1 00:00:11,636 --> 00:00:13,013 Musim ini musim sejuk… 2 00:00:17,225 --> 00:00:19,811 tapi bukan musim sejuk biasa. 3 00:00:24,024 --> 00:00:27,777 Ini musim sejuk pasca malapetaka. 4 00:00:30,113 --> 00:00:32,741 Enam puluh enam juta tahun lalu, 5 00:00:35,493 --> 00:00:38,580 seluruh dunia telah dimusnahkan 6 00:00:39,497 --> 00:00:41,624 oleh sebuah peristiwa dahsyat. 7 00:00:57,182 --> 00:01:01,603 Ini kisah kejatuhan dinosaur… 8 00:01:08,109 --> 00:01:10,445 dan kebangkitan dari abu 9 00:01:11,863 --> 00:01:15,742 oleh mangsa-mangsa terselamat yang akan mewarisi Bumi. 10 00:02:33,319 --> 00:02:36,239 BABAK 6 11 00:02:36,322 --> 00:02:40,827 BANGKIT DARI ABU 12 00:02:42,453 --> 00:02:48,084 66 JUTA TAHUN LALU 13 00:02:52,881 --> 00:02:56,676 Kisah kita bermula pada Zaman Batu Kapur… 14 00:02:59,762 --> 00:03:03,641 pada hari yang akan mengubah haluan sejarah. 15 00:03:07,145 --> 00:03:11,941 Bagi Edmontosaurus di Amerika Utara, sekarang musim bersarang. 16 00:03:13,776 --> 00:03:18,031 Seperti biasa, si betina ini mesti menjaga anaknya yang lapar… 17 00:03:22,285 --> 00:03:25,455 memberikannya permulaan hidup yang terbaik. 18 00:03:34,589 --> 00:03:36,591 Seribu kilometer ke selatan, 19 00:03:38,218 --> 00:03:40,136 seekor tyrannosaur dewasa 20 00:03:41,137 --> 00:03:45,767 sedang mengajari anaknya seni memburu. 21 00:03:53,816 --> 00:03:56,152 Namun, anak-anaknya tidak begitu sabar. 22 00:04:08,539 --> 00:04:11,501 Anak-anak itu masih perlu banyak belajar. 23 00:04:12,669 --> 00:04:15,546 Mungkin ia akan lebih bertuah esok. 24 00:04:23,012 --> 00:04:26,808 Di sebelah barat, sekawan Alamosaurus, 25 00:04:28,977 --> 00:04:31,813 antara dinosaur terbesar yang pernah hidup, 26 00:04:32,563 --> 00:04:35,608 memulakan harinya seperti biasa selama bergenerasi, 27 00:04:36,484 --> 00:04:39,153 menikmati pucuk pain yang lembut. 28 00:04:45,952 --> 00:04:48,371 Di bawah ombak, di luar pantai Afrika, 29 00:04:50,039 --> 00:04:53,835 lautannya melimpah, kaya dengan kehidupan… 30 00:04:56,546 --> 00:05:00,800 alam yang dikuasai oleh reptilia laut yang besar. 31 00:05:04,762 --> 00:05:06,472 Bersama dinosaur, 32 00:05:08,141 --> 00:05:13,354 reptilia telah memerintah planet Bumi selama 150 juta tahun lamanya. 33 00:05:22,905 --> 00:05:27,201 Namun, hari ini bukan hari biasa. 34 00:05:36,627 --> 00:05:40,048 Sebuah asteroid sebesar Gunung Everest 35 00:05:40,131 --> 00:05:44,844 jatuh ke arah Bumi pada kelajuan 100,000 kilometer sejam. 36 00:05:54,103 --> 00:05:58,191 Impaknya akan mengubah dunia selama-lamanya… 37 00:06:03,154 --> 00:06:07,492 melepaskan kuasa sebilion bom atom… 38 00:06:09,827 --> 00:06:13,915 memulakan rantaian kejadian yang dahsyat. 39 00:06:18,211 --> 00:06:22,340 Pertama, letupan radiasi haba yang membawa maut. 40 00:06:27,387 --> 00:06:30,723 Setiap makhluk dalam seribu kilometer 41 00:06:30,807 --> 00:06:34,102 mengewap dalam beberapa saat. 42 00:06:49,659 --> 00:06:53,287 Kerak planet meleding akibat impaknya, 43 00:06:53,371 --> 00:06:56,499 menghantar gelombang kejutan seismik ke seluruh dunia. 44 00:07:04,549 --> 00:07:06,300 Dalam beberapa minit sahaja… 45 00:07:08,678 --> 00:07:12,181 gempa bumi yang melebihi skala menggegarkan dunia. 46 00:07:29,365 --> 00:07:30,783 Untuk Alamosaurus itu… 47 00:07:33,453 --> 00:07:35,455 ini cuma permulaannya. 48 00:07:44,589 --> 00:07:48,092 Gempa bumi mencetuskan siri ombak besar 49 00:07:48,176 --> 00:07:51,888 yang menghempas lautan dan tasik pedalaman. 50 00:07:59,896 --> 00:08:04,358 Gelombang air besar melanda Amerika Utara. 51 00:08:13,618 --> 00:08:19,123 Arus yang meningkat dengan pantas mustahil untuk ditahan, 52 00:08:20,917 --> 00:08:23,252 walaupun bagi yang paling kuat. 53 00:08:41,771 --> 00:08:43,940 Kurang daripada sejam selepas impak, 54 00:08:44,774 --> 00:08:50,571 serpihan yang dilontar ke angkasa ditarik balik ke Bumi oleh graviti. 55 00:08:51,531 --> 00:08:55,910 Semasa kemasukan semula, ia bertukar menjadi panas. 56 00:09:02,917 --> 00:09:08,589 Atmosfera yang sangat panas itu mara seperti neraka berapi. 57 00:09:14,428 --> 00:09:19,725 Di atas tanah, rasanya seperti berdiri di bawah gril 400 darjah. 58 00:09:24,146 --> 00:09:27,024 Haiwan dimasak hidup-hidup. 59 00:09:41,581 --> 00:09:46,919 Lebih teruk lagi, serpihan batu mula menghujani tanah. 60 00:10:05,521 --> 00:10:07,773 Kurang daripada dua jam selepas impak, 61 00:10:08,316 --> 00:10:13,237 ribut kebakaran debu yang melemaskan menyelubungi separuh planet. 62 00:10:15,489 --> 00:10:16,490 Suhu sangat panas 63 00:10:18,034 --> 00:10:20,453 sehingga pokok terbakar. 64 00:10:28,461 --> 00:10:32,465 Api yang membara sukar untuk dielak. 65 00:11:00,034 --> 00:11:02,578 Tiada apa-apa boleh selamatkannya sekarang. 66 00:11:27,561 --> 00:11:29,814 Pemerintahan hebat dinosaur 67 00:11:30,773 --> 00:11:33,526 berakhir dalam satu hari. 68 00:11:40,950 --> 00:11:46,455 Lautan juga musnah seperti daratan. 69 00:11:49,583 --> 00:11:52,962 Debu yang penuh sulfur jatuh sebagai hujan asid. 70 00:11:54,296 --> 00:11:56,757 Terumbu purba terhapus. 71 00:12:00,594 --> 00:12:03,139 Lingkaran kehidupan musnah, 72 00:12:04,306 --> 00:12:06,851 membunuh reptilia laut yang hebat. 73 00:12:11,939 --> 00:12:15,609 Badan-badannya menyediakan talian hayat untuk pebangkai, 74 00:12:16,569 --> 00:12:19,071 mencari kematian di laut dalam. 75 00:12:26,495 --> 00:12:27,705 Atropod. 76 00:12:29,999 --> 00:12:30,875 Jerung. 77 00:12:34,086 --> 00:12:36,505 Jauh daripada pembunuhan oleh asteroid itu, 78 00:12:37,006 --> 00:12:39,383 banyak bentuk hidupan terselamat, 79 00:12:45,306 --> 00:12:47,558 memakan bangkai yang banyak itu… 80 00:12:51,854 --> 00:12:54,648 menikmati kepupusan itu. 81 00:12:58,277 --> 00:13:02,448 Namun, di permukaan, gambarannya sangat berbeza. 82 00:13:10,581 --> 00:13:13,042 Selama bertahun-tahun selepas impak, 83 00:13:14,919 --> 00:13:16,337 Bumi nampak mati. 84 00:13:21,467 --> 00:13:22,843 Hutan-hutan, 85 00:13:24,178 --> 00:13:25,179 dataran… 86 00:13:28,182 --> 00:13:29,225 pergunungan… 87 00:13:34,104 --> 00:13:35,022 tidak bernyawa. 88 00:13:36,732 --> 00:13:39,026 Namun, apabila awan debu itu tersebar… 89 00:13:41,612 --> 00:13:43,906 dan cahaya akhirnya kembali… 90 00:13:46,033 --> 00:13:48,786 semakin jelas bahawa harapan masih ada. 91 00:13:56,210 --> 00:13:59,463 Serangga antara yang pertama muncul… 92 00:14:09,098 --> 00:14:10,474 memakan yang terkorban. 93 00:14:15,104 --> 00:14:17,439 Yang terselamat dilindungi oleh lubang… 94 00:14:19,358 --> 00:14:20,234 kepompong… 95 00:14:22,403 --> 00:14:23,863 dan badan berperisai. 96 00:14:28,450 --> 00:14:30,160 Berlindung di bawah tanah… 97 00:14:32,830 --> 00:14:35,207 sesetengah reptilia juga terselamat. 98 00:14:51,056 --> 00:14:54,059 Di bawah permukaan delta sungai dan tanah lembap, 99 00:14:55,603 --> 00:14:59,148 yang lain juga terlindung daripada huru-hara itu. 100 00:15:02,610 --> 00:15:03,736 Amfibia. 101 00:15:05,905 --> 00:15:07,531 Dengan sedikit makanan, 102 00:15:08,198 --> 00:15:10,534 hanya makhluk-makhluk kecil terselamat… 103 00:15:14,830 --> 00:15:17,041 termasuklah daripada dinasti kita, 104 00:15:18,584 --> 00:15:19,501 mamalia. 105 00:15:22,212 --> 00:15:25,549 Ia mewarisi planet yang tiada dinosaur. 106 00:15:28,218 --> 00:15:29,720 Atau begitulah nampaknya. 107 00:15:33,641 --> 00:15:38,312 Walaupun dirasakan tidak mungkin, sekumpulan haiwan lain juga terselamat… 108 00:15:48,280 --> 00:15:52,660 dilindungi oleh kapsul sokongan hidupnya sendiri. 109 00:15:54,995 --> 00:15:57,873 Hebatnya, di dalamnya 110 00:15:59,458 --> 00:16:01,168 ada sejenis dinosaur. 111 00:16:20,354 --> 00:16:24,316 Lebih tepat lagi, seekor dinosaur avian… 112 00:16:36,578 --> 00:16:40,916 atau dikenali sebagai burung. 113 00:16:43,961 --> 00:16:45,504 Sebelum malapetaka itu, 114 00:16:47,047 --> 00:16:50,718 terdapat beratus-ratus spesies purba yang tinggal di pokok, 115 00:16:52,219 --> 00:16:55,431 semuanya musnah apabila hutan terbakar. 116 00:16:57,016 --> 00:17:00,561 Namun, segelintir burung yang tinggal di tanah terselamat. 117 00:17:06,316 --> 00:17:10,904 Mangsa terselamat ini dipanaskan oleh bulu… 118 00:17:13,574 --> 00:17:17,369 dan mampu berdikari sejak nafas pertamanya… 119 00:17:21,165 --> 00:17:23,667 boleh hidup dengan memakan serangga dan biji benih 120 00:17:24,668 --> 00:17:28,088 dan mampu berjalan dalam beberapa jam. 121 00:17:32,926 --> 00:17:35,387 Enam puluh enam juta tahun lalu, 122 00:17:35,471 --> 00:17:41,643 burung telah menjadi dahan terakhir dalam salasilah keluarga dinosaur. 123 00:17:44,354 --> 00:17:46,273 Daripada makhluk sederhana ini, 124 00:17:47,441 --> 00:17:51,028 dinasti yang hebat akan bangkit. 125 00:17:55,240 --> 00:18:01,914 Namun, kisah hebatnya bermula lama sebelum peristiwa asteroid itu. 126 00:18:08,462 --> 00:18:12,841 160 JUTA TAHUN LALU 127 00:18:15,260 --> 00:18:16,428 Zaman Jurasik. 128 00:18:20,057 --> 00:18:21,934 Sebuah era makhluk gergasi. 129 00:18:26,522 --> 00:18:29,858 Namun, dunia cenuram menegak yang tersembunyi ini 130 00:18:31,276 --> 00:18:34,196 membentuk satu baka makhluk yang lebih kecil. 131 00:18:40,160 --> 00:18:42,371 Ia hidup di alam yang berbahaya. 132 00:18:46,083 --> 00:18:50,379 Untuk terus hidup, ia telah berkembang dengan cara baharu yang luar biasa. 133 00:18:57,052 --> 00:18:59,179 Ini Anchiornis. 134 00:19:00,264 --> 00:19:02,891 Ia dinosaur kecil yang berbulu… 135 00:19:05,811 --> 00:19:08,981 dengan gigi setajam jarum untuk memburu serangga. 136 00:19:17,156 --> 00:19:20,075 Namun, ia juga sedang diburu. 137 00:19:28,000 --> 00:19:30,419 Sinraptor juvenil… 138 00:19:35,591 --> 00:19:36,675 yang sedang lapar. 139 00:20:10,125 --> 00:20:12,878 Anchiornis lambat dan cemerkap. 140 00:20:27,893 --> 00:20:30,604 Sinraptor itu sudah mengepungnya. 141 00:20:40,239 --> 00:20:41,573 Namun, Anchiornis… 142 00:20:43,659 --> 00:20:45,202 lari ke sini atas satu sebab. 143 00:21:05,472 --> 00:21:06,515 Ia boleh terbang. 144 00:21:10,435 --> 00:21:12,980 Satu langkah kecil untuk dinosaur, 145 00:21:14,314 --> 00:21:17,693 tapi satu kemajuan besar untuk hidupan di Bumi. 146 00:21:22,239 --> 00:21:27,119 Dengan peluncur awal ini, sebuah dinasti baharu lahir. 147 00:21:32,374 --> 00:21:37,170 Penerbangan membantu keturunannya kekal hidup 148 00:21:37,796 --> 00:21:41,174 pada era selepas peristiwa asteroid itu. 149 00:21:47,681 --> 00:21:50,392 Hari ini, terdapat satu tempat 150 00:21:50,475 --> 00:21:53,895 di mana kita boleh lihat cara kisah itu mungkin berlaku. 151 00:21:59,985 --> 00:22:02,904 Dunia itu kejam dan gersang. 152 00:22:04,614 --> 00:22:10,537 Empat ribu meter di atas, Gurun Altiplano di Chile… 153 00:22:15,417 --> 00:22:18,795 sebuah landskap di mana hampir tiada apa-apa boleh hidup. 154 00:22:21,214 --> 00:22:24,843 Namun, satu kumpulan haiwan telah menemukan cara untuk hidup di sini… 155 00:22:29,139 --> 00:22:30,098 burung. 156 00:22:33,060 --> 00:22:36,146 Seperti burung yang berkembang selepas peristiwa asteroid itu, 157 00:22:37,773 --> 00:22:42,361 flamingo mengambil kemahiran meluncur dinosaur avian pertama… 158 00:22:45,697 --> 00:22:48,533 dan mencipta sejenis penerbangan baharu. 159 00:22:52,329 --> 00:22:54,706 Revolusi di udara. 160 00:22:56,583 --> 00:23:01,797 Sayap yang diubah suai untuk dikelepakkan. 161 00:23:05,801 --> 00:23:08,428 Ini penerbangan berkuasa 162 00:23:09,638 --> 00:23:14,101 dan ia membolehkan flamingo mengembara untuk mencari makanan… 163 00:23:17,020 --> 00:23:19,981 sama seperti yang dilakukan burung berjuta tahun lalu. 164 00:23:26,446 --> 00:23:31,159 Bulu, yang awalnya berkembang untuk memanaskan dinosaur, 165 00:23:31,743 --> 00:23:35,539 telah menjadi khusus bagi penguasaan udara. 166 00:23:43,964 --> 00:23:46,049 Bukan itu sahaja perubahannya. 167 00:23:47,384 --> 00:23:50,178 Gigi digantikan dengan paruh… 168 00:23:53,390 --> 00:23:55,976 yang membolehkannya makan diet baharu. 169 00:23:57,727 --> 00:24:00,689 Namun, kemajuan dalam memakan dan penerbangan sahaja 170 00:24:00,772 --> 00:24:05,193 tidak mencukupi untuk menjamin masa depan burung itu. 171 00:24:09,614 --> 00:24:13,785 Ia juga memanfaatkan kelakuan purba yang ranggi, 172 00:24:15,620 --> 00:24:20,125 kelakuan yang menjamin kelangsungan hidup yang terkuat. 173 00:24:24,004 --> 00:24:24,921 Perasmaraan. 174 00:24:29,885 --> 00:24:31,428 Untuk flamingo, 175 00:24:32,471 --> 00:24:34,347 hal itu bermakna pertandingan tarian… 176 00:24:39,895 --> 00:24:43,231 dan ia dipandang serius. 177 00:24:44,941 --> 00:24:47,944 Juri-jurinya sangat cerewet… 178 00:24:58,622 --> 00:25:02,250 dan ia perlu cerewet untuk memilih pasangan terbaik. 179 00:25:07,839 --> 00:25:11,510 Burung hampir terhapus bersama dinosaur yang lain. 180 00:25:14,679 --> 00:25:18,016 Sebaliknya, disebabkan bakat berbulunya, 181 00:25:18,099 --> 00:25:20,769 ia berpeluang untuk bangkit. 182 00:25:30,570 --> 00:25:33,532 Namun, laluannya tidak mudah. 183 00:25:38,453 --> 00:25:40,789 Selepas peristiwa asteroid itu, 184 00:25:41,289 --> 00:25:46,086 suhu global menjunam sebanyak 25 darjah. 185 00:25:49,923 --> 00:25:53,176 Namun, disebabkan kebolehannya untuk hidup dalam kesejukan, 186 00:25:53,260 --> 00:25:56,429 hanya beberapa juta tahun selepas impak, 187 00:25:57,013 --> 00:25:59,641 hutan pain telah kembali. 188 00:26:04,604 --> 00:26:10,777 Biji benih memastikan konifer gergasi dari zaman dinosaur 189 00:26:10,860 --> 00:26:12,070 berjaya hidup. 190 00:26:15,740 --> 00:26:20,870 Tumbuhan terhebat, mencecah lebih 100 meter di udara, 191 00:26:20,954 --> 00:26:22,289 ialah kayu merah. 192 00:26:28,378 --> 00:26:30,589 Terlindung di bawah hutan 193 00:26:31,172 --> 00:26:33,425 ialah sekumpulan haiwan berdarah panas 194 00:26:34,301 --> 00:26:37,178 yang telah lama bersembunyi dalam bayang-bayang… 195 00:26:46,104 --> 00:26:47,230 mamalia. 196 00:26:49,274 --> 00:26:52,235 Pada mulanya, ia makhluk kecil, 197 00:26:52,986 --> 00:26:54,321 sama seperti tikus vole. 198 00:26:55,739 --> 00:27:00,368 Dengan ketiadaan dinosaur, ia bebas untuk keluar. 199 00:27:03,955 --> 00:27:07,792 Namun, hanya lima juta tahun selepas peristiwa asteroid itu, 200 00:27:07,876 --> 00:27:11,838 hutan pain menjadi tempat tinggal sejenis makhluk baka baharu… 201 00:27:27,729 --> 00:27:31,358 dan ia masih menghantui hutan-hutan kita hari ini. 202 00:27:43,078 --> 00:27:44,371 Burung hantu. 203 00:27:49,876 --> 00:27:54,547 Burung bertukar daripada mangsa terselamat kepada pemangsa. 204 00:27:57,092 --> 00:27:59,552 Ini burung hantu kelabu besar. 205 00:28:03,682 --> 00:28:06,226 Ia mempunyai kuku ibarat pisau cukur 206 00:28:07,185 --> 00:28:09,437 dan penglihatan yang tajam… 207 00:28:13,191 --> 00:28:16,027 menjadikannya berbahaya semasa terbang. 208 00:28:21,074 --> 00:28:25,453 Mampu terbang dalam keadaan hampir senyap, ia mendengar mangsa. 209 00:28:39,801 --> 00:28:43,555 Bagi mamalia kecil, tiada tempat yang selamat. 210 00:29:29,768 --> 00:29:33,605 Ketika burung hantu pertama mengancam hutan pain utara, 211 00:29:33,688 --> 00:29:38,151 di tempat lain, satu lagi habitat penting muncul. 212 00:29:41,237 --> 00:29:44,073 Asteroid itu telah menghapuskan tiga suku 213 00:29:44,157 --> 00:29:47,494 daripada semua spesies tumbuhan dan haiwan di Bumi. 214 00:29:52,290 --> 00:29:56,419 Di kawasan tropika, ia mengambil masa enam juta tahun, 215 00:29:58,087 --> 00:30:00,423 tapi hidupan akhirnya kembali. 216 00:30:04,761 --> 00:30:08,723 Namun, kali ini, ia sangat berbeza. 217 00:30:18,566 --> 00:30:22,946 Kebangkitan itu didorong oleh peningkatan yang besar… 218 00:30:25,907 --> 00:30:29,953 dalam kepelbagaian tumbuhan berbunga… 219 00:30:39,963 --> 00:30:42,757 yang lebih kaya daripada hidupan sebelum ini. 220 00:30:48,179 --> 00:30:50,265 Hutan hujan tropika. 221 00:30:59,607 --> 00:31:01,568 Habitat yang subur ini 222 00:31:01,651 --> 00:31:04,821 dibina atas hubungan rapat antara bunga 223 00:31:06,281 --> 00:31:08,491 dan serangga pendebunganya. 224 00:31:18,751 --> 00:31:21,212 Namun, ada satu kedatangan baharu… 225 00:31:23,965 --> 00:31:26,759 yang masuk ke dalam kawasan serangga itu. 226 00:31:29,971 --> 00:31:32,432 Menggunakan kemahiran terbang luar biasa, 227 00:31:32,932 --> 00:31:35,602 ia boleh mengemudi dunia rimba yang rumit. 228 00:31:37,478 --> 00:31:39,355 Saiznya telah menjadi kecil, 229 00:31:40,273 --> 00:31:41,482 memberikannya akses 230 00:31:42,859 --> 00:31:44,944 kepada nektar manis bunga. 231 00:31:47,155 --> 00:31:50,867 Keturunannya masih melakukannya sehingga hari ini. 232 00:31:52,243 --> 00:31:53,870 Burung madu. 233 00:31:59,500 --> 00:32:01,044 Untuk merampas nektar itu, 234 00:32:02,003 --> 00:32:05,381 ia telah berkembang untuk berlegar seperti serangga… 235 00:32:15,892 --> 00:32:19,771 mengepak-ngepak pada kelajuan 80 kali sesaat. 236 00:32:23,566 --> 00:32:29,697 Paruh yang memanjang membolehkannya memakan pelbagai bunga yang berbeza. 237 00:32:33,701 --> 00:32:38,915 Burung madu mengatasi banyak pesaing serangganya. 238 00:32:44,295 --> 00:32:49,300 Namun, semua aktiviti ini datang dengan kehausan tenaga yang besar. 239 00:32:51,177 --> 00:32:54,847 Jadi, bunga terbaik berbaloi untuk diperjuangkan. 240 00:32:59,978 --> 00:33:01,896 Paruh juga berfungsi sebagai senjata. 241 00:33:19,872 --> 00:33:24,002 Namun, satu spesies burung madu tidak perlu bertarung. 242 00:33:25,837 --> 00:33:31,926 Ia mempunyai satu penyesuaian hebat yang mengalahkan pesaingnya. 243 00:33:34,178 --> 00:33:36,681 Burung madu berparuh pedang. 244 00:33:39,809 --> 00:33:44,522 Ia mempunyai apendaj yang cukup panjang. 245 00:33:45,773 --> 00:33:49,277 Paruhnya ibarat kunci di dalam mangga, 246 00:33:49,360 --> 00:33:55,241 jadi hanya ia boleh menikmati nektar Bunga Trompet Malaikat yang sukar dicapai. 247 00:34:02,707 --> 00:34:05,209 Pada zaman-zaman selepas malapetaka itu, 248 00:34:06,044 --> 00:34:10,214 dinosaur gergasi mungkin tidak lagi menguasai hutan, 249 00:34:11,215 --> 00:34:15,053 tapi sepupu kecilnya telah menjajahnya semula 250 00:34:15,136 --> 00:34:17,430 dengan cara yang baharu. 251 00:34:21,142 --> 00:34:25,813 Namun, menjadi kecil tidak berguna di setiap tempat di planet ini. 252 00:34:30,109 --> 00:34:35,114 20 JUTA TAHUN LALU 253 00:34:37,617 --> 00:34:39,660 Kematian dinosaur 254 00:34:39,744 --> 00:34:44,165 menyebabkan banyak habitat hebat di Bumi bebas untuk diambil. 255 00:34:46,793 --> 00:34:50,088 Terutamanya dataran. 256 00:34:52,507 --> 00:34:57,804 Di Amerika Selatan awal, 46 juta tahun selepas peristiwa asteroid itu, 257 00:34:58,429 --> 00:35:00,389 burung yang tinggal di darat 258 00:35:00,473 --> 00:35:03,476 mempunyai ruang untuk berkembang menjadi pemangsa paling berbahaya… 259 00:35:05,853 --> 00:35:07,814 selepas tyrannosaurus rex. 260 00:35:11,609 --> 00:35:13,986 Menghendap di celah-celah pokok palma… 261 00:35:16,614 --> 00:35:19,242 ia mewarisi sifat paling agresif 262 00:35:19,325 --> 00:35:21,077 daripada keturunan purbanya. 263 00:35:30,711 --> 00:35:34,882 Di kawasan lapang, sekumpulan mamalia awal meragut rumput. 264 00:35:39,262 --> 00:35:43,182 Theosodon, lebih kurang saiz llama hari ini. 265 00:35:46,477 --> 00:35:49,814 Seekor betina dewasa memerhati. 266 00:35:51,399 --> 00:35:52,984 Namun, ia tidak nampak… 267 00:35:58,406 --> 00:35:59,574 burung teror itu. 268 00:36:07,665 --> 00:36:12,503 Dengan kepala seperti cangkul dan berdiri setinggi dua setengah meter, 269 00:36:12,587 --> 00:36:15,923 ia mengorbankan penerbangan demi kuasa. 270 00:36:23,306 --> 00:36:25,308 Ia rasa ada yang tidak kena. 271 00:36:31,689 --> 00:36:34,483 Namun, burung teror itu bergerak dalam keadaan hampir senyap. 272 00:37:05,848 --> 00:37:08,017 Pemburuan bermula. 273 00:37:09,769 --> 00:37:13,022 Mampu memecut dengan pantas sehingga 50 kilometer sejam… 274 00:37:17,610 --> 00:37:19,278 ia telah memilih seekor anak 275 00:37:20,655 --> 00:37:21,864 yang ketinggalan. 276 00:37:29,455 --> 00:37:32,083 Menggunakan berat kepalanya yang besar, 277 00:37:32,750 --> 00:37:34,919 ia mahir mengubah arah. 278 00:38:19,964 --> 00:38:22,967 Masa untuk buat serangan terakhir. 279 00:38:30,182 --> 00:38:34,854 Burung teror yang ganas kini menguasai dataran Amerika Selatan. 280 00:38:43,696 --> 00:38:45,823 Namun, di belah dunia yang lain, 281 00:38:46,824 --> 00:38:51,370 benua-benua yang sentiasa berubah sedang menulis babak baharu 282 00:38:52,330 --> 00:38:55,041 dalam kisah kehidupan. 283 00:38:58,419 --> 00:39:03,090 15 JUTA TAHUN LALU 284 00:39:03,174 --> 00:39:07,678 Australia telah menuju ke utara selama berjuta-juta tahun. 285 00:39:07,762 --> 00:39:11,349 Ketika itu, ia mencipta sebuah laut tohor yang luas. 286 00:39:13,392 --> 00:39:15,478 Satu tempat baharu bagi hidupan. 287 00:39:34,622 --> 00:39:35,581 Sebahagian tumbuhan… 288 00:39:37,875 --> 00:39:39,293 sebahagian haiwan. 289 00:39:42,254 --> 00:39:44,590 Ini ialah karang. 290 00:39:48,219 --> 00:39:50,137 Menggunakan tenaga daripada Matahari, 291 00:39:51,722 --> 00:39:56,102 ia membentuk struktur hidupan terbesar yang planet kita pernah lihat… 292 00:39:58,896 --> 00:40:00,272 terumbu tropika. 293 00:40:08,322 --> 00:40:12,118 Lima belas juta tahun lalu, bandar-bandar laut gergasi ini 294 00:40:12,201 --> 00:40:15,704 menawarkan peluang kepada banyak mangsa yang terselamat. 295 00:40:21,085 --> 00:40:24,004 Jerung datang dari laut dalam. 296 00:40:32,513 --> 00:40:34,640 Terumbu itu juga menarik 297 00:40:34,723 --> 00:40:37,935 antara reptilia laut terakhir yang tinggal… 298 00:40:40,396 --> 00:40:41,480 penyu. 299 00:40:45,151 --> 00:40:47,695 Di dalam syurga bawah laut ini, 300 00:40:48,362 --> 00:40:51,782 pelbagai jenis ikan baharu juga berkembang. 301 00:40:59,582 --> 00:41:04,128 Kekayaan yang semakin banyak tidak lama lagi melimpah ke lautan luas… 302 00:41:07,047 --> 00:41:08,382 memenuhinya dengan kehidupan. 303 00:41:10,426 --> 00:41:12,970 Hal ini telah disedari… 304 00:41:16,182 --> 00:41:18,767 oleh sebuah dinasti yang gigih. 305 00:41:27,359 --> 00:41:30,196 Sekali lagi, burung. 306 00:41:33,157 --> 00:41:36,410 Lebih tepat lagi, burung laut. 307 00:41:38,996 --> 00:41:40,748 Berjuta-juta tahun lalu, 308 00:41:40,831 --> 00:41:44,543 ia menemukan satu cara hebat untuk merampas habuan lautan… 309 00:41:49,465 --> 00:41:51,425 dengan serangan udara. 310 00:41:56,347 --> 00:41:58,807 Ia masih berlaku hari ini. 311 00:42:01,018 --> 00:42:03,854 Penceroboh terhebat dalam kalangannya 312 00:42:05,397 --> 00:42:06,565 ialah ganet. 313 00:42:09,360 --> 00:42:11,237 Penglihatannya yang tajam bermakna 314 00:42:11,320 --> 00:42:13,697 ia boleh melihat sekawan ikan dari satu batu jauhnya. 315 00:42:16,700 --> 00:42:18,452 Menyelam dari altitud, 316 00:42:18,536 --> 00:42:22,289 ia menembusi permukaan pada kelajuan hampir 90 kilometer sejam. 317 00:42:26,585 --> 00:42:28,754 Tengkorak yang disuai khas 318 00:42:30,256 --> 00:42:32,049 dan sayap yang boleh sentut 319 00:42:33,259 --> 00:42:35,553 mengubahnya menjadi misil hidup. 320 00:42:47,231 --> 00:42:48,274 Tambahan pula, 321 00:42:49,275 --> 00:42:52,820 ganet boleh menahan nafas selama lebih daripada 40 saat. 322 00:43:09,461 --> 00:43:13,465 Burung laut purba ini mahir memburu. 323 00:43:21,724 --> 00:43:23,350 Serangan udaranya 324 00:43:23,434 --> 00:43:27,396 membolehkannya bersaing dengan pemangsa terhebat laut, 325 00:43:28,856 --> 00:43:29,857 jerung. 326 00:43:37,406 --> 00:43:41,952 Jamuan besar sebegini masih antara pemandangan alam semula jadi terhebat 327 00:43:43,370 --> 00:43:46,999 sama seperti 15 juta tahun lalu. 328 00:43:50,252 --> 00:43:53,088 Dinosaur tidak pernah menakluki lautan, 329 00:43:53,964 --> 00:43:57,551 tapi keturunan aviannya akhirnya menemukan caranya. 330 00:44:07,102 --> 00:44:09,897 Penaklukan burung laut di lautan sangat berjaya 331 00:44:11,357 --> 00:44:14,943 sehingga ia membentuk koloni yang luas di seluruh planet… 332 00:44:19,490 --> 00:44:24,203 kini antara perhimpunan terhebat bagi hidupan di Bumi. 333 00:44:28,916 --> 00:44:33,837 Namun, kemenangan burung itu di lautan tidak cukup lengkap. 334 00:44:35,923 --> 00:44:37,549 Pencapaiannya yang terhebat 335 00:44:39,426 --> 00:44:44,014 boleh dilihat dalam dunia yang hilang ditelan zaman. 336 00:44:48,686 --> 00:44:50,562 Kepulauan Galápagos. 337 00:44:54,149 --> 00:44:57,861 Ini iguana laut, 338 00:44:59,113 --> 00:45:02,783 keturunan cicak yang terselamat daripada asteroid itu. 339 00:45:04,660 --> 00:45:08,038 Seperti kebanyakan reptilia, ia perlu berjemur di bawah matahari 340 00:45:08,122 --> 00:45:09,164 untuk memanaskan badan. 341 00:45:12,668 --> 00:45:15,295 Namun, bukan ia saja yang berjemur di sini. 342 00:45:19,800 --> 00:45:23,053 Ia disertai oleh seekor burung yang luar biasa. 343 00:45:24,805 --> 00:45:25,723 Penguin. 344 00:45:28,434 --> 00:45:32,312 Ini pula penguin Galápagos. 345 00:45:35,941 --> 00:45:38,485 Selama berpuluh juta tahun, 346 00:45:38,569 --> 00:45:42,156 nenek moyangnya menggunakan semula sayapnya, 347 00:45:43,282 --> 00:45:46,952 memperhalusnya untuk tidak lagi terbang di udara, 348 00:45:48,328 --> 00:45:50,706 tapi untuk melakukan sesuatu yang hebat… 349 00:45:56,336 --> 00:45:57,838 di bawah ombak… 350 00:46:04,052 --> 00:46:05,888 penerbangan bawah air. 351 00:46:10,601 --> 00:46:13,896 Penguin mempunyai kawalan keapungan yang mengagumkan… 352 00:46:17,191 --> 00:46:21,278 dan salah satu badan paling bergaris arus antara mana-mana haiwan, 353 00:46:23,697 --> 00:46:26,992 menjadikannya burung berenang terhebat di dunia. 354 00:46:32,790 --> 00:46:36,335 Mencari ikan, ia berlegar-legar seperti burung madu… 355 00:46:41,173 --> 00:46:42,758 dengan cukup seimbang. 356 00:46:51,558 --> 00:46:56,980 Sebaliknya, iguana berdarah sejuk pula perlahan dan lembap… 357 00:46:59,483 --> 00:47:02,528 hanya memakan kelpa bertenaga rendah… 358 00:47:06,114 --> 00:47:08,909 mengikut haluan arus. 359 00:47:14,957 --> 00:47:18,418 Penguin berdarah panas itu sangat berbeza… 360 00:47:21,088 --> 00:47:23,173 dengan kelajuan dan ketangkasannya… 361 00:47:32,224 --> 00:47:34,351 mengejar ikan dengan mudah. 362 00:47:52,452 --> 00:47:53,787 Penerbangan bawah air 363 00:47:55,455 --> 00:48:00,210 membolehkan penguin mengeksploitasi lautan tanpa tandingan. 364 00:48:06,425 --> 00:48:08,677 Strateginya sangat berjaya 365 00:48:10,012 --> 00:48:14,141 sehingga ia menjajah semua benua di Hemisfera Selatan… 366 00:48:18,228 --> 00:48:22,065 berkembang menjadi 18 spesies berbeza yang kita kenal sekarang. 367 00:48:24,860 --> 00:48:28,906 Babak epik terakhir untuk burung, 368 00:48:28,989 --> 00:48:32,743 sebuah dinasti yang hampir pupus. 369 00:48:38,916 --> 00:48:41,960 Namun, disebabkan beberapa mangsa terselamat 370 00:48:42,044 --> 00:48:44,046 dalam salasilah keluarga dinosaur, 371 00:48:45,505 --> 00:48:49,426 burung bangkit dari abu. 372 00:48:50,010 --> 00:48:52,220 Selama 66 juta tahun, 373 00:48:52,804 --> 00:48:56,683 ia telah mencipta semula dirinya dalam pelbagai bentuk. 374 00:49:00,646 --> 00:49:04,775 Hari ini, merangkumi 10,000 spesies, 375 00:49:05,317 --> 00:49:09,321 ia menemukan cara untuk berkembang di hampir setiap sudut planet ini. 376 00:49:12,324 --> 00:49:16,203 Namun, bukan burung sahaja yang menakluki dunia. 377 00:49:20,958 --> 00:49:22,334 Tidak lama dahulu, 378 00:49:23,585 --> 00:49:27,172 Amerika masih di bawah kuasa burung-burung teror. 379 00:49:30,592 --> 00:49:34,137 Namun, pemangsa puncak ini akan menjadi mangsa tidak lama lagi. 380 00:49:37,349 --> 00:49:40,852 Mangsa asteroid lain yang terselamat juga telah berkembang. 381 00:49:45,315 --> 00:49:47,859 Bukan lagi dalam bayang-bayang dinosaur… 382 00:49:50,946 --> 00:49:54,366 ia semakin besar dan berbahaya. 383 00:50:04,918 --> 00:50:08,338 Masa untuk kebangkitan 384 00:50:09,589 --> 00:50:10,674 mamalia. 385 00:51:56,404 --> 00:51:58,657 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi