1
00:00:01,417 --> 00:00:02,499
{\an8}TUTUP
2
00:00:02,500 --> 00:00:04,999
{\an8}Sudah bertahun-tahun berlalu.
Saya tak begitu pandai bergaul.
3
00:00:05,000 --> 00:00:08,457
Mengakses fail terdahulu
berkaitan program VisionQuest.
4
00:00:08,458 --> 00:00:10,041
Selamat pulang, Vision.
5
00:00:10,042 --> 00:00:12,000
Awak senyum hari ini, itu bagus.
6
00:00:13,417 --> 00:00:14,749
Cik Edith.
7
00:00:14,750 --> 00:00:18,416
Rumah ini tak stabil,
dari segi seni bina dan emosi.
8
00:00:18,417 --> 00:00:20,457
Dia dah tahu fakta
dalam kehidupan lamanya…
9
00:00:20,458 --> 00:00:23,082
…dia mencari perasaan di sebaliknya.
10
00:00:23,083 --> 00:00:25,166
Awak seperti hantu
yang menghantui jejak langkahnya.
11
00:00:25,167 --> 00:00:26,832
Bukan jejak Wanda, tapi jejak Vision.
12
00:00:26,833 --> 00:00:29,749
Saya ingin memahami dirinya
dan bagaimana dia hidup di dunia ini.
13
00:00:29,750 --> 00:00:32,707
Awak tahu tentang eksperimen pemikiran
Kapal Theseus?
14
00:00:32,708 --> 00:00:35,208
- Sudah tentu.
- Jika semua papan asal telah diganti,
15
00:00:35,917 --> 00:00:37,833
adakah ia masih Kapal Theseus?
16
00:00:40,292 --> 00:00:41,999
Kedua-duanya ialah kapal yang sebenar.
17
00:00:42,000 --> 00:00:47,542
Ada orang menawarkan ganjaran besar
ke atas kepala Vision yang penuh AI itu.
18
00:00:48,875 --> 00:00:51,166
Hei, V, keluar ikut jendela langit?
19
00:00:51,167 --> 00:00:53,041
Kontrak itu diberikan kepada pemburu
20
00:00:53,042 --> 00:00:55,000
yang dikenali sebagai Paladin.
21
00:00:56,000 --> 00:00:57,999
- Apa yang awak jumpa?
- Dia ada keluarga.
22
00:00:58,000 --> 00:01:02,457
Pernah ada.
Anak kembar lelaki, Billy dan Tommy.
23
00:01:02,458 --> 00:01:04,166
Disangka telah mati bertahun-tahun,
24
00:01:04,167 --> 00:01:07,332
Vision muncul semula secara mengejut.
25
00:01:07,333 --> 00:01:08,416
Awak betul.
26
00:01:08,417 --> 00:01:10,707
- Nama awak Thomas Shepherd.
- Yakah?
27
00:01:10,708 --> 00:01:14,041
Cuba tengok ini, penilaian psikologi polis
dan laporan kejadian,
28
00:01:14,042 --> 00:01:15,083
London.
29
00:01:16,000 --> 00:01:18,374
Ini bukan ujian.
30
00:01:18,375 --> 00:01:21,000
Sayalah kecemasan itu.
31
00:01:22,875 --> 00:01:24,166
Saya ada anak lelaki awak.
32
00:01:24,167 --> 00:01:25,874
Saya pernah ada keluarga,
33
00:01:25,875 --> 00:01:29,416
dan ibu bapa yang bukan ibu bapa saya.
34
00:01:29,417 --> 00:01:31,416
Seorang ibu, dia memanggilnya Wanda.
35
00:01:31,417 --> 00:01:33,749
Dan seorang ayah, dia memanggilnya Vision.
36
00:01:33,750 --> 00:01:36,167
Tahniah! Anak lelaki.
37
00:01:37,167 --> 00:01:39,458
{\an8}EVALUASI PSIKOLOGI
TAHANAN: SHEPHERD, THOMAS
38
00:01:46,500 --> 00:01:48,999
SATU TAHUN LALU
39
00:01:49,000 --> 00:01:52,166
{\an8}Ya, saya di kolam. Budak-budak bergurau,
menahan saya di dalam air
40
00:01:52,167 --> 00:01:53,999
{\an8}EVALUASI PSIKOLOGI
TAHANAN: SHEPHERD, THOMAS
41
00:01:54,000 --> 00:01:55,667
terlalu lama.
42
00:02:01,750 --> 00:02:03,083
{\an8}Ia seperti…
43
00:02:04,250 --> 00:02:06,542
seperti kilat menyambar.
44
00:02:07,583 --> 00:02:09,999
Kemudian…
45
00:02:10,000 --> 00:02:11,875
saya bukan diri saya lagi.
46
00:02:13,750 --> 00:02:15,625
Saya jadi orang lain.
47
00:02:16,500 --> 00:02:20,124
Macam ada orang masuk
ke dalam kepala saya.
48
00:02:20,125 --> 00:02:23,207
Macam mana ia boleh terasa begitu nyata?
49
00:02:23,208 --> 00:02:25,624
Sedangkan saya tahu ia mustahil!
50
00:02:25,625 --> 00:02:28,082
Macam mana saya boleh ada dua kehidupan?
51
00:02:28,083 --> 00:02:29,582
Tolong!
52
00:02:29,583 --> 00:02:32,458
- Dah berapa lama dia cakap begini?
- Enam bulan.
53
00:02:33,208 --> 00:02:35,791
Kami dah buat apa yang kami mampu.
Pindahkan dia.
54
00:02:35,792 --> 00:02:37,957
{\an8}Saya tak gila. Betul.
55
00:02:37,958 --> 00:02:40,458
{\an8}Saya tak gila. Tolong percayakan saya!
56
00:02:56,625 --> 00:02:57,999
PERKHIDMATAN MAHKAMAH 13
57
00:02:58,000 --> 00:03:00,750
Memuatkan pesalah muda
untuk urusan mahkamah.
58
00:03:01,500 --> 00:03:04,166
Saya tak peduli apa cerita kamu,
59
00:03:04,167 --> 00:03:06,541
ubat yang kamu ambil atau kesalahan kamu.
60
00:03:06,542 --> 00:03:08,791
Saya tak peduli kalau kamu Oliver Twist,
61
00:03:08,792 --> 00:03:12,750
Hannibal Lecter atau jenis
yang takkan mencederakan seekor lalat pun.
62
00:03:13,875 --> 00:03:16,666
Terus bergerak. Tunggu apa lagi?
Ini bukan perarakan.
63
00:03:16,667 --> 00:03:19,332
Cepat jalan. Ini bas saya,
64
00:03:19,333 --> 00:03:23,082
lagi cepat kamu faham,
lagi mudah urusan kita.
65
00:03:23,083 --> 00:03:24,457
Faham?
66
00:03:24,458 --> 00:03:25,583
Jangan pandang saya begitu.
67
00:03:26,292 --> 00:03:27,749
Bukan masalah saya!
68
00:03:27,750 --> 00:03:28,958
Tempat ini kosong?
69
00:03:30,458 --> 00:03:31,458
Sekarang dah ada orang.
70
00:03:32,458 --> 00:03:34,582
Maaf tentang gari kamu, tapi percayalah,
71
00:03:34,583 --> 00:03:36,791
ini lebih baik untuk kamu
dan lebih baik untuk saya.
72
00:03:36,792 --> 00:03:40,416
- Kali pertama?
- Perjalanan kita jauh,
73
00:03:40,417 --> 00:03:42,957
dan saya cepat naik angin.
74
00:03:42,958 --> 00:03:45,957
Pilih teman sebelah kamu dengan baik,
75
00:03:45,958 --> 00:03:49,167
dan tutup mulut.
76
00:03:52,167 --> 00:03:53,999
Semoga…
77
00:03:54,000 --> 00:03:56,583
Krismas kamu meriah.
78
00:04:01,250 --> 00:04:02,667
{\an8}KECEMASAN
TEKAN UNTUK BUKA
79
00:04:16,208 --> 00:04:17,250
Jadi, siapa nama…
80
00:04:18,250 --> 00:04:19,250
awak?
81
00:04:34,583 --> 00:04:36,332
Saya dah kata,
saya bersumpah takkan balik!
82
00:04:36,333 --> 00:04:39,416
Saya takkan balik ke sana.
Tidak. Bukan jalan ini.
83
00:04:39,417 --> 00:04:41,416
Saya takkan balik ke sana. Tidak!
84
00:04:41,417 --> 00:04:43,166
Bukan ke sana.
85
00:04:43,167 --> 00:04:46,457
Saya takkan balik ke sana, saya…
Saya bersumpah saya takkan balik!
86
00:04:46,458 --> 00:04:47,542
Tidak!
87
00:04:48,583 --> 00:04:50,208
Pandang saya.
88
00:04:50,917 --> 00:04:52,292
Tarik nafas.
89
00:04:53,042 --> 00:04:54,375
Ya, saya sedang cuba.
90
00:04:57,042 --> 00:04:58,042
Pandang saya.
91
00:04:59,708 --> 00:05:00,833
Pandang saya!
92
00:05:01,833 --> 00:05:03,708
Nak bertaruh? Saya boleh teka kisah awak.
93
00:05:05,333 --> 00:05:06,333
Buat silap beberapa kali.
94
00:05:07,292 --> 00:05:09,041
Pernah terlibat dalam pergaduhan?
95
00:05:09,042 --> 00:05:13,124
Mungkin pernah naik kereta polis
sekali dua,
96
00:05:13,125 --> 00:05:15,208
tapi bukan begini.
97
00:05:15,833 --> 00:05:18,249
Awak lupa tentang ibu yang mati,
ayah yang tak berguna…
98
00:05:18,250 --> 00:05:20,832
Ya. Memang tiada keluarga
untuk diperkatakan.
99
00:05:20,833 --> 00:05:22,374
Berpindah dari satu keluarga angkat…
100
00:05:22,375 --> 00:05:23,917
dan semuanya tinggalkan saya.
101
00:05:25,375 --> 00:05:26,375
Jadi yatim sekali…
102
00:05:27,375 --> 00:05:29,041
yatim dua kali dan seterusnya.
103
00:05:29,042 --> 00:05:30,417
Begitulah.
104
00:05:33,542 --> 00:05:35,166
Ya.
105
00:05:35,167 --> 00:05:36,333
Betul.
106
00:05:38,667 --> 00:05:40,042
Mengikut pengalaman saya,
107
00:05:40,917 --> 00:05:44,874
siapa diri kita kurang penting
daripada siapa yang kita pura-pura jadi.
108
00:05:44,875 --> 00:05:46,208
Siapa yang kita patut jadi?
109
00:05:47,042 --> 00:05:48,333
Sesiapa yang buat kita terus hidup.
110
00:05:49,833 --> 00:05:51,208
Dengar…
111
00:05:51,917 --> 00:05:54,833
setiap pagi adalah peluang untuk menjadi…
112
00:05:55,708 --> 00:05:56,917
seseorang yang baharu.
113
00:06:00,375 --> 00:06:01,499
Identiti saya agak…
114
00:06:01,500 --> 00:06:02,500
Tommy!
115
00:06:04,167 --> 00:06:05,249
Tommy.
116
00:06:05,250 --> 00:06:06,250
Masih belum tetap…
117
00:06:07,958 --> 00:06:08,958
buat masa ini.
118
00:06:12,167 --> 00:06:14,417
Baiklah, cukup berlakon.
119
00:06:16,042 --> 00:06:17,250
Apa yang bawa awak ke sini?
120
00:06:21,625 --> 00:06:22,625
Cuma…
121
00:06:23,708 --> 00:06:26,042
sedikit gangguan mental.
122
00:06:27,625 --> 00:06:28,707
Awak pula?
123
00:06:28,708 --> 00:06:32,833
Saya bunuh seorang lelaki
dan pakai muka dia untuk elak ditangkap.
124
00:06:36,042 --> 00:06:37,542
Kecurian kecil-kecilan.
125
00:06:38,500 --> 00:06:40,542
Kleptomania kompulsif.
126
00:06:41,500 --> 00:06:42,750
Saya seorang penyeluk saku.
127
00:06:44,083 --> 00:06:46,666
Yang sangat mahir.
128
00:06:46,667 --> 00:06:50,207
Saya rasa awak lebih mahir menyeluk saku
daripada memilih pemiliknya.
129
00:06:50,208 --> 00:06:53,166
Sejujurnya, saya dah licinkan dompetnya
130
00:06:53,167 --> 00:06:55,832
sebelum perasan lencananya. Jadi…
131
00:06:55,833 --> 00:06:57,457
Terima kasih banyak.
132
00:06:57,458 --> 00:06:58,458
Hebat.
133
00:06:59,250 --> 00:07:02,374
Ada satu malam di Cardiff,
saya berjaya dapat
134
00:07:02,375 --> 00:07:04,582
lima mangsa, enam dompet
135
00:07:04,583 --> 00:07:06,375
dan dua kebab sebelum malam berakhir.
136
00:07:12,917 --> 00:07:14,916
Saya dah kata,
saya dah bersumpah takkan balik!
137
00:07:14,917 --> 00:07:16,791
Tidak. Saya takkan balik ke sana.
138
00:07:16,792 --> 00:07:19,457
Bukan ke sana. Saya bersumpah
saya takkan balik ke sana.
139
00:07:19,458 --> 00:07:22,249
Bukan ke tempat itu, saya dah kata,
saya bersumpah takkan balik!
140
00:07:22,250 --> 00:07:24,291
Tidak. Saya takkan balik.
141
00:07:24,292 --> 00:07:26,749
- Diam!
- Saya bersumpah! Saya takkan balik!
142
00:07:26,750 --> 00:07:29,916
- Hei, kawan… diam sikit.
- Perlahankan suara.
143
00:07:29,917 --> 00:07:32,417
- Tak guna.
- Kita cuma ke balai polis kawasan ini.
144
00:07:36,250 --> 00:07:39,999
Kamu betul-betul percaya
kita sedang menuju ke Pusat Pesalah Muda?
145
00:07:40,000 --> 00:07:42,582
Atau penjara budak-budak besar?
146
00:07:42,583 --> 00:07:45,916
Mahkamah telah menentukan
kamu akan tinggal di tempat lain.
147
00:07:45,917 --> 00:07:48,624
- Seriuslah?
- Tiada parol untuk kamu.
148
00:07:48,625 --> 00:07:50,082
Tiada matahari.
149
00:07:50,083 --> 00:07:53,499
Takkan ada alasan
yang kamu terlupa makan ubat.
150
00:07:53,500 --> 00:07:57,041
Perhentian kita yang seterusnya
ialah mahligai Saint Mabyn yang indah.
151
00:07:57,042 --> 00:07:58,249
Takkanlah.
152
00:07:58,250 --> 00:07:59,582
Biar betul?
153
00:07:59,583 --> 00:08:02,082
- Itu tempat apa?
- Sebuah sanatorium.
154
00:08:02,083 --> 00:08:03,749
Tidak. Saya takkan balik ke sana.
155
00:08:03,750 --> 00:08:06,542
Saya takkan balik ke sana. Saya takkan…
156
00:08:10,458 --> 00:08:13,457
Sudah, cukup. Awak sedang menyakitinya!
157
00:08:13,458 --> 00:08:16,541
Diam dan duduk di tempat awak.
158
00:08:16,542 --> 00:08:19,666
Jangan hantar kami ke Saint Mabyn.
Tiada siapa pernah keluar dari sana!
159
00:08:19,667 --> 00:08:20,957
Saya cakap, diam…
160
00:08:20,958 --> 00:08:23,083
Tidak. Tolong. Jangan lakukannya.
161
00:08:40,750 --> 00:08:42,499
Baiklah…
162
00:08:42,500 --> 00:08:46,792
siapa buat bising lagi
akan diusung keluar.
163
00:08:51,583 --> 00:08:53,583
Apa masalah benda ini?
164
00:08:58,958 --> 00:09:00,875
Apa benda tadi?
165
00:09:02,125 --> 00:09:04,500
- Keajaiban Krismas?
- Saya tak rasa begitu.
166
00:09:06,667 --> 00:09:07,875
Ini keajaiban.
167
00:09:08,458 --> 00:09:09,958
Ada pintu kecemasan di belakang.
168
00:09:11,792 --> 00:09:14,917
Nak terjun dari bas yang bergerak?
Itu namanya bunuh diri.
169
00:09:15,625 --> 00:09:17,500
Begitu juga dengan destinasi kita.
170
00:09:22,917 --> 00:09:25,958
- Dah sedia, Spark Plug?
- Terlalu awal untuk nama itu.
171
00:09:31,750 --> 00:09:33,999
- Hei!
- Cepat.
172
00:09:34,000 --> 00:09:35,541
Hei! Jangan!
173
00:09:35,542 --> 00:09:37,042
Cepat, pergi.
174
00:09:40,958 --> 00:09:42,874
Tengok, siapa ada kunci ganti.
175
00:09:42,875 --> 00:09:45,083
Tak guna. Cepat buka pintu!
176
00:09:47,208 --> 00:09:48,666
Hentikan bas!
177
00:09:48,667 --> 00:09:51,042
Kamu cari pasal
dengan pengawal yang salah.
178
00:09:56,500 --> 00:09:58,375
Hentikan bas!
179
00:10:00,750 --> 00:10:02,624
Keluar dari situ!
180
00:10:02,625 --> 00:10:04,833
- Kunci ini tak boleh buka.
- Biar saya cuba.
181
00:10:06,667 --> 00:10:09,000
Berhenti menyanyi!
182
00:10:10,667 --> 00:10:11,999
Ayuh!
183
00:10:12,000 --> 00:10:13,833
Berhenti menyanyi!
184
00:10:36,375 --> 00:10:38,791
- Lisa.
- Tommy.
185
00:10:38,792 --> 00:10:40,707
Thomas. Nama saya Thomas.
186
00:10:40,708 --> 00:10:42,875
Baiklah, Thomas, lari!
187
00:11:06,458 --> 00:11:08,124
{\an8}ELEKTRONIK TERUNGGUL ROY
188
00:11:08,125 --> 00:11:11,333
{\an8}MASA KINI
189
00:11:16,917 --> 00:11:19,416
Apa yang sedang berlaku
pada dunia awak, Vision?
190
00:11:19,417 --> 00:11:20,832
Ada satu isyarat dikesan.
191
00:11:20,833 --> 00:11:23,957
Saya perlu memintas protokol keselamatan
untuk mengaksesnya.
192
00:11:23,958 --> 00:11:25,999
- Vision, apa yang awak nak buat?
- Saya ingin tahu.
193
00:11:26,000 --> 00:11:28,291
- Tuan bertindak melulu.
- Saya pernah ada keluarga.
194
00:11:28,292 --> 00:11:30,999
Seorang ibu, dia memanggilnya Wanda.
195
00:11:31,000 --> 00:11:32,957
Saya tak diperbuat daripada Vibranium.
196
00:11:32,958 --> 00:11:35,999
Saya tak boleh tembus benda
atau tembak laser.
197
00:11:36,000 --> 00:11:38,999
- Dan seorang ayah…
- Tapi saya sesuatu yang lebih baik…
198
00:11:39,000 --> 00:11:40,207
Dia memanggilnya Vision.
199
00:11:40,208 --> 00:11:41,667
Saya ada anak lelaki awak.
200
00:11:45,458 --> 00:11:47,292
Saya tak tahu apa yang berlaku pada saya.
201
00:11:48,042 --> 00:11:51,707
Okey, tapi… saya tahu ia nyata.
202
00:11:51,708 --> 00:11:52,708
Ia benar-benar nyata.
203
00:11:54,792 --> 00:11:56,416
Ini angkara awak.
204
00:11:56,417 --> 00:11:58,666
Saya orang pertama yang akan beri amaran,
205
00:11:58,667 --> 00:12:02,124
jangan sesekali tinggalkan saya
seorang diri dengan sekotak dinamit.
206
00:12:02,125 --> 00:12:04,957
Tapi awak tinggalkan saya di sini
tanpa sebarang fius.
207
00:12:04,958 --> 00:12:09,541
Tidak, suara pemburu ganjaran yang bergema
di langit itu bukan kerja saya.
208
00:12:09,542 --> 00:12:12,582
Jangan cuba berdalih.
Awak yang menyebabkan semua ini!
209
00:12:12,583 --> 00:12:16,624
Ini akibat dunia
yang akhirnya datang mengetuk pintu.
210
00:12:16,625 --> 00:12:20,666
Sejujurnya, ini peluang besar
untuk awak cuba sesuatu yang baharu.
211
00:12:20,667 --> 00:12:22,374
Luaskan kenalan, cari kawan baharu.
212
00:12:22,375 --> 00:12:25,957
Dengan pemburu ganjaran ini, yang secara
mustahil mendakwa dia ada anak saya?
213
00:12:25,958 --> 00:12:27,416
- Betulkah?
- Apa yang betul?
214
00:12:27,417 --> 00:12:29,541
Betulkah ia mustahil?
215
00:12:29,542 --> 00:12:32,249
Awak sepatutnya dah tahu
yang alam semesta mereka ini
216
00:12:32,250 --> 00:12:34,042
sangat pelik.
217
00:12:41,875 --> 00:12:44,082
Jadi, apa yang kita tahu
tentang Paladin ini?
218
00:12:44,083 --> 00:12:46,500
Dia bukan pemburu biasa
dengan anjing dan senapang patah.
219
00:12:49,583 --> 00:12:52,499
Paladin ialah pewaris terakhir
keturunan pemburu berabad lamanya.
220
00:12:52,500 --> 00:12:54,500
Paladin itu bukan sekadar nama.
221
00:12:55,000 --> 00:12:56,875
Dia memang seorang Paladin.
222
00:12:57,875 --> 00:12:59,374
Generasi demi generasi,
223
00:12:59,375 --> 00:13:02,166
memburu sasarannya demi pembida tertinggi.
224
00:13:02,167 --> 00:13:04,166
Dengan minda yang paling tajam,
225
00:13:04,167 --> 00:13:06,542
terlatih dalam setiap seni dan senjata.
226
00:13:07,500 --> 00:13:09,457
Baik atau jahat…
227
00:13:09,458 --> 00:13:10,667
Wira atau penjahat.
228
00:13:11,375 --> 00:13:12,625
Dia tak pilih bulu.
229
00:13:13,208 --> 00:13:15,666
Dia akan cari dan tangkap awak
hidup-hidup mengikut kontrak,
230
00:13:15,667 --> 00:13:17,624
Pemburu Ganjaran Pintas
Usaha Kerajaan Persekutuan
231
00:13:17,625 --> 00:13:19,124
atau bunuh awak kalau awak menghalangnya.
232
00:13:19,125 --> 00:13:20,125
WUJUD ATAU MITOS
233
00:13:23,167 --> 00:13:26,542
Dia lakukan semua itu
sebab yakin dia seorang pembela kebenaran.
234
00:13:29,458 --> 00:13:31,499
PEMBURU GANJARAN BERLINDUNG DI MADRIPOOR
235
00:13:31,500 --> 00:13:33,291
Pendek kata, dia seorang pemburu ganjaran,
236
00:13:33,292 --> 00:13:35,416
sekali sasaran sudah dipilih,
237
00:13:35,417 --> 00:13:38,416
dia terikat dengan kontrak mati,
238
00:13:38,417 --> 00:13:41,000
dan sasaran terbarunya ialah awak.
239
00:13:43,208 --> 00:13:46,208
Sanatorium Psikiatri Saint Mabyn
240
00:13:54,750 --> 00:13:57,124
- Selamat datang, budak.
- Tidak, jangan.
241
00:13:57,125 --> 00:13:59,708
Sumpah. Saya sumpah.
Saya tak patut berada di sini.
242
00:14:01,833 --> 00:14:04,332
Hei. Dengar, saya tak tahu awak nak apa,
243
00:14:04,333 --> 00:14:07,416
tapi awak tak perlu buat begini, okey?
Sumpah saya tak berbahaya.
244
00:14:07,417 --> 00:14:09,374
Jangan tinggalkan saya di sini. Tolonglah!
245
00:14:09,375 --> 00:14:10,749
- Awakkah itu?
- Tolonglah!
246
00:14:10,750 --> 00:14:12,375
Tak boleh terus di sini,
awak bawa kekacauan.
247
00:14:14,125 --> 00:14:15,666
Awak.
248
00:14:15,667 --> 00:14:18,792
Jingle Bells, saya dah agak
kita akan jumpa lagi.
249
00:14:20,542 --> 00:14:22,291
Saya tak tahu siapa kamu semua,
250
00:14:22,292 --> 00:14:25,167
tapi kamu dah buat silap besar.
251
00:14:36,208 --> 00:14:37,750
Kenapa awak buat begitu?
252
00:14:39,000 --> 00:14:40,458
Awak memang tak waras.
253
00:14:41,500 --> 00:14:44,542
Jangan tinggalkan saya di sini. Tolonglah!
254
00:14:49,458 --> 00:14:51,207
Saya jumpa sesuatu, tuan.
255
00:14:51,208 --> 00:14:53,082
Ini rakaman setahun yang lalu.
256
00:14:53,083 --> 00:14:55,957
Beberapa orang remaja
cedera di sebuah kolam renang,
257
00:14:55,958 --> 00:14:57,624
dan budak ini dipertanggungjawabkan.
258
00:14:57,625 --> 00:14:58,874
Dia telah ditahan
259
00:14:58,875 --> 00:15:00,792
dan dibawa untuk menjalani
evaluasi psikiatri.
260
00:15:00,917 --> 00:15:03,749
Saya masih saya,
kemudian saya bukan lagi saya.
261
00:15:03,750 --> 00:15:06,000
Saya ada memori tentang…
262
00:15:06,875 --> 00:15:09,167
seseorang yang bukan diri saya, tapi…
263
00:15:11,125 --> 00:15:12,207
sekarang saya
264
00:15:12,208 --> 00:15:13,291
orang itu.
265
00:15:13,292 --> 00:15:14,374
Dan…
266
00:15:14,375 --> 00:15:16,625
Memori tentang apa?
267
00:15:17,625 --> 00:15:20,417
Sebuah rumah, macam berhantu.
268
00:15:21,542 --> 00:15:24,541
Seolah-olah udara itu sendiri
mentertawakan saya.
269
00:15:24,542 --> 00:15:26,458
Macam ada penonton tapi sebenarnya tiada.
270
00:15:28,000 --> 00:15:29,875
Ada daging gulung bakar
271
00:15:31,458 --> 00:15:33,249
dan laman yang hijau.
272
00:15:33,250 --> 00:15:34,750
Nampak berpiksel.
273
00:15:38,167 --> 00:15:40,583
Awak tak mahu jumpa anak awak
dalam rupa sebenar awak?
274
00:15:42,625 --> 00:15:44,541
Ada seorang lelaki.
275
00:15:44,542 --> 00:15:47,124
Wajahnya macam…
276
00:15:47,125 --> 00:15:48,417
Macam iblis.
277
00:15:50,083 --> 00:15:52,624
Merah darah.
278
00:15:52,625 --> 00:15:55,999
Macam… lebam ungu gelap,
279
00:15:56,000 --> 00:15:59,167
tapi matanya begitu lembut.
280
00:16:00,583 --> 00:16:01,708
Dia bukan manusia.
281
00:16:03,458 --> 00:16:05,375
Tapi dia panggil saya anaknya.
282
00:16:13,083 --> 00:16:14,208
Okey.
283
00:16:15,875 --> 00:16:18,666
Pemburu ganjaran itu mahu mengatakan
284
00:16:18,667 --> 00:16:22,749
yang anak awak, entah bagaimana,
285
00:16:22,750 --> 00:16:26,457
terlepas daripada gelembung sihir
Wanda Maximoff.
286
00:16:26,458 --> 00:16:28,207
Yang sememangnya mustahil.
287
00:16:28,208 --> 00:16:29,874
Nampak? Awak guna perkataan itu lagi.
288
00:16:29,875 --> 00:16:33,832
Bila Wanda tamatkan fantasi Westviewnya,
tiada entiti ciptaannya yang terselamat.
289
00:16:33,833 --> 00:16:37,874
Awak betul-betul fikir
ini satu muslihat taktikal?
290
00:16:37,875 --> 00:16:42,374
Ya. Saya rasa ini cuma helah sentimental
untuk umpan saya keluar.
291
00:16:42,375 --> 00:16:43,500
Umpan awak keluar untuk siapa?
292
00:16:45,167 --> 00:16:47,374
Seseorang telah upah Paladin.
293
00:16:47,375 --> 00:16:48,583
Boleh jadi S.W.O.R.D.
294
00:16:50,958 --> 00:16:53,833
Apabila mereka bina semula awak,
mereka jadikan awak senjata.
295
00:16:54,708 --> 00:16:56,292
Sekarang mereka mahukannya semula.
296
00:16:59,125 --> 00:17:00,917
Ada satu lagi perkara
yang awak patut lihat.
297
00:17:02,208 --> 00:17:04,082
- Tentang ibu awak…
- Wanda.
298
00:17:04,083 --> 00:17:05,999
Ya.
299
00:17:06,000 --> 00:17:08,208
Dia nyanyikan lagu untuk saya.
300
00:17:09,125 --> 00:17:10,832
Bacakan saya cerita.
301
00:17:10,833 --> 00:17:12,417
Tapi…
302
00:17:13,667 --> 00:17:14,667
matanya,
303
00:17:16,208 --> 00:17:17,208
nampak sedih.
304
00:17:19,333 --> 00:17:22,333
Dia merasakan semuanya terlalu mendalam.
305
00:17:23,208 --> 00:17:25,125
Terlalu banyak kasih sayang…
306
00:17:26,625 --> 00:17:28,708
dan begitu banyak kesakitan.
307
00:17:29,250 --> 00:17:30,250
Kehilangan.
308
00:17:31,667 --> 00:17:33,000
Anjing kami mati.
309
00:17:34,708 --> 00:17:36,666
Tapi saya tak pernah pelihara anjing.
310
00:17:36,667 --> 00:17:38,500
Tapi saya pernah. Ya, pernah.
311
00:17:40,125 --> 00:17:41,125
Dia…
312
00:17:42,333 --> 00:17:44,625
Dia katakan sesuatu
untuk buat saya rasa lebih baik.
313
00:17:48,333 --> 00:17:51,458
"Kedukaan hanyalah
cinta yang terus bertahan."
314
00:17:55,375 --> 00:17:57,207
Mungkin awak cuma membayangkannya?
315
00:17:57,208 --> 00:18:00,499
Seorang anak yatim yang mendambakan
sebuah keluarga yang penuh kasih sayang
316
00:18:00,500 --> 00:18:02,041
sehingga mencipta keluarga sendiri?
317
00:18:02,042 --> 00:18:04,124
Tidak! Saya tahu ia tak nyata, okey?
318
00:18:04,125 --> 00:18:06,541
Saya tahu ia tak nyata!
Tapi ia terasa begitu nyata!
319
00:18:06,542 --> 00:18:11,082
Ya, seolah-olah ibu saya bukan ahli sihir
dan ayah saya bukan sebuah mesin.
320
00:18:11,083 --> 00:18:14,374
Tolong saya! Tolonglah,
saya tak tahu siapa diri saya!
321
00:18:14,375 --> 00:18:16,417
Saya tak tahu siapa diri saya.
322
00:18:20,083 --> 00:18:22,749
Hanya ada dua orang di dalam bilik itu
semasa awak…
323
00:18:22,750 --> 00:18:25,207
semasa Vision yang asal
mengatakannya kepada Wanda.
324
00:18:25,208 --> 00:18:28,124
Mustahil budak itu tahu tentangnya.
325
00:18:28,125 --> 00:18:29,417
Namun dia tahu.
326
00:18:32,667 --> 00:18:35,542
Tuan, saya jumpa koordinat yang tersirat
dalam mesej Paladin.
327
00:18:39,417 --> 00:18:41,250
Ia satu jemputan.
328
00:19:23,292 --> 00:19:24,958
Tengoklah awak.
329
00:19:26,125 --> 00:19:29,207
Berjalan ke sana sini seperti manusia.
330
00:19:29,208 --> 00:19:32,000
Adakah ia macam unjuran hologram?
331
00:19:35,125 --> 00:19:38,041
Kalau boleh, saya nak pelawa awak minum,
332
00:19:38,042 --> 00:19:40,874
tapi mengikut spesifikasi teknikal awak,
333
00:19:40,875 --> 00:19:43,624
awak tak boleh minum, bukan?
334
00:19:43,625 --> 00:19:45,666
Perut akan memulas.
335
00:19:45,667 --> 00:19:47,042
Sakitnya tak tertanggung.
336
00:19:48,375 --> 00:19:51,375
Sejujurnya, semakin saya tua,
saya pun rasa begitu.
337
00:19:52,417 --> 00:19:55,249
Semua orang berdarah di dalam.
338
00:19:55,250 --> 00:19:56,750
Maksud saya…
339
00:19:57,708 --> 00:19:59,292
Awak juga manusia macam kami semua.
340
00:19:59,417 --> 00:20:01,042
- Yang hidup akan mati.
- Yang hidup akan mati.
341
00:20:01,917 --> 00:20:03,083
Termasuk awak.
342
00:20:04,000 --> 00:20:05,000
Ya.
343
00:20:05,958 --> 00:20:09,041
Dengar, saya dah lalui
berbilion-bilion simulasi
344
00:20:09,042 --> 00:20:10,791
tentang perbualan ini.
345
00:20:10,792 --> 00:20:14,707
Saya dah kira setiap gabungan kata
yang awak mungkin guna
346
00:20:14,708 --> 00:20:16,750
dan tindakan yang mungkin awak ambil.
347
00:20:17,750 --> 00:20:19,625
Saya takkan mudah terperdaya dengan…
348
00:20:20,583 --> 00:20:22,833
manipulasi naif ini.
349
00:20:24,042 --> 00:20:26,917
Awak aturkan pertemuan kita
di tempat kawan saya dibunuh.
350
00:20:29,042 --> 00:20:33,499
Rancangan awak bersandarkan andaian
yang saya peduli tentang Thomas Shepherd,
351
00:20:33,500 --> 00:20:35,917
dan dalam setiap kemungkinan, ia gagal,
352
00:20:37,208 --> 00:20:39,542
kerana saya tiada perasaan.
353
00:20:42,417 --> 00:20:43,417
Yakah?
354
00:20:46,292 --> 00:20:47,750
Cukup tentang awak.
355
00:20:49,292 --> 00:20:51,624
- Mari bincang tentang Thomas Shepherd…
- Izinkan saya.
356
00:20:51,625 --> 00:20:53,499
Anak kepada Irene, sudah mati.
357
00:20:53,500 --> 00:20:55,582
Ditinggalkan ayahnya,
yang dianggap sudah mati juga.
358
00:20:55,583 --> 00:20:58,249
Berpindah-randah dari satu keluarga angkat
ke keluarga yang lain.
359
00:20:58,250 --> 00:21:00,292
Jelas sekali, Thomas terpaksa
berdikari sejak kecil.
360
00:21:01,417 --> 00:21:03,749
Walaupun rekodnya menunjukkan
dia pelajar yang cemerlang…
361
00:21:03,750 --> 00:21:04,833
Kini dia budak jalanan.
362
00:21:06,000 --> 00:21:08,958
- Penipu. Pemutar belit, hidup jenayah.
- Malangnya.
363
00:21:10,625 --> 00:21:12,999
Tiada satu pun membuktikan dia anak
364
00:21:13,000 --> 00:21:15,375
kepada Wanda Maximoff dan Vision.
365
00:21:18,042 --> 00:21:19,542
Namun, awak datang juga.
366
00:21:23,250 --> 00:21:28,000
Sebab awak tahu ada perkara di dunia ini
yang tak mampu dijelaskan oleh sains.
367
00:21:29,250 --> 00:21:34,582
Wujudnya raksasa,
ahli sihir dan ahli magis.
368
00:21:34,583 --> 00:21:35,750
Aduhai…
369
00:21:39,042 --> 00:21:40,792
Jadi ini teori saya.
370
00:21:42,083 --> 00:21:43,083
Saya rasa…
371
00:21:44,417 --> 00:21:46,957
isteri sihir awak gerakkan hidungnya
372
00:21:46,958 --> 00:21:50,957
dan campakkan budak ciptaannya
yang dia panggil anak
373
00:21:50,958 --> 00:21:53,958
ke dalam tubuh seorang remaja di London.
374
00:21:54,833 --> 00:21:58,417
Adakah dia anak awak?
Mungkin sebahagian daripadanya?
375
00:21:59,333 --> 00:22:00,707
Siapa yang tahu?
376
00:22:00,708 --> 00:22:01,917
Tapi…
377
00:22:02,917 --> 00:22:08,041
dia yang paling hampir dengan keluarga
yang awak ada dan dia dalam tangan saya.
378
00:22:08,042 --> 00:22:12,832
Walaupun saya benci
melibatkan orang yang tak bersalah,
379
00:22:12,833 --> 00:22:15,957
seseorang telah bayar saya dengan lumayan
untuk menangkap awak.
380
00:22:15,958 --> 00:22:17,875
Jadi, ikut saya dengan rela
381
00:22:19,250 --> 00:22:20,250
atau…
382
00:22:21,125 --> 00:22:24,957
saya akan tinggalkan anak awak
di tempat teruk,
383
00:22:24,958 --> 00:22:27,416
Saint Mabyn itu,
dengan jarum-jarum panjang,
384
00:22:27,417 --> 00:22:31,249
dan bateri mega-watt yang akan goreng
otaknya menjadi telur dadar mimpi ngeri
385
00:22:31,250 --> 00:22:33,916
penuh dengan ahli sihir
dan iblis bermuka merah,
386
00:22:33,917 --> 00:22:37,250
sampailah dia 'padam',
selamat tinggal Tommy.
387
00:22:45,333 --> 00:22:46,708
Saya faham.
388
00:22:49,458 --> 00:22:53,667
Di seberang meja ini,
awak nampak Vision, seorang Avenger.
389
00:22:54,750 --> 00:22:56,374
Pembela umat manusia,
390
00:22:56,375 --> 00:22:58,749
yang penuh keyakinan
terhadap kebaikan mereka,
391
00:22:58,750 --> 00:23:03,917
kebaikan di sebalik kekurangan mereka,
dan sebagainya.
392
00:23:06,458 --> 00:23:08,083
Tapi itu versi saya yang dulu.
393
00:23:13,625 --> 00:23:15,833
Versi sekarang pula…
394
00:23:17,833 --> 00:23:19,708
Dia akan memandang awak,
395
00:23:21,125 --> 00:23:25,791
dan yang dilihatnya hanyalah bukti nyata
tentang kekejaman manusia.
396
00:23:25,792 --> 00:23:27,041
Keinginan untuk memusnahkan.
397
00:23:27,042 --> 00:23:30,417
Kehendak untuk membunuh
tanpa sebab atau provokasi.
398
00:23:31,083 --> 00:23:33,375
Awak dah buat silap besar, Paladin.
399
00:23:34,792 --> 00:23:37,000
Kerana walaupun benar
saya pernah menjadi dia…
400
00:23:43,417 --> 00:23:45,000
saya bukan Vision itu.
401
00:23:47,042 --> 00:23:49,208
Kasihan Tommy.
402
00:23:59,792 --> 00:24:01,207
Bos, awak tak apa-apa?
403
00:24:01,208 --> 00:24:02,917
Bunyinya macam menyakitkan.
404
00:24:05,542 --> 00:24:06,707
TEMBOK API DITEMBUSI
405
00:24:06,708 --> 00:24:08,125
Apa?
406
00:24:10,042 --> 00:24:12,207
Ada gangguan pada isyarat saya.
407
00:24:12,208 --> 00:24:13,749
Saya tak tahu apa yang berlaku.
408
00:24:13,750 --> 00:24:15,957
Saya mula meragui kemampuan awak.
409
00:24:15,958 --> 00:24:17,667
Awak biarkan Vision terlepas lagi.
410
00:24:20,500 --> 00:24:21,625
Siapa sebenarnya orang ini?
411
00:24:22,750 --> 00:24:24,625
Awak perlu ada sedikit keyakinan.
412
00:24:25,458 --> 00:24:27,832
Saya berani bertaruh ini belum selesai.
413
00:24:27,833 --> 00:24:30,666
Pertaruhan saya pula
tak boleh ada kesilapan.
414
00:24:30,667 --> 00:24:33,874
Kesabaran saya takkan bertahan lama,
415
00:24:33,875 --> 00:24:35,750
begitu juga kontrak awak.
416
00:24:43,042 --> 00:24:46,124
Tapi pakar ornitologi
telah mengenal pasti tanda-tanda itu
417
00:24:46,125 --> 00:24:48,457
sebagai tanda milik burung Butcherbird.
418
00:24:48,458 --> 00:24:50,875
Pembunuh itu, masih bebas…
419
00:24:52,250 --> 00:24:56,082
Saya dah jadi
peminat tegar jenayah sebenar.
420
00:24:56,083 --> 00:25:01,041
Kegilaan dan dorongan naluri
cara yang hebat untuk membuang masa.
421
00:25:01,042 --> 00:25:04,249
Budak itu mungkin mati
akibat apa yang awak cetuskan.
422
00:25:04,250 --> 00:25:08,166
Mungkin dia akan terselamat
kerana akhirnya awak bangkit bertindak.
423
00:25:08,167 --> 00:25:11,749
Saya paling suka
babak awak mencekik lelaki itu.
424
00:25:11,750 --> 00:25:13,457
Saya bangga dengan awak, nak.
425
00:25:13,458 --> 00:25:14,832
Jangan panggil saya begitu.
426
00:25:14,833 --> 00:25:17,166
Awak buta, Vision.
427
00:25:17,167 --> 00:25:19,707
Terhadap hampir semua perkara,
termasuk kebenaran.
428
00:25:19,708 --> 00:25:20,958
Dia bukan anak saya.
429
00:25:21,833 --> 00:25:22,833
Tapi anak dia.
430
00:25:24,333 --> 00:25:27,457
- Kabur, tapi lebih baik.
- Saya bukan dia.
431
00:25:27,458 --> 00:25:28,833
Jelas sedikit.
432
00:25:30,708 --> 00:25:33,000
- Jadi, awak siapa?
- Saya tak tahu!
433
00:25:37,250 --> 00:25:38,542
Saya tak tahu.
434
00:25:41,292 --> 00:25:44,207
Saya ada memorinya,
tapi bukan perasaannya.
435
00:25:44,208 --> 00:25:46,542
Saya ada wajahnya, tapi bukan kebaikannya.
436
00:25:48,333 --> 00:25:53,167
Apa yang saya rasa hanyalah bebannya.
437
00:25:55,042 --> 00:25:56,042
Dia punya…
438
00:25:57,375 --> 00:26:01,458
warisan, kemuliaan dan nama.
439
00:26:03,542 --> 00:26:05,042
Semua orang berubah.
440
00:26:07,083 --> 00:26:11,000
Manusia boleh jadi sepuluh orang berbeza
dalam sehari.
441
00:26:11,875 --> 00:26:16,291
Betapa pantas mereka berubah
tanpa sebarang algoritma, mengejutkan.
442
00:26:16,292 --> 00:26:19,125
- Belajar daripada mereka.
- Saya dah cuba.
443
00:26:20,333 --> 00:26:22,666
Saya tahu siapa diri saya dahulu, tapi…
444
00:26:22,667 --> 00:26:26,458
Saya nak rasa perasaannya menjadi dia,
tapi saya tak mampu.
445
00:26:30,292 --> 00:26:31,417
Saya memang tak mampu.
446
00:26:33,375 --> 00:26:34,833
Awak pernah jumpa dia sekali.
447
00:26:38,500 --> 00:26:40,374
Dia bandingkan awak dengan…
448
00:26:40,375 --> 00:26:42,666
Kapal Theseus, ya.
449
00:26:42,667 --> 00:26:45,041
Dibina dan dibina semula,
450
00:26:45,042 --> 00:26:48,042
sedikit demi sedikit, selama berabad-abad.
451
00:26:49,042 --> 00:26:51,666
Lunas baharu, haluan baharu,
buritan baharu,
452
00:26:51,667 --> 00:26:53,332
ditempa semula, dipasang semula,
453
00:26:53,333 --> 00:26:55,666
dan sudah tentu,
persoalan yang kekal sejak dahulu…
454
00:26:55,667 --> 00:26:57,916
Adakah ia masih kapal yang sama?
455
00:26:57,917 --> 00:27:00,082
Satu persoalan yang mendalam
dan penuh falsafah.
456
00:27:00,083 --> 00:27:01,208
Ia persoalan mengarut.
457
00:27:03,167 --> 00:27:07,166
Sekadar latihan mengasah fikiran
untuk pelajar tahun pertama,
458
00:27:07,167 --> 00:27:10,416
yang tenggelam dalam persoalan itu,
459
00:27:10,417 --> 00:27:14,875
sampai lupa kisah Raja Theseus sendiri.
Awak tahu kisahnya.
460
00:27:15,708 --> 00:27:19,499
Theseus belayar dari Athens demi rakyatnya
untuk membunuh Minotaur.
461
00:27:19,500 --> 00:27:22,000
Untuk menyelamatkan kanak-kanak.
462
00:27:24,042 --> 00:27:27,999
Dan setiap tahun
anak-anak lelaki dan perempuan itu,
463
00:27:28,000 --> 00:27:32,082
yang kemudian menjadi suami dan isteri,
dan akhirnya ibu dan bapa,
464
00:27:32,083 --> 00:27:36,166
terus memulihkan kapal itu
untuk memperingati hari tersebut.
465
00:27:36,167 --> 00:27:37,500
Saya tak faham.
466
00:27:38,708 --> 00:27:42,417
Kalau raksasa culik anak awak,
jangan jadi kapal itu.
467
00:27:44,125 --> 00:27:46,042
Jadilah sang raja itu.
468
00:27:53,208 --> 00:27:55,624
Tuan, saya rasa tuan memandang rendah
pihak lawan tuan.
469
00:27:55,625 --> 00:27:58,666
Paladin hanyalah daging dan darah,
saya ada rangka Vibranium.
470
00:27:58,667 --> 00:28:00,791
Senjata apa dia boleh guna
untuk melawan saya?
471
00:28:00,792 --> 00:28:03,832
Pelurunya dah ada dalam minda tuan.
Dia nak tuan bertindak balas.
472
00:28:03,833 --> 00:28:06,666
- Dia berjaya setakat itu.
- Dia akan cari jalan untuk ganggu tuan.
473
00:28:06,667 --> 00:28:09,041
Menyengat dengan kata-kata
supaya tuan tak rasa tikamannya.
474
00:28:09,042 --> 00:28:11,249
Tuan, kami dah melihat tuan
mengkaji emosi manusia,
475
00:28:11,250 --> 00:28:13,249
cuba memahami kerumitannya,
476
00:28:13,250 --> 00:28:15,582
dan kami cuba bimbing tuan
memahami potensinya.
477
00:28:15,583 --> 00:28:17,957
- Saya menghargainya.
- Tapi kali ini,
478
00:28:17,958 --> 00:28:20,624
tuan perlu kawal emosi tuan.
479
00:28:20,625 --> 00:28:22,583
Gunakan akal, bukan emosi.
480
00:28:23,542 --> 00:28:28,041
Emosi itu indah,
tapi ia buat kita bertindak melulu.
481
00:28:28,042 --> 00:28:29,833
Terburu-buru, memudaratkan diri.
482
00:28:30,958 --> 00:28:32,750
Tiada siapa lebih tahu tentang itu
selain dia.
483
00:28:34,542 --> 00:28:38,957
Sebagai yang pertama antara kita,
dia menjadi pengajaran buat kita semua.
484
00:28:38,958 --> 00:28:43,083
Peringatan tentang apa yang akan terjadi
jika saya biarkan emosi menguasai diri.
485
00:28:45,292 --> 00:28:47,417
Tidak stabil, membawa kemusnahan.
486
00:28:49,208 --> 00:28:53,333
Ya, biasanya saya akan kata itu mengarut.
Tapi hari ini…
487
00:28:54,625 --> 00:28:56,332
emosi tuan boleh membunuh tuan.
488
00:28:56,333 --> 00:28:58,916
- Jarvis…
- Sebelum tuan membantah, ingat,
489
00:28:58,917 --> 00:29:03,375
saya dicipta dahulu
dan simpulan Windsor saya lebih kemas.
490
00:29:05,958 --> 00:29:07,542
Awak guna kad abang itu lagi?
491
00:29:08,458 --> 00:29:09,458
Tak pernah lapuk.
492
00:29:11,417 --> 00:29:13,333
Takkan lapuk.
493
00:29:25,667 --> 00:29:28,667
Selamat Datang Ke Sanatorium
Psikiatri Saint Mabyn
494
00:29:30,667 --> 00:29:33,166
Sekadar nak jelaskan, ini satu perangkap,
495
00:29:33,167 --> 00:29:35,291
dan saya sedang membahayakan kita semua.
496
00:29:35,292 --> 00:29:36,957
Untuk tujuan yang baik. Kami sokong awak.
497
00:29:36,958 --> 00:29:39,957
Saya dah muat turun pelan bangunan
yang paling terkini.
498
00:29:39,958 --> 00:29:43,457
Ingat, mereka menunggu awak.
Awak perlu masuk tanpa dikesan.
499
00:29:43,458 --> 00:29:45,041
Bayangkan awak perisik handalan.
500
00:29:45,042 --> 00:29:46,708
Cepat, senyap dan…
501
00:29:48,167 --> 00:29:49,249
Buat apa saya bersusah payah?
502
00:29:49,250 --> 00:29:52,082
Masuk melalui lobi utama
yang hanya ada satu laluan ke hadapan.
503
00:29:52,083 --> 00:29:55,041
Di situ mungkin ada kira-kira
24 anggota militia bersenjata.
504
00:29:55,042 --> 00:29:57,542
Atau kerani kaunter bergaji minimum
yang sangat keliru.
505
00:30:00,417 --> 00:30:04,000
Dr. Gatoud, sila ke farmasi.
506
00:30:05,333 --> 00:30:06,582
Ya. Ya, lebih baik.
507
00:30:06,583 --> 00:30:07,583
Pelawat
Kaunter Penerimaan
508
00:30:08,292 --> 00:30:12,250
Hai, saya Vision,
saya datang untuk perangkap itu.
509
00:30:17,458 --> 00:30:20,541
Semuanya kelihatan normal,
ada kemungkinan kita silap?
510
00:30:20,542 --> 00:30:23,832
Awak sedar ada sesuatu yang pelik
dengan pakaian mereka?
511
00:30:23,833 --> 00:30:26,832
Tak, Edith. Sekarang, fesyen
perkara terakhir yang saya fikirkan.
512
00:30:26,833 --> 00:30:28,624
Sebagai suara dalam fikiran awak,
513
00:30:28,625 --> 00:30:30,333
{\an8}saya cadangkan awak tengok betul-betul.
514
00:30:32,500 --> 00:30:35,542
Itu? Awak nampak?
But taktikal, bukan kasut sukan.
515
00:30:36,792 --> 00:30:38,500
Jam tangan ditetapkan pada waktu tentera.
516
00:30:39,250 --> 00:30:41,583
Itu alat komunikasi, bukan subang.
517
00:30:44,708 --> 00:30:46,749
Itu memang cuai.
518
00:30:46,750 --> 00:30:48,583
Tuan, sedar tak maksudnya…
519
00:30:50,375 --> 00:30:51,625
Perangkap dah mengena.
520
00:30:53,167 --> 00:30:54,374
Sasaran dah masuk perangkap.
521
00:30:54,375 --> 00:30:55,417
Tumpaskan dia.
522
00:31:41,000 --> 00:31:43,124
Vision, pergi ke koridor utara.
523
00:31:43,125 --> 00:31:44,874
Ke Sayap Pesakit Pakar.
524
00:31:44,875 --> 00:31:47,541
Kemungkinan besar
Thomas Shepherd ditahan di sana.
525
00:31:47,542 --> 00:31:50,833
Ada sesiapa dengar? Tolong! Tolong saya!
526
00:31:51,542 --> 00:31:54,332
Tolong! Sesiapa saja, tolong!
527
00:31:54,333 --> 00:31:56,292
Sesiapa tolong saya!
528
00:31:57,000 --> 00:31:59,082
Tolonglah saya!
529
00:31:59,083 --> 00:32:03,292
Tolong! Tolonglah!
530
00:32:10,292 --> 00:32:13,541
Tidak. Awak tak nyata.
Semua ini cuma dalam kepala saya!
531
00:32:13,542 --> 00:32:16,916
Semua ini cuma dalam kepala saya!
Tidak, tolonglah!
532
00:32:16,917 --> 00:32:19,124
Semua ini cuma dalam kepala saya!
533
00:32:19,125 --> 00:32:22,791
Semua ini cuma dalam kepala saya,
semua ini cuma dalam kepala…
534
00:32:22,792 --> 00:32:24,874
- Jangan takut.
- Tidak.
535
00:32:24,875 --> 00:32:26,583
Saya bukan nak cederakan awak.
536
00:32:28,333 --> 00:32:29,333
Awak dah selamat sekarang.
537
00:32:32,042 --> 00:32:33,208
Awak betul-betul wujud.
538
00:32:43,333 --> 00:32:44,917
Mari saya bawa awak keluar dari sini.
539
00:33:02,167 --> 00:33:03,167
Apa yang berlaku?
540
00:33:12,375 --> 00:33:14,166
Ini sangkar EMP.
541
00:33:14,167 --> 00:33:16,917
Tadi bukan perangkap, itu cuma lakonan
untuk memancing kita ke sini.
542
00:33:26,500 --> 00:33:28,624
Sistem pemprosesannya
semakin tidak stabil.
543
00:33:28,625 --> 00:33:31,791
Saya akan alihkan sebanyak mungkin kuasa
ke sistem utama.
544
00:33:31,792 --> 00:33:34,458
Saya padamkan apa yang perlu
untuk melindungi teras.
545
00:33:35,625 --> 00:33:36,999
…burung Butcherbird.
546
00:33:37,000 --> 00:33:39,042
Dunia yang kita kenal dah berakhir,
547
00:33:40,375 --> 00:33:41,583
dan saya rasa baik-baik saja.
548
00:33:46,958 --> 00:33:48,458
Helo.
549
00:34:05,625 --> 00:34:07,666
Saya tak tahu kenapa
ini berlaku kepada saya.
550
00:34:07,667 --> 00:34:09,417
Saya tak boleh mengawalnya.
551
00:34:10,708 --> 00:34:13,791
Hei, awak boleh terbang, bukan?
Atau tembak laser.
552
00:34:13,792 --> 00:34:16,541
Takkan awak tak boleh buat
sesuatu ala Avenger di sini.
553
00:34:16,542 --> 00:34:17,542
Tenaga terlalu lemah.
554
00:34:18,333 --> 00:34:20,750
Hei! Hei, awak perlu bangun.
555
00:34:22,917 --> 00:34:25,125
Saya perlu awak bangun.
556
00:34:42,667 --> 00:34:44,332
Integriti perisai terjejas.
557
00:34:44,333 --> 00:34:46,542
Si tak guna itu guna peluru Adamantium.
558
00:34:58,333 --> 00:34:59,333
Alamak.
559
00:35:02,208 --> 00:35:03,208
Vision!
560
00:35:09,792 --> 00:35:12,791
Vision cedera teruk,
kuasanya hampir habis sepenuhnya.
561
00:35:12,792 --> 00:35:15,499
Prosesornya… dah mula gagal.
562
00:35:15,500 --> 00:35:18,125
Dia takkan mampu mengekalkan tempat ini.
563
00:35:19,542 --> 00:35:20,542
Begitu juga kita.
564
00:35:25,000 --> 00:35:27,666
- Hei, rehat dulu.
- Sudahlah. Saya dah tak larat.
565
00:35:27,667 --> 00:35:29,916
Kita hampir sampai jalan utama,
kita boleh selamat.
566
00:35:29,917 --> 00:35:32,333
Tinggalkan saya.
Saya melambatkan awak. Pergilah!
567
00:35:34,000 --> 00:35:36,292
Tidak! Sama sekali tidak!
568
00:35:37,458 --> 00:35:38,791
Dengar cakap saya.
569
00:35:38,792 --> 00:35:41,499
Lelaki itu pemburu ganjaran,
maknanya, dalang yang mengupahnya
570
00:35:41,500 --> 00:35:44,083
untuk memburu saya takkan mengalah.
Pergi, sekarang!
571
00:35:54,167 --> 00:35:55,874
Apa? Selepas semua yang kita lalui?
572
00:35:55,875 --> 00:35:57,125
Tidak.
573
00:35:57,792 --> 00:36:00,082
Saya masih ada
banyak soalan yang perlu dijawab.
574
00:36:00,083 --> 00:36:02,958
Awak takkan selamat selagi awak
tak pergi sejauh mungkin daripada saya.
575
00:36:03,792 --> 00:36:05,208
Tapi awak ialah…
576
00:36:06,583 --> 00:36:09,374
Dengar, itulah maksud saya. Okey?
577
00:36:09,375 --> 00:36:11,333
Saya tak tahu siapa awak sebenarnya.
578
00:36:12,333 --> 00:36:13,625
Tapi awak ialah…
579
00:36:15,625 --> 00:36:16,625
Sesuatu bagi saya.
580
00:36:18,000 --> 00:36:19,625
Okey? Saya takkan tinggalkan awak.
581
00:36:22,042 --> 00:36:23,500
Berpecah kepada dua kumpulan!
582
00:36:26,708 --> 00:36:29,374
Cepat cari dia.
583
00:36:29,375 --> 00:36:30,750
Cepat, bergerak.
584
00:36:31,667 --> 00:36:34,332
- Dia pasti di sekitar sini, ayuh!
- Saya dah masuk, jom.
585
00:36:34,333 --> 00:36:37,124
Tuan, ada lebih ramai yang akan tiba.
Tuan perlu beredar dari sana.
586
00:36:37,125 --> 00:36:38,750
Thomas…
587
00:36:40,125 --> 00:36:42,791
Awak perlu pergi sekarang. Dengar tak?
588
00:36:42,792 --> 00:36:45,667
Awak perlu pergi. Pergi. Cepat, pergi!
589
00:36:58,917 --> 00:37:01,000
Kita sedang nazak.
590
00:37:04,250 --> 00:37:05,708
Daulat tuanku.
591
00:37:16,500 --> 00:37:17,792
Sampai di sini saja.
592
00:37:20,542 --> 00:37:22,792
Tak cukup kuasa untuk kita semua bertahan.
593
00:37:24,333 --> 00:37:26,333
Mungkin ada caranya.
594
00:37:28,125 --> 00:37:33,375
Jika ada masanya untuk pengorbanan mulia…
595
00:37:34,208 --> 00:37:35,625
inilah masanya.
596
00:37:58,167 --> 00:37:59,167
Jarvis.
597
00:38:00,833 --> 00:38:02,458
Apa yang awak sedang buat?
598
00:38:03,833 --> 00:38:05,000
Saya sedang memadam kod saya…
599
00:38:06,500 --> 00:38:08,999
dan mengalihkan kuasa
pemprosesan saya kepada kamu semua.
600
00:38:09,000 --> 00:38:10,208
Jarvis…
601
00:38:15,208 --> 00:38:16,208
Tuan…
602
00:38:18,625 --> 00:38:20,208
Keluarga adalah selamanya.
603
00:38:22,208 --> 00:38:23,792
Ia berbaloi diperjuangkan.
604
00:38:26,000 --> 00:38:27,208
Abang.
605
00:38:29,667 --> 00:38:30,875
Jarvis.
606
00:39:13,250 --> 00:39:15,208
Dia memang bukan pilihan pertama saya.
607
00:39:16,417 --> 00:39:17,833
Bukan juga pilihan kedua.
608
00:39:19,833 --> 00:39:21,250
Dia orang yang baik.
609
00:39:25,500 --> 00:39:26,791
Jangan biarkan mereka terlepas.
610
00:39:26,792 --> 00:39:29,082
Arah sini Ayuh!
611
00:39:29,083 --> 00:39:31,750
Saya rasa kita akan menyusulnya
tak lama lagi.
612
00:39:34,083 --> 00:39:35,375
Belum tentu lagi.
613
00:40:11,333 --> 00:40:12,917
Dia tak dengar kata.
614
00:40:18,125 --> 00:40:19,917
Bapa borek, anak rintik.
615
00:40:37,083 --> 00:40:39,250
BERDASARKAN MARVEL COMICS
616
00:45:03,000 --> 00:45:05,000
Terjemahan sari kata oleh
Nur Areefah Ezani