1 00:00:17,603 --> 00:00:22,003 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:27,043 --> 00:00:29,043 Jauh di utara planet kita 3 00:00:30,683 --> 00:00:32,843 terletak tanah paling ekstrem. 4 00:00:37,883 --> 00:00:39,483 Menjelang musim sejuk… 5 00:00:43,203 --> 00:00:46,203 angin Artik menyebabkan suhu jatuh menjunam. 6 00:00:49,843 --> 00:00:54,123 Beruang Perang Alaska perlu berlindung. 7 00:01:02,563 --> 00:01:05,203 Ia tidak mampu menahan cuaca sejuk beku, 8 00:01:07,083 --> 00:01:10,323 ia terpaksa memulakan perjalanan yang sangat luar biasa. 9 00:01:15,083 --> 00:01:18,843 Apabila Kutub Utara berpaling ke arah kegelapan dan kesejukan, 10 00:01:24,043 --> 00:01:28,723 beruang mula memanjat gunung yang tinggi. 11 00:01:33,003 --> 00:01:35,443 Mencari perlindungan di gua atau jerumun 12 00:01:36,643 --> 00:01:38,523 di dalam cerun yang curam. 13 00:01:41,683 --> 00:01:43,203 Beratus meter di puncak. 14 00:02:12,803 --> 00:02:14,923 Beruang yang tinggal di hujung bumi 15 00:02:16,803 --> 00:02:20,923 perlu bersaing dengan cabaran yang luar biasa pada setiap musim. 16 00:02:23,963 --> 00:02:24,843 Oleh itu, 17 00:02:26,363 --> 00:02:30,283 ia bergantung pada hubungan sangat istimewa dengan alam semesta. 18 00:02:31,283 --> 00:02:34,723 Dalam biologi beruang 19 00:02:34,803 --> 00:02:36,883 tertulis setiap saat penting 20 00:02:38,443 --> 00:02:42,003 dalam sejarah Bumi selama empat setengah bilion tahun. 21 00:02:45,083 --> 00:02:49,803 Peristiwa di luar jangkaan dan kemusnahan 22 00:02:51,523 --> 00:02:56,603 yang mencipta sebuah dunia yang berbeza daripada tempat lain di alam semesta kita. 23 00:03:21,723 --> 00:03:26,483 PERTUKARAN MUSIM 24 00:03:33,363 --> 00:03:36,523 Ini Luna, beruang betina berusia enam tahun. 25 00:03:41,523 --> 00:03:43,923 Ia telah selamat sampai di jerumun 26 00:03:46,763 --> 00:03:50,123 yang akan menjadi rumahnya selama enam bulan akan datang. 27 00:03:58,003 --> 00:03:59,163 Tempat yang selesa 28 00:04:00,603 --> 00:04:04,443 untuk melihat musim sejuk semasa hibernasi. 29 00:04:06,523 --> 00:04:09,643 HIBERNASI HARI PERTAMA 30 00:04:22,683 --> 00:04:24,563 Apabila siang semakin pendek, 31 00:04:27,243 --> 00:04:29,923 tubuhnya mengikut rentak planet kita. 32 00:04:36,403 --> 00:04:38,523 Jantung mula berdegup perlahan. 33 00:04:48,323 --> 00:04:50,323 Hanya lapan denyutan seminit. 34 00:05:04,923 --> 00:05:06,563 Apabila ia berehat, 35 00:05:08,643 --> 00:05:10,643 suhu badannya menurun. 36 00:05:30,843 --> 00:05:35,923 Ia tidur lena dan bermimpi. 37 00:05:52,323 --> 00:05:56,803 Hubungan kuat antara beruang dan alam semesta… 38 00:05:59,923 --> 00:06:03,563 memaksa beruang untuk menghabiskan musim sejuk di bawah tanah. 39 00:06:08,003 --> 00:06:12,123 Ia tidak sedar tentang perjalanan yang menanti. 40 00:06:17,203 --> 00:06:19,163 Di luar jerumun, 41 00:06:22,523 --> 00:06:24,283 Bumi berputar. 42 00:06:33,403 --> 00:06:34,243 HARI PERTAMA 43 00:06:34,323 --> 00:06:38,443 Setiap hari, planet ini berputar sekali pada paksinya. 44 00:06:39,803 --> 00:06:44,323 HARI KEDUA 45 00:06:44,403 --> 00:06:47,723 HARI KETIGA 46 00:06:47,803 --> 00:06:51,083 HARI KEEMPAT 47 00:06:51,163 --> 00:06:54,483 HARI KELIMA 48 00:06:55,363 --> 00:07:00,123 Setiap bulan, Bulan melengkapkan satu kitaran penuh mengelilingi Bumi. 49 00:07:07,083 --> 00:07:08,723 Apabila berbulan berlalu, 50 00:07:09,763 --> 00:07:13,363 Bumi dan Bulan mengelilingi Matahari. 51 00:07:19,243 --> 00:07:21,363 Sepanjang masa ia akan tidur, 52 00:07:22,363 --> 00:07:26,563 Luna akan mengembara sejauh 470 juta kilometer. 53 00:07:27,963 --> 00:07:30,323 MAC 54 00:07:33,003 --> 00:07:34,963 Pelayaran kosmos yang epik 55 00:07:36,683 --> 00:07:39,123 separuh jalan mengelilingi Matahari. 56 00:07:47,603 --> 00:07:48,723 Tahun ini, 57 00:07:49,603 --> 00:07:51,883 ia memiliki beberapa teman baharu. 58 00:07:51,963 --> 00:07:55,523 HIBERNASI HARI 122 59 00:07:55,603 --> 00:07:58,243 Dalam ia bangun dan tidur, 60 00:07:59,563 --> 00:08:01,683 Luna melahirkan… 61 00:08:04,083 --> 00:08:05,923 dua ekor anak beruang. 62 00:08:12,363 --> 00:08:16,803 Anak-anak itu akan makan dan tidur di dalam jerumun sehingga musim bunga. 63 00:08:19,643 --> 00:08:21,443 Dengan dua ekor anak, 64 00:08:23,363 --> 00:08:26,043 badan Luna semakin lemah. 65 00:08:33,163 --> 00:08:35,843 Sel lemak di bawah kulit mula mengecut 66 00:08:37,483 --> 00:08:40,843 apabila tenaga simpanan digunakan untuk menghasilkan susu. 67 00:08:46,203 --> 00:08:48,883 HIBERNASI HARI 154 68 00:08:48,963 --> 00:08:51,003 Selepas lima bulan di bawah tanah, 69 00:08:51,883 --> 00:08:55,443 Luna telah kehilangan lebih satu perempat berat badannya. 70 00:09:01,163 --> 00:09:04,483 Dengan suhu di luar masih di bawah tahap air beku, 71 00:09:06,603 --> 00:09:09,843 Luna perlu musim bunga datang dengan lebih cepat 72 00:09:10,683 --> 00:09:14,043 jika ia mahu memberi makan anak-anaknya yang baru lahir. 73 00:09:22,123 --> 00:09:23,003 Nasib baik, 74 00:09:24,923 --> 00:09:26,403 Bumi agak ganjil. 75 00:09:29,843 --> 00:09:31,523 Ia condong di sisi. 76 00:09:31,603 --> 00:09:35,883 CONDONG 23 DARJAH 77 00:09:35,963 --> 00:09:38,843 Jadi, apabila ia bergerak di angkasa, 78 00:09:39,763 --> 00:09:42,283 pada masa yang berbeza dalam setahun, 79 00:09:42,363 --> 00:09:45,443 bahagian yang berbeza condong ke arah Matahari, 80 00:09:47,323 --> 00:09:49,683 menyebabkan musim bertukar. 81 00:10:00,403 --> 00:10:02,043 Maksudnya di Alaska, 82 00:10:03,243 --> 00:10:05,243 perkara luar biasa sedang berlaku. 83 00:10:12,923 --> 00:10:14,403 Hari demi hari, 84 00:10:14,883 --> 00:10:17,043 matahari semakin memuncak di langit. 85 00:10:20,883 --> 00:10:23,723 Sinaran matahari mengubah landskap. 86 00:10:34,123 --> 00:10:37,963 Tepat pada masanya untuk Luna dan anak-anaknya. 87 00:10:42,563 --> 00:10:46,123 Hujung saraf di bawah lapisan kulit mengesan panas matahari. 88 00:10:53,803 --> 00:10:55,603 Apabila siang semakin panjang, 89 00:11:01,163 --> 00:11:04,043 sel khas di sebalik matanya 90 00:11:05,523 --> 00:11:09,043 mengesan peningkatan kadar cahaya. 91 00:11:14,723 --> 00:11:17,003 Isyarat rahsia ini, 92 00:11:17,083 --> 00:11:19,243 terus dari bintang terdekat kita, 93 00:11:22,443 --> 00:11:26,323 beritahu Luna bahawa ini masanya untuk keluar dari hibernasi. 94 00:11:40,763 --> 00:11:45,203 Ia sedar akan pertukaran musim di planet. 95 00:11:54,363 --> 00:11:56,043 Tapi di dalam sistem suria, 96 00:11:58,243 --> 00:12:00,083 musim macam musim di Bumi 97 00:12:01,923 --> 00:12:03,243 jauh berbeza. 98 00:12:09,683 --> 00:12:12,203 Jiran terdekat kita, Zuhrah, 99 00:12:14,963 --> 00:12:16,723 lebih dekat dengan Matahari 100 00:12:17,683 --> 00:12:20,403 dan lebih panas berbanding Bumi. 101 00:12:25,203 --> 00:12:28,163 Planet ini tiada kecondongan, 102 00:12:29,003 --> 00:12:31,123 jadi ia tiada musim. 103 00:12:35,523 --> 00:12:39,443 Suhu panas yang membakar sepanjang tahun. 104 00:12:44,323 --> 00:12:45,603 Lebih jauh, 105 00:12:46,123 --> 00:12:47,523 jauh melepasi Bumi, 106 00:12:49,643 --> 00:12:50,963 ialah Marikh. 107 00:12:52,923 --> 00:12:56,163 Orbit menyebabkan jaraknya dengan Matahari 108 00:12:56,243 --> 00:12:58,643 berubah secara dramatik sepanjang tahun. 109 00:13:00,203 --> 00:13:02,003 Menjadikan musim di Marikh 110 00:13:03,643 --> 00:13:06,483 jauh lebih ekstrem berbanding musim kita. 111 00:13:06,563 --> 00:13:09,163 -125 DARJAH CELSIUS 112 00:13:09,243 --> 00:13:13,923 Semasa musim sejuk, lebih satu perempat atmosfera planet itu membeku. 113 00:13:15,923 --> 00:13:17,083 Semasa musim panas, 114 00:13:18,163 --> 00:13:20,483 apabila Marikh dekat dengan Matahari, 115 00:13:21,283 --> 00:13:24,323 peningkatan haba menyebabkan ribut debu 116 00:13:24,403 --> 00:13:29,323 yang sangat teruk yang menelan seluruh planet. 117 00:13:33,403 --> 00:13:34,843 Tapi jauh dari Marikh, 118 00:13:35,483 --> 00:13:36,443 MUSYTARI 119 00:13:36,523 --> 00:13:37,723 Jauh dari Musytari, 120 00:13:39,723 --> 00:13:41,043 ZUHAL 121 00:13:41,123 --> 00:13:42,043 dan Zuhal. 122 00:13:48,123 --> 00:13:51,043 Tiga bilion kilometer dari Matahari, 123 00:13:52,643 --> 00:13:57,243 Uranus memiliki musim paling ekstrem dalam sistem suria. 124 00:13:59,883 --> 00:14:03,283 Planet berputar pada sisi. 125 00:14:04,323 --> 00:14:06,283 Semasa ia berputar, 126 00:14:06,363 --> 00:14:08,523 musim panas menghadap Matahari, 127 00:14:12,083 --> 00:14:17,123 sementara musim sejuk tidak melihat cahaya siang selama 42 tahun. 128 00:14:29,443 --> 00:14:32,843 Hanya Bumi memiliki musim, 129 00:14:34,483 --> 00:14:37,483 walaupun ia ekstrem, 130 00:14:38,243 --> 00:14:40,843 ia masih memberi peluang untuk makhluk hidup. 131 00:14:54,563 --> 00:14:56,243 Dengan ketibaan musim bunga, 132 00:14:57,323 --> 00:14:59,643 keluarga Luna keluar dari jerumun. 133 00:15:06,323 --> 00:15:11,043 Anak-anak boleh merasa sinaran cahaya matahari buat kali pertama. 134 00:15:35,923 --> 00:15:40,403 Apabila musim bertukar, anak beruang perlu memulakan perjalanan menggerunkan. 135 00:15:48,323 --> 00:15:49,803 Untuk mencari makanan, 136 00:15:50,883 --> 00:15:53,523 Luna perlu membawa anak-anak ke tanah rendah 137 00:15:54,803 --> 00:15:56,803 di seberang gunung. 138 00:16:13,763 --> 00:16:16,083 Pendakian yang sukar bagi anak beruang. 139 00:16:23,883 --> 00:16:27,363 Ia perlu mendaki beratus meter ais dan batu. 140 00:17:21,083 --> 00:17:25,323 Sebaik melepasi puncak, laluan paling sukar pun tamat. 141 00:17:36,803 --> 00:17:39,963 Tapi ia masih belum selamat. 142 00:17:43,603 --> 00:17:45,963 Untuk kekal bertahan sepanjang tahun, 143 00:17:47,283 --> 00:17:52,043 nasib keluarga itu bergantung pada pemahaman naluri hati Luna 144 00:17:53,243 --> 00:17:54,683 tentang musim depan. 145 00:17:58,963 --> 00:18:00,323 Setiap satu… 146 00:18:02,683 --> 00:18:05,523 hasil perjalanan tahunan Bumi melalui angkasa. 147 00:18:12,483 --> 00:18:13,923 Perjalanan yang bermula… 148 00:18:15,963 --> 00:18:19,003 sebelum Bumi wujud. 149 00:18:24,643 --> 00:18:30,763 SISTEM SURIA 4.6 BILION TAHUN LALU 150 00:18:33,683 --> 00:18:39,643 Semasa sistem suria kita hanya sekadar debu-debuan. 151 00:18:43,163 --> 00:18:47,643 Tiada Matahari, planet atau bulan. 152 00:18:50,403 --> 00:18:53,963 Hanya awan gas dan debu. 153 00:19:07,363 --> 00:19:11,003 Kemudian, jauh di dalam sistem suria, 154 00:19:13,443 --> 00:19:14,963 sebutir bintang meletup. 155 00:19:16,963 --> 00:19:21,843 Supernova yang menghantar gelombang kejutan ke serata galaksi. 156 00:19:41,323 --> 00:19:46,323 Semasa impak, gelombang kejutan menyebabkan awan runtuh ke dalam, 157 00:19:51,723 --> 00:19:53,483 dan mula berpusing. 158 00:20:00,483 --> 00:20:02,683 Apabila ia berpusing lebih laju, 159 00:20:04,083 --> 00:20:08,123 awan menjadi rata macam bentuk cakera. 160 00:20:10,243 --> 00:20:13,243 Lubuk pusar gas dan batu. 161 00:20:16,643 --> 00:20:19,443 Di tengah, di bawah tekanan yang kuat, 162 00:20:23,083 --> 00:20:24,523 Matahari terbentuk. 163 00:20:28,123 --> 00:20:31,883 Nun jauh di sana, batu-batuan saling bertembung, 164 00:20:34,123 --> 00:20:36,243 dan planet kita mula membesar. 165 00:20:41,123 --> 00:20:43,523 Selepas 20 juta tahun, 166 00:20:44,923 --> 00:20:46,803 Bumi terbentuk sepenuhnya. 167 00:20:49,403 --> 00:20:52,763 Masih mengelilingi Matahari macam awan yang asal. 168 00:20:58,963 --> 00:21:02,323 Mengelilingi sekali setiap 365 hari. 169 00:21:05,563 --> 00:21:07,483 Itulah cara Bumi mendapat tahun. 170 00:21:14,283 --> 00:21:16,643 Pada tahap ini dalam kisah planet ini, 171 00:21:17,803 --> 00:21:19,563 ia masih tiada musim. 172 00:21:24,123 --> 00:21:26,763 Kerana kecamukan yang mencipta musim… 173 00:21:29,243 --> 00:21:31,123 masih belum tiba. 174 00:21:41,603 --> 00:21:45,403 Di Alaska, keindahan musim bunga 175 00:21:46,643 --> 00:21:49,323 berubah kepada musim panas yang malas. 176 00:22:01,523 --> 00:22:03,923 Anak-anak berusia lima bulan sekarang. 177 00:22:06,643 --> 00:22:08,163 Ia masih belajar… 178 00:22:10,443 --> 00:22:11,723 cara menjadi beruang. 179 00:22:25,043 --> 00:22:27,243 Ia membesar dengan sangat cepat, 180 00:22:28,043 --> 00:22:30,203 anak-anak beruang sentiasa lapar. 181 00:22:36,563 --> 00:22:38,843 Walaupun ia nampak menyenangkan, 182 00:22:41,083 --> 00:22:44,523 musim panas di Alaska merupakan masa yang sukar. 183 00:22:54,723 --> 00:22:57,403 Tanpa makanan yang sesuai di padang rumput, 184 00:22:58,083 --> 00:23:00,243 beruang hanya boleh makan rumput. 185 00:23:11,283 --> 00:23:16,283 Maknanya anak beruang masih bergantung pada susu ibu 186 00:23:16,363 --> 00:23:17,963 untuk cukup kenyang. 187 00:23:35,563 --> 00:23:39,843 Luna tidak makan dengan teratur sejak sebelum ia berhibernasi, 188 00:23:41,603 --> 00:23:44,083 jadi ia semakin kepenatan. 189 00:23:53,123 --> 00:23:56,083 Tapi berdekatan, di angkasa, 190 00:23:57,563 --> 00:23:59,203 bantuan dalam perjalanan. 191 00:24:05,923 --> 00:24:10,443 Sebab hari ini, planet kita ada peneman setia. 192 00:24:13,043 --> 00:24:14,083 Bulan. 193 00:24:16,363 --> 00:24:18,323 Sentiasa mengelilingi Bumi, 194 00:24:19,763 --> 00:24:22,363 ia jiran cakerawala terdekat kita. 195 00:24:23,963 --> 00:24:28,003 Objek paling besar dan paling cerah di langit malam. 196 00:24:32,163 --> 00:24:35,563 Bulan sangat besar dan sangat dekat, 197 00:24:37,803 --> 00:24:40,523 menyebabkan tarikan graviti yang sangat kuat. 198 00:24:47,923 --> 00:24:51,523 Cukup kuat untuk mempengaruhi dunia kita. 199 00:24:56,123 --> 00:24:59,203 Ia menjauhkan lautan dari permukaan planet… 200 00:25:07,563 --> 00:25:09,723 mencipta pasang surut Bumi. 201 00:25:16,003 --> 00:25:18,723 Beberapa hari di sekitar Bulan penuh dan baru, 202 00:25:20,843 --> 00:25:25,443 pasang surut musim panas paling rendah mendedahkan landskap baru. 203 00:25:29,803 --> 00:25:32,843 Dataran lumpur beratus meter dari pantai. 204 00:25:39,163 --> 00:25:42,843 Membolehkan beruang yang kelaparan untuk memperoleh makanan. 205 00:25:50,603 --> 00:25:54,523 Tepat pada masanya untuk Luna dan anak-anaknya. 206 00:26:02,523 --> 00:26:08,243 Mencari makanan di dalam lumpur merupakan kemahiran beruang dewasa. 207 00:26:17,123 --> 00:26:21,723 Deria bau Luna 2,000 kali jauh lebih baik daripada kita. 208 00:26:24,523 --> 00:26:27,043 Sesuai untuk mencari secebis makanan enak. 209 00:26:31,243 --> 00:26:32,723 Kepah berkulit lembut. 210 00:26:53,723 --> 00:26:56,243 Ia sangat mahir membuka kulit kepah, 211 00:26:57,443 --> 00:27:00,243 satu kepah dalam masa seminit. 212 00:27:20,483 --> 00:27:24,363 Kepah merupakan hidangan tambahan kepada diet musim panas yang tidak seberapa. 213 00:27:31,803 --> 00:27:34,803 Tenaga vital yang boleh disalurkan kepada anak-anak. 214 00:27:39,843 --> 00:27:43,403 Hadiah ini, yang dihantar oleh Bulan, 215 00:27:43,923 --> 00:27:46,803 membantu Luna memberi makan anak-anaknya sepanjang musim panas. 216 00:27:49,923 --> 00:27:52,523 Tapi hubungan beruang dengan Bulan… 217 00:27:55,483 --> 00:27:58,483 jauh lebih mendalam. 218 00:28:03,283 --> 00:28:08,323 Bumi mendapat musim semasa pembentukan Bulan. 219 00:28:11,243 --> 00:28:13,843 SISTEM SURIA 4.4 BILION TAHUN LALU 220 00:28:13,923 --> 00:28:16,083 Tidak lama selepas Bumi terbentuk, 221 00:28:17,123 --> 00:28:18,803 planet kita mendapat teman. 222 00:28:31,043 --> 00:28:32,843 Tapi ia bukan Bulan. 223 00:28:34,963 --> 00:28:39,123 Ia planet lain yang terbentuk dalam orbit Bumi. 224 00:28:44,563 --> 00:28:46,923 Saudara bernama Theia. 225 00:28:48,723 --> 00:28:50,843 Ia lebih kurang saiz Marikh. 226 00:28:53,523 --> 00:28:56,723 Bebola batu dan lahar yang luas. 227 00:28:59,483 --> 00:29:01,243 Sepanjang zaman muda, 228 00:29:03,043 --> 00:29:05,163 Bumi dan Theia hidup dengan harmoni. 229 00:29:11,363 --> 00:29:16,323 Sehingga gangguan graviti dalam sistem suria yang masih muda… 230 00:29:19,723 --> 00:29:23,443 menyebabkan dua planet dalam arah pandu perlanggaran. 231 00:29:28,923 --> 00:29:30,083 Pada ketika ini, 232 00:29:32,083 --> 00:29:35,083 masa depan Bumi tidak terjamin. 233 00:29:54,043 --> 00:29:56,083 Theia hancur berkecai… 234 00:29:59,523 --> 00:30:02,443 apabila impak mencairkan kedua-dua dunia. 235 00:30:29,163 --> 00:30:31,443 Buat seketika dalam masa kosmos, 236 00:30:34,603 --> 00:30:36,523 planet kita memiliki dua bulan. 237 00:30:46,403 --> 00:30:53,203 Namun graviti mengheret salah satu bulan untuk dimamah oleh Bumi. 238 00:31:06,763 --> 00:31:10,083 Meninggalkan satu-satunya bulan yang kita lihat sekarang. 239 00:31:17,083 --> 00:31:21,243 Perlanggaran itu mengubah planet kita selamanya. 240 00:31:27,123 --> 00:31:28,243 CONDONG 23 DARJAH 241 00:31:28,323 --> 00:31:30,643 Impak itu buat ia condong, 242 00:31:31,643 --> 00:31:35,083 kini ia berputar pada kecondongan 23 darjah. 243 00:31:41,003 --> 00:31:43,803 Apabila ia mengelilingi orbit, 244 00:31:45,643 --> 00:31:47,083 dengan dua hemisfera, 245 00:31:47,763 --> 00:31:51,683 satu hemisfera menghadap Matahari, 246 00:31:55,043 --> 00:31:57,923 memberi Bumi musim. 247 00:32:19,643 --> 00:32:21,963 Apabila musim panas hampir tamat, 248 00:32:22,723 --> 00:32:25,243 malam yang lebih panjang merupakan tanda 249 00:32:25,323 --> 00:32:28,323 bahawa musim sejuk Alaska yang ganas akan tiba. 250 00:32:32,603 --> 00:32:35,243 Anak-anak berusia tujuh bulan sekarang. 251 00:32:41,163 --> 00:32:45,683 Luna tahu jika ia mahu bertahan semasa musim sejuk yang panjang, 252 00:32:46,403 --> 00:32:49,443 ia perlu menambah simpanan lemak. 253 00:33:06,043 --> 00:33:08,363 Tapi Bulan ialah peringatan berterusan… 254 00:33:12,963 --> 00:33:14,443 bahawa bantuan akan tiba. 255 00:33:19,843 --> 00:33:23,003 Seribu kilometer dari pantai Alaska, 256 00:33:25,003 --> 00:33:28,563 terdapat makhluk lain yang berpandu pada ritma bermusim Bumi. 257 00:33:32,243 --> 00:33:34,003 salmon merah. 258 00:33:36,803 --> 00:33:39,723 Selepas dua tahun berenang di Lautan Pasifik, 259 00:33:42,803 --> 00:33:44,763 ia mencapai usia matang. 260 00:33:46,123 --> 00:33:48,443 Sekarang, perubahan jangka siang 261 00:33:49,723 --> 00:33:52,723 mencetuskan hormon untuk dirembeskan ke dalam darah. 262 00:33:55,763 --> 00:33:59,123 Isyarat kimia yang mengubah perangainya. 263 00:34:08,123 --> 00:34:13,843 Memanggilnya pulang untuk membiak di sungai tempat kelahirannya. 264 00:34:34,323 --> 00:34:36,123 Luna kepenatan dan kelaparan, 265 00:34:37,163 --> 00:34:41,643 tapi ia masih membawa anak-anaknya ke tepi sungai. 266 00:34:54,123 --> 00:34:59,043 Ia rasa sesuatu yang ajaib bakal berlaku. 267 00:35:04,123 --> 00:35:09,003 Hari ini, kebiasaan unik musim ini 268 00:35:09,083 --> 00:35:12,443 akan membantu beruang untuk terus hidup. 269 00:35:33,563 --> 00:35:37,723 Bumi tiba di kedudukan penting dalam perjalanan mengelilingi Matahari. 270 00:35:41,763 --> 00:35:44,283 Sekarang Bulan menaikkan paras air. 271 00:35:50,043 --> 00:35:55,323 Menyediakan persiapan terakhir untuk salmon kembali ke sungai. 272 00:36:40,523 --> 00:36:45,723 Akhirnya, anak-anak beruang dapat makan salmon buat kali pertama. 273 00:36:51,203 --> 00:36:55,003 Seekor ikan tidak cukup untuk bertahan sepanjang musim sejuk, 274 00:36:55,963 --> 00:37:01,443 namun itulah hidangan sebenar pertama setelah lapan bulan ia lahir di dunia. 275 00:37:18,083 --> 00:37:21,923 Ketibaan salmon pertama buat Luna berasa lega. 276 00:37:24,763 --> 00:37:26,643 Pengalaman memberitahu Luna 277 00:37:27,763 --> 00:37:31,243 bahawa lebih banyak salmon akan datang. 278 00:37:50,763 --> 00:37:52,763 Apabila hari siang semakin pendek, 279 00:37:54,443 --> 00:37:58,323 hormon yang sama yang membuat salmon memulakan perjalanan 280 00:37:59,243 --> 00:38:01,443 mengubah salmon secara dramatik. 281 00:38:09,003 --> 00:38:10,723 Kepala salmon berubah bentuk. 282 00:38:13,043 --> 00:38:15,723 Badan salmon menjadi merah terang. 283 00:38:19,083 --> 00:38:21,003 Berjuta ekor 284 00:38:21,523 --> 00:38:25,963 meluru ke dasar sungai yang berkerikil, iaitu kawasan peneluran. 285 00:38:36,163 --> 00:38:40,443 Babak terakhir kisah beruang berlaku. 286 00:38:49,163 --> 00:38:52,563 Kisah yang setua planet ini. 287 00:39:02,723 --> 00:39:04,323 Pembentukan Bumi, 288 00:39:09,803 --> 00:39:12,083 perlanggaran yang mencipta Bulan, 289 00:39:15,043 --> 00:39:18,883 dan hubungan unik planet kita dengan bulan dan bintang… 290 00:39:25,443 --> 00:39:31,563 telah bergabung untuk mencipta dunia yang tidak wujud di tempat lain. 291 00:39:33,963 --> 00:39:35,643 Planet yang boleh didiami. 292 00:39:38,643 --> 00:39:42,723 Satu-satunya tempat yang kita tahu yang sesuai untuk makhluk hidup. 293 00:40:04,363 --> 00:40:05,403 Bagi Luna, 294 00:40:06,043 --> 00:40:09,043 sejarah kosmos selama empat setengah bilion tahun 295 00:40:10,963 --> 00:40:14,043 menemukannya dengan detik ini. 296 00:40:21,803 --> 00:40:27,243 Pertemuan tahunan salmon dan beruang. 297 00:40:38,203 --> 00:40:40,443 Peluang berharga 298 00:40:42,203 --> 00:40:43,483 untuk memberi makan keluarganya. 299 00:40:51,163 --> 00:40:55,123 Luna dan anak-anak cukup kenyang untuk bertahan semasa musim sejuk. 300 00:40:57,443 --> 00:41:02,003 Walaupun masa depannya di planet yang kian berubah tidak terjamin, 301 00:41:03,363 --> 00:41:06,523 tapi tahun ini, salmon akan buat ia bertahan… 302 00:41:10,443 --> 00:41:16,763 sementara planet kita meneruskan pelayaran tanpa henti mengelilingi Matahari. 303 00:41:26,683 --> 00:41:29,763 Seterusnya dalam kisah alam semesta kita, 304 00:41:31,203 --> 00:41:34,763 pengembara lautan yang kitaran hidup mendedahkan 305 00:41:35,443 --> 00:41:39,363 segala penciptaan di alam semesta ini. 306 00:41:41,163 --> 00:41:46,723 Dalam setiap telur penyu, terdapat atom daripada Letupan Besar… 307 00:41:49,043 --> 00:41:52,603 yang tercipta apabila bintang mati. 308 00:41:56,203 --> 00:41:59,043 Tapi bagaimana bintang dan planet tercipta? 309 00:42:00,883 --> 00:42:07,123 Bagaimana bahan yang sama berubah menjadi makhluk hidup? 310 00:42:56,483 --> 00:43:00,683 Terjemahan sari kata oleh Zarifah Kamarulhisham