1 00:00:12,595 --> 00:00:15,348 Bagi 90 peratus sejarah planet kita, 2 00:00:16,516 --> 00:00:19,602 keadaan terlalu panas untuk ais terbentuk. 3 00:00:23,732 --> 00:00:28,445 Maka, ketika Zaman Ais melanda dua setengah juta tahun lalu, 4 00:00:29,279 --> 00:00:31,740 impaknya sangat besar. 5 00:00:45,086 --> 00:00:49,966 Ini kisah pembekuan besar 6 00:00:51,176 --> 00:00:54,596 dan kebangkitan sebuah dinasti 7 00:00:54,679 --> 00:00:58,683 yang akan membawa kehidupan ke ambang kepupusan. 8 00:02:10,296 --> 00:02:11,840 BABAK 8 9 00:02:11,923 --> 00:02:17,470 ZAMAN AIS DAN API 10 00:02:18,763 --> 00:02:24,185 MASA KINI 11 00:02:27,397 --> 00:02:32,569 Yellowstone ialah salah satu tempat paling sejuk di Amerika. 12 00:02:39,492 --> 00:02:45,623 Pada musim sejuk, ia masih menghadapi keadaan sejuk yang sama 13 00:02:45,707 --> 00:02:47,709 seperti sewaktu zaman ais. 14 00:02:56,718 --> 00:03:00,305 Suhu boleh jatuh bawah negatif 50 darjah. 15 00:03:03,141 --> 00:03:06,936 Hanya hidupan yang dicipta untuk kesejukan boleh hidup. 16 00:03:17,322 --> 00:03:20,700 Bulu tebal bison ialah penebat yang cukup baik. 17 00:03:22,285 --> 00:03:24,871 Ia memerlukan sedikit tenaga untuk memanaskan badan. 18 00:03:29,083 --> 00:03:30,752 Mujurlah begitu 19 00:03:30,835 --> 00:03:34,130 kerana rumput sukar dicari di bawah salji. 20 00:03:38,343 --> 00:03:42,722 Namun, bukan bison sahaja yang lapar di sini. 21 00:03:48,436 --> 00:03:52,148 Serigala juga boleh menghadapi musim sejuk yang paling sejuk… 22 00:03:54,859 --> 00:04:00,448 dan telah memburu bison di Amerika selama lebih 100,000 tahun. 23 00:04:14,337 --> 00:04:16,089 Untuk membahagikan kawanan itu, 24 00:04:17,131 --> 00:04:19,384 kumpulan serigala itu perlu buat ia bergerak. 25 00:04:24,681 --> 00:04:27,684 Panik membolehkan serigala mengawal. 26 00:04:40,571 --> 00:04:43,074 Kawanan itu mesti bersatu. 27 00:04:52,750 --> 00:04:55,086 Tersandung sedikit boleh membawa maut. 28 00:05:03,219 --> 00:05:05,305 Namun, bison tidak boleh lari selamanya, 29 00:05:06,431 --> 00:05:08,641 terutamanya dalam salji tebal. 30 00:05:20,611 --> 00:05:25,825 Satu-satunya harapannya ialah berpaling dan berdepan dengan pemburunya. 31 00:05:37,003 --> 00:05:40,923 Barulah kumpulan serigala itu mengalah. 32 00:05:47,847 --> 00:05:50,475 Namun, ke mana pun bison itu pergi, 33 00:05:51,351 --> 00:05:53,561 serigala akan ikut. 34 00:05:59,400 --> 00:06:04,989 Musuh-musuh lama yang bertempur selama beribu tahun. 35 00:06:09,827 --> 00:06:14,040 Namun, musuh-musuh purba ini bertuah… 36 00:06:16,542 --> 00:06:19,379 kerana ia boleh menantikan penghujung musim sejuk 37 00:06:21,005 --> 00:06:22,715 dan permulaan musim bunga. 38 00:06:27,678 --> 00:06:30,723 Namun, ada suatu masa apabila musim sejuk 39 00:06:32,433 --> 00:06:34,477 nampaknya tidak pernah berakhir. 40 00:06:37,814 --> 00:06:41,776 2.5 JUTA TAHUN LALU 41 00:06:41,859 --> 00:06:44,070 Dua setengah juta tahun lalu, 42 00:06:45,196 --> 00:06:47,240 perubahan dalam orbit Bumi, 43 00:06:47,990 --> 00:06:51,035 arus laut dan paras karbon dioksida 44 00:06:51,744 --> 00:06:54,622 menyebabkan planet ini tiba-tiba menjadi sejuk. 45 00:06:59,001 --> 00:07:01,921 Zaman Ais telah bermula… 46 00:07:04,841 --> 00:07:09,011 dan ia bermula dengan benda paling kecil. 47 00:07:15,351 --> 00:07:21,983 Bersendirian, emping salji ialah keajaiban beku yang rapuh. 48 00:07:23,234 --> 00:07:25,027 Setiap satu berbeza. 49 00:07:28,656 --> 00:07:33,119 Namun, bersama-sama, emping salji mengubah dunia. 50 00:07:36,789 --> 00:07:39,584 Tanpa musim panas untuk mencairkannya, 51 00:07:40,626 --> 00:07:43,379 salji menyelubungi utara dunia… 52 00:07:47,508 --> 00:07:51,637 dan dipadatkan selama beribu tahun 53 00:07:52,346 --> 00:07:56,601 untuk membentuk lapisan ais kekal setebal beberapa kilometer. 54 00:08:07,445 --> 00:08:10,781 Di sini, di alam sunyi ini, 55 00:08:11,532 --> 00:08:14,869 hidupan dibekukan sepenuhnya… 56 00:08:19,332 --> 00:08:21,375 tapi di selatan lapisan ais itu, 57 00:08:22,043 --> 00:08:26,631 satu dunia baharu dicipta di mana hidupan boleh berkembang. 58 00:08:29,800 --> 00:08:33,304 Mengelilingi hampir seluruh Hemisfera Utara, 59 00:08:35,598 --> 00:08:40,186 steppe tundra menjadi habitat paling luas di Bumi. 60 00:08:40,269 --> 00:08:44,649 20,000 TAHUN LALU 61 00:08:51,072 --> 00:08:54,033 Mamalia yang mahir menyesuaikan diri dengan kesejukan 62 00:08:54,116 --> 00:08:56,619 mendominasi tanah-tanah dingin ini… 63 00:09:00,581 --> 00:09:04,961 termasuk mamalia paling besar dan paling ikonik… 64 00:09:08,214 --> 00:09:09,674 mamot berbulu. 65 00:09:12,260 --> 00:09:14,262 Nenek moyangnya yang seperti gajah 66 00:09:15,179 --> 00:09:18,432 meninggalkan Afrika berjuta-juta tahun lebih awal 67 00:09:18,516 --> 00:09:23,229 dan berkembang menjadi haiwan yang sangat khusus ini. 68 00:09:26,857 --> 00:09:31,904 Bulu panjang, telinga lebih kecil dan ekor lebih pendek 69 00:09:31,988 --> 00:09:34,490 membantunya menyimpan haba dalam kesejukan. 70 00:09:39,912 --> 00:09:44,834 Ia dipandu oleh seekor mamot betina tua, matriark, 71 00:09:44,917 --> 00:09:48,379 yang menurunkan ilmunya kepada generasi-generasinya. 72 00:09:52,508 --> 00:09:56,012 Generasi yang perlu dilindunginya. 73 00:10:12,945 --> 00:10:14,905 Lebih besar daripada singa hari ini, 74 00:10:15,698 --> 00:10:19,952 singa gua boleh mengalahkan mangsa terbesar… 75 00:10:26,584 --> 00:10:29,170 tetapi lebih kecil lebih mudah. 76 00:10:35,551 --> 00:10:37,219 Dengan sedikit perlindungan, 77 00:10:37,303 --> 00:10:40,097 kucing-kucing berani ini tidak cuba bersembunyi. 78 00:10:44,560 --> 00:10:47,647 Sebaliknya, ia menanti sahaja, 79 00:10:48,481 --> 00:10:51,108 menunggu detik yang sesuai. 80 00:10:57,073 --> 00:11:00,201 Anak mamot mesti berada dekat dengan pelindungnya… 81 00:11:05,790 --> 00:11:09,126 tetapi pemburunya sudah mensasarkannya. 82 00:11:28,229 --> 00:11:30,731 Mamot-mamot itu membentuk dinding gading… 83 00:11:33,234 --> 00:11:36,904 tetapi singa-singa itu tidak berundur. 84 00:11:51,252 --> 00:11:53,921 Matriark itu cuba menyerang… 85 00:12:01,637 --> 00:12:05,182 tetapi salah satu pemburu itu nampak satu peluang. 86 00:12:18,028 --> 00:12:21,866 Remaja itu takkan pergi dari kawanannya lagi. 87 00:12:36,756 --> 00:12:40,718 Sekarang giliran singa untuk mempertahankan diri. 88 00:12:46,599 --> 00:12:48,058 Ibu anak mamot itu… 89 00:12:50,102 --> 00:12:52,521 tahu ia sia-sia. 90 00:12:57,568 --> 00:13:00,404 Ia tiada pilihan selain berundur 91 00:13:01,155 --> 00:13:04,158 dan melindungi generasi yang masih ada. 92 00:13:07,036 --> 00:13:10,831 Ia hanya boleh meneruskan penghijrahan 93 00:13:11,707 --> 00:13:14,710 merentasi steppe tundra yang sejuk itu. 94 00:13:31,894 --> 00:13:35,648 Walaupun ais tidak pernah menenggelamkan planet ini sepenuhnya, 95 00:13:37,775 --> 00:13:41,111 kesannya masih dirasakan di seluruh dunia… 96 00:13:47,493 --> 00:13:51,997 kadangkala dengan cara yang paling tidak dijangka. 97 00:13:57,753 --> 00:14:00,965 Dengan kebanyakan air di dunia terbeku sebagai ais, 98 00:14:02,007 --> 00:14:04,885 tanah menjadi semakin kering. 99 00:14:06,804 --> 00:14:09,974 Inilah sisi lain zaman ais. 100 00:14:14,061 --> 00:14:16,522 Di selatan steppe tundra itu, 101 00:14:16,605 --> 00:14:19,942 saiz gurun meningkat dua kali ganda, 102 00:14:20,860 --> 00:14:23,737 memusnahkan segalanya dalam laluannya. 103 00:14:33,747 --> 00:14:40,129 Hanya pakar gurun yang telah berevolusi untuk menahan haba melampau 104 00:14:40,212 --> 00:14:42,965 boleh bertahan dalam keadaan yang ganas itu. 105 00:14:48,012 --> 00:14:50,806 Namun, pengeringan itu tidak berhenti di situ. 106 00:14:53,225 --> 00:14:58,063 Lebih jauh di selatan, hutan-hutan hujan tropika Afrika, 107 00:14:58,147 --> 00:15:02,401 tempat perlindungan yang stabil untuk hidupan selama lebih 50 juta tahun, 108 00:15:02,943 --> 00:15:06,030 hampir hilang sepenuhnya… 109 00:15:13,621 --> 00:15:18,459 digantikan dengan hutan dan padang rumput kering yang luas. 110 00:15:22,713 --> 00:15:25,215 Kesannya terhadap hidupan sangat besar, 111 00:15:25,883 --> 00:15:29,136 terutamanya terhadap satu kumpulan haiwan… 112 00:15:32,723 --> 00:15:33,849 primat. 113 00:15:36,602 --> 00:15:41,357 Babun berkongsi 94 peratus daripada DNAnya dengan kita, 114 00:15:43,275 --> 00:15:46,862 serta satu bahagian penting dalam kisah kita… 115 00:15:49,990 --> 00:15:54,870 penurunan dari puncak pokok ke kehidupan di lantai hutan. 116 00:16:04,588 --> 00:16:07,299 Di sini, semasa Zaman Ais, 117 00:16:07,883 --> 00:16:10,803 sepupu kita menghadapi banyak cabaran baharu. 118 00:16:17,977 --> 00:16:21,772 Hidupan di darat lebih berbahaya… 119 00:16:35,327 --> 00:16:37,454 tempat tinggal pemangsa-pemangsa besar. 120 00:16:47,297 --> 00:16:51,635 Mujurlah walaupun primat bersaiz kecil dan kurang kuat, 121 00:16:53,554 --> 00:16:57,558 kita memiliki kepintaran dan keluarga yang besar. 122 00:17:06,066 --> 00:17:09,111 Namun, mencari makanan yang cukup untuk menyara keluarga 123 00:17:10,404 --> 00:17:12,573 ialah cabaran yang berterusan. 124 00:17:22,499 --> 00:17:24,585 Jadi, apabila makanan ditemukan, 125 00:17:26,003 --> 00:17:28,088 ia menarik banyak perhatian. 126 00:17:39,099 --> 00:17:41,351 Apabila ada sumber yang berharga… 127 00:17:43,479 --> 00:17:46,190 konflik tidak dapat dielakkan… 128 00:17:51,820 --> 00:17:55,282 apatah lagi dengan spesies sendiri. 129 00:17:58,202 --> 00:18:01,872 Pasukan lawan yang tidak ingin berkongsi. 130 00:18:30,234 --> 00:18:31,652 Di hutan kering, 131 00:18:33,821 --> 00:18:36,657 setiap buah berbaloi untuk diperjuangkan… 132 00:18:42,412 --> 00:18:44,748 dan setiap pertarungan penting. 133 00:19:14,987 --> 00:19:17,739 Pasukan lawan mengalah, 134 00:19:19,324 --> 00:19:20,701 tetapi ia akan kembali. 135 00:19:27,666 --> 00:19:31,170 Untuk mengatasi cabaran dunia yang lebih ganas, 136 00:19:31,795 --> 00:19:35,465 primat bergantung pada kepintaran sosialnya, 137 00:19:36,550 --> 00:19:39,052 satu sifat yang lambat-laun 138 00:19:39,136 --> 00:19:45,184 akan menyebabkan satu spesies primat mencapai penguasaan global. 139 00:19:54,109 --> 00:19:58,614 16,000 TAHUN LALU 140 00:19:59,781 --> 00:20:04,912 Pengumpulan ais di utara menjejaskan iklim di seluruh planet. 141 00:20:08,916 --> 00:20:13,170 Namun, sebaik hidupan membiasakan diri dengan keadaan lebih sejuk dan kering, 142 00:20:13,837 --> 00:20:15,839 semuanya berubah. 143 00:20:21,511 --> 00:20:25,891 Ais mula mencair apabila orbit Bumi beralih sekali lagi 144 00:20:28,060 --> 00:20:31,730 dan suhu global mula meningkat. 145 00:20:40,447 --> 00:20:44,034 Perkara yang bermula sebagai siri aliran cairan 146 00:20:44,117 --> 00:20:47,162 tidak lama kemudian menjadi banjir besar. 147 00:21:04,096 --> 00:21:09,142 Di Amerika Utara, cairan itu membentuk sebuah tasik glasier besar 148 00:21:09,768 --> 00:21:15,857 sedalam 600 meter dan meliputi 10,000 kilometer persegi. 149 00:21:21,238 --> 00:21:25,742 Satu-satunya perkara yang menghalang air daripada membanjiri daratan ke barat 150 00:21:26,326 --> 00:21:29,705 ialah satu dinding ais yang menjulang tinggi. 151 00:21:35,127 --> 00:21:40,590 Di seberang, tembok itu hampir setinggi satu kilometer… 152 00:21:43,510 --> 00:21:46,430 halangan yang nampaknya tidak dapat dihalang… 153 00:21:49,599 --> 00:21:51,393 tapi bukan untuk lebih lama lagi. 154 00:22:00,485 --> 00:22:05,699 Apabila suhu terus naik dan cairan itu semakin bertambah, 155 00:22:06,533 --> 00:22:09,453 tekanan dari belakang meningkat. 156 00:22:18,128 --> 00:22:23,133 Tidak lama kemudian, dinding itu mula runtuh dari dalam… 157 00:22:38,023 --> 00:22:41,818 sehingga akhirnya, keruntuhan dahsyat berlaku. 158 00:23:17,646 --> 00:23:23,276 Dalam sekelip mata, sebuah tasik sebesar Laut Ireland terbentuk. 159 00:23:45,882 --> 00:23:47,676 Tiga puluh kilometer ke selatan, 160 00:23:48,176 --> 00:23:51,680 dan petunjuk pertama bagi malapetaka yang akan berlaku. 161 00:23:55,559 --> 00:23:56,476 Gegaran. 162 00:23:59,980 --> 00:24:01,189 Ia merasai bahaya… 163 00:24:04,609 --> 00:24:06,445 tetapi tiada tempat untuk bersembunyi. 164 00:24:27,215 --> 00:24:31,428 Benda pertama yang ia nampak ialah dinding debu. 165 00:24:35,056 --> 00:24:36,808 Setinggi 100 meter, 166 00:24:37,434 --> 00:24:40,353 ia barisan hadapan tsunami gergasi. 167 00:25:19,059 --> 00:25:21,311 Dalam masa sepuluh jam sahaja, 168 00:25:21,394 --> 00:25:25,357 banjir besar memusnahkan satu laluan sepanjang 800 kilometer 169 00:25:25,982 --> 00:25:29,861 melalui benua Amerika, sehingga ke lautan. 170 00:25:40,497 --> 00:25:43,375 Keajaiban semula jadi yang mungkin mengambil masa ribuan tahun 171 00:25:43,458 --> 00:25:44,376 untuk terbentuk 172 00:25:45,210 --> 00:25:47,963 tercipta dalam hanya beberapa jam. 173 00:26:01,059 --> 00:26:05,063 Namun, keajaiban ini tidak bertahan lama. 174 00:26:12,320 --> 00:26:14,030 Hanya beberapa hari kemudian, 175 00:26:14,698 --> 00:26:16,741 semuanya yang tinggal 176 00:26:18,034 --> 00:26:19,786 hanyalah sunyi-sepi. 177 00:26:28,211 --> 00:26:31,673 Parut yang tidak dapat dihapuskan akibat banjir besar ini 178 00:26:31,756 --> 00:26:34,884 masih menandakan landskap Amerika hari ini… 179 00:26:38,138 --> 00:26:41,600 namun, sejak awal Zaman Ais, 180 00:26:41,683 --> 00:26:46,688 terdapat lebih daripada 50 kitaran pengumpulan dan pencairan ais… 181 00:26:49,232 --> 00:26:52,611 setiap satu menyebabkan banjir besar tersendiri. 182 00:26:59,784 --> 00:27:03,288 Setelah kekacauan pencairan besar terakhir reda, 183 00:27:04,289 --> 00:27:07,167 keseimbangan perlahan-lahan kembali di seluruh daratan. 184 00:27:15,508 --> 00:27:17,677 Hujan semakin kerap turun… 185 00:27:19,971 --> 00:27:22,390 membenarkan hutan hidup semula. 186 00:27:27,520 --> 00:27:29,689 Gurun mengecut dan menghijau 187 00:27:30,357 --> 00:27:33,360 apabila air mengalir sekali lagi. 188 00:27:39,407 --> 00:27:41,034 Di mana air mengalir, 189 00:27:41,993 --> 00:27:44,746 hidupan akan menyusul. 190 00:27:53,922 --> 00:27:55,882 Delta Danube Eropah 191 00:27:55,965 --> 00:27:59,010 antara tanah lembap terbesar di dunia. 192 00:28:00,470 --> 00:28:03,056 Ia terbentuk selepas pencairan besar terakhir itu 193 00:28:03,682 --> 00:28:07,936 dan segera menjadi tempat tinggal bagi banyak hidupan haiwan. 194 00:28:14,484 --> 00:28:16,444 Dengan banyak makanan yang ditawarkan, 195 00:28:16,528 --> 00:28:19,948 burung camar batu berumbai mengembara beribu kilometer 196 00:28:20,031 --> 00:28:22,075 untuk membiak di perairan yang kaya ini. 197 00:28:23,660 --> 00:28:26,371 Ia tempat sempurna untuk membesarkan keluarga… 198 00:28:32,419 --> 00:28:36,047 tetapi pengembaraan itu sia-sia 199 00:28:36,631 --> 00:28:40,510 jika burung jantan tiba terlalu lewat untuk mencari burung betina. 200 00:28:46,933 --> 00:28:52,480 Ia hanya boleh melihat kejayaan burung lain. 201 00:29:00,697 --> 00:29:02,365 Dengan ketiadaan pesaingnya, 202 00:29:03,742 --> 00:29:05,285 inilah peluangnya. 203 00:29:18,381 --> 00:29:20,300 Makanan ialah hadiah yang hebat… 204 00:29:23,511 --> 00:29:25,930 tetapi si betina tidak kagum. 205 00:29:33,313 --> 00:29:36,649 Walaupun begitu, ia mencuba nasib… 206 00:29:39,694 --> 00:29:40,820 tetapi gagal. 207 00:29:46,409 --> 00:29:50,747 Jantan yang ditolak mesti makan sendirian. 208 00:29:54,417 --> 00:29:59,798 Hanya apabila hidup begitu mewah, barulah si betina begitu memilih. 209 00:30:10,809 --> 00:30:15,271 Penghujung Zaman Ais membawa bukan saja zaman kekayaan, 210 00:30:18,525 --> 00:30:22,570 tetapi juga zaman kestabilan iklim yang hebat… 211 00:30:25,073 --> 00:30:28,701 zaman yang dikenali sebagai Holosen. 212 00:30:35,834 --> 00:30:40,588 11,700 TAHUN LALU 213 00:30:44,175 --> 00:30:45,468 Dalam zaman ini, 214 00:30:46,052 --> 00:30:48,263 keadaan dunia panas dan basah 215 00:30:49,472 --> 00:30:55,228 dan suhu global purata berubah-ubah kurang daripada satu darjah Celsius, 216 00:30:56,771 --> 00:31:01,818 membolehkan hidupan berkembang di setiap sudut dunia… 217 00:31:08,616 --> 00:31:13,663 dengan setiap spesies mempunyai keturunan yang tidak terputus 218 00:31:13,746 --> 00:31:16,833 dari empat bilion tahun lalu 219 00:31:16,916 --> 00:31:19,794 ke asal usul kehidupan di Bumi. 220 00:31:45,278 --> 00:31:50,158 Namun, bukan semuanya berkembang semasa Holosen. 221 00:31:53,786 --> 00:31:59,167 Kepupusan yang aneh dan sangat terpilih sedang berlaku. 222 00:32:01,252 --> 00:32:02,921 Di seluruh planet, 223 00:32:03,004 --> 00:32:06,174 haiwan-haiwan darat terbesar pupus. 224 00:32:07,342 --> 00:32:12,805 Mamot, singa gua dan beratus-ratus spesies lain lenyap. 225 00:32:15,683 --> 00:32:18,186 Amerika Utara terutamanya terjejas teruk, 226 00:32:19,103 --> 00:32:22,649 kehilangan lebih 70 peratus gergasinya… 227 00:32:25,777 --> 00:32:27,278 tetapi bukan semua. 228 00:32:29,697 --> 00:32:32,033 Tanpa kehadiran pesaing, 229 00:32:32,951 --> 00:32:35,662 bison mengambil alih dataran besar, 230 00:32:37,038 --> 00:32:39,624 merantau dalam jumlah yang besar… 231 00:32:55,890 --> 00:32:57,392 tapi ia tidak bersendirian. 232 00:33:04,107 --> 00:33:06,985 Dengan kekurangan mangsa besar untuk dipilih, 233 00:33:08,987 --> 00:33:12,490 bison menjadi tumpuan kumpulan lain yang terselamat. 234 00:33:20,873 --> 00:33:23,459 Musuh-musuh lama. 235 00:33:27,380 --> 00:33:31,426 Pertahanan terbaiknya ialah mengawasi bahaya, 236 00:33:33,094 --> 00:33:36,431 bersatu dan teruskan perjalanan dengan tenang. 237 00:33:40,935 --> 00:33:43,229 Namun, ini bukan pemburu biasa… 238 00:33:49,360 --> 00:33:53,698 kerana Zaman Ais menyaksikan peningkatan satu pemangsa baharu. 239 00:34:01,581 --> 00:34:02,707 Seperti serigala, 240 00:34:03,499 --> 00:34:05,001 kita memburu dalam kumpulan. 241 00:34:08,880 --> 00:34:11,299 Walaupun kita kurang kuat dan pantas… 242 00:34:13,634 --> 00:34:18,264 kita memiliki kepintaran dan kelicikan. 243 00:34:21,225 --> 00:34:25,188 Evolusi otak kita yang besar dan kompleks 244 00:34:25,271 --> 00:34:28,107 telah membezakan kita daripada primat-primat lain 245 00:34:29,484 --> 00:34:33,780 dan membolehkan kita memburu dengan cara yang semakin canggih. 246 00:34:39,285 --> 00:34:40,912 Meniru serigala 247 00:34:42,038 --> 00:34:45,166 dan menggunakan timbunan batu yang disusun dengan teliti, 248 00:34:46,751 --> 00:34:50,797 pemburu mengawal bison sejauh berbatu-batu, 249 00:34:52,173 --> 00:34:54,509 sehingga ia betul-betul 250 00:34:55,968 --> 00:34:57,345 di tempat yang mereka mahu. 251 00:35:08,106 --> 00:35:12,068 Ketika itu, barulah mereka mendekati kawanan itu dari belakang. 252 00:35:21,285 --> 00:35:23,621 Dedahkan diri mereka terlalu awal 253 00:35:25,498 --> 00:35:28,876 dan usaha mereka berhari-hari akan sia-sia. 254 00:35:38,177 --> 00:35:41,013 Hadiah utama mereka bukan kematian seekor bison, 255 00:35:42,682 --> 00:35:44,142 tapi kematian banyak bison… 256 00:35:49,689 --> 00:35:53,109 untuk memberi orang makan sepanjang bulan musim sejuk. 257 00:36:02,326 --> 00:36:04,453 Perangkap sudah dipasang. 258 00:36:09,876 --> 00:36:14,005 Ia cuma memerlukan sedikit galakan. 259 00:37:00,468 --> 00:37:02,345 Menjelang awal Holosen, 260 00:37:02,970 --> 00:37:08,142 manusia telah tersebar dari Afrika ke hampir semua benua di Bumi 261 00:37:09,185 --> 00:37:13,022 dan menjadi pemangsa paling berbahaya di dunia. 262 00:37:17,860 --> 00:37:19,737 Walaupun kebangkitan kita menyumbang 263 00:37:19,820 --> 00:37:22,949 kepada kepupusan global haiwan darat yang besar, 264 00:37:23,824 --> 00:37:26,869 cerita kita mungkin pendek 265 00:37:28,621 --> 00:37:31,207 jika kita tidak melakukan sesuatu yang luar biasa. 266 00:37:34,961 --> 00:37:36,879 Kita membebaskan diri 267 00:37:36,963 --> 00:37:40,299 daripada ketidakpastian kewujudan pemburu-pengumpul 268 00:37:41,008 --> 00:37:44,262 dengan membentuk pakatan dengan alam semula jadi. 269 00:37:47,223 --> 00:37:49,600 Iklim Holosen yang stabil 270 00:37:49,684 --> 00:37:53,604 membolehkan nenek moyang kita membina hubungan unik 271 00:37:55,856 --> 00:37:56,983 dengan tumbuhan. 272 00:38:02,280 --> 00:38:04,699 Mereka memilih sendiri spesies tertentu 273 00:38:05,449 --> 00:38:09,745 dan menyemai benih di tempat yang terbaik untuk membesar. 274 00:38:16,294 --> 00:38:18,587 Semua penjagaan dan perhatian ini 275 00:38:18,671 --> 00:38:22,717 meningkatkan peluang tumbuhan untuk hidup dengan ketara 276 00:38:24,176 --> 00:38:29,098 dan sebagai balasan, manusia mendapat ganjarannya. 277 00:38:33,978 --> 00:38:36,480 Mereka belajar cara menghasilkan lebih banyak makanan 278 00:38:37,064 --> 00:38:40,234 dan cara menyimpannya sepanjang tahun. 279 00:38:44,363 --> 00:38:46,073 Di mana tumbuhan mereka tumbuh, 280 00:38:47,992 --> 00:38:49,452 orang makmur. 281 00:38:53,080 --> 00:38:58,544 Nenek moyang kita menemukan cara untuk memastikan bekalan makanan stabil. 282 00:39:00,546 --> 00:39:03,966 Bukan hanya tumbuhan yang dijinakkan. 283 00:39:05,468 --> 00:39:06,802 Haiwan juga dibela jinak. 284 00:39:08,512 --> 00:39:09,930 Di seluruh dunia, 285 00:39:10,014 --> 00:39:14,769 ramai pemburu-pengumpul meninggalkan gaya hidup nomad mereka 286 00:39:17,021 --> 00:39:19,231 untuk bertani. 287 00:39:20,524 --> 00:39:25,946 Perlahan-lahan, hutan belantara berubah, 288 00:39:27,198 --> 00:39:29,950 dijinakkan oleh tangan manusia. 289 00:39:32,370 --> 00:39:35,414 Bebas daripada perjuangan berterusan untuk mencari makanan, 290 00:39:36,207 --> 00:39:38,209 populasi manusia bertambah, 291 00:39:39,794 --> 00:39:41,796 kerja dipelbagaikan, 292 00:39:43,422 --> 00:39:46,092 masyarakat menjadi lebih kompleks… 293 00:39:49,095 --> 00:39:52,014 dan tamadun dilahirkan. 294 00:39:58,979 --> 00:40:04,026 Kita mencapai sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh spesies lain. 295 00:40:05,152 --> 00:40:10,032 Kita bebas daripada alam semula jadi dan bangkit mengatasinya. 296 00:40:11,575 --> 00:40:15,371 Pertanian mengubah segalanya… 297 00:40:17,748 --> 00:40:21,335 tapi satu lagi revolusi berlaku. 298 00:41:13,762 --> 00:41:19,894 Kepintaran kita telah membawa kita lebih jauh daripada yang kita bayangkan 299 00:41:21,854 --> 00:41:26,942 dan kisah kita kini ditulis di permukaan Bumi. 300 00:41:30,488 --> 00:41:36,327 Perkara yang dulunya liar telah dijinakkan atau hilang. 301 00:41:40,831 --> 00:41:43,792 Kejayaan besar kita membinasakan kita 302 00:41:45,044 --> 00:41:46,921 dan planet ini… 303 00:41:49,465 --> 00:41:54,303 dan sekarang kita menyebabkan kepupusan besar-besaran seterusnya. 304 00:42:00,142 --> 00:42:03,812 Bukan sahaja memberi diri sendiri makan 305 00:42:03,896 --> 00:42:07,149 mengambil lebih separuh daripada semua tanah yang boleh dihuni… 306 00:42:21,830 --> 00:42:26,168 dan bukan sahaja karbon dioksida yang kita lepaskan 307 00:42:26,252 --> 00:42:28,295 memanaskan planet kita lebih cepat 308 00:42:28,379 --> 00:42:32,925 berbanding dengan bila-bila masa dalam 500 juta tahun lalu. 309 00:42:40,057 --> 00:42:45,396 Bukan sahaja kita memanaskan dan mengasidkan lautan, 310 00:42:46,981 --> 00:42:49,483 memusnahkan keseimbangan semula jadinya 311 00:42:49,567 --> 00:42:53,529 dan membunuh sebahagian besar hidupan laut. 312 00:42:57,116 --> 00:43:01,954 Bukan sahaja kita menyebabkan peristiwa cuaca ekstrem, 313 00:43:03,497 --> 00:43:04,790 kebakaran dan kemarau 314 00:43:05,958 --> 00:43:09,920 yang mengembalikan Bumi kepada permulaannya yang tandus. 315 00:43:15,217 --> 00:43:18,679 Bukan sahaja kita lakukan salah satu daripada semua ini, 316 00:43:19,847 --> 00:43:22,683 tapi kita lakukan semuanya 317 00:43:23,475 --> 00:43:28,022 pada masa yang sama. 318 00:43:29,982 --> 00:43:32,484 Lebih teruk lagi, 319 00:43:33,444 --> 00:43:36,322 kita lakukannya dengan sangat pantas. 320 00:43:46,707 --> 00:43:48,334 Walaupun jarang berlaku, 321 00:43:48,417 --> 00:43:53,714 kepupusan besar-besaran mengubah haluan sejarah sepenuhnya. 322 00:43:55,841 --> 00:44:01,680 Setakat ini, Bumi telah menghadapi lima daripada malapetaka dahsyat ini, 323 00:44:02,931 --> 00:44:07,978 setiap satu menghapuskan lebih tiga suku daripada semua hidupan. 324 00:44:11,440 --> 00:44:14,693 Lebih-lebih lagi, spesies dominan sebelum malapetaka 325 00:44:15,319 --> 00:44:19,490 digantikan dengan spesies dominan lain selepas malapetaka. 326 00:44:23,786 --> 00:44:26,580 Kesan kepupusan besar-besaran 327 00:44:26,664 --> 00:44:30,959 belum dirasakan selama 66 juta tahun. 328 00:44:32,378 --> 00:44:35,172 Kini kita sedang menuju 329 00:44:36,548 --> 00:44:37,841 ke malapetaka keenam. 330 00:44:45,516 --> 00:44:47,810 Dalam 50 tahun yang lalu sahaja, 331 00:44:48,686 --> 00:44:54,233 populasi hidupan liar telah menurun sebanyak hampir 70 peratus secara purata, 332 00:44:55,734 --> 00:45:01,657 dan kali ini, kita yang bertanggungjawab. 333 00:45:04,868 --> 00:45:08,288 Namun, di sebalik ramalan suram ini, 334 00:45:08,997 --> 00:45:12,418 masih ada sinar harapan. 335 00:45:16,213 --> 00:45:22,928 Kita spesies pertama dalam kisah empat bilion tahun kehidupan 336 00:45:23,679 --> 00:45:27,891 yang memahami apa yang sedang berlaku kepada dunia kita. 337 00:45:30,018 --> 00:45:32,688 Kita juga spesies pertama 338 00:45:32,771 --> 00:45:36,525 yang memahami apa yang diperlukan untuk membetulkannya. 339 00:45:38,694 --> 00:45:43,031 Kebijaksanaan kita telah membawa kita sejauh ini 340 00:45:44,742 --> 00:45:48,412 dan kebijaksanaan sahaja yang boleh menyelamatkan kita. 341 00:45:54,960 --> 00:45:55,878 Masa depan kita 342 00:45:57,129 --> 00:45:59,006 dan masa depan planet ini 343 00:45:59,089 --> 00:46:00,507 masih belum tertulis. 344 00:46:02,885 --> 00:46:07,055 Tindakan kita sekarang akan menentukan babak seterusnya 345 00:46:08,557 --> 00:46:11,351 dalam kisah kehidupan. 346 00:46:20,319 --> 00:46:23,030 Namun, walau apa pun masa depan yang menanti, 347 00:46:30,496 --> 00:46:33,373 jika ada satu perkara yang kita pelajari dari masa lalu, 348 00:46:39,713 --> 00:46:45,761 kita tahu kehidupan sentiasa ada jalan. 349 00:48:57,893 --> 00:49:00,062 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi