1 00:00:33,166 --> 00:00:37,375 Layla, maksud awak bulan akan berubah warna? 2 00:00:38,666 --> 00:00:39,833 Tidak. 3 00:00:39,916 --> 00:00:43,041 Itu cuma cahaya dari pari-pari. 4 00:00:43,125 --> 00:00:47,125 Pari-pari takdir lebih berkuasa di bawah Bulan Pari-pari. 5 00:00:47,208 --> 00:00:50,333 Ada jenis yang paling unik muncul malam ini. 6 00:00:50,416 --> 00:00:51,791 Bila matahari terbenam, 7 00:00:51,875 --> 00:00:55,125 pari-pari bercahaya akan menerangi langit. 8 00:00:55,208 --> 00:00:58,000 Wah. Apabila Cik Primrose sebut Bulan Pari-pari, 9 00:00:58,083 --> 00:01:01,333 saya fikir itu cuma ungkapan biasa macam bulan sabit. 10 00:01:01,416 --> 00:01:04,333 Ava, bulan sabit pun wujud juga. 11 00:01:04,416 --> 00:01:05,416 Apa? 12 00:01:06,291 --> 00:01:09,291 Isabel, hari ini hari cuti. Berehatlah. 13 00:01:09,375 --> 00:01:11,000 Hai, awak kenal saya? 14 00:01:11,083 --> 00:01:13,750 Kejahatan tak ambil cuti, saya pun sama. 15 00:01:13,833 --> 00:01:17,375 Untuk jadi penunggang unikorn terhebat, kita kena kuat. 16 00:01:18,125 --> 00:01:20,041 Kalau awak kuat sangat, 17 00:01:20,541 --> 00:01:22,416 kenapa kalah di kandang kuda? 18 00:01:22,500 --> 00:01:23,625 Apa? Tak mungkin! 19 00:01:23,708 --> 00:01:25,125 Mari sini, Sophia! 20 00:01:27,875 --> 00:01:31,833 DI BAWAH BULAN PARI-PARI 21 00:01:43,666 --> 00:01:45,208 Selamat pagi, River. 22 00:01:45,791 --> 00:01:47,083 Hei, Valentina. 23 00:01:47,166 --> 00:01:48,333 Sibuk. 24 00:01:48,416 --> 00:01:51,416 Sejauh mana kita suka hari tanpa kelas? 25 00:01:51,500 --> 00:01:53,500 Ini bukan hari cuti, Rory. 26 00:01:53,583 --> 00:01:55,458 Bulan Pari-pari penting. 27 00:01:55,541 --> 00:01:58,208 Hari ini kita meraikan magik pari-pari takdir. 28 00:01:58,875 --> 00:02:02,666 Bagus. Saya nak berterima kasih kerana padankan saya dengan Leaf. 29 00:02:04,375 --> 00:02:05,291 Saya pun. 30 00:02:05,375 --> 00:02:07,958 Mereka bawa saya dan ayah kepada Wildstar. 31 00:02:08,041 --> 00:02:11,791 Saya berterima kasih kepada pari-pari sebab beri kita cuti. 32 00:02:12,291 --> 00:02:14,583 Ya. Pari-pari memang hebat. 33 00:02:14,666 --> 00:02:18,041 Tapi rasanya kita tahu hari ini tentang apa. 34 00:02:18,125 --> 00:02:19,541 Pencarian Bunga. 35 00:02:19,625 --> 00:02:21,500 Kita akan menang, bukan? 36 00:02:24,291 --> 00:02:26,625 Ini bukan pertandingan. 37 00:02:26,708 --> 00:02:28,333 Ubahlah sikap awak. 38 00:02:28,416 --> 00:02:30,208 Gadis ini faham, bukan? 39 00:02:31,083 --> 00:02:31,916 Val? 40 00:02:32,625 --> 00:02:33,458 Valentina? 41 00:02:34,791 --> 00:02:36,041 Hei, Sparky! 42 00:02:36,541 --> 00:02:37,541 Apa? 43 00:02:37,625 --> 00:02:39,541 Sedia untuk kalah? 44 00:02:39,625 --> 00:02:41,875 Kalah? Kita cuma petik bunga. 45 00:02:41,958 --> 00:02:43,458 Ayuh, kawan. 46 00:02:43,541 --> 00:02:45,500 Musuh lama saya mengalah? 47 00:02:45,583 --> 00:02:47,708 Saya tahu awak suka menang. 48 00:02:49,583 --> 00:02:52,375 Saya fokus kepada perkara penting. 49 00:02:52,458 --> 00:02:54,125 Hargai pari-pari takdir? 50 00:02:54,208 --> 00:02:55,958 Apa? Bukan. 51 00:02:56,041 --> 00:03:00,041 Maksud saya, pesta topeng Bulan Pari-pari malam ini. 52 00:03:00,125 --> 00:03:03,416 Cinder dan saya akan tampil paling bergaya di parti itu. 53 00:03:04,500 --> 00:03:05,666 Tengoklah dia. 54 00:03:05,750 --> 00:03:07,458 Tolonglah, Valentina. 55 00:03:07,541 --> 00:03:09,750 Tiada siapa akan pandang kamu berdua 56 00:03:09,833 --> 00:03:13,916 apabila saya dan Storm pergi ke parti itu dengan gerakan ini. 57 00:03:16,708 --> 00:03:17,541 Hei! 58 00:03:17,625 --> 00:03:18,750 Bagus, Storm. 59 00:03:18,833 --> 00:03:20,000 Ayuh, Rory! 60 00:03:20,083 --> 00:03:21,458 Hebat! 61 00:03:23,583 --> 00:03:26,583 Masa untuk mencari. Kami paling pantas. 62 00:03:28,625 --> 00:03:30,125 Ya, dah boleh agak. 63 00:03:34,375 --> 00:03:38,000 Selamat datang, penunggang unikorn ke Pencarian Bunga. 64 00:03:38,083 --> 00:03:40,291 - Hore! - Ya! 65 00:03:43,208 --> 00:03:45,083 Ya! 66 00:03:47,291 --> 00:03:49,916 Hari ini kita meraikan pari-pari takdir 67 00:03:50,000 --> 00:03:52,958 yang padankan kita dengan unikorn kesayangan kita. 68 00:03:53,041 --> 00:03:55,041 Tapi untuk tambah kemeriahan, 69 00:03:55,125 --> 00:03:57,375 kita perlukan ini. 70 00:03:59,666 --> 00:04:01,750 Bunga Starburst. 71 00:04:01,833 --> 00:04:06,458 Bunga yang jarang ditemui ini hanya mekar di bawah Bulan Pari-pari. 72 00:04:06,541 --> 00:04:07,791 Kamu dan unikorn kamu 73 00:04:07,875 --> 00:04:10,750 akan mengumpul bunga yang kamu jumpa. 74 00:04:11,875 --> 00:04:13,625 Bunga ini hiasan yang cantik, 75 00:04:13,708 --> 00:04:15,708 tapi apabila bulan terbit, 76 00:04:15,791 --> 00:04:19,500 bunga-bunga itu akan mekar untuk kejutan sebenar. 