1 00:00:02,420 --> 00:00:07,007 KEMATIAN YANG PALING MENYAKITKAN ADALAH YANG DIKETAHUI TERLEBIH DAHULU 2 00:00:07,091 --> 00:00:08,551 BACCHYLIDES 3 00:00:39,123 --> 00:00:40,624 Apa dosa saya? 4 00:00:41,709 --> 00:00:45,212 Apa dosa saya sampai perlu pergi ke sana? 5 00:00:49,341 --> 00:00:50,968 Awak datang jumpa saya 6 00:00:52,762 --> 00:00:54,597 sebelum saya pergi cari awak. 7 00:01:00,936 --> 00:01:02,605 Sial! 8 00:01:17,995 --> 00:01:19,497 Nanti dulu. 9 00:01:39,308 --> 00:01:41,143 Saya nak mati secara terurus. 10 00:01:42,561 --> 00:01:43,562 Itu saja 11 00:01:44,605 --> 00:01:47,024 yang saya harapkan. 12 00:01:48,025 --> 00:01:49,151 Untuk memperolehnya, 13 00:01:50,361 --> 00:01:51,362 saya tak boleh 14 00:01:52,196 --> 00:01:53,489 mati begini. 15 00:01:59,036 --> 00:02:05,042 EPISOD 1 KEMATIAN 16 00:02:05,125 --> 00:02:06,961 Kereta api akan bergerak. 17 00:02:07,211 --> 00:02:10,172 Sila berdiri di belakang garisan. 18 00:02:10,673 --> 00:02:14,927 7 TAHUN LEPAS 19 00:02:29,483 --> 00:02:30,609 Ya, Ji-su. 20 00:02:31,735 --> 00:02:32,820 Awak dah sampai? 21 00:02:32,903 --> 00:02:34,864 Belum, tapi dah dekat. 22 00:02:34,947 --> 00:02:38,576 Tak sangka kekasih saya ini sangat hebat. 23 00:02:38,659 --> 00:02:39,702 Apa pula? 24 00:02:39,785 --> 00:02:40,828 Awak tahulah. 25 00:02:40,911 --> 00:02:43,414 Awak dipanggil untuk temu duga akhir sebelum tamat belajar. 26 00:02:44,290 --> 00:02:46,000 Saya belum lulus lagi. 27 00:02:47,626 --> 00:02:49,295 Gementar pula. 28 00:02:49,587 --> 00:02:50,629 Jangan risau. 29 00:02:50,880 --> 00:02:52,673 Jika mereka pandai menilai orang, 30 00:02:52,756 --> 00:02:54,049 mereka pasti pilih awak. 31 00:02:54,300 --> 00:02:57,261 Awak cuma perlu tunjuk diri awak seadanya. 32 00:02:57,469 --> 00:02:58,596 Itu dah mencukupi. 33 00:02:59,471 --> 00:03:00,514 Terima kasih, Ji-su. 34 00:03:00,973 --> 00:03:02,641 Saya akan telefon selepas selesai. 35 00:03:03,142 --> 00:03:04,768 Baiklah. Semoga berjaya! 36 00:03:04,977 --> 00:03:06,020 Terima kasih. 37 00:03:16,322 --> 00:03:19,325 Saya perlu dapat kerja sebelum tamat belajar. 38 00:03:19,408 --> 00:03:20,534 Saya boleh buat. 39 00:03:20,618 --> 00:03:21,702 Tidak. 40 00:03:23,454 --> 00:03:24,538 Saya mesti lakukannya. 41 00:03:48,604 --> 00:03:50,189 Encik okey tak? Encik? 42 00:03:50,272 --> 00:03:51,440 Encik okey tak? 43 00:04:27,726 --> 00:04:31,230 ID PEMOHON NAMA: CHOI YEE-JAE 44 00:04:34,483 --> 00:04:35,526 En. Choi Yee-jae. 45 00:04:37,653 --> 00:04:38,779 En. Choi Yee-jae? 46 00:04:40,239 --> 00:04:41,365 En. Choi Yee-jae! 47 00:04:42,032 --> 00:04:43,659 Ya, saya. 48 00:04:43,993 --> 00:04:45,285 Cuba awak jawab. 49 00:04:46,912 --> 00:04:49,498 Maaf, saya tak dengar soalannya. 50 00:04:50,749 --> 00:04:53,585 Boleh ulang semula? 51 00:04:54,712 --> 00:04:55,713 Seterusnya. 52 00:04:56,213 --> 00:04:57,798 - Tapi... - En. Jeong Jae-han, cuba jawab. 53 00:04:58,424 --> 00:04:59,883 Peluang bekerja di Taekang... 54 00:04:59,967 --> 00:05:02,386 Peluang saya datang lebih awal daripada orang lain, 55 00:05:02,886 --> 00:05:05,055 tapi melayang begitu sahaja. 56 00:05:06,181 --> 00:05:09,059 Ketika itu saya tak sedar 57 00:05:10,227 --> 00:05:13,355 yang saya akan hidup mencari kerja 58 00:05:13,439 --> 00:05:15,482 selama tujuh tahun. 59 00:05:17,985 --> 00:05:19,653 Selepas gagal diambil bekerja, 60 00:05:19,737 --> 00:05:23,490 saya mulakan hidup dengan hutang pinjaman pendidikan. 61 00:05:25,951 --> 00:05:28,495 Disebabkan COVID-19 merebak di seluruh dunia, 62 00:05:28,787 --> 00:05:31,457 semakin susah untuk mendapatkan pekerjaan. 63 00:05:31,540 --> 00:05:32,791 Ya, encik. 64 00:05:32,875 --> 00:05:34,543 Saya dalam perjalanan. Lima minit lagi. 65 00:05:34,626 --> 00:05:35,794 Sekejap lagi saya sampai. 66 00:05:37,087 --> 00:05:38,714 Ya, dah nak sampai. 67 00:05:39,048 --> 00:05:41,675 Kenapa orang muda macam awak tak dapat kerja? 68 00:05:41,759 --> 00:05:42,843 Ada banyak kerja... 69 00:05:42,926 --> 00:05:45,262 Sementara orang lain mengumpul pengalaman kerja, 70 00:05:45,554 --> 00:05:48,474 saya perlu bekerja sambilan untuk membayar hutang 71 00:05:48,557 --> 00:05:49,808 dan mendapatkan kerja tetap. 72 00:05:50,601 --> 00:05:52,478 Saya sedar sesuatu melalui kitaran kejam ini. 73 00:05:52,561 --> 00:05:54,605 - Ada panggil pemandu ganti? - Itu dia. Terima kasih. 74 00:05:54,897 --> 00:05:56,523 - Syabas untuk hari ini. - Terima kasih. 75 00:05:56,982 --> 00:05:58,609 - Baliklah. - Hati-hati pulang, tuan. 76 00:05:58,692 --> 00:06:00,861 - Semoga selamat sampai. - Jumpa esok. 77 00:06:01,320 --> 00:06:03,447 Perkara yang paling sukar untuk dicapai... 78 00:06:08,535 --> 00:06:09,745 Saya akan berkahwin. 79 00:06:10,996 --> 00:06:12,706 ...adalah kehidupan biasa 80 00:06:12,790 --> 00:06:14,291 dengan ada kerja dan berkahwin 81 00:06:15,042 --> 00:06:17,252 seperti orang lain. 82 00:06:19,379 --> 00:06:21,882 Sementara saya berhenti tanpa dapat maju ke hadapan 83 00:06:23,300 --> 00:06:26,095 dan hari-hari terus berulang, 84 00:06:26,178 --> 00:06:29,765 perkara yang paling menakutkan saya adalah masa depan yang samar-samar. 85 00:06:30,432 --> 00:06:32,684 Ratusan dan ribuan surat iringan telah dihantar, 86 00:06:32,768 --> 00:06:34,061 tapi saya masih gagal. 87 00:06:34,561 --> 00:06:38,774 Saya memujuk diri sendiri yang semuanya pasti akan ada sinar. 88 00:06:42,111 --> 00:06:44,363 Selepas tujuh tahun bertungkus-lumus, 89 00:06:44,613 --> 00:06:47,241 saya dipanggil semula untuk temu duga akhir di Taekang. 90 00:06:47,324 --> 00:06:48,367 TEMU DUGA AKHIR PEKERJA BAHARU TAEKANG 2023 91 00:06:48,450 --> 00:06:50,786 En. Choi Yee-jae, markah TOEIC awak tinggi 92 00:06:50,869 --> 00:06:52,579 dan awak ada HSK, 93 00:06:52,663 --> 00:06:54,289 tapi tiada pendedahan di luar negara. 94 00:06:54,498 --> 00:06:56,333 Ya, tak ada. 95 00:06:56,416 --> 00:06:59,002 Pengalaman penting untuk bahasa. 96 00:06:59,962 --> 00:07:02,172 Awak cuma ada pengalaman kerja sambilan. 97 00:07:02,422 --> 00:07:04,466 Mesti dia begitu terdesak nak tulis apa-apa 98 00:07:04,550 --> 00:07:06,844 sampai letak pengalaman kerja sambilan. 99 00:07:07,636 --> 00:07:11,223 Sebab saya tulis pengalaman kerja sambilan itu... 100 00:07:11,306 --> 00:07:13,058 Rasanya saya tahu sebabnya. 101 00:07:21,150 --> 00:07:24,862 Awak nak tunjukkan kesungguhan dan keberanian awak, betul tak? 102 00:07:25,487 --> 00:07:27,281 Ya, betul. 103 00:07:29,366 --> 00:07:32,536 Awak kehilangan ayah semasa masih kecil. 104 00:07:33,996 --> 00:07:37,875 Ya, dia meninggal dunia ketika saya berumur lima tahun. 105 00:07:42,629 --> 00:07:47,217 Saya rasa ini menerangkan kenapa awak bekerja begitu keras. 106 00:07:47,676 --> 00:07:49,595 Walaupun awak berpenat lelah, 107 00:07:49,678 --> 00:07:51,930 awak masih dapat banyak sijil kemahiran. 108 00:07:52,014 --> 00:07:53,849 Awak pandai urus diri. 109 00:07:54,558 --> 00:07:55,392 En. Choi Yee-jae. 110 00:07:57,269 --> 00:07:58,270 Awak hebat. 111 00:08:00,564 --> 00:08:01,732 Terima kasih. 112 00:08:09,948 --> 00:08:12,951 BILIK TEMU DUGA 113 00:08:20,542 --> 00:08:21,543 Ya, Tae-sik. 114 00:08:21,627 --> 00:08:24,463 Hei, Yee-jae. Awak melabur pada Hyeon-su juga? 115 00:08:24,796 --> 00:08:26,757 Apa? Kenapa awak tanya? 116 00:08:29,468 --> 00:08:32,679 Bangsat itu terlibat dalam sindiket manipulasi harga saham 117 00:08:32,930 --> 00:08:34,806 dan dah cabut lari dengan duit kita. 118 00:08:35,349 --> 00:08:36,350 Hyeon-su! 119 00:08:36,433 --> 00:08:37,559 Ini Yee-jae. Buka pintu. 120 00:08:37,643 --> 00:08:39,728 Saya tahu awak ada di dalam! 121 00:08:40,229 --> 00:08:41,730 Buka pintu ini! 122 00:08:42,564 --> 00:08:43,565 Tak guna! 123 00:08:48,904 --> 00:08:49,988 Bangsat! 124 00:08:50,072 --> 00:08:52,032 Tergamak awak buat begini pada saya? 125 00:08:52,115 --> 00:08:54,368 Buka pintu sekarang! 126 00:08:55,118 --> 00:08:56,370 Buka pintu! 127 00:08:59,915 --> 00:09:02,459 Tolong buka pintu ini. 128 00:09:03,168 --> 00:09:04,878 Tolonglah. 129 00:09:09,925 --> 00:09:13,345 Tolonglah keluar. 130 00:09:24,523 --> 00:09:26,692 Awak sepatutnya lebih tahu. 131 00:09:26,775 --> 00:09:29,778 Awak rosakkan pintu dan buat bising, tentulah orang buat laporan. 132 00:09:30,112 --> 00:09:31,571 Saya ingatkan orang gila. 133 00:09:31,863 --> 00:09:33,073 Macam mana saya tak gila? 134 00:09:33,156 --> 00:09:34,658 Semua duit saya melayang. 135 00:09:35,909 --> 00:09:37,536 Tolong tangkap bangsat itu. 136 00:09:37,619 --> 00:09:38,745 Awak melabur, bukan? 137 00:09:38,829 --> 00:09:40,831 Awak melabur untuk dapat keuntungan. 138 00:09:40,914 --> 00:09:42,916 Jadi, awak tak boleh saman dia kerana menipu 139 00:09:43,000 --> 00:09:44,167 hanya kerana awak rugi. 140 00:09:46,962 --> 00:09:49,464 Itu tak masuk akal! 141 00:09:49,673 --> 00:09:51,133 Itulah undang-undang Korea. 142 00:10:08,942 --> 00:10:11,820 Ada satu syarikat akan disenaraikan dalam KOSDAQ tahun depan. 143 00:10:12,029 --> 00:10:13,572 Laburkan duit awak di situ. 144 00:10:14,031 --> 00:10:16,033 Awak akan dapat durian runtuh. 145 00:10:16,658 --> 00:10:17,826 - Tapi... - Hei. 146 00:10:17,909 --> 00:10:19,453 Sampai bila nak hidup begini? 147 00:10:20,370 --> 00:10:22,497 Awak tak nak kahwin dengan Ji-su? 148 00:10:34,593 --> 00:10:35,844 Aduhai. 149 00:10:51,109 --> 00:10:52,110 Ji-su. 150 00:10:53,904 --> 00:10:54,905 Terima kasih. 151 00:10:56,990 --> 00:10:58,742 - Hati-hati pulang. - Saya pergi dulu. 152 00:11:01,036 --> 00:11:03,246 - Hati-hati memandu. - Ya. Masuklah. 153 00:11:26,603 --> 00:11:27,604 Yee-jae. 154 00:11:27,813 --> 00:11:29,481 Awak buat apa di sini? 155 00:11:29,731 --> 00:11:31,149 Saya ada hal berdekatan sini. 156 00:11:36,113 --> 00:11:37,322 Awak minum lagi? 157 00:11:40,283 --> 00:11:41,368 Kenapa? 158 00:11:41,576 --> 00:11:43,745 Saya tak boleh minum pada hari seperti ini? 159 00:11:43,954 --> 00:11:45,539 Kenapa dengan hari ini? 160 00:11:45,789 --> 00:11:47,207 Semuanya serba tak kena. 161 00:11:47,290 --> 00:11:48,291 Tak. 162 00:11:50,919 --> 00:11:53,130 Selama ini pun memang begini. 163 00:11:56,967 --> 00:11:59,094 Saya balik dulu. Masuklah. 164 00:12:00,137 --> 00:12:01,138 Nanti. 165 00:12:05,475 --> 00:12:07,102 Awak dah tak buat kerja sambilan 166 00:12:08,145 --> 00:12:09,479 sebab sibuk hadiri temu duga. 167 00:12:21,366 --> 00:12:22,659 Awak ada lelaki lain? 168 00:12:23,869 --> 00:12:25,412 - Tak. - Habis itu? 169 00:12:25,787 --> 00:12:27,372 Awak baru kenal lelaki tadi? 170 00:12:27,456 --> 00:12:28,707 Saya dah cakap, bukan. 171 00:12:28,790 --> 00:12:29,791 Ji-su. 172 00:12:32,627 --> 00:12:33,920 Awak nak berpisah? 173 00:12:34,421 --> 00:12:35,422 Apa? 174 00:12:36,381 --> 00:12:40,010 Saya rasa bersalah bazirkan masa awak dengan lelaki seperti saya. 175 00:12:43,472 --> 00:12:44,556 Saya rasa terbeban. 176 00:12:45,265 --> 00:12:47,058 Saya hanya beban pada awak. 177 00:12:47,142 --> 00:12:50,187 Awak tak pernah terfikir untuk bekerja lebih keras? 178 00:12:51,271 --> 00:12:52,814 Sampai bila nak hidup begini? 179 00:12:53,064 --> 00:12:54,107 "Bekerja lebih keras"? 180 00:12:56,693 --> 00:12:59,529 Selama ini awak ingat saya buat apa? 181 00:13:00,071 --> 00:13:02,949 Tak ada apa yang berubah walaupun saya dah berhempas-pulas. 182 00:13:03,033 --> 00:13:04,493 Saya pun dah penat! 183 00:13:06,912 --> 00:13:08,205 Tengoklah hubungan kita. 184 00:13:11,333 --> 00:13:12,417 Awak tak kisah 185 00:13:14,336 --> 00:13:15,378 kita begini? 186 00:13:23,345 --> 00:13:24,638 Mari tamatkannya. 187 00:13:28,141 --> 00:13:29,351 Saya dah susahkan awak. 188 00:13:31,895 --> 00:13:32,979 Jaga diri baik-baik. 189 00:14:08,807 --> 00:14:09,975 Apa ini? 190 00:14:11,268 --> 00:14:12,269 Tak guna. 191 00:14:19,150 --> 00:14:21,403 Saya simpan duit deposit awak sebab sewa tertunggak. 192 00:14:21,486 --> 00:14:23,196 Penyewa baharu masuk dua hari lagi. 193 00:14:23,280 --> 00:14:24,739 Kemas barang awak sebelum esok. 194 00:14:24,823 --> 00:14:25,949 Biar betul? 195 00:14:32,706 --> 00:14:34,165 Tak guna! 196 00:14:38,003 --> 00:14:39,254 Nombor yang anda dail... 197 00:14:42,507 --> 00:14:43,508 Tak guna. 198 00:15:11,369 --> 00:15:13,705 ANDA GAGAL TEMU DUGA AKHIR DI TAEKANG 199 00:15:13,788 --> 00:15:15,832 TERIMA KASIH KERANA MEMOHON DI SYARIKAT KAMI 200 00:16:25,819 --> 00:16:28,530 UNIVERSITI KYOHAK KADAR PENGAMBILAN KERJA NOMBOR SATU! 201 00:16:29,072 --> 00:16:30,240 "Nombor satu"? 202 00:16:34,744 --> 00:16:37,163 Mungkin saya bukan salah satu daripadanya. 203 00:16:45,630 --> 00:16:47,799 Kadar bunuh diri di Korea nombor satu antara semua negara OECD? 204 00:16:49,634 --> 00:16:50,635 Jadi... 205 00:16:52,429 --> 00:16:54,055 saya boleh menyumbang di situ. 206 00:17:00,311 --> 00:17:01,896 Apabila merenung kembali, 207 00:17:01,980 --> 00:17:03,773 lelaki dari tujuh tahun lalu 208 00:17:04,232 --> 00:17:05,984 adalah punca saya berdiri di sini. 209 00:17:07,235 --> 00:17:10,321 Disebabkan lelaki itulah hidup saya jadi begini. 210 00:17:12,365 --> 00:17:14,784 Tiada lagi harapan untuk saya. 211 00:17:15,452 --> 00:17:17,912 Saya takut untuk hidup, 212 00:17:18,496 --> 00:17:20,999 tapi saya langsung tak takut akan kematian. 213 00:17:22,292 --> 00:17:27,422 Kematian hanyalah cara remeh untuk menamatkan derita ini. 214 00:17:28,757 --> 00:17:33,887 Saya takkan berhempas-pulas untuk hidup lagi. 215 00:17:41,728 --> 00:17:48,443 MAK 216 00:17:51,863 --> 00:17:52,864 Apa ini? 217 00:17:53,782 --> 00:17:55,033 Saya dah matikah? 218 00:17:57,243 --> 00:17:58,536 Kenapa gelap sangat? 219 00:18:00,580 --> 00:18:02,582 Ada apa di mata saya ini? 220 00:18:05,835 --> 00:18:07,128 Apa? 221 00:18:07,212 --> 00:18:08,338 Saya naik kapal terbang? 222 00:18:12,091 --> 00:18:14,177 Pergi alam baqa naik kapal terbang? 223 00:18:16,179 --> 00:18:18,932 Agaknya betullah syurga berada di tempat tinggi. 224 00:18:21,893 --> 00:18:22,894 Apa? 225 00:18:28,107 --> 00:18:29,234 Apa yang berlaku? 226 00:18:32,070 --> 00:18:33,404 Ini bukan muka saya. 227 00:18:50,880 --> 00:18:52,048 "Kematian hanyalah 228 00:18:52,841 --> 00:18:55,385 cara remeh untuk menamatkan derita ini." 229 00:18:57,303 --> 00:18:59,430 "Saya langsung tak takut akan kematian." 230 00:19:02,100 --> 00:19:04,394 Saya dah baca, Choi Yee-jae. 231 00:19:07,188 --> 00:19:08,857 Macam mana awak tahu nama saya? 232 00:19:09,440 --> 00:19:10,567 Awak yang tulis ini. 233 00:19:12,944 --> 00:19:14,487 Itu wasiat saya. 234 00:19:14,571 --> 00:19:15,780 Kenapa ada pada awak? 235 00:19:19,075 --> 00:19:20,326 Awak dah mati. 236 00:19:20,618 --> 00:19:22,203 Awak bertemu saya ialah buktinya. 237 00:19:23,955 --> 00:19:25,874 Jadi, saya cuma cara remeh 238 00:19:26,749 --> 00:19:28,459 untuk menghentikan derita awak? 239 00:19:28,835 --> 00:19:29,836 Apa? 240 00:19:53,693 --> 00:19:54,694 Apa yang terjadi? 241 00:20:17,091 --> 00:20:19,302 Adakah ini neraka? 242 00:20:19,969 --> 00:20:20,970 Tidak. 243 00:20:21,679 --> 00:20:24,599 Saya bawa awak pergi dalam perjalanan ke neraka 244 00:20:25,224 --> 00:20:26,976 sebab awak perlu terima hukuman. 245 00:20:29,270 --> 00:20:30,271 Kenapa? 246 00:20:31,397 --> 00:20:32,649 Kenapa saya perlu dihukum? 247 00:20:32,857 --> 00:20:34,484 Sebab awak berdosa. 248 00:20:34,817 --> 00:20:37,737 Disebabkan awak mempersendakan saya, 249 00:20:38,237 --> 00:20:39,781 awak perlu diberi hukuman berat. 250 00:20:40,490 --> 00:20:41,950 Siapa awak nak hukum saya? 251 00:20:42,825 --> 00:20:43,993 Satu-satunya entiti 252 00:20:45,370 --> 00:20:46,704 yang takkan mati. 253 00:20:50,291 --> 00:20:51,459 "Satu-satunya entiti 254 00:20:52,418 --> 00:20:53,920 yang takkan mati"? 255 00:21:22,573 --> 00:21:24,117 Awak ini apa? 256 00:21:24,742 --> 00:21:26,285 Benda awak anggap remeh. 257 00:21:29,122 --> 00:21:30,123 Kematian. 258 00:21:30,790 --> 00:21:33,126 Kematian? 259 00:21:35,712 --> 00:21:37,046 Awak akan dihukum 260 00:21:38,339 --> 00:21:39,632 kerana menghina saya. 261 00:22:33,644 --> 00:22:34,645 Jadi... 262 00:22:36,647 --> 00:22:38,024 apa hukuman itu? 263 00:22:38,858 --> 00:22:40,651 Tuhan beri keistimewaan kepada manusia. 264 00:22:41,986 --> 00:22:44,030 Keistimewaan itu akan dirampas daripada awak. 265 00:22:45,281 --> 00:22:46,908 Keistimewaan yang Tuhan beri? 266 00:22:47,742 --> 00:22:48,868 Apakah itu? 267 00:22:49,118 --> 00:22:50,119 Selama mereka hidup, 268 00:22:50,912 --> 00:22:53,456 manusia hanya mati sekali. 269 00:22:55,416 --> 00:22:57,335 Awak panggil itu keistimewaan? 270 00:23:00,046 --> 00:23:01,672 Saya nak tengok 271 00:23:02,924 --> 00:23:05,301 jika awak masih kata begitu selepas dihukum. 272 00:23:08,304 --> 00:23:10,264 Awak akan mati sebanyak 12 kali. 273 00:23:12,475 --> 00:23:16,354 Roh awak akan masuk jasad 12 orang yang akan mati. 274 00:23:17,105 --> 00:23:18,940 Awak tetap akan mati 275 00:23:19,857 --> 00:23:21,442 tanpa mengira jasad yang awak masuk. 276 00:23:22,318 --> 00:23:24,737 Rasakan sendiri betapa sakitnya kematian. 277 00:23:27,949 --> 00:23:31,244 Tapi jika awak mengelak kematian mereka, 278 00:23:32,495 --> 00:23:33,913 awak boleh teruskan hidup. 279 00:23:34,831 --> 00:23:36,040 Teruskan hidup? 280 00:23:36,374 --> 00:23:37,375 Betul. 281 00:23:37,750 --> 00:23:39,919 Jika awak elak kematian dalam salah satu jasad, 282 00:23:41,462 --> 00:23:43,589 awak akan teruskan hidup dalam jasad tersebut. 283 00:23:52,765 --> 00:23:54,142 Saya tak nak hidup. 284 00:23:56,727 --> 00:23:58,563 Hidup saya macam neraka. 285 00:24:01,774 --> 00:24:03,901 Saya dah bunuh diri, tapi awak nak saya hidup semula? 286 00:24:08,239 --> 00:24:09,240 Tak nak. 287 00:24:11,200 --> 00:24:12,827 Saya dah mati. 288 00:24:14,996 --> 00:24:16,247 Semuanya dah tamat. 289 00:24:18,166 --> 00:24:20,209 Awak masih fikir kematian penamatnya? 290 00:24:22,086 --> 00:24:23,504 Ini baru permulaan. 291 00:24:27,508 --> 00:24:28,843 Awak boleh cuba 292 00:24:29,051 --> 00:24:30,386 kawal kematian sepenuhnya, 293 00:24:31,262 --> 00:24:33,306 macam yang awak tulis dalam wasiat. 294 00:24:52,241 --> 00:24:53,576 Dah mulakah? 295 00:25:09,592 --> 00:25:11,802 Awak tetap akan mati 296 00:25:11,886 --> 00:25:13,763 tanpa mengira jasad yang awak masuk. 297 00:25:15,223 --> 00:25:16,057 Sial. 298 00:25:29,820 --> 00:25:31,447 Tuan tak perlu buat begini. 299 00:25:32,490 --> 00:25:34,367 Ini cuma pergolakan udara sementara. 300 00:25:34,450 --> 00:25:36,285 - Sebentar lagi redalah. - Tidak! 301 00:25:36,369 --> 00:25:38,079 Pesawat akan stabil tak lama lagi. 302 00:25:38,162 --> 00:25:39,163 Ia akan terhempas. 303 00:25:39,413 --> 00:25:41,082 Pesawat ini pasti akan terhempas! 304 00:25:44,252 --> 00:25:45,336 Tuan. 305 00:25:56,889 --> 00:25:58,724 Lampu tali pinggang keledar dah padam. 306 00:26:05,106 --> 00:26:06,148 Apa? 307 00:26:08,985 --> 00:26:11,946 Maaf, saya penakut. 308 00:26:13,489 --> 00:26:15,241 Tuan boleh tanggalkan jaket keselamatan. 309 00:26:15,324 --> 00:26:16,325 Nanti saya buka. 310 00:26:16,409 --> 00:26:18,327 Baiklah. 311 00:26:31,507 --> 00:26:32,717 Saya berjaya hidup? 312 00:26:54,905 --> 00:26:56,657 Apa semua ini? 313 00:27:34,070 --> 00:27:35,071 Itu apa? 314 00:27:39,241 --> 00:27:40,618 Cuma saya yang boleh lihat? 315 00:27:45,664 --> 00:27:48,334 Nama saya Park Jin-tae, berusia 33 tahun. 316 00:27:49,251 --> 00:27:51,295 Saya anak kedua CEO Taekang. 317 00:27:51,379 --> 00:27:54,548 Sejak kecil saya fikir setiap rumah ada kolam renang dan taman. 318 00:27:54,840 --> 00:27:58,386 Saya juga fikir setiap orang ada beberapa pesawat peribadi. 319 00:27:58,469 --> 00:28:00,388 - Saya punya. - Lepas. Ini saya punya. 320 00:28:00,471 --> 00:28:03,057 Walaupun hidup senang, saya dah terbiasa bersaing 321 00:28:03,140 --> 00:28:04,517 sejak saya dilahirkan. 322 00:28:05,059 --> 00:28:06,894 Perlumbaan itu melibatkan dua orang. 323 00:28:08,229 --> 00:28:10,648 Pesaingnya ialah abang saya. 324 00:28:11,273 --> 00:28:12,733 Saya tahu 325 00:28:12,942 --> 00:28:14,276 - dalam hidup saya, - Syabas. 326 00:28:14,360 --> 00:28:16,404 saya cuma perlu kalahkan abang saya. 327 00:28:16,946 --> 00:28:20,116 Saya cuma perlu jadi lebih pandai dan menonjol daripada dia. 328 00:28:20,324 --> 00:28:23,285 Saya cuma perlu menandinginya dalam segala hal. 329 00:28:23,369 --> 00:28:25,204 Apa kata kamu jadi 330 00:28:25,287 --> 00:28:27,123 CEO Taekang? 331 00:28:27,206 --> 00:28:29,667 Saya dipilih sebagai pewaris Taekang. 332 00:28:29,750 --> 00:28:30,835 Terima kasih, ayah! 333 00:28:30,918 --> 00:28:33,379 Sekarang saya dilatih untuk menjadi CEO baharu. 334 00:28:40,678 --> 00:28:41,679 Apa itu tadi? 335 00:28:43,973 --> 00:28:46,142 Banyak ingatan aneh masuk ke dalam fikiran saya. 336 00:28:55,443 --> 00:28:56,485 Adakah lelaki ini... 337 00:28:58,195 --> 00:29:00,406 CEO syarikat yang saya bekerja keras untuk masuk 338 00:29:00,489 --> 00:29:02,158 iaitu Taekang? 339 00:29:13,002 --> 00:29:14,003 Jadi, 340 00:29:15,212 --> 00:29:16,839 saya akan terus hidup sebagai dia? 341 00:29:17,256 --> 00:29:18,799 Saya memiliki semua ini? 342 00:29:38,819 --> 00:29:39,862 Baiklah. 343 00:29:41,572 --> 00:29:43,657 Alang-alang begini, saya akan teruskan hidup. 344 00:29:45,284 --> 00:29:48,412 Bila lagi saya boleh rasa hidup begini? 345 00:29:50,206 --> 00:29:51,332 Mungkin... 346 00:29:53,334 --> 00:29:54,585 inilah peluangnya. 347 00:30:31,705 --> 00:30:32,748 Tidak! 348 00:30:45,219 --> 00:30:46,262 Tuan! 349 00:30:46,762 --> 00:30:47,763 Tuan tak apa-apa? 350 00:30:48,097 --> 00:30:49,974 Sana! Enjin terbakar! 351 00:31:14,498 --> 00:31:16,709 Hulurkan tangan! Pegang tangan saya! 352 00:31:17,793 --> 00:31:18,877 Pegang tangan saya! 353 00:31:19,169 --> 00:31:21,005 Sikit lagi! Cepat! 354 00:32:03,881 --> 00:32:04,923 Saya dah kembali. 355 00:32:05,424 --> 00:32:06,842 Dua belas kali begini? 356 00:32:08,927 --> 00:32:10,429 Tinggal 11 kali lagi. 357 00:32:26,111 --> 00:32:27,488 Tempat apa ini? 358 00:32:55,516 --> 00:32:57,935 Bagaimana perasaan mati sekali lagi? 359 00:33:01,939 --> 00:33:03,399 Saya boleh tahan. 360 00:33:06,276 --> 00:33:07,986 Peluru itu apa? 361 00:33:10,239 --> 00:33:11,699 Jumlah baki kematian awak. 362 00:33:13,575 --> 00:33:14,993 Jika saya tembak kepala awak, 363 00:33:15,577 --> 00:33:16,787 ia akan bermula semula. 364 00:33:19,248 --> 00:33:21,875 Bukankah peluru yang terkena kepala mematikan orang? 365 00:33:22,751 --> 00:33:24,044 Bagi saya, kematian... 366 00:33:26,255 --> 00:33:27,297 ialah permulaan. 367 00:33:29,258 --> 00:33:31,885 Apa bola aneh itu tadi? 368 00:33:31,969 --> 00:33:33,971 Ingatan dan kebolehan empunya badan 369 00:33:35,597 --> 00:33:37,975 dipindahkan kepada awak melalui bola itu. 370 00:33:38,642 --> 00:33:40,018 Ingatan dan kebolehan? 371 00:33:41,478 --> 00:33:42,646 Macam permainan video. 372 00:33:43,731 --> 00:33:44,732 Permainan video? 373 00:33:46,275 --> 00:33:48,986 Apa dah jadi kepada Park Jin-tae? 374 00:33:49,319 --> 00:33:51,238 Jangan cakap saya curi badan dia. 375 00:33:51,321 --> 00:33:53,240 Saya akan terangkan kepada awak 376 00:33:53,323 --> 00:33:55,075 dengan cara permainan video. 377 00:33:55,576 --> 00:33:57,077 Empunya badan asal 378 00:33:57,161 --> 00:34:00,205 bermain sehingga tamat tanpa terselamat. 379 00:34:00,289 --> 00:34:01,665 Dalam permainan itu, 380 00:34:01,915 --> 00:34:04,752 awak mula di titik menyelamat sebelum penamatnya. 381 00:34:06,795 --> 00:34:08,714 Penamat awak mungkin berbeza 382 00:34:08,797 --> 00:34:10,424 berdasarkan usaha awak. 383 00:34:12,426 --> 00:34:13,635 Memang macam permainan. 384 00:34:16,847 --> 00:34:19,850 Bolehkah saya ada penamat kalau begitu jadinya? 385 00:34:20,100 --> 00:34:23,061 Saya kena buat apa dalam pesawat yang meletup? 386 00:34:23,145 --> 00:34:24,897 Awak perlu fikir sendiri. 387 00:34:27,065 --> 00:34:29,693 Jadi, seterusnya apa? 388 00:34:29,777 --> 00:34:32,196 "Seterusnya"? 389 00:34:32,279 --> 00:34:33,280 Maksud awak? 390 00:34:33,363 --> 00:34:36,575 Macam mana kalau saya gagal selamatkan diri sehingga ke akhirnya? 391 00:34:43,248 --> 00:34:46,043 Awak akan masuk neraka. 392 00:34:46,585 --> 00:34:49,213 Neraka? Kenapa? 393 00:34:49,421 --> 00:34:50,756 Anggap ini hari bertuah awak. 394 00:34:53,675 --> 00:34:55,928 Saya akan tunjukkan neraka 395 00:34:57,888 --> 00:34:58,972 di sebalik pintu itu. 396 00:34:59,056 --> 00:35:00,182 Apa? 397 00:35:10,692 --> 00:35:11,985 Nanti, saya... 398 00:36:16,550 --> 00:36:18,427 Apa dosa saya? 399 00:36:19,386 --> 00:36:22,806 Apa dosa saya sampai perlu pergi ke sana? 400 00:36:26,852 --> 00:36:28,604 Awak datang jumpa saya 401 00:36:30,564 --> 00:36:32,482 sebelum saya pergi cari awak. 402 00:36:39,740 --> 00:36:41,325 Sial! 403 00:36:45,037 --> 00:36:48,290 Setiap hari bagaikan neraka semasa saya masih hidup. 404 00:36:50,500 --> 00:36:53,003 Selepas mati pun saya kena masuk neraka. 405 00:36:54,796 --> 00:36:56,548 Manusia sangat mengagumkan. 406 00:36:58,050 --> 00:36:59,968 Mereka kata hidup mereka macam neraka, 407 00:37:00,802 --> 00:37:02,012 tapi mereka bertahan 408 00:37:02,971 --> 00:37:04,932 dan meneruskan hidup dalam neraka itu. 409 00:37:05,849 --> 00:37:08,060 Jadi, apa perasaan selepas lihat neraka sebenar? 410 00:37:09,811 --> 00:37:11,647 Awak yakin boleh bertahan seminit di situ? 411 00:37:22,115 --> 00:37:23,575 Jadi, awak perlu teruskan hidup. 412 00:37:24,326 --> 00:37:26,078 Untuk apa saya teruskan hidup? 413 00:37:27,079 --> 00:37:28,956 Saya tetap akan masuk neraka! 414 00:37:29,206 --> 00:37:30,248 Manalah tahu. 415 00:37:32,084 --> 00:37:34,086 Berdasarkan tindakan awak 416 00:37:34,962 --> 00:37:37,047 selepas terselamat dalam badan orang lain... 417 00:37:39,675 --> 00:37:41,218 awak mungkin tak masuk neraka. 418 00:37:42,928 --> 00:37:45,514 Itu boleh terjadi? 419 00:37:45,931 --> 00:37:48,475 Betulkah itu boleh berlaku? 420 00:37:48,684 --> 00:37:49,893 Ya. 421 00:37:49,977 --> 00:37:52,062 Awak akan dinilai oleh Tuhan yang pemurah 422 00:37:52,312 --> 00:37:54,231 dan bukannya saya. 423 00:37:55,273 --> 00:37:56,775 Saya tak boleh masuk neraka. 424 00:37:57,067 --> 00:37:58,694 Saya perlu selamat. 425 00:37:59,236 --> 00:38:01,113 Betul. Ini satu peluang. 426 00:38:01,321 --> 00:38:03,949 Saya perlu dapatkan peluang ini! 427 00:38:06,827 --> 00:38:10,372 Tapi ini bukan pusingan bonus. 428 00:38:11,498 --> 00:38:13,125 Ini adalah hukuman 429 00:38:13,458 --> 00:38:16,044 untuk mengajar awak betapa sakit dan menakutkan kematian 430 00:38:17,170 --> 00:38:18,714 sebelum awak masuk neraka. 431 00:38:19,256 --> 00:38:21,466 - Tapi... - Betul. 432 00:38:21,800 --> 00:38:24,011 Awak mungkin terselamat. 433 00:38:24,386 --> 00:38:26,179 - Awak bercakap benar? - Ya. 434 00:38:28,056 --> 00:38:29,099 Jadi, 435 00:38:29,641 --> 00:38:31,560 mari mulakan pusingan kedua. 436 00:38:31,643 --> 00:38:33,145 Nanti dulu. 437 00:39:03,800 --> 00:39:06,219 Apa? Kenapa tak ada payung terjun? 438 00:39:10,932 --> 00:39:12,559 Awak cakap saya boleh terselamat! 439 00:39:34,664 --> 00:39:36,333 Tolong saya! 440 00:39:36,541 --> 00:39:38,585 Tolong! 441 00:39:42,589 --> 00:39:44,800 PAYUNG TERJUN SATU-SATUNYA TALIAN HIDUP SEMASA TERJUNAN 442 00:39:54,643 --> 00:39:56,228 Nama saya Song Jae-seop. 443 00:39:56,311 --> 00:39:57,354 Saya berusia 38 tahun. 444 00:40:00,190 --> 00:40:02,776 Saya suka sukan ekstrem sejak muda, 445 00:40:03,360 --> 00:40:06,321 jadi saya sentiasa hidup dengan cabaran yang berbahaya. 446 00:40:06,530 --> 00:40:10,033 Cabaran itulah yang memberikan saya empat Rekod Dunia Guinness. 447 00:40:10,117 --> 00:40:11,618 Cabaran rekod hari ini ialah 448 00:40:11,701 --> 00:40:14,204 terjun tanpa payung terjun dari ketinggian 8,000 meter 449 00:40:14,454 --> 00:40:17,040 dan jatuh tepat di atas jaring yang dipasang. 450 00:40:18,250 --> 00:40:21,837 Cabaran yang tak pernah disaksikan ini disiarkan secara langsung di TV 451 00:40:22,045 --> 00:40:24,965 dengan bantuan penaja terkuat saya. 452 00:40:25,298 --> 00:40:26,967 Ia juga disiarkan secara langsung di seluruh dunia 453 00:40:27,050 --> 00:40:28,718 di platform penstriman saya. 454 00:40:29,427 --> 00:40:32,305 Jika saya berjaya dalam cabaran hari ini, 455 00:40:32,764 --> 00:40:35,433 penaja saya akan beri ganjaran wang tunai tiga bilion won. 456 00:40:41,022 --> 00:40:42,774 Kenapa saya rasa yakin sangat? 457 00:40:43,483 --> 00:40:44,776 Saya dah tak takut lagi. 458 00:40:45,485 --> 00:40:46,695 Tiga bilion won? 459 00:40:47,070 --> 00:40:49,447 Baiklah. Saya akan cuba. 460 00:40:56,246 --> 00:40:57,539 Saya dah seimbangkan diri. 461 00:40:59,082 --> 00:41:00,083 Bagus. 462 00:41:02,752 --> 00:41:04,796 Saya mesti serap kebolehan lelaki ini. 463 00:41:11,136 --> 00:41:13,013 Aduhai, hampir luruh jantung saya tadi. 464 00:41:14,848 --> 00:41:17,058 Rating penonton mencapai 17 peratus! 465 00:41:17,142 --> 00:41:18,185 Bagus! 466 00:41:18,768 --> 00:41:19,936 Perhatikan rating 467 00:41:20,020 --> 00:41:22,564 - dan beritahu segera jika meningkat. - Baik, tuan. 468 00:41:22,647 --> 00:41:26,943 Saya belanja percutian ganjaran jika rating penonton melebihi 25 peratus. 469 00:41:28,361 --> 00:41:29,529 Okey! 470 00:41:29,738 --> 00:41:31,072 Kena cari jaring dulu. 471 00:41:38,872 --> 00:41:39,873 Dah jumpa. 472 00:41:41,458 --> 00:41:43,501 Bagus. Mari lakukannya! 473 00:41:57,349 --> 00:41:58,892 Ayuh! 474 00:42:03,313 --> 00:42:04,314 Dah 19 peratus! 475 00:42:05,106 --> 00:42:05,982 Bagus! 476 00:42:06,066 --> 00:42:07,609 Rasanya dia boleh. 477 00:42:10,362 --> 00:42:11,613 Dua puluh peratus! 478 00:42:11,696 --> 00:42:12,697 Begitulah. 479 00:42:13,240 --> 00:42:14,449 Dah nak sampai! 480 00:42:15,408 --> 00:42:16,826 Saya akan berjaya 481 00:42:16,910 --> 00:42:19,287 dan mulakan hidup dengan tiga bilion won! 482 00:42:19,371 --> 00:42:21,831 Saya akan berjaya! 483 00:42:54,406 --> 00:42:56,950 Kita dah capai 30 peratus! 484 00:42:57,158 --> 00:43:00,578 Hore! Kita dapat percutian ganjaran! 485 00:43:00,662 --> 00:43:01,871 Bagus! 486 00:43:01,955 --> 00:43:05,542 BERDASARKAN SIRI KARTUN WEB DEATH'S GAME 487 00:43:33,111 --> 00:43:39,576 Adakah kau masih berdiri di situ? 488 00:43:39,951 --> 00:43:45,332 Adakah kau takut untuk toleh ke belakang? 489 00:43:46,791 --> 00:43:52,922 Wajah dirindukan diingati dengan sepi 490 00:43:53,506 --> 00:43:55,759 Orang yang aku hargai 491 00:43:56,926 --> 00:43:58,970 Orang yang aku kesali 492 00:43:59,304 --> 00:44:06,269 Walaupun tiada keajaiban Yang kita harapkan 493 00:44:06,561 --> 00:44:13,443 Walaupun tiada kekuatan Untuk bangkit semula 494 00:44:13,526 --> 00:44:20,116 Dengarlah suara yang mendakapmu 495 00:44:20,700 --> 00:44:27,540 "Aku cintakanmu" 496 00:44:27,624 --> 00:44:32,879 "Aku cintakanmu" 497 00:44:53,358 --> 00:44:59,656 Jika masih teragak-agak 498 00:44:59,948 --> 00:45:03,326 Aku harap kau temui keberanian 499 00:45:04,327 --> 00:45:08,415 Untuk bangkit semula 500 00:45:08,498 --> 00:45:14,587 Dan atasinya 501 00:45:14,671 --> 00:45:16,673 Terjemahan sari kata oleh Nada Zaky