1 00:01:00,000 --> 00:01:02,280 Berundur. Tolong berundur. 2 00:01:02,360 --> 00:01:04,840 - Siapa nama anak puan? - Gabriella. 3 00:01:04,920 --> 00:01:08,600 Ini hal yang rumit. Boleh saya cakap dengan dia sekejap? 4 00:01:08,680 --> 00:01:10,160 Biar kami buat kerja. 5 00:01:10,240 --> 00:01:11,760 Encik tak faham. 6 00:01:12,400 --> 00:01:14,400 Anak saya mengandung. 7 00:01:14,480 --> 00:01:15,840 Anak perempuan. 8 00:01:19,320 --> 00:01:21,200 Namanya Chiara. 9 00:01:27,960 --> 00:01:29,840 Apa yang kamu cuba buat? 10 00:01:29,920 --> 00:01:32,440 Apa guna simpan dia jika ayah nak beri dia kepada orang lain? 11 00:01:32,520 --> 00:01:35,880 Ayah tiada pilihan lain. Itu demi kebaikan dia juga. 12 00:01:35,960 --> 00:01:40,160 - Saya nak simpan dia. Saya keluarga dia. - Kamu tak tahu apa kamu mahu. 13 00:01:43,680 --> 00:01:46,800 DECEITFUL LOVE 14 00:02:23,840 --> 00:02:27,040 LIMBUNGAN KAPAL 15 00:02:31,040 --> 00:02:31,880 Helo? 16 00:02:31,960 --> 00:02:35,160 Helo, Cik De Rosa? Saya telefon dari limbungan kapal. 17 00:02:35,240 --> 00:02:38,440 Katamaran hampir siap. Puan kena tengok hasilnya. 18 00:02:38,520 --> 00:02:40,520 Bagus. Saya gembira mendengarnya. 19 00:02:40,600 --> 00:02:43,720 Jemput datang ikut kelapangan puan. 20 00:02:43,800 --> 00:02:45,960 Selepas deposit 300,000 euro, baki… 21 00:02:46,040 --> 00:02:47,960 Apa maksud awak 300,000 euro? 22 00:02:48,040 --> 00:02:51,040 Tentu ada kesilapan. Depositnya 450,000. 23 00:02:51,120 --> 00:02:52,840 Tidak, puan. Tiada kesilapan. 24 00:02:52,920 --> 00:02:55,680 En. Marini cuma bayar 300,000 kepada kami. 25 00:02:55,760 --> 00:02:56,880 Okey, terima kasih. 26 00:03:11,000 --> 00:03:11,840 Helo? 27 00:03:12,480 --> 00:03:13,480 Hai, Elia. 28 00:03:14,320 --> 00:03:15,200 Awak di mana? 29 00:03:15,800 --> 00:03:18,240 Di atas bot. Saya ambil angin. 30 00:03:18,320 --> 00:03:20,880 - Di limbungan kapal? - Ya, tapi saya boleh kembali. 31 00:03:23,680 --> 00:03:25,080 Tak perlu. 32 00:03:26,120 --> 00:03:28,240 Saya cuma nak beritahu awak sesuatu. 33 00:03:28,320 --> 00:03:31,280 Saya akan jumpa awak di mahkamah. 34 00:03:39,200 --> 00:03:43,520 Hospital di Ibiza telah mengesahkan kematian Francesco Rossetti. 35 00:03:44,480 --> 00:03:46,000 Semua maklumat lain adalah sulit. 36 00:03:46,840 --> 00:03:49,520 Kenapa awak putus asa? Awak patut berkeras. 37 00:03:50,080 --> 00:03:51,080 Begini. 38 00:03:51,600 --> 00:03:53,160 Kami dah mencari. 39 00:03:53,240 --> 00:03:55,080 Kami tahu segalanya tentang Francesco. 40 00:03:55,160 --> 00:03:58,920 Kami tahu dia peminat gusti, dan suka makanan Mexico. Semuanya. 41 00:04:01,120 --> 00:04:03,360 Mungkin tiada apa yang perlu disiasat. 42 00:04:04,320 --> 00:04:06,240 Mungkin dia kemalangan. 43 00:04:06,320 --> 00:04:09,800 Berhenti mengarut. Buat kerja yang saya upah awak. Okey? 44 00:04:25,920 --> 00:04:27,560 Kali pertama kita bertemu, 45 00:04:28,560 --> 00:04:31,640 awak beritahu saya bahawa Elia bukan orang yang baik. 46 00:04:34,200 --> 00:04:37,080 Sejujurnya, saya agak terkejut. 47 00:04:38,040 --> 00:04:40,240 Awak tak tahu banyak perkara. 48 00:04:42,840 --> 00:04:44,480 Apa kata saya mula dulu? 49 00:04:49,640 --> 00:04:52,600 Saya tahu tentang Ibiza, dan saya tahu tentang ribut itu. 50 00:04:53,920 --> 00:04:56,080 Saya tahu tentang hutang yang dia belum bayar. 51 00:04:57,000 --> 00:04:58,720 Dan rakan kongsi yang melarikan diri. 52 00:04:59,680 --> 00:05:01,440 Rakan kongsi yang lari? 53 00:05:02,160 --> 00:05:04,840 Itu yang dia cakap? Awak percayakan dia? 54 00:05:06,440 --> 00:05:08,120 Saya percaya banyak perkara. 55 00:05:09,840 --> 00:05:12,320 Tapi sekarang, saya nak tahu kebenaran. 56 00:05:13,640 --> 00:05:15,280 Biarlah teruk sekalipun. 57 00:05:18,520 --> 00:05:22,200 Apabila dia beritahu saya dia nak buka bisnes sewa bot, 58 00:05:22,280 --> 00:05:25,120 mengharungi musim hujan, saya tak terkejut. 59 00:05:25,200 --> 00:05:26,560 Begitulah orangnya. 60 00:05:27,120 --> 00:05:29,600 Dia fikir dia boleh kawal cuaca juga. 61 00:05:33,360 --> 00:05:36,320 Dia minta banyak duit daripada saya dan suami saya. 62 00:05:37,200 --> 00:05:40,000 Dia buat pinjaman daripada orang jahat. 