1 00:00:14,203 --> 00:00:15,163 Waktu senja… 2 00:00:15,243 --> 00:00:17,763 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 3 00:00:19,283 --> 00:00:22,923 …mendedahkan hubungan planet kita dengan alam semesta. 4 00:00:28,203 --> 00:00:29,603 Tahi bintang. 5 00:00:31,243 --> 00:00:34,523 Batu purba dari kedalaman angkasa… 6 00:00:38,723 --> 00:00:39,923 jatuh ke Bumi. 7 00:00:50,363 --> 00:00:54,923 Ia mengandungi unsur kimia yang membina alam semesta kita. 8 00:01:10,523 --> 00:01:12,203 Sudah sekian lama, 9 00:01:13,043 --> 00:01:16,203 penyu berenang di lautan, 10 00:01:16,803 --> 00:01:20,523 mengumpul unsur kosmos dalam makanan yang ia makan. 11 00:01:24,203 --> 00:01:27,763 Ia telah melakukan hal ini selama beratus juta tahun. 12 00:01:33,923 --> 00:01:35,603 Setiap generasi baharu 13 00:01:37,563 --> 00:01:40,403 mengitar semula debu bintang yang sama… 14 00:01:43,363 --> 00:01:45,243 untuk menghasilkan penyu. 15 00:01:53,843 --> 00:01:55,443 Lahir semasa Letupan Besar 16 00:01:56,883 --> 00:01:59,443 dan terbentuk dalam jantung bintang, 17 00:02:01,683 --> 00:02:05,643 sembilan puluh unsur kimia telah mencipta segalanya. 18 00:02:08,163 --> 00:02:10,723 Dikitar dan disusun semula tanpa henti 19 00:02:11,723 --> 00:02:15,203 sepanjang seluruh sejarah alam semesta. 20 00:02:18,283 --> 00:02:19,523 Sekarang, 21 00:02:21,683 --> 00:02:23,483 menggunakan unsur yang sama, 22 00:02:24,803 --> 00:02:27,443 setiap penyu baharu memulakan kitaran hidup… 23 00:02:34,003 --> 00:02:37,643 yang mencerminkan kehidupan bintang. 24 00:03:05,883 --> 00:03:12,843 KEUNSURAN 25 00:03:18,443 --> 00:03:21,003 Di Terumbu Sawar Besar Australia, 26 00:03:28,723 --> 00:03:31,163 sesuatu yang ajaib telah berlaku. 27 00:03:37,923 --> 00:03:40,323 Selepas 50 hari ditimbus pasir, 28 00:03:41,523 --> 00:03:46,683 unsur kimia dari seluruh kosmos telah mencipta kehidupan. 29 00:03:49,323 --> 00:03:55,003 Bergabung untuk membentuk generasi penyu hijau yang seterusnya. 30 00:04:18,443 --> 00:04:22,563 Telur-telur itu sudah kehabisan sumber unsur yang menghidupkannya. 31 00:04:39,803 --> 00:04:45,203 Hari ini, anak penyu akan menghirup udara buat kali pertama. 32 00:04:59,123 --> 00:05:03,043 Sementara adik-beradiknya bergegas untuk menuju ke lautan, 33 00:05:08,643 --> 00:05:09,843 penyu betina kecil… 34 00:05:12,603 --> 00:05:14,443 yang terakhir keluar. 35 00:05:20,163 --> 00:05:22,203 Untuk membesar menjadi dewasa, 36 00:05:23,923 --> 00:05:27,763 ia perlu mengumpul unsur kimia dari seluruh lautan. 37 00:05:36,803 --> 00:05:38,523 Ia perjalanan yang berbahaya… 38 00:05:41,163 --> 00:05:43,323 dengan ancaman yang berterusan. 39 00:05:50,443 --> 00:05:51,923 Tapi bagi anak penyu, 40 00:05:53,243 --> 00:05:56,403 ia tidak mampu melawan seruan lautan. 41 00:06:09,883 --> 00:06:11,243 Daripada 100 telur, 42 00:06:12,363 --> 00:06:14,923 kadangkala hanya seekor bertahan. 43 00:06:18,723 --> 00:06:20,883 Kadangkala langsung tiada. 44 00:07:13,563 --> 00:07:15,123 Walaupun ia berisiko, 45 00:07:17,283 --> 00:07:21,923 penyu betina kecil itu tahu bahawa ia perlu berenang di lautan. 46 00:07:59,923 --> 00:08:01,363 Ia nampak jalan selamat… 47 00:08:04,723 --> 00:08:05,963 dan ia ambil peluang. 48 00:08:20,923 --> 00:08:21,763 Hari ini, 49 00:08:24,443 --> 00:08:25,763 ia penyu yang bertuah. 50 00:08:29,123 --> 00:08:34,443 Anak penyu itu tidak berhenti berenang sehingga ia jauh dari terumbu. 51 00:08:47,123 --> 00:08:51,563 Setelah selamat melepasi pemangsa yang berkumpul di pinggir laut yang cetek, 52 00:08:52,763 --> 00:08:55,963 ia akan menghilang dalam kekosongan lautan terbuka… 53 00:09:03,243 --> 00:09:07,643 untuk menghabiskan masa muda memakan atom. 54 00:09:14,283 --> 00:09:20,963 Atom yang berasal dari seluruh kehidupan kosmos. 55 00:09:27,163 --> 00:09:32,483 Semasa alam semesta kita masih muda. 56 00:09:34,323 --> 00:09:38,923 LETUPAN BESAR 57 00:09:48,043 --> 00:09:53,123 Berkembang daripada kekosongan kepada segalanya dalam sekelip mata. 58 00:09:56,323 --> 00:09:59,843 Alam semesta kita lahir semasa Letupan Besar. 59 00:10:07,443 --> 00:10:08,323 Pada mulanya, 60 00:10:09,083 --> 00:10:11,483 ia hanya kabus tebal yang panas. 61 00:10:19,123 --> 00:10:21,523 Tapi apabila ia terus berkembang, 62 00:10:24,403 --> 00:10:26,043 kabus mula menyejuk. 63 00:10:29,443 --> 00:10:32,403 Pada skala terkecil yang dapat dibayangkan, 64 00:10:33,643 --> 00:10:36,083 sesuatu yang mengejutkan mula berlaku. 65 00:10:42,043 --> 00:10:45,483 Atom pertama terpeluwap keluar dari kabus. 66 00:10:50,163 --> 00:10:52,443 Atom hidrogen. 67 00:10:56,083 --> 00:10:59,643 Unsur pertama dalam alam semesta. 68 00:11:06,683 --> 00:11:07,843 Di lautan, 69 00:11:08,723 --> 00:11:11,963 penyu yang masih muda memburunya. 70 00:11:15,203 --> 00:11:17,523 Ia keluar dari lautan, 71 00:11:17,603 --> 00:11:20,163 untuk mencari makanan di perairan cetek. 72 00:11:24,963 --> 00:11:26,603 Ini Stella. 73 00:11:27,803 --> 00:11:32,563 Salah seekor penyu yang selamat beransur dari pantai dan menuju ke lautan. 74 00:11:41,523 --> 00:11:44,723 Ia dah melebihi 2,000 kali ganda berat penetasan 75 00:11:45,883 --> 00:11:47,003 dan membesar dengan cepat. 76 00:11:51,883 --> 00:11:55,403 Memakan makhluk yang berenang di lautan terbuka. 77 00:11:56,883 --> 00:11:59,923 Ia mengumpul satu unsur, lebih daripada unsur lain. 78 00:12:08,683 --> 00:12:09,523 Hidrogen. 79 00:12:12,603 --> 00:12:16,843 Ia membentuk lebih daripada separuh atom dalam makanan yang ia makan. 80 00:12:20,843 --> 00:12:24,523 Unsur paling banyak dalam semua makhluk hidup. 81 00:12:28,643 --> 00:12:29,723 Termasuk ikan 82 00:12:31,003 --> 00:12:32,243 dan invertebrat. 83 00:12:39,003 --> 00:12:41,363 Anemone dan batu karang. 84 00:12:54,483 --> 00:12:58,603 Atom hidrogen terbentuk semasa usia muda alam semesta 85 00:12:59,563 --> 00:13:03,243 telah berpindah dari bintang ke planet, 86 00:13:04,363 --> 00:13:05,963 planet kepada haiwan, 87 00:13:08,363 --> 00:13:11,323 dan daripada mangsa kepada pemangsa. 88 00:13:22,123 --> 00:13:23,523 Maksudnya, bagi Stella, 89 00:13:24,323 --> 00:13:27,043 kawasan di sekitar terumbu penuh ancaman. 90 00:13:30,923 --> 00:13:33,963 Yu tenggiri, yang mengejar atom yang sama, 91 00:13:34,043 --> 00:13:37,043 memburu penyu sepanjang usia dewasanya. 92 00:13:45,323 --> 00:13:49,043 Pertahanan utama Stella ialah perisai yang boleh dipercayai. 93 00:13:52,323 --> 00:13:55,323 Tulangnya mengeras dengan kalsium dan fosforus. 94 00:14:02,363 --> 00:14:05,363 Unsur yang datang dari detik penting lain… 95 00:14:09,443 --> 00:14:11,323 dalam kehidupan alam semesta. 96 00:14:13,083 --> 00:14:17,483 13.5 BILION TAHUN LALU 97 00:14:21,963 --> 00:14:25,723 Selama 300 juta tahun pertama selepas Letupan Besar, 98 00:14:28,123 --> 00:14:31,043 tiada planet dan tiada bintang. 99 00:14:34,123 --> 00:14:36,643 Ia zaman gelap alam semesta. 100 00:14:42,403 --> 00:14:44,163 Terlindung dalam kekelaman, 101 00:14:44,683 --> 00:14:48,643 banyak sulur gas hidrogen menyilangi kosmos. 102 00:14:53,323 --> 00:14:55,603 Kemudian, secara luar biasa, 103 00:14:56,243 --> 00:14:58,723 ia ditarik bersama oleh graviti, 104 00:15:02,443 --> 00:15:04,563 dan lahirlah bintang pertama. 105 00:15:11,163 --> 00:15:13,043 Inilah fajar kosmos. 106 00:15:16,763 --> 00:15:20,923 Saat cahaya itu bersinar. 107 00:15:28,043 --> 00:15:30,723 Jauh di dalam bintang-bintang pertama, 108 00:15:34,923 --> 00:15:37,123 proses yang mengagumkan bermula. 109 00:15:42,843 --> 00:15:46,123 Suhu dan tekanan sangat ekstrem… 110 00:15:48,123 --> 00:15:50,403 sehingga unsur baharu tercipta. 111 00:15:52,563 --> 00:15:56,443 Atom hidrogen bergabung menjadi helium. 112 00:15:58,843 --> 00:16:01,923 Apabila ia bergabung, ia melepaskan tenaga. 113 00:16:04,563 --> 00:16:09,243 Mencipta tindak balas berantai yang menghasilkan unsur lebih berat. 114 00:16:12,363 --> 00:16:15,683 Termasuk unsur yang penting untuk kehidupan. 115 00:16:17,683 --> 00:16:21,403 Tiga atom helium bergabung menjadi karbon. 116 00:16:26,843 --> 00:16:29,523 Unsur asas semua makhluk hidup. 117 00:16:31,803 --> 00:16:34,603 Karbon dan helium menghasilkan oksigen. 118 00:16:36,083 --> 00:16:37,443 Udara pernafasan kita. 119 00:16:39,723 --> 00:16:42,923 Atom oksigen bergabung menjadi fosforus. 120 00:16:44,963 --> 00:16:47,203 Kemudian silikon dan kalsium. 121 00:16:50,243 --> 00:16:52,843 Unsur yang membentuk semua makhluk hidup 122 00:16:54,363 --> 00:16:58,843 telah tercipta dalam jantung bintang-bintang pertama. 123 00:17:31,043 --> 00:17:31,923 Bagi Stella, 124 00:17:33,163 --> 00:17:35,083 sesetengah unsur sangat penting, 125 00:17:38,643 --> 00:17:41,123 ia sanggup mengembara untuk mencarinya. 126 00:17:47,283 --> 00:17:49,043 SELAT TORRES 127 00:17:49,123 --> 00:17:51,563 300 KILOMETER DARI RUMAH 128 00:17:51,643 --> 00:17:56,043 Air laut yang hangat dan cetek antara Australia dan Papua New Guinea 129 00:17:57,403 --> 00:17:59,843 merupakan syurga rumput laut yang indah. 130 00:18:04,243 --> 00:18:06,723 Kawasan rumput di lautan. 131 00:18:16,163 --> 00:18:22,003 Stella mengembara sampai sini untuk mendapat kandungan ajaib rumput ini. 132 00:18:32,603 --> 00:18:34,043 Apabila ia tumbuh, 133 00:18:34,123 --> 00:18:37,243 rumput laut menyerap unsur dari angkasa lepas 134 00:18:37,963 --> 00:18:40,723 yang terjatuh di dasar lautan. 135 00:18:43,923 --> 00:18:48,083 Fron bertunas yang kaya dengan kalsium dan fosforus 136 00:18:49,803 --> 00:18:53,323 memberi Stella mineral yang ia perlu 137 00:18:55,123 --> 00:18:58,363 untuk membina dan menjaga cangkerang perlindungannya. 138 00:19:01,923 --> 00:19:06,043 Mengeraskan perisai untuk berdepan cabaran yang mendatang. 139 00:19:14,443 --> 00:19:17,003 Stella akan menghabiskan masa remaja 140 00:19:17,723 --> 00:19:19,243 mengembara di lautan 141 00:19:20,963 --> 00:19:24,283 mencari atom yang lahir di dalam bintang. 142 00:19:33,283 --> 00:19:35,123 Perjalanan menuju kematangan… 143 00:19:37,363 --> 00:19:40,843 selari dengan kisah alam semesta kita. 144 00:19:45,283 --> 00:19:48,963 Tiga bilion tahun selepas Letupan Besar, 145 00:19:53,923 --> 00:19:56,723 alam semesta mencapai usia matang. 146 00:20:02,683 --> 00:20:08,483 Ia memasuki fasa sangat aktif dalam pembentukan bintang. 147 00:20:12,243 --> 00:20:13,283 Saat ia membesar, 148 00:20:14,003 --> 00:20:17,323 bintang bergabung menjadi galaksi yang luas. 149 00:20:20,123 --> 00:20:21,843 Macam Bima Sakti kita. 150 00:20:25,043 --> 00:20:26,923 Dalam galaksi itu, 151 00:20:28,203 --> 00:20:30,883 unsur kimia yang dihasilkan setiap bintang, 152 00:20:34,563 --> 00:20:41,003 berubah menjadi planet dan bulan. 153 00:20:49,963 --> 00:20:51,523 Selepas berbilion tahun, 154 00:20:53,363 --> 00:20:58,923 unsur kimia menjadi matang, menjadi Bumi yang kita kenal hari ini. 155 00:21:07,563 --> 00:21:09,323 VANUATU 156 00:21:09,403 --> 00:21:13,363 2000 KILOMETER DARI RUMAH 157 00:21:23,123 --> 00:21:25,843 Stella telah membesar sepenuhnya. 158 00:21:29,923 --> 00:21:31,443 Lebih satu meter panjang, 159 00:21:32,323 --> 00:21:35,643 ia memiliki cangkerang tebal yang diliputi alga hijau. 160 00:21:39,283 --> 00:21:42,563 Penyamaran yang ideal semasa berenang di terumbu karang. 161 00:21:46,643 --> 00:21:49,163 Ia sebati dengan lautan. 162 00:21:55,843 --> 00:21:57,483 Atom dari bintang… 163 00:21:59,363 --> 00:22:02,643 bergabung dengan hidupan di laut. 164 00:22:11,043 --> 00:22:13,163 Satu contoh kehidupan di Bumi… 165 00:22:15,323 --> 00:22:18,363 yang terbentuk indah daripada kosmos. 166 00:22:35,763 --> 00:22:39,163 Stella dah bersedia untuk peringkat hidup seterusnya. 167 00:22:43,723 --> 00:22:47,043 Ia bakal menjadi ibu. 168 00:22:50,243 --> 00:22:51,363 Di dalam badannya, 169 00:22:54,003 --> 00:22:56,523 ia membawa sangkak yang berisi 100 telur. 170 00:22:58,323 --> 00:23:01,123 Sangkak pertama dalam hidupnya. 171 00:23:03,723 --> 00:23:07,683 Muatan debu bintang yang berharga baginya. 172 00:23:15,803 --> 00:23:17,163 Di seluruh terumbu, 173 00:23:18,403 --> 00:23:20,763 atom bergabung menjadi hidupan baru. 174 00:23:25,523 --> 00:23:30,203 Mencipta salah satu ekosistem terkaya di Bumi. 175 00:23:35,963 --> 00:23:37,683 Tapi planet kita… 176 00:23:41,363 --> 00:23:42,723 berbeza. 177 00:23:45,003 --> 00:23:47,163 Di planet lain dalam sistem suria, 178 00:23:47,243 --> 00:23:49,203 unsur yang sama 179 00:23:49,283 --> 00:23:54,043 telah mencipta dunia yang kurang sesuai untuk menampung kehidupan. 180 00:23:58,523 --> 00:23:59,883 UTARID 181 00:23:59,963 --> 00:24:01,603 Paling dekat dengan Matahari, 182 00:24:02,123 --> 00:24:05,043 Utarid kaya dengan karbon. 183 00:24:07,923 --> 00:24:09,723 Ia tidak mencipta hidupan. 184 00:24:10,243 --> 00:24:11,523 430 DARJAH CELSIUS 185 00:24:11,603 --> 00:24:13,843 Karbon itu terbakar menjadi kerak. 186 00:24:16,203 --> 00:24:19,963 Dunia yang hangus disebabkan cahaya bintang. 187 00:24:22,563 --> 00:24:26,483 Jauh di hujung sistem suria, 188 00:24:26,563 --> 00:24:28,603 suhu takat beku Neptun 189 00:24:29,523 --> 00:24:33,563 menyebabkan karbon dan hidrogen membentuk awan metana. 190 00:24:36,723 --> 00:24:40,923 Gas melemaskan yang buat ia berwarna biru terang. 191 00:24:46,683 --> 00:24:48,003 Di Marikh, 192 00:24:49,163 --> 00:24:52,163 planet yang mengandungi bahan yang sama dengan Bumi, 193 00:24:54,363 --> 00:24:56,923 kekurangan atmosfera yang kaya oksigen 194 00:24:57,563 --> 00:25:00,923 bermaksud makhluk kompleks tidak boleh hidup di sini. 195 00:25:07,843 --> 00:25:12,123 Hanya keadaan di Bumi sesuai. 196 00:25:18,363 --> 00:25:19,363 Tapi di sini, 197 00:25:20,163 --> 00:25:22,323 persaingan untuk unsur sengit. 198 00:25:24,243 --> 00:25:25,083 Ancaman… 199 00:25:27,603 --> 00:25:29,083 tidak pernah jauh. 200 00:25:44,923 --> 00:25:48,443 Nasib baik, Stella mahir menyorok. 201 00:26:29,883 --> 00:26:31,683 Ia selamat buat masa sekarang, 202 00:26:34,363 --> 00:26:37,363 Stella berdepan cabaran terbesar dalam hidupnya. 203 00:26:39,563 --> 00:26:42,323 Untuk kembali ke Terumbu Sawar Besar, 204 00:26:43,923 --> 00:26:45,883 iaitu pulau tempat kelahirannya, 205 00:26:49,523 --> 00:26:51,923 untuk bertelur di dalam pasir. 206 00:26:58,923 --> 00:27:01,483 Sudah seumur hidup ia mengembara di laut, 207 00:27:02,243 --> 00:27:05,643 bermakna ia dah mengembara sejauh 2,000 kilometer. 208 00:27:09,883 --> 00:27:12,043 Cara Stella mencari jalan pulang 209 00:27:12,123 --> 00:27:14,803 merupakan satu keajaiban alam semula jadi. 210 00:27:21,443 --> 00:27:22,803 Jauh di dalam Bumi, 211 00:27:23,643 --> 00:27:26,643 teras planet kita menjana medan magnet… 212 00:27:28,883 --> 00:27:33,923 yang memberi setiap tempat di permukaannya tanda magnet yang unik. 213 00:27:37,603 --> 00:27:39,163 Apabila ia menetas, 214 00:27:39,243 --> 00:27:43,563 tanda pulaunya tertera dalam otak Stella. 215 00:27:46,243 --> 00:27:48,243 Untuk mencari jalan pulang, 216 00:27:48,323 --> 00:27:51,643 ia bergantung pada satu unsur kimia. 217 00:27:53,803 --> 00:27:56,923 Unsur yang menghubungkan Stella dengan teras planet. 218 00:28:00,443 --> 00:28:05,123 Unsur yang hanya tercipta apabila bintang mati. 219 00:28:10,723 --> 00:28:12,763 Di bahagian galaksi berdekatan, 220 00:28:13,763 --> 00:28:15,723 dua setengah juta tahun lalu, 221 00:28:16,763 --> 00:28:20,563 perubahan dramatik berlaku dalam teras bintang raksasa. 222 00:28:25,323 --> 00:28:29,403 Sepanjang hidupnya, ia mendapat tenaga pelakuran nuklear. 223 00:28:35,923 --> 00:28:37,243 Tenaga yang dilepaskan 224 00:28:39,083 --> 00:28:41,483 menghasilkan unsur yang lebih berat. 225 00:28:45,243 --> 00:28:47,803 Sehingga teras menjadi sangat panas, 226 00:28:48,683 --> 00:28:49,923 ia mula menghasilkan 227 00:28:51,683 --> 00:28:52,523 ferum, 228 00:28:55,403 --> 00:28:58,243 yang menyebabkan perubahan asas berlaku. 229 00:29:03,123 --> 00:29:06,083 Penghasilan ferum tidak melepaskan tenaga. 230 00:29:08,163 --> 00:29:09,203 Ia memakan tenaga. 231 00:29:15,923 --> 00:29:18,403 Semakin banyak logam itu dihasilkan, 232 00:29:19,283 --> 00:29:22,883 ia merebak di seluruh teras ibarat penyakit. 233 00:29:27,203 --> 00:29:29,203 Menghabiskan haba bintang. 234 00:29:33,923 --> 00:29:35,003 Menyerang bintang. 235 00:29:46,323 --> 00:29:48,803 Ia kehabisan sumber haba untuk terus hidup. 236 00:29:52,883 --> 00:29:54,443 Oleh itu, 237 00:29:57,523 --> 00:29:59,723 bintang itu musnah. 238 00:30:11,643 --> 00:30:16,243 Letupan yang terhasil bersinar dengan kecerahan 10 bilion matahari. 239 00:30:22,043 --> 00:30:27,123 Supernova yang menyebarkan debu yang kaya ferum di seluruh galaksi. 240 00:30:35,163 --> 00:30:38,163 Sehingga sampai planet kita. 241 00:30:43,203 --> 00:30:44,323 Sampai sekarang, 242 00:30:45,323 --> 00:30:50,323 100 tan debu bintang masuk atmosfera Bumi setiap hari. 243 00:30:53,123 --> 00:30:56,843 Debu daripada pembentukan sistem suria. 244 00:31:00,643 --> 00:31:04,523 Debu yang datang dari supernova yang jauh. 245 00:31:08,443 --> 00:31:13,643 Hubungan terus planet kita dengan bintang. 246 00:31:19,723 --> 00:31:22,003 Ferum dalam debu ini 247 00:31:22,563 --> 00:31:25,443 yang membantu Stella mencari jalan pulang. 248 00:31:33,563 --> 00:31:35,243 Jauh di dalam otak Stella… 249 00:31:38,323 --> 00:31:43,643 sel khas mengandungi kristal magnetit. 250 00:31:44,563 --> 00:31:48,803 Mineral yang kaya ferum yang selari dengan medan magnet Bumi. 251 00:31:52,803 --> 00:31:53,723 Kompas, 252 00:31:55,603 --> 00:31:57,723 membawa ia ke arah yang benar. 253 00:32:05,483 --> 00:32:11,723 Membantu Stella untuk mencari cap magnetik yang unik milik rumahnya. 254 00:32:19,523 --> 00:32:22,723 Elemen yang terbentuk dalam supernova… 255 00:32:30,403 --> 00:32:34,323 akan membawa ia merentasi laut yang kosong sejauh berkilometer. 256 00:32:48,643 --> 00:32:49,963 Kembali ke pulau… 257 00:32:53,843 --> 00:32:55,523 tempat ia lahir. 258 00:33:08,163 --> 00:33:12,083 Terdapat makhluk lain yang memiliki keupayaan pandu tuju magnetik. 259 00:33:14,723 --> 00:33:16,523 Termasuk yu tenggiri. 260 00:33:19,643 --> 00:33:22,323 Ia membawa yu pulang ke pulau yang sama. 261 00:33:26,603 --> 00:33:28,963 Selama beberapa bulan setiap tahun, 262 00:33:29,043 --> 00:33:32,643 beribu penyu betina datang untuk bertelur. 263 00:33:34,643 --> 00:33:37,923 Ia perhimpunan terbesar penyu hijau 264 00:33:38,003 --> 00:33:40,003 di serata planet. 265 00:33:45,643 --> 00:33:47,443 Apabila ia menghampiri pantai, 266 00:33:49,123 --> 00:33:50,363 ia diserang. 267 00:34:03,843 --> 00:34:06,203 Stella perlu menunggu masa yang tepat… 268 00:34:08,883 --> 00:34:10,243 untuk mencari jalan 269 00:34:12,203 --> 00:34:14,123 untuk mengelak serangan hebat. 270 00:34:32,123 --> 00:34:33,843 Apabila ancaman berlalu, 271 00:34:37,483 --> 00:34:39,123 ia berenang ke darat. 272 00:34:52,323 --> 00:34:53,923 Selepas perjalanan epik, 273 00:34:57,123 --> 00:34:59,283 Stella muncul di daratan. 274 00:35:00,883 --> 00:35:03,483 Kali terakhir di sini, ia hanya anak penyu. 275 00:35:28,083 --> 00:35:30,963 Unsur yang ia kumpul selama seumur hidup… 276 00:35:36,643 --> 00:35:39,203 telah selamat ditimbus di dalam pasir. 277 00:35:45,283 --> 00:35:47,003 Misi Stella telah selesai, 278 00:35:47,563 --> 00:35:49,283 dan ia kembali ke lautan… 279 00:35:52,923 --> 00:35:56,643 untuk mula mengumpul debu bintang lagi. 280 00:36:00,523 --> 00:36:01,843 Kitaran hidup Stella 281 00:36:03,683 --> 00:36:06,563 mencerminkan kitaran paling hebat. 282 00:36:08,483 --> 00:36:11,963 Kehidupan dan kematian bintang. 283 00:36:22,523 --> 00:36:25,643 Jauh di seberang galaksi, 284 00:36:27,043 --> 00:36:29,723 abu banyak supernova 285 00:36:29,803 --> 00:36:34,523 telah bergabung untuk membentuk nebula gergasi. 286 00:36:41,323 --> 00:36:44,523 Awan debu bintang selama puluhan tahun cahaya. 287 00:36:48,163 --> 00:36:52,643 Di dalamnya, terdapat tempat untuk generasi bintang seterusnya 288 00:36:53,883 --> 00:36:55,323 mula terbentuk. 289 00:37:06,843 --> 00:37:08,603 Digelar cakera planet proto. 290 00:37:10,443 --> 00:37:12,923 Ibarat telur kosmos yang banyak. 291 00:37:15,043 --> 00:37:17,723 Setiap satu lebih besar daripada sistem suria. 292 00:37:23,763 --> 00:37:26,683 Dalam cangkerang terkandung gas terion, 293 00:37:28,603 --> 00:37:31,523 kuasa graviti yang menarik debu bintang. 294 00:37:38,923 --> 00:37:42,443 Debu bintang dalam telur Stella… 295 00:37:45,483 --> 00:37:47,603 mula terbentuk. 296 00:37:56,243 --> 00:38:01,843 Unsur yang ia kumpul mula berubah… 297 00:38:08,323 --> 00:38:11,843 menjadi sesuatu yang macam makhluk kecil. 298 00:38:24,323 --> 00:38:25,883 Dalam cakera planet proto, 299 00:38:27,883 --> 00:38:30,283 gas macam hidrogen dan helium… 300 00:38:33,163 --> 00:38:35,723 memberi makan bintang embrionik. 301 00:38:44,923 --> 00:38:46,723 Dulu ia embrio… 302 00:38:49,123 --> 00:38:51,123 kini ia penyu kecil 303 00:38:55,243 --> 00:38:58,923 dengan cangkerang, kaki sirip dan muncung penyu. 304 00:39:02,923 --> 00:39:04,723 Unsur dibentuk semula… 305 00:39:08,123 --> 00:39:10,323 untuk kehidupan di laut. 306 00:39:15,203 --> 00:39:16,563 Dalam cakera planet proto, 307 00:39:17,043 --> 00:39:20,243 perkembangan bintang baru hampir lengkap. 308 00:39:21,523 --> 00:39:24,843 Dilahirkan semula daripada abu generasi sebelum ini, 309 00:39:26,123 --> 00:39:30,123 cahayanya mendedahkan sekeluarga planet yang membesar di dalam orbit. 310 00:39:34,243 --> 00:39:35,363 Dunia baharu. 311 00:39:36,283 --> 00:39:40,323 Mungkin, kemungkinan baru untuk kehidupan. 312 00:39:48,323 --> 00:39:49,963 Di bawah timbunan pasir, 313 00:39:51,283 --> 00:39:52,803 debu bintang yang sama. 314 00:39:54,123 --> 00:39:58,843 Waris kepada banyak generasi bintang dan penyu… 315 00:40:00,923 --> 00:40:03,243 akan memulakan perjalanan lain. 316 00:40:08,203 --> 00:40:09,603 Setiap kehidupan baru 317 00:40:11,123 --> 00:40:15,443 berhubung secara langsung dengan asal usul alam semesta. 318 00:40:20,883 --> 00:40:26,243 Setiap kisah baharu yang bermula di penghujung kisah lama. 319 00:40:34,923 --> 00:40:38,923 Kisah alam semesta kita bersambung 320 00:40:40,723 --> 00:40:43,083 dengan sumber Bumi yang paling berharga, 321 00:40:46,323 --> 00:40:47,163 air. 322 00:40:48,963 --> 00:40:52,843 Sekawan gajah dalam misi bahaya untuk mencari air. 323 00:40:57,043 --> 00:40:59,403 Perjalanan yang luar biasa 324 00:41:01,723 --> 00:41:06,483 macam perjalanan air yang merentas keluasan angkasa untuk ke planet kita. 325 00:41:10,683 --> 00:41:13,883 Tapi mengapa Bumi satu-satunya dunia dalam sistem suria 326 00:41:14,883 --> 00:41:17,283 yang permukaannya dilitupi air cecair? 327 00:41:18,643 --> 00:41:22,003 Kenapa air sangat penting untuk kehidupan? 328 00:42:06,843 --> 00:42:11,203 Terjemahan sari kata oleh Zarifah Kamarulhisham