1 00:00:35,181 --> 00:00:37,180 {\an8}Di lautan yang paling terpencil... 2 00:00:37,181 --> 00:00:40,421 {\an8}DICERITAKAN OLEH BARACK OBAMA 3 00:00:42,221 --> 00:00:45,581 ...lebih seribu batu dari benua terdekat. 4 00:00:50,581 --> 00:00:52,101 Pulau Zavodovski. 5 00:00:57,261 --> 00:00:59,701 Ia terdedah kepada letusan gunung berapi, 6 00:01:03,061 --> 00:01:04,901 jarang ada tumbuh-tumbuhan, 7 00:01:08,781 --> 00:01:10,701 dan sering kali dilanda ribut. 8 00:01:17,701 --> 00:01:24,421 Namun, Zavadovski menjadi habitat kepada lebih 2,000,000 penguin tali dagu. 9 00:01:42,501 --> 00:01:45,980 Koloni ini tinggal di sini kerana perairan di sekelilingnya 10 00:01:45,981 --> 00:01:48,621 antara tempat memburu ikan terbaik di dunia. 11 00:01:59,381 --> 00:02:02,741 Anak penguin sudah biasa dihantar makanan. 12 00:02:06,941 --> 00:02:10,701 Penguin yang buat penghantaran perlu mengharungi cabaran. 13 00:02:19,741 --> 00:02:21,061 Ibu penguin tali dagu, 14 00:02:23,221 --> 00:02:25,661 dipenuhi kril untuk anak penguin. 15 00:02:26,541 --> 00:02:28,581 Hanya ada satu penghalang. 16 00:02:35,221 --> 00:02:39,781 Cenuram curam yang mengelilingi kubu pulau ini. 17 00:02:45,101 --> 00:02:48,421 Ia sudah cukup sukar untuk dituruni. 18 00:03:06,261 --> 00:03:08,221 Bagaimana ibu penguin nak naik? 19 00:03:18,621 --> 00:03:21,021 Ibu penguin boleh memanjat batu. 20 00:03:35,861 --> 00:03:39,261 Mungkin penyelesaiannya bukan untuk melawan lautan, 21 00:03:42,101 --> 00:03:43,181 tapi mengikutinya. 22 00:03:48,981 --> 00:03:50,221 Ikut saja aliran air. 23 00:04:02,661 --> 00:04:06,901 Tapi air mengalir di kedua-dua arah. 24 00:04:25,341 --> 00:04:27,821 Aliran air yang deras tiada belas kasihan. 25 00:04:48,701 --> 00:04:51,900 Untuk menghantar makanan kepada anak-anak, 26 00:04:51,901 --> 00:04:54,101 ibu penguin perlu bersedia 27 00:04:57,901 --> 00:04:59,221 menghadapi cabaran 28 00:05:02,061 --> 00:05:04,821 untuk menunggang gelombang terbesar. 29 00:05:38,021 --> 00:05:39,021 Berjaya! 30 00:05:56,341 --> 00:05:58,181 Sekarang cabaran terakhir, 31 00:06:06,221 --> 00:06:11,541 pendakian 1,600 meter di tepi gunung berapi aktif 32 00:06:14,981 --> 00:06:17,181 untuk menghantar muatan berharga. 33 00:06:38,421 --> 00:06:40,580 Penguin tali dagu membuktikan, 34 00:06:40,581 --> 00:06:44,101 hanya yang kuat untuk bertahan akan diberi ganjaran, 35 00:06:45,101 --> 00:06:48,621 dalam lautan paling terasing ini. 36 00:06:58,301 --> 00:07:04,861 LAUTAN SELATAN 37 00:07:06,901 --> 00:07:10,181 Lautan Selatan mengelilingi Antartika sepenuhnya. 38 00:07:15,701 --> 00:07:18,501 Tempat air paling sejuk di planet kita, 39 00:07:23,941 --> 00:07:28,301 dengan suhu di bawah -45 darjah Celsius pada musim sejuk. 40 00:07:30,181 --> 00:07:33,381 dan kelajuan angin mencecah hampir 300 kilometer sejam. 41 00:07:35,981 --> 00:07:40,261 Di laut terpencil ini, arus lautan global paling deras 42 00:07:41,901 --> 00:07:44,301 telah lama melindungi dunia tersembunyi. 43 00:07:51,741 --> 00:07:56,701 Di pinggir paling jauh Lautan Selatan terletaknya pantai selatan Australia. 44 00:08:01,261 --> 00:08:04,581 Perairan sejuk ini menjadi habitat spesies luar biasa. 45 00:08:15,461 --> 00:08:17,901 Banyak yang tak dijumpai di tempat lain. 46 00:08:31,261 --> 00:08:36,061 Ikan tangan hidup di tengah laut. 47 00:08:42,421 --> 00:08:47,461 Antara ikan yang lebih suka berjalan daripada berenang. 48 00:08:57,461 --> 00:08:59,460 Ikan tangan berbintik ini pula 49 00:08:59,461 --> 00:09:02,341 salah satu ikan paling jarang ditemukan di dunia. 50 00:09:08,941 --> 00:09:11,141 Kurang daripada 3,000 wujud, 51 00:09:16,581 --> 00:09:20,381 maka harta yang dilindungi oleh ikan ini amat bernilai. 52 00:09:27,141 --> 00:09:30,341 Ikan tangan bertelur di satu-satunya tempat yang boleh. 53 00:09:30,941 --> 00:09:32,941 Batang tulip laut. 54 00:09:36,701 --> 00:09:40,901 Tumbuh dari dasar yang berkelodak, ia bertahan melawan arus. 55 00:09:44,661 --> 00:09:49,621 Tapi ini mendedahkan telur kepada pandangan jelas jiran yang lapar. 56 00:10:01,061 --> 00:10:02,701 Mujurlah bagi anak-anak ikan, 57 00:10:04,901 --> 00:10:06,701 ibu ikan tangan tahan lasak. 58 00:10:09,581 --> 00:10:10,701 Libasan ekor 59 00:10:15,381 --> 00:10:16,941 menghalau umang-umang. 60 00:10:19,061 --> 00:10:24,181 Lintah laut gergasi digigit dan terpaksa berundur. 61 00:10:31,941 --> 00:10:34,661 Ibu ikan ada cara menghalau setiap penceroboh. 62 00:10:44,861 --> 00:10:48,981 Tapi ibu ikan tangan juga ada musuh ketat. 63 00:10:52,581 --> 00:10:56,461 Tapak sulaiman raksasa yang sepuluh kali lebih berat. 64 00:11:00,781 --> 00:11:04,901 Setiap satu daripada ratusan kaki boleh mengesan sentuhan, 65 00:11:06,381 --> 00:11:08,941 rasa dan bau. 66 00:11:11,221 --> 00:11:14,461 Deria-deria ini mengesan bau telur ikan tangan. 67 00:11:22,061 --> 00:11:26,021 Gigitan dan tolakan hanya sia-sia. 68 00:11:42,861 --> 00:11:43,981 Tak dapat dihalang. 69 00:11:48,901 --> 00:11:50,901 Tapi ibu ikan tak boleh putus asa. 70 00:11:55,581 --> 00:11:57,821 Jadi, ibu ikan ambil langkah berisiko. 71 00:12:01,821 --> 00:12:04,301 Menyerahkan diri kepada tapak sulaiman 72 00:12:17,141 --> 00:12:21,021 dalam percubaan terdesak menjauhkan tapak sulaiman daripada telur. 73 00:12:25,621 --> 00:12:28,301 Nampak seperti pengorbanan luar biasa. 74 00:12:34,461 --> 00:12:35,461 Tapi, 75 00:12:39,581 --> 00:12:41,141 ibu ikan berjaya terlepas. 76 00:12:47,941 --> 00:12:50,420 Disebabkan ibu-ibu ikan yang cekal ini, 77 00:12:50,421 --> 00:12:53,821 ikan tangan berbintik masih berpeluang untuk terus hidup. 78 00:12:58,381 --> 00:13:02,741 Di Lautan Selatan, haiwan perlu buat apa saja untuk hidup. 79 00:13:06,141 --> 00:13:10,541 Semakin jauh ke selatan, lautan menjadi semakin ganas. 80 00:13:17,061 --> 00:13:20,741 Arus deras mengalir mengelilingi Lautan Selatan. 81 00:13:23,981 --> 00:13:25,860 Pusaran dinding air, 82 00:13:25,861 --> 00:13:29,741 sehingga kedalaman empat kilometer dan 1,600 kilometer lebar. 83 00:13:31,581 --> 00:13:34,461 Ia dikenali sebagai Arus Lilitan. 84 00:13:40,021 --> 00:13:41,221 Berada di laluannya 85 00:13:43,981 --> 00:13:45,501 ialah Georgia Selatan, 86 00:13:48,581 --> 00:13:51,381 salah satu pulau paling terpencil di dunia. 87 00:13:53,701 --> 00:13:56,461 Namun, selama beberapa minggu setiap musim bunga, 88 00:14:00,781 --> 00:14:03,661 ia menjadi tempat paling sibuk. 89 00:14:14,861 --> 00:14:19,381 Kepadatan hidupan liar pantai yang tidak dijumpai di tempat lain. 90 00:14:25,741 --> 00:14:27,221 Sekarang musim pembiakan, 91 00:14:27,901 --> 00:14:33,781 dan setiap tempat di pantai ini menjadi medan tempur haiwan bersaiz besar. 92 00:14:40,861 --> 00:14:42,381 Gajah laut jantan, 93 00:14:43,901 --> 00:14:46,661 bertarung di darat untuk hak pembiakan. 94 00:14:48,581 --> 00:14:51,260 Gajah laut boleh membesar sehingga enam meter panjang 95 00:14:51,261 --> 00:14:53,941 dan berat sehingga 3,600 kilogram. 96 00:14:58,381 --> 00:15:02,541 Gajah laut jantan ini sangat besar dan ganas. 97 00:15:08,661 --> 00:15:10,701 Tapi si jantan paling besar juga 98 00:15:12,581 --> 00:15:13,821 pernah menjadi kecil. 99 00:15:21,701 --> 00:15:24,381 Anak gajah laut baru dilahirkan beberapa jam. 100 00:15:27,941 --> 00:15:32,301 Anak gajah laut akan hadapi banyak cabaran dalam pengembaraan menjadi dewasa. 101 00:15:33,061 --> 00:15:37,260 Mula-mula, anak gajah laut mengisi perut 102 00:15:37,261 --> 00:15:39,261 dengan susu ibu yang berkhasiat. 103 00:15:48,741 --> 00:15:50,621 Sebab anak gajah laut ada pesaing. 104 00:15:52,261 --> 00:15:54,301 Burung camar lanun Antartika 105 00:15:58,581 --> 00:16:02,381 yang tanpa rasa ragu-ragu mencuri daripada anak gajah laut. 106 00:16:22,021 --> 00:16:25,381 Burung camar ini pergi mencari sasaran yang lebih mudah, 107 00:16:26,701 --> 00:16:28,901 dan anak gajah laut dapat pengajaran. 108 00:16:30,461 --> 00:16:32,021 Sentiasa dekat dengan ibu. 109 00:16:37,101 --> 00:16:39,701 Tapi ujian seterusnya tidak semudah itu. 110 00:16:44,661 --> 00:16:48,781 Dengan pantai yang terlalu sesak, ketegangan semakin meningkat. 111 00:16:52,901 --> 00:16:56,501 Jantan gergasi takkan berhenti mempertahankan kawasan. 112 00:16:57,861 --> 00:17:01,661 Gajah laut jantan tak peduli jika ada pihak lain terkorban. 113 00:17:18,421 --> 00:17:22,701 Rempuhan ialah punca utama kematian anak gajah laut baru lahir. 114 00:17:36,261 --> 00:17:40,141 Tapi hari ini, anak gajah laut mendapat peluang kedua. 115 00:17:48,181 --> 00:17:51,221 Setakat ini, ibu gajah laut tidak pernah pergi jauh. 116 00:18:03,941 --> 00:18:08,181 Sepanjang tiga minggu seterusnya, berat anak gajah akan naik 70 kilogram, 117 00:18:09,621 --> 00:18:13,061 dan kemudian semuanya berubah. 118 00:18:20,941 --> 00:18:24,621 Suatu hari nanti, anak gajah akan terjaga dengan kejutan besar. 119 00:18:27,381 --> 00:18:28,901 Ibu sudah pergi. 120 00:18:30,741 --> 00:18:34,300 Setelah memberikan susu sebanyak separuh berat badan, 121 00:18:34,301 --> 00:18:37,621 ibu gajah laut perlu kembali ke lautan untuk makan. 122 00:18:43,821 --> 00:18:47,421 Anak gajah laut tidak boleh ikut kerana tidak boleh berenang. 123 00:18:53,741 --> 00:18:56,981 Anak gajah laut perlu cari tempat selamat untuk belajar. 124 00:19:04,621 --> 00:19:07,821 Tapi anak gajah laut mudah... 125 00:19:09,821 --> 00:19:10,861 terganggu. 126 00:19:53,261 --> 00:19:57,420 Detik penentu hidup setiap anak gajah laut 127 00:19:57,421 --> 00:20:01,701 merupakan sentuhan pertama dengan air. 128 00:20:20,021 --> 00:20:23,261 Ketika memasuki air, reaksi luar biasa berlaku. 129 00:20:27,341 --> 00:20:28,741 Anak gajah laut menahan nafas. 130 00:20:32,941 --> 00:20:34,981 Denyutan jantung menjadi perlahan. 131 00:20:38,141 --> 00:20:39,981 Darah mengalir ke otak. 132 00:20:48,461 --> 00:20:50,701 Ini langkah pertama dalam pengembaraan 133 00:20:55,181 --> 00:20:57,781 untuk menjadi mamalia marin. 134 00:21:01,541 --> 00:21:03,901 Tapi masih banyak yang perlu dipelajari. 135 00:21:07,981 --> 00:21:11,661 Selepas sebulan berlatih di perairan cetek dengan anak gajah laut lain, 136 00:21:18,181 --> 00:21:21,661 anak gajah laut bersedia memasuki lautan buat kali pertama. 137 00:21:37,941 --> 00:21:39,701 Beberapa tahun akan datang, 138 00:21:40,221 --> 00:21:43,381 anak gajah laut akan belajar menahan nafas selama lebih dua jam 139 00:21:43,901 --> 00:21:47,261 dan menyelam ke kedalaman melebihi 1,800 meter. 140 00:21:53,941 --> 00:21:56,700 Suatu hari nanti, si anak kembali ke pantai ini 141 00:21:56,701 --> 00:22:01,341 sebagai gajah laut terbesar dan paling kuat di lautan kita. 142 00:22:06,421 --> 00:22:07,980 Dari Georgia Selatan, 143 00:22:07,981 --> 00:22:13,021 arus deras mengalir pada kadar 140 juta meter padu sesaat. 