1 00:00:20,120 --> 00:00:21,040 Ketua Tao. 2 00:00:21,120 --> 00:00:21,960 Baik. 3 00:00:23,120 --> 00:00:24,240 Perlahan-lahan. 4 00:00:25,520 --> 00:00:26,360 Ketua Tao. 5 00:00:26,960 --> 00:00:28,840 Kemusnahan ini angkara Nikmat Keji. 6 00:00:28,920 --> 00:00:31,120 Kami akan hubungi syarikat insurans untuk pampasan. 7 00:00:32,840 --> 00:00:33,720 Baik. 8 00:00:38,440 --> 00:00:39,520 Zhang Chulan. 9 00:00:39,600 --> 00:00:41,480 Apa rahsia tentang Tianshidu? 10 00:00:41,560 --> 00:00:42,960 Ada tak latar belakang saya? 11 00:00:44,480 --> 00:00:45,840 Tianshidu… 12 00:00:46,320 --> 00:00:48,160 Chulan, mari sini sekejap. 13 00:00:49,880 --> 00:00:51,680 Cik Bao, tunggu saya di sini dulu. 14 00:01:21,320 --> 00:01:23,880 DIADAPTASI DARIPADA KOMIK WEB YI REN ZHI XIA 15 00:01:28,280 --> 00:01:29,880 CERITA INI FIKSYEN SEMATA-MATA 16 00:01:29,960 --> 00:01:31,640 JANGAN TIRU AKSI INI 17 00:01:36,640 --> 00:01:38,600 Ketua Tao, saya Feng daripada Nikmat Keji. 18 00:01:38,680 --> 00:01:39,600 Saya pula Kun. 19 00:01:39,680 --> 00:01:41,160 Salam sejahtera, Ketua Tao. 20 00:01:45,440 --> 00:01:46,480 Bagus sekali. 21 00:01:46,560 --> 00:01:48,160 Boleh kami pergi sekarang? 22 00:01:49,880 --> 00:01:51,120 Berehatlah secukupnya. 23 00:01:52,160 --> 00:01:54,080 - Bagusnya! - Akhirnya kita boleh pergi! 24 00:01:54,160 --> 00:01:55,560 Kamu buat kerja dengan baik. 25 00:01:55,640 --> 00:01:56,960 Tinggal sajalah di sini 26 00:01:57,040 --> 00:01:58,440 dan jaga keperluan harian saya. 27 00:02:03,360 --> 00:02:05,640 Cepat cakap terima kasih kepada Ketua Tao. 28 00:02:05,720 --> 00:02:07,640 Ini bukan tawaran biasa. 29 00:02:07,720 --> 00:02:09,560 Saya teringin nak tinggal di sini. 30 00:02:09,639 --> 00:02:10,880 Saya cemburu dengan kamu. 31 00:02:15,600 --> 00:02:16,680 Kami kemas barang dulu. 32 00:02:17,480 --> 00:02:19,560 Janganlah tolak. Awak dah kena tukar pendakap. 33 00:02:20,080 --> 00:02:21,000 Tahniah, mahaguru. 34 00:02:21,080 --> 00:02:22,680 Tambah dua orang pembantu lagi. 35 00:02:25,640 --> 00:02:27,600 Awak kata awak cemburukan mereka. 36 00:02:29,320 --> 00:02:30,840 Kenapa awak tak tinggal di sini? 37 00:02:32,360 --> 00:02:33,240 Ketua Tao. 38 00:02:33,320 --> 00:02:34,240 Sebenarnya, 39 00:02:34,320 --> 00:02:36,640 Nikmat Keji dah ditangani. 40 00:02:36,720 --> 00:02:39,360 Xu San mengeluh kerana kami tak cukup persediaan 41 00:02:39,440 --> 00:02:41,560 dan berjanji hal ini takkan berlaku lagi. 42 00:02:41,640 --> 00:02:43,040 Jangan ubah topik. 43 00:02:44,600 --> 00:02:45,680 Saya tanya sekali lagi. 44 00:02:45,760 --> 00:02:48,000 Adakah awak akan terima Tianshidu? 45 00:02:50,080 --> 00:02:51,160 Mahaguru, 46 00:02:52,760 --> 00:02:54,560 awak belum jawab 47 00:02:55,920 --> 00:02:57,320 soalan saya sebelum ini. 48 00:03:01,760 --> 00:03:03,640 Jika awak serahkan Tianshidu kepada saya, 49 00:03:04,280 --> 00:03:05,640 apa akan berlaku kepada awak? 50 00:03:07,360 --> 00:03:08,400 Rasanya 51 00:03:09,200 --> 00:03:11,200 awak dah dapat teka jawapannya. 52 00:03:14,800 --> 00:03:15,840 Mahaguru, 53 00:03:17,760 --> 00:03:19,760 adakah saya akan dapat jumpa awak lagi? 54 00:03:23,080 --> 00:03:24,920 Macam bercakap dengan dinding pula. 55 00:03:28,560 --> 00:03:30,960 Asalkan niat awak tak terpesong, 56 00:03:31,560 --> 00:03:34,720 saya tetap akan jadi mahaguru awak. 57 00:03:37,520 --> 00:03:39,880 Gunung Longhu kampung halaman awak selama-lamanya. 58 00:03:41,960 --> 00:03:43,360 Maafkan saya, mahaguru. 59 00:03:44,320 --> 00:03:45,560 Sudahlah. 60 00:03:45,640 --> 00:03:47,560 Memandangkan awak dah tahu jawapan saya, 61 00:03:47,640 --> 00:03:50,040 awak patut tahu tentang niat baik saya. 62 00:03:50,680 --> 00:03:51,560 Turun gunung esok. 63 00:03:51,640 --> 00:03:53,360 Tolong saya cari seseorang. 64 00:03:53,440 --> 00:03:55,480 Cuba uji kalau-kalau dia layak 65 00:03:56,040 --> 00:03:57,720 untuk mewarisi Tianshidu. 66 00:03:57,800 --> 00:03:59,240 Awak mesti menangi pertandingan ini. 67 00:03:59,320 --> 00:04:01,360 Awak akan tahu selepas awak jadi juara. 68 00:04:01,440 --> 00:04:03,160 Paling penting, 69 00:04:03,240 --> 00:04:05,320 sejurus awak menjadi Ketua Tao, 70 00:04:05,400 --> 00:04:07,200 Nikmat Keji takkan dapat usik awak. 71 00:04:07,280 --> 00:04:08,520 Mahaguru, 72 00:04:09,920 --> 00:04:11,200 saya tak mahu 73 00:04:11,800 --> 00:04:12,840 terima Tianshidu. 74 00:04:12,920 --> 00:04:14,200 Jangan kata awak tak tahu. 75 00:04:14,280 --> 00:04:17,519 Saya yang sediakan pertandingan ini untuk awak! 76 00:04:20,200 --> 00:04:21,519 Jaga diri baik-baik. 77 00:04:23,120 --> 00:04:24,440 Awak, 78 00:04:25,640 --> 00:04:26,960 Lingyu 79 00:04:27,720 --> 00:04:29,760 dan Wang Ye itu, 80 00:04:29,840 --> 00:04:31,200 dunia ini 81 00:04:32,720 --> 00:04:35,080 milik kamu semua kelak. 82 00:04:35,840 --> 00:04:37,400 Beban kamu 83 00:04:37,480 --> 00:04:38,760 pasti berat. 84 00:04:42,440 --> 00:04:44,240 Mahaguru ada, bukan? 85 00:04:44,320 --> 00:04:45,560 Orang takkan berani sentuh saya. 86 00:04:46,720 --> 00:04:47,800 Budak bertuah ini. 87 00:04:48,480 --> 00:04:50,280 Gadis itu sedang menunggu awak di luar. 88 00:04:50,360 --> 00:04:51,760 Pergilah. 89 00:05:00,240 --> 00:05:01,440 Cik Bao. 90 00:05:07,960 --> 00:05:10,200 Adakah dia penting bagi awak? 91 00:05:16,880 --> 00:05:18,240 - Tolong kami! - Jangan lari! 92 00:05:18,320 --> 00:05:20,160 Ketua Tao, awak tipu saya. 93 00:05:20,240 --> 00:05:21,520 Selamatkan kami. 94 00:05:21,600 --> 00:05:23,600 - Ini angkara siapa? - Dia. 95 00:05:23,680 --> 00:05:25,480 Tuan guru tak apa-apa? 96 00:05:27,840 --> 00:05:29,120 Kenapa awak ada di sini? 97 00:05:29,200 --> 00:05:30,640 Saya suruh awak jaga Jinzhong. 98 00:05:30,720 --> 00:05:32,200 Senyap di sana. 99 00:05:32,280 --> 00:05:33,280 Tiada orang buat hal. 100 00:05:33,360 --> 00:05:34,240 Dalam perjalanan ke sini, 101 00:05:34,320 --> 00:05:35,400 saya terserempak dengan dua orang ini. 102 00:05:35,480 --> 00:05:36,680 Apa awak buat di sini? 103 00:05:38,960 --> 00:05:39,800 Di mana Jinzhong? 104 00:05:40,920 --> 00:05:42,640 Dia masih di bilik. 105 00:05:48,200 --> 00:05:49,320 Tuan guru. 106 00:05:56,800 --> 00:05:58,040 Tuan Guru Tian. 107 00:05:58,520 --> 00:05:59,760 Tuan guru datang. 108 00:06:02,640 --> 00:06:03,520 Tuan guru. 109 00:06:04,320 --> 00:06:05,200 Tuan Guru Tian? 110 00:06:09,480 --> 00:06:10,640 Tuan Guru Tian? 111 00:06:37,240 --> 00:06:38,800 Tuan Guru Tian! 112 00:07:10,640 --> 00:07:12,560 Chulan, ini angkara siapa? 113 00:07:20,200 --> 00:07:22,480 Ingatan dia telah dirampas oleh seseorang. 114 00:07:23,960 --> 00:07:25,240 Lyu Liang… 115 00:07:27,360 --> 00:07:29,320 Pergi tengok jika ada apa-apa petunjuk. 116 00:07:30,160 --> 00:07:31,040 Ketua Tao, 117 00:07:31,120 --> 00:07:32,360 sila ke tepi sedikit. 118 00:07:33,280 --> 00:07:35,040 Dia pakar dari syarikat kami. 119 00:07:35,120 --> 00:07:37,200 Dia boleh memulihkan tempat kejadian dengan saki-baki qi . 120 00:07:37,280 --> 00:07:38,480 Tapi sudah tentulah, 121 00:07:38,560 --> 00:07:39,760 jika ini dah lama berlaku, 122 00:07:39,840 --> 00:07:41,000 qi yang tinggal tak cukup 123 00:07:41,080 --> 00:07:42,520 untuk memulihkan tempat kejadian. 124 00:07:44,720 --> 00:07:45,680 Ada harapan lagi sekarang? 125 00:07:46,880 --> 00:07:48,520 Kejadian berlaku kurang 40 minit lalu. 126 00:07:49,280 --> 00:07:50,120 Boleh dipulihkan. 127 00:08:05,920 --> 00:08:07,320 Saya berada di sana masa itu. 128 00:08:09,560 --> 00:08:10,560 Tuan Guru Tian. 129 00:08:12,040 --> 00:08:13,080 Rong Shan. 130 00:08:13,160 --> 00:08:14,680 Kenapa ini, Qing? 131 00:08:14,760 --> 00:08:16,400 Awak nampak panik saja. 132 00:08:17,120 --> 00:08:17,960 Rumah Agam Tao… 133 00:08:20,160 --> 00:08:22,360 Nikmat Keji sedang menyerang Rumah Agam Tao. 134 00:08:24,560 --> 00:08:26,560 Kumpulan binatang ini! 135 00:08:26,640 --> 00:08:28,360 Khabarnya, Ketua Tao juga turun padang. 136 00:08:28,440 --> 00:08:29,960 Ramai ahli Nikmat Keji ke sini. 137 00:08:30,040 --> 00:08:31,480 Ketua Tao pula dah tua. 138 00:08:31,560 --> 00:08:34,000 Saya takut dia tak mampu menanggungnya. 139 00:08:35,760 --> 00:08:37,039 Rongshan, cepat pergi. 140 00:08:37,960 --> 00:08:39,440 Bantu tuan guru awak. 141 00:08:39,520 --> 00:08:40,760 Tak boleh, Tuan Guru Tian. 142 00:08:40,840 --> 00:08:42,919 Tuan guru minta saya melindungi tuan. 143 00:08:43,000 --> 00:08:45,360 Tempat ini terpencil, tiada orang akan datang ke sini. 144 00:08:45,440 --> 00:08:46,320 Cepat pergi. 145 00:08:46,400 --> 00:08:47,720 Ini arahan saya. 146 00:08:50,400 --> 00:08:52,240 Yu, Qing. 147 00:08:52,800 --> 00:08:54,560 Jaga Tuan Guru Tian baik-baik. 148 00:08:55,120 --> 00:08:55,960 Ya. 149 00:08:56,800 --> 00:08:58,680 Rong Shan, jangan risau. 150 00:08:59,960 --> 00:09:01,360 Si dungu. 151 00:09:02,480 --> 00:09:03,920 Mudahnya mereka mengumpan awak. 152 00:09:05,520 --> 00:09:06,400 Bagaimana ini? 153 00:09:06,480 --> 00:09:07,600 Adakah Nikmat Keji 154 00:09:07,680 --> 00:09:09,680 akan memusnahkan Rumah Agam Tao? 155 00:09:09,760 --> 00:09:10,880 Jangan risau. 156 00:09:11,640 --> 00:09:13,600 Mereka tiada kemampuan itu 157 00:09:13,680 --> 00:09:15,240 dan tak berniat untuk memusnahkan Rumah Agam Tao. 158 00:09:15,320 --> 00:09:16,640 Qing. 159 00:09:16,720 --> 00:09:19,120 Awak tak pernah jumpa Nikmat Keji. 160 00:09:19,960 --> 00:09:21,680 Mereka sanggup buat apa-apa saja 161 00:09:22,440 --> 00:09:24,160 untuk mencapai matlamat mereka. 162 00:09:27,240 --> 00:09:28,200 Qing. 163 00:09:28,280 --> 00:09:29,160 Apa yang awak buat? 164 00:09:29,640 --> 00:09:31,760 Tuan kata, Nikmat Keji sanggup buat apa-apa saja. 165 00:09:32,320 --> 00:09:33,400 Sudah tentu saya tahu. 166 00:09:33,480 --> 00:09:35,200 Saya dah beritahu mereka 167 00:09:35,280 --> 00:09:38,400 untuk musnahkan benda-benda yang tak penting di Rumah Agam Tao. 168 00:09:38,480 --> 00:09:40,800 Lagipun, saya telah tinggal di sini selama tiga tahun. 169 00:09:41,760 --> 00:09:43,040 Tempat ini cukup bermakna. 170 00:09:51,640 --> 00:09:53,480 Gong Qing, Pemangku Ketua Nikmat Keji. 171 00:09:58,280 --> 00:09:59,320 Selamat berkenalan. 172 00:10:01,520 --> 00:10:04,240 PEMANGKU KETUA NIKMAT KEJI GONG QING 173 00:10:14,640 --> 00:10:16,720 TIGA PULUH MINIT SELEPAS PEMBUNUHAN TIAN JINZHONG 174 00:10:20,240 --> 00:10:21,240 Dia datang. 175 00:10:37,520 --> 00:10:39,560 Akhirnya, awak dah tunjuk muka, 176 00:10:39,640 --> 00:10:41,640 Pemangku Ketua Gong. 177 00:10:46,920 --> 00:10:48,400 Tak selamat di luar sana. 178 00:10:48,480 --> 00:10:50,920 Tianqian telah disekat oleh NDT. 179 00:10:51,400 --> 00:10:53,280 Gudang ini nampak terbiar. 180 00:10:53,360 --> 00:10:54,760 Mereka takkan cari sampai sini. 181 00:10:55,280 --> 00:10:57,360 Kamu bermalam di sini dulu malam ini. 182 00:10:57,440 --> 00:10:58,760 Selepas pengebumian esok, 183 00:10:58,840 --> 00:11:00,400 kamu boleh ambil kesempatan untuk turun. 184 00:11:02,400 --> 00:11:03,680 Pengebumian? 185 00:11:03,760 --> 00:11:05,040 Pengebumian siapa? 186 00:11:05,120 --> 00:11:07,600 Tuan Yuan, bagaimana keadaan awak di sana? 187 00:11:08,280 --> 00:11:10,040 Awak lihatlah. 188 00:11:10,120 --> 00:11:13,040 Saya dah melengahkan Ketua Tao. 189 00:11:14,120 --> 00:11:15,960 Tapi begitu ramai yang terkorban 190 00:11:16,040 --> 00:11:17,840 kerana awak. 191 00:11:17,920 --> 00:11:20,440 Walaupun mereka budak-budak yang tak berakal, 192 00:11:20,520 --> 00:11:22,480 mereka tetap ahli Nikmat Keji. 193 00:11:22,560 --> 00:11:24,880 Jika awak juga pulang dengan tangan kosong, 194 00:11:26,240 --> 00:11:27,920 tahu apa yang menanti awak? 195 00:11:46,600 --> 00:11:47,640 Jangan picit lagi. 196 00:11:51,760 --> 00:11:53,120 Cukup! 197 00:12:09,920 --> 00:12:10,800 Tuan Yuan. 198 00:12:11,520 --> 00:12:14,040 Awak tanya saya, upacara pengebumian ini untuk siapa? 199 00:12:14,120 --> 00:12:15,600 Ini pengebumian Tian Jinzhong. 200 00:12:15,680 --> 00:12:16,640 Tuan Guru Tian. 201 00:12:20,040 --> 00:12:21,920 Tian Jinzhong dah mati? 202 00:12:23,440 --> 00:12:24,520 Saya yang bunuh dia. 203 00:12:32,680 --> 00:12:35,200 "Bukankah awak rasa awak paling memahami Nikmat Keji?" 204 00:12:35,280 --> 00:12:37,400 Kenapa awak begitu terkejut 205 00:12:37,480 --> 00:12:39,600 yang saya ini pemangku ketua Nikmat Keji 206 00:12:39,680 --> 00:12:41,200 dan murid awak? 207 00:12:42,320 --> 00:12:43,440 Saya cakap jujur sajalah. 208 00:12:44,120 --> 00:12:46,560 Saya berminat dengan Bencana Jiashen. 209 00:12:46,640 --> 00:12:48,280 Terutamanya Zhang Huaiyi. 210 00:12:48,360 --> 00:12:50,920 Saya dapat tahu dia tinggal di Gunung Longhu, 211 00:12:51,000 --> 00:12:52,480 jadi saya menyelinap masuk ke sini. 212 00:12:52,560 --> 00:12:56,080 Tapi awak memang pandai menyimpan rahsia. 213 00:12:56,160 --> 00:12:58,000 Sepanjang saya berada di sini, 214 00:12:58,080 --> 00:12:59,280 saya tak temui apa-apa. 215 00:12:59,800 --> 00:13:01,000 Tapi nasib saya agak baik. 216 00:13:01,560 --> 00:13:03,440 Semasa saya hampir berputus asa, 217 00:13:03,520 --> 00:13:05,440 saya terjumpa satu petunjuk. 218 00:13:07,560 --> 00:13:09,880 Jadi saya menunggu peluang 219 00:13:09,960 --> 00:13:11,520 seperti hari ini. 220 00:13:12,640 --> 00:13:14,720 Saya datang untuk tanya sesuatu kepada awak. 221 00:13:17,240 --> 00:13:18,320 Apa dia? 222 00:13:20,880 --> 00:13:22,600 Awak pernah berpecah dengan Zhang Zhiwei 223 00:13:22,680 --> 00:13:23,920 untuk turun dari gunung. 224 00:13:24,000 --> 00:13:25,840 Tiada sesiapa tahu alasannya. 225 00:13:26,400 --> 00:13:27,400 Tapi saya tahu. 226 00:13:28,040 --> 00:13:29,400 Kamu pergi mencari 227 00:13:29,480 --> 00:13:31,040 pembelot Gunung Longhu, 228 00:13:31,600 --> 00:13:33,080 Zhang Huaiyi. 229 00:13:34,920 --> 00:13:36,480 Saya cuma nak tahu. 230 00:13:36,560 --> 00:13:37,880 Adakah pencarian awak 231 00:13:38,480 --> 00:13:40,320 membuahkan hasil? 232 00:13:40,400 --> 00:13:42,240 Bagaimana awak tahu tentang hal ini? 233 00:13:43,400 --> 00:13:44,280 Hanya saya, 234 00:13:44,880 --> 00:13:47,360 tuan guru saya dan Zhiwei yang tahu tentang hal ini. 235 00:13:48,440 --> 00:13:50,000 Orang yang tahu tentang hal ini 236 00:13:50,080 --> 00:13:52,000 memang hanya kamu bertiga. 237 00:13:52,080 --> 00:13:54,120 Tapi mudah saja untuk buat spekulasi. 238 00:13:55,320 --> 00:13:56,640 Saya telah melihat luka awak. 239 00:13:57,480 --> 00:13:59,600 Luka itu kesan daripada penyeksaan. 240 00:14:00,520 --> 00:14:03,240 Jadi kenapa awak disoal siasat? 241 00:14:03,920 --> 00:14:05,280 Sebab mereka nak tahu 242 00:14:05,360 --> 00:14:07,200 tujuan awak turun dari gunung 243 00:14:07,280 --> 00:14:08,640 iaitu demi Zhang Huaiyi. 244 00:14:09,320 --> 00:14:10,600 Spekulasi saya 245 00:14:10,680 --> 00:14:11,760 munasabah, bukan? 246 00:14:13,680 --> 00:14:15,880 Adakah ini semua tekaan awak? 247 00:14:15,960 --> 00:14:16,960 Memang pun. 248 00:14:17,960 --> 00:14:19,080 Saya cakap sajalah. 249 00:14:19,720 --> 00:14:22,000 Serangan di Gunung Longhu hari ini 250 00:14:22,080 --> 00:14:24,520 dilancarkan berdasarkan tekaan saya saja. 251 00:14:24,600 --> 00:14:25,880 Jika tekaan saya salah, 252 00:14:26,560 --> 00:14:28,520 saya akan dibunuh oleh rakan seperjuangan. 253 00:14:29,000 --> 00:14:30,720 Sayangnya. 254 00:14:32,120 --> 00:14:33,480 Tekaan awak tepat. 255 00:14:34,880 --> 00:14:36,120 Memang kami turun dari gunung 256 00:14:37,120 --> 00:14:39,200 untuk mencari Huaiyi. 257 00:14:39,760 --> 00:14:41,200 Orang yang menculik saya juga 258 00:14:41,280 --> 00:14:44,600 menyoal siasat saya tentang keberadaan Huaiyi. 259 00:14:44,680 --> 00:14:46,600 Saya berasa kesal 260 00:14:46,680 --> 00:14:48,800 kerana gagal menemui Huaiyi. 261 00:14:49,680 --> 00:14:51,600 Jika Huaiyi berada di sisi saya, 262 00:14:51,680 --> 00:14:53,640 mereka takkan mampu cederakan saya! 263 00:14:55,280 --> 00:14:56,600 Jadi mereka tak dapat 264 00:14:56,680 --> 00:14:58,200 korek maklumat daripada awak? 265 00:15:00,560 --> 00:15:01,520 Awak tengok. 266 00:15:02,880 --> 00:15:05,840 Mereka cacatkan saya pun saya tak buka mulut. 267 00:15:05,920 --> 00:15:07,320 Apatah lagi awak, 268 00:15:07,400 --> 00:15:08,760 Gong Qing? 269 00:15:08,840 --> 00:15:10,840 Awak fikir awak boleh pancing maklumat 270 00:15:10,920 --> 00:15:12,720 daripada saya? 271 00:15:13,520 --> 00:15:14,720 Tuan Guru Tian, 272 00:15:15,440 --> 00:15:17,120 awak memang degil. 273 00:15:17,200 --> 00:15:20,080 Dengan kemampuan saya seorang, saya tak dapat lakukannya. 274 00:15:21,560 --> 00:15:22,760 Masuk. 275 00:15:29,920 --> 00:15:32,120 Awak nak terus berdegil 276 00:15:32,200 --> 00:15:33,880 atau nak saya terus meneka? 277 00:15:36,080 --> 00:15:38,080 Selama bertahun-tahun di sini, 278 00:15:38,640 --> 00:15:40,360 saya yang menjaga 279 00:15:40,440 --> 00:15:41,960 keperluan harian awak. 280 00:15:44,480 --> 00:15:45,880 Dalam tempoh ini, 281 00:15:46,560 --> 00:15:48,200 bukan sekali saja saya dapati 282 00:15:49,000 --> 00:15:50,840 awak yang kononnya tak perlu tidur, 283 00:15:51,760 --> 00:15:53,360 hampir mengantuk. 284 00:16:17,280 --> 00:16:19,840 Mahaguru, Tuan Guru Tian memang begitu hebatkah? 285 00:16:19,920 --> 00:16:21,320 Dia tak perlu tidur langsung? 286 00:16:23,760 --> 00:16:24,600 Ya. 287 00:16:24,680 --> 00:16:26,240 Dia ada kurniaan samawi. 288 00:16:28,080 --> 00:16:29,480 Hebatnya. 289 00:16:29,560 --> 00:16:30,960 Sejak bila? 290 00:16:31,040 --> 00:16:32,400 Dah lama. 291 00:16:33,160 --> 00:16:34,800 Selepas dia cedera, 292 00:16:36,440 --> 00:16:38,040 badannya terlalu lemah 293 00:16:38,840 --> 00:16:40,560 untuk berlatih apa-apa 294 00:16:40,640 --> 00:16:42,240 selain pertapaan. 295 00:16:50,120 --> 00:16:51,800 Penemuan ini 296 00:16:51,880 --> 00:16:53,080 buat saya amat teruja. 297 00:16:53,960 --> 00:16:54,880 Sebab saya dapat 298 00:16:54,960 --> 00:16:56,800 satu lagi penjelasan. 299 00:16:58,560 --> 00:17:00,400 Awak bukan tak berkeinginan untuk tidur, 300 00:17:00,480 --> 00:17:02,000 tapi awak tak boleh 301 00:17:02,080 --> 00:17:03,520 atau awak tak berani tidur. 302 00:17:04,000 --> 00:17:05,480 Saya andaikan 303 00:17:06,160 --> 00:17:07,160 penculik awak masa itu 304 00:17:07,240 --> 00:17:09,720 tak dapat sebarang maklumat daripada awak. 305 00:17:09,800 --> 00:17:11,119 Awak juga tak pernah 306 00:17:11,200 --> 00:17:13,319 sebut tentang itu di Gunung Longhu. 307 00:17:13,400 --> 00:17:15,240 Tapi sejak hari itu, 308 00:17:15,319 --> 00:17:16,760 awak tak berani tidur lagi. 309 00:17:17,560 --> 00:17:18,960 Kenapa agaknya? 310 00:17:19,640 --> 00:17:22,240 Sebab seseorang hilang sebahagian besar kawalan diri 311 00:17:22,319 --> 00:17:24,280 apabila tidur. 312 00:17:24,359 --> 00:17:26,720 Awak takut akan bercakap semasa tidur. 313 00:17:26,800 --> 00:17:28,400 Sejak awak diselamatkan, 314 00:17:28,480 --> 00:17:30,360 ada satu rahsia yang tersembunyi 315 00:17:30,440 --> 00:17:32,800 dalam hati awak. 316 00:17:32,880 --> 00:17:34,240 Rahsianya ialah 317 00:17:34,320 --> 00:17:36,120 awak pernah jumpa 318 00:17:36,200 --> 00:17:37,320 Zhang Huaiyi. 319 00:17:39,520 --> 00:17:40,440 Bukan itu saja. 320 00:17:42,120 --> 00:17:43,960 Awak bercakap dengan Zhang Huaiyi 321 00:17:44,560 --> 00:17:46,480 dan ada sesetengah hal 322 00:17:46,560 --> 00:17:49,280 yang tak boleh didedahkan kepada tuan guru awak. 323 00:17:49,360 --> 00:17:50,800 Awak nak simpan sampai mati. 324 00:17:56,360 --> 00:17:57,600 Anak muda, 325 00:17:58,080 --> 00:18:00,160 pandai awak buat spekulasi. 326 00:18:01,960 --> 00:18:03,160 Tapi kali ini, 327 00:18:04,320 --> 00:18:06,480 tekaan awak silap. 328 00:18:06,560 --> 00:18:08,600 Saya tak jumpa Huaiyi. 329 00:18:08,680 --> 00:18:11,720 Biarpun tangan dan kaki saya dipotong, 330 00:18:11,800 --> 00:18:13,560 malah urat dan nadi saya diputuskan, 331 00:18:14,520 --> 00:18:16,440 itu tetap hakikat yang sebenar. 332 00:18:17,120 --> 00:18:19,200 Tak kira situasi atau pihak yang bertanya, 333 00:18:19,280 --> 00:18:21,560 itu saja jawapan yang saya akan beri. 334 00:18:21,640 --> 00:18:22,840 Tuan Guru Tian, 335 00:18:23,440 --> 00:18:26,000 saya tahu awak pandai menyimpan rahsia. 336 00:18:26,080 --> 00:18:27,760 Saya tak merancang untuk mendesak pun. 337 00:18:29,040 --> 00:18:29,920 Lyu Liang. 338 00:18:33,600 --> 00:18:34,440 Berundur, 339 00:18:34,520 --> 00:18:36,040 binatang jahat! 340 00:18:45,080 --> 00:18:46,080 Cepat. 341 00:18:46,560 --> 00:18:48,960 Keluarkan ingatan dia pada masa itu 342 00:18:49,040 --> 00:18:50,160 dan padam semua itu 343 00:18:50,240 --> 00:18:51,760 berserta ingatan yang ada kita berdua. 344 00:18:52,320 --> 00:18:54,280 Dah lama dia memendam rahsia ini. 345 00:18:54,360 --> 00:18:55,840 Bebaskan dia daripada penderitaan. 346 00:18:56,400 --> 00:18:57,280 Saya tak boleh buat. 347 00:18:58,480 --> 00:18:59,960 Jiwa orang tua ini 348 00:19:00,040 --> 00:19:01,800 paling degil yang saya pernah temui. 349 00:19:03,000 --> 00:19:04,080 Anggap saja nasib baik 350 00:19:04,560 --> 00:19:05,720 jika ingatannya dapat diperiksa. 351 00:19:06,560 --> 00:19:08,120 Untuk keluarkan ingatan tertentu, 352 00:19:08,200 --> 00:19:09,560 perlukan masa berbulan-bulan. 353 00:19:10,520 --> 00:19:11,800 Kita takkan dapat apa-apa 354 00:19:12,520 --> 00:19:14,000 jika cari sekarang. 355 00:19:14,080 --> 00:19:14,920 Pergi. 356 00:19:15,000 --> 00:19:16,200 Berjaga di depan pintu. 357 00:19:17,320 --> 00:19:18,640 Saya akan cuba sedaya upaya 358 00:19:19,320 --> 00:19:21,120 untuk buat salinan semua ingatannya. 359 00:19:42,080 --> 00:19:44,000 Dah berjaya. Mari pergi. 360 00:19:44,080 --> 00:19:45,880 Bahaya kita singgah lama di sini. 361 00:19:46,480 --> 00:19:47,840 Qing. 362 00:19:48,760 --> 00:19:49,600 Mari. 363 00:19:50,680 --> 00:19:52,760 Ayuh, kerja kita dah selesai. 364 00:19:52,840 --> 00:19:53,800 Awak tunggu apa lagi? 365 00:19:58,640 --> 00:19:59,560 Apa awak nak buat? 366 00:19:59,640 --> 00:20:00,840 Awak dah gilakah? 367 00:20:00,920 --> 00:20:02,200 Saya akan pergi sekarang. 368 00:20:32,320 --> 00:20:33,320 Qing. 369 00:20:34,440 --> 00:20:35,800 Hebatnya awak. 370 00:20:36,760 --> 00:20:38,880 Dah tiga tahun awak merancang. 371 00:20:38,960 --> 00:20:41,560 Akhirnya awak berjaya juga. 372 00:20:42,200 --> 00:20:43,760 Tak mungkin saya dapat nasihati awak 373 00:20:45,240 --> 00:20:46,840 untuk balik ke pangkal jalan. 374 00:20:48,160 --> 00:20:50,960 Awak nak pergi begitu saja? 375 00:20:51,040 --> 00:20:52,360 Ya. 376 00:21:00,680 --> 00:21:03,080 Nikmat Keji dahulunya organisasi yang mulia. 377 00:21:04,040 --> 00:21:07,240 Tengoklah betapa jauhnya awak terpesong. 378 00:21:07,320 --> 00:21:10,440 Kamu hanyalah sekumpulan penjahat 379 00:21:10,520 --> 00:21:12,400 yang berjiwa binatang! 380 00:21:12,480 --> 00:21:14,960 Kamu ingat dunia ini kamu punya, 381 00:21:15,040 --> 00:21:16,560 tapi kamu hanya membinasakannya. 382 00:21:16,640 --> 00:21:18,560 Orang tolol tak bertanggungjawab! 383 00:21:18,640 --> 00:21:20,240 Tuan Guru Tian 384 00:21:21,240 --> 00:21:23,240 - tak patut kasar begini. - Jangan panggil saya tuan guru! 385 00:21:24,760 --> 00:21:26,720 Awak mencemarkan nama saya. 386 00:21:27,920 --> 00:21:31,720 Awak ketua mereka. 387 00:21:31,800 --> 00:21:34,000 Apa Menteri Berbaju Hitam? 388 00:21:34,080 --> 00:21:36,160 Apa Wu Gensheng? 389 00:21:36,240 --> 00:21:38,080 Kamu semua sama saja, 390 00:21:38,160 --> 00:21:40,400 pengecut yang lari daripada memikul tanggungjawab! 391 00:21:52,400 --> 00:21:53,400 Saya faham. 392 00:21:54,520 --> 00:21:55,720 Betul kata awak. 393 00:22:00,960 --> 00:22:03,880 JARUM MUSLIHAT 394 00:22:04,800 --> 00:22:05,960 Biar saya yang uruskan 395 00:22:06,920 --> 00:22:07,840 nyawa awak. 396 00:22:15,280 --> 00:22:17,160 Awak semakin tunjuk berani. 397 00:22:17,720 --> 00:22:19,680 Berani awak nak bunuh saya? 398 00:22:20,240 --> 00:22:21,800 Saya mungkin cacat, 399 00:22:21,880 --> 00:22:23,880 tapi di Rumah Agam Tao ini, 400 00:22:23,960 --> 00:22:26,720 saya hanya kurang berkuasa berbanding Zhiwei. 401 00:22:27,440 --> 00:22:29,160 Jangan gertak saya lagi. 402 00:22:29,720 --> 00:22:32,120 Bagaimana jika saya berundur kerana takut? 403 00:23:11,520 --> 00:23:12,680 Awak dah fikir baik-baik? 404 00:23:12,760 --> 00:23:13,720 TAHUN JIASHEN 405 00:23:13,800 --> 00:23:15,040 Awak dah fikir baik-baik? 406 00:23:15,120 --> 00:23:16,600 Biarpun begitu, 407 00:23:16,680 --> 00:23:18,280 awak masih paksa saya cerita. 408 00:23:18,360 --> 00:23:19,360 Betul tak, Jinzhong? 409 00:23:19,440 --> 00:23:20,880 Ya, melainkan awak beritahu sebabnya, 410 00:23:20,960 --> 00:23:22,400 saya takkan berhenti ganggu awak. 411 00:23:31,720 --> 00:23:33,120 Itulah tugas kami. 412 00:23:33,680 --> 00:23:34,840 Apa yang awak terima? 413 00:23:34,920 --> 00:23:36,280 Pengakhiran teknik, 414 00:23:36,360 --> 00:23:37,640 Keramat Qi. 415 00:23:37,720 --> 00:23:38,560 Hei, dungu. 416 00:23:38,640 --> 00:23:40,160 Ayuh. Masa dah suntuk. 417 00:23:46,320 --> 00:23:47,200 Jinzhong. 418 00:23:47,880 --> 00:23:49,200 Jangan balik. 419 00:23:49,280 --> 00:23:50,400 Mari ikut saya. 420 00:23:50,480 --> 00:23:52,880 Tak boleh. Tuan guru menunggu berita saya. 421 00:23:52,960 --> 00:23:54,280 Saya mesti balik. 422 00:23:55,880 --> 00:23:56,760 Sudahlah. 423 00:23:57,640 --> 00:23:59,280 Saya kenal sangat perangai awak. 424 00:23:59,360 --> 00:24:00,760 Berbanggalah 425 00:24:00,840 --> 00:24:02,080 sebab hanya awak saja 426 00:24:02,160 --> 00:24:03,720 yang tahu tentang rahsia ini. 427 00:24:05,520 --> 00:24:06,360 Jinzhong! 428 00:24:06,920 --> 00:24:07,840 Jaga diri. 429 00:24:08,560 --> 00:24:10,120 Semoga berjaya. 430 00:24:10,720 --> 00:24:12,240 Semoga kita tak jumpa lagi. 431 00:24:13,040 --> 00:24:14,560 Semoga kita tak jumpa lagi. 432 00:24:26,200 --> 00:24:27,120 Awak dah sedar? 433 00:24:27,200 --> 00:24:28,200 Tuan guru. 434 00:24:28,760 --> 00:24:29,840 Zhiwei. 435 00:24:30,400 --> 00:24:32,000 Saya tak jumpa Huaiyi, 436 00:24:32,680 --> 00:24:33,720 tapi mereka tak percaya. 437 00:24:34,480 --> 00:24:35,960 Mereka tak percaya saya. 438 00:24:36,760 --> 00:24:37,920 Jinzhong. 439 00:24:38,000 --> 00:24:40,840 Saya akan cari penculik itu 440 00:24:40,920 --> 00:24:42,160 dan balas dendam. 441 00:24:51,080 --> 00:24:51,920 Jinzhong! 442 00:24:55,280 --> 00:24:56,720 Apa awak nak buat? 443 00:24:57,800 --> 00:24:58,880 Tuan guru, 444 00:24:58,960 --> 00:25:00,880 biarlah saya mati saja. 445 00:25:01,440 --> 00:25:02,480 Tolonglah, 446 00:25:02,560 --> 00:25:04,360 tuan guru. 447 00:25:04,440 --> 00:25:05,680 Teruknya awak ini. 448 00:25:05,760 --> 00:25:07,040 Selama ini, 449 00:25:07,120 --> 00:25:08,160 apa yang awak belajar 450 00:25:08,240 --> 00:25:10,080 daripada pertapaan? 451 00:25:10,640 --> 00:25:11,640 Ingat, 452 00:25:11,720 --> 00:25:13,280 awak bukan orang biasa. 453 00:25:13,360 --> 00:25:16,240 Seperti saya, kita mencari ilmu. 454 00:25:16,320 --> 00:25:18,120 Kita mementingkan nyawa. 455 00:25:18,200 --> 00:25:19,720 Tiada pertapa 456 00:25:19,800 --> 00:25:21,200 yang membunuh diri 457 00:25:21,280 --> 00:25:23,040 kerana menghadapi kesusahan. 458 00:25:23,120 --> 00:25:25,200 Tak kira betapa sukarnya keadaan, 459 00:25:25,280 --> 00:25:26,960 awak mesti teruskan hidup juga. 460 00:25:27,920 --> 00:25:28,800 Ingat. 461 00:25:28,880 --> 00:25:30,240 Kesulitan hidup 462 00:25:31,240 --> 00:25:34,080 menjadikan awak lebih baik. 463 00:25:34,840 --> 00:25:35,800 Tuan guru, 464 00:25:36,640 --> 00:25:37,880 saya minta maaf. 465 00:25:39,400 --> 00:25:40,280 Mari makan. 466 00:25:47,040 --> 00:25:48,480 - Bagaimana? - Awak yang masak? 467 00:25:49,560 --> 00:25:50,600 Ada kemajuan? 468 00:25:51,160 --> 00:25:52,080 Boleh tahan. 469 00:25:52,560 --> 00:25:55,640 Zhiwei, saya tak kisah tugasan apa yang tuan guru beri kepada awak. 470 00:25:55,720 --> 00:25:56,960 Walaupun awak jadi Ketua Tao, 471 00:25:57,040 --> 00:25:58,600 awak kena masak untuk saya juga. 472 00:26:01,560 --> 00:26:02,920 Saya buat perjanjian dengan Huaiyi. 473 00:26:03,000 --> 00:26:04,080 Dia mengembara selama setahun, 474 00:26:04,160 --> 00:26:05,160 kemudian saya pula. 475 00:26:05,240 --> 00:26:06,960 Tapi dia tak balik-balik. 476 00:26:07,560 --> 00:26:08,400 Nah. 477 00:26:09,560 --> 00:26:10,480 Makan sesuap lagi. 478 00:26:13,800 --> 00:26:15,040 Zhiwei. 479 00:26:17,320 --> 00:26:18,440 Terima kasih banyak. 480 00:26:18,520 --> 00:26:19,560 Jinzhong, 481 00:26:20,320 --> 00:26:22,600 awak tak perlu rasa segan. 482 00:26:22,680 --> 00:26:24,680 Awak cedera semasa bertugas. 483 00:26:24,760 --> 00:26:26,680 Awak tak kecewakan sekta kita 484 00:26:26,760 --> 00:26:29,040 atau rakan seguru kita. 485 00:26:29,640 --> 00:26:30,880 Secara jujurnya, 486 00:26:30,960 --> 00:26:32,480 apabila kami bergilir-gilir 487 00:26:32,560 --> 00:26:33,720 untuk menjaga awak, 488 00:26:33,800 --> 00:26:35,200 kami boleh ponteng 489 00:26:35,280 --> 00:26:36,560 daripada latihan. 490 00:26:38,560 --> 00:26:40,320 Saya tak rasa begitu bersalah pun. 491 00:26:40,400 --> 00:26:42,480 Cuma apabila orang lain datang. Tapi awak? 492 00:26:42,560 --> 00:26:44,000 Awak memang kena jaga saya. 493 00:26:44,080 --> 00:26:46,200 Apa pun, awak bercakap dalam mimpi semalam. 494 00:26:46,280 --> 00:26:48,160 "Maaf, tuan guru." 495 00:26:48,240 --> 00:26:49,400 "Maaf, Zhiwei." 496 00:26:50,240 --> 00:26:51,640 Apa lagi yang saya cakap? 497 00:26:53,800 --> 00:26:55,400 Awak cakap 498 00:26:56,440 --> 00:26:57,680 "hujung" 499 00:26:57,760 --> 00:26:59,520 dan "qi". 500 00:27:11,520 --> 00:27:13,400 Kesulitan hidup menjadikan kita lebih baik. 501 00:27:14,480 --> 00:27:16,680 Kesulitan hidup menjadikan kita lebih baik. 502 00:27:17,960 --> 00:27:18,800 Huaiyi, 503 00:27:20,120 --> 00:27:21,040 saya rasa kesal. 504 00:27:22,440 --> 00:27:23,920 Saya tak patut suruh awak jelaskan. 505 00:27:25,560 --> 00:27:27,040 Keadaan saya jadi begini 506 00:27:29,840 --> 00:27:31,840 kerana saya yang cari pasal. 507 00:27:32,960 --> 00:27:35,640 Selepas awak beritahu saya keadaan awak, 508 00:27:37,560 --> 00:27:39,120 saya patut buat keputusan segera. 509 00:27:41,960 --> 00:27:43,760 Walaupun saya akan hilang kelayakan 510 00:27:43,840 --> 00:27:46,440 untuk menjadi seorang pendeta, 511 00:27:48,440 --> 00:27:50,560 saya patut mati lama dahulu. 512 00:27:57,040 --> 00:27:58,240 Saya minta maaf. 513 00:28:00,560 --> 00:28:02,880 Saya patut mati lama dahulu. 514 00:28:13,960 --> 00:28:15,080 Tuan Guru Tian. 515 00:28:15,920 --> 00:28:16,920 Selamat malam. 516 00:28:32,920 --> 00:28:34,560 Lyu Liang dah cuba sedaya upaya 517 00:28:34,640 --> 00:28:36,400 mengeluarkan ingatan Tuan Guru Tian. 518 00:28:36,480 --> 00:28:37,760 Hebat! 519 00:28:38,760 --> 00:28:40,280 Tak sangka 520 00:28:40,360 --> 00:28:42,240 tekaan awak betul. 521 00:28:42,320 --> 00:28:43,560 Tiga tahun yang lalu, 522 00:28:43,640 --> 00:28:45,120 awak pertaruhkan nyawa awak 523 00:28:45,200 --> 00:28:47,440 untuk yakinkan kami. 524 00:28:47,520 --> 00:28:50,960 Awak kata awak nak cari petunjuk tentang bekas ketua kami, Wu Gensheng. 525 00:28:51,040 --> 00:28:52,800 Usaha awak tak sia-sia. 526 00:28:57,360 --> 00:28:59,200 Tentang ingatan Tuan Guru Tian, 527 00:28:59,280 --> 00:29:00,880 jangan dedahkannya kepada sesiapa. 528 00:29:01,440 --> 00:29:03,120 Tolong sampaikan arahan saya 529 00:29:03,920 --> 00:29:05,880 kepada semua orang. 530 00:29:05,960 --> 00:29:07,600 Kita baru menceroboh Rumah Agam Tao, 531 00:29:07,680 --> 00:29:09,400 sekarang nak bertindak lagi? 532 00:29:09,480 --> 00:29:10,720 Awak tahu tak 533 00:29:10,800 --> 00:29:12,000 berapa banyak mangsa terkorban? 534 00:29:12,080 --> 00:29:13,960 Maklumkan semua orang kita 535 00:29:14,040 --> 00:29:15,600 supaya berkabung selama tujuh hari 536 00:29:15,680 --> 00:29:17,120 untuk Tuan Guru Tian. 537 00:29:17,200 --> 00:29:18,360 Mereka yang enggan patuh 538 00:29:19,560 --> 00:29:21,480 akan dibunuh. 539 00:29:43,960 --> 00:29:45,800 Saya dah cuba pulihkan masa lalu. 540 00:29:45,880 --> 00:29:47,320 Tapi ingatan Tuan Guru Tian 541 00:29:47,400 --> 00:29:48,800 disimpan oleh Lyu Liang. 542 00:29:48,880 --> 00:29:50,680 Saya tak dapat kembalikan ingatannya. 543 00:29:51,200 --> 00:29:52,160 Terima kasih. 544 00:29:54,080 --> 00:29:55,960 Kerja ini tak mudah. 545 00:29:56,040 --> 00:29:56,960 Terima kasih. 546 00:29:58,320 --> 00:29:59,800 Ketua Tao, takziah. 547 00:30:21,440 --> 00:30:22,320 Rong Shan. 548 00:30:24,520 --> 00:30:26,000 Hidup dan mati dah ditakdirkan. 549 00:30:26,680 --> 00:30:27,880 Terimalah takdir ini. 550 00:30:31,800 --> 00:30:33,000 Rong Shan. 551 00:30:33,840 --> 00:30:34,880 Rong Shan? 552 00:30:36,880 --> 00:30:39,760 Rong Shan. 553 00:30:39,840 --> 00:30:40,960 Rong Shan. 554 00:30:41,560 --> 00:30:43,080 Rong Shan! 555 00:31:03,800 --> 00:31:06,560 Tuan Guru Tian… 556 00:31:42,560 --> 00:31:45,200 SEMOGA TAOISME KEKAL 557 00:32:02,960 --> 00:32:04,360 - Zhang… - Baobao. 558 00:32:06,160 --> 00:32:07,240 Jangan ganggu dia. 559 00:32:38,400 --> 00:32:39,680 Cik Bao. 560 00:32:44,520 --> 00:32:45,480 Cik Bao. 561 00:32:48,440 --> 00:32:51,040 Xu San kata angin awak tak baik kebelakangan ini 562 00:32:51,120 --> 00:32:52,880 dan larang saya daripada bertanya apa-apa. 563 00:32:54,080 --> 00:32:55,360 Sebab itukah awak bersedih? 564 00:32:59,520 --> 00:33:00,800 Rasanya saya dah boleh faham 565 00:33:00,880 --> 00:33:02,200 erti kesedihan. 566 00:33:02,280 --> 00:33:03,880 Apabila kawan lama mati, 567 00:33:03,960 --> 00:33:05,440 kita rasa sedih. 568 00:33:07,040 --> 00:33:08,280 Apabila ahli keluarga mati, 569 00:33:08,360 --> 00:33:09,720 kita rasa sedih. 570 00:33:10,480 --> 00:33:11,960 Apabila orang tersayang mati, 571 00:33:12,040 --> 00:33:13,440 kita rasa sedih juga. 572 00:33:17,960 --> 00:33:19,960 Awak cuma jumpa Tuan Guru Tian beberapa kali. 573 00:33:20,960 --> 00:33:22,640 Dia juga bukan ahli keluarga awak. 574 00:33:23,280 --> 00:33:24,720 Awak sayangkan dia? 575 00:33:25,440 --> 00:33:26,640 Kenapa awak sayang 576 00:33:26,720 --> 00:33:28,840 orang yang awak hanya jumpa beberapa kali? 577 00:33:35,760 --> 00:33:36,680 Cik Bao. 578 00:33:38,280 --> 00:33:39,800 Saya menolak Tianshidu. 579 00:33:40,440 --> 00:33:43,760 Jadi saya tak dapat tanya Ketua Tao tentang kisah lampau. 580 00:33:44,880 --> 00:33:45,960 Maaf. 581 00:33:56,440 --> 00:33:57,520 Cik Bao, 582 00:33:58,560 --> 00:33:59,440 saya rasa 583 00:33:59,520 --> 00:34:00,840 awak perlu lupakan kisah silam. 584 00:34:00,920 --> 00:34:02,120 Dah bertahun-tahun berlalu. 585 00:34:02,200 --> 00:34:03,360 Mungkin mereka dah… 586 00:34:14,920 --> 00:34:16,080 Cik Bao, 587 00:34:16,159 --> 00:34:17,480 bukan hanya awak, 588 00:34:17,560 --> 00:34:19,639 saya juga tiada tempat yang boleh dituju. 589 00:34:23,760 --> 00:34:25,159 Tapi saya janji 590 00:34:26,159 --> 00:34:28,080 saya akan menemani awak 591 00:34:28,159 --> 00:34:30,040 seperti En. Xu dan Anjing. 592 00:34:32,920 --> 00:34:34,880 Awak boleh mengarah-arahkan saya. 593 00:34:34,960 --> 00:34:35,800 Awak tipu. 594 00:34:37,280 --> 00:34:39,199 Awak ada tempat untuk dituju. 595 00:34:39,280 --> 00:34:40,440 Awak ada. 596 00:34:41,639 --> 00:34:42,560 Kamu semua pun ada. 597 00:34:43,320 --> 00:34:44,440 Di sini. 598 00:35:02,240 --> 00:35:03,200 Cik Bao. 599 00:35:04,400 --> 00:35:06,280 Awak akan memilikinya juga. 600 00:35:07,280 --> 00:35:08,920 Saya akan bantu awak cari kebenaran 601 00:35:09,920 --> 00:35:11,640 dan tempat yang awak boleh tuju. 602 00:35:41,280 --> 00:35:42,440 Mahaguru Tian, 603 00:35:43,360 --> 00:35:46,400 terima kasih kerana menyimpan rahsia datuk saya selama ini. 604 00:36:02,080 --> 00:36:03,280 Jinzhong, 605 00:36:03,840 --> 00:36:05,880 awak dah bersusah payah 606 00:36:05,960 --> 00:36:07,200 selama bertahun-tahun. 607 00:36:08,440 --> 00:36:09,680 Tidur nyenyak di sana. 608 00:36:31,800 --> 00:36:32,880 Tuan guru, 609 00:36:32,960 --> 00:36:34,000 jangan bersedih. 610 00:36:34,080 --> 00:36:35,400 Jaga kesihatan diri. 611 00:36:36,400 --> 00:36:37,400 Jinzhong, 612 00:36:38,240 --> 00:36:39,640 awak takkan mati dengan sia-sia.