1 00:00:14,368 --> 00:00:16,828 {\an8}HARI KETIGA 2 00:00:16,829 --> 00:00:18,039 PRESIDEN 3 00:00:19,290 --> 00:00:23,084 Mesyuarat Majlis Residen kini bermula. 4 00:00:23,085 --> 00:00:26,254 {\an8}Puan Presiden, Susan Yang, akan mempengerusikannya. 5 00:00:26,255 --> 00:00:30,551 Seperti biasa, tolong buka jujub dan gula-gula sebelum kita bermula. 6 00:00:35,389 --> 00:00:39,143 Usul pertama, komen dan aduan. 7 00:00:39,727 --> 00:00:42,937 Seluruh tingkat satu terlalu sejuk. 8 00:00:42,938 --> 00:00:46,067 Siapa yang uruskan termometer, penguin? 9 00:00:47,985 --> 00:00:49,737 Semua makanan terlalu masin. 10 00:00:50,905 --> 00:00:53,574 Semua makanan tak cukup masin! 11 00:00:54,825 --> 00:00:58,536 National Treasure Two belum dikembalikan ke perpustakaan. 12 00:00:58,537 --> 00:01:00,830 Filem Helen Mirren. Terlalu picisan. 13 00:01:00,831 --> 00:01:02,874 Dia seniwati ulung. 14 00:01:02,875 --> 00:01:04,959 Belum giliran awak, Grant. 15 00:01:04,960 --> 00:01:07,545 Usul yang penting, Susan. 16 00:01:07,546 --> 00:01:10,800 - Pukulan awak bingit. - Belum giliran awak juga. 17 00:01:11,759 --> 00:01:16,472 Semua benda terasa seperti murah, dan tangan kami rasa kebas. 18 00:01:20,351 --> 00:01:22,894 Dia tiada masalah. Siapa seterusnya? 19 00:01:22,895 --> 00:01:25,898 Mana si angkuh itu? 20 00:01:27,149 --> 00:01:28,316 Awak! 21 00:01:28,317 --> 00:01:29,944 Awak curi jam saya. 22 00:01:31,654 --> 00:01:34,490 - Saya? - Awak di bilik saya malam tadi. 23 00:01:35,157 --> 00:01:36,741 Saya keluar untuk merokok, 24 00:01:36,742 --> 00:01:38,201 dan ketika saya tiada, 25 00:01:38,202 --> 00:01:43,916 ada orang masuk dan curi jam Cartier 1979 saya. 26 00:01:45,501 --> 00:01:50,296 Awak gagal rampas kekasih saya, maka awak curi jam saya. 27 00:01:50,297 --> 00:01:52,215 Saya bukan milik awak! 28 00:01:52,216 --> 00:01:53,716 Tiada apa yang berlaku. 29 00:01:53,717 --> 00:01:55,760 Ada sesuatu berlaku. 30 00:01:55,761 --> 00:01:57,179 Jam saya dicuri! 31 00:01:58,597 --> 00:02:00,558 Oleh pesaing seksual saya. 32 00:02:03,394 --> 00:02:05,728 Berita penting. Ada satu lagi kecurian. 33 00:02:05,729 --> 00:02:08,190 Jam tangan Elliott dicuri. 34 00:02:08,691 --> 00:02:10,441 Okey. Ada suspek? 35 00:02:10,442 --> 00:02:12,444 Ya. Saya. 36 00:02:13,154 --> 00:02:16,656 Elliott tuduh saya mencurinya secara terbuka pagi ini. 37 00:02:16,657 --> 00:02:21,077 Tiada siapa percayakan dia. Dia yang tinggalkan nota di pintu saya. 38 00:02:21,078 --> 00:02:24,664 Dia anggap saya macam... "pesaing seksual" dia. 39 00:02:24,665 --> 00:02:25,915 Tak apalah. 40 00:02:25,916 --> 00:02:27,585 Ada suspek sebenar? 41 00:02:29,545 --> 00:02:32,464 Siapa itu? Menarik. 42 00:02:41,557 --> 00:02:42,683 Ayah? 43 00:02:43,893 --> 00:02:45,477 Saya nampak ayah. 44 00:02:45,978 --> 00:02:47,771 Ada nama ayah di pintu ini. 45 00:02:48,272 --> 00:02:50,566 Maaf. Pintu ini susah nak dibuka. 46 00:02:51,525 --> 00:02:52,693 Kenapa kamu datang? 47 00:02:53,444 --> 00:02:57,488 Semalam ayah beritahu alat berkebun ayah dah berkarat, 48 00:02:57,489 --> 00:02:59,908 jadi ini kejutan alatan baru dari saya. 49 00:02:59,909 --> 00:03:02,368 Aplikasi tunjukkan ayah berada di sini. 50 00:03:02,369 --> 00:03:05,246 Mereka kata ayah di bilik 322. 51 00:03:05,247 --> 00:03:09,001 Ini nampaknya macam apartment ayah. 52 00:03:09,793 --> 00:03:10,919 Okey. 53 00:03:10,920 --> 00:03:14,757 Ayah boleh jelaskan. 54 00:03:15,674 --> 00:03:19,094 Hai. Saya Emily Nieuwendyk, anak Charles. 55 00:03:23,432 --> 00:03:27,269 Ayah boleh jelaskan situasi yang mengelirukan ini. 56 00:03:37,404 --> 00:03:39,030 PENGARAH EKSEKUTIF 57 00:03:39,031 --> 00:03:42,742 Ayuh mulakan hari kita. Berita dari mesyuarat majlis penghuni? 58 00:03:42,743 --> 00:03:45,828 Aduan biasa, dengan satu pengecualian. 59 00:03:45,829 --> 00:03:48,539 Elliott kata Charles curi jam tangannya. 60 00:03:48,540 --> 00:03:49,707 Apa? Kenapa? 61 00:03:49,708 --> 00:03:52,920 Dia marah sebab Virginia goda Charles pada waktu ria. 62 00:03:53,420 --> 00:03:57,507 Ya. Virginia dan Elliott. Teman tapi mesra komuniti geriatrik kita. 63 00:03:57,508 --> 00:04:01,594 Tuduhan Elliott tak berasas, tapi kita masih perlu buat kerja kita. 64 00:04:01,595 --> 00:04:04,639 Cari jam itu di sini dan tanpa mengganggu penghuni. 65 00:04:04,640 --> 00:04:05,848 Charles di mana? 66 00:04:05,849 --> 00:04:07,267 Ada di biliknya. 67 00:04:07,268 --> 00:04:09,143 Dia ada pelawat baru hari ini. 68 00:04:09,144 --> 00:04:13,023 - Mungkin anak perempuan lain. - Ingatkan seorang saja. 69 00:04:14,149 --> 00:04:16,235 Jadi... itulah kisahnya. 70 00:04:17,236 --> 00:04:22,782 Kerja ayah ini seperti kelas berkebun-fotografi-melukis. 71 00:04:22,783 --> 00:04:28,746 Ayah banteras orang jahat, mencipta teori jenayah, 72 00:04:28,747 --> 00:04:31,791 dan berharap tiada siapa diperangkap. 73 00:04:31,792 --> 00:04:37,547 Wah. Saya baru sedar betapa peliknya kelas berkebun-fotografi-melukis 74 00:04:37,548 --> 00:04:39,007 jika difikirkan semula. 75 00:04:39,008 --> 00:04:40,633 Kamu suruh ayah cari hobi. 76 00:04:40,634 --> 00:04:43,469 Maksud saya yoga, bukan kerja perisikan. 77 00:04:43,470 --> 00:04:45,430 Awak membahayakan dia. 78 00:04:45,431 --> 00:04:48,975 Dia jawab iklan saya. Saya tawarkan kerja dan dia terima. 79 00:04:48,976 --> 00:04:50,560 Dia bukan dalam bahaya. 80 00:04:50,561 --> 00:04:51,853 Ada juga bahayanya. 81 00:04:51,854 --> 00:04:54,897 Tiada bahaya. Tiada apa-apa yang membahayakannya. 82 00:04:54,898 --> 00:04:57,442 - Terjatuh. - Boleh berlaku di mana-mana. 83 00:04:57,443 --> 00:05:02,238 Tempat ini lebih selamat berbanding rumah. Ada penggera di tandas jika jatuh. 84 00:05:02,239 --> 00:05:04,867 Ada kerusi di bilik mandi. 85 00:05:05,367 --> 00:05:07,410 Ayah awak selamat. 86 00:05:07,411 --> 00:05:08,911 Ayah dalam bahaya emosi. 87 00:05:08,912 --> 00:05:11,790 - Awak di pihak siapa? - Maksud saya... 88 00:05:15,002 --> 00:05:17,338 Bukalah. Mungkin anak perempuan lain. 89 00:05:18,464 --> 00:05:19,381 Masuklah. 90 00:05:21,884 --> 00:05:24,093 Hai. Saya dengar awak ada pelawat. 91 00:05:24,094 --> 00:05:25,970 Saya cuma mahu kenalkan diri. 92 00:05:25,971 --> 00:05:27,221 Tepat pada masanya. 93 00:05:27,222 --> 00:05:29,641 Ini Didi. Dia uruskan tempat ini. 94 00:05:30,142 --> 00:05:32,143 Awak ingat anak saya, Emily? 95 00:05:32,144 --> 00:05:33,102 Hai, Froggy. 96 00:05:33,103 --> 00:05:34,187 Hai. 97 00:05:34,188 --> 00:05:37,149 Ini anak buah saya, Julie. 98 00:05:40,235 --> 00:05:43,530 Hai, Didi. Pak cik saya banyak bercerita tentang awak. 99 00:05:44,531 --> 00:05:48,451 Seronok apabila ada ramai ahli keluarga datang melawat penghuni. 100 00:05:48,452 --> 00:05:50,161 Ia membawa perubahan besar. 101 00:05:50,162 --> 00:05:52,163 Ya, keluarga kami memang besar. 102 00:05:52,164 --> 00:05:54,332 Ramai sepupu yang jarang berjumpa. 103 00:05:54,333 --> 00:05:58,127 Jadi, apa yang kami boleh tunjukkan kamu? 104 00:05:58,128 --> 00:06:00,046 Kamu nak tengok perpustakaan? 105 00:06:00,047 --> 00:06:02,006 Nak makan croissant? 106 00:06:02,007 --> 00:06:03,925 Croissantnya sedap. 107 00:06:03,926 --> 00:06:05,260 Saya tak lapar. 108 00:06:06,678 --> 00:06:09,389 Hei, Charles. Apa kata awak teman Emily keluar? 109 00:06:09,390 --> 00:06:12,058 Saya akan bawa Julie melawat. Saya akan bawa dia ke bilik awak. 110 00:06:12,059 --> 00:06:13,394 Baiklah. 111 00:06:14,853 --> 00:06:16,646 Dia akan kantoikan kitakah? 112 00:06:16,647 --> 00:06:19,982 Saya tak faham maksud awak, tapi saya tak rasa begitu. 113 00:06:19,983 --> 00:06:21,859 Suruh dia balik lekas. 114 00:06:21,860 --> 00:06:24,529 Bagi kes ini, cari maklumat tentang Jaylen. 115 00:06:24,530 --> 00:06:26,322 Dia suspek terbaik kita. Telefon saya. 116 00:06:26,323 --> 00:06:30,451 Melainkan Emily beritahu Didi hal sebenar, maka awak kena... lari. 117 00:06:30,452 --> 00:06:31,370 Faham. 118 00:06:32,788 --> 00:06:34,163 Sekejap. Betulkah? 119 00:06:34,164 --> 00:06:35,332 Ya. 120 00:06:37,626 --> 00:06:41,380 Nampaknya perpindahan ini agak mengejutkan awak? 121 00:06:41,880 --> 00:06:42,755 Ya. 122 00:06:42,756 --> 00:06:47,135 Ya, pak cik saya tak beritahu saya apa-apa tentang awak atau tempat ini. 123 00:06:47,136 --> 00:06:50,721 Peralihan begini rumit. Setiap keluarga ada cara tersendiri. 124 00:06:50,722 --> 00:06:54,017 Namun Charles telah sertai komuniti yang bersemangat. 125 00:06:54,518 --> 00:06:58,981 Orang tua kurang interaksi insaniah, jadi tempat begini sesuai buat mereka. 126 00:07:00,691 --> 00:07:02,693 Ada apa di dalam? Kod nuklear? 127 00:07:03,402 --> 00:07:04,986 Ini pusat penjagaan memori kami. 128 00:07:04,987 --> 00:07:06,612 Kami memanggilnya Kejiranan, 129 00:07:06,613 --> 00:07:09,699 sebab istilah "penjagaan memori" menyebabkan sesetengah orang 130 00:07:09,700 --> 00:07:12,995 buat muka yang awak buat sekarang. 131 00:07:13,871 --> 00:07:15,789 Mak cik saya menghidap demensia. 132 00:07:17,416 --> 00:07:19,333 Pak cik saya amat terkesan. 133 00:07:19,334 --> 00:07:22,879 Demensia sukar bagi semua orang. Saya bersimpati. 134 00:07:22,880 --> 00:07:24,297 Hei, Didi. 135 00:07:24,298 --> 00:07:27,216 - Jadual baru untuk awak. - Terima kasih. 136 00:07:27,217 --> 00:07:30,803 - Penny, ini anak buah Charles, Julie. - Hai. 137 00:07:30,804 --> 00:07:32,847 Selamat berkenalan. Pak cik awak hebat. 138 00:07:32,848 --> 00:07:36,100 Dia berceramah tentang seni bina di ruang makan. 139 00:07:36,101 --> 00:07:39,520 Ya. Begitulah dia orangnya. Maaf, ya. 140 00:07:39,521 --> 00:07:40,980 Tak, saya suka. 141 00:07:40,981 --> 00:07:43,859 Dia macam audio siar yang memakai sut. 142 00:07:45,152 --> 00:07:47,654 Memang ngam cara awak gambarkannya. 143 00:07:48,238 --> 00:07:49,655 - Hei. - Hai. 144 00:07:49,656 --> 00:07:54,619 Jadi, ayah andaikan yang semuanya baik-baik saja? 145 00:07:54,620 --> 00:07:58,664 Tempat ini menarik, Didi pun bagus orangnya. 146 00:07:58,665 --> 00:08:00,791 Tapi ayah, ini kerja gila. 147 00:08:00,792 --> 00:08:03,586 Ayah jadi perisik barang curi? 148 00:08:03,587 --> 00:08:07,924 Ayah cuma rasa ayah boleh menabur bakti untuk mereka. 149 00:08:07,925 --> 00:08:09,635 Ia bagus untuk ayah. 150 00:08:10,135 --> 00:08:11,512 Ayah rasa berguna. 151 00:08:12,471 --> 00:08:13,305 Okey. 152 00:08:14,181 --> 00:08:17,725 Tapi ayah tahu buku Sue Grafton tak menjadikan ayah detektif. 153 00:08:17,726 --> 00:08:20,645 Bagaimana ayah nak cari maklumat berkaitan? 154 00:08:20,646 --> 00:08:23,023 Ia sama seperti teka-teki lain. 155 00:08:23,941 --> 00:08:25,983 Ada dua jenayah berbeza. 156 00:08:25,984 --> 00:08:27,318 Ayah cuma perlu tahu 157 00:08:27,319 --> 00:08:31,072 jika ada staf yang mempunyai akses ke kedua-dua bilik 158 00:08:31,073 --> 00:08:34,116 pada dua malam semasa jenayah itu dilakukan. 159 00:08:34,117 --> 00:08:35,369 Oh Tuhan. 160 00:08:36,328 --> 00:08:38,539 Saya mungkin tahu bagaimana caranya. 161 00:08:40,958 --> 00:08:43,000 Dia kata ia jadual utama, 162 00:08:43,001 --> 00:08:45,753 jadi mungkin ada maklumat semua pekerja syif dan tugas mereka. 163 00:08:45,754 --> 00:08:47,673 Ia di pejabat di sebelah kiri. 164 00:08:49,299 --> 00:08:51,552 Syabas, detektif. 165 00:08:53,762 --> 00:08:54,972 Okey. Baiklah. 166 00:08:55,472 --> 00:08:56,473 Ini rancangannya. 167 00:08:58,559 --> 00:08:59,434 Ambilkannya. 168 00:09:01,061 --> 00:09:02,478 - Saya ambil? - Ya. 169 00:09:02,479 --> 00:09:03,813 Ayahlah ambil. 170 00:09:03,814 --> 00:09:05,898 Jika ayah tertangkap, habislah. 171 00:09:05,899 --> 00:09:09,235 - Kalau saya tertangkap, habislah saya. - Tiada masalah. 172 00:09:09,236 --> 00:09:10,696 Julie akan ada masalah. 173 00:09:11,738 --> 00:09:13,782 Ya. Tapi mereka fikir saya... 174 00:09:15,409 --> 00:09:18,286 Saya boleh ambil, tapi ayah kena berjaga-jaga. 175 00:09:18,287 --> 00:09:20,371 Jika orang datang, beritahu saya. 176 00:09:20,372 --> 00:09:22,541 Ya. Ayah akan beri isyarat. 177 00:09:23,208 --> 00:09:26,044 Ayah akan kata, "Quetzalcoatlus." 178 00:09:27,004 --> 00:09:28,170 Apa itu? 179 00:09:28,171 --> 00:09:32,634 Ia burung terbang gergasi prasejarah, sebesar zirafah. 180 00:09:33,969 --> 00:09:35,429 - Zirafah. Okey. - Bagus. 181 00:09:45,606 --> 00:09:46,565 Hei. 182 00:09:51,153 --> 00:09:52,236 Quetzal... 183 00:09:52,237 --> 00:09:54,947 Burung besar. Terbang... Besar. Haiwan terbang. 184 00:09:54,948 --> 00:09:56,407 Hei. Beginilah. 185 00:09:56,408 --> 00:09:58,701 Saya tak rasa kita saling mengenali. 186 00:09:58,702 --> 00:09:59,869 Saya Charles. 187 00:09:59,870 --> 00:10:02,413 Hai, Charles. Saya Pilar, jururawat. 188 00:10:02,414 --> 00:10:06,293 Baiknya awak, Pilar. 189 00:10:07,377 --> 00:10:09,545 Awak okey? Awak perlukan sesuatu? 190 00:10:09,546 --> 00:10:11,547 Saya okey. Terima kasih. 191 00:10:11,548 --> 00:10:15,093 Sebenarnya, sesuatu yang hebat sedang berlaku di sini. 192 00:10:16,219 --> 00:10:18,555 Awak akan kagum mendengarnya. 193 00:10:19,139 --> 00:10:20,973 Anak buah saya datang. Itu dia. 194 00:10:20,974 --> 00:10:22,683 Hei, Julie. Mari sini. 195 00:10:22,684 --> 00:10:25,394 - Ini Pilar. - Hai. 196 00:10:25,395 --> 00:10:27,897 Baju panas dia cantik, bukan? 197 00:10:27,898 --> 00:10:29,107 Ya. Cantik. 198 00:10:29,941 --> 00:10:31,150 Terima kasih. 199 00:10:31,151 --> 00:10:33,779 Ia dari kelab baju panas saya. 200 00:10:34,863 --> 00:10:37,239 - Okey. - Kami perlu minta diri. 201 00:10:37,240 --> 00:10:39,992 Saya bawa Julie jalan-jalan. Anak buah saya. 202 00:10:39,993 --> 00:10:42,995 Abang saya ada anak, 203 00:10:42,996 --> 00:10:44,997 dan ia membesar menjadi dia. 204 00:10:44,998 --> 00:10:48,377 Dia seorang profesional perubatan, jadi dia tahu. 205 00:10:49,586 --> 00:10:51,129 Okey. Jumpa nanti. 206 00:10:53,340 --> 00:10:55,592 - Hebatnya. - Hebatnya. 207 00:10:58,303 --> 00:10:59,888 {\an8}Mari kita lihat. 208 00:11:00,972 --> 00:11:02,932 {\an8}Ada pemandu bernama Jaylen. 209 00:11:02,933 --> 00:11:06,560 Saya nampak dia berjalan ke bilik Elliott malam itu. 210 00:11:06,561 --> 00:11:10,982 Menurutnya, dia bawa Helen jumpa doktor pada hari Khamis. 211 00:11:11,817 --> 00:11:15,111 Rantai dia dicuri pada hari Khamis. 212 00:11:15,112 --> 00:11:16,987 Dia ada cara dan peluangnya. 213 00:11:16,988 --> 00:11:18,699 Sekarang, kita cari motif. 214 00:11:20,158 --> 00:11:23,536 - Okey, Encik Detektif. Apa kita nak buat? - "Kita"? 215 00:11:23,537 --> 00:11:25,330 Saya dah seronok sekarang. 216 00:11:26,456 --> 00:11:29,292 Baguslah. Baiklah. Okey. Ini yang kita akan buat. 217 00:11:30,752 --> 00:11:35,257 Saya pernah nampak Jaylen main kad dengan penghuni bernama Calbert. 218 00:11:35,757 --> 00:11:36,966 Saya akan jumpa Calbert. 219 00:11:36,967 --> 00:11:41,054 Kamu jumpa Susan dan Florence. Cuba korek maklumat daripada mereka. 220 00:11:42,139 --> 00:11:43,931 Menurut catatan ayah, 221 00:11:43,932 --> 00:11:47,768 mereka sepatutnya berada di salun kecantikan sekarang. 222 00:11:47,769 --> 00:11:49,229 Ada salun kecantikan? 223 00:11:49,730 --> 00:11:52,357 Tempat risikan ayah ini hebat betul, ya. 224 00:11:52,941 --> 00:11:54,442 Jumpa dalam 30 minit. 225 00:11:54,443 --> 00:11:56,278 Sekejap. 226 00:11:57,279 --> 00:12:01,282 Kita patut ada kod perisik rahsia apabila kita lalu di koridor. 227 00:12:01,283 --> 00:12:02,617 Sesuatu seperti... 228 00:12:04,536 --> 00:12:06,078 Apa maksudnya? 229 00:12:06,079 --> 00:12:07,998 Kita berdua perisik. 230 00:12:08,832 --> 00:12:09,999 Ikut sajalah. 231 00:12:10,000 --> 00:12:12,043 Lakukannya. Ayuh. 232 00:12:12,586 --> 00:12:16,464 {\an8}Saya kata, "Saya tak peduli jika awak Gerald Ford." 233 00:12:16,465 --> 00:12:18,382 {\an8}"Saya tak nak buka baju dalam." 234 00:12:18,383 --> 00:12:20,050 Baguslah. 235 00:12:20,051 --> 00:12:22,386 - Hai. - Hai. Saya Julie. 236 00:12:22,387 --> 00:12:23,763 Anak buah Charles. 237 00:12:23,764 --> 00:12:27,266 Saya Florence, itu Susan, dan ini Tabitha. 238 00:12:27,267 --> 00:12:28,851 Dia ahli silap mata. 239 00:12:28,852 --> 00:12:32,980 Baiknya. Saya dah selesai dengan Florence, jika awak mahu rawatan. 240 00:12:32,981 --> 00:12:34,398 Tak apa. 241 00:12:34,399 --> 00:12:35,858 Awak pasti? 242 00:12:35,859 --> 00:12:38,487 Kulit awak nampak kering dan tak bermaya. 243 00:12:41,156 --> 00:12:44,074 Dah berkurun saya tak buat rawatan muka. 244 00:12:44,075 --> 00:12:45,951 Saya ada tiga anak lelaki. 245 00:12:45,952 --> 00:12:48,370 Mereka tiada sekarang. Duduklah. 246 00:12:48,371 --> 00:12:49,581 Okey. 247 00:12:51,291 --> 00:12:52,750 Saya suka pak cik awak. 248 00:12:52,751 --> 00:12:57,296 Bijak, rahang yang tajam terletak, berjalan tanpa bantuan. 249 00:12:57,297 --> 00:12:58,799 Serba sempurna. 250 00:12:59,299 --> 00:13:02,009 Saya seronok dapat bertemu kawan barunya. 251 00:13:02,010 --> 00:13:04,303 Saya baru jumpa pemandu itu. Siapa nama dia? 252 00:13:04,304 --> 00:13:06,889 Jaylen. Kami suka dia. 253 00:13:06,890 --> 00:13:08,516 Dia baik hati. 254 00:13:08,517 --> 00:13:10,726 Orangnya kacak. 255 00:13:10,727 --> 00:13:11,978 Betulkah? 256 00:13:14,898 --> 00:13:16,816 Presiden Susan memanggil Jaylen. 257 00:13:16,817 --> 00:13:18,819 Datang di salun. Dengan segera. 258 00:13:19,653 --> 00:13:21,279 Susan! 259 00:13:21,863 --> 00:13:23,781 Awak ada tiga minit, sayang. 260 00:13:23,782 --> 00:13:25,075 Pergi bersiap. 261 00:13:26,368 --> 00:13:30,496 - Hei, apa masalah awak dengan Charles? - Di mana nak mula, ya? 262 00:13:30,497 --> 00:13:31,872 Curi jam saya. 263 00:13:31,873 --> 00:13:33,416 Muka bodoh. 264 00:13:34,835 --> 00:13:35,793 Dua sebab utama. 265 00:13:35,794 --> 00:13:38,671 Adakah kerana saya dan dia makan malam semalam? 266 00:13:38,672 --> 00:13:39,713 Makan bersama? 267 00:13:39,714 --> 00:13:42,424 - Saya suruh dia berundur. - Aduhai, Elliott. 268 00:13:42,425 --> 00:13:44,051 Jangan menyibuk. 269 00:13:44,052 --> 00:13:46,512 Hal saya dan Charles bukan urusan awak. 270 00:13:46,513 --> 00:13:48,931 Itu urusan saya! Nak saya ingatkan awak... 271 00:13:48,932 --> 00:13:52,018 Jangan buat apa-apa. Jangan kacau saya. 272 00:13:54,062 --> 00:13:55,814 Apa... Jangan tinggalkan saya! 273 00:13:56,398 --> 00:13:58,483 Kembali ke sini dan jangan ganggu hidup saya! 274 00:13:59,192 --> 00:14:02,152 {\an8}PERPUSTAKAAN PACIFIC VIEW HARI KETIGA - 2.30 PETANG 275 00:14:02,153 --> 00:14:03,779 {\an8}Wah, langkah kanan. 276 00:14:03,780 --> 00:14:07,783 Boleh duduk dengan juara permainan kad. 277 00:14:07,784 --> 00:14:10,370 Selalunya Jaylen berkepit dengan awak. 278 00:14:10,954 --> 00:14:12,830 - Awak main tak? - Lama dulu. 279 00:14:12,831 --> 00:14:14,291 Dulu saya suka main. 280 00:14:19,212 --> 00:14:21,131 Siapa pelawat awak hari ini? 281 00:14:22,215 --> 00:14:24,926 Itu anak buah saya, Julie. 282 00:14:25,677 --> 00:14:27,386 Wanita yang hebat. 283 00:14:27,387 --> 00:14:29,889 Saya dah anggap dia macam anak sendiri. 284 00:14:29,890 --> 00:14:32,934 Mak dia ialah 285 00:14:33,435 --> 00:14:35,103 kakak ipar saya. 286 00:14:35,770 --> 00:14:36,979 Logiklah. 287 00:14:36,980 --> 00:14:40,692 Maaf. Entah apa saya mengarut. Cukuplah tentang saya. 288 00:14:41,735 --> 00:14:44,445 Berapa lama awak dan Jaylen bermain bersama? 289 00:14:44,446 --> 00:14:46,072 Dah lama. 290 00:14:46,573 --> 00:14:49,617 Saya suka bermain dengan dia sebab dia tak banyak bercakap. 291 00:14:49,618 --> 00:14:51,243 Ya, jenis yang kuat dan pendiam. 292 00:14:51,244 --> 00:14:54,080 Ya, saya pun begitu. Apa peraturannya? 293 00:14:55,707 --> 00:14:57,041 Jadi, kiraan akhir? 294 00:14:57,042 --> 00:14:59,377 Tiga anak, tiga-tiga patah tulang. 295 00:15:00,170 --> 00:15:03,464 - Awak perlu pindah ke sini bersama kami. - Setuju. 296 00:15:03,465 --> 00:15:05,382 Hai. Apa boleh saya bantu? 297 00:15:05,383 --> 00:15:07,718 Awak boleh ajak Tabitha keluar. 298 00:15:07,719 --> 00:15:09,511 Dia fikir awak kacak. 299 00:15:09,512 --> 00:15:10,679 Susan. 300 00:15:10,680 --> 00:15:13,057 Bertenang. Hidup ini singkat. 301 00:15:13,058 --> 00:15:16,185 Jaylen, beli sesuatu yang cantik. 302 00:15:16,186 --> 00:15:19,313 - Tidak. - Belikan Tabitha sesuatu yang cantik. 303 00:15:19,314 --> 00:15:22,275 Peraturan melarang saya ambil duit daripada awak. 304 00:15:22,859 --> 00:15:24,151 Babai, semua. 305 00:15:24,152 --> 00:15:25,362 Babai, Tabby. 306 00:15:28,323 --> 00:15:30,366 - "Babai, Tabby." - Tabby. 307 00:15:30,367 --> 00:15:32,868 Bunyinya memikat. Cinta sedang berputik. 308 00:15:32,869 --> 00:15:34,578 Yakah cinta berputik? 309 00:15:34,579 --> 00:15:36,705 Mungkin mabuk dan buat projek. 310 00:15:36,706 --> 00:15:38,208 Tanyalah pak cik awak. 311 00:15:39,292 --> 00:15:40,209 Apa? 312 00:15:40,210 --> 00:15:44,213 - Jangan bergosip depan anak buahnya. - Saya nak tahu apa dia buat. 313 00:15:44,214 --> 00:15:45,172 Ceritakanlah. 314 00:15:45,173 --> 00:15:47,758 Pada malam pertama dia di sini, 315 00:15:47,759 --> 00:15:52,179 dia buat semua orang terkesima dengan arak Manhattan, dia hisap ganja, 316 00:15:52,180 --> 00:15:53,472 yang saya tak suka. 317 00:15:53,473 --> 00:15:55,725 Patutlah Virginia cuba goda dia. 318 00:15:57,143 --> 00:15:58,144 Okey. 319 00:15:58,895 --> 00:15:59,812 Wah. 320 00:15:59,813 --> 00:16:00,771 Hebat. 321 00:16:00,772 --> 00:16:04,566 Selamat berkenalan, semua, tapi saya dah kena pergi. 322 00:16:04,567 --> 00:16:06,652 Awak kena biarkan selama 30 minit. 323 00:16:06,653 --> 00:16:08,863 Tak apa. Saya rasa dah selesai. 324 00:16:10,490 --> 00:16:11,366 Saya... 325 00:16:13,493 --> 00:16:14,369 Hei. 326 00:16:16,663 --> 00:16:17,538 Tak apa. 327 00:16:17,539 --> 00:16:19,790 Jadi, apa yang kamu dah korek? 328 00:16:19,791 --> 00:16:22,167 Kulit kamu juga nampak mulus. 329 00:16:22,168 --> 00:16:24,003 - Apa yang saya korek? - Ya. 330 00:16:24,004 --> 00:16:27,798 Saya diberitahu bahawa nampaknya ada malamnya ayah mabuk 331 00:16:27,799 --> 00:16:30,342 dan lalok dengan teman wanita baru ayah. 332 00:16:30,343 --> 00:16:32,928 Tak, itu cuma... 333 00:16:32,929 --> 00:16:35,431 Itu parti alu-aluan yang agak liar. 334 00:16:35,432 --> 00:16:39,393 Okey. Bagaimana parti liar begitu boleh menjadi "sangat selamat" 335 00:16:39,394 --> 00:16:40,519 atau membantu? 336 00:16:40,520 --> 00:16:41,729 Sayang, tolonglah. 337 00:16:41,730 --> 00:16:44,774 Ayah sudah cakap, semuanya terkawal. 338 00:16:45,400 --> 00:16:47,067 Hei. Nieuwendyk. 339 00:16:47,068 --> 00:16:49,237 - Jangan kacau isteri saya. - Apa? 340 00:16:51,990 --> 00:16:53,574 - Apa awak buat? - Aduh. 341 00:16:53,575 --> 00:16:56,494 - Oh, Tuhan! - Kamu nampak itu? 342 00:16:57,704 --> 00:16:59,372 Ayah berdarah. 343 00:17:02,542 --> 00:17:03,877 Okey. Baiklah. 344 00:17:04,919 --> 00:17:06,170 Ini... 345 00:17:06,171 --> 00:17:07,338 Okey. Baiklah. 346 00:17:07,922 --> 00:17:10,257 - Baik. - Demah ais agar bengkak surut. 347 00:17:10,258 --> 00:17:11,176 Terima kasih. 348 00:17:11,801 --> 00:17:14,845 Maaf, Charles. Betul saya tak perlu hubungi Emily? 349 00:17:14,846 --> 00:17:18,183 Tidak. Tak perlu risaukan dia. 350 00:17:19,142 --> 00:17:20,101 Julie ada. 351 00:17:20,727 --> 00:17:25,022 Jadi, untuk jelaskan, dia serang awak sebab awak curi isteri atau jam dia? 352 00:17:25,023 --> 00:17:26,482 Kedua-duanya. 353 00:17:26,483 --> 00:17:30,736 Saya tak curi kedua-duanya, tapi dia fikir saya curi kedua-duanya. 354 00:17:30,737 --> 00:17:31,862 Jadi apa? 355 00:17:31,863 --> 00:17:33,323 Bagaimana nak jelaskan? 356 00:17:35,033 --> 00:17:38,035 Elliott dan Virginia pindah pada masa yang sama lima tahun lalu. 357 00:17:38,036 --> 00:17:40,037 Mereka berkahwin, kemudian cerai. 358 00:17:40,038 --> 00:17:42,331 Kemudian bertunang dan batalkannya. 359 00:17:42,332 --> 00:17:44,500 Jadi, apa? Mereka dah berkahwin? 360 00:17:44,501 --> 00:17:46,502 Saya tak tahu. Saya tak rasa mereka tahu. 361 00:17:46,503 --> 00:17:49,297 Itu tak penting. Kelakuannya tak boleh diterima. 362 00:17:50,340 --> 00:17:52,467 Ada sesiapa nak mendakwa di sini? 363 00:17:57,305 --> 00:17:59,641 - Awak nak jelaskannya? - Tidak. 364 00:18:00,225 --> 00:18:01,142 Okey. 365 00:18:02,185 --> 00:18:05,896 Apa kata kita mula dengan kenapa awak tumbuk muka Charles. 366 00:18:05,897 --> 00:18:07,982 Dia terlalu tinggi untuk saya tendang mukanya. 367 00:18:09,359 --> 00:18:13,862 Okey. Ini hari bertuah awak sebab dia takkan buat dakwaan. 368 00:18:13,863 --> 00:18:15,823 Jenis suka berlagak mulia. 369 00:18:15,824 --> 00:18:18,117 Hei, dia selamatkan awak. 370 00:18:18,118 --> 00:18:19,911 Awak nak dihalau dari sini? 371 00:18:21,037 --> 00:18:22,830 Apa yang berlaku sebenarnya? 372 00:18:22,831 --> 00:18:25,291 Kebelakangan ini, awak banyak buat hal. 373 00:18:26,626 --> 00:18:29,254 - Dia curi jam saya. - Dia nafikannya. Awak ada bukti? 374 00:18:31,840 --> 00:18:34,717 Dengar, saya memang suka awak. 375 00:18:35,593 --> 00:18:38,096 Walaupun awak begini. 376 00:18:38,972 --> 00:18:41,265 Awak lelaki yang berjiwa baik 377 00:18:41,266 --> 00:18:44,726 di sebalik sifat kelelakian dan haruman toksik ini. 378 00:18:44,727 --> 00:18:48,273 Tapi kalau awak buat begini lagi, awak harus keluar. 379 00:18:55,613 --> 00:18:58,032 Percayalah, lelaki itu berniat tak baik. 380 00:18:59,200 --> 00:19:01,493 Minyak wangi saya berjenama mewah. 381 00:19:01,494 --> 00:19:02,453 Virginia suka. 382 00:19:03,246 --> 00:19:06,081 Lagipun, apa itu kelelakian toksik? 383 00:19:06,082 --> 00:19:08,960 Tak apalah. Saya tak nak dengar ceramah wanita. 384 00:19:14,591 --> 00:19:15,674 Tengok itu. 385 00:19:15,675 --> 00:19:18,218 Pendarahan hampir berhenti. Dah elok. 386 00:19:18,219 --> 00:19:21,847 Saya datang lagi nanti. Kalau awak tidur, saya takkan kejut. 387 00:19:21,848 --> 00:19:24,016 Tolong jangan kunci pintu, ya. 388 00:19:24,017 --> 00:19:25,685 - Okey. - Terima kasih. 389 00:19:28,271 --> 00:19:30,981 Jadi, apa perkembangan siasatan kita? 390 00:19:30,982 --> 00:19:33,901 - Apa perkara terakhir yang berlaku? - Apa, ya? 391 00:19:33,902 --> 00:19:35,319 Ada orang tumbuk ayah 392 00:19:35,320 --> 00:19:38,197 selepas ayah meyakinkan saya yang ayah selamat. 393 00:19:38,198 --> 00:19:40,324 Selamat semasa bertugas. 394 00:19:40,325 --> 00:19:43,660 Ayah tak boleh kawal tindakan pesaing seksual saya. 395 00:19:43,661 --> 00:19:45,287 - Oh Tuhan. - Apa? 396 00:19:45,288 --> 00:19:48,832 Hei, dengar sini. Ayah dan Virginia tiada apa-apa. 397 00:19:48,833 --> 00:19:50,542 Apa bezanya? 398 00:19:50,543 --> 00:19:53,003 Ada orang dah serang ayah. 399 00:19:53,004 --> 00:19:55,172 Saya mahu sokong kerja ayah, tapi... 400 00:19:55,173 --> 00:19:57,674 Ini dah keterlaluan. 401 00:19:57,675 --> 00:19:59,260 Saya nak balik. 402 00:20:35,546 --> 00:20:36,506 Hei. 403 00:20:37,298 --> 00:20:39,092 Malam awak agak gila, ya. 404 00:20:40,343 --> 00:20:42,387 Semua orang tahu semuanya di sini. 405 00:20:44,472 --> 00:20:46,057 Hidung awak okey tak? 406 00:20:47,100 --> 00:20:48,351 Okey saja. 407 00:20:48,851 --> 00:20:51,561 Saya rasa tangan Elliott lebih sakit. 408 00:20:51,562 --> 00:20:53,523 "Tak seteruk lawan saya." 409 00:20:54,023 --> 00:20:55,607 Itu maksud awak? 410 00:20:55,608 --> 00:20:58,486 Ini pergaduhan pertama saya. Saya boleh gebang. 411 00:21:02,657 --> 00:21:03,950 Awak nak main? 412 00:21:04,534 --> 00:21:06,702 Awak akan becok macam tempoh hari? 413 00:21:06,703 --> 00:21:09,789 Tak, saya tak kisah main diam-diam. 414 00:21:15,712 --> 00:21:17,088 - Wah. - Tak begitu? 415 00:21:17,839 --> 00:21:19,548 Yang saya paling geram, 416 00:21:19,549 --> 00:21:23,218 kami seronok sungguh berborak sejak beberapa minggu lepas. 417 00:21:23,219 --> 00:21:27,681 Adakah itu bermakna dia sudah menjadi penipu profesional? 418 00:21:27,682 --> 00:21:29,267 Mana ada begitu. 419 00:21:29,976 --> 00:21:32,353 Penting sangatkah untuk kamu seronok berbual? 420 00:21:33,062 --> 00:21:34,230 Penting bagi saya. 421 00:21:35,732 --> 00:21:36,858 Apa? 422 00:21:37,650 --> 00:21:38,735 Entahlah. 423 00:21:39,569 --> 00:21:42,154 Awak nak ayah awak kembangkan rutinnya. 424 00:21:42,155 --> 00:21:47,451 Awak nak dia ada interaksi insaniah dan merangsang otaknya, sertai kelas. 425 00:21:47,452 --> 00:21:49,119 Dia dah buat semua itu. 426 00:21:49,120 --> 00:21:50,120 Ya, okey. 427 00:21:50,121 --> 00:21:52,415 Sekarang, dia juga pengintip? 428 00:21:53,082 --> 00:21:55,542 Dia mula berparti pada jam 3.30 petang. 429 00:21:55,543 --> 00:21:57,586 Melanggah wiski, hisap ganja. 430 00:21:57,587 --> 00:21:59,589 Tiduri wanita entah mana-mana. 431 00:22:00,089 --> 00:22:03,675 Bunyinya agak hebat, betul tak? 432 00:22:03,676 --> 00:22:04,676 - Ya. - Mak. 433 00:22:04,677 --> 00:22:09,097 Saya perlukan kotak untuk projek. Boleh guna yang ini? Ada sampah saja. 434 00:22:09,098 --> 00:22:11,600 Ya. Itu artikel atuk untuk mak. 435 00:22:11,601 --> 00:22:13,686 Kenapa dia selalu hantar artikel membosankan? 436 00:22:15,271 --> 00:22:17,857 Sebenarnya, dia dah lama tak hantar. 437 00:22:20,068 --> 00:22:21,026 Ya. 438 00:22:21,027 --> 00:22:22,819 Begitulah kita buang sampah. 439 00:22:22,820 --> 00:22:23,946 Syabas. 440 00:22:25,323 --> 00:22:28,742 {\an8}Jadi, cuma beberapa kakitangan bertugas semasa kedua-dua insiden berlaku. 441 00:22:28,743 --> 00:22:30,203 Bagus kerja awak. 442 00:22:32,080 --> 00:22:34,623 Saya puji awak. Kenapa awak tak ketawa? 443 00:22:34,624 --> 00:22:38,251 Emily. Kami seronok pada hari itu. 444 00:22:38,252 --> 00:22:39,921 Kami berseronok. 445 00:22:40,630 --> 00:22:43,465 Hanya sejam, tapi ia sangat mudah. 446 00:22:43,466 --> 00:22:46,468 Charles, dia cuma risaukan awak. Beri dia ruang. 447 00:22:46,469 --> 00:22:47,595 Ya. 448 00:22:49,639 --> 00:22:50,680 Ini Emily. 449 00:22:50,681 --> 00:22:52,891 Saya tak tahu nak cakap apa. 450 00:22:52,892 --> 00:22:54,559 Tolong jawabkan. 451 00:22:54,560 --> 00:22:58,439 Cakap awak calon Kongres nak minta derma. Dia akan letak telefon. 452 00:23:00,441 --> 00:23:02,359 Sayang, terima kasih telefon. 453 00:23:02,360 --> 00:23:04,737 Saya perlu telefon sebab... 454 00:23:06,948 --> 00:23:07,824 Maafkan saya. 455 00:23:08,574 --> 00:23:11,410 Sejujurnya, saya masih sukar untuk menghadamnya, 456 00:23:11,411 --> 00:23:16,456 tapi jika ayah kata ia baik untuk ayah, maka baiklah ia untuk ayah. 457 00:23:16,457 --> 00:23:19,460 Terima kasih. 458 00:23:19,961 --> 00:23:23,131 Ya, dan ayah minta maaf kerana menipu. 459 00:23:23,631 --> 00:23:26,258 Tapi ayah seronok kita merisik bersama. 460 00:23:26,259 --> 00:23:27,676 Memang seronok. 461 00:23:27,677 --> 00:23:30,095 Jaylen juga tiada masalah. 462 00:23:30,096 --> 00:23:32,305 - Yakah? - Florence cuba belanja dia. 463 00:23:32,306 --> 00:23:36,351 Dia menolak, jadi saya tak percaya dia seorang pencuri. 464 00:23:36,352 --> 00:23:37,269 Baiklah. 465 00:23:37,270 --> 00:23:39,647 Syabas sekali lagi, detektif. 466 00:23:41,899 --> 00:23:45,026 Ayah cuba buat tanda pengintip dan lupa hidung cedera? 467 00:23:45,027 --> 00:23:45,986 Ya. 468 00:23:45,987 --> 00:23:47,280 Ya. 469 00:23:48,364 --> 00:23:49,949 Baiklah. Borak nanti, ya. 470 00:23:51,701 --> 00:23:52,910 Jaga diri. 471 00:23:55,246 --> 00:23:56,163 Okey tak? 472 00:23:56,164 --> 00:23:57,373 Semuanya okey. 473 00:23:58,040 --> 00:23:58,874 Baiklah. 474 00:23:58,875 --> 00:24:02,086 Jadi, kita ada 25 hari lagi. 475 00:24:02,628 --> 00:24:04,713 Ramai suspek. 476 00:24:04,714 --> 00:24:07,091 Anak perempuan yang dah lembut hati. 477 00:24:08,259 --> 00:24:11,220 Mari kita selesaikan kes jenayah. 478 00:24:13,347 --> 00:24:16,099 Hebat rasanya. Nampak hebat tak? 479 00:24:16,100 --> 00:24:17,851 Ya. Awak nampak hebat. 480 00:24:17,852 --> 00:24:18,853 Ya. 481 00:24:20,605 --> 00:24:23,190 Laporan perubatan pergaduhan Charles-Elliot. 482 00:24:23,191 --> 00:24:25,734 Tepat pada masanya. Ini laporan kejadian. 483 00:24:25,735 --> 00:24:28,988 Laporan polis juga baru sampai. 484 00:24:30,239 --> 00:24:31,573 Lihat fail itu. 485 00:24:31,574 --> 00:24:34,368 - Baru lima hari. - Minggu pertama dia kecoh. 486 00:24:35,536 --> 00:24:38,163 Hei, tolong saya. 487 00:24:38,164 --> 00:24:42,251 Tanya pendapat penghuni tentangnya. Buat diam-diam saja. 488 00:26:03,624 --> 00:26:04,541 BERDASARKAN EL AGENTE TOPO 489 00:26:04,542 --> 00:26:07,545 Terjemahan sari kata oleh Jentayu