77 00:04:21,291 --> 00:04:22,541 Semua dah sedia? 78 00:04:23,875 --> 00:04:25,041 Sentiasa sedia. 79 00:04:29,291 --> 00:04:31,916 - Ayuh! - Wah! 80 00:04:32,833 --> 00:04:33,666 Ya! 81 00:04:42,291 --> 00:04:43,250 Dapat satu. 82 00:04:49,375 --> 00:04:50,583 Hei! 83 00:04:54,291 --> 00:04:57,333 Saya dapat satu, semua orang kosong. 84 00:04:57,416 --> 00:04:59,125 Itulah Isabel. 85 00:05:01,333 --> 00:05:02,625 Helo. 86 00:05:05,333 --> 00:05:07,416 Bau awak seharum rupa awak? 87 00:05:08,833 --> 00:05:10,250 Lebih baik. 88 00:05:13,250 --> 00:05:14,166 Awas. 89 00:05:25,750 --> 00:05:26,708 Tengok itu. 90 00:05:26,791 --> 00:05:29,125 Ramalan cuaca perlukan ribut. 91 00:05:37,041 --> 00:05:38,083 Boom! 92 00:05:40,166 --> 00:05:42,166 Siapa bawa guruh? 93 00:05:42,250 --> 00:05:45,166 Petik bunga dengan awak memang agak sukar, bukan? 94 00:05:47,791 --> 00:05:50,000 Nampaknya saya kena tidur. 95 00:05:58,250 --> 00:05:59,583 Kita lumba. 96 00:06:01,750 --> 00:06:04,791 Sia-sia saya sikat surai awak kalau ada duri. 97 00:06:04,875 --> 00:06:06,750 Awak membosankan. 98 00:06:25,041 --> 00:06:25,875 Dapat! 99 00:06:27,625 --> 00:06:29,541 Siapa lebih bagus daripada kita? 100 00:06:40,166 --> 00:06:41,750 Saya takkan kalah. 101 00:06:46,375 --> 00:06:47,458 Dapat. 102 00:06:47,541 --> 00:06:50,583 Ayuh, kawan. Kalau dapat semua, kita pasti menang. 103 00:06:51,958 --> 00:06:53,958 Sana. Kita ikut jalan itu. 104 00:06:55,750 --> 00:06:58,166 Jangan takut. Kita boleh buat. 105 00:07:12,500 --> 00:07:14,833 Itu bukan idea yang baik. 106 00:07:14,916 --> 00:07:16,291 Isabel, apa awak buat? 107 00:07:16,375 --> 00:07:17,250 Menang. 108 00:07:17,333 --> 00:07:19,166 Ini bukan pertandingan. 109 00:07:19,250 --> 00:07:20,125 Itu kata awak. 110 00:07:20,208 --> 00:07:23,291 Saya hargai pari-pari takdir yang memilih saya 111 00:07:23,375 --> 00:07:25,291 menjadi penunggang unikorn. 112 00:07:26,625 --> 00:07:28,875 Ayuh, kawan. Jangan mengalah. 113 00:07:30,958 --> 00:07:32,083 River, tunggu. 114 00:07:32,166 --> 00:07:34,875 Jangan bergerak, biar saya uruskan. 115 00:07:37,250 --> 00:07:39,416 Isabel, hati-hati! 116 00:07:39,500 --> 00:07:40,833 Sudahlah! 117 00:07:42,000 --> 00:07:44,916 Maaf, Mendoza. Itu bukan gaya saya. 118 00:07:52,250 --> 00:07:53,833 Bertenang, River. 119 00:07:56,208 --> 00:07:59,708 Saya takkan mengalah. Sebab itulah saya di sini, saya boleh. 120 00:08:02,000 --> 00:08:03,875 Saya tak sanggup tengok. 121 00:08:04,375 --> 00:08:07,125 Saya hampir dapat. 122 00:08:15,291 --> 00:08:16,291 Jaga-jaga! 123 00:08:20,375 --> 00:08:21,291 Sudah. 124 00:08:26,500 --> 00:08:28,333 Jangan pandang saya begitu. 125 00:08:28,416 --> 00:08:29,666 Saya okey. 126 00:08:31,125 --> 00:08:33,875 Okey tapi tak boleh berjalan. 127 00:08:33,958 --> 00:08:36,958 Kamu dilarang menunggang buat sementara waktu. 128 00:08:37,041 --> 00:08:41,041 Tapi saya penunggang unikorn. Itu yang saya buat. 129 00:08:41,125 --> 00:08:42,583 Kamu kena sembuh dulu. 130 00:08:49,583 --> 00:08:53,166 Saya tak tahu pun awak boleh cedera. Apa yang berlaku? 131 00:08:54,125 --> 00:08:55,458 Kemalangan. 132 00:08:55,958 --> 00:08:59,416 Tapi awak penunggang terbaik dan awak memetik bunga. 133 00:08:59,500 --> 00:09:02,583 Maksud saya, awak tak sepatutnya cedera. 134 00:09:02,666 --> 00:09:05,166 Itu bukan salah saya! 135 00:09:05,250 --> 00:09:07,166 Dah kata saya hampir dapat. 136 00:09:07,250 --> 00:09:09,125 Kalau awak patuh dan berani, 137 00:09:09,208 --> 00:09:10,916 semua ini takkan berlaku. 138 00:09:11,000 --> 00:09:14,833 Sekarang saya perlu duduk di belakang dan perhatikan kamu semua. 139 00:09:14,916 --> 00:09:18,166 Isabel, saya tahu awak sedih. Tapi itu kemalangan. 140 00:09:18,250 --> 00:09:20,083 Apa kata kita cuba berseronok? 141 00:09:20,166 --> 00:09:22,000 Ya. Seronok juga. 142 00:09:22,083 --> 00:09:25,083 Ini hari yang indah dan ada pari-pari di mana-mana. 143 00:09:25,166 --> 00:09:28,125 Kita patut bersiap untuk parti topeng. 144 00:09:28,208 --> 00:09:29,625 Saya tak mahu berparti. 145 00:09:29,708 --> 00:09:32,208 "Tak mahu berparti"? 146 00:09:32,291 --> 00:09:34,750 Saya tak faham kata-kata awak. 147 00:09:35,291 --> 00:09:37,166 Pergilah kalau awak nak, River. 148 00:09:37,666 --> 00:09:39,666 Awak masih boleh berjalan. 149 00:09:44,083 --> 00:09:47,083 Awak tak kisah saya masih teruja tentang parti itu? 150 00:09:48,625 --> 00:09:49,875 Sudah tentu. 151 00:09:49,958 --> 00:09:52,541 Hari ini kita meraikan pari-pari. 152 00:09:52,625 --> 00:09:54,750 Lebih baik kita bersiap. 153 00:09:56,958 --> 00:10:00,291 Dia tak maksudkannya, River. Dia akan okey tak lama lagi. 154 00:10:36,333 --> 00:10:37,833 Malam ini kita berparti 155 00:10:37,916 --> 00:10:40,250 Malam sensasi untuk diraikan 156 00:10:40,333 --> 00:10:43,416 Pernah lihat pari-pari teruja begini? 157 00:10:43,916 --> 00:10:48,041 Gerakan terbaik disajikan Lagu kegemaranku dimainkan 158 00:10:48,125 --> 00:10:50,125 Menari macam badut… 159 00:10:50,208 --> 00:10:51,208 Betul. 160 00:10:52,250 --> 00:10:54,250 Di bawah Bulan Pari-pari 161 00:10:56,083 --> 00:10:59,875 Terangi malam dan mainkan lagu Di bawah Bulan Pari-pari 162 00:10:59,958 --> 00:11:03,041 Pari-pari sakti terapung di atas 163 00:11:03,125 --> 00:11:05,875 Ini malam sekali seumur hidup… 164 00:11:05,958 --> 00:11:07,583 Saya pernah baca. 165 00:11:07,666 --> 00:11:09,541 Kitalah paling bergaya 166 00:11:09,625 --> 00:11:11,541 Semua pasti kagum 167 00:11:11,625 --> 00:11:14,500 Bakal bermula tak lama lagi 168 00:11:15,500 --> 00:11:17,708 Di bawah Bulan Pari-pari 169 00:11:19,375 --> 00:11:23,333 Terangi malam dan mainkan lagu Di bawah Bulan Pari-pari 170 00:11:23,416 --> 00:11:25,291 Semuanya teruja 171 00:11:25,375 --> 00:11:27,708 Bersemangat dan membara 172 00:11:27,791 --> 00:11:31,291 Mereka berseronok Aku terkurung 173 00:11:31,375 --> 00:11:37,458 Merenung Bulan Pari-pari di luar tingkap 174 00:11:37,541 --> 00:11:39,416 Tengok, bunga yang cantik mekar 175 00:11:39,500 --> 00:11:41,541 Seperti bunga api, meletup 176 00:11:41,625 --> 00:11:43,375 Di sisiku mungkin juga 177 00:11:43,458 --> 00:11:46,458 Benda paling cantik setakat ini… 178 00:11:46,541 --> 00:11:47,833 Tolonglah. 179 00:11:48,333 --> 00:11:50,250 Di bawah Bulan Pari-pari 180 00:11:51,750 --> 00:11:55,791 Terangi malam dan mainkan lagu Di bawah Bulan Pari-pari 181 00:11:55,875 --> 00:11:57,958 Di bawah Bulan Pari-pari 182 00:11:59,666 --> 00:12:03,833 Terangi malam dan mainkan lagu Di bawah Bulan Pari-pari 183 00:12:04,416 --> 00:12:05,958 Di bawah Bulan Pari-pari 184 00:12:17,458 --> 00:12:18,291 Cantik. 185 00:12:26,958 --> 00:12:29,083 Saya yakin dia akan datang. 186 00:12:29,166 --> 00:12:32,041 Tapi awak nak ikut kami ke parti itu? 187 00:12:35,083 --> 00:12:35,958 Saya faham. 188 00:12:36,458 --> 00:12:38,541 Kita akan berjumpa di sana. 189 00:13:39,875 --> 00:13:40,708 Hei! 190 00:13:43,625 --> 00:13:44,458 Ya! 191 00:13:45,791 --> 00:13:46,833 Ya! 192 00:14:18,625 --> 00:14:20,208 Saya minta maaf. 193 00:14:20,291 --> 00:14:21,625 Awak okey? 194 00:14:21,708 --> 00:14:22,541 Saya okey. 195 00:14:23,375 --> 00:14:24,375 Terima kasih. 196 00:14:27,750 --> 00:14:30,333 Awak pun tak nak menari juga? 197 00:14:30,916 --> 00:14:33,791 Saya cuma nak tengok sekejap. 198 00:14:33,875 --> 00:14:36,125 Saya faham. Saya Isabel. 199 00:14:36,625 --> 00:14:37,458 Danny. 200 00:14:37,541 --> 00:14:39,208 Saya tak pernah nampak awak. 201 00:14:39,291 --> 00:14:41,208 Ya, saya selalu lepak di asrama. 202 00:14:42,208 --> 00:14:43,916 Nampak seronok, bukan? 203 00:14:44,625 --> 00:14:48,833 - Agaknya. Mana unikorn awak? - Saya sedang mencarinya. 204 00:14:48,916 --> 00:14:51,875 Bukan kuda dengan kepalanya di dalam mangkuk itu? 205 00:14:52,958 --> 00:14:55,833 Tidak. Itu masalah orang lain. 206 00:14:57,250 --> 00:14:58,666 Mana unikorn awak? 207 00:14:59,166 --> 00:15:01,875 Tiada di sini. Saya perlukan ruang. 208 00:15:01,958 --> 00:15:05,166 Dari unikorn awak? Macam pelik. 209 00:15:05,250 --> 00:15:07,750 Ya, rasanya saya istimewa. 210 00:15:07,833 --> 00:15:12,083 Jadi, awak tak bawa dia ke parti? Awak tinggalkan dia? 211 00:15:12,166 --> 00:15:14,750 Hei. Dia yang kecewakan saya, okey? 212 00:15:14,833 --> 00:15:16,375 Dia okey, tapi saya? 213 00:15:17,000 --> 00:15:20,458 Saya penunggang unikorn. Sekarang tak boleh berjalan. 214 00:15:20,541 --> 00:15:22,541 Tak apa. Itu tak penting. 215 00:15:23,125 --> 00:15:24,291 Sudah tentu. 216 00:15:24,375 --> 00:15:25,750 Saya pernah alaminya. 217 00:15:25,833 --> 00:15:29,625 Awak ada sesuatu yang buat awak istimewa, kemudian ia dirampas. 218 00:15:29,708 --> 00:15:31,875 Awak rasa janggal, bukan? 219 00:15:31,958 --> 00:15:35,500 Macam awak tak sesuai dengan mereka. Tentulah awak marah. 220 00:15:35,583 --> 00:15:39,000 Saya tak tahu siapa saya kalau bukan penunggang unikorn. 221 00:15:39,083 --> 00:15:40,875 Itulah takdir kita. 222 00:15:40,958 --> 00:15:43,583 Ya! Saya dilahirkan untuk ini. 223 00:15:43,666 --> 00:15:45,375 Tengoklah deltoid ini. 224 00:15:45,458 --> 00:15:49,000 Saya kuat, saya pantas. Saya tak takut apa-apa. 225 00:15:49,083 --> 00:15:52,666 Saya pernah terjun ke ngarai dan lari dari kuil yang runtuh, 226 00:15:52,750 --> 00:15:54,333 tinggal dengan Valentina. 227 00:15:54,416 --> 00:15:57,333 Semua ini melatih saya melawan kejahatan. 228 00:15:57,416 --> 00:16:00,208 Saya lawan Ravenzella dan samsengnya 229 00:16:00,291 --> 00:16:01,958 minggu pertama saya di sini. 230 00:16:02,041 --> 00:16:04,416 Wah, banyak yang awak lalui. 231 00:16:04,500 --> 00:16:07,041 Ya, dan saya suka semuanya. 232 00:16:07,125 --> 00:16:09,083 Tahu siapa yang takut? River. 233 00:16:10,250 --> 00:16:12,708 Namun, dia tetap memusnahkan magik grim 234 00:16:12,791 --> 00:16:14,333 dengan kuasa airnya. 235 00:16:19,208 --> 00:16:22,041 Dia betul-betul jaga saya malam itu. 236 00:16:22,125 --> 00:16:23,541 Di kuil juga. 237 00:16:24,166 --> 00:16:25,000 River? 238 00:16:25,666 --> 00:16:27,708 Bunyinya macam unikorn yang hebat. 239 00:16:27,791 --> 00:16:29,500 Ya, betul. 240 00:16:30,166 --> 00:16:31,625 Mungkin saya agak tegas. 241 00:16:33,000 --> 00:16:36,625 Sedikit ruang lebih bagus. Dia akan datang apabila awak sedia. 242 00:16:36,708 --> 00:16:39,583 Rasanya awak tak perlu unikorn sekarang, bukan? 243 00:16:39,666 --> 00:16:41,666 Ya, rasa tidak. 244 00:16:42,333 --> 00:16:44,583 Cepat. Kamu berdua, turun. 245 00:16:44,666 --> 00:16:46,583 Saya hanya menjaga satu tingkat. 246 00:16:48,291 --> 00:16:50,000 Awak dalam kelas saya? 247 00:16:51,083 --> 00:16:52,500 Topeng ini, bukan? 248 00:16:52,583 --> 00:16:53,875 Maafkan saya. 249 00:16:54,500 --> 00:16:56,250 Saya tunggu di majlis tarian. 250 00:16:58,583 --> 00:17:00,000 Boleh, Cik Armstrong? 251 00:17:19,125 --> 00:17:20,291 Hei, kawan. 252 00:17:20,791 --> 00:17:22,500 Apa awak buat di sini? 253 00:17:23,000 --> 00:17:25,458 Tak ada penunggang untuk ke majlis itu? 254 00:17:28,291 --> 00:17:29,291 Maafkan saya. 255 00:17:29,916 --> 00:17:31,208 Saya pun keseorangan. 256 00:17:33,166 --> 00:17:35,500 Awak tak apa-apa? 257 00:17:40,666 --> 00:17:43,958 Hei, awak nak bersiar-siar? 258 00:17:44,458 --> 00:17:46,333 Kita berbual sekejap. 259 00:17:50,041 --> 00:17:52,208 Pernah ke Pulau Pari-pari Takdir? 260 00:17:53,333 --> 00:17:56,041 Pulau itu cantik pada waktu begini. 261 00:17:56,125 --> 00:17:59,041 Pemandangan Bulan Pari-pari agak cantik dari sana. 262 00:17:59,125 --> 00:18:00,458 Nak ikut tak? 263 00:18:27,333 --> 00:18:29,333 Gaya ini sangat menawan. 264 00:18:30,208 --> 00:18:33,041 Betul. Kamu berdua sangat glamor. 265 00:18:33,125 --> 00:18:35,250 Kalau itu yang awak suka. 266 00:18:38,125 --> 00:18:40,083 Kami memang suka. 267 00:18:40,166 --> 00:18:44,041 Wah. Baju ini cantik. 268 00:18:44,125 --> 00:18:46,416 Pakaian saya lebih cantik, bukan? 269 00:18:46,500 --> 00:18:47,916 Hei! 270 00:18:50,291 --> 00:18:51,625 Nak menari? 271 00:18:52,250 --> 00:18:53,083 Tidak. 272 00:18:53,166 --> 00:18:55,750 Tak mengapa. Sesuaikan pergerakan awak. 273 00:18:55,833 --> 00:18:56,708 Tengoklah. 274 00:18:56,791 --> 00:18:59,041 Tarian tongkat, sayang. 275 00:18:59,125 --> 00:19:01,583 Okey, terima kasih. Tak apalah. 276 00:19:02,375 --> 00:19:05,708 Paf pari-pari ini dibuat daripada cendawan titisan lemon. 277 00:19:05,791 --> 00:19:07,500 Makanan istimewa pulau ini. 278 00:19:07,583 --> 00:19:10,333 River ikut awak? 279 00:19:11,833 --> 00:19:14,041 Tak seronok tanpa dia di sini, bukan? 280 00:19:14,125 --> 00:19:17,000 Tak, rasanya dia pasti suka snek itu. 281 00:19:17,083 --> 00:19:20,583 Dia tak mahu datang tanpa awak. Awak masih boleh jemput dia. 282 00:19:21,375 --> 00:19:23,083 Baguslah awak datang. 283 00:19:23,166 --> 00:19:24,250 Saya faham. 284 00:19:24,333 --> 00:19:27,166 Awak nak tengok saya beraksi, bukan? 285 00:19:27,875 --> 00:19:29,916 Isabel. Rambut awak. 286 00:19:30,541 --> 00:19:33,333 Maaf, saya tak ada masa nak berdandan. 287 00:19:33,416 --> 00:19:35,166 Saya tak rancang nak datang. 288 00:19:37,333 --> 00:19:39,208 Biar betul? Apa? 289 00:19:39,291 --> 00:19:41,458 Jalur rambut awak pudar. 290 00:19:41,541 --> 00:19:43,250 Apa? Bagaimana… 291 00:19:43,333 --> 00:19:44,166 Nah. 292 00:19:44,875 --> 00:19:47,166 Isabel, ikatan awak. 293 00:19:47,250 --> 00:19:48,708 Saya nak jumpa River. 294 00:19:48,791 --> 00:19:50,791 Jangan biar cikgu nampak awak. 295 00:19:50,875 --> 00:19:53,666 Kalau mereka sedar ikatan unikorn awak teruk… 296 00:19:53,750 --> 00:19:56,625 Apa kata, kita rahsiakan. 297 00:19:59,125 --> 00:20:01,708 Hei, saya pun penghuni Nilam. 298 00:20:01,791 --> 00:20:04,000 Jangan busukkan nama asrama kita. 299 00:20:04,083 --> 00:20:06,833 Ayuh, Cinder. Kita perlu alihkan perhatian. 300 00:20:17,041 --> 00:20:19,166 Akhirnya, lawan yang setanding. 301 00:20:34,916 --> 00:20:35,750 River! 302 00:20:38,000 --> 00:20:39,208 Di mana dia? 303 00:20:47,250 --> 00:20:48,250 Hei. 304 00:20:49,250 --> 00:20:50,250 Jangan takut. 305 00:20:51,166 --> 00:20:52,708 Saya akan jaga awak. 306 00:20:55,916 --> 00:20:56,750 Isabel. 307 00:21:01,083 --> 00:21:03,125 Awak okey? Apa jadi? 308 00:21:03,208 --> 00:21:07,541 Saya tak dapat rasa River. Dia dah pergi. 309 00:21:08,125 --> 00:21:10,583 Hei, awak okey? 310 00:21:14,708 --> 00:21:16,291 Tanda awak hilang. 311 00:21:17,500 --> 00:21:19,750 Ada sesuatu berlaku pada ikatan awak? 312 00:21:20,958 --> 00:21:22,000 Maaf, 313 00:21:22,500 --> 00:21:25,625 tapi kalau penunggang awak tak mahukan awak lagi, 314 00:21:25,708 --> 00:21:27,458 dia yang rugi. 315 00:21:29,083 --> 00:21:30,166 Awak hebat. 316 00:21:33,791 --> 00:21:36,625 Ayuh, awak perlu berseronok. 317 00:21:43,375 --> 00:21:45,291 Apa maksud awak River dah pergi? 318 00:21:45,375 --> 00:21:48,875 Ikatan itu putus. Wildstar terkesan saat ayah saya hilang. 319 00:21:50,125 --> 00:21:53,541 Tapi saya tak hilang. Saya ada di sini. 320 00:21:53,625 --> 00:21:56,416 Kami bergaduh, tapi tak ada apa-apa. 321 00:21:56,500 --> 00:21:59,083 River benar-benar fikir saya tinggalkan dia? 322 00:21:59,166 --> 00:22:00,083 Salahkan dia? 323 00:22:00,166 --> 00:22:02,000 Awak marah. 324 00:22:02,083 --> 00:22:04,958 Jadi, apa? Dia larikan diri? 325 00:22:05,833 --> 00:22:07,791 Saya tak boleh kejar dia! 326 00:22:10,500 --> 00:22:11,333 Wildstar? 327 00:22:14,041 --> 00:22:15,291 Apa yang awak jumpa? 328 00:22:18,875 --> 00:22:20,500 Itu topeng Danny. 329 00:22:21,125 --> 00:22:22,500 Apa dia buat di sini? 330 00:22:22,583 --> 00:22:23,750 Siapa Danny? 331 00:22:23,833 --> 00:22:25,541 Budak lelaki di majlis itu. 332 00:22:25,625 --> 00:22:27,291 Kami bercakap tentang River. 333 00:22:27,958 --> 00:22:29,833 River. Tidak! 334 00:22:29,916 --> 00:22:31,333 Tentu dia ambil River. 335 00:22:31,416 --> 00:22:32,791 Kenapa dia buat begitu? 336 00:22:32,875 --> 00:22:33,875 Saya tak tahu. 337 00:22:33,958 --> 00:22:35,208 Ke mana mereka pergi? 338 00:22:35,291 --> 00:22:36,583 Saya tak tahu! 339 00:22:37,625 --> 00:22:39,208 Ayuh. Kita akan cari dia. 340 00:22:39,291 --> 00:22:42,083 Saya tunggu di sini. Saya tak nak jadi beban. 341 00:22:42,166 --> 00:22:43,041 Awak tak ikut? 342 00:22:44,083 --> 00:22:46,458 Ini misi untuk penunggang unikorn. 343 00:22:46,541 --> 00:22:48,250 Cukuplah! 344 00:22:48,333 --> 00:22:50,708 Kami simpati dengan nasib awak hari ini, 345 00:22:50,791 --> 00:22:52,458 tapi sekarang awak melampau! 346 00:22:52,541 --> 00:22:57,041 Ya, dengar. Melampau! Saya tak sangka awak akan mengalah. 347 00:22:57,125 --> 00:22:58,500 Saya cedera, ingat tak? 348 00:22:58,583 --> 00:23:00,250 Saya tak boleh buat apa-apa. 349 00:23:00,333 --> 00:23:01,750 Ubahlah sikap awak. 350 00:23:03,500 --> 00:23:05,708 River perlu awak. Awak penunggangnya. 351 00:23:05,791 --> 00:23:06,916 Tidak lagi. 352 00:23:07,000 --> 00:23:09,333 Pergilah dapatkan dia semula. 353 00:23:26,291 --> 00:23:29,083 Saya tahu saya cam dia. 354 00:23:47,083 --> 00:23:49,750 - Awak tak dapat tahan dengan kaki. - Tak apa. 355 00:23:49,833 --> 00:23:51,541 Dia boleh pegang saya. 356 00:23:51,625 --> 00:23:53,625 Saya duduk saja di sini? 357 00:23:54,500 --> 00:23:55,583 Saya tak suka. 358 00:23:55,666 --> 00:23:57,291 Kawan-kawan! Di sini! 359 00:24:05,166 --> 00:24:07,708 Danny, apa awak buat? 360 00:24:18,833 --> 00:24:20,791 Bukan sana, sini! 361 00:24:20,875 --> 00:24:22,458 Ada duri di sana. 362 00:24:22,541 --> 00:24:24,000 Kita lompat. 363 00:24:24,083 --> 00:24:27,291 Aktiviti berimpak tinggi tak elok untuk buku lali awak. 364 00:24:27,375 --> 00:24:28,791 Laju lagi. 365 00:24:30,041 --> 00:24:32,583 Ingat, dia agak serabut hari ini. 366 00:24:32,666 --> 00:24:35,083 Hei, awak yang suruh saya ikut. 367 00:24:35,166 --> 00:24:37,875 Jangan risau, Isabel. Kita di pulau, ingat? 368 00:24:37,958 --> 00:24:39,500 Mereka takkan pergi jauh. 369 00:24:46,500 --> 00:24:48,583 Awak fikir tentang penunggang awak? 370 00:24:49,541 --> 00:24:51,875 Kenapa? Dia tak fikirkan awak. 371 00:24:53,583 --> 00:24:54,583 Maaf. 372 00:24:54,666 --> 00:24:56,500 Saya tahu awak sedih, 373 00:24:56,583 --> 00:24:58,791 tapi cuba alihkan perhatian awak. 374 00:24:59,541 --> 00:25:01,958 Tengok, itu Pulau Pari-pari Takdir. 375 00:25:03,666 --> 00:25:05,458 Ayuh. Mari kita tengok. 376 00:25:09,166 --> 00:25:11,541 Hebat, bukan? Ini jambatan pasang surut. 377 00:25:11,625 --> 00:25:14,333 Kita menyeberang ketika air surut, ayuh. 378 00:25:20,166 --> 00:25:22,625 Air dah surut. Kita berjaya. 379 00:25:27,333 --> 00:25:29,750 Lebih indah daripada yang saya impikan. 380 00:25:48,041 --> 00:25:48,875 Tengok. 381 00:25:52,625 --> 00:25:53,958 Pari-pari bawah tanah. 382 00:25:54,791 --> 00:25:58,541 Mereka tinggal di bawah tanah dan keluar semasa Bulan Pari-pari. 383 00:25:58,625 --> 00:26:00,875 Tak sangka kita dapat jumpa mereka. 384 00:26:02,541 --> 00:26:05,708 Pari-pari bawah tanah memang istimewa. 385 00:26:05,791 --> 00:26:08,916 Mereka ada kuasa untuk ubah takdir awak. 386 00:26:09,583 --> 00:26:12,291 Penunggang awak tak hargai awak, River. 387 00:26:13,208 --> 00:26:16,166 Awak layak dapat penunggang yang hargai awak. 388 00:26:18,791 --> 00:26:19,750 Tak mengapa. 389 00:26:22,458 --> 00:26:26,083 Pari-pari bawah tanah boleh beri peluang kedua untuk kita. 390 00:26:32,750 --> 00:26:34,416 Tentu mereka di pulau itu. 391 00:26:34,500 --> 00:26:35,916 River berenang ke sana? 392 00:26:36,541 --> 00:26:39,166 River boleh bernafas di dalam air? 393 00:26:39,250 --> 00:26:42,083 Wildstar hilang ayah saya, kuasanya juga hilang. 394 00:26:42,166 --> 00:26:44,708 Rasanya kuasa River dah hilang. 395 00:26:45,791 --> 00:26:48,000 Bagaimana mereka ke sana? 396 00:26:48,583 --> 00:26:51,666 Ada jambatan di sini apabila air surut, 397 00:26:51,750 --> 00:26:54,833 itu Pulau Pari-pari Takdir, tempat asal pari-pari. 398 00:26:54,916 --> 00:26:58,791 - Kenapa Danny bawa River ke sana? - Sebab Bulan Pari-pari? 399 00:26:58,875 --> 00:27:01,458 Atau pari-pari bawah tanah, 400 00:27:01,541 --> 00:27:04,208 pari-pari unik yang saya beritahu tadi. 401 00:27:05,416 --> 00:27:07,416 Mereka ada kuasa istimewa. 402 00:27:08,666 --> 00:27:12,291 Pari-pari takdir memadankan kita dengan unikorn. 403 00:27:12,375 --> 00:27:14,000 Tapi pari-pari bawah tanah 404 00:27:14,083 --> 00:27:16,166 boleh ubah takdir awak. 405 00:27:16,250 --> 00:27:18,875 Ubah takdir? Apa maksudnya? 406 00:27:18,958 --> 00:27:20,416 Kita kena cepat. 407 00:27:20,500 --> 00:27:22,750 Air dah pasang. Jambatan dah hilang. 408 00:27:22,833 --> 00:27:26,083 Kita buat jambatan sendiri. Ayuh, nyalakan! 409 00:27:29,416 --> 00:27:31,250 Mari bawa River pulang. 410 00:27:45,750 --> 00:27:47,791 Itu pun dia. River! 411 00:27:50,583 --> 00:27:53,375 Apa awak buat? Berhenti! 412 00:27:53,458 --> 00:27:54,583 Jangan ganggu dia! 413 00:27:55,500 --> 00:27:57,208 Jangan! Berhenti! 414 00:28:09,791 --> 00:28:11,083 Mereka baru… 415 00:28:11,166 --> 00:28:13,708 Bagaimana ini boleh berlaku? 416 00:28:13,791 --> 00:28:15,625 Magik itu nampak tak kena. 417 00:28:23,833 --> 00:28:27,666 Danny guna magik pari-pari bawah tanah untuk mengubah takdirnya. 418 00:28:27,750 --> 00:28:29,958 Dia memaksa ikatan. 419 00:28:30,041 --> 00:28:31,875 River! Kita berjaya! 420 00:28:33,541 --> 00:28:34,583 Kita berjaya! 421 00:28:35,500 --> 00:28:38,166 Jauhi unikorn saya! 422 00:28:38,250 --> 00:28:41,833 Isabel, maaf. Tapi River milik saya sekarang. 423 00:28:41,916 --> 00:28:43,875 Takdir saya menjadi penunggang. 424 00:28:43,958 --> 00:28:45,333 Saya takkan sia-siakan! 425 00:28:45,416 --> 00:28:48,083 River, tolonglah! Ini saya! 426 00:28:49,416 --> 00:28:50,333 Berundur! 427 00:28:50,416 --> 00:28:54,291 Saya tak nak sakiti sesiapa. Saya cuma mahu hak saya. 428 00:28:54,375 --> 00:28:55,750 River bukan milik awak. 429 00:28:55,833 --> 00:28:56,875 Kenapa? 430 00:28:56,958 --> 00:28:59,208 Saya ada hak seperti kamu semua. 431 00:28:59,791 --> 00:29:03,291 Saya dijemput ke Unicorn Academy seperti awak. 432 00:29:05,958 --> 00:29:08,375 Mereka kata ada sesuatu dalam diri saya. 433 00:29:09,375 --> 00:29:10,500 Saya terpilih. 434 00:29:11,208 --> 00:29:13,916 Saya nak lindungi dunia daripada kejahatan. 435 00:29:15,875 --> 00:29:18,458 Akhirnya saya tahu tujuan hidup saya. 436 00:29:20,541 --> 00:29:24,375 Saya bersumpah untuk jadi penunggang unikorn terbaik. 437 00:29:24,458 --> 00:29:27,666 Saya baca Buku Sparkle sampai habis pada malam pertama. 438 00:29:28,583 --> 00:29:31,000 Tapi pari-pari takdir mengecewakan saya. 439 00:29:31,083 --> 00:29:33,125 Saya tak dapat unikorn. 440 00:29:33,666 --> 00:29:37,000 Saya sepatutnya jadi penunggang unikorn, tapi sebaliknya, 441 00:29:37,750 --> 00:29:40,416 saya dihantar pulang dengan hampa. 442 00:29:41,333 --> 00:29:42,916 Teruknya. 443 00:29:44,458 --> 00:29:46,583 Saya tahu, tapi memang teruk! 444 00:29:46,666 --> 00:29:47,916 Tak apa. 445 00:29:48,000 --> 00:29:50,291 Saya tentukan takdir sendiri. 446 00:29:50,791 --> 00:29:54,375 Sekarang saya ada River, saya boleh tunjukkan kebolehan saya. 447 00:29:54,458 --> 00:29:58,083 Jangan paksa ikatan dengan unikorn, terutamanya unikorn saya. 448 00:29:58,166 --> 00:29:59,375 Apa yang awak tahu? 449 00:29:59,458 --> 00:30:02,625 Kalau kuat, ikatan takkan putus. 450 00:30:04,375 --> 00:30:07,291 Saya tahu ikatan palsu ini memang teruk. 451 00:30:07,375 --> 00:30:08,250 Sudahlah. 452 00:30:08,333 --> 00:30:10,583 Awak sia-siakan peluang awak. 453 00:30:10,666 --> 00:30:12,458 Saya takkan buat silap. 454 00:30:12,541 --> 00:30:13,541 Tidak! 455 00:30:21,583 --> 00:30:22,791 Awak okey? 456 00:30:23,750 --> 00:30:25,291 Jangan biar dia terlepas. 457 00:30:56,458 --> 00:30:57,291 Tidak! 458 00:30:58,750 --> 00:30:59,583 Wah! 459 00:31:08,708 --> 00:31:09,833 Jangan mengalah. 460 00:31:09,916 --> 00:31:11,041 Kita kena lompat. 461 00:31:13,625 --> 00:31:15,625 Awak ada kuasa air, bukan? 462 00:31:15,708 --> 00:31:18,791 Boleh berenang atau buat ombak menangkap kita? 463 00:31:20,625 --> 00:31:21,791 Buatlah. 464 00:31:23,791 --> 00:31:24,625 Tidak! 465 00:31:27,166 --> 00:31:28,000 Leaf. 466 00:31:40,833 --> 00:31:41,750 River! 467 00:31:41,833 --> 00:31:45,208 Tidak! Jangan ganggu River. Dia milik saya. 468 00:31:55,750 --> 00:31:57,666 Apa yang awak dah buat? 469 00:31:57,750 --> 00:31:59,083 Beri dia penunggang. 470 00:32:00,750 --> 00:32:04,791 Danny, saya lebih faham kandungan Buku Sparkle. 471 00:32:05,291 --> 00:32:07,916 Tapi tiada bacaan yang mempersiapkan saya 472 00:32:08,000 --> 00:32:10,375 untuk rasa saat bersatu dengan Glacier. 473 00:32:10,458 --> 00:32:12,625 Ikatannya istimewa. 474 00:32:12,708 --> 00:32:13,791 Seperti cinta. 475 00:32:13,875 --> 00:32:14,708 Ini… 476 00:32:15,625 --> 00:32:19,791 Apa yang pari-pari bawah tanah buat, sememangnya salah. 477 00:32:21,916 --> 00:32:24,666 Saya cuma nak ubah takdir saya. 478 00:32:24,750 --> 00:32:26,625 Saya simpati dengan nasib awak. 479 00:32:26,708 --> 00:32:29,291 Diberitahu tak boleh jadi penunggang unikorn 480 00:32:29,375 --> 00:32:31,333 akan melukakan hati saya juga. 481 00:32:33,416 --> 00:32:36,541 Saya suka meluah perasaan dan tak suka mencelah, 482 00:32:36,625 --> 00:32:38,666 tapi ada sesuatu awak patut lihat. 483 00:32:44,083 --> 00:32:45,208 Itu tak bagus. 484 00:32:45,291 --> 00:32:46,458 Kita yang buat? 485 00:32:47,916 --> 00:32:50,541 Kalau ombak itu melanda pulau, habislah. 486 00:32:50,625 --> 00:32:52,500 Kita pun akan musnah juga. 487 00:32:54,875 --> 00:32:56,041 River? 488 00:32:56,125 --> 00:32:57,458 River, ini saya. 489 00:32:59,166 --> 00:33:00,500 Ayuh. 490 00:33:02,708 --> 00:33:04,666 Kita tak boleh pergi begitu saja. 491 00:33:04,750 --> 00:33:07,083 Satu-satunya pilihan kita, Layla. 492 00:33:07,166 --> 00:33:09,666 Tapi dari sinilah pari-pari takdir datang. 493 00:33:09,750 --> 00:33:13,791 Tanpa pari-pari takdir, tiada siapa dapat unikorn yang serasi. 494 00:33:13,875 --> 00:33:17,875 Saya tak berniat jahat. Saya cuma nak lindungi magik. 495 00:33:17,958 --> 00:33:19,000 Syabas. 496 00:33:21,791 --> 00:33:24,291 River, awak boleh halang, bukan? 497 00:33:24,375 --> 00:33:25,833 Guna magik awak. 498 00:33:30,125 --> 00:33:30,958 River? 499 00:33:33,125 --> 00:33:33,958 Tolonglah! 500 00:33:34,041 --> 00:33:36,375 Saya buntu. Saya takut. 501 00:33:36,958 --> 00:33:40,333 Jangan takut apabila unikorn awak perlukan awak. 502 00:33:40,875 --> 00:33:43,375 Saya di sini, River. Ini bukan salah awak! 503 00:33:43,458 --> 00:33:45,166 Ini bukan salah awak. 504 00:33:46,166 --> 00:33:50,250 Maafkan saya sebab mengabaikan awak. Saya takut apabila tercedera. 505 00:33:50,333 --> 00:33:51,541 Saya seorang atlet. 506 00:33:51,625 --> 00:33:54,958 Saya penunggang unikorn, tiba-tiba semua itu hilang 507 00:33:55,041 --> 00:33:57,458 dan saya tak kenal diri saya. 508 00:33:57,541 --> 00:33:58,791 Tapi saya silap. 509 00:33:58,875 --> 00:34:01,250 Bukan kekuatan jadikan saya penunggang. 510 00:34:01,833 --> 00:34:02,666 Tapi awak. 511 00:34:04,083 --> 00:34:07,250 Hidup sentiasa ada persaingan 512 00:34:07,333 --> 00:34:10,291 Aku cuma mahu kemenangan 513 00:34:10,375 --> 00:34:13,541 Keinginan meninggi 514 00:34:13,625 --> 00:34:16,083 Menjadi penyebab kesakitan ini 515 00:34:16,666 --> 00:34:19,583 Tapi aku kembali mencarimu 516 00:34:19,666 --> 00:34:22,375 Aku ada di sisimu 517 00:34:23,375 --> 00:34:27,750 Itu yang penting bagiku 518 00:34:28,666 --> 00:34:31,500 Apabila kau buntu 519 00:34:31,583 --> 00:34:34,458 Biarkan kasihku memelukmu 520 00:34:34,541 --> 00:34:39,750 Kalau kau tersesat jalan Cahaya aku menerangi haluan 521 00:34:40,875 --> 00:34:43,791 Apabila kau keseorangan 522 00:34:44,375 --> 00:34:46,625 Kau tak pernah bersendirian 523 00:34:46,708 --> 00:34:51,166 Lihat di dalam hatimu Aku sentiasa bersamamu 524 00:34:54,083 --> 00:34:58,875 Lebih baik kita berdua 525 00:35:01,291 --> 00:35:04,833 Kita berdua 526 00:35:14,791 --> 00:35:17,833 Apabila kau keseorangan 527 00:35:17,916 --> 00:35:20,000 Kau tak pernah bersendirian 528 00:35:20,083 --> 00:35:24,875 Lihat di dalam hatimu Aku sentiasa bersamamu 529 00:35:24,958 --> 00:35:29,125 Lebih baik kita berdua 530 00:35:32,333 --> 00:35:35,708 Kita berdua 531 00:35:37,458 --> 00:35:43,208 Kau dan aku bersama-sama 532 00:35:45,958 --> 00:35:48,541 Saya mungkin bukan penunggang awak lagi, 533 00:35:48,625 --> 00:35:50,666 tapi saya sentiasa di sisi awak. 534 00:36:24,166 --> 00:36:25,583 Semua, berlindung! 535 00:36:27,208 --> 00:36:28,041 Ayuh! 536 00:36:32,583 --> 00:36:33,958 Kita boleh buat. 537 00:36:38,458 --> 00:36:39,958 Di mana Isabel dan River? 538 00:37:06,041 --> 00:37:06,916 Wah. 539 00:37:14,541 --> 00:37:16,166 - Wah! - Ya! 540 00:37:18,000 --> 00:37:18,833 Wah! 541 00:37:19,833 --> 00:37:21,291 - Ya! - Ya! 542 00:37:35,791 --> 00:37:36,833 Terima kasih. 543 00:37:41,333 --> 00:37:44,458 Air pasang nampak pelik malam ini. 544 00:37:45,666 --> 00:37:46,875 Cik Primrose? 545 00:37:51,666 --> 00:37:53,958 Apabila saya sedar siapa pemuda ini, 546 00:37:54,041 --> 00:37:58,208 saya beritahu Cik Primrose ada penceroboh di pulau itu. 547 00:37:59,250 --> 00:38:00,291 Maaf. 548 00:38:00,916 --> 00:38:02,750 Pari-pari takdir memang betul. 549 00:38:03,333 --> 00:38:05,750 Saya bukan penunggang unikorn. 550 00:38:05,833 --> 00:38:07,250 Betul. 551 00:38:07,791 --> 00:38:12,041 Tapi itu tak bermakna dunia tak perlukan bantuan awak. 552 00:38:12,125 --> 00:38:14,916 Awak masih boleh berbakti. 553 00:38:16,583 --> 00:38:17,416 Baiklah. 554 00:38:18,333 --> 00:38:19,208 Saya janji. 555 00:38:26,291 --> 00:38:29,833 Ayuh. Bot pari-pari akan bawa awak pulang. 556 00:38:30,958 --> 00:38:32,166 Jaga satu sama lain. 557 00:38:38,916 --> 00:38:42,583 River, nak pergi ke majlis tarian dengan saya? 558 00:38:45,291 --> 00:38:47,041 Masa untuk berparti! 559 00:38:47,125 --> 00:38:47,958 Ya! 560 00:38:58,916 --> 00:39:00,666 - Hei. - Hei. 561 00:39:08,666 --> 00:39:11,875 Nampaknya dua orang ratu drama sudah berbaik. 562 00:39:11,958 --> 00:39:13,958 Rasanya saya memang betul. 563 00:39:14,041 --> 00:39:14,875 Bagaimana… 564 00:39:15,916 --> 00:39:17,750 Apa kata kita lupakan saja? 565 00:39:17,833 --> 00:39:19,791 Ke mana kamu semua pergi? 566 00:39:19,875 --> 00:39:22,166 Malam ini memang menakjubkan. 567 00:39:23,541 --> 00:39:27,458 Cinder dan saya memeriahkan pentas tarian. 568 00:39:27,541 --> 00:39:29,708 Kami dikelilingi peminat. 569 00:39:29,791 --> 00:39:30,625 Tengoklah. 570 00:39:30,708 --> 00:39:34,041 Ya, sehingga Storm dan saya mencipta tarian baharu. 571 00:39:34,625 --> 00:39:36,250 Tengoklah. 572 00:39:36,750 --> 00:39:40,083 - Hebat! - Ya. Penonton menggila. 573 00:39:40,166 --> 00:39:42,541 Awak nak alih perhatian orang. 574 00:39:42,625 --> 00:39:44,541 Maaf, Val. Awak kenal Storm. 575 00:39:44,625 --> 00:39:46,875 Ini memang keistimewaannya. 576 00:39:48,375 --> 00:39:51,458 Ayuh, tunjukkan kemampuan awak. 577 00:40:09,791 --> 00:40:12,500 Lebih hebat daripada sangkaan saya. 578 00:40:23,291 --> 00:40:24,125 Cantik! 579 00:40:53,708 --> 00:40:56,166 Jadi, sudah tiba masanya. 580 00:40:57,416 --> 00:40:58,500 Jangan risau. 581 00:40:59,000 --> 00:41:03,250 Kita akan buat apa saja untuk menghalangnya daripada berlaku lagi. 582 00:41:08,708 --> 00:41:10,791 Ikut kata hati kita 583 00:41:10,875 --> 00:41:12,833 Ke bintang kejora 584 00:41:12,916 --> 00:41:14,625 Ikatan ini membuktikan 585 00:41:14,708 --> 00:41:17,333 Keajaiban persahabatan 586 00:41:18,750 --> 00:41:21,000 Tonjolkan diri, usah sembunyi 587 00:41:21,083 --> 00:41:23,083 Ambil peluang dan mencari 588 00:41:23,166 --> 00:41:25,208 Pengembaraan menantimu 589 00:41:25,291 --> 00:41:26,250 Ayuh 590 00:41:27,625 --> 00:41:29,500 Mengejar impian 591 00:41:29,583 --> 00:41:32,208 - Bebas keriangan - Bebas keriangan 592 00:41:32,291 --> 00:41:35,208 Yakini takdir 593 00:41:35,291 --> 00:41:37,666 Ikut kata hati kita 594 00:41:37,750 --> 00:41:39,750 Ke bintang kejora 595 00:41:39,833 --> 00:41:41,541 Ikatan ini membuktikan 596 00:41:41,625 --> 00:41:44,250 Keajaiban persahabatan 597 00:41:44,333 --> 00:41:46,666 Ikutlah kata hati kita 598 00:41:46,750 --> 00:41:48,750 Ke bintang kejora 599 00:41:48,833 --> 00:41:50,541 Ikatan ini membuktikan 600 00:41:50,625 --> 00:41:53,125 Keajaiban persahabatan 601 00:41:53,208 --> 00:41:55,291 Ikutlah kata hati kita 602 00:42:12,541 --> 00:42:14,416 Mengejar impian 603 00:42:14,500 --> 00:42:17,125 - Bebas keriangan - Bebas keriangan 604 00:42:17,208 --> 00:42:21,333 Yakini takdir 605 00:42:22,666 --> 00:42:24,875 Ikut kata hati kita 606 00:42:24,958 --> 00:42:26,916 Ke bintang kejora 607 00:42:27,000 --> 00:42:28,708 Ikatan ini membuktikan 608 00:42:28,791 --> 00:42:31,375 Keajaiban persahabatan 609 00:42:31,458 --> 00:42:33,833 Ikutlah kata hati kita 610 00:42:33,916 --> 00:42:35,833 Ke bintang kejora 611 00:42:35,916 --> 00:42:37,625 Ikatan ini membuktikan 612 00:42:37,708 --> 00:42:40,291 Keajaiban persahabatan 613 00:42:40,375 --> 00:42:42,875 Ikutlah kata hati kita 614 00:42:42,958 --> 00:42:44,958 Ikut kata hati kita 615 00:42:45,041 --> 00:42:46,541 Ke bintang kejora 616 00:42:46,625 --> 00:42:49,166 Keajaiban persahabatan 617 00:42:49,250 --> 00:42:51,833 Ikutlah kata hati kita 618 00:42:58,083 --> 00:43:03,083 Terjemahan sari kata oleh GG