1 00:00:16,808 --> 00:00:17,976 Lompat. 2 00:01:26,044 --> 00:01:27,212 BILIK STOR 3 00:01:40,100 --> 00:01:42,477 PENGURUS 4 00:01:44,354 --> 00:01:45,354 Helo. 5 00:01:50,777 --> 00:01:52,487 Saya datang untuk temu duga. 6 00:01:53,655 --> 00:01:55,324 Sila duduk di dalam. 7 00:01:55,407 --> 00:01:56,491 Ya. 8 00:02:01,038 --> 00:02:02,539 Nanti saya datang balik. 9 00:02:38,033 --> 00:02:39,451 Awak langsung tak berganjak. 10 00:02:40,410 --> 00:02:41,745 Awak suruh saya tunggu. 11 00:02:46,583 --> 00:02:48,418 Awak tunggu di sini sepanjang malam? 12 00:02:48,960 --> 00:02:50,295 Awak suruh saya duduk. 13 00:03:00,222 --> 00:03:01,682 Awak tahu siapa saya? 14 00:03:03,183 --> 00:03:04,518 Saya boleh teka. 15 00:03:05,268 --> 00:03:06,311 Awak seorang Guardians. 16 00:03:06,395 --> 00:03:07,854 Apa yang awak tahu tentang kami? 17 00:03:07,979 --> 00:03:11,108 Awak badan pemerintah kosmos 18 00:03:11,692 --> 00:03:14,027 dan pengasas Lantern, tapi dulu ada 12 ahli. 19 00:03:14,194 --> 00:03:15,779 Salah satu daripada awak baru saja meninggal dunia. 20 00:03:16,071 --> 00:03:17,239 Takziah. 21 00:03:17,406 --> 00:03:18,490 Terima kasih. 22 00:03:19,741 --> 00:03:22,285 Selain itu, kamu semua berwarna biru. 23 00:03:24,079 --> 00:03:27,332 Kami percaya temu duga ini akan jadi lebih menyenangkan 24 00:03:28,709 --> 00:03:30,168 kalau saya ambil bentuk manusia. 25 00:03:30,585 --> 00:03:32,504 - Boleh saya bertanya? - Silakan. 26 00:03:32,671 --> 00:03:35,173 Green Lantern dipilih oleh cincin. 27 00:03:36,258 --> 00:03:39,136 Jadi kenapa tiba-tiba awak temu duga orang untuk jawatan ini? 28 00:03:39,261 --> 00:03:41,054 Sebab ucapan takziah awak. 29 00:03:46,977 --> 00:03:48,145 Saya patut cakap sesuatu? 30 00:03:48,853 --> 00:03:52,190 Ketika inilah ramai calon akan bertanya, "Kenapa saya?" 31 00:03:54,985 --> 00:03:56,987 Tak, saya tahu kenapa saya dipilih. 32 00:04:01,700 --> 00:04:03,034 Mak. 33 00:04:06,705 --> 00:04:07,956 Mak. 34 00:04:09,082 --> 00:04:10,292 Mak datang, Marcus. 35 00:04:26,433 --> 00:04:27,601 Awak takut? 36 00:04:29,144 --> 00:04:30,145 Ya. 37 00:04:30,937 --> 00:04:31,938 Ya. 38 00:04:39,488 --> 00:04:40,697 Apa berlaku? 39 00:05:02,469 --> 00:05:04,763 Wira misteri yang hanya dikenali sebagai Green Lantern 40 00:05:04,846 --> 00:05:06,056 sekali lagi menyelamatkan 41 00:05:06,139 --> 00:05:08,016 sebuah bandar utama daripada malapetaka. 42 00:05:08,183 --> 00:05:10,268 Masih tiada maklumat tentang identitinya 43 00:05:10,352 --> 00:05:12,312 tapi hari ini, dia dah beri kenyataan ini. 44 00:05:12,562 --> 00:05:15,315 Dia kata, "Walaupun anda tak nampak wajah saya 45 00:05:15,440 --> 00:05:16,775 ketahuilah yang komitmen saya 46 00:05:16,858 --> 00:05:18,944 untuk menentang kejahatan takkan goyah. 47 00:05:19,110 --> 00:05:22,280 Pada malam saya terima cincin ini, saya hanya ditanya satu soalan 48 00:05:22,781 --> 00:05:24,115 kalau saya takut. 49 00:05:24,241 --> 00:05:26,952 Saya tetap teguh sekarang macam dulu 50 00:05:27,410 --> 00:05:28,870 Saya berani." 51 00:05:32,999 --> 00:05:34,751 Awak dah gila? 52 00:05:36,002 --> 00:05:38,046 Takkanlah saya tak boleh rasa takut? 53 00:05:38,213 --> 00:05:39,840 Saya diangkat dari katil saya. 54 00:05:40,006 --> 00:05:42,676 - Saya ada dalam gelembung. - Beri saya pistol itu, Johnny. 55 00:05:42,759 --> 00:05:44,219 Cahaya itu berwarna hijau. 56 00:05:45,053 --> 00:05:49,057 Itu ujian untuk jadi Lantern dan mereka mahukan saya. 57 00:05:49,516 --> 00:05:51,268 Kita dah bincang tentang ini. Itu cuma mimpi ngeri. 58 00:05:51,351 --> 00:05:53,645 - Tiada gelembung pun. - Ada, dia baru saja cakap. 59 00:05:53,812 --> 00:05:55,355 Beri saya pistol itu, Johnny. 60 00:05:55,438 --> 00:05:57,440 Dia tanya soalan yang sama macam mereka. 61 00:05:57,524 --> 00:05:58,984 Awak fikir itu satu kebetulan? 62 00:05:59,067 --> 00:06:01,319 - Awak menakutkan saya. - "Awak takut?" 63 00:06:03,864 --> 00:06:07,033 - Awak tak percayakan saya. - Sebab itu mustahil. 64 00:06:07,367 --> 00:06:09,077 Tapi awak patut percaya kalau awak tak serahkan pistol itu 65 00:06:09,160 --> 00:06:11,288 saya akan hantar awak jumpa pencipta awak. 66 00:06:21,214 --> 00:06:23,216 Saya takkan cederakan sesiapa, saya janji. 67 00:06:26,803 --> 00:06:28,889 Perkara ini dah rosakkan fikiran awak 68 00:06:28,972 --> 00:06:30,599 dan kita tak boleh terus begini. 69 00:06:30,724 --> 00:06:33,518 Apabila kami pulang dari sekolah, saya tak nak awak ada di sini. 70 00:06:54,915 --> 00:06:57,375 Sarjan Stewart ada? 71 00:06:59,044 --> 00:07:00,545 Tak ada. 72 00:07:01,171 --> 00:07:02,380 Boleh saya bantu? 73 00:07:02,464 --> 00:07:03,965 Awak rasa pukul berapa dia akan pulang? 74 00:07:04,090 --> 00:07:05,300 Saya tak pasti. 75 00:07:07,010 --> 00:07:08,261 Siapa awak? 76 00:07:08,553 --> 00:07:10,472 Awak isteri Sarjan Stewart? 77 00:07:11,139 --> 00:07:12,223 Bernadette. 78 00:07:12,307 --> 00:07:15,769 Tolong beritahu suami awak, Guardians ucapkan takziah 79 00:07:15,852 --> 00:07:18,271 atas sebarang trauma yang berlarutan 80 00:07:18,396 --> 00:07:21,358 yang disebabkan oleh komunikasi terbaru kami. 81 00:07:22,067 --> 00:07:24,194 Kami nak beri pampasan 82 00:07:24,653 --> 00:07:28,323 atas sebarang tekanan berterusan yang mungkin terhasil. 83 00:07:31,576 --> 00:07:33,244 Saya tak faham. 84 00:07:36,247 --> 00:07:39,376 Kami terima laporan daripada ramai calon 85 00:07:39,459 --> 00:07:41,503 yang dipertimbangkan untuk peranan Green Lantern 86 00:07:41,711 --> 00:07:43,338 dah mengalami 87 00:07:45,674 --> 00:07:47,258 gejolak emosi. 88 00:07:49,511 --> 00:07:51,554 Maksud awak, awak makhluk asing? 89 00:07:51,763 --> 00:07:55,475 Saya spesies antara galaksi, bukan berasal dari Bumi awak, ya. 90 00:07:55,600 --> 00:07:56,768 Buktikan. 91 00:07:57,769 --> 00:07:58,812 Maaf? 92 00:07:59,062 --> 00:08:00,939 Pada pandangan saya, awak hanya nampak macam 93 00:08:01,022 --> 00:08:02,691 seorang wanita kulit putih yang malang. 94 00:08:03,525 --> 00:08:05,068 Buktikan. 95 00:08:08,196 --> 00:08:12,784 Saya dapati rupa semula jadi saya meresahkan manusia. 96 00:08:14,744 --> 00:08:16,287 Saya tak mudah resah. 97 00:08:16,997 --> 00:08:18,331 Tunjuk kepada saya. 98 00:08:50,947 --> 00:08:52,365 Awak minum kopi? 99 00:08:55,160 --> 00:08:56,578 Maaf sebab bersepah. 100 00:08:56,953 --> 00:08:58,955 Anak-anak saya baru saja selesai ujian. 101 00:08:59,914 --> 00:09:01,624 Awak ada anak lain lagi? 102 00:09:02,125 --> 00:09:03,334 Ya, ada. 103 00:09:03,418 --> 00:09:05,545 Maksud saya, anak murid saya. Saya seorang guru. 104 00:09:06,629 --> 00:09:09,549 Jadi awak yang apungkan suami saya dari katil kami. 105 00:09:09,966 --> 00:09:12,385 Kami tak pernah ada Green Lantern dari Bumi. 106 00:09:14,220 --> 00:09:16,097 Kami sedar sekarang yang proses pemilihan 107 00:09:16,222 --> 00:09:18,683 cincin itu luar biasa 108 00:09:19,726 --> 00:09:20,977 untuk spesies awak. 109 00:09:21,186 --> 00:09:23,229 Pihak awak berniat untuk membetulkan hal ini? 110 00:09:24,314 --> 00:09:27,609 Semua orang yang cakap dengan dia fikir Johnny dah gila. 111 00:09:28,026 --> 00:09:30,111 Dia minum sampai pengsan setiap malam. 112 00:09:30,195 --> 00:09:31,821 Keluarga saya berpecah belah. 113 00:09:32,197 --> 00:09:34,115 Sistem ini tak sempurna. 114 00:09:34,199 --> 00:09:36,034 Ini saja yang terbaik saya boleh buat. 115 00:09:37,702 --> 00:09:40,038 Awak tahu perbezaan kaum di Bumi? 116 00:09:41,039 --> 00:09:44,084 Awak faham betapa tak adilnya 117 00:09:44,167 --> 00:09:47,045 untuk tanya lelaki kulit hitam di Amerika kalau dia takut? 118 00:09:48,463 --> 00:09:49,839 Maksud awak 119 00:09:51,424 --> 00:09:52,926 kulit coklat? 120 00:09:53,134 --> 00:09:57,013 Setiap hari kami takut dianiaya, tapi kami tetap tabah 121 00:09:57,097 --> 00:09:59,516 kadangkala lebih baik daripada semua orang di sekeliling kami. 122 00:09:59,599 --> 00:10:01,017 Awak tahu tentang itu? 123 00:10:01,935 --> 00:10:03,311 Saya tak tahu. 124 00:10:05,563 --> 00:10:08,024 Walaupun di angkasa, awak tak peduli tentang kami. 125 00:10:14,531 --> 00:10:17,909 Jangka hayat manusia agak pendek. 126 00:10:21,621 --> 00:10:24,207 Mungkin ini peluang yang baik. 127 00:10:24,999 --> 00:10:28,378 Apa saja yang cincin itu lihat dalam suami awak ada pada genetiknya 128 00:10:28,461 --> 00:10:31,256 awak seorang wanita yang sangat hebat. 129 00:10:32,257 --> 00:10:35,385 Anak awak suatu hari nanti boleh 130 00:10:36,928 --> 00:10:38,596 jadi calon yang cemerlang. 131 00:10:40,515 --> 00:10:42,225 Itu masih lama lagi. 132 00:10:43,143 --> 00:10:44,894 Macam mana kalau dia takut juga? 133 00:10:44,978 --> 00:10:46,312 Dia gagal. 134 00:10:49,440 --> 00:10:51,317 Kalau saya besarkan dia untuk jadi berani? 135 00:10:53,069 --> 00:10:55,238 Itu pasti menarik perhatian kami 136 00:10:57,323 --> 00:10:58,783 apabila tiba masanya. 137 00:10:59,701 --> 00:11:01,286 Apabila tiba masanya 138 00:11:03,204 --> 00:11:05,123 macam mana saya nak tahu dia dapat peluang yang adil? 139 00:11:05,623 --> 00:11:07,250 Saya janji. 140 00:11:19,679 --> 00:11:22,348 Awak yang datang lawat mak saya? 141 00:11:22,432 --> 00:11:23,683 Ya. 142 00:11:23,808 --> 00:11:28,021 Awak tahu polis datang jumpa dia apabila dia cuba gadai berlian itu. 143 00:11:29,022 --> 00:11:30,356 Mereka tak percaya berlian itu milik dia. 144 00:11:30,773 --> 00:11:33,026 Saya kesal dia terpaksa melalui semua itu. 145 00:11:34,444 --> 00:11:35,820 Ya, nanti saya sampaikan. 146 00:11:36,487 --> 00:11:38,865 Ayah awak seorang Marin. Sebab itu awak juga sertai Marin? 147 00:11:39,032 --> 00:11:42,285 Ya, dan itu sebahagian daripada laluannya. 148 00:11:42,493 --> 00:11:43,494 Laluan? 149 00:11:43,578 --> 00:11:46,080 Saya jadi Marin supaya saya boleh sampai ke tahap ini 150 00:11:46,289 --> 00:11:47,498 dan bersemuka dengan awak. 151 00:11:49,042 --> 00:11:51,419 Baiklah, mari kita mula dari situ, John Stewart 152 00:11:52,754 --> 00:11:55,715 atau Sarjan Mejar John Stewart. 153 00:11:55,965 --> 00:11:59,302 - Betul, bukan? - Bekas sarjan mejar. 154 00:12:13,733 --> 00:12:15,693 Awak tiada pakaian lain di dalam kereta awak? 155 00:12:16,027 --> 00:12:17,695 - Beg gim? - Tiada, tuan. 156 00:12:18,947 --> 00:12:21,741 Baiklah, saya dah buat pesanan. Saya minta stik dan bir untuk awak. 157 00:12:22,325 --> 00:12:23,493 Terima kasih. 158 00:12:23,910 --> 00:12:25,328 Bukankah awak sepatutnya tak memakai uniform? 159 00:12:26,079 --> 00:12:28,498 Saya dengar hal ini melibatkan keselamatan negara. 160 00:12:28,581 --> 00:12:31,042 Kita berjumpa di Outback sebab tak nak tarik perhatian. 161 00:12:35,004 --> 00:12:36,965 Tak ramai lagi penembak hendap macam awak yang tinggal. 162 00:12:37,173 --> 00:12:38,675 Rekod pembunuhan awak sangat cemerlang. 163 00:12:39,384 --> 00:12:41,219 - Awak penyabar. - Ini sasaran saya? 164 00:12:41,427 --> 00:12:42,428 SULIT 165 00:12:42,512 --> 00:12:45,348 Nama kodnya Gray Wolf. Dia melabur wang haram. 166 00:12:45,431 --> 00:12:46,891 Saya tak peduli tentang orang itu. Beritahu saya tentang misi ini. 167 00:12:47,600 --> 00:12:49,352 Dia mustahil untuk dikesan. 168 00:12:49,435 --> 00:12:51,604 Hanya ada satu tempat yang kami tahu dia akan kembali 169 00:12:51,938 --> 00:12:53,189 sebuah tempat percutian yang kami percaya miliknya 170 00:12:53,273 --> 00:12:54,524 di Semenanjung Kamchatka. 171 00:12:54,691 --> 00:12:55,984 Kami tak tahu berapa kerap dia pergi 172 00:12:56,150 --> 00:12:57,443 atau berapa lama dia tinggal. 173 00:12:57,777 --> 00:13:01,239 Awak nak saya tunggu dia di sana sehingga dia muncul? 174 00:13:01,656 --> 00:13:02,657 Mungkin akan ambil masa beberapa minggu 175 00:13:02,949 --> 00:13:04,284 mungkin beberapa bulan. 176 00:13:04,534 --> 00:13:06,286 Berapa ramai yang dah pergi sebelum saya? 177 00:13:07,662 --> 00:13:09,163 Kenapa awak fikir awak bukan yang pertama? 178 00:13:09,247 --> 00:13:11,749 Ada risikan tentang banjaran gunung yang terpencil 179 00:13:12,041 --> 00:13:14,669 peta asas tempat percutian itu, jadi seseorang pernah ke sana. 180 00:13:15,795 --> 00:13:16,921 Tiga orang. 181 00:13:17,505 --> 00:13:19,215 Kami terputus hubungan dengan pasukan terakhir beberapa bulan lalu. 182 00:13:20,466 --> 00:13:21,509 Tapi kalau awak bersetuju dengan misi ini 183 00:13:21,592 --> 00:13:22,885 kita akan lakukannya dengan cara berbeza. 184 00:13:23,011 --> 00:13:24,679 Awak ada butang panik kalau awak perlukan bantuan keluar. 185 00:13:24,804 --> 00:13:26,014 Saya tak nak. 186 00:13:26,472 --> 00:13:28,224 Saya tak pernah panik, tuan. 187 00:13:31,311 --> 00:13:32,979 Sebaiknya awak selesaikan semua urusan awak sebelum awak pergi. 188 00:13:33,104 --> 00:13:35,106 - Ya. - Apa khabar ayah awak? 189 00:13:35,982 --> 00:13:37,150 Tuan? 190 00:13:37,650 --> 00:13:39,944 Kami ditempatkan bersama selepas latihan asas. 191 00:13:41,195 --> 00:13:42,697 Saya dengar dia hadapi beberapa kesukaran. 192 00:13:45,616 --> 00:13:47,285 Dah jauh lebih baik, tuan. 193 00:13:47,368 --> 00:13:48,536 Terima kasih. 194 00:14:05,470 --> 00:14:07,180 Saya dengar awak datang. 195 00:14:08,014 --> 00:14:09,849 Sofa itu terlalu selesa? 196 00:14:10,308 --> 00:14:12,060 Lebih baik daripada motel. 197 00:14:14,979 --> 00:14:16,773 Kita perlu selesaikan perkara ini, Johnny. 198 00:14:17,523 --> 00:14:18,691 Saya tahu. 199 00:14:19,192 --> 00:14:21,069 Awak takkan dapat pakai cincin itu. 200 00:14:21,361 --> 00:14:22,528 Saya tahu awak tak percayakan saya. 201 00:14:22,612 --> 00:14:23,863 Sekarang saya percaya 202 00:14:23,946 --> 00:14:25,531 dan saya minta maaf sebab semua orang 203 00:14:25,615 --> 00:14:27,158 melayan awak macam orang gila. 204 00:14:28,326 --> 00:14:30,787 - Saya minta maaf saya terpaksa... - Kenapa sekarang? 205 00:14:31,245 --> 00:14:32,622 Apa yang berubah? 206 00:14:47,470 --> 00:14:50,556 Salah seorang ketua Green Lantern datang tempoh hari. 207 00:14:51,641 --> 00:14:53,810 Mereka minta maaf sebab tak pilih awak. 208 00:15:02,568 --> 00:15:03,861 Apa yang mereka katakan? 209 00:15:04,904 --> 00:15:07,657 Alasan karut tentang ketidaksempurnaan sistem. 210 00:15:10,660 --> 00:15:11,702 Tapi mungkin John terpilih. 211 00:15:14,038 --> 00:15:15,039 Anak kita? 212 00:15:16,374 --> 00:15:17,500 Benar. 213 00:15:19,127 --> 00:15:20,420 Saya tak faham. 214 00:15:20,670 --> 00:15:22,505 Kenapa awak jadi seorang Marin? 215 00:15:24,674 --> 00:15:26,426 Kenapa saya bangun dan mengajar? 216 00:15:27,802 --> 00:15:30,054 Untuk jadi lebih baik daripada asal usul kita 217 00:15:30,138 --> 00:15:32,723 untuk membuktikan kepada entah siapa yang kita berharga. 218 00:15:33,683 --> 00:15:35,685 Kita tak memecahkan setiap stereotaip 219 00:15:35,768 --> 00:15:37,186 dan menentang setiap ketakutan 220 00:15:37,270 --> 00:15:38,646 bukan untuk awak dihukum 221 00:15:38,729 --> 00:15:41,149 sebab awak takut untuk meninggalkan orang yang awak sayang. 222 00:15:41,274 --> 00:15:43,484 Mereka tak pandang kita, Bernie, dan awak tahu itu. 223 00:15:44,861 --> 00:15:46,195 Di bawah sini atau di atas sana. 224 00:15:46,404 --> 00:15:49,449 Saya pun kata begitu, tapi kita tak boleh terima. 225 00:15:50,366 --> 00:15:51,909 Kita tak boleh besarkan tiga anak lelaki 226 00:15:51,993 --> 00:15:53,744 dan percaya yang tak kira betapa bagusnya mereka 227 00:15:53,828 --> 00:15:55,288 mereka tetap tak dipandang. 228 00:15:55,538 --> 00:15:58,583 - Tapi bukan Aaron atau Marcus. - Tak, mereka dah terlalu dewasa. 229 00:15:59,250 --> 00:16:00,918 Mereka dah tahu takut. 230 00:16:03,880 --> 00:16:06,382 Lagipun, saya rasa Guardians sukakan John. 231 00:16:07,383 --> 00:16:08,676 Saya dapat rasa. 232 00:16:14,265 --> 00:16:16,184 Macam mana nak didik seorang Green Lantern? 233 00:16:17,935 --> 00:16:19,145 Saya dah selidik. 234 00:16:20,771 --> 00:16:22,982 Biasakan dia dengan ketakutan. 235 00:16:23,649 --> 00:16:26,068 Latih dia untuk jadi semua yang mereka nampak pada diri awak 236 00:16:26,152 --> 00:16:28,571 dan semua yang tiada pada Lantern yang mereka pilih. 237 00:16:31,407 --> 00:16:32,617 Saya tak tahu. 238 00:16:35,953 --> 00:16:40,875 Malam mereka tolak awak bermulanya segala kemusnahan. 239 00:16:43,127 --> 00:16:46,422 Inilah peluang kita untuk memperbaiki keadaan. 240 00:16:54,597 --> 00:16:55,932 Dia akan benci kita. 241 00:16:57,141 --> 00:16:58,309 Biarlah. 242 00:17:16,452 --> 00:17:17,744 Cuaca ini tak sesuai untuk terjun 243 00:17:17,828 --> 00:17:18,954 tapi ini saja cara mereka tak nampak kita. 244 00:17:19,038 --> 00:17:20,498 Kalau begitu, baguslah. 245 00:17:20,580 --> 00:17:22,415 Apabila misi selesai, tekan butang ini. 246 00:17:22,500 --> 00:17:24,627 Kalau ada masalah dan awak perlukan bantuan keluar... 247 00:17:24,710 --> 00:17:26,212 Saya akan hubungi awak apabila misi selesai. 248 00:17:27,003 --> 00:17:28,756 - Semoga berjaya. - Terjun! 249 00:18:40,453 --> 00:18:43,831 Saya diberhentikan secara tak terhormat. 250 00:18:44,957 --> 00:18:46,334 Jelaskan. 251 00:18:46,709 --> 00:18:48,544 Bahagian mana? Tak terhormat atau diberhentikan? 252 00:18:48,628 --> 00:18:50,421 Saya lebih bimbangkan tentang keingkaran. 253 00:18:50,504 --> 00:18:51,589 Tiada keingkaran. 254 00:18:52,256 --> 00:18:53,341 Saya ada misi yang perlu diselesaikan 255 00:18:53,424 --> 00:18:54,592 dan saya gagal. 256 00:18:56,510 --> 00:18:59,096 Awak tak nampak macam orang yang mengalah tanpa sebab. 257 00:18:59,180 --> 00:19:02,516 Baiklah, kalau ada alasan atau sebab 258 00:19:02,725 --> 00:19:04,226 itu adalah rahsia. 259 00:19:07,063 --> 00:19:09,690 Banyak perkara yang nak saya bincangkan juga rahsia. 260 00:19:10,399 --> 00:19:12,693 Saya janji. Saya akan tutup mulut. 261 00:19:16,989 --> 00:19:18,866 Apa yang awak tahu tentang Sinestro? 262 00:19:19,033 --> 00:19:20,910 Hanya apa yang saya lihat dalam berita. 263 00:19:21,243 --> 00:19:22,453 Dia jadi pembelot. 264 00:19:22,536 --> 00:19:25,164 Dia bunuh salah seorang Guardians awak. 265 00:19:25,247 --> 00:19:27,083 Hal Jordan mengalahkannya dan memenjarakannya. 266 00:19:27,249 --> 00:19:28,542 Apa pendapat awak tentang Hal Jordan? 267 00:19:28,668 --> 00:19:30,127 - Tiada. - Tiada apa? 268 00:19:30,211 --> 00:19:31,379 Saya tak fikir tentang dia. 269 00:19:31,462 --> 00:19:33,089 Awak mesti ada pendapat. 270 00:19:34,006 --> 00:19:35,841 Dia yang dipilih, bukannya ayah awak. 271 00:19:36,175 --> 00:19:39,053 Ayah saya berkhidmat untuk negara ini dengan penuh hormat. 272 00:19:39,387 --> 00:19:42,181 Dia hormat sesiapa saja yang bertugas melindungi orang. 273 00:19:42,306 --> 00:19:44,183 Dia ajar saya untuk buat perkara sama. 274 00:19:45,768 --> 00:19:47,937 Sinestro guru Jordan 275 00:19:49,480 --> 00:19:51,357 seorang sosok bapa. 276 00:19:53,567 --> 00:19:56,112 Dia masih simpan perasaan sayang yang mendalam terhadap mentornya. 277 00:19:56,195 --> 00:19:57,363 Ia agak... 278 00:20:00,366 --> 00:20:02,952 - membimbangkan. - Itu sifat manusia. 279 00:20:03,369 --> 00:20:05,871 Kita sayang orang yang membesarkan kita 280 00:20:08,249 --> 00:20:10,042 walaupun mereka gila. 281 00:20:10,960 --> 00:20:14,880 Selamat hari jadi 282 00:20:15,131 --> 00:20:19,468 Selamat hari jadi 283 00:20:19,802 --> 00:20:25,015 Selamat hari jadi, John 284 00:20:25,099 --> 00:20:30,354 Selamat hari jadi 285 00:20:31,605 --> 00:20:32,982 Buat hajat, nak. 286 00:20:35,443 --> 00:20:38,070 Kami ada sesuatu untuk awak, sayang. Tutup mata kamu. 287 00:20:38,654 --> 00:20:42,283 - Kenapa awak tutup mata, Marcus? - Saya harap ia jersi besbol. 288 00:20:42,616 --> 00:20:44,118 Awak tak muat pakai baju John. 289 00:20:44,243 --> 00:20:45,453 Hei. 290 00:20:46,162 --> 00:20:47,413 Buka. 291 00:20:59,049 --> 00:21:00,968 Tunggu, saya minta krayon. 292 00:21:02,344 --> 00:21:04,221 Ayah kamu dan mak fikir umur lima tahun dah cukup besar 293 00:21:04,305 --> 00:21:05,556 untuk tahu tentang takdir kamu. 294 00:21:17,735 --> 00:21:20,237 Kamu akan jadi Green Lantern apabila dewasa nanti, nak. 295 00:21:22,448 --> 00:21:24,450 Mungkin kamu tertanya-tanya kenapa kami layan kamu berbeza. 296 00:21:25,409 --> 00:21:27,703 Kamu tidur di bilik lain daripada abang-abang kamu 297 00:21:27,870 --> 00:21:29,121 tak bersekolah dengan mereka. 298 00:21:29,246 --> 00:21:30,498 Saya sangka mak dan ayah lebih sayangkan mereka. 299 00:21:30,623 --> 00:21:31,665 Hei. 300 00:21:31,791 --> 00:21:33,167 Anak-anak, ini perkara serius. 301 00:21:35,294 --> 00:21:37,838 Semasa awak bayi, Guardians 302 00:21:37,922 --> 00:21:39,882 pentadbir seluruh alam semesta ini 303 00:21:40,049 --> 00:21:41,884 datang beritahu kami yang mereka nak kamu 304 00:21:41,967 --> 00:21:43,636 menjadi Green Lantern yang seterusnya. 305 00:21:44,178 --> 00:21:45,638 Katanya kami perlu latih kamu 306 00:21:45,763 --> 00:21:47,932 dan ia akan hantar burung untuk mengawasi kita. 307 00:21:48,224 --> 00:21:49,725 Mereka melapor kepada Guardians. 308 00:21:49,975 --> 00:21:52,186 Sebab itulah kamu sangat sukakan burung, nak. 309 00:21:53,354 --> 00:21:55,940 Mak tahu kamu suka melukis dan kamu mahukan krayon 310 00:21:56,023 --> 00:21:57,817 dan kamu masih boleh buat sekali-sekala. 311 00:21:58,484 --> 00:22:01,237 Tapi tahun ini, latihan sebenar kamu bermula. 312 00:22:01,403 --> 00:22:02,863 Apa yang saya kena buat? 313 00:22:04,615 --> 00:22:06,742 Mereka nak kami pastikan kamu berani. 314 00:22:06,867 --> 00:22:09,703 - Mak dan ayah selalu pilih dia. - Hei, Aaron. 315 00:22:12,206 --> 00:22:13,249 Hei. 316 00:22:15,334 --> 00:22:16,794 Jangan risaukan dia. 317 00:22:17,795 --> 00:22:19,880 Jangan risaukan sesiapa pun selain diri kamu sendiri. 318 00:22:21,048 --> 00:22:24,468 Jangan sampai Guardians fikir kamu tak nak buat, bukan? 319 00:22:24,552 --> 00:22:25,845 Tak, mak. 320 00:22:28,472 --> 00:22:29,557 Apa ini? 321 00:22:29,723 --> 00:22:32,059 Hati-hati, Marcus. Beri kepada John. 322 00:22:36,021 --> 00:22:37,606 Kami dah beri sasaran kamu, nak. 323 00:22:38,315 --> 00:22:40,067 Sekarang kamu perlu belajar menembak. 324 00:22:40,401 --> 00:22:41,652 Dah bersedia? 325 00:22:42,152 --> 00:22:44,280 Sebab itu awak pilih untuk jadi penembak hendap? 326 00:22:44,905 --> 00:22:46,240 Saya pandai menembak. 327 00:22:46,365 --> 00:22:47,700 Bukan itu yang saya tanya. 328 00:22:48,868 --> 00:22:52,621 Saya boleh tembak sasaran sejauh lebih daripada sebatu. 329 00:23:06,635 --> 00:23:08,387 Jadi awak suka jaga jarak? 330 00:23:10,681 --> 00:23:12,182 Adakah itu satu metafora? 331 00:23:12,641 --> 00:23:15,936 Awak nak tahu saya rapat dengan siapa 332 00:23:16,020 --> 00:23:18,063 atau risau saya terganggu semasa bertugas? 333 00:23:19,523 --> 00:23:21,942 Ya. Itulah yang saya nak tahu. 334 00:23:25,154 --> 00:23:28,365 Saya suka bersendirian dan tak mudah terganggu. 335 00:23:35,915 --> 00:23:37,041 Ibu bapa awak pula 336 00:23:40,085 --> 00:23:42,129 awak berdendam dengan mereka sebab latihan awak yang ketat? 337 00:23:42,963 --> 00:23:44,340 Awak ada keluarga? 338 00:23:44,465 --> 00:23:46,467 Kami dilahirkan sendirian 339 00:23:47,009 --> 00:23:48,636 dan begitulah cara kami mati. 340 00:23:49,637 --> 00:23:50,721 Sedihnya. 341 00:23:52,806 --> 00:23:54,016 Yakah? 342 00:23:54,975 --> 00:23:58,520 Saya tak dapat jelaskan tentang keluarga 343 00:23:58,604 --> 00:23:59,855 kalau awak tiada keluarga 344 00:23:59,939 --> 00:24:03,609 tapi ketegasan memang lumrah sebuah keluarga. 345 00:24:05,527 --> 00:24:08,447 Hei, bagus, nak. Sangat bagus. 346 00:24:08,614 --> 00:24:10,282 Pergi ke sana dan letak sebiji epal lagi. 347 00:24:10,950 --> 00:24:13,619 Bukankah awak sepatutnya pasang piring ini? 348 00:24:13,869 --> 00:24:15,496 Saya fikir lebih baik kalau berlatih. 349 00:24:15,579 --> 00:24:17,081 Awak fikir? 350 00:24:17,164 --> 00:24:19,333 Tiada apa yang perlu difikirkan. Kita perlu pasang piring itu. 351 00:24:19,416 --> 00:24:20,918 Duit berlian dah habis, Bernie. 352 00:24:21,001 --> 00:24:22,336 Kita masih perlukan lebih banyak alat ganti. 353 00:24:22,419 --> 00:24:24,338 Saya perlu hubungi makhluk itu dan beritahu kemajuan prestasi dia. 354 00:24:24,421 --> 00:24:26,966 Kita tak tahu nak panggil siapa dan katanya ia ada memerhati. 355 00:24:27,341 --> 00:24:29,134 Saya takkan biar mereka tentukan semuanya. 356 00:24:29,218 --> 00:24:31,220 Lihat, ayah, macam William Tell. 357 00:24:32,554 --> 00:24:34,306 Tembak sebiji atas kepala saya. 358 00:24:39,019 --> 00:24:40,396 Tembak. 359 00:24:40,479 --> 00:24:41,772 Apa? 360 00:24:41,981 --> 00:24:43,816 Lihat kalau dia takut. Tembaklah. 361 00:24:56,161 --> 00:24:57,913 Ketakutan mudah berjangkit. 362 00:24:59,415 --> 00:25:01,458 Tanya dia soalan yang makhluk itu tanya awak. 363 00:25:13,012 --> 00:25:14,138 Kamu takut? 364 00:25:14,847 --> 00:25:15,973 Tak, ayah. 365 00:25:22,312 --> 00:25:26,316 Kita buat semua ini untuk kamu berdua. 366 00:25:35,993 --> 00:25:37,327 Jadi sos epal. 367 00:25:37,453 --> 00:25:39,246 Boleh saya rasa? 368 00:25:40,497 --> 00:25:42,583 Ayah kamu ada ganjaran lebih baik. 369 00:25:44,168 --> 00:25:46,086 Kamu layak dapat burger keju, nak. 370 00:25:46,545 --> 00:25:47,755 Anak ayah. 371 00:25:48,255 --> 00:25:49,506 Mari. 372 00:25:52,342 --> 00:25:55,304 Awak sayang ibu bapa awak? 373 00:25:56,138 --> 00:25:57,222 Ya. 374 00:25:57,389 --> 00:25:58,599 Sudah tentu, saya sayang mereka. 375 00:25:58,682 --> 00:26:00,017 Saya berhutang segalanya kepada mereka. 376 00:26:00,142 --> 00:26:02,061 - Awak berhutang dengan mereka? - Ya. 377 00:26:02,603 --> 00:26:04,813 Macam mana awak nak membalasnya? 378 00:26:05,064 --> 00:26:06,148 Dengan mendapatkan kerja ini. 379 00:26:06,523 --> 00:26:07,733 Macam mana kalau awak tak berjaya? 380 00:26:08,192 --> 00:26:09,443 Saya akan berjaya. 381 00:26:09,943 --> 00:26:11,528 Kenapa awak boleh begitu yakin? 382 00:26:11,820 --> 00:26:13,530 Saya dilatih untuk jadi yakin. 383 00:26:52,569 --> 00:26:55,155 - Saya tahu semuanya. Apa katanya? - Ya, betul. 384 00:26:55,239 --> 00:26:56,240 Ya, memang betul. 385 00:26:56,323 --> 00:26:57,658 Mereka tak boleh sebut perkataan S itu di radio. 386 00:26:57,783 --> 00:26:58,909 Lirik sebenar lagu itu 387 00:26:58,992 --> 00:27:01,036 "Kau suka ikan dan bubur jagung dan jadi bapa ayam?" 388 00:27:01,870 --> 00:27:03,122 Macam mana dia tahu? 389 00:27:03,205 --> 00:27:06,250 Dia bukan budak kulit hitam. Dia dengar muzik piano. 390 00:27:06,333 --> 00:27:08,210 Awak tahu mak yang suruh dia buat begitu. 391 00:27:08,418 --> 00:27:09,920 Awak tahu mak yang suruh dia buat begitu. 392 00:27:10,003 --> 00:27:12,673 Dia selalu dengar di sebalik dinding. Saya tahu. 393 00:27:13,757 --> 00:27:15,425 Ya, itu memang betul. 394 00:27:15,592 --> 00:27:16,677 Saya dah cakap. 395 00:27:16,760 --> 00:27:18,178 Awak cakap begitu supaya Aaron suka awak. 396 00:27:18,387 --> 00:27:20,472 Tolonglah. Awak tahu liriknya? 397 00:27:20,764 --> 00:27:22,057 Nyanyilah. 398 00:27:24,935 --> 00:27:26,728 Takkan nak takut kepada mereka seumur hidup awak? 399 00:27:27,146 --> 00:27:30,023 Mereka cuba jadikan awak membosankan. 400 00:27:43,078 --> 00:27:45,205 - "Ya." - "Ya." 401 00:27:45,289 --> 00:27:47,499 Cara dia cakap macam budak kulit putih bernama Henry. 402 00:27:52,045 --> 00:27:53,463 John, keluar. 403 00:27:53,547 --> 00:27:55,424 Mak, kami yang minta dia nyanyi. 404 00:27:55,799 --> 00:27:57,676 Ini bukan tentang lagu. 405 00:27:57,926 --> 00:27:59,178 Ini latihan. 406 00:27:59,344 --> 00:28:01,471 Dia tak boleh hidup di luar sana. Dia tak pernah datang ke sini. 407 00:28:01,555 --> 00:28:03,390 Kalau kami nak pendapat kamu, kami dah minta. 408 00:28:05,267 --> 00:28:06,894 Keluar dari kereta, nak. 409 00:28:08,270 --> 00:28:09,521 Maaf. 410 00:28:52,898 --> 00:28:55,400 Saya nak tahu kenapa awak tak tekan butang panik. 411 00:28:56,777 --> 00:28:58,320 Saya ada misi yang perlu diselesaikan. 412 00:28:58,445 --> 00:28:59,863 Mungkin awak degil. 413 00:28:59,947 --> 00:29:02,908 Saya ada misi yang perlu diselesaikan. 414 00:29:05,911 --> 00:29:08,538 Latihan awak mesti dah buat awak rasa sangat sunyi 415 00:29:09,957 --> 00:29:13,293 sebab manusia perlu kerap bersosial. 416 00:29:13,418 --> 00:29:16,630 Pengasingan itu nampaknya bertentangan 417 00:29:16,713 --> 00:29:18,131 dengan pengaturcaraan awak. 418 00:29:19,383 --> 00:29:21,260 Manusia tak diprogramkan 419 00:29:21,593 --> 00:29:22,844 kami dibesarkan. 420 00:29:24,096 --> 00:29:25,931 Saya tak faham perbezaannya. 421 00:29:26,848 --> 00:29:28,183 Tapi 422 00:29:28,267 --> 00:29:29,643 memang ada perbezaannya. 423 00:29:39,695 --> 00:29:41,947 Awak nak ke mana? Saya nak... 424 00:29:42,864 --> 00:29:45,867 - Jangan buat begitu. Tunggu, tak... - Tak... 425 00:29:54,459 --> 00:29:55,627 John 426 00:29:58,755 --> 00:30:00,674 mak simpan makanan untuk kamu. 427 00:30:02,259 --> 00:30:04,219 Pinggan kamu ada dalam ketuhar gelombang mikro. 428 00:30:25,282 --> 00:30:26,867 Sekiranya kamu jadi Green Lantern 429 00:30:26,950 --> 00:30:29,494 kamu akan jadi lebih terasing daripada keluarga kamu. 430 00:30:30,662 --> 00:30:31,830 Tiada masalah. 431 00:30:32,372 --> 00:30:36,418 - Mereka takkan merindui kamu? - Tak. 432 00:30:37,252 --> 00:30:40,213 Awak takkan merindui mereka? 433 00:30:41,757 --> 00:30:44,801 Kami tinggal di rumah yang sama selama 18 tahun. 434 00:30:45,844 --> 00:30:47,346 Saya dah rindu mereka sejak kecil. 435 00:30:48,513 --> 00:30:49,765 Mak 436 00:30:50,515 --> 00:30:52,726 boleh saya keluar bersama Marcus dan Aaron? 437 00:30:52,934 --> 00:30:54,519 Saya dah siapkan kerja saya. 438 00:30:54,603 --> 00:30:56,897 - ...boleh tembak melebihi suku batu. - Mak? 439 00:30:57,022 --> 00:30:58,899 Tunjuk berani setiap hari. 440 00:30:59,274 --> 00:31:01,777 Awak dengar? Cakaplah sesuatu. 441 00:31:01,860 --> 00:31:03,362 Awak dah berjanji. 442 00:31:04,071 --> 00:31:05,405 Mak cakap dengan siapa? 443 00:31:07,532 --> 00:31:08,700 Dengan Guardians? 444 00:31:09,117 --> 00:31:10,827 Kenapa mereka tak jawab? 445 00:31:11,370 --> 00:31:14,790 Mungkin mereka tak cakap sebab tak nampak hasilnya. 446 00:31:15,332 --> 00:31:17,459 - Kamu masih takut. - Saya tak takut pada apa-apa. 447 00:31:17,626 --> 00:31:19,378 Burung-burung itu sepatutnya beritahu begitu. 448 00:31:19,836 --> 00:31:21,171 Nampaknya tidak. 449 00:31:21,296 --> 00:31:23,048 Kalau begitu, burung-burung itu penipu. 450 00:31:24,049 --> 00:31:25,550 Buktikan. 451 00:31:32,015 --> 00:31:33,308 Bagus, John. 452 00:31:33,725 --> 00:31:34,851 Sangat bagus. 453 00:31:35,811 --> 00:31:37,312 Mari pergi beli burger keju. 454 00:31:38,021 --> 00:31:40,232 - Dia belum selesai. - Apa? 455 00:31:40,315 --> 00:31:41,483 Biar John tembak. 456 00:31:44,069 --> 00:31:45,237 Tembak apa? 457 00:31:46,321 --> 00:31:47,864 Epal atas kepala awak. 458 00:31:49,449 --> 00:31:50,742 Dia kata dia tak takut. 459 00:31:52,619 --> 00:31:53,662 Mari kita lihat. 460 00:31:57,332 --> 00:31:58,917 Boleh kamu buat, nak? 461 00:32:14,349 --> 00:32:16,101 Awak pasti kita dah sampai ke tahap ini? 462 00:32:16,184 --> 00:32:18,228 John boleh tembak seekor rama-rama di langit. 463 00:32:20,689 --> 00:32:21,898 Ya. 464 00:33:12,073 --> 00:33:14,493 Nampaknya burung-burung itu bukan penipu. 465 00:33:32,844 --> 00:33:34,513 Kamu tak perlu sembunyikan. 466 00:33:35,931 --> 00:33:36,932 Bagi mak tengok. 467 00:33:45,232 --> 00:33:47,150 Kamu berbakat, nak. 468 00:33:47,984 --> 00:33:51,154 Mak tahu kalau kamu boleh buat, pasti dah banyak yang kamu lukis. 469 00:33:51,238 --> 00:33:53,949 Saya perlu berlatih. Tiada masa untuk melukis. 470 00:33:54,115 --> 00:33:55,951 Tak bermakna kamu tak nak lukis. 471 00:33:58,328 --> 00:34:00,455 Sesetengah perkara berlaku secara semula jadi 472 00:34:01,998 --> 00:34:03,792 macam burung, melukis... 473 00:34:06,503 --> 00:34:07,837 menyayangi ayah kamu. 474 00:34:09,047 --> 00:34:10,882 Tak perlu malu pun. 475 00:34:11,216 --> 00:34:14,094 Kamu tahu betapa ramainya budak yang tiada ayah untuk disayangi? 476 00:34:17,179 --> 00:34:18,348 Saya takut. 477 00:34:22,726 --> 00:34:26,940 Biasalah kita tak nak cederakan orang yang kita sayang. 478 00:34:29,067 --> 00:34:32,027 Kasih sayanglah benda paling penting yang kita ada. 479 00:34:32,404 --> 00:34:35,031 Sebab itu kami gigih latih kamu. Kami nak tengok kamu berjaya 480 00:34:35,114 --> 00:34:37,409 - sebab kami sayang kamu. - Burung-burung itu betul. 481 00:34:38,326 --> 00:34:39,703 Saya tak cukup bagus. 482 00:34:43,956 --> 00:34:45,500 Mak tipu saja tentang burung itu. 483 00:34:46,167 --> 00:34:48,628 Kami desak kamu dengan semua ini... 484 00:34:51,089 --> 00:34:53,800 macam kamu mesti bersedia untuk terbang hari ini sebab 485 00:34:54,717 --> 00:34:56,719 kita tak tahu bila nama kamu akan dipanggil 486 00:34:56,803 --> 00:34:58,763 dan minta kamu jadi Lantern. 487 00:35:00,181 --> 00:35:01,975 Kita tak tahu sebab 488 00:35:03,268 --> 00:35:04,394 kamu betul 489 00:35:05,103 --> 00:35:07,147 Guardians tak jawab panggilan. 490 00:35:09,899 --> 00:35:11,109 Mak tipu? 491 00:35:11,693 --> 00:35:15,113 Walaupun mereka tak jawab, tak bermakna mereka tak dengar. 492 00:35:15,238 --> 00:35:17,407 Mereka mungkin tak kenal siapa saya. 493 00:35:17,490 --> 00:35:19,492 Mereka tahu siapa kamu sebenarnya. 494 00:35:22,037 --> 00:35:24,247 Mereka lebih kenal kamu berbanding kenal Hal Jordan 495 00:35:24,331 --> 00:35:25,707 dan tahu kamu lebih baik. 496 00:35:26,916 --> 00:35:28,752 Satu-satunya sebab dia dapat cincin itu 497 00:35:28,835 --> 00:35:31,546 sebab dia bernasib baik dalam hidup ini 498 00:35:31,630 --> 00:35:33,840 sampai dia tak perlu kenal erti ketakutan. 499 00:35:35,175 --> 00:35:37,636 Kami beri kamu anugerah yang sama. 500 00:35:39,012 --> 00:35:40,722 Mak boleh bayangkan untuk kamu. 501 00:35:42,807 --> 00:35:44,559 Mak boleh bayangkan kamu pakai baju seragam itu 502 00:35:44,643 --> 00:35:46,019 buat kami semua bangga. 503 00:35:48,104 --> 00:35:49,898 Tapi saya tak terpilih. 504 00:35:55,820 --> 00:35:57,322 Kadang-kadang 505 00:35:58,323 --> 00:36:01,076 orang kulit hitam perlu tawarkan diri sendiri. 506 00:36:02,994 --> 00:36:04,496 Tak bermakna kamu tak cukup bagus 507 00:36:04,579 --> 00:36:05,747 tak bermakna kamu tak hebat. 508 00:36:05,830 --> 00:36:07,957 Itu cuma bermakna mereka tak nampak kita. 509 00:36:09,334 --> 00:36:11,127 Jadi kita kena menonjolkan diri. 510 00:36:14,130 --> 00:36:16,049 Sekarang, kalau kamu nak berhenti mencuba 511 00:36:16,216 --> 00:36:18,051 sebab kami tipu kamu, mak faham. 512 00:36:20,011 --> 00:36:22,055 Tapi kamu tak boleh fikir tentang pemilihan itu. 513 00:36:27,268 --> 00:36:28,728 Pilih diri kamu sendiri. 514 00:36:34,859 --> 00:36:36,403 Saya dah bersedia untuk tembak sekarang. 515 00:36:38,780 --> 00:36:40,448 Mak akan kejutkan ayah kamu. 516 00:36:40,990 --> 00:36:42,117 Tak, bukan ayah. 517 00:36:42,492 --> 00:36:43,827 Mak. 518 00:37:15,442 --> 00:37:17,277 Mak tahu kamu boleh buat, nak. 519 00:37:19,571 --> 00:37:21,614 Jom pergi beli burger keju. 520 00:37:22,490 --> 00:37:23,908 Saya benci burger keju. 521 00:37:29,205 --> 00:37:31,249 Kalau begitu, jangan makan lagi. 522 00:37:38,965 --> 00:37:41,301 Saya kagum dengan kejujuran awak tentang keluarga awak. 523 00:37:41,634 --> 00:37:44,637 Kenapa saya rasa awak akan cakap "tapi"? 524 00:37:44,888 --> 00:37:47,932 Sebab masih ada perkara lain yang awak sembunyikan daripada saya. 525 00:37:48,183 --> 00:37:50,477 - Pemecatan saya daripada tentera? - Ya. 526 00:37:52,771 --> 00:37:54,814 Saya dah beritahu awak semuanya yang saya selesa kongsikan. 527 00:37:55,565 --> 00:37:57,400 Kalau awak mahukan kerja ini 528 00:37:58,568 --> 00:38:00,987 awak kena kongsi semua perkara yang awak tak selesa. 529 00:40:08,740 --> 00:40:09,741 Sembilan bulan. 530 00:40:10,408 --> 00:40:12,243 - Awak kata ia ambil masa. - Itu masa yang lama. 531 00:40:12,327 --> 00:40:14,162 - Memang selama itu pun. - Mereka sangka awak dah mati. 532 00:40:14,913 --> 00:40:16,331 Pihak atasan sangat panik. 533 00:40:16,456 --> 00:40:17,999 Awak boleh hantar pesawat peninjau. 534 00:40:18,958 --> 00:40:20,335 Awak tak perlu hantar Jordan. 535 00:40:20,460 --> 00:40:23,630 Sebenarnya, kami tak hantar pun. 536 00:40:29,677 --> 00:40:32,597 Timbalan setiausaha pertahanan ada di sebuah kelab tarian 537 00:40:32,764 --> 00:40:35,850 dan siapa lagi yang jadi tumpuan di bar kalau bukan Hal Jordan? 538 00:40:36,100 --> 00:40:37,310 Mereka mula minum. 539 00:40:37,769 --> 00:40:39,395 Timbalan itu terlepas cakap yang kita ada maklumat risikan 540 00:40:39,479 --> 00:40:41,272 yang Gray Wolf sedang menuju ke tempat persembunyiannya. 541 00:40:43,024 --> 00:40:45,735 Jordan terus menuju ke Kamchatka dengan dia. 542 00:40:45,818 --> 00:40:47,695 Letupkan kawasan itu, tangkap Gray Wolf 543 00:40:47,779 --> 00:40:49,405 dan hantar dia ke Guantanamo. 544 00:40:52,367 --> 00:40:54,243 Jadi sekarang kita ada seorang pengganas yang dikehendaki 545 00:40:54,452 --> 00:40:56,037 tak mati, tapi dalam tahanan 546 00:40:57,288 --> 00:40:58,957 dan ramai orang Rusia yang berang 547 00:40:59,040 --> 00:41:01,459 tanya siapa yang bakar 300 ekar tanah berdaulat mereka. 548 00:41:01,793 --> 00:41:04,045 Mujurlah, tentera AS boleh bertanggungjawab 549 00:41:04,128 --> 00:41:05,505 atas kekacauan ini 550 00:41:06,172 --> 00:41:07,715 dengan satu pengecualian kecil. 551 00:41:08,549 --> 00:41:09,842 Kita tak sepatutnya ada di sana. 552 00:41:09,926 --> 00:41:13,346 Betul, Jordan pun sama. 553 00:41:15,348 --> 00:41:16,933 Seseorang perlu dipersalahkan 554 00:41:17,016 --> 00:41:18,685 melainkan berita tersebar yang dasar luar negeri kita 555 00:41:18,768 --> 00:41:20,186 adalah dapatkan bantuan 556 00:41:20,269 --> 00:41:23,398 daripada adiwira mabuk di kelab tarian. 557 00:41:25,775 --> 00:41:26,901 Terima kasih. 558 00:41:31,531 --> 00:41:32,740 Ya. Okey. 559 00:41:33,241 --> 00:41:35,284 Awak tahu apa yang awak persetujui tadi, nak? 560 00:41:35,576 --> 00:41:37,203 Awak ke sana atas kehendak awak sendiri. 561 00:41:38,538 --> 00:41:40,540 Pemecatan itu mestilah secara tak terhormat 562 00:41:40,873 --> 00:41:42,458 tapi semua orang atasan tahu 563 00:41:42,542 --> 00:41:44,460 jasa yang awak berikan untuk negara awak. 564 00:41:50,466 --> 00:41:52,176 Ya, saya faham. 565 00:41:52,802 --> 00:41:54,012 Semoga Tuhan memberkati awak, mejar. 566 00:42:07,525 --> 00:42:09,527 Berapa lama lagi kamu nak bermuram di rumah mak? 567 00:42:09,986 --> 00:42:11,404 Selama yang mak benarkan. 568 00:42:16,367 --> 00:42:17,744 Tak guna punya Hal Jordan. 569 00:42:19,495 --> 00:42:20,955 Tak guna punya Hal Jordan. 570 00:42:21,039 --> 00:42:22,790 Semua yang saya usahakan dah musnah. 571 00:42:24,333 --> 00:42:26,127 Semua yang hilang boleh diperoleh kembali. 572 00:42:26,252 --> 00:42:28,087 Itu usaha saya selama bertahun-tahun, mak. 573 00:42:28,421 --> 00:42:32,175 Sembilan bulan saya bersendirian, hanya makan serangga dan buah beri. 574 00:42:32,258 --> 00:42:34,218 Awak memang tak makan daging. 575 00:42:37,722 --> 00:42:39,599 Buka saja. Mak dah buka pun. 576 00:42:40,099 --> 00:42:41,434 Apa ini? 577 00:42:53,362 --> 00:42:54,906 Saya tak mohon ke sekolah seni. 578 00:42:54,989 --> 00:42:57,075 Mak yang mohon. Kamu nak pergi, bukan? 579 00:42:57,158 --> 00:42:58,326 Kenapa mak buat begitu? 580 00:42:58,451 --> 00:43:00,119 Sebab dah tiba masanya untuk kamu bangkit semula 581 00:43:00,244 --> 00:43:02,538 dan berhenti guna elektrik mak. 582 00:43:02,872 --> 00:43:06,584 Baiklah, macam mana pula dengan takdir saya? 583 00:43:08,836 --> 00:43:10,379 Laluan itu tak berubah. 584 00:43:10,838 --> 00:43:12,507 Ini cuma satu lencongan. 585 00:43:13,341 --> 00:43:14,801 Dengar sini, kalau kamu nak duduk dalam bilik ini 586 00:43:14,884 --> 00:43:15,927 dan takut semuanya dah berakhir 587 00:43:16,010 --> 00:43:17,345 maknanya kamu memang takut. 588 00:43:18,137 --> 00:43:20,348 - Kalau kamu takut... - Maknanya ia dah berakhir. 589 00:43:20,431 --> 00:43:21,599 Betul. 590 00:43:22,266 --> 00:43:24,769 Keberanian datang daripada ketakutan yang memohon kekuatan, nak. 591 00:43:26,187 --> 00:43:27,522 Kamu boleh rasa risau 592 00:43:27,897 --> 00:43:30,399 tapi kamu mesti cukup berani untuk terus mencuba. 593 00:43:31,818 --> 00:43:33,319 Sebab suatu hari nanti, setiap budak lelaki 594 00:43:33,402 --> 00:43:34,904 nak jadi macam kamu. 595 00:43:36,322 --> 00:43:37,615 Tapi sebelum itu 596 00:43:38,533 --> 00:43:40,910 kamu mesti membahagiakan diri kamu sendiri. 597 00:43:42,995 --> 00:43:45,081 Sejak bila mak peduli tentang kebahagiaan saya? 598 00:43:45,623 --> 00:43:47,500 Kamu masih marah tentang krayon itu? 599 00:44:06,978 --> 00:44:09,272 Terima kasih sebab bersetuju untuk berjumpa, En. Stewart. 600 00:44:09,355 --> 00:44:10,940 Terima kasih. Sudah tentu. 601 00:44:11,023 --> 00:44:12,650 Saya pasti awak dah dengar 602 00:44:12,733 --> 00:44:14,443 kami sedang cari pelajar yang terlatih 603 00:44:14,527 --> 00:44:15,903 untuk satu projek yang sangat istimewa. 604 00:44:16,070 --> 00:44:18,239 Ramai cadangkan nama awak. 605 00:44:18,656 --> 00:44:20,408 Penilaiannya agak mudah. 606 00:44:20,867 --> 00:44:23,995 Saya akan minta awak melakar objek daripada ingatan. 607 00:44:24,412 --> 00:44:26,706 Lebih terperinci, lebih baik. 608 00:44:27,123 --> 00:44:28,875 - Boleh kita mula? - Ya. 609 00:44:36,174 --> 00:44:37,258 Sila 610 00:44:37,884 --> 00:44:39,385 lakar bangunan tempat kita berada sekarang. 611 00:45:04,493 --> 00:45:05,953 Boleh awak bayangkan sebuah jam tangan 612 00:45:06,078 --> 00:45:08,539 sebaiknya jam tangan mak atau ayah awak? 613 00:45:08,706 --> 00:45:11,292 - Ya, jam ayah saya. - Bagus. 614 00:45:12,460 --> 00:45:14,378 Baiklah, En. Stewart 615 00:45:15,087 --> 00:45:16,380 sila... 616 00:45:19,342 --> 00:45:21,010 Sarungkan cincin itu di jari awak 617 00:45:21,677 --> 00:45:23,471 dan jelmakan jam tangan ayah awak. 618 00:45:39,570 --> 00:45:41,239 Awak mesti pertimbangkan semua kejuruteraan dalamannya 619 00:45:41,322 --> 00:45:42,698 supaya ia berfungsi. 620 00:45:45,993 --> 00:45:48,162 Fikirkan saja. Ia akan jelmakan. 621 00:46:21,862 --> 00:46:22,947 Syabas. 622 00:46:39,880 --> 00:46:42,008 Kami dah perhatikan kemajuan awak. 623 00:46:43,968 --> 00:46:45,761 Sekarang pergilah 624 00:46:46,095 --> 00:46:47,763 nanti awak terlepas temu duga awak. 625 00:46:51,309 --> 00:46:52,518 Temu duga apa? 626 00:46:53,853 --> 00:46:55,730 Temu duga yang awak nanti-nantikan. 627 00:47:05,990 --> 00:47:07,158 Lompat. 628 00:47:29,472 --> 00:47:32,266 Boleh awak sahkan Hal Jordan 629 00:47:32,433 --> 00:47:34,894 yang menyebabkan awak dipecat daripada tentera? 630 00:47:34,977 --> 00:47:36,228 Ya. 631 00:47:37,646 --> 00:47:39,774 Adakah awak setuju 632 00:47:39,857 --> 00:47:42,610 disebabkan Hal Jordan dipilih berbanding ayah awak 633 00:47:42,735 --> 00:47:44,820 kehidupan keluarga awak jadi... 634 00:47:47,782 --> 00:47:49,033 rumit? 635 00:47:49,575 --> 00:47:50,868 Ya. 636 00:47:50,951 --> 00:47:52,661 Awak akan jadi lebih rapat dengan abang-abang awak? 637 00:47:56,665 --> 00:47:57,833 Ya. 638 00:47:57,958 --> 00:48:00,044 Adakah semua ini menyebabkan awak simpan 639 00:48:01,754 --> 00:48:04,382 dendam terhadap Hal Jordan? 640 00:48:06,258 --> 00:48:07,301 Tak. 641 00:48:07,468 --> 00:48:09,095 Awak baru saja beritahu saya dia punca 642 00:48:09,178 --> 00:48:10,596 awak diberhentikan daripada tentera. 643 00:48:10,679 --> 00:48:12,431 Itu bukan salahnya. Dia hanya menurut perintah. 644 00:48:12,515 --> 00:48:13,599 Sebenarnya, tak pun. 645 00:48:13,724 --> 00:48:17,228 Malah, kami dah banyak menasihatinya 646 00:48:17,311 --> 00:48:18,354 jangan guna kuasanya 647 00:48:18,437 --> 00:48:20,398 untuk masuk campur pertikaian Bumi. 648 00:48:31,409 --> 00:48:33,786 Adakah awak selesa menggantikan Hal Jordan 649 00:48:35,621 --> 00:48:38,416 dengan pemahaman yang dia beranggapan 650 00:48:38,499 --> 00:48:40,584 awak cuma sandarannya? 651 00:48:44,213 --> 00:48:45,548 Adakah itu arahan saya? 652 00:48:45,756 --> 00:48:47,425 Kalau awak dapat tugas ini, ya. 653 00:48:47,883 --> 00:48:49,427 Itu akan jadi arahan awak. 654 00:48:50,636 --> 00:48:53,013 Kalau begitu, tak penting sama ada saya selesa atau tak. 655 00:49:08,821 --> 00:49:09,947 Tahniah. 656 00:49:13,242 --> 00:49:14,410 John Stewart. 657 00:49:17,246 --> 00:49:18,998 Mak, ayah. 658 00:49:19,999 --> 00:49:21,667 Mak dan ayah pasti takkan percaya. 659 00:49:22,293 --> 00:49:24,378 Itu pun dia, satu-satunya John Stewart. 660 00:49:24,462 --> 00:49:26,505 Dia Junior, bukan? Begitukah panggilan dia? 661 00:49:26,755 --> 00:49:28,257 Kami panggil dia John. 662 00:49:28,382 --> 00:49:30,301 Junior, saya Hal Jordan. Gembira dapat jumpa. 663 00:49:30,426 --> 00:49:32,761 - Ya, samalah. - Gembira, bukan? 664 00:49:32,845 --> 00:49:33,971 Tadi saya baru saja beritahu ibu bapa awak 665 00:49:34,054 --> 00:49:36,098 yang saya mesti jumpa anak didik baru saya. 666 00:49:36,390 --> 00:49:38,100 Saya tak faham langsung macam mana 667 00:49:38,184 --> 00:49:39,518 bos biru besar itu pilih dia 668 00:49:39,602 --> 00:49:42,146 tapi saya tahu, kalau awak berdua yang membesarkannya 669 00:49:42,354 --> 00:49:43,939 dia pasti akan jadi yang terbaik. 670 00:49:45,941 --> 00:49:47,526 Kamu berdua memang orang yang baik 671 00:49:48,152 --> 00:49:49,778 macam keluarga bahagia dari Midwest. 672 00:49:51,071 --> 00:49:53,449 Junior, apa kata kita keluar sebentar 673 00:49:53,532 --> 00:49:55,075 dan bincangkan jadual dan sebagainya? 674 00:49:55,326 --> 00:49:58,746 Saya sangat hargai layanan baik ini. 675 00:50:05,336 --> 00:50:06,837 Tak nak ikut, Junior? 676 00:50:11,800 --> 00:50:13,093 Terpegun atau segan? 677 00:50:13,636 --> 00:50:15,346 Bukan kedua-duanya, tuan. 678 00:50:17,223 --> 00:50:20,935 Saya rasa ada ketegangan sikit. 679 00:50:21,602 --> 00:50:23,437 Tak, cuma... 680 00:50:24,688 --> 00:50:27,983 Saat ini amat bermakna bagi saya. Saya nak beritahu ayah saya sendiri. 681 00:50:31,487 --> 00:50:32,613 Alamak. 682 00:50:33,155 --> 00:50:34,198 Saya dah rosakkan? 683 00:50:35,324 --> 00:50:38,494 - Tak apa, tuan. - Yakah? 684 00:50:38,661 --> 00:50:39,828 - Ya. - Tak apa? 685 00:50:39,954 --> 00:50:41,413 - Ya. - Betul? 686 00:50:42,831 --> 00:50:44,542 Baiklah. Bagus. 687 00:50:45,125 --> 00:50:47,086 Sejujurnya 688 00:50:48,504 --> 00:50:50,756 saya tak peduli pun apa yang awak harapkan 689 00:50:50,839 --> 00:50:52,550 tapi saya rasa awak nak cincin ini 690 00:50:52,841 --> 00:50:54,301 saya tak perlukan pembantu 691 00:50:54,385 --> 00:50:55,761 saya langsung tak nak sandaran 692 00:50:55,844 --> 00:50:57,346 dan satu-satunya cara untuk awak dapatkan cincin ini 693 00:50:57,429 --> 00:50:58,722 adalah dengan melangkah mayat saya dulu. 694 00:51:01,559 --> 00:51:02,810 Kita akan mula berlatih pada pagi Isnin. 695 00:51:02,893 --> 00:51:04,103 Saya tak sabar menantikannya, Junior. 696 00:51:21,453 --> 00:51:22,705 Saya rasa dia sukakan saya. 697 00:51:43,809 --> 00:51:45,769 BERDASARKAN WATAK-WATAK YANG DICIPTA UNTUK DC