1 00:00:14,123 --> 00:00:18,683 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:25,363 --> 00:00:27,963 Kehidupan setiap makhluk di Bumi… 3 00:00:31,363 --> 00:00:32,283 ialah rentetan… 4 00:00:35,163 --> 00:00:38,923 peristiwa yang berlaku suatu masa dahulu. 5 00:00:43,723 --> 00:00:45,643 Peristiwa di luar jangkaan… 6 00:00:47,963 --> 00:00:49,323 dan keindahan yang ganas… 7 00:00:51,483 --> 00:00:54,283 yang menghubungkan semua makhluk, 8 00:00:56,123 --> 00:00:58,803 setiap tindakan dan keputusan, 9 00:00:59,483 --> 00:01:00,963 setiap denyutan jantung, 10 00:01:02,963 --> 00:01:05,763 dengan kisah terhebat yang pernah dicerita. 11 00:01:07,803 --> 00:01:12,443 Kisah yang memakan masa 13.8 bilion tahun… 12 00:01:14,723 --> 00:01:17,203 yang menyaksikan berbilion bintang 13 00:01:18,283 --> 00:01:20,243 dan berbilion dunia… 14 00:01:22,283 --> 00:01:25,483 hidup dan mati… 15 00:01:27,963 --> 00:01:31,003 untuk mencipta satu-satunya planet yang kita kenal 16 00:01:32,243 --> 00:01:34,923 yang menjadi tempat tinggal kita. 17 00:01:39,243 --> 00:01:41,203 Daripada debu bintang yang membina kita… 18 00:01:43,483 --> 00:01:46,683 kepada bahan kosmos yang menampung kita… 19 00:01:52,923 --> 00:01:56,443 dan cahaya bintang yang memberi tenaga kepada segalanya, 20 00:01:58,003 --> 00:02:03,403 inilah kisah alam semesta kita. 21 00:02:28,043 --> 00:02:32,523 MENGEJAR CAHAYA BINTANG 22 00:02:39,603 --> 00:02:40,843 Afrika Timur. 23 00:02:42,003 --> 00:02:45,843 SERENGETI, TANZANIA 24 00:02:46,203 --> 00:02:50,923 Di sini hubungan paling penting dengan alam semesta boleh ditemui. 25 00:02:55,043 --> 00:02:57,323 Pemangsa yang sangat istimewa… 26 00:03:00,443 --> 00:03:02,683 bernama Wa Chini. 27 00:03:06,043 --> 00:03:10,203 Citah sentiasa mencari makanan. 28 00:03:12,363 --> 00:03:13,723 Untuk tenaga vital. 29 00:03:16,163 --> 00:03:21,443 Ia salah satu tempat paling sukar di Bumi bagi pemangsa mencari makanan. 30 00:03:31,043 --> 00:03:34,283 Matahari yang panas terik menghalau hampir semua makhluk 31 00:03:34,363 --> 00:03:36,643 dari dataran kering dan tandus ini. 32 00:03:42,843 --> 00:03:46,883 Semua makhluk yang kekal di sini bergelut untuk terus hidup. 33 00:03:51,523 --> 00:03:53,643 Hanya satu fokus Wa Chini, 34 00:03:57,403 --> 00:03:59,563 satu perkara yang mendorongnya, 35 00:04:03,043 --> 00:04:04,123 ialah kelaparan. 36 00:04:07,843 --> 00:04:10,843 Dorongan utama dan ringkas, 37 00:04:10,923 --> 00:04:14,603 berpunca daripada hubungan mendalam dengan persekitarannya 38 00:04:15,563 --> 00:04:18,723 yang melebihi sempadan Serengeti, 39 00:04:19,323 --> 00:04:20,883 melebihi sempadan planet 40 00:04:22,043 --> 00:04:23,683 sehingga alam semesta. 41 00:04:29,763 --> 00:04:31,843 Setiap sel dalam badan Wa Chini… 42 00:04:34,203 --> 00:04:36,843 berhubung kait dengan aliran tenaga purba… 43 00:04:39,963 --> 00:04:44,283 yang menghubungkan kehidupannya dengan jantung bintang. 44 00:04:49,883 --> 00:04:53,683 Aliran yang tidak terputus ini menjangkau ruang yang sangat luas… 45 00:04:58,283 --> 00:05:02,203 dan menjangkau masa 13.8 bilion tahun lalu. 46 00:05:13,243 --> 00:05:18,323 Tenaga purba yang wujud di asal usul alam semesta kita 47 00:05:20,163 --> 00:05:21,523 memberi kuasa kepada segalanya. 48 00:05:23,243 --> 00:05:24,523 Setiap planet. 49 00:05:26,363 --> 00:05:27,323 Setiap bintang. 50 00:05:30,443 --> 00:05:31,443 Setiap kehidupan. 51 00:05:40,243 --> 00:05:42,723 Wa Chini memburu tenaga… 52 00:05:46,123 --> 00:05:47,683 bukan hanya untuk dirinya. 53 00:05:49,483 --> 00:05:52,083 Ibu kepada dua anak berusia lima bulan, 54 00:05:53,843 --> 00:05:56,923 ia terdesak untuk beri makan keluarganya. 55 00:06:04,443 --> 00:06:07,563 Ia musim kemarau dan makanan kurang. 56 00:06:08,963 --> 00:06:12,043 Tapi, tenaga lebih banyak berbanding sebelum ini. 57 00:06:15,963 --> 00:06:17,923 Ia tersembunyi di depan mata. 58 00:06:21,323 --> 00:06:25,723 Objek terbesar, tercerah, terpanas dalam sistem solar kita. 59 00:06:28,283 --> 00:06:29,443 Matahari. 60 00:06:41,283 --> 00:06:45,643 Ada banyak gelung plasma panas yang meletup dari permukaannya. 61 00:06:52,003 --> 00:06:58,763 Matahari melepaskan tenaga empat dan setengah trilion bom atom setiap saat, 62 00:07:01,603 --> 00:07:04,323 menghantar lebih banyak kuasa ke planet kita dalam masa sejam 63 00:07:04,923 --> 00:07:08,003 berbanding seluruh dunia guna dalam masa setahun. 64 00:07:12,563 --> 00:07:16,283 Walaupun bebola api gergasi ini sangat mengagumkan, 65 00:07:18,723 --> 00:07:21,563 Wa Chini tidak boleh makan matahari. 66 00:07:23,803 --> 00:07:26,363 Ia hanya makan makanan yang boleh berlari. 67 00:07:29,323 --> 00:07:30,563 Macam gazel. 68 00:07:38,803 --> 00:07:44,803 Kulit bertompok menghasilkan penyamaran yang diperlukan untuk mencari mangsa. 69 00:07:58,243 --> 00:08:03,683 Tiada banyak tempat untuk ia bersembunyi, sukar untuk ia menghampiri mangsa. 70 00:08:15,683 --> 00:08:18,963 Nasib baik Wa Chini ada helah tersendiri. 71 00:08:26,323 --> 00:08:29,843 Citah haiwan terpantas di darat. 72 00:08:32,203 --> 00:08:35,523 Daripada sifar kepada seratus dalam masa tiga saat, 73 00:08:37,483 --> 00:08:40,843 tapi gazel agak laju juga. 74 00:08:45,123 --> 00:08:47,323 Wa Chini guna banyak tenaga… 75 00:09:00,003 --> 00:09:01,403 tapi tidak dapat hasil. 76 00:09:05,443 --> 00:09:08,923 Citah dewasa boleh bertahan lebih seminggu tanpa makanan. 77 00:09:12,643 --> 00:09:17,163 Tapi anak-anaknya hanya boleh bertahan selama beberapa hari. 78 00:09:24,123 --> 00:09:29,403 Anak-anaknya semakin sangat lapar. 79 00:09:31,763 --> 00:09:36,283 24 JAM SEJAK HIDANGAN TERAKHIR 80 00:09:37,883 --> 00:09:40,963 Memburu pada kelajuan yang hebat sangat melelahkan. 81 00:09:43,243 --> 00:09:46,523 Tenaga simpanan Wa Chini sangat rendah. 82 00:09:50,723 --> 00:09:54,243 Berjam sebelum ia mendapat kekuatan untuk memburu semula. 83 00:10:00,243 --> 00:10:04,043 Wa Chini dan anak-anaknya kepenatan. 84 00:10:22,083 --> 00:10:25,443 Haiwan di seluruh planet bergelut dengan masalah yang sama 85 00:10:26,523 --> 00:10:27,803 antara mengambil… 86 00:10:31,363 --> 00:10:32,843 atau mengguna tenaga. 87 00:10:38,203 --> 00:10:40,043 Walau apa pun strategi anda, 88 00:10:40,123 --> 00:10:42,003 sama ada laju atau perlahan, 89 00:10:47,123 --> 00:10:50,043 tiada jaminan untuk anda dapat makanan. 90 00:10:59,323 --> 00:11:03,443 Semua makhluk perlu berdepan dengan kelaparan. 91 00:11:04,843 --> 00:11:08,683 30 JAM SEJAK HIDANGAN TERAKHIR 92 00:11:12,643 --> 00:11:14,963 Setelah pulih daripada usaha terakhir, 93 00:11:15,963 --> 00:11:18,563 Wa Chini mencari peluang seterusnya. 94 00:11:22,963 --> 00:11:24,443 Macam ibu citah lain, 95 00:11:26,083 --> 00:11:27,963 ia ibu tunggal. 96 00:11:31,723 --> 00:11:33,723 Demi kekenyangan anak-anaknya, 97 00:11:34,363 --> 00:11:36,603 dia perlu membunuh setiap hari. 98 00:11:38,283 --> 00:11:40,963 Tapi ia mengambil masa lama untuk pulih 99 00:11:42,283 --> 00:11:44,123 dan matahari mula terbenam. 100 00:11:53,763 --> 00:11:55,323 Tatkala matahari terbenam, 101 00:11:56,523 --> 00:11:58,803 harapan untuk mendapat makanan pudar. 102 00:12:05,923 --> 00:12:07,403 Apabila Bumi berputar, 103 00:12:10,003 --> 00:12:15,243 Serengeti berpaling dari matahari dan menuju ke kegelapan. 104 00:12:21,563 --> 00:12:24,963 Ia peringatan tentang hubungan kehidupan dengan matahari. 105 00:12:29,243 --> 00:12:32,883 Kisah kita ialah kisah matahari. 106 00:12:35,203 --> 00:12:36,603 Suatu masa dahulu… 107 00:12:39,803 --> 00:12:44,483 sistem solar kita jauh lebih sejuk dan lebih gelap berbanding hari ini. 108 00:12:52,723 --> 00:12:56,843 4.6 BILION TAHUN LALU 109 00:12:56,923 --> 00:13:02,003 Namun ia keadaan yang sempurna untuk kelahiran sebutir bintang. 110 00:13:05,243 --> 00:13:07,803 Pada suhu yang hampir mencapai sifar mutlak, 111 00:13:08,683 --> 00:13:12,003 kuasa graviti mula menarik debu dan gas bersama… 112 00:13:14,283 --> 00:13:15,803 menjadi awan besar. 113 00:13:22,923 --> 00:13:24,763 Awan itu runtuh ke dalam, 114 00:13:24,843 --> 00:13:28,283 dan bertukar menjadi bebola gas panas yang bercahaya. 115 00:13:32,283 --> 00:13:33,643 Bintang proto. 116 00:13:40,923 --> 00:13:45,203 Macam Wa Chini, bintang yang semakin berkembang ini sangat lapar. 117 00:13:48,043 --> 00:13:51,363 Menarik banyak gas sehingga jet jirim panas 118 00:13:52,403 --> 00:13:54,803 bergerak dari tiangnya, 119 00:13:56,323 --> 00:13:59,003 selama bertahun cahaya ke angkasa. 120 00:14:02,323 --> 00:14:08,363 Bayi bintang ini terus membesar selama 30 juta tahun. 121 00:14:19,483 --> 00:14:20,723 Sehingga akhirnya, 122 00:14:21,923 --> 00:14:26,243 ia menjadi cukup panas untuk menjana tenaga sendiri. 123 00:14:29,403 --> 00:14:30,363 Matahari kita. 124 00:14:33,323 --> 00:14:37,203 Sinaran keemasan yang bersinar dengan penuh megah dan teguh… 125 00:14:39,243 --> 00:14:41,683 selama 4.6 bilion tahun. 126 00:14:47,443 --> 00:14:52,003 Ia hanya sebutir bintang antara berbilion bintang dalam galaksi. 127 00:14:57,403 --> 00:15:00,803 Namun ia bintang paling istimewa. 128 00:15:03,163 --> 00:15:06,123 Kerana ia bintang yang menyalurkan haba dan cahaya… 129 00:15:08,483 --> 00:15:11,283 kepada planet yang luar biasa dan terang. 130 00:15:16,043 --> 00:15:20,963 42 JAM SEJAK HIDANGAN TERAKHIR 131 00:15:23,723 --> 00:15:27,803 Setiap makhluk di Serengeti bergantung pada tenaga daripada matahari. 132 00:15:29,843 --> 00:15:34,123 Anak-anak Wa Chini kebuluran sekarang. 133 00:15:35,203 --> 00:15:37,323 Hari ini anak-anaknya perlu makan. 134 00:15:39,043 --> 00:15:44,203 Namun pagi ini Wa Chini hanya mampu memberi kasih sayang yang berharga. 135 00:15:45,843 --> 00:15:47,563 Di tanah kering kontang ini, 136 00:15:48,083 --> 00:15:52,483 matahari beri kebaikan dan keburukan. 137 00:15:53,683 --> 00:15:57,163 Tenaga yang kuat merupakan keperluan hidup. 138 00:15:58,363 --> 00:16:02,323 Namun ia memiliki kuasa kehancuran. 139 00:16:06,643 --> 00:16:12,363 Kehidupan tidak pernah mudah jika hidup berdekatan reaktor nuklear gergasi. 140 00:16:21,283 --> 00:16:24,203 Demi memahami sumber haba yang tidak tertahan ini, 141 00:16:25,403 --> 00:16:28,083 kita perlu menjenguk kepanasan… 142 00:16:37,283 --> 00:16:40,283 di bawah lapisan luar plasma panas yang menggelegak, 143 00:16:46,003 --> 00:16:50,163 sedalam 650 ribu kilometer… 144 00:16:54,963 --> 00:16:57,163 ke dalam teras matahari kita. 145 00:17:00,883 --> 00:17:04,883 Jantung bintang kita nampak sangat tenang, 146 00:17:07,083 --> 00:17:11,003 tapi pada tahap atom, ia penuh kecamukan. 147 00:17:14,403 --> 00:17:18,323 Ia bahagian paling panas dalam sistem solar kita. 148 00:17:21,043 --> 00:17:24,483 Suhu di sini mencapai 15 juta darjah Celcius… 149 00:17:27,683 --> 00:17:32,243 mencipta persekitaran untuk peristiwa yang tidak boleh berlaku di tempat lain. 150 00:17:36,643 --> 00:17:39,603 Atom berlanggar pada kelajuan dan pelakuran tinggi. 151 00:17:45,203 --> 00:17:47,043 Melepaskan tenaga tulen. 152 00:17:54,803 --> 00:17:59,083 Proses ini digelar pelakuran nuklear 153 00:17:59,923 --> 00:18:02,363 dan ia buat matahari kita bersinar. 154 00:18:06,523 --> 00:18:11,163 Sebenarnya, proses ini memberi kuasa kepada seluruh bintang di alam semesta. 155 00:18:15,243 --> 00:18:20,363 Tenaga yang dilepaskan oleh bintang bermula pada suatu masa dahulu… 156 00:18:25,523 --> 00:18:27,803 apabila tiada jirim, 157 00:18:27,883 --> 00:18:32,123 dan hanya tenaga wujud di seluruh alam semesta ini. 158 00:18:35,163 --> 00:18:39,043 Serta setiap tenaga itu hidup di alam semesta kita hari ini. 159 00:18:46,643 --> 00:18:48,483 Tatkala matahari terbit, 160 00:18:49,923 --> 00:18:53,323 tenaga yang mengalir selama 13.8 bilion tahun 161 00:18:54,923 --> 00:18:58,283 menyapa Wa Chini dan anak-anaknya 162 00:18:59,083 --> 00:19:03,283 dan meneruskan perjalanan di kawasan di sekitarnya. 163 00:19:04,923 --> 00:19:08,123 Ia tidak pernah dicipta atau dimusnah. 164 00:19:09,043 --> 00:19:12,883 Ia hanya berubah tanpa henti. 165 00:19:14,283 --> 00:19:18,883 Namun Wa Chini dan anak-anaknya hanya mendapat tenaga melalui satu bentuk… 166 00:19:23,603 --> 00:19:24,763 daging. 167 00:19:33,843 --> 00:19:36,443 Terdapat pemangsa lain di sini… 168 00:19:39,243 --> 00:19:42,163 yang bukan hanya mampu merampas makanannya 169 00:19:42,243 --> 00:19:43,523 tapi anak-anaknya. 170 00:19:58,123 --> 00:20:00,003 Jika ia tidak diberi makan, 171 00:20:01,043 --> 00:20:02,523 ia tetap akan mati. 172 00:20:23,443 --> 00:20:26,643 Ia sekadar snek, tapi selepas dua hari tanpa makanan, 173 00:20:27,123 --> 00:20:28,523 ia penyelamat. 174 00:20:32,523 --> 00:20:35,883 Namun lebih daripada 10 peratus mangsa citah dicuri. 175 00:20:40,323 --> 00:20:43,963 Wa Chini perlu melindungi setiap tenaga yang ia tangkap… 176 00:20:47,883 --> 00:20:50,043 kerana apabila tenaga sukar dicari, 177 00:20:50,763 --> 00:20:53,243 persaingan menjadi sengit. 178 00:20:57,123 --> 00:21:01,363 Kesusahan Wa Chini untuk bertahan dan menjaga keluarganya berulang 179 00:21:01,443 --> 00:21:03,483 hari demi hari, 180 00:21:06,083 --> 00:21:07,883 bulan demi bulan. 181 00:21:17,923 --> 00:21:21,563 Mencari makanan ibarat satu pertarungan. 182 00:21:27,363 --> 00:21:30,603 Dalam pertempuran antara mengguna dan mendapat tenaga, 183 00:21:32,603 --> 00:21:35,123 ia tiada bandingannya bagi Wa Chini. 184 00:21:40,443 --> 00:21:45,643 Musim kemarau di Serengeti bermaksud kelaparan yang berterusan. 185 00:21:52,043 --> 00:21:53,843 Namun perubahan bakal berlaku. 186 00:21:55,603 --> 00:22:00,723 Haba matahari telah menarik segala kelembapan ke arah langit. 187 00:22:05,123 --> 00:22:06,603 Sesuatu yang naik 188 00:22:07,923 --> 00:22:11,163 tentu akan turun. 189 00:22:14,723 --> 00:22:17,483 Hujan menyapa seluruh dataran itu 190 00:22:18,403 --> 00:22:20,923 dan menamatkan musim kemarau. 191 00:22:26,683 --> 00:22:28,443 Saat langit semakin cerah, 192 00:22:30,003 --> 00:22:31,803 satu sinar harapan muncul. 193 00:22:44,163 --> 00:22:47,443 Sehelai rumput tidak cukup bagi keluarga Wa Chini, 194 00:22:49,963 --> 00:22:54,523 namun jauh dalam sel rumput terletak jawapan kepada kelaparan keluarga itu. 195 00:23:06,563 --> 00:23:09,123 Terletak sebuah dunia tersembunyi. 196 00:23:15,043 --> 00:23:21,643 Tindanan mikroskopik yang digelar grana berjemur di bawah sinar matahari. 197 00:23:32,843 --> 00:23:37,643 Permukaannya penuh dengan protein pungutan cahaya yang kecil 198 00:23:38,923 --> 00:23:42,763 yang menyerap tenaga bintang terdekat kita. 199 00:23:47,843 --> 00:23:50,763 Ia penuh dengan klorofil berpigmen hijau, 200 00:23:52,443 --> 00:23:55,083 yang menyerap sinaran cahaya. 201 00:24:00,043 --> 00:24:02,283 Melalui proses fotosintesis, 202 00:24:12,683 --> 00:24:15,243 air bergabung dengan karbon dioksida, 203 00:24:18,363 --> 00:24:21,403 dan pancaran cahaya matahari bertukar menjadi gula. 204 00:24:38,483 --> 00:24:43,203 Dalam masa beberapa hari, tanah yang tandus penuh dengan tumbuhan. 205 00:24:51,523 --> 00:24:55,483 Berbilion rumput menyerap cahaya matahari yang tidak terbatas. 206 00:25:00,523 --> 00:25:05,003 Tenaga alam semesta tertanam di dalam landskap. 207 00:25:10,443 --> 00:25:11,963 Hanya ada satu masalah. 208 00:25:14,523 --> 00:25:17,043 Citah tidak boleh memakan rumput. 209 00:25:22,963 --> 00:25:25,843 Tapi jauh di hutan utara, 210 00:25:27,123 --> 00:25:31,123 ada raksasa yang makan. 211 00:25:34,123 --> 00:25:36,123 Beratus ribu raksasa. 212 00:25:38,923 --> 00:25:40,163 Gnu. 213 00:25:43,163 --> 00:25:48,363 Gnu memiliki mulut yang lebar, bibir mudah lentur, dan empat perut 214 00:25:49,083 --> 00:25:51,963 yang sesuai untuk pemakan rumput. 215 00:26:01,123 --> 00:26:03,923 Kawanan gnu sentiasa bergerak 216 00:26:05,843 --> 00:26:07,683 untuk mencari rumput segar. 217 00:26:11,043 --> 00:26:14,123 Untuk mencari rumput, ia mengikut hujan. 218 00:26:17,843 --> 00:26:19,243 Didorong, macam kita, 219 00:26:21,283 --> 00:26:22,363 oleh kelaparan. 220 00:26:32,043 --> 00:26:34,563 Ada satu peraturan di Serengeti, 221 00:26:36,243 --> 00:26:39,123 makanan tidak pernah datang dengan mudah. 222 00:26:48,043 --> 00:26:49,523 Sungai Mara, 223 00:26:52,163 --> 00:26:55,203 yang dihuni oleh buaya terbesar di Bumi. 224 00:26:59,123 --> 00:27:00,883 Ia sekatan yang serius 225 00:27:00,963 --> 00:27:04,123 dalam pencarian tenaga vital oleh gnu. 226 00:27:16,203 --> 00:27:17,683 Di selatan, 227 00:27:17,763 --> 00:27:22,443 Wa Chini menghabiskan setiap saat mencari sesuatu yang boleh dimakan. 228 00:27:33,043 --> 00:27:36,043 Selepas enam bulan makan makanan ringan, 229 00:27:37,723 --> 00:27:40,203 salah satu anaknya semakin membesar. 230 00:27:47,763 --> 00:27:50,803 Ia belajar kemahiran memburu. 231 00:27:57,043 --> 00:28:01,243 Tapi seekor anak telah hilang dari pandangan mata. 232 00:28:07,443 --> 00:28:10,843 Hanya lima peratus anak citah menjadi dewasa. 233 00:28:13,723 --> 00:28:17,643 Kebanyakan citah mati akibat kelaparan atau diserang dubuk. 234 00:28:25,243 --> 00:28:28,923 Masa depan anak citah ini tidak terjamin, 235 00:28:32,923 --> 00:28:36,043 walaupun tenaga berada sangat dekat. 236 00:28:42,443 --> 00:28:44,403 Terkumpul di tebing Mara, 237 00:28:45,283 --> 00:28:48,203 gnu tiada pilihan lain selain maju ke hadapan. 238 00:28:52,123 --> 00:28:55,203 Tapi seekor gnu perlu memulakan langkah. 239 00:29:34,923 --> 00:29:37,123 Satu setengah juta ekor gnu 240 00:29:38,083 --> 00:29:40,603 melalui perjalanan ini setiap tahun. 241 00:29:44,323 --> 00:29:48,603 Di sini, pertarungan antara mengguna dan memakan tenaga… 242 00:29:50,723 --> 00:29:52,723 berlaku pada skala besar. 243 00:30:08,163 --> 00:30:10,883 Bagi gnu yang berjaya merentas, 244 00:30:12,443 --> 00:30:14,043 ia sekadar permulaan. 245 00:30:23,243 --> 00:30:25,923 Ia perlu mengembara beratus kilometer 246 00:30:27,843 --> 00:30:28,843 siang dan malam 247 00:30:30,083 --> 00:30:31,483 selama lebih dua bulan… 248 00:30:34,243 --> 00:30:35,923 untuk ke daratan berumput. 249 00:30:48,643 --> 00:30:52,443 Wa Chini sabar menunggu kedatangan gnu, 250 00:30:53,963 --> 00:30:58,123 tapi terdapat penghijrahan lain yang berlaku yang penting 251 00:30:58,203 --> 00:31:00,643 bagi ketahanan hidup kedua-dua haiwan. 252 00:31:03,883 --> 00:31:08,403 Ia perjalanan jarak dan masa yang tidak boleh difahami. 253 00:31:11,683 --> 00:31:17,043 Tanpa itu, setiap makhluk di Serengeti akan kelaparan. 254 00:31:24,243 --> 00:31:26,243 Dalam teras matahari, 255 00:31:26,323 --> 00:31:28,603 apabila atom berlanggar dan berlakur, 256 00:31:29,403 --> 00:31:34,403 foton dilepaskan dan mengalir keluar. 257 00:31:38,843 --> 00:31:44,043 Bungkusan kecil tenaga cahaya ini tidak memiliki sebarang jirim 258 00:31:44,123 --> 00:31:46,123 dan bergerak pada kelajuan cahaya. 259 00:31:47,843 --> 00:31:51,123 Tapi di dalam teras yang sangat padat, 260 00:31:51,203 --> 00:31:55,123 ia dikekang, diserap dan bertaburan. 261 00:31:58,243 --> 00:32:03,843 Perjalanan yang biasanya memakan masa dua saat boleh memakan masa berjuta tahun. 262 00:32:11,003 --> 00:32:15,123 Ia perjuangan yang sukar untuk melarikan diri dari matahari. 263 00:32:20,043 --> 00:32:23,443 Tapi perlahan-lahan, foton naik 264 00:32:25,243 --> 00:32:27,723 ke atas melalui lapisan matahari 265 00:32:29,683 --> 00:32:31,923 ke arah permukaan yang panas membara, 266 00:32:34,523 --> 00:32:37,243 di tempat yang ia boleh dibebaskan. 267 00:32:40,723 --> 00:32:43,403 Ia memancar ke semua arah… 268 00:32:45,683 --> 00:32:47,083 sebagai cahaya bintang. 269 00:32:53,763 --> 00:32:59,603 Mengembara sejauh 150 juta kilometer dalam masa lebih lapan minit saja. 270 00:33:04,923 --> 00:33:06,683 Tiba tepat pada masanya… 271 00:33:09,203 --> 00:33:12,763 untuk bertemu gnu di penghujung perjalanan. 272 00:33:16,443 --> 00:33:22,843 Setiap helai rumput menyerap sepuluh kuadrilion foton setiap saat, 273 00:33:27,923 --> 00:33:33,523 menangkap tenaga yang cukup untuk memberi makan kawanan gnu. 274 00:33:43,763 --> 00:33:44,643 Dari bintang… 275 00:33:47,643 --> 00:33:48,603 ke rumput… 276 00:33:52,323 --> 00:33:53,323 ke gnu, 277 00:33:59,763 --> 00:34:02,603 cahaya matahari memberi tenaga untuk bergerak… 278 00:34:04,683 --> 00:34:05,523 membesar… 279 00:34:07,803 --> 00:34:08,923 untuk membiak. 280 00:34:17,203 --> 00:34:20,243 Semakin lama ia makan di dataran, 281 00:34:21,083 --> 00:34:24,163 semakin lama ia tersedia untuk dimakan. 282 00:34:39,923 --> 00:34:45,163 Tenaga yang penuh, enak dan padat 283 00:34:45,243 --> 00:34:47,643 berada dalam jarak yang dekat sekarang. 284 00:34:55,843 --> 00:34:58,203 Tapi dengan tiga juta mata memandang, 285 00:35:01,843 --> 00:35:03,923 Wa Chini perlu bergerak pantas. 286 00:35:06,603 --> 00:35:09,363 Nasib baik, ia seekor citah. 287 00:35:59,283 --> 00:36:03,123 Akhirnya, Wa Chini berjaya merasa cahaya bintang. 288 00:36:26,083 --> 00:36:27,523 Dengan setiap gigitan, 289 00:36:27,603 --> 00:36:31,723 protein dan lemak yang penuh dengan tenaga kosmos 290 00:36:31,803 --> 00:36:33,723 memasuki aliran darah Wa Chini. 291 00:36:39,883 --> 00:36:44,403 Destinasi terakhir ialah loji kuasa sel badan Wa Chini. 292 00:36:45,563 --> 00:36:46,763 Mitokondria. 293 00:36:49,123 --> 00:36:52,763 Satu perubahan terakhir bakal berlaku. 294 00:37:00,883 --> 00:37:04,683 Dalam setiap mitokondria terkandung landskap yang bergelora. 295 00:37:08,763 --> 00:37:13,043 Banyak selaput beriak-riak dengan kimia yang kompleks. 296 00:37:15,123 --> 00:37:19,403 Di sinilah makanan kaya tenaga bertindak balas dengan oksigen 297 00:37:20,203 --> 00:37:21,963 dan akhirnya terpecah… 298 00:37:28,723 --> 00:37:34,003 melepaskan tenaga alam semesta kita terus ke dalam sel badan Wa Chini. 299 00:37:38,483 --> 00:37:41,203 Beri kuasa terhadap tindakan dan fikiran. 300 00:37:41,963 --> 00:37:43,683 Setiap pergerakan. 301 00:37:51,203 --> 00:37:54,043 Perjalanan dari bintang ke sel lengkap. 302 00:37:59,043 --> 00:38:01,203 Tenaga yang menyalakan alam semesta 303 00:38:02,603 --> 00:38:06,003 memberi Wa Chini dan anak-anaknya nikmat kehidupan. 304 00:38:18,963 --> 00:38:20,243 Pada musim hujan, 305 00:38:21,203 --> 00:38:23,043 kelaparan hanya satu kenangan. 306 00:38:32,923 --> 00:38:36,963 Di seberang Serengeti, tenaga terus berubah. 307 00:38:41,363 --> 00:38:44,003 Dari satu kehidupan ke satu kehidupan. 308 00:38:45,683 --> 00:38:48,523 Menyuburkan seluruh ekosistem. 309 00:38:51,443 --> 00:38:54,363 Matahari kita ialah sumber paling utama. 310 00:38:55,643 --> 00:38:58,203 Semuanya bergantung pada cahaya bintang. 311 00:39:03,723 --> 00:39:07,363 Masalahnya, matahari tidak bergantung pada apa pun. 312 00:39:10,963 --> 00:39:12,843 Dalam masa lima bilion tahun, 313 00:39:13,683 --> 00:39:15,323 ia akan kehabisan tenaga. 314 00:39:19,883 --> 00:39:21,723 Apabila teras matahari runtuh, 315 00:39:22,563 --> 00:39:24,043 matahari akan membesar… 316 00:39:26,723 --> 00:39:28,283 dan menjadi raksasa merah… 317 00:39:31,563 --> 00:39:36,603 yang akan melahap planet dalam, Utarid dan Zuhrah. 318 00:39:41,843 --> 00:39:43,883 Apabila ia berkembang ke Bumi, 319 00:39:44,763 --> 00:39:48,123 graviti ekstrem akan menghancurkan bulan. 320 00:40:02,323 --> 00:40:05,323 Batu bulan akan berselerakan di sekeliling Bumi. 321 00:40:10,483 --> 00:40:13,603 Takdir terakhir planet kita masih menjadi tanda tanya. 322 00:40:18,483 --> 00:40:21,763 Tapi akan ada satu matahari terbit terakhir… 323 00:40:25,683 --> 00:40:28,643 sebelum lapisan luar bintang kita meletup, 324 00:40:30,363 --> 00:40:32,363 dan melepaskan hembusan terakhir. 325 00:40:40,083 --> 00:40:43,883 Yang tinggal hanyalah bara api. 326 00:40:45,003 --> 00:40:46,603 Bintang kerdil putih, 327 00:40:46,683 --> 00:40:52,163 lebih kurang saiz Bumi kita, dikelilingi awan bercahaya yang tebal. 328 00:40:55,443 --> 00:40:57,123 Isyarat kepada alam semesta. 329 00:40:58,163 --> 00:41:00,323 Kita pernah berada di sini. 330 00:41:04,403 --> 00:41:05,523 Tapi sekarang, 331 00:41:06,403 --> 00:41:09,603 bintang kita terus menyinari kita… 332 00:41:13,003 --> 00:41:16,243 hingga berbilion tahun akan datang. 333 00:41:17,243 --> 00:41:22,323 Tenaga yang penting bagi semua kehidupan. 334 00:41:30,163 --> 00:41:32,283 Seterusnya dalam kisah alam semesta, 335 00:41:33,803 --> 00:41:35,683 sama ada bintang yang bersinar, 336 00:41:38,123 --> 00:41:39,803 lohong hitam yang luas, 337 00:41:40,963 --> 00:41:44,003 atau cimpanzi yang belajar bergayut, 338 00:41:44,083 --> 00:41:46,323 semuanya memakan masa. 339 00:41:48,123 --> 00:41:51,963 Apakah yang sebenarnya anda tahu tentang dimensi misteri ini? 340 00:41:53,243 --> 00:41:58,323 Mengapa segalanya memiliki masa lalu, masa kini dan masa depan? 341 00:41:59,523 --> 00:42:01,443 Ada sesiapa akan berada di sini 342 00:42:03,563 --> 00:42:04,683 tanpa masa? 343 00:42:36,923 --> 00:42:39,643 Terjemahan sari kata oleh Zarifah Kamarulhisham