1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 3 00:00:20,166 --> 00:00:24,291 Ada kali pertama bagi banyak perkara dalam hidup seseorang. 4 00:00:25,541 --> 00:00:27,833 Kali pertama anda jatuh cinta. 5 00:00:28,875 --> 00:00:31,708 Kali pertama bertemu keluarga mentua. 6 00:00:32,500 --> 00:00:34,041 Kali pertama anda… 7 00:00:36,041 --> 00:00:38,375 Okey, faham-faham sendirilah. 8 00:00:40,875 --> 00:00:44,083 Menjadi ibu bapa buat kali pertama. 9 00:00:45,208 --> 00:00:46,583 Ia suatu anugerah. 10 00:00:47,583 --> 00:00:51,750 Terutamanya jika anda tinggal di syurga dunia bernama Mauritius. 11 00:00:52,333 --> 00:00:53,875 Kata orang itu membahagiakan. 12 00:00:53,958 --> 00:00:55,916 Tapi kenapa perlu menipu? 13 00:00:56,541 --> 00:00:58,833 Adakalanya ia menjengkelkan juga. 14 00:00:58,916 --> 00:01:00,250 Tapi tunggu. 15 00:01:00,875 --> 00:01:03,541 Anda fikir saya maksudkan bayi itu? 16 00:01:13,708 --> 00:01:15,875 Prishen akan berikan saya cucu. 17 00:01:16,833 --> 00:01:18,250 Apa lagi saya nak? 18 00:01:22,416 --> 00:01:24,500 Ya, anak perempuan akan bersalin. 19 00:01:25,166 --> 00:01:26,000 Hei. 20 00:01:27,333 --> 00:01:29,250 Tak sangka tiga hari saja lagi. 21 00:01:29,333 --> 00:01:32,458 - Tak sabar nak ke sana. - Mauritius, kami datang! 22 00:01:32,541 --> 00:01:34,250 Saya jamin, cucu perempuan. 23 00:01:34,333 --> 00:01:37,250 Saya yakin sepenuhnya mereka dapat anak lelaki. 24 00:01:38,041 --> 00:01:39,791 Terima kasih. 25 00:01:39,875 --> 00:01:42,583 Saya maksudkan datuk dan nenek. 26 00:01:42,666 --> 00:01:46,916 Apabila mereka muncul, huru-hara jadinya. 27 00:01:48,083 --> 00:01:50,791 - Saya harap rupanya macam Jodi. - Kepintaran Prishen. 28 00:01:50,875 --> 00:01:53,000 - Dia sangat cantik. - Dia doktor. 29 00:01:53,083 --> 00:01:57,250 Genetik Kandasamy pasti akan menang. 30 00:01:57,750 --> 00:02:00,708 Seratus peratus macam keluarga Naidoo. 31 00:02:17,833 --> 00:02:20,916 KANDASAMYS THE BABY 32 00:02:21,000 --> 00:02:24,000 Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. 33 00:02:24,083 --> 00:02:26,916 Begitulah. Bertenang. Satu lagi. 34 00:02:27,666 --> 00:02:29,250 Tarik nafas. 35 00:02:29,333 --> 00:02:31,875 Awak boleh. Ayuhlah. Awak boleh buat. 36 00:02:31,958 --> 00:02:33,583 Saya tak boleh, Jen. 37 00:02:33,666 --> 00:02:36,250 Ayuhlah, Shanthi. Kita tiada pilihan. 38 00:02:36,333 --> 00:02:39,958 Tengoklah. Awak biarkan ia tumbuh lebat macam Hutan Amazon. 39 00:02:40,041 --> 00:02:42,041 Ya, sampai boleh dianyam. 40 00:02:42,125 --> 00:02:43,500 Saya dah tualah. 41 00:02:43,583 --> 00:02:47,500 Shanthi, tengok saya. Fikir perkara gembira. Fikirkan Mauritius. 42 00:02:47,583 --> 00:02:48,583 Mauritius. 43 00:02:48,666 --> 00:02:50,583 - Dan bayi itu. - Bayi mereka. 44 00:02:50,666 --> 00:02:51,583 Fikirkan… 45 00:02:52,083 --> 00:02:53,625 Mak. 46 00:02:54,166 --> 00:02:56,208 Letak balik. Ini bukan rumah mak. 47 00:02:56,291 --> 00:02:58,416 Siapa kamu nak mengarah-arah? 48 00:02:59,666 --> 00:03:01,291 Perkara gembira konon. 49 00:03:02,000 --> 00:03:04,416 Saya tak sabar nak jumpa Prishen saya. 50 00:03:05,000 --> 00:03:08,833 Yang paling seronok, cucu perempuan saya akan tidur dengan saya. 51 00:03:08,916 --> 00:03:12,625 Tidak. Saya dah tempah katil bayi untuk cucu lelaki saya. 52 00:03:13,375 --> 00:03:16,750 - Ia tetap akan berlaku. - Langkah mayat saya dulu. 53 00:03:16,833 --> 00:03:18,375 - Lebih baik kamu. - "Mayat saya." 54 00:03:18,458 --> 00:03:21,208 Kita cuma perlu pandu mereka ke jalan betul. 55 00:03:21,291 --> 00:03:24,458 Setelah anak itu lahir, selesai. Mereka cuma perlu fokus… 56 00:03:24,541 --> 00:03:26,291 - Pada anak nombor dua. - Aduhai. 57 00:03:26,375 --> 00:03:28,708 Bukan macam awak, Jen. Satu saja anak. 58 00:03:28,791 --> 00:03:29,666 Macam saya. 59 00:03:30,250 --> 00:03:32,250 Satu, dua, cha-cha-cha. 60 00:03:32,333 --> 00:03:34,666 Baiklah. Saya ada idea lebih bagus. 61 00:03:34,750 --> 00:03:35,875 Ya? 62 00:03:35,958 --> 00:03:38,208 Saya rasa awak perlu cabut semua bulu. 63 00:03:42,291 --> 00:03:43,708 Kita nak pergi Brazil? 64 00:03:46,541 --> 00:03:48,458 Mak ingat kita nak ke Mauritius. 65 00:03:48,958 --> 00:03:52,083 Pastikan rumah ini dalam keadaan tersusun. 66 00:03:52,166 --> 00:03:54,166 Mak awak tetap akan susun semula. 67 00:03:54,250 --> 00:03:57,333 Ya, dia akan susun kemudian sindir saya. 68 00:03:58,041 --> 00:04:00,250 Bertenang, saya sokong awak. Okey. 69 00:04:01,750 --> 00:04:04,791 Okey, semua. Siapa nak sandwic ikan tin? 70 00:04:04,875 --> 00:04:07,583 Saya masak ayam Cornish beriani terkenal saya. 71 00:04:08,916 --> 00:04:11,333 - Ini bukan pesta makanan. - Kita semua lapar. 72 00:04:11,416 --> 00:04:12,541 Ini percutian pantai. 73 00:04:12,625 --> 00:04:14,583 Tak nampakkah? Perlawanan dah mula. 74 00:04:15,291 --> 00:04:18,083 Mak nampak? Saya dapat dua mata. 75 00:04:18,166 --> 00:04:21,375 Umumkan begitu kalau dapat dua A di sekolah saja, okey? 76 00:04:21,458 --> 00:04:24,208 - Shanthi! - Jen, dia lulus cukup makan saja. 77 00:04:24,291 --> 00:04:26,166 Mak pun sama. Masih bertahan. 78 00:04:26,250 --> 00:04:28,666 Itu kerana orang baik-baik mati dulu. 79 00:04:30,708 --> 00:04:32,250 Kamu yang terakhir akan mati. 80 00:04:32,333 --> 00:04:33,875 - Mak Cik Jennifer? - Ya. 81 00:04:33,958 --> 00:04:36,916 Beritahu mak saya, saya nak tengok bayi itu juga. 82 00:04:37,000 --> 00:04:40,291 Desan, lawatan itu bukan untuk kamu, tapi abang kamu. 83 00:04:40,375 --> 00:04:43,416 Mak dah bosan dengar kamu ulang-ulang, 84 00:04:43,500 --> 00:04:47,125 "Saya nak ikut. Saya nak bilik Prishen." Sudahlah. 85 00:04:47,208 --> 00:04:51,000 Okey, tapi kalau saya halang bola ini, boleh saya ambil bilik Prishen? 86 00:04:51,083 --> 00:04:52,291 Okey. 87 00:04:53,750 --> 00:04:54,833 Dah bersedia? 88 00:04:54,916 --> 00:04:56,541 Tentulah dia boleh halang. 89 00:04:56,625 --> 00:04:59,333 Si tua ini bukannya boleh tendang kuat. 90 00:05:53,875 --> 00:05:57,041 Di ambang maut tapi masih boleh sumbat gol. 91 00:05:58,666 --> 00:06:00,250 Jangan cabar saya. 92 00:06:00,333 --> 00:06:04,250 Desan, kenapa bodoh sangat? Nak tuju ke mana pun tak tahu? 93 00:06:04,333 --> 00:06:06,708 Kalau Prishen ada, dia halang seluruh gawang gol. 94 00:06:06,791 --> 00:06:09,625 Jangan harap kamu dapat bilik Prishen. 95 00:06:18,708 --> 00:06:19,625 Hei. 96 00:06:21,500 --> 00:06:23,250 Sedia? Ayuh. 97 00:06:24,666 --> 00:06:26,458 - Bagaimana rasanya? - Ketat. 98 00:06:26,958 --> 00:06:30,666 Mak kita memang memeningkan. Kita patut ada kod apabila perlu bantuan. 99 00:06:30,750 --> 00:06:32,416 Apabila musuh mara. 100 00:06:34,833 --> 00:06:36,291 - Saya fikir… - Ya? 101 00:06:36,375 --> 00:06:39,125 …mak awak "taufan", mak saya "gunung berapi" 102 00:06:39,208 --> 00:06:40,458 sebab dia suka pendam rasa. 103 00:06:42,125 --> 00:06:43,041 Saya suka. 104 00:06:44,875 --> 00:06:45,958 - Akhirnya! - Apa? 105 00:06:46,041 --> 00:06:47,666 - Ini dia. - Nah. 106 00:06:47,750 --> 00:06:50,625 Kita adakan mesyuarat ringkas sebab bas lambat. 107 00:06:50,708 --> 00:06:51,833 Elvis. 108 00:06:51,916 --> 00:06:53,208 - Mesyuarat? - Ya. 109 00:06:53,291 --> 00:06:54,666 Semasa bercuti? 110 00:06:54,750 --> 00:06:56,416 Ada sesiapa nak samosa? 111 00:06:58,541 --> 00:07:00,958 Berhenti. Shanthi, apa masalah awak? 112 00:07:01,041 --> 00:07:04,708 Preggie, kalau awak nak tahu, ini bukan percutian. 113 00:07:06,000 --> 00:07:09,250 Jennifer, kenapa awak macam polis? 114 00:07:11,041 --> 00:07:13,083 - Sakitnya. - Itu dia. Okey. 115 00:07:13,708 --> 00:07:15,625 - Ayuh. - Bayi ini berat. 116 00:07:15,708 --> 00:07:18,125 Okey, dah nak habis. Ayuh. 117 00:07:18,208 --> 00:07:20,333 Okey, tarik nafas dan hembus. 118 00:07:21,833 --> 00:07:23,958 - Sakitnya. - Tak apa. 119 00:07:24,041 --> 00:07:26,750 - Alamak. Air ketuban pecah. - Dah nak lahir. 120 00:07:26,833 --> 00:07:29,916 Kalau tengok nota, saya dah buat jadual yang jelas. 121 00:07:30,000 --> 00:07:32,750 Saya senaraikan hari pertama, kedua dan ketiga 122 00:07:32,833 --> 00:07:34,208 sampai habis. 123 00:07:34,291 --> 00:07:37,708 Ada juga petua untuk menyapa penduduk setempat. 124 00:07:38,208 --> 00:07:40,541 Kenapa? Tak boleh sebut "helo" saja? 125 00:07:40,625 --> 00:07:42,125 - Jennifer? - Ya, Preggie. 126 00:07:42,208 --> 00:07:47,000 Macam mana kita nak buat ini? "Kekalkan suasana aman sepanjang masa." 127 00:07:47,833 --> 00:07:48,666 Hei. 128 00:07:48,750 --> 00:07:50,083 Bonjour, Preggie. 129 00:07:50,875 --> 00:07:52,375 Bonsoir, Elvis. 130 00:07:53,125 --> 00:07:54,125 Elvis! 131 00:07:54,958 --> 00:07:59,083 Ini bukan gurauan. Sekampung diperlukan untuk besarkan seorang anak. 132 00:07:59,666 --> 00:08:02,458 Hanya satu nenek diperlukan untuk besarkan Jodi. Malulah. 133 00:08:04,333 --> 00:08:07,458 Jennifer, apa kata santai-santai saja? 134 00:08:08,041 --> 00:08:12,791 Ya, Jennifer. Kita nak pergi ke Mauritius tapi kamu buat kita semua muram. 135 00:08:13,791 --> 00:08:15,125 Sesiapa ada pisau? 136 00:08:15,208 --> 00:08:16,083 Kenapa? 137 00:08:16,166 --> 00:08:18,500 Kelar pergelangan tangan saya sekarang. 138 00:08:32,583 --> 00:08:34,833 Elvis, berapa jauh lagi? 139 00:08:34,916 --> 00:08:36,916 Mak, kita baru saja bertolak. 140 00:08:37,416 --> 00:08:42,208 Saya tak sabar nak jumpa anak saya dalam lapan jam lagi. Saya teruja. 141 00:08:42,291 --> 00:08:43,625 Mak rasa nak meletup. 142 00:08:43,708 --> 00:08:46,083 Saya suruh buang air dulu sebelum bertolak, bukan? 143 00:08:46,166 --> 00:08:48,250 Mana boleh tahan buang air. 144 00:08:48,333 --> 00:08:49,916 Mereka menuju ke lapangan terbang. 145 00:08:50,000 --> 00:08:51,833 - Prishen, ada… - Ya? Bertenang. 146 00:08:51,916 --> 00:08:56,416 Ada muzik, ada minyak. Semuanya akan sempurna. 147 00:08:58,166 --> 00:09:00,750 Awak akan okey. Ayuh. Mari. 148 00:09:01,666 --> 00:09:04,041 - Nampak macam gaun pengebumian. - Apa? 149 00:09:04,125 --> 00:09:07,041 Buruk. Sekejap. Tengok ini. 150 00:09:07,791 --> 00:09:08,875 Ini saya punya. 151 00:09:08,958 --> 00:09:12,958 Jelaslah awak tak kenal Jodi. Dia macam saya. Ringkas lebih bergaya. 152 00:09:13,041 --> 00:09:17,833 Mak pun sama. Hidup mak lebih ringkas dan bahagia kalau sesetengah orang tiada. 153 00:09:18,333 --> 00:09:19,541 Okey, tarik nafas. 154 00:09:20,208 --> 00:09:22,375 Kontraksi. 155 00:09:22,458 --> 00:09:23,291 Bernafas. 156 00:09:23,791 --> 00:09:27,666 Okey, semua. Semakan terakhir. Tiada benda tajam dalam beg. 157 00:09:29,291 --> 00:09:31,458 Macam mana kalau lidah tajam? 158 00:09:31,541 --> 00:09:33,750 Tiada benda mudah terbakar. 159 00:09:33,833 --> 00:09:35,958 Panas badan yang Jennifer alami saja ada. 160 00:09:36,791 --> 00:09:40,833 Ya, pertaruhan akhir. Lelaki atau perempuan? Lima puluh dolar. 161 00:09:40,916 --> 00:09:41,750 Lelaki. 162 00:09:42,375 --> 00:09:43,583 Semestinya lelaki. 163 00:09:44,500 --> 00:09:45,541 Perempuan. 164 00:09:45,625 --> 00:09:47,333 Kalau saya menang, dapat apa? 165 00:09:48,166 --> 00:09:51,750 Untuk apa perbualan ini? Tentulah saya akan menang. 166 00:09:51,833 --> 00:09:54,125 Baiklah, Cik Yakin. 167 00:09:54,208 --> 00:09:57,416 Tapi kalau saya menang, saya pilih hadiahnya. Janji? 168 00:10:02,208 --> 00:10:04,333 Para penumpang, selamat datang ke Mauritius. 169 00:10:09,333 --> 00:10:11,958 Lapangan terbang ini sunyi, ya? 170 00:10:12,041 --> 00:10:13,333 Diamlah. 171 00:10:13,416 --> 00:10:15,916 Awak tak patut buka mulut pun. 172 00:10:16,000 --> 00:10:19,083 Malunya saya. Saya rakyat yang bertanggungjawab 173 00:10:19,166 --> 00:10:22,000 tapi saya ditahan dan diperiksa di kastam begitu! 174 00:10:22,083 --> 00:10:25,625 Nasib baik mereka tak periksa mak. Mak ada barang baik. 175 00:10:25,708 --> 00:10:27,416 Macam penjenayah picisan. 176 00:10:28,083 --> 00:10:30,708 Sudahlah, awak berdua. Hentikannya, okey? 177 00:10:31,541 --> 00:10:34,416 Kasihan anak saya berpanas di luar. 178 00:10:34,500 --> 00:10:36,958 Cari dia, semua. Dia bawa tanda besar. 179 00:10:37,541 --> 00:10:42,250 Tanda itu bertulis, "Selamat datang, masalah dan masalah besar." 180 00:10:42,333 --> 00:10:43,333 Hei, itu pun dia. 181 00:10:44,916 --> 00:10:48,541 Prishen nampak sangat lain. Mesti sebab katarak saya. 182 00:10:48,625 --> 00:10:49,708 Mana Prishen saya? 183 00:10:49,791 --> 00:10:52,791 Saya Moothoo dan buat beberapa minggu, saya pemandu pelancong anda. 184 00:10:52,875 --> 00:10:55,791 Pemandu pelancong? Kami tak perlukannya. 185 00:10:55,875 --> 00:10:57,250 Kami perlukan Prishen. 186 00:10:57,833 --> 00:10:59,583 Ada kecemasan perubatan. 187 00:10:59,666 --> 00:11:01,791 Dia bukannya pakar bedah. Tolonglah. 188 00:11:02,875 --> 00:11:04,291 Selamat pagi. Selamat datang… 189 00:11:04,375 --> 00:11:05,541 Tidak, tunggu dulu. 190 00:11:06,041 --> 00:11:09,333 Begini, saya cuma nak tolong awak semua. 191 00:11:09,416 --> 00:11:11,375 Drese patout. Allez! Allez! 192 00:11:11,875 --> 00:11:12,958 Nah. 193 00:11:13,458 --> 00:11:16,375 Jen, dia tak hantar mesej atau buat panggilan. 194 00:11:16,458 --> 00:11:18,583 Ini bukan sikap dia. Tolong hubungi Jodi. 195 00:11:18,666 --> 00:11:20,500 Jodi? Tidak! Jodi tak boleh. 196 00:13:02,791 --> 00:13:03,958 Dia sangat… 197 00:13:04,916 --> 00:13:06,125 Tengoklah cucu kita. 198 00:13:08,291 --> 00:13:10,166 Tengoklah cucu perempuan saya. 199 00:13:10,666 --> 00:13:13,250 Saya rasa macam menang cabutan bertuah. 200 00:13:13,333 --> 00:13:14,250 Betul tak? 201 00:13:14,333 --> 00:13:19,500 Jodi, baju tidur itu sangat comel. Pilihan yang tepat. 202 00:13:19,583 --> 00:13:20,541 Cuma… 203 00:13:20,625 --> 00:13:22,375 Comel sangat gaun itu. 204 00:13:23,000 --> 00:13:24,083 Ia hodoh. 205 00:13:24,166 --> 00:13:25,333 Awak okey, sayang? 206 00:13:27,333 --> 00:13:30,541 - Aduhai! Tengoklah. - Tengoklah dia. 207 00:13:31,208 --> 00:13:32,625 Comelnya! 208 00:13:32,708 --> 00:13:37,708 Nanti saya akan dapat cucu lelaki, eloklah sepasang lelaki dan perempuan. 209 00:13:37,791 --> 00:13:39,916 - Shanthi, apa masalah awak? - Apa? 210 00:13:40,000 --> 00:13:42,166 Anak saya baru saja bersalin. 211 00:13:42,250 --> 00:13:44,250 - Tolonglah. - Ya! Baguslah begitu. 212 00:13:44,333 --> 00:13:46,625 Mereka boleh membesar bersama. Betul tak, si comel? 213 00:13:46,708 --> 00:13:48,916 - Okey. - Prishen. 214 00:13:51,291 --> 00:13:53,791 - Jodi perlu berehat. - Tentulah, sayang. 215 00:13:53,875 --> 00:13:56,541 - Tak sabar nak lihat rumah mereka. - Saya juga. Tentulah. 216 00:13:56,625 --> 00:13:59,125 Sebenarnya, mak tak bermalam di rumah kami. 217 00:14:00,833 --> 00:14:01,666 Apa? 218 00:14:17,000 --> 00:14:18,000 Terima kasih. 219 00:14:28,083 --> 00:14:30,041 Mak, mak, makanlah sikit. 220 00:14:32,750 --> 00:14:35,791 Resort ini nampak mahal, nak. 221 00:14:47,416 --> 00:14:50,083 - Ini bukan percutian, ya? - Betul. 222 00:14:50,166 --> 00:14:53,625 Kami perlu kekalkan suasana aman damai. 223 00:14:53,708 --> 00:14:55,208 Sepanjang masa. 224 00:14:55,958 --> 00:14:59,291 Ya, kami sangka kami akan tidur di tepi tasik rumah kamu. 225 00:14:59,375 --> 00:15:01,041 Betul, Jennifer? Betul, Shanthi? 226 00:15:01,625 --> 00:15:03,500 Berehat dan berseronoklah. 227 00:15:03,583 --> 00:15:05,750 Kami datang bukan untuk berseronok. 228 00:15:05,833 --> 00:15:07,958 Kita perlukan sekampung untuk besarkan anak. 229 00:15:08,041 --> 00:15:11,958 Kamilah orang kampung itu. Aktiviti harian kami dah dirancang. 230 00:15:12,041 --> 00:15:15,750 Moothoo akan ada sepanjang masa. Semua dah ditempah dan dibayar. 231 00:15:15,833 --> 00:15:17,458 Apa lagi kami nak minta? 232 00:15:19,041 --> 00:15:21,416 Saya ada jadual perjalanan setiap hari. 233 00:15:23,541 --> 00:15:24,375 Mak. 234 00:15:25,750 --> 00:15:27,875 Macam Jennifer yang suka merancang. 235 00:15:28,750 --> 00:15:30,125 Baguslah, Prishen. 236 00:15:30,666 --> 00:15:33,958 Hari pertama, hari kedua, hari ketiga. 237 00:15:34,041 --> 00:15:36,166 Sangat teratur! 238 00:15:37,333 --> 00:15:39,541 Mesyuarat ditangguhkan. 239 00:15:42,208 --> 00:15:44,166 - Apa yang berlaku? - Maksud awak? 240 00:15:44,250 --> 00:15:46,708 - Kita datang untuk berseronok? - Kenapa marah? 241 00:15:47,291 --> 00:15:49,750 - Kumpulan ini mencabar. - Biar saya ajar. 242 00:15:49,833 --> 00:15:52,041 Ada Shanthi yang kuat merungut. 243 00:15:52,125 --> 00:15:54,000 Mereka dah gilakah? 244 00:15:54,083 --> 00:15:55,833 Mentalnya kurang stabil. 245 00:15:55,916 --> 00:15:58,666 Cucu pertama kita lahir dan mereka nak kita bersiar-siar? 246 00:15:58,750 --> 00:16:01,166 Kemudian, suaminya, Preggie. Agak lembap. 247 00:16:01,250 --> 00:16:04,666 Ayuhlah. Percutian ini pasti mahal. 248 00:16:04,750 --> 00:16:07,000 - Dia kedekut. - Jangan bazirkan duitnya. 249 00:16:07,083 --> 00:16:09,750 Tak habis-habis pasal duit. Itulah Jennifer. 250 00:16:09,833 --> 00:16:11,583 Adakalanya dia menyakitkan hati. 251 00:16:11,666 --> 00:16:14,666 Tolol. Sangat tolol! Itulah dia. 252 00:16:14,750 --> 00:16:17,833 Kuat mengarah. Cepat naik marah, kuat baran. 253 00:16:17,916 --> 00:16:19,416 Prishen tak boleh mengarah kita. 254 00:16:19,500 --> 00:16:21,708 Saya rasa bagus juga tindakan anak kita. 255 00:16:21,791 --> 00:16:24,916 Elvis, anak saya. Sentiasa bersikap tenang. 256 00:16:25,000 --> 00:16:27,375 Bertenanglah. Awak macam hilang akal. 257 00:16:27,458 --> 00:16:29,875 Jangan suruh saya bertenang. Awak gila? 258 00:16:29,958 --> 00:16:32,666 Tahukah Jodi dan Prishen membesarkan anak? 259 00:16:32,750 --> 00:16:36,250 - Apa salah kita sampai dihukum begini? - Dihukum dengan percutian percuma? 260 00:16:36,333 --> 00:16:39,500 Mereka tak tahu apa-apa, Elvis. T-A-K T-A-H-U. 261 00:16:39,583 --> 00:16:41,625 Tak perlulah E-J-A untuk saya. 262 00:16:41,708 --> 00:16:44,916 Diamlah. Awak tak nampakkah? Mereka cuba asingkan kita. 263 00:16:45,000 --> 00:16:47,125 Ini saat yang mengubah hidup mereka. 264 00:16:47,208 --> 00:16:49,666 Ini saat yang mengubah hidup saya. 265 00:16:49,750 --> 00:16:52,208 - Tambahan, awak dah cabut… - Tidak. 266 00:16:52,291 --> 00:16:54,750 Saya dah jadi nenek. 267 00:17:03,000 --> 00:17:04,583 Apa perasaan awak, nenek? 268 00:17:06,791 --> 00:17:08,500 Apa perasaan awak, Aya? 269 00:17:10,333 --> 00:17:12,750 Saya nak pegang cucu kita. 270 00:17:14,708 --> 00:17:16,333 Patutkah kita hubungi Jodi? 271 00:17:17,583 --> 00:17:18,958 Boleh. 272 00:17:19,708 --> 00:17:21,958 Untuk tanya khabar dia saja. 273 00:17:22,041 --> 00:17:23,166 Okey. 274 00:17:26,083 --> 00:17:27,125 Telefon Jodi. 275 00:17:27,208 --> 00:17:29,125 - Helo? Ini siapa? - Jururawat. 276 00:17:29,208 --> 00:17:31,458 Ini mak Jodi. Jodi ada di situ? 277 00:17:32,083 --> 00:17:33,916 Mak Cik Jen. Ini Anjali. 278 00:17:34,583 --> 00:17:35,958 Anjali? 279 00:17:36,041 --> 00:17:37,458 Anjali… 280 00:17:40,083 --> 00:17:42,208 Awak di hospital dengan Jodi? 281 00:17:42,291 --> 00:17:45,458 Tak. Mereka dah balik ke rumah. Saya menolong mereka. 282 00:17:45,541 --> 00:17:46,541 Tanya bila? 283 00:17:48,250 --> 00:17:51,916 Anjali, boleh saya bercakap dengan Jodi? 284 00:17:52,000 --> 00:17:54,250 Bukan sekarang. Okey, selamat tinggal. 285 00:17:58,500 --> 00:17:59,583 Dia letak telefon? 286 00:18:00,166 --> 00:18:02,625 Dia letak telefon. Berani sungguh! 287 00:18:02,708 --> 00:18:05,583 - Mereka belum berdoa lagi. - Lupakan itu. 288 00:18:05,666 --> 00:18:08,708 Jurucakap memandai-mandai ini, Anjali atau apa-apalah. 289 00:18:08,791 --> 00:18:10,083 Siapa mak mereka? 290 00:18:10,166 --> 00:18:12,833 Hal mengarut ini mesti dihentikan sekarang. 291 00:18:16,333 --> 00:18:18,416 Saya harap awak dah periksa jadual. 292 00:18:18,500 --> 00:18:20,875 Yang mana? Jadual Jennifer atau Prishen? 293 00:18:20,958 --> 00:18:23,208 Budak itu dungu betul. 294 00:18:23,291 --> 00:18:26,083 Dia nak kita melawat setiap ceruk pulau ini. 295 00:18:26,166 --> 00:18:28,166 - Hei, saya suka. - Saya juga. 296 00:18:28,250 --> 00:18:33,791 Hari ini, awak, saya, rokok, satu, dua wiski di Seven Sands. 297 00:18:33,875 --> 00:18:36,916 - Itulah tujuan saya ke sini. - Itu tujuan awak? 298 00:18:37,000 --> 00:18:37,958 Awak dan Elvis 299 00:18:38,875 --> 00:18:40,208 sama saja. 300 00:18:41,166 --> 00:18:42,375 Apa khabar, nak? 301 00:18:42,458 --> 00:18:44,333 Ayah, mana mak? 302 00:18:44,416 --> 00:18:45,583 Ya, ayah pun okey. 303 00:18:48,458 --> 00:18:51,125 Desan, awak dah makan? 304 00:18:51,208 --> 00:18:53,208 - Kenapa nampak begitu? - Tiada apa-apa. 305 00:18:53,291 --> 00:18:54,875 - Awak okey? - Tiada apa-apa. 306 00:18:54,958 --> 00:18:56,916 Apa mak kata tentang menipu? 307 00:18:57,000 --> 00:18:59,500 Ada budak main kasar dan saya tercedera. 308 00:18:59,583 --> 00:19:01,458 Tunggu. Ada orang buli kamu? 309 00:19:04,583 --> 00:19:06,375 Elvis, awak nak Dhal Puri? 310 00:19:08,666 --> 00:19:12,208 Mak, hentikannya. Menjengkelkan betul. 311 00:19:12,708 --> 00:19:14,333 Macam seseorang yang mak kenal. 312 00:19:18,416 --> 00:19:19,458 - Apa saya cakap? - Jen. 313 00:19:20,375 --> 00:19:24,375 Awak semua, Preggie, tengok apa si jahat ini buat pada Desan. 314 00:19:26,583 --> 00:19:28,916 Jangan risau, sayang. Luka kecil saja. 315 00:19:30,791 --> 00:19:33,166 Shanthi, macam tergores saja. 316 00:19:33,250 --> 00:19:35,375 Jangan risau, Shanthi. Dia okey. 317 00:19:35,916 --> 00:19:39,333 Melihatkan saiz Desan, berani betul budak itu buat begitu. 318 00:19:39,416 --> 00:19:41,583 Mak cik Aya, saiz tak penting. 319 00:19:41,666 --> 00:19:43,791 Itu yang awak fikir. 320 00:19:52,666 --> 00:19:54,833 Awak periksa dia masih bernafas? 321 00:19:54,916 --> 00:19:56,791 Saya sedang cuba pam susu lagi. 322 00:19:58,625 --> 00:20:01,583 Nak saya minta bantuan mak-mak kita? 323 00:20:04,166 --> 00:20:06,250 Hei, tengok gambar Seven Sands ini. 324 00:20:06,333 --> 00:20:08,291 Ini antara tujuh keajaiban Mauritius. 325 00:20:08,375 --> 00:20:10,041 Sekarang ada yang kelapan. 326 00:20:10,125 --> 00:20:12,416 Dia impikan tentang Seven Sands 327 00:20:12,500 --> 00:20:14,125 entah berapa lama. 328 00:20:14,208 --> 00:20:16,750 Saya pun. Dahsyat betul mimpi saya! 329 00:20:16,833 --> 00:20:18,750 Jennifer ditimbus Seven Sands. 330 00:20:20,541 --> 00:20:21,625 Jom kita pergi. 331 00:20:22,250 --> 00:20:23,458 Moothoo. 332 00:20:26,875 --> 00:20:27,791 Dengar sini. 333 00:20:28,666 --> 00:20:29,875 Ada perubahan rancangan. 334 00:20:30,416 --> 00:20:33,500 Tidak, puan. Nanti terlepas Seven Sands. Ia antara… 335 00:20:33,583 --> 00:20:37,000 Tujuh keajaiban Mauritius. Saya faham. Saya dah dengar. 336 00:20:37,083 --> 00:20:38,625 Jujur, saya tak peduli. 337 00:20:39,208 --> 00:20:41,458 Puan, En. Preggie nak sangat lihat… 338 00:20:41,541 --> 00:20:44,000 Okey, Moothoo, dengar sini baik-baik. 339 00:20:44,083 --> 00:20:48,750 Pertama, En. Preggie orang dungu yang perlu disepak tujuh kali. 340 00:20:49,791 --> 00:20:52,416 Kedua, saya akan bayar awak. 341 00:20:52,500 --> 00:20:54,000 Dengan dolar. 342 00:20:56,375 --> 00:20:58,583 Maksud puan, fi perkhidmatan? 343 00:20:59,666 --> 00:21:01,791 Tepat sekali. Upah. 344 00:21:04,416 --> 00:21:07,916 Puan, tulis nama di sini dan letak di ruang sarung tangan. 345 00:21:09,583 --> 00:21:10,541 Drese patout. 346 00:21:12,291 --> 00:21:13,375 Apa maknanya? 347 00:21:13,458 --> 00:21:14,416 "Drese Patout"? 348 00:21:14,500 --> 00:21:17,625 Maknanya "semuanya okey." 349 00:21:18,500 --> 00:21:20,625 Memang pun. 350 00:21:24,125 --> 00:21:28,875 - Moothoo, ini jalan ke Seven Sands? - Saya pasti pemandu tahu jalannya, Elvis. 351 00:21:30,625 --> 00:21:32,541 Saya rasa awak terlepas simpang. 352 00:21:33,041 --> 00:21:34,791 Kami dah sampai. 353 00:21:34,875 --> 00:21:36,833 Mana cucu kami? 354 00:21:36,916 --> 00:21:38,875 - Bagaimana ini boleh berlaku? - Tak tahu. 355 00:21:38,958 --> 00:21:41,916 Saya tak tidur malam tadi. Saya sangat teruja tentang Seven Sands. 356 00:21:42,000 --> 00:21:42,875 Hai. 357 00:21:43,708 --> 00:21:44,625 Hai, semua. 358 00:21:45,625 --> 00:21:47,333 Tak sangka betul. 359 00:21:48,000 --> 00:21:49,416 Selamat datang, semua. 360 00:21:49,500 --> 00:21:52,500 - Awak siapa? - Anjali. Saya tinggal di sebelah. 361 00:21:52,583 --> 00:21:57,000 Cantiknya awak! Macam ibu angkat bayi ini. 362 00:21:58,375 --> 00:22:02,208 Biar saya pegang. Tak perlulah ibu angkat, dia ada dua nenek. 363 00:22:02,291 --> 00:22:06,333 Tengoklah dia. Di sinilah tempatnya, dengan neneknya. 364 00:22:06,416 --> 00:22:10,375 Tak sangka kamu bawa bayi ini masuk ke rumah tanpa berdoa. 365 00:22:10,458 --> 00:22:13,666 - Rupa dia macam siapa? - Tentulah bukan Shanthi dan Jennifer. 366 00:22:13,750 --> 00:22:17,833 Macam Elvis mini. Bertuahnya dia. 367 00:22:17,916 --> 00:22:19,583 Awak semua nak teh? 368 00:22:19,666 --> 00:22:21,125 Awak nak? 369 00:22:21,208 --> 00:22:22,708 Lagipun, awak tetamu. 370 00:22:22,791 --> 00:22:25,333 - Saya dan Elvis nak. - Baiklah. 371 00:22:27,083 --> 00:22:29,250 Jen, kenapa dengan awak? 372 00:22:29,333 --> 00:22:31,708 Kenapa dengan awak? Awak buat kita semua lemas. 373 00:22:31,791 --> 00:22:35,041 Apa masalah awak? Awak nak bayi itu dapat nasib buruk? 374 00:22:35,125 --> 00:22:37,416 Anak saya dapat nasib buruk itu dari dulu lagi. 375 00:22:37,500 --> 00:22:38,500 Betul, Aya. 376 00:22:41,375 --> 00:22:43,958 Saya tak dapat bernafas. Saya pergi dulu. 377 00:22:44,041 --> 00:22:45,083 Ya, cuma… 378 00:22:47,791 --> 00:22:51,208 Tak patut letak ini di sini. Nanti asyik nak makan kudapan. 379 00:23:19,708 --> 00:23:21,625 Chevda ini dah lemau. 380 00:23:21,708 --> 00:23:24,125 - Saya dah kata buat sendiri lebih baik. - Semestinya. 381 00:23:24,208 --> 00:23:26,375 Mak awak kejam! Taufan! 382 00:23:26,458 --> 00:23:28,458 Mak awak jahat. Gunung berapi! 383 00:23:28,541 --> 00:23:29,666 Ya! 384 00:23:30,208 --> 00:23:32,791 Hei! Menarik bunyinya. Apa kamu cakap? 385 00:23:32,875 --> 00:23:36,541 Maksudnya, awak semua berada di sini ibarat suatu anugerah. 386 00:23:46,583 --> 00:23:48,625 Jodi, cepatnya kamu beri susu formula. 387 00:23:48,708 --> 00:23:51,375 Susu ibu yang terbaik kalau nak anak sihat. 388 00:23:51,458 --> 00:23:53,708 Saya sedang berusaha sedaya upaya. 389 00:23:53,791 --> 00:23:54,833 Usaha kuat lagi. 390 00:23:54,916 --> 00:23:58,541 Makan makanan sihat dan makan banyak bawang putih. 391 00:23:58,625 --> 00:23:59,833 Jangan mudah putus asa. 392 00:23:59,916 --> 00:24:01,833 - Jangan kacau dia. - Kacau apa? 393 00:24:02,583 --> 00:24:04,916 Semuanya kering. Tak memancut pun. 394 00:24:05,000 --> 00:24:06,291 Apa yang memancut? 395 00:24:06,375 --> 00:24:08,625 Jangan beri tekanan kepada Jodi. 396 00:24:08,708 --> 00:24:11,750 Mak beri awak susu formula dan awak membesar dengan baik. 397 00:24:11,833 --> 00:24:13,750 Tengoklah Prishen. 398 00:24:13,833 --> 00:24:16,666 Saya beri dia susu badan sehingga dia lima tahun. 399 00:24:16,750 --> 00:24:17,958 Apa? 400 00:24:18,041 --> 00:24:21,208 Jelas sekali Jodi tak nak beri susu badan. 401 00:24:21,875 --> 00:24:23,583 Sebenarnya, saya nak beri dua-dua. 402 00:24:24,333 --> 00:24:25,875 Taklah. 403 00:24:25,958 --> 00:24:29,375 Jodi, ikut cara sendiri. Ikut keperluan awak dan anak awak saja. 404 00:24:29,458 --> 00:24:31,416 Awak jururawat, Anjali? 405 00:24:32,458 --> 00:24:34,250 Mak akan awasi kamu, Jodi. 406 00:24:35,375 --> 00:24:37,583 Jodi, secara tepat, 407 00:24:38,375 --> 00:24:42,208 berapa banyak susu badan dan formula awak nak beri? Dalam 50/50? 408 00:24:46,666 --> 00:24:50,208 - Dia rasa diserang hendap. - Nak, kami pun rasa begitu. 409 00:24:50,291 --> 00:24:53,458 - Cuaca ini kacau fikiran kami. - Mereka menyibuk. 410 00:24:53,541 --> 00:24:56,166 Ayah sibuk lihat keluar tingkap untuk cari Seven Sands. 411 00:24:56,250 --> 00:24:59,250 - Ini tak boleh berulang. - Serahkan kepada kami. 412 00:25:00,250 --> 00:25:03,500 Hei, apa mak saya dan Moothoo buat di sana? 413 00:25:04,291 --> 00:25:07,250 Mereka nampak mesra. 414 00:25:08,083 --> 00:25:10,791 Ayah berdua boleh diharap, bukan? 415 00:25:10,875 --> 00:25:13,333 Ayah kata nanti kami uruskan, okey? 416 00:25:13,416 --> 00:25:16,250 Hei, mereka bercium pula. 417 00:25:16,875 --> 00:25:18,000 Tengok itu. 418 00:25:20,000 --> 00:25:20,833 Hei. 419 00:25:22,083 --> 00:25:25,166 Awak rasa Moothoo dan mak saya… 420 00:25:25,708 --> 00:25:27,333 Taklah! 421 00:25:27,416 --> 00:25:28,416 Biar betul? 422 00:25:33,041 --> 00:25:35,625 Pertama, masalah sekolah Desan. 423 00:25:35,708 --> 00:25:38,458 Kemudian, saya tak letak pisau kecil pada bayi itu. 424 00:25:39,083 --> 00:25:40,125 Itu nasib malang. 425 00:25:40,791 --> 00:25:43,541 Ya, banyak betul cabaran saya hadapi. 426 00:25:43,625 --> 00:25:47,500 Bayi itu perlukan pisau ini. Tambahan lagi ini adat kita. 427 00:25:49,000 --> 00:25:50,333 Siapa boleh bawa kita? 428 00:25:50,833 --> 00:25:51,833 Entahlah. 429 00:25:55,458 --> 00:25:56,291 Moothoo? 430 00:26:32,500 --> 00:26:34,833 Nenek cari gigi nenek. 431 00:26:56,583 --> 00:26:58,416 Anjali nama yang teruk. 432 00:26:58,500 --> 00:27:01,583 Dan dia lebih kerap bersama bayi itu berbanding kita. 433 00:27:01,666 --> 00:27:02,500 Saya tahu. 434 00:27:02,583 --> 00:27:04,791 "Boleh saya buatkan teh?" 435 00:27:05,750 --> 00:27:09,333 Saya rasa ada yang tak kena dengan dia dari awal lagi. 436 00:27:09,416 --> 00:27:10,833 - Awak pun rasa? - Ya. 437 00:27:10,916 --> 00:27:12,166 Saya sangka saya saja. 438 00:27:16,750 --> 00:27:18,000 Hai, Rani. 439 00:27:18,083 --> 00:27:21,541 Ya, di sini bising. Apa? 440 00:27:25,250 --> 00:27:26,166 Sekejap, apa? 441 00:27:27,458 --> 00:27:28,375 Tak mungkin. 442 00:27:30,083 --> 00:27:31,041 Takkanlah. 443 00:27:35,958 --> 00:27:38,708 Nampak gaya mak? Aya menari. 444 00:27:40,041 --> 00:27:41,125 Preggs. 445 00:27:41,875 --> 00:27:44,333 Mereka kata Desan bukan dibuli. 446 00:27:44,416 --> 00:27:47,333 Mereka kata Desan ialah pembuli. 447 00:27:47,416 --> 00:27:48,541 Sama saja. 448 00:27:48,625 --> 00:27:51,750 Siapa nak lawan dia dengan saiznya begitu? Dia besar. 449 00:27:51,833 --> 00:27:55,000 Begini. Saya rasa ada orang menuduh Desan. 450 00:27:55,083 --> 00:27:56,583 Kasihan anak kita. 451 00:27:56,666 --> 00:27:58,833 Shanthi, dia bukan budak kecil lagi. 452 00:27:58,916 --> 00:28:01,958 Ya, tapi dia bukan Prishen. Dia perlukan bimbingan. 453 00:28:04,000 --> 00:28:04,875 Elvis. 454 00:28:07,250 --> 00:28:08,083 Elvis. 455 00:28:09,083 --> 00:28:10,000 Elvis? 456 00:28:14,041 --> 00:28:16,000 Desan, dengar sini, ya? 457 00:28:16,541 --> 00:28:19,291 Kamu kena beritahu mak hal sebenar. 458 00:28:19,375 --> 00:28:22,500 Sebab ada banyak khabar angin tentang kamu. 459 00:28:22,583 --> 00:28:24,791 - Saya takut. - Tak boleh takut sekarang. 460 00:28:24,875 --> 00:28:26,958 Saya buntu dan mak tiada di sini. 461 00:28:27,041 --> 00:28:30,708 Kamu kena berani dan bertindak macam abang kamu. 462 00:28:30,791 --> 00:28:33,666 Ini yang kamu perlu buat. Dengar baik-baik. 463 00:28:49,166 --> 00:28:51,375 Di mana Jennifer? Dia takut? 464 00:29:04,000 --> 00:29:05,416 Hentikannya. 465 00:29:11,333 --> 00:29:12,750 Jangan cakap apa-apa. 466 00:29:12,833 --> 00:29:15,208 Baik, Si Yakin. Awak bertaruh dan kalah. 467 00:29:15,291 --> 00:29:18,875 Tapi lihat dari sudut positif. Kita nampak macam kembar. 468 00:29:20,375 --> 00:29:21,375 - Dengar. - Apa? 469 00:29:21,458 --> 00:29:23,708 Mari makan dan balik. Jangan ambil gambar. 470 00:29:25,875 --> 00:29:27,625 - Biar betul, Shanthi? - Apa? 471 00:29:28,500 --> 00:29:29,416 Tidak. 472 00:29:29,500 --> 00:29:30,875 - Kenapa? - Tak boleh… 473 00:29:30,958 --> 00:29:32,083 Tunggu. Jangan! 474 00:29:33,000 --> 00:29:35,458 - Dengar sini. - Awak fikir Jodi akan masak untuk kita? 475 00:29:35,541 --> 00:29:36,666 Shanthi… 476 00:29:37,375 --> 00:29:39,583 - Ini apa? - Guacamole. 477 00:29:40,916 --> 00:29:43,416 - Ayam golek? - Tak, guacamole. 478 00:29:45,458 --> 00:29:47,166 Oh, ayam golek. 479 00:29:47,708 --> 00:29:48,916 Biar betul. 480 00:29:50,083 --> 00:29:51,125 Boleh bungkus? 481 00:29:57,375 --> 00:29:58,208 Hei. 482 00:29:58,750 --> 00:30:00,416 Kita dah janji kepada Prishen. 483 00:30:00,500 --> 00:30:02,333 Tak, hari ini kita buat yang terbaik. 484 00:30:03,208 --> 00:30:04,958 Mari mulakan permainan. 485 00:30:21,208 --> 00:30:22,625 Susah berunding dengan Moothoo. 486 00:30:22,708 --> 00:30:25,208 - Apa kena dengan dia? - Dia ambil duit. 487 00:30:25,291 --> 00:30:27,458 - Berapa? - Dua kali ganda. 488 00:30:27,541 --> 00:30:28,833 - Awak dungu? - Apa? 489 00:30:28,916 --> 00:30:32,625 Buat apa kita di sini di Mauritius bermain tembak laser? 490 00:30:32,708 --> 00:30:35,000 Tak apalah. Setidaknya kita di sini. Baguslah. 491 00:30:35,083 --> 00:30:36,375 Dah bersedia? 492 00:30:37,000 --> 00:30:38,458 Ya, ayuh kita mulakan. 493 00:30:38,541 --> 00:30:41,041 - Pilih pasukan. Saya pilih Shanthi. - Ya. 494 00:30:41,125 --> 00:30:43,666 Itu tak adil. Dia macam perisai manusia. 