1 00:00:11,680 --> 00:00:14,680 GUNUNG LONGHU 2 00:00:14,760 --> 00:00:16,000 Sila beri perhatian! 3 00:00:16,079 --> 00:00:19,280 Sekarang, mari kita mengalu-alukan 4 00:00:19,360 --> 00:00:22,800 penganjur pertandingan tahun ini, 5 00:00:22,880 --> 00:00:25,240 dari Rumah Agam Gunung Longhu 6 00:00:25,320 --> 00:00:27,680 iaitu Ketua Tao generasi Ke-99, Zhang Zhiwei, 7 00:00:27,760 --> 00:00:31,560 dengan tepukan yang gemuruh. 8 00:00:36,040 --> 00:00:38,200 Para hadirin, maaf buat kamu menunggu. 9 00:00:39,600 --> 00:00:41,560 Dalam Pertandingan Bela Diri Orang Luar, 10 00:00:42,160 --> 00:00:45,760 selain upacara penyembahan tahunan, ia adalah peluang 11 00:00:45,840 --> 00:00:48,080 bagi semua pengamal qi untuk berinteraksi. 12 00:00:48,160 --> 00:00:50,200 Sudah tentulah anda datang ke sini 13 00:00:50,280 --> 00:00:53,360 bukan untuk belajar daripada orang tua seperti kami 14 00:00:53,440 --> 00:00:54,640 yang hanya duduk 15 00:00:54,720 --> 00:00:55,760 dan berfalsafah. 16 00:00:57,960 --> 00:00:59,440 Memandangkan kamu dah bersedia, 17 00:00:59,520 --> 00:01:01,000 saya takkan cakap banyak lagi. 18 00:01:01,080 --> 00:01:03,480 Tahun ini, Pertandingan Bela Diri Orang Luar 19 00:01:03,560 --> 00:01:06,240 mempunyai 128 orang peserta. 20 00:01:06,720 --> 00:01:07,720 Tapi 21 00:01:08,800 --> 00:01:10,240 juaranya hanya seorang. 22 00:01:16,960 --> 00:01:19,840 Pertandingan ini diteruskan dengan pusingan penyingkiran. 23 00:01:19,920 --> 00:01:21,440 Pembahagian kumpulan adalah mengikut cabutan undi 24 00:01:21,520 --> 00:01:22,880 supaya adil. 25 00:01:22,960 --> 00:01:23,880 Dalam pusingan pertama, 26 00:01:23,960 --> 00:01:25,480 empat peserta akan bertanding. 27 00:01:25,560 --> 00:01:27,280 Pemenangnya 28 00:01:27,360 --> 00:01:28,800 akan mara 29 00:01:28,880 --> 00:01:31,160 ke pusingan penyingkiran seterusnya 30 00:01:31,240 --> 00:01:32,800 sehingga pemenang akhir ditentukan. 31 00:01:33,360 --> 00:01:35,680 Perlawanan empat orang susah bagi saya. 32 00:01:35,760 --> 00:01:38,600 Peserta yang tumbangkan lawan dikira sebagai pemenang. 33 00:01:38,680 --> 00:01:39,920 Menumbangkan lawan 34 00:01:40,000 --> 00:01:41,040 merupakan satu-satunya 35 00:01:41,120 --> 00:01:42,160 piawaian kemenangan. 36 00:01:42,240 --> 00:01:43,960 Selain itu, tiada peraturan lain. 37 00:01:44,040 --> 00:01:45,520 Segala teknik boleh digunakan. 38 00:01:45,600 --> 00:01:46,840 Jika ada jurang yang besar, 39 00:01:46,920 --> 00:01:48,720 peserta boleh mengaku kalah atau menarik diri. 40 00:01:48,800 --> 00:01:50,720 Sekarang, kamu boleh mula mencabut undi. 41 00:01:55,680 --> 00:01:56,960 Kenapa masih tercegat di sana? 42 00:01:57,040 --> 00:01:59,320 Cepat imbas kod ini dan muat turun aplikasi kami. 43 00:01:59,400 --> 00:02:01,840 Ini aplikasi rasmi Gunung Longhu 44 00:02:01,920 --> 00:02:03,080 untuk mencabut undi. 45 00:02:09,280 --> 00:02:10,800 Batang Samawi 46 00:02:10,880 --> 00:02:12,760 mewakili urutan kamu dalam perlawanan. 47 00:02:12,840 --> 00:02:15,960 Terdapat empat jenis haiwan di bawah kod Batang Samawi. 48 00:02:16,040 --> 00:02:17,960 Peserta yang dapat haiwan yang sama 49 00:02:18,040 --> 00:02:18,920 akan menjadi lawan. 50 00:02:19,000 --> 00:02:20,080 ULAR TENG, KUMPULAN EMPAT 51 00:02:20,160 --> 00:02:22,040 KURA-KURA HITAM, KUMPULAN DUA 52 00:02:22,120 --> 00:02:23,240 HARIMAU PUTIH, KUMPULAN DUA RUSA BINTIK, KUMPULAN SATU 53 00:02:23,320 --> 00:02:25,000 Nasib saya malang sekali. 54 00:02:25,080 --> 00:02:26,120 Harimau Putih 55 00:02:26,200 --> 00:02:27,560 kedengaran garang. 56 00:02:28,560 --> 00:02:29,840 Saya nak tukar. 57 00:02:32,080 --> 00:02:32,960 Sudah. 58 00:02:33,040 --> 00:02:35,080 Nanti telefon awak jadi bata. 59 00:02:35,160 --> 00:02:36,960 Saya dapat Rusa Bintik. Kita boleh tukar. 60 00:02:38,040 --> 00:02:39,040 Cik Bao. 61 00:02:40,720 --> 00:02:42,080 Baiknya awak. 62 00:02:42,640 --> 00:02:44,600 Mana boleh tukar. 63 00:02:44,680 --> 00:02:46,400 Ia dah disahkan dengan nama sebenar. 64 00:02:51,320 --> 00:02:52,600 Liciknya Huaiyi. 65 00:02:53,560 --> 00:02:54,560 Cucu dia 66 00:02:54,640 --> 00:02:55,880 nampak agak bagus. 67 00:02:56,960 --> 00:02:58,400 Jika saya dapat cari Huaiyi 68 00:02:59,080 --> 00:03:00,600 lebih awal, 69 00:03:00,680 --> 00:03:03,560 dia takkan berada dalam situasi ini hari ini. 70 00:03:04,120 --> 00:03:05,200 Jangan cakap lagi. 71 00:03:05,280 --> 00:03:06,480 Jinzhong. 72 00:03:07,680 --> 00:03:09,040 Saya amat menyesal. 73 00:03:09,120 --> 00:03:11,960 Saya tak patut biarkan awak mencari Huaiyi sendirian. 74 00:03:12,040 --> 00:03:16,320 Jika tidak, awak takkan kehilangan semua kemahiran awak. 75 00:03:39,600 --> 00:03:42,400 DIADAPTASI DARIPADA KOMIK WEB YI REN ZHI XIA 76 00:03:46,680 --> 00:03:48,800 CERITA INI FIKSYEN SEMATA-MATA 77 00:03:48,880 --> 00:03:50,400 JANGAN TIRU AKSI INI 78 00:03:54,480 --> 00:03:55,600 Hadirin sekalian, 79 00:03:55,680 --> 00:03:58,320 pertandingan kali ini ditaja oleh 80 00:03:58,400 --> 00:03:59,680 Air Bergas Tanpa Gula Hutan Chi 81 00:03:59,760 --> 00:04:02,160 yang boleh meningkatkan qi anda. 82 00:04:02,240 --> 00:04:03,280 Baik. 83 00:04:03,360 --> 00:04:06,880 Pusingan pertama pertandingan ini akan bermula. 84 00:04:06,960 --> 00:04:08,000 Dah mula. 85 00:04:11,400 --> 00:04:14,320 Baik. Tiga orang peserta di arena sekarang ialah 86 00:04:14,400 --> 00:04:16,079 Liu Fang, Guan Ling Er dan Zhang Cai. 87 00:04:16,160 --> 00:04:17,560 Tiga orang peserta ini 88 00:04:17,640 --> 00:04:18,720 juga dikenali sebagai 89 00:04:18,800 --> 00:04:21,040 Trio Taman Pic Jinwei. 90 00:04:22,280 --> 00:04:23,360 Menurut maklumat, 91 00:04:23,440 --> 00:04:26,480 mereka bertiga ialah rakan sepermainan sejak kecil. 92 00:04:26,560 --> 00:04:27,880 Cik Bao sangat malang. 93 00:04:28,480 --> 00:04:29,960 Ini merumitkan. 94 00:04:30,040 --> 00:04:32,000 Apa maksud awak? Mereka hebatkah? 95 00:04:32,760 --> 00:04:33,880 Cakaplah sesuatu. 96 00:04:33,960 --> 00:04:35,280 Kenapa tiba-tiba diam saja? 97 00:04:35,360 --> 00:04:36,320 Awak akan tahu nanti. 98 00:04:37,440 --> 00:04:38,400 Selepas trio ini 99 00:04:38,480 --> 00:04:39,800 menyertai sekta yang sama, 100 00:04:39,880 --> 00:04:42,040 mereka juga telah dihalau bersama-sama. 101 00:04:42,120 --> 00:04:44,360 Mereka pengacau yang terkenal di Jinwei. 102 00:04:44,440 --> 00:04:47,160 Mereka kerap ditahan dan diberi amaran oleh Ekspres NDT. 103 00:04:47,240 --> 00:04:49,040 Jika mereka bertiga bekerjasama, 104 00:04:49,120 --> 00:04:50,320 mereka sukar dikalahkan. 105 00:04:50,400 --> 00:04:52,560 Tak sangka mereka sekumpulan. 106 00:04:52,640 --> 00:04:53,960 Jika ini bukan penipuan, 107 00:04:54,040 --> 00:04:55,200 apa lagi? 108 00:04:55,280 --> 00:04:56,320 Apa? 109 00:04:56,800 --> 00:04:58,040 Inilah takdir! 110 00:04:58,120 --> 00:05:02,200 - Main helah! - Main helah! 111 00:05:02,280 --> 00:05:03,640 Kami tiada kenalan. 112 00:05:03,720 --> 00:05:05,200 Kami tak main helah. 113 00:05:05,280 --> 00:05:08,040 - Kami asyik bersama sejak kecil lagi. - Inilah takdir. 114 00:05:09,080 --> 00:05:10,680 Saya nak lihat si malang mana 115 00:05:10,760 --> 00:05:11,880 yang akan melawan kita. 116 00:05:16,200 --> 00:05:17,760 Baik. Seperti yang kita lihat, 117 00:05:17,840 --> 00:05:19,880 peserta terakhir berjalan masuk ke arena. 118 00:05:21,160 --> 00:05:22,600 Dia seorang perempuan. 119 00:05:23,640 --> 00:05:25,000 Saya tak sangka 120 00:05:25,080 --> 00:05:28,080 pergelutan tiga lawan satu akan terjadi dalam perlawanan pertama. 121 00:05:28,640 --> 00:05:29,800 Semua peserta dah sampai. 122 00:05:29,880 --> 00:05:33,240 Peserta yang pengsan atau mengaku kalah akan disingkirkan. 123 00:05:33,320 --> 00:05:34,680 Peserta yang cuba membunuh 124 00:05:34,760 --> 00:05:36,480 akan disingkirkan dan dihukum. 125 00:05:36,560 --> 00:05:37,840 Kamu semua jelas? 126 00:05:37,920 --> 00:05:39,120 Kamu boleh mula sekarang. 127 00:05:39,200 --> 00:05:40,120 Aduhai. 128 00:05:41,440 --> 00:05:42,680 Jangan takut! 129 00:05:42,760 --> 00:05:45,240 Kami akan berlembut dengan awak. 130 00:05:45,320 --> 00:05:46,320 Selepas kami menjadi juara, 131 00:05:46,400 --> 00:05:49,440 kami akan tandatangan untuk awak dengan Azimat Syurga Abadi. 132 00:05:57,440 --> 00:05:58,520 Apa yang berlaku? 133 00:05:58,600 --> 00:05:59,640 Cik Bao. 134 00:06:00,200 --> 00:06:01,400 Kenapa awak ke sini? 135 00:06:02,680 --> 00:06:04,240 Saya datang untuk belasah kamu. 136 00:06:05,600 --> 00:06:06,800 Mereka saling mengenali? 137 00:06:06,880 --> 00:06:08,000 Cik Bao? 138 00:06:08,080 --> 00:06:09,440 Siapa kamu bertiga? 139 00:06:10,160 --> 00:06:12,560 Tahun lepas, kami bertiga agak melampau. 140 00:06:12,640 --> 00:06:14,000 Pihak syarikat berniat 141 00:06:14,560 --> 00:06:16,120 membantu kami memajukan diri 142 00:06:16,680 --> 00:06:17,840 dan kembali ke jalan benar. 143 00:06:17,920 --> 00:06:20,440 Jadi awak ditugaskan untuk ajar kami… 144 00:06:21,520 --> 00:06:22,880 Ajar kami 145 00:06:22,960 --> 00:06:24,240 dengan penuh kasih sayang. 146 00:06:26,640 --> 00:06:28,920 - Awak tumbuk saya? - Awak tumbuk saya? 147 00:06:30,320 --> 00:06:33,520 - Awak tumbuk saya? - Awak tumbuk saya? 148 00:06:34,400 --> 00:06:36,480 Apa yang kamu buat? 149 00:06:37,720 --> 00:06:39,720 - Cik Bao. - Cik Bao. 150 00:06:39,800 --> 00:06:42,200 Kami dah insaf dengan kesalahan kami. 151 00:06:42,280 --> 00:06:44,640 Tolong lepaskan kami. 152 00:06:45,120 --> 00:06:46,360 Peraturan yang kamu langgar ialah… 153 00:06:49,400 --> 00:06:50,560 "Jangan gunakan kuasa ajaib 154 00:06:50,640 --> 00:06:52,000 untuk mendapatkan sebarang manfaat 155 00:06:52,080 --> 00:06:55,120 daripada orang biasa dan masyarakat." 156 00:06:55,960 --> 00:06:57,760 - Cik Bao. - Kami dah sedar salah kami. 157 00:06:57,840 --> 00:06:58,720 Kami takkan buat lagi. 158 00:07:03,000 --> 00:07:04,320 Tiup. 159 00:07:24,960 --> 00:07:26,240 Suka tak? 160 00:07:26,320 --> 00:07:27,240 Menghadap lautan 161 00:07:27,320 --> 00:07:28,280 dan ada stimbot lagi. 162 00:07:28,360 --> 00:07:29,840 Bukankah ini syurga? 163 00:07:29,920 --> 00:07:32,000 - Saya kena jemput masuk dulu? - Tak. 164 00:07:32,080 --> 00:07:34,440 - Kami masuk sendiri. - Ya. 165 00:07:35,840 --> 00:07:37,880 Bajet syarikat kecil dan kamu nak berlayar ke laut. 166 00:07:37,960 --> 00:07:40,400 Jadi ini saja yang boleh digunakan. 167 00:07:40,480 --> 00:07:42,600 Saya mempunyai klaustrofobia. 168 00:07:42,680 --> 00:07:44,760 Saya alah kepada logam. 169 00:07:45,480 --> 00:07:46,600 Saya mabuk laut. 170 00:07:47,200 --> 00:07:48,480 Cik Bao, 171 00:07:48,560 --> 00:07:51,000 boleh awak aturkan pengangkutan lain 172 00:07:51,080 --> 00:07:52,560 untuk kami? 173 00:07:52,640 --> 00:07:53,880 Ini belas kasihan saya 174 00:07:53,960 --> 00:07:55,240 untuk kamu. 175 00:07:56,240 --> 00:07:58,080 Kami akan ke mana? 176 00:07:58,160 --> 00:07:59,520 Lautan Pasifik. 177 00:07:59,600 --> 00:08:00,760 - Jangan! - Tidak! 178 00:08:00,840 --> 00:08:03,280 Ibu bapa saya menunggu di rumah, saya tak boleh pergi lama. 179 00:08:12,480 --> 00:08:13,520 Saya dah ingat. 180 00:08:13,600 --> 00:08:15,560 Saya kurung kamu dalam kontena 181 00:08:15,640 --> 00:08:16,880 buang kamu ke laut. 182 00:08:16,960 --> 00:08:18,880 Xu Si kata, mengikut arus pada masa itu, 183 00:08:18,960 --> 00:08:20,200 kamu hanyut ke Lautan Pasifik. 184 00:08:20,800 --> 00:08:23,440 Betul. Kami berjaya bebaskan diri 185 00:08:23,520 --> 00:08:24,880 dan berenang balik. 186 00:08:24,960 --> 00:08:27,240 Kami enggan meninggalkan tanah air. 187 00:08:27,320 --> 00:08:30,000 Kami juga rindukan awak. 188 00:08:30,840 --> 00:08:32,600 Kamu nak bertanding atau tidak? 