1 00:00:09,240 --> 00:00:10,760 Sejak kejadian di Gunung Longhu, 2 00:00:10,840 --> 00:00:12,960 kebelakangan ini, ramai pelarian Nikmat Keji 3 00:00:13,040 --> 00:00:14,680 disambar kilat di Jalan Xiangchun. 4 00:00:14,760 --> 00:00:16,360 Ribut petir melanda banyak bahagian di Jalan Maqiao. 5 00:00:16,440 --> 00:00:17,840 Pegawai keselamatan NDT 6 00:00:17,920 --> 00:00:19,440 telah melawat tempat kejadian. 7 00:00:19,520 --> 00:00:21,560 Siasatan NDT mendapati mereka yang disambar kilat 8 00:00:21,640 --> 00:00:22,720 merupakan pelarian Nikmat Keji. 9 00:00:22,800 --> 00:00:24,400 Sumber kilat belum dikenal pasti. 10 00:00:24,480 --> 00:00:25,840 Sila berhati-hati 11 00:00:25,920 --> 00:00:26,800 apabila keluar. 12 00:01:31,200 --> 00:01:32,160 Ayuh. 13 00:01:55,520 --> 00:01:58,160 DIADAPTASI DARIPADA KOMIK WEB YI REN ZHI XIA 14 00:02:02,520 --> 00:02:04,160 CERITA INI FIKSYEN SEMATA-MATA 15 00:02:04,240 --> 00:02:06,000 JANGAN TIRU AKSI INI 16 00:02:06,080 --> 00:02:06,920 Mari. 17 00:02:07,840 --> 00:02:08,759 Minum segelas lagi. 18 00:02:13,240 --> 00:02:15,240 Teh yang sedap ada rasa pahit dan kelat. 19 00:02:16,680 --> 00:02:17,640 Teh ini sedap. 20 00:02:17,720 --> 00:02:19,000 Awak terlalu memuji, Tuan Wang. 21 00:02:19,080 --> 00:02:20,920 Jika awak suka, saya boleh hantar lagi. 22 00:02:22,640 --> 00:02:23,840 Lyu, 23 00:02:23,920 --> 00:02:24,840 awak mesti rasa ini. 24 00:02:28,120 --> 00:02:30,280 Kamu bawa saya ke sini dan tahan saya di sini. 25 00:02:30,360 --> 00:02:33,160 Kamu ajak saya untuk mesyuarat atau minum teh? 26 00:02:33,240 --> 00:02:34,080 Lu, 27 00:02:34,160 --> 00:02:36,640 jika saya tak tahan awak di sini, 28 00:02:36,720 --> 00:02:38,560 awak akan keluar mencari Ketua Tao 29 00:02:38,640 --> 00:02:40,400 seorang diri. 30 00:02:40,480 --> 00:02:44,200 Nikmat Keji mengganggu Pertandingan Bela Diri Orang Luar. 31 00:02:44,280 --> 00:02:46,440 Mereka bunuh Tian dan bakar Gunung Longhu. 32 00:02:46,520 --> 00:02:48,440 Dendam kesumat ini pun 33 00:02:48,520 --> 00:02:50,440 hanya menewaskan belasan orang. 34 00:02:50,520 --> 00:02:51,840 Kenapa? 35 00:02:51,920 --> 00:02:52,760 Sekarang, 36 00:02:52,840 --> 00:02:55,920 Ketua Tao dah buat keputusan untuk hapuskan Nikmat Keji. 37 00:02:56,000 --> 00:02:58,680 Dia guna kuasa ajaib secara haram untuk balas dendam, 38 00:02:58,760 --> 00:03:01,040 jadi dia dah melanggar prinsip Orang Luar. 39 00:03:01,680 --> 00:03:02,800 Jika ini berterusan, 40 00:03:02,880 --> 00:03:04,200 teruk akibatnya. 41 00:03:04,280 --> 00:03:06,800 Jangan-jangan awak nak Ketua Tao 42 00:03:06,880 --> 00:03:08,120 hapuskan Nikmat Keji 43 00:03:08,200 --> 00:03:10,000 dan Lyu Liang bagi pihak awak? 44 00:03:10,080 --> 00:03:10,920 Lu Jin. 45 00:03:12,680 --> 00:03:14,000 Dengar sini. 46 00:03:14,080 --> 00:03:15,200 Jangan ingat awak saja 47 00:03:15,280 --> 00:03:16,400 kawan lamanya. 48 00:03:16,880 --> 00:03:18,160 Memandangkan kita berbincang hari ini, 49 00:03:18,240 --> 00:03:19,840 saya akan jelaskan pendapat saya. 50 00:03:19,920 --> 00:03:22,080 Tentang Ketua Tao yang turun gunung, 51 00:03:22,720 --> 00:03:23,880 saya cadangkan 52 00:03:25,320 --> 00:03:27,040 - supaya kita tak masuk campur. - Ya. 53 00:03:30,520 --> 00:03:32,200 Jangan ingat Ketua Tao 54 00:03:32,280 --> 00:03:34,680 tak pedulikan apa-apa. 55 00:03:35,600 --> 00:03:36,920 Selepas dia buat keputusan, 56 00:03:37,520 --> 00:03:39,080 tiada orang dapat halang dia. 57 00:03:39,160 --> 00:03:40,040 Selepas kematian Tuan Guru Tian, 58 00:03:40,120 --> 00:03:42,000 Ketua Tao mula mengasingkan diri. 59 00:03:42,080 --> 00:03:43,440 Gunung Longhu dah cukup orang, 60 00:03:43,520 --> 00:03:44,760 tapi yang peliknya, 61 00:03:44,840 --> 00:03:46,840 orang yang Ketua Tao bawa untuk menemaninya 62 00:03:46,920 --> 00:03:48,280 bukan Zhang Lingyu, 63 00:03:48,360 --> 00:03:50,680 tapi murid pangkat keempat, Zhao Huanjin. 64 00:03:50,760 --> 00:03:54,360 ZHAO HUANJIN 65 00:03:56,640 --> 00:03:57,840 Sudahlah! 66 00:03:59,680 --> 00:04:00,760 Sejak awak masuk ke sini, 67 00:04:01,440 --> 00:04:03,320 tak habis-habis melayan telefon. 68 00:04:03,920 --> 00:04:05,600 Kamu ketagih 69 00:04:05,680 --> 00:04:07,120 dengan meramal nasib? 70 00:04:08,520 --> 00:04:09,840 Bawa bertenang. 71 00:04:09,920 --> 00:04:11,840 Saya kenal Huanjin. 72 00:04:11,920 --> 00:04:13,280 Dia dengar cakap. 73 00:04:13,760 --> 00:04:16,360 Zhang Lingyu disuruh untuk berjaga di Gunung Longhu. 74 00:04:16,440 --> 00:04:17,920 Nampaknya, Ketua Tao 75 00:04:18,000 --> 00:04:19,640 tak beri pilihan lain. 76 00:04:19,720 --> 00:04:21,680 Kali ini, dia nampak bertekad 77 00:04:21,760 --> 00:04:23,480 untuk mengikut gerak hatinya. 78 00:04:34,840 --> 00:04:36,200 Ketua Tao 79 00:04:36,280 --> 00:04:37,600 akan bertindak lagi. 80 00:04:41,280 --> 00:04:42,560 BANGUNAN TIANHE 81 00:04:42,640 --> 00:04:45,000 Maaf, saya nak jumpa En. Liu Bihua. 82 00:04:45,080 --> 00:04:46,440 Nama encik? 83 00:04:47,000 --> 00:04:48,080 Zhang Zhiwei. 84 00:04:52,200 --> 00:04:53,840 Bihua. 85 00:04:54,880 --> 00:04:57,240 Apa yang saya harus buat? 86 00:04:58,360 --> 00:04:59,280 Jangan menangis lagi. 87 00:04:59,360 --> 00:05:01,640 Kenapa nasib saya begitu malang, Bihua? 88 00:05:04,520 --> 00:05:06,640 Awak pun nampak keadaan saya di sini. 89 00:05:06,720 --> 00:05:09,080 Syarikat merekrut beberapa rakan kerjasama baharu. 90 00:05:09,160 --> 00:05:11,200 Mereka buat perniagaan sah. 91 00:05:11,280 --> 00:05:12,480 Bagi Nikmat Keji, 92 00:05:13,160 --> 00:05:14,840 saya juga tak mampu buat apa-apa. 93 00:05:17,840 --> 00:05:19,120 Berhenti menangis. 94 00:05:25,360 --> 00:05:27,640 En. Liu, ada seorang kawan lama nak jumpa encik. 95 00:05:27,720 --> 00:05:29,160 Kawan lama saya? 96 00:05:30,160 --> 00:05:31,280 Siapa nama dia? 97 00:05:31,360 --> 00:05:32,240 Zhang Zhiwei. 98 00:05:37,280 --> 00:05:38,320 Baiklah. 99 00:05:38,400 --> 00:05:39,280 Saya faham. 100 00:05:40,360 --> 00:05:41,720 Suruh dia tunggu. 101 00:05:42,520 --> 00:05:43,920 Bihua, 102 00:05:45,160 --> 00:05:46,160 kenapa muka awak 103 00:05:46,240 --> 00:05:48,080 nampak mengerikan? 104 00:05:48,160 --> 00:05:49,400 Saya nak jumpa seorang kawan. 105 00:05:51,360 --> 00:05:52,240 Awak tunggu saya di sini. 106 00:05:52,320 --> 00:05:54,320 Janganlah tinggalkan saya sendirian. 107 00:05:54,400 --> 00:05:55,400 Bihua! 108 00:06:07,280 --> 00:06:08,400 En. Liu. 109 00:06:11,360 --> 00:06:12,480 Ketua Tao, 110 00:06:12,560 --> 00:06:13,880 ada hal apa awak ke sini? 111 00:06:13,960 --> 00:06:15,440 Lihatlah angkara 112 00:06:16,080 --> 00:06:17,640 Nikmat Keji. 113 00:06:17,720 --> 00:06:18,840 Dengar sini. 114 00:06:18,920 --> 00:06:21,920 Kejadian di Gunung Longhu tak ada kaitan dengan saya. 115 00:06:22,000 --> 00:06:24,080 Dah lama saya tak terlibat dalam Nikmat Keji. 116 00:06:24,160 --> 00:06:25,960 Awak pun tahu. 117 00:06:26,440 --> 00:06:28,040 Jika diberi peluang pun, 118 00:06:28,120 --> 00:06:29,520 saya takkan berani terlibat. 119 00:06:31,400 --> 00:06:33,200 Awak tahu segalanya 120 00:06:34,320 --> 00:06:35,680 yang berlaku di atas gunung. 121 00:06:37,520 --> 00:06:39,400 Awak pasti ada dengar juga 122 00:06:40,440 --> 00:06:42,240 tentang tujuan saya turun gunung. 123 00:06:46,600 --> 00:06:49,680 Semasa Gong Qing jadi pemangku ketua, 124 00:06:49,760 --> 00:06:52,120 awak sumbangkan wang dan usaha. 125 00:06:52,200 --> 00:06:55,800 Selama ini, awak banyak menyumbang kepada Nikmat Keji, 126 00:06:55,880 --> 00:06:56,720 betul tak? 127 00:06:58,520 --> 00:06:59,680 Kali ini, saya datang 128 00:07:00,240 --> 00:07:02,000 untuk minta bantuan awak. 129 00:07:03,600 --> 00:07:05,160 Saya nak jumpa dia. 130 00:07:09,680 --> 00:07:10,520 Ketua Tao, 131 00:07:11,320 --> 00:07:13,080 dah lama saya tinggalkan Nikmat Keji. 132 00:07:13,880 --> 00:07:14,960 Saya tak dapat 133 00:07:16,280 --> 00:07:17,200 bantu awak. 134 00:07:17,280 --> 00:07:19,160 Sila balik. 135 00:07:19,240 --> 00:07:21,360 Bihua! 136 00:07:21,920 --> 00:07:24,480 Kenapa awak tak balik lagi, Bihua? 137 00:07:28,160 --> 00:07:29,040 Zhang… 138 00:07:29,640 --> 00:07:30,520 Zhang… 139 00:07:30,600 --> 00:07:31,880 Awak juga ada 140 00:07:32,440 --> 00:07:33,320 di Gunung Longhu, bukan? 141 00:07:33,400 --> 00:07:34,720 Cepat lari! 142 00:07:59,640 --> 00:08:00,520 Bihua. 143 00:08:15,800 --> 00:08:17,200 Suruh Gong Qing tampilkan diri. 144 00:08:18,280 --> 00:08:19,800 Jika tidak, mulai hari ini, 145 00:08:20,880 --> 00:08:23,160 saya akan lumpuhkan 146 00:08:23,240 --> 00:08:25,240 setiap ahli Nikmat Keji yang saya jumpa 147 00:08:27,040 --> 00:08:28,920 tanpa belas kasihan. 148 00:08:29,000 --> 00:08:31,120 Lumpuhkan semua orang yang dia jumpa? 149 00:08:31,200 --> 00:08:34,240 Nampaknya, Ketua Tao takkan berhenti 150 00:08:34,320 --> 00:08:36,039 selagi dia belum jumpa Gong Qing. 151 00:08:36,120 --> 00:08:37,600 Ini tak boleh jadi! 152 00:08:38,480 --> 00:08:40,480 Kita mesti halang Ketua Tao. 153 00:08:40,559 --> 00:08:42,559 Kita tak boleh biar dia bertindak melulu lagi. 154 00:08:42,640 --> 00:08:43,679 Jika ini berterusan, 155 00:08:43,760 --> 00:08:45,040 dia akan dihukum berat. 156 00:08:45,120 --> 00:08:46,400 Bertindak melulu? 157 00:08:46,480 --> 00:08:48,760 Saya rasa tindakan dia sesuai. 158 00:08:48,840 --> 00:08:50,920 Jika nak serang musuh, serang ketuanya dulu. 159 00:08:51,000 --> 00:08:52,440 Ketua Tao lebih memahami aspek ini 160 00:08:52,520 --> 00:08:53,680 daripada kita. 161 00:08:54,160 --> 00:08:55,240 Bagaimana jika Gong Qing tak muncul? 162 00:08:56,200 --> 00:08:57,440 Adakah kita 163 00:08:57,520 --> 00:08:58,800 akan biar Ketua Tao 164 00:08:58,880 --> 00:09:00,520 terus menyerang lagi? 165 00:09:02,120 --> 00:09:03,160 Pada hari itu, 166 00:09:03,240 --> 00:09:04,920 jangan ingat keluarga Lyu 167 00:09:05,000 --> 00:09:06,520 boleh terselamat. 168 00:09:07,360 --> 00:09:08,720 Keadaan akan sama 169 00:09:08,800 --> 00:09:11,240 seperti Tahun Jiashen nanti. 170 00:09:11,840 --> 00:09:13,120 Kita yang tua di sini, 171 00:09:13,200 --> 00:09:14,840 sama ada tak buat apa-apa 172 00:09:14,920 --> 00:09:16,480 atau menghasut. 173 00:09:17,120 --> 00:09:19,080 Kita tak pertahankan 174 00:09:19,160 --> 00:09:21,160 dan tak bertanggungjawab pada waktu yang patut! 175 00:09:21,240 --> 00:09:23,160 Apa gunanya Sepuluh Tetua ini? 176 00:09:26,040 --> 00:09:28,640 Lu, awak dah melampau. 177 00:09:29,800 --> 00:09:30,920 Bukankah kita bermesyuarat 178 00:09:31,000 --> 00:09:33,160 untuk membincangkan hal Ketua Tao? 179 00:09:33,240 --> 00:09:35,720 Lu, jika awak sudi bertanggungjawab, 180 00:09:35,800 --> 00:09:36,680 saya, Lyu Ci, 181 00:09:37,480 --> 00:09:38,840 akan menemani awak. 182 00:09:41,400 --> 00:09:43,520 Runtuhkan menara, faham? 183 00:09:45,160 --> 00:09:46,120 Aduhai. 184 00:09:46,200 --> 00:09:47,040 Apa hal, San? 185 00:09:47,120 --> 00:09:48,040 Tandas tersumbat? 186 00:09:48,680 --> 00:09:49,880 Cuba awak baca. 187 00:09:53,040 --> 00:09:54,000 Apa yang menariknya? 188 00:09:54,080 --> 00:09:55,840 - Baiki tandas tersumbat. - Habislah. 189 00:09:57,800 --> 00:09:59,320 Percuma jika tak berjaya. 190 00:10:00,360 --> 00:10:01,280 Risalah ini 191 00:10:01,360 --> 00:10:03,280 merupakan saluran komunikasi Nikmat Keji. 192 00:10:03,360 --> 00:10:05,480 Jika mereka nak beritahu sesuatu, 193 00:10:05,560 --> 00:10:07,720 mereka akan cetak maklumat penting dalam bentuk tersulit 194 00:10:07,800 --> 00:10:09,240 pada helaian iklan. 195 00:10:09,320 --> 00:10:11,520 Ahli Nikmat Keji tak tahu kita ada cara menyahkod, 196 00:10:11,600 --> 00:10:13,320 jadi mereka masih guna kod rahsia lama. 197 00:10:13,880 --> 00:10:14,920 Maklumat itu 198 00:10:15,000 --> 00:10:16,120 tentang Ketua Tao. 199 00:10:23,240 --> 00:10:25,800 Ketua Tao beritahu yang dia nak jumpa Gong Qing. 200 00:10:25,880 --> 00:10:27,040 Jika tidak, 201 00:10:27,120 --> 00:10:28,480 dia akan hapuskan Nikmat Keji. 202 00:10:30,120 --> 00:10:31,640 Semuanya huru-hara sekarang. 203 00:10:31,720 --> 00:10:33,920 Mereka sanggup buat apa saja untuk selamatkan diri. 204 00:10:34,000 --> 00:10:35,040 Kita kena cari Ketua Tao 205 00:10:35,520 --> 00:10:36,440 secepat mungkin. 206 00:10:40,240 --> 00:10:41,440 Kamu dengar tak… 207 00:10:47,880 --> 00:10:49,920 Ada apa-apa lagi yang kamu nak tambah? 208 00:10:50,600 --> 00:10:52,880 ORANG HILANG 209 00:10:52,960 --> 00:10:54,440 SATU JUTA YUAN UNTUK LELAKI BERUSIA 100 TAHUN 210 00:11:10,240 --> 00:11:11,120 Tuan Guru Lingyu. 211 00:11:12,480 --> 00:11:14,280 Dah seminggu Tuan Guru Rong Shan mengelap. 212 00:11:15,120 --> 00:11:16,760 Dia tak keluar atau bercakap pun. 213 00:11:17,320 --> 00:11:18,400 Baik awak nasihati dia. 214 00:11:27,640 --> 00:11:28,920 Rong Shan. 215 00:11:32,680 --> 00:11:34,000 Orang yang mati takkan hidup semula. 216 00:11:35,360 --> 00:11:37,640 Jika Tuan Guru Tian masih hidup, 217 00:11:37,720 --> 00:11:39,120 dia pasti tak nak lihat awak begini. 218 00:11:41,240 --> 00:11:42,720 Tuan Guru Tian dah tiada. 219 00:11:44,120 --> 00:11:45,480 Tuan guru juga dah pergi. 220 00:11:47,280 --> 00:11:48,480 Semua ini salah saya. 221 00:11:51,480 --> 00:11:52,360 Lingyu. 222 00:11:56,640 --> 00:11:58,200 Adakah awak akan pergi juga? 223 00:12:39,320 --> 00:12:40,360 Ketua Tao, 224 00:12:40,920 --> 00:12:43,200 kami betul-betul tak tahu keberadaan Gong Qing. 225 00:12:43,280 --> 00:12:44,400 Selepas tinggalkan Gunung Longhu, 226 00:12:44,480 --> 00:12:46,480 kami tak dengar berita daripadanya. 227 00:12:48,200 --> 00:12:50,320 Adakah awak masih ingat 228 00:12:50,400 --> 00:12:51,560 pesanan saya sebelum ini? 229 00:12:55,560 --> 00:12:56,920 Kita yang pilih… 230 00:12:59,080 --> 00:13:00,360 jalan kita sendiri 231 00:13:01,240 --> 00:13:02,560 dan jenis orang… 232 00:13:06,040 --> 00:13:07,440 yang kita nak jadi. 233 00:13:07,520 --> 00:13:09,720 Nampaknya, awak masih tak dengar nasihat. 234 00:13:11,040 --> 00:13:12,680 Saya tanya awak untuk kali terakhir. 235 00:13:12,760 --> 00:13:14,840 Di mana Gong Qing bersembunyi? 236 00:13:14,920 --> 00:13:16,400 Kami benar-benar tak tahu. 237 00:13:35,520 --> 00:13:37,400 GAO NING DAN DOU MEI DARIPADA NIKMAT KEJI 238 00:13:37,480 --> 00:13:39,040 TELAH DITAHAN OLEH NDT ATAS KES KAMPUNG KELUARGA HU 239 00:13:39,120 --> 00:13:41,200 MEREKA DIHUKUM BERAT ATAS BEBERAPA LAGI KESALAHAN 240 00:13:47,520 --> 00:13:48,720 Lingyu, 241 00:13:48,800 --> 00:13:50,280 saya dengar daripada Yu 242 00:13:50,360 --> 00:13:51,320 yang beberapa hari ini, 243 00:13:51,400 --> 00:13:53,320 awak menguruskan semua urusan di gunung. 244 00:13:53,400 --> 00:13:55,600 Lingyu, terima kasih. 245 00:13:56,320 --> 00:13:57,440 Ini tugas saya. 246 00:13:57,520 --> 00:13:58,720 Bukan senang juga 247 00:13:58,800 --> 00:14:00,520 nak jalankan tugas dengan baik. 248 00:14:00,600 --> 00:14:01,600 RUMAH AGAM TAO FANG QIANHE 249 00:14:05,640 --> 00:14:06,840 Sebenarnya, 250 00:14:06,920 --> 00:14:07,760 ada sesuatu 251 00:14:07,840 --> 00:14:09,360 yang saya tak faham. 252 00:14:10,520 --> 00:14:12,640 Dah berpuluh-puluh tahun tuan guru bertapa 253 00:14:12,720 --> 00:14:13,960 dan dah lama dia lupakan 254 00:14:14,040 --> 00:14:15,880 kemarahan dan niat untuk balas dendam. 255 00:14:16,440 --> 00:14:18,520 Saya tak pernah nampak dia jadi begini. 256 00:14:18,600 --> 00:14:19,520 Qianhe, 257 00:14:20,520 --> 00:14:22,800 kenapa dia tinggalkan gunung kali ini? 258 00:14:23,280 --> 00:14:24,600 Tao wujud mengikut alam semula jadi. 259 00:14:24,680 --> 00:14:26,320 Pesona terbentuk melalui emosi kita. 260 00:14:26,400 --> 00:14:28,080 Senang nak sapu daun gugur di lantai, 261 00:14:28,160 --> 00:14:30,520 tapi susah nak buang daun yang gugur di dalam hati. 262 00:14:32,440 --> 00:14:33,720 Tuan guru turun gunung 263 00:14:34,200 --> 00:14:37,280 mungkin untuk buang daun gugur di dalam hatinya. 264 00:14:40,920 --> 00:14:42,520 Cakap mudah, tapi sebenarnya susah 265 00:14:43,320 --> 00:14:44,840 untuk capai ketenangan hati. 266 00:14:45,520 --> 00:14:46,520 Orang kata 267 00:14:46,600 --> 00:14:48,280 berfikir dulu sebelum bertindak. 268 00:14:49,360 --> 00:14:51,280 Bagi orang yang bertapa, 269 00:14:51,840 --> 00:14:52,920 fikiran memang penting, 270 00:14:53,000 --> 00:14:54,280 tapi tindakan lebih penting. 271 00:14:54,360 --> 00:14:56,920 Inilah kesatuan ilmu dan tindakan. 272 00:14:57,840 --> 00:14:58,800 Lingyu, 273 00:15:00,080 --> 00:15:01,560 awak dilahirkan dengan rambut kelabu. 274 00:15:01,640 --> 00:15:03,240 Awak dibuang di kaki gunung 275 00:15:03,320 --> 00:15:04,800 dan Tuan Guru membesarkan awak. 276 00:15:05,280 --> 00:15:07,720 Saya tahu awak paling hormati dia. 277 00:15:07,800 --> 00:15:10,240 Awak mesti ingat ajarannya. 278 00:15:10,720 --> 00:15:12,160 Berbuat baik tanpa mengumpul pahala 279 00:15:12,240 --> 00:15:13,800 bukan kesempurnaan dalam Taoisme. 280 00:15:13,880 --> 00:15:15,320 Tuan guru awak bersikap begini, 281 00:15:15,400 --> 00:15:16,440 awak pun sama. 282 00:15:17,120 --> 00:15:18,680 Buatlah perkara yang awak patut buat. 283 00:15:19,840 --> 00:15:21,520 Saya juga dah mengelilingi dunia. 284 00:15:22,160 --> 00:15:24,360 Saya patut singgah di Gunung Longhu. 285 00:15:43,720 --> 00:15:44,720 Tujuan hidup seseorang 286 00:15:45,280 --> 00:15:47,240 tak semestinya untuk mengambil hati orang. 287 00:15:47,920 --> 00:15:49,080 Awak pun sama. 288 00:15:53,840 --> 00:15:55,440 Murid awak 289 00:15:55,520 --> 00:15:57,120 tiada kekurangan, 290 00:15:57,200 --> 00:15:59,080 tapi dia terlalu serius. 291 00:15:59,160 --> 00:16:00,760 Awak terlalu serius. 292 00:16:01,680 --> 00:16:03,720 Saya seronok melihat awak 293 00:16:03,800 --> 00:16:05,760 bertarung dengan Zhang Chulan. 294 00:16:05,840 --> 00:16:07,960 Saya ingatkan akhirnya awak memahami 295 00:16:08,040 --> 00:16:09,360 dan menerima diri sendiri. 296 00:16:11,800 --> 00:16:13,080 Lingyu. 297 00:16:19,160 --> 00:16:20,200 Tak kira apa sebabnya, 298 00:16:20,760 --> 00:16:22,520 ini rupa sebenar awak sekarang. 299 00:16:22,600 --> 00:16:24,040 Terima saja. 300 00:16:24,120 --> 00:16:25,880 Terima diri awak seadanya. 301 00:16:31,920 --> 00:16:33,520 Berbuat baik tanpa mengumpul pahala 302 00:16:33,600 --> 00:16:35,600 bukan kesempurnaan dalam Taoisme. 303 00:16:35,680 --> 00:16:37,480 Buatlah perkara yang awak patut buat. 304 00:16:45,440 --> 00:16:47,000 Selepas beberapa hari cuaca melampau 305 00:16:47,080 --> 00:16:49,520 dengan guruh dan kilat yang kuat serta hujan lebat, 306 00:16:49,600 --> 00:16:51,760 cuaca di bandar kini kembali cerah. 307 00:16:52,320 --> 00:16:54,680 Cuaca yang cerah 308 00:16:54,760 --> 00:16:55,960 buat kita rasa lebih baik. 309 00:16:59,200 --> 00:17:00,440 Baiklah. 310 00:17:00,520 --> 00:17:01,640 Saya faham. 311 00:17:04,000 --> 00:17:05,960 Tuan guru, ada surat daripada Liu Bihua. 312 00:17:06,040 --> 00:17:07,440 Dia dah berikan alamat. 313 00:17:09,640 --> 00:17:10,880 Mari makan. 314 00:17:17,000 --> 00:17:18,119 Tuan guru, 315 00:17:18,200 --> 00:17:20,319 saya kurang percaya pada Liu Bihua. 316 00:17:20,400 --> 00:17:21,839 Apa kata saya pergi tengok dulu? 317 00:17:21,920 --> 00:17:23,839 Kita tak boleh leka jika berurusan 318 00:17:23,920 --> 00:17:25,359 dengan Nikmat Keji. 319 00:17:25,880 --> 00:17:27,480 Awak tak suka makanan ini? 320 00:17:28,400 --> 00:17:29,840 Huanjin, 321 00:17:29,920 --> 00:17:31,160 awak tak perlu makan sayur bersama saya. 322 00:17:32,640 --> 00:17:34,200 Pesanlah daging. 323 00:17:36,760 --> 00:17:37,600 Baiklah. 324 00:17:38,280 --> 00:17:40,240 Tauke, saya nak perut khinzir reneh. 325 00:17:40,320 --> 00:17:41,320 Letak banyak daging. 326 00:17:41,400 --> 00:17:42,440 Baiklah. 327 00:17:45,880 --> 00:17:46,720 Huanjin, 328 00:17:48,880 --> 00:17:50,320 umur awak 42 tahun ini, bukan? 329 00:17:50,400 --> 00:17:51,280 Ya. 330 00:17:52,640 --> 00:17:54,560 Awak masih tak merancang untuk berkahwin? 331 00:17:54,640 --> 00:17:55,480 Tuan guru, 332 00:17:55,560 --> 00:17:57,720 saya sebenarnya nak tinggal di Gunung Longhu 333 00:17:57,800 --> 00:17:59,120 dan kekal di sisi tuan. 334 00:18:02,400 --> 00:18:04,200 Sepanjang awak bekerja sebagai pemandu, 335 00:18:05,160 --> 00:18:06,400 saya dengar 336 00:18:06,480 --> 00:18:08,200 awak beri 3,000 yuan gaji bulanan awak 337 00:18:08,280 --> 00:18:10,360 kepada isteri dan anak Youyi. 338 00:18:11,520 --> 00:18:13,280 Ini kewajipan saya. 339 00:18:13,360 --> 00:18:14,560 Keluarga Youyi 340 00:18:14,640 --> 00:18:16,000 keluarga saya juga. 341 00:18:21,040 --> 00:18:22,360 Huanjin, 342 00:18:22,440 --> 00:18:24,560 saya hanya ajak awak turun gunung dengan saya. 343 00:18:25,520 --> 00:18:26,400 Apa pendapat awak? 344 00:18:27,600 --> 00:18:28,800 Saya akan ikut kata tuan. 345 00:18:28,880 --> 00:18:30,880 Jika tuan tak cakap, saya takkan fikir bukan-bukan. 346 00:18:30,960 --> 00:18:32,840 Biar saya tanya awak, 347 00:18:35,520 --> 00:18:37,240 Jika kali ini… 348 00:18:39,600 --> 00:18:41,160 sesuatu berlaku kepada saya… 349 00:18:43,600 --> 00:18:45,360 dan saya suruh awak pergi… 350 00:18:47,440 --> 00:18:48,400 apa awak akan buat? 351 00:18:48,480 --> 00:18:49,840 Saya akan larikan diri. 352 00:18:57,320 --> 00:18:58,680 Daging dah sampai. Jemput makan. 353 00:19:01,760 --> 00:19:02,840 Bagus. 354 00:19:03,520 --> 00:19:04,440 Makan daging sekarang. 355 00:19:04,520 --> 00:19:05,800 Saya akan makan. 356 00:19:33,920 --> 00:19:35,280 Dia dah ikut pesanan awak 357 00:19:35,360 --> 00:19:36,640 untuk maklumkan Ketua Tao. 358 00:19:40,800 --> 00:19:42,000 Bihua, 359 00:19:43,720 --> 00:19:44,920 berubahlah. 360 00:19:55,200 --> 00:19:56,280 Semua dah diaturkan? 361 00:19:57,200 --> 00:19:59,240 Handalan Nikmat Keji yang boleh datang dah bersedia. 362 00:19:59,320 --> 00:20:01,040 Ketua Tao terlalu kuat. 363 00:20:01,120 --> 00:20:03,200 Kita hanya boleh menang dengan ramai orang 364 00:20:03,280 --> 00:20:04,440 dan menyerang ketika dia leka. 365 00:20:08,760 --> 00:20:10,560 Sampaikan salam saya kepada Ketua Tao. 366 00:20:18,040 --> 00:20:19,520 Tuan guru, sini tempatnya. 367 00:20:22,840 --> 00:20:23,840 Pak cik, 368 00:20:23,920 --> 00:20:25,120 awak dah tua. 369 00:20:25,200 --> 00:20:26,240 Kenapa datang ke sini? 370 00:20:27,600 --> 00:20:28,640 Saya akan buat 371 00:20:28,720 --> 00:20:30,440 seperti yang mereka buat. 372 00:20:30,520 --> 00:20:31,800 Awak dah berusia. 373 00:20:31,880 --> 00:20:33,240 Jantung awak boleh tahankah? 374 00:20:34,440 --> 00:20:35,480 Saya lebih 18 tahun. 375 00:20:35,560 --> 00:20:36,440 DILARANG MASUK BAGI 18 TAHUN KE BAWAH 376 00:20:36,520 --> 00:20:38,600 Pendeta, saya bukannya nak biadab. 377 00:20:38,680 --> 00:20:39,680 Kami buka kedai 378 00:20:39,760 --> 00:20:40,960 untuk berniaga. 379 00:20:41,040 --> 00:20:42,560 Kamu berdua 380 00:20:42,640 --> 00:20:44,160 boleh berseronok di sebelah saja. 381 00:20:44,240 --> 00:20:45,640 Apa kata kamu pergi ke sana? 382 00:20:47,520 --> 00:20:48,920 Saya dah tua. 383 00:20:49,480 --> 00:20:50,800 Tak dapat menari lagi. 384 00:21:25,800 --> 00:21:27,680 Pendeta, kamu nak minum apa? 385 00:21:27,760 --> 00:21:29,080 Kami tunggu seseorang. 386 00:21:29,160 --> 00:21:31,440 Maaf, kena beli sesuatu di sini. 387 00:21:31,520 --> 00:21:33,280 Jika begitu, beri saya lemonad dengan ais lebih. 388 00:21:34,120 --> 00:21:35,000 Baiklah. 389 00:21:56,200 --> 00:21:57,400 Di mana Gong Qing? 390 00:22:00,120 --> 00:22:01,160 Tanyalah dia. 391 00:22:33,480 --> 00:22:34,560 Lemonad dah siap. 392 00:22:41,800 --> 00:22:42,760 Ketua Tao, 393 00:22:42,840 --> 00:22:44,760 Pemangku Ketua Nikmat Keji, Gong Qing, 394 00:22:45,520 --> 00:22:47,000 kirim salam 395 00:22:48,120 --> 00:22:49,120 kepada awak. 396 00:23:21,960 --> 00:23:23,440 Gong Qing tak datang? 397 00:23:24,120 --> 00:23:26,320 Dia tak datang pun, 398 00:23:26,400 --> 00:23:27,920 kami boleh lawan awak. 399 00:23:29,320 --> 00:23:31,040 Awak pasti bersusah payah 400 00:23:32,040 --> 00:23:33,440 kumpulkan begitu ramai orang. 401 00:23:37,720 --> 00:23:39,600 SIHIR KILAUAN EMAS 402 00:23:44,200 --> 00:23:45,520 Ketua Tao! 403 00:25:01,920 --> 00:25:03,120 Beritahu Gong Qing, 404 00:25:03,720 --> 00:25:04,840 dalam tiga hari ini, 405 00:25:06,840 --> 00:25:08,920 saya akan tunggu dia di padang rumput Ganbei. 406 00:25:10,640 --> 00:25:11,600 KUMPULAN TIANHE DIDAPATI MERUPAKAN 407 00:25:11,680 --> 00:25:12,560 PELINDUNG AKTIVITI HARAM NIKMAT KEJI 408 00:25:12,640 --> 00:25:14,000 KES INI TELAH DISIASAT OLEH JABATAN BERKAITAN 409 00:25:14,080 --> 00:25:15,120 DAN SINDIKET JENAYAH TELAH DIHAPUSKAN 410 00:25:15,200 --> 00:25:16,240 INDIVIDU MENGAKU BERSALAH DAN MENERIMA HUKUMAN. 411 00:25:16,320 --> 00:25:17,400 YU HUADU, AHLI NIKMAT KEJI, TELAH DITAHAN 412 00:25:17,480 --> 00:25:19,080 KERANA MEMBUNUH XU XIANG, PENGURUS BESAR NDT WILAYAH LUBEI. 413 00:25:19,160 --> 00:25:20,560 NDT MENGELUARKAN WARAN TANGKAP 414 00:25:20,640 --> 00:25:21,920 BAGI MEREKA YANG TERLIBAT DALAM NIKMAT KEJI 415 00:25:28,160 --> 00:25:29,160 Tuan guru. 416 00:25:29,240 --> 00:25:30,120 Huanjin. 417 00:25:33,920 --> 00:25:34,840 Huanjin, 418 00:25:34,920 --> 00:25:35,840 awak pergi dulu. 419 00:25:35,920 --> 00:25:36,760 Baiklah. 420 00:25:40,240 --> 00:25:42,720 Dah aturkan semua urusan di gunung? 421 00:25:42,800 --> 00:25:43,840 Semua urusan di gunung 422 00:25:43,920 --> 00:25:45,640 telah diserahkan kepada Qianhe. 423 00:25:47,040 --> 00:25:48,000 Terima kasih. 424 00:25:51,800 --> 00:25:52,840 Tuan guru, 425 00:25:53,720 --> 00:25:55,320 saya telah mengecewakan tuan. 426 00:25:59,920 --> 00:26:01,240 Nikmat Keji amat kejam. 427 00:26:02,360 --> 00:26:04,920 Saya takkan halang tuan daripada menghapuskan Nikmat Keji. 428 00:26:06,800 --> 00:26:07,760 Tapi saya merayu 429 00:26:07,840 --> 00:26:09,040 supaya lepaskan seseorang. 430 00:26:11,040 --> 00:26:11,960 Xia He? 431 00:26:15,600 --> 00:26:17,400 Xia He masih ada hati nurani, 432 00:26:17,480 --> 00:26:19,000 dia cuma terpesong. 433 00:26:19,480 --> 00:26:22,160 Saya merayu kepada tuan untuk beri dia peluang bertaubat. 434 00:26:33,400 --> 00:26:34,680 Tuan guru. 435 00:26:37,520 --> 00:26:38,600 Tuan guru 436 00:26:39,600 --> 00:26:40,680 dah jumpa dia? 437 00:26:45,840 --> 00:26:46,800 Lingyu, 438 00:26:46,880 --> 00:26:47,960 awak bangun dulu. 439 00:26:52,520 --> 00:26:53,680 Mari ikut saya ke atas. 440 00:26:59,520 --> 00:27:01,160 Dalam beberapa tahun awak di gunung, 441 00:27:01,720 --> 00:27:03,600 ini kali pertama awak nampak cemas. 442 00:27:05,400 --> 00:27:06,520 Cemas pun… 443 00:27:08,800 --> 00:27:10,360 saya dah terlambat. 444 00:27:12,120 --> 00:27:13,240 Tuan guru, 445 00:27:14,440 --> 00:27:15,640 saya yang tak berguna. 446 00:27:17,920 --> 00:27:19,800 Saya mengingkari ajaran tuan 447 00:27:21,520 --> 00:27:23,160 demi wanita daripada Nikmat Keji. 448 00:27:25,480 --> 00:27:26,680 Saya telah memalukan tuan. 449 00:27:29,280 --> 00:27:30,840 Gadis ini ada nama. 450 00:27:30,920 --> 00:27:31,960 Namanya Xia He. 451 00:27:34,280 --> 00:27:35,400 Lingyu, 452 00:27:35,480 --> 00:27:36,960 memang fitrah manusia 453 00:27:37,040 --> 00:27:39,120 untuk rasa cemas tentang orang yang kita sayang. 454 00:27:44,840 --> 00:27:47,520 Sejak kecil, awak mengejar kesempurnaan 455 00:27:47,600 --> 00:27:48,880 dan mengelak kesalahan. 456 00:27:49,640 --> 00:27:51,640 Tapi tiada apa-apa di dunia ini 457 00:27:51,720 --> 00:27:53,160 yang sempurna. 458 00:27:54,160 --> 00:27:55,680 Selama ini, 459 00:27:55,760 --> 00:27:56,840 saya sentiasa berharap 460 00:27:56,920 --> 00:27:58,480 awak akan lakukan satu kesalahan. 461 00:27:59,400 --> 00:28:00,320 Sebab 462 00:28:00,400 --> 00:28:02,240 mengaku bahawa diri tak sempurna 463 00:28:03,000 --> 00:28:04,640 lebih memerlukan keberanian. 464 00:28:09,920 --> 00:28:11,920 Pada hari terakhir pertandingan itu, 465 00:28:12,000 --> 00:28:14,200 saya suruh awak buat pilihan yang berbeza. 466 00:28:15,480 --> 00:28:16,520 Awak tahu sebabnya? 467 00:28:18,480 --> 00:28:20,920 Sebab awak terlalu mementingkan pendapat orang lain 468 00:28:21,520 --> 00:28:23,800 dan tak berani buat pilihan sendiri. 469 00:28:25,840 --> 00:28:27,320 Jika seseorang nak jadi matang, 470 00:28:27,400 --> 00:28:28,720 dia perlu berani 471 00:28:28,800 --> 00:28:30,560 untuk menghadapi dirinya 472 00:28:30,640 --> 00:28:32,240 dan menjadi dirinya yang sebenar. 473 00:28:37,040 --> 00:28:38,200 Saya cuma 474 00:28:38,280 --> 00:28:39,440 seseorang yang lalu 475 00:28:39,520 --> 00:28:41,400 dalam kehidupan awak. 476 00:28:42,720 --> 00:28:43,920 Lingyu, 477 00:28:44,000 --> 00:28:46,400 akhirnya awak telah buat pilihan. 478 00:28:46,480 --> 00:28:47,920 Selepas ini, 479 00:28:48,720 --> 00:28:51,160 awak bukan lagi murid Gunung Longhu. 480 00:28:51,240 --> 00:28:53,280 Saya bukan tuan guru awak lagi. 481 00:29:08,080 --> 00:29:09,280 Menangislah. 482 00:29:10,280 --> 00:29:11,680 Awak akan rasa lebih baik. 483 00:29:18,760 --> 00:29:21,320 Orang tua memang suka bercakap. 484 00:29:21,400 --> 00:29:22,400 Sudahlah. 485 00:29:23,320 --> 00:29:24,200 Yang selebihnya, 486 00:29:24,280 --> 00:29:25,840 biar Xia He yang beritahu awak. 487 00:29:32,480 --> 00:29:33,920 Ingat pesanan saya. 488 00:29:34,800 --> 00:29:36,800 Semua jalan yang awak ambil 489 00:29:37,640 --> 00:29:40,120 merupakan laluan yang mesti dilalui dalam kehidupan. 490 00:29:43,760 --> 00:29:47,120 Xia He sedang menunggu awak di tempat awak terlewat sebelum ini. 491 00:29:50,720 --> 00:29:51,680 Pergilah. 492 00:30:05,680 --> 00:30:06,640 Tuan guru. 493 00:30:55,040 --> 00:30:56,160 Awak lambat. 494 00:30:57,480 --> 00:30:58,360 Saya lambat. 495 00:31:00,640 --> 00:31:01,840 Terlalu lambat. 496 00:31:04,560 --> 00:31:06,080 Tapi mujurlah 497 00:31:06,160 --> 00:31:07,400 saya sempat datang. 498 00:31:14,040 --> 00:31:16,840 Hari itu, semalaman saya tunggu awak di sini. 499 00:31:20,040 --> 00:31:21,960 Tapi awak tak muncul pun. 500 00:31:23,920 --> 00:31:25,040 Maafkan saya. 501 00:31:26,480 --> 00:31:28,280 Sekarang baru saya faham 502 00:31:29,280 --> 00:31:30,840 tentang pilihan saya. 503 00:32:18,680 --> 00:32:20,400 Semua orang sedang cari kita. 504 00:32:20,480 --> 00:32:22,000 Awak patut belajar sembunyikan diri. 505 00:32:23,200 --> 00:32:25,120 Saya akan pergi ke padang rumput Ganbei. 506 00:32:27,280 --> 00:32:29,000 Adakah ingatan Tian Jinzhong dah dirungkai? 507 00:32:31,320 --> 00:32:32,920 Akhirnya saya faham 508 00:32:33,000 --> 00:32:35,280 tujuan awak bersusah payah untuk buat begitu. 509 00:32:36,760 --> 00:32:38,320 Baguslah, beri sini. 510 00:32:38,800 --> 00:32:39,800 Awak yakin? 511 00:32:40,360 --> 00:32:41,760 Ia amat menarik. 512 00:32:46,040 --> 00:32:47,400 Jangan main-main. 513 00:33:19,160 --> 00:33:20,760 Saya ingat saya akan terlepas segalanya. 514 00:33:22,800 --> 00:33:24,600 Tak sangka selepas kembali semula, 515 00:33:25,160 --> 00:33:26,320 ia tetap Zhang Chulan. 516 00:33:27,720 --> 00:33:28,840 Tahniah, 517 00:33:28,920 --> 00:33:30,640 awak selangkah lebih dekat dengan Wu Gensheng. 518 00:33:31,320 --> 00:33:32,520 Lebih dekat? 519 00:33:34,640 --> 00:33:36,440 Kenapa saya rasa saya semakin jauh? 520 00:33:38,480 --> 00:33:40,480 Saya teringin nak jadi ketua Nikmat Keji 521 00:33:40,560 --> 00:33:41,760 seperti Wu Gensheng 522 00:33:43,480 --> 00:33:45,600 untuk menyatukan Nikmat Keji 523 00:33:46,640 --> 00:33:48,280 dan melaksanakan konsep Nikmat Keji. 524 00:33:49,080 --> 00:33:50,280 Kekal jadi diri sendiri 525 00:33:50,360 --> 00:33:51,480 bermula dari hati. 526 00:33:52,240 --> 00:33:55,400 Sayangnya, keadaan terdesak sekarang. 527 00:33:56,080 --> 00:33:58,000 Kenapa awak tak cari tempat untuk sembunyi? 528 00:33:58,080 --> 00:34:00,200 Nikmat Keji boleh dibentuk semula selepas semuanya reda. 529 00:34:00,280 --> 00:34:01,640 Saya tak dapat sembunyikan diri lagi. 530 00:34:02,200 --> 00:34:03,120 Paling penting, 531 00:34:03,200 --> 00:34:04,640 Ketua Tao ada jawapan 532 00:34:05,360 --> 00:34:06,720 yang saya mesti tahu sekarang. 533 00:34:07,720 --> 00:34:09,520 Sebaik saja melangkah, 534 00:34:09,600 --> 00:34:10,920 kita tak dapat patah balik. 535 00:34:11,679 --> 00:34:12,520 Lyu Liang, 536 00:34:13,159 --> 00:34:15,719 awak kini memiliki rahsia terbesar dalam dunia Orang Luar. 537 00:34:15,800 --> 00:34:17,600 Rahsia ini amat cukup 538 00:34:17,679 --> 00:34:19,560 untuk menimbulkan kekacauan 539 00:34:19,639 --> 00:34:22,520 atau pertumpahan darah seperti ketika Bencana Jiashen. 540 00:34:25,800 --> 00:34:26,719 Besar kemungkinan 541 00:34:27,320 --> 00:34:29,000 pertikaian ini bermula dengan awak. 542 00:34:29,080 --> 00:34:32,040 Keputusan awak berkait rapat dengan nasib dunia Orang Luar. 543 00:34:32,639 --> 00:34:35,199 Ada yang boleh dilakukan dan ada yang tak boleh. 544 00:34:35,280 --> 00:34:37,920 Jika dah dapat kebenaran, pasti harganya setimpal. 545 00:34:38,000 --> 00:34:39,679 Lyu Liang, jaga diri baik-baik. 546 00:34:39,760 --> 00:34:41,040 Kita takkan berjumpa lagi. 547 00:34:48,280 --> 00:34:49,480 Harga? 548 00:34:50,000 --> 00:34:52,280 Seumur hidup saya merupakan harganya. 549 00:34:52,360 --> 00:34:54,440 Ada kebenaran yang saya cari 550 00:34:54,520 --> 00:34:55,800 dan saya semakin menghampirinya.