:03:04,763 --> 00:03:08,843 Anak perempuan tak membantu. Katherine dari Aragon ada anak perempuan. 39 00:03:08,923 --> 00:03:09,843 Henry ceraikan dia. 40 00:03:09,923 --> 00:03:14,963 Anne perlukan anak lelaki untuk mengekalkan kedudukannya. 41 00:03:15,043 --> 00:03:17,843 Sekarang, kita cuma perlukan… 42 00:03:20,843 --> 00:03:23,763 Ya Tuhan, cantiknya! 43 00:03:23,843 --> 00:03:25,203 Sama seperti ayahnya. 44 00:03:30,123 --> 00:03:31,163 Pourquoi? 45 00:03:31,803 --> 00:03:34,923 Kerana setiap keluarga yang sempurna ada anjing. 46 00:03:35,003 --> 00:03:37,123 Anjing Anne bernama Purkoy. 47 00:03:37,203 --> 00:03:40,723 Nama itu berasal daripada perkataan Perancis, "pourquoi", 48 00:03:40,803 --> 00:03:41,883 yang bermakna "kenapa". 49 00:03:41,963 --> 00:03:44,723 Nama itu menggambarkan kebingungan. 50 00:03:44,803 --> 00:03:46,643 Itulah ilham untuk nama Purkoy. 51 00:03:47,163 --> 00:03:50,003 ENAM BULAN KEMUDIAN 52 00:03:50,243 --> 00:03:51,323 Purkoy. 53 00:03:51,843 --> 00:03:54,283 Duduk. 54 00:03:54,923 --> 00:03:57,203 Sudahlah. Kakak yang perlu duduk. 55 00:04:00,163 --> 00:04:01,603 Penatnya. 56 00:04:01,683 --> 00:04:03,563 Kaki kakak dah sakit. 57 00:04:06,283 --> 00:04:07,643 Purkoy, pergi tangkap! 58 00:04:07,723 --> 00:04:09,643 Jangan baling kasut pertabalan kakak. 59 00:04:12,843 --> 00:04:15,243 Kakak rasa macam boleh memerintah dunia. 60 00:04:20,443 --> 00:04:22,043 Kakak dah tak tahan. 61 00:04:23,163 --> 00:04:24,083 Jangan salah faham. 62 00:04:24,163 --> 00:04:27,723 Memanglah kakak perlu mendapatkan anak lelaki untuk Henry, 63 00:04:27,803 --> 00:04:30,563 tapi banyak lagi yang kakak nak buat, 64 00:04:30,643 --> 00:04:33,523 selain buat anak. 65 00:04:37,083 --> 00:04:38,723 Kakak akan mengubah dunia. 66 00:04:42,643 --> 00:04:43,723 Tunggu sajalah. 67 00:04:46,563 --> 00:04:51,323 Menurut tradisi, tugas ratu adalah untuk mendapatkan waris, 68 00:04:51,843 --> 00:04:56,923 tapi Anne ada impian dan cita-cita yang berasaskan pendiriannya. 69 00:04:57,003 --> 00:04:59,563 Dia mahu menambah baik negaranya. 70 00:04:59,643 --> 00:05:03,523 Sebagai ratu, Anne mahu membuat perubahan. 71 00:05:03,603 --> 00:05:05,283 Dia nak bantu orang. 72 00:05:05,363 --> 00:05:09,243 Dia memperkenalkan konsep kebajikan dalam pemerintahan monarki. 73 00:05:09,323 --> 00:05:13,003 Dia mahu tolong golongan miskin, tingkatkan kualiti pendidikan, 74 00:05:13,083 --> 00:05:15,563 dan sudah tentu, dia mahu reformasi agama. 75 00:05:18,363 --> 00:05:20,243 Penganut Katolik yang warak pun 76 00:05:20,323 --> 00:05:23,803 mengaku bahawa penyelewengan di biara sudah tidak terkawal. 77 00:05:24,723 --> 00:05:27,123 Semua tanah terbaik memang milik mereka. 78 00:05:28,003 --> 00:05:30,523 Ia sepatutnya milik kerajaan. 79 00:05:30,603 --> 00:05:35,203 Cromwell turut bersetuju dengan pembaharuan itu 80 00:05:35,283 --> 00:05:38,963 dan dia sedar bahawa harta yang melimpah-ruah 81 00:05:39,043 --> 00:05:44,003 disimpan di biara-biara serata England. 82 00:05:44,083 --> 00:05:48,683 Dia juga nampak peluang untuk memindahkan kekayaan itu 83 00:05:48,763 --> 00:05:51,083 ke dalam tangan raja. 84 00:05:51,163 --> 00:05:53,323 Kita boleh memanfaatkan wang itu. 85 00:05:53,403 --> 00:05:56,843 Rakyat kita perlukan pendidikan, bantuan apabila sakit 86 00:05:56,923 --> 00:05:58,923 dan tempat tinggal. 87 00:05:59,523 --> 00:06:01,923 - Ratu kesayangan rakyat. - Saya serius. 88 00:06:02,003 --> 00:06:05,643 Wang yang biara simpan langsung tak masuk akal. 89 00:06:05,723 --> 00:06:09,363 Mereka sepatutnya bantu orang miskin, bukan tambah harta. 90 00:06:10,363 --> 00:06:11,923 Keadaan perlu berubah. 91 00:06:12,443 --> 00:06:16,323 Anne tak seperti ratu lain. Dia mahu anak lelaki dan waris raja, 92 00:06:16,403 --> 00:06:18,563 dan juga jadi bonda negara. 93 00:06:18,643 --> 00:06:21,723 Dia mahu harta England dirampas daripada biara 94 00:06:21,803 --> 00:06:23,723 dan diberi kepada mereka yang memerlukan. 95 00:06:23,803 --> 00:06:25,483 Pihak gereja akan menentang. 96 00:06:25,563 --> 00:06:28,923 Ya, tapi siapa yang berkuasa sekarang? 97 00:06:29,843 --> 00:06:30,763 Awak. 98 00:06:34,083 --> 00:06:38,683 Kita perlu fikir dengan terperinci dan buat strategi yang betul. 99 00:06:39,203 --> 00:06:40,363 - Anne? - Beritahu… 100 00:06:41,643 --> 00:06:42,643 Ya Tuhan, Anne. 101 00:06:44,043 --> 00:06:44,883 Anne. 102 00:06:45,443 --> 00:06:46,443 Anak nak keluar! 103 00:06:57,403 --> 00:06:58,563 Mustahil… 104 00:07:01,883 --> 00:07:05,003 untuk saya terangkan kesedihan akibat kehilangan anak. 105 00:07:07,123 --> 00:07:09,363 Kita jaga anak itu dalam rahim, 106 00:07:10,843 --> 00:07:12,083 Ia sebahagian daripada kita 107 00:07:17,763 --> 00:07:19,883 dan apabila anak itu mati, 108 00:07:24,403 --> 00:07:26,243 sebahagian diri kita juga mati. 109 00:07:33,363 --> 00:07:35,283 Henry yakin dia anak lelaki. 110 00:07:39,843 --> 00:07:42,003 Dia tak sanggup pandang muka saya. 111 00:07:43,083 --> 00:07:44,323 Ia amat mengecewakan. 112 00:07:47,683 --> 00:07:50,323 Tambahan pula, khabar angin mula tersebar. 113 00:07:51,163 --> 00:07:54,123 Kerana orang istana memang ada satu sifat buruk, 114 00:07:55,723 --> 00:07:58,523 iaitu mengumpat tentang nasib malang orang lain. 115 00:08:01,043 --> 00:08:04,003 Saya tak keguguran kerana bayi itu cacat. 116 00:08:04,683 --> 00:08:06,523 Dari mana mereka dapat cerita ini? 117 00:08:06,603 --> 00:08:08,043 Puncanya akan buat awak ketawa. 118 00:08:08,523 --> 00:08:10,203 Mereka kata awak ahli sihir. 119 00:08:10,283 --> 00:08:11,403 Itu gosip baru. 120 00:08:13,563 --> 00:08:14,563 Apa khabar Henry? 121 00:08:15,283 --> 00:08:18,883 Dia agak dingin. Saya rasa dia sukar menerimanya. 122 00:08:19,643 --> 00:08:22,043 Mestilah, bagi kamu berdua. 123 00:08:23,443 --> 00:08:24,923 Saya rasa nak menyorok. 124 00:08:25,963 --> 00:08:27,563 Ratu tak boleh buat begitu. 125 00:08:27,643 --> 00:08:32,003 Kami perlu senyum dan tunjukkan muka kami. 126 00:08:32,083 --> 00:08:33,923 Kalau ratu tak senyum, 127 00:08:34,003 --> 00:08:36,923 nanti orang kata 128 00:08:37,003 --> 00:08:39,963 yang Henry dah bosan dengannya 129 00:08:40,043 --> 00:08:42,683 dan akan cari orang lain pula. 130 00:08:42,763 --> 00:08:48,003 Ia tekanan berat bagi wanita yang sudah rasa tertekan 131 00:08:48,083 --> 00:08:50,283 untuk sentiasa memberikan hasil. 132 00:09:26,003 --> 00:09:27,003 Anne. 133 00:09:27,643 --> 00:09:30,523 Baguslah kamu dah bersosial semula. 134 00:09:33,123 --> 00:09:35,883 Duke dari Norfolk yang malangnya, pak cik saya. 135 00:09:36,563 --> 00:09:39,443 Dia kurung isterinya dalam almari dan jual barang kemasnya. 136 00:10:02,803 --> 00:10:03,723 Kakak Mary. 137 00:10:04,603 --> 00:10:05,443 Anne. 138 00:10:13,843 --> 00:10:14,683 Anne. 139 00:10:17,603 --> 00:10:18,443 Anne. 140 00:10:20,843 --> 00:10:22,203 Tunggulah dulu. 141 00:10:22,283 --> 00:10:25,563 Sampai hati kakak tiba-tiba muncul begini? 142 00:10:25,643 --> 00:10:27,403 Maafkan kakak. 143 00:10:27,483 --> 00:10:28,843 Saya Ratu England 144 00:10:28,923 --> 00:10:33,243 dan kakak kahwini askar pangkat rendah dan dah hamil. 145 00:10:33,323 --> 00:10:35,923 Kakak bersimpati atas kematian anak kamu. 146 00:10:36,483 --> 00:10:39,923 Kakak sedarkah apa orang akan kata tentang saya sekarang? 147 00:10:40,003 --> 00:10:41,523 Susahkah nak gembira demi kakak? 148 00:10:41,603 --> 00:10:43,203 Kakak cemburukan saya dan Henry. 149 00:10:43,283 --> 00:10:46,803 Kakak tak peduli, Anne. Kakak tak pernah cintakan dia. 150 00:10:47,403 --> 00:10:49,043 Dia tak mahukan kakak. 151 00:10:50,243 --> 00:10:52,483 Kelak, kamu akan senasib dengan kakak. 152 00:10:55,523 --> 00:10:56,523 Keluar. 153 00:10:57,963 --> 00:10:59,883 Keluar dan jangan kembali. 154 00:11:21,843 --> 00:11:23,243 Kata yang awak mahukan saya. 155 00:11:34,003 --> 00:11:34,843 Kenapa? 156 00:11:42,163 --> 00:11:43,123 Henry. 157 00:11:43,203 --> 00:11:46,483 Purkoy tak guna. Dia selalu perhatikan saya. 158 00:11:47,923 --> 00:11:50,163 Ia perhatikan setiap gerak-geri saya. 159 00:11:51,203 --> 00:11:53,323 - Apa maksud awak? - Saya nak anak lelaki! 160 00:11:54,523 --> 00:11:55,563 Anak lelaki! 161 00:11:57,043 --> 00:11:58,163 Bukan anjing. 162 00:12:06,203 --> 00:12:07,523 Saya mahu anak lelaki. 163 00:12:10,483 --> 00:12:11,443 Henry. 164 00:12:16,003 --> 00:12:20,043 Hubungan Anne dan Henry hanya berteraskan janji itu. 165 00:12:20,123 --> 00:12:22,043 Janji yang Anne akan mendapatkan 166 00:12:22,123 --> 00:12:24,243 anak lelaki yang Henry idamkan. 167 00:12:24,323 --> 00:12:25,723 Anne mengecewakannya. 168 00:12:25,803 --> 00:12:29,043 Beratnya beban janji yang dia buat 169 00:12:29,123 --> 00:12:31,403 dengan bukan saja Henry, tapi juga seluruh negara. 170 00:12:31,483 --> 00:12:34,603 Pihak istana memang menunggu Anne tersilap langkah 171 00:12:34,683 --> 00:12:37,003 dan kini, dia beri mereka peluang itu. 172 00:12:47,003 --> 00:12:49,163 Weston, isteri kamu rasa lawak kamu kelakar? 173 00:12:49,963 --> 00:12:52,883 Dia saja wanita yang patik mahu bahagiakan. 174 00:12:53,563 --> 00:12:54,403 Weston. 175 00:12:56,003 --> 00:12:59,443 Francis Weston antara orang terapat dengan Henry 176 00:12:59,523 --> 00:13:02,243 dan dia dianugerahi pangkat semasa majlis pertabalan Anne. 177 00:13:02,323 --> 00:13:05,403 Anne rapat dengan Weston. 178 00:13:14,323 --> 00:13:16,083 Semua orang di istana tahu 179 00:13:16,163 --> 00:13:19,923 Anne dan adik iparnya saling membenci. 180 00:13:20,523 --> 00:13:24,203 Jane tak suka Anne kerana Anne semakin angkuh. 181 00:13:24,283 --> 00:13:25,763 Dia tak suka kedudukan Anne. 182 00:13:28,923 --> 00:13:29,763 Anne. 183 00:13:30,803 --> 00:13:32,403 Purkoy dah mati. 184 00:13:33,123 --> 00:13:34,003 Apa? 185 00:13:34,523 --> 00:13:37,483 Dia jatuh dari tingkap. Takziah. 186 00:13:39,363 --> 00:13:40,243 Ja… 187 00:13:42,763 --> 00:13:45,003 Keluar. Semua orang keluar! 188 00:13:51,523 --> 00:13:54,243 Jatuh dari tingkap? 189 00:13:56,443 --> 00:13:58,923 Henry, tak mungkin ia kemalangan. 190 00:13:59,003 --> 00:14:01,523 Ada orang sengaja bunuh Purkoy. 191 00:14:01,603 --> 00:14:04,603 Henry yang beritahu dia anjing itu mati. 192 00:14:04,683 --> 00:14:07,843 Anjing itu sangat rapatnya dengannya 193 00:14:07,923 --> 00:14:10,723 dan menggembirakannya, tapi tiba-tiba, ia mati. 194 00:14:10,803 --> 00:14:12,483 Betulkah ia satu kemalangan? 195 00:14:13,243 --> 00:14:14,483 Bagaimana ia berlaku? 196 00:14:18,043 --> 00:14:19,003 Saya bersimpati. 197 00:14:35,923 --> 00:14:39,363 Saya rasa Anne mula rasa lemah 198 00:14:40,363 --> 00:14:42,203 dan terasing pada masa itu. 199 00:14:42,283 --> 00:14:45,643 Dia rasa seolah-olah semua usahanya 200 00:14:45,723 --> 00:14:48,643 mula terlepas daripada genggamannya. 201 00:14:48,723 --> 00:14:50,683 Ada orang di istana 202 00:14:50,763 --> 00:14:53,843 yang hanya menunggu Anne lemah. 203 00:14:53,923 --> 00:14:57,523 Jika Anne gagal dapat anak lelaki yang akan mengukuhkan kedudukannya, 204 00:14:57,603 --> 00:14:59,883 maka mereka boleh masuk campur 205 00:15:00,723 --> 00:15:04,363 dan buat Henry membencinya. 206 00:15:24,523 --> 00:15:27,363 Dang perwara saya yang baik hati, Jane Seymour. 207 00:15:28,203 --> 00:15:30,883 Sangat sopan dan suci. 208 00:15:40,963 --> 00:15:42,603 England dilanda krisis. 209 00:15:43,763 --> 00:15:47,603 Pengkhianat makin ramai dalam kalangan kita setiap hari. 210 00:15:47,683 --> 00:15:51,963 Reformasi agama yang Henry buat memecahbelahkan negara itu kepada dua 211 00:15:52,043 --> 00:15:55,283 dan ramai yang menentang hakikat 212 00:15:55,363 --> 00:15:59,603 bahawa raja, dan bukan paus, yang kini menjadi ketua gereja. 213 00:16:00,403 --> 00:16:03,203 Ia merebak dalam kalangan orang kita 214 00:16:03,723 --> 00:16:05,203 dan seperti wabak, 215 00:16:06,283 --> 00:16:08,003 kematian pasti berlaku. 216 00:16:08,083 --> 00:16:10,083 Dia pandai menghibur. 217 00:16:13,443 --> 00:16:14,403 Terima kasih. 218 00:16:15,243 --> 00:16:16,083 Sekian. 219 00:16:17,243 --> 00:16:21,123 Akta Khianat 1534 merupakan perubahan penting 220 00:16:21,203 --> 00:16:22,363 dalam pemerintahan Henry. 221 00:16:22,443 --> 00:16:25,123 Dia paksa rakyatnya supaya tunduk kepadanya, 222 00:16:25,203 --> 00:16:29,403 dan menjatuhkan hukuman bunuh jika mereka menentangnya. 223 00:16:36,643 --> 00:16:37,683 Apa masalah awak? 224 00:16:38,843 --> 00:16:42,963 Ini parti, tapi awak cakap tentang mati dan wabak. Apa masalah awak? 225 00:16:43,043 --> 00:16:44,643 Ya, betul. Ini parti. 226 00:16:44,723 --> 00:16:46,883 Jadi, kita perlulah hiburkan tetamu. 227 00:16:46,963 --> 00:16:49,163 Awak dah hiburkan mereka dengan baik. 228 00:16:49,243 --> 00:16:51,683 Dang Perwara saya pandai mendengar? 229 00:16:52,523 --> 00:16:53,643 Henry, tunggu. 230 00:16:55,523 --> 00:16:56,883 Mari pergi dari sini. 231 00:16:57,523 --> 00:16:59,803 Mari pergi bercuti, hanya kita berdua. 232 00:17:03,003 --> 00:17:04,483 Awak cakap merepek, Anne. 233 00:17:15,523 --> 00:17:19,403 Kita dapat rasa bahawa lelaki seperti Thomas Cromwell mula faham 234 00:17:19,483 --> 00:17:22,763 bahawa Anne kini menjadi pelaburan yang amat mahal. 235 00:17:22,843 --> 00:17:25,483 Tapi setakat ini, pulangannya sangat sikit. 236 00:17:29,163 --> 00:17:31,723 Ada sebab Henry jatuh cinta kepada saya. 237 00:17:32,523 --> 00:17:35,683 Sebab dia ubah semuanya, 238 00:17:35,763 --> 00:17:38,763 mempertaruhkan segalanya, demi saya. 239 00:17:38,843 --> 00:17:42,323 Pada hari itu, saya ingat kedahagaannya. 240 00:17:42,923 --> 00:17:48,163 Sayalah gadis yang keluar mencari pasangan dan bawa pulang seorang raja. 241 00:17:51,003 --> 00:17:53,163 Bangsawan memberontak di Ireland, 242 00:17:53,923 --> 00:17:58,283 ancaman serangan oleh Sepanyol dan Perancis 243 00:17:59,003 --> 00:18:02,043 dan Katolik Eropah tak anggap tuanku sebahagian daripada mereka. 244 00:18:02,123 --> 00:18:05,323 Ya. Selain pemberontakan yang tak terkira, 245 00:18:05,403 --> 00:18:08,683 masalah tanaman, kebuluran dan wabak, 246 00:18:08,763 --> 00:18:10,483 dan mungkin juga perang dengan Eropah. 247 00:18:12,243 --> 00:18:13,563 Apa hidangan hari ini? 248 00:18:17,843 --> 00:18:18,883 Cuma ada masalah. 249 00:18:20,923 --> 00:18:22,243 Kita sambung kemudian. 250 00:18:23,883 --> 00:18:26,523 Cromwell mahu jadi orang kanan Henry. 251 00:18:26,603 --> 00:18:28,323 Dia nak jadi ketua penasihat. 252 00:18:28,403 --> 00:18:32,483 Tapi Anne mahu jadi orang kanan Henry dan ketua penasihatnya. 253 00:18:32,563 --> 00:18:34,643 Ketua penasihat tak boleh ada dua. 254 00:18:34,723 --> 00:18:36,843 Istana itu tak cukup besar untuk kedua-duanya. 255 00:18:37,763 --> 00:18:39,203 Mari kita pergi memburu. 256 00:18:39,963 --> 00:18:41,243 Macam dulu. 257 00:18:41,323 --> 00:18:44,003 Saya ada banyak masakah sekarang, Anne. 258 00:18:45,043 --> 00:18:51,003 Saya pula teringat segala yang kita selalu buat dulu. 259 00:18:58,563 --> 00:18:59,403 Anne. 260 00:19:04,283 --> 00:19:07,083 Sekarang, wang biara 261 00:19:07,803 --> 00:19:11,803 dapat menyelesaikan masalah tanaman dan kebuluran. 262 00:19:14,203 --> 00:19:15,203 Berkenaan Eropah pula, 263 00:19:18,403 --> 00:19:20,923 kita boleh buat perjanjian untuk berdamai. 264 00:19:21,843 --> 00:19:22,683 Ia tak mustahil. 265 00:19:40,323 --> 00:19:44,443 1536 ialah tahun krisis buat Henry. 266 00:19:44,523 --> 00:19:46,443 Ada pemberontakan terhadapnya. 267 00:19:46,523 --> 00:19:49,923 Ada masalah tanaman dan ekonomi. 268 00:19:50,003 --> 00:19:53,883 Itulah zaman paling bergolak sepanjang pemerintahannya. 269 00:19:55,963 --> 00:20:00,003 Isteri pertama Henry, Katherine dari Aragon sudah mangkat. 270 00:20:00,083 --> 00:20:04,043 Dia diingati di seluruh istana dan negara. 271 00:20:06,683 --> 00:20:11,523 Kehadiran Anne yang berbaju kuning menjadi buah mulut. 272 00:20:11,603 --> 00:20:13,483 Anne memang begitu, 273 00:20:13,563 --> 00:20:18,483 berani dan tak pedulikan pendapat orang lain. 274 00:20:18,563 --> 00:20:21,043 Takziah atas kemangkatannya. 275 00:20:21,643 --> 00:20:23,003 Ada orang berpendapat 276 00:20:23,083 --> 00:20:26,843 bahawa kuning ialah warna berkabung di Sepanyol 277 00:20:26,923 --> 00:20:30,843 dan ini cara Anne menghormati Katherine. 278 00:20:31,723 --> 00:20:34,443 Ini saat untuk meraikan dia. 279 00:20:34,523 --> 00:20:38,203 Kita berkumpul untuk meratapi pemergian Balu Puteri Wales, 280 00:20:38,283 --> 00:20:39,603 Katherine dari Aragon. 281 00:20:40,323 --> 00:20:43,483 Upacara pengebumiannya sedang diatur di Katedral Peterborough, 282 00:20:44,123 --> 00:20:46,803 tapi mari kita sama-sama mendoakannya. 283 00:20:52,763 --> 00:20:54,123 Boleh bawakan kerusi? 284 00:20:55,123 --> 00:20:56,443 Beta hamil. 285 00:21:02,963 --> 00:21:06,483 Musuh terhebat Anne sudah tiada dan dia hamil. 286 00:21:06,563 --> 00:21:08,403 Ini senario terbaik 287 00:21:08,483 --> 00:21:10,843 kerana ia bermakna anak itu 288 00:21:10,923 --> 00:21:14,843 akan diperakui sebagai waris sah 289 00:21:14,923 --> 00:21:18,243 kerana Katherine takkan lagi menjadi penghalang. 290 00:21:18,323 --> 00:21:20,083 Kita boleh maafkan Anne 291 00:21:20,163 --> 00:21:25,523 kerana rasa berjaya dan meraikan saat itu. 292 00:21:40,923 --> 00:21:42,603 Tolong! 293 00:21:53,083 --> 00:21:55,483 Mungkin awak tak tiup betul-betul. 294 00:21:55,563 --> 00:21:57,883 Saya pun mudah lupa waktu hamil. 295 00:21:57,963 --> 00:22:00,403 Saya tahu cara tiup lilin. 296 00:22:01,083 --> 00:22:04,083 Kebakaran itu disengajakan. Ada orang nak saya mati. 297 00:22:04,923 --> 00:22:06,123 Kenapa awak fikir begitu? 298 00:22:06,803 --> 00:22:08,083 Pertama, surat benci itu. 299 00:22:08,163 --> 00:22:10,723 Kemudian, anjing saya dihumban dari tingkap. 300 00:22:10,803 --> 00:22:11,923 Sekarang, ini pula. 301 00:22:12,443 --> 00:22:15,123 Orang kata benda begini datang tiga serangkai. 302 00:22:15,203 --> 00:22:16,763 Nasib malang awak dah berakhir. 303 00:22:19,923 --> 00:22:21,323 Ada kemalangan. 304 00:22:23,523 --> 00:22:26,603 Pada 24 Januari 1536, 305 00:22:26,683 --> 00:22:30,323 Henry terjatuh dari kuda semasa berlawan tombak. 306 00:22:32,803 --> 00:22:33,643 Henry! 307 00:22:36,963 --> 00:22:38,763 Henry, tolonglah jangan mati. 308 00:22:38,843 --> 00:22:42,123 Beta dah agak ini akan berlaku dan dah suruh baginda berhati-hati. 309 00:22:42,203 --> 00:22:44,363 Kecederaan kepala boleh membunuh. 310 00:22:44,443 --> 00:22:46,363 Pak cik, katalah dia akan selamat. 311 00:22:48,043 --> 00:22:49,603 Anne takut. 312 00:22:49,683 --> 00:22:53,003 Kedudukannya bergantung pada Henry. 313 00:22:53,083 --> 00:22:57,243 Jika Henry mati, dia akan hilang semuanya 314 00:22:58,043 --> 00:23:01,003 walaupun dia Ratu England yang sah. 315 00:23:01,563 --> 00:23:04,483 Akhirnya semua orang terkejut kerana dia hidup 316 00:23:04,563 --> 00:23:08,523 dan dia tak sedarkan diri selama dua jam. 317 00:23:08,603 --> 00:23:14,243 Mungkin juga semasa dia terjatuh dari kuda pada hari itu, 318 00:23:14,323 --> 00:23:16,403 korteks serebrumnya tercedera. 319 00:23:16,483 --> 00:23:18,523 Jadi, otaknya rosak. 320 00:23:19,683 --> 00:23:21,283 Henry, awak bagaimana? 321 00:23:33,883 --> 00:23:36,803 Awak hampir mati seminggu yang lalu. 322 00:23:37,883 --> 00:23:41,203 Saya hamil dengan anak awak dan… 323 00:23:41,283 --> 00:23:44,883 Awak patut beri tumpuan pada anak lelaki yang awak kandungkan. 324 00:23:45,363 --> 00:23:48,643 - Bukan risau tentang perbuatan saya. - Awak gilakah? 325 00:23:48,723 --> 00:23:50,723 Ke mana kamu nak pergi? 326 00:23:51,923 --> 00:23:55,963 Kamu dah lupakah kamu dang perwara beta dan bukan… 327 00:24:02,803 --> 00:24:05,123 Jantan penipu! 328 00:24:24,603 --> 00:24:28,203 Anne keguguran. 329 00:24:28,283 --> 00:24:30,403 Dia kehilangan anak itu. 330 00:24:31,483 --> 00:24:35,163 Apabila mereka lihat janin itu, 331 00:24:35,243 --> 00:24:38,403 mereka dapati bahawa ia janin lelaki. 332 00:24:43,163 --> 00:24:45,843 Remuk hati saya. 333 00:24:48,163 --> 00:24:53,723 Saya bukan saja meratapi anak lelaki saya. 334 00:24:53,803 --> 00:24:57,003 Saya meratapi segalanya. 335 00:24:57,523 --> 00:25:00,003 Hidup yang saya ingat akan jadi milik kami. 336 00:25:02,243 --> 00:25:05,843 Saya tahu keadaan tak seperti yang saya harapkan. 337 00:25:07,603 --> 00:25:09,923 Tapi saya tak sangka dia akan mengalah. 338 00:25:10,443 --> 00:25:16,523 Semasa Anne terlantar dan cuba pulih daripada trauma kehilangan anaknya, 339 00:25:16,603 --> 00:25:19,883 Henry lawat dia buat seketika 340 00:25:20,963 --> 00:25:24,323 dan kata, "Nampaknya Tuhan takkan kurniakan anak lelaki kepada saya." 341 00:25:24,403 --> 00:25:29,923 Saat itu menandakan perselisihan sebenar antara mereka 342 00:25:30,003 --> 00:25:33,563 kerana kesedihan itu buat mereka ambil dua haluan berbeza. 343 00:25:34,243 --> 00:25:38,203 "Akibat kekasaran suaminya, berapa ramaikah wanita 344 00:25:38,283 --> 00:25:41,043 yang terikat pada ikatan perkahwinan 345 00:25:41,123 --> 00:25:45,563 dan lebih menderita daripada hamba bangsa Arab?" 346 00:25:46,443 --> 00:25:49,163 Kenapa kesenangan hidup wanita perlu bergantung pada lelaki? 347 00:25:49,243 --> 00:25:51,843 - Terhadnya pilihan kita. - Betul. 348 00:25:58,683 --> 00:25:59,883 Ya Tuhan. Kenapa? 349 00:26:01,203 --> 00:26:02,523 Dia buat lagi. 350 00:26:03,363 --> 00:26:04,443 Tambah hutang. 351 00:26:05,043 --> 00:26:08,483 - Tengoklah. Betul cakap saya tadi. - Saya serius, Anne. 352 00:26:09,923 --> 00:26:11,403 Saya rasa habislah kami. 353 00:26:14,883 --> 00:26:16,163 Saya hamil. 354 00:26:17,403 --> 00:26:18,283 Sekali lagi. 355 00:26:22,843 --> 00:26:24,083 Sudah tentu. 356 00:26:25,963 --> 00:26:29,403 Kasihan Lady W dengan suami tak guna dan tujuh anaknya. 357 00:26:36,843 --> 00:26:39,083 Jadi, awak tentu perlukan lagi wang. 358 00:26:39,163 --> 00:26:41,523 Tidak, saya tak sanggup minta. 359 00:26:41,603 --> 00:26:43,403 Tidak, usah berpura-pura lagi. 360 00:26:47,283 --> 00:26:48,283 Nah. 361 00:26:49,003 --> 00:26:49,843 Ambillah. 362 00:27:01,363 --> 00:27:02,483 Saya perlukannya. 363 00:27:05,763 --> 00:27:08,643 Tapi saya lebih memerlukan awak. 364 00:27:11,443 --> 00:27:15,403 Memang dah jadi sifat Anne bilamana keadaan tertekan, 365 00:27:15,483 --> 00:27:16,923 dia akan mengamuk. 366 00:27:17,003 --> 00:27:20,403 Kita fikir dia akan lebih rapat dengan kawannya. 367 00:27:20,483 --> 00:27:22,803 Sebaliknya, dia jauhi mereka. 368 00:27:24,683 --> 00:27:29,043 Sekarang kita boleh rasa yang istana buat Anne sangat tertekan. 369 00:27:29,123 --> 00:27:31,283 Ia berbelah bahagi. 370 00:27:31,363 --> 00:27:33,483 Ada yang sokong Anne. 371 00:27:33,563 --> 00:27:37,123 Yang lain pula mula berminat dengan musuhnya, Jane Seymour. 372 00:27:40,123 --> 00:27:44,043 Nampaknya Jane Seymour menaikkan nafsunya kebelakangan ini. 373 00:27:44,563 --> 00:27:46,443 Malangnya, dia takkan tiduri Henry. 374 00:27:47,283 --> 00:27:49,443 Wanita itu cuba rampas takhta kakak. 375 00:27:51,043 --> 00:27:52,323 Kakak keterlaluan. 376 00:27:53,403 --> 00:27:55,243 Dialah punca kakak keguguran. 377 00:27:55,763 --> 00:27:56,723 Kakak. 378 00:27:57,723 --> 00:28:01,523 Tumpuan raja memang terganggu, tapi kakak tak boleh terikut-ikut. 379 00:28:02,643 --> 00:28:03,723 Apa maksud kamu? 380 00:28:05,283 --> 00:28:06,123 Cromwell. 381 00:28:07,603 --> 00:28:10,563 Banyak duit biara yang diterima selepas pembubaran biara. 382 00:28:11,083 --> 00:28:12,883 - Bagus. Itulah rancangannya. - Ya. 383 00:28:12,963 --> 00:28:15,963 Tapi duit itu masuk poketnya sendiri. 384 00:28:18,643 --> 00:28:20,203 Liciknya dia. 385 00:28:20,283 --> 00:28:21,243 Kakak Anne. 386 00:28:22,443 --> 00:28:26,203 Selepas Henry menjadikan dirinya sebagai ketua gereja, 387 00:28:26,283 --> 00:28:29,363 dia rampas semua harta gereja 388 00:28:29,443 --> 00:28:35,723 dan biara yang juga simbol mazhab Katolik ialah institusi yang sangat kaya. 389 00:28:35,803 --> 00:28:39,003 Perancang perubahan agama ini 390 00:28:39,083 --> 00:28:42,123 ialah orang kanan Henry, Thomas Cromwell. 391 00:28:43,683 --> 00:28:45,563 Apa kamu cuba buat? 392 00:28:46,603 --> 00:28:48,323 Saya cuma ikut perintah raja. 393 00:28:48,403 --> 00:28:51,403 Duit itu sepatutnya digunakan untuk kebaikan, 394 00:28:51,483 --> 00:28:53,523 bukan untuk kesenangan hidup kamu. 395 00:28:53,603 --> 00:28:56,003 Saya ingat kita kawan. 396 00:28:56,083 --> 00:28:57,443 Ratu tak ada kawan. 397 00:28:57,523 --> 00:29:00,883 Ratu ada sekutu atau musuh dan selama ini, kita bersekutu. 398 00:29:00,963 --> 00:29:02,883 Malangnya jika ia perlu berubah. 399 00:29:03,883 --> 00:29:07,723 Kalau saya suruh, Henry pasti jatuhkan hukuman bunuh ke atas kamu. 400 00:29:08,563 --> 00:29:09,843 Baginda dah tahu. 401 00:29:11,563 --> 00:29:13,483 Baginda tak beritahu tuanku? 402 00:29:23,163 --> 00:29:25,043 Kamu takkan terlepas. 403 00:29:27,043 --> 00:29:28,243 Beta takkan biarkan. 404 00:29:31,443 --> 00:29:32,363 Cromwell. 405 00:29:33,483 --> 00:29:36,123 Bedebah licik tak guna. 406 00:29:36,963 --> 00:29:39,963 Saya tak pandai menilai orang. Saya sepatutnya dah menjangkakannya. 407 00:29:43,323 --> 00:29:45,443 Dia selalu ada, 408 00:29:45,523 --> 00:29:48,523 di sisi Henry, sentiasa cuba merenggangkan hubungan kami 409 00:29:49,043 --> 00:29:51,603 dan menghasut suami saya agar membenci saya. 410 00:29:52,163 --> 00:29:53,963 Saya perlu menyedarkan Henry. 411 00:29:56,643 --> 00:29:59,843 Elizabeth, sayang. Ucap helo kepada ayahanda. 412 00:30:00,523 --> 00:30:04,243 Sayang, ayahanda tak tahu kamu nak datang. Mari. 413 00:30:05,563 --> 00:30:06,803 Mari cium ayah. 414 00:30:10,723 --> 00:30:12,923 Jangan biar Cromwell buat begini. 415 00:30:13,923 --> 00:30:17,523 - Dia curi beribu-ribu. - Jangan menyibuk dalam urusan negara. 416 00:30:18,003 --> 00:30:19,883 Saya tak patut membiarkannya. Mari. 417 00:30:19,963 --> 00:30:21,123 "Membiarkannya?" 418 00:30:21,203 --> 00:30:23,003 Siapalah awak tanpa saya. 419 00:30:23,603 --> 00:30:26,243 Awak menghuru-harakan negara dan memecahbelahkan rakyat. 420 00:30:26,323 --> 00:30:29,083 Saya tak pernah selemah ini dan ia kerana awak. 421 00:30:30,203 --> 00:30:33,443 - England perlukan perubahan. - Apa awak tahu tentang keperluan England? 422 00:30:33,523 --> 00:30:35,843 Awak cuma fikir tentang bidaah. 423 00:30:37,523 --> 00:30:39,883 Awak England. Kita England. 424 00:30:39,963 --> 00:30:42,363 Awak tak perlukan anak lelaki, Henry. 425 00:30:42,443 --> 00:30:44,843 Awak ada anak perempuan kita, Elizabeth. 426 00:30:44,923 --> 00:30:46,083 Awak ada waris. 427 00:30:46,803 --> 00:30:48,603 Dialah yang terbaik antara kita berdua. 428 00:30:49,803 --> 00:30:51,003 Jangan merepeklah. 429 00:30:51,843 --> 00:30:53,563 Lelaki saja boleh memerintah England. 430 00:30:54,643 --> 00:30:55,843 Saya perlukan anak lelaki. 431 00:30:58,003 --> 00:30:59,243 Bawa anak itu pergi. 432 00:31:02,403 --> 00:31:03,363 Jangan nakal. 433 00:31:05,123 --> 00:31:06,203 Bonda sayang kamu. 434 00:31:13,763 --> 00:31:15,483 Mungkin jika awak tiduri saya 435 00:31:15,563 --> 00:31:18,363 dan bukannya pikat Jane, kita boleh dapat anak lelaki. 436 00:31:18,443 --> 00:31:20,683 Jane lebih menyenangkan daripada awak. 437 00:31:21,203 --> 00:31:22,723 Awak sangat… 438 00:31:24,083 --> 00:31:25,523 Awak dah berubah. 439 00:31:26,123 --> 00:31:28,483 - Jane faham dirinya. - Saya tak begitu? 440 00:31:28,563 --> 00:31:31,003 Tuhan hukum saya, Anne. Disebabkan awak, 441 00:31:31,083 --> 00:31:33,123 Disebabkan kita dan dosa kita. 442 00:31:33,723 --> 00:31:36,563 Kita mendekatkan rakyat kepada Tuhan daripada sebelum ini! 443 00:31:36,643 --> 00:31:37,803 Cukup! 444 00:31:40,603 --> 00:31:43,923 Awak tak patut janjikan sesuatu yang awak gagal tunaikan. 445 00:31:45,643 --> 00:31:49,163 Bertahun-tahun Henry tergila-gilakan Anne, 446 00:31:49,243 --> 00:31:53,203 tapi Anne gagal melahirkan anak yang dia perlukan 447 00:31:53,283 --> 00:31:57,443 dan sekarang, dia percaya perkahwinan mereka telah dilaknat. 448 00:31:58,963 --> 00:32:02,443 Henry tahu rakyat makin membencinya. 449 00:32:02,523 --> 00:32:05,163 Mereka menentang reformasi agamanya. 450 00:32:05,243 --> 00:32:09,363 Di matanya, hanya seorang saja yang bertanggungjawab. 451 00:32:09,443 --> 00:32:11,283 Isterinya sendiri, Anne. 452 00:32:13,203 --> 00:32:17,563 Sekitar ini juga, Anne mengadakan perbualan aneh 453 00:32:17,643 --> 00:32:21,323 dengan salah seorang kawan terapat raja, Sir Henry Norris. 454 00:32:21,883 --> 00:32:23,323 Tuanku datang Sabtu ini? 455 00:32:23,403 --> 00:32:25,003 Ada lawan tombak dan wain. 456 00:32:25,083 --> 00:32:28,443 - Tidak. Beta benci lawan tombak. - Tapi tuanku suka wain. 457 00:32:28,923 --> 00:32:30,243 Taklah sangat, Norris. 458 00:32:30,843 --> 00:32:32,923 Datanglah, semua orang akan datang. 459 00:32:36,363 --> 00:32:38,483 Patik akan jaga tuanku. Patik janji. 460 00:32:39,203 --> 00:32:41,643 Ramai wanita yang mahukan perhatian kamu. 461 00:32:41,723 --> 00:32:44,203 Tapi hati saya milik tuanku. 462 00:32:44,843 --> 00:32:46,843 Norris, beta isteri orang. 463 00:32:46,923 --> 00:32:49,443 Melainkan sesuatu menimpa raja. 464 00:32:53,683 --> 00:32:55,803 Kata-kata begitu boleh membawa maut. 465 00:32:55,883 --> 00:32:59,523 Seloroh Anne sebenarnya mengancam nyawa 466 00:32:59,603 --> 00:33:01,963 kerana dalam undang-undang, ada tertulis 467 00:33:02,043 --> 00:33:05,803 bahawa kata-kata berkaitan kemangkatan raja dianggap menderhaka. 468 00:33:07,003 --> 00:33:07,843 Tuanku. 469 00:33:10,923 --> 00:33:12,483 Anne langsung tak tahu. 470 00:33:12,563 --> 00:33:17,323 Dia tahu dia gagal mendapatkan waris lelaki, 471 00:33:17,403 --> 00:33:19,043 tapi dia tak tahu situasi sebenar. 472 00:33:19,123 --> 00:33:21,163 Atau siapa yang mengkhianatinya. 473 00:33:21,243 --> 00:33:24,643 Dia fikir sesetengah orang menyebelahinya, tapi dia silap. 474 00:33:24,723 --> 00:33:28,723 Dia seolah-olah bermain catur dan tak kenal lawannya. 475 00:33:30,643 --> 00:33:34,763 1 MEI 1536 476 00:33:39,723 --> 00:33:43,243 - Apa kakak buat di sini? - Kakak cuma nak elak semua orang. 477 00:33:44,283 --> 00:33:47,083 Kakak cuma nak jumpa kamu sebelum acara kamu yang seterusnya. 478 00:33:48,283 --> 00:33:50,003 Baguslah kakak datang. 479 00:33:51,203 --> 00:33:53,923 Kakak nak jumpa Henry semasa acara utama, tapi… 480 00:33:59,723 --> 00:34:01,203 Kakak tak nampak pun dia. 481 00:34:02,243 --> 00:34:03,923 Masalah kakak tentu selesai. 482 00:34:04,483 --> 00:34:07,163 Dia korbankan semuanya untuk mengahwini kakak. 483 00:34:08,883 --> 00:34:10,123 Ya. Betul cakap kamu. 484 00:34:16,883 --> 00:34:17,723 Kakak. 485 00:34:19,683 --> 00:34:21,563 Kakak perlu berdamai dengan Cromwell. 486 00:34:23,403 --> 00:34:24,843 Henry dengar cakapnya. 487 00:34:28,923 --> 00:34:29,883 Ingat. 488 00:34:31,923 --> 00:34:33,123 Kakak Anne Boleyn. 489 00:34:35,043 --> 00:34:37,563 Kakak capai perkara yang orang impikan. 490 00:34:45,843 --> 00:34:47,803 Saya akan lambai dari pentas pemenang. 491 00:34:50,843 --> 00:34:52,083 Semoga Boleyn menang. 492 00:35:21,843 --> 00:35:24,843 Situasinya terlalu teruk dan Anne pun sedar. 493 00:35:24,923 --> 00:35:28,003 Sudah beberapa hari, Henry mengelaknya. 494 00:35:28,083 --> 00:35:33,163 Dia tahu Majlis Privi telah mengadakan mesyuarat tergempar di Greenwich, 495 00:35:33,243 --> 00:35:35,763 tapi dia tak tahu apa yang berlaku. 496 00:35:40,883 --> 00:35:45,203 2 MEI 1536 497 00:35:53,403 --> 00:35:55,923 Raja akan dakwa kamu berzina. 498 00:35:57,923 --> 00:36:00,243 Anne ditahan oleh Majlis Privi. 499 00:36:06,043 --> 00:36:08,403 Apabila dia tiba di Menara London, 500 00:36:09,043 --> 00:36:13,243 dia tak dikurung di bawah tanah, tapi di rumah ratu, 501 00:36:14,443 --> 00:36:18,003 tempat dia bermalam sebelum hari pertabalannya. 502 00:36:18,083 --> 00:36:21,123 Dia ingat malam sebelum kejayaan pertamanya. 503 00:36:21,203 --> 00:36:24,643 Dia bakal menjadi Ratu England. Kini, dia tahanan. 504 00:36:26,403 --> 00:36:27,323 Berzina. 505 00:36:28,603 --> 00:36:30,043 Tak masuk akal langsung. 506 00:36:30,923 --> 00:36:32,203 Saya sayang Henry. 507 00:36:32,283 --> 00:36:33,283 Dia pun tahu. 508 00:36:33,363 --> 00:36:34,723 Semua orang pun tahu. 509 00:36:35,963 --> 00:36:38,203 Dari mana asalnya semua tuduhan ini? 510 00:36:41,083 --> 00:36:42,483 Saya tak tahu. 511 00:36:45,243 --> 00:36:48,523 Saya cuma ditugaskan menjaga awak selama awak di menara. 512 00:36:49,403 --> 00:36:52,083 William Kingston ialah konstabel menara itu. 513 00:36:52,163 --> 00:36:54,243 Dia bertanggungjawab mengawal Anne, 514 00:36:54,323 --> 00:36:59,803 tapi Anne menganggapnya tempat mengadu, hampir sebagai seorang kawan. 515 00:36:59,883 --> 00:37:02,123 Dia sangat terasing pada masa ini 516 00:37:02,203 --> 00:37:04,643 dan dia luahkan perasaan kepada Kingston. 517 00:37:04,723 --> 00:37:06,323 Awak patut berehat. 518 00:37:09,883 --> 00:37:11,483 Selamat malam, tuanku. 519 00:37:12,083 --> 00:37:13,523 Selamat malam, Kingston. 520 00:37:15,203 --> 00:37:16,283 Diam. 521 00:37:17,603 --> 00:37:18,603 Anne Boleyn. 522 00:37:20,523 --> 00:37:24,883 Kamu didakwa melakukan zina, sumbang mahram dan menderhaka. 523 00:37:25,763 --> 00:37:28,363 Kerana membenci perkahwinan kamu kepada raja, 524 00:37:28,443 --> 00:37:32,803 kamu tunduk kepada nafsu sebanyak 20 kali 525 00:37:33,443 --> 00:37:36,083 dan mengadakan hubungan seksual 526 00:37:36,163 --> 00:37:38,283 dengan pembantu raja, 527 00:37:39,563 --> 00:37:40,603 Henry Norris, 528 00:37:42,843 --> 00:37:44,283 Francis Weston, 529 00:37:45,683 --> 00:37:46,843 Mark Smeaton. 530 00:37:49,363 --> 00:37:54,283 Kamu telah menggoda adik kamu sendiri, George Boleyn, 531 00:37:54,363 --> 00:37:55,723 supaya meniduri kamu. 532 00:37:56,803 --> 00:37:58,643 Gila. 533 00:37:58,723 --> 00:38:02,563 Kamu juga berkomplot dengan pasangan kamu untuk membunuh raja 534 00:38:02,643 --> 00:38:04,963 seperti dalam perbualan kamu dengan Henry Norris 535 00:38:05,043 --> 00:38:07,443 pada 29 April tahun ini. 536 00:38:07,523 --> 00:38:10,363 Melainkan sesuatu menimpa raja. 537 00:38:11,643 --> 00:38:12,923 Anne Boleyn. 538 00:38:13,003 --> 00:38:15,923 Apa jawapan kamu terhadap tuduhan ini? 539 00:38:21,443 --> 00:38:22,443 Tidak bersalah, 540 00:38:24,723 --> 00:38:26,723 dan kamu semua pun tahu. 541 00:38:32,883 --> 00:38:35,003 Terima kasih kerana berkongsi pendapat. 542 00:38:36,403 --> 00:38:39,283 Ia banyak membantu. 543 00:38:41,163 --> 00:38:44,883 Sir William Kingston berkhidmat untuk Henry. 544 00:38:44,963 --> 00:38:47,043 Dia setia kepada Henry 545 00:38:47,123 --> 00:38:49,923 dan sebagai pengawal Ratu Anne, 546 00:38:50,003 --> 00:38:53,003 dia juga ditugaskan untuk mengintip 547 00:38:53,083 --> 00:38:57,683 dan merakam apa-apa saja yang berguna untuk perbicaraannya. 548 00:39:01,603 --> 00:39:04,443 Anne tentu berasa sangat bingung. 549 00:39:04,523 --> 00:39:08,043 Daripada digilai raja, 550 00:39:08,123 --> 00:39:10,523 dia dituduh menderhaka. 551 00:39:14,523 --> 00:39:17,563 Kes Anne banyak bergantung pada khabar angin, 552 00:39:17,643 --> 00:39:22,163 dan gosip tentang kecurangannya yang disebarkan oleh pembantunya. 553 00:39:24,003 --> 00:39:27,803 Sebaik saja kuasa Anne mula lemah, 554 00:39:27,883 --> 00:39:34,523 Jane dan wanita lain seperti Jane mudah menyebarkan cercaan mereka. 555 00:39:34,603 --> 00:39:38,523 Lady Worcester sudah agak lama mengumpatnya. 556 00:39:41,363 --> 00:39:43,163 Cromwell rakam semuanya. 557 00:39:43,243 --> 00:39:45,803 Dia mahu menggunakannya untuk mendakwa Anne. 558 00:39:45,883 --> 00:39:47,363 Awas. 559 00:39:47,443 --> 00:39:51,483 Kebenaran tak penting. Mereka cuma tidak mahu Anne berkuasa. 560 00:39:57,963 --> 00:40:01,803 Cromwell peguam paling terkenal dalam kerajaan itu. 561 00:40:01,883 --> 00:40:03,483 Dia pastikan kesnya kukuh. 562 00:40:03,563 --> 00:40:07,403 Menurut undang-undang masa kini, kesnya takkan diterima mahkamah. 563 00:40:07,483 --> 00:40:10,683 Semuanya hanya berasaskan khabar angin, 564 00:40:10,763 --> 00:40:14,723 tapi Cromwell berjaya membinanya menjadi sesuatu yang sangat jahat. 565 00:40:15,643 --> 00:40:16,763 Anne Boleyn. 566 00:40:17,523 --> 00:40:19,083 Pihak juri mendapati kamu… 567 00:40:20,683 --> 00:40:22,323 bersalah. 568 00:40:23,803 --> 00:40:25,243 Kamu dihukum mati 569 00:40:26,243 --> 00:40:28,203 dengan dibakar atau dipenggal kepala 570 00:40:29,283 --> 00:40:30,763 menurut budi bicara raja. 571 00:40:40,443 --> 00:40:45,203 Pada hari-hari terakhirnya, Anne menerima lawatan oleh bekas paderinya 572 00:40:45,283 --> 00:40:47,923 dan Ketua Biskop Canterbury, Thomas Cranmer. 573 00:40:48,523 --> 00:40:51,243 Anne, ini peluang untuk awak bebas. 574 00:40:54,403 --> 00:40:57,123 Saya dah agak Henry takkan biar saya dibunuh. 575 00:40:57,923 --> 00:41:01,043 Jika awak tandatangan, perkahwinan awak akan terbatal. 576 00:41:01,963 --> 00:41:02,803 Terbatal? 577 00:41:04,203 --> 00:41:07,243 Dia antara sekutu kuatnya di istana, 578 00:41:07,323 --> 00:41:12,963 tapi kini dia dihantar untuk memujuk Anne supaya membatalkan perkahwinannya. 579 00:41:13,483 --> 00:41:15,203 Atas dasar apa? 580 00:41:15,283 --> 00:41:16,883 Jangan risau butirannya. 581 00:41:16,963 --> 00:41:18,683 Henry tahu tentang ini? 582 00:41:26,483 --> 00:41:28,443 Apa akan jadi kepada Elizabeth? 583 00:41:31,243 --> 00:41:35,203 Dia akan dianggap anak luar nikah dan takkan mewarisi takhta. 584 00:41:36,243 --> 00:41:37,083 Anne. 585 00:41:37,883 --> 00:41:40,523 Jika awak tandatangan, awak takkan dibunuh 586 00:41:40,603 --> 00:41:42,763 dan boleh tinggal di biara. 587 00:41:42,843 --> 00:41:44,403 Ia talian hayat, Anne. 588 00:41:44,483 --> 00:41:45,923 Tolonglah terima. 589 00:41:48,723 --> 00:41:50,603 Semua ini angkara Cromwell! 590 00:41:52,043 --> 00:41:54,283 Saya perlu bercakap dengan suami saya. 591 00:41:55,443 --> 00:41:57,723 Norris, Brereton, Weston dan Smeaton 592 00:41:57,803 --> 00:42:00,403 didapati bersalah kerana berzina dengan awak. 593 00:42:01,123 --> 00:42:02,923 Mereka akan dihukum esok. 594 00:42:05,883 --> 00:42:07,003 Termasuklah adik awak. 595 00:42:09,203 --> 00:42:10,203 George? 596 00:42:11,523 --> 00:42:12,363 Jadi, 597 00:42:13,683 --> 00:42:15,763 kalau awak enggan menerima nasib yang sama… 598 00:42:49,603 --> 00:42:51,323 Raja telah mengurniakan belas kasihan. 599 00:42:53,363 --> 00:42:57,083 Awak takkan dihukum dengan kapak dan akan dihukum dengan pedang. 600 00:42:59,163 --> 00:43:02,283 Antara unsur paling kejam dalam kejatuhan Anne 601 00:43:02,363 --> 00:43:06,963 ialah janji pengampunan sekiranya dia membatalkan perkahwinannya. 602 00:43:07,603 --> 00:43:09,963 Janji yang telah dimungkiri. 603 00:43:14,683 --> 00:43:20,283 Pada masa itu, ia jelas bahawa Henry sudah mendapatkan algojo 604 00:43:20,363 --> 00:43:23,563 sebelum perbicaraan itu dibuat. 605 00:43:24,643 --> 00:43:28,723 Dia yang mahu Anne mati, 606 00:43:28,803 --> 00:43:30,923 jadi dia rancang semua ini. 607 00:43:31,003 --> 00:43:33,083 Dia mahu Anne dihukum mati 608 00:43:33,163 --> 00:43:36,123 supaya dia dapat mengahwini Jane Seymour. 609 00:43:36,963 --> 00:43:38,443 Saya datang untuk mati. 610 00:43:40,163 --> 00:43:42,483 Saya berdoa semoga Tuhan merahmati raja 611 00:43:43,923 --> 00:43:46,443 dan semoga terus memerintah kamu. 612 00:43:50,163 --> 00:43:54,203 Tiada raja lain yang lembut hati dan mengasihani sepertinya. 613 00:43:57,563 --> 00:44:00,123 Pada saya, dia… 614 00:44:04,923 --> 00:44:07,963 suami yang baik dan penyayang. 615 00:44:10,843 --> 00:44:12,043 Tolong doakan saya. 616 00:44:17,243 --> 00:44:19,723 Anne cuma mahu melindungi anaknya, 617 00:44:20,323 --> 00:44:23,043 dan keluarganya, keluarga Boleyn. 618 00:44:23,123 --> 00:44:25,643 Ayah dan ibunya masih hidup. 619 00:44:25,723 --> 00:44:28,403 Kakak dan anak-anak kakaknya masih hidup. 620 00:44:28,483 --> 00:44:32,603 Dia cuba melindungi keluarga Boleyn hingga ke saat terakhir. 621 00:45:25,163 --> 00:45:28,843 Itu kali pertama kejadian seperti ini berlaku. 622 00:45:28,923 --> 00:45:32,283 Ratu England belum pernah dihukum mati. 623 00:45:32,363 --> 00:45:34,523 Henry buang Anne 624 00:45:34,603 --> 00:45:36,723 kerana Anne tak dapat anak lelaki, 625 00:45:37,243 --> 00:45:41,163 dan kerana akhirnya, Anne bukan wanita yang dia mahukan. 626 00:45:41,243 --> 00:45:43,123 Tapi betapa indahnya takdir 627 00:45:43,763 --> 00:45:48,363 kerana anak Annelah yang bertakhta selepas Henry. 628 00:45:48,443 --> 00:45:53,003 Dia menjadi segala yang Anne impikan. 629 00:45:53,083 --> 00:45:57,483 Semua impian dicapai oleh anak kecilnya. 630 00:46:00,683 --> 00:46:05,683 Elizabeth I menjadi salah seorang pemerintah paling berkuasa 631 00:46:05,763 --> 00:46:07,683 dalam sejarah England 632 00:46:08,203 --> 00:46:12,043 dan di matanya, kita boleh nampak Anne Boleyn. 633 00:46:14,003 --> 00:46:16,083 ANAK ANNE BOLEYN, RATU ELIZABETH I, 634 00:46:16,163 --> 00:46:18,963 MEMERINTAH ENGLAND SELAMA 44 TAHUN DAN TIDAK PERNAH BERKAHWIN. 635 00:46:19,923 --> 00:46:23,203 BAGINDA LANGGAR SEMUA PERATURAN. 636 00:46:53,043 --> 00:46:56,003 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati