1 00:00:16,418 --> 00:00:21,001 Di teras penciptaan alam semesta terletaknya planet Eternia, 2 00:00:21,084 --> 00:00:23,418 dunia kedualan menakjubkan. 3 00:00:23,918 --> 00:00:25,543 Manusia dan raksasa. 4 00:00:25,626 --> 00:00:27,918 Ahli sihir dan hulubalang. 5 00:00:28,001 --> 00:00:30,501 Sains dan ilmu sihir. 6 00:00:30,584 --> 00:00:35,668 Bagaikan sengketa adik-beradik, kuasa ini berperang berzaman-zaman, 7 00:00:35,751 --> 00:00:39,543 tapi jaguh berkuasa magis mengungguli pertempuran. 8 00:00:40,043 --> 00:00:43,001 Tapi selepas nujuman bencana dahsyat... 9 00:00:46,501 --> 00:00:48,918 rahsia terbongkar. 10 00:00:49,001 --> 00:00:50,834 Setiap nujuman 11 00:00:52,043 --> 00:00:55,001 menjanjikan revolusi. 12 00:00:56,584 --> 00:01:03,543 WALAUPUN UNTUK RAJA 13 00:01:58,293 --> 00:02:01,668 Lari sebelum kegilaan merasuki minda. 14 00:02:02,459 --> 00:02:05,834 Jangan percaya tipu daya Subternia. 15 00:02:08,001 --> 00:02:11,418 Kerana keganasan menyemarakkan api neraka 16 00:02:11,501 --> 00:02:14,168 yang diperintah... 17 00:02:18,251 --> 00:02:20,751 Saya tak kesan rasa gentar. 18 00:02:22,251 --> 00:02:24,459 Tidakkah kamu tahu, manusia, 19 00:02:24,543 --> 00:02:28,043 di sinilah putus asa mengganti impian, 20 00:02:28,126 --> 00:02:31,543 di sinilah harapan hancur musnah? 21 00:02:32,126 --> 00:02:37,168 Tapi di sini, di alam Chaos, kami percaya pada aturan. 22 00:02:37,251 --> 00:02:41,209 Penderitaan bermula hanya selepas kamu menawarkan 23 00:02:41,293 --> 00:02:47,084 pemilikan tunggal setiap roh di hujung nyawa. 24 00:02:47,168 --> 00:02:49,168 Nama kamu. 25 00:02:50,043 --> 00:02:52,001 Nama saya? 26 00:02:52,959 --> 00:02:54,376 Saya Adam, 27 00:02:54,459 --> 00:02:55,751 Putera Eternia 28 00:02:55,834 --> 00:02:58,418 dan pembela rahsia Istana Grayskull. 29 00:02:59,001 --> 00:03:00,418 Jaguh? 30 00:03:00,918 --> 00:03:02,876 Saya Orko, 31 00:03:02,959 --> 00:03:06,668 kawannya yang berani dengan tiket ke Subternia. 32 00:03:06,751 --> 00:03:08,459 Awak... 33 00:03:11,084 --> 00:03:13,126 Kami tak nak gaduh, Scareglow. 34 00:03:13,209 --> 00:03:17,668 Skeletor hantar rakan kami ke Subternia semasa dia curi kuasa. 35 00:03:17,751 --> 00:03:24,043 Benarkan kami tinggalkan Tanah Kematian bersama roh Clamp Champ dan Fisto. 36 00:03:24,126 --> 00:03:29,543 Raenius dan Malcolm mati sebagai wira, dan tak patut bersemadi di sini. 37 00:03:30,459 --> 00:03:31,959 Di mana? 38 00:03:32,043 --> 00:03:36,584 Syurga tumpas ketika Evil-Lyn memusnahkan Preternia. 39 00:03:37,293 --> 00:03:42,626 Lagipun, mereka sesuai untuk koleksi saya. 40 00:03:42,709 --> 00:03:45,459 Jika saya serahkan khazanah ini, 41 00:03:45,543 --> 00:03:49,459 saya kehilangan semua rasa gentar yang enak itu. 42 00:03:49,543 --> 00:03:54,626 Kegerunan yang sangat nyata, masih terdengar jeritan mereka. 43 00:03:57,209 --> 00:04:01,709 Tidak, biarlah mereka di sini. 44 00:04:01,793 --> 00:04:05,793 Apa yang lebih cantik tergantung di sebelah mereka? 45 00:04:06,834 --> 00:04:08,418 Awak. 46 00:04:11,501 --> 00:04:13,668 Diplomasi gagal. 47 00:04:13,751 --> 00:04:15,293 Masa untuk Pelan B? 48 00:04:16,584 --> 00:04:18,918 Dengan kuasa Grayskull! 49 00:04:27,168 --> 00:04:31,834 Aku ada kuasa! 50 00:04:46,209 --> 00:04:51,168 Kawan-kawan awak dijemput, tak salah panggil kawan-kawan saya. 51 00:04:54,043 --> 00:04:56,168 Sesiapa lagi rasa teruja? 52 00:04:56,876 --> 00:05:00,584 Saya rasa nak bersin. 53 00:05:04,043 --> 00:05:06,751 Koboi pun rindu menembak. 54 00:05:06,834 --> 00:05:08,543 Tembak! 55 00:05:08,626 --> 00:05:11,084 Yeehaw! 56 00:05:37,043 --> 00:05:40,418 Musuh terbang keluar menuju ke arah awak. 57 00:05:53,918 --> 00:05:55,126 Nampak tak? 58 00:05:55,209 --> 00:05:57,418 Bedilan pertama mengena! 59 00:05:57,501 --> 00:06:00,001 Raja pun boleh tahan. 60 00:06:04,876 --> 00:06:06,584 Tajam mata, askar! 61 00:06:07,168 --> 00:06:10,293 Man-At-Arms sentiasa membantu, tuanku. 62 00:06:10,376 --> 00:06:14,251 Harap tuanku suka Cloud Crusher. Saya bina sendiri. 63 00:06:15,418 --> 00:06:17,126 Sky Sled, ikut saya! 64 00:06:47,001 --> 00:06:50,126 - Ayah? - Pembuli ini ganggu kamu? 65 00:07:01,626 --> 00:07:03,293 Syabas, Adam! 66 00:07:03,376 --> 00:07:05,001 Syabas, nak. 67 00:07:11,334 --> 00:07:12,501 Pencuri! 68 00:07:12,584 --> 00:07:14,293 Perampas! 69 00:07:14,918 --> 00:07:20,918 Kamu semua akan jadi sebahagian daripada koleksi saya. 70 00:07:21,584 --> 00:07:23,001 Kalahkan dia, nak. 71 00:08:01,126 --> 00:08:02,001 Teela! 72 00:08:02,709 --> 00:08:06,543 Pejam mata. Saya akan menerangi kegelapan ini. 73 00:08:20,001 --> 00:08:22,918 Kemasukan menggemparkan, Ahli Sihir. 74 00:08:23,418 --> 00:08:25,876 Saya ikut awak, Jaguh. 75 00:08:26,376 --> 00:08:29,626 Sambung nanti. Mari keluar dari neraka ini. 76 00:08:29,709 --> 00:08:31,709 Cloud Crusher, kami gerak. 77 00:08:43,959 --> 00:08:45,709 Tutup sekarang! 78 00:08:49,459 --> 00:08:53,293 Kamu akan dibakar, dagingmu akan diratah, 79 00:08:53,376 --> 00:08:57,126 sementara roh kamu menderita tanpa harapan! 80 00:08:57,209 --> 00:09:00,626 Sayalah Pemerintah Sub... 81 00:09:02,293 --> 00:09:03,793 Maaf, Scareglow. 82 00:09:06,793 --> 00:09:09,376 Subternia ditutup secara rasmi. 83 00:09:21,209 --> 00:09:22,084 Ya! 84 00:09:23,043 --> 00:09:24,043 Ia berjaya! 85 00:09:24,126 --> 00:09:27,459 Sudah tentu. Ada teknologi, tentu menjadi. 86 00:09:27,959 --> 00:09:29,793 Magis juga membantu. 87 00:09:29,876 --> 00:09:31,668 Awak hebat tadi. 88 00:09:32,793 --> 00:09:34,376 Awak pula? 89 00:09:34,459 --> 00:09:37,584 Tiada siapa pecahkan pintu neraka. 90 00:09:37,668 --> 00:09:39,959 Saya rasa itu amat comel. 91 00:09:40,043 --> 00:09:43,959 Sekarang baru mereka tahu pengalaman kita dulu. 92 00:09:44,043 --> 00:09:46,501 Apa yang ayah cerita? 93 00:09:47,334 --> 00:09:48,376 Ayah? 94 00:09:48,459 --> 00:09:49,418 Tuanku! 95 00:09:49,501 --> 00:09:50,459 Ayah! 96 00:09:50,543 --> 00:09:51,459 Alamak! 97 00:10:03,126 --> 00:10:08,168 "Mari ke Gunung Ular," katanya. "Mereka sentiasa cari pekerja." 98 00:10:08,251 --> 00:10:11,584 Dua kepala tak semestinya lebih bagus. Diam! 99 00:10:11,668 --> 00:10:14,043 Sudah! Awak akan ditanduk! 100 00:10:14,126 --> 00:10:15,251 Awak bodoh! 101 00:10:15,751 --> 00:10:18,751 Para pengikut Motherboard perkasa! 102 00:10:20,459 --> 00:10:25,459 Dulu senjata pilihan saya ialah magis, bukan mesin. 103 00:10:25,543 --> 00:10:30,084 Apabila rancangan demi rancangan gagal, 104 00:10:30,168 --> 00:10:36,251 adakah saya salahkan jampi bodoh dan mantera mengarut? 105 00:10:36,751 --> 00:10:39,334 Tidak, anak-anak. 106 00:10:39,418 --> 00:10:42,793 Saya salahkan diri sendiri. 107 00:10:44,834 --> 00:10:47,418 Tapi sebaik saja saya menyerah 108 00:10:47,501 --> 00:10:51,918 kepada sentuhan teknologi ibu sejati, 109 00:10:52,001 --> 00:10:57,751 saya sedar kegagalan saya bukan salah saya. 110 00:10:57,834 --> 00:11:02,084 Ia bukan juga kebodohan mempercayai magis. 111 00:11:02,168 --> 00:11:05,668 Minda saya telah terbuka. 112 00:11:06,668 --> 00:11:10,001 Saya hanya percaya yang ada di depan mata. 113 00:11:10,084 --> 00:11:16,043 Saya cuma nampak Motherboard! 114 00:11:16,126 --> 00:11:21,543 Kegemilangan untuk Board Perkasa! 115 00:11:21,626 --> 00:11:23,709 Syabas, Skeletor. 116 00:11:23,793 --> 00:11:26,418 Kamu bawa penghormatan kepada ibu. 117 00:11:27,293 --> 00:11:30,668 Serta ayah kamu. 118 00:11:43,501 --> 00:11:47,584 Satu lagi roh diserap untuk Board, tuan. 119 00:11:48,626 --> 00:11:50,751 Macam mana dengan Skeletor? 120 00:11:51,251 --> 00:11:53,668 Selepas berdekad-dekad menyepi, 121 00:11:53,751 --> 00:11:56,293 dia sedar kesilapannya 122 00:11:56,376 --> 00:11:59,626 dan hanya berkhidmat kepada kita, tuan. 123 00:12:00,251 --> 00:12:04,293 Kini dia pengikut Horde yang layak. 124 00:12:05,168 --> 00:12:07,709 Syabas, Motherboard. 125 00:12:08,418 --> 00:12:12,501 Awak berjaya sedangkan yang lain gagal. 126 00:12:12,584 --> 00:12:16,334 Maka, penukaran rakyat Eternia diteruskan. 127 00:12:16,418 --> 00:12:19,793 Realisasikan komplot ini, pembantu setia. 128 00:12:20,376 --> 00:12:25,376 Ganjaran yang saya patut dapat dulu akan jadi milik saya. 129 00:12:26,043 --> 00:12:27,834 Pada hari itu, 130 00:12:27,918 --> 00:12:33,251 langit Grayskull akan dilimpahi Tentera Horde. 131 00:12:36,751 --> 00:12:39,376 Ayah tak cedera dalam pertempuran. 132 00:12:39,876 --> 00:12:41,459 Kenapa dengan ayah? 133 00:12:42,584 --> 00:12:46,584 Saya tak pernah lihat kegagalan organ seperti ini. 134 00:12:46,668 --> 00:12:49,168 Kami masih tak jumpa penawarnya. 135 00:12:49,251 --> 00:12:50,293 Masih? 136 00:12:50,876 --> 00:12:53,376 Kami tahu beberapa minggu lalu. 137 00:12:53,459 --> 00:12:58,376 Tuanku larang ia didedahkan kecuali kepada Ratu dan Lord Duncan. 138 00:12:59,043 --> 00:13:00,543 Bonda tahu? 139 00:13:00,626 --> 00:13:03,709 Kenapa biar ayah ikut saya ke Subternia? 140 00:13:04,209 --> 00:13:06,459 Tuanku bertegas. 141 00:13:07,001 --> 00:13:10,001 Adam, berjuang untuk roh kawan-kawannya 142 00:13:10,084 --> 00:13:13,501 di sisi anaknya, Jaguh Grayskull... 143 00:13:14,043 --> 00:13:16,459 Itu hajat terakhirnya. 144 00:13:16,543 --> 00:13:18,251 Hajat terakhir? Tidak! 145 00:13:18,751 --> 00:13:22,084 Selamatkan ayah, macam awak selamatkan saya. 146 00:13:28,001 --> 00:13:30,793 Walaupun boleh, ayah tak benarkan. 147 00:13:32,126 --> 00:13:34,501 Kematian menjemput semua, nak. 148 00:13:35,459 --> 00:13:38,834 Ya, walaupun untuk raja. 149 00:13:39,501 --> 00:13:41,584 Simpan tenaga, sayang. 150 00:13:41,668 --> 00:13:46,626 Saya nak luangkan masa yang ada bersama dua insan kesayangan. 151 00:13:49,959 --> 00:13:53,584 Saya nak bercakap dengan keluarga saja. 152 00:15:17,459 --> 00:15:21,584 Apa yang kita cuba buat, Teela? 153 00:15:22,959 --> 00:15:24,126 Preternia. 154 00:15:24,668 --> 00:15:27,251 Saya cuba bina semula Preternia 155 00:15:27,334 --> 00:15:31,334 untuk tempatkan roh wira seperti Raenius dan Malcolm. 156 00:15:31,918 --> 00:15:34,501 Tapi, Raja Randor sedang tenat. 157 00:15:34,584 --> 00:15:38,376 Jika tiada Preternia, ke mana rohnya akan pergi? 158 00:15:39,668 --> 00:15:42,793 Takkan nak biar ia hilang begitu saja. 159 00:15:42,876 --> 00:15:47,251 Adam perlu tahu ayahnya akan dapat ganjaran besar. 160 00:15:47,334 --> 00:15:49,793 Mungkin Ahli Sihir boleh bantu? 161 00:15:49,876 --> 00:15:51,834 Saya Ahli Sihir sekarang. 162 00:15:51,918 --> 00:15:54,584 Saya patut selesaikan sendiri. 163 00:15:54,668 --> 00:15:57,751 Saya tak nak asyik bergantung pada mak. 164 00:15:58,334 --> 00:16:02,709 Tapi tak salah minta bantuan insan yang sayang awak, 165 00:16:03,418 --> 00:16:06,834 memandangkan Raja Randor kesuntukan masa. 166 00:16:09,709 --> 00:16:12,459 Ratuku yang mulia dan jelita. 167 00:16:13,376 --> 00:16:17,043 Awak seperti bidadari yang turun dari syurga, 168 00:16:17,126 --> 00:16:20,334 membawa cinta dan gelak tawa kepada saya. 169 00:16:21,126 --> 00:16:25,959 Kembara terhebat saya sebagai pemerintah 170 00:16:26,043 --> 00:16:28,209 ialah kembara bersama awak. 171 00:16:30,834 --> 00:16:36,084 Terima kasih kerana jadikan saya layak terima wanita seperti awak. 172 00:16:36,959 --> 00:16:40,793 Terima kasih kerana memupuk anak kita. 173 00:16:41,918 --> 00:16:45,626 Adam, kebanggaan dan kegembiraan ayah. 174 00:16:46,168 --> 00:16:51,126 Ayah harap kamu rasai kegembiraan sebagai bapa seperti yang ayah rasa. 175 00:16:51,876 --> 00:16:56,251 Kamu seorang yang amat penyayang. 176 00:16:56,834 --> 00:16:59,293 Kongsilah kasih sayang itu. 177 00:17:00,293 --> 00:17:04,584 Jangan tunggu lama untuk luahkan perasaan kepada Teela. 178 00:17:15,918 --> 00:17:16,876 Hai, mak. 179 00:17:19,293 --> 00:17:21,043 Burung Kecil mak. 180 00:17:21,543 --> 00:17:24,418 Kamu Ahli Sihir yang hebat. 181 00:17:24,918 --> 00:17:28,418 Tapi mak tahu apabila anaknya dilanda masalah. 182 00:17:29,418 --> 00:17:31,626 Boleh mak bantu, Teela? 183 00:17:31,709 --> 00:17:35,834 Saya cuba pulihkan Preternia guna kuasa Grayskull 184 00:17:35,918 --> 00:17:38,209 dan magis Zoar saya. 185 00:17:39,043 --> 00:17:41,751 Tapi saya tak mampu, mak. 186 00:17:42,376 --> 00:17:47,959 Saya masih belajar menguasainya, tapi saya tak cukup kuat. 187 00:17:48,043 --> 00:17:50,959 Ia tiada kaitan dengan kekuatan. 188 00:17:51,918 --> 00:17:56,501 Hanya Ahli Sihir dianugerahkan kuasa Zoar. 189 00:17:56,584 --> 00:18:02,126 Preternia dicipta dengan magis tiga dewa purba, 190 00:18:02,209 --> 00:18:06,668 Zoar, Ka dan Ha'voc. 191 00:18:07,543 --> 00:18:10,168 {\an8}Jadi, untuk memulihkan Preternia, 192 00:18:10,251 --> 00:18:14,084 {\an8}kamu perlukan bantuan tiga kuasa yang menciptanya. 193 00:18:14,168 --> 00:18:15,209 Macam mana? 194 00:18:15,751 --> 00:18:19,334 Rahsia Magis Ular hilang berzaman lalu. 195 00:18:20,043 --> 00:18:24,251 Makhluk bukan manusia diperlukan untuk mencarinya. 196 00:18:24,793 --> 00:18:27,334 Ahli Sihir yang perlu mencarinya. 197 00:18:28,501 --> 00:18:30,501 Di mana saya patut mula? 198 00:18:30,584 --> 00:18:34,543 Sebagai Ahli Sihir, mak terikat selamanya di sini. 199 00:18:34,626 --> 00:18:36,626 Selepas Preternia hancur, 200 00:18:36,709 --> 00:18:39,793 roh mak terikat di tempat ini, 201 00:18:39,876 --> 00:18:42,584 tak berdaya selama-lamanya. 202 00:18:42,668 --> 00:18:48,876 Tapi kamu Ahli Sihir pertama yang boleh tinggalkan Grayskull. 203 00:18:48,959 --> 00:18:52,709 Cari magis Ka di tempat terakhir ia dilihat, 204 00:18:52,793 --> 00:18:56,126 dalam kabus ajaib Darksmoke. 205 00:18:56,626 --> 00:18:57,626 Darksmoke? 206 00:18:58,126 --> 00:19:02,126 Tempat itu lebih menakutkan daripada Subternia. 207 00:19:02,209 --> 00:19:06,918 - Sebab itu saya pergi sendiri. - Itu lagi bahaya. 208 00:19:07,834 --> 00:19:09,251 Terima kasih, mak. 209 00:19:10,209 --> 00:19:12,543 Kamu akan berjaya, Teela. 210 00:19:12,626 --> 00:19:17,626 Kamu sentiasa bersinar setiap kali hati kamu jadi taruhan. 211 00:19:20,918 --> 00:19:23,251 Kenapa tak cakap ayah tenat? 212 00:19:24,501 --> 00:19:30,334 Sebab kamu akan buat segalanya sebagai He-Man untuk selamatkan ayah. 213 00:19:31,001 --> 00:19:32,668 Ayah tak nak. 214 00:19:34,668 --> 00:19:39,334 Kini tempat kamu bukan di medan perang sebagai He-Man, 215 00:19:39,834 --> 00:19:43,251 tapi di istana sebagai Putera Adam. 216 00:19:43,959 --> 00:19:47,001 Sebaik saja ayah hembuskan nafas akhir, 217 00:19:48,251 --> 00:19:53,209 kamu akan jadi Raja Eternia. 218 00:19:53,293 --> 00:19:54,918 Ayah, tolonglah. 219 00:19:55,418 --> 00:19:59,001 Kamu akan memerintah sebagai Adam atau He-Man? 220 00:19:59,626 --> 00:20:01,043 Kamu kena pilih. 221 00:20:02,084 --> 00:20:05,793 Raja tak boleh tinggalkan rakyat untuk kembara. 222 00:20:06,334 --> 00:20:10,626 Menjadi Jaguh Grayskull satu beban yang berat. 223 00:20:11,251 --> 00:20:13,543 Menambah beban sebagai raja, 224 00:20:13,626 --> 00:20:17,501 boleh melemahkan malah manusia paling berkuasa. 225 00:20:20,959 --> 00:20:23,793 Kamu kena buat pilihan, nak. 226 00:20:24,376 --> 00:20:27,209 Pilihan yang ayah tak perlu buat dulu. 227 00:20:27,709 --> 00:20:31,834 Pilihan antara cogan alam atau pedang. 228 00:20:32,543 --> 00:20:33,793 Jangan menangis, 229 00:20:34,376 --> 00:20:36,209 kerana ayah hidup lama. 230 00:20:36,751 --> 00:20:41,293 Ayah merasai kejayaan, tapi sentiasa ada korbannya. 231 00:20:43,001 --> 00:20:47,501 Ayah kehilangan kawan, keluarga, malah abang. 232 00:20:48,084 --> 00:20:52,126 Tapi ayah mati lebih bertuah daripada insan biasa. 233 00:20:53,709 --> 00:20:59,084 Bukan sebab diri ini raja, tapi sebab saya suami awak, 234 00:20:59,668 --> 00:21:01,543 dan ayah kamu. 235 00:21:03,043 --> 00:21:07,584 Saya amat sayang kamu berdua... 236 00:21:25,043 --> 00:21:27,168 Hanya tuanku akan berucap. 237 00:21:27,668 --> 00:21:32,251 Selepas ucapan eulogi, Ratu Marlena akan mahkotakan tuanku. 238 00:21:32,834 --> 00:21:37,834 Perlukah pertabalan dibuat secepat ini? Baru sehari ayah mati. 239 00:21:37,918 --> 00:21:41,626 Maknanya Eternia dah sehari tanpa raja. 240 00:21:41,709 --> 00:21:45,126 Pertabalan sentiasa menyusuli pengebumian. 241 00:21:45,209 --> 00:21:47,543 Itu harga memakai mahkota. 242 00:21:48,084 --> 00:21:49,709 Sebagai raja baru, 243 00:21:49,793 --> 00:21:51,043 beritahu rakyat, 244 00:21:51,126 --> 00:21:52,668 kamu akan memimpin 245 00:21:52,751 --> 00:21:55,293 walaupun sedang berhiba. 246 00:21:56,459 --> 00:21:58,084 Apa saya patut cakap? 247 00:21:58,584 --> 00:22:00,751 Beritahu perkara sebenar. 248 00:22:01,459 --> 00:22:05,168 Kamu amat sayang ayah. 249 00:22:05,709 --> 00:22:07,793 Ayah kamu juga sayang kamu. 250 00:22:08,376 --> 00:22:11,459 Adam, masa dah tiba. 251 00:22:43,626 --> 00:22:47,251 Rakyat Eternia berhiba kerana kemangkatan raja. 252 00:22:48,376 --> 00:22:51,626 Kerana Raja Randor... 253 00:22:53,501 --> 00:22:54,918 Raja... 254 00:22:56,876 --> 00:22:58,459 Raja. 255 00:23:05,668 --> 00:23:07,918 Beta pernah inginkan basikal Billow. 256 00:23:08,834 --> 00:23:11,668 Semua kanak-kanak Eternos ada basikal Billow. 257 00:23:11,751 --> 00:23:13,709 Beta minta ayah beta beli. 258 00:23:14,293 --> 00:23:16,918 Tapi semua telah habis dijual. 259 00:23:17,001 --> 00:23:22,001 Ayah beta tak arahkan basikal baru dibina. Apa ayah beta buat? 260 00:23:22,084 --> 00:23:26,918 Ayah beta, raja, bina basikal Billow untuk beta. 261 00:23:27,459 --> 00:23:30,834 Ayah beta membega-bega basikal lama beta. 262 00:23:30,918 --> 00:23:35,293 Ayah beta bina basikal itu untuk beta selama empat malam. 263 00:23:35,376 --> 00:23:36,626 Sendirian. 264 00:23:36,709 --> 00:23:40,501 Ayah beta tak pernah guna tali pinggang peralatan, 265 00:23:40,584 --> 00:23:42,209 hinggalah minggu itu. 266 00:23:43,459 --> 00:23:48,084 Apabila ayah beta beri basikal Billow yang dibinanya sendiri, 267 00:23:48,668 --> 00:23:52,626 beta tak sampai hati untuk beritahu ia nampak buruk. 268 00:23:53,376 --> 00:23:54,543 Dibina sendiri. 269 00:23:55,084 --> 00:24:00,043 Beta tak boleh menunggangnya. Beta akan diketawakan di Eternia. 270 00:24:00,668 --> 00:24:04,001 Beta tak pernah tunggang basikal itu. 271 00:24:05,001 --> 00:24:06,209 Tapi kini... 272 00:24:07,126 --> 00:24:11,376 beta sanggup beri semua wang untuk tunggang basikal itu, 273 00:24:11,459 --> 00:24:12,626 sekali saja. 274 00:24:17,376 --> 00:24:20,584 Kita kehilangan raja terbaik Eternia. 275 00:24:21,376 --> 00:24:23,418 Beta menerima mahkota ini 276 00:24:24,001 --> 00:24:25,793 sambil memohon maaf 277 00:24:26,293 --> 00:24:29,959 kerana beta takkan dapat jadi 278 00:24:30,501 --> 00:24:31,918 sehebat ayah beta. 279 00:24:32,626 --> 00:24:35,126 Jadi jangan terima mahkota itu! 280 00:24:35,626 --> 00:24:38,376 - Siapa cakap? - Apa yang berlaku? 281 00:24:38,459 --> 00:24:39,918 Siapa yang cakap? 282 00:24:40,709 --> 00:24:43,376 Seseorang yang hak kelahirannya dirampas. 283 00:24:48,126 --> 00:24:51,001 Saya Keldor, abang Randor, 284 00:24:51,668 --> 00:24:54,876 dan pemerintah Eternos yang sah. 285 00:25:40,751 --> 00:25:44,001 Terjemahan sari kata oleh Fid