1 00:00:23,941 --> 00:00:26,819 Apabila saintis tiba di Ngogo buat kali pertama, 2 00:00:31,949 --> 00:00:34,744 mereka menemui komuniti cimpanzi yang maju. 3 00:00:47,465 --> 00:00:49,926 Dalam masa beberapa dekad, komuniti itu 4 00:00:50,760 --> 00:00:53,721 telah menjadi kumpulan cimpanzi terbesar 5 00:00:54,263 --> 00:00:55,473 yang pernah ditemui. 6 00:00:56,682 --> 00:00:58,184 Ia mengembangkan wilayah, 7 00:00:59,852 --> 00:01:01,354 menguasai hutan 8 00:01:02,647 --> 00:01:05,191 dan telah membina sebuah empayar. 9 00:01:14,075 --> 00:01:16,077 Tapi persaingan muncul 10 00:01:17,537 --> 00:01:19,956 dan empayar itu berpecah. 11 00:01:23,751 --> 00:01:27,964 Sekumpulan jantan kecil yang berkuasa telah membentuk kumpulan sendiri. 12 00:01:29,924 --> 00:01:30,967 Ia menjadi 13 00:01:32,885 --> 00:01:34,095 ahli kumpulan barat. 14 00:01:35,847 --> 00:01:38,266 Cimpanzi yang pernah hidup bersama-sama 15 00:01:39,767 --> 00:01:41,269 menjadi musuh. 16 00:01:49,777 --> 00:01:51,028 Dan sekarang... 17 00:01:53,030 --> 00:01:56,159 persaingan itu sudah membawa maut. 18 00:02:06,335 --> 00:02:12,550 NGOGO TENGAH 19 00:02:26,606 --> 00:02:28,399 Baru beberapa hari berlalu 20 00:02:28,983 --> 00:02:30,818 sejak ahli kumpulan tengah 21 00:02:31,861 --> 00:02:33,654 menemui bangkai Pork Pie. 22 00:02:40,119 --> 00:02:42,830 Tiada siapa tahu apa ia faham tentang kematian... 23 00:02:45,333 --> 00:02:46,876 atau sama ada ia bersedih. 24 00:02:51,172 --> 00:02:54,759 Tapi kematian Pork Pie telah memberi kesan. 25 00:03:00,932 --> 00:03:02,642 Bagi cimpanzi kawasan tengah, 26 00:03:02,642 --> 00:03:05,811 dunia sudah menjadi lebih berbahaya. 27 00:03:42,848 --> 00:03:45,476 Bayi Christine sudah berusia sembilan bulan. 28 00:03:50,940 --> 00:03:52,316 Apabila ia baru lahir, 29 00:03:53,067 --> 00:03:55,903 kakaknya, Nadine, telah diabaikan. 30 00:03:59,573 --> 00:04:01,075 Sekarang ia sudah besar 31 00:04:02,618 --> 00:04:05,246 dan personalitinya sudah mula berkembang. 32 00:04:06,914 --> 00:04:09,458 Ia sudah mula meluangkan masa dengan Nadine. 33 00:04:13,713 --> 00:04:15,673 Keduanya bukan saja adik-beradik. 34 00:04:16,757 --> 00:04:18,342 Keduanya berkawan baik. 35 00:04:43,868 --> 00:04:46,203 Ngogo mempunyai banyak makanan 36 00:04:46,203 --> 00:04:49,206 setiap kali Chrysophyllum berbuah. 37 00:04:50,458 --> 00:04:52,460 Dan ia menyatukan semua cimpanzi. 38 00:05:19,487 --> 00:05:21,572 Jackson masih tertekan. 39 00:05:25,117 --> 00:05:27,203 Abrams sudah kembali ke tempatnya, 40 00:05:27,203 --> 00:05:29,121 tapi ia takkan mengalah. 41 00:05:32,666 --> 00:05:36,170 Jackson perlu tunjukkan kuasanya kepada semua cimpanzi. 42 00:06:31,434 --> 00:06:34,186 Sementara Jackson merancang untuk mendominasi, 43 00:06:34,979 --> 00:06:38,357 cimpanzi lain sedang mengawasi kawasan sempadan barat... 44 00:06:42,319 --> 00:06:44,405 disebabkan kemunculan ancaman baru. 45 00:06:59,670 --> 00:07:01,255 Abrams ada di sini. 46 00:07:03,340 --> 00:07:05,718 Begitu juga dengan cimpanzi jantan lain. 47 00:07:27,490 --> 00:07:29,617 Tapi semua cimpanzi itu tak tahu 48 00:07:29,617 --> 00:07:32,369 bila ahli kumpulan barat akan menyerang lagi. 49 00:08:00,272 --> 00:08:02,483 {\an8}Kehidupan jantan alfa bukan mudah. 50 00:08:04,568 --> 00:08:06,403 Tapi ia mempunyai kelebihan. 51 00:08:08,697 --> 00:08:11,283 Selalunya semakin tinggi pangkat cimpanzi, 52 00:08:12,117 --> 00:08:14,537 lebih banyak peluang untuk ia mengawan. 53 00:08:18,874 --> 00:08:20,876 Betina dewasa seperti Bartoli 54 00:08:21,752 --> 00:08:25,130 biasanya bersalin setiap lima atau enam tahun. 55 00:09:08,716 --> 00:09:12,177 {\an8}Anak Bartoli, Herzog, sudah berusia enam tahun. 56 00:09:14,263 --> 00:09:16,515 Ia sudah bersedia untuk hamil lagi. 57 00:09:28,569 --> 00:09:31,363 Genetik Jackson bukanlah yang paling teruk. 58 00:09:32,698 --> 00:09:34,366 Tapi ia perlu berhati-hati. 59 00:09:38,078 --> 00:09:40,748 Jackson besar, berkuasa 60 00:09:40,748 --> 00:09:42,041 dan sukar diramal. 61 00:09:45,252 --> 00:09:48,547 Ia perlu pastikan dirinya dan Herzog selamat... 62 00:09:51,342 --> 00:09:54,345 dan memastikan Jackson tenang. 63 00:10:05,731 --> 00:10:08,150 Bagi Herzog, semua ini mengelirukan. 64 00:10:14,573 --> 00:10:15,908 Sebagai cimpanzi muda, 65 00:10:15,908 --> 00:10:18,160 ia enggan berpisah dengan ibunya. 66 00:10:25,334 --> 00:10:26,710 Dalam apa jua keadaan. 67 00:10:56,615 --> 00:10:58,701 Jackson sudah mula bertindak. 68 00:11:00,744 --> 00:11:02,079 Dengan melambai dahan, 69 00:11:02,955 --> 00:11:05,708 ia meminta Bartoli mengikutnya... 70 00:11:08,293 --> 00:11:09,211 untuk mengawan. 71 00:11:32,109 --> 00:11:33,569 Bartoli nampak berminat. 72 00:11:59,136 --> 00:12:01,472 Herzog cuba memisahkan keduanya. 73 00:12:10,689 --> 00:12:11,815 Tapi dah terlambat. 74 00:12:19,615 --> 00:12:21,533 Jackson dapat apa yang ia mahu. 75 00:12:26,789 --> 00:12:28,040 Begitu juga Bartoli. 76 00:12:33,003 --> 00:12:34,630 Hari ini sangat memenatkan. 77 00:12:40,511 --> 00:12:43,764 Cimpanzi betina mengawan dengan banyak jantan. 78 00:12:43,764 --> 00:12:45,265 Jadi tiada jaminan 79 00:12:45,265 --> 00:12:48,060 Jackson akan menjadi bapa kepada anak Bartoli. 80 00:12:52,314 --> 00:12:54,149 Tapi peluangnya tinggi. 81 00:12:55,609 --> 00:12:57,361 Sebab ia pernah berlaku. 82 00:12:58,403 --> 00:13:00,405 Walaupun Jackson tak tahu, 83 00:13:01,657 --> 00:13:03,784 Herzog ialah anaknya. 84 00:13:34,481 --> 00:13:37,359 Kadangkala, cimpanzi tak memburu kerana ia lapar. 85 00:13:40,737 --> 00:13:43,615 Tapi sebaliknya. 86 00:13:46,660 --> 00:13:50,789 Ia memburu semasa kenyang supaya ia lebih bertenaga. 87 00:13:54,293 --> 00:13:56,420 Semasa Chrysophyllum berbuah, 88 00:13:57,212 --> 00:13:59,840 cimpanzi akan memburu tanpa henti. 89 00:14:28,118 --> 00:14:30,704 Ia takkan menyimpan makanan... 90 00:14:35,667 --> 00:14:38,587 atau memikirkan sifat makanannya. 91 00:14:48,305 --> 00:14:49,806 Pembunuhan sebanyak ini 92 00:14:50,474 --> 00:14:53,310 menyebabkan perkongsian daging menjadi politik. 93 00:15:03,236 --> 00:15:08,408 Bagi Jackson, duiker besar ini adalah peluang untuk mengukuhkan kedudukannya 94 00:15:09,076 --> 00:15:11,411 dengan berkongsi bersama sekutunya. 95 00:15:34,142 --> 00:15:37,854 Hari ini, ia berkongsi dengan seekor lagi cimpanzi berpengaruh. 96 00:15:42,025 --> 00:15:43,026 Peterson. 97 00:15:52,411 --> 00:15:53,912 Ia sama penting 98 00:15:53,912 --> 00:15:55,956 dengan cimpanzi yang tak diajak. 99 00:16:29,281 --> 00:16:32,159 Wilson ialah cimpanzi muda yang berpotensi. 100 00:16:36,913 --> 00:16:37,956 Ia kuat 101 00:16:38,623 --> 00:16:40,042 dan bercita-cita tinggi. 102 00:16:42,252 --> 00:16:43,962 Ia tak diajak oleh Jackson. 103 00:16:54,890 --> 00:16:56,475 Dan ia tak puas hati. 104 00:17:16,787 --> 00:17:19,289 Jantan boleh jadi agresif tentang daging, 105 00:17:19,790 --> 00:17:22,751 jadi cimpanzi betina perlu berhati-hati. 106 00:17:36,389 --> 00:17:37,891 Christine nak berkongsi. 107 00:17:43,605 --> 00:17:45,816 Dan ia sanggup mengambil risiko. 108 00:18:05,460 --> 00:18:08,088 Wilson memerhatikannya dengan teliti. 109 00:18:31,903 --> 00:18:33,822 Christine dapat apa yang ia nak. 110 00:18:40,370 --> 00:18:42,205 Tapi ia mungkin akan dirampas. 111 00:18:58,555 --> 00:19:00,891 Wilson sedang meluahkan rasa marahnya. 112 00:19:26,875 --> 00:19:29,169 Mujurlah bayi itu tak cedera. 113 00:19:33,715 --> 00:19:37,510 Tapi Christine perlu bawa keluarganya ke tempat yang selamat. 114 00:20:14,422 --> 00:20:16,508 Ini bahagian hutan yang terpencil 115 00:20:17,384 --> 00:20:19,302 dan jauh daripada cimpanzi lain. 116 00:20:25,892 --> 00:20:27,811 Tapi Christine tak bersendirian. 117 00:21:19,237 --> 00:21:22,657 Gus tak mampu melindunginya daripada jantan seperti Wilson. 118 00:21:23,450 --> 00:21:25,869 Tapi ia boleh menenangkan hati... 119 00:21:30,957 --> 00:21:33,084 Christine dan keluarganya. 120 00:22:13,875 --> 00:22:16,711 Cabaran Abrams kepada Jackson telah terhenti. 121 00:22:20,632 --> 00:22:24,094 {\an8}Jackson mempunyai sekutu yang kuat. 122 00:22:44,656 --> 00:22:47,033 Abrams pula kekurangan sokongan. 123 00:22:53,123 --> 00:22:56,251 {\an8}Tapi ada seekor lagi cimpanzi yang bercita-cita tinggi 124 00:22:56,918 --> 00:22:58,711 {\an8}dan berdendam pada Jackson. 125 00:23:24,821 --> 00:23:27,949 Mungkin inilah permulaan perikatan yang menakjubkan. 126 00:23:48,303 --> 00:23:51,347 Buat masa ini, Abrams dan Wilson 127 00:23:51,973 --> 00:23:55,393 menyertai sekumpulan jantan yang meronda di kawasan barat. 128 00:24:13,495 --> 00:24:15,038 Jackson tidak turut serta. 129 00:24:22,712 --> 00:24:25,215 Ia berkuasa dalam kawasannya, 130 00:24:26,674 --> 00:24:29,010 tapi Jackson takut kawasan barat. 131 00:24:36,434 --> 00:24:37,769 Ia membesar di barat 132 00:24:38,645 --> 00:24:41,564 dan pernah bersekutu dengan ahli kumpulan barat. 133 00:24:45,151 --> 00:24:46,653 Tapi apabila ia berpecah, 134 00:24:47,403 --> 00:24:48,821 Jackson keluar dari situ 135 00:24:48,821 --> 00:24:52,408 untuk menjadi alfa kepada kumpulan tengah yang lebih besar. 136 00:24:57,872 --> 00:24:59,290 Ketika konflik berlaku, 137 00:25:00,083 --> 00:25:03,002 jantan barat menjadikan Jackson sasaran. 138 00:25:09,717 --> 00:25:11,261 Ia berjaya melarikan diri. 139 00:25:12,971 --> 00:25:14,931 Tapi parutnya masih ada. 140 00:25:21,688 --> 00:25:25,441 Kumpulan barat merupakan ancaman kepada jantan kumpulan tengah. 141 00:25:26,317 --> 00:25:29,696 Tapi kumpulan itu berdendam dengan Jackson. 142 00:25:31,698 --> 00:25:33,992 Sehingga hari ini ia masih rasa takut. 143 00:25:39,581 --> 00:25:45,461 KAWASAN SEMPADAN BARAT 144 00:25:47,130 --> 00:25:49,882 Kawasan sempadan dipenuhi Chrysophyllum. 145 00:26:00,852 --> 00:26:04,522 Kumpulan barat meluangkan banyak masa untuk makan di sini. 146 00:26:10,570 --> 00:26:12,447 Selepas membunuh Pork Pie, 147 00:26:12,447 --> 00:26:14,365 keyakinannya semakin bertambah. 148 00:26:28,087 --> 00:26:31,341 Ada cimpanzi yang enggan berhenti setakat itu saja. 149 00:26:50,401 --> 00:26:54,030 Rollins dan Damien mahukan kawasan yang lebih luas. 150 00:27:10,880 --> 00:27:13,216 Jantan kumpulan barat semakin kuat. 151 00:27:26,145 --> 00:27:28,106 Ia selalu menunjukkan kekuatan. 152 00:27:45,248 --> 00:27:47,625 Kumpulan barat bersedia untuk bertindak. 153 00:28:11,190 --> 00:28:13,985 Richmond berada di tengah-tengahnya. 154 00:28:39,135 --> 00:28:40,678 Ia bukan lagi alfa, 155 00:28:41,220 --> 00:28:43,473 tapi ia cimpanzi yang masih digeruni. 156 00:29:00,573 --> 00:29:02,325 Bergl sudah sihat semula. 157 00:29:11,250 --> 00:29:13,211 Bukan itu saja perkembangannya. 158 00:29:46,202 --> 00:29:48,538 Ia juga selalu bergaul dengan Garrison 159 00:29:49,789 --> 00:29:51,833 yang merupakan pengaruh baik. 160 00:30:05,137 --> 00:30:08,349 Ia juga sudah mula berkawan dengan ketua peronda barat. 161 00:30:28,870 --> 00:30:30,913 Bergusti boleh menguji kekuatan. 162 00:30:43,968 --> 00:30:48,264 Ia memberi peluang kepada Rollins dan Damien untuk melihat kekuatan Bergl. 163 00:31:16,375 --> 00:31:18,920 Kumpulan barat memerlukan semua ahlinya. 164 00:31:24,675 --> 00:31:27,094 Jika kumpulan itu ingin merampas kawasan, 165 00:31:27,094 --> 00:31:30,806 ia perlu bersemuka dengan kumpulan tengah di kawasannya 166 00:31:31,933 --> 00:31:33,476 dan usir semuanya keluar. 167 00:31:37,563 --> 00:31:39,899 Jadi ia perlukan bilangan yang ramai. 168 00:31:43,569 --> 00:31:45,529 Ia akan mengembara beramai-ramai, 169 00:31:46,280 --> 00:31:48,824 jantan dan betina bersama-sama. 170 00:32:51,220 --> 00:32:54,473 {\an8}Bartoli dan Herzog berada berhampiran kawasan sempadan 171 00:32:55,182 --> 00:32:59,228 {\an8}untuk berehat jauh daripada Jackson dan cimpanzi jantan lain. 172 00:33:02,106 --> 00:33:03,399 Ia sangat diperlukan. 173 00:33:08,654 --> 00:33:10,656 Tapi ia tak tahu apa akan berlaku. 174 00:33:33,763 --> 00:33:34,847 Jika ia ditangkap, 175 00:33:35,347 --> 00:33:36,891 Herzog boleh dibunuh. 176 00:34:42,915 --> 00:34:46,168 Seekor jantan barat mengejar Bartoli ke arah kanopi. 177 00:34:55,177 --> 00:34:57,263 Ia dan Herzog telah terpisah. 178 00:35:14,071 --> 00:35:16,782 Tapi Herzog takkan tinggalkan ibunya. 179 00:35:21,745 --> 00:35:23,289 Ia akan melindungi ibunya. 180 00:35:31,714 --> 00:35:33,632 Ia menarik perhatian penyerang. 181 00:35:40,556 --> 00:35:43,434 Tapi kedua-duanya terperangkap dalam kanopi... 182 00:35:48,022 --> 00:35:51,108 bergantung kepada belas kasihan jantan kawasan barat. 183 00:36:26,018 --> 00:36:28,020 Tapi kumpulan Barat tak menyerang. 184 00:36:39,990 --> 00:36:41,492 Ia meneruskan perjalanan. 185 00:37:13,857 --> 00:37:17,152 Kumpulan barat tak berminat dengan keluarga itu. 186 00:37:47,891 --> 00:37:49,852 Bartoli dan Herzog 187 00:37:50,477 --> 00:37:51,895 melarikan diri bersama. 188 00:38:06,368 --> 00:38:09,496 Kumpulan barat sudah tiba di kawasan tengah. 189 00:38:20,174 --> 00:38:23,552 Beberapa ekor cimpanzi mula teragak-agak. 190 00:38:30,851 --> 00:38:33,312 Bagi Carson, risikonya terlalu besar. 191 00:38:37,858 --> 00:38:40,444 Ia perlu utamakan keselamatan E.O. 192 00:38:48,911 --> 00:38:51,914 Ramai cimpanzi betina dan cimpanzi muda 193 00:38:52,706 --> 00:38:55,334 akan melarikan diri jika pertempuran berlaku. 194 00:38:57,503 --> 00:38:58,420 Dan Joya 195 00:38:59,380 --> 00:39:01,465 memilih untuk pulang dengan Carson. 196 00:39:12,393 --> 00:39:15,729 Cimpanzi macam Bergl juga patut berpatah balik. 197 00:39:17,147 --> 00:39:19,441 Ia terlalu muda dan terlalu kecil. 198 00:39:29,868 --> 00:39:31,286 Tapi Bergl enggan pergi. 199 00:39:38,085 --> 00:39:39,920 Keyakinannya semakin bertambah. 200 00:39:42,297 --> 00:39:45,592 Baginya, konflik bukan benda asing. 201 00:39:57,271 --> 00:39:59,231 Walaupun keduanya tak tahu... 202 00:40:05,737 --> 00:40:07,156 ia anak Rollins. 203 00:40:17,875 --> 00:40:21,712 Jantan barat sudah berada di dalam kawasan tengah. 204 00:40:31,054 --> 00:40:33,682 Ia sedar yang musuh semakin menghampiri. 205 00:41:11,512 --> 00:41:14,640 Kumpulan tengah pernah diserang hendap. 206 00:41:27,444 --> 00:41:28,654 Tapi bukan kali ini. 207 00:41:31,865 --> 00:41:33,867 {\an8}Kali ini, ia sudah bersedia. 208 00:42:19,621 --> 00:42:23,375 Apabila dua kumpulan besar bersemuka, 209 00:42:24,126 --> 00:42:27,337 keputusannya tak dapat dijangka. 210 00:42:58,035 --> 00:42:59,536 Kumpulan barat menyerang. 211 00:43:07,002 --> 00:43:09,921 Kumpulan tengah membalas serangan itu. 212 00:43:28,440 --> 00:43:30,233 Bergl berada di tengah-tengah. 213 00:43:42,329 --> 00:43:44,998 Kumpulan barat menolak kumpulan tengah keluar. 214 00:44:23,286 --> 00:44:26,832 Tapi masih ada cimpanzi yang belum menyertai pertempuran itu. 215 00:44:52,232 --> 00:44:54,609 Jika kumpulan tengah ingin berlawan, 216 00:44:54,609 --> 00:44:57,779 inilah masanya untuk berlawan di belakang alfa. 217 00:45:16,673 --> 00:45:19,217 Jackson bersemuka dengan musuh lamanya. 218 00:45:20,135 --> 00:45:22,888 Cimpanzi yang ingin membunuhnya dulu. 219 00:45:48,914 --> 00:45:50,457 Jackson tidak gentar. 220 00:45:56,755 --> 00:45:59,090 Kumpulannya berada di belakangnya. 221 00:46:59,150 --> 00:47:01,653 Kumpulan barat berjaya diusir keluar. 222 00:47:02,821 --> 00:47:03,989 Ia sedang berundur. 223 00:47:42,777 --> 00:47:45,405 Kumpulan tengah berjaya menghalau pesaingnya. 224 00:47:49,451 --> 00:47:51,703 Tapi Jackson cedera dalam pertempuran. 225 00:48:10,597 --> 00:48:12,682 Ia telah mempertahankan wilayahnya. 226 00:48:15,769 --> 00:48:17,312 Tapi apa yang dikorbankan? 227 00:48:53,765 --> 00:48:58,353 Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali