1 00:00:06,763 --> 00:00:09,523 27 APRIL 1999 1 HARI SELEPAS PEMBUNUHAN 2 00:00:11,283 --> 00:00:16,323 Perdana Menteri Blair kamu membunuh 17 orang muda yang tak bersalah. 3 00:00:16,843 --> 00:00:22,763 Dia membunuh, jadi kami balas balik. Mangsa pertama pada hari semalam. 4 00:00:23,763 --> 00:00:26,163 Sehari selepas Jill dibunuh, 5 00:00:26,243 --> 00:00:30,683 BBC menerima panggilan daripada orang Serbia. 6 00:00:31,323 --> 00:00:32,483 Sebagai penyampai… 7 00:00:32,563 --> 00:00:34,163 BEKAS RAKAN DAN EDITOR BBC 8 00:00:34,243 --> 00:00:36,923 …yang boleh melihat pembangunan cerita, 9 00:00:37,003 --> 00:00:42,803 nampaknya seperti mereka telah masuk ke negara ini 10 00:00:42,883 --> 00:00:45,363 atau meletakkan pengintip untuk menghukum Britain. 11 00:00:53,203 --> 00:00:57,363 23 APRIL 1999 3 HARI SEBELUM PEMBUNUHAN JILL DANDO 12 00:00:59,163 --> 00:01:00,043 Menakutkan. 13 00:01:00,123 --> 00:01:04,083 Dalam sekelip mata, bilik kawalan stesen dan kawasan teknikal 14 00:01:04,163 --> 00:01:05,843 musnah sepenuhnya. 15 00:01:06,523 --> 00:01:09,043 NATO mengebom stesen TV di Serbia. 16 00:01:09,123 --> 00:01:10,282 EJEN JILL 17 00:01:10,362 --> 00:01:14,763 NATO mengatakan stesen TV itu pusat propaganda perang Serbia. 18 00:01:14,843 --> 00:01:17,083 Ramai wartawan terbunuh. 19 00:01:20,163 --> 00:01:22,163 Orang mati di tempat itu. 20 00:01:25,003 --> 00:01:26,603 Orang Serbia menjadi marah. 21 00:01:28,523 --> 00:01:33,203 Tak mustahil seseorang yang bersedih memutuskan 22 00:01:33,283 --> 00:01:37,483 untuk membalas dendam setelah apa yang NATO lakukan. 23 00:01:40,523 --> 00:01:43,763 Beribu-ribu orang dari Kosovo meninggalkan rumah mereka 24 00:01:43,843 --> 00:01:46,443 dan tiba di sempadan negara jiran. 25 00:01:47,283 --> 00:01:52,243 Jill telah mengemukakan rayuan untuk pelarian Kosovo dan mangsa perang. 26 00:01:52,323 --> 00:01:53,483 Jadi, ada kaitan. 27 00:01:53,563 --> 00:01:58,443 Ini merupakan eksodus besar-besaran, kira-kira 600,000 orang sedang berpindah. 28 00:01:59,283 --> 00:02:00,643 Agak menakutkan untuk fikir… 29 00:02:00,723 --> 00:02:01,763 PEMBACA BERITA BBC 30 00:02:01,843 --> 00:02:03,683 …mungkin itu motifnya. 31 00:02:03,763 --> 00:02:06,843 Bahawa mungkin hulubalang Serbia yang membunuhnya. 32 00:02:06,923 --> 00:02:10,083 Awak pembunuh, bukan ahli politik yang berdamai, Arkan. 33 00:02:10,163 --> 00:02:13,163 Awak cakap benda mengarut. 34 00:02:13,242 --> 00:02:17,083 Perang Yugoslav sangat sengit dan beritanya besar. 35 00:02:17,163 --> 00:02:21,043 Di kala masyarakat dunia hilang sabar dengan pertempuran di Bosnia, 36 00:02:21,123 --> 00:02:22,763 Radovan Karadžić, ketua… 37 00:02:22,843 --> 00:02:26,963 Ramai antara kami terlibat dalam menyampaikan berita tentangnya. 38 00:02:27,043 --> 00:02:30,003 Beberapa hari selepas itu, 39 00:02:30,083 --> 00:02:32,523 saya mendekati pintu depan rumah saya 40 00:02:32,603 --> 00:02:35,163 dengan berjaga-jaga dan ketakutan, 41 00:02:35,243 --> 00:02:38,883 kerana jika itu pembunuhan yang terancang, 42 00:02:38,963 --> 00:02:41,043 maka ada sebab untuk rasa takut. 43 00:02:45,803 --> 00:02:49,323 Penyampai televisyen paling popular di Britain telah dibunuh 44 00:02:49,403 --> 00:02:51,483 dipercayai oleh pembunuh upahan. 45 00:02:53,883 --> 00:02:58,363 Pemberian bunga tanda penghormatan menyusuli reaksi kejutan yang besar… 46 00:02:59,363 --> 00:03:02,283 Ratu juga memberi komen, baginda juga terkejut… 47 00:03:02,363 --> 00:03:05,243 Polis kata ada banyak kemungkinan motif pembunuhan itu. 48 00:03:05,323 --> 00:03:09,363 Dalam proses menyelesaikan jenayah, 49 00:03:09,443 --> 00:03:12,563 Penyampai Crimewatch mungkin dibunuh sebagai balasan 50 00:03:12,643 --> 00:03:14,483 terhadap pengeboman NATO di Belgrade. 51 00:03:14,563 --> 00:03:18,283 Detektif mengesahkan Jill Dando mendakwa diekori 52 00:03:18,363 --> 00:03:19,403 oleh penghendap. 53 00:03:19,483 --> 00:03:22,763 Seorang lelaki dibicarakan di London kerana taasub dengan selebriti 54 00:03:22,843 --> 00:03:24,683 dan meminati senjata api. 55 00:03:25,603 --> 00:03:28,563 Detektif berkata mereka tak menolak sebarang persoalan. 56 00:03:28,643 --> 00:03:31,363 Ada yang percaya pembunuhnya mungkin terlepas. 57 00:03:41,923 --> 00:03:45,203 Disebabkan kes Jill Dando, eksekutif BBC merasakan 58 00:03:45,283 --> 00:03:48,803 mereka tak boleh ambil risiko tentang keselamatan staf. 59 00:03:48,883 --> 00:03:51,963 Polis penyiasat tempoh hari juga akan mengambil serius 60 00:03:52,043 --> 00:03:56,283 dakwaan kaitan dengan Serbia hingga dibuktikan sebaliknya. 61 00:03:56,363 --> 00:04:00,203 Ancaman kepada BBC menyatakan ia pembalasan. 62 00:04:00,283 --> 00:04:03,403 Kami tak dapat jejaki panggilan itu kerana ia tak bernama. 63 00:04:04,083 --> 00:04:06,523 Soalan seterusnya, kerajaan Serbia? 64 00:04:06,603 --> 00:04:08,163 Negara Serbia? 65 00:04:08,243 --> 00:04:09,483 KOSOVO NADI SERBIA 66 00:04:09,563 --> 00:04:12,923 Individu berbangsa Serbia di London yang marah? 67 00:04:13,723 --> 00:04:15,763 Kami tanya perkhidmatan keselamatan… 68 00:04:15,843 --> 00:04:17,883 PEGAWAI PENYIASAT KANAN 69 00:04:17,963 --> 00:04:20,003 …untuk maklumat yang mereka ada. 70 00:04:21,723 --> 00:04:24,523 Itu masalahnya dengan siasatan pembunuhan. 71 00:04:24,603 --> 00:04:27,002 Harus berwaspada jika suspeknya tak diketahui. 72 00:04:27,083 --> 00:04:30,843 Anda tak boleh terus membuat kesimpulan sendiri. 73 00:04:30,923 --> 00:04:33,643 UNIT SIASATAN BERAT 74 00:04:33,723 --> 00:04:38,443 Semua ada teori tentang cara dia dibunuh dan siapa pelakunya. 75 00:04:38,523 --> 00:04:40,163 SAYA TAHU SIAPA BUNUH JILL DANDO 76 00:04:40,243 --> 00:04:42,643 Jenayah. Mafia. Orang Rusia. Kekasih berang. 77 00:04:42,723 --> 00:04:44,723 PEMBUNUH, KEKASIH CEMBURU, ORANG GILA… 78 00:04:44,803 --> 00:04:46,923 Kami ada huraian lelaki yang melarikan diri. 79 00:04:47,003 --> 00:04:48,723 SKUAD DUA 80 00:04:48,803 --> 00:04:51,803 Realitinya, kebanyakan siasatan pembunuhan orang asing 81 00:04:51,883 --> 00:04:55,483 jawapannya terletak pada maklumat awal. 82 00:04:56,003 --> 00:04:58,963 Saya gusar jika ada maklumat yang kami terlepas. 83 00:04:59,843 --> 00:05:02,523 Kalau-kalau pada awalnya ada mesej 84 00:05:02,603 --> 00:05:04,963 atau maklumat yang kami terlepas pandang. 85 00:05:10,363 --> 00:05:14,083 Dari aspek bukti sebenar kes itu, 86 00:05:14,163 --> 00:05:16,563 kami ada maklumat penjaga trafik. 87 00:05:17,923 --> 00:05:22,203 Tentang percubaannya mengeluarkan saman kepada Range Rover biru di Gowan Avenue. 88 00:05:23,963 --> 00:05:28,203 Kami kemudian menerima maklumat tentang Range Rover biru itu 89 00:05:28,283 --> 00:05:30,283 dilihat menyeberangi Jambatan Putney. 90 00:05:30,363 --> 00:05:31,403 ISNIN 26-04-99 91 00:05:31,483 --> 00:05:33,643 Range Rover biru dalam gambar ini dilihat 92 00:05:33,723 --> 00:05:36,283 memecut melanggar lampu merah dari tempat pembunuhan. 93 00:05:36,363 --> 00:05:38,403 Kenderaan itu dipandu dengan laju. 94 00:05:38,483 --> 00:05:42,443 Pada kelajuan itu, masuk ke Jalan Fulham Palace. 95 00:05:42,523 --> 00:05:44,683 Mendekati lampu isyarat merah. 96 00:05:44,763 --> 00:05:47,843 Melanggar lampu merah dan berlalu dengan laju 97 00:05:47,923 --> 00:05:49,803 ke selatan di Jalan Fulham Palace. 98 00:05:51,083 --> 00:05:55,043 Barulah kami sedar dua maklumat itu berkaitan. 99 00:05:57,483 --> 00:06:01,163 Siasatan kemudiannya tertumpu pada Range Rover selama berbulan-bulan 100 00:06:01,243 --> 00:06:04,963 dan mengecam setiap Range Rover serta gambar CCTV Range Rover 101 00:06:05,043 --> 00:06:06,483 untuk cuba menjejakinya. 102 00:06:06,563 --> 00:06:10,003 Tiada nombor plat. Cuma warna dan jenis kenderaan. 103 00:06:10,083 --> 00:06:14,043 Walau bagaimanapun, perlu ditapis dan dianalisis 104 00:06:16,843 --> 00:06:20,443 Range Rover biru itu merupakan bukti yang penting. 105 00:06:20,523 --> 00:06:23,843 Namun, sukar untuk polis mencarinya. 106 00:06:23,923 --> 00:06:28,843 Mencari Range Rover biru yang spesifik di London 107 00:06:28,923 --> 00:06:32,043 adalah kerja yang amat sukar. 108 00:06:33,803 --> 00:06:37,243 Saya dah agak perkara itu memerlukan usaha yang lebih. 109 00:06:40,803 --> 00:06:44,163 Istana Buckingham menjelaskan Puteri Diana akan tetap diundang 110 00:06:44,243 --> 00:06:47,923 menghadiri beberapa majlis negeri, tapi perceraiannya 111 00:06:48,003 --> 00:06:50,083 membawa perubahan besar dalam hidupnya. 112 00:06:50,163 --> 00:06:54,683 Apabila anda menyampai berita, anda perlu menjadi orang yang menonton, 113 00:06:54,763 --> 00:06:57,963 agar mereka fikir anda bercakap dengan mereka. 114 00:06:58,043 --> 00:07:00,843 Seolah-olah anda dijemput ke ruang tamu mereka. 115 00:07:01,403 --> 00:07:03,683 Jill ada kemahiran itu. 116 00:07:03,763 --> 00:07:04,963 Dia sangat versatil. 117 00:07:05,043 --> 00:07:06,483 KAWAN & RAKAN SEKERJA 118 00:07:06,563 --> 00:07:08,243 Dia berjaya melakukannya. 119 00:07:08,323 --> 00:07:10,443 Ini rupa The Mall petang ini. 120 00:07:10,523 --> 00:07:12,883 Beratus-ratus orang beratur panjang, 121 00:07:12,963 --> 00:07:15,763 bersiap sedia untuk hujan malam ini, 122 00:07:15,843 --> 00:07:19,923 agar mereka boleh beri penghormatan esok kepada Diana, Puteri Wales. 123 00:07:20,003 --> 00:07:23,083 Dia sangat gembira apabila menemu ramah orang. 124 00:07:23,163 --> 00:07:26,923 Bukan ahli politik, tapi orang biasa. Saya tahu dia sukakannya. 125 00:07:27,003 --> 00:07:29,203 Apa pendapat kamu tentang Diana? 126 00:07:29,283 --> 00:07:31,283 Dia baik dan banyak membantu orang. 127 00:07:31,363 --> 00:07:34,603 Wartawan paling bijak pun tak mampu berbuat demikian. 128 00:07:34,683 --> 00:07:37,923 Mereka tiada apa yang dia miliki, sentuhan magik. 129 00:07:38,003 --> 00:07:40,923 Semasa saya mengambilnya, dia sudah amat terkenal, 130 00:07:41,003 --> 00:07:43,483 tapi dia perlu bekerja di program lain. 131 00:07:43,563 --> 00:07:46,363 Kemudian Crimewatch muncul. 132 00:07:51,163 --> 00:07:53,643 Pertama malam ini, sedih… 133 00:07:53,723 --> 00:07:55,123 Jill mengambil peluang. 134 00:07:55,203 --> 00:07:57,083 …seorang pemuda menjadi pembunuh. 135 00:07:57,163 --> 00:07:59,083 Saya tak mahu dia masuk program itu. 136 00:07:59,163 --> 00:08:03,083 Saya beritahu yang saya tak suka semasa dia terima tawaran. 137 00:08:03,163 --> 00:08:06,763 Sila hubungi jika anda ada maklumat, lelaki ini perlu dihalang. 138 00:08:06,843 --> 00:08:09,003 Saya tak mahu dia 139 00:08:09,083 --> 00:08:12,723 melaporkan perkara buruk yang menimpa seseorang. 140 00:08:12,803 --> 00:08:15,283 Ini penyiaran perkhidmatan awam. 141 00:08:15,363 --> 00:08:17,123 Crimewatch membawa hasil. 142 00:08:17,203 --> 00:08:20,363 Orang mungkin menganggap dirinya sebagai sasaran 143 00:08:20,443 --> 00:08:23,363 kerana kesan program itu terhadap penjenayah 144 00:08:23,443 --> 00:08:25,723 yang ditahan akibat keberkesanannya 145 00:08:25,803 --> 00:08:27,683 dan mendapati mereka dipenjara. 146 00:08:27,763 --> 00:08:30,483 Saya menganggap itu ancaman dan memberitahunya. 147 00:08:42,202 --> 00:08:43,763 Hanya orang tertentu, 148 00:08:44,842 --> 00:08:47,003 psikopat brutal yang sadistik 149 00:08:47,883 --> 00:08:50,243 berani menghampiri wanita pada siang hari 150 00:08:50,323 --> 00:08:52,123 dan menembaknya di kepala. 151 00:08:52,203 --> 00:08:53,643 WARTAWAN 152 00:08:53,723 --> 00:08:56,483 Bukan perkara biasa. Saya pernah buat perkara jahat. 153 00:08:57,003 --> 00:08:58,803 Saya ada 68 sabitan. 154 00:08:59,843 --> 00:09:01,523 Namun, tak mampu membunuh. 155 00:09:02,763 --> 00:09:04,563 Saya pernah cuba semuanya. 156 00:09:04,643 --> 00:09:09,003 Merompak, mencuri kereta, menjual dadah. Saya lakukan pelbagai jenayah. 157 00:09:09,083 --> 00:09:11,643 Saya tak mahu berubah. Penjenayah tegar. 158 00:09:14,803 --> 00:09:16,283 PARKIR PELAWAT 159 00:09:16,363 --> 00:09:19,723 Pada tahun 1998, saya ditahan reman di Penjara Belmarsh 160 00:09:19,803 --> 00:09:23,563 menunggu untuk ke Old Bailey atas tuduhan rompakan bersenjata. 161 00:09:23,643 --> 00:09:27,003 Polis mengesahkan penyampai televisyen BBC Jill Dando… 162 00:09:27,083 --> 00:09:28,963 Apabila Jill Dando ditembak, 163 00:09:29,043 --> 00:09:33,043 ramai penjenayah pada ketika itu gembira 164 00:09:33,123 --> 00:09:37,683 sebab Jill Dando penyampai Crimewatch UK dan kebanyakan mereka dipenjara 165 00:09:37,763 --> 00:09:40,843 disebabkan isu yang Crimewatch siarkan. 166 00:09:40,923 --> 00:09:43,923 Percubaan untuk mengubah haluan keadilan dalam skala besar. 167 00:09:44,003 --> 00:09:45,123 Sebuah samseng… 168 00:09:45,203 --> 00:09:49,843 Mungkin seorang daripada mereka yang membunuh Jill Dando. 169 00:09:49,923 --> 00:09:50,763 DIBUNUH 170 00:09:50,843 --> 00:09:54,523 Cara ia dilakukan, saya fikir pembunuhan profesional. 171 00:09:54,603 --> 00:09:58,243 Pada tahun 80-an dan 90-an, setiap pembunuhan dirancang dibuat 172 00:09:58,323 --> 00:10:00,563 pada siang hari di jalanan. 173 00:10:00,643 --> 00:10:03,883 Tempat yang orang tak sangka kejadian akan berlaku. 174 00:10:03,963 --> 00:10:06,043 Ketika anda berjalan ke pintu rumah 175 00:10:06,123 --> 00:10:09,323 atau berjalan di kaki lima, anda tak berjaga-jaga. 176 00:10:10,763 --> 00:10:15,963 Peluang untuk menangkap penjenayah yang profesional begitu sangat sukar. 177 00:10:24,723 --> 00:10:28,923 18 MEI 1999 22 HARI SELEPAS PEMBUNUHAN 178 00:10:29,003 --> 00:10:31,923 Sejak Crimewatch bermula, kami menutup dengan berkata, 179 00:10:32,003 --> 00:10:34,363 "Jangan mimpi ngeri, tidur dengan lena." 180 00:10:34,443 --> 00:10:36,043 Setelah Jill Dando dibunuh, 181 00:10:36,123 --> 00:10:38,883 anda mungkin fikir sebarang jaminan tak lagi bermakna. 182 00:10:38,963 --> 00:10:40,283 Tak dapat dielakkan, 183 00:10:41,123 --> 00:10:45,283 kami membuat rayuan pada Crimewatch untuk menjelaskan kes tersebut, 184 00:10:45,363 --> 00:10:48,763 mencari saksi dan merayu untuk mendapatkan maklumat. 185 00:10:48,843 --> 00:10:54,043 Ini episod Crimewatch UK yang menyedihkan dan luar biasa. 186 00:10:54,123 --> 00:10:58,403 Saya ingat menonton Crimewatch tentang pembunuhan Jill. 187 00:10:59,243 --> 00:11:02,363 Sukar untuk menanggung kematian Jill. 188 00:11:02,443 --> 00:11:05,363 Namun, program ini adalah minatnya. 189 00:11:05,443 --> 00:11:09,923 Jill membantu orang, kami harap dapat melakukan perkara sama untuk dia. 190 00:11:10,003 --> 00:11:11,563 WARTAWAN DAN PENYAMPAI 191 00:11:11,643 --> 00:11:16,843 Saya terkejut melihat cara Nick Ross mengendalikannya secara profesional. 192 00:11:18,203 --> 00:11:21,603 Menuju ke penghujung Gowan Avenue, di hujung Jalan Fulham Palace, 193 00:11:21,683 --> 00:11:25,403 saya menyedari seseorang sedang mengekori saya. 194 00:11:25,483 --> 00:11:27,243 Prinsip Crimewatch… 195 00:11:27,323 --> 00:11:28,243 Menggesa saya. 196 00:11:28,323 --> 00:11:30,683 …adalah meminta bukti daripada orang ramai. 197 00:11:30,763 --> 00:11:33,523 Saya rasa ini kerja lebih daripada seorang… 198 00:11:33,603 --> 00:11:36,883 Siapa pemilik kereta ini? Gambar siapa ini? Siapa dia? 199 00:11:36,963 --> 00:11:40,323 Terdapat beberapa penampakan Range Rover biru, gelap… 200 00:11:40,403 --> 00:11:44,443 Jadi, kami mengeluarkan maklumat tentang Range Rover biru 201 00:11:44,523 --> 00:11:47,043 dengan harapan seseorang akan memberikan maklumat. 202 00:11:47,123 --> 00:11:50,923 Awak ada memandu di sekitar kawasan itu pada 26 April? 203 00:11:51,003 --> 00:11:53,283 Telefon kami, beritahu lokasi awak, 204 00:11:53,363 --> 00:11:56,083 Range Rover yang mana dan lokasi awak. 205 00:11:57,043 --> 00:11:59,403 Sebaik sahaja Range Rover biru diambil kira, 206 00:11:59,483 --> 00:12:02,643 ada perbincangan mungkin Jill diekori rakan sejenayah. 207 00:12:03,523 --> 00:12:07,923 Bagi saya, Range Rover semacam melambangkan pembunuhan profesional 208 00:12:08,003 --> 00:12:09,883 gengster dan dunia jenayah. 209 00:12:09,963 --> 00:12:13,363 Lebih daripada seorang melarikan diri dengan pantas. 210 00:12:13,443 --> 00:12:14,683 Nombor panggilan percuma. 211 00:12:14,763 --> 00:12:17,163 Nick Ross meminta bantuan orang ramai. 212 00:12:17,243 --> 00:12:19,723 Sila hubungi jika anda dapat mengecam… 213 00:12:19,803 --> 00:12:22,643 Beratus-ratus panggilan masuk. 214 00:12:23,763 --> 00:12:25,763 Helo, ini tentang pembunuhan Jill. 215 00:12:25,843 --> 00:12:28,643 Orang awam, pasukan polis yang lain. 216 00:12:28,723 --> 00:12:30,323 PEMERIKSA DETEKTIF 217 00:12:30,403 --> 00:12:32,403 Semua orang kononnya ada maklumat 218 00:12:32,483 --> 00:12:36,523 tentang kenderaan berhampiran tempat kejadian pada masa pembunuhan. 219 00:12:38,163 --> 00:12:40,323 Hai, saya ada maklumat tentang Jill Dando. 220 00:12:40,963 --> 00:12:43,043 Seolah-olah semua memandu Range Rover biru 221 00:12:43,123 --> 00:12:44,683 Saya ada maklumat… 222 00:12:48,403 --> 00:12:49,643 Jadi, peluangnya tipis. 223 00:12:51,163 --> 00:12:53,283 Namun, terdapat satu panggilan 224 00:12:54,763 --> 00:12:56,323 yang agak menarik. 225 00:12:57,683 --> 00:13:01,563 Informan itu berkata, "Saya tahu siapa yang membunuh Jill Dando 226 00:13:01,643 --> 00:13:04,083 dan ini nama-nama individu itu." 227 00:13:06,883 --> 00:13:10,003 Informan itu nampak boleh dipercayai. 228 00:13:11,403 --> 00:13:12,843 Dikenali sebagai En. James. 229 00:13:15,363 --> 00:13:18,563 INFORMAN 230 00:13:18,643 --> 00:13:22,723 Maklumat yang James berikan menunjukkan 231 00:13:22,803 --> 00:13:25,563 pembunuh Jill Dando 232 00:13:26,403 --> 00:13:28,723 merupakan penjenayah yang aktif. 233 00:13:28,803 --> 00:13:31,123 Mereka kumpulan dadah atasan. 234 00:13:35,563 --> 00:13:38,363 LONDON TIMUR 235 00:13:38,443 --> 00:13:41,203 Kami mengatur untuk berjumpa dengannya. 236 00:13:44,283 --> 00:13:46,763 Perbualan itu dirakam secara rahsia. 237 00:13:54,243 --> 00:13:58,403 Saya menyoalnya secara terperinci 238 00:13:59,643 --> 00:14:03,763 tentang kebenaran dakwaannya bahawa dia tahu siapa pembunuh Jill Dando. 239 00:14:05,603 --> 00:14:09,803 Dia memberi saya maklumat dan kisah Range Rover. 240 00:14:13,123 --> 00:14:17,483 Maklumat dan butiran yang dia berikan cukup untuk kami berkata, 241 00:14:17,563 --> 00:14:19,923 kami perlu periksa rangkaian jenayah ini. 242 00:14:21,243 --> 00:14:23,083 Jadi, mereka diekori. 243 00:14:23,163 --> 00:14:26,403 Kami menggunakan pelbagai taktik dan operasi polis 244 00:14:27,683 --> 00:14:29,883 untuk memahami ke mana mereka pergi, 245 00:14:29,963 --> 00:14:33,123 aktiviti mereka dan cuba mendengar perbualan mereka. 246 00:14:37,243 --> 00:14:41,683 4 OGOS 1999 100 HARI SELEPAS PEMBUNUHAN 247 00:14:45,123 --> 00:14:49,123 Pada mulanya, kami fikir ia akan selesai dengan cepat. 248 00:14:49,203 --> 00:14:52,403 Kemudian, seluruh musim panas berlalu. 249 00:14:52,483 --> 00:14:53,683 Tiada perkembangan. 250 00:14:54,163 --> 00:14:56,603 Jalan Jill Dando tinggal dan mati. 251 00:14:56,683 --> 00:15:00,723 Media telah pergi, tapi orang ramai masih cuba menerima hakikat 252 00:15:00,803 --> 00:15:03,443 dengan pembunuhan luar biasa ini. 253 00:15:03,523 --> 00:15:06,243 Pembunuhan Cik Dando kekal menjadi misteri. 254 00:15:06,323 --> 00:15:10,283 Jenayah melibatkan senjata api sangat jarang berlaku di Britain, 255 00:15:10,363 --> 00:15:12,403 masih tidak dapat difahami. 256 00:15:12,483 --> 00:15:17,323 Selepas permulaan yang menjanjikan, dari luar, kemajuannya nampak perlahan. 257 00:15:17,403 --> 00:15:19,963 Jika anda teringat sebarang maklumat, 258 00:15:20,043 --> 00:15:21,563 sila hubungi nombor ini. 259 00:15:23,243 --> 00:15:25,003 YARD KECEWA KES DANDO TERHENTI 260 00:15:25,083 --> 00:15:28,123 Akhbar, orang macam saya, kami mahukan perkembangan. 261 00:15:28,203 --> 00:15:31,843 Eksekutif berita tanya saya, kenapa kes ini belum selesai? 262 00:15:32,803 --> 00:15:35,003 Kami sedang membuat siasatan tertentu. 263 00:15:35,083 --> 00:15:37,403 KES JILL SENYAP TAK SEMUA KES AKAN SELESAI 264 00:15:37,483 --> 00:15:40,203 Kami tak perlu beri butiran pada setiap masa. 265 00:15:40,763 --> 00:15:43,283 Tapi hampir seperti tiada perkembangan. 266 00:15:43,883 --> 00:15:48,723 Kami semua fikir, adakah polis mempunyai suspek? 267 00:15:48,803 --> 00:15:51,803 Adakah terdapat maklumat yang besar 268 00:15:51,883 --> 00:15:54,923 mereka bakal umumkan yang kami tak tahu? 269 00:15:58,243 --> 00:16:01,243 Selepas beberapa bulan dan usaha yang dilakukan, 270 00:16:01,323 --> 00:16:05,443 ternyata James, informan itu, berbohong. 271 00:16:06,363 --> 00:16:12,163 Jelas yang dia cuba salahkan orang lain untuk pembunuhan itu, 272 00:16:12,243 --> 00:16:15,283 berharap mereka akan ditahan untuk melepaskannya 273 00:16:15,363 --> 00:16:18,043 daripada tekanan yang dia hadapi dengan mereka. 274 00:16:19,403 --> 00:16:20,523 Kami tiada bukti 275 00:16:20,603 --> 00:16:23,083 sama ada Range Rover itu terlibat. 276 00:16:25,443 --> 00:16:28,643 Laut di sini sesuai untuk aktiviti selam permukaan dan skuba. 277 00:16:28,723 --> 00:16:31,083 Tapi ini sesuatu yang tak melibatkan renang 278 00:16:31,163 --> 00:16:32,523 atau rambut yang basah. 279 00:16:32,603 --> 00:16:35,923 Saya akan berjalan di dasar laut menggunakan ini. 280 00:16:36,003 --> 00:16:41,243 Saya fikir ia siasatan yang pantas dan mereka akan jumpa seseorang. 281 00:16:42,523 --> 00:16:46,003 Saya hanya dapat membaca akhbar macam orang lain. 282 00:16:46,603 --> 00:16:51,523 Saya fikir, aduhai, dia ada masa depan yang cerah. 283 00:16:52,883 --> 00:16:54,123 Sayang sekali. 284 00:16:54,203 --> 00:16:57,803 Sungguh. 285 00:17:01,083 --> 00:17:03,443 Kemuncak kerjayanya belum dicapai. 286 00:17:04,163 --> 00:17:06,603 Amat tragis yang ia dirampas… 287 00:17:06,683 --> 00:17:08,803 KAWAN JILL DAN PENDANDAN RAMBUT 288 00:17:08,883 --> 00:17:11,803 …dengan kejam tanpa penjelasan. 289 00:17:11,882 --> 00:17:14,083 Tak, saya tak percaya. 290 00:17:14,683 --> 00:17:18,323 Apa yang anda nampak pada skrin adalah Jill dengan minatnya. 291 00:17:18,402 --> 00:17:20,283 Jill Dando, ini kehidupan awak. 292 00:17:21,843 --> 00:17:25,523 Betul-betul berseronok dan berharap 293 00:17:25,603 --> 00:17:28,122 para penonton bersama dia, 294 00:17:28,203 --> 00:17:30,283 berseronok seperti dia. 295 00:17:31,043 --> 00:17:32,243 Sejuknya. 296 00:17:32,843 --> 00:17:36,083 Saya tak suka ungkapan ini, tapi dia buah hati negara. 297 00:17:36,683 --> 00:17:41,363 Saya tumpang gembira untuk dia sebab dia sangat berjaya 298 00:17:41,443 --> 00:17:43,483 berbanding semasa dia bermula. 299 00:17:43,563 --> 00:17:46,043 Siapa tahu apa yang bakal terjadi? Saya tak tahu. 300 00:17:46,123 --> 00:17:48,443 Saya meletakkan kepercayaan saya kepada polis. 301 00:17:48,523 --> 00:17:50,483 Bagaimana lagi untuk selesaikannya? 302 00:17:53,683 --> 00:17:56,683 IBU PEJABAT THE SUN 303 00:17:56,763 --> 00:18:01,683 Kami mahu meletakkan Jill di muka depan, tapi ia mula menyepi. 304 00:18:01,763 --> 00:18:05,123 Kisah itu kekal dalam akhbar, 305 00:18:05,203 --> 00:18:07,643 sebab selagi anda menghidupkan cerita itu, 306 00:18:07,723 --> 00:18:10,723 siasatannya akan berjalan. 307 00:18:12,523 --> 00:18:15,523 Saya berbual dengan Hamish 308 00:18:15,603 --> 00:18:19,363 yang mengatakan mereka sedang mengikuti siasatan kes. 309 00:18:19,443 --> 00:18:22,443 Namun, hanya jalan buntu yang ditemui. 310 00:18:25,123 --> 00:18:29,363 Dengan ketiadaan prospek dan tangkapan, detektif semakin tertekan 311 00:18:29,443 --> 00:18:31,483 untuk mendapatkan jawapan. 312 00:18:31,563 --> 00:18:34,283 Saya tak faham kenapa masih tiada penangkapan. 313 00:18:34,363 --> 00:18:39,963 Personaliti TV paling terkenal, tiada penangkapan walaupun banyak sumber. 314 00:18:42,403 --> 00:18:43,843 BALAI POLIS KENSINGTON 315 00:18:43,923 --> 00:18:47,083 Terdapat beribu-ribu cebisan maklumat. 316 00:18:47,643 --> 00:18:54,083 Tanpa henti, kami menyingkirkan suspek dan menutup siasatan kes. 317 00:18:54,763 --> 00:19:00,283 Namun, masih belum mengenal pasti saksi di Gowan Avenue. 318 00:19:01,083 --> 00:19:02,803 Siapa yang mereka jumpa? 319 00:19:03,963 --> 00:19:08,523 Majoriti saksi tak dapat ingat wajahnya dengan cukup baik 320 00:19:08,603 --> 00:19:11,563 untuk artis melukis semula wajahnya. 321 00:19:12,723 --> 00:19:16,083 Tapi terdapat empat orang saksi 322 00:19:16,763 --> 00:19:18,403 percaya mereka boleh. 323 00:19:19,283 --> 00:19:22,803 Salah seorang daripada mereka nampak lelaki di Fulham Road… 324 00:19:25,043 --> 00:19:28,203 berlari menyeberangi jalan dan berdiri di hentian bas. 325 00:19:29,803 --> 00:19:33,683 Saksi itu berjaya menggambarkannya dengan cukup untuk melukis e-fit. 326 00:19:33,763 --> 00:19:39,123 E-fit itu yang kami hasilkan atau tunjukkan di sidang akhbar. 327 00:19:40,883 --> 00:19:42,563 Kami tiada semua jawapan. 328 00:19:42,643 --> 00:19:43,803 POLIS METROPOLITAN 329 00:19:43,883 --> 00:19:47,323 Saya rasakan kebimbangan dan kegelisahan orang atasan. 330 00:19:47,963 --> 00:19:52,243 Dengan media melontarkan banyak idea dan pemikiran. 331 00:19:52,323 --> 00:19:53,483 Itu perlu diuruskan. 332 00:19:53,563 --> 00:19:55,963 PEMBANTU KOMANDER KETUA INSPEKTOR 333 00:19:57,363 --> 00:20:00,003 Empat hari selepas pembunuhan Jill Dando, 334 00:20:00,083 --> 00:20:02,883 polis mengeluarkan gambar dihasilkan oleh komputer 335 00:20:02,963 --> 00:20:05,723 suspek nombor satu mereka. 336 00:20:05,803 --> 00:20:08,003 Dia dilihat oleh beberapa saksi 337 00:20:08,323 --> 00:20:11,923 kali terakhir berdiri di hentian bas di Jalan Fulham Palace 338 00:20:12,003 --> 00:20:14,363 selepas Jill Dando telah ditembak. 339 00:20:14,443 --> 00:20:16,523 Gambar ini amat penting. 340 00:20:17,723 --> 00:20:21,643 Polis takkan mengeluarkan e-fit seseorang 341 00:20:21,723 --> 00:20:25,363 yang tak berapa berkepentingan. 342 00:20:25,443 --> 00:20:28,283 Ini dilihat sebagai hal yang signifikan. 343 00:20:28,923 --> 00:20:31,163 Jika dia benar-benar pembunuh Jill Dando, 344 00:20:32,163 --> 00:20:33,563 kita kena cari lelaki ini. 345 00:20:35,003 --> 00:20:36,563 Di Stesen Tren Putney Bridge, 346 00:20:36,643 --> 00:20:39,203 video kamera keselamatan juga sedang diperiksa 347 00:20:39,283 --> 00:20:41,123 kalau-kalau pembunuhnya dirakam. 348 00:20:41,203 --> 00:20:44,643 Seorang pembunuh upahan, tapi menggunakan bas untuk lari. 349 00:20:44,723 --> 00:20:47,003 'PEMBUNUH' DANDO MENAIKI BAS NO. 74 350 00:20:48,443 --> 00:20:49,803 Kami banyak menyiasat. 351 00:20:49,883 --> 00:20:53,883 Wartawan Daily Mirror pergi ke kawasan perhentian bas ini, 352 00:20:53,963 --> 00:20:57,563 mengetuk pintu, cuba mencari orang yang mungkin nampak sesuatu. 353 00:20:58,203 --> 00:21:01,443 Tapi tiada sesiapa nampak suspek di dalam e-fit itu 354 00:21:01,523 --> 00:21:04,643 dan tiada sesiapa yang tampil untuk memberitahu kami, 355 00:21:04,723 --> 00:21:07,883 maklumat susulan yang mungkin penting. 356 00:21:09,923 --> 00:21:11,763 Saya fikir secara logiknya 357 00:21:11,843 --> 00:21:15,483 kebanyakan bas di London mempunyai CCTV di dalamnya. 358 00:21:15,563 --> 00:21:17,123 Itu kuncinya buat polis. 359 00:21:17,843 --> 00:21:21,003 Mereka cuma perlu hubungi Kementerian Pengangkutan London 360 00:21:21,083 --> 00:21:23,523 dan cari bas berdekatan kira-kira sejam 361 00:21:23,603 --> 00:21:25,603 di setiap sisi penampakan lelaki itu, 362 00:21:25,683 --> 00:21:29,283 tentu lelaki yang berpeluh itu boleh dilihat. 363 00:21:35,083 --> 00:21:38,243 Saya menghantar pegawai ke Fulham untuk melihat CCTV itu. 364 00:21:41,643 --> 00:21:44,923 Mungkin mereka sibuk dengan tugasan yang lebih penting, 365 00:21:45,003 --> 00:21:49,723 tapi semasa mereka memohon untuk melihat pita, ia telah dipadam. 366 00:21:51,603 --> 00:21:53,083 Peluang terlepas. 367 00:21:59,443 --> 00:22:02,083 Cuma ada 16 detektif dalam pasukan saya 368 00:22:02,163 --> 00:22:04,163 pada awal penyiasatan. 369 00:22:04,243 --> 00:22:08,683 Enam belas orang itu takkan dapat selesaikan apa yang perlu diselesaikan. 370 00:22:16,083 --> 00:22:21,403 Dengan menyiarkan e-fit itu, kami memberitahu berjuta-juta orang 371 00:22:21,483 --> 00:22:25,323 tentang lelaki di hentian bas, dengan harapan orang ramai akan bantu. 372 00:22:25,403 --> 00:22:26,563 Siapa lelaki ini? 373 00:22:26,643 --> 00:22:29,083 Jika anda tiada kaitan dengan siasatan ini 374 00:22:29,163 --> 00:22:30,923 tampil ke hadapan, singkirkan diri. 375 00:22:31,003 --> 00:22:34,603 Suspek utama lelaki kulit Putih, bersut gelap dan berambut coklat. 376 00:22:34,683 --> 00:22:36,323 E-FIT, SUSPEK PEMBUNUH JILL DANDO 377 00:22:36,403 --> 00:22:38,323 Berusia kira-kira 35 ke 40 tahun… 378 00:22:38,403 --> 00:22:41,883 Mungkin sesetengah maklumat ini mengingatkan seseorang. 379 00:22:41,963 --> 00:22:44,483 Jika ya, hubungi polis dengan segera. 380 00:22:49,043 --> 00:22:51,043 Seseorang lelaki menelefon bilik siasatan 381 00:22:52,003 --> 00:22:54,963 dan menyatakan wajahnya sama dengan e-fit. 382 00:22:55,923 --> 00:22:59,363 Dia tak kata dia bertanggungjawab atas pembunuhan Jill, 383 00:22:59,443 --> 00:23:01,763 tapi dia meletakkan dirinya di tempat kejadian. 384 00:23:02,403 --> 00:23:05,043 Jadi, dia seseorang yang berkepentingan. 385 00:23:09,083 --> 00:23:12,443 PEGAWAI BUKTI 386 00:23:12,523 --> 00:23:14,723 - Boleh saya sebut namanya? - Ya. 387 00:23:14,803 --> 00:23:17,643 Shackleton, perwatakannya pelik. 388 00:23:18,163 --> 00:23:21,363 Mod pengangkutannya merupakan ambulans berlampu biru. 389 00:23:26,803 --> 00:23:28,123 Dia lelaki berbadan besar. 390 00:23:29,963 --> 00:23:32,643 Dia pengurus mayat dan memandu kereta jenazah. 391 00:23:34,923 --> 00:23:37,043 Shackleton kata dia berada di taman 392 00:23:37,123 --> 00:23:40,323 dan lari dari taman itu kerana dikejar seorang lelaki 393 00:23:40,403 --> 00:23:42,083 dan pergi ke hentian bas. 394 00:23:45,123 --> 00:23:49,763 Ia penting pada waktu itu kerana kami fikir lelaki berpeluh itu, 395 00:23:49,843 --> 00:23:53,083 lelaki e-fit itu penting. 396 00:23:53,163 --> 00:23:55,323 Lelaki ini mendakwa dia orang itu. 397 00:23:57,603 --> 00:24:00,203 Oleh kerana dia membuat dakwaan itu 398 00:24:00,283 --> 00:24:03,763 dan kami tak boleh menangani masalah itu tanpa menyoalnya, 399 00:24:03,843 --> 00:24:08,483 dia telah ditahan dan rumahnya digeledah. 400 00:24:11,403 --> 00:24:16,883 Tahanan ini nampak seperti perkembangan yang besar. 401 00:24:17,683 --> 00:24:21,643 Kami sangka semua dah selesai. Adakah ini bukti yang kita mahu? 402 00:24:23,363 --> 00:24:25,363 Saya periksa rumahnya. 403 00:24:26,003 --> 00:24:27,643 Ada sebuah keranda di dalam rumah. 404 00:24:30,763 --> 00:24:34,083 Ada beberapa gambar dan peta kawasan Fulham di sana 405 00:24:34,163 --> 00:24:37,163 dan beberapa bahan BBC, rasanya sepucuk surat. 406 00:24:43,083 --> 00:24:45,883 James Shackleton seorang yang pelik. 407 00:24:47,723 --> 00:24:52,243 Pengurus mayat Shepherd's Bush yang pakar dalam pengebumian DSS… 408 00:24:53,283 --> 00:24:55,203 Saya sedang buat keranda bayi. 409 00:24:55,283 --> 00:24:58,563 Saya kena buat dua keranda. 410 00:24:58,843 --> 00:25:04,163 Dia kata sedang untuk mengumpul kayu untuk membuat keranda. 411 00:25:04,243 --> 00:25:06,043 Siapa yang buat begitu? 412 00:25:07,643 --> 00:25:11,603 Mereka kata saya terpesona dengan Jill Dando 413 00:25:11,683 --> 00:25:13,363 dan saya menghendapnya. 414 00:25:13,963 --> 00:25:16,603 Saya kata, awak salah orang. 415 00:25:16,683 --> 00:25:19,883 Saya suka lelaki. Saya kata, saya tak… 416 00:25:20,603 --> 00:25:25,003 Saya lebih meminati konstabel detektif awak, 417 00:25:25,083 --> 00:25:26,203 macam itulah. 418 00:25:27,443 --> 00:25:29,363 Dia suka berkhayal. 419 00:25:29,443 --> 00:25:35,963 Dia berlagak seperti orang bangsawan padahal dia bukan orang bangsawan. 420 00:25:36,043 --> 00:25:38,123 LELAKI DISOAL POLIS BERLAGAK SEPERTI DUKE 421 00:25:38,203 --> 00:25:40,843 Saya berpeluh dan tercungap-cungap, bayangkanlah, 422 00:25:40,923 --> 00:25:42,843 saya baru selesaikan separuh maraton. 423 00:25:42,923 --> 00:25:47,483 En. Shackleton dikenal pasti sebagai seorang pembohong. 424 00:25:48,123 --> 00:25:52,443 Sebelum ini pernah melibatkan diri dalam siasatan pembunuhan lain. 425 00:25:54,363 --> 00:25:58,323 Dia dijamin dari balai polis dan disingkirkan daripada siasatan. 426 00:25:58,403 --> 00:26:02,643 Saya boleh sahkan bahawa bukan saya 427 00:26:02,723 --> 00:26:05,403 yang bertanggungjawab atas kematian Jill Dando. 428 00:26:05,483 --> 00:26:08,163 Rupa saya mungkin sama dengan e-fit. 429 00:26:08,243 --> 00:26:10,203 Kes ini dah lama, bukan? 430 00:26:10,283 --> 00:26:12,483 Mereka terdesak cari jalan penyelesaian. 431 00:26:15,603 --> 00:26:17,963 Kesilapan dilakukan dalam siasatan itu 432 00:26:18,043 --> 00:26:21,443 adalah penyiaran e-fit. 433 00:26:25,843 --> 00:26:29,443 Penyiaran gambar itu menambahkan 434 00:26:29,523 --> 00:26:32,043 lebih banyak kerja yang tak perlu, 435 00:26:32,123 --> 00:26:36,523 orang menelefon mengatakan e-fit itu mirip orang yang mereka kenal. 436 00:26:38,643 --> 00:26:43,083 Jika hari ini anda guna Google untuk cari suspek e-fit Jill Dando… 437 00:26:43,163 --> 00:26:47,563 Lelaki ini di luar rumah Jill Dando menggunakan telefon. 438 00:26:47,643 --> 00:26:52,763 …gambar seseorang yang bukan suspek akan muncul. 439 00:26:53,923 --> 00:26:56,363 Penyiaran e-fit itu keputusan yang salah 440 00:26:56,443 --> 00:26:59,523 sebab ia mengganggu siasatan selama beberapa bulan. 441 00:26:59,603 --> 00:27:04,683 Tapi tekanan media sangatlah hebat, beberapa orang dari pejabat kami 442 00:27:04,763 --> 00:27:07,523 dan pegawai kanan lain mencadangkan 443 00:27:07,603 --> 00:27:10,483 untuk siarkan dan keluarkan sesuatu. 444 00:27:10,563 --> 00:27:12,723 Saya rasa itu satu kesilapan. 445 00:27:14,123 --> 00:27:17,803 Saya fikir kami sedang menuju ke haluan yang betul. 446 00:27:18,403 --> 00:27:22,723 Pembunuhan Jill Dando adalah angkara seorang penyendiri. 447 00:27:26,323 --> 00:27:32,723 Lapan, tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua, satu. 448 00:27:37,163 --> 00:27:38,883 Fajar alaf baharu, 449 00:27:38,963 --> 00:27:41,083 kami masih diselubungi bayangan 450 00:27:41,163 --> 00:27:44,203 pembunuh Jill masih belum ditangkap. 451 00:27:44,283 --> 00:27:48,363 Semakin lama siasatan ini dijalankan, 452 00:27:48,443 --> 00:27:52,043 semakin besar kemungkinan pembunuh Jill dapat melepaskan diri. 453 00:27:54,843 --> 00:27:56,963 1 JANUARI 2000 250 HARI SELEPAS PEMBUNUHAN 454 00:27:57,043 --> 00:28:01,323 Pihak polis, yang terdesak menyelesaikan jenayah ini, sudah buntu. 455 00:28:02,203 --> 00:28:05,603 Banyak siasatan memakan lebih daripada 12 bulan, dua tahun, 456 00:28:05,683 --> 00:28:07,923 kalau dah begitu, terima sajalah. 457 00:28:09,003 --> 00:28:12,083 Ada satu tahap dalam mana-mana siasatan polis, 458 00:28:12,163 --> 00:28:15,043 terutamanya dalam kes Jill Dando, 459 00:28:15,123 --> 00:28:17,003 kekecewaan itu mula menyelinap. 460 00:28:17,083 --> 00:28:19,363 RAYUAN SAKSI - PEMBUNUHAN BOLEH ANDA BANTU? 461 00:28:19,883 --> 00:28:22,363 Mereka meneliti kehidupan peribadi Jill, 462 00:28:22,443 --> 00:28:23,963 hal itu diketepikan. 463 00:28:24,043 --> 00:28:26,603 Mereka meneliti banyak penampakan. 464 00:28:26,683 --> 00:28:30,323 Mereka telah menyingkirkan beberapa Range Rover. 465 00:28:30,403 --> 00:28:33,163 Mereka telah meneliti CCTV dengan lama, 466 00:28:33,243 --> 00:28:36,763 dan kaitan dengan Serbia itu bukan lagi pilihan. 467 00:28:36,843 --> 00:28:38,083 Kami buntu. 468 00:28:39,443 --> 00:28:41,723 Saya fikir, ke mana kami nak pergi? 469 00:28:41,803 --> 00:28:43,603 POLIS JILL 'KEMBALI KE ASAL' 470 00:28:43,683 --> 00:28:46,443 Kami perlu kembali ke permulaan. 471 00:28:46,523 --> 00:28:52,443 Mungkin jawapannya ada dalam sistem, tapi kami terlepas. 472 00:28:54,803 --> 00:28:59,843 Saya bertugas untuk semak semua maklumat 473 00:28:59,923 --> 00:29:06,003 dalam sistem untuk mengenal pasti mesej yang memerlukan susulan. 474 00:29:08,443 --> 00:29:09,643 SAKSI-SAKSI 475 00:29:09,723 --> 00:29:11,323 LELAKI BERPELUH DI HENTIAN BAS 476 00:29:11,403 --> 00:29:13,523 Lelaki yang tinggal di Jalan Crookham. 477 00:29:13,603 --> 00:29:14,923 Tinggi sekitar 180 cm. 478 00:29:15,923 --> 00:29:18,963 Seorang lelaki bermasalah mental melawat pusat kami. 479 00:29:19,043 --> 00:29:21,803 Usianya kira-kira 39 tahun dan berambut pendek. 480 00:29:21,883 --> 00:29:25,723 Beribu-ribu orang pada masa itu, masih belum 481 00:29:25,803 --> 00:29:28,163 disingkirkan daripada siasatan. 482 00:29:28,243 --> 00:29:32,083 Saya berjaya mengurangkannya kepada beberapa ratus. 483 00:29:33,323 --> 00:29:34,603 Berapa lama? 484 00:29:35,483 --> 00:29:36,723 Sangat lama. 485 00:29:39,483 --> 00:29:43,163 Walaupun dengan operasi besar polis, masih tidak berjaya. 486 00:29:43,243 --> 00:29:46,003 Ganjaran untuk maklumat pembunuh meningkat 487 00:29:46,083 --> 00:29:48,203 kepada suku juta paun. 488 00:29:48,283 --> 00:29:50,283 GANJARAN £250,000 489 00:29:50,363 --> 00:29:54,203 Ganjaran terbesar dalam sejarah jenayah di negara ini pada masa itu. 490 00:29:54,283 --> 00:29:59,163 Jumlah wangnya besar dan jika itu boleh memujuk seseorang 491 00:29:59,243 --> 00:30:01,843 untuk memberi maklumat, tentu ada yang muncul. 492 00:30:02,803 --> 00:30:04,963 Namun tiada sesiapa yang muncul. 493 00:30:05,043 --> 00:30:07,883 Saya fikir itu sangat signifikan. 494 00:30:07,963 --> 00:30:11,483 Penjelasan yang paling munasabah 495 00:30:11,563 --> 00:30:15,923 adalah hanya seorang saja di dunia yang tahu siapa pelakunya. 496 00:30:16,003 --> 00:30:17,523 Pelaku itu sendiri. 497 00:30:21,643 --> 00:30:26,163 Itu dia, tanpa sebarang bunyi. Seperti dirompak tapi secara terbalik. 498 00:30:26,603 --> 00:30:29,403 Jill tak pernah beritahu dia ketakutan 499 00:30:29,483 --> 00:30:31,843 atau takut akan sesiapa atau sesuatu. 500 00:30:31,923 --> 00:30:35,563 Tapi itu lumrah apabila bekerja di depan televisyen. 501 00:30:35,643 --> 00:30:39,163 Bintang sepertinya dapat banyak perhatian yang tak diingini. 502 00:30:39,243 --> 00:30:41,803 Anda akan mendapat surat yang aneh. 503 00:30:42,523 --> 00:30:44,443 Orang yang taasub dengan anda. 504 00:30:44,923 --> 00:30:47,883 Orang sentiasa berminat dengan Jill. 505 00:30:48,603 --> 00:30:51,963 Surat membanjiri. Mereka amat menyukainya. 506 00:30:52,043 --> 00:30:54,523 Peter, katanya awak peminat tegar Jill Dando. 507 00:30:54,603 --> 00:30:56,123 - Ya. Dia cantik. - Dia menawan? 508 00:30:56,203 --> 00:30:57,883 - Awak ada gambar dia? - Tidak. 509 00:30:57,963 --> 00:31:01,163 Jom ambil gambar sekarang. Para hadirin, Jill Dando. 510 00:31:03,083 --> 00:31:05,643 Mereka nampak dia macam anak, tapi menyukai mukanya, 511 00:31:05,723 --> 00:31:07,683 mereka sukakan kemesraannya, 512 00:31:07,763 --> 00:31:10,483 betapa cantiknya dia dan bagusnya kerja dia. 513 00:31:10,563 --> 00:31:15,443 Mereka menulis dengan penuh kasih sayang. Ada yang cuba berjumpa dengannya. 514 00:31:15,523 --> 00:31:19,363 Adakah sesiapa di luar sana merasakan dia mengecewakan mereka? 515 00:31:19,443 --> 00:31:21,443 Ada orang yang sangat pelik fikir 516 00:31:21,523 --> 00:31:23,883 Jill memang patut terima musibah ini? 517 00:31:26,883 --> 00:31:31,923 Satu lagi petanda dia seorang penyendiri ialah ciri-ciri senjata apinya. 518 00:31:32,803 --> 00:31:37,723 Pistol 9mm serupa dengan yang ini, tidak pernah ditemui. 519 00:31:37,803 --> 00:31:41,123 Selongsong tembaga dari peluru ditemui berhampiran mayatnya 520 00:31:41,203 --> 00:31:43,963 mungkin boleh beri petunjuk tentang identiti pembunuh. 521 00:31:44,043 --> 00:31:46,963 Enam penanda menggunakan tangan dengan satu alat 522 00:31:47,043 --> 00:31:49,643 pada atas selongsong kartrij. 523 00:31:49,723 --> 00:31:53,163 Senjata itu sebenarnya bukan senjata api 9mm. 524 00:31:53,923 --> 00:31:57,043 Sama ada senjata yang diaktifkan semula 525 00:31:57,123 --> 00:31:59,523 atau pistol permulaan yang ditukar. 526 00:32:01,083 --> 00:32:06,123 Selongsong peluru mempunyai enam lekuk 527 00:32:06,203 --> 00:32:08,803 pada sekeliling bahagian atas rim. 528 00:32:09,643 --> 00:32:14,843 Jadi, itu kelim untuk memegang peluru di dalam bekas kartrij. 529 00:32:15,843 --> 00:32:21,083 Bukan pengelim buatan kilang, tapi buatan tangan. 530 00:32:21,163 --> 00:32:24,843 Setiap tanda kelim mempunyai tahap tekanan berbeza. 531 00:32:25,963 --> 00:32:29,883 Ada unsur buatan sendiri padanya. 532 00:32:29,963 --> 00:32:32,003 Ada sesiapa mengenali tanda tersebut? 533 00:32:32,083 --> 00:32:34,003 Sesiapa pernah kendalikan peluru 534 00:32:34,083 --> 00:32:36,843 sebelum atau selepas kejadian dengan tanda sebegitu? 535 00:32:36,923 --> 00:32:40,603 Kami tahu dari hari pertama daripada sifat luka pada kepalanya 536 00:32:40,683 --> 00:32:43,683 dan kesan muncung senjata itu terkena 537 00:32:43,763 --> 00:32:46,483 dan membuat tanda di kepalanya. 538 00:32:46,563 --> 00:32:51,163 Terdapat sedikit kesan lebam pada lengan dan lengan bawahnya. 539 00:32:52,083 --> 00:32:55,683 Pada saya, itu bukan pembunuhan yang cepat 540 00:32:55,763 --> 00:33:00,123 tanpa bersentuhan, pemindahan darah dan rambut. 541 00:33:00,203 --> 00:33:04,683 Hakikat bahawa orang itu mendekati Jill dan menyentuhnya, 542 00:33:04,763 --> 00:33:09,923 di kawasannya tak menunjukkan 543 00:33:10,003 --> 00:33:12,523 bahawa ini pembunuhan profesional. 544 00:33:12,603 --> 00:33:16,483 24 FEBRUARI 2000 303 HARI SELEPAS PEMBUNUHAN 545 00:33:18,643 --> 00:33:22,523 Beberapa mesej masuk pada beberapa hari pertama siasatan 546 00:33:22,603 --> 00:33:26,643 kini seolah-olah berkaitan dengan orang yang sama. 547 00:33:28,483 --> 00:33:32,923 Seorang lelaki minta kami mengesahkan dia berada di syarikat teksi semalam. 548 00:33:33,003 --> 00:33:36,203 Dia bertanya saya jika saya ingat apa yang dia pakai. 549 00:33:36,283 --> 00:33:37,723 Dia tinggal di Jalan Crookham, 550 00:33:37,803 --> 00:33:41,763 tak jauh dari Gowan Avenue. 551 00:33:43,243 --> 00:33:44,803 Namanya Barry Bulsara. 552 00:33:49,483 --> 00:33:54,043 Dia menelefon lagi untuk menanyakan waktu tepat dia berada di sana. 553 00:33:54,123 --> 00:33:56,083 Katanya untuk peguam caranya. 554 00:33:56,163 --> 00:33:57,483 MAIN 555 00:33:57,563 --> 00:34:01,123 Dia jelas mengenal pasti dirinya 556 00:34:01,203 --> 00:34:04,763 dan ingin tahu alibinya pada hari pembunuhan Jill Dando. 557 00:34:07,363 --> 00:34:11,683 Kami mula menyiasat latar belakang Bulsara 558 00:34:11,763 --> 00:34:15,003 dan mendapati dia pernah disabit kesalahan. 559 00:34:15,762 --> 00:34:17,643 Cuma itu bukan nama sebenarnya. 560 00:34:18,443 --> 00:34:22,003 Kami cuba mencarinya untuk mengambil kenyataan saksi. 561 00:34:22,083 --> 00:34:26,803 Akhirnya, detektif pergi ke pejabat manfaat penganggur. 562 00:34:26,883 --> 00:34:29,762 Di situlah kami mula berjumpa dan menyoal 563 00:34:29,843 --> 00:34:31,963 serta bercakap tentang hal itu. 564 00:34:32,483 --> 00:34:34,003 Lelaki itu ialah Barry George. 565 00:34:37,923 --> 00:34:40,083 Bagaimana nak gambarkan Barry George? 566 00:34:41,163 --> 00:34:43,563 Saya rasa kelakuannya tidak betul. 567 00:34:44,722 --> 00:34:50,003 Dia sentiasa menjadi orang lain. Dia menggunakan persona, nama selebriti. 568 00:34:50,923 --> 00:34:53,403 Nama sebenar Gary Glitter ialah Paul Gadd. 569 00:34:55,043 --> 00:34:58,163 Nama Gadd dan Bulsara ialah nama 570 00:34:58,242 --> 00:35:01,363 yang sebelum ini Barry George telah disabitkan 571 00:35:01,443 --> 00:35:03,003 dan diketahui polis. 572 00:35:07,283 --> 00:35:11,963 George pernah menerima sabitan atas cubaan merogol menggunakan nama Gadd. 573 00:35:13,083 --> 00:35:16,483 Serta menerima sabitan atas serangan sumbang. 574 00:35:18,363 --> 00:35:23,603 Saya rasa sangat menarik untuk lelaki itu tinggal berdekatan 575 00:35:23,683 --> 00:35:28,123 dengan latar belakang yang kami mula faham tentangnya, 576 00:35:28,203 --> 00:35:33,043 dia telah dihubungi berkali-kali 577 00:35:33,123 --> 00:35:35,643 pada bulan pertama pembunuhan. 578 00:35:36,243 --> 00:35:40,323 Jadi, kami diberi kuasa untuk mengawasinya selama 24 jam. 579 00:35:43,203 --> 00:35:45,963 RAKAMAN PENGAWASAN POLIS 580 00:35:46,043 --> 00:35:48,723 Dia sesuai dengan ciri-ciri penyendiri. 581 00:35:49,803 --> 00:35:54,043 Dia menganggur dan suka berlegar-legar. 582 00:36:00,123 --> 00:36:02,283 Dia berlegar-legar di jalan seharian, 583 00:36:02,363 --> 00:36:04,603 mendekati orang dan wanita. 584 00:36:06,083 --> 00:36:08,563 Kalau bukan menghendap, itu mengekori. 585 00:36:11,483 --> 00:36:14,763 Kelakuan yang obsesif menunjukkan ciri-ciri merisaukan 586 00:36:14,843 --> 00:36:18,563 membuatkan kami harus bertindak dengan cepat. 587 00:36:19,683 --> 00:36:22,963 Mereka meluluskan waran geledah rumahnya 588 00:36:23,043 --> 00:36:25,643 dan pegawai pergi ke rumahnya untuk menggeledah. 589 00:36:32,043 --> 00:36:37,203 Jadi, saya dan dua pegawai pergi ke alamat rumahnya, 590 00:36:37,283 --> 00:36:38,883 mengetuk pintu berulang kali. 591 00:36:38,963 --> 00:36:42,963 Tiada jawapan, jadi kami pecahkan pintu. 592 00:36:50,723 --> 00:36:55,083 Ada guni di sebelah kiri, adakah itu sampah di bilik tidurnya? 593 00:37:03,763 --> 00:37:06,483 Rumahnya berbau. Sungguh bersepah. 594 00:37:07,363 --> 00:37:11,763 Di bilik tidur utama, plastik tong sampah hitam bertimbun. 595 00:37:12,363 --> 00:37:15,923 Jelas sampah tak pernah dibuang untuk masa yang sangat lama. 596 00:37:21,563 --> 00:37:24,363 Surat khabar berselerak di bilik. 597 00:37:25,003 --> 00:37:28,763 Ada semut dan macam-macam benda pada permukaan dapur. 598 00:37:31,283 --> 00:37:34,763 Banyak najis di sekitar pangsapuri. 599 00:37:38,883 --> 00:37:42,083 Anda takkan percaya jika ini babak dalam filem 600 00:37:42,163 --> 00:37:45,083 sebab anda akan fikir, ini keterlaluan. 601 00:37:45,163 --> 00:37:48,163 Sangat melampau. Tapi benar. 602 00:37:52,283 --> 00:37:57,403 Anda akan tertanya-tanya orang jenis apa yang tinggal di sana? 603 00:38:02,403 --> 00:38:06,083 Kami mencari senjata api dan pakaian. 604 00:38:06,163 --> 00:38:08,683 Artikel berkaitan dengan Jill Dando. 605 00:38:14,843 --> 00:38:16,723 Kami menemukan kot panjang tiga suku, 606 00:38:16,803 --> 00:38:20,723 sama dengan kot yang saksi huraikan. 607 00:38:22,683 --> 00:38:25,123 Ada sebahagian daripada sarung pistol. 608 00:38:25,203 --> 00:38:28,683 Kami menemui senarai senjata api tulisan tangan. 609 00:38:28,763 --> 00:38:31,563 Kami jumpa banyak filem yang belum dicuci. 610 00:38:32,203 --> 00:38:36,363 Kami jumpa beberapa majalah berkaitan dengan senjata api 611 00:38:36,443 --> 00:38:38,643 dan seni pertahanan diri. 612 00:38:39,603 --> 00:38:42,323 Liputan media berita Jill Dando. 613 00:38:42,403 --> 00:38:44,843 SAYA BERTEMU CINTA DI LOKASI 614 00:38:46,323 --> 00:38:50,803 Barangan yang ditemukan memang sangat mencurigakan 615 00:38:50,883 --> 00:38:54,003 daripada lelaki yang tinggal berdekatan Gowan Avenue. 616 00:38:55,923 --> 00:38:59,563 Tapi tiada barangan yang dijumpai mempunyai kaitan langsung 617 00:38:59,643 --> 00:39:03,203 antara George dan tempat kejadian atau pembunuhan Jill Dando. 618 00:39:05,563 --> 00:39:08,763 Saya risau telahan kami betul. 619 00:39:08,843 --> 00:39:10,363 Kerana orang yang ditahan 620 00:39:11,163 --> 00:39:14,843 akan menjadi subjek penelitian dan pengawasan. 621 00:39:14,923 --> 00:39:18,043 Jadi, saya pasti semua yang kami lakukan itu betul. 622 00:39:18,123 --> 00:39:18,963 PEMBUNUHAN 623 00:39:19,043 --> 00:39:22,603 Penting untuk selesaikan sebanyak mungkin sebelum dia ditahan. 624 00:39:25,963 --> 00:39:29,363 Semasa pangsapuri En. George digeledah, 625 00:39:30,683 --> 00:39:33,723 kami dapati banyak filem yang belum dicuci. 626 00:39:34,763 --> 00:39:38,683 Saya membawa filem itu untuk dicuci di cawangan fotografi kami. 627 00:39:38,763 --> 00:39:41,043 Kami perlu melihat gambarnya. 628 00:39:43,403 --> 00:39:45,603 Saya ingat melihat semua gambar itu. 629 00:39:45,683 --> 00:39:48,843 Penuh dengan gambar ratusan wanita berbeza. 630 00:39:53,003 --> 00:39:56,243 Wanita di taman, wanita di jalanan. 631 00:39:56,323 --> 00:39:58,843 Kebanyakannya gambar dari belakang. 632 00:39:58,923 --> 00:40:00,803 Sesetengah dari jauh. 633 00:40:04,243 --> 00:40:07,683 Salah satu daripadanya gambar wanita dari Gowan Avenue, 634 00:40:07,763 --> 00:40:09,603 di sebelah rumah bernombor 29. 635 00:40:11,883 --> 00:40:16,723 Antara gambar-gambar itu ialah gambar Barry George 636 00:40:16,803 --> 00:40:19,363 memegang pistol dan memakai topeng gas. 637 00:40:26,683 --> 00:40:30,563 Gambar itu terus dihantar ke makmal untuk dianalisis. 638 00:40:31,483 --> 00:40:33,323 Pakar senjata api di makmal 639 00:40:33,403 --> 00:40:37,603 mengatakan senjata api itu merupakan 640 00:40:37,683 --> 00:40:41,483 senapang penembak Bruni 8mm. 641 00:40:42,443 --> 00:40:46,563 Salah satu jenis senjata api yang dilaporkan membunuh Jill Dando. 642 00:40:46,643 --> 00:40:50,363 Polis tahu senjata yang digunakan ialah pistol separa automatik 643 00:40:50,443 --> 00:40:51,683 sama dengan yang ini. 644 00:40:52,323 --> 00:40:57,203 Saya mengisytiharkan George merupakan suspek pembunuhan Jill Dando. 645 00:40:57,283 --> 00:40:58,203 SUSPEK 646 00:40:58,283 --> 00:41:00,963 Tarikh itu akhirnya ditetapkan pada 25hb Mei, 647 00:41:01,043 --> 00:41:02,563 rancangan untuk menahannya. 648 00:41:10,163 --> 00:41:13,323 Polis memburu pembunuh penyampai televisyen, Jill Dando, 649 00:41:13,403 --> 00:41:16,243 menahan seorang lelaki seharian kerana disyaki membunuh. 650 00:41:16,323 --> 00:41:20,843 Dia ditangkap sejurus selepas subuh. Detektif kata ia sangat signifikan. 651 00:41:20,923 --> 00:41:23,123 - Awak bunuh Jill Dando? - Tidak. 652 00:41:27,603 --> 00:41:28,763 Mahu sedikit air? 653 00:41:28,843 --> 00:41:30,323 Ya, sedikit. 654 00:41:31,963 --> 00:41:32,843 Terima kasih. 655 00:41:33,483 --> 00:41:35,483 Barry, awak tak apa-apa? 656 00:41:35,963 --> 00:41:37,043 Awak okey? 657 00:42:20,523 --> 00:42:25,523 Terjemahan sari kata oleh Shazreena