1 00:00:13,596 --> 00:00:16,516 252 juta tahun lalu… 2 00:00:18,685 --> 00:00:21,813 dan planet kita sedang mati. 3 00:00:30,488 --> 00:00:36,244 Peristiwa kepupusan terbesar dalam sejarah telah menyebabkan dunia gersang… 4 00:00:38,288 --> 00:00:40,081 dan senyap. 5 00:00:56,181 --> 00:01:00,351 Namun, ini sebuah kisah beberapa mangsa… 6 00:01:03,980 --> 00:01:05,273 yang terselamat. 7 00:02:12,132 --> 00:02:15,176 BABAK 4 8 00:02:15,260 --> 00:02:20,473 KEKEJAMAN 9 00:02:24,853 --> 00:02:31,151 252 JUTA TAHUN LALU 10 00:02:35,738 --> 00:02:38,575 Permulaan Zaman Trias… 11 00:02:41,244 --> 00:02:45,331 dan sungai-sungai api semakin surut. 12 00:02:50,753 --> 00:02:51,880 Berikutan peristiwa itu, 13 00:02:52,547 --> 00:02:58,303 lava yang menyejuk meliputi sebuah kawasan separuh saiz Amerika Syarikat… 14 00:03:01,264 --> 00:03:05,018 di dalam kerak sehingga tiga kilometer dalamnya. 15 00:03:10,106 --> 00:03:15,904 Gas volkano menyebabkan suhu global meningkat. 16 00:03:20,200 --> 00:03:22,202 Hutan dan terumbu 17 00:03:23,745 --> 00:03:25,371 telah dimusnahkan. 18 00:03:42,430 --> 00:03:45,475 Beratus-ratus juta tahun evolusi, 19 00:03:47,227 --> 00:03:48,353 hilang. 20 00:03:55,193 --> 00:03:56,402 Namun, di sini, 21 00:03:57,862 --> 00:04:00,240 tersembunyi di landskap yang hitam… 22 00:04:02,283 --> 00:04:04,369 ada peluang. 23 00:04:06,496 --> 00:04:10,083 Kerana ada satu bentuk hidupan yang berkembang 24 00:04:10,583 --> 00:04:13,044 pada bahan organik yang mati… 25 00:04:17,173 --> 00:04:18,258 kulat. 26 00:04:28,935 --> 00:04:32,230 Dengan dunia yang sudah menjadi tanah perkuburan, 27 00:04:34,148 --> 00:04:36,985 kulat berkembang maju. 28 00:04:42,699 --> 00:04:45,076 Selama beberapa ribu tahun… 29 00:04:48,538 --> 00:04:50,915 organisme mudah ini 30 00:04:51,833 --> 00:04:54,085 menjadi bentuk hidupan dominan 31 00:04:55,712 --> 00:04:56,754 di Bumi. 32 00:05:15,690 --> 00:05:19,360 Namun, bukan semua mangsa terselamat dalam kepupusan Zaman Perm 33 00:05:19,944 --> 00:05:22,655 bergantung pada kematian demi kejayaannya. 34 00:05:27,577 --> 00:05:29,579 Seekor makhluk yang biasa 35 00:05:30,413 --> 00:05:33,124 berada di tempat yang sempurna 36 00:05:33,207 --> 00:05:34,959 untuk menguasai dunia. 37 00:05:46,179 --> 00:05:47,847 Lystrosaurus… 38 00:05:52,310 --> 00:05:54,937 nenek moyang purba mamalia. 39 00:05:57,690 --> 00:06:00,735 Makhluk bersaiz khinzir yang menarik ini 40 00:06:01,736 --> 00:06:04,072 sudah biasa mengorek bawah tanah 41 00:06:04,655 --> 00:06:07,283 dan berlindung di dalam gua, 42 00:06:09,077 --> 00:06:10,912 satu cara hidup yang menyelamatkannya 43 00:06:11,871 --> 00:06:14,207 sementara haiwan-haiwan lain mati. 44 00:06:26,886 --> 00:06:29,514 Tertindas suatu masa dahulu, 45 00:06:29,597 --> 00:06:35,478 ia kini antara beberapa mangsa terselamat yang bernasib baik dalam kepupusan itu. 46 00:06:42,693 --> 00:06:46,406 Dengan kebanyakan tumbuhan musnah akibat kepupusan itu, 47 00:06:47,698 --> 00:06:50,159 mencari makanan adalah sukar. 48 00:06:56,416 --> 00:06:59,001 Namun, Lystrosaurus berdaya tahan 49 00:07:00,002 --> 00:07:02,880 dan mampu mencari makanan di kawasan yang besar. 50 00:07:22,650 --> 00:07:24,610 Ia sentiasa bergerak, 51 00:07:25,903 --> 00:07:30,908 mencari akar, ubi dan tumbuhan baharu di kawasan kecil. 52 00:07:55,641 --> 00:07:58,603 Namun, bukan ia sahaja haiwan yang terselamat. 53 00:08:02,773 --> 00:08:05,735 Kehidupan dalam pelbagai bentuk 54 00:08:07,570 --> 00:08:09,155 juga terselamat. 55 00:08:13,618 --> 00:08:17,246 Gaya hidup Lystrosaurus yang mudah tapi boleh disesuaikan 56 00:08:18,122 --> 00:08:20,500 akan mendapat ganjaran yang mengagumkan. 57 00:08:22,960 --> 00:08:27,423 Tidak perlu menghadapi persaingan besar atau pemangsa besar, 58 00:08:28,007 --> 00:08:30,551 letusan gunung berapi mengubahnya 59 00:08:30,635 --> 00:08:32,970 daripada haiwan terendah dalam rantaian makanan 60 00:08:36,474 --> 00:08:39,894 kepada haiwan yang mewarisi Bumi. 61 00:08:53,533 --> 00:08:56,202 Dalam tahun-tahun selepas kepupusan besar-besaran itu, 62 00:08:57,578 --> 00:08:59,413 ia membentuk tiga suku 63 00:08:59,497 --> 00:09:03,000 daripada semua hidupan vertebrata di darat, 64 00:09:05,253 --> 00:09:09,006 sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh haiwan lain. 65 00:09:17,431 --> 00:09:20,434 Namun, dominasinya tidak boleh bertahan, 66 00:09:21,602 --> 00:09:24,730 kerana satu lagi mangsa terselamat kepupusan besar-besaran itu 67 00:09:24,814 --> 00:09:26,148 sedang berkembang 68 00:09:27,149 --> 00:09:31,904 disebabkan perubahan besar dalam struktur planet kita. 69 00:09:38,786 --> 00:09:41,455 Selama berpuluh juta tahun, 70 00:09:41,539 --> 00:09:44,625 benua-benua Bumi telah bertumpu, 71 00:09:46,168 --> 00:09:50,256 mencipta sebuah laut luas di satu belah dunia… 72 00:09:52,800 --> 00:09:56,637 dan satu jisim Bumi yang besar di belah lain, 73 00:09:58,180 --> 00:10:01,350 adibenua Pangaea. 74 00:10:16,824 --> 00:10:19,577 Pengeringan yang bermula pada zaman sebelumnya 75 00:10:21,537 --> 00:10:24,707 kini dikurung oleh haba panas. 76 00:10:38,512 --> 00:10:42,391 Suhu meningkat kepada 60 darjah Celsius. 77 00:10:50,941 --> 00:10:53,778 Ribut pasir melanda bahagian dalam. 78 00:10:59,367 --> 00:11:02,745 Gumuk menjulang setinggi lebih satu kilometer… 79 00:11:15,341 --> 00:11:19,679 perlahan-lahan menjadi gurun paling besar dan paling berbahaya 80 00:11:19,762 --> 00:11:21,639 yang pernah dilihat planet ini. 81 00:11:30,398 --> 00:11:34,944 Namun, di pinggir landskap yang gersang dan tidak bernyawa ini, 82 00:11:35,945 --> 00:11:39,365 satu lagi kumpulan mangsa terselamat sedang berkembang. 83 00:11:47,832 --> 00:11:51,836 Ia masih menguasai gurun-gurun kita hari ini. 84 00:12:02,888 --> 00:12:06,684 Ini Atacama di Amerika Selatan. 85 00:12:12,690 --> 00:12:16,694 Ia sudah menjadi gurun di sini sejak Zaman Trias. 86 00:12:18,988 --> 00:12:22,992 Sesetengah kawasannya hidup selama berdekad tanpa setitis air hujan, 87 00:12:24,410 --> 00:12:27,872 tapi sejenis haiwan hidup di sini. 88 00:12:33,461 --> 00:12:34,462 Cicak. 89 00:12:38,048 --> 00:12:44,013 Ia reptilia yang sudah menyesuaikan diri dengan persekitaran kering ini. 90 00:12:48,058 --> 00:12:50,269 Ia ada kulit yang keras dan bersisik, 91 00:12:50,936 --> 00:12:53,522 jadi ia tidak mengecut di bawah cahaya matahari. 92 00:12:56,442 --> 00:12:59,820 Sebaliknya, matahari memberikannya tenaga… 93 00:13:04,241 --> 00:13:08,788 memanaskan darah sejuknya supaya ia boleh mencapai kelajuan hebat. 94 00:13:15,669 --> 00:13:20,508 Namun, reptilia gurun juga perlu menghilangkan dahaga. 95 00:13:29,308 --> 00:13:32,895 Air meresap naik melalui tanah. 96 00:13:38,317 --> 00:13:44,365 Malangnya, lubang-lubang air ini hampir masin seperti Laut Mati. 97 00:13:50,162 --> 00:13:53,165 Meminum air ini mampu membunuhnya… 98 00:13:55,125 --> 00:13:59,463 jadi cicak-cicak ini mendapatkan air daripada sumber yang tidak dijangka, 99 00:14:00,297 --> 00:14:04,134 seekor haiwan yang nenek moyangnya juga terselamat daripada kepupusan itu. 100 00:14:08,430 --> 00:14:11,350 Banyak serangga musnah dalam kepupusan besar-besaran itu, 101 00:14:12,101 --> 00:14:14,395 tapi ada yang terselamat. 102 00:14:16,355 --> 00:14:20,776 Hari ini, lalat garam ini ialah pakar garam, 103 00:14:21,652 --> 00:14:23,404 menyahmasinkan air 104 00:14:24,488 --> 00:14:29,994 dan dalam proses itu, menjadikan dirinya botol air kecil yang sempurna 105 00:14:30,786 --> 00:14:31,871 untuk cicak. 106 00:14:41,130 --> 00:14:44,592 Cabarannya ialah menangkapnya. 107 00:15:10,117 --> 00:15:11,076 Akhirnya. 108 00:15:28,719 --> 00:15:31,347 Namun, saat ia fikir ia sudah berjaya, 109 00:15:32,431 --> 00:15:34,558 masalah timbul. 110 00:15:37,853 --> 00:15:42,441 Tempat tangkapan lalat yang utama ini menjadi rebutan… 111 00:15:49,031 --> 00:15:53,035 dan penduduk tempatan tidak suka berkongsi. 112 00:16:43,252 --> 00:16:44,294 Kebuntuan, 113 00:16:45,254 --> 00:16:47,423 tapi di kawasan cicak lain. 114 00:17:20,914 --> 00:17:22,875 Cicak haus itu mengambil peluang… 115 00:17:25,335 --> 00:17:27,796 memanfaatkan pergaduhan cicak lain… 116 00:17:32,092 --> 00:17:33,510 tidak kira sekejap mana. 117 00:17:39,516 --> 00:17:41,685 Sebagai penduduk gurun utama, 118 00:17:42,186 --> 00:17:45,105 cicak adalah kuat dan berdaya tahan, 119 00:17:46,273 --> 00:17:48,776 seperti nenek moyang purbanya. 120 00:17:54,198 --> 00:17:58,660 Namun, dalam Zaman Trias, reptilia-reptilia lebih besar 121 00:17:59,244 --> 00:18:01,789 yang mengubah haluan sejarah. 122 00:18:03,207 --> 00:18:05,709 248 JUTA TAHUN LALU 123 00:18:05,793 --> 00:18:09,463 Dalam empat juta tahun sejak kepupusan Zaman Perm itu, 124 00:18:10,464 --> 00:18:13,217 Lystrosaurus telah mendominasi dunia. 125 00:18:17,846 --> 00:18:21,141 Ia bangkit dalam dunia yang hampir kosong 126 00:18:23,018 --> 00:18:25,687 dan mendapat ganjaran. 127 00:18:31,276 --> 00:18:33,987 Hidupnya bagus. 128 00:18:50,087 --> 00:18:52,798 Namun, nenek moyang mamalia ini 129 00:18:53,924 --> 00:18:57,511 tidak perlu menghadapi persaingan besar atau pemangsa, 130 00:18:58,929 --> 00:19:00,180 sehinggalah sekarang. 131 00:19:20,075 --> 00:19:21,910 Dengan planet yang kian pulih, 132 00:19:22,828 --> 00:19:26,331 sesetengah reptilia membesar menjadi gergasi. 133 00:19:36,675 --> 00:19:39,011 Ini seekor Erythrosuchus. 134 00:19:41,013 --> 00:19:46,810 Hampir tiga meter panjang, ia pemangsa terbesar pada zamannya. 135 00:19:52,149 --> 00:19:55,819 Kawanan Lystrosaurus sasaran yang mudah. 136 00:20:10,334 --> 00:20:14,338 Ia tiada pertahanan terhadap reptilia jenis baharu ini… 137 00:20:18,342 --> 00:20:22,137 atau sedar akan ancamannya. 138 00:20:45,244 --> 00:20:47,287 Seperti musang di dalam kandang ayam, 139 00:20:47,371 --> 00:20:51,083 Erythrosuchus boleh membunuh lebih daripada yang diperlukan. 140 00:21:03,720 --> 00:21:07,057 Lystrosaurus umpama burung dodo malang 141 00:21:09,226 --> 00:21:10,519 pada zamannya. 142 00:21:17,192 --> 00:21:20,529 Kombinasi pemangsa dan persaingan 143 00:21:21,571 --> 00:21:25,659 menyaksikan hidup Lystrosaurus daripada penguasaan seluruh planet 144 00:21:27,577 --> 00:21:28,787 kepada kepupusan. 145 00:21:31,915 --> 00:21:35,168 Mamalia itu telah kehilangan mahkotanya. 146 00:21:38,880 --> 00:21:39,756 Inilah… 147 00:21:42,801 --> 00:21:46,013 zaman reptilia. 148 00:22:06,742 --> 00:22:12,748 Hari ini, terdapat lebih daripada 10,000 spesies reptilia… 149 00:22:15,000 --> 00:22:19,254 tapi bukan semuanya begitu menggerunkan seperti nenek moyangnya. 150 00:22:26,720 --> 00:22:29,014 Disebabkan Bumi telah berubah… 151 00:22:30,766 --> 00:22:35,437 reptilia terpaksa menyesuaikan diri dengan dunia yang lebih sesak. 152 00:22:39,232 --> 00:22:41,109 Kulit yang keras dan bersisik 153 00:22:41,777 --> 00:22:44,613 yang membolehkannya menakluki gurun-gurun Pangaea, 154 00:22:46,073 --> 00:22:49,910 terus menjadi rahsia kejayaannya. 155 00:22:52,204 --> 00:22:58,126 Bagi sesetengah reptilia, kulitnya membolehkannya menjadi pakar menyamar. 156 00:23:13,725 --> 00:23:18,855 Namun, kulit juga boleh digunakan untuk menakutkan penyerang. 157 00:23:23,235 --> 00:23:28,407 Malah dahulu, ada masanya tindakan lebih drastik diperlukan. 158 00:23:35,497 --> 00:23:37,874 Ia mungkin terlepas daripada burung itu, 159 00:23:38,458 --> 00:23:41,878 tapi cicak tidak terkenal dengan kebolehan berenang. 160 00:23:46,299 --> 00:23:49,469 Namun, cicak anole Costa Rica 161 00:23:49,553 --> 00:23:52,347 mempunyai teknik kelangsungan hidup yang luar biasa. 162 00:23:54,558 --> 00:23:56,184 Apabila ia menghembuskan nafas, 163 00:23:56,268 --> 00:24:00,605 ia menghasilkan gelembung yang melekat pada kulitnya yang kalis air… 164 00:24:03,400 --> 00:24:06,862 membentuk loceng selamnya sendiri… 165 00:24:09,322 --> 00:24:12,242 dan membolehkannya bersembunyi di bawah air 166 00:24:13,535 --> 00:24:16,246 sehingga 15 minit. 167 00:24:23,003 --> 00:24:27,799 Reptilia hari ini cukup mahir hidup di persekitaran mencabar 168 00:24:28,592 --> 00:24:32,137 sehingga sukar untuk membayangkan ia pernah menguasai planet kita. 169 00:24:41,605 --> 00:24:44,816 Namun, terdapat beberapa pulau di Indonesia 170 00:24:46,651 --> 00:24:50,739 yang memberikan kita gambaran tentang masa lampau itu. 171 00:24:57,746 --> 00:25:01,500 Di sini, cicak masih memerintah. 172 00:25:13,053 --> 00:25:16,973 Baru-baru ini menetas dan sudah ingin tahu… 173 00:25:23,939 --> 00:25:28,193 si kecil ini memulakan hidup di syurga cicak. 174 00:25:34,533 --> 00:25:36,618 Satu-satunya isunya… 175 00:25:39,538 --> 00:25:41,039 ialah saudara-saudaranya. 176 00:25:46,878 --> 00:25:50,257 Kerana ini ialah anak biawak Komodo… 177 00:25:53,635 --> 00:25:56,763 dan Komodo ialah kanibal… 178 00:26:00,100 --> 00:26:04,062 menghidu udara dengan lidah bercabang untuk mencari mangsanya. 179 00:26:13,154 --> 00:26:15,198 Bagi cicak terbesar dunia… 180 00:26:17,367 --> 00:26:21,121 anak biawak snek yang sempurna. 181 00:26:35,594 --> 00:26:39,389 Mujurlah, sebuah sarang telur Komodo yang tertanam 182 00:26:41,141 --> 00:26:43,351 menawarkan makanan yang lebih mudah dicapai. 183 00:26:58,450 --> 00:27:02,662 Namun, raksasa ini tidak akan kenyang lama. 184 00:27:19,471 --> 00:27:23,058 Ia perlu bersembunyi di dalam pokok selama tujuh atau lapan tahun 185 00:27:24,768 --> 00:27:27,979 sebelum ia cukup besar untuk mempertahan dirinya. 186 00:27:38,698 --> 00:27:40,116 Terlalu berat untuk mendaki, 187 00:27:40,784 --> 00:27:45,830 si dewasa mencari sesuatu yang lebih mudah dicapai. 188 00:27:57,425 --> 00:28:02,389 Lapisan tebal lumpur tidak boleh menyembunyikan bau haiwan ini. 189 00:28:24,619 --> 00:28:27,122 Kerbau air sentiasa berhati-hati… 190 00:28:31,334 --> 00:28:34,045 berwaspada dengan penindas reptilianya. 191 00:28:46,516 --> 00:28:50,603 Namun, anak kerbau tidak semahir ibu bapanya. 192 00:29:28,767 --> 00:29:31,060 Biawak itu telah kehilangan mangsanya, 193 00:29:32,020 --> 00:29:33,938 tapi hanya buat sementara waktu. 194 00:29:36,065 --> 00:29:38,777 Bisa daripada kelenjar di dalam rahangnya… 195 00:29:40,361 --> 00:29:43,031 menghalang darah mangsanya daripada membeku, 196 00:29:44,032 --> 00:29:46,993 menyebabkan penurunan tekanan darah yang berbahaya. 197 00:29:51,873 --> 00:29:53,124 Akibatnya 198 00:29:54,501 --> 00:29:55,835 tidak boleh dielakkan. 199 00:30:01,925 --> 00:30:05,345 Inilah gambaran kehidupan dahulu 200 00:30:06,513 --> 00:30:08,223 semasa Zaman Trias. 201 00:30:12,393 --> 00:30:14,938 Mamalia mesti bertarung demi nyawanya, 202 00:30:15,647 --> 00:30:19,818 sementara reptilia mendominasi dengan penuh yakin. 203 00:30:23,488 --> 00:30:28,827 Namun, mungkin babak paling menakjubkan pada era awal ketuanan reptilia itu… 204 00:30:30,995 --> 00:30:34,833 adalah ketika sesetengah daripadanya meninggalkan darat 205 00:30:36,417 --> 00:30:38,878 dan kembali ke laut. 206 00:30:49,514 --> 00:30:50,473 Penyu. 207 00:30:54,519 --> 00:30:56,855 Sama ada ditolak ke sini melalui persaingan 208 00:30:58,273 --> 00:31:00,942 atau tertarik dengan peluang… 209 00:31:03,736 --> 00:31:07,031 penyu kembali ke lautan yang ditinggalkan nenek moyangnya 210 00:31:07,907 --> 00:31:12,328 dan hari ini menghuni lautan-lautan paling sejuk. 211 00:31:16,499 --> 00:31:21,838 Namun, setahun sekali, penyu betina dewasa mesti kembali ke tanah yang kering 212 00:31:21,921 --> 00:31:23,715 untuk bertelur. 213 00:31:27,552 --> 00:31:30,805 Di sini, di pinggir Terumbu Sawar Besar… 214 00:31:33,099 --> 00:31:35,643 beribu-ribu penyu betina berkumpul. 215 00:31:44,694 --> 00:31:46,446 Perhimpunan sebegini 216 00:31:46,529 --> 00:31:49,949 telah menjadi antara pemandangan alam semula jadi yang terhebat 217 00:31:50,033 --> 00:31:51,701 selama berjuta tahun. 218 00:32:07,258 --> 00:32:09,928 Ada sebab yang baik untuk perhimpunan ini, 219 00:32:11,304 --> 00:32:12,764 keselamatan dalam jumlah besar. 220 00:32:18,144 --> 00:32:21,272 Penyu mula berkembang pada Zaman Trias. 221 00:32:23,650 --> 00:32:29,572 Namun, semasa ia menakluki laut, laut ialah tempat tinggal pemangsa maut. 222 00:32:29,656 --> 00:32:30,657 150 JUTA TAHUN LALU 223 00:32:33,368 --> 00:32:38,581 Sepanjang lapan meter, ini Plesiosaur. 224 00:32:49,092 --> 00:32:51,135 Ia juga seekor reptilia, 225 00:32:52,595 --> 00:32:56,891 tapi reptilia yang menghabiskan seumur hidupnya di laut. 226 00:33:46,149 --> 00:33:49,944 Memandangkan Plesiosaur tidak boleh makan banyak, 227 00:33:50,028 --> 00:33:53,031 berkumpul dalam jumlah yang besar sebegini 228 00:33:54,073 --> 00:33:56,909 membolehkan lebih banyak penyu hidup. 229 00:34:00,413 --> 00:34:01,956 Apa yang perlu dibuat 230 00:34:03,124 --> 00:34:06,836 ialah membawa dirinya ke pantai di mana ia dilahirkan 231 00:34:08,379 --> 00:34:12,341 dan mencari tempat yang sesuai untuk bertelur. 232 00:34:31,194 --> 00:34:36,657 Hampir dua bulan kemudian, usaha penyu betina diberikan ganjaran. 233 00:34:39,452 --> 00:34:40,495 Anak penyu. 234 00:34:44,415 --> 00:34:48,461 Namun, masing-masing kini perlu menghadapi bahaya sendiri… 235 00:34:52,590 --> 00:34:56,010 saat ia menuruti nalurinya untuk ke laut. 236 00:35:18,699 --> 00:35:20,034 Pterosaur. 237 00:35:22,245 --> 00:35:25,081 Lama sebelum kewujudan burung, 238 00:35:25,665 --> 00:35:30,545 kumpulan reptilia purba ini membuat langkah evolusi yang besar. 239 00:35:39,011 --> 00:35:40,596 Ia mula terbang… 240 00:35:48,396 --> 00:35:51,649 dan menjadi pakar di udara. 241 00:36:01,159 --> 00:36:02,702 Tanpa sebarang pertahanan… 242 00:36:05,079 --> 00:36:07,039 satu-satunya peluang anak penyu ini… 243 00:36:09,083 --> 00:36:10,418 adalah untuk terus berjalan… 244 00:36:14,172 --> 00:36:16,382 mengabaikan serangan 245 00:36:17,633 --> 00:36:22,638 dan berharap Pterosaur menyerang yang lain. 246 00:36:27,602 --> 00:36:28,936 Setiap pelarian yang bertuah… 247 00:36:31,689 --> 00:36:34,192 membawanya lebih dekat dengan pinggir air. 248 00:36:45,036 --> 00:36:49,290 Namun, anak penyu yang sampai ke lautan juga tidak selamat. 249 00:37:03,471 --> 00:37:05,598 Hanya dengan berenang ke laut lebih dalam 250 00:37:07,516 --> 00:37:09,769 barulah ia boleh mengelak daripada Pterosaur… 251 00:37:14,190 --> 00:37:16,776 dan melepaskan diri ke lautan itu. 252 00:37:36,128 --> 00:37:40,800 Reptilia pernah memerintah langit dan ombak suatu masa dahulu. 253 00:37:42,468 --> 00:37:44,345 Namun, walaupun ia berkuasa, 254 00:37:45,304 --> 00:37:51,394 kedua-dua Pterosaur dan Plesiosaur lambat-laun pupus. 255 00:38:11,622 --> 00:38:14,667 Namun, salah satu daripada reptilia yang memerintah 256 00:38:14,750 --> 00:38:17,837 dari zaman ini masih hidup. 257 00:38:23,467 --> 00:38:26,595 Ia pemburu secara senyap-senyap yang sempurna 258 00:38:26,679 --> 00:38:30,016 sehingga selepas 200 juta tahun pun… 259 00:38:32,310 --> 00:38:34,562 tiada banyak haiwan yang mengatasinya. 260 00:38:38,941 --> 00:38:40,860 Tidak sedar akan bahaya, 261 00:38:42,278 --> 00:38:45,072 gnu datang untuk menghilangkan dahaga. 262 00:39:36,457 --> 00:39:37,416 Hampir. 263 00:39:40,586 --> 00:39:42,004 Namun, ia tidak penting. 264 00:39:44,465 --> 00:39:48,344 Buaya Nil tahu gnu itu akan kembali… 265 00:39:52,223 --> 00:39:54,183 seperti biasa. 266 00:40:02,691 --> 00:40:07,780 Untuk mengelak daripada dikesan, buaya itu tenggelam secara senyap-senyap… 267 00:40:09,907 --> 00:40:11,200 menahan nafasnya 268 00:40:13,160 --> 00:40:14,787 sehingga sejam. 269 00:40:24,922 --> 00:40:26,132 Buaya boleh memperlahankan 270 00:40:26,215 --> 00:40:29,510 kadar denyut jantungnya sehingga dua denyutan seminit sahaja… 271 00:40:34,140 --> 00:40:36,725 hampir senyap sepenuhnya… 272 00:40:40,312 --> 00:40:44,358 dengan cara yang disempurnakan oleh reptilia itu berjuta tahun lalu. 273 00:41:02,835 --> 00:41:06,172 Namun, pada saat itu, ia melancarkan serangannya. 274 00:41:11,802 --> 00:41:13,596 Ia menyerang daripada inersia… 275 00:41:16,974 --> 00:41:18,601 kepada tenaga yang hebat 276 00:41:19,560 --> 00:41:21,770 dalam beberapa saat sahaja… 277 00:41:28,068 --> 00:41:30,446 menjana kelajuan dan kuasa yang cukup… 278 00:41:37,119 --> 00:41:39,914 untuk melancarkan tubuh sepanjang lima meternya… 279 00:41:41,999 --> 00:41:44,460 dari bawah air… 280 00:41:52,051 --> 00:41:53,719 dengan hanya perut kosong… 281 00:41:56,180 --> 00:41:57,556 dan satu nafas. 282 00:42:08,192 --> 00:42:12,279 Teknik ini berjaya untuk buaya sekarang 283 00:42:14,156 --> 00:42:17,368 seperti untuk nenek moyang prasejarahnya. 284 00:42:26,377 --> 00:42:31,131 Buaya hari ini menguasai perairan tempat tinggalnya… 285 00:42:33,759 --> 00:42:37,263 tapi ia bukan lagi pemangsa yang berleluasa seperti dahulu. 286 00:42:39,640 --> 00:42:41,308 Kerana pada Zaman Trias, 287 00:42:41,892 --> 00:42:44,562 kuasa alam semula jadi akan menghantar kisah kehidupan 288 00:42:45,771 --> 00:42:48,857 ke satu arah yang baharu. 289 00:42:48,941 --> 00:42:53,112 234 JUTA TAHUN LALU 290 00:42:55,823 --> 00:42:58,450 Letusan gunung berapi yang berterusan 291 00:42:58,534 --> 00:43:01,203 menyebabkan satu lagi tempoh pemanasan global. 292 00:43:05,207 --> 00:43:10,504 Apabila suhu laut naik, ia meningkatkan penyejatan lautan. 293 00:43:14,592 --> 00:43:21,432 Di utara Pangaea, angin yang lembap melanda rabung setinggi 3,000 meter… 294 00:43:26,520 --> 00:43:30,274 mencipta sistem cuaca monsun mega. 295 00:43:41,118 --> 00:43:43,370 Hujan mula turun… 296 00:43:46,999 --> 00:43:48,834 dengan sangat lebat. 297 00:44:11,440 --> 00:44:15,277 Di seluruh planet, ribut melanda. 298 00:44:29,249 --> 00:44:33,754 Hujan lebat itu bertahan selama lebih sejuta tahun… 299 00:44:37,424 --> 00:44:42,846 menghapuskan gurun-gurun awal Pangaea. 300 00:44:52,940 --> 00:44:57,778 Di utara jauh, derasan mengalir dari gunung-gunung tinggi. 301 00:45:40,154 --> 00:45:43,991 Air permukaan membentuk semula landskap… 302 00:45:46,410 --> 00:45:49,705 membawa lanar yang kaya nutrien dengannya. 303 00:45:53,459 --> 00:45:59,506 Laluan air tidak lama lagi meliputi lebih 1.6 juta kilometer persegi… 304 00:46:06,305 --> 00:46:09,391 satu kawasan bersaiz Alaska, 305 00:46:10,768 --> 00:46:14,521 mencipta delta terbesar dalam sejarah Bumi. 306 00:46:18,901 --> 00:46:24,573 Laluan air yang subur ini menjadi nadi sebuah dunia baharu… 307 00:46:27,701 --> 00:46:29,870 pemacu evolusi. 308 00:46:35,167 --> 00:46:37,503 Konifer mendahului. 309 00:46:42,382 --> 00:46:45,552 Buat kali pertama sejak kepupusan Zaman Perm… 310 00:46:49,056 --> 00:46:54,061 planet kita kembali menjadi tanah berhutan yang besar. 311 00:46:58,607 --> 00:47:03,779 210 JUTA TAHUN LALU 312 00:47:15,332 --> 00:47:17,334 Banyak reptilia purba 313 00:47:17,417 --> 00:47:20,379 gagal menyesuaikan diri dengan landskap baharu ini. 314 00:47:25,050 --> 00:47:29,388 Namun, satu kumpulan menerima perubahan dalam hidupan tumbuhan ini… 315 00:47:32,266 --> 00:47:35,727 dan tidak lama lagi bangkit untuk mengambil alih dunia. 316 00:47:46,822 --> 00:47:51,285 Anak-anaknya memulakan hidup seperti reptilia-reptilia lain. 317 00:48:01,086 --> 00:48:02,921 Ia menetas daripada telur… 318 00:48:09,136 --> 00:48:10,804 ia mempunyai kulit bersisik… 319 00:48:17,519 --> 00:48:20,105 dan ia perlu menjaga diri sendiri… 320 00:48:23,108 --> 00:48:25,360 dari saat ia memasuki dunia. 321 00:48:35,162 --> 00:48:36,914 Namun, ada perbezaan. 322 00:48:42,586 --> 00:48:45,797 Ia mempunyai sistem pernafasan yang lebih cekap 323 00:48:45,881 --> 00:48:49,885 yang sentiasa mengepam darah ke paru-paru… 324 00:48:54,640 --> 00:48:56,141 membolehkan ia berlari 325 00:48:56,224 --> 00:48:58,852 tanpa perlu berhenti untuk menarik nafas. 326 00:49:15,994 --> 00:49:21,750 Kakinya memanjang ke bawah badannya, bukan ke tepi, 327 00:49:21,833 --> 00:49:24,836 jadi ia boleh berjalan tegak. 328 00:49:43,313 --> 00:49:47,442 Hal ini membolehkan anaknya yang kecil membesar menjadi dewasa 329 00:49:47,526 --> 00:49:50,737 yang 50 kali lebih besar daripada saiznya. 330 00:49:59,287 --> 00:50:02,499 Ia sebahagian daripada salasilah keluarga reptilia, 331 00:50:03,166 --> 00:50:06,294 tapi ada keunikan tersendiri. 332 00:50:21,476 --> 00:50:24,521 Gergasi awal, seperti Plateosaurus, 333 00:50:24,604 --> 00:50:27,524 boleh mencapai sumber makanan baharu yang lebih tinggi. 334 00:50:30,110 --> 00:50:33,947 Perutnya boleh mencerna jarum konifer yang keras… 335 00:50:36,700 --> 00:50:38,243 dan isipadunya yang besar 336 00:50:38,326 --> 00:50:41,830 membantunya mengekalkan suhu badan yang lebih tinggi 337 00:50:41,913 --> 00:50:43,707 siang dan malam. 338 00:50:59,514 --> 00:51:04,186 Ia satu formula hebat yang akan menandakan zaman baharu. 339 00:51:11,943 --> 00:51:14,071 152 JUTA TAHUN LALU. 340 00:51:14,154 --> 00:51:15,322 Zaman Jurasik. 341 00:51:33,131 --> 00:51:35,592 Dinasti baharu ini akan memerintah 342 00:51:36,343 --> 00:51:40,180 selama lebih 150 juta tahun. 343 00:51:49,773 --> 00:51:55,737 Pemerintahan yang menyaksikan kebangkitan beberapa makhluk paling ikonik 344 00:51:55,821 --> 00:51:57,781 yang pernah berjalan di Bumi. 345 00:52:04,371 --> 00:52:08,917 Selamat datang ke zaman dinosaur. 346 00:53:56,149 --> 00:53:58,693 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi