1 00:00:11,203 --> 00:00:14,963 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:17,683 --> 00:00:18,963 Alam semesta 3 00:00:20,203 --> 00:00:25,243 menyediakan planet kita dengan bahan yang diperlukan untuk hidupan hidup 4 00:00:26,283 --> 00:00:27,403 dan membesar. 5 00:00:29,523 --> 00:00:31,483 Tenaga mengalir dalam badan kita. 6 00:00:36,523 --> 00:00:38,563 Ritma harian yang kita ikut. 7 00:00:41,443 --> 00:00:43,923 Unsur yang membentuk kita. 8 00:00:47,323 --> 00:00:50,003 Tapi di sebalik semua keajaiban ini, 9 00:00:50,963 --> 00:00:52,883 terdapat kuasa misteri… 10 00:00:56,083 --> 00:00:58,563 yang memungkinkan segala perkara. 11 00:01:01,083 --> 00:01:01,963 Graviti. 12 00:01:08,643 --> 00:01:10,923 Ia mengawal segala kedudukan. 13 00:01:15,803 --> 00:01:17,523 Ia membentuk setiap bintang… 14 00:01:20,643 --> 00:01:22,323 dan membentuk setiap planet. 15 00:01:26,523 --> 00:01:28,643 Membimbing setiap kehidupan. 16 00:01:31,043 --> 00:01:33,443 Ia daya tarikan utama. 17 00:01:35,523 --> 00:01:40,283 Sangat mendalam. sehingga ia menyatukan dua jiwa muda… 18 00:01:42,723 --> 00:01:45,923 dalam pencarian pasangan sempurna. 19 00:02:08,963 --> 00:02:13,323 DAYA TARIKAN 20 00:02:13,763 --> 00:02:18,923 Di Lautan Selatan, lebih 2,000 kilometer dari Antartika… 21 00:02:20,123 --> 00:02:21,643 GEORGIA SELATAN 22 00:02:21,723 --> 00:02:25,363 …terletak pulau yang terdedah kepada angin di Georgia Selatan. 23 00:02:29,963 --> 00:02:31,483 Tempat tinggal koloni 24 00:02:32,883 --> 00:02:35,523 setengah juta penguin raja. 25 00:02:44,123 --> 00:02:47,123 Hari yang penting bagi dua penguin. 26 00:02:52,643 --> 00:02:53,643 Ibu bapa baharu. 27 00:02:59,083 --> 00:03:00,723 Selama lebih 50 hari, 28 00:03:03,443 --> 00:03:07,523 ia bergilir-gilir menjaga telur yang berharga supaya selamat… 29 00:03:10,963 --> 00:03:12,283 dan hangat. 30 00:03:14,963 --> 00:03:19,563 Hari ini, tiba masanya untuk menjemput ketibaan anak jantannya di dunia. 31 00:03:30,843 --> 00:03:31,923 Rocky yang kecil, 32 00:03:35,123 --> 00:03:37,003 inilah dunia yang luas. 33 00:03:44,963 --> 00:03:47,483 Di seberang pulau, 34 00:03:48,363 --> 00:03:50,923 seekor anak penguin menyapa dunia. 35 00:03:54,763 --> 00:03:55,923 Anak betina. 36 00:03:57,243 --> 00:03:58,163 Paloma. 37 00:04:04,963 --> 00:04:09,283 Rocky dan Paloma belum tahu, tapi dua penguin itu ditakdirkan bersama. 38 00:04:20,843 --> 00:04:24,163 Daya tarikan di luar kawalan 39 00:04:25,563 --> 00:04:27,323 akan menyatukan dua penguin. 40 00:04:35,963 --> 00:04:40,643 Kuasa ini bukan sekadar buat Rocky dan Paloma berdiri di atas tanah, 41 00:04:45,843 --> 00:04:48,723 ia mengekalkan atmosfera planet kita. 42 00:04:55,043 --> 00:04:57,323 Buat Bumi terus mengelilingi Matahari. 43 00:05:03,083 --> 00:05:08,203 Matahari mengelilingi pusat galaksi kita, 44 00:05:09,963 --> 00:05:14,243 dan galaksi menari dan berputar di sekeliling satu sama lain 45 00:05:16,083 --> 00:05:18,323 pada skala paling besar. 46 00:05:21,763 --> 00:05:25,403 Graviti mengawal semua benda di alam semesta kita, 47 00:05:26,643 --> 00:05:28,083 menghubungkan segalanya. 48 00:05:31,643 --> 00:05:34,003 Daripada bintang paling jauh, 49 00:05:41,643 --> 00:05:43,323 kepada penguin paling kecil. 50 00:05:47,723 --> 00:05:52,443 Tapi Rocky dan Paloma tidak terfikir tentang kewujudannya di kosmos ini, 51 00:05:56,483 --> 00:05:57,963 hanya makanan seterusnya. 52 00:06:04,003 --> 00:06:07,203 Ia mengambil segala usaha ibu bapa yang prihatin… 53 00:06:09,883 --> 00:06:12,443 untuk memenuhi selera makan yang tidak pernah puas. 54 00:06:21,003 --> 00:06:22,323 Tugas yang sukar… 55 00:06:25,563 --> 00:06:27,083 dan tidak pernah selesai. 56 00:06:42,683 --> 00:06:47,163 Ia buat sehabis baik untuk menggemukkan anak sebelum musim sejuk. 57 00:06:50,083 --> 00:06:53,163 Sebab semakin besar Rocky dan Paloma, 58 00:06:55,243 --> 00:06:58,483 semakin pendek jangka siang. 59 00:07:04,323 --> 00:07:07,043 Makanan semakin sukar dicari. 60 00:07:11,923 --> 00:07:14,443 Ibu bapa penguin perlu meninggalkan pulau… 61 00:07:18,363 --> 00:07:21,523 dan mengembara beratus kilometer di laut 62 00:07:23,883 --> 00:07:25,163 untuk mencari makanan 63 00:07:27,203 --> 00:07:32,403 dan meninggalkan anak-anak penguin selama berbulan untuk berdikari. 64 00:07:43,483 --> 00:07:46,083 Tangisan Paloma tidak terjawab… 65 00:07:48,243 --> 00:07:50,923 apabila malam pertama yang sunyi menyapa. 66 00:07:54,123 --> 00:07:56,923 Saat paling gelap dalam kehidupan anak penguin. 67 00:08:05,243 --> 00:08:09,723 Namun ia tidak boleh dibandingkan dengan saat paling gelap alam semesta. 68 00:08:12,843 --> 00:08:15,523 Suatu masa dahulu, sebelum kewujudan Bumi, 69 00:08:17,323 --> 00:08:18,443 Matahari, 70 00:08:19,683 --> 00:08:20,923 atau bintang, 71 00:08:25,563 --> 00:08:27,443 cahaya langsung tidak wujud. 72 00:08:30,283 --> 00:08:33,523 13.5 BILION TAHUN LALU 73 00:08:37,243 --> 00:08:41,443 Alam semesta hanya jaringan gas yang gelap dan padat. 74 00:08:49,323 --> 00:08:53,323 Namun, graviti mula menunjuk keajaibannya. 75 00:08:56,643 --> 00:09:01,043 Graviti merupakan asas kepada segalanya. 76 00:09:07,443 --> 00:09:09,683 Sebahagian jaringan ditarik bersama… 77 00:09:12,043 --> 00:09:13,683 menjadi segumpal jirim… 78 00:09:17,203 --> 00:09:19,683 yang terus membesar. 79 00:09:24,963 --> 00:09:29,883 Sehingga ia menjadi sangat besar, ia runtuh ke dalam, 80 00:09:32,043 --> 00:09:33,523 menjadi hidupan… 81 00:09:38,723 --> 00:09:42,203 sebagai bintang pertama. 82 00:09:50,843 --> 00:09:52,203 Graviti terus bekerja, 83 00:09:52,923 --> 00:09:57,483 mengukir jaringan julung menjadi lebih banyak bintang, 84 00:09:59,963 --> 00:10:02,043 menariknya ke arah satu sama lain 85 00:10:03,563 --> 00:10:06,323 dan menjadi galaksi yang luas. 86 00:10:13,843 --> 00:10:15,043 Daripada kekosongan, 87 00:10:15,723 --> 00:10:19,883 graviti membentuk seluruh alam semesta yang penuh dengan kemungkinan 88 00:10:22,803 --> 00:10:25,843 yang masih menghiasi langit malam kita. 89 00:10:35,843 --> 00:10:40,523 Tapi cahaya dari bintang yang jauh tidak boleh buat anak penguin rasa hangat. 