144 00:22:22,901 --> 00:22:26,821 Didorong oleh angin kencang dan putaran bumi, 145 00:22:28,941 --> 00:22:32,661 ia menjadi pergerakan air yang paling berkuasa di planet ini. 146 00:22:37,021 --> 00:22:39,821 Penghalang besar kepada lautan lain. 147 00:22:44,341 --> 00:22:49,341 Di tengahnya ialah benua yang paling terasing. 148 00:22:56,221 --> 00:22:57,301 Antartika. 149 00:22:59,701 --> 00:23:05,901 Belantara beku berkeluasan melebihi 13 juta kilometer persegi. 150 00:23:23,021 --> 00:23:27,580 Banyak glasier besar di benua ini menganjur keluar dari daratan 151 00:23:27,581 --> 00:23:30,461 sebagai pentas ais terapung di permukaan laut. 152 00:23:39,301 --> 00:23:41,740 Di hujung selatan lautan, 153 00:23:41,741 --> 00:23:45,020 arus mengalir di bawah Pentas Ais Ross, 154 00:23:45,021 --> 00:23:47,701 yang saiznya lebih besar daripada California. 155 00:23:52,181 --> 00:23:54,701 Ketebalan ais ini boleh melebihi 240 meter. 156 00:23:56,781 --> 00:23:58,781 Namun, di tempat arus mengalir, 157 00:24:01,701 --> 00:24:03,021 di situ ada kehidupan. 158 00:24:10,741 --> 00:24:15,100 Invertebrat telah wujud di sini, masih tidak berubah, 159 00:24:15,101 --> 00:24:16,901 selama berjuta-juta tahun. 160 00:24:18,701 --> 00:24:21,621 Semua tidak sabar untuk makan. 161 00:24:23,301 --> 00:24:26,301 Termasuk labah-labah laut Antartika. 162 00:24:28,221 --> 00:24:30,141 Bersaiz sebesar pinggan makan, 163 00:24:33,461 --> 00:24:36,141 dan mungkin tidak makan selama beberapa bulan. 164 00:24:40,781 --> 00:24:42,581 Dengan persaingan di sini, 165 00:24:44,421 --> 00:24:47,141 itu mungkin takkan berubah dalam masa terdekat. 166 00:24:49,221 --> 00:24:53,181 Labah-labah laut perlu cari tempat yang ada kelebihan. 167 00:24:55,621 --> 00:25:00,301 Tempat yang airnya sangat sejuk, ia hampir membeku. 168 00:25:06,421 --> 00:25:10,501 Tempat hablur ais boleh terhasil di mana-mana permukaan yang disentuh, 169 00:25:14,061 --> 00:25:15,781 membentuk gua ais. 170 00:25:21,421 --> 00:25:23,861 Tapi keindahan itu menyembunyikan bahaya. 171 00:25:27,181 --> 00:25:30,421 Sebab mana-mana makhluk yang menyentuh ais di sini 172 00:25:34,501 --> 00:25:35,741 boleh terperangkap. 173 00:25:42,661 --> 00:25:48,341 Tapi semua bahaya itu memberikan peluang yang berisiko 174 00:25:50,941 --> 00:25:52,301 untuk labah-labah laut. 175 00:25:58,541 --> 00:26:01,221 Menggunakan kaki kurus yang panjang, 176 00:26:05,381 --> 00:26:08,981 labah-labah laut bergerak perlahan-lahan, 177 00:26:16,461 --> 00:26:19,301 berhati-hati agar tidak terperangkap, 178 00:26:27,661 --> 00:26:30,301 dan melahap jeli untuk makan malam. 179 00:26:35,621 --> 00:26:38,901 Kenapa perlukan sarang sedangkan ada gua ais? 180 00:26:49,221 --> 00:26:53,861 Keadaan yang sangat sejuk ini dikekalkan oleh Arus Lilitan, 181 00:26:56,541 --> 00:26:59,901 yang bertindak sebagai peti sejuk, membendung suhu sejuk. 182 00:27:04,661 --> 00:27:06,380 Ketika musim sejuk tiba, 183 00:27:06,381 --> 00:27:13,341 permukaan laut di sekitar Antartika membeku menjadi ketulan ais yang besar. 184 00:27:17,141 --> 00:27:20,261 Meliputi sehingga 18 juta kilometer persegi, 185 00:27:23,901 --> 00:27:27,700 ia perlindungan sempurna untuk spesies paling penting 186 00:27:27,701 --> 00:27:29,421 di Lautan Selatan. 187 00:27:32,541 --> 00:27:36,221 Spesies yang membawa pengaruh besar terhadap spesies yang lain. 188 00:27:50,501 --> 00:27:52,181 Kril Antartika. 189 00:27:54,541 --> 00:27:59,260 Trilion krustasia kecil menyerupai udang ini makan alga 190 00:27:59,261 --> 00:28:01,261 yang tumbuh di bawah ais laut. 191 00:28:04,261 --> 00:28:09,741 Gabungan berat semua krustasia ini dianggarkan melebihi 400 juta tan. 192 00:28:11,261 --> 00:28:14,861 Jisim terbesar semua haiwan liar. 193 00:28:23,381 --> 00:28:26,021 Apabila musim panas tiba, ais mencair, 194 00:28:28,501 --> 00:28:32,301 dan pemburu kril pun datang. 195 00:28:36,461 --> 00:28:38,461 Penghuni asal, penguin gentoo. 196 00:28:40,181 --> 00:28:42,981 Paus biru yang mengembara beribu-ribu batu. 197 00:28:53,741 --> 00:28:56,501 Ini jamuan tahunan yang hebat. 198 00:29:26,661 --> 00:29:29,621 Kemudian, musim sejuk tiba lalu ikan paus pergi, 199 00:29:30,141 --> 00:29:32,981 dan laut membeku lagi. 200 00:29:34,501 --> 00:29:37,021 Hanya yang paling kuat tinggal. 201 00:29:51,581 --> 00:29:53,461 Siapa kata penguin tak boleh terbang? 202 00:30:05,381 --> 00:30:06,861 Penguin maharaja. 203 00:30:11,461 --> 00:30:13,700 Selepas dua minggu di laut, 204 00:30:13,701 --> 00:30:16,980 ibu bapa ini perlu kembali kepada anak penguin, 205 00:30:16,981 --> 00:30:21,741 yang menunggu di atas ais lebih tebal beberapa batu jauhnya. 206 00:30:25,421 --> 00:30:29,220 Jadi, walaupun baru saja selesai renangan epik, 207 00:30:29,221 --> 00:30:32,221 koloni penguin segera beralih ke trek. 208 00:30:43,981 --> 00:30:49,061 Semua dilengkapi peralatan teknikal untuk bertahan dalam keadaan ekstrem. 209 00:30:52,461 --> 00:30:54,941 Bluber tebal melindungi penguin daripada kesejukan. 210 00:30:56,261 --> 00:30:59,061 Bulu kalis air memastikan badan penguin kering. 211 00:30:59,861 --> 00:31:01,661 Kaki penguin pun berbulu. 212 00:31:04,181 --> 00:31:09,621 Setiap penyesuaian diperhalusi evolusi untuk bertahan di lautan paling dahsyat. 213 00:31:24,381 --> 00:31:26,581 Penguin hampir pulang dengan selamat, 214 00:31:30,341 --> 00:31:31,821 apabila keadaan tak dijangka 215 00:31:35,101 --> 00:31:37,021 menghentikan segalanya. 216 00:31:41,181 --> 00:31:45,981 Kehidupan setiap penguin maharaja bergantung pada kehadiran ais laut ini. 217 00:31:50,781 --> 00:31:54,621 Jadi, walaupun retakan kecil mungkin tidak berbahaya bagi kita, 218 00:31:56,341 --> 00:31:59,581 ia menandakan perubahan yang menakutkan bagi penguin. 219 00:32:02,661 --> 00:32:07,061 Walaupun penguin tidak tahu sebabnya, penguin patut risau. 220 00:32:19,821 --> 00:32:24,221 Krisis iklim telah melanda kawasan paling terasing di lautan kita. 221 00:32:34,501 --> 00:32:38,821 Dunia penguin sedang menghadapi gelombang haba yang memecahkan rekod, 222 00:32:39,621 --> 00:32:42,541 sehingga 28 darjah Celsius melebihi paras normal. 223 00:32:49,501 --> 00:32:53,821 Jika ais laut cair sebelum kot kalis air anak penguin tumbuh, 224 00:32:56,101 --> 00:32:57,221 anak penguin akan lemas. 225 00:33:13,141 --> 00:33:16,701 Banyak koloni telah menghadapi kehilangan ais pramatang, 226 00:33:18,501 --> 00:33:21,821 menyebabkan kematian ribuan anak penguin. 227 00:33:28,701 --> 00:33:31,501 Untuk pakar ketahanan alam yang paling kuat ini, 228 00:33:32,021 --> 00:33:34,821 ini mungkin cabaran paling sukar. 229 00:33:38,301 --> 00:33:41,461 Saintis takut jika pemanasan berterusan, 230 00:33:41,981 --> 00:33:45,301 Lautan Selatan kita pada penghujung abad ini 231 00:33:45,981 --> 00:33:48,621 akan kehilangan penguin maharaja. 232 00:34:02,501 --> 00:34:05,021 Apabila arus terus mengalir, 233 00:34:05,541 --> 00:34:08,741 alirannya menjadi sempit melalui semenanjung Antartika, 234 00:34:09,501 --> 00:34:11,740 yang mana angin kencang dan arus deras 235 00:34:11,741 --> 00:34:14,541 menolak air dalam untuk naik ke permukaan. 236 00:34:19,901 --> 00:34:24,060 Air yang berasal dari Lautan Pasifik dan Atlantik, 237 00:34:24,061 --> 00:34:26,741 lebih hangat hari ini berbanding sebelumnya. 238 00:34:31,181 --> 00:34:34,500 Julang air bertindak sebagai pintu masuk rahsia, 239 00:34:34,501 --> 00:34:38,061 membolehkan kehangatan menyusup masuk ke dalam Arus Lilitan, 240 00:34:38,541 --> 00:34:40,421 lalu menambahkan lagi pencairan. 241 00:34:44,501 --> 00:34:46,580 Apabila pertahanan telah ditembusi, 242 00:34:46,581 --> 00:34:51,821 musim panas menjadi sangat ekstrem sehingga ais laut di sekitar semenanjung 243 00:34:53,821 --> 00:34:56,221 telah menjadi sangat kurang. 244 00:35:00,101 --> 00:35:03,141 Rekod kehilangan ais yang paling besar. 245 00:35:17,301 --> 00:35:19,340 Tanpa ais yang menawarkan makanan, 246 00:35:19,341 --> 00:35:22,301 kebanyakan kril telah meninggalkan perairan ini, 247 00:35:24,861 --> 00:35:27,861 bersama haiwan lain yang bergantung pada ais. 248 00:35:33,141 --> 00:35:39,021 Sebahagian daripada ais laut terakhir terlindung jauh ke dalam fiord, 249 00:35:40,061 --> 00:35:43,020 tempat harapan makhluk yang bergantung pada ais, 250 00:35:43,021 --> 00:35:45,421 yang takkan berundur tanpa berjuang. 251 00:35:49,461 --> 00:35:51,021 Anjing laut pemakan ketam. 252 00:35:54,341 --> 00:35:57,461 Jantan muda yang lasak ini memang garang. 253 00:35:59,661 --> 00:36:00,861 Tidak akan mengalah. 254 00:36:04,021 --> 00:36:06,181 Ada parut sebagai bukti. 255 00:36:08,981 --> 00:36:10,461 Lahir di atas ais laut, 256 00:36:10,941 --> 00:36:13,541 jantan muda ini tidak pernah berada di darat. 257 00:36:22,341 --> 00:36:23,461 Tapi kebelakangan ini, 258 00:36:24,421 --> 00:36:28,261 dunia sekeliling semakin tidak dikenali. 259 00:36:34,461 --> 00:36:39,221 Jantan muda jumpa salah satu kepingan ais terakhir yang boleh didarati. 260 00:36:41,541 --> 00:36:44,221 Spesies anjing laut lain juga turut serta. 261 00:36:46,701 --> 00:36:47,540 Weddell, 262 00:36:47,541 --> 00:36:49,541 yang juga mencari perlindungan. 263 00:36:52,821 --> 00:36:55,421 Teluk ini sangat sunyi. 264 00:37:22,701 --> 00:37:23,701 Orca. 265 00:37:26,981 --> 00:37:29,101 Paus pembunuh di Antartika. 266 00:37:33,821 --> 00:37:37,101 Tapi ini bukan paus pembunuh biasa. 267 00:37:39,781 --> 00:37:41,461 Paus ini memburu anjing laut 268 00:37:51,141 --> 00:37:53,781 dan semua jalan keluar telah dikepung. 269 00:37:58,861 --> 00:38:03,021 Bagi anjing laut, ais laut ini menjadi rakit keselamatan. 270 00:38:05,381 --> 00:38:07,460 Mujurlah, bucu ais yang tajam 271 00:38:07,461 --> 00:38:10,380 menghalang paus pembunuh yang berkulit nipis 272 00:38:10,381 --> 00:38:12,021 daripada terlalu dekat. 273 00:38:20,101 --> 00:38:24,061 Anjing laut selamat, selagi berada di atas rakit. 274 00:38:37,701 --> 00:38:41,381 Tapi kawanan ini takkan ke mana-mana. 275 00:38:49,421 --> 00:38:55,381 Paus bergabung tenaga untuk mencipta ombak haluan yang besar. 276 00:39:08,021 --> 00:39:10,581 Anjing laut pemakan ketam itu kembali, 277 00:39:11,821 --> 00:39:14,141 dengan Weddell menyusul di belakang. 278 00:39:20,901 --> 00:39:22,141 Tapi pemburu ombak 279 00:39:24,821 --> 00:39:26,421 baru bermula. 280 00:39:41,141 --> 00:39:44,861 Weddell yang bergerak perlahan dan lebih banyak lemak badan, 281 00:39:45,461 --> 00:39:47,261 menjadi sasaran lebih mudah. 282 00:39:48,421 --> 00:39:50,261 Tak seperti pemakan ketam, 283 00:39:51,661 --> 00:39:54,181 Weddell bukan pejuang semula jadi. 284 00:40:38,941 --> 00:40:41,181 Kematian yang cepat untuk Weddell. 285 00:41:03,341 --> 00:41:04,421 Tapi pemburuan itu 286 00:41:06,501 --> 00:41:08,181 masih belum berakhir. 287 00:41:20,741 --> 00:41:24,301 Paus pembunuh sedang bergelut untuk cari makanan yang cukup. 288 00:41:29,941 --> 00:41:31,421 Pemakan ketam garang ini, 289 00:41:34,421 --> 00:41:36,421 bukan mangsa pilihan pertama. 290 00:41:39,021 --> 00:41:40,941 Tapi tanpa ais laut yang banyak, 291 00:41:41,781 --> 00:41:43,861 paus memburu tiada pilihan. 292 00:41:45,981 --> 00:41:47,501 Semasa paus berkumpul, 293 00:41:48,501 --> 00:41:52,581 anjing laut ambil peluang untuk lari. 294 00:42:21,381 --> 00:42:27,461 Seketul ais, tersekat di antara dua lagi, melindungi daripada serangan. 295 00:42:43,501 --> 00:42:47,541 Tapi dalam persembahan kepintaran taktikal yang menakjubkan, 296 00:42:48,661 --> 00:42:51,701 paus pembunuh mula mengasingkan ais. 297 00:43:20,501 --> 00:43:23,781 Kepingan besar ini akan menamatkannya. 298 00:43:27,261 --> 00:43:29,621 Tapi pemburu masih belum selesai. 299 00:43:49,061 --> 00:43:52,501 Menggunakan siri ombak bawah permukaan, 300 00:43:57,301 --> 00:43:59,741 paus merosakkan kepingan yang tinggal. 301 00:44:21,541 --> 00:44:23,421 Sekarang paus datang dari bawah 302 00:44:25,661 --> 00:44:26,981 untuk terbalikkan ais. 303 00:44:55,261 --> 00:44:57,821 Tapi anjing laut ini masih ingin berjuang. 304 00:45:18,141 --> 00:45:20,821 Tapi tak kira betapa kuat anjing laut mencuba, 305 00:45:22,461 --> 00:45:24,261 anjing laut tak dapat lari. 306 00:45:34,741 --> 00:45:37,301 Sehingga tiada tempat untuk lari. 307 00:45:42,421 --> 00:45:45,781 Selepas empat jam serangan berterusan, 308 00:45:48,701 --> 00:45:50,341 anjing laut sangat penat. 309 00:46:22,701 --> 00:46:25,501 Tapi ombak semakin kecil. 310 00:46:31,661 --> 00:46:33,341 Serta kurang berkuasa. 311 00:46:39,421 --> 00:46:42,981 Paus pembunuh pun penat. 312 00:47:03,621 --> 00:47:04,621 Kau menang. 313 00:47:31,981 --> 00:47:36,061 Paus pembunuh berenang menuju ke arah masa depan yang tidak pasti. 314 00:47:39,901 --> 00:47:44,541 Cuma ada dalam 100 ekor pakar pemburu ombak ini di dunia. 315 00:47:45,661 --> 00:47:49,501 Apabila ais laut semakin lenyap, begitu juga dengan bakal mangsa. 316 00:47:52,101 --> 00:47:55,301 Jika kebolehan untuk memburu seperti ini hilang, 317 00:47:56,101 --> 00:47:57,581 paus ini juga akan pupus. 318 00:48:07,381 --> 00:48:11,341 Semua hidupan liar Antartika bergantung pada pembekuan laut. 319 00:48:14,581 --> 00:48:16,661 Walaupun jauh di bawah permukaan. 320 00:48:24,221 --> 00:48:26,900 Sebab setiap tahun, ketika cuaca sejuk, 321 00:48:26,901 --> 00:48:32,821 sejumlah 250 trilion tan air permukaan tenggelam ke dasar laut, 322 00:48:34,981 --> 00:48:37,101 membawa bersama arus deras. 323 00:48:50,661 --> 00:48:52,660 Pada kedalaman 900 meter, 324 00:48:52,661 --> 00:48:56,261 suasana gelap dan sejuk bergabung dengan tekanan tinggi, 325 00:48:57,301 --> 00:48:59,261 untuk perlahankan rentak hidupan. 326 00:49:04,501 --> 00:49:07,381 Di dasar Lautan Selatan ini, 327 00:49:12,141 --> 00:49:15,621 terdapat haiwan tertua di bumi. 328 00:49:21,141 --> 00:49:26,181 Span gunung berapi ini wujud sebelum piramid dibina. 329 00:49:27,901 --> 00:49:31,021 Ia boleh hidup selama 15,000 tahun. 330 00:49:36,341 --> 00:49:40,741 Lautan Selatan merupakan tempat lahir banyak makhluk laut dalam. 331 00:49:44,741 --> 00:49:48,981 Bergerak mengikut arus deras, ia tersebar dari Antartika. 332 00:49:52,861 --> 00:49:54,100 Supaya hari ini, 333 00:49:54,101 --> 00:49:57,581 makhluk yang pelik dan indah 334 00:50:02,781 --> 00:50:05,621 berada di dalam setiap lautan. 335 00:50:14,461 --> 00:50:17,940 Mendedahkan bahawa disebabkan arus, 336 00:50:17,941 --> 00:50:22,101 Lautan Selatan lebih terhubung daripada yang dibayangkan. 337 00:50:24,941 --> 00:50:27,141 Ia seperti jantung planet yang berdegup, 338 00:50:29,021 --> 00:50:34,301 mengepam air laut dalam yang sejuk untuk menggerakkan arus lautan global 339 00:50:43,941 --> 00:50:48,981 dalam perjalanan sejauh 120 ribu kilometer dari satu lautan ke lautan lain. 340 00:50:53,381 --> 00:50:56,181 Membentuk satu perairan yang saling berhubung 341 00:50:57,381 --> 00:51:01,381 iaitu satu-satunya lautan besar kita. 342 00:51:16,141 --> 00:51:19,061 Tapi oleh kerana arus menghubungkan setiap lautan, 343 00:51:20,181 --> 00:51:22,141 tindakan kita di mana-mana saja, 344 00:51:24,421 --> 00:51:27,901 boleh menjejaskan kehidupan di semua tempat. 345 00:51:35,621 --> 00:51:41,741 Serpihan sampah yang dibawa arus boleh berakhir di hujung dunia. 346 00:51:47,501 --> 00:51:49,340 Disebabkan tindakan kita, 347 00:51:49,341 --> 00:51:52,301 kini lautan kita mencatat rekod paling panas. 348 00:51:54,021 --> 00:51:57,620 Ketika arus menyebarkan haba ini ke seluruh dunia, 349 00:51:57,621 --> 00:51:59,181 populasi ikan bergerak, 350 00:52:03,141 --> 00:52:05,341 lalu menyukarkan perlindungan. 351 00:52:12,381 --> 00:52:14,261 Pencairan ais semakin pantas, 352 00:52:29,821 --> 00:52:34,221 yang boleh mengancam masa depan arus deras itu sendiri. 353 00:52:37,221 --> 00:52:38,261 Tanpa arus deras, 354 00:52:40,461 --> 00:52:43,221 cuaca akan menjadi lebih ekstrem. 355 00:52:52,861 --> 00:52:55,381 Jika kita tidak memastikan lautan sihat, 356 00:52:57,501 --> 00:53:00,101 ia mungkin tak dapat menyokong kita lagi. 357 00:53:08,101 --> 00:53:10,061 Namun, di Lautan Selatan, 358 00:53:11,301 --> 00:53:15,701 kita membuktikan yang kita boleh bertindak untuk sesuatu yang penting. 359 00:53:26,581 --> 00:53:29,901 Paus balin ini menjadi bukti. 360 00:53:36,661 --> 00:53:41,821 Kita pernah memburu spesies ini sehingga hanya tinggal 100 betina pembiak. 361 00:53:43,661 --> 00:53:48,301 Tapi pada saat terakhir, negara-negara di seluruh dunia bersatu, 362 00:53:50,981 --> 00:53:52,901 untuk melindungi paus besar ini. 363 00:54:04,701 --> 00:54:08,461 Paus balin ini telah melalui pemulihan yang luar biasa. 364 00:54:09,941 --> 00:54:12,940 Hari ini, ribuan paus balin berenang dari Antartika 365 00:54:12,941 --> 00:54:15,741 untuk membiak di sepanjang pantai selatan Australia. 366 00:54:22,861 --> 00:54:28,501 Ini membuktikan jika kita beri peluang, hidupan laut boleh bangkit semula. 367 00:54:38,781 --> 00:54:43,621 Jika kita boleh selamatkan satu spesies daripada ambang kepupusan, 368 00:54:46,581 --> 00:54:48,421 pasti kita boleh bekerjasama 369 00:54:50,341 --> 00:54:53,221 untuk memulihkan semula lautan kita. 370 00:55:02,181 --> 00:55:04,421 Semakin ramai yang bertindak. 371 00:55:10,021 --> 00:55:11,381 Membersihkan sampah. 372 00:55:15,141 --> 00:55:18,061 Komited untuk kurangkan pelepasan gas. 373 00:55:20,461 --> 00:55:22,061 Melindungi spesies 374 00:55:27,221 --> 00:55:28,221 dan habitat. 375 00:55:40,221 --> 00:55:41,780 Jika bertindak sekarang, 376 00:55:41,781 --> 00:55:48,661 kita masih ada kuasa untuk memulihkan lautan besar ini. 377 00:57:20,181 --> 00:57:22,501 Terjemahan sari kata oleh Bibi Ellyvine