63 00:05:43,760 --> 00:05:47,440 Jadi Elia sebenarnya rakan kongsi yang melarikan diri? 64 00:05:47,520 --> 00:05:48,760 Tepat sekali. 65 00:05:49,520 --> 00:05:52,440 Dia biarkan Francesco dikejar lintah darat. 66 00:05:54,120 --> 00:05:54,960 Ya. 67 00:05:57,120 --> 00:05:58,640 Namun, di Ibiza, 68 00:05:59,640 --> 00:06:01,600 bukan rakan kongsi saja dia tinggalkan. 69 00:06:01,680 --> 00:06:03,040 Ada seorang gadis juga. 70 00:06:03,960 --> 00:06:07,080 Gadis ini hubungi saya untuk minta bantuan saya mencari dia. 71 00:06:08,280 --> 00:06:11,640 Lagipun, tak mungkin Elia tahu yang gadis ini hamil. 72 00:06:15,320 --> 00:06:17,920 Adakah nama gadis ini Marina Serra? 73 00:06:29,360 --> 00:06:31,960 Boleh saya minta tolong sekali lagi? 74 00:06:35,400 --> 00:06:37,400 Awak tahu di mana Marina Serra? 75 00:06:38,320 --> 00:06:40,200 MAYAT DITEMUKAN DI LAUT 76 00:06:52,400 --> 00:06:53,640 Itu dia. 77 00:06:54,240 --> 00:06:56,040 Jadi mereka saling mengenali. 78 00:06:56,120 --> 00:06:59,760 Kenapa saya tak terfikir sebelum ini? Tak guna! 79 00:06:59,840 --> 00:07:00,920 Siapa? 80 00:07:03,840 --> 00:07:04,760 Lihat. 81 00:07:05,480 --> 00:07:06,920 Saya tahu tempat ini. 82 00:07:07,560 --> 00:07:09,280 Hotel ini tak jauh dari sini. 83 00:07:11,280 --> 00:07:13,280 Gadis ini kunci segalanya. 84 00:07:13,840 --> 00:07:15,880 Dia akan buktikan Elia penipu. 85 00:07:16,880 --> 00:07:20,680 Apa? Awak nak ke mana? Perbicaraan kurang sejam lagi. 86 00:07:31,400 --> 00:07:32,320 - Helo. - Helo. 87 00:07:32,400 --> 00:07:35,520 Saya cari Marina Serra. Saya tahu dia tinggal di sini. 88 00:07:35,600 --> 00:07:38,040 - Apa nombor biliknya? - Encik siapa? 89 00:07:38,720 --> 00:07:41,280 - Kawan. - Maaf, encik tak boleh ke situ. 90 00:07:41,360 --> 00:07:44,720 Saya perlu jumpa dia segera. Boleh awak hubungi dia? 91 00:07:44,800 --> 00:07:45,800 Tidak. 92 00:07:45,880 --> 00:07:48,840 Saya peguam. Beri kerjasama jika tak nak susah. 93 00:07:48,920 --> 00:07:50,560 Dia tiada di sini. 94 00:07:50,640 --> 00:07:52,640 Dia keluar dengan kawan. 95 00:07:54,160 --> 00:07:55,040 Tak guna. 96 00:08:16,600 --> 00:08:18,080 Bagaimana awak cari saya? 97 00:08:18,160 --> 00:08:20,520 Bukan awak saja pandai menjejaki orang. 98 00:08:25,840 --> 00:08:27,400 Awak tahu semuanya, bukan? 99 00:08:28,120 --> 00:08:28,960 Ya. 100 00:08:30,480 --> 00:08:32,680 Walaupun saya tak tahu jika ia benar. 101 00:08:34,240 --> 00:08:36,080 Apa yang awak nak ia jadi? 102 00:08:38,240 --> 00:08:40,720 Saya harap awak tak hamilkan anak Elia. 103 00:08:40,800 --> 00:08:43,120 Saya harap dia tak curi duit saya. 104 00:08:45,840 --> 00:08:49,520 Saya harap saya bukan wanita 60 tahun yang ditipu. 105 00:08:51,240 --> 00:08:52,680 Tapi itulah diri awak. 106 00:08:55,200 --> 00:08:57,920 Wanita tua yang tergila-gilakan pucuk muda. 107 00:08:59,880 --> 00:09:01,440 Nenek yang dipergunakan. 108 00:09:01,520 --> 00:09:05,040 Saya rasa jauh di sudut hati, awak pun sedar, bukan? 109 00:09:05,120 --> 00:09:07,360 Jangan cakap macam awak kenal saya. 110 00:09:08,400 --> 00:09:11,760 Saya kenal Elia. Saya kenal dia lebih lama daripada awak. 111 00:09:19,280 --> 00:09:21,280 Awak rasa belaian cintanya, bukan? 112 00:09:24,320 --> 00:09:26,680 Seolah-olah awak ciptaan terindahnya? 113 00:09:29,520 --> 00:09:32,400 Dia hebat bersandiwara. Dia sangat meyakinkan. 114 00:09:34,320 --> 00:09:36,560 Hubungan kamu cuma atas dasar perniagaan. 115 00:09:37,080 --> 00:09:40,400 Awak realisasikan impiannya, dan dia buat awak rasa disayangi. 116 00:09:41,120 --> 00:09:42,200 Tapi apa? 117 00:09:43,040 --> 00:09:46,240 Mampukah awak terus menyembunyikan kedutan awak? 118 00:09:46,760 --> 00:09:48,960 Awak rasa dia akan jadi penjaga awak? 119 00:09:49,480 --> 00:09:50,480 Pergi mampus. 120 00:09:51,240 --> 00:09:52,560 Pergi jahanam. 121 00:09:56,560 --> 00:09:58,040 Anak yang bakal lahir ini 122 00:09:59,000 --> 00:10:00,440 pengikat kami selamanya. 123 00:10:01,800 --> 00:10:03,760 Awak tahu sebab awak seorang ibu. 124 00:10:04,600 --> 00:10:06,760 Apa yang akan mengikat kamu? 125 00:10:08,280 --> 00:10:09,480 Cinta? 126 00:10:12,160 --> 00:10:14,560 Berapa lama awak boleh beli cinta dia? 127 00:10:14,640 --> 00:10:15,880 Sudah! 128 00:10:22,480 --> 00:10:23,400 Awak pula? 129 00:10:24,800 --> 00:10:25,920 Apa rancangan awak? 130 00:10:27,080 --> 00:10:29,080 Ugut dia? Gertak dia? 131 00:10:29,600 --> 00:10:32,400 Awak takkan mampu pujuk dia jika dia tak mahu. 132 00:10:33,080 --> 00:10:34,400 Malah bukan anak awak. 133 00:10:36,080 --> 00:10:37,440 Dia akan benci awak selamanya. 134 00:10:38,280 --> 00:10:40,120 Dia takkan jadi milik awak. 135 00:10:46,000 --> 00:10:46,920 Fokus. 136 00:10:47,000 --> 00:10:48,000 - Helo, ayah. - Hai. 137 00:10:48,080 --> 00:10:49,040 Bertenang. 138 00:10:50,160 --> 00:10:51,000 Ya, saya tahu. 139 00:10:53,280 --> 00:10:54,320 - Hai. - Hai. 140 00:10:55,120 --> 00:10:57,080 - Mak mana? - Dia belum sampai. 141 00:10:57,160 --> 00:11:00,080 Kenapa? Bukankah kamu patut datang bersama? 142 00:11:00,160 --> 00:11:02,120 Dia kata dia ada hal. 143 00:11:02,200 --> 00:11:03,640 - Itu pun dia. - Saya tak tahu. 144 00:11:03,720 --> 00:11:05,400 Dah sejam saya cuba telefon dia. 145 00:11:08,240 --> 00:11:10,080 Hai. Mak awak belum sampai. 146 00:11:10,920 --> 00:11:12,640 Semua orang dah ada di sini. 147 00:11:14,160 --> 00:11:15,040 Dasar… 148 00:11:15,120 --> 00:11:17,920 Kita tak boleh tunggu dia. Kita perlu pergi. 149 00:11:18,840 --> 00:11:20,600 Saya takkan ke mana-mana tanpa dia. 150 00:11:20,680 --> 00:11:23,280 - Dah lewat. - Awak defendan. 151 00:11:23,360 --> 00:11:25,800 Awak berdepan hukuman penjara enam tahun. 152 00:11:26,280 --> 00:11:30,480 Gabriella akan sertai kita, tapi sekarang kita perlu masuk. 153 00:11:30,560 --> 00:11:33,520 Dalam keluarga ini, tiada hari berlalu tanpa drama. 154 00:13:08,040 --> 00:13:09,160 AYAH 155 00:13:14,080 --> 00:13:15,640 Awak pasti tak nak pergi? 156 00:13:15,720 --> 00:13:17,960 Bukankah awak nak balas dendam pada Elia? 157 00:13:18,040 --> 00:13:19,880 Saya tak peduli tentang Elia. 158 00:13:27,080 --> 00:13:30,480 Kami di sini kerana ibu saya, pada usia 60 tahun, ada teman lelaki. 159 00:13:30,560 --> 00:13:31,840 Adakah kamu tahu? 160 00:13:34,480 --> 00:13:37,520 Tapi awak ekori Elia bersama abang-abang awak. 161 00:13:37,600 --> 00:13:39,640 Maknanya awak curiga. 162 00:13:40,600 --> 00:13:42,680 Baiklah. Mungkin saya ada keraguan. 163 00:13:43,200 --> 00:13:44,240 Habis itu? 164 00:13:45,080 --> 00:13:49,360 Saya juga tak suka kakak ipar saya, tapi abang saya tak dihalang. 165 00:13:49,440 --> 00:13:50,600 Saya cuma kasihankan dia. 166 00:13:51,240 --> 00:13:53,840 Awak sedar tak, dengan mengahwini ibu awak, 167 00:13:53,920 --> 00:13:56,400 Elia juga akan menjadi pewaris? 168 00:13:56,480 --> 00:13:59,560 Apa masalahnya jika mak saya nak beri semua duitnya kepada Elia? 169 00:13:59,640 --> 00:14:00,800 Itu duit dia. 170 00:14:00,880 --> 00:14:06,000 Jika ibu kita bercinta dengan orang yang kita tak suka, tak bermakna dia tak waras. 171 00:14:06,080 --> 00:14:09,400 Sebenarnya, laporan perubatan mengesahkan 172 00:14:09,480 --> 00:14:12,240 Cik De Rosa pernah mengalami kemurungan. 173 00:14:12,320 --> 00:14:15,400 Bersifat psikotik dan ada kecenderungan bunuh diri. 174 00:14:17,760 --> 00:14:22,440 Itu laporan wad kecemasan dari tahun 1981. 175 00:14:22,520 --> 00:14:25,800 Gabriella De Rosa berusia 17 tahun. 176 00:14:28,880 --> 00:14:30,840 Namun, beberapa bulan lalu, 177 00:14:30,920 --> 00:14:32,720 En. Vasari, bekas suaminya, 178 00:14:32,800 --> 00:14:36,600 mendapati mindanya boleh ditakrifkan sebagai dipengaruhi. 179 00:14:36,680 --> 00:14:37,920 Boleh awak sahkannya? 180 00:14:38,880 --> 00:14:39,880 Ya. 181 00:14:39,960 --> 00:14:42,560 Saya singgah hotel 182 00:14:42,640 --> 00:14:46,280 selepas bekas isteri saya bergaduh dengan… 183 00:14:48,840 --> 00:14:50,960 Anak ikan? Boleh panggil dia begitu? 184 00:14:52,440 --> 00:14:56,440 Gabriella makan terlalu banyak pil tidur. 185 00:14:57,520 --> 00:15:00,520 Maksud awak, dia cuba bunuh diri? 186 00:15:02,160 --> 00:15:03,840 Ya, itu yang saya takutkan. 187 00:15:22,560 --> 00:15:25,680 Ibu saya pemilik hotel ini. Semua orang tahu. 188 00:15:26,800 --> 00:15:31,200 Elia muncul di tempat dan masa yang betul dengan keretanya yang rosak. 189 00:15:32,120 --> 00:15:34,440 - Cara lapuk. - Tolong jangan komen. 190 00:15:39,840 --> 00:15:43,200 Apa yang pasti, sejak En. Marini mendekati ibu saya, 191 00:15:43,280 --> 00:15:45,120 dia tak putus-putus minta wang. 192 00:15:45,760 --> 00:15:50,040 Membaiki bot, jam Patek Philippe 1981, 193 00:15:50,120 --> 00:15:51,960 makan malam di restoran mewah… 194 00:15:54,760 --> 00:15:55,600 Mak. 195 00:16:10,560 --> 00:16:12,400 - Mak tak apa-apa? - Ya. 196 00:16:19,320 --> 00:16:21,520 Saya risau. Awak ke mana? 197 00:16:21,600 --> 00:16:22,480 Dengan Marina. 198 00:16:24,320 --> 00:16:27,000 Lagipun, En. Marini semakin berkuasa 199 00:16:27,080 --> 00:16:29,200 melebihi kuasa ibu saya di hotel. 200 00:16:32,360 --> 00:16:34,120 Di sini, saya menyimpulkan 201 00:16:34,200 --> 00:16:37,920 En. Marini telah menerima 450,000 euro 202 00:16:38,000 --> 00:16:40,760 sebagai deposit untuk pembelian katamaran. 203 00:16:42,960 --> 00:16:45,280 Tapi 150,000 lesap begitu saja. 204 00:16:46,560 --> 00:16:48,040 Apa maksud awak lesap? 205 00:16:49,440 --> 00:16:51,320 Kami tanya limbungan kapal. 206 00:16:51,840 --> 00:16:54,200 Mereka terima cengkeram 300,000. 207 00:16:55,600 --> 00:16:58,160 Yang selebihnya dirembat oleh En. Marini. 208 00:17:02,800 --> 00:17:04,920 Maaf. Saya boleh jelaskan semuanya. 209 00:17:07,720 --> 00:17:09,560 Bila awak nak beritahu saya? 210 00:17:09,640 --> 00:17:11,600 Apa awak buat dengan duit itu? 211 00:17:11,680 --> 00:17:15,800 Yang Arif, saya minta rehat untuk berbincang dengan klien saya. 212 00:17:15,880 --> 00:17:17,800 Untuk buat penipuan lagi? 213 00:17:17,880 --> 00:17:19,280 Saya mohon. 214 00:17:19,360 --> 00:17:20,320 Permintaan ditolak. 215 00:17:22,480 --> 00:17:24,280 Mana duit itu, En. Marini? 216 00:17:25,200 --> 00:17:27,160 - Itu… - Saya tahu. 217 00:17:29,680 --> 00:17:30,720 Silakan. 218 00:17:31,800 --> 00:17:33,760 Ia diberikan kepada Marina Serra. 219 00:17:34,560 --> 00:17:37,680 Cik Serra ialah tetamu Elia di hotel itu. 220 00:17:37,760 --> 00:17:40,840 Mereka ada hubungan yang tidak dijelaskan. 221 00:17:41,560 --> 00:17:44,120 Elia pura-pura tak kenal dia sepanjang masa. 222 00:17:44,200 --> 00:17:47,440 Saya yang jemput Marina untuk tinggal di hotel saya. 223 00:17:47,520 --> 00:17:49,880 Dia masih muda. Dia mengandung. 224 00:17:50,840 --> 00:17:52,920 Saya beri dia duit untuk bantu dia. 225 00:17:53,560 --> 00:17:57,200 Mak beri dia semua duit itu? Kepada gadis yang mak tak kenal? 226 00:17:57,280 --> 00:18:00,760 Saya yakin Cik De Rosa tak perlu persetujuan anak-anaknya 227 00:18:00,840 --> 00:18:02,560 untuk beri hadiah kepada kawan. 228 00:18:03,160 --> 00:18:05,480 Saya nak dengar daripada En. Marini. 229 00:18:19,720 --> 00:18:20,560 Betul. 230 00:18:20,640 --> 00:18:23,240 Saya suka Gabriella membantu saya hidup. 231 00:18:23,760 --> 00:18:26,560 Saya suka makan di restoran, belayar. 232 00:18:28,440 --> 00:18:31,240 Saya suka tinggal di hotel yang hebat. 233 00:18:32,720 --> 00:18:35,760 Kamu fikir semuanya tentang duit, tapi kamu silap. 234 00:18:38,640 --> 00:18:41,640 Saya cuma suka perkara begini apabila bersama dia. 235 00:18:43,720 --> 00:18:46,440 Hakikat, saya rasa tanggapan ini menghina. 236 00:18:46,520 --> 00:18:49,240 Nampaknya, kamu bukan sekadar menghina saya, 237 00:18:49,320 --> 00:18:51,560 tapi kamu juga mahu menyakiti dia. 238 00:18:53,080 --> 00:18:54,520 Untuk tunjuk dia lemah. 239 00:18:55,200 --> 00:18:56,760 Yang dia perlukan bantuan. 240 00:19:00,160 --> 00:19:02,120 Jadi, saya nak cakap tentang dia. 241 00:19:03,840 --> 00:19:04,800 Bukan tentang saya. 242 00:19:06,400 --> 00:19:08,000 Tapi tentang wanita yang saya kenal. 243 00:19:08,960 --> 00:19:12,480 Gabriella ialah pengurus hotel wanita yang berjaya. 244 00:19:13,520 --> 00:19:15,440 Dia juga menjaga keluarganya. 245 00:19:15,520 --> 00:19:18,760 Dia menguruskan cef, pelayan, seluruh kakitangan. 246 00:19:20,840 --> 00:19:23,360 Ada orang kata Gabriella tak waras. 247 00:19:25,200 --> 00:19:26,880 Dia tak boleh buat keputusan sendiri. 248 00:19:30,760 --> 00:19:33,440 Tapi sebenarnya Gabriella kuat. 249 00:19:34,000 --> 00:19:35,960 Dia lebih bersemangat daripada saya. 250 00:19:38,720 --> 00:19:39,960 Lebih daripada kamu semua. 251 00:19:43,760 --> 00:19:46,080 Sebab itu saya nak kahwini dia. 252 00:19:46,160 --> 00:19:47,240 Bukan sebab duit. 253 00:19:47,840 --> 00:19:49,680 Saya tahu saya menyusahkan dia. 254 00:19:50,320 --> 00:19:52,120 Saya tak beritahu dia semuanya. 255 00:19:53,560 --> 00:19:57,160 Tapi saya sumpah, itu kerana saya takut kehilangan dia. 256 00:20:01,040 --> 00:20:03,360 - Okey, terima kasih. - Terima kasih. 257 00:20:07,240 --> 00:20:08,080 Silakan. 258 00:20:09,880 --> 00:20:10,720 Ya. 259 00:20:14,640 --> 00:20:18,080 Yang Arif, En. Vasari mahu tambah sesuatu. 260 00:20:18,160 --> 00:20:19,000 Silakan. 261 00:20:31,560 --> 00:20:32,520 Yang Arif. 262 00:20:34,560 --> 00:20:35,800 Semuanya kedengaran indah. 263 00:20:36,840 --> 00:20:38,440 Tapi mak saya bukan sekadar itu. 264 00:20:40,520 --> 00:20:42,840 Ada sisi dia yang tak ramai orang tahu. 265 00:20:43,520 --> 00:20:45,480 Selepas adik saya, Giulia, dilahirkan, 266 00:20:47,240 --> 00:20:48,480 ibu saya tak sihat. 267 00:20:50,240 --> 00:20:51,640 Saya terlalu muda untuk faham. 268 00:20:51,720 --> 00:20:55,160 Tapi saya tahu, lambat-laun, sesuatu yang buruk akan berlaku. 269 00:20:55,240 --> 00:20:56,320 Mak? 270 00:20:59,000 --> 00:20:59,840 Mak… 271 00:20:59,920 --> 00:21:01,920 Dia berubah menjadi orang lain. 272 00:21:03,240 --> 00:21:05,040 Dia akan terperuk di biliknya. 273 00:21:06,960 --> 00:21:08,920 Dia akan abaikan saya dan Giulia. 274 00:21:09,560 --> 00:21:12,120 Walaupun saya dah cuba untuk bersama dia. 275 00:21:12,200 --> 00:21:13,040 Mak. 276 00:21:13,920 --> 00:21:15,120 Mak! 277 00:21:16,200 --> 00:21:17,040 Mak. 278 00:21:18,320 --> 00:21:20,080 Mak, saya di sini. 279 00:21:22,200 --> 00:21:23,480 Saya sayang mak. 280 00:21:26,400 --> 00:21:27,840 Ceritakan tentang kebakaran itu. 281 00:21:28,640 --> 00:21:32,480 Kami tahu mereka akan bangkitkannya. Jangan risau, mereka tiada bukti. 282 00:21:33,000 --> 00:21:35,880 Pada suatu pagi, ibu saya panaskan susu Giulia. 283 00:21:35,960 --> 00:21:37,720 Mungkin dia terlupa. 284 00:21:38,720 --> 00:21:40,160 Ayah saya tiada di sana. 285 00:21:40,840 --> 00:21:42,640 Pembantu rumah dah keluar. 286 00:21:43,720 --> 00:21:47,240 Apabila saya perasan asap, saya cuba kejutkan dia. 287 00:21:47,320 --> 00:21:49,040 Ada asap! Bangun! 288 00:21:50,480 --> 00:21:52,000 Tapi dia tak sedar. 289 00:21:52,080 --> 00:21:52,960 Mak! 290 00:21:53,800 --> 00:21:55,280 Seolah-olah dia tiada di situ. 291 00:21:55,360 --> 00:21:56,480 Mak, bangun. 292 00:21:56,560 --> 00:21:59,480 Jasad tanpa jiwa. Sudah berhari-hari dia begitu. 293 00:22:00,320 --> 00:22:01,360 Bangun. 294 00:22:01,440 --> 00:22:03,880 Mak! Bangun, mak! 295 00:22:03,960 --> 00:22:05,080 Giulia… 296 00:22:05,880 --> 00:22:07,080 Giulia menangis. 297 00:22:09,480 --> 00:22:10,840 Dia menangis sepanjang masa. 298 00:22:14,040 --> 00:22:16,360 Mak asyik kata dia penat. 299 00:22:16,440 --> 00:22:18,160 Dia kata dia perlu tidur. 300 00:22:18,960 --> 00:22:20,880 Asap sudah memenuhi bilik, 301 00:22:20,960 --> 00:22:23,560 dan dia hanya duduk di situ, memandang saya. 302 00:22:23,640 --> 00:22:28,320 Awak fikir mak awak sengaja biarkan dapur menyala? 303 00:22:33,240 --> 00:22:34,800 Saya tak pernah tanya dia. 304 00:22:38,080 --> 00:22:40,400 Tapi saya ada sangkaan itu. 305 00:22:42,520 --> 00:22:43,840 Maksud saya di sini, 306 00:22:44,760 --> 00:22:47,320 saya tak takut kami kehilangan wang. 307 00:22:49,480 --> 00:22:52,560 Saya risau, apabila lelaki ini selesai menipunya… 308 00:22:55,080 --> 00:22:57,040 ibu saya akan patah hati. 309 00:22:59,680 --> 00:23:01,880 Dia akan jadi jasad tak berjiwa semula. 310 00:23:13,760 --> 00:23:14,720 Saya minta maaf. 311 00:23:33,880 --> 00:23:35,760 Terima kasih. Sila kembali ke tempat duduk. 312 00:23:53,720 --> 00:23:54,680 Hei. 313 00:23:55,720 --> 00:23:58,600 Awak takkan sesekali sakiti anak-anak awak. 314 00:23:58,680 --> 00:24:00,400 Hakim tahu. Stefano tahu. 315 00:24:01,280 --> 00:24:02,440 Saya nak beri keterangan. 316 00:24:03,240 --> 00:24:05,440 Awak pasti? Kita belum bersedia. 317 00:24:05,520 --> 00:24:09,240 Tak perlu bersedia. Saya nak beritahu perkara sebenar. 318 00:24:10,680 --> 00:24:14,360 Yang Arif, Cik De Rosa mahu beri keterangan. 319 00:24:16,720 --> 00:24:17,560 Cik De Rosa. 320 00:24:19,440 --> 00:24:20,280 Silakan. 321 00:24:42,120 --> 00:24:44,600 Banyak yang diperkatakan tentang saya hari ini. 322 00:24:45,720 --> 00:24:47,720 Ada yang sukar didengari. 323 00:24:47,800 --> 00:24:51,040 Terutamanya daripada mereka yang saya sayangi. 324 00:24:52,360 --> 00:24:54,840 Sekarang saya juga nak cakap sesuatu tentang diri saya. 325 00:24:55,720 --> 00:24:58,080 Sesuatu yang saya tak pernah kongsi dengan sesiapa, 326 00:24:59,360 --> 00:25:03,480 tapi ia mungkin membantu kamu untuk memahaminya. 327 00:25:05,120 --> 00:25:06,960 Saya berusia 17 tahun 328 00:25:07,040 --> 00:25:09,560 semasa saya hamil anak pertama saya. 329 00:25:11,840 --> 00:25:12,760 Seorang kakak. 330 00:25:16,040 --> 00:25:17,520 Kamu tak pernah jumpanya. 331 00:25:19,000 --> 00:25:22,320 Mereka bawa saya ke Salerno, tempat saya lahirkan Chiara. 332 00:25:24,200 --> 00:25:27,080 Itu nama yang saya beri sebelum mereka bawa dia pergi. 333 00:25:30,920 --> 00:25:33,960 Tarikh itu pada 19 Oktober 1981. 334 00:25:36,120 --> 00:25:38,360 Itu kali terakhir saya jumpa dia. 335 00:25:40,000 --> 00:25:42,360 Pada awalnya, saya fikirkan dia setiap hari. 336 00:25:43,840 --> 00:25:46,760 Saya tertanya-tanya jika dia sedang makan atau tidur. 337 00:25:48,680 --> 00:25:51,280 Saya cuba fikirkan ke mana mereka bawa dia. 338 00:25:53,200 --> 00:25:54,560 Akhirnya, memori itu… 339 00:25:57,120 --> 00:25:58,560 hilang. 340 00:26:02,880 --> 00:26:05,200 Tapi apabila kamu dilahirkan, Giulia, 341 00:26:08,920 --> 00:26:12,720 segala perbuatan mereka buat kepada mak kembali mengingatkan mak. 342 00:26:14,920 --> 00:26:19,360 Mak mula takut ia akan berlaku lagi. Mak takut mereka akan ambil kamu. 343 00:26:20,160 --> 00:26:22,440 Sebab mak tak layak jadi ibu. 344 00:26:23,120 --> 00:26:24,520 Mak tak boleh menyayangi kamu. 345 00:26:24,600 --> 00:26:28,360 Jadi mak mula menjauhkan diri, 346 00:26:28,440 --> 00:26:33,200 dan mak mula rasa lebih penat, kosong. 347 00:26:35,200 --> 00:26:38,040 Kamu ingat semua itu. Betul tak, Stefano? 348 00:26:40,480 --> 00:26:43,800 Kamu masih kecil dan kuat, jadi mak bersandar pada kamu. 349 00:26:45,840 --> 00:26:48,280 Mak membebankan kamu. 350 00:26:49,280 --> 00:26:52,840 Mak minta maaf kerana menipu kamu semua selama ini. 351 00:26:53,400 --> 00:26:56,000 Mak tahu mak banyak dosa dengan kamu. 352 00:26:56,080 --> 00:26:58,520 Tapi sekarang, mak nak jalani hidup mak. 353 00:27:00,680 --> 00:27:04,040 Elia Marini ialah lelaki yang mak pilih. 354 00:27:06,520 --> 00:27:09,200 Kali ini, mak takkan benarkan sesiapa… 355 00:27:11,960 --> 00:27:13,960 malah kamu, anak-anak mak, 356 00:27:14,560 --> 00:27:16,120 mahupun mahkamah ini, 357 00:27:17,040 --> 00:27:18,960 untuk larang saya mencintai dia. 358 00:27:22,600 --> 00:27:24,160 Terima kasih, Cik De Rosa. 359 00:27:32,200 --> 00:27:34,640 Mahkamah akan membuat keputusan. 360 00:27:45,160 --> 00:27:46,800 Awak sangat berani. 361 00:27:47,640 --> 00:27:49,560 - Ia sukar. - Saya tahu. 362 00:27:51,200 --> 00:27:53,280 Kenapa mak tak beritahu kami? 363 00:28:00,680 --> 00:28:04,200 Mereka akan kembali. Gabriella, jom ke tempat duduk. 364 00:28:11,360 --> 00:28:12,320 Kekal berdiri. 365 00:28:37,320 --> 00:28:38,960 Atas nama rakyat Itali, 366 00:28:39,040 --> 00:28:42,360 dengan merujuk kepada Artikel 425 Kod Prosedur Jenayah, 367 00:28:43,120 --> 00:28:47,400 saya isytiharkan tiada kes untuk dijawab untuk defendan Marini Elia… 368 00:28:49,680 --> 00:28:54,520 atas tuduhan yang dibuat ke atasnya, kerana jenayah itu tak berlaku. 369 00:28:56,400 --> 00:28:58,640 - Saya dah kata. - Terima kasih, Delia. 370 00:28:59,160 --> 00:29:00,200 Terima kasih. 371 00:29:00,880 --> 00:29:03,640 Jangan risau. Kita boleh buat rayuan. 372 00:29:05,600 --> 00:29:06,800 Tak, itu saja. 373 00:29:30,040 --> 00:29:31,200 Giulia. 374 00:29:34,280 --> 00:29:35,280 Mak minta maaf. 375 00:29:36,720 --> 00:29:38,440 Saya perlu bersendirian, mak. 376 00:29:39,920 --> 00:29:40,920 Mak minta maaf. 377 00:29:54,080 --> 00:29:54,960 Mak. 378 00:29:56,600 --> 00:29:57,480 Stefano. 379 00:29:58,400 --> 00:29:59,720 Saya buat untuk mak. 380 00:30:00,680 --> 00:30:03,760 Saya tak peduli tentang duit itu, atau hotel. Saya… 381 00:30:04,440 --> 00:30:06,240 Saya sangat risau andai Elia… 382 00:30:06,320 --> 00:30:09,360 Kamu risaukan mak sepanjang hidup kamu, Stefano. 383 00:30:09,440 --> 00:30:13,600 Mak tahu Elia ikut saya dan ugut saya untuk hentikan perbicaraan ini? 384 00:30:13,680 --> 00:30:17,280 Gadis yang mak beri duit itu, Elia kenal dia dari Sepanyol. 385 00:30:17,360 --> 00:30:18,800 Mak tahu semuanya. 386 00:30:19,440 --> 00:30:20,280 Semuanya. 387 00:30:20,880 --> 00:30:22,680 Berhenti risaukan mak. 388 00:30:23,200 --> 00:30:24,360 Jalani hidup kamu. 389 00:30:25,000 --> 00:30:26,120 Bebaskan diri kamu. 390 00:30:38,360 --> 00:30:39,480 Gabriella, tunggu. 391 00:30:42,640 --> 00:30:43,560 Apa? 392 00:30:44,400 --> 00:30:45,800 Apa maksud awak? 393 00:30:46,760 --> 00:30:48,160 Selepas semua ini, 394 00:30:48,880 --> 00:30:50,840 awak nak pergi begitu saja? 395 00:30:50,920 --> 00:30:52,920 Kita dah banyak bercakap. 396 00:30:53,440 --> 00:30:55,080 Kita perlu senyap sekarang. 397 00:30:57,320 --> 00:30:58,680 Saya akan hubungi awak. 398 00:33:08,800 --> 00:33:10,160 BALAI POLIS SAN VINCENZO 399 00:33:12,240 --> 00:33:15,200 - Selamat tinggal. Jumpa esok. - Selamat tinggal. Jumpa lagi. 400 00:33:26,240 --> 00:33:27,800 Saya nampak awak di balai polis. 401 00:33:29,480 --> 00:33:30,960 Awak ekori sayakah? 402 00:33:32,520 --> 00:33:33,600 Apa yang awak nak? 403 00:33:34,800 --> 00:33:36,160 Saya cuma nak berbual. 404 00:33:36,800 --> 00:33:38,400 Apa lagi nak dibualkan? 405 00:33:38,480 --> 00:33:39,480 Saya buat silap. 406 00:33:40,800 --> 00:33:41,840 Saya jahat. 407 00:33:42,840 --> 00:33:44,280 Saya rosakkan semuanya. 408 00:33:44,360 --> 00:33:45,760 Balik-balik, itu saja. 409 00:33:47,600 --> 00:33:49,240 Saya ikut perasaan, Mattia. 410 00:33:51,120 --> 00:33:54,280 Itu tak pernah berlaku kepada saya. Saya buat silap. 411 00:33:55,800 --> 00:33:57,520 Saya minta awak maafkan saya. 412 00:33:58,080 --> 00:33:59,080 Untuk segalanya. 413 00:33:59,160 --> 00:34:01,800 Stefano, saya maafkan awak. 414 00:34:03,320 --> 00:34:06,680 - Tapi bukan itu masalahnya. - Beritahu saya apa nak buat. 415 00:34:07,400 --> 00:34:08,360 Saya akan buat. 416 00:34:08,440 --> 00:34:09,520 Saya sumpah. 417 00:34:11,920 --> 00:34:13,680 Ada baiknya saya nampak awak marah. 418 00:34:15,560 --> 00:34:18,000 Saya semakin akan sesetengah perkara. 419 00:34:19,000 --> 00:34:21,000 Awak takkan tinggalkan isteri awak. 420 00:34:21,520 --> 00:34:22,840 Tapi kita bahagia. 421 00:34:23,640 --> 00:34:25,760 Kita dah temukan keseimbangan. 422 00:34:26,680 --> 00:34:27,520 Betul. 423 00:34:28,800 --> 00:34:30,480 Tapi ia takkan bertahan lama. 424 00:34:34,440 --> 00:34:35,920 Jangan hubungi saya lagi. 425 00:34:37,280 --> 00:34:38,960 Mattia. 426 00:34:39,760 --> 00:34:40,600 Mattia. 427 00:35:15,040 --> 00:35:16,240 Awak nak ke mana? 428 00:35:20,480 --> 00:35:22,280 Sejujurnya, saya tak tahu. 429 00:35:24,240 --> 00:35:25,360 Boleh kita berbual? 430 00:35:26,080 --> 00:35:29,920 Apa gunanya? Saya nampak renungan awak semalam. 431 00:35:31,760 --> 00:35:34,040 Saya tak mahu melihatnya lagi. 432 00:35:36,440 --> 00:35:37,400 Selamat tinggal, Gabriella. 433 00:35:40,560 --> 00:35:43,280 Percayalah, saya akan bayar balik segalanya. 434 00:35:43,880 --> 00:35:45,320 Setiap sen. 435 00:35:46,840 --> 00:35:47,920 Dengar, Elia. 436 00:35:52,160 --> 00:35:53,600 Semasa berjumpa Marina, 437 00:35:55,920 --> 00:35:57,480 dia beritahu saya sesuatu. 438 00:36:02,440 --> 00:36:04,720 Saya buat apa saja untuk dapatkan dia semula. 439 00:36:05,560 --> 00:36:06,920 Tapi ia tak membantu. 440 00:36:10,480 --> 00:36:12,320 Dah lama dia boleh lari. 441 00:36:13,680 --> 00:36:16,360 Tapi satu-satunya yang dia mahu adalah untuk bersama awak. 442 00:36:17,560 --> 00:36:19,680 Macam mana saya nak percaya? 443 00:36:20,200 --> 00:36:21,280 Dia cintakan awak! 444 00:36:25,640 --> 00:36:27,360 Walaupun awak sebaya ibunya. 445 00:36:29,360 --> 00:36:31,160 Walaupun saya mengandungkan anaknya. 446 00:36:43,320 --> 00:36:45,240 Saya tak mahukan anak ini. 447 00:36:49,680 --> 00:36:52,800 Saya tak tahu cara nak membesarkannya. Saya tak mampu. 448 00:36:56,480 --> 00:36:58,680 Saya sendirian. Sebatang kara. 449 00:37:07,680 --> 00:37:10,640 Saya banyak fikirkan tentang kita. Tentang saya. Tentang dia juga. 450 00:37:11,560 --> 00:37:13,880 Saya buat keputusan untuk bantu Marina. 451 00:37:15,160 --> 00:37:17,520 Kehidupan anak itu akan terjamin. 452 00:37:18,800 --> 00:37:20,600 Saya akan tanggung sepenuhnya. 453 00:37:30,640 --> 00:37:33,120 Tapi mereka mesti hilang dari hidup saya. 454 00:37:34,840 --> 00:37:36,320 Buatlah sesuka hati awak. 455 00:37:36,800 --> 00:37:39,960 Saya tak tahu pun dia mengandung semasa saya pergi. 456 00:37:40,040 --> 00:37:42,440 Setidaknya awak tak tipu. Saya tahu. 457 00:37:44,200 --> 00:37:46,520 Saya buat silap. Kesilapan besar. 458 00:37:47,200 --> 00:37:50,880 Jika awak boleh maafkan saya, saya hanya mahu bersama awak. 459 00:37:50,960 --> 00:37:53,600 Dengar sini. Saya tak nak kahwin dengan awak. 460 00:37:53,680 --> 00:37:57,120 Saya pernah berkahwin dan ia membosankan. 461 00:37:57,200 --> 00:38:00,440 Saya nak bebas sekarang. Saya juga mahu awak bebas. 462 00:38:00,520 --> 00:38:02,360 Tiada apa yang mengikat kita. 463 00:38:02,440 --> 00:38:04,280 Kecuali impian untuk bersama. 464 00:38:05,520 --> 00:38:07,560 Saya dan awak. 465 00:38:07,640 --> 00:38:11,640 Jika itu yang buat awak bahagia, maka saya pun turut akan bahagia. 466 00:38:11,720 --> 00:38:12,560 Ya. 467 00:38:18,880 --> 00:38:21,280 Kita boleh bahagia bersama-sama. 468 00:38:22,080 --> 00:38:23,160 Mulai sekarang. 469 00:38:47,280 --> 00:38:49,720 BEBERAPA BULAN KEMUDIAN 470 00:38:50,320 --> 00:38:51,440 - Selamat pagi. - Selamat pagi. 471 00:38:51,520 --> 00:38:53,160 - Hei. - Selamat hari jadi, mak. 472 00:38:53,240 --> 00:38:54,280 Hai, sayang. 473 00:38:55,360 --> 00:38:56,200 Terima kasih. 474 00:38:56,280 --> 00:38:57,480 - Elia. - Hai. 475 00:38:57,560 --> 00:38:58,840 Letak dalam pasu, ya. 476 00:38:58,920 --> 00:39:00,800 - Selamat hari jadi. - Terima kasih, Ester. 477 00:39:00,880 --> 00:39:02,240 - Hai. - Hai, adik! 478 00:39:02,320 --> 00:39:04,200 - Helo, sayang. - Hai, Sofia. 479 00:39:04,280 --> 00:39:05,520 - Hai. - Apa khabar? 480 00:39:06,200 --> 00:39:08,800 - Helo, semua. - Lihat siapa datang. 481 00:39:08,880 --> 00:39:10,960 - Selamat hari jadi! - Tidak! 482 00:39:11,040 --> 00:39:13,240 - Hai. - Dah pesan jangan bawa hadiah. 483 00:39:13,320 --> 00:39:14,520 Peduli apa. 484 00:39:14,600 --> 00:39:16,120 - Awak cantik. - Terima kasih. 485 00:39:16,200 --> 00:39:18,000 - Saya akan letak di sini. - Saya akan cuci tangan. 486 00:39:18,600 --> 00:39:21,440 Tahun lepas kamu hadiahkan nenek anak anjing. Ingat tak? 487 00:39:21,520 --> 00:39:24,480 Tahun ini, apa yang nenek dapat? Dua ekor kucing? 488 00:39:24,560 --> 00:39:27,400 - Mungkin. - Oh, tidak! Tidak! 489 00:39:27,480 --> 00:39:28,520 Untuk Gabriella. 490 00:39:29,400 --> 00:39:30,880 Untuk Gabriella! 491 00:39:33,400 --> 00:39:35,200 - Terima kasih. - Okey. 492 00:39:35,800 --> 00:39:36,840 Terima kasih. 493 00:39:43,320 --> 00:39:45,520 - Untuk Gabriella! - Selamat hari jadi! 494 00:39:45,600 --> 00:39:46,680 Selamat hari jadi. 495 00:40:19,320 --> 00:40:21,120 - Kita semua ada di sini? - Ya. 496 00:40:21,200 --> 00:40:22,600 Kita boleh pergi makan. 497 00:40:22,680 --> 00:40:24,120 Ya. Terima kasih. 498 00:40:24,200 --> 00:40:26,360 Saya tak ingat dari mana saya baca, 499 00:40:26,440 --> 00:40:29,440 tapi saya sentiasa ingat satu mutiara kata ini. 500 00:40:30,560 --> 00:40:35,360 "Penipuan yang membahagiakan lebih baik daripada kebenaran yang mematikan." 501 00:40:56,120 --> 00:40:59,880 DECEITFUL LOVE 502 00:41:13,320 --> 00:41:16,240 BERDASARKAN SIRI TV UK GOLD DIGGER 503 00:44:20,160 --> 00:44:22,120 Terjemahan sari kata oleh Jentayu