495 00:30:44,791 --> 00:30:48,041 Tak apa. Saya dengan Preggie. Ini perang jantina. 496 00:30:49,041 --> 00:30:52,583 - Mak bagaimana? - Mak tak berguna dalam mana-mana pasukan. 497 00:30:52,666 --> 00:30:55,375 Macam kamu tak berguna di dapur, bilik tidur, semua tempat. 498 00:30:55,458 --> 00:30:57,083 - Mak! - Apa? 499 00:30:57,166 --> 00:30:59,708 Dia tak pandai kemas dapur, bilik tidur. Semua tak boleh. 500 00:30:59,791 --> 00:31:03,833 Sertailah pasukan lelaki. Mak perlukan perlindungan tambahan. 501 00:31:03,916 --> 00:31:04,916 Perempuan jahat. 502 00:31:05,000 --> 00:31:07,291 - Apa strategi kita, tuan? - Bertenang. 503 00:31:07,375 --> 00:31:10,250 Saya nak tembak perempuan tua itu. Perisai manusia konon. 504 00:31:10,333 --> 00:31:13,750 Kita perlu lengahkan masa supaya lama dan menyeksakan. 505 00:31:13,833 --> 00:31:15,541 Fikirkan Anjali tak guna itu. 506 00:31:16,041 --> 00:31:18,708 Ayuh, Jen. Jom hapuskan mereka. 507 00:31:18,791 --> 00:31:20,250 Baik, tuan! 508 00:31:20,333 --> 00:31:21,208 Ayuh. 509 00:31:57,583 --> 00:32:00,833 - Mak, jangan tembak kami. - Semua adil dalam cinta dan perang. 510 00:32:00,916 --> 00:32:02,250 Kita sepasukan, mak. 511 00:32:03,541 --> 00:32:04,375 Gol sendiri. 512 00:32:04,875 --> 00:32:06,291 "Ayam golek"! 513 00:32:07,041 --> 00:32:07,916 Apa dia kata? 514 00:32:08,000 --> 00:32:09,958 Saya rasa "sampan kolek". 515 00:32:12,541 --> 00:32:14,708 Apa dah jadi? Perang dah tamat. 516 00:32:15,833 --> 00:32:18,250 Mereka ditewaskan perempuan tua gila itu. 517 00:32:26,791 --> 00:32:29,500 Moothoo menolak semua tawaran. 518 00:32:29,583 --> 00:32:34,791 Dia asyik kata, "Puan, ini hari untuk bersantai dan bersenang-lenang." 519 00:32:34,875 --> 00:32:37,250 Tapi, saya ingat awak dapat pujuk dia. 520 00:32:37,333 --> 00:32:39,500 Saya dapat pujuk Moothoo. 521 00:32:39,583 --> 00:32:42,750 Ya, awak berjaya lengahkan tiga jam. 522 00:32:48,666 --> 00:32:50,166 Sebenarnya empat jam. 523 00:32:50,250 --> 00:32:52,375 - Jen! Jennifer! - "Ayam golek". 524 00:33:09,875 --> 00:33:11,500 Perempuan itu dah sampai? 525 00:33:12,250 --> 00:33:14,000 Minta perhatian, semua. 526 00:33:14,083 --> 00:33:18,250 Saya cuma nak cakap sikit sebab hari ini hati saya gembira. 527 00:33:19,291 --> 00:33:21,500 Jodi dan Prishen, mari sini. 528 00:33:22,875 --> 00:33:26,208 Kelahiran anak ialah musim dan era baharu. 529 00:33:26,291 --> 00:33:32,666 Hari ini, suka saya umumkan yang saya ialah ratu tembak laser di Mauritius. 530 00:33:32,750 --> 00:33:34,250 Saya ada sijil juga. 531 00:33:34,333 --> 00:33:36,041 Padan muka, semua! 532 00:33:36,750 --> 00:33:38,541 Tahniah, nenek. 533 00:33:39,041 --> 00:33:41,000 - Kamu fikir itu kemuncaknya? - Anjali. 534 00:33:41,583 --> 00:33:43,000 Pukul berapa awak sampai? 535 00:33:43,083 --> 00:33:47,166 Dia jiran mereka. Dia boleh datang bila-bila masa. 536 00:33:47,916 --> 00:33:49,375 Kami diberitahu jam dua petang. 537 00:33:49,458 --> 00:33:52,833 Saya nak kongsikan aplikasi ini dengan Jodi. Amat berkesan. 538 00:33:52,916 --> 00:33:55,458 Aplikasi memang bagus, tapi tak setanding sentuhan ibu. 539 00:33:55,541 --> 00:33:56,500 Betul. 540 00:33:56,583 --> 00:33:59,416 Lagipun, saya dah sediakan rutin untuk anak saya. 541 00:33:59,916 --> 00:34:02,416 Mana sentuhan ibu dalam rutin itu? 542 00:34:02,500 --> 00:34:05,291 - Rutin itu dingin dan tiada perasaan. - Jangan mengarutlah. 543 00:34:05,375 --> 00:34:08,041 Rutin itu lebih tersusun dan teratur. 544 00:34:08,125 --> 00:34:11,458 - Tak setanding cinta dan kasih sayang. - Memanglah. 545 00:34:11,541 --> 00:34:15,166 Kalau nak besarkan pemenang, perlu mula dari sekarang. Setiap… 546 00:34:15,250 --> 00:34:19,416 Nanti. Tunggu sekejap. 547 00:34:19,500 --> 00:34:22,250 - Jodi, apa kamu buat? - Dia menangis, Jen. 548 00:34:22,333 --> 00:34:23,750 Kajian menunjukkan 549 00:34:23,833 --> 00:34:27,125 kalau kita bergegas angkat bayi apabila dia merengek, 550 00:34:27,208 --> 00:34:29,250 kita menggalakkan perangai buruk. 551 00:34:29,333 --> 00:34:31,458 Pergi jahanamlah kajian itu. 552 00:34:31,958 --> 00:34:36,125 Tengok. Nampak? Dia diam. Apa saya kata? 553 00:34:36,208 --> 00:34:38,125 Jodi, kita di sini nak membantu. 554 00:34:38,208 --> 00:34:41,666 Biar saya jaga dia dan Jennifer akan masak. 555 00:34:41,750 --> 00:34:42,791 Lebih baik berlapar. 556 00:34:42,875 --> 00:34:45,375 Tak perlu masak. Saya dah tempah makanan. 557 00:34:46,833 --> 00:34:49,708 Mari raikan kehadiran ahli baharu keluarga kita. 558 00:34:50,375 --> 00:34:53,833 Jodi, Prishen, kamu berikan kami hadiah terbaik. 559 00:34:54,583 --> 00:34:55,583 Kami sayang kamu. 560 00:34:55,666 --> 00:34:58,833 Dia sangat comel. 561 00:34:58,916 --> 00:35:00,875 Tambahan lagi, kami datang ke Mauritius. 562 00:35:01,583 --> 00:35:04,541 Nenek juga nak kata, dua kali nenek nampak kamu. 563 00:35:05,041 --> 00:35:07,250 Nenek tak nak besar-besarkan hal ini, 564 00:35:07,333 --> 00:35:11,333 tapi waktu itu, nenek tahu kamu boleh. 565 00:35:19,583 --> 00:35:23,833 Kelahiran cucu kami ialah permulaan legasi baharu. 566 00:35:24,500 --> 00:35:27,125 Kami berusaha keras dalam perniagaan kami. 567 00:35:27,208 --> 00:35:29,541 Perniagaan? Hei, itu sebuah empayar. 568 00:35:30,291 --> 00:35:34,625 Kami putuskan untuk mewariskannya. 569 00:35:34,708 --> 00:35:35,875 Apa maksud kamu? 570 00:35:36,875 --> 00:35:38,625 Jodi, semua itu milik kamu. 571 00:35:39,166 --> 00:35:42,791 Kamu punya. Maksud mak, ini legasi keluarga kita, Jodi. 572 00:35:42,875 --> 00:35:44,708 Kami tahu, suatu hari nanti, 573 00:35:44,791 --> 00:35:47,208 kamu akan wariskannya kepada cucu kami. 574 00:35:48,125 --> 00:35:51,708 Hei, tahu berapa kali saya hampir bocorkan rahsia? 575 00:35:53,333 --> 00:35:55,708 Nanti sekejap, awak tahu tentang ini? 576 00:35:57,416 --> 00:36:01,791 Aduhai, ayah, ini mengejutkan. Terima kasih. 577 00:36:01,875 --> 00:36:06,916 Jadi, semua orang tahu kecuali saya? Terima kasihlah, Jen. 578 00:36:07,000 --> 00:36:08,875 Prishen betul. Banyak perlu difikirkan. 579 00:36:08,958 --> 00:36:11,625 Ya. Kamu akan pindah balik ke Afrika Selatan? 580 00:36:11,708 --> 00:36:15,291 Anak saya masih akan jadi doktor? Cucu kedua bagaimana? 581 00:36:16,166 --> 00:36:21,291 Tunggu. Mari minta ayah kamu untuk tolong buat keputusan 582 00:36:21,375 --> 00:36:23,541 memandangkan dia tahu segalanya! 583 00:36:24,333 --> 00:36:26,166 Begini, Shanthi. 584 00:36:26,250 --> 00:36:28,833 Kita patut beri Jodi dan Prishen masa 585 00:36:28,916 --> 00:36:31,458 untuk mereka fikirkan semua itu, okey? 586 00:36:32,791 --> 00:36:34,666 Sayang, ke mana awak pergi? 587 00:36:37,375 --> 00:36:39,291 Nanti giliran awak tukar lampin, Cik CEO. 588 00:36:39,375 --> 00:36:43,583 Tolonglah, awak tak kenal dia. Dia takkan benarkan saya buat keputusan. 589 00:36:43,666 --> 00:36:47,625 Mari kita hidangkan pencuci mulut dan berjaga malam sekali lagi. 590 00:36:48,625 --> 00:36:50,166 - Jom. - Ayuh. 591 00:36:52,166 --> 00:36:54,541 Jemput makan. Jodi buat pencuci mulut. 592 00:36:54,625 --> 00:36:56,041 Wah! 593 00:36:56,125 --> 00:36:58,458 Nampak sedap, Jodi. 594 00:36:58,541 --> 00:37:00,083 - Terima kasih. - Jodi! 595 00:37:01,125 --> 00:37:02,333 Kamu yang buat? 596 00:37:02,416 --> 00:37:05,583 Kamu dah fikirkan nama untuk anak kamu? 597 00:37:06,500 --> 00:37:08,625 Nama Elvis sempena Elvis Presley. 598 00:37:09,333 --> 00:37:13,291 Nenek terfikir lagu kegemaran nenek, "Waltzing Matilda." 599 00:37:13,875 --> 00:37:15,041 Matilda bagaimana? 600 00:37:15,125 --> 00:37:16,250 Jangan tanya saya. 601 00:37:17,000 --> 00:37:20,541 Saya pasti mereka dah pilih nama untuk bayi itu. 602 00:37:20,625 --> 00:37:23,000 Elvis? Jennifer? 603 00:37:24,416 --> 00:37:25,291 Preggie? 604 00:37:25,375 --> 00:37:27,000 Jawatankuasa perancangan. 605 00:37:27,791 --> 00:37:31,416 Shanthi, tolonglah. Saya nak berikan kejutan indah. Itu saja. 606 00:37:31,500 --> 00:37:34,500 Tiada apa yang indah tentang berahsia dengan kawan 607 00:37:35,083 --> 00:37:36,041 dan isteri. 608 00:37:36,625 --> 00:37:39,166 Hei, siapa bancuh teh ini? Sedap, bukan? 609 00:37:39,250 --> 00:37:40,333 Sangat sedap. 610 00:37:40,416 --> 00:37:41,916 Sebab saya yang bancuh. 611 00:37:42,416 --> 00:37:45,250 Apa-apa pun, berbalik kepada upacara penamaan. 612 00:37:45,333 --> 00:37:48,875 Kami nak acara kecil dan ringkas di sini bersama keluarga saja. 613 00:37:48,958 --> 00:37:54,208 Saya suka nama Vidya, Mahalakshmi… 614 00:37:54,291 --> 00:37:55,250 Tak nak. 615 00:37:55,333 --> 00:37:56,583 …dan Divya. 616 00:37:56,666 --> 00:37:58,000 Tidak. 617 00:37:58,083 --> 00:38:00,708 Kita perlu pilih nama yang moden dan comel. 618 00:38:00,791 --> 00:38:04,708 Macam Leia, Lexi atau Lara. 619 00:38:04,791 --> 00:38:06,666 - Ya? - Tidak. 620 00:38:06,750 --> 00:38:09,041 Apa huruf pertama yang kamu dapat? 621 00:38:09,125 --> 00:38:10,291 A. 622 00:38:10,375 --> 00:38:11,708 - SA. - Dan MA. 623 00:38:11,791 --> 00:38:12,666 Tunggu. 624 00:38:13,250 --> 00:38:15,291 MA. Matilda? 625 00:38:15,375 --> 00:38:17,583 Aya, sedapnya teh ini. 626 00:38:18,500 --> 00:38:20,333 - Ya. - Sedap dan manis. 627 00:38:21,416 --> 00:38:23,666 Saya rasa gula Mauritius lebih manis. 628 00:38:24,875 --> 00:38:27,458 Tunggu. Susu apa yang nenek guna? 629 00:38:29,583 --> 00:38:33,041 Bekas kecil comel berpenutup merah jambu dalam peti sejuk. 630 00:38:33,125 --> 00:38:34,500 Itu susu badan saya. 631 00:38:36,583 --> 00:38:37,666 Padan muka. 632 00:38:43,000 --> 00:38:44,000 Okey. 633 00:38:48,625 --> 00:38:50,041 Begini, nak. 634 00:38:50,125 --> 00:38:55,458 Kamu dah jadi ayah, kamu perlu tahu pantang larangnya. 635 00:38:55,541 --> 00:38:57,375 - Ya. - Tengok ini. 636 00:38:58,250 --> 00:39:01,291 Sebab kami dah lalui ranjau penuh duri. 637 00:39:01,375 --> 00:39:04,083 Jadi dengar sini baik-baik, okey? 638 00:39:04,166 --> 00:39:07,500 Ya. Memandangkan anak kamu dah lahir… 639 00:39:08,625 --> 00:39:10,583 kamu perlu uruskan kehendak. 640 00:39:10,666 --> 00:39:12,833 Tahu apa maksud kehendak? 641 00:39:12,916 --> 00:39:16,333 Kalau dapat berasmara dua kali setahun dah sangat bagus. 642 00:39:16,416 --> 00:39:21,083 Ya. Sekarang, mula berpura-pura yang pendengaran kamu rosak. 643 00:39:21,666 --> 00:39:24,958 Kamu kena kata itu genetik dan selalu buat begitu. 644 00:39:25,791 --> 00:39:26,833 Apa? 645 00:39:27,416 --> 00:39:28,416 Tepat sekali. 646 00:39:28,916 --> 00:39:32,708 Sebab anak kamu akan kerap menangis. 647 00:39:33,375 --> 00:39:36,416 Kalau kamu tak dengar, dia akan rasa penat berleter 648 00:39:36,500 --> 00:39:38,708 dan dia akan uruskan sendiri, faham? 649 00:39:38,791 --> 00:39:42,125 - Tapi saya nak tolong dia. - Hei. 650 00:39:43,125 --> 00:39:45,083 Tutup mulut dan dengar baik-baik. 651 00:39:45,166 --> 00:39:49,791 Bukan saja kamu mula hilang pendengaran, kamu juga sering sembelit. 652 00:39:49,875 --> 00:39:53,875 Ya. Kalau duduk di tandas, kamu boleh berlama-lama sepuas hati. 653 00:39:53,958 --> 00:39:56,000 Dapatlah kamu berehat, nak. 654 00:39:56,083 --> 00:40:01,208 Kalau kamu ada kawan yang rajin memasak, mengemas, 655 00:40:01,291 --> 00:40:03,666 beri makan dan jaga anak… 656 00:40:03,750 --> 00:40:06,125 - Tinggalkan mereka. - Ya. Tahu sebabnya? 657 00:40:06,750 --> 00:40:11,125 Kalau Jodi jumpa mereka, dia akan bandingkan kamu dengan mereka. 658 00:40:11,208 --> 00:40:15,708 Jadi kawan-kawan kamu mestilah malas dan pengotor 659 00:40:15,791 --> 00:40:17,750 supaya kamu jadi penanda aras. 660 00:40:18,791 --> 00:40:21,625 - Sebab itu ayah berdua berkawan baik? - Hei. 661 00:40:21,708 --> 00:40:23,833 Jangan berlagak pandai. Dengar cakap kami. 662 00:40:23,916 --> 00:40:25,416 - Itu saja. - Ya, betul. 663 00:40:25,500 --> 00:40:28,875 Syukurlah. Saya perlukan berita baik hari ini. 664 00:40:28,958 --> 00:40:32,041 Saya baru bercakap dengan Desan dan dia sangat risau. 665 00:40:32,833 --> 00:40:34,583 Saya rasa awak tak faham. 666 00:40:34,666 --> 00:40:38,083 Desanlah masalahnya dan petisyen itu adalah untuk buang dia dari sekolah. 667 00:40:39,375 --> 00:40:41,458 Tunggu. Apa maksud awak? 668 00:40:42,041 --> 00:40:44,625 Kami tak tahu apa sebenarnya… 669 00:40:44,708 --> 00:40:48,000 Shanthi, anak awak buat anak saya sengsara. 670 00:40:48,083 --> 00:40:51,000 Saya tak nak dengar cerita awak. Pergi jahanam. 671 00:41:21,833 --> 00:41:24,625 TAUFAN: HEI, CIK CEO. DAH ADA NAMA UNTUK ANAK? 672 00:41:24,708 --> 00:41:26,666 APA MENU MAKAN TENGAH HARI? 673 00:41:26,750 --> 00:41:28,791 MAK JAGA CUCU, KAMU BOLEH MASAK 674 00:41:50,791 --> 00:41:52,500 Preggs, saya dah hubungi dia. 675 00:41:53,583 --> 00:41:54,875 Apa dia kata? 676 00:41:54,958 --> 00:41:59,583 Saya hantar gambar Desan menangis dan kecederaannya. 677 00:41:59,666 --> 00:42:01,250 Dia akan hubungi sekolah? 678 00:42:01,333 --> 00:42:05,000 Ya, dia setuju. Dia kata dia akan hubungi sekolah hari ini 679 00:42:05,083 --> 00:42:07,500 dan jelaskan cerita dari pihak kita. 680 00:42:08,500 --> 00:42:10,250 Hal ini perlu diselesaikan. 681 00:42:10,333 --> 00:42:12,750 - Betul. - Kita tak tahu siapa dalangnya. 682 00:42:13,375 --> 00:42:15,958 Ada gateaux piments dan bhajia cili. 683 00:42:16,041 --> 00:42:19,000 Kari Mauritius, dhal puri, boulettes atau ladu, 684 00:42:19,083 --> 00:42:23,166 dan semestinya bol renverse, gorengan kilas mangkuk terbalik. 685 00:42:23,666 --> 00:42:25,916 - Wah! - Isteri saya makin handal memasak. 686 00:42:26,000 --> 00:42:28,750 Jodi! Aduhai. 687 00:42:28,833 --> 00:42:30,291 Jodi, sayang. 688 00:42:30,375 --> 00:42:32,416 Nampak sedap, Jodi. 689 00:42:32,500 --> 00:42:35,375 Jodi, dari mana kamu belajar untuk masak semua ini? 690 00:42:35,458 --> 00:42:36,708 Maklumat sulit. 691 00:42:37,666 --> 00:42:40,500 Kamu handal di dapur. Nanti di bilik mesyuarat pula. 692 00:42:40,583 --> 00:42:42,000 Kamu wanita kuat mak. 693 00:42:42,083 --> 00:42:45,416 Helo? Ada sesiapa nampak Jennifer yang sebenar? 694 00:42:45,500 --> 00:42:46,750 Hebat hidangan ini. 695 00:42:47,333 --> 00:42:49,375 - Kamu memang hebat, Jodi. - Terima kasih. 696 00:42:49,458 --> 00:42:52,958 Ayah tak sabar nak lihat kamu jadi CEO. Jen Junior. 697 00:42:54,166 --> 00:42:56,708 Semestinya. Jom minum untuk raikannya. 698 00:42:57,291 --> 00:43:01,583 Jodi, kamu tahu masak "ayam golek"? 699 00:43:09,041 --> 00:43:10,458 Dia dah tidur akhirnya. 700 00:43:11,208 --> 00:43:12,250 Akhirnya. 701 00:43:12,875 --> 00:43:15,916 Cik Master Chef, saya bangga sebagai suami hari ini. 702 00:43:17,166 --> 00:43:19,041 Mak awak pun tak cakap apa-apa. 703 00:43:50,375 --> 00:43:53,208 Sayang, cuaca makin cerah. 704 00:43:53,291 --> 00:43:56,833 Hari ini hari yang indah, kita pasti seronok 705 00:43:56,916 --> 00:43:59,250 dan ada orang gembira hari ini. 706 00:43:59,333 --> 00:44:00,208 Hei. 707 00:44:46,041 --> 00:44:47,291 Hei, apa khabar, nak? 708 00:44:47,875 --> 00:44:49,666 - Ini abah. - "Abah"? 709 00:44:50,166 --> 00:44:53,291 Ayah, kenapa? Semua dah bertolak? 710 00:44:53,375 --> 00:44:58,666 Ya, hidup boleh berubah, tahu? Kehidupan kita sukar dijangka. 711 00:44:58,750 --> 00:45:01,416 - Ayah okey? - Elvis, apa awak kata? 712 00:45:01,500 --> 00:45:06,375 Beritahu Prishen yang Seven Sands lebih dekat daripada sangkaan kita. 713 00:45:06,458 --> 00:45:09,625 Seven Sands? Ayah, saya tak faham. 714 00:45:09,708 --> 00:45:13,875 Ya, kami sangka dalam 15 ke 20, 715 00:45:13,958 --> 00:45:17,333 tapi nampaknya tujuh. 716 00:45:17,416 --> 00:45:19,791 Pasir? Seven Sands? 717 00:45:19,875 --> 00:45:21,625 Tak, lebih kurang lima. 718 00:45:22,541 --> 00:45:24,083 Tapi mana ada Five Sands. 719 00:45:24,666 --> 00:45:27,250 Tepat sekali, nak. Lima saja. 720 00:45:27,333 --> 00:45:30,458 L-I-M-A, lima. 721 00:45:31,375 --> 00:45:33,416 Lima minit lagi nak sampai? 722 00:45:33,500 --> 00:45:36,666 Betul. Itu sebab kamu jadi doktor. 723 00:45:38,041 --> 00:45:41,000 Sayang, bawa beg. Saya bawa bakul. Ayuh. 724 00:45:43,666 --> 00:45:44,791 Alamak! 725 00:45:48,583 --> 00:45:51,583 - Hei, sayang. Hai, anakku. Hai. - Hai. 726 00:45:51,666 --> 00:45:52,541 Maaf. 727 00:45:56,333 --> 00:46:00,041 - Moothoo, bunyi apa itu? - Bunyi apa, tuan? 728 00:46:00,916 --> 00:46:03,250 Elvis, dengar tak? 729 00:46:05,000 --> 00:46:07,666 - Itu. Bunyi itu. - Ya, kuat dan jelas. 730 00:46:07,750 --> 00:46:11,000 Hei, itu macam bunyi ketukan pin sendi. 731 00:46:11,708 --> 00:46:14,208 - Awak dengar apa-apa? - Saya tak dengar. 732 00:46:15,625 --> 00:46:18,958 Itu. Lebih baik kita berhati-hati. Berhenti di sini. 733 00:46:19,041 --> 00:46:21,250 Biar kami periksa. Di sini. 734 00:46:30,583 --> 00:46:31,625 Prishen? 735 00:46:31,708 --> 00:46:33,125 Jodi? 736 00:46:33,958 --> 00:46:35,166 Jodi? 737 00:46:35,250 --> 00:46:36,375 Prishen? 738 00:46:39,125 --> 00:46:40,041 Prishen? 739 00:46:43,791 --> 00:46:45,166 Kamu di mana? 740 00:46:45,250 --> 00:46:46,375 Awak semua di mana? 741 00:46:46,458 --> 00:46:48,166 Kami singgah saja. 742 00:46:48,791 --> 00:46:52,458 Mak rasa mak tertinggal ubat mak di dapur. 743 00:46:52,541 --> 00:46:56,375 Mereka reka-reka cerita! Mereka menipu, Prishen! 744 00:46:57,583 --> 00:47:01,916 Diam, mak. Mak nak gigi palsu mak tercabut lagi? 745 00:47:02,000 --> 00:47:03,291 Tak apa. Anjali ada kunci. 746 00:47:03,375 --> 00:47:06,500 Tunggu! Kamu bawa anak kamu keluar? 747 00:47:06,583 --> 00:47:09,500 Ya, kami ada janji temu dengan doktor pediatrik. 748 00:47:10,875 --> 00:47:11,958 - Aduhai! - Apa? 749 00:47:12,041 --> 00:47:14,791 Nasib malang dan banyak lagi. Kenapa mereka begini? 750 00:47:14,875 --> 00:47:17,375 Ambil kunci daripada Anjali dan masuklah. 751 00:47:17,458 --> 00:47:18,583 Okey, jumpa nanti. 752 00:47:19,791 --> 00:47:21,625 Selesai. Begitulah caranya. 753 00:47:23,083 --> 00:47:24,833 Jodi, helo. Dengar tak? 754 00:47:29,416 --> 00:47:31,000 Mereka tak nak jumpa kamu. 755 00:47:31,083 --> 00:47:32,416 Diam, mak. 756 00:47:33,083 --> 00:47:37,041 Shanthi, ini boleh membantu kita berkenaan Anjali. 757 00:47:37,125 --> 00:47:38,958 Ya, bagus juga kita kenali dia. 758 00:47:39,458 --> 00:47:41,500 - Saya tak nak tengok laman. - Ya. 759 00:47:41,583 --> 00:47:43,541 Mak juga. Laman ada di mana-mana… 760 00:47:43,625 --> 00:47:46,750 Mak, jangan mengarut. Mak ikut Elvis dan Preggie. 761 00:47:46,833 --> 00:47:48,166 - Elvis dan Preggie? - Ya. 762 00:47:48,250 --> 00:47:50,875 - Bosannya. - Dan kawan mak cik, Moothoo. 763 00:47:51,583 --> 00:47:53,916 - Kalau begitu… - Ya. 764 00:47:54,000 --> 00:47:58,333 Kita perlu selidik latar belakang dia. Kita akan balik beberapa hari lagi. 765 00:47:58,416 --> 00:48:00,291 Ya, Anjali akan terus berada di sini. 766 00:48:00,791 --> 00:48:02,833 Saya cuma nak berfikir lebih jauh. 767 00:48:02,916 --> 00:48:05,416 - Jodi ada tugas besar menantinya. - Betul. 768 00:48:05,500 --> 00:48:08,750 Sesetengah wanita memang suka duduk di rumah. 769 00:48:10,166 --> 00:48:14,166 Tak salah pun. Tak salah langsung. 770 00:48:14,250 --> 00:48:16,833 Berterus-teranglah. Katakan apa maksud awak. 771 00:48:16,916 --> 00:48:20,750 Sesetengah wanita lain kemampuannya. Itu saja maksud saya. 772 00:48:20,833 --> 00:48:24,833 Mak pula nak kata sesetengah wanita jangan fikir mereka hebat sangat. 773 00:48:25,333 --> 00:48:26,666 Itu saja mak nak kata. 774 00:48:32,541 --> 00:48:34,375 Wah! 775 00:48:34,958 --> 00:48:37,541 Saya tak sangka mak cik berdua datang. 776 00:48:37,625 --> 00:48:41,458 Saya akui rumah kamu amat cantik, Anjali. 777 00:48:41,541 --> 00:48:45,375 - Kamu pun nampak cantik. - Terima kasih, Mak Cik Jen. 778 00:48:45,958 --> 00:48:47,916 Mak cik berdua tak tengok laman. 779 00:48:49,458 --> 00:48:53,083 Ya, itu salah mak cik. Kepala mak cik sakit sangat. 780 00:48:53,166 --> 00:48:54,666 Sangat teruk, 781 00:48:54,750 --> 00:48:57,708 dan mak cik nak duduk di sini dan jaga Shanthi. 782 00:48:57,791 --> 00:48:59,166 Ya, betul. 783 00:48:59,250 --> 00:49:02,250 Tapi mak cik pasti mereka seronok. 784 00:49:02,875 --> 00:49:04,583 Terutamanya Aya. 785 00:49:04,666 --> 00:49:06,875 Dia amat sukakannya. 786 00:49:06,958 --> 00:49:09,750 Moothoo, jangan takut. Saya boleh. 787 00:49:09,833 --> 00:49:11,916 - Tak apa. Ayuh, Moothoo. - Jangan! 788 00:49:12,000 --> 00:49:14,250 Jangan takut. Saya boleh. 789 00:49:19,708 --> 00:49:20,708 Moothoo. 790 00:49:21,458 --> 00:49:23,208 - Saya boleh. - Okey. 791 00:49:28,708 --> 00:49:31,916 Mak, saya nampak mak dan Moothoo mesra. 792 00:49:32,000 --> 00:49:34,958 - Dia suka habiskan masa dengan mak. - Apa yang berlaku? 793 00:49:35,041 --> 00:49:39,333 - Kenapa? Kamu fikir dia suka mak? - Bukan begitu, mak. 794 00:49:39,416 --> 00:49:42,541 Tak boleh salahkan dia. Mak memang menawan. 795 00:49:43,541 --> 00:49:47,166 Maksud kami, jangan mudah percayakan orang. 796 00:49:47,250 --> 00:49:49,000 Mak bukannya baru dilahirkan. 797 00:49:49,083 --> 00:49:50,666 Mak cik bayar dia? 798 00:49:50,750 --> 00:49:51,791 Bertenang. 799 00:49:52,583 --> 00:49:53,916 Semuanya okey. 800 00:49:54,541 --> 00:49:56,000 Kamu okey, Moothoo? 801 00:50:02,416 --> 00:50:06,625 Anjali, mak cik suka betul dengan rekaan rumah ini. 802 00:50:06,708 --> 00:50:10,458 Sebenarnya, ini semua idea suami saya. Dulu dia arkitek. 803 00:50:11,000 --> 00:50:11,958 "Dulu"? 804 00:50:12,958 --> 00:50:18,083 Dia meninggal dunia tahun lepas. 805 00:50:18,666 --> 00:50:21,833 - Maaf. - Kami bersimpati, Anjali. 806 00:50:22,500 --> 00:50:25,291 Pasti sukar nak jaga rumah ini tanpa dia. 807 00:50:25,375 --> 00:50:26,875 Memang makin sukar. 808 00:50:28,166 --> 00:50:30,916 Saya sedang cari idea perniagaan baharu. 809 00:50:48,541 --> 00:50:50,041 Maaf. Saya tak dengar. 810 00:51:04,041 --> 00:51:06,500 - Ya! - Ya! Syabas. 811 00:51:07,875 --> 00:51:11,125 Terima kasih, Anjali. Saya harap tak menyusahkan kamu. 812 00:51:11,208 --> 00:51:13,208 Taklah. Mak awak berdua hebat. 813 00:51:13,291 --> 00:51:15,333 - Kamu mengagumkan. - Terima kasih. 814 00:51:15,416 --> 00:51:18,166 Oh ya, semoga berjaya dalam perniagaan kamu. 815 00:51:18,750 --> 00:51:21,041 - Kamu pasti berjaya. - Terima kasih. 816 00:51:21,125 --> 00:51:22,291 Kamu boleh. 817 00:51:23,291 --> 00:51:25,291 - Bijak. - Jaga diri. Jumpa lagi. 818 00:51:27,708 --> 00:51:32,291 Shanthi, macam suatu keajaiban. Cepat betul kamu sihat. 819 00:51:32,791 --> 00:51:34,791 Hai, Jodi, ini untuk kamu. 820 00:51:35,375 --> 00:51:39,041 Cuba minum smoothie setiap hari untuk kembalikan bentuk badan. 821 00:51:39,125 --> 00:51:40,708 Macamlah kamu ada bentuk badan. 822 00:51:40,791 --> 00:51:43,625 Kamu akan kelaparan. Smoothie saja tak cukup. 823 00:51:44,208 --> 00:51:46,583 Minumlah, sedikit pun cukup membantu. 824 00:51:46,666 --> 00:51:50,291 Kamu juga perlu rancang untuk buat rutin senaman ringkas. 825 00:51:50,791 --> 00:51:52,916 Kamu perlu rehat dan rawat. 826 00:51:53,000 --> 00:51:54,833 Mungkin pakai bengkung juga. 827 00:51:54,916 --> 00:51:58,333 Tidak. Jodi perlu fokus pada kerjayanya. 828 00:51:59,583 --> 00:52:03,750 Legasi Kandasamy. Rahsia besar. 829 00:52:04,250 --> 00:52:06,083 Kita nak yang terbaik untuk anak kita. 830 00:52:06,166 --> 00:52:09,250 Jadi kenapa saya saja yang tak tahu, Jen? 831 00:52:09,333 --> 00:52:11,583 Prishen, ada ura-ura akan berlaku taufan? 832 00:52:13,708 --> 00:52:16,500 Mak, saya perlukan nasihat. 833 00:52:16,583 --> 00:52:20,041 Dah lama saya abaikan senaman dan diet. Sukar untuk saya imbangkannya. 834 00:52:20,125 --> 00:52:25,083 Suami kamu sibuk uruskan banyak perkara. Kamu perlu beri lebih banyak sokongan. 835 00:52:25,166 --> 00:52:27,791 Betul, sayang. Kehamilan bukan penyakit. 836 00:52:27,875 --> 00:52:29,500 Apa kamu buat? 837 00:52:29,583 --> 00:52:33,208 Takkanlah kamu nak biar berat badan suami kamu meningkat. 838 00:52:37,000 --> 00:52:38,083 Apa ini? 839 00:52:38,750 --> 00:52:41,666 Saya fikir elok juga tolong cuci kaki dia. 840 00:52:41,750 --> 00:52:44,375 - Tidak. - Bolehkah kamu duduk di situ? 841 00:52:44,875 --> 00:52:46,333 Lebih baik mak cik yang cuci. 842 00:52:48,583 --> 00:52:51,166 Apa pendapat awak tentang Anjali? 843 00:52:51,250 --> 00:52:54,500 Saya terkejut. Saya rasa tertarik kepadanya. 844 00:52:54,583 --> 00:52:57,791 Dia mengingatkan saya kepada diri saya. Macam Jen mini. 845 00:52:58,541 --> 00:53:00,000 Aduhai. Dua Jen. 846 00:53:01,458 --> 00:53:02,500 SAIZ BEBAS 847 00:53:02,583 --> 00:53:04,500 Wah! 848 00:53:06,166 --> 00:53:08,791 Tumpang tanya. Betulkah ini saiz bebas? 849 00:53:08,875 --> 00:53:09,833 Ya. 850 00:53:10,541 --> 00:53:12,291 Fabriknya memberi, okey? 851 00:53:12,375 --> 00:53:15,583 Kain itu memberi tak banyak sangat pun. 852 00:53:15,666 --> 00:53:18,291 Awak sindir badan saya. Teruknya awak! 853 00:53:18,375 --> 00:53:20,958 Apa-apa pun, saya nak dua. Terima kasih. 854 00:53:27,583 --> 00:53:28,541 Emas India? 855 00:53:29,166 --> 00:53:30,541 Tak terlalu kuning. 856 00:53:31,208 --> 00:53:34,166 Ini emas terbaik. Murah saja. 857 00:53:35,458 --> 00:53:37,208 Kalau percuma barulah murah. 858 00:53:51,625 --> 00:53:53,083 Selamat sejahtera, Guru! 859 00:53:53,166 --> 00:53:54,166 Salam sejahtera. 860 00:53:54,250 --> 00:53:55,125 Salam sejahtera. 861 00:53:55,208 --> 00:53:58,375 - Anjali banyak memuji Guru. - Terima kasih. 862 00:53:58,458 --> 00:53:59,625 Bagaimana anak mereka? 863 00:53:59,708 --> 00:54:02,583 - Rupanya mirip anak lelaki saya. - Anak perempuan cantik saya. 864 00:54:03,458 --> 00:54:05,916 Guru, tempat ini menakjubkan. 865 00:54:06,708 --> 00:54:07,541 Ya. 866 00:54:08,125 --> 00:54:09,833 Cantik, bukan? 867 00:54:14,625 --> 00:54:17,791 Kenapa mereka rancang acara penamaan sebelum tanya kita? 868 00:54:17,875 --> 00:54:19,875 Siapa beri kebenaran? 869 00:54:19,958 --> 00:54:23,083 Dia memang begitu. Dia suka menyibuk. 870 00:54:23,166 --> 00:54:24,958 Saya tak dapat pilih baju pun. 871 00:54:25,041 --> 00:54:27,833 Macam mana nak pakaikan baju itu pada anak kita? 872 00:54:30,083 --> 00:54:31,166 Entahlah, sayang. 873 00:54:32,500 --> 00:54:33,416 Tapi… 874 00:54:35,083 --> 00:54:36,375 mari bertenang. 875 00:54:37,166 --> 00:54:39,166 Untuk dia, anak kita. 876 00:54:40,291 --> 00:54:41,750 Okey? Bersama-sama, ya? 877 00:54:47,708 --> 00:54:48,791 Aduhai. 878 00:56:59,416 --> 00:57:01,166 Sayang kamu. 879 00:57:46,708 --> 00:57:47,583 Terima kasih. 880 00:57:48,208 --> 00:57:49,208 Tak apa. 881 00:57:58,541 --> 00:58:00,541 Saya rasa hari ini berjalan lancar. 882 00:58:02,000 --> 00:58:06,333 Lihatlah keadaan apabila kita bekerjasama tanpa berahsia. 883 00:58:07,416 --> 00:58:09,541 Hari ini, kita ibu bapa yang bangga. 884 00:58:10,333 --> 00:58:13,208 Saya rasa anak kita yang terbaik. 885 00:58:13,291 --> 00:58:16,000 Saya nak menantu yang lebih baik. 886 00:58:17,666 --> 00:58:21,750 Jodi dan Prishen ibu bapa yang bagus. 887 00:58:22,708 --> 00:58:26,708 Saya dapat rasakan aura positif Jodi hari ini, Elvis. 888 00:58:26,791 --> 00:58:29,458 Seronok melihat dia datang 889 00:58:29,541 --> 00:58:32,541 dengan sifat kewanitaan yang kita terapkan pada dia. 890 00:58:32,625 --> 00:58:36,541 Lebih baik kalau awak beritahu dia, bukan kami. Bina keyakinan dia. 891 00:58:37,625 --> 00:58:38,458 Saya setuju. 892 00:58:39,041 --> 00:58:41,000 Tak salah memuji anak kita. 893 00:58:41,500 --> 00:58:44,375 Kalau tanya saya, salah terlampau memuji. 894 00:58:44,458 --> 00:58:46,583 Macam biasa, tiada orang tanya kamu. 895 00:58:50,708 --> 00:58:53,458 Moothoo, ini jalan pulang ke rumah Jodi? 896 00:58:53,541 --> 00:58:56,000 Pasti pemandu tahu jalan ke sana. 897 00:59:07,291 --> 00:59:09,708 Preggie, ambil gambar mak cik dengan kelapa. 898 00:59:09,791 --> 00:59:10,625 Moothoo? 899 00:59:11,166 --> 00:59:13,791 Buat satu gaya dan sebut "kelapa". 900 00:59:15,250 --> 00:59:16,416 Moothoo. 901 00:59:16,500 --> 00:59:18,958 Saya sangka kita ada persefahaman. 902 00:59:19,041 --> 00:59:22,083 Puan tak faham yang itu salah faham. 903 00:59:22,166 --> 00:59:25,083 Tak. Tiada salah faham. 904 00:59:25,166 --> 00:59:29,500 Saya bayar awak, awak ikut arahan saya. Semudah itu. 905 00:59:29,583 --> 00:59:30,875 Tak semudah itu. 906 00:59:32,583 --> 00:59:35,166 Okey, saya faham. 907 00:59:38,916 --> 00:59:40,875 Saya akan bayar lebih banyak 908 00:59:40,958 --> 00:59:43,958 dan letakkan dalam sampul surat, tulis nama saya… 909 00:59:44,041 --> 00:59:46,666 Jangan. Tak perlu bayaran lagi. Cukup. 910 00:59:47,291 --> 00:59:48,458 Semua okey? 911 00:59:48,541 --> 00:59:51,750 Tak. Semua tak okey. 912 00:59:51,833 --> 00:59:56,083 Semua tak okey sebab semuanya teruk. Sangat teruk. 913 00:59:56,166 --> 01:00:00,250 Kita dah berjanji, Moothoo. Awak tak boleh tarik diri sekarang. 914 01:00:01,666 --> 01:00:03,000 Tumpang lalu. 915 01:00:13,791 --> 01:00:15,833 Kenapa awak kata saya membazir duit, Jen? 916 01:00:15,916 --> 01:00:19,375 Elvis, saya tak perlu jadi Sherlock Holmes untuk tahu. 917 01:00:19,458 --> 01:00:20,708 Kenapa kamu menjerit? 918 01:00:21,833 --> 01:00:26,041 Silakan, nafikan. Nafikanlah. Kenapa awak bayar dia? 919 01:00:26,125 --> 01:00:27,791 - Itu upah saja. - Tipu! 920 01:00:27,875 --> 01:00:30,750 Begini, Preggie dan Prishen kata… 921 01:00:30,833 --> 01:00:31,833 Elvis! 922 01:00:33,458 --> 01:00:35,666 Okey, baiklah. 923 01:00:36,166 --> 01:00:37,708 Prishen minta bantuan kami. 924 01:00:38,291 --> 01:00:41,000 Tiba-tiba awak dan Preggie jadi pakar psikologi. 925 01:00:41,083 --> 01:00:43,416 Ada seorang saja psikopat. Kita tahu siapa orangnya. 926 01:00:43,500 --> 01:00:45,541 Beri peluang untuk saya jelaskan… 927 01:00:45,625 --> 01:00:48,458 Jelaskan apa, Elvis? Yang awak dan Preggie dungu? 928 01:00:48,541 --> 01:00:50,041 Apa kamu berdua gaduhkan? 929 01:00:50,125 --> 01:00:55,250 Mak, anak mak yang terpelajar ini bayar Moothoo. 930 01:00:55,333 --> 01:00:58,541 Moothoo penipu dan lebih baik mak pun berhati-hati. 931 01:00:58,625 --> 01:01:00,875 Mak berhati-hati sejak anak mak berkahwin. 932 01:01:00,958 --> 01:01:02,916 Mak, ini bukan gurauan, okey? 933 01:01:03,000 --> 01:01:05,625 Saya juga risau dia main-mainkan mak. 934 01:01:05,708 --> 01:01:09,250 Dia pemandu pelancong. Memang tugas dia bawa kita bergembira. 935 01:01:09,833 --> 01:01:11,791 Jangan beri dia duit. 936 01:01:13,833 --> 01:01:14,750 Jen… 937 01:01:30,166 --> 01:01:31,625 Semuanya okey, bukan? 938 01:01:32,583 --> 01:01:34,958 Ia satu kesilapan. Entah macam mana dia tahu. 939 01:01:35,041 --> 01:01:36,541 Saya rasa nak sepak awak. 940 01:01:36,625 --> 01:01:40,166 Kami berdua patut sepak awak. Kami tanggung masalah besar, tahu? 941 01:01:40,250 --> 01:01:42,875 - En. Preggie, awak tak bayar saya. - Bagus! 942 01:01:43,458 --> 01:01:46,458 Awak tak bawa saya ke Seven Sands, dungu. 943 01:01:49,375 --> 01:01:50,791 Saya ada Seven Sands. 944 01:01:56,083 --> 01:01:58,125 Elvis, budak ini biadab. 945 01:01:58,208 --> 01:01:59,916 Hei, tahan saya, Preggie! 946 01:02:00,000 --> 01:02:01,875 - Tahan saya! - Tahan dia! 947 01:02:03,250 --> 01:02:06,041 Mak Cik Jen dan Shanthi cakap apa tadi? 948 01:02:06,125 --> 01:02:10,208 Mak cik kata, mak cik kagum dengan semangat dan disiplin kamu, Anjali. 949 01:02:10,291 --> 01:02:12,750 Kami rasa kamu cantik, jadi… 950 01:02:12,833 --> 01:02:15,625 Mak cik nak melabur dalam idea kamu. 951 01:02:15,708 --> 01:02:17,000 Baik. Bagus bunyinya. 952 01:02:17,083 --> 01:02:18,541 Yang kedua… 953 01:02:18,625 --> 01:02:20,708 Ini bukan rahsia. 954 01:02:20,791 --> 01:02:24,916 Kami rasa kamu paling sesuai untuk jadi penjaga cucu kami. 955 01:02:35,916 --> 01:02:38,166 Baguslah kita buat penggambaran ini. 956 01:02:39,916 --> 01:02:43,083 Shanthi, kita perlu berbincang. 957 01:02:43,166 --> 01:02:46,041 Nasib baik saya cabut bulu kaki, bukan? 958 01:02:47,000 --> 01:02:48,833 - Cakaplah. - Ini tentang Desan. 959 01:02:52,750 --> 01:02:53,750 Jen? 960 01:02:54,500 --> 01:02:55,500 Jen? 961 01:02:56,500 --> 01:02:58,250 - Jennifer? - Mak? 962 01:02:58,875 --> 01:02:59,958 Mari sini. 963 01:03:02,208 --> 01:03:03,250 Mak. 964 01:03:03,833 --> 01:03:06,875 Kenapa lambat sangat? Nak mak lemas, ya? 965 01:03:06,958 --> 01:03:09,791 Bagus kalau begitu. Jangan merepek! Mak nak apa? 966 01:03:10,833 --> 01:03:13,583 - Hulurkan tuala. - Mak panggil saya sebab itu? 967 01:03:13,666 --> 01:03:17,041 Alang-alang, hulurkan benda itu. 968 01:03:17,125 --> 01:03:18,458 Benda apa? 969 01:03:19,125 --> 01:03:20,875 Benda tak boleh disebut. 970 01:03:20,958 --> 01:03:23,375 Seluar dalam? Mak lupa bawa seluar dalam? 971 01:03:23,458 --> 01:03:25,875 Tak perlulah cakap kuat-kuat. 972 01:03:25,958 --> 01:03:28,625 Namanya benda tak boleh disebut, bukan? 973 01:03:36,166 --> 01:03:40,083 Alang-alang, tolong bawa jaket pendek mak. Cepat. 974 01:03:57,291 --> 01:03:59,708 Mak! Liciknya mak. 975 01:04:01,000 --> 01:04:02,791 Sanggup mak tipu anak sendiri? 976 01:04:02,875 --> 01:04:04,416 Dua kali lima saja. 977 01:04:04,500 --> 01:04:07,333 Mak akan beritahu Elvis yang kamu bayar Moothoo. 978 01:04:07,416 --> 01:04:11,041 Jangan berani. Saya akan beritahu Elvis mak bersekongkol dengan Moothoo. 979 01:04:11,791 --> 01:04:16,000 Kamu rasa dia akan percayakan siapa? Mak atau kamu? 980 01:04:21,291 --> 01:04:25,000 Jangan usik harta benda orang lain, okey? 981 01:04:26,875 --> 01:04:30,375 E-mel daripada pihak sekolah jelas. Desan digantung sekolah. 982 01:04:31,166 --> 01:04:33,416 Saya sangka semuanya dah dijelaskan. 983 01:04:34,000 --> 01:04:37,833 Akhirnya ada murid berterus-terang tentang hal sebenar. 984 01:04:39,333 --> 01:04:41,333 - Saya dah tengok video itu. - Dan? 985 01:04:41,416 --> 01:04:42,250 Teruk. 986 01:04:44,291 --> 01:04:45,416 Biar saya tengok. 987 01:04:48,166 --> 01:04:50,875 Hei, kamu nak ke mana? Duduk dengan saya, okey? 988 01:04:50,958 --> 01:04:54,208 Ya, duduk dengan saya. Jangan ke mana-mana. 989 01:04:54,291 --> 01:04:58,833 - Hei, baik-baik sikit. - Desan, jangan! 990 01:04:58,916 --> 01:05:01,666 - Desan! - Kamu diam. Ini kawasan saya. 991 01:05:01,750 --> 01:05:04,000 Mari sini. Kamu tak boleh ke mana-mana. 992 01:05:17,625 --> 01:05:19,166 Kita nak buat apa? 993 01:05:19,666 --> 01:05:24,250 Tiada apa-apa. Ini penggambaran. Mereka akan berikan alatan dan sebagainya. 994 01:05:24,333 --> 01:05:25,583 Kita berseronok saja. 995 01:05:26,500 --> 01:05:27,875 Saya tak rasa seronok. 996 01:05:28,625 --> 01:05:30,416 Begitulah dunia Jennifer. 997 01:05:30,916 --> 01:05:33,583 Dunia yang dipenuhi penipu dan pencuri. 998 01:05:33,666 --> 01:05:35,541 Siapa makan cili, dia rasa pedas. 999 01:05:39,791 --> 01:05:42,833 Ingat tak semasa Jodi masakkan untuk kita? 1000 01:05:43,750 --> 01:05:46,041 Siapa boleh lupa? Sedap betul hidangan itu. 1001 01:05:46,125 --> 01:05:50,416 Di usia saya, makanan macam ubat. Cepat masuk, cepat keluar. 1002 01:05:50,500 --> 01:05:52,083 Dia ada buat dhal phuri? 1003 01:05:52,166 --> 01:05:54,958 Ya, dengan ladu dan gorengan. 1004 01:05:55,625 --> 01:06:00,375 Anak kita hebat, bukan? 1005 01:06:03,083 --> 01:06:06,625 Apa mak buat? Mak macam diserang strok. 1006 01:06:07,541 --> 01:06:09,875 Mak berlatih senyum untuk ambil gambar. 1007 01:06:10,375 --> 01:06:12,583 Kamu tahulah gaya-gaya orang muda. 1008 01:06:17,416 --> 01:06:21,666 Sayang, patut bawa jaket? Cuaca nampaknya akan berubah. 1009 01:06:22,208 --> 01:06:24,125 - Prish… - Saya perlukan lampin lagi. 1010 01:06:25,041 --> 01:06:26,583 - Prishen. - Ya? 1011 01:06:28,500 --> 01:06:30,000 Saya rasa tak sedap hati. 1012 01:06:36,958 --> 01:06:38,916 Ayuhlah, saya di sini. 1013 01:06:40,416 --> 01:06:42,625 Saya rasa saya dah tak nak jadi ibu. 1014 01:06:45,333 --> 01:06:48,583 - Awak rasa begitu sebab mak kita… - Bukan sebab mereka. 1015 01:06:49,125 --> 01:06:51,375 - Mestilah sebab mereka. - Tengok saya. 1016 01:06:53,000 --> 01:06:53,958 Saya masalahnya. 1017 01:06:54,875 --> 01:06:56,625 Saya tak nak bersama dia. 1018 01:06:58,583 --> 01:06:59,958 Anak saya sendiri. 1019 01:07:02,416 --> 01:07:04,250 Berapa lama awak rasa begini? 1020 01:07:06,375 --> 01:07:08,500 Apa berlaku kepada saya, Prishen? 1021 01:07:24,041 --> 01:07:26,250 KEMURUNGAN LEPAS BERSALIN PUNCA, SIMPTOM, RAWATAN 1022 01:07:26,333 --> 01:07:27,750 APA KEMURUNGAN LEPAS BERSALIN? 1023 01:07:34,958 --> 01:07:36,583 Sedia? Tengok ini. 1024 01:07:42,875 --> 01:07:46,166 Itu yang berlaku kalau kamu cuba menjugel, Prishen. 1025 01:07:48,083 --> 01:07:49,208 Apa? 1026 01:07:49,291 --> 01:07:52,750 Jodi, kamu baru mula seimbangkan hidup kamu. 1027 01:07:52,833 --> 01:07:55,583 Hidup terlalu singkat untuk seimbangkannya. 1028 01:07:55,666 --> 01:07:59,250 Maaf, tunggu sekejap. Mak bercakap dengan anak mak, Jodi. 1029 01:07:59,333 --> 01:08:00,583 Dia juga isteri saya. 1030 01:08:00,666 --> 01:08:02,250 Ayah rasa bukan itu maksud… 1031 01:08:02,333 --> 01:08:05,583 Maksud mak, adakalanya, keadaan tak seperti sangkaan kita. 1032 01:08:05,666 --> 01:08:07,333 Awak cakap apa ini? 1033 01:08:07,416 --> 01:08:10,166 Saya maksudkan lakonan Jodi tempoh hari 1034 01:08:10,250 --> 01:08:12,583 semasa dia "masak" makanan tengah hari. 1035 01:08:13,125 --> 01:08:14,708 Kamu tak tahu, Prishen? 1036 01:08:14,791 --> 01:08:19,291 Malunya! Mak ingat kamu berdua sepasukan. 1037 01:08:19,375 --> 01:08:22,333 Mak, saya minta dengan sopan, jangan kacau dia. 1038 01:08:22,416 --> 01:08:23,833 Prishen, kamu kenapa? 1039 01:08:23,916 --> 01:08:26,666 Cakaplah, Jodi. Kenapa diam saja? 1040 01:08:26,750 --> 01:08:30,375 Ada orang suka senyap. Bukan semua orang bising macam kamu. 1041 01:08:30,458 --> 01:08:33,375 Mengakulah. Beritahu Prishen yang kamu tipu kamu memasak 1042 01:08:33,458 --> 01:08:35,000 dan jiran kamu yang masak 1043 01:08:35,083 --> 01:08:38,208 sedangkan kamu berdiam diri dan terima pujian kami. 1044 01:08:38,291 --> 01:08:40,125 Mak, kalau mak tak tutup mulut… 1045 01:08:40,208 --> 01:08:44,166 Jaga mulut kamu apabila bercakap dengan mak. 1046 01:08:44,250 --> 01:08:45,625 Kamu fikir kamu siapa? 1047 01:08:45,708 --> 01:08:49,708 Kamu beri kami jadual untuk jumpa cucu kami. 1048 01:08:49,791 --> 01:08:52,583 Dan kamu berikan penginapan yang jauh. Teruk, Prishen. 1049 01:08:53,083 --> 01:08:55,416 Patutlah mereka buat begitu, Shanthi, 1050 01:08:55,500 --> 01:08:58,333 sebab mereka tak nak kita nampak kekurangan mereka. 1051 01:08:58,416 --> 01:08:59,458 Kekurangan apa? 1052 01:08:59,541 --> 01:09:01,458 - Tak berbaloi bergaduh dengan dia. - Dia? 1053 01:09:01,541 --> 01:09:04,250 Itulah kita bagi mereka. Orang luar. 1054 01:09:04,333 --> 01:09:08,666 Setelah segala usaha kami demi kamu, anak-anak tak bersyukur. 1055 01:09:08,750 --> 01:09:10,875 Macam buat keputusan penting untuk kami? 1056 01:09:10,958 --> 01:09:12,958 Betul kata dia, Jennifer. 1057 01:09:13,041 --> 01:09:16,916 Awak tak boleh suruh anak saya tinggalkan segalanya demi perniagaan awak. 1058 01:09:17,000 --> 01:09:18,166 Apa awak cakap ini? 1059 01:09:18,250 --> 01:09:21,875 Kami berikan masa depan yang cerah untuk mereka. 1060 01:09:21,958 --> 01:09:27,208 Ya, tapi awak cuma pentingkan legasi dan anak awak, bukan? Pentingkan diri… 1061 01:09:27,291 --> 01:09:29,500 Tolonglah. Mak pun begitu terhadap Desan. 1062 01:09:30,333 --> 01:09:31,333 Apa maksud kamu? 1063 01:09:32,000 --> 01:09:34,791 Jangan kata mak tak sayang anak-anak mak. 1064 01:09:34,875 --> 01:09:37,541 Jadi kenapa dia masih duduk di bilik kecil itu? 1065 01:09:37,625 --> 01:09:40,458 - Mak kamu susah hati. Bertenang. - Tidak, ayah. 1066 01:09:40,541 --> 01:09:42,416 Mereka membelakangi kami 1067 01:09:42,500 --> 01:09:45,000 dan tawarkan Anjali kerja untuk jaga anak kami… 1068 01:09:45,083 --> 01:09:47,875 "Anak kami. Kami itu, kami ini." 1069 01:09:47,958 --> 01:09:52,333 Berhenti merungut dan jadi matang sikit. 1070 01:09:54,500 --> 01:09:55,791 Prishen? 1071 01:10:20,500 --> 01:10:22,208 Awak tak faham, ya? 1072 01:10:23,166 --> 01:10:25,458 Saya cuma nak bantu dia. 1073 01:10:26,375 --> 01:10:31,583 Bantu dia? Dia lebih baik berbanding kamu semasa kamu baru bersalin. 1074 01:10:32,250 --> 01:10:36,666 Sebab saya tak tahan, mak. Saya tak mampu. 1075 01:10:36,750 --> 01:10:38,125 Kamu ibu tak berguna. 1076 01:10:38,208 --> 01:10:40,208 - Ya. - Kita berdua tahu. 1077 01:10:40,291 --> 01:10:41,583 Ya, saya tak berguna. 1078 01:10:42,666 --> 01:10:45,833 Mak tahu, saya tahu, semua orang tahu. 1079 01:10:45,916 --> 01:10:48,750 Mak pastikan semua orang tahu, bukan? 1080 01:10:49,333 --> 01:10:51,208 Saya baru jadi ibu. 1081 01:10:52,916 --> 01:10:56,916 Saya tertekan, keliru dan takut. 1082 01:10:58,291 --> 01:11:03,000 Jiwa saya hancur. Saya perlukan mak. 1083 01:11:04,875 --> 01:11:07,250 Mak nampak saya bergelut. 1084 01:11:07,333 --> 01:11:09,083 Kenapa mak tak tolong saya? 1085 01:11:10,166 --> 01:11:11,625 Kenapa tak tolong saya? 1086 01:11:13,375 --> 01:11:14,541 Apa mak buat? 1087 01:11:15,208 --> 01:11:21,500 Mak beritahu Elvis yang saya lemah dan terlalu bergantung kepadanya. 1088 01:11:23,041 --> 01:11:27,125 Saya rasa lemas, mak. 1089 01:11:28,250 --> 01:11:31,166 Mak buat saya rasa macam saya yang bermasalah. 1090 01:11:32,291 --> 01:11:33,958 Sampai hati mak buat begitu. 1091 01:11:37,375 --> 01:11:40,583 Tiada wanita patut rasa begitu. 1092 01:11:42,250 --> 01:11:43,208 Tak patut langsung. 1093 01:11:44,458 --> 01:11:48,291 Saya cuma nak memudahkan anak saya. 1094 01:11:48,875 --> 01:11:52,458 Saya nak memudahkan anak saya. 1095 01:12:09,833 --> 01:12:15,250 Diamlah. Ini kawasan saya. Mari sini. 1096 01:12:41,916 --> 01:12:43,208 Anjali? 1097 01:12:43,291 --> 01:12:46,000 Mak Cik Jen, saya nak beritahu sesuatu. 1098 01:12:46,833 --> 01:12:48,125 Sekarang tak sesuai. 1099 01:12:49,416 --> 01:12:53,083 Jodi nak buat sesuatu yang istimewa untuk mak cik, keluarganya. 1100 01:12:56,083 --> 01:12:57,625 Apa maksud kamu? 1101 01:12:58,125 --> 01:13:02,291 Masakan itu, mak cik. Bukan saya masak. Saya ajar Jodi. 1102 01:13:02,375 --> 01:13:06,916 Dia minta saya ajar beberapa minggu lalu. Tapi, hari itu, dia masak sendiri. 1103 01:13:18,583 --> 01:13:20,375 Ada waktunya dalam hidup kita, 1104 01:13:21,416 --> 01:13:26,291 kita sedar betapa besar kesan tindakan kita terhadap orang lain… 1105 01:13:34,541 --> 01:13:36,958 Betulkah saya lebih sayangkan Prishen? 1106 01:13:40,875 --> 01:13:46,583 …masa yang kita ambil untuk terima hakikat dan rawat jiwa. 1107 01:13:53,583 --> 01:13:56,583 Tapi, sebelum kita sembuh, kita akan terluka. 1108 01:13:59,166 --> 01:14:01,000 Lukanya amat dalam. 1109 01:14:07,875 --> 01:14:10,750 Tapi tak mudah untuk memaafkan, bukan? 1110 01:14:23,083 --> 01:14:26,541 Juga tak mudah untuk meminta kemaafan. 1111 01:15:07,291 --> 01:15:09,333 Ingat semasa kita mulakan perniagaan 1112 01:15:10,500 --> 01:15:11,958 di garaj rumah kita? 1113 01:15:12,833 --> 01:15:17,333 Ya. Kita kerja 18 jam sehari tanpa henti. 1114 01:15:18,666 --> 01:15:21,041 Gunakan setiap sen dalam simpanan kita. 1115 01:15:22,333 --> 01:15:24,500 Berhutang untuk bayar hutang. 1116 01:15:26,291 --> 01:15:29,125 Awak ketuai satu cawangan, saya di cawangan lain. 1117 01:15:31,708 --> 01:15:34,500 Elvis, kita berjaya bina hidup kita, bukan? 1118 01:15:35,916 --> 01:15:37,000 Awak, Jen, 1119 01:15:38,250 --> 01:15:40,166 yang berhempas pulas di pejabat. 1120 01:15:40,250 --> 01:15:43,958 Saya hanya gembira dapat bina legasi keluarga. 1121 01:15:44,500 --> 01:15:46,791 Tidak. 1122 01:15:47,958 --> 01:15:49,250 Kita berdua. 1123 01:15:51,666 --> 01:15:52,875 Kita berdua. 1124 01:15:54,875 --> 01:15:58,333 Membina perniagaan keluarga Kandasamy. 1125 01:16:00,125 --> 01:16:02,875 Supaya kita dapat wariskan kepada anak kita. 1126 01:16:06,416 --> 01:16:08,041 Itu saja yang saya mahu. 1127 01:16:11,000 --> 01:16:12,083 Saya buat silap. 1128 01:16:14,625 --> 01:16:16,291 Saya tak tahu cara nak betulkannya. 1129 01:16:29,791 --> 01:16:30,625 Shanthi. 1130 01:16:32,708 --> 01:16:34,250 Desan menang pertandingan. 1131 01:16:34,333 --> 01:16:36,541 - Pertandingan apa? - Deklamasi puisi. 1132 01:16:36,625 --> 01:16:39,166 Saya hantar kepada semua. Jom tengok sama-sama. 1133 01:16:47,875 --> 01:16:50,666 Saat kulihat cermin Tahu apa aku nampak? 1134 01:16:50,750 --> 01:16:52,500 Si dungu membalas pandanganku 1135 01:16:52,583 --> 01:16:55,625 Sering buat salah Walau telah aku cuba 1136 01:16:55,708 --> 01:16:58,833 Desan, kenapa tak seperti Prishen? Dia cukup sempurna 1137 01:17:00,791 --> 01:17:02,958 Ibu anggap dia wira 1138 01:17:03,041 --> 01:17:05,083 Aku hanya anak kedua tak guna 1139 01:17:05,166 --> 01:17:10,333 Mainan terpakai, baju terpakai Mungkin kudapat kasih sayang terpakai 1140 01:17:12,458 --> 01:17:15,958 "Desan, dungu, nak tuju ke mana pun tak tahu." 1141 01:17:16,041 --> 01:17:19,291 "Kalau Prishen ada, dia dah halang seluruh gawang." 1142 01:17:23,666 --> 01:17:26,250 Di pandangan ibu bapaku Mereka nampak apa? 1143 01:17:26,333 --> 01:17:28,500 Si kambing hitam keluarga 1144 01:17:30,875 --> 01:17:33,333 Senyuman di mukaku Tapi amarah di hatiku 1145 01:17:33,416 --> 01:17:35,833 Apa guna bersuara? Yang mendengarnya tiada 1146 01:17:35,916 --> 01:17:38,083 Kusayang ibuku Dialah duniaku 1147 01:17:38,166 --> 01:17:40,166 Aku cuma nak dia bangga denganku 1148 01:17:40,250 --> 01:17:42,416 Fikiranku hilang, bantulah aku 1149 01:17:42,500 --> 01:17:45,291 Kerana aku buntu 1150 01:17:45,375 --> 01:17:48,375 Dapatkah kau dengar? Aku buntu 1151 01:17:48,458 --> 01:17:49,666 Adakah yang mendengar? 1152 01:17:49,750 --> 01:17:52,458 Aku buntu Buntu 1153 01:17:52,541 --> 01:17:54,083 Ada sesiapa mendengar? 1154 01:18:14,833 --> 01:18:16,333 Kesayanganku. 1155 01:18:16,416 --> 01:18:17,875 Mari, sayang. 1156 01:18:18,458 --> 01:18:20,958 Mari, sayang. Mari masuk. 1157 01:18:21,583 --> 01:18:25,125 Semasa nenek hubungi kamu, nenek cuma harap kamu datang. 1158 01:18:25,208 --> 01:18:26,750 Kami tak boleh menolak, nenek. 1159 01:18:27,375 --> 01:18:28,708 Cantiknya di sini. 1160 01:18:29,583 --> 01:18:32,625 Aduhai! Nenek ada sesuatu untuk dia. 1161 01:18:39,083 --> 01:18:40,750 Kamu dah berkemas? 1162 01:18:48,416 --> 01:18:51,791 Saya tak sangka kita akan pulang dalam situasi begini. 1163 01:18:52,875 --> 01:18:55,666 Ini sepatutnya masa paling gembira kita. 1164 01:18:56,208 --> 01:18:58,916 Kita tak tanya pun apa Jodi nak. 1165 01:18:59,458 --> 01:19:01,000 Betul. 1166 01:19:01,083 --> 01:19:02,458 Itu semua salah saya 1167 01:19:02,541 --> 01:19:06,166 sebab sikap saya yang suka mendominasi dan mengawal keadaan. 1168 01:19:06,250 --> 01:19:07,458 Begitulah. 1169 01:19:07,541 --> 01:19:08,583 Ayuh, Jen. 1170 01:19:10,875 --> 01:19:12,916 Apabila difikirkan, 1171 01:19:14,666 --> 01:19:18,250 Jodi yang menjaga saya selama ini. 1172 01:19:19,083 --> 01:19:22,833 Awak pun tahu saya terlalu kuat bekerja, Elvis. 1173 01:19:24,250 --> 01:19:28,750 Jodi sentiasa mendampingi saya sejak dia kecil. 1174 01:19:29,833 --> 01:19:33,333 Dia bawakan teh, buatkan sandwic, 1175 01:19:33,958 --> 01:19:35,333 mengasuh saya. 1176 01:19:39,416 --> 01:19:41,250 Dia akan jadi ibu yang hebat. 1177 01:19:41,958 --> 01:19:43,375 Tentulah. 1178 01:19:45,291 --> 01:19:49,541 Ya, kalaulah saya boleh beritahu dia yang saya bangga dengan dia. 1179 01:19:53,833 --> 01:19:54,750 Mari. 1180 01:20:44,875 --> 01:20:46,708 Kami mahu yang terbaik untuk kamu. 1181 01:20:49,666 --> 01:20:53,458 Kami juga sedar yang hanya kamu tahu apa yang terbaik untuk kamu. 1182 01:20:57,458 --> 01:20:59,250 Kami fikir nak jual perniagaan kami. 1183 01:21:00,916 --> 01:21:03,708 Kalau kamu setuju, kami akan teruskan. 1184 01:21:04,625 --> 01:21:07,166 Tapi kalau kamu nak, 1185 01:21:08,666 --> 01:21:09,750 ia milik kamu. 1186 01:21:12,541 --> 01:21:16,000 Milik kamu sepenuhnya, sayang. Kami takkan masuk campur. 1187 01:21:16,916 --> 01:21:18,666 Tapi itu nyawa mak dan ayah. 1188 01:21:22,458 --> 01:21:23,500 Tidak. 1189 01:21:26,708 --> 01:21:29,291 Kamulah nyawa kami. 1190 01:21:59,500 --> 01:22:00,625 Terima kasih. 1191 01:22:07,541 --> 01:22:08,500 Hei! 1192 01:22:09,458 --> 01:22:12,541 - Kamu aturkan braai untuk kami. - Sayangku! 1193 01:22:14,041 --> 01:22:17,208 Jodi sangat sukakannya semasa dia kecil. 1194 01:22:17,291 --> 01:22:18,708 - Hai, sayang. - Terima kasih. 1195 01:22:20,250 --> 01:22:21,666 Tengok si comel ini. 1196 01:22:21,750 --> 01:22:23,916 - Bau macam rumah. - Hai, nak. 1197 01:22:24,500 --> 01:22:25,625 Nah. 1198 01:22:25,708 --> 01:22:27,958 Jodi, awak buat dengan baik sekali. 1199 01:22:28,750 --> 01:22:33,166 - Semua wanita tahu betapa sukar jadi ibu. - Betul. 1200 01:22:34,500 --> 01:22:36,416 Sementara semua orang mengaku… 1201 01:22:36,500 --> 01:22:39,291 Kami tahu mak cik ratu tembak laser. 1202 01:22:39,375 --> 01:22:40,541 Itu juga. 1203 01:22:40,625 --> 01:22:42,500 Saya agak nakal. 1204 01:22:43,083 --> 01:22:49,250 Mak berkomplot dengan Moothoo dan kaut untung besar daripada kamu semua. 1205 01:22:49,833 --> 01:22:50,833 Kami semua? 1206 01:22:50,916 --> 01:22:53,833 Ya, kamu, Prishen, Jennifer, Shanthi, kamu semua. 1207 01:22:53,916 --> 01:22:55,583 Semua sekali. 1208 01:22:55,666 --> 01:22:58,208 Berapa banyak dia beri kepada mak cik? 1209 01:22:58,291 --> 01:23:00,291 Saya dalang operasi ini. 1210 01:23:00,875 --> 01:23:03,458 Dia dapat 20 peratus. 1211 01:23:04,041 --> 01:23:08,083 Mak cik, 80 peratus? Mak cik ambil 80 peratus, dia 20 peratus? 1212 01:23:08,166 --> 01:23:09,500 Berani buat, berani tanggung. 1213 01:23:09,583 --> 01:23:10,583 Semuanya okey. 1214 01:23:10,666 --> 01:23:12,125 Allez! 1215 01:23:12,208 --> 01:23:13,291 Ya! 1216 01:23:14,375 --> 01:23:17,541 Tunggu. Mak perlukan duit untuk apa? 1217 01:23:17,625 --> 01:23:21,833 Mak nak beli gelang emas untuk cicit mak. 1218 01:23:24,125 --> 01:23:26,708 Kamu pun tahu itu kebiasaan kita. 1219 01:23:30,750 --> 01:23:32,500 Nah. 1220 01:23:39,791 --> 01:23:41,000 Dia semakin kuat… 1221 01:23:41,083 --> 01:23:44,666 - Kamu halakan ke arah mana? - Pusing untuk ambil swafoto. 1222 01:23:45,458 --> 01:23:47,125 - Tengok. - Tengok di sana. 1223 01:23:47,833 --> 01:23:48,958 Awas, muka dia. 1224 01:23:49,041 --> 01:23:50,666 - Dah bersedia? - Ya. 1225 01:23:51,833 --> 01:23:53,708 Semua sebut "Arya"! 1226 01:23:53,791 --> 01:23:55,166 Arya! 1227 01:23:55,250 --> 01:23:59,833 AFRIKA SELATAN 1228 01:24:10,958 --> 01:24:12,916 Mak minta maaf atas segalanya. 1229 01:24:13,000 --> 01:24:14,041 Saya sayang mak. 1230 01:24:17,875 --> 01:24:20,333 Tapi hanya selepas sebulan. 1231 01:24:20,916 --> 01:24:22,333 Kamu dihukum. 1232 01:24:23,041 --> 01:24:25,041 Jangan membuli orang lagi. 1233 01:24:25,125 --> 01:24:26,541 - Jangan… - Membuli. 1234 01:24:26,625 --> 01:24:28,416 Maaf, mak. Saya takkan membuli lagi. 1235 01:24:29,125 --> 01:24:32,166 Begitulah menjadi ibu bapa. 1236 01:24:32,250 --> 01:24:33,083 SETAHUN KEMUDIAN 1237 01:24:33,166 --> 01:24:37,083 Anda harus hadapi segala baik buruknya. 1238 01:24:38,500 --> 01:24:39,875 Senanglah cakap. 1239 01:24:39,958 --> 01:24:45,250 Secara keseluruhannya, ia anugerah terindah. 1240 01:24:49,458 --> 01:24:50,458 Nak. 1241 01:24:52,125 --> 01:24:53,416 Sebut "datuk". 1242 01:24:54,041 --> 01:24:55,458 Ujian mikrofon. 1243 01:24:56,000 --> 01:24:59,416 Hadirin semua, sila duduk dan selamat datang 1244 01:24:59,500 --> 01:25:01,625 ke majlis hari lahir pertama anak saudara saya. 1245 01:25:11,375 --> 01:25:13,083 Wah! Setahun penuh suka duka! 1246 01:25:13,583 --> 01:25:15,791 Menjadi ibu bapa adalah indah. 1247 01:25:16,291 --> 01:25:18,375 Bagaimana mak ayah kami lakukannya? 1248 01:25:18,458 --> 01:25:20,875 Saya pun nak tahu cara mereka lakukannya. 1249 01:25:21,625 --> 01:25:24,541 Mereka besarkan kami dan berkorban untuk kami. 1250 01:25:25,125 --> 01:25:30,041 Adakalanya kami lupa atau kami tak hargainya sebaik-baiknya, 1251 01:25:30,125 --> 01:25:33,625 tapi kami tahu, tiada sesiapa boleh jadi ibu bapa sempurna. 1252 01:25:33,708 --> 01:25:35,291 Tapi sekali-sekala… 1253 01:25:37,166 --> 01:25:39,458 - Mak ayah kami hampir sempurna. - Betul. 1254 01:25:40,958 --> 01:25:42,166 Tipu! 1255 01:25:55,833 --> 01:25:57,750 Menjadi ibu bapa! 1256 01:25:58,833 --> 01:26:01,958 Ia memenuhi hati kita dengan cinta dan kasih sayang. 1257 01:26:02,041 --> 01:26:02,875 Ayuh. 1258 01:26:02,958 --> 01:26:04,041 Kenapa perlu tipu? 1259 01:26:04,583 --> 01:26:06,916 Tiada apa-apa dapat mempersiapkan kita. 1260 01:26:08,041 --> 01:26:09,416 Tiada buku peraturan, 1261 01:26:10,125 --> 01:26:12,041 tiada resipi sempurna. 1262 01:26:13,083 --> 01:26:14,416 Itulah masalahnya. 1263 01:26:15,416 --> 01:26:19,541 Tapi ikut gerak hati anda dan doakan yang terbaik. 1264 01:26:24,583 --> 01:26:26,291 Nenek terbaik tahun ini! 1265 01:26:26,375 --> 01:26:28,750 - Majlis paling hebat. - Betul. 1266 01:26:28,833 --> 01:26:31,833 Elvis, Preggie, tunjukkan apa yang saya ajar. 1267 01:26:33,708 --> 01:26:35,208 Bangun! 1268 01:26:37,083 --> 01:26:38,125 Elvis. 1269 01:28:40,500 --> 01:28:44,291 Kadangkala, ada hari baik, ada hari buruk. 1270 01:28:44,916 --> 01:28:48,041 Ada hari kita buntu. 1271 01:28:48,125 --> 01:28:52,541 Adakalanya, mereka menyebabkan kita tak dapat tidur dan sakit hati. 1272 01:28:52,625 --> 01:28:55,166 Ada hari mereka sayang kita, 1273 01:28:55,250 --> 01:28:57,541 ada hari mereka benci kita. 1274 01:28:58,041 --> 01:28:59,416 Tapi tak mengapa. 1275 01:29:00,166 --> 01:29:02,041 Teruskan buat yang terbaik. 1276 01:29:02,125 --> 01:29:04,583 Itulah ibu bapa yang terbaik. 1277 01:29:06,833 --> 01:29:10,958 UNTUK PRIYA & SANURI 1278 01:29:45,041 --> 01:29:48,583 Saat paling gembira saya adalah ketika melambai kepada mereka 1279 01:29:48,666 --> 01:29:49,875 di lapangan terbang. 1280 01:29:50,458 --> 01:29:51,375 Kecuali Aya. 1281 01:29:51,458 --> 01:29:54,125 Kelakar sebab dia masih fikir dia dalangnya. 1282 01:29:54,208 --> 01:29:57,458 Saya saja nampak sampul surat itu sebelum mereka semua. 1283 01:29:57,541 --> 01:30:02,250 Saya yang pilih untuk beri dia "80 peratus". 1284 01:30:02,333 --> 01:30:04,625 Tapi, jangan beritahu sesiapa. 1285 01:30:05,375 --> 01:30:06,541 Semuanya okey. 1286 01:30:27,208 --> 01:30:28,875 Apa akan jadi selepas ini? 1287 01:30:28,958 --> 01:30:30,208 Entahlah. 1288 01:30:30,291 --> 01:30:32,333 Mungkin mereka akan kembali ke Durban. 1289 01:30:32,416 --> 01:30:34,625 Mungkin mereka dapat seorang lagi anak. 1290 01:30:34,708 --> 01:30:37,625 Mungkin ada antara kita yang dah tiada. 1291 01:30:39,125 --> 01:30:41,541 Hidup ini macam roda. 1292 01:30:42,500 --> 01:30:44,125 Sebab setiap tindakan… 1293 01:30:45,166 --> 01:30:46,666 ada akibatnya. 1294 01:30:48,750 --> 01:30:52,750 Siapa tahu? Kita kena tunggu dan lihat. 1295 01:31:11,208 --> 01:31:13,208 MIMPIKAN MIMPI INDAH 1296 01:31:18,708 --> 01:31:20,708 ANAK PEREMPUANKU 1297 01:32:45,708 --> 01:32:49,250 Terjemahan sari kata oleh Najat H.