1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:07,757 --> 00:00:12,971 Dalam fikiran pengguna, animasi kini dianggap sebagai satu genre. 3 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 4 00:00:13,638 --> 00:00:16,016 Tapi ia cuma sejenis bentuk seni 5 00:00:16,516 --> 00:00:18,852 dan antara semua seni animasi, 6 00:00:18,935 --> 00:00:21,563 seni yang terindah dan menakjubkan bagi saya 7 00:00:21,646 --> 00:00:22,814 ialah gerak henti 8 00:00:23,314 --> 00:00:26,401 disebabkan hubungan antara juruanimasi dengan boneka. 9 00:00:28,319 --> 00:00:30,989 Biasanya, filem menggambarkan realiti. 10 00:00:31,531 --> 00:00:35,577 Animasi menghasilkan realiti dan ia perlu mensimulasikannya. 11 00:00:35,660 --> 00:00:40,832 Kita menghidupkannya dan itu bentuk seni teragung. 12 00:00:42,876 --> 00:00:44,878 Filem kami ini unik 13 00:00:44,961 --> 00:00:48,465 kerana ia mengandungi estetik lakonan hidup Guillermo. 14 00:00:48,548 --> 00:00:51,092 Kecanggihan pembikinan filem 15 00:00:51,176 --> 00:00:53,720 yang digunakan pada unsur gerak seni 16 00:00:53,803 --> 00:00:56,097 yang pada asasnya, buatan tangan, 17 00:00:56,181 --> 00:00:59,434 membuahkan hasil yang sangat berkesan. 18 00:00:59,517 --> 00:01:02,020 Filem Pinocchio menyampaikan mesej yang tulus. 19 00:01:02,103 --> 00:01:05,440 Ia berkisar tentang jati diri, pengekalan sifat sebenar 20 00:01:05,523 --> 00:01:08,985 tanpa berubah hanya untuk diterima oleh orang lain. 21 00:01:10,862 --> 00:01:15,283 Ia juga mengisahkan tentang seorang bapa dan anak, 22 00:01:15,784 --> 00:01:20,080 dan cara mereka belajar untuk menyayangi keluarga seadanya. 23 00:01:20,163 --> 00:01:23,958 Pinocchio Guillermo sangat mengejutkan. 24 00:01:24,834 --> 00:01:30,173 Dia berjaya menyembunyikan perbincangan penting ini 25 00:01:30,256 --> 00:01:34,302 dalam filem keluarga yang menghiburkan. 26 00:01:35,720 --> 00:01:38,473 Dia sentiasa mengkaji erti sebenar kewujudan manusia 27 00:01:38,556 --> 00:01:40,934 dan penglibatan kita dalam masyarakat. 28 00:01:41,017 --> 00:01:44,896 Itu kepakarannya dan itulah inti pati Pinocchio. 29 00:01:45,480 --> 00:01:49,692 Ia menceritakan semula kisah klasik yang kita sebenarnya tak tahu. 30 00:01:54,280 --> 00:01:58,701 Saya tertarik kepada aspek orang asing dalam kisah Pinocchio. 31 00:01:58,785 --> 00:02:01,162 Saya faham unsur makhluk asing 32 00:02:01,246 --> 00:02:03,623 seperti Frankenstein atau Pinocchio, 33 00:02:03,706 --> 00:02:06,334 cabaran untuk memahami sendiri dunia ini, 34 00:02:06,960 --> 00:02:10,088 perkara yang kita tahu tak mencukupi 35 00:02:10,171 --> 00:02:13,258 dan kita mahu tahu sebab sesuatu itu betul atau salah 36 00:02:13,341 --> 00:02:16,010 apabila kita rasa sebaliknya. 37 00:02:17,011 --> 00:02:21,391 Sebagai bukan makhluk semula jadi, kewujudan Pinocchio rapuh 38 00:02:21,474 --> 00:02:24,519 dan orang sukar menganggapnya sebagai budak betul 39 00:02:24,602 --> 00:02:28,565 kerana rupanya bukan macam budak betul. 40 00:02:28,648 --> 00:02:30,108 Saya budak sebenar! 41 00:02:30,608 --> 00:02:31,943 Syaitan! 42 00:02:32,026 --> 00:02:33,319 Sihir! 43 00:02:33,403 --> 00:02:36,781 Pinocchio ini istimewa kerana ia versi Guillermo, 44 00:02:36,865 --> 00:02:40,243 jadi ia ada ciri-ciri filem Guillermo. 45 00:02:40,326 --> 00:02:44,038 Dia masukkan unsur makhluk 46 00:02:44,122 --> 00:02:47,625 yang Guillermo saja mampu serapkan ke dalam kisah Pinocchio. 47 00:02:47,709 --> 00:02:49,961 Tapi kisah ini juga terasa tulus 48 00:02:50,044 --> 00:02:52,797 dan mengandungi unsur yang menyentuh perasaan. 49 00:02:52,881 --> 00:02:54,591 Pinocchio! 50 00:02:56,176 --> 00:02:57,594 Kasih sayang memeritkan. 51 00:02:57,677 --> 00:03:00,555 Kami ambil masa 15 tahun untuk menghasilkan filem ini 52 00:03:00,638 --> 00:03:04,893 dan kami perlu kumpulkan orang seni gerak henti terbaik. 53 00:03:05,560 --> 00:03:08,146 Tolong tengok butang kecil ini. 54 00:03:08,730 --> 00:03:10,440 - Ya. - Cantiknya. 55 00:03:11,024 --> 00:03:12,233 Cantik, bukan? 56 00:03:12,317 --> 00:03:16,321 Kami hubungkan London, Portland dan Guadalajara. 57 00:03:17,238 --> 00:03:20,700 Saya sokong animasi Mexico sejak 1980-an, 58 00:03:20,783 --> 00:03:23,953 dan kami mahu ada hubungan dengan Mexico. 59 00:03:24,037 --> 00:03:27,790 Saya mahu juruanimasi Mexico buat animasi Pinocchio dan cengkerik itu. 60 00:03:27,874 --> 00:03:33,713 Watak utama kerana ia menunjukkan kehebatan bakat dan kepakaran teknikal 61 00:03:33,796 --> 00:03:36,341 studio Mexico dalam menangani animasi. 62 00:03:37,008 --> 00:03:39,844 Kami ada beberapa juruanimasi terbaik dunia 63 00:03:39,928 --> 00:03:42,263 bawah bimbingan syarikat Shadowmachine. 64 00:03:42,764 --> 00:03:47,602 Kami mulakan proses pembentukan kumpulan gerak henti 65 00:03:48,186 --> 00:03:51,064 yang mampu memenuhi visi Guillermo. 66 00:03:51,147 --> 00:03:54,317 Pengalaman meluas untuk projek kami sangat hebat. 67 00:03:54,400 --> 00:03:57,362 Ia amat mengujakan kerana 68 00:03:57,445 --> 00:04:00,990 kami dapat mencapai prestasi terbaik. 69 00:04:01,074 --> 00:04:04,369 Saya memang menunggu skrip yang setara 70 00:04:04,452 --> 00:04:06,162 dengan kerja impian saya 71 00:04:06,246 --> 00:04:08,039 dan ini antara pengalaman itu. 72 00:04:08,623 --> 00:04:11,751 Saya tertarik kepada filem ini 73 00:04:11,834 --> 00:04:15,713 kerana ia tak macam filem animasi lain 74 00:04:15,797 --> 00:04:17,006 yang kita pernah tonton. 75 00:04:17,715 --> 00:04:23,429 Nilai estetik Guillermo wujud dalam hampir setiap bingkai filem ini. 76 00:04:23,513 --> 00:04:29,018 Ada perbezaan penting pada gerak henti dalam bentuk seni dan digital. 77 00:04:29,102 --> 00:04:32,772 Kita dah lihat pergerakan berdasarkan gerak henti pada awal penghasilannya 78 00:04:32,855 --> 00:04:36,776 yang menggunakan kesan moiré dan kibasan bulu dan kain, 79 00:04:36,859 --> 00:04:39,570 malah debu udara di set filem 80 00:04:39,654 --> 00:04:42,949 dan ketidaksempurnaannya sangat indah 81 00:04:43,032 --> 00:04:45,618 kerana ia menunjukkan cara pembikinannya. 82 00:04:46,536 --> 00:04:49,789 Untuk filem ini, saya mahu memasukkan 83 00:04:49,872 --> 00:04:54,335 sifat bahan animasi buatan tangan 84 00:04:54,419 --> 00:05:00,049 kelihatan seperti diukir dan dicat menurut cara tradisional, 85 00:05:00,133 --> 00:05:02,343 tapi juga bergerak canggih 86 00:05:02,427 --> 00:05:07,223 dengan memanfaatkan hasil kajian alat dan pembuatan boneka. 87 00:05:09,434 --> 00:05:13,730 Sebagai penyelia pembikinan boneka, 88 00:05:13,813 --> 00:05:17,317 saya perlu pujuk pengarah seperti Guillermo 89 00:05:17,400 --> 00:05:20,695 agar yakin bahawa saya dapat mengendalikan imej filemnya. 90 00:05:20,778 --> 00:05:23,031 Selain itu, ada juga unsur praktikal 91 00:05:23,114 --> 00:05:25,783 yang melibatkan pengubahan objek itu 92 00:05:25,867 --> 00:05:28,786 kepada boneka yang boleh dihidupkan. 93 00:05:29,412 --> 00:05:32,790 Kami perlu buat banyak rancangan untuk pergerakannya, 94 00:05:32,874 --> 00:05:36,544 apa yang ia perlu buat dalam lingkungan jalan ceritanya. 95 00:05:36,627 --> 00:05:39,630 Apa yang perlu dipasang 96 00:05:39,714 --> 00:05:41,007 dan jumlah beratnya. 97 00:05:41,090 --> 00:05:43,176 Kami juga perlu mempertimbangkan aspek itu. 98 00:05:43,259 --> 00:05:46,220 Ia sukar diseimbangkan, terutamanya ketika ia melibatkan makhluk 99 00:05:46,304 --> 00:05:51,476 yang jauh lebih rumit berbanding watak manusia. 100 00:05:51,559 --> 00:05:55,521 Ada banyak unsur indah dan menakjubkan 101 00:05:55,605 --> 00:05:57,815 yang menjadikan setiap watak sukar dihasilkan, 102 00:05:57,899 --> 00:06:00,651 tapi kami perlu menggabungkannya dengan baik. 103 00:06:01,611 --> 00:06:05,406 Proses penyediaan boneka itu sangat lama. 104 00:06:05,490 --> 00:06:07,742 Kami mungkin ambil masa setahun 105 00:06:07,825 --> 00:06:09,827 untuk mendapatkan boneka lengkap 106 00:06:09,911 --> 00:06:12,747 yang memuaskan hati semua orang dan sesuai dipertontonkan 107 00:06:12,830 --> 00:06:14,332 serta boleh dianimasikan. 108 00:06:15,083 --> 00:06:18,169 Guillermo mahu watak ini digerakkan secara mekanikal 109 00:06:18,252 --> 00:06:19,754 dan bukan secara gantian. 110 00:06:19,837 --> 00:06:22,882 Kami ada kedua-dua jenis boneka untuk filem ini. 111 00:06:22,965 --> 00:06:28,304 Gantian menggunakan transplan untuk setiap bentuk mulut dan riak muka. 112 00:06:28,388 --> 00:06:32,016 Jadi, setiap bentuk mulutnya ialah topeng muka berasingan 113 00:06:32,100 --> 00:06:34,060 yang diletakkan pada muka boneka. 114 00:06:34,143 --> 00:06:37,688 Pinocchio menggunakan teknik gantian kerana dia budak kayu. 115 00:06:37,772 --> 00:06:41,234 Jadi, kami buat dia bergerak seperti dibuat daripada kayu. 116 00:06:41,317 --> 00:06:44,404 Saiz mukanya sama sepanjang masa. 117 00:06:44,487 --> 00:06:45,988 Pipinya tak kembung. 118 00:06:46,072 --> 00:06:49,992 Ira kayu pada wajahnya tak bergerak langsung. 119 00:06:50,076 --> 00:06:51,661 Ia terus terbuka. 120 00:06:51,744 --> 00:06:55,832 Saya gambarkan mulutnya seolah-olah terbuka apabila dipahat. 121 00:06:55,915 --> 00:06:59,627 Kita ketuk sekali dan baki tertinggal di belakangnya. 122 00:07:00,211 --> 00:07:02,130 Ketuk! Terbuka. 123 00:07:02,213 --> 00:07:05,299 Saya rasa ideanya sangat pintar semasa kami terfikir tentangnya. 124 00:07:05,383 --> 00:07:06,634 Saya sangat gembira. 125 00:07:07,677 --> 00:07:13,182 Sebenarnya, boneka itu amat sukar dihasilkan. 126 00:07:13,266 --> 00:07:16,894 Kami perlu cari teknik baru supaya kita nampak watak itu 127 00:07:17,395 --> 00:07:20,773 dalam bentuk kayu dengan sendi kayunya yang asas. 128 00:07:20,857 --> 00:07:23,776 Kami mahu ia sesuai dan tahan 129 00:07:23,860 --> 00:07:27,572 menurut keperluan filem ini. 130 00:07:28,072 --> 00:07:31,951 Pinocchio ialah boneka pertama 131 00:07:32,034 --> 00:07:34,745 yang dicetak dengan pencetak 3D. 132 00:07:34,829 --> 00:07:39,083 Tapi Volpe dan Geppetto boneka mekanikal. 133 00:07:39,167 --> 00:07:42,128 Animasi mekanikal melibatkan penggunaan kulit silikon 134 00:07:42,211 --> 00:07:47,467 yang membaluti mekanisme yang terperinci. 135 00:07:48,134 --> 00:07:51,345 Jadi, untuk setiap bingkai, juruanimasi menggerakkan 136 00:07:51,429 --> 00:07:55,016 setiap elemen dari luar melalui kulitnya. 137 00:07:55,099 --> 00:07:57,602 Kami dan kumpulan animasi ambil masa yang lama 138 00:07:57,685 --> 00:08:01,564 untuk membangunkan teknik bagi setiap watak. 139 00:08:01,647 --> 00:08:04,275 Teknik untuk Geppetto berkesan 140 00:08:04,358 --> 00:08:08,321 kerana dia ada misai dan janggut yang besar serta kening yang tebal. 141 00:08:08,404 --> 00:08:12,074 Semua elemen ini bersesuaian dengan wajah mekanikal. 142 00:08:12,617 --> 00:08:17,872 Tapi juruanimasi menghadapi kesukaran mula menghasilkan boneka Carlo pertama. 143 00:08:17,955 --> 00:08:19,957 Lagi kosong mukanya, 144 00:08:20,041 --> 00:08:23,252 lagi sukar untuk menghasilkan riak wajah. 145 00:08:23,336 --> 00:08:26,756 Jadi, juruanimasi bergantung pada kelopak mata bawah, 146 00:08:26,839 --> 00:08:29,550 kening dan bahasa gerak-geri. 147 00:08:29,634 --> 00:08:31,469 Terutamanya dengan Carlo, 148 00:08:31,552 --> 00:08:36,682 kami mahu buat banyak aksi yang tak diperlukan dalam animasi. 149 00:08:36,766 --> 00:08:39,477 Dia wakil semua itu 150 00:08:39,560 --> 00:08:43,272 kerana budak-budak memang suka buat aksi yang berlebih-lebihan. 151 00:08:44,524 --> 00:08:48,236 Salah satu gaya Guillermo adalah untuk memastikan 152 00:08:48,319 --> 00:08:50,988 animasi gerak henti ini nampak benar dan nyata 153 00:08:51,072 --> 00:08:54,367 dengan menganimasikan kesilapan. 154 00:08:54,909 --> 00:08:59,539 Dia tekankan faktor realistik pada persembahan watak 155 00:08:59,622 --> 00:09:02,959 seperti kesilapan yang manusia biasa buat. 156 00:09:03,042 --> 00:09:07,421 Kalau kita angkat pinggan, kita mungkin terlepas 157 00:09:07,505 --> 00:09:09,215 dan angkat sekali lagi. 158 00:09:09,924 --> 00:09:12,760 Dalam lakonan hidup, kita harap kesilapan berlaku 159 00:09:13,469 --> 00:09:16,681 atau kesilapan pengucapan skrip yang tak dijangka. 160 00:09:16,764 --> 00:09:21,185 Tapi perkara sebegini sukar dibuat dalam seni gerak henti 161 00:09:21,769 --> 00:09:26,190 kerana ia animasi, jadi kita perlu mensimulasikan kesilapan itu. 162 00:09:26,274 --> 00:09:27,191 Angkat kaki. 163 00:09:27,275 --> 00:09:30,111 Oleh sebab dia pengarah lakonan hidup, 164 00:09:30,194 --> 00:09:34,949 dia faham masa yang orang ambil untuk memahami 165 00:09:35,449 --> 00:09:37,577 wajah dan segala yang terpapar di skrin. 166 00:09:38,494 --> 00:09:43,499 Untuk filem ini, Guillermo memperlahankan rentaknya. 167 00:09:43,583 --> 00:09:46,669 Kita perlu sempat melihat Pinocchio berfikir. 168 00:09:46,752 --> 00:09:49,130 Saya kata, "Kalau watak sedang berfikir, 169 00:09:49,213 --> 00:09:52,258 saya nak lihat mata menyampaikan maklumat itu. 170 00:09:52,341 --> 00:09:55,011 Saya nak lihat perubahan yang tak ketara." 171 00:09:55,094 --> 00:09:59,307 Kalau kita animasikan perkara biasa, hasilnya luar biasa. 172 00:10:02,935 --> 00:10:06,397 Saya arah filem ini dengan Mark Gustafson yang bagi saya, 173 00:10:06,480 --> 00:10:09,609 pengarah dan juruanimasi terulung. 174 00:10:09,692 --> 00:10:12,862 Bekerja dengan Guillermo ialah pengalaman hebat 175 00:10:12,945 --> 00:10:16,157 kerana dia antara karyawan terhebat masa kini. 176 00:10:16,240 --> 00:10:20,202 Jadi, kami perlu pertingkatkan prestasi kami. 177 00:10:20,286 --> 00:10:24,415 Guillermo hebat kerana dia percayakan juruanimasi 178 00:10:24,498 --> 00:10:26,584 seperti dia percayakan pelakonnya. 179 00:10:27,084 --> 00:10:29,545 Dalam filem lakonan hidup, 180 00:10:29,629 --> 00:10:32,965 setiap rakaman dikuasai oleh pelakon. 181 00:10:33,049 --> 00:10:36,052 Jadi, kami ada hubungan serupa dengan juruanimasi 182 00:10:36,135 --> 00:10:40,139 dan beri mereka hak untuk berfikir melalui boneka 183 00:10:40,723 --> 00:10:44,644 bukan untuk melakukan aksi dan pantomim, 184 00:10:45,144 --> 00:10:47,188 tapi untuk berlakon. 185 00:10:47,271 --> 00:10:50,566 Juruanimasi ialah pelakon kami. 186 00:10:51,317 --> 00:10:54,362 Animasi ialah proses yang terperinci 187 00:10:54,445 --> 00:10:57,865 dan kami mahu juruanimasi menguasai persembahan mereka. 188 00:10:57,948 --> 00:11:00,159 Antara prinsip asas 189 00:11:00,242 --> 00:11:03,120 yang saya dan Guillermo cadangkan semasa memulakan projek ini 190 00:11:03,204 --> 00:11:05,456 adalah untuk menyerahkan aspek persembahan 191 00:11:05,539 --> 00:11:08,376 kepada juruanimasi sebanyak mungkin. 192 00:11:08,959 --> 00:11:13,422 Antara proses yang terlibat ialah LAV, atau rakaman video lakonan hidup. 193 00:11:13,506 --> 00:11:19,762 Jangan bohong, jika tidak, hidung akan memanjang. 194 00:11:19,845 --> 00:11:22,473 Selalunya, sebelum kami memulakan syot, 195 00:11:22,556 --> 00:11:24,141 kami akan kaji 196 00:11:24,225 --> 00:11:26,435 bentuk syot ini, 197 00:11:26,519 --> 00:11:29,271 serta jenis gerakan dan kelajuannya. 198 00:11:29,355 --> 00:11:32,400 Cara terbaik dan tercepat adalah dengan merakamkan diri sendiri. 199 00:11:32,900 --> 00:11:34,568 Jadi, juruanimasi bawa 200 00:11:34,652 --> 00:11:37,738 video diri mereka melakukan aksi itu. 201 00:11:38,322 --> 00:11:39,949 Guillermo amat menyukainya. 202 00:11:40,032 --> 00:11:43,619 Setiap kali melihatnya, dia akan senyum sambil berkata, "Ya!" 203 00:11:43,703 --> 00:11:45,162 "Macam itu! Hebat!" 204 00:11:46,789 --> 00:11:48,082 Spazzatura. 205 00:11:49,834 --> 00:11:52,920 Gris Grimley reka Pinocchio. 206 00:11:53,003 --> 00:11:58,759 Pada saya, ia Pinocchio terbaik kerana ia ringkas dan sangat cantik. 207 00:11:58,843 --> 00:12:00,803 Semasa mula melakar Pinocchio, 208 00:12:00,886 --> 00:12:03,597 saya nak dia nampak kurus dan kekok 209 00:12:04,181 --> 00:12:06,600 seperti boneka tanpa tali. 210 00:12:06,684 --> 00:12:11,021 Rekaan watak Pinocchio ialah rekaan pertama yang kami buat. 211 00:12:11,105 --> 00:12:14,483 Guillermo cadangkan yang dia seolah-olah Frankenstein 212 00:12:14,567 --> 00:12:16,986 yang belum siap sepenuhnya. 213 00:12:19,196 --> 00:12:21,115 Kami jadikan dia tak simetri 214 00:12:21,198 --> 00:12:23,784 kerana Geppetto ukir dia semasa mabuk. 215 00:12:24,285 --> 00:12:27,997 Kami cadangkan yang pada mulanya, dia ukir telinga dan rambut 216 00:12:28,539 --> 00:12:32,168 dengan teliti, tapi kemudiannya, dia fikir, "Lantaklah." 217 00:12:32,251 --> 00:12:34,462 dan cepat-cepat siapkannya. 218 00:12:37,923 --> 00:12:41,719 Rekaan Geppettolah yang paling menyeluruh. 219 00:12:41,802 --> 00:12:43,846 Bajunya berlapis-lapis. 220 00:12:44,430 --> 00:12:48,100 Kami pastikan yang pakaiannya selekeh. 221 00:12:48,184 --> 00:12:52,354 Yalah, dia bukannya mampu beli banyak pasang seluar. 222 00:12:53,230 --> 00:12:54,398 Anakku. 223 00:12:54,482 --> 00:12:57,943 Kami perlu buat dia nampak menjengkelkan. 224 00:12:58,027 --> 00:13:02,031 Dia minum arak dan cepat naik angin. 225 00:13:02,114 --> 00:13:04,700 Dia tak memahami Pinocchio. 226 00:13:04,784 --> 00:13:06,994 Dia ambil masa sebelum dia sedar 227 00:13:07,077 --> 00:13:10,915 bahawa kasih sayangnya terhadap budak itu lebih penting 228 00:13:10,998 --> 00:13:14,335 daripada menurut kehendak masyarakat. 229 00:13:14,418 --> 00:13:17,171 Kalau dah mati pun dia masih berguna bagi aku. 230 00:13:17,254 --> 00:13:21,550 Kurang ajar! Hormatlah sikit. 231 00:13:22,051 --> 00:13:24,553 Watak jahat asal dalam kisah ini 232 00:13:24,637 --> 00:13:26,263 bernama Mangiafuoco. 233 00:13:26,347 --> 00:13:28,682 Dia besar 234 00:13:28,766 --> 00:13:31,519 dan saya rasa tak selesa dengannya dan tak menyukainya. 235 00:13:31,602 --> 00:13:33,437 Watak itu terlalu biasa. 236 00:13:33,521 --> 00:13:36,398 Guillermo hubungi orang yang sedang bekerja pada masa itu, 237 00:13:36,482 --> 00:13:38,400 dia pandang kami dan kata, "Hei. 238 00:13:38,484 --> 00:13:42,196 Watak jahat kita teruk dan saya nak mengubahnya." 239 00:13:42,780 --> 00:13:46,200 Saya pun kata, "Saya rasa watak ini sesuai. 240 00:13:46,283 --> 00:13:49,286 Boleh kita jadikannya watak jahat utama?" 241 00:13:49,370 --> 00:13:53,457 Saya rasa, "Okey, baiklah. Kami dah bina watak itu." 242 00:13:53,541 --> 00:13:55,334 Jadi, apa kita patut buat? 243 00:13:55,417 --> 00:13:57,545 Apa jawapan awak kepada soalannya? 244 00:13:57,628 --> 00:14:00,840 Dia dah nampak dan tak boleh lupa tentangnya, 245 00:14:00,923 --> 00:14:03,467 jadi kami terpaksa memikirkan caranya. 246 00:14:03,551 --> 00:14:07,513 Banyak masa telah dihabiskan untuk mereka Mangiafuoco 247 00:14:07,596 --> 00:14:11,016 dengan janggut yang besar dan akhirnya, 248 00:14:11,100 --> 00:14:14,645 kami guna dia sebagai watak latar di sarkas. 249 00:14:16,230 --> 00:14:19,692 Pergi! Ini bukan persembahan! 250 00:14:19,775 --> 00:14:21,318 Tapi ia menghiburkan! 251 00:14:21,402 --> 00:14:26,490 Volpe ialah watak yang keterlaluan. 252 00:14:26,574 --> 00:14:28,951 Ia menyeronokkan kerana ia jahat macam syaitan. 253 00:14:29,493 --> 00:14:30,703 Dia tak ikhlas. 254 00:14:30,786 --> 00:14:32,454 Dia pentingkan dirinya. 255 00:14:32,538 --> 00:14:34,748 Satu lagi perkara yang perlu diuruskan. 256 00:14:37,126 --> 00:14:39,003 Semasa mencari idea untuk cengkerik itu, 257 00:14:39,086 --> 00:14:42,756 saya bayangkan cengkerik yang telah banyak mengembara 258 00:14:42,840 --> 00:14:45,426 dan tinggal dengan pemahat dan peguam, 259 00:14:46,010 --> 00:14:47,803 dan saya terfikir nama 260 00:14:47,887 --> 00:14:50,848 Sebastian J. Cricket. 261 00:14:50,931 --> 00:14:54,018 Bunyinya sofistikated. 262 00:14:54,101 --> 00:14:57,438 Watak Cricket dikawal oleh Guillermo. 263 00:14:57,521 --> 00:15:01,108 Dia buat watak ini agak angkuh, 264 00:15:01,191 --> 00:15:04,028 tapi menyenangkan dan buat kita mahu ambil tahu tentangnya. 265 00:15:04,612 --> 00:15:08,407 Animasi untuk cengkerik itu nampak ringkas, 266 00:15:08,490 --> 00:15:12,494 tapi itu bermakna kami perlu bijak menanganinya. 267 00:15:12,578 --> 00:15:14,330 Dia selalu guna tangan 268 00:15:14,955 --> 00:15:16,290 semasa bercakap untuk… 269 00:15:16,373 --> 00:15:18,042 Dia menyokong kebenaran. 270 00:15:18,125 --> 00:15:21,420 Jadi, dia guna tangan apabila meminta penjelasan, 271 00:15:21,503 --> 00:15:24,548 menuduh orang atau memberi isyarat. 272 00:15:24,632 --> 00:15:27,384 Wataknya guna seluruh badan sebagai wajah. 273 00:15:27,468 --> 00:15:29,178 Saya bukan pengasuh, puan. 274 00:15:29,261 --> 00:15:31,555 Ia memerlukan rekaan makhluk 275 00:15:31,639 --> 00:15:33,682 yang benar-benar pelik, 276 00:15:33,766 --> 00:15:36,769 dan itulah kepakaran sebenar Guillermo. 277 00:15:49,823 --> 00:15:53,535 Ikan yu, Dewa Maut, Dewi Kayu, 278 00:15:54,036 --> 00:15:56,163 cengkerik dan arnab itu 279 00:15:56,246 --> 00:15:59,458 semuanya ada kulit berwarna biru yang luar biasa 280 00:15:59,541 --> 00:16:01,335 kerana mereka semua berkait. 281 00:16:01,418 --> 00:16:05,089 Arnab bawa mayat ke alam kubur. 282 00:16:05,172 --> 00:16:08,717 Mereka pembantu Dewa Maut yang bersaudara dengan kehidupan, 283 00:16:08,801 --> 00:16:10,052 yang juga Dewi Kayu. 284 00:16:10,552 --> 00:16:12,596 Lukisan konsepnya tak kemas dan tak digayakan. 285 00:16:12,680 --> 00:16:15,933 Rupa wataknya tak sempurna. 286 00:16:16,016 --> 00:16:18,060 Mereka ada kekotoran bawah kuku, 287 00:16:18,143 --> 00:16:19,895 ada noda pada muka. 288 00:16:19,979 --> 00:16:23,232 Dia mahu setiap watak seolah-olah ada kehidupan sendiri 289 00:16:23,315 --> 00:16:24,400 sebelum filem ini. 290 00:16:24,483 --> 00:16:26,652 Kami reka watak, 291 00:16:26,735 --> 00:16:30,739 buat busana cantik untuk Geppetto 292 00:16:30,823 --> 00:16:32,825 atau mana-mana watak lain, 293 00:16:32,908 --> 00:16:34,618 tiba-tiba kami dapat mesej. 294 00:16:34,702 --> 00:16:36,245 Guillermo dah melihatnya. 295 00:16:36,829 --> 00:16:38,497 Wataknya perlu nampak kotor. 296 00:16:38,580 --> 00:16:40,290 Kita bina boneka yang indah, 297 00:16:40,374 --> 00:16:43,210 tapi ia seperti baru keluar dari kedai. 298 00:16:43,293 --> 00:16:47,172 Ia tak sesuai dengan watak dalam kisah itu. 299 00:16:47,256 --> 00:16:50,259 Kita tak perlu percaya yang ia manusia betul. 300 00:16:50,342 --> 00:16:52,636 Kita perlu percaya watak itu 301 00:16:52,720 --> 00:16:57,349 dan kami mahu gabungkan bentuk dan watak itu. 302 00:16:57,433 --> 00:16:58,976 Kami nak menyatukannya. 303 00:16:59,059 --> 00:17:03,772 Volpe dengan rambut yang menyerupai sayap yang seperti tanduk di kepala. 304 00:17:03,856 --> 00:17:06,650 Pinocchio nampak polos kerana binaannya ringkas. 305 00:17:06,734 --> 00:17:11,363 Geppetto jujur dan sopan macam orang dulu-dulu. 306 00:17:11,447 --> 00:17:15,492 Kami mahu rekaan yang turut menceritakan kisah ini. 307 00:17:17,202 --> 00:17:22,708 Gesekan Usia Mudaku oleh Sebastian J. Cricket. 308 00:17:24,168 --> 00:17:25,919 Dari segi skala, 309 00:17:26,003 --> 00:17:30,132 kami gunakan boneka yang berbeza untuk keperluan berbeza. 310 00:17:30,215 --> 00:17:35,971 Ini versi Pinocchio yang berinteraksi dengan cengkerik yang sekecil ini. 311 00:17:36,472 --> 00:17:37,931 Sebastian J. Cricket. 312 00:17:38,432 --> 00:17:42,811 Untuk memastikan saiznya kena dalam beberapa syot, 313 00:17:42,895 --> 00:17:46,440 kami perlukan cengkerik dan bahu Pinocchio, 314 00:17:46,523 --> 00:17:48,567 untuk babak dia berbisik ke telinga Pinocchio. 315 00:17:48,650 --> 00:17:50,861 Jadi, kami guna Pinocchio besar ini. 316 00:17:50,944 --> 00:17:54,990 Dalam syot-syot lain, kami guna Pinocchio kecil. 317 00:17:55,574 --> 00:17:56,909 Kami juga ada ini, 318 00:17:57,534 --> 00:17:58,827 cengkerik kecil 319 00:17:59,536 --> 00:18:00,579 untuk syot lain, 320 00:18:01,163 --> 00:18:02,748 terutamanya apabila dia dihempap. 321 00:18:04,625 --> 00:18:06,043 Kesakitannya. 322 00:18:06,126 --> 00:18:08,962 Kita boleh bina boneka kecil 323 00:18:09,046 --> 00:18:11,924 dan masih boleh mengawalnya dari sudut animasi. 324 00:18:12,508 --> 00:18:16,762 Jadi, kami bina Pinocchio sekecil mungkin dan masih 325 00:18:16,845 --> 00:18:18,764 dapat mengawalnya dengan baik. 326 00:18:18,847 --> 00:18:22,601 Skala watak lain dibina berdasarkan watak itu. 327 00:18:22,684 --> 00:18:24,686 Set juga dibina berdasarkannya. 328 00:18:28,607 --> 00:18:30,275 Semuanya perlu dibina. 329 00:18:30,359 --> 00:18:33,403 Itulah keindahan dan masalah animasi gerak henti. 330 00:18:33,487 --> 00:18:37,324 Kita boleh buat segalanya menurut kemahuan kita. 331 00:18:37,407 --> 00:18:38,700 Ia mengujakan 332 00:18:38,784 --> 00:18:40,577 kerana kita boleh bina dunia 333 00:18:40,661 --> 00:18:43,831 yang sama atau berbeza daripada dunia lain. 334 00:18:43,914 --> 00:18:46,875 Itu sesuatu yang amat berkesan. 335 00:18:46,959 --> 00:18:49,169 Ia membantu kita bercerita. 336 00:18:49,753 --> 00:18:54,007 Kami tonton banyak filem Guillermo dan kesan beberapa perkara. 337 00:18:54,883 --> 00:18:57,344 Warna, tekstur, 338 00:18:57,427 --> 00:19:00,889 bentuk tingkap dan suasananya. 339 00:19:01,640 --> 00:19:05,811 Kita boleh tahu serta-merta yang ia filem Guillermo 340 00:19:05,894 --> 00:19:07,646 dan kami mahu meneruskan aspek ini. 341 00:19:08,230 --> 00:19:10,440 Set itu mengingatkan kita 342 00:19:10,524 --> 00:19:14,444 kepada keindahan pekan-pekan kecil di Itali 343 00:19:14,528 --> 00:19:16,321 dan saya tahu tempat yang seperti itu. 344 00:19:16,405 --> 00:19:18,574 Kami buat banyak kajian. 345 00:19:18,657 --> 00:19:22,536 Gambar, poster, kami salin tipografi 346 00:19:22,619 --> 00:19:24,872 kerana saya nak dunia itu rasa nyata. 347 00:19:24,955 --> 00:19:27,332 Semua bangunan di pekan itu 348 00:19:27,416 --> 00:19:29,501 ada kesan asal usulnya 349 00:19:29,585 --> 00:19:32,588 seperti peninggalan zaman pertengahan dan selain itu, 350 00:19:32,671 --> 00:19:34,590 kita ada ukiran abad ke-18. 351 00:19:34,673 --> 00:19:40,637 Kita juga ada mural yang merupakan fresko daripada 1500-an atau 1400-an. 352 00:19:41,305 --> 00:19:43,015 Ia terasa berlapis-lapis. 353 00:19:43,098 --> 00:19:46,518 Apabila kita menterjemahkan skrip kepada papan cerita, 354 00:19:46,602 --> 00:19:49,646 keputusan itu akan menentukan kehebatan visinya 355 00:19:49,730 --> 00:19:52,691 dan kita boleh buat pilihan seperti lokasi kamera, 356 00:19:52,774 --> 00:19:54,318 pergerakannya dan lain-lain. 357 00:19:55,027 --> 00:19:57,654 Antara cabaran unik yang kami hadapi 358 00:19:57,738 --> 00:19:59,948 ialah kesukaran untuk juruanimasi 359 00:20:00,032 --> 00:20:01,867 mencapai boneka untuk menganimasikannya. 360 00:20:01,950 --> 00:20:04,453 Jadi, kami perlu reka set 361 00:20:04,536 --> 00:20:07,998 yang boleh dipisahkan menurut banyak cara. 362 00:20:08,081 --> 00:20:11,585 Kami bekerjasama beramai-ramai 363 00:20:11,668 --> 00:20:13,545 untuk membincangkan rupanya. 364 00:20:14,254 --> 00:20:15,631 Filem ini ada rupa tertentu, 365 00:20:15,714 --> 00:20:19,676 dan animasi ini perlu disesuaikan dengan filem ini. 366 00:20:20,677 --> 00:20:23,513 Sejak peringkat awal, kami perlu tahu nilai estetiknya 367 00:20:23,597 --> 00:20:25,224 secara tepat. 368 00:20:25,307 --> 00:20:27,976 Ia dibuat berdasarkan sesuatu yang biasa. 369 00:20:28,060 --> 00:20:30,312 Kami ada kon pain dalam filem itu. 370 00:20:30,395 --> 00:20:32,940 Ia objek kecil comel 371 00:20:33,023 --> 00:20:36,860 dan kami mengkajinya berbulan-bulan. 372 00:20:36,944 --> 00:20:39,863 Kemudian, kami lihat benda lain dan mengaitkannya 373 00:20:39,947 --> 00:20:42,824 dengan penghasilan kon pain itu. Kami suka rupanya. 374 00:20:42,908 --> 00:20:46,578 Kalau anda tahu corak garisan kon pain, 375 00:20:46,662 --> 00:20:48,789 anda akan mula faham bahasa garisan, 376 00:20:48,872 --> 00:20:52,584 tahap perincian dan realisme 377 00:20:52,668 --> 00:20:54,670 yang kami cuba masukkan dalam filem ini. 378 00:20:54,753 --> 00:20:57,547 Kita akan dapat rasa suasana dunia ini. 379 00:20:58,257 --> 00:21:03,053 Boneka Dewa Maut ada banyak ruang untuk kami cuba. 380 00:21:03,136 --> 00:21:06,848 Kerana pada asalnya, dia ada ekor ular. 381 00:21:06,932 --> 00:21:09,059 Kemudian, awak dan Toby 382 00:21:09,142 --> 00:21:14,523 nampak tekstur sisik kon pain dan beri cadangan bijak. 383 00:21:14,606 --> 00:21:18,694 Ia cara hebat untuk mengaitkan kon pain dengan Kematian yang digambarkan 384 00:21:18,777 --> 00:21:19,945 oleh semua makhluk hidup. 385 00:21:21,280 --> 00:21:23,198 Ini seluar untuk Spazzatura. 386 00:21:23,282 --> 00:21:25,117 Garisan pada seluar ini… 387 00:21:25,200 --> 00:21:27,744 - Dibuat dengan tangan. - Buatan tangan. 388 00:21:27,828 --> 00:21:31,331 Tapi saya tak mahu ia ketara. 389 00:21:31,415 --> 00:21:33,333 Saya mahu ia nampak benar, 390 00:21:33,417 --> 00:21:36,211 tapi ia juga menggambarkan benda-benda lain 391 00:21:36,295 --> 00:21:38,547 dan idea yang ia tak sempurna. 392 00:21:39,047 --> 00:21:40,841 Ia ada sifat tersendiri. 393 00:21:40,924 --> 00:21:43,885 Kami lihat contoh yang dihantar oleh Mackinnon & Saunders. 394 00:21:43,969 --> 00:21:47,264 Mereka beri papan contoh dan ada sembilan contoh. 395 00:21:47,347 --> 00:21:49,933 Kami melihat dan semua kata, "Yang itu." 396 00:21:50,017 --> 00:21:52,227 Kami ketawa kerana kami sependapat. 397 00:21:52,311 --> 00:21:54,104 Kami rasa, "Bagus. Itulah yang sesuai." 398 00:21:54,187 --> 00:21:56,648 Seterusnya, kami perlu jawab soalan kenapa? 399 00:21:56,732 --> 00:21:58,567 Kerana kalau ada jawapannya, 400 00:21:58,650 --> 00:22:01,445 mungkin peraturan itu boleh memaklumkan perkara lain. 401 00:22:01,528 --> 00:22:03,739 Ada peraturannya. 402 00:22:03,822 --> 00:22:05,699 Kami perlu cari bahasa paling sesuai, 403 00:22:05,782 --> 00:22:08,577 macam kartunkah, macam benarkah? 404 00:22:08,660 --> 00:22:11,538 Rasanya kami berjaya jumpa kesesuaian yang tepat. 405 00:22:12,122 --> 00:22:14,750 Unsur ajaib seperti Pinocchio 406 00:22:15,292 --> 00:22:19,755 bermakna kami perlukan dunia lebih nyata di sekelilingnya. 407 00:22:19,838 --> 00:22:22,382 Jika semuanya ajaib, keajaiban hilang. 408 00:22:22,466 --> 00:22:26,219 Kami perlu jadikan dunianya nyata. Saiz perlu tepat. 409 00:22:26,303 --> 00:22:28,180 Hukum fiziknya perlu tepat. 410 00:22:28,263 --> 00:22:32,434 Ia menjadi asas untuk kisah sedih dan jalan cerita Pinocchio. 411 00:22:32,517 --> 00:22:34,603 Guillermo peka terhadap aspek itu. 412 00:22:34,686 --> 00:22:39,316 Dia akan perasan jika sesuatu tak sesuai dengan dunia itu. 413 00:22:39,900 --> 00:22:42,444 Ini sama dengan mereka 414 00:22:42,527 --> 00:22:46,823 dan menghias set filem lakonan hidup saiz biasa. 415 00:22:47,324 --> 00:22:49,993 Itulah keindahan animasi gerak henti. 416 00:22:50,077 --> 00:22:52,662 Hiasan dan rekaan set, hiasan, 417 00:22:52,746 --> 00:22:56,291 sinematografi, semuanya macam filem lakonan hidup. 418 00:22:56,375 --> 00:22:59,419 Guillermo risau jika semuanya tak rasa atau nampak benar. 419 00:22:59,503 --> 00:23:03,465 Jadi, kami merujuk kepada imej lama yang kami jumpa. 420 00:23:03,548 --> 00:23:05,133 Contohnya, kawasan dalam rumah ini. 421 00:23:05,217 --> 00:23:09,262 Kami bayangkan yang sumber tenaga utama ialah arang batu 422 00:23:09,346 --> 00:23:13,141 dan kayu, jadi kami kotorkan dindingnya dengan arang batu. 423 00:23:13,225 --> 00:23:16,686 Jadi, ia tak boleh dibuat berdasarkan rekaan, 424 00:23:16,770 --> 00:23:19,022 tapi berdasarkan realiti. 425 00:23:19,773 --> 00:23:23,193 Semasa salah satu lawatan awalnya, dia lihat set gereja 426 00:23:23,276 --> 00:23:26,947 yang kami baru saja siapkan sebelum dia tiba 427 00:23:27,030 --> 00:23:29,908 dan dia kata, "Kita patut buat ia nampak jauh lebih tua." 428 00:23:29,991 --> 00:23:35,122 Kami guna hakikat yang gereja ambil masa yang amat lama 429 00:23:35,205 --> 00:23:36,456 untuk disempurnakan. 430 00:23:36,540 --> 00:23:41,378 Jadi, kerja kayu tak perlu sebanyak fresko di dinding, 431 00:23:41,461 --> 00:23:46,258 atau tingkap kaca berwarnanya tak kena dengan dekad atau abadnya 432 00:23:46,341 --> 00:23:49,469 dan ukiran patung Christ ambil masa. 433 00:23:49,553 --> 00:23:52,180 Ia perlu serupa dengan hasil kerja 434 00:23:52,264 --> 00:23:55,517 benda-benda lain di rumah Geppetto. 435 00:23:55,600 --> 00:23:59,396 Kita perlu rasa ukiran kayu dan bentuknya 436 00:23:59,896 --> 00:24:04,067 ada persamaan dengan Pinocchio yang juga diukir dengan kayu, 437 00:24:04,151 --> 00:24:07,028 maka, Pinocchio sukar faham 438 00:24:07,112 --> 00:24:09,448 sebab penduduk pekan membencinya 439 00:24:09,531 --> 00:24:12,409 jika dia dibuat daripada kayu, tapi mereka sayang Christ 440 00:24:12,492 --> 00:24:14,369 yang dia fikir juga dibuat daripada kayu. 441 00:24:14,453 --> 00:24:17,164 Jadi, babak itu hanya boleh dibuat di gereja. 442 00:24:28,633 --> 00:24:31,094 Untuk filem ini, saya cuma risau 443 00:24:31,178 --> 00:24:34,306 kalau tak cukup peralatan kawalan gerak 444 00:24:34,389 --> 00:24:39,686 untuk semua pergerakan kamera yang Guillermo mahukan untuk filem ini. 445 00:24:39,769 --> 00:24:43,482 Kerana kamera sentiasa bergerak dalam beberapa filem terakhir Guillermo. 446 00:24:43,565 --> 00:24:46,735 Kami perlukan pentas dan watak bergerak yang dirakam 447 00:24:46,818 --> 00:24:50,113 seperti pelakon yang berlakon di set. 448 00:24:50,197 --> 00:24:53,158 Kadangkala, kami banyak gerakkan kamera. 449 00:24:53,241 --> 00:24:56,703 Contohnya, satu syot ambil masa tiga bulan. 450 00:24:57,287 --> 00:25:00,582 Syot Spazzatura pulang ke karnival 451 00:25:00,665 --> 00:25:03,335 yang menunjukkan dia berlari ke bawah dan diikuti kamera, 452 00:25:03,418 --> 00:25:05,629 melalui kawasan karnival 453 00:25:05,712 --> 00:25:07,839 dan akhirnya tiba di gerabak Volpe. 454 00:25:09,007 --> 00:25:11,009 Syot sebegitu mengandungi banyak maklumat 455 00:25:11,092 --> 00:25:14,554 kerana kita dapat lihat cara Spazzatura bergerak. 456 00:25:14,638 --> 00:25:17,098 Ia menceritakan tentang wataknya. 457 00:25:17,182 --> 00:25:20,685 Juga tentang persekitaran asalnya, 458 00:25:20,769 --> 00:25:22,312 tentang sarkas itu 459 00:25:22,395 --> 00:25:25,440 dan kita juga dapat bertemu watak-watak lain 460 00:25:25,524 --> 00:25:28,693 yang berada di latar semasa ia lalu di kawasan itu. 461 00:25:29,277 --> 00:25:32,948 Kebanyakan filem Guillermo bersifat realiti hiper. 462 00:25:33,031 --> 00:25:35,075 Jadi, kami guna cahaya 463 00:25:35,158 --> 00:25:38,954 untuk menonjolkan sudut emosi babak itu, 464 00:25:39,037 --> 00:25:43,375 jadi awan yang bergerak banyak membantu menceritakan kisahnya. 465 00:25:43,458 --> 00:25:47,629 Seperti ketika Geppetto tebang pokok itu. 466 00:25:47,712 --> 00:25:51,758 Ia membantu menggambarkan jiwa Geppetto yang terseksa, 467 00:25:51,841 --> 00:25:54,135 jadi kami boleh tingkatkan sudut dramanya. 468 00:25:55,220 --> 00:25:58,181 Salah satu perkara baru yang kami buat 469 00:25:58,723 --> 00:26:04,104 adalah ketika Volpe bakar Pinocchio. 470 00:26:04,187 --> 00:26:08,692 Kami dapat obor yang dicahayakan dengan LED, 471 00:26:08,775 --> 00:26:12,487 jadi apabila Volde ayunkan obor itu, 472 00:26:12,571 --> 00:26:15,532 kami dapat asingkan kesan untuk cahaya 473 00:26:15,615 --> 00:26:17,409 dan tingkatkan pendedahannya. 474 00:26:18,368 --> 00:26:19,786 Bagi aku obor itu, Spazzatura. 475 00:26:20,370 --> 00:26:22,872 Selalunya, kami terpaksa palsukannya 476 00:26:22,956 --> 00:26:24,541 dengan cahaya atau pentas bergerak, 477 00:26:24,624 --> 00:26:29,004 jadi ini peluang untuk kami kawal proses pasca sepenuhnya. 478 00:26:29,087 --> 00:26:31,047 Kami boleh asingkan cahaya bulan 479 00:26:31,131 --> 00:26:36,094 dan letakkan semua cahaya obor dan api pada suntingan berasingan. 480 00:26:36,177 --> 00:26:38,513 Kamu akan terbakar. Marak menyala! 481 00:26:39,222 --> 00:26:40,849 Macam bintang! 482 00:26:42,892 --> 00:26:44,060 Tolong! 483 00:26:44,144 --> 00:26:47,897 Saya kagum melihat cara rekaan watak dan para pelakon 484 00:26:47,981 --> 00:26:49,399 saling memahamkan, 485 00:26:49,482 --> 00:26:52,652 kemudian, juruanimasi juga lakukan perkara serupa. 486 00:26:52,736 --> 00:26:55,322 Apabila juruanimasi dapat boneka itu, 487 00:26:55,405 --> 00:26:57,657 suara pelakon dah ada. 488 00:26:58,241 --> 00:27:00,785 Saya suka Pinocchio 489 00:27:00,869 --> 00:27:07,751 kerana ideanya tentang budak kecil yang bersemangat 490 00:27:07,834 --> 00:27:09,252 dan tak dapat dikawal. 491 00:27:09,836 --> 00:27:12,047 Apabila mereka sedih, kita akan tahu 492 00:27:12,130 --> 00:27:14,674 dan daripada hampir menangis, 493 00:27:14,758 --> 00:27:17,093 mereka boleh tiba-tiba gembira. 494 00:27:17,761 --> 00:27:20,555 Sesi rakaman dengan Gregory, 495 00:27:20,639 --> 00:27:25,769 di studio sangat pendek, tapi semua itu berlaku. 496 00:27:25,852 --> 00:27:28,813 Pada mulanya, saya sangat gementar. 497 00:27:28,897 --> 00:27:29,814 Saya tak pernah bawa 498 00:27:30,398 --> 00:27:34,235 watak penting dalam filem. 499 00:27:34,319 --> 00:27:36,404 Ia seperti merakam dokumentari. 500 00:27:36,488 --> 00:27:38,573 Apabila dia mula berlakon, 501 00:27:38,657 --> 00:27:40,825 kami buat sesuatu 502 00:27:41,826 --> 00:27:45,038 untuk memudahkan dia menjiwai wataknya. 503 00:27:45,121 --> 00:27:48,291 Saya suruh dia panggil saya bodoh. 504 00:27:48,375 --> 00:27:51,544 Katanya, kalau saya kata "bodoh" pada hujung dialog, 505 00:27:51,628 --> 00:27:54,255 walaupun ia akan dipotong, 506 00:27:54,339 --> 00:27:58,551 saya akan beri lebih penekanan kepadanya, terutamanya untuk dialog lucu. 507 00:27:58,635 --> 00:28:01,471 Setiap kali gayanya nampak dibuat-buat, 508 00:28:01,554 --> 00:28:03,473 dia akan kata, "Diamlah, bodoh!" 509 00:28:03,556 --> 00:28:06,101 Kemudian, dia akan ketawa dan sambung kerja. 510 00:28:06,184 --> 00:28:09,354 Saya ada daging dan tulang. 511 00:28:09,437 --> 00:28:10,605 Saya budak sebenar. 512 00:28:11,106 --> 00:28:13,316 Dia pandai berlakon secara bersahaja, 513 00:28:13,400 --> 00:28:16,569 tapi amat mesra apabila dia berbisik 514 00:28:16,653 --> 00:28:18,697 atau bercakap dengan cengkerik 515 00:28:18,780 --> 00:28:20,365 atau Candlewick. 516 00:28:20,949 --> 00:28:24,369 Emosinya nampak benar-benar ikhlas. 517 00:28:24,452 --> 00:28:26,996 Bapa pun rasa sedih macam orang lain. 518 00:28:27,539 --> 00:28:31,084 Mereka kata macam-macam yang mereka mungkin rasa pada saat itu. 519 00:28:31,835 --> 00:28:33,670 Tapi mereka sayang kita. 520 00:28:34,337 --> 00:28:37,966 Rasanya ini projek ketiga saya dengan David Bradley, 521 00:28:38,049 --> 00:28:40,969 dan ia kerana saya amat mengaguminya. 522 00:28:41,052 --> 00:28:45,348 Sebagai pelakon, suaranya mudah dikenali. 523 00:28:45,432 --> 00:28:48,309 Jangan biadab terhadap Podesta. 524 00:28:49,102 --> 00:28:55,316 Saya mulakan proses ini dengan mencari jenis suara 525 00:28:55,400 --> 00:28:57,819 yang meyakinkan dan benar, 526 00:28:57,902 --> 00:29:02,323 tapi dapat menceritakan kisah ini dan jelas 527 00:29:02,407 --> 00:29:05,076 serta menggambarkan 528 00:29:05,160 --> 00:29:08,288 inti pati watak ini. 529 00:29:08,371 --> 00:29:12,250 Suaranya naik turun dengan cepat, "Kenapa kamu kata begitu?" 530 00:29:12,333 --> 00:29:13,877 Lakonannya 531 00:29:14,711 --> 00:29:17,756 seakan-akan lagu. 532 00:29:17,839 --> 00:29:21,050 Anak tahu kalau bapanya masih hidup. 533 00:29:21,760 --> 00:29:23,845 Dia akan cari kita, awak tunggulah. 534 00:29:23,928 --> 00:29:25,930 Jangan risaulah. 535 00:29:26,514 --> 00:29:28,183 Cakap memanglah mudah. 536 00:29:28,933 --> 00:29:33,646 Pada mulanya, saya tak yakin dengan watak Cricket. 537 00:29:33,730 --> 00:29:38,359 Tapi sebaik saja Ewan melakonkannya, saya terus setuju. 538 00:29:40,028 --> 00:29:42,655 Kita berjaya! 539 00:29:44,157 --> 00:29:45,617 Saya tak percaya! 540 00:29:45,700 --> 00:29:48,495 Saya peminat Ewan McGregor 541 00:29:48,578 --> 00:29:51,873 dan apabila dia bercakap, dia kedengaran rapat dan mesra 542 00:29:51,956 --> 00:29:55,502 dan saya kata, "Saya tak puas mendengar suaranya." 543 00:29:55,585 --> 00:29:59,380 Saya dah cuba buat yang terbaik sebaik mungkin. 544 00:29:59,464 --> 00:30:00,840 Pinocchio yang ajar saya. 545 00:30:00,924 --> 00:30:04,469 Jadi, saya fikir dia patut jadi watak utama filem ini, 546 00:30:04,552 --> 00:30:06,387 iaitu watak pencerita. 547 00:30:06,471 --> 00:30:09,682 Kami tulis semula babak yang menonjolkan cengkerik 548 00:30:09,766 --> 00:30:11,559 walaupun dia cuma memerhati. 549 00:30:12,143 --> 00:30:16,773 Sesi dengan Ewan ialah sesi lakonan suara terbaik 550 00:30:16,856 --> 00:30:18,358 yang saya pernah lalui. 551 00:30:18,441 --> 00:30:21,736 Aku Count Volpe! Kamu telah dipilih. 552 00:30:21,820 --> 00:30:25,573 Mari sertai kehidupan karnival yang seronok, meriah dan bebas 553 00:30:25,657 --> 00:30:29,077 dan jadi bintang pertunjukan bonekaku. 554 00:30:29,160 --> 00:30:34,791 Kami mahu Volpe berlagak, mewah, menarik 555 00:30:34,874 --> 00:30:36,751 dan macam berpengalaman. 556 00:30:36,835 --> 00:30:39,295 Kami mahu dia ada loghat, 557 00:30:39,379 --> 00:30:42,423 tapi boleh sebut dengan sempurna 558 00:30:42,507 --> 00:30:45,718 perkataan dalam bahasa Perancis, Itali dan Jerman. 559 00:30:45,802 --> 00:30:49,556 Boneka ialah gelaran terindah. Yang terbaik! 560 00:30:50,473 --> 00:30:51,391 Angkat tangan. 561 00:30:51,474 --> 00:30:54,352 Boneka dihormati oleh segenap manusia. 562 00:30:54,435 --> 00:30:58,606 Satu-satunya suara yang terlintas di fikiran ialah suara Christoph Waltz. 563 00:30:58,690 --> 00:31:01,526 Dia boleh tukar 564 00:31:01,609 --> 00:31:04,487 rentak dan niat suara di pertengahan ayat. 565 00:31:04,571 --> 00:31:07,699 Itu dibuat untuk tujuan drama. 566 00:31:08,283 --> 00:31:12,120 Saya selalu cari tujuan itu dalam sesebuah kisah. 567 00:31:12,203 --> 00:31:14,622 Dia pandai mempelbagaikan suara 568 00:31:14,706 --> 00:31:16,833 dan buat penekanan pada masa yang tepat. 569 00:31:16,916 --> 00:31:19,919 Ada apa? Apa kamu buat di sini? 570 00:31:22,338 --> 00:31:26,134 Suara Spazzatura yang mengejutkan, 571 00:31:26,217 --> 00:31:31,264 sebenarnya satu rahmat dan kebetulan yang saya pun tak sangka. 572 00:31:31,347 --> 00:31:33,099 Ketika kami merakam Nightmare Alley, 573 00:31:33,182 --> 00:31:36,144 saya dan Cate Blanchett seronok kerja bersama 574 00:31:36,227 --> 00:31:39,439 dan dia kata, "Bagilah saya watak dalam Pinocchio." 575 00:31:39,522 --> 00:31:42,317 Saya kata, "Kami cuma ada watak monyet." 576 00:31:44,944 --> 00:31:46,905 Saya kata, "Saya sanggup buat apa saja. 577 00:31:46,988 --> 00:31:50,575 Malah saya sanggup jadi pensel dalam filem awak." 578 00:31:50,658 --> 00:31:53,703 Saya tunjukkan rekaan Spazzatura kepadanya dan dia kata, 579 00:31:53,786 --> 00:31:56,247 "Rasanya ini semangat haiwan saya." 580 00:31:56,331 --> 00:31:59,042 Semasa Spazzatura dilontar jauh, 581 00:31:59,125 --> 00:32:00,251 awak nak saya buat… 582 00:32:01,544 --> 00:32:03,212 Seolah-olah dari jauh. 583 00:32:03,296 --> 00:32:05,882 Rasanya unsur ketawa Guillermo 584 00:32:07,300 --> 00:32:09,010 ada dalam ketawa Spazzatura. 585 00:32:09,093 --> 00:32:11,804 Saya rasa semua watak dalam filem Guillermo, 586 00:32:11,888 --> 00:32:15,558 kami semua rasa kami dilihat menerusi kaca mata Guillermo. 587 00:32:15,642 --> 00:32:18,686 Jadi, mungkin sifat Guillermo 588 00:32:18,770 --> 00:32:22,732 ada dalam semua watak dan Spazzatura contohnya. 589 00:32:23,608 --> 00:32:25,443 Ciao papa 590 00:32:25,526 --> 00:32:27,362 Mio papa… 591 00:32:27,445 --> 00:32:29,739 Biasanya, kalau kita tonton animasi 592 00:32:29,822 --> 00:32:31,199 yang mengandungi lagu, 593 00:32:31,282 --> 00:32:33,534 kita boleh agak bila lagu akan muncul. 594 00:32:33,618 --> 00:32:36,746 Seolah-olah dialog itu mukadimahnya. 595 00:32:36,829 --> 00:32:40,333 Tiada sesiapa yang tahu… 596 00:32:40,416 --> 00:32:45,254 Tapi dalam Pinocchio arahan Guillermo, 597 00:32:45,338 --> 00:32:46,923 lagunya muncul secara tiba-tiba. 598 00:32:48,633 --> 00:32:51,260 Boneka ini tak menggalakkan saya untuk buat 599 00:32:52,136 --> 00:32:56,975 filem animasi, tapi hanya buat filem lakonan hidup. 600 00:32:57,058 --> 00:32:59,143 Ia sama bagi saya kerana mereka nampak hidup. 601 00:32:59,227 --> 00:33:01,270 Mereka nampak macam orang betul. 602 00:33:01,980 --> 00:33:05,149 Saya cuba mainkan lagu macam orang biasa. 603 00:33:05,233 --> 00:33:07,860 Kami tak gambarkan filem ini sebagai filem muzikal. 604 00:33:07,944 --> 00:33:09,946 Ia filem yang ada detik muzikal. 605 00:33:10,029 --> 00:33:12,490 Lagunya bukan lagu muzikal biasa atau lagu pop. 606 00:33:12,573 --> 00:33:15,368 Sebaliknya, ia menggambarkan 607 00:33:15,451 --> 00:33:17,412 Alexandre, Guillermo dan Mark. 608 00:33:17,495 --> 00:33:20,915 Lelaki-lelaki genius yang bergabung untuk menghasilkan karya unik. 609 00:33:20,999 --> 00:33:25,128 Semasa saya berbincang dengan Alexandre, saya rasa tentu menarik 610 00:33:25,211 --> 00:33:28,214 kalau kita mulakan filem dengan watak yang menyanyi, 611 00:33:28,297 --> 00:33:29,549 tapi akhirnya… 612 00:33:29,632 --> 00:33:34,053 Bahagian kedua filem ini ada lagu era fasis dan kawad. 613 00:33:34,137 --> 00:33:35,763 Filem ini ambil masa yang amat lama 614 00:33:35,847 --> 00:33:38,975 kerana animasi memang memakan masa, 615 00:33:39,058 --> 00:33:40,435 tapi juga kerana 616 00:33:40,518 --> 00:33:43,229 Guillermo suruh saya tulis lagu untuk watak 617 00:33:43,896 --> 00:33:50,820 yang menceritakan kisah hidupnya dalam beberapa saat. 618 00:33:51,612 --> 00:33:53,781 Mereka beri ton muziknya, 619 00:33:53,865 --> 00:33:57,326 maklumat tentang watak, tempat tinggal, 620 00:33:57,410 --> 00:33:59,579 asal usul dan destinasi mereka. 621 00:33:59,662 --> 00:34:03,041 Saya peminat Alexandre Desplat. 622 00:34:03,124 --> 00:34:06,961 Dia penggubah muzik filem yang handal. 623 00:34:07,045 --> 00:34:10,840 Dia kendalikan setiap bahagian seperti saya. 624 00:34:10,923 --> 00:34:12,675 Dia telitikan kisah itu. 625 00:34:13,342 --> 00:34:17,388 Untuk filem ini, saya cuma guna alat muzik kayu. 626 00:34:17,972 --> 00:34:21,225 Jadi, ada gitar, mandolin, 627 00:34:21,309 --> 00:34:24,395 piano, hap dan alat tiup kayu. 628 00:34:24,479 --> 00:34:26,814 Basun, klarinet, obo, seruling. 629 00:34:26,898 --> 00:34:28,399 Semua ini alat muzik kayu 630 00:34:28,483 --> 00:34:32,445 dan ia hasilkan persekitaran aneh yang hanya milik Pinocchio. 631 00:34:34,489 --> 00:34:36,365 Tidak! 632 00:34:39,952 --> 00:34:42,288 Anda boleh tonton filem ini dengan 633 00:34:42,371 --> 00:34:44,457 Pan's dan Devil's Backbone. 634 00:34:46,084 --> 00:34:49,545 Ia mengandungi unsur orang baik yang diuji 635 00:34:49,629 --> 00:34:52,340 dan akhirnya, dia jadi lebih tabah. 636 00:34:52,423 --> 00:34:55,426 Bagi aku, kamu sebenarnya memikul beban yang berat. 637 00:34:56,010 --> 00:34:58,221 Filem ini mengisahkan kematian. 638 00:34:58,304 --> 00:35:01,390 Filem tentang kehidupan perlu ada elemen kematian. 639 00:35:02,141 --> 00:35:03,059 Baiklah. 640 00:35:03,851 --> 00:35:06,187 Semasa kami mulakan projek ini, 641 00:35:06,270 --> 00:35:08,940 saya tahu saya nak buat Pinocchio versi saya. 642 00:35:09,023 --> 00:35:12,568 Saya tak mahu cuma mengadaptasikannya. 643 00:35:13,069 --> 00:35:17,365 Saya nak ceritakan perkara yang menyentuh hati saya. 644 00:35:17,448 --> 00:35:21,202 Kebanyakan filem saya berkisar pada saya dan ayah saya. 645 00:35:21,285 --> 00:35:23,329 Filem ini pun sama. 646 00:35:23,913 --> 00:35:27,333 Kita nampak budak ini membesar, 647 00:35:27,416 --> 00:35:29,335 tapi tubuhnya tetap sama. 648 00:35:29,418 --> 00:35:30,670 Namun, 649 00:35:30,753 --> 00:35:34,382 kita sedar bahawa dia lebih berupaya daripada orang di sekelilingnya. 650 00:35:34,966 --> 00:35:37,218 Sekarang, manfaatkannya. 651 00:35:37,301 --> 00:35:41,055 Biasanya, Pinocchio mengisahkan pengajaran yang dia dapat, 652 00:35:41,139 --> 00:35:44,267 dia jadi baik, maka dia jadi budak betul, 653 00:35:44,350 --> 00:35:46,185 tapi Pinocchio kami berbeza. 654 00:35:46,269 --> 00:35:49,647 Dia ubah semua orang kerana hatinya suci. 655 00:35:50,648 --> 00:35:51,858 Dia ubah Geppetto. 656 00:35:52,567 --> 00:35:53,818 Dia ubah cengkerik. 657 00:35:54,402 --> 00:35:55,903 Dia ubah Spazzatura. 658 00:35:55,987 --> 00:35:57,113 Dia ubah semua orang 659 00:35:57,196 --> 00:36:01,367 dan dia belajar tentang dirinya sebagai manusia. 660 00:36:06,414 --> 00:36:08,916 Filem itu mengatasi impian saya. 661 00:36:09,917 --> 00:36:12,378 Saya tentu suka filem ini semasa saya kecil, 662 00:36:12,879 --> 00:36:15,423 juga semasa saya dewasa. 663 00:36:15,506 --> 00:36:18,593 Saya tentu suka membincangkannya dengan keluarga saya 664 00:36:18,676 --> 00:36:21,846 dan menontonnya apabila saya nak 665 00:36:21,929 --> 00:36:24,265 selepas menikmatinya pada kali pertama. 666 00:36:24,348 --> 00:36:26,559 Filem ini menghasilkan ikatan 667 00:36:26,642 --> 00:36:28,269 antara penonton dan filem. 668 00:36:28,352 --> 00:36:31,939 Ia makin berkembang setiap kali saya menontonnya 669 00:36:32,023 --> 00:36:34,525 dan saya harap penonton juga rasa begitu. 670 00:36:37,236 --> 00:36:40,114 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati