1 00:00:16,599 --> 00:00:23,148 Selama berbilion tahun, sebahagian besar daripada dunia kita tidak boleh didiami… 2 00:00:25,442 --> 00:00:29,654 dimusnahkan oleh unsur-unsur dan kuasa alam semula jadi. 3 00:00:34,701 --> 00:00:40,248 Namun, inilah kisah bagi perkara yang berlaku di bawah ombak. 4 00:00:44,294 --> 00:00:49,758 Di sini, terlindung daripada ribut, kehidupan telah bermula… 5 00:00:52,510 --> 00:00:57,223 dan akan mengubah planet kita selamanya. 6 00:02:23,852 --> 00:02:26,980 BABAK 2 7 00:02:27,063 --> 00:02:32,485 SEMPADAN PERTAMA 8 00:02:34,154 --> 00:02:37,991 2.4 BILION TAHUN LALU 9 00:02:38,074 --> 00:02:40,368 Pada waktu dahulu, 10 00:02:41,035 --> 00:02:44,831 rupa Bumi tidak sama seperti dunia yang kita kenal hari ini. 11 00:02:50,044 --> 00:02:53,548 Hampir 90 peratus permukaannya ialah air, 12 00:02:54,299 --> 00:02:57,093 namun ini bukan planet biru. 13 00:03:00,096 --> 00:03:05,852 Sebaliknya, awan metana yang besar telah menjadikan atmosfera kuning. 14 00:03:12,275 --> 00:03:15,153 Di darat, keadaannya lebih teruk. 15 00:03:25,330 --> 00:03:30,376 Gunung berapi telah meletus selama berjuta tahun. 16 00:03:34,923 --> 00:03:36,591 Kuasa letupannya, 17 00:03:36,674 --> 00:03:41,012 salah satu bunyi di dunia yang senyap ini. 18 00:03:51,356 --> 00:03:54,734 Dengan dunia yang hanya terdiri daripada udara beracun 19 00:03:54,817 --> 00:03:56,694 dan sungai batu yang lebur… 20 00:03:59,072 --> 00:04:03,034 mustahil kehidupan mampu berkembang. 21 00:04:13,294 --> 00:04:15,672 Namun, di laut prasejarah, 22 00:04:16,506 --> 00:04:19,008 ada sesuatu. 23 00:04:25,598 --> 00:04:30,520 Di bawah permukaan ini, terdapat banyak plankton. 24 00:04:37,026 --> 00:04:42,323 Sel mikroskopik seperti ini baru mengembangkan sesuatu yang baharu, 25 00:04:43,950 --> 00:04:45,201 fotosintesis. 26 00:04:50,415 --> 00:04:53,793 Maknanya ia boleh memanfaatkan tenaga matahari untuk bertumbuh, 27 00:04:55,044 --> 00:04:56,754 satu penemuan cukup penting 28 00:04:58,006 --> 00:05:03,094 sehingga plankton akan membangkitkan setiap tumbuhan di Bumi satu hari nanti. 29 00:05:08,474 --> 00:05:09,976 Namun, bukan itu saja. 30 00:05:11,352 --> 00:05:15,982 Satu hasil sampingan fotosintesis ialah sejenis gas, 31 00:05:17,442 --> 00:05:21,863 bahan yang tiada untuk hidupan haiwan wujud… 32 00:05:24,574 --> 00:05:25,575 oksigen. 33 00:05:30,371 --> 00:05:32,707 Selama hampir dua bilion tahun, 34 00:05:32,790 --> 00:05:35,460 plankton menghasilkan sangat banyak oksigen 35 00:05:36,085 --> 00:05:38,338 sehingga ia mengubah planet kita. 36 00:05:44,886 --> 00:05:49,349 Tidak lagi berbahaya, Bumi menjadi dunia baharu, 37 00:05:51,225 --> 00:05:54,771 di mana kehidupan akhirnya bebas berkembang. 38 00:06:03,446 --> 00:06:06,199 Hari ini, berjuta-juta tahun kemudian, 39 00:06:06,282 --> 00:06:12,413 kita masih boleh lihat rupa gelombang kehidupan seterusnya itu. 40 00:06:18,836 --> 00:06:21,714 Kerana di beberapa bahagian laut tohor kita… 41 00:06:24,425 --> 00:06:27,887 kehidupan masih menyerupai masa yang lebih primitif itu. 42 00:06:37,146 --> 00:06:38,481 Ia mungkin tak nampak begitu… 43 00:06:40,858 --> 00:06:43,027 tapi semua ini haiwan… 44 00:06:47,115 --> 00:06:50,576 sangat sama dengan bentuk hidupan kompleks pertama. 45 00:06:55,248 --> 00:06:59,710 Kebanyakannya bertubuh lembut dan berakar di dasar laut. 46 00:07:03,673 --> 00:07:05,174 Semuanya mempunyai deria. 47 00:07:06,092 --> 00:07:09,929 Ada juga yang boleh melihat persekitarannya. 48 00:07:14,934 --> 00:07:18,229 Banyak yang mendapat makanan dengan penyuapan tapis, 49 00:07:19,814 --> 00:07:21,232 memakan plankton, 50 00:07:21,899 --> 00:07:25,611 adakala dengan cara yang paling luar biasa. 51 00:07:33,870 --> 00:07:37,415 Namun, bukan semua haiwan di sini tersekat di satu tempat. 52 00:07:42,503 --> 00:07:43,754 Ada yang boleh bergerak, 53 00:07:44,964 --> 00:07:47,049 menerokai dasar laut 54 00:07:47,133 --> 00:07:50,887 seperti saudara perintisnya berjuta tahun lalu. 55 00:07:58,603 --> 00:08:03,024 Laut tohor ini mungkin kelihatan seperti syurga, 56 00:08:04,400 --> 00:08:06,360 tempat perlindungan bagi hidupan. 57 00:08:07,904 --> 00:08:10,615 Namun, ini bukan syurga. 58 00:08:17,747 --> 00:08:20,541 Hidup di California masa kini… 59 00:08:24,170 --> 00:08:27,006 ini nudibrank pelangi. 60 00:08:31,135 --> 00:08:34,639 Sifatnya yang lembap menyembunyikan sisinya yang jahat… 61 00:08:39,310 --> 00:08:42,063 kerana, seperti nenek moyangnya, 62 00:08:42,647 --> 00:08:44,565 ia datang untuk memburu. 63 00:08:50,655 --> 00:08:53,491 Ia sudah menyesuaikan diri dengan kehidupan pemangsaan. 64 00:08:54,659 --> 00:08:56,285 Mangsa pilihannya, 65 00:08:57,745 --> 00:08:59,205 buran. 66 00:09:05,336 --> 00:09:08,089 Namun, seperti pemangsa pertama, 67 00:09:08,172 --> 00:09:11,676 nudibrank ada ruang untuk diperbaiki… 68 00:09:18,182 --> 00:09:21,143 kerana di sini, masa… 69 00:09:25,064 --> 00:09:26,440 sangat penting. 70 00:09:30,736 --> 00:09:32,697 Mujurlah untuk pemburu itu, 71 00:09:32,780 --> 00:09:35,199 mangsanya terlekat di dasar laut 72 00:09:36,033 --> 00:09:38,035 dan tidak boleh bersembunyi selamanya. 73 00:09:52,633 --> 00:09:54,385 Takdir buran itu? 74 00:09:55,011 --> 00:09:57,888 Dimakan dari dalam. 75 00:10:07,315 --> 00:10:12,236 530 JUTA TAHUN LALU 76 00:10:13,154 --> 00:10:18,200 Kedatangan pemangsaan ialah peralihan seismik di laut purba. 77 00:10:21,871 --> 00:10:23,456 Yang diburu perlu menyesuaikan diri 78 00:10:24,290 --> 00:10:25,833 atau berisiko pupus. 79 00:10:30,254 --> 00:10:34,383 Satu kumpulan menyesuaikan diri dengan cara yang tak pernah dilihat. 80 00:10:38,888 --> 00:10:41,891 Walaupun ia haiwan tunggal, 81 00:10:42,725 --> 00:10:46,812 ia boleh berpisah menjadi lapisan individu, 82 00:10:47,730 --> 00:10:51,025 kemudian bebas. 83 00:10:53,819 --> 00:10:54,820 Obor-obor. 84 00:10:55,696 --> 00:10:58,616 530 juta tahun lalu, 85 00:10:58,699 --> 00:11:04,622 ia haiwan pertama yang terlepas dari dasar laut dan berenang. 86 00:11:12,380 --> 00:11:17,134 Namun, pemangsa sudah hidup di merata-rata tempat. 87 00:11:34,026 --> 00:11:36,070 Dilengkapi serampang berbisa, 88 00:11:36,570 --> 00:11:39,865 buran-buran ini dapat membunuh obor-obor kecil dengan mudah. 89 00:11:56,132 --> 00:11:57,675 Jumlahnya sangat banyak 90 00:11:58,926 --> 00:12:01,554 sehingga melarikan diri nampak mustahil. 91 00:12:21,115 --> 00:12:21,949 Ditangkap. 92 00:12:25,035 --> 00:12:26,203 Namun, tidak lama. 93 00:12:41,135 --> 00:12:43,220 Bebas akhirnya. 94 00:12:51,771 --> 00:12:53,773 Disebabkan kebolehannya untuk berenang, 95 00:12:54,899 --> 00:12:58,277 obor-obor ialah haiwan pertama yang keluar dari laut tohor 96 00:12:59,820 --> 00:13:01,655 dan mengembara ke laut terbuka. 97 00:13:23,344 --> 00:13:26,388 Di sini, dengan ikan yang belum berkembang, 98 00:13:27,515 --> 00:13:32,144 obor-obor bebas sepenuhnya daripada pemangsaan. 99 00:13:36,273 --> 00:13:39,193 Lama-kelamaan, yang lain mengikutinya. 100 00:13:39,860 --> 00:13:42,488 Namun, lebih daripada setengah bilion tahun lalu, 101 00:13:43,072 --> 00:13:46,158 laut terbuka miliknya. 102 00:13:53,165 --> 00:13:57,211 508 JUTA TAHUN LALU 103 00:14:01,966 --> 00:14:04,301 Bagi yang masih tersekat di dasar laut, 104 00:14:04,885 --> 00:14:08,848 melarikan diri daripada pemangsaan memerlukan pendekatan berbeza. 105 00:14:21,318 --> 00:14:22,903 Makhluk unik ini 106 00:14:24,196 --> 00:14:25,406 ialah trilobit. 107 00:14:27,992 --> 00:14:31,745 Penyesuaiannya yang berjaya, perisai. 108 00:14:34,248 --> 00:14:38,627 Trilobit adalah antara yang pertama dalam satu dinasti baharu, 109 00:14:40,254 --> 00:14:41,881 artropod. 110 00:14:47,803 --> 00:14:51,098 Ia mengembangkan rangka luar, 111 00:14:51,640 --> 00:14:56,186 cangkerang umpama perisai yang melindungi bahagian dalamnya yang lembut. 112 00:15:00,941 --> 00:15:04,278 Dalam lautan ini, ia memerlukannya. 113 00:15:11,160 --> 00:15:13,662 Ini Anomalocaris. 114 00:15:15,039 --> 00:15:16,999 Haiwan yang kelihatan pelik, 115 00:15:17,082 --> 00:15:21,337 namanya diterjemahkan sebagai "udang abnormal". 116 00:15:25,382 --> 00:15:29,762 Di laut tohor tropika 508 juta tahun lalu, 117 00:15:31,764 --> 00:15:34,975 ia pemangsa puncak pertama dunia. 118 00:15:47,488 --> 00:15:52,201 Walaupun trilobit itu berperisai, lebih masuk akal untuk ia mengelak. 119 00:16:00,334 --> 00:16:04,129 Namun, jauh dari ngarai itu, tiada tempat untuk bersembunyi… 120 00:16:06,507 --> 00:16:09,218 kerana perkara yang menjadikan pemburu ini istimewa… 121 00:16:11,679 --> 00:16:13,764 ialah kelajuannya. 122 00:16:19,728 --> 00:16:21,230 Tidak seperti obor-obor, 123 00:16:21,313 --> 00:16:25,943 Anomalocaris boleh berenang dengan kedua-dua arah dan kelajuan. 124 00:16:28,320 --> 00:16:30,406 Namun, perkara itu bukan selalunya cukup… 125 00:16:35,494 --> 00:16:41,375 kerana apabila terperangkap, perisai trilobit itu bertindak sendiri. 126 00:16:47,131 --> 00:16:52,511 Menggulung tubuhnya menjadi bebola, ia tidak dapat ditembusi langsung… 127 00:16:55,723 --> 00:16:58,517 walaupun diserang udang abnormal itu. 128 00:17:07,067 --> 00:17:08,444 Setelah keadaannya selamat, 129 00:17:08,944 --> 00:17:12,656 trilobit itu meneruskan perjalanannya sekali lagi. 130 00:17:17,244 --> 00:17:21,999 Ia mencari salah satu pemandangan laut purba yang hebat, 131 00:17:29,840 --> 00:17:32,134 tempat mengawan trilobit, 132 00:17:32,718 --> 00:17:36,013 di mana ribuan berhimpun untuk membiak. 133 00:17:38,724 --> 00:17:43,145 Dalam kisah kehidupan, perisai telah menjadi satu kejayaan hebat 134 00:17:43,228 --> 00:17:46,482 sehingga hari ini, hampir 80 peratus daripada semua haiwan, 135 00:17:46,565 --> 00:17:50,694 termasuk serangga, labah-labah dan ketam, 136 00:17:50,778 --> 00:17:53,739 mempunyai kaitan dengan artropod purba ini. 137 00:17:57,493 --> 00:18:01,288 Namun, perisai tidak boleh melindunginya daripada segalanya. 138 00:18:08,003 --> 00:18:13,592 468 JUTA TAHUN LALU 139 00:18:18,222 --> 00:18:23,102 Empat puluh juta tahun kemudian, satu era kehidupan baharu bermula, 140 00:18:24,686 --> 00:18:27,815 dengan lebih banyak kepelbagaian daripada sebelumnya. 141 00:18:32,361 --> 00:18:35,531 Di sini, trilobit masih aktif, 142 00:18:36,156 --> 00:18:38,867 namun perisainya lebih kuat… 143 00:18:42,830 --> 00:18:48,418 kerana di terumbu ini, bahaya datang daripada sejenis pemangsa baharu. 144 00:19:00,931 --> 00:19:04,143 Nenek moyang kurita dan sotong hari ini, 145 00:19:05,769 --> 00:19:11,483 gergasi bersesungut ini sebahagian dinasti yang dikenali sebagai sefalopod. 146 00:19:21,160 --> 00:19:25,372 Sefalopod terbesar, dengan cangkerang sepanjang lapan meter, 147 00:19:26,498 --> 00:19:28,125 ialah Cameroceras. 148 00:19:36,133 --> 00:19:39,678 Trilobit itu kecil jika dibandingkan dengan pemburu yang tinggi ini. 149 00:19:42,306 --> 00:19:45,392 Namun, bukan saiznya yang menjadikannya ancaman besar. 150 00:19:50,814 --> 00:19:55,360 Cameroceras telah mengembangkan cara baharu untuk menangkap mangsanya… 151 00:19:57,821 --> 00:19:59,781 walaupun ia tak boleh melihatnya… 152 00:20:08,957 --> 00:20:13,837 kerana dalam lautan ini, ia memburu bukan hanya dengan penglihatan, 153 00:20:15,464 --> 00:20:16,673 tapi sentuhan juga. 154 00:20:28,018 --> 00:20:32,898 Trilobit itu cuma boleh cuba mengelak. 155 00:20:52,417 --> 00:20:54,086 Dengan paruh seperti gunting 156 00:20:55,170 --> 00:20:57,589 yang boleh menembusi perisai paling kuat, 157 00:20:59,341 --> 00:21:02,511 Cameroceras menguasai lautan ini. 158 00:21:05,138 --> 00:21:08,308 Namun, ada ketibaan baharu yang penting. 159 00:21:14,106 --> 00:21:16,817 Mempunyai rupa yang sentiasa nampak terkejut, 160 00:21:18,610 --> 00:21:20,988 ini Arandaspis… 161 00:21:23,782 --> 00:21:25,742 sejenis ikan awal. 162 00:21:30,706 --> 00:21:33,000 Ia belum mengembangkan sebuah rahang, 163 00:21:33,917 --> 00:21:36,169 jadi ia hanya boleh menghisap sampah. 164 00:21:40,632 --> 00:21:42,467 Namun, apa yang telah dikembangkannya 165 00:21:43,343 --> 00:21:45,804 akan mengubah haluan sejarah. 166 00:21:52,561 --> 00:21:58,150 Ia mempunyai rangka dalam baharu yang menjadikannya pantas dan tangkas. 167 00:22:00,110 --> 00:22:01,486 Tulang belakang. 168 00:22:03,196 --> 00:22:05,574 Walaupun ia tak nampak penting, 169 00:22:06,158 --> 00:22:10,954 ikan seperti Arandaspis suatu hari nanti akan membangkitkan semua vertebrata lain, 170 00:22:11,788 --> 00:22:16,418 amfibia, reptilia, mamalia dan burung. 171 00:22:20,714 --> 00:22:25,469 Namun, buat masa ini, vertebrata hanya berada di permulaan 172 00:22:26,219 --> 00:22:29,514 perjalanan yang sangat panjang. 173 00:22:39,733 --> 00:22:44,946 445 JUTA TAHUN LALU 174 00:22:47,532 --> 00:22:50,494 Dua puluh juta tahun kemudian, kehidupan menghadapi 175 00:22:50,577 --> 00:22:52,704 antara cabaran terbesarnya… 176 00:22:59,252 --> 00:23:02,881 saat iklim tiba-tiba menjadi sejuk… 177 00:23:08,512 --> 00:23:12,307 satu perkembangan yang mempunyai akibat dahsyat. 178 00:23:32,035 --> 00:23:36,706 Sedikit demi sedikit, laut mula membeku. 179 00:23:52,722 --> 00:23:56,518 Bagi penduduk-penduduk laut tropika Bumi suatu masa dahulu, 180 00:23:57,436 --> 00:24:00,105 ini satu malapetaka. 181 00:24:19,040 --> 00:24:22,794 Laut tohor menjadi kubur beku. 182 00:24:26,673 --> 00:24:29,885 Kepupusan besar-besaran pertama di dunia. 183 00:24:41,188 --> 00:24:45,025 Pembekuan maut itu disebabkan penurunan karbon dioksida 184 00:24:45,108 --> 00:24:46,693 sebanyak 60 peratus. 185 00:24:49,905 --> 00:24:52,574 Tanpa gas rumah hijau ini untuk memanaskannya, 186 00:24:52,657 --> 00:24:55,410 planet ini dilanda zaman ais. 187 00:25:01,917 --> 00:25:05,754 Zaman yang bertahan selama 200,000 tahun. 188 00:25:15,847 --> 00:25:20,101 Pada kemuncaknya, hampir separuh dunia diselaputi ais, 189 00:25:21,019 --> 00:25:26,608 menyebabkan kematian 85 peratus daripada semua kehidupan, 190 00:25:27,651 --> 00:25:31,488 hilang daripada salasilah keluarga kita selamanya. 191 00:25:38,662 --> 00:25:40,664 Dengan kehilangan laut tohor tropika, 192 00:25:40,747 --> 00:25:44,584 haiwan yang terselamat ialah haiwan yang boleh menuju ke laut lebih dalam. 193 00:25:52,133 --> 00:25:54,261 Haiwan seperti nautilus, 194 00:25:54,344 --> 00:25:57,514 saudara lebih kecil Cameroceras yang besar itu. 195 00:26:04,688 --> 00:26:07,941 Ia mula berkembang beratus juta tahun lalu, 196 00:26:08,692 --> 00:26:10,819 tapi masih wujud hari ini. 197 00:26:14,322 --> 00:26:19,452 Ia berjaya disebabkan sifat laut dalam yang tidak berubah. 198 00:26:21,371 --> 00:26:26,251 Di bawah 600 meter, suhu jarang berubah-ubah, 199 00:26:26,334 --> 00:26:29,212 menjadikannya tempat perlindungan yang stabil. 200 00:26:32,007 --> 00:26:33,925 Semasa Zaman Ais melanda, 201 00:26:35,010 --> 00:26:38,221 semua jenis haiwan menuju ke laut dalam. 202 00:26:40,807 --> 00:26:44,477 Namun, sefalopod yang berkembang maju. 203 00:26:52,193 --> 00:26:55,655 Hari ini, banyak yang masih menghantui laut dalam… 204 00:26:58,783 --> 00:27:01,953 termasuk kurita dan sotong. 205 00:27:08,251 --> 00:27:13,131 Badannya yang bergelatin tidak terkesan dengan tekanan hebat laut dalam. 206 00:27:17,260 --> 00:27:22,682 Deria yang hebat membolehkannya mencari jalan dalam kegelapan. 207 00:27:27,145 --> 00:27:29,439 Tidak lagi terkurung oleh cangkerang, 208 00:27:29,939 --> 00:27:34,486 ia berubah menjadi hampir setiap saiz dan bentuk. 209 00:27:42,535 --> 00:27:46,122 Namun, dunia hitam kelam ini bukan miliknya sahaja. 210 00:27:51,211 --> 00:27:55,048 Artropod, seperti ketam labah-labah ini, tinggal di sini juga. 211 00:27:58,093 --> 00:28:00,720 Menyeberangi dasar laut dengan derianya. 212 00:28:04,474 --> 00:28:06,935 Bersama-samanya, vertebrata. 213 00:28:09,854 --> 00:28:14,192 Dengan makanan yang sedikit, ia jarang ditemui di bawah sini. 214 00:28:18,113 --> 00:28:21,324 Hanya kira-kira 10 peratus daripada semua ikan hari ini 215 00:28:21,408 --> 00:28:22,742 tinggal di laut dalam. 216 00:28:26,788 --> 00:28:29,165 Ini bukan tempat yang digemarinya… 217 00:28:31,626 --> 00:28:33,628 bukan seperti sefalopod, 218 00:28:33,712 --> 00:28:37,590 yang telah menjadi pemangsa laut dalam yang hampir sempurna… 219 00:28:45,515 --> 00:28:48,810 sesuatu yang udang ini mungkin akan tahu tidak lama lagi. 220 00:29:01,823 --> 00:29:06,745 Di sekelilingnya, air berkelip dengan plankton biopendarcahaya. 221 00:29:09,330 --> 00:29:14,419 Apa-apa gangguan, ia akan menyala buat seketika. 222 00:29:20,800 --> 00:29:22,427 Namun, udang ini tidak sendirian. 223 00:29:27,515 --> 00:29:29,434 Seekor sotong yang separuh bersembunyi 224 00:29:30,435 --> 00:29:32,103 sedang menonton pertunjukan itu. 225 00:29:34,939 --> 00:29:39,778 Matanya yang besar membolehkannya melihat dengan sangat jelas dalam gelap. 226 00:29:49,871 --> 00:29:51,831 Dengan melihat titik-titik cahaya itu, 227 00:29:52,540 --> 00:29:55,335 ia boleh mengikuti gerak-geri udang. 228 00:29:57,837 --> 00:30:01,257 Apa yang diperlukannya cuma saat yang tepat. 229 00:30:22,320 --> 00:30:24,614 Udang itu tidak menjangkakannya. 230 00:30:34,499 --> 00:30:36,751 Dengan deria luar biasa, 231 00:30:37,377 --> 00:30:43,258 mungkin tidak hairanlah sotong menguasai dunia yang sejuk dan gelap ini. 232 00:30:45,969 --> 00:30:48,972 Namun, bagi yang hidup pada Zaman Ais, 233 00:30:49,514 --> 00:30:51,891 keadaan mula menjadi panas. 234 00:30:58,940 --> 00:31:03,194 444 JUTA TAHUN LALU 235 00:31:05,154 --> 00:31:08,408 Dua ratus ribu tahun selepas pembekuan besar itu, 236 00:31:10,451 --> 00:31:13,872 muncul satu jalur biru di dalam ais itu. 237 00:31:19,127 --> 00:31:19,961 Air. 238 00:31:22,589 --> 00:31:26,009 Paras karbon dioksida meningkat semula, 239 00:31:27,719 --> 00:31:30,889 menyebabkan suhu global meningkat. 240 00:31:31,764 --> 00:31:34,309 Pencairan hebat sudah bermula. 241 00:31:36,519 --> 00:31:40,398 Pada awalnya perlahan, pencairan itu menjadi semakin cepat. 242 00:31:50,658 --> 00:31:55,538 Tidak lama selepas itu, glasier setinggi beratus-ratus meter 243 00:31:55,622 --> 00:31:58,249 melata ke dalam laut yang memanas. 244 00:32:07,884 --> 00:32:09,344 Dalam beberapa kurun, 245 00:32:10,011 --> 00:32:14,307 hampir separuh ais planet sudah cair. 246 00:32:15,600 --> 00:32:19,771 Dalam beberapa lagi kurun, ia hilang sepenuhnya. 247 00:32:26,194 --> 00:32:29,072 Bagi yang berlindung di laut dalam, 248 00:32:29,155 --> 00:32:31,699 kini peluangnya untuk naik semula. 249 00:32:39,624 --> 00:32:42,251 Di luar pantai Australia masa kini, 250 00:32:43,586 --> 00:32:47,006 ini seekor sotong katak gergasi muda. 251 00:32:48,758 --> 00:32:51,386 Seperti nenek moyang Zaman Aisnya, 252 00:32:51,469 --> 00:32:54,555 ia datang ke laut tohor untuk mengawan. 253 00:33:00,395 --> 00:33:02,689 Namun, yang lain telah tiba di sini dahulu… 254 00:33:07,402 --> 00:33:10,029 termasuk seekor sotong katak jantan alfa… 255 00:33:13,199 --> 00:33:15,910 melindungi pasangan pilihannya dengan penuh cemburu. 256 00:33:20,081 --> 00:33:23,584 Ia tak mahu berkongsi. 257 00:33:30,508 --> 00:33:33,803 Namun, jantan lebih kecil itu tidak terjejas. 258 00:33:35,888 --> 00:33:38,933 Sebaliknya, ia meluangkan masa 259 00:33:40,393 --> 00:33:41,519 dan memerhati 260 00:33:43,479 --> 00:33:46,607 sewaktu seekor jantan baharu memasuki arena… 261 00:33:48,776 --> 00:33:50,862 dan mengisyaratkan niatnya… 262 00:33:53,197 --> 00:33:54,907 untuk mencabar alfa itu. 263 00:34:02,165 --> 00:34:06,753 Dengan kedua-duanya yang enggan berundur, pergaduhan tidak dapat dielakkan… 264 00:34:14,510 --> 00:34:18,473 membolehkan jantan muda itu bertindak. 265 00:34:26,397 --> 00:34:30,026 Apabila ia menghampiri, ia menyembunyikan sesungutnya 266 00:34:30,985 --> 00:34:32,695 dan mengubah warna… 267 00:34:34,906 --> 00:34:36,657 untuk meniru 268 00:34:38,034 --> 00:34:39,368 sotong katak betina. 269 00:34:42,622 --> 00:34:44,999 Dengan menggunakan otak, bukan otot, 270 00:34:45,541 --> 00:34:47,919 ia menyelinap masuk. 271 00:34:56,886 --> 00:35:01,474 Alfa itu sekarang fikir ia melindungi bukan satu betina, 272 00:35:04,477 --> 00:35:05,478 tetapi dua. 273 00:35:10,316 --> 00:35:13,611 Ia tidak menyedari bahawa jantan muda yang licik ini 274 00:35:14,487 --> 00:35:18,032 sedang mengawan dengan pasangan pilihannya. 275 00:35:32,630 --> 00:35:36,759 Kebijaksanaan dan deria luar biasanya 276 00:35:36,843 --> 00:35:41,430 telah membantu sefalopod menjajah setiap lautan di Bumi. 277 00:35:50,982 --> 00:35:52,692 Namun, di dalam laut tohor, 278 00:35:52,775 --> 00:35:54,694 ia jarang menjadi pemangsa teratas 279 00:35:54,777 --> 00:35:57,405 seperti nenek moyangnya yang tinggi menjulang dahulu… 280 00:36:01,159 --> 00:36:03,619 kerana di laut purba, 281 00:36:04,912 --> 00:36:08,249 terdapat perubahan kepimpinan. 282 00:36:15,673 --> 00:36:21,512 374 JUTA TAHUN LALU 283 00:36:22,430 --> 00:36:25,391 Tujuh puluh juta tahun selepas pencairan hebat itu, 284 00:36:25,474 --> 00:36:28,603 dalam sebuah tempoh yang dikenali sebagai Zaman Devon, 285 00:36:28,686 --> 00:36:31,230 vertebrata mengorak langkahnya. 286 00:36:37,737 --> 00:36:40,489 Ini Dunkleosteus… 287 00:36:43,284 --> 00:36:46,787 keturunan Arandaspis kecil. 288 00:36:49,582 --> 00:36:54,503 Namun, pada kepanjangan sembilan meter, ikan ini bukan calang-calang haiwan. 289 00:36:59,592 --> 00:37:02,845 Anaknya yang kecil juga, kurang separuh saiznya, 290 00:37:02,929 --> 00:37:04,931 pemangsa yang menakutkan. 291 00:37:09,435 --> 00:37:13,898 Juvenil ini nampak sesuatu dalam lautan… 292 00:37:17,360 --> 00:37:18,569 ammonoid, 293 00:37:19,820 --> 00:37:23,991 saudara terdekat nautilus laut dalam hari ini. 294 00:37:33,042 --> 00:37:34,585 Sebagai vertebrata, 295 00:37:34,669 --> 00:37:38,631 Dunkleosteus mampu mengejarnya. 296 00:37:45,763 --> 00:37:49,392 Namun, ammonoid itu mempunyai helah sendiri… 297 00:37:51,936 --> 00:37:53,729 perejangan jet. 298 00:37:55,106 --> 00:37:58,276 Itulah yang diperlukan untuk mengatasi anak ikan itu. 299 00:38:06,242 --> 00:38:07,910 Sementara ia mula mengelilingi… 300 00:38:10,288 --> 00:38:12,290 ammonoid itu membuat perkara sama… 301 00:38:16,002 --> 00:38:18,004 melindungi badannya dengan cangkerangnya. 302 00:38:25,678 --> 00:38:29,181 Suatu masa dahulu, pertahanan ini pasti akan berjaya. 303 00:38:29,849 --> 00:38:34,270 Namun, Dunkleosteus mempunyai senjata yang nenek moyangnya yang kecil tiada… 304 00:38:38,065 --> 00:38:39,066 rahang. 305 00:38:40,568 --> 00:38:44,113 Ia boleh menggigit dan membunuh mangsanya. 306 00:38:49,952 --> 00:38:52,455 Asalkan ia menjumpai sudut yang betul. 307 00:39:10,222 --> 00:39:12,099 Mujurlah bagi ammonoid itu, 308 00:39:12,183 --> 00:39:15,978 rahang juvenil itu belum cukup kuat untuk memecahkan cangkerangnya. 309 00:39:19,482 --> 00:39:22,276 Namun, rahang dewasa cukup kuat. 310 00:39:37,541 --> 00:39:42,922 Pasangan tulang belakang dengan rahang terbukti satu kombinasi hebat, 311 00:39:44,090 --> 00:39:47,468 cukup sempurna sehingga dari saat ini, 312 00:39:48,135 --> 00:39:52,139 vertebrata tidak pernah berpaling ke belakang lagi. 313 00:40:02,525 --> 00:40:05,986 Hari ini, terdapat lebih 30,000 spesies ikan. 314 00:40:11,033 --> 00:40:14,578 Empat puluh kali lebih banyak daripada sefalopod. 315 00:40:22,545 --> 00:40:24,880 Walaupun kepelbagaiannya luar biasa… 316 00:40:27,258 --> 00:40:30,136 setiap satu masih ada pasangan yang sempurna itu. 317 00:40:33,055 --> 00:40:35,391 Tulang belakang memberikannya kelajuan dan kuasa… 318 00:40:38,060 --> 00:40:39,645 tidak kira saiznya, 319 00:40:43,315 --> 00:40:44,650 sementara rahang 320 00:40:45,484 --> 00:40:46,986 membolehkannya menggigit. 321 00:40:50,698 --> 00:40:52,950 Namun, bukan itu sahaja fungsi rahang. 322 00:40:55,411 --> 00:40:57,997 Sesetengah ikan menggunakannya untuk melindungi telurnya. 323 00:41:02,751 --> 00:41:05,087 Yang lain menarik pasangan. 324 00:41:12,720 --> 00:41:15,681 Kemudian, ada ikan sarcastic fringehead. 325 00:41:21,437 --> 00:41:24,148 Ia bukan saja menggunakan rahang untuk menangkap ketam. 326 00:41:33,157 --> 00:41:37,161 Ia juga menggunakannya untuk salah satu pertunjukan paling menakutkan 327 00:41:37,244 --> 00:41:38,370 dalam alam semula jadi, 328 00:41:41,916 --> 00:41:44,793 untuk menghalau pesaingnya. 329 00:41:53,260 --> 00:41:57,306 Bagi ikan-ikan ini, saiz penting. 330 00:42:21,539 --> 00:42:23,999 Rahang besar telah membenarkan fringehead ini menguasai 331 00:42:24,083 --> 00:42:25,501 jalur dasar lautnya, 332 00:42:26,752 --> 00:42:33,217 tapi ia juga membolehkan sekumpulan ikan yang lebih terkenal untuk menguasai ombak. 333 00:42:40,641 --> 00:42:44,770 Ia muncul pertama kali lebih 400 juta tahun lalu 334 00:42:45,729 --> 00:42:48,607 dan telah digeruni sejak itu. 335 00:42:54,905 --> 00:42:55,823 Ia… 336 00:42:57,449 --> 00:42:58,617 jerung. 337 00:43:03,038 --> 00:43:06,250 Selain kombinasi tulang belakang dan rahang yang hebat, 338 00:43:07,501 --> 00:43:10,087 ia juga mempunyai deria yang cukup tajam 339 00:43:10,170 --> 00:43:13,632 sehingga ia boleh mengesan mangsa dari beratus meter jauhnya. 340 00:43:16,760 --> 00:43:20,347 Mempunyai pelbagai saiz dan kekuatan, 341 00:43:21,390 --> 00:43:23,517 jerung ialah pemangsa laut 342 00:43:24,518 --> 00:43:27,438 yang sangat sempurna. 343 00:43:41,160 --> 00:43:43,621 Di laut luar Australia Barat, 344 00:43:44,204 --> 00:43:47,249 ikan-ikan ini berenang bersama untuk perlindungan. 345 00:43:50,336 --> 00:43:52,379 Namun, jerung menahan diri… 346 00:43:54,757 --> 00:43:58,344 kerana ia ada rancangan serangan yang istimewa. 347 00:44:05,726 --> 00:44:07,645 Nampaknya bekerja sebagai sepasukan, 348 00:44:08,270 --> 00:44:13,233 beberapa jerung naik dari bawah untuk memerangkap ikan ke permukaan. 349 00:44:16,820 --> 00:44:18,614 Yang lain datang dari tepi, 350 00:44:20,324 --> 00:44:25,371 membawa sekumpulan ikan pergi dari laut terbuka ke laut tohor. 351 00:44:33,629 --> 00:44:35,506 Memandangkan jumlahnya beratus sekarang, 352 00:44:36,423 --> 00:44:38,175 jerung-jerung itu melengahkan masa… 353 00:44:42,012 --> 00:44:45,057 saat mangsanya semakin penat. 354 00:44:58,278 --> 00:45:02,366 Ini teknik memburu yang telah diasah selama berjuta tahun. 355 00:45:04,952 --> 00:45:08,539 Namun, pembunuhan bermula sekelip mata. 356 00:45:51,123 --> 00:45:54,084 Tidak berubah sejak pencairan hebat itu, 357 00:45:55,335 --> 00:45:59,423 jerung salah satu dinasti yang paling berjaya dalam sejarah. 358 00:46:03,927 --> 00:46:08,640 Namun, ia bangkit disebabkan kejatuhan pesaing terhebatnya. 359 00:46:17,274 --> 00:46:21,195 360 JUTA TAHUN LALU 360 00:46:26,742 --> 00:46:29,036 Kembali ke laut purba, 361 00:46:29,119 --> 00:46:33,373 dan Dunkleosteus telah memerintah selama 20 juta tahun. 362 00:46:37,544 --> 00:46:39,046 Pemangsa yang cukup ganas 363 00:46:39,129 --> 00:46:41,757 sehingga jerung awal juga tak mampu tandingi. 364 00:46:47,554 --> 00:46:51,517 Namun, Dunkleosteus akan menghadapi akibat nasib yang teruk… 365 00:46:57,648 --> 00:46:59,608 disebabkan plankton. 366 00:47:02,820 --> 00:47:04,822 Berbilion tahun sebelumnya, 367 00:47:04,905 --> 00:47:07,699 plankton telah menjadi pemangkin hidupan haiwan. 368 00:47:11,078 --> 00:47:14,790 Namun, sekarang, ia hampir menamatkannya. 369 00:47:20,003 --> 00:47:22,673 Peningkatan mendadak dalam nutrien lautan 370 00:47:23,257 --> 00:47:27,052 menyebabkan populasi plankton meningkat… 371 00:47:30,472 --> 00:47:32,474 pada skala yang tidak pernah berlaku. 372 00:47:40,649 --> 00:47:43,360 Apabila ia merebak ke laut tohor yang disinari cahaya matahari, 373 00:47:43,443 --> 00:47:46,697 sup pekat ini mula mereput… 374 00:47:49,575 --> 00:47:52,536 menyebabkan oksigen lautan menurun secara mendadak. 375 00:48:02,421 --> 00:48:08,135 Tanpa bahan penting untuk hidup ini, haiwan-haiwan mula lemas. 376 00:48:18,270 --> 00:48:20,939 Bagi yang gagal melepaskan diri dari enap ini, 377 00:48:21,440 --> 00:48:23,775 hanya ada satu kemungkinan… 378 00:48:26,612 --> 00:48:27,654 kepupusan. 379 00:48:31,033 --> 00:48:35,412 Dunkleosteus adalah antara banyak haiwan yang hilang dari planet kita. 380 00:48:47,090 --> 00:48:51,094 Di seluruh dunia, garis pantai dipenuhi haiwan-haiwan yang mati. 381 00:49:03,774 --> 00:49:08,028 Cuma beberapa haiwan bertuah, termasuk jerung awal, 382 00:49:08,111 --> 00:49:09,655 mampu bertahan. 383 00:49:21,917 --> 00:49:23,001 Secara keseluruhannya, 384 00:49:23,085 --> 00:49:27,005 lapan puluh peratus hidupan laut terhapus dalam bencana ini, 385 00:49:27,089 --> 00:49:30,300 kepupusan besar-besaran kedua di dunia. 386 00:49:35,097 --> 00:49:38,976 Namun, ini cuma separuh kisahnya. 387 00:49:43,480 --> 00:49:46,525 Nutrien yang menyebabkan peningkatan plankton 388 00:49:48,068 --> 00:49:50,278 tidak bermula di laut. 389 00:49:53,991 --> 00:49:56,785 Ia dibawa ke sana dari darat… 390 00:50:01,623 --> 00:50:03,375 yang dilepaskan oleh tumbuhan 391 00:50:03,458 --> 00:50:07,754 semasa salah satu kejadian paling menakjubkan sepanjang zaman, 392 00:50:15,554 --> 00:50:18,598 penghijauan planet Bumi. 393 00:50:24,396 --> 00:50:27,065 Apa yang dahulunya sebuah tanah tandus volkano 394 00:50:28,316 --> 00:50:32,070 kini melimpah dengan kehidupan. 395 00:50:36,450 --> 00:50:40,120 Dunia baharu ini menawarkan peluang. 396 00:50:42,622 --> 00:50:44,916 Di mana tumbuhan membuka jalan, 397 00:50:45,876 --> 00:50:48,128 haiwan akan ikut. 398 00:50:51,965 --> 00:50:58,055 Tidak lama selepas itu, perlumbaan untuk menguasai darat bermula. 399 00:52:51,001 --> 00:52:53,545 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi