1 00:00:08,217 --> 00:00:10,928 Sebelum ini dalam Butterfly… 2 00:00:11,011 --> 00:00:12,722 Saya kata ibu dalangnya. 3 00:00:12,805 --> 00:00:15,224 Ibu yang mengkhianatinya sembilan tahun lalu. 4 00:00:15,307 --> 00:00:16,308 Kami ada tali barut. 5 00:00:16,392 --> 00:00:18,894 Vicky Linwood, ketua pasukan keselamatan saya. 6 00:00:20,938 --> 00:00:22,106 Kita perlu pergi, ayah. 7 00:00:23,399 --> 00:00:26,026 Dawson ada "saksi dengan keistimewaan tinggi 8 00:00:26,110 --> 00:00:27,903 terhadap Juno Lund dan Caddis." 9 00:00:27,987 --> 00:00:29,530 Oliver pengecut. 10 00:00:29,613 --> 00:00:32,783 Jika Oliver fikir yang Juno nak bunuh dia, dia akan pergi kepada Dawson. 11 00:00:32,867 --> 00:00:35,161 Kamu nak dia fikir yang ibunya nak dia mati? 12 00:00:35,244 --> 00:00:37,872 Kalau ayah nak dia belot, beginilah caranya. 13 00:00:37,955 --> 00:00:40,124 Saya nak tahu apa dia buat pada anak saya. 14 00:00:40,916 --> 00:00:42,126 Ayah! 15 00:00:59,143 --> 00:01:00,311 Turun sekarang! 16 00:01:02,313 --> 00:01:03,147 Topi keledar juga. 17 00:03:29,793 --> 00:03:31,670 Juno nak berbincang. 18 00:04:58,465 --> 00:04:59,967 Awak takut dengan saya? 19 00:05:00,050 --> 00:05:01,635 Saya tahu cara urus risiko. 20 00:05:04,096 --> 00:05:05,723 Awak tahu tentang Baron? 21 00:05:07,307 --> 00:05:08,225 Siapa? 22 00:05:08,308 --> 00:05:10,978 Oliver mahu anjing untuk hari lahir kesepuluhnya. 23 00:05:11,562 --> 00:05:14,189 Tibetan Mastiff. Awak tahu anjing baka itu? 24 00:05:15,190 --> 00:05:17,151 Bunyinya seperti anjing besar. 25 00:05:17,693 --> 00:05:20,404 Anjing itu membesar hingga 180 paun. 26 00:05:20,487 --> 00:05:22,656 Rupanya seperti singa. 27 00:05:22,740 --> 00:05:24,867 Jadi, ia tinggal dengan bekas suami awak. 28 00:05:25,659 --> 00:05:26,827 Anjing itu ganas. 29 00:05:26,910 --> 00:05:30,080 Ia menyalak sepanjang masa, bunuh arnab di laman rumah Nick. 30 00:05:30,164 --> 00:05:31,832 Semua itu saya tak kisah 31 00:05:31,915 --> 00:05:34,543 sehingga ia serang Oliver dan cuba ambil aiskrimnya. 32 00:05:34,626 --> 00:05:36,462 Aiskrim itu perisa apa? 33 00:05:39,840 --> 00:05:41,175 Masalahnya ialah baka. 34 00:05:42,009 --> 00:05:45,512 Tibetan Mastiff wujud sejak ribuan tahun, tapi sebagai haiwan kesayangan, 35 00:05:45,596 --> 00:05:46,972 masih baru. 36 00:05:47,806 --> 00:05:49,933 Kami terpaksa tidurkannya. 37 00:05:50,017 --> 00:05:52,853 Anjing itu masih ada baka liar. 38 00:05:53,937 --> 00:05:57,024 Awak juga masih ada baka liar, Rebecca. 39 00:05:59,777 --> 00:06:01,111 Awak nak bunuh saya? 40 00:06:02,071 --> 00:06:03,280 Saya patut bunuh awak. 41 00:06:03,363 --> 00:06:04,490 Awak khianati saya. 42 00:06:04,573 --> 00:06:06,366 Awak musnahkan hidup saya. 43 00:06:07,451 --> 00:06:09,286 Saya anak yang kematian ibu 44 00:06:09,369 --> 00:06:10,913 dan awak rampas ayah saya. 45 00:06:10,996 --> 00:06:12,831 Saya tak berniat nak sakiti awak berdua. 46 00:06:12,915 --> 00:06:15,084 Awak tak peduli langsung tentang kami. 47 00:06:15,501 --> 00:06:19,171 Apatah lagi, awak cuba bunuh kami sejak dapat tahu ayah masih hidup. 48 00:06:19,254 --> 00:06:20,255 David buru saya. 49 00:06:20,339 --> 00:06:22,925 Dia memerangi Caddis. Apa patut saya buat? 50 00:06:23,008 --> 00:06:24,718 Saya pasti ia cuma urusan kerja. 51 00:06:24,802 --> 00:06:28,639 Apa awak akan buat jika di tempat saya dan sepantas mana awak akan buat? 52 00:06:34,853 --> 00:06:36,814 -Bagaimana reaksi Oliver? -Apa? 53 00:06:37,981 --> 00:06:39,733 Suntikan maut anjingnya. 54 00:06:39,817 --> 00:06:42,653 Kami beritahu dia Baron tinggal di biara. 55 00:06:47,699 --> 00:06:49,368 Awak buat penipuan terancang. 56 00:06:51,203 --> 00:06:52,830 Bila awak beritahu hal sebenar? 57 00:06:53,539 --> 00:06:55,374 Ada rahsia tak patut didedahkan. 58 00:07:00,003 --> 00:07:01,213 Awak patut jawab. 59 00:07:01,296 --> 00:07:02,673 Ini lebih penting. 60 00:07:03,507 --> 00:07:05,008 Saya rasa tidak. 61 00:07:07,469 --> 00:07:08,929 Oliver dah belot. 62 00:07:10,305 --> 00:07:13,308 Dia dah tandatangan perjanjian saksi dengan Dawson. 63 00:07:13,725 --> 00:07:15,811 Dia akan beri keterangan tentang awak. 64 00:07:15,894 --> 00:07:17,688 Awak akan masuk penjara 65 00:07:17,771 --> 00:07:21,441 dan Caddis akan musnah selamanya. 66 00:07:47,634 --> 00:07:48,760 Ayah! 67 00:07:51,930 --> 00:07:53,265 Puteri ayah. 68 00:07:54,266 --> 00:07:55,767 Awak cedera? 69 00:07:56,518 --> 00:07:57,644 Saya tak apa-apa. 70 00:07:58,770 --> 00:08:01,356 Di mana Rebecca? Dia tak apa-apa? 71 00:08:04,776 --> 00:08:06,195 Kita bincang kemudian. 72 00:08:11,450 --> 00:08:13,911 Saya risau tak dapat jumpa awak lagi. 73 00:08:19,416 --> 00:08:22,169 Saya nak bincang sesuatu dengan ayah awak. 74 00:08:22,961 --> 00:08:23,962 Ayah, 75 00:08:24,296 --> 00:08:25,589 saya perlukan bantuan. 76 00:08:26,715 --> 00:08:28,050 Saya perlukan orang, 77 00:08:28,258 --> 00:08:29,593 kelengkapan, 78 00:08:30,093 --> 00:08:31,178 kenderaan, 79 00:08:31,762 --> 00:08:33,931 apa-apa saja yang ayah sudi berikan. 80 00:08:34,681 --> 00:08:36,725 Saya tahu ayah tak mahu bantu saya. 81 00:08:36,808 --> 00:08:40,437 Saya tahu ayah mahu saya lenyap daripada hidup ayah. 82 00:08:42,606 --> 00:08:44,358 Tapi Rebecca diculik. 83 00:08:45,984 --> 00:08:47,694 Dia anak saya. 84 00:08:52,449 --> 00:08:53,450 Sayang. 85 00:08:57,913 --> 00:09:01,875 Saya takkan berganjak selagi ayah tak bantu saya. 86 00:09:14,096 --> 00:09:15,097 Ayah akan bantu kamu. 87 00:09:17,140 --> 00:09:18,475 Tapi kali ini, 88 00:09:18,558 --> 00:09:21,353 kamu perlu buat sesuatu untuk ayah. 89 00:09:21,436 --> 00:09:22,354 Ayah. 90 00:09:22,437 --> 00:09:24,982 Ayah tahu David tak mahu bekerja untuk ayah. 91 00:09:25,065 --> 00:09:28,735 David tiada pilihan lain, bukan? 92 00:09:29,695 --> 00:09:32,739 Kamu tak pernah nak ambil tahu tentang kerja ayah. 93 00:09:32,823 --> 00:09:34,825 Tapi ia bukan mudah. 94 00:09:34,908 --> 00:09:38,328 Banyak tanggungjawab dan kerunsingan. 95 00:09:40,205 --> 00:09:41,081 Ya. 96 00:09:42,790 --> 00:09:46,962 Jika kamu berjanji untuk bantu ayah, 97 00:09:48,046 --> 00:09:49,548 ayah akan bantu kamu. 98 00:09:50,841 --> 00:09:52,467 Janganlah begitu, sayang. 99 00:09:56,430 --> 00:09:57,681 Ayah mahu saya buat apa? 100 00:09:58,307 --> 00:10:00,642 Awak tak nak berhutang budi dengan ayah saya. 101 00:10:02,936 --> 00:10:04,354 Adakah ia penting? 102 00:10:06,690 --> 00:10:07,858 Saya akan lakukannya. 103 00:10:08,775 --> 00:10:09,776 Bagus. 104 00:10:11,695 --> 00:10:13,363 Apa yang kamu perlukan? 105 00:10:25,792 --> 00:10:27,919 David buat Oliver khianati saya? 106 00:10:29,463 --> 00:10:31,673 Sebenarnya, ia usaha keluarga. 107 00:10:32,466 --> 00:10:34,009 Ia idea ayah saya, 108 00:10:34,092 --> 00:10:36,970 tapi saya tahu cara menjayakannya. 109 00:10:37,679 --> 00:10:39,264 Awak musnahkan keluarga saya? 110 00:10:39,890 --> 00:10:41,767 Rasa pedih, bukan? 111 00:10:42,851 --> 00:10:46,605 Mungkin dia ada strategi terhadap Dawson, seperti yang saya latih dia. 112 00:10:46,688 --> 00:10:47,522 Awak… 113 00:10:48,357 --> 00:10:49,608 Awak tak latih dia. 114 00:10:49,691 --> 00:10:51,234 Awak hancurkan dia. 115 00:10:51,318 --> 00:10:53,737 Oliver akan buat apa saja untuk lindungi saya. 116 00:10:53,820 --> 00:10:54,905 Lindungi Caddis. 117 00:10:54,988 --> 00:10:57,074 Oliver tak peduli tentang Caddis. 118 00:10:57,949 --> 00:11:00,285 Dia cuma nak dekat dengan awak. 119 00:11:01,161 --> 00:11:02,662 Saya rasa dia benci Caddis. 120 00:11:02,746 --> 00:11:04,873 Awak sayang Caddis lebih daripada dia. 121 00:11:05,582 --> 00:11:08,502 Awak mengarut, Rebecca. 122 00:11:10,045 --> 00:11:11,463 Caddis ialah benda. 123 00:11:12,130 --> 00:11:13,465 Saya sayang Oliver. 124 00:11:14,257 --> 00:11:16,426 Segala yang saya lakukan adalah untuk dia. 125 00:11:16,510 --> 00:11:17,844 Caddis adalah untuk dia. 126 00:11:19,096 --> 00:11:20,514 Dia lembik, saya tahu. 127 00:11:20,597 --> 00:11:22,974 Dunia ini tak sesuai untuk orang seperti dia. 128 00:11:23,058 --> 00:11:25,143 Saya fikir semua itu tak penting, 129 00:11:25,227 --> 00:11:26,728 saya boleh beri dia segalanya. 130 00:11:28,188 --> 00:11:30,857 Dia fikir awak letupkan Porsche miliknya. 131 00:11:30,941 --> 00:11:33,318 Sebab itu dia pergi kepada Dawson. 132 00:11:33,402 --> 00:11:35,695 Dia fikir ibunya cuba bunuh dia. 133 00:11:42,452 --> 00:11:43,453 Bangun. 134 00:11:59,553 --> 00:12:01,054 Awak dah kehilangannya, Juno. 135 00:12:11,982 --> 00:12:14,526 Urus saja syarikat awak yang sedang runtuh itu. 136 00:12:15,318 --> 00:12:16,736 Ia tak penting sekarang. 137 00:12:18,738 --> 00:12:20,115 Saya cuma perlukan awak. 138 00:12:26,496 --> 00:12:28,165 Saya perlu tahu sesuatu, David. 139 00:12:28,832 --> 00:12:32,002 Rebecca, adakah dia diculik atau… 140 00:12:32,085 --> 00:12:33,628 Dia ikut mereka? 141 00:12:36,131 --> 00:12:38,425 Sebelum awak pertaruhkan nyawa awak, 142 00:12:39,092 --> 00:12:41,219 saya nak pastikan dia akan ikut awak. 143 00:12:45,765 --> 00:12:47,184 Dia diculik. 144 00:12:48,018 --> 00:12:50,520 Dia diculik kerana saya tak lindungi dia. 145 00:12:52,606 --> 00:12:54,483 Saya perlu cari dia semula. 146 00:13:49,829 --> 00:13:51,581 Baik sungguh layanan awak. 147 00:13:54,918 --> 00:13:57,045 Ayah saya akan datang selamatkan saya. 148 00:13:58,046 --> 00:13:59,756 Itu yang awak mahu? 149 00:13:59,839 --> 00:14:01,800 Awak mahu ayah selamatkan awak? 150 00:14:03,009 --> 00:14:04,302 Saya cuma nak pulang. 151 00:14:04,844 --> 00:14:05,929 Pulang ke mana? 152 00:14:06,429 --> 00:14:09,391 Bersama David dengan isteri dan anaknya? 153 00:14:10,559 --> 00:14:12,686 Walaupun David ayah awak, 154 00:14:12,769 --> 00:14:14,020 saya keluarga awak. 155 00:14:15,355 --> 00:14:17,774 Saya dah anggap awak seperti anak saya. 156 00:14:21,194 --> 00:14:23,321 Saya patut berterima kasih untuk itu? 157 00:14:24,406 --> 00:14:26,658 Awak punca saya tiada ayah. 158 00:14:26,741 --> 00:14:30,036 Sungguh? Ya, betul. Saya khianati dia. 159 00:14:30,120 --> 00:14:31,997 Tapi dia palsukan kematiannya 160 00:14:32,080 --> 00:14:35,250 dan ghaib selama sembilan tahun. 161 00:14:35,333 --> 00:14:38,044 Dengan kemampuannya, dia boleh datang selamatkan awak. 162 00:14:38,128 --> 00:14:39,296 Dia melindungi saya. 163 00:14:39,379 --> 00:14:42,757 Atau dia melindungi anak baharunya? 164 00:14:48,054 --> 00:14:49,681 Dia kembali untuk saya. 165 00:14:50,348 --> 00:14:53,184 Dia pertaruhkan segalanya untuk selamatkan saya. 166 00:14:53,268 --> 00:14:55,312 Sebab dia nak perbetulkan awak. 167 00:14:58,690 --> 00:15:02,235 Dengar sini, Rebecca. Awak tiada apa-apa masalah. 168 00:15:06,698 --> 00:15:07,907 Tentulah ada. 169 00:15:09,993 --> 00:15:12,287 Awak ambil kesempatan ke atas kelemahan. 170 00:15:12,370 --> 00:15:15,248 Awak tak lemah. Awak luar biasa. 171 00:15:16,374 --> 00:15:19,294 Jika dia tak nampak semua itu, maka dia tak sayang awak. 172 00:15:19,377 --> 00:15:23,006 Dia cuma sayang diri awak yang dulu sebagai gadis dungu. 173 00:15:29,638 --> 00:15:30,722 Awak sayang saya? 174 00:15:34,142 --> 00:15:35,226 Ya. 175 00:15:39,230 --> 00:15:42,484 Awak jadi seperti yang saya harapkan. 176 00:15:51,576 --> 00:15:53,995 Bagaimana jika saya tak mampu lakukannya? 177 00:15:54,579 --> 00:15:56,456 Jika awak tak mampu lakukannya, 178 00:15:56,539 --> 00:15:59,125 bermakna awak tak kenal diri sendiri. 179 00:16:01,670 --> 00:16:03,922 Sama ada jadi kambing hitam keluarga Jung 180 00:16:04,005 --> 00:16:06,758 atau awak boleh ikut saya. 181 00:16:10,011 --> 00:16:11,346 Jet sedang menunggu. 182 00:16:11,930 --> 00:16:14,516 Kita akan ke tempat yang Dawson tak boleh ganggu. 183 00:16:14,599 --> 00:16:16,434 Mulakan hidup baru. 184 00:16:17,602 --> 00:16:18,436 Bersama-sama. 185 00:16:27,237 --> 00:16:28,863 Bagaimana jika saya tolak? 186 00:16:29,614 --> 00:16:31,241 Saya harap awak tak menolak. 187 00:16:54,973 --> 00:16:56,349 Saya rindu awak juga. 188 00:16:58,309 --> 00:16:59,519 Juno. 189 00:17:00,103 --> 00:17:01,104 Ya. 190 00:17:02,105 --> 00:17:03,648 FBI sedang menuju ke Caddis. 191 00:17:04,190 --> 00:17:05,942 Kita perlu pergi sekarang. 192 00:17:28,173 --> 00:17:29,591 Awak masih di sini. 193 00:17:31,384 --> 00:17:32,927 Tugas saya belum selesai. 194 00:18:23,895 --> 00:18:26,314 Orang yang culik anak kamu… 195 00:18:26,397 --> 00:18:27,607 Kamu kenal mereka? 196 00:18:27,690 --> 00:18:28,525 Ya. 197 00:18:28,608 --> 00:18:33,613 Yang lebih penting, saya tahu hala tuju mereka. 198 00:18:34,864 --> 00:18:37,951 Dia sedang menuju ke jet peribadinya di Incheon. 199 00:18:41,287 --> 00:18:43,039 Bunuh mereka semua 200 00:18:43,122 --> 00:18:46,960 dan jangan biar anak saya menunggu. 201 00:18:47,502 --> 00:18:49,546 Itulah yang saya fikirkan. 202 00:19:01,015 --> 00:19:02,767 Nama saya David Jung. 203 00:19:03,893 --> 00:19:06,229 Ada orang jahat culik anak saya 204 00:19:06,312 --> 00:19:07,856 dan saya perlu selamatkannya. 205 00:19:09,148 --> 00:19:10,483 Saya perlukan bantuan kamu. 206 00:19:23,329 --> 00:19:24,831 Cantik pisau itu. 207 00:19:26,875 --> 00:19:28,793 Dia suruh awak asah pisau untuk saya? 208 00:19:40,388 --> 00:19:41,973 Awak pernah mimpi mereka? 209 00:19:43,308 --> 00:19:44,225 Siapa? 210 00:19:51,149 --> 00:19:52,066 Tidak. 211 00:19:54,319 --> 00:19:55,486 Saya tak mimpi. 212 00:20:27,352 --> 00:20:28,770 FBI di sini. 213 00:20:34,734 --> 00:20:36,819 Senator Dawson dah serbu pejabat kita. 214 00:20:47,372 --> 00:20:49,332 Setiap fail, semua. 215 00:20:49,707 --> 00:20:51,793 Setiap pemacu keras dan telefon bimbit. 216 00:21:01,344 --> 00:21:04,305 Setiap nota yang ditulis pada kertas catat. 217 00:21:05,348 --> 00:21:06,599 Kita ambil semua. 218 00:21:14,941 --> 00:21:15,775 Ya. 219 00:21:19,362 --> 00:21:20,530 Saya akan beritahu dia. 220 00:21:22,699 --> 00:21:25,201 Oliver diletakkan dalam jagaan perlindungan. 221 00:21:51,477 --> 00:21:52,687 Konvoi dah masuk. 222 00:21:52,770 --> 00:21:55,314 -Tiga minit ke lokasi awak. -Baiklah. 223 00:22:14,250 --> 00:22:16,169 Saya tumpang simpati tentang Oliver. 224 00:22:17,670 --> 00:22:19,213 Tak rasa begitu. 225 00:22:22,467 --> 00:22:25,803 Kalau saya tanya, awak akan jawab dengan jujur? 226 00:22:30,099 --> 00:22:32,769 Awak culik saya untuk balas dendam kepada ayah saya? 227 00:22:35,730 --> 00:22:37,190 Saya dah kehilangan Oliver. 228 00:22:38,024 --> 00:22:39,734 Saya tak nak kehilangan awak juga. 229 00:23:10,348 --> 00:23:11,766 Apa masalah di sana? 230 00:23:11,849 --> 00:23:15,061 Nampaknya lampu trafik tak berfungsi. Apa patut kita buat? 231 00:23:18,773 --> 00:23:20,024 Awak nak buat apa? 232 00:23:20,108 --> 00:23:22,193 Kita tak boleh berhenti. Faham? 233 00:23:22,276 --> 00:23:23,694 Kita perlu melencong. 234 00:23:23,778 --> 00:23:27,657 Ada jalan di sebelah kanan yang selari dengan jalan ini. Ikut saya. 235 00:23:56,102 --> 00:23:58,563 Mereka menuju ke jalan kedua sekarang. 236 00:23:58,646 --> 00:23:59,689 Pasukan satu, pergi. 237 00:23:59,772 --> 00:24:01,190 Sekat jalan. 238 00:24:50,281 --> 00:24:52,116 Awak pernah sayangkan ayah saya? 239 00:24:55,328 --> 00:24:56,662 Apa yang berlaku? 240 00:24:58,414 --> 00:25:02,168 David melihat dunia dengan mata yang polos. 241 00:25:02,877 --> 00:25:07,089 Dia fikir keadaan lebih baik daripada hakikat, begitu juga kita. 242 00:25:10,301 --> 00:25:12,428 Sesetengah orang perlu terima hakikat. 243 00:25:20,561 --> 00:25:21,562 Bersedia. 244 00:25:21,646 --> 00:25:22,772 Baiklah. 245 00:25:27,777 --> 00:25:28,736 Cakaplah, Shin. 246 00:25:28,819 --> 00:25:31,239 Mereka dah ambil tempat. Kita dah sedia. 247 00:25:31,781 --> 00:25:33,074 Lakukan. 248 00:25:41,499 --> 00:25:42,541 Kita dah dikepung. 249 00:25:42,625 --> 00:25:43,501 Kerja David. 250 00:25:45,628 --> 00:25:47,463 Berundur! 251 00:25:48,464 --> 00:25:49,715 Gerak! 252 00:26:02,603 --> 00:26:04,063 Bawa kita keluar dari sini. 253 00:26:21,372 --> 00:26:24,542 Mereka dah lepas! Saya akan cuba pintas mereka. 254 00:26:58,868 --> 00:26:59,994 Berundur! 255 00:27:53,881 --> 00:27:55,341 Ada arahan? 256 00:27:55,841 --> 00:27:57,385 Lawan habis-habisan. 257 00:28:26,205 --> 00:28:27,039 Aduhai. 258 00:28:59,321 --> 00:29:00,823 Jangan bergerak! 259 00:29:53,542 --> 00:29:56,921 Ini pengakhirannya, bedebah. 260 00:32:04,965 --> 00:32:06,508 Berambus! 261 00:33:19,331 --> 00:33:20,374 Kamu okey? 262 00:33:22,042 --> 00:33:22,918 Ya. 263 00:33:25,254 --> 00:33:26,255 Di mana Gun? 264 00:33:27,172 --> 00:33:28,173 Dia dah mati. 265 00:33:33,095 --> 00:33:34,388 Cukuplah, Juno. 266 00:33:35,013 --> 00:33:36,432 Caddis dah musnah. 267 00:33:39,143 --> 00:33:40,686 Caddis mungkin dah musnah. 268 00:33:41,520 --> 00:33:42,479 Pada nama. 269 00:33:43,230 --> 00:33:44,732 Tapi ia hanya nama. 270 00:33:45,357 --> 00:33:46,567 Saya ada lagi. 271 00:33:46,650 --> 00:33:48,110 Awak buru keluarga saya. 272 00:33:48,193 --> 00:33:49,737 Awak buru keluarga saya. 273 00:33:51,572 --> 00:33:53,532 Kita masih boleh berunding. 274 00:33:54,366 --> 00:33:57,161 Fikirkan perkara hebat yang boleh kita lakukan bersama. 275 00:33:57,244 --> 00:33:59,955 Awak, saya, Rebecca, 276 00:34:00,038 --> 00:34:01,248 kita akan jadi kuat. 277 00:34:01,331 --> 00:34:02,708 Keluarga saya! 278 00:34:06,795 --> 00:34:08,755 Awak takkan bunuh saya dengan kejam. 279 00:34:09,297 --> 00:34:11,467 Awak takkan dedahkan diri kepada polis. 280 00:34:11,550 --> 00:34:13,177 -Rebecca, mari sini. -Tidak. 281 00:34:13,260 --> 00:34:14,219 Mari. 282 00:34:15,137 --> 00:34:16,472 Saya tak mahu dia mati. 283 00:34:17,848 --> 00:34:20,601 Jika kita lepaskan dia, dia akan buru kita. 284 00:34:20,726 --> 00:34:22,478 Kita takkan selamat. Kamu pun tahu. 285 00:34:22,561 --> 00:34:23,978 Dia ibarat diri saya, ayah. 286 00:34:25,397 --> 00:34:27,565 Saya tahu ia tak masuk akal… 287 00:34:29,067 --> 00:34:30,569 dia sebahagian daripada saya. 288 00:34:32,196 --> 00:34:33,405 Saya mahu dia hidup. 289 00:34:35,908 --> 00:34:38,659 -Tolonglah. -Dia takkan lepaskan kamu. 290 00:34:39,661 --> 00:34:40,788 Mungkin. 291 00:34:42,956 --> 00:34:44,333 Tapi saya bukan dia. 292 00:34:47,543 --> 00:34:48,754 Ayah juga bukan dia. 293 00:34:51,799 --> 00:34:53,382 Tolonglah, ayah. 294 00:34:53,467 --> 00:34:54,842 Jangan bunuh dia. 295 00:35:06,688 --> 00:35:08,398 Tawaran saya masih terbuka. 296 00:35:12,236 --> 00:35:13,987 Jawapan saya sama. 297 00:35:16,156 --> 00:35:17,574 Jumpa lagi, David. 298 00:35:22,496 --> 00:35:24,623 Jangan buat saya buru awak, Juno. 299 00:36:11,587 --> 00:36:12,421 Hei… 300 00:36:17,426 --> 00:36:18,594 Yang ini bagus. 301 00:36:25,642 --> 00:36:27,144 Apa yang dia beritahu kamu? 302 00:36:28,061 --> 00:36:29,062 Juno. 303 00:36:29,813 --> 00:36:31,607 Ketika dia kurung kamu. 304 00:36:31,815 --> 00:36:34,943 Saya tak nak rosakkan fantasi "ayah wira dunia" ayah, 305 00:36:35,027 --> 00:36:36,403 tapi saya bukan mangsa. 306 00:36:37,070 --> 00:36:40,115 Kita perlu selidik peristiwa ini secara profesional. 307 00:36:40,198 --> 00:36:41,366 Saya bukan aset ayah. 308 00:36:42,075 --> 00:36:43,368 Kamu aset dia? 309 00:36:49,708 --> 00:36:51,043 Kamu tak perlu beritahu. 310 00:36:51,835 --> 00:36:52,878 Ayah maksudkannya. 311 00:36:57,215 --> 00:36:59,134 Juno tak cakap apa-apa. 312 00:36:59,843 --> 00:37:01,845 Dia kurung saya selama beberapa jam. 313 00:37:01,929 --> 00:37:03,847 Dia gari saya pada meja. 314 00:37:03,931 --> 00:37:06,183 Kemudian mereka alihkan saya ke kereta. 315 00:37:07,893 --> 00:37:09,519 Tanpa gari. 316 00:37:15,025 --> 00:37:16,276 Terima kasih. 317 00:37:18,320 --> 00:37:19,780 Biar lambat asalkan datang. 318 00:37:54,147 --> 00:37:56,066 Senator Dawson umumkan kemenangan. 319 00:37:56,149 --> 00:37:58,193 CNN dah keluarkan tajuk berita. 320 00:37:58,777 --> 00:38:02,155 "Firma risikan swasta, Caddis, disiasat untuk pembunuhan." 321 00:38:04,199 --> 00:38:07,703 Dia akan cuba guna hal ini untuk ke Rumah Putih. 322 00:38:07,786 --> 00:38:10,998 Kita perlukan strategi apabila tiba di Tangiers. 323 00:38:11,081 --> 00:38:12,791 Caddis boleh musnah. 324 00:38:14,167 --> 00:38:15,669 Saya akan bina yang baharu, 325 00:38:16,753 --> 00:38:20,716 di tempat lebih baik tanpa kongkongan undang-undang Amerika. 326 00:38:28,682 --> 00:38:29,808 Oliver? 327 00:38:29,891 --> 00:38:30,976 Ibu? 328 00:38:33,478 --> 00:38:34,896 Panggilan ini dirakam. 329 00:38:35,355 --> 00:38:36,356 Ibu tahu. 330 00:38:37,649 --> 00:38:39,818 -Saya nak tanya ibu… -Bukan ibu. 331 00:38:41,319 --> 00:38:42,571 David perdaya kita. 332 00:38:45,240 --> 00:38:47,242 Ibu takkan sakiti kamu. 333 00:38:50,078 --> 00:38:51,705 Maafkan saya, ibu. 334 00:38:54,207 --> 00:38:57,169 Maaf, saya tak sedar tindakan saya. 335 00:38:58,253 --> 00:38:59,796 Lidah saya kelu. 336 00:38:59,880 --> 00:39:01,339 Ibu minta maaf tentang Baron. 337 00:39:02,215 --> 00:39:03,050 Apa? 338 00:39:03,133 --> 00:39:05,302 Maaf kerana menjadi ibu yang tak baik, 339 00:39:05,385 --> 00:39:07,512 tak menjadi ibu yang kamu perlukan. 340 00:39:09,097 --> 00:39:10,682 Ibu bukan ibu misali. 341 00:39:13,226 --> 00:39:14,811 Tapi kamu tetap anak ibu. 342 00:39:16,271 --> 00:39:17,481 Ibu sebut "Baron"? 343 00:39:19,066 --> 00:39:21,693 Ibu tahu ibu tegas terhadap kamu, tapi itu 344 00:39:21,777 --> 00:39:23,153 kerana kamu anak ibu. 345 00:39:23,236 --> 00:39:24,863 Kerana ibu sayang kamu. 346 00:39:24,946 --> 00:39:26,448 Mungkin kamu tak percaya 347 00:39:26,531 --> 00:39:29,743 dan itulah yang selayaknya. Kamu berhak benci ibu. 348 00:39:29,826 --> 00:39:31,411 Tapi kamu perlu tahu sesuatu. 349 00:39:31,495 --> 00:39:32,996 Suara ibu tak jelas. 350 00:39:33,955 --> 00:39:37,167 Kamu boleh khianati ibu beribu kali… 351 00:39:37,250 --> 00:39:39,002 Helo? Saya di sini, ibu. 352 00:39:39,086 --> 00:39:41,630 Ibu akan sentiasa jadi ibu kamu. 353 00:39:45,258 --> 00:39:46,259 Helo? 354 00:39:49,971 --> 00:39:51,306 Oliver. 355 00:40:32,848 --> 00:40:34,683 Saya terfikir tentang kolej juga. 356 00:40:37,644 --> 00:40:41,815 Saya nampak pelajar di sekitar bandar ketika berlatih di Caddis. 357 00:40:41,898 --> 00:40:45,235 Ketika itu saya terfikir, "Aduhai, budak-budak nerda ini." 358 00:40:45,318 --> 00:40:48,780 "Budak-budak polos ini telefon ibu bapa tentang tugasan." 359 00:40:49,990 --> 00:40:51,366 Mungkin saya cemburu. 360 00:40:52,200 --> 00:40:53,451 Ia belum terlambat. 361 00:40:53,535 --> 00:40:55,829 -Terlambat untuk saya. -Hei. 362 00:40:55,912 --> 00:40:59,332 Kamu bijak, berkeupayaan dan masih muda. 363 00:40:59,916 --> 00:41:01,751 Kamu boleh buat pelbagai perkara. 364 00:41:03,837 --> 00:41:05,839 Mungkin saya tak patut jadi presiden. 365 00:41:06,339 --> 00:41:07,632 Ayah akan undi kamu. 366 00:41:30,947 --> 00:41:32,949 Saya nak pulang ke AS. 367 00:41:33,033 --> 00:41:34,743 Kita boleh pindah ke LA. 368 00:41:37,037 --> 00:41:39,497 Kakak kenal mana-mana selebriti? 369 00:41:40,373 --> 00:41:41,416 Tidak. 370 00:41:41,917 --> 00:41:43,668 Kakak kenal orang vegan? 371 00:41:43,752 --> 00:41:46,379 Ya. Ada ramai orang vegan di sana. 372 00:41:46,463 --> 00:41:49,299 Adakah orang vegan lemah dan kurus? 373 00:41:49,382 --> 00:41:50,383 Apa? 374 00:41:50,467 --> 00:41:52,636 -Tidaklah. -Dari mana kamu dengar? 375 00:41:52,719 --> 00:41:53,845 -Mari sini. -Ya. 376 00:41:53,929 --> 00:41:55,931 Kamu ada banyak soalan. 377 00:41:56,473 --> 00:41:57,974 Ya, dia ada sifat ingin tahu. 378 00:41:58,808 --> 00:41:59,893 Saya juga begitu. 379 00:42:00,894 --> 00:42:02,187 Kakak suka taco? 380 00:42:02,270 --> 00:42:04,022 Ya, kakak suka taco. 381 00:42:04,105 --> 00:42:05,774 Dia selalu dengar tentang taco. 382 00:42:06,441 --> 00:42:09,653 Korea ada macam-macam, tapi sukar cari makanan Mexico sedap. 383 00:42:10,779 --> 00:42:13,365 Ayah kata ia selalunya manis. 384 00:42:14,324 --> 00:42:16,618 Betul. Macam mana kamu tahu? 385 00:42:20,872 --> 00:42:22,666 Saya mengantuk. 386 00:42:31,633 --> 00:42:33,260 Awak gembira. 387 00:42:36,054 --> 00:42:38,014 Sudah lama saya menantikan saat ini. 388 00:42:45,897 --> 00:42:47,065 Saya sayang awak. 389 00:42:52,988 --> 00:42:54,447 Sikit-sikitlah. 390 00:43:02,539 --> 00:43:03,498 Jom balik? 391 00:43:05,083 --> 00:43:07,627 Saya nak ke tandas dulu. 392 00:43:11,006 --> 00:43:12,048 Saya juga. 393 00:43:15,010 --> 00:43:16,428 Jangan lama-lama. 394 00:43:31,943 --> 00:43:32,777 Minhee-ya. 395 00:43:36,156 --> 00:43:37,991 Kamu nak pergi Amerika? 396 00:43:38,074 --> 00:43:39,576 Hawaii. 397 00:43:39,659 --> 00:43:41,077 Hawaii. 398 00:43:43,621 --> 00:43:45,123 Idea yang bagus. 399 00:44:03,016 --> 00:44:04,642 Ayah akan kembali. 400 00:44:05,185 --> 00:44:08,897 Kamu baring di sini. 401 00:44:20,867 --> 00:44:21,868 Eunju? 402 00:44:25,080 --> 00:44:26,498 Sayang, awak okey? 403 00:44:30,794 --> 00:44:31,795 Rebecca? 404 00:44:47,310 --> 00:44:49,062 Ya Tuhan! 405 00:44:49,896 --> 00:44:51,898 Eunju. 406 00:44:51,981 --> 00:44:54,526 Awak dengar tak? 407 00:44:55,276 --> 00:44:57,737 Biar saya lihat. 408 00:44:57,821 --> 00:44:59,948 Tak guna! 409 00:45:08,832 --> 00:45:09,749 Biar saya bantu. 410 00:45:09,833 --> 00:45:13,878 Saya ada di sini. Tarik nafas, okey? 411 00:45:15,380 --> 00:45:16,589 Tarik nafas. 412 00:45:20,343 --> 00:45:21,928 Kekal dengan saya. 413 00:45:23,304 --> 00:45:24,514 Siapa yang buat? 414 00:45:25,807 --> 00:45:27,308 Siapa buat? 415 00:45:32,897 --> 00:45:34,190 Adakah Rebecca yang buat? 416 00:45:36,151 --> 00:45:37,652 Rebecca? 417 00:45:41,489 --> 00:45:43,074 Rebecca! 418 00:45:46,536 --> 00:45:48,204 Rebecca! 419 00:46:38,379 --> 00:46:40,381 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Wahiddin 420 00:46:40,465 --> 00:46:42,467 Penyelia Kreatif H. Segara