1 00:00:09,243 --> 00:00:12,243 Berita lanjut sebentar lagi, tapi Jill ada masalah. 2 00:00:12,323 --> 00:00:14,003 Susahnya, helo. 3 00:00:16,483 --> 00:00:20,683 Televisyen memang mempesonakan saya dari dulu lagi. 4 00:00:20,763 --> 00:00:24,083 Pada usia lapan tahun, saya bawa empat tiket perpustakaan 5 00:00:24,163 --> 00:00:27,043 untuk pinjam buku tentang televisyen. 6 00:00:27,123 --> 00:00:28,643 Selamat pagi daripada kami. 7 00:00:28,723 --> 00:00:31,763 Anda sedang menonton BBC's Breakfast News. 8 00:00:31,843 --> 00:00:35,163 Saya baru dapat berkecimpung pada usia 25 tahun. 9 00:00:35,243 --> 00:00:36,123 Jill Dando. 10 00:00:36,203 --> 00:00:39,483 Jill penyampai TV paling terkenal dalam televisyen British. 11 00:00:40,123 --> 00:00:42,643 Ratu televisyen British, 12 00:00:42,723 --> 00:00:45,403 dibunuh di depan rumahnya pada siang hari. 13 00:00:45,483 --> 00:00:47,203 DIBUNUH 'GAYA DIHUKUM' 14 00:00:47,283 --> 00:00:49,123 Bukan itu yang terjadi. 15 00:00:49,923 --> 00:00:52,683 Saya rasa golongan yang pernah merasai kemasyhuran 16 00:00:52,763 --> 00:00:55,043 tahu akan kedua-dua sisinya. 17 00:00:55,123 --> 00:00:57,163 Perhatian yang tak diingini. 18 00:00:57,963 --> 00:01:00,243 Orang yang pelik. Obsesif. 19 00:01:01,003 --> 00:01:03,443 Anda perlu sentiasa berwaspada. 20 00:01:03,523 --> 00:01:05,643 Orang ramai bergabung tenaga 21 00:01:05,723 --> 00:01:08,803 untuk selesaikan jenayah paling sukar dan serius di Britain. 22 00:01:08,883 --> 00:01:11,443 Crimewatch mempunyai reputasi hebat 23 00:01:11,523 --> 00:01:14,043 kerana menyiarkan maklumat 24 00:01:14,123 --> 00:01:17,803 dan membuat orang ramai menelefon dengan bukti penting. 25 00:01:17,883 --> 00:01:21,883 Jika ada kecurigaan, sila hubungi. Begitu banyak petunjuk dan kesedihan. 26 00:01:21,963 --> 00:01:25,163 Awak pernah risau dengan kisah dalam Crimewatch? 27 00:01:25,243 --> 00:01:28,803 Ya. Tapi, kami menyiarkan jenayah yang jarang berlaku. 28 00:01:28,883 --> 00:01:31,323 Bukan jenayah biasa 29 00:01:31,403 --> 00:01:33,923 yang kita fikir akan berlaku kepada diri kita. 30 00:01:35,203 --> 00:01:37,043 Ada sebab untuk menjadi takut. 31 00:01:37,123 --> 00:01:38,923 Hanya orang tertentu, 32 00:01:39,003 --> 00:01:42,603 psikopat sadis yang kejam mampu menembak di kepala. 33 00:01:43,163 --> 00:01:45,323 Ini salah satu siasatan pembunuhan terbesar 34 00:01:45,403 --> 00:01:47,483 yang terpaksa dihadapi Polis Metropolitan. 35 00:01:47,563 --> 00:01:49,923 Kes ini belum selesai walau sudah 22 tahun. 36 00:01:50,763 --> 00:01:53,443 Pelakunya masih bebas. 37 00:01:57,123 --> 00:02:00,643 Penyampai televisyen paling popular di Britain telah dibunuh 38 00:02:00,723 --> 00:02:02,723 dipercayai oleh pembunuh upahan. 39 00:02:05,203 --> 00:02:09,683 Pemberian bunga tanda penghormatan menyusuli reaksi kejutan yang besar… 40 00:02:10,603 --> 00:02:13,522 Ratu juga memberi komen, baginda juga terkejut… 41 00:02:13,603 --> 00:02:16,483 Polis kata ada banyak kemungkinan motif pembunuhan itu. 42 00:02:16,563 --> 00:02:20,523 …dalam proses menyelesaikan jenayah, musuh mungkin muncul. 43 00:02:20,603 --> 00:02:23,803 Penyampai Crimewatch mungkin dibunuh sebagai balasan 44 00:02:23,883 --> 00:02:25,683 terhadap pengeboman NATO di Belgrade. 45 00:02:25,763 --> 00:02:29,363 Detektif mengesahkan Jill Dando mendakwa diekori 46 00:02:29,443 --> 00:02:30,323 oleh penghendap. 47 00:02:30,403 --> 00:02:33,923 Seorang lelaki dibicarakan di London kerana taasub dengan selebriti 48 00:02:34,003 --> 00:02:35,763 dan meminati senjata api. 49 00:02:36,763 --> 00:02:39,763 Detektif berkata mereka tak menolak sebarang persoalan. 50 00:02:39,843 --> 00:02:42,643 Ada yang percaya pembunuhnya mungkin terlepas. 51 00:02:56,523 --> 00:02:57,803 Helo, ambulans? 52 00:02:57,883 --> 00:03:00,683 Helo, ambulans? Saya berada di Gowan Avenue. 53 00:03:00,763 --> 00:03:03,723 Nampak seperti seseorang telah rebah. 54 00:03:03,803 --> 00:03:06,723 Secara sulit, dia kelihatan seperti Jill Dando. 55 00:03:06,803 --> 00:03:09,763 Dia rebah di depan rumahnya. Ada banyak darah. 56 00:03:09,843 --> 00:03:12,203 Boleh awak periksa jika dia masih bernafas? 57 00:03:12,283 --> 00:03:14,683 - Dia nampak seperti tak bernafas. - Baik. 58 00:03:14,763 --> 00:03:17,763 Ada darah keluar daripada hidungnya, lengannya biru. 59 00:03:17,843 --> 00:03:20,843 Saya cuma nak tahu jika dia masih bernafas. 60 00:03:20,923 --> 00:03:23,243 Adakah dada wanita itu naik dan turun? 61 00:03:24,723 --> 00:03:27,643 Oh, Tuhan. Tidak. Saya rasa dia tak bernyawa. 62 00:03:27,723 --> 00:03:28,963 - Baik. - Maaf. 63 00:03:29,043 --> 00:03:31,243 Usah risau. Saya akan dapatkan bantuan. 64 00:03:31,323 --> 00:03:32,203 Tolong. 65 00:03:38,243 --> 00:03:42,723 BALAI POLIS KENSINGTON LONDON BARAT 66 00:03:44,163 --> 00:03:47,203 Saya sedang bertugas untuk bahagian pembunuhan pusat bandar. 67 00:03:48,363 --> 00:03:52,163 Kami sibuk dan kekurangan sumber. 68 00:03:53,043 --> 00:03:55,083 Sarjan detektif saya beritahu… 69 00:03:55,163 --> 00:03:56,923 PEGAWAI PENYIASAT KANAN 70 00:03:57,003 --> 00:03:58,923 …ada kejadian tikaman di Fulham. 71 00:04:00,763 --> 00:04:03,523 Fulham merupakan kawasan mewah. 72 00:04:04,403 --> 00:04:06,483 Jadi, situasi ini luar biasa. 73 00:04:06,563 --> 00:04:07,883 Sangat luar biasa. 74 00:04:09,603 --> 00:04:11,843 Saya sedang memandu di sana 75 00:04:11,923 --> 00:04:14,643 dan mendapat panggilan daripada ketua penguasa. 76 00:04:16,323 --> 00:04:19,843 Dia berkata kepada saya, "Itu kes Jill Dando." 77 00:04:22,963 --> 00:04:23,923 Bagi kebanyakan kes, 78 00:04:24,002 --> 00:04:27,002 detektif tak mengenali mangsa, 79 00:04:27,083 --> 00:04:30,243 tapi dalam kes ini, semua orang mengenali Jill Dando. 80 00:04:32,483 --> 00:04:37,003 Ada ambulans datang semasa kami ke Jalan Fulham. 81 00:04:37,083 --> 00:04:40,043 Saya sedar yang dia telah dibawa pergi dari situ. 82 00:04:41,443 --> 00:04:45,283 PUSAT TELEVISYEN BBC WHITE CITY, LONDON 83 00:04:49,403 --> 00:04:50,763 Musim bunga yang indah. 84 00:04:53,963 --> 00:04:58,163 Saya sedang membaca buletin, ringkasan berita. 85 00:04:58,243 --> 00:05:00,003 Buletin seterusnya pada jam 2.40. 86 00:05:00,083 --> 00:05:02,963 Saya perlu memakai sut biru yang cantik. 87 00:05:05,163 --> 00:05:06,363 Sut daripada pereka… 88 00:05:06,443 --> 00:05:07,683 PEMBACA BERITA BBC 89 00:05:07,763 --> 00:05:09,723 …yang saya dan Jill selalu pergi bersama. 90 00:05:10,763 --> 00:05:15,923 Semuanya baik-baik saja di bilik berita. Biliknya riuh rendah, bising, meriah. 91 00:05:16,003 --> 00:05:18,363 Kami siar halaman 45. Program apa itu? 92 00:05:18,443 --> 00:05:22,723 Kemudian ada berita tentang wanita yang telah dibunuh. 93 00:05:25,243 --> 00:05:29,083 Desas-desus menyatakan orang itu ialah Jill. 94 00:05:29,763 --> 00:05:31,243 Suasana menjadi hening. 95 00:05:42,083 --> 00:05:45,203 Semasa saya tiba, pegawai beruniform memberi taklimat. 96 00:05:46,563 --> 00:05:50,963 Mereka kata tiada sesiapa nampak apa yang sebenarnya berlaku kepada Jill. 97 00:05:51,043 --> 00:05:53,803 Tapi mereka telah mengenal pasti dua saksi 98 00:05:53,883 --> 00:05:55,763 yang nampak seorang lelaki beredar. 99 00:05:58,683 --> 00:06:03,043 Lelaki kulit Putih, berambut gelap, gempal, 100 00:06:03,123 --> 00:06:08,563 memakai kot berwarna gelap, tidak bertopeng dan sarung tangan. 101 00:06:10,363 --> 00:06:14,163 Jadi, tumpuan utamanya adalah bagaimana lelaki 102 00:06:14,243 --> 00:06:17,203 yang dilihat melarikan diri ini perlu ditangkap. 103 00:06:21,803 --> 00:06:26,163 Polis beruniform telah diminta untuk berpecah dan mencari di kawasan itu. 104 00:06:30,243 --> 00:06:33,603 Kami sedang menunggu maklumat daripada hospital 105 00:06:33,683 --> 00:06:36,283 sebab tiada pengesahan bahawa Jill telah mati. 106 00:06:37,883 --> 00:06:41,523 Itu berubah dengan cepat apabila saya berdiri di kaki lima 107 00:06:41,603 --> 00:06:43,563 dan melihat dari pintu pagar, 108 00:06:44,283 --> 00:06:46,483 sampai depan pintu rumah Jill. 109 00:06:48,523 --> 00:06:51,883 Saya boleh nampak peluru dan selongsong di depan pintu. 110 00:06:53,243 --> 00:06:55,523 Jill Dando telah ditembak di kepala. 111 00:06:59,603 --> 00:07:01,963 Macam tak masuk akal. 112 00:07:05,723 --> 00:07:10,563 Seorang wanita ditembak di kepala di London, 113 00:07:10,643 --> 00:07:14,083 lebih-lebih lagi selebriti, hal itu tak pernah terjadi. 114 00:07:14,163 --> 00:07:16,523 POLIS 115 00:07:16,603 --> 00:07:18,883 Media sudah pun berada di pita garisan. 116 00:07:18,963 --> 00:07:22,803 Saya tahu media akan amat meminati kes ini. 117 00:07:24,763 --> 00:07:28,843 Jill Dando tiba bersama ambulans di sini pada pukul 12.30 tengah hari. 118 00:07:28,923 --> 00:07:33,283 Meskipun staf perubatan hospital dan paramedik ambulans telah berusaha, 119 00:07:33,363 --> 00:07:36,883 dia disahkan meninggal dunia pada 1.03 petang. 120 00:07:37,483 --> 00:07:42,043 Bilik berita itu menjadi dingin kerana terkejut. 121 00:07:42,643 --> 00:07:43,763 Sangat terkejut. 122 00:07:47,723 --> 00:07:51,203 Kami orang yang biasa melaporkan 123 00:07:51,283 --> 00:07:54,843 semua jenis kematian, bencana, peperangan. 124 00:07:55,523 --> 00:07:57,403 Tapi apabila rakan sendiri… 125 00:07:57,483 --> 00:07:59,403 Maaf. Cuma saya… 126 00:07:59,483 --> 00:08:01,163 Rakan kami sendiri… 127 00:08:02,483 --> 00:08:08,483 Perit untuk diterima bahawa dia dibunuh dengan cara begitu di depan rumahnya. 128 00:08:12,723 --> 00:08:14,323 Saya pula perlu membacanya. 129 00:08:17,003 --> 00:08:18,563 Jill berusia 37 tahun. 130 00:08:18,643 --> 00:08:22,283 Saya ingat ada bos bertanya, "Boleh awak lakukannya?" 131 00:08:22,363 --> 00:08:24,163 Saya jawab, ya. Saya okey. 132 00:08:25,003 --> 00:08:26,443 Jill berusia 37 tahun. 133 00:08:27,203 --> 00:08:29,283 Pete, dia berusia 37 tahun. 134 00:08:29,363 --> 00:08:30,323 Baik. 135 00:08:30,403 --> 00:08:32,803 Saya beritahu dia, usianya 37 tahun. 136 00:08:32,883 --> 00:08:35,803 Dia dua tahun lebih muda daripada saya. Usia 37 tahun. 137 00:08:37,923 --> 00:08:39,123 Apa saya nak cakap? 138 00:08:39,202 --> 00:08:41,722 Benar, usianya memang 37 tahun. 139 00:08:46,483 --> 00:08:47,483 Ayuh. 140 00:08:49,243 --> 00:08:51,763 Beberapa minit yang lalu, polis telah mengesahkan 141 00:08:51,843 --> 00:08:55,723 bahawa penyampai televisyen BBC Jill Dando telah mati ditikam 142 00:08:55,803 --> 00:08:57,563 di luar rumahnya di London Barat. 143 00:08:57,643 --> 00:09:00,083 Dia telah meninggal dunia di dalam ambulans. 144 00:09:00,163 --> 00:09:02,323 Tiada butiran lanjut buat masa ini. 145 00:09:03,363 --> 00:09:06,363 Buletin seterusnya pada jam 2.40. 146 00:09:18,483 --> 00:09:20,483 Saya bekerja di pejabat Bristol… 147 00:09:20,563 --> 00:09:22,163 ABANG JILL 148 00:09:22,243 --> 00:09:23,763 …Bristol Evening Post. 149 00:09:25,563 --> 00:09:28,923 Bilik berita kami ada banyak skrin TV. 150 00:09:29,003 --> 00:09:31,403 Jill Dando, rakan BBC kita telah meninggal dunia 151 00:09:31,483 --> 00:09:33,723 setelah diserang di luar rumahnya di London. 152 00:09:33,803 --> 00:09:35,963 Laporan dia telah meninggal dunia keluar. 153 00:09:37,523 --> 00:09:40,243 Saya terus masuk ke mod automatik. 154 00:09:40,323 --> 00:09:43,683 Saya fikir saya perlu lindungi ayah saya daripada ini. 155 00:09:46,163 --> 00:09:48,283 Saya bergegas ke Weston-super-Mare. 156 00:09:51,363 --> 00:09:52,883 Jelas sekali dia sedih. 157 00:09:56,363 --> 00:09:59,163 Saya tertanya-tanya cara kami akan menghadapinya. 158 00:10:01,243 --> 00:10:04,043 Selepas setengah jam saya ke Weston, 159 00:10:04,123 --> 00:10:08,843 wartawan TV dari BBC Points West mengetuk pintu. Saya kenal dia. 160 00:10:09,523 --> 00:10:12,083 Saya masuk balik ke mod wartawan. 161 00:10:12,843 --> 00:10:14,563 Saya ditemu ramah. 162 00:10:14,643 --> 00:10:16,323 Bila kali terakhir awak jumpa dia? 163 00:10:16,403 --> 00:10:19,243 Saya jumpa dia pada Hari Ahad Easter. 164 00:10:19,323 --> 00:10:21,603 Kira-kira dua ke tiga minggu lalu. 165 00:10:21,683 --> 00:10:24,843 Ya, dia sihat. Saya tak sabar untuk ke perkahwinannya. 166 00:10:27,083 --> 00:10:29,763 Rasa kekosongan dan tiada harapan. 167 00:10:32,243 --> 00:10:36,323 Saya perlu jelaskan kepada ayah saya apa yang terjadi, 168 00:10:36,403 --> 00:10:37,963 apa yang bakal terjadi. 169 00:10:39,763 --> 00:10:42,523 Bahawa kami akan menjadi perhatian. 170 00:10:50,003 --> 00:10:52,803 Pencarian polis sedang berjalan, Alan. 171 00:10:52,883 --> 00:10:55,643 Terdapat sekurang-kurangnya 30 orang detektif. 172 00:10:56,243 --> 00:10:59,803 Anda boleh nampak operasi di depan rumah Jill di belakang saya. 173 00:11:00,443 --> 00:11:01,603 Semua sumber datang. 174 00:11:03,283 --> 00:11:07,443 Pakar balistik, pakar darah, jurugambar tempat kejadian. 175 00:11:10,563 --> 00:11:13,043 Tempat kejadian itu sudah tercemar. 176 00:11:14,763 --> 00:11:17,243 Kerana ada percubaan untuk menghidupkan semula. 177 00:11:18,523 --> 00:11:22,363 Semuanya dikutip sama ada relevan atau tak, kikisan, kerikil. 178 00:11:24,043 --> 00:11:25,883 Cap jari dari pintu pagar. 179 00:11:26,443 --> 00:11:27,323 Fiber. 180 00:11:28,803 --> 00:11:32,163 Terdapat peluru dan kartrij selongsong di depan pintu. 181 00:11:34,123 --> 00:11:37,723 Pakar balistik kata ia tembakan tunggal 182 00:11:37,803 --> 00:11:39,283 di bahagian kiri kepalanya. 183 00:11:39,363 --> 00:11:42,083 Kelihatan seperti pembunuhan profesional. 184 00:11:43,603 --> 00:11:49,083 Peluru dan selongsong di depan pintu itu daripada senjata berkaliber 9mm. 185 00:11:51,603 --> 00:11:53,283 Pasukan pencarian tiba. 186 00:11:53,363 --> 00:11:55,723 Pencarian dilakukan di seluruh Gowan Avenue. 187 00:11:55,803 --> 00:11:58,483 Tong sampah, taman, petak bunga, pokok renek. 188 00:11:58,563 --> 00:12:02,443 Untuk melihat jika senjata api atau barangan lain dibuang. 189 00:12:03,563 --> 00:12:06,563 Kami mengenal pasti beberapa saksi utama. 190 00:12:07,363 --> 00:12:10,043 Posmen, lelaki berwajah Mediterranean, 191 00:12:10,123 --> 00:12:14,243 kira-kira jam 10.00, bertentangan dengan jalan rumah Jill, 192 00:12:15,483 --> 00:12:18,923 ada saksi cakap dia nampak seorang lelaki lari melintasi jalan 193 00:12:19,003 --> 00:12:20,643 dan berhenti di hentian bas. 194 00:12:21,323 --> 00:12:22,963 Dia sedang berpeluh. 195 00:12:23,923 --> 00:12:25,123 PENJAGA TRAFIK 196 00:12:25,203 --> 00:12:26,843 Terdapat seorang penjaga trafik, 197 00:12:26,923 --> 00:12:30,803 dia hendak memberikan saman kepada pemandu Range Rover biru, 198 00:12:30,883 --> 00:12:33,723 sebaik saja dia mahu menulis saman itu, 199 00:12:33,803 --> 00:12:36,003 dia menolaknya dan memandu pergi. 200 00:12:38,283 --> 00:12:39,763 Pada ketika itu saya tak tahu 201 00:12:39,843 --> 00:12:43,443 sama ada seorang atau beberapa orang yang terlibat. 202 00:12:44,923 --> 00:12:48,163 Mereka yang berada di jalan pada hari tersebut perlu ditapis 203 00:12:48,243 --> 00:12:49,603 sebanyak mungkin. 204 00:13:02,243 --> 00:13:05,403 Akhbar keesokan harinya penuh dengan cerita pembunuhan itu. 205 00:13:05,483 --> 00:13:07,443 BEKAS KORESPONDEN JENAYAH 206 00:13:07,523 --> 00:13:08,803 DIBUNUH 207 00:13:08,883 --> 00:13:10,083 DIHUKUM BUNUH 208 00:13:10,163 --> 00:13:11,363 KEMATIAN GADIS YANG MESRA 209 00:13:11,443 --> 00:13:12,803 Ceritanya jadi buah mulut. 210 00:13:12,883 --> 00:13:15,723 Pada pagi yang duka ini, kami akan cakap tentang Jill. 211 00:13:15,803 --> 00:13:17,643 Kehilangan personaliti terkenal… 212 00:13:17,723 --> 00:13:20,283 …warga Britain, mendapat penghormatan. 213 00:13:20,363 --> 00:13:22,523 Di London, polis sedang menyiasat pembunuhan 214 00:13:22,603 --> 00:13:24,803 yang telah menggemparkan penonton televisyen. 215 00:13:24,883 --> 00:13:27,523 Ramai orang Britain berpendapat Jill Dando 216 00:13:27,603 --> 00:13:29,763 hampir sama dengan Puteri Diana 217 00:13:29,843 --> 00:13:31,563 dari segi disayangi ramai. 218 00:13:32,443 --> 00:13:37,643 Jill Dando seseorang yang dikenali kepada hampir semua orang di negara ini. 219 00:13:37,723 --> 00:13:42,683 Malah Ratu terpanggil untuk memberi komen, mengatakan beliau terkejut dan sedih. 220 00:13:43,283 --> 00:13:45,763 Selepas kematian Puteri Diana, 221 00:13:46,523 --> 00:13:48,443 pembunuhan Jill Dando… 222 00:13:48,523 --> 00:13:50,203 WARTAWAN, THE SUN 223 00:13:50,283 --> 00:13:52,843 …kisah terbesar yang kami akan laporkan. 224 00:13:54,643 --> 00:13:56,043 DIBUNUH KERANA TERKENAL? 225 00:13:56,123 --> 00:13:59,123 Wartawan wanita generasi saya digemparkan olehnya 226 00:13:59,203 --> 00:14:02,403 kerana kami melihat diri kami dalam Jill. 227 00:14:04,563 --> 00:14:07,043 Jill seorang wartawan. Dia suka media. 228 00:14:07,123 --> 00:14:10,403 Dia baik dan menghormati kami, dia tahu kami sedang bertugas 229 00:14:10,483 --> 00:14:13,483 dan matlamat kami sama dengan polis 230 00:14:13,563 --> 00:14:17,043 untuk siasat siapa pelakunya sebab dia salah seorang daripada kami. 231 00:14:22,403 --> 00:14:24,923 Saya wartawan jenayah di Daily Mirror. 232 00:14:26,883 --> 00:14:30,723 Saya masih ingat membincangkannya dengan editor berita saya. 233 00:14:30,803 --> 00:14:33,643 Dia berkata, "Apa pendapat awak tentang ini?" 234 00:14:33,723 --> 00:14:35,883 Katanya, berkaitan Crimewatch. 235 00:14:35,963 --> 00:14:38,443 Tak semestinya, sabar dulu. 236 00:14:41,203 --> 00:14:45,283 Salah satu maklumat yang masuk daripada wartawan kami di lapangan 237 00:14:45,363 --> 00:14:50,043 adalah mereka menemui jiran Jill di Gowan Avenue 238 00:14:50,123 --> 00:14:52,123 yang terdengar bunyi jeritan. 239 00:14:52,203 --> 00:14:53,643 Awak dengar suara lelaki? 240 00:14:53,723 --> 00:14:55,323 Tiada langsung. 241 00:14:55,403 --> 00:14:58,123 - Awak dengar bunyi tembakan atau… - Tiada tembakan. 242 00:14:58,203 --> 00:15:01,283 Tak, saya tak rasa ada bunyi tembakan. 243 00:15:01,363 --> 00:15:03,363 Apa yang awak dengar? 244 00:15:03,443 --> 00:15:05,803 Saya dengar bunyi jeritan. 245 00:15:06,883 --> 00:15:09,163 Saya berbual secara sulit 246 00:15:09,243 --> 00:15:11,883 dengan salah seorang ahli skuad pembunuhan. 247 00:15:12,603 --> 00:15:16,523 Dia kata kami tak jumpa saksi, jiran, 248 00:15:16,603 --> 00:15:20,843 orang di sekeliling pada masa itu yang mendengar bunyi tembakan. 249 00:15:21,883 --> 00:15:25,043 Senjata api itu tiada. Tiada sesiapa nampak senjata api itu. 250 00:15:25,803 --> 00:15:28,323 Tapi senjata api ini mungkin ada penyengap. 251 00:15:30,083 --> 00:15:32,003 Tak seperti dalam filem, 252 00:15:32,083 --> 00:15:36,723 penyengap pada senjata api jarang ditemui dalam kehidupan sebenar. 253 00:15:37,803 --> 00:15:42,003 Jadi, secara automatik, itu yang menyebabkan kami fikir 254 00:15:42,083 --> 00:15:44,443 hal ini mungkin pembunuhan profesional. 255 00:15:46,723 --> 00:15:50,243 Ada orang tanya, adakah ini pembunuhan? 256 00:15:50,323 --> 00:15:52,363 Adakah ini hukuman mati? 257 00:15:52,443 --> 00:15:56,883 Seperti pembunuhan politik atau pembunuhan jenayah terancang? 258 00:15:56,963 --> 00:16:00,923 Jadi, semua teori tentang pelaku dan motif 259 00:16:01,003 --> 00:16:03,403 mula membukit. 260 00:16:04,603 --> 00:16:07,843 Jill Dando dibiarkan mati di depan pintu rumahnya. 261 00:16:07,923 --> 00:16:12,563 Mungkin dendam, sebagai wartawan jenayah yang membantu memenjarakan penjenayah. 262 00:16:24,963 --> 00:16:30,243 Semua orang ada pendapat cara Jill Dando dibunuh dan siapa yang bertanggungjawab. 263 00:16:34,003 --> 00:16:37,283 Di pejabat, saya mengadakan mesyuarat dengan pasukan. 264 00:16:38,043 --> 00:16:41,403 Ada kemungkinan kami akan hanyut dengan gembar-gembur media. 265 00:16:42,083 --> 00:16:45,523 Saya mengingatkan mereka, dengan sebarang siasatan pembunuhan, 266 00:16:45,603 --> 00:16:48,643 mangsa adalah elemen utama untuk menyelesaikan kes. 267 00:16:49,603 --> 00:16:51,523 Jadi, kami perlu melihat kehidupan Jill. 268 00:16:51,603 --> 00:16:53,763 Siapakah Jill 269 00:16:53,843 --> 00:16:56,963 dan siapakah orang yang terdekat dan rapat dengannya? 270 00:16:57,043 --> 00:16:58,083 Tidak, saya takut. 271 00:16:58,163 --> 00:17:01,043 Saya seorang yang telus. 272 00:17:01,123 --> 00:17:04,243 Saya tiada rahsia. 273 00:17:21,083 --> 00:17:24,402 Saya berusia sembilan tahun semasa Jill dilahirkan pada 1961. 274 00:17:25,683 --> 00:17:28,483 Selalunya, pada hari Ahad, kami sekeluarga 275 00:17:29,323 --> 00:17:31,323 pergi ke pantai untuk berkelah. 276 00:17:32,603 --> 00:17:35,363 Awak ingat sandwic salad yang ditiup pasir itu? 277 00:17:36,443 --> 00:17:38,163 Itu makan ruji 278 00:17:38,243 --> 00:17:40,443 semasa membesar waktu di Weston-super-Mare. 279 00:17:42,043 --> 00:17:43,683 Kami tak banyak wang. 280 00:17:43,763 --> 00:17:45,923 Kami tak pergi ke percutian eksotik. 281 00:17:46,883 --> 00:17:49,083 Tak tahu jika dia ada pasport 282 00:17:50,243 --> 00:17:53,683 sebelum dia ditawarkan kerja sebagai penyampai program Holiday. 283 00:17:56,443 --> 00:18:00,083 Seolah-olah dia telah ditetapkan untuk menjadi seorang wartawan. 284 00:18:00,923 --> 00:18:05,763 Dia lebih berminat dengan perkataan dan dia lebih mesra. 285 00:18:06,883 --> 00:18:10,603 Sesekali saya berbisik di telinganya, "Kenapa awak masih di Weston?" 286 00:18:10,683 --> 00:18:13,283 "Kenapa tak cari kerja di tempat lain?" 287 00:18:13,363 --> 00:18:16,643 Tiga puluh tahun lalu, komputer yang mampu buat pengiraan sama 288 00:18:16,723 --> 00:18:19,163 takkan muat ke dalam bangunan sebesar ini. 289 00:18:19,243 --> 00:18:20,763 Ia tentu dipenuhi… 290 00:18:20,843 --> 00:18:24,843 Dia menjadi wartawan di BBC Spotlight, berpangkalan di Plymouth. 291 00:18:26,323 --> 00:18:29,323 Kemudian menjadi penyampai. 292 00:18:29,403 --> 00:18:32,923 Mereka ada sebut jawatankuasa etika menolak idea ini. 293 00:18:33,003 --> 00:18:35,483 Mereka kata biarawati takkan menderma lagi. 294 00:18:35,563 --> 00:18:38,163 Dia sangat menawan dan profesional. 295 00:18:38,243 --> 00:18:40,963 …nelayan mempunyai masalah kewangan. 296 00:18:41,043 --> 00:18:44,563 Pada masa yang sama, dia kekal mesra secara semula jadi. 297 00:18:47,123 --> 00:18:48,763 Terdapat cahaya di matanya. 298 00:18:50,843 --> 00:18:53,123 Persembahannya di Spotlight 299 00:18:53,203 --> 00:18:55,963 menarik perhatian di BBC Breakfast. 300 00:18:56,043 --> 00:18:59,083 Pembantu TV telah dinaikkan pangkat ke Breakfast Time. 301 00:18:59,163 --> 00:19:01,003 Peluang untuknya terbuka luas. 302 00:19:01,083 --> 00:19:03,883 - Saya… - Berapa kali saya dah lakukan ini? 303 00:19:03,963 --> 00:19:06,523 Terima kasih banyak. Oh, Tuhan. 304 00:19:06,603 --> 00:19:08,323 - Kami doakan awak. - Terima kasih. 305 00:19:08,403 --> 00:19:10,563 Ucap selamat malam buat kali terakhir. 306 00:19:10,643 --> 00:19:14,043 Selamat malam dari sini dan selamat pagi dari London pada hari Isnin. 307 00:19:14,123 --> 00:19:17,923 Halaman 45. Beritahu promosi apa yang awak siarkan. 308 00:19:18,003 --> 00:19:19,763 Beri itu kepada saya. Sebentar. 309 00:19:19,843 --> 00:19:21,163 Tak, saya perlu tahu. 310 00:19:21,243 --> 00:19:23,963 Siarkan yang pertama. Saya akan sahkan sebentar lagi. 311 00:19:25,563 --> 00:19:26,843 Saya Bob Wheaton. 312 00:19:26,923 --> 00:19:29,043 BEKAS RAKAN DAN EDITOR BBC 313 00:19:29,123 --> 00:19:33,083 Pada masa itu, saya penyampai berita jam 6.00. 314 00:19:36,003 --> 00:19:37,043 Saya masih ingat. 315 00:19:38,163 --> 00:19:39,803 Saya sedang duduk di meja. 316 00:19:39,883 --> 00:19:43,283 Saya sudah bersedia untuk menyediakan berita jam 6.00. 317 00:19:44,283 --> 00:19:46,883 Di BBC Breakfast Time… 318 00:19:46,963 --> 00:19:49,643 - Banyak bukti bahawa demensia… - …ialah Jill. 319 00:19:49,723 --> 00:19:51,403 …berkait dengan paras aluminium… 320 00:19:51,483 --> 00:19:52,643 Tak pernah lihat dia. 321 00:19:52,723 --> 00:19:54,123 Kajian ini, diterbitkan… 322 00:19:54,203 --> 00:19:56,203 Wajahnya cantik untuk TV. 323 00:19:56,323 --> 00:19:58,603 Sementara Frank Bruno bersiap sedia untuk… 324 00:19:58,683 --> 00:20:02,123 Dia memiliki suara Inggeris yang lunak. 325 00:20:02,203 --> 00:20:03,963 …bergelut dengan kru TV di Kanada. 326 00:20:04,043 --> 00:20:05,163 Berbakat semula jadi. 327 00:20:05,883 --> 00:20:07,403 Angin sehingga 100 batu sejam… 328 00:20:07,483 --> 00:20:10,283 Dia menyinar dan saya tahu dia akan berjaya. 329 00:20:13,523 --> 00:20:16,163 Tapi saya rasa rupa paras memang penting. 330 00:20:17,203 --> 00:20:20,843 Dia tiba dari wilayah kelihatan seperti gadis serantau. 331 00:20:22,203 --> 00:20:26,643 Saya memandangnya dan berkata, "Awak perlu tukar gaya rambut awak, 332 00:20:26,723 --> 00:20:30,043 awak perlu pakai baju yang betul." Berat badannya naik. 333 00:20:30,123 --> 00:20:33,483 Dia telah dinasihati untuk kelihatan cantik. 334 00:20:34,443 --> 00:20:36,243 Rambutnya keriting ketika itu. 335 00:20:36,323 --> 00:20:37,963 KAWAN DAN PENDANDAN RAMBUT 336 00:20:38,043 --> 00:20:38,923 Coklat. 337 00:20:39,003 --> 00:20:41,723 Dia mahu gaya yang berbeza. 338 00:20:41,803 --> 00:20:46,403 Rasanya saya cadangkan rambutnya dipotong dan digayakan daripada situ. 339 00:20:46,483 --> 00:20:50,043 Dia kata, "Saya akan masuk TV. Patutkah saya tanya penerbit?" 340 00:20:50,123 --> 00:20:53,283 Saya kata, "Itu bukan idea yang baik." 341 00:21:00,723 --> 00:21:01,563 CUKAI UNDIAN 342 00:21:01,643 --> 00:21:04,963 Pakej kerajaan £3.25 bilion untuk mengurangkan cukai undian 343 00:21:05,043 --> 00:21:07,683 telah dialu-alukan oleh ahli bawahan Konservatif. 344 00:21:07,763 --> 00:21:09,443 Gayanya menjadi ikutan. 345 00:21:10,083 --> 00:21:14,483 Saya rasa orang ramai nampak Jill sebagai TV Diana. 346 00:21:15,563 --> 00:21:18,203 Pada masa itu, Diana akan datang 347 00:21:18,283 --> 00:21:20,723 dan kami akan mengeringkan rambut. 348 00:21:22,203 --> 00:21:24,283 Siapa yang potong rambut dulu? 349 00:21:25,643 --> 00:21:26,483 Jill. 350 00:21:30,803 --> 00:21:33,323 Rambutnya cantik. Berat badannya turun. 351 00:21:33,403 --> 00:21:38,283 Gaya sebutannya sempurna. Penyampaian beritanya menawan. 352 00:21:38,363 --> 00:21:39,923 Hujung minggu yang baik. 353 00:21:40,003 --> 00:21:42,283 Orang nampak dia sebagai orang biasa 354 00:21:42,363 --> 00:21:46,283 yang memberi kuasa terhadap BBC News dan ia pakej yang bagus. 355 00:21:48,123 --> 00:21:52,523 Untuk meraikan kejayaan tersebut, kami semakin rapat. 356 00:21:53,563 --> 00:21:55,803 Kemudian kami bercinta. 357 00:21:57,363 --> 00:21:59,963 Jill bercinta dengan Bob sejak awal lagi, 358 00:22:00,043 --> 00:22:02,723 dan perkara itu agak… Saya tak mahu sebut. 359 00:22:02,803 --> 00:22:06,363 Situasinya rumit. Dia bercinta dengan bos. 360 00:22:08,683 --> 00:22:10,923 Saya rasa Afrika Selatan di atas lagi. 361 00:22:11,003 --> 00:22:12,323 Hari ini… 362 00:22:12,403 --> 00:22:14,803 Saya sentiasa fikir hubungan mereka aneh 363 00:22:14,883 --> 00:22:16,523 sebab Jill sangat bebas… 364 00:22:18,403 --> 00:22:24,323 Manakala Bob suka mengawal, tapi dalam diam. 365 00:22:24,403 --> 00:22:25,643 EJEN JILL 366 00:22:25,723 --> 00:22:28,603 Tiada kata-kata buruk yang dilontarkan… 367 00:22:29,523 --> 00:22:34,203 "Biar saya jelaskan. Inilah dia." Hubungannya seperti itu. 368 00:22:34,283 --> 00:22:36,923 …seksyen filem perpustakaan dan grafik. 369 00:22:38,363 --> 00:22:39,243 Jill di puncak. 370 00:22:39,323 --> 00:22:40,843 KAWAN DAN RAKAN SEKERJA 371 00:22:40,923 --> 00:22:41,923 Dia ada pilihan. 372 00:22:44,403 --> 00:22:48,403 Semasa berusia kira-kira 23 tahun, saya dibawa masuk sebagai wartawan muda, 373 00:22:50,523 --> 00:22:52,243 Saya mengagumi Jill. 374 00:22:52,323 --> 00:22:55,323 Dia berada di tempat yang saya mahu capai. 375 00:22:55,403 --> 00:22:56,763 Tajuk berita pagi ini… 376 00:22:56,843 --> 00:22:58,723 Namun, ia sangat sukar. 377 00:23:00,083 --> 00:23:02,283 Sukar untuk tak rasa seperti penipu. 378 00:23:02,363 --> 00:23:04,803 Sebenarnya, saya nak skrip. Boleh? 379 00:23:04,883 --> 00:23:10,883 Duduk bersebelahan lelaki alfa, adakalanya dirinya akan direndahkan. 380 00:23:10,963 --> 00:23:13,003 Para wanita selalu berkata 381 00:23:13,083 --> 00:23:14,723 penyiaran lebih sukar buat mereka. 382 00:23:14,803 --> 00:23:17,643 Saya fikir hal itu mengarut, 383 00:23:17,723 --> 00:23:20,603 jika rupa cantik, tak sukar. 384 00:23:20,683 --> 00:23:23,203 - Ia… - Lebih mudah. 385 00:23:23,283 --> 00:23:26,883 Saya rasa orang lebih mengharapkan wanita, itu masalahnya. 386 00:23:26,963 --> 00:23:29,283 Ketika kerjaya Jill semakin meningkat, 387 00:23:30,323 --> 00:23:33,203 salah satu masalah yang dia hadapi, 388 00:23:33,283 --> 00:23:38,923 yang semua wanita hadapi ialah, syarikat itu didominasi lelaki. 389 00:23:39,643 --> 00:23:43,323 Sejujurnya, agak membenci wanita. 390 00:23:44,803 --> 00:23:47,163 Lelaki dilihat suka mengawal 391 00:23:47,243 --> 00:23:50,403 kerana seorang editor lelaki adakalanya tegas. 392 00:23:50,483 --> 00:23:54,163 Tetapi mengawal dengan cara yang memudaratkan hubungan 393 00:23:54,243 --> 00:23:56,563 atau kepada orang itu, langsung tidak. 394 00:24:02,403 --> 00:24:03,763 PEMBUNUHAN 395 00:24:03,843 --> 00:24:07,123 Realitinya, kebanyakan orang dibunuh oleh orang yang dikenali. 396 00:24:09,763 --> 00:24:12,843 Orang yang rapat dengannya ialah Alan Farthing, tunangnya. 397 00:24:14,523 --> 00:24:18,883 Dia telah bersama bekas kekasihnya selama tujuh tahun. 398 00:24:18,963 --> 00:24:20,323 En. Wheaton. 399 00:24:22,723 --> 00:24:26,683 Juga ejen perniagaannya, En. Rosemen. 400 00:24:27,883 --> 00:24:32,203 Mereka perlu muncul untuk ditemu ramah dan disingkirkan oleh alibi. 401 00:24:32,963 --> 00:24:37,963 Jika anda boleh buktikan anda berada di tempat lain pada 26 April, 402 00:24:38,483 --> 00:24:39,843 anda bukan pembunuhnya. 403 00:24:39,923 --> 00:24:44,203 Tapi, tak semestinya anda tak terlibat dalam mengaturkan pembunuhannya. 404 00:24:44,283 --> 00:24:45,923 jika itu situasinya. 405 00:24:47,323 --> 00:24:51,843 TUNANG JILL 406 00:24:54,043 --> 00:24:57,043 Pertama sekali, saya nak tanya bagaimana awak hadapinya. 407 00:24:58,563 --> 00:25:01,483 Saya rasa saya hadapinya sama seperti 408 00:25:02,163 --> 00:25:04,523 mereka yang hadapi situasi yang sama. 409 00:25:04,603 --> 00:25:06,963 Saya sedih. 410 00:25:07,043 --> 00:25:10,323 Semua orang di sekeliling saya sedih. 411 00:25:15,003 --> 00:25:20,723 Saya tak faham kenapa mereka nak bunuh seseorang yang lemah-lembut, 412 00:25:21,923 --> 00:25:25,083 baik hati dan… 413 00:25:26,163 --> 00:25:27,803 sesempurna Jill. 414 00:25:39,843 --> 00:25:41,043 Saya akan sentiasa ingat. 415 00:25:41,123 --> 00:25:43,443 21 MEI 1999 416 00:25:43,523 --> 00:25:48,403 Kami berada di belakang sebuah limusin mengekori keranda Jill. 417 00:25:50,603 --> 00:25:54,243 Beribu-ribu orang telah keluar. 418 00:25:59,803 --> 00:26:01,003 Weston terhenti. 419 00:26:08,443 --> 00:26:11,603 Saya tak kenal dia secara peribadi, tapi saya nak datang. 420 00:26:15,043 --> 00:26:19,283 Diana ibarat ros bagi kami, tapi Jill ialah bunga matahari kami. 421 00:26:20,243 --> 00:26:21,923 Saya tak boleh cakap lagi. 422 00:26:24,963 --> 00:26:27,763 Kira-kira 100 orang telah dijemput ke gereja. 423 00:26:27,843 --> 00:26:31,043 Ramai kawan-kawannya bekerja dengannya di BBC. 424 00:26:33,323 --> 00:26:36,043 Keranda tiba di gereja pada pukul 3.00. 425 00:26:36,123 --> 00:26:38,323 Ditemani oleh abangnya, Nigel. 426 00:26:38,963 --> 00:26:40,323 Ayahnya, Jack. 427 00:26:41,323 --> 00:26:44,523 Lelaki yang dia bakal kahwini pada bulan September ini, 428 00:26:44,603 --> 00:26:46,443 tunangnya, Alan Farthing. 429 00:26:48,523 --> 00:26:52,723 Apabila Jill bertemu Alan, kehidupannya berubah. 430 00:26:54,443 --> 00:26:58,683 Detik yang dia pernah fikirkan dan idamkan setelah sekian lama. 431 00:26:58,763 --> 00:27:01,163 JILL DANDO KONGSI GAMBAR PERTUNANGANNYA 432 00:27:01,243 --> 00:27:02,883 Dia mengumumkan pertunangannya. 433 00:27:04,883 --> 00:27:08,083 Dia sepatunya berada di gereja untuk berkahwin, 434 00:27:08,163 --> 00:27:10,243 tapi dia di gereja untuk ditanam. 435 00:27:15,163 --> 00:27:20,243 Kehidupan sedang memasuki usia yang baharu, mengujakan dan memuaskan. 436 00:27:22,563 --> 00:27:24,363 Sehingga detik yang ditakdirkan itu, 437 00:27:25,643 --> 00:27:27,443 Jill, gadis cantik yang mesra… 438 00:27:27,523 --> 00:27:29,083 WESTON KEHILANGAN PUTERINYA 439 00:27:29,163 --> 00:27:33,123 …dikenali setiap keluarga di negara ini, mati ditembak. 440 00:27:33,923 --> 00:27:37,923 Kemudian seorang orang bertanya, kenapa? 441 00:27:41,443 --> 00:27:43,603 Beberapa perkara yang saya fikir, 442 00:27:44,163 --> 00:27:46,723 jika seseorang sengaja mahu membunuhnya, 443 00:27:46,803 --> 00:27:50,643 kenapa mereka mahu membunuhnya? Apa faedahnya? 444 00:27:50,723 --> 00:27:54,923 Apakah faedah yang akan diperolehi mereka yang membunuh Jill Dando? 445 00:27:56,163 --> 00:27:59,763 Kemudian Alan Farthing menyebut tentang sejumlah besar wang, 446 00:27:59,843 --> 00:28:01,443 lebih £30,000, £35,000, 447 00:28:01,523 --> 00:28:04,123 yang Jill berikan kepada En. Wheaton. 448 00:28:08,123 --> 00:28:09,563 TRANSAKSI MASUK - 35,000.00 449 00:28:09,643 --> 00:28:13,083 Tujuan wang itu diserahkan terpaksa disiasat. 450 00:28:21,123 --> 00:28:23,603 Selepas pengebumian, polis datang berjumpa saya. 451 00:28:23,683 --> 00:28:27,643 Seorang pegawai polis berkata, "Kami ada laporan menyatakan 452 00:28:27,723 --> 00:28:31,203 awak berhutang dengannya sejumlah wang yang banyak 453 00:28:31,283 --> 00:28:35,603 dan awak masih berhutang dengannya semasa dia meninggal dunia." 454 00:28:35,683 --> 00:28:38,203 "Boleh awak jelaskan?" 455 00:28:38,283 --> 00:28:41,563 Saya kata, "Saya tiada masalah untuk jelaskannya." 456 00:28:43,843 --> 00:28:47,803 Saya dapat rasakan yang mereka mengesyaki saya. 457 00:28:49,403 --> 00:28:51,643 Mereka mahu tahu cara kami bertemu, 458 00:28:51,723 --> 00:28:54,683 berapa lama kami bersama, bagaimana kami berpisah. 459 00:28:56,363 --> 00:29:00,763 Ya, dia telah memberi sumbangan untuk saya beli rumah di tepi sungai. 460 00:29:02,803 --> 00:29:05,923 Saya kata saya ada gadai janji, tapi tidak mencukupi. 461 00:29:06,003 --> 00:29:08,843 Saya boleh dapat lebih tinggi, tapi dia mahu berkongsi 462 00:29:08,923 --> 00:29:11,563 sebab pada masa itu kami berkongsi rumah. 463 00:29:13,483 --> 00:29:17,523 Lagipun, saya tak perlukan duit yang banyak. 464 00:29:17,603 --> 00:29:20,723 Saya ada bukti dan saya bawa dia ke komputer saya, 465 00:29:20,803 --> 00:29:26,843 saya tunjuk kepada dia yang saya ada banyak duit di dalam akaun. 466 00:29:27,763 --> 00:29:29,963 Dia murah hati kepada semua, termasuk saya. 467 00:29:30,803 --> 00:29:32,163 Kami saling menyayangi. 468 00:29:32,243 --> 00:29:34,763 Saya tak pernah terfikir untuk lakukan itu. 469 00:29:35,843 --> 00:29:42,403 Untuk kehilangan seseorang yang bersama saya bertahun-tahun, 470 00:29:42,483 --> 00:29:46,363 yang berharga, menarik dan menyeronokkan adalah satu tamparan hebat. 471 00:29:50,763 --> 00:29:53,843 Perkara yang tak berbahaya boleh nampak mencurigakan. 472 00:29:56,203 --> 00:29:59,163 Rasanya itu cuma hadiah daripada Jill untuk En. Wheaton. 473 00:30:00,203 --> 00:30:02,523 Anda bercakap secara terperinci, 474 00:30:02,603 --> 00:30:05,483 tapi apabila mengiringi kematian, banyak cerita keluar, 475 00:30:06,363 --> 00:30:10,563 seperti cerita karut, gosip, cerita lucah dan sebagainya. 476 00:30:11,123 --> 00:30:15,283 Tapi itu tak bermakna anda bertanggungjawab kerana membunuh. 477 00:30:19,123 --> 00:30:20,603 Kami membuat kesimpulan… 478 00:30:20,683 --> 00:30:22,883 bahawa dia tiada kaitan dengannya. 479 00:30:24,523 --> 00:30:27,603 Kami perlu tapis semua yang tak berkaitan 480 00:30:27,683 --> 00:30:30,923 dan cuba untuk fokus pada prinsip dasar 481 00:30:31,003 --> 00:30:34,563 sebelum hanyut lebih jauh di lebuh yang berbeza. 482 00:30:40,083 --> 00:30:42,203 Jill tak tinggal di 29 Gowan Avenue. 483 00:30:42,283 --> 00:30:45,643 Dia tinggal bersama tunangnya di London Barat. 484 00:30:47,083 --> 00:30:52,363 Kami tahu dia jarang melawat Gowan Avenue dan lebih jarang bermalam. 485 00:30:53,723 --> 00:30:57,163 Untuk mengetahui bahawa Jill akan tiba di 29 Gowan Avenue 486 00:30:57,243 --> 00:30:58,883 pada pagi Isnin, jam 11.30… 487 00:30:58,963 --> 00:31:00,643 PERGERAKAN TERAKHIR JILL 488 00:31:00,723 --> 00:31:02,843 …tentu dia sedang diekori. 489 00:31:07,803 --> 00:31:11,163 Saya timbalan dalam siasatan itu. 490 00:31:12,043 --> 00:31:15,803 Prosesnya renyah. 491 00:31:16,563 --> 00:31:18,763 Dua pegawai meneliti 492 00:31:18,843 --> 00:31:20,523 PEMERIKSA DETEKTIF 493 00:31:20,603 --> 00:31:24,003 rakaman kamera litar tertutup selama berjam-jam. 494 00:31:28,923 --> 00:31:33,243 Terdapat beribu-ribu orang untuk disingkirkan daripada siasatan. 495 00:31:37,043 --> 00:31:42,723 Semuanya diambil kira sampailah setiap seorang telah dinilai 496 00:31:42,803 --> 00:31:45,963 sampai ke satu tahap oleh salah satu pasukan. 497 00:31:46,723 --> 00:31:50,763 Terdapat lebih 190 CCTV dan kamera di jalanan sekitar. 498 00:31:52,363 --> 00:31:55,323 Sebanyak 430 jam masa tontonan. 499 00:31:56,763 --> 00:32:00,683 Dari situ kami telah mengenal pasti pergerakan Jill pada 26 April. 500 00:32:02,763 --> 00:32:04,723 Bermula dari rumah Alan Farthing. 501 00:32:14,523 --> 00:32:16,643 Dia berhenti di stesen minyak. 502 00:32:19,003 --> 00:32:20,403 Dia mengisi minyak. 503 00:32:22,443 --> 00:32:26,603 Dari stesen minyak, dia pergi ke pusat bandar Hammersmith. 504 00:32:30,083 --> 00:32:31,603 KAMERA 4 505 00:32:37,283 --> 00:32:41,243 Dia pergi dua ke tiga kedai untuk membeli kertas faks atau penyalin. 506 00:32:51,403 --> 00:32:52,723 Dia kembali ke keretanya. 507 00:32:58,123 --> 00:33:01,443 Dari Hammersmith, dia bergerak ke selatan ke Fulham Road. 508 00:33:02,923 --> 00:33:04,923 Dia turun berdekatan Gowan Avenue, 509 00:33:05,243 --> 00:33:07,643 letak kereta di depan rumah. 510 00:33:10,843 --> 00:33:13,043 Kemudian, dia berjalan ke pintu masuk. 511 00:33:19,243 --> 00:33:20,643 Dia dibunuh di depan pintu. 512 00:33:23,043 --> 00:33:28,363 Semuanya perlu disiasat dengan teliti. 513 00:33:29,123 --> 00:33:34,403 Kami yakin sepenuhnya, dia tidak diekori. 514 00:33:38,323 --> 00:33:41,483 Jadi, bagaimana pembunuhnya tahu 515 00:33:42,123 --> 00:33:45,363 dia akan pergi ke Gowan Avenue pada pagi tersebut? 516 00:33:48,443 --> 00:33:49,683 Andaian kami ialah 517 00:33:50,403 --> 00:33:53,523 Jill ada beritahu seseorang tentang lokasinya. 518 00:33:56,083 --> 00:33:59,723 Jadi, kami melihat panggilan yang dibuat kepadanya. 519 00:34:00,843 --> 00:34:03,123 Siapa yang tahu lokasinya? 520 00:34:05,083 --> 00:34:06,803 Hanya seorang saja yang tahu. 521 00:34:07,643 --> 00:34:09,163 Encik Roseman. 522 00:34:13,282 --> 00:34:18,682 Jon Roseman ialah ejen Jill yang sangat menarik. 523 00:34:18,762 --> 00:34:22,282 Saya telah berurusan dengan Jon selama beberapa tahun. 524 00:34:23,003 --> 00:34:28,242 Dia seorang yang tegas dalam berurusan. 525 00:34:28,323 --> 00:34:32,843 Dia suka berterus-terang. Anda akan tahu jika anda buat dia marah. 526 00:34:32,923 --> 00:34:34,923 Ada cerita yang popular tentangnya 527 00:34:35,003 --> 00:34:39,323 berjalan-jalan dengan kayu besbol di tangan. 528 00:34:45,523 --> 00:34:48,282 Polis datang melawat saya pada hari Sabtu pagi. 529 00:34:50,923 --> 00:34:52,682 Untuk menyoal tentang garis masa. 530 00:34:54,123 --> 00:34:58,363 Kerana satu-satunya sebab dia ke sana adalah untuk mengambil faks 531 00:34:58,443 --> 00:35:01,803 tentang kerja yang dihantar kepadanya dari pejabat saya. 532 00:35:03,443 --> 00:35:06,643 Dia dalam perjalanan untuk makan tengah hari. 533 00:35:07,723 --> 00:35:09,643 Jadi, dia singgah 534 00:35:09,723 --> 00:35:11,483 di rumah untuk mengambil faks. 535 00:35:14,763 --> 00:35:18,843 Salah satu perkara yang mereka minati ialah buku saya. 536 00:35:20,483 --> 00:35:22,363 Saya memang nak jadi penulis. 537 00:35:23,043 --> 00:35:24,563 Jadi, saya menulis buku. 538 00:35:24,643 --> 00:35:25,923 DRAF V 15 OLEH JON ROSEMAN 539 00:35:26,603 --> 00:35:28,563 Mereka kata, tulis apa awak tahu, 540 00:35:28,643 --> 00:35:30,203 jadi saya tulis tentang ejen. 541 00:35:31,483 --> 00:35:36,243 Seorang ejen yang kliennya dibunuh dalam keadaan misteri. 542 00:35:36,323 --> 00:35:37,643 Klien yang ditembak. 543 00:35:39,123 --> 00:35:41,283 Encik Roseman menulis buku 544 00:35:41,363 --> 00:35:45,483 yang melibatkan kematian seorang penyampai atau personaliti. 545 00:35:46,163 --> 00:35:49,923 Jadi, nampak aneh sekali dia menulis novel 546 00:35:50,003 --> 00:35:52,163 yang umpama kejadian sebenar. 547 00:35:55,363 --> 00:35:58,883 Dua orang anggota polis duduk di pejabat saya, 548 00:35:58,963 --> 00:36:00,683 kami berbual 549 00:36:00,763 --> 00:36:04,963 dan mereka tanya jika manuskripnya ada. Saya ada manuskripnya. 550 00:36:05,043 --> 00:36:08,243 Mereka juga menanyakan perbezaan masa 551 00:36:08,323 --> 00:36:12,923 antara pembunuhan pertama dan kedua di dalam buku itu. 552 00:36:13,003 --> 00:36:16,403 Saya rasa seperti berada dalam Twilight Zone. 553 00:36:16,483 --> 00:36:18,883 Saya fikir, tak mungkin dia serius. 554 00:36:18,963 --> 00:36:23,803 Ada orang mempunyai manuskrip saya dan mengikuti pelan buku saya? 555 00:36:24,683 --> 00:36:28,723 Adakah awak rasa orang lain mengesyaki awak? 556 00:36:30,363 --> 00:36:33,763 Saya pasti kena upah orang untuk melakukannya. 557 00:36:35,403 --> 00:36:36,963 Namun saya ada reputasi, 558 00:36:37,043 --> 00:36:41,243 saya memang tegas, tapi itu hanyalah lakonan. 559 00:36:42,003 --> 00:36:45,563 Mereka yang mengesyaki saya hentikan 560 00:36:45,643 --> 00:36:49,803 hasil kewangan seperti Jill Dando tentu dah hilang akal. 561 00:36:51,843 --> 00:36:53,283 Mula. 562 00:36:53,363 --> 00:36:54,443 Sekian saja untuk… 563 00:36:54,523 --> 00:36:56,443 Tunggu, saya tak nampak lensa. 564 00:36:56,523 --> 00:36:59,763 - Pusing dengan badan sekali. - Okey. Saya… 565 00:36:59,843 --> 00:37:02,683 Bunyinya teruk, tapi jika kami tak hantar faks… 566 00:37:02,763 --> 00:37:04,203 Sekian saja dari Mauritius. 567 00:37:04,283 --> 00:37:06,483 Minggu depan saya di Pulau Skiathos. 568 00:37:06,563 --> 00:37:08,203 Saya takkan cakap… 569 00:37:08,283 --> 00:37:11,643 Perkara itu takkan terjadi jika dia tak pulang ke rumah. 570 00:37:11,723 --> 00:37:14,163 Perkara itu boleh terjadi di mana-mana, 571 00:37:14,243 --> 00:37:17,123 tapi itulah tujuannya kembali ke rumah. 572 00:37:23,283 --> 00:37:26,883 Saya rasa sukar untuk bercakap tentang perkara sebegini. 573 00:37:27,883 --> 00:37:32,123 Sangat glamor dan menarik. Saya akan mulakan. 574 00:37:33,763 --> 00:37:35,963 Semuanya berjalan lancar untuk dia. 575 00:37:37,123 --> 00:37:41,803 Saya datang tanpa diiringi, tapi katanya ada putera yang menanti. 576 00:37:41,883 --> 00:37:44,203 Tiada sesiapa yang ada kehidupan begitu. 577 00:37:44,283 --> 00:37:46,763 Kita tentu nak kehidupan begitu. 578 00:37:46,843 --> 00:37:48,523 Namun, Jill memiliki kehidupan itu. 579 00:37:49,443 --> 00:37:53,163 Tidak. 580 00:37:56,563 --> 00:37:58,363 Jill, maaf tentang ini. 581 00:37:58,443 --> 00:38:02,803 Masih sukar untuk saya menerima kematiannya. 582 00:38:04,563 --> 00:38:06,083 Boleh saya bawa dia pergi? 583 00:38:06,163 --> 00:38:08,363 Silakan. Saya tak percaya. 584 00:38:10,723 --> 00:38:11,643 Begitulah. 585 00:38:19,883 --> 00:38:24,323 Orang yang rapat dengan Jill Dando tak terlibat dengan pembunuhannya. 586 00:38:25,403 --> 00:38:29,403 Kami masih tak faham sebab Jill dibunuh. 587 00:38:29,483 --> 00:38:30,563 UNIT SIASATAN UTAMA 588 00:38:33,563 --> 00:38:36,083 Kami perlu beri tumpuan dengan betul. 589 00:38:39,443 --> 00:38:42,043 Siapakah lelaki yang dilihat melarikan diri? 590 00:38:44,043 --> 00:38:46,203 Siapakah yang memandu Range Rover biru itu? 591 00:38:48,443 --> 00:38:50,403 Siapakah lelaki yang berpeluh itu? 592 00:38:57,283 --> 00:39:00,323 Saya dapat tahu melalui perbualan dengan kenalan saya, 593 00:39:00,403 --> 00:39:04,523 bahawa pembunuhan Jill Dando menimbulkan kegusaran besar 594 00:39:05,123 --> 00:39:08,763 dalam kalangan orang atasan di Scotland Yard juga 595 00:39:09,403 --> 00:39:12,683 kerana Jill Dando dianggap seperti keluarga polis. 596 00:39:12,763 --> 00:39:16,883 Akan tetapi, mereka dihantui fakta mereka sebenarnya tiada suspek. 597 00:39:16,963 --> 00:39:18,323 Tiada senjata pembunuhan. 598 00:39:18,403 --> 00:39:19,243 MAHKAMAH KORONER 599 00:39:19,323 --> 00:39:20,563 Selamat pagi. 600 00:39:20,643 --> 00:39:24,123 Awak sudah tahu suspek atau motif pembunuhan ini? 601 00:39:24,203 --> 00:39:27,123 Buat masa ini, kami tak tahu siapa pembunuhnya 602 00:39:27,203 --> 00:39:30,403 dan kami sedang mengenal pasti motif dia dibunuh. 603 00:39:30,483 --> 00:39:33,283 Siasatan utama kami tertumpu pada motifnya. 604 00:39:33,363 --> 00:39:37,203 Setelah mengenal pasti motif, kami boleh siasat dengan lebih pantas 605 00:39:37,283 --> 00:39:38,883 tentang siapa suspeknya. 606 00:39:40,083 --> 00:39:44,483 Akhbar tabloid tak boleh terima maklumat yang sedikit, bukan? 607 00:39:44,563 --> 00:39:47,003 Mereka mahukan maklumat. Halaman perlu diisi. 608 00:39:47,083 --> 00:39:49,923 Saya boleh nampak keadaan akan bertambah teruk 609 00:39:50,003 --> 00:39:54,283 melainkan mereka selesaikan kes ini dengan cepat, 610 00:39:54,363 --> 00:39:56,123 tunggu masa saja 611 00:39:56,203 --> 00:40:00,843 sebelum kami dibanjiri dengan pelbagai teori. 612 00:40:10,323 --> 00:40:13,043 Sekiranya tiada motif jelas untuk serangan itu, 613 00:40:13,123 --> 00:40:17,763 spekulasinya difokuskan kepada penghendap. 614 00:40:19,083 --> 00:40:22,963 Jill Dando pernah ada masalah dengan peminat yang taasub, 615 00:40:23,043 --> 00:40:25,163 menurut rakan sekerja yang rapat. 616 00:40:25,683 --> 00:40:28,363 Saya tak rasa dia takut sangat… 617 00:40:28,443 --> 00:40:29,923 PENYAMPAI CRIMEWATCH 618 00:40:30,003 --> 00:40:33,803 …apa-apa terjadi kepadanya. Dia panas hati dari semasa ke semasa. 619 00:40:33,883 --> 00:40:36,163 Ada orang menghendap dia. 620 00:40:37,403 --> 00:40:40,363 Sejujurnya, itulah harga menjadi orang terkenal. 621 00:40:40,443 --> 00:40:41,523 PUSAT TELEVISYEN BBC 622 00:40:41,603 --> 00:40:44,843 Jill mendapat perhatian, sesiapa pun yang seumpamanya 623 00:40:44,923 --> 00:40:49,123 lebih daripada orang lain akan mendapat ugutan. 624 00:40:49,203 --> 00:40:51,763 Kami sering mendapat surat di pejabat kami. 625 00:40:54,843 --> 00:40:57,203 Sesetengah surat itu agak lucah, 626 00:40:57,283 --> 00:41:00,803 jadi anda perlu berhati-hati dan buang surat itu. 627 00:41:00,883 --> 00:41:03,723 Mereka tak mengugut, anda tahu mereka bagaimana. 628 00:41:03,803 --> 00:41:05,643 Ramai orang miang di luar sana. 629 00:41:08,083 --> 00:41:13,043 Kemudian kami menerima sepucuk surat daripada seseorang kononnya dari Serbia. 630 00:41:14,003 --> 00:41:17,283 Ia berhubung dengan rayuan yang 631 00:41:17,363 --> 00:41:20,043 Jill telah berikan awal bulan itu untuk Kosovo. 632 00:41:20,123 --> 00:41:21,963 Minggu ini, kita telah menyedari 633 00:41:23,083 --> 00:41:24,923 krisis yang dihadapi oleh Balkan 634 00:41:25,003 --> 00:41:26,483 kerana ribuan orang Kosovo… 635 00:41:26,563 --> 00:41:29,243 Surat itu berunsur ugutan. 636 00:41:30,163 --> 00:41:33,363 Apa-apa yang anda mampu buat untuk mengubah kehidupan mereka 637 00:41:33,443 --> 00:41:35,403 dan peluang mereka untuk hidup. 638 00:41:35,483 --> 00:41:38,963 Perang Balkan telah lama berlarutan di Yugoslavia, 639 00:41:39,043 --> 00:41:41,523 berpecah kepada beberapa negara, 640 00:41:41,603 --> 00:41:44,203 Serbia, Kosovo dan seterusnya. 641 00:41:44,283 --> 00:41:46,643 Perang tersebut amat dahsyat. 642 00:41:48,003 --> 00:41:52,763 Jadi, apabila ejen Jill menerima surat ugutan, 643 00:41:53,763 --> 00:41:58,683 BBC juga mula mendapat ugutan melalui telefon, 644 00:41:58,763 --> 00:42:01,003 bulu tengkuk saya meremang. 645 00:42:02,283 --> 00:42:05,603 Pembunuhan personaliti TV terkenal negara 646 00:42:05,683 --> 00:42:07,323 mendapat satu lagi kejutan. 647 00:42:07,403 --> 00:42:10,803 Pusat TV tempat Jill Dando bekerja menerima panggilan. 648 00:42:10,883 --> 00:42:13,203 Daripada seorang lelaki Serbia, 649 00:42:13,283 --> 00:42:16,443 mengatakan dia ialah dalang kematian bintang itu. 650 00:42:57,883 --> 00:43:02,883 Terjemahan sari kata oleh Shazreena