90 00:10:43,723 --> 00:10:45,323 Ibu bapa di lautan, 91 00:10:46,203 --> 00:10:49,163 Rocky dan Paloma semakin kurus, 92 00:10:50,603 --> 00:10:53,843 menjadi semakin lemah. 93 00:11:10,443 --> 00:11:12,923 Pelindung anak penguin daripada kesejukan 94 00:11:13,523 --> 00:11:14,883 hanyalah bulu 95 00:11:16,523 --> 00:11:17,483 dan satu sama lain. 96 00:11:19,643 --> 00:11:25,523 Kelangsungan hidup bergantung pada ketepatan tarian satu bintang 97 00:11:26,363 --> 00:11:27,483 dan satu planet, 98 00:11:29,363 --> 00:11:34,123 yang direka tari oleh graviti selama empat setengah bilion tahun lalu. 99 00:11:43,843 --> 00:11:47,763 Daripada lebihan debu dan gas semasa pembentukan Matahari, 100 00:11:51,283 --> 00:11:54,203 graviti menarik semua batu kasar bersama. 101 00:12:01,923 --> 00:12:05,123 Dari masa ke masa membentuk ia menjadi sebuah planet. 102 00:12:15,963 --> 00:12:19,323 Ia berbeza daripada tempat tinggal kita sekarang, 103 00:12:21,763 --> 00:12:24,283 tapi ia memiliki potensi untuk hidupan. 104 00:12:28,083 --> 00:12:31,843 Bermandikan sinaran cahaya Matahari yang baru lahir. 105 00:12:36,563 --> 00:12:41,443 Matahari yang sama, selepas berbilion tahun, kini terbit. 106 00:12:45,683 --> 00:12:49,123 Memberi isyarat kepada ibu bapa Rocky dan Paloma, 107 00:12:50,003 --> 00:12:52,603 ia masa untuk kembali ke Georgia Selatan… 108 00:12:57,003 --> 00:13:01,123 dengan perut yang penuh dengan ikan. 109 00:13:08,643 --> 00:13:14,523 Apabila matahari menyinari pantai, sekali lagi, pulau menjadi tempat tinggal. 110 00:13:19,643 --> 00:13:22,923 Perjalanan ke pantai sesuatu yang mudah. 111 00:13:25,363 --> 00:13:28,523 Ibu bapa Rocky perlu mencari anaknya 112 00:13:29,283 --> 00:13:31,803 dalam kalangan beribu penguin lain. 113 00:13:42,643 --> 00:13:47,723 Di pantai, ibu bapa Paloma menerima isyarat istimewa Paloma 114 00:13:48,643 --> 00:13:50,763 dan terus menemui Paloma. 115 00:13:58,283 --> 00:14:01,363 Akhirnya, ibu bapa Rocky dengar 116 00:14:01,883 --> 00:14:03,483 tangisan yang sangat jelas… 117 00:14:05,643 --> 00:14:07,123 anak kecilnya. 118 00:14:13,523 --> 00:14:17,643 Suara Rocky memiliki tanda unik yang hanya dikenali ibu bapanya. 119 00:14:21,643 --> 00:14:23,243 Penyatuan semula keluarga. 120 00:14:25,283 --> 00:14:27,283 Dua perut anak itu 121 00:14:28,323 --> 00:14:30,243 kenyang akhirnya. 122 00:14:36,483 --> 00:14:40,203 Daripada bintang pertama sehinggalah kelahiran galaksi, 123 00:14:40,283 --> 00:14:42,083 Matahari, dan planet, 124 00:14:43,523 --> 00:14:46,763 graviti menetapkan peringkat kehidupan. 125 00:14:53,843 --> 00:14:56,163 Tapi untuk Bumi menjadi tempat tinggal, 126 00:14:57,883 --> 00:15:01,323 graviti perlu menghantar sedikit kecamukan kepada kita, 127 00:15:07,363 --> 00:15:10,723 Supaya evolusi boleh bersemarak. 128 00:15:20,243 --> 00:15:22,043 Beberapa bulan telah berlalu. 129 00:15:23,723 --> 00:15:25,843 Rocky dua kali lebih besar 130 00:15:28,043 --> 00:15:29,523 dan bersedia untuk cinta. 131 00:15:30,963 --> 00:15:33,723 Tapi ia bukan bujang yang berkelayakan 132 00:15:35,763 --> 00:15:39,123 jika ia tidak cergas dan kacak. 133 00:15:43,363 --> 00:15:45,643 Pertama, pakaian baharu. 134 00:15:50,723 --> 00:15:53,403 Menukar bulu yang comel dan gebu 135 00:15:55,923 --> 00:15:58,243 kepada kot yang berkilat dan kalis air. 136 00:16:00,963 --> 00:16:03,083 Ia bersedia untuk renangan pertama. 137 00:16:16,203 --> 00:16:18,003 Di seberang pantai, 138 00:16:19,803 --> 00:16:21,843 Paloma pun sudah bersedia. 139 00:16:31,603 --> 00:16:34,843 Selepas seumur hidup bermain di darat, 140 00:16:36,123 --> 00:16:38,603 ia menakutkan bagi kedua-dua penguin. 141 00:16:43,043 --> 00:16:44,883 Rocky sangka ia berenang, 142 00:16:49,043 --> 00:16:51,803 tapi Paloma yang berenang. 143 00:17:03,523 --> 00:17:07,523 Akhirnya Rocky sedar ia perlu berada di dalam air untuk berenang. 144 00:17:12,723 --> 00:17:16,403 Burung-burung muda ini akan mengembara selama dua tahun… 145 00:17:19,003 --> 00:17:21,643 dalam perjalanan yang berasingan. 146 00:17:26,603 --> 00:17:29,403 Ada kekayaan agung menanti di lautan, 147 00:17:32,323 --> 00:17:33,443 atas ihsan graviti… 148 00:17:36,403 --> 00:17:38,323 dan jiran terdekat kita. 149 00:17:43,963 --> 00:17:48,123 4.4 BILION TAHUN LALU 150 00:17:49,483 --> 00:17:51,803 Sejurus selepas planet kita terbentuk, 151 00:17:55,163 --> 00:17:57,683 ia bertembung dengan dunia muda lain. 152 00:18:13,323 --> 00:18:15,243 Daripada serpihan yang bersepah, 153 00:18:21,003 --> 00:18:24,363 graviti membentuk teman pengembara Bumi… 154 00:18:29,043 --> 00:18:29,883 iaitu Bulan. 155 00:18:36,723 --> 00:18:40,283 Impak itu menghentam Bumi yang masih muda sehingga ia senget… 156 00:18:42,363 --> 00:18:44,203 dan huru-hara, 157 00:18:46,083 --> 00:18:48,843 berputar dan berpusing dengan sangat laju. 158 00:18:52,323 --> 00:18:54,483 Tapi selama berbilion tahun, 159 00:18:54,563 --> 00:18:58,363 tarikan graviti Bulan menjinakkan Bumi. 160 00:18:59,683 --> 00:19:01,803 Bulan semakin jauh. 161 00:19:02,963 --> 00:19:05,043 Putaran Bumi semakin perlahan. 162 00:19:07,443 --> 00:19:10,443 Ia telah mengubah kisah Bumi. 163 00:19:15,243 --> 00:19:19,203 Putaran perlahan bermaksud jangka siang lebih panjang, 164 00:19:22,043 --> 00:19:28,683 dan lebih banyak jam untuk cahaya matahari menembusi lautan secara berterusan… 165 00:19:40,163 --> 00:19:45,443 mencipta keadaan yang sesuai untuk hidupan pertama lahir. 166 00:19:52,043 --> 00:19:56,203 Langkah pertama dalam labirin kehidupan bawah air 167 00:19:57,043 --> 00:19:59,363 yang semakin membesar. 168 00:20:05,403 --> 00:20:10,203 Akhirnya memenuhi lautan dengan keajaiban di luar bayangan. 169 00:20:24,603 --> 00:20:28,043 Keajaiban ini menyediakan ekosistem yang lengkap 170 00:20:29,043 --> 00:20:31,563 untuk dua penguin yang sangat lapar, 171 00:20:35,163 --> 00:20:39,323 terpisah beratus kilometer di lautan terbuka. 172 00:20:44,083 --> 00:20:47,443 Paloma telah tiba di perenggan kutub… 173 00:20:52,283 --> 00:20:56,563 tempat Lautan Selatan bertemu lautan lebih hangat Atlantik, 174 00:20:56,643 --> 00:20:59,643 Pasifik, dan Lautan Hindi. 175 00:21:04,523 --> 00:21:08,203 Di sini, khasiat berpusar di bawah, 176 00:21:09,363 --> 00:21:11,763 memberi makan beribu spesies. 177 00:21:17,043 --> 00:21:22,243 Termasuk ikan lantera, ikan kegemaran penguin raja. 178 00:21:27,203 --> 00:21:29,083 Ia hidup jauh di dasar air. 179 00:21:32,803 --> 00:21:34,883 Namun ia bukan masalah bagi Paloma. 180 00:21:36,603 --> 00:21:40,443 Ia mampu memburu sejauh 300 meter di bawah permukaan. 181 00:22:02,883 --> 00:22:06,883 Penguin mampu menyelam dan memburu pada kedalaman yang dalam. 182 00:22:10,203 --> 00:22:14,363 Namun untuk memahami penyesuaian yang mengagumkan ini, 183 00:22:16,323 --> 00:22:21,123 anda perlu tahu kegiatan graviti semasa 66 juta tahun lalu. 184 00:22:31,723 --> 00:22:35,403 Di bahagian sejuk sistem suria, 185 00:22:36,083 --> 00:22:39,403 berjuta ketulan ais dan batu mengelilingi Matahari. 186 00:22:42,923 --> 00:22:45,723 Selalunya asteroid ini tidak bermasalah. 187 00:22:54,323 --> 00:22:56,843 Tapi kadangkala ia mengganggu. 188 00:23:00,763 --> 00:23:03,603 Di kawasan luar jaluran asteroid, 189 00:23:04,883 --> 00:23:08,643 terdapat satu batu, sejauh sepuluh kilometer, 190 00:23:09,403 --> 00:23:12,723 telah terdedah kepada Matahari selama beribu tahun. 191 00:23:16,923 --> 00:23:18,203 Sedikit demi sedikit, 192 00:23:19,083 --> 00:23:25,243 pemanasan mula mengubah tempat asteroid, digelar Chicxclub. Ia keluar dari orbit. 193 00:23:28,163 --> 00:23:29,683 Sehingga graviti muncul, 194 00:23:32,043 --> 00:23:33,883 menariknya ke arah Matahari… 195 00:23:38,083 --> 00:23:41,363 dan asteroid itu berlanggar dengan Bumi. 196 00:23:48,203 --> 00:23:51,643 Pada kelajuan 72 ribu kilometer sejam. 197 00:24:00,563 --> 00:24:04,883 Impak itu mencetuskan gelombang plasma yang sangat panas, 198 00:24:08,403 --> 00:24:12,403 menyebabkan kebakaran hutan dan kemusnahan di serata planet, 199 00:24:15,203 --> 00:24:16,843 dan menghalang Matahari. 200 00:24:19,563 --> 00:24:23,123 Tiga perempat spesies Bumi terhapus. 201 00:24:25,723 --> 00:24:28,243 Ia berita buruk bagi dinosaur, 202 00:24:30,243 --> 00:24:33,883 tapi berita baik bagi penguin raja. 203 00:24:39,883 --> 00:24:41,443 Lebih kecil dan ringan, 204 00:24:42,123 --> 00:24:44,763 burung terselamat daripada impak itu. 205 00:24:46,963 --> 00:24:50,323 Ia berterbangan ke merata tempat. 206 00:24:53,683 --> 00:24:55,683 Pemangsa besar telah pupus, 207 00:24:58,403 --> 00:25:01,163 lautan penuh dengan ikan. 208 00:25:05,243 --> 00:25:09,163 Leluhur penguin menjadi penyelam mahir. 209 00:25:11,003 --> 00:25:12,283 Menyelam lebih jauh 210 00:25:13,403 --> 00:25:15,203 dan lebih lama di bawah 211 00:25:16,763 --> 00:25:22,843 sehingga, lama-kelamaan, ia hilang kemampuan untuk terbang. 212 00:25:28,923 --> 00:25:31,003 Dulu ia berterbangan di langit… 213 00:25:34,923 --> 00:25:37,043 kini ia berenang di lautan. 214 00:25:42,723 --> 00:25:48,843 Penyesuaian sangat berharga yang dimanfaatkan oleh Rocky dan Paloma. 215 00:25:53,843 --> 00:25:56,363 Ia lebih cergas dan kuat, 216 00:25:56,443 --> 00:25:59,803 ia bersedia untuk kembali ke pantai kelahiran 217 00:25:59,883 --> 00:26:01,243 untuk mencari pasangan. 218 00:26:05,243 --> 00:26:07,523 Tapi kepulangannya terganggu… 219 00:26:15,843 --> 00:26:17,083 oleh paus pembunuh. 220 00:26:18,323 --> 00:26:21,123 Satu-satunya paus yang makan penguin. 221 00:26:25,203 --> 00:26:27,923 Paloma bergerak lebih laju. 222 00:26:32,923 --> 00:26:35,443 Ia perlumbaan hingga ke garisan penamat. 223 00:26:41,083 --> 00:26:42,643 Paus pembunuh laju, 224 00:26:47,963 --> 00:26:51,123 tapi penguin raja lebih laju. 225 00:27:12,843 --> 00:27:15,843 Paloma terlalu pantas untuk dikejar. 226 00:27:19,963 --> 00:27:24,323 Tapi Rocky menyorok di hutan kelpa berdekatan pantai. 227 00:27:38,723 --> 00:27:42,243 Paus pembunuh yang kelaparan langsung tidak berganjak. 228 00:28:00,123 --> 00:28:01,683 Rocky nampak jalan selamat 229 00:28:06,323 --> 00:28:07,763 dan bergegas ke pantai. 230 00:28:11,803 --> 00:28:14,323 Ia memang dah mahir berenang sekarang. 231 00:28:20,043 --> 00:28:23,603 Dah dua tahun ia berenang di lautan. 232 00:28:24,323 --> 00:28:27,443 Segalanya untuk pencarian agung. 233 00:28:29,163 --> 00:28:31,443 Pencarian cinta. 234 00:28:34,363 --> 00:28:38,803 Graviti membentuk Matahari, Bumi, dan Bulan, 235 00:28:41,363 --> 00:28:44,283 mencipta rumah yang stabil untuk hidupan di planet 236 00:28:45,243 --> 00:28:48,523 dan memacu evolusi ke arah baharu. 237 00:28:56,723 --> 00:29:00,723 Tapi kisah Rocky dan Paloma memerlukan satu babak lagi, 238 00:29:03,243 --> 00:29:04,643 dicipta oleh graviti 239 00:29:06,283 --> 00:29:08,483 dalam jantung Matahari yang membara. 240 00:29:12,083 --> 00:29:12,963 Cahaya. 241 00:29:17,283 --> 00:29:19,603 Bintang kita hanya bersinar kerana, 242 00:29:19,683 --> 00:29:23,723 di tengahnya, pertarungan sengit berlaku. 243 00:29:28,083 --> 00:29:29,763 Graviti ditarik ke dalam… 244 00:29:31,763 --> 00:29:35,243 sementara tekanan yang kuat menolak. 245 00:29:41,843 --> 00:29:43,643 Perang graviti ini… 246 00:29:48,523 --> 00:29:51,683 menyebabkan atom berlanggar dan berlakur. 247 00:29:58,043 --> 00:30:00,443 Melepaskan poket tenaga yang kecil 248 00:30:02,283 --> 00:30:05,123 dalam bentuk foton. 249 00:30:12,363 --> 00:30:15,923 Ia bukan saja membanjiri Bumi dengan tenaga untuk kehidupan, 250 00:30:18,283 --> 00:30:22,323 malah ia memberi Bumi cahaya. 251 00:30:26,963 --> 00:30:30,003 Cahaya yang menyimpan keajaiban yang tersembunyi. 252 00:30:33,043 --> 00:30:35,843 Dalam setiap pancaran cahaya, 253 00:30:36,963 --> 00:30:38,083 terdapat pelangi. 254 00:30:41,363 --> 00:30:44,203 Setiap foton memiliki panjang gelombang yang unik 255 00:30:45,483 --> 00:30:48,643 dan berinteraksi dengan bahan yang membentuk dunia 256 00:30:49,163 --> 00:30:50,363 dengan cara berbeza. 257 00:31:01,923 --> 00:31:04,683 Beberapa panjang gelombang diserap. 258 00:31:06,203 --> 00:31:08,723 Selebihnya terpantul. 259 00:31:12,803 --> 00:31:18,043 Cara gelombang cahaya menyentuh mata menentukan warna yang kita lihat. 260 00:31:22,443 --> 00:31:24,883 Kebolehan untuk melihat warna 261 00:31:25,723 --> 00:31:29,723 memainkan peranan penting dalam permainan cinta penguin. 262 00:31:39,243 --> 00:31:43,523 Setelah bertahun-tahun makan di laut, Rocky cergas dan kuat. 263 00:31:48,163 --> 00:31:51,443 Sifat yang ia perlu untuk menarik hati pasangan. 264 00:31:58,243 --> 00:32:01,243 Pigmen yang ia sintesis sendiri 265 00:32:02,403 --> 00:32:04,843 buat bulu ia berwarna kuning terang, 266 00:32:07,043 --> 00:32:09,523 sangat sesuai untuk menunjuk gaya 267 00:32:11,403 --> 00:32:16,843 dan menarik perhatian seekor burung dalam kumpulan ini… 268 00:32:22,563 --> 00:32:25,643 yang hanya melihat Rocky. 269 00:32:29,843 --> 00:32:30,683 Paloma. 270 00:32:44,563 --> 00:32:48,723 Cahaya bintang memantul pada retina di belakang mata Paloma. 271 00:32:55,043 --> 00:33:00,523 Di sini, berjuta sel kon bekerja untuk menyahkod setiap panjang gelombang, 272 00:33:07,043 --> 00:33:12,243 membolehkan Paloma untuk membezakan satu warna dengan warna lain. 273 00:33:16,523 --> 00:33:17,883 Dalam sekelip mata, 274 00:33:18,403 --> 00:33:22,643 pasangan mabuk cinta ini bukan sekadar mampu melihat dunia yang dikongsi 275 00:33:23,683 --> 00:33:26,323 malah memahami dunia itu 276 00:33:27,843 --> 00:33:30,323 dan menemui teman sejiwa. 277 00:33:36,883 --> 00:33:40,883 Percintaan ini bertukar menjadi tarian yang direka dengan cermat. 278 00:33:43,643 --> 00:33:46,963 Setiap penguin mempamerkan bulu kuning yang mempesonakan… 279 00:33:50,963 --> 00:33:52,963 untuk mengagumi penguin lain. 280 00:34:03,643 --> 00:34:07,123 Penguin lain mencuba nasib, tapi hajat tidak kesampaian. 281 00:34:12,643 --> 00:34:14,403 Bulu kuning Rocky 282 00:34:16,603 --> 00:34:18,323 bukan satu-satunya tarikan Rocky. 283 00:34:22,283 --> 00:34:24,203 Apabila ia geleng kepala, 284 00:34:26,323 --> 00:34:28,323 ia mengekod mesej rahsia… 285 00:34:30,723 --> 00:34:32,723 dalam sinar ultraungu. 286 00:34:35,163 --> 00:34:37,283 Paruh menangkap sinaran Matahari 287 00:34:39,043 --> 00:34:40,803 dan memantulkan sinaran. 288 00:34:47,243 --> 00:34:49,403 Disebabkan satu sel kon ekstra, 289 00:34:51,803 --> 00:34:56,683 Rocky dan Paloma mampu melihat warna di luar jangkauan kita. 290 00:34:58,283 --> 00:35:02,163 Isyarat sinar ultraungu ini menawan hati Paloma. 291 00:35:04,083 --> 00:35:05,923 Ia pasangan yang sepadan. 292 00:35:12,883 --> 00:35:16,043 Membesarkan anak penguin tidak mudah. 293 00:35:17,923 --> 00:35:21,523 Ibu bapa penguin perlu berada dalam keadaan sangat cergas. 294 00:35:26,363 --> 00:35:29,803 Bulu kuning yang mengagumkan dan paruh yang berkilau 295 00:35:29,883 --> 00:35:32,843 ialah bukti kekuatan dan kemampuan, 296 00:35:34,363 --> 00:35:38,083 sifat penting untuk membesarkan keluarga. 297 00:35:41,403 --> 00:35:44,163 Dalam beribu-ribu burung, 298 00:35:45,043 --> 00:35:46,883 Rocky dan Paloma… 299 00:35:49,683 --> 00:35:51,323 menemui satu sama lain. 300 00:36:00,803 --> 00:36:03,523 Daripada getaran pertama dalam jaringan kosmos… 301 00:36:09,603 --> 00:36:11,723 sehinggalah kelahiran Matahari, 302 00:36:13,723 --> 00:36:14,603 planet, 303 00:36:15,883 --> 00:36:16,763 dan Bulan, 304 00:36:21,723 --> 00:36:25,043 impak yang telah menulis sejarah Bumi 305 00:36:27,843 --> 00:36:33,203 sehingga kuasa yang menghidupkan Matahari, mewarnai dunia kita dengan warna, 306 00:36:35,323 --> 00:36:40,323 graviti memainkan peranan dalam semua peristiwa ini. 307 00:36:44,243 --> 00:36:48,243 Menyatukan dua penguin ini untuk menemui detik istimewa… 308 00:36:51,963 --> 00:36:54,123 di pulau istimewa ini. 309 00:36:58,283 --> 00:37:03,843 Sejurus sebelum sesuatu yang lebih istimewa dihantar ke Bumi. 310 00:37:04,843 --> 00:37:09,803 Rocky dan Paloma akan menimang cahaya mata. 311 00:37:13,723 --> 00:37:15,483 Membawa hidupan baharu, 312 00:37:16,203 --> 00:37:19,123 dan mungkin cinta baharu, 313 00:37:21,923 --> 00:37:25,763 dengan graviti sebagai pembimbing setia. 314 00:37:33,923 --> 00:37:35,483 Di serata bumi, 315 00:37:36,483 --> 00:37:38,963 kehidupan mempesona dalam kepelbagaian. 316 00:38:04,563 --> 00:38:10,923 Ia mengambil masa 13.8 bilion tahun untuk tiba di detik berharga 317 00:38:11,003 --> 00:38:13,723 dalam masa dan ruang. 318 00:38:22,563 --> 00:38:25,763 Setiap haiwan dibuat daripada bintang, 319 00:38:27,763 --> 00:38:29,843 diselaraskan dengan planet, 320 00:38:31,483 --> 00:38:34,763 dan dikekalkan dengan hadiah dari kosmos 321 00:38:34,843 --> 00:38:38,443 yang tiba secara kebetulan. 322 00:38:52,363 --> 00:38:55,163 Semuanya terletak dengan teratur 323 00:38:56,083 --> 00:38:59,003 oleh daya tarikan asal yang muktamad. 324 00:39:07,363 --> 00:39:09,563 Kisah alam semesta kita 325 00:39:09,643 --> 00:39:14,483 merupakan kisah yang menceritakan tentang kewujudan hidupan di planet ini… 326 00:39:17,923 --> 00:39:19,643 yang digelar rumah. 327 00:39:23,123 --> 00:39:27,283 Kisah yang masih ditulis. 328 00:39:57,763 --> 00:40:02,763 Terjemahan sari kata oleh Zarifah Kamarulhisham