189 00:08:32,679 --> 00:08:34,240 Datang nak buat lawakkah? 190 00:08:34,320 --> 00:08:35,159 - Lawan. - Lawan. 191 00:08:35,240 --> 00:08:36,360 Hei, trio. 192 00:08:36,440 --> 00:08:38,120 Kamu masih nak bertandingkah? 193 00:08:38,200 --> 00:08:39,120 Mengenai ini, 194 00:08:39,200 --> 00:08:40,919 kami, dengan rela hati, 195 00:08:42,120 --> 00:08:43,799 - mengaku kalah. - Ya. 196 00:08:43,880 --> 00:08:45,120 Rusa Bintik, Kumpulan Satu. 197 00:08:45,200 --> 00:08:46,960 Pemenangnya ialah Feng Baobao. 198 00:08:47,040 --> 00:08:48,040 Tahniah, Cik Bao. 199 00:08:48,120 --> 00:08:49,200 Tahniah, Cik Bao. 200 00:08:55,320 --> 00:08:56,720 PUSINGAN PENYINGKIRAN 32 TERATAS 201 00:08:57,280 --> 00:08:58,560 FENG BAOBAO, LAYAK UNTUK 32 TERATAS 202 00:09:02,320 --> 00:09:04,320 Mak, saya sertai pertandingan ini 203 00:09:04,400 --> 00:09:07,320 bukan sebab tak nak keluar dengan anak perempuan ketua kampung. 204 00:09:07,400 --> 00:09:08,400 Saya tahu 205 00:09:08,480 --> 00:09:10,200 mak mahukan seorang menantu. 206 00:09:10,280 --> 00:09:11,520 Selepas saya menang, 207 00:09:12,080 --> 00:09:14,480 mak boleh pilih mana-mana gadis cantik di bandar. 208 00:09:17,320 --> 00:09:18,800 Cik Bao, saya pernah nampak dia. 209 00:09:18,880 --> 00:09:20,480 Dialah yang ugut awak hari itu. 210 00:09:23,120 --> 00:09:24,800 Dia mampu mengawal enam bilah pisau belati. 211 00:09:26,040 --> 00:09:28,240 Dia lebih hebat daripada abangnya, Jia Zhengyu. 212 00:09:28,320 --> 00:09:29,320 Saya bukan abang. 213 00:09:29,400 --> 00:09:30,680 Saya tak sukakan perhatian. 214 00:09:33,720 --> 00:09:34,640 Sembilan bilah? 215 00:09:36,160 --> 00:09:37,160 Dua belas bilah? 216 00:09:37,720 --> 00:09:39,280 Ia memang mengejutkan. 217 00:09:39,360 --> 00:09:40,320 Tak sangka 218 00:09:40,400 --> 00:09:42,520 Kampung Jia mempunyai seorang genius 219 00:09:42,600 --> 00:09:45,560 yang mahir dalam pengawalan barang. 220 00:09:56,920 --> 00:09:58,480 Ramai yang sedang melihat saya. 221 00:09:59,320 --> 00:10:00,280 Saya agak segan. 222 00:10:00,360 --> 00:10:01,920 Siapa yang kawal pisau belati itu, 223 00:10:02,000 --> 00:10:03,680 dia atau ibunya? 224 00:10:05,200 --> 00:10:06,320 Baiklah. 225 00:10:06,400 --> 00:10:07,480 Saya sayang mak. 226 00:10:07,560 --> 00:10:08,560 Boleh tak? 227 00:10:12,360 --> 00:10:13,640 Saya dah tahu. 228 00:10:15,640 --> 00:10:17,160 Kami tak nak berlawan lagi. 229 00:10:17,240 --> 00:10:18,600 Kami mengaku kalah. 230 00:10:18,680 --> 00:10:19,720 Burung Merah, Kumpulan Dua. 231 00:10:19,800 --> 00:10:21,560 Pemenangnya ialah Jia Zhengliang. 232 00:10:23,680 --> 00:10:25,440 Baiklah. Saya letak dulu. 233 00:10:33,120 --> 00:10:33,960 PUSINGAN PENYINGKIRAN 32 TERATAS 234 00:10:34,040 --> 00:10:35,680 JIA ZHENGLIANG, LAYAK UNTUK 32 TERATAS 235 00:10:45,480 --> 00:10:46,920 Xiao Xiao gunakan Pernafasan. 236 00:10:47,000 --> 00:10:49,400 Dia menggunakan cara yang istimewa untuk mengawal qi. 237 00:10:49,480 --> 00:10:51,760 Dia akan menghembus qi dengan buat bunyi "heng" dan "ha". 238 00:10:51,840 --> 00:10:53,880 Dia boleh halau jiwa seseorang keluar daripada badan 239 00:10:53,960 --> 00:10:55,880 dan juga menghilangkannya buat sementara waktu. 240 00:10:55,960 --> 00:10:57,320 Paling menakutkan tentang Pernafasan 241 00:10:57,400 --> 00:10:58,480 adalah jika jiwa seseorang diserang, 242 00:10:58,560 --> 00:10:59,840 dia tak mampu menentangnya. 243 00:10:59,920 --> 00:11:01,440 Ada cara pencegahan? 244 00:11:01,520 --> 00:11:02,720 Pernafasan tak datang tiba-tiba. 245 00:11:02,800 --> 00:11:06,280 Apabila nampak dia kumpulkan kuasa, jarakkan diri daripada dia. 246 00:11:06,360 --> 00:11:08,480 Awak mesti sedar saat dia gunakan kuasanya. 247 00:11:08,560 --> 00:11:09,680 NAGA BIRU, KUMPULAN DUA 248 00:11:09,760 --> 00:11:10,840 Pemenangnya 249 00:11:10,920 --> 00:11:11,840 ialah Xiao Xiao. 250 00:11:20,480 --> 00:11:21,440 PEMAKAN QI, BAI SHIXUE 251 00:11:21,520 --> 00:11:23,200 Berhati-hati dengan Bai Shixue. 252 00:11:23,280 --> 00:11:24,960 Dia boleh menelan qi orang lain 253 00:11:25,040 --> 00:11:27,240 dan boleh mengawal Sihir Kilauan Emas awak. 254 00:11:27,320 --> 00:11:28,880 Jika awak menjadi lawan dia, 255 00:11:28,960 --> 00:11:30,880 tewaskan dia dengan Teknik Petir secepat mungkin. 256 00:11:30,960 --> 00:11:32,440 Rusa Bintik, Kumpulan Tiga. 257 00:11:32,520 --> 00:11:34,200 Pemenangnya ialah Bai Shixue. 258 00:11:34,280 --> 00:11:35,160 BAI SHIXUE, 32 TERATAS 259 00:11:37,520 --> 00:11:41,640 WANG YE, ZHUGE BAI, JIN MENG, ZHANG GUANG 260 00:11:43,720 --> 00:11:47,000 JIN MENG KUASA AJAIB: KEKUATAN RAKSASA 261 00:11:52,240 --> 00:11:53,240 Wang Ye biasanya 262 00:11:53,320 --> 00:11:54,480 kelihatan malas. 263 00:11:54,560 --> 00:11:56,880 Tak sangka dia sertai pertandingan ini. 264 00:12:06,040 --> 00:12:08,480 Tiada had umur dalam pertandingan ini? 265 00:12:09,040 --> 00:12:10,480 Apa budak kecil buat di sini? 266 00:12:12,480 --> 00:12:14,440 Asalkan bawah umur 30 tahun, bukan? 267 00:12:14,520 --> 00:12:16,560 Dia tak langgar peraturan pun. 268 00:12:16,640 --> 00:12:17,800 Kamu berdua 269 00:12:17,880 --> 00:12:19,760 berdiri di sana dulu. 270 00:12:19,840 --> 00:12:21,280 Selepas saya tewaskan dia, 271 00:12:21,360 --> 00:12:23,200 barulah saya akan tewaskan kamu. 272 00:12:29,920 --> 00:12:31,440 Jin Meng akan menyerang 273 00:12:31,520 --> 00:12:33,000 Zhuge Bai dulu. 274 00:12:33,080 --> 00:12:34,160 Kuasa ajaib Jin Meng 275 00:12:34,240 --> 00:12:37,240 ialah kekuatannya dan badannya yang sasa. 276 00:12:37,320 --> 00:12:39,040 Tubuh Jin Meng berotot. 277 00:12:39,120 --> 00:12:40,480 Saya risaukan Zhuge Bai. 278 00:12:41,320 --> 00:12:43,280 Tapi Zhuge Bai tahu guna teknik Qimen. 279 00:12:43,360 --> 00:12:45,280 - Jangan lari! - Jangan kejar saya! 280 00:12:45,360 --> 00:12:48,520 Kami kagum dengan teknik Qimen abangnya sebelum ini, Zhuge Qing. 281 00:12:49,080 --> 00:12:50,760 - Mungkin Zhuge Bai terlalu muda - Jangan dekat! 282 00:12:50,840 --> 00:12:52,160 - dan kurang berpengalaman. - Tolong! 283 00:12:52,240 --> 00:12:53,960 Bai, jangan asyik lari saja. 284 00:12:54,040 --> 00:12:56,200 Gunakan ilmu yang awak belajar. 285 00:12:56,280 --> 00:12:57,120 Baik! 286 00:12:58,840 --> 00:13:00,200 Berdiri di sana. 287 00:13:01,440 --> 00:13:02,680 Awak yang paksa saya! 288 00:13:15,440 --> 00:13:16,480 Formasi Bagua? 289 00:13:18,520 --> 00:13:20,800 Mampukah formasi yang kecil begini mengurung saya? 290 00:13:20,880 --> 00:13:22,960 Saya akan lawan awak mati-matian! 291 00:13:51,200 --> 00:13:52,080 Budak. 292 00:13:53,960 --> 00:13:55,120 Dah sampai giliran awak. 293 00:14:06,800 --> 00:14:08,040 Inilah Wudang. 294 00:14:08,520 --> 00:14:10,880 Tumbukan Wang Ye cukup kuat untuk mematahkan tulang. 295 00:14:10,960 --> 00:14:12,200 Potensinya besar. 296 00:14:13,160 --> 00:14:15,400 Jin Meng tumbang begitu saja. 297 00:14:15,480 --> 00:14:16,840 Wang Ye tak menonjolkan diri, 298 00:14:16,920 --> 00:14:19,520 tapi kebolehan sebenarnya masih jelas kelihatan. 299 00:14:19,600 --> 00:14:20,920 Pemenangnya ialah Wang Ye. 300 00:14:21,000 --> 00:14:22,280 Penat betul. 301 00:14:22,360 --> 00:14:23,680 Kenapa mereka serius sangat? 302 00:14:24,160 --> 00:14:26,240 Wang Ye amat hebat. 303 00:14:28,320 --> 00:14:29,800 Harimau bersembunyi di pergunungan dalam, 304 00:14:29,880 --> 00:14:31,280 qilin bersembunyi di ladang. 305 00:14:31,360 --> 00:14:33,480 Wang Ye seorang yang menarik. 306 00:14:33,560 --> 00:14:34,760 PUSINGAN PENYINGKIRAN 32 TERATAS 307 00:14:34,840 --> 00:14:36,680 WANG YE, LAYAK UNTUK 32 TERATAS 308 00:14:41,080 --> 00:14:44,000 ZHUGE QING, BUDAK GELENG KEPALA, SONG LIEFENG, DEWA API KECIL 309 00:15:17,880 --> 00:15:18,920 Khinzir ke Bumi. 310 00:15:20,960 --> 00:15:21,840 Ayam ke Tasik. 311 00:15:23,240 --> 00:15:24,560 Arnab ke Petir. 312 00:15:25,440 --> 00:15:26,760 RENJAT 313 00:15:29,480 --> 00:15:30,960 Kenapa saya di tempat asal? 314 00:15:32,160 --> 00:15:33,720 Adakah ini Ilmu Qimen? 315 00:15:33,800 --> 00:15:36,680 ILMU QIMEN 316 00:15:36,760 --> 00:15:39,200 Kenapa dia boleh meramalkan setiap serangan lawannya? 317 00:15:39,280 --> 00:15:40,560 Ia tak mustahil. 318 00:15:41,360 --> 00:15:43,280 Setiap benda di dunia ini mengikut satu corak. 319 00:15:43,360 --> 00:15:44,480 Corak ini Ilmu Syurga. 320 00:15:44,560 --> 00:15:45,880 Teknik Qimen gunakan ruang dan masa 321 00:15:45,960 --> 00:15:47,880 untuk membongkar misteri Ilmu Syurga 322 00:15:47,960 --> 00:15:49,160 dan mencari kelemahannya 323 00:15:49,240 --> 00:15:51,280 untuk peroleh maklumat yang orang biasa tak boleh nampak. 324 00:15:51,360 --> 00:15:52,400 Jadi 325 00:15:52,480 --> 00:15:53,480 inilah cara Zhuge Qing 326 00:15:53,560 --> 00:15:55,560 untuk meramalkan serangan lawannya? 327 00:15:56,320 --> 00:15:57,160 Mari serang dia! 328 00:16:29,480 --> 00:16:30,440 Bagaimana? 329 00:16:31,440 --> 00:16:32,520 Kamu nak teruskan? 330 00:16:40,880 --> 00:16:41,840 Saya mengaku kalah. 331 00:16:42,320 --> 00:16:43,400 Burung Merah, Kumpulan Tiga. 332 00:16:43,480 --> 00:16:45,640 Pemenangnya ialah Zhuge Qing. 333 00:16:47,720 --> 00:16:48,800 Saya dah lihat semuanya. 334 00:16:48,880 --> 00:16:50,480 Tiada yang saya mampu tewaskan. 335 00:16:53,800 --> 00:16:55,600 Cik Bao, apa yang awak buat? 336 00:16:55,680 --> 00:16:56,840 Buat kerja. 337 00:16:56,920 --> 00:16:58,200 PETA PANDUAN PERJALANAN GUNUNG LONGHU 338 00:16:59,240 --> 00:17:00,200 PUSINGAN PENYINGKIRAN 32 TERATAS 339 00:17:00,800 --> 00:17:03,240 ZHUGE QING, LAYAK UNTUK 32 TERATAS 340 00:17:06,960 --> 00:17:10,560 ZHANG LINGYU, MA XIN, WEI YANG, DUAN ZIYI 341 00:17:15,000 --> 00:17:16,760 Dia memang model peranan semua, 342 00:17:16,839 --> 00:17:17,880 Zhang Lingyu. 343 00:17:17,960 --> 00:17:19,760 Dia menang dengan satu serangan. 344 00:17:19,839 --> 00:17:21,200 Keagungan 345 00:17:21,280 --> 00:17:22,680 dan kebolehan sebenarnya 346 00:17:22,760 --> 00:17:25,359 layak diberikan tepukan gemuruh! 347 00:17:25,440 --> 00:17:27,640 - Terima kasih. - Kura-kura Hitam, Kumpulan Dua. 348 00:17:27,720 --> 00:17:29,440 Pemenangnya ialah Zhang Lingyu. 349 00:17:33,280 --> 00:17:34,880 PUSINGAN PENYINGKIRAN 32 TERATAS 350 00:17:34,960 --> 00:17:37,440 ZHANG LINGYU, LAYAK UNTUK 32 TERATAS 351 00:17:41,800 --> 00:17:43,200 Lemahnya mereka. 352 00:17:43,280 --> 00:17:44,120 Mereka bertiga pun 353 00:17:44,200 --> 00:17:46,160 tak perlu paksa dia gunakan Teknik Petir. 354 00:17:46,720 --> 00:17:48,040 Rasanya awak dah perasan. 355 00:17:48,120 --> 00:17:51,320 Peserta yang menjadi perhatian akan menjadi sasaran tiga yang lain 356 00:17:51,400 --> 00:17:52,760 untuk disingkirkan dulu. 357 00:17:53,560 --> 00:17:55,120 Jika tak silap saya, 358 00:17:55,200 --> 00:17:57,400 selepas ini giliran awak. 359 00:17:58,400 --> 00:18:00,360 Saya hanya boleh mencuba nasib sekarang. 360 00:18:00,840 --> 00:18:03,200 Jika perlu, saya akan berusaha dengan sepenuh tenaga. 361 00:18:07,960 --> 00:18:10,320 Ini terlalu berat. 362 00:18:10,400 --> 00:18:12,280 Jangan cakap banyak. Pergi sajalah. 363 00:18:12,360 --> 00:18:14,320 - Cepat. - Baiklah. 364 00:18:22,640 --> 00:18:23,960 Jemput rasa. 365 00:18:24,800 --> 00:18:25,960 Jemput rasa. 366 00:18:28,320 --> 00:18:29,760 Jemput rasa. 367 00:18:45,520 --> 00:18:46,800 Di mana Zhang Chulan? 368 00:18:46,880 --> 00:18:49,040 Dia dah lari sebab takut? 369 00:18:49,120 --> 00:18:50,520 Dia pewaris Keramat Qi. 370 00:18:50,600 --> 00:18:52,440 Kita bertiga tak dapat takutkan dia. 371 00:18:52,520 --> 00:18:53,440 Apa sebenarnya 372 00:18:53,520 --> 00:18:55,080 Keramat Qi ini? 373 00:18:55,160 --> 00:18:56,600 Semua orang bercakap tentangnya. 374 00:18:56,680 --> 00:18:58,400 Siapa tahu? Tapi biar sahkan sesuatu. 375 00:18:58,480 --> 00:18:59,520 Kita sependapat, bukan? 376 00:18:59,600 --> 00:19:00,920 Kita bertiga bekerjasama 377 00:19:01,000 --> 00:19:02,720 untuk menyingkirkan Zhang Chulan dulu. 378 00:19:04,640 --> 00:19:05,600 Dia dah datang. 379 00:19:23,120 --> 00:19:24,720 Akhirnya, 380 00:19:24,800 --> 00:19:26,200 keadaan dah berubah. 381 00:19:26,960 --> 00:19:27,800 Datuk. 382 00:19:28,600 --> 00:19:31,480 Semua Orang Luar mengkhianati datuk sebelum ini. 383 00:19:31,560 --> 00:19:33,880 Hari ini, saya akan balas dendam untuk datuk. 384 00:19:36,640 --> 00:19:37,920 Apa maksudnya? 385 00:19:38,880 --> 00:19:40,120 Manalah saya tahu. 386 00:19:40,200 --> 00:19:41,960 Saya tak kenal datuknya. 387 00:19:42,040 --> 00:19:43,280 Zhang Chulan! 388 00:19:43,360 --> 00:19:44,440 Buat kami kagum 389 00:19:44,520 --> 00:19:45,960 dengan Keramat Qi. 390 00:19:46,040 --> 00:19:47,480 Jangan salahkan kami kerana membuli awak. 391 00:19:47,560 --> 00:19:48,880 Membuli saya? 392 00:19:53,400 --> 00:19:54,640 Apa yang kelakar? 393 00:19:54,720 --> 00:19:56,040 Kamu yang lemah ini 394 00:19:56,680 --> 00:19:58,520 nak saksikan kehebatan Keramat Qi? 395 00:19:58,600 --> 00:19:59,920 Tak malu betul. 396 00:20:00,400 --> 00:20:02,080 Kamu hanya bergantung kepada kuasa yang lemah 397 00:20:02,160 --> 00:20:04,240 untuk cuba teruskan hidup di dunia ini. 398 00:20:04,320 --> 00:20:06,640 Saya tak sangka saya akan lawan dengan orang hina 399 00:20:06,720 --> 00:20:08,280 dalam pusingan pertama saya. 400 00:20:08,960 --> 00:20:10,760 - Orang hina? - Betul. 401 00:20:11,640 --> 00:20:13,240 Orang yang saya nak tewaskan 402 00:20:13,320 --> 00:20:15,400 ialah En. Feng daripada Persatuan Selubung, 403 00:20:15,480 --> 00:20:16,800 Sepuluh Tetua 404 00:20:16,880 --> 00:20:18,920 dan semua lelaki kuat di dunia ini. 405 00:20:19,560 --> 00:20:20,720 Saya nak tewaskan 406 00:20:20,800 --> 00:20:22,520 dewa! 407 00:20:38,920 --> 00:20:40,480 Sebelum dia memulakan langkah, 408 00:20:40,560 --> 00:20:43,040 cuaca sudah pun berubah. 409 00:20:43,120 --> 00:20:44,120 Kebolehan Zhang Chulan 410 00:20:44,200 --> 00:20:45,960 amat menakutkan. 411 00:20:47,000 --> 00:20:48,280 Mungkinkah 412 00:20:48,360 --> 00:20:51,000 ini Keramat Qi 413 00:20:51,080 --> 00:20:53,040 yang disebut dalam legenda? 414 00:20:58,400 --> 00:21:01,200 Pisang Ketua Tao juga telah diterbangkan. 415 00:21:02,960 --> 00:21:05,480 Adakah pertandingan ini perlu ditangguhkan? 416 00:21:12,080 --> 00:21:13,080 Tamat. 417 00:21:15,920 --> 00:21:19,240 Saya tak dapat merasai aliran qi dalam badannya. 418 00:21:19,320 --> 00:21:20,320 Takkanlah 419 00:21:21,000 --> 00:21:22,320 dia dapat mengawal 420 00:21:22,880 --> 00:21:24,080 dan mengubah cuaca 421 00:21:24,160 --> 00:21:25,040 dengan kehendak hati saja? 422 00:21:25,120 --> 00:21:27,520 Mungkin Ketua Tao pun 423 00:21:28,200 --> 00:21:29,840 tak mencapai tahap ini. 424 00:21:29,920 --> 00:21:31,760 Budak ini agak hebat. 425 00:21:33,520 --> 00:21:34,840 Nak takut apa? 426 00:21:35,840 --> 00:21:37,560 Memanglah dia hebat, tapi dia keseorangan. 427 00:21:37,640 --> 00:21:39,480 Kami bertiga menentang dia. 428 00:21:39,560 --> 00:21:41,200 Mari kita serang dia bersama-sama. 429 00:21:41,280 --> 00:21:42,640 Kita nekad mara 430 00:21:42,720 --> 00:21:43,680 walaupun peluangnya tipis. 431 00:21:43,760 --> 00:21:44,880 Begitulah kita jadi kuat. 432 00:21:44,960 --> 00:21:46,080 Tapi kamu dah berputus asa 433 00:21:46,160 --> 00:21:47,680 dengan diri sendiri. 434 00:21:47,760 --> 00:21:49,680 Memandangkan kamu dah jadi orang hina, 435 00:21:49,760 --> 00:21:50,720 merangkaklah ke sini. 436 00:21:51,280 --> 00:21:52,440 Saya akan kalahkan kamu 437 00:21:52,520 --> 00:21:55,080 dengan cara yang sepadan dengan status kamu. 438 00:21:56,080 --> 00:21:57,520 Bagaimana? Kita nak serang dia? 439 00:21:57,600 --> 00:21:59,120 Awak pergi dulu. 440 00:22:01,120 --> 00:22:02,640 Zhang Chulan. 441 00:22:02,720 --> 00:22:03,560 Terima kasih. 442 00:22:03,640 --> 00:22:05,160 Teguran awak menyedarkan saya. 443 00:22:06,120 --> 00:22:06,960 Maafkan saya. 444 00:22:07,640 --> 00:22:08,840 Saya nak lawan dia sendirian. 445 00:22:10,160 --> 00:22:11,760 Saya bukan datang untuk menang, 446 00:22:11,840 --> 00:22:14,040 tapi untuk membuktikan jurang antara saya dan orang kuat. 447 00:22:14,560 --> 00:22:15,600 Jadi 448 00:22:15,680 --> 00:22:18,480 saya mesti memelihara maruah saya sebagai pencabar. 449 00:22:18,560 --> 00:22:19,880 Pencabar? 450 00:22:19,960 --> 00:22:21,520 Layakkah awak peroleh identiti itu 451 00:22:21,600 --> 00:22:23,440 tanpa sebarang pengorbanan? 452 00:22:25,200 --> 00:22:26,680 Awak sedang menghina saya 453 00:22:27,760 --> 00:22:30,280 dan Keramat Qi. 454 00:22:34,880 --> 00:22:36,000 Dia duduk? 455 00:22:36,840 --> 00:22:38,600 Dia langsung tak takut kami? 456 00:22:38,680 --> 00:22:39,920 Marilah. 457 00:22:40,480 --> 00:22:42,160 Tunjukkan siapa antara kamu bertiga 458 00:22:42,240 --> 00:22:43,880 yang paling kuat 459 00:22:43,960 --> 00:22:46,000 dan paling layak berlawan dengan saya 460 00:22:46,080 --> 00:22:48,440 dan menerima serangan Keramat Qi. 461 00:22:49,040 --> 00:22:50,360 - Saya! - Saya! 462 00:22:58,600 --> 00:22:59,680 Rancangan saya berjaya. 463 00:23:01,560 --> 00:23:03,360 Kita dah pandang rendah dia. 464 00:23:03,440 --> 00:23:05,080 Nampaknya, dia pandai juga. 465 00:23:05,160 --> 00:23:06,120 Baobao, 466 00:23:06,200 --> 00:23:07,840 ringan sedikit beban awak. 467 00:23:09,840 --> 00:23:10,840 Sebenarnya, 468 00:23:10,920 --> 00:23:12,480 budak ini banyak akal. 469 00:23:13,320 --> 00:23:15,480 Dia hanya akan bertindak selepas mereka penat. 470 00:23:30,080 --> 00:23:31,040 Pendeta di belakang, 471 00:23:31,120 --> 00:23:32,160 sila ke tempat lain. 472 00:23:34,280 --> 00:23:35,160 Kenapa? 473 00:23:35,240 --> 00:23:37,120 Peminat saya minta gambar swafoto saya. 474 00:23:37,200 --> 00:23:38,280 Saya nak ambil gambar. 475 00:23:38,360 --> 00:23:40,080 Di sini terang. Tolong ke tempat lain. 476 00:23:40,800 --> 00:23:42,360 Suntinglah gambar nanti. 477 00:23:43,040 --> 00:23:44,400 Penatlah nak bergerak ke sana sini. 478 00:24:00,720 --> 00:24:01,640 Zhang Chulan. 479 00:24:03,040 --> 00:24:04,680 Saya dah layak untuk mencabar awak. 480 00:24:05,520 --> 00:24:06,720 Marilah. 481 00:24:06,800 --> 00:24:08,440 Ini penghormatan saya untuk mereka yang kuat. 482 00:24:08,520 --> 00:24:10,520 Biarlah saya saksikan Keramat Qi awak. 483 00:24:11,600 --> 00:24:12,920 Duduk dulu 484 00:24:13,000 --> 00:24:14,480 dan selaraskan nafas awak. 485 00:24:14,560 --> 00:24:16,560 Laraskan qi awak kepada keadaan terbaik. 486 00:24:17,120 --> 00:24:18,760 Saya takkan serang awak sekarang. 487 00:24:21,120 --> 00:24:22,120 Terima kasih. 488 00:24:22,960 --> 00:24:24,160 Kemenangan dah tak penting lagi. 489 00:24:25,200 --> 00:24:26,480 Saya berbesar hati 490 00:24:28,480 --> 00:24:29,560 dapat menentang awak. 491 00:25:01,800 --> 00:25:03,440 Terima kasih, tapi saya tak sejuk. 492 00:25:08,920 --> 00:25:10,040 Ini… 493 00:25:10,560 --> 00:25:12,400 - Tak tahu malu! - Apa dia buat? 494 00:25:18,640 --> 00:25:20,000 Hei. 495 00:25:20,080 --> 00:25:21,240 Saya tak langgar peraturan, bukan? 496 00:25:22,160 --> 00:25:23,000 Tak, 497 00:25:23,080 --> 00:25:25,720 tapi saya teringin nak belasah awak sekarang. 498 00:25:48,720 --> 00:25:49,640 Harimau Putih, Kumpulan Dua. 499 00:25:49,720 --> 00:25:50,720 Pemenangnya ialah 500 00:25:51,400 --> 00:25:52,240 Zhang Chulan. 501 00:25:52,320 --> 00:25:54,000 PUSINGAN PENYINGKIRAN 32 TERATAS 502 00:25:54,080 --> 00:25:57,240 ZHANG CHULAN, LAYAK UNTUK 32 TERATAS 503 00:25:58,360 --> 00:25:59,840 Zhang Chulan tak tahu malu! 504 00:26:13,120 --> 00:26:14,960 Bukankah awak kata nak tunggu 505 00:26:15,040 --> 00:26:16,360 saya bersedia dulu? 506 00:26:17,720 --> 00:26:18,920 Kenapa awak mungkir janji? 507 00:26:19,680 --> 00:26:21,400 Di mana maruah orang kuat? 508 00:26:22,080 --> 00:26:23,840 Maruah orang kuat? 509 00:26:24,560 --> 00:26:26,480 Berapa harganya? 510 00:26:27,400 --> 00:26:29,640 Tak sangka dia menang dengan cara ini. 511 00:26:29,720 --> 00:26:31,720 Jawatankuasa penganjur menetapkan 512 00:26:31,800 --> 00:26:32,760 agar pengulas 513 00:26:32,840 --> 00:26:35,040 - tak boleh menghina peserta. -Ya. 514 00:26:35,640 --> 00:26:36,960 Tapi 515 00:26:37,040 --> 00:26:38,480 saya masih nak cakap. 516 00:26:39,240 --> 00:26:40,360 Saya tak pernah jumpa 517 00:26:40,440 --> 00:26:42,320 orang yang begitu 518 00:26:42,400 --> 00:26:44,280 tak tahu malu! 519 00:26:44,360 --> 00:26:46,280 - Ya! - Tak tahu… 520 00:26:48,520 --> 00:26:53,640 - Tak tahu malu! - Tak tahu malu! 521 00:26:53,720 --> 00:26:59,160 - Tak tahu malu! - Tak tahu malu! 522 00:27:07,960 --> 00:27:08,800 Siap. 523 00:27:09,680 --> 00:27:12,440 Tak sangka awak benar-benar mampu mengawal petir. 524 00:27:12,520 --> 00:27:13,680 Teknik Petir saya lemah 525 00:27:13,760 --> 00:27:15,880 jika dibandingkan dengan awak. 526 00:27:15,960 --> 00:27:17,440 Kenapa awak hanya mengawal petir 527 00:27:17,520 --> 00:27:19,040 untuk jawatankuasa penganjur 528 00:27:19,120 --> 00:27:20,680 dan tak sertai pertandingan ini? 529 00:27:21,960 --> 00:27:23,120 Petir saya 530 00:27:23,200 --> 00:27:25,160 hanya boleh menyambar diri sendiri. 531 00:27:26,520 --> 00:27:27,960 Menyambar diri sendiri? 532 00:27:30,920 --> 00:27:31,920 Hebatnya. 533 00:27:33,480 --> 00:27:34,640 Awak pengalir kilat hidup. 534 00:27:35,760 --> 00:27:36,960 Budak. 535 00:27:37,560 --> 00:27:38,680 Saya saksikan perlawanan awak. 536 00:27:38,760 --> 00:27:39,760 Bagaimana? 537 00:27:39,840 --> 00:27:41,880 Saya geram kerana saya kurang berkebolehan. 538 00:27:41,960 --> 00:27:42,920 Jika tidak, 539 00:27:43,760 --> 00:27:45,560 saya dah sambar awak dengan petir. 540 00:28:05,120 --> 00:28:06,480 Tak tahu malu. 541 00:28:16,800 --> 00:28:18,640 PERTANDINGAN BELA DIRI ORANG LUAR 542 00:28:19,880 --> 00:28:20,760 Aduhai. 543 00:28:20,840 --> 00:28:22,960 Lawan saya seterusnya ialah Shan Shitong. 544 00:28:24,000 --> 00:28:24,920 Shan Shitong? 545 00:28:25,000 --> 00:28:26,240 Siapa? 546 00:28:28,440 --> 00:28:29,400 Dia. 547 00:28:29,480 --> 00:28:30,520 Feng Xingtong beritahu saya 548 00:28:30,600 --> 00:28:32,800 tiga orang lawannya tak bertahan dua minit pun. 549 00:28:32,880 --> 00:28:34,080 Gelarannya ialah Dewa Azimat Hijau. 550 00:28:34,160 --> 00:28:36,240 Dia mahir gunakan Buku Merah untuk sekat nadi. 551 00:28:36,320 --> 00:28:37,400 Saya tiada harapan. 552 00:28:38,520 --> 00:28:39,600 Dia tengah tengok kita. 553 00:28:39,680 --> 00:28:40,600 Saya dah faham. 554 00:28:40,680 --> 00:28:42,040 Biar saya uruskan dia. 555 00:28:42,120 --> 00:28:43,560 Apa maksud awak, Cik Bao? 556 00:28:44,200 --> 00:28:45,960 Saya santai sangat sejak tiba di sini. 557 00:28:46,040 --> 00:28:47,200 Saya perlu mula bekerja. 558 00:28:50,920 --> 00:28:52,800 Jiyun, Yexing. Syabas. 559 00:28:52,880 --> 00:28:54,080 Hebat, Lingyu. 560 00:28:54,160 --> 00:28:55,040 Lingyu. 561 00:28:55,760 --> 00:28:56,800 Saya saksikan perlawanan awak. 562 00:28:56,880 --> 00:28:58,800 Awak hebat seperti biasa. 563 00:28:58,880 --> 00:29:00,680 Saya juga dah saksikan perlawanan awak. 564 00:29:00,760 --> 00:29:02,080 Awak masih tak tahu malu seperti biasa. 565 00:29:02,160 --> 00:29:03,600 Sila jaga pertuturan awak. 566 00:29:03,680 --> 00:29:05,000 Jangan panggil saya Lingyu lagi. 567 00:29:08,280 --> 00:29:09,720 Kenapa dia garang sangat? 568 00:29:09,800 --> 00:29:11,520 Saya ingat dia garang dengan semua orang, 569 00:29:11,600 --> 00:29:13,760 tapi rupanya-rupanya dengan saya saja. 570 00:29:13,840 --> 00:29:15,000 Kenapa dia tak suka saya? 571 00:29:15,080 --> 00:29:16,600 Saya pun tak faham. 572 00:29:16,680 --> 00:29:17,760 Biasanya, Lingyu ramah. 573 00:29:17,840 --> 00:29:20,760 Mungkin sebab Ketua Tao lebihkan awak, 574 00:29:20,840 --> 00:29:22,080 jadi dia rasa iri hati? 575 00:29:24,160 --> 00:29:25,480 Apa masalah awak? 576 00:29:25,560 --> 00:29:26,880 Tak apa jika Chulan tak tahu. 577 00:29:26,960 --> 00:29:28,200 Kenapa awak merepek pula? 578 00:29:28,280 --> 00:29:30,480 Lingyu bukannya berfikiran sempit. 579 00:29:32,440 --> 00:29:33,720 Jika begitu, 580 00:29:34,400 --> 00:29:35,320 Ji Yun, 581 00:29:35,400 --> 00:29:36,760 awak tahu sebabnya, bukan? 582 00:29:48,120 --> 00:29:49,680 Zhang Chulan, jangan teka lagi. 583 00:29:49,760 --> 00:29:52,280 Masuk ke bilik awak dan berehat. Saya tak tahu apa-apa. 584 00:29:52,360 --> 00:29:53,880 Jiyun. 585 00:29:53,960 --> 00:29:55,440 Habiskan saja cerita ini. 586 00:29:55,520 --> 00:29:56,520 Chulan pun dah tanya. 587 00:29:56,600 --> 00:29:58,800 Baik awak cakap atau saya takkan lepaskan awak. 588 00:29:59,720 --> 00:30:00,680 Apa kata begini? 589 00:30:00,760 --> 00:30:02,880 Selepas pendaftaran, kita jumpa di Restoran Xu. 590 00:30:02,960 --> 00:30:04,080 Jumpa di sana. 591 00:30:04,160 --> 00:30:05,240 Mari kita minum bir. 592 00:30:05,320 --> 00:30:06,280 Saya belanja. 593 00:30:14,840 --> 00:30:16,040 - Terima kasih. - Jom. 594 00:30:16,120 --> 00:30:17,400 Nak makan apa? Saya belanja. 595 00:30:17,480 --> 00:30:19,520 Ada kedai yang jual udang krai sos bawang putih yang sedap. 596 00:30:19,600 --> 00:30:20,600 Jom kita ke sana. 597 00:30:20,680 --> 00:30:22,200 Ada roti lapis daging juga. 598 00:30:22,680 --> 00:30:23,680 Kenapa laju sangat? 599 00:30:23,760 --> 00:30:24,960 Nanas pun belum potong. 600 00:30:31,640 --> 00:30:32,800 - Jangan tarik saya. - Jom. 601 00:30:46,480 --> 00:30:48,080 Hebatnya awak. 602 00:30:50,640 --> 00:30:53,320 Mesti tangan awak dah masak selepas dipanggang lama. 603 00:31:03,640 --> 00:31:04,760 Cik. 604 00:31:05,280 --> 00:31:07,160 Tangan saya tak dijual. 605 00:31:07,240 --> 00:31:08,360 Awak boleh pilih makanan ini, 606 00:31:08,440 --> 00:31:09,320 tapi tangan saya berharga. 607 00:31:09,400 --> 00:31:10,640 Lihat. 608 00:31:10,720 --> 00:31:12,840 Hati ayam bagus untuk jantung, ginjal ayam untuk ginjal kita 609 00:31:12,920 --> 00:31:13,960 dan daging ayam menyihatkan badan kita. 610 00:31:14,040 --> 00:31:15,000 Awak sangat kurus. 611 00:31:15,080 --> 00:31:16,560 Makanlah banyak daging. 612 00:31:17,920 --> 00:31:18,960 Nak dua pucuk? 613 00:31:19,040 --> 00:31:20,960 Dua? Tiga atau empat? 614 00:31:21,040 --> 00:31:22,440 - Beli empat percuma satu. - Boleh cepat? 615 00:31:22,520 --> 00:31:23,680 Saya kena bekerja. 616 00:31:23,760 --> 00:31:24,720 Sabarlah. 617 00:31:24,800 --> 00:31:27,480 Daging rasa lebih enak jika dipanggang dengan api perlahan. 618 00:31:27,560 --> 00:31:29,160 - Jus daging meleleh. - Saya dah lambat. 619 00:31:31,120 --> 00:31:32,560 Awak tak bayar pun. 620 00:31:35,080 --> 00:31:36,280 Pendeta berdua, 621 00:31:36,360 --> 00:31:37,440 maafkan saya. 622 00:31:37,520 --> 00:31:39,760 Restoran Xu terlalu padat dengan orang. 623 00:31:43,680 --> 00:31:45,680 Mari kita berbual sambil minum. 624 00:31:46,240 --> 00:31:47,440 Biar saya jelaskan dulu. 625 00:31:47,520 --> 00:31:51,080 Jangan beritahu sesiapa tentang hal ini. 626 00:31:51,160 --> 00:31:52,240 Tentulah. 627 00:31:52,320 --> 00:31:53,560 Jangan risau. 628 00:31:54,040 --> 00:31:55,120 Duduk. 629 00:31:55,880 --> 00:31:57,240 Saya, Zhang Chulan, 630 00:31:57,320 --> 00:31:58,640 sangat pandai simpan rahsia. 631 00:31:58,720 --> 00:32:00,080 Zhang Chulan. 632 00:32:00,160 --> 00:32:02,680 - Awak dah salah faham tentang sesuatu. - Apa dia? 633 00:32:02,760 --> 00:32:06,360 Lingyu layan awak dengan dingin 634 00:32:06,440 --> 00:32:08,600 bukan sebab dia benci awak, 635 00:32:08,680 --> 00:32:10,240 tapi sebab dia iri hati dengan awak. 636 00:32:11,720 --> 00:32:12,800 Iri hati? 637 00:32:12,880 --> 00:32:14,240 Tengok, saya dah cakap. 638 00:32:14,320 --> 00:32:16,400 Ketua Tao lebihkan awak padahal awak orang luar. 639 00:32:16,480 --> 00:32:18,080 Memanglah Lingyu rasa iri hati. 640 00:32:18,800 --> 00:32:19,720 Tak betul. 641 00:32:20,880 --> 00:32:22,120 Itu bukan sebabnya. 642 00:32:22,200 --> 00:32:23,120 Jadi apa sebabnya? 643 00:32:28,080 --> 00:32:29,960 Sebab ia berkaitan dengan Teknik Petir. 644 00:32:31,240 --> 00:32:32,120 Teknik Petir? 645 00:32:32,200 --> 00:32:33,640 Saya ingatkan kita dah tahu. 646 00:32:33,720 --> 00:32:35,440 Awak sedar tak perbezaan 647 00:32:35,520 --> 00:32:38,200 antara Teknik Petir kamu berdua? 648 00:32:38,280 --> 00:32:41,520 PETIR YIN, PETIR YANG 649 00:32:42,440 --> 00:32:43,760 Petirnya hitam. 650 00:32:44,480 --> 00:32:46,480 Betul. Ia dipanggil Petir Lima Yin. 651 00:32:47,480 --> 00:32:49,000 Berdasarkan peraturan Gunung Longhu, 652 00:32:49,080 --> 00:32:51,240 Ketua Tao boleh mengajar Teknik Petir 653 00:32:51,320 --> 00:32:52,640 kepada murid pilihannya, 654 00:32:52,720 --> 00:32:54,480 tapi hanya separuh daripadanya. 655 00:32:54,560 --> 00:32:55,880 Teknik Petir Lima yang sempurna 656 00:32:55,960 --> 00:32:58,280 hanya boleh dipelajari 657 00:32:58,360 --> 00:32:59,480 oleh pewaris Ketua Tao. 658 00:32:59,560 --> 00:33:01,480 Orang tertentu saja boleh pelajari Separuh Teknik Petir lain. 659 00:33:01,560 --> 00:33:03,480 Tentulah, orang itu mesti berkebolehan. 660 00:33:04,040 --> 00:33:06,800 Tapi ada satu lagi syarat yang tegas. 661 00:33:07,440 --> 00:33:08,760 Orang itu mestilah 662 00:33:09,440 --> 00:33:10,360 masih teruna. 663 00:33:10,440 --> 00:33:11,280 Awak faham? 664 00:33:11,360 --> 00:33:12,360 Ya. 665 00:33:14,640 --> 00:33:15,480 Dia tak faham. 666 00:33:16,520 --> 00:33:17,560 Maksudnya, tak boleh 667 00:33:17,640 --> 00:33:18,600 buat perkara ini 668 00:33:18,680 --> 00:33:19,640 dan perkara itu. 669 00:33:20,240 --> 00:33:21,480 Kemudian senior mendapati 670 00:33:21,560 --> 00:33:23,080 bahawa ramai orang bertapa 671 00:33:23,160 --> 00:33:24,840 pada pertengahan umur. 672 00:33:24,920 --> 00:33:26,440 Jadi tak ramai 673 00:33:26,520 --> 00:33:28,600 yang memenuhi syarat itu. 674 00:33:28,680 --> 00:33:30,520 Jadi mereka ubah separuh Teknik Petir itu 675 00:33:30,600 --> 00:33:32,040 agar orang yang bukan teruna 676 00:33:32,120 --> 00:33:33,800 juga boleh berlatih 677 00:33:33,880 --> 00:33:35,480 teknik Petir Lima Yin itu. 678 00:33:35,560 --> 00:33:36,480 Tapi yang awak belajar 679 00:33:36,560 --> 00:33:39,440 adalah separuh lagi Teknik Petir yang tak pernah diubah 680 00:33:40,000 --> 00:33:41,280 iaitu Petir Lima Yang. 681 00:33:41,960 --> 00:33:42,880 Itu yang buat Lingyu 682 00:33:42,960 --> 00:33:45,080 rasa iri hati dengan awak. 683 00:33:47,720 --> 00:33:48,880 Dia juga 684 00:33:49,680 --> 00:33:51,280 dah bercinta. 685 00:34:03,480 --> 00:34:04,480 Datuk. 686 00:34:05,520 --> 00:34:06,560 Datuk tahu tak? 687 00:34:07,880 --> 00:34:10,760 Zhang Lingyu pun bercinta. 688 00:34:12,960 --> 00:34:14,880 Saya tak nak menangis, 689 00:34:14,960 --> 00:34:16,440 tapi Zhang Lingyu pun 690 00:34:16,520 --> 00:34:18,280 dah bercinta. 691 00:34:18,760 --> 00:34:19,920 Kenapa menangis di sini? 692 00:34:26,679 --> 00:34:27,520 Jangan tanya. 693 00:34:27,600 --> 00:34:30,480 Ikut saya. Saya akan gembirakan awak. 694 00:34:55,199 --> 00:34:57,040 Cik Bao, kita nak ke mana? 695 00:34:57,120 --> 00:34:58,360 Kita belum sampai lagi. 696 00:34:59,720 --> 00:35:01,400 Apa kata kita pulang ke hotel? 697 00:35:13,680 --> 00:35:14,720 Shan Shitong? 698 00:35:14,800 --> 00:35:16,360 Gembira tak? 699 00:35:16,440 --> 00:35:17,760 Awak yang ikat dia di sini? 700 00:35:17,840 --> 00:35:19,320 Ya, saya nak buat kerja saya. 701 00:35:20,360 --> 00:35:22,840 Saya akan gali satu lubang di sana dan tanam dia di dalamnya. 702 00:35:22,920 --> 00:35:24,880 Awak dah gila, Cik Bao? Dia akan mati. 703 00:35:24,960 --> 00:35:27,040 Kepalanya takkan ditanam, jadi dia takkan mati. 704 00:35:27,680 --> 00:35:29,080 Saya dah periksa tempat ini. 705 00:35:29,160 --> 00:35:30,160 Tiada sesiapa datang. 706 00:35:30,240 --> 00:35:31,760 Saya dah belikan ayam dan teh susu. 707 00:35:31,840 --> 00:35:33,160 Dia takkan mati kelaparan. 708 00:35:35,640 --> 00:35:36,800 Saya dah faham. 709 00:35:36,880 --> 00:35:38,480 Jadi ini tujuan awak ke sini. 710 00:35:39,400 --> 00:35:41,280 Awak nak hapuskan halangan untuk jadikan saya juara. 711 00:35:41,360 --> 00:35:42,640 Awak baru sedar? 712 00:35:42,720 --> 00:35:44,240 Tapi ini sangat keji. 713 00:35:44,320 --> 00:35:46,440 Jika perkara ini tersebar, reputasi saya akan tercemar. 714 00:35:46,520 --> 00:35:47,920 Awak ada reputasikah? 715 00:35:49,400 --> 00:35:50,320 Jangan sibuk. 716 00:35:50,400 --> 00:35:51,240 Saya tak setuju. 717 00:35:52,280 --> 00:35:54,880 Mereka sentiasa cakap saya dungu. Saya tak dungu langsung. 718 00:35:54,960 --> 00:35:56,040 Kebanyakan masa, 719 00:35:56,120 --> 00:35:57,360 saya amat cerdik. 720 00:35:57,440 --> 00:35:58,920 Janganlah bergurau. 721 00:35:59,000 --> 00:36:00,520 Jika saya boleh tewaskan awak, 722 00:36:00,600 --> 00:36:02,600 saya rasa nak korek dan periksa otak awak! 723 00:36:02,680 --> 00:36:04,040 Dari mana awak dapat penyodok ini? 724 00:36:04,120 --> 00:36:05,400 Awak begitu suka tanam orang? 725 00:36:05,480 --> 00:36:06,320 Kita akan dihalau 726 00:36:06,400 --> 00:36:09,240 jika dia bebaskan diri dan dedahkan perbuatan kita! 727 00:36:09,320 --> 00:36:10,640 Awak tak boleh tanam orang. 728 00:36:10,720 --> 00:36:12,040 Dah banyak kali saya cakap. 729 00:36:12,120 --> 00:36:14,480 Tak apa. Jika dia buka mulut, kita tak perlu mengaku. 730 00:36:14,560 --> 00:36:16,920 Saya akan bersihkan dia dulu. Dia takkan ada bukti. 731 00:36:21,560 --> 00:36:22,880 Shan, bawa bertenang. 732 00:36:22,960 --> 00:36:24,280 Jangan pedulikan dia. 733 00:36:26,640 --> 00:36:27,480 Shan. 734 00:36:27,560 --> 00:36:28,920 Kenapa awak lepaskan dia? 735 00:36:30,440 --> 00:36:31,760 Ke tepi, Zhang Chulan! 736 00:36:31,840 --> 00:36:32,680 Perempuan gila. 737 00:36:32,760 --> 00:36:34,160 Saya takkan lepaskan awak! 738 00:36:35,560 --> 00:36:37,960 Berani awak menyerang hendap saya? 739 00:36:38,040 --> 00:36:39,200 Marilah, perempuan gila. 740 00:36:39,280 --> 00:36:40,920 Mari kita lawan. 741 00:36:41,000 --> 00:36:41,960 Saya akan tunjukkan 742 00:36:42,040 --> 00:36:43,200 kehebatan Dewa Azimat Hijau. 743 00:36:43,280 --> 00:36:45,880 SHAN SHITONG, BUKU MERAH 744 00:36:46,520 --> 00:36:47,440 Shan, beginilah. 745 00:36:47,520 --> 00:36:48,800 Dengar cakap saya dulu. 746 00:36:48,880 --> 00:36:50,960 Saya boleh cadangkan jalan penyelesaian. 747 00:36:51,520 --> 00:36:52,840 Jangan halang saya, Zhang Chulan. 748 00:36:52,920 --> 00:36:53,880 Kalau awak tak diam, 749 00:36:53,960 --> 00:36:55,400 saya akan kerjakan awak juga. 750 00:37:00,440 --> 00:37:01,400 Shan, 751 00:37:01,480 --> 00:37:02,800 dengarlah dulu. 752 00:37:02,880 --> 00:37:05,000 Janganlah guna kekerasan. Tak baiklah. 753 00:37:05,080 --> 00:37:06,560 Apa yang awak nak cakap? 754 00:37:21,640 --> 00:37:24,360 Tak bolehkah awak pukul dia selepas saya habis cakap?