1 00:00:11,916 --> 00:00:14,041 Ikut kata hati kita 2 00:00:14,125 --> 00:00:16,166 Ke bintang kejora 3 00:00:16,250 --> 00:00:18,000 Ikatan ini membuktikan 4 00:00:18,083 --> 00:00:20,625 Keajaiban persahabatan 5 00:00:22,041 --> 00:00:23,916 Mengejar impian 6 00:00:24,000 --> 00:00:26,625 - Bebas keriangan - Bebas keriangan 7 00:00:26,708 --> 00:00:29,875 Yakini takdir 8 00:00:29,958 --> 00:00:31,958 Ikut kata hati kita 9 00:00:32,041 --> 00:00:34,083 Ke bintang kejora 10 00:00:34,166 --> 00:00:35,875 Ikatan ini membuktikan 11 00:00:35,958 --> 00:00:38,541 Keajaiban persahabatan 12 00:00:38,625 --> 00:00:43,375 Ikutlah kata hati kita 13 00:00:43,458 --> 00:00:47,375 Ke bintang kejora 14 00:00:47,458 --> 00:00:49,291 Ikutlah kata hati kita 15 00:01:05,000 --> 00:01:06,500 Saya terfikir satu lagi. 16 00:01:06,583 --> 00:01:09,291 Awak nak jadi bunga atau teratai? 17 00:01:11,291 --> 00:01:13,958 Bunga cantik, tapi teratai? 18 00:01:14,041 --> 00:01:16,041 Helo, kawan katak. 19 00:01:19,666 --> 00:01:21,125 Semoga dirahmati? 20 00:01:26,791 --> 00:01:30,125 Tengok. Leaf, kawan kita yang paling kecil. 21 00:01:32,416 --> 00:01:34,541 Bagaimana awak ke sini? 22 00:01:34,625 --> 00:01:37,833 Awak ikut kami balik dari perkhemahan itu? 23 00:01:38,958 --> 00:01:41,375 Saya tahu awak pun sayang kami! 24 00:01:42,166 --> 00:01:43,500 Betul. Jangan sentuh. 25 00:01:45,333 --> 00:01:47,333 Kami minta diri dulu. 26 00:01:47,875 --> 00:01:50,333 Tapi seronok dapat jumpa awak. 27 00:01:56,458 --> 00:01:58,875 Maafkan saya, si comel. 28 00:01:58,958 --> 00:02:00,458 Awak tak boleh ikut kami. 29 00:02:00,541 --> 00:02:03,250 Cik Wildwood kata kami perlu tinggalkan awak. 30 00:02:05,500 --> 00:02:08,333 Tapi dia juga kata, 31 00:02:08,416 --> 00:02:11,666 "Penunggang unikorn perlu melindungi magik pulau ini." 32 00:02:11,750 --> 00:02:15,000 Apa yang lebih ajaib daripada bayi unikorn? 33 00:02:17,916 --> 00:02:21,541 Ya, memang tugas saya untuk melindungi awak 34 00:02:21,625 --> 00:02:26,000 dan saya terima tugas itu dengan ikhlas. 35 00:02:32,041 --> 00:02:34,333 Nah. Skyberries segar. 36 00:02:36,750 --> 00:02:38,375 Wildstar? 37 00:02:39,833 --> 00:02:41,333 Helo? 38 00:02:42,166 --> 00:02:43,083 Awak okey? 39 00:02:43,166 --> 00:02:45,833 Saya ada kelas malam, kalau awak nak teman… 40 00:02:48,708 --> 00:02:50,000 Okey, bagus. 41 00:02:50,083 --> 00:02:52,291 Kami ada astronomi dengan Encik Tansy 42 00:02:52,375 --> 00:02:54,583 dan saya ada banyak soalan untuk dia. 43 00:02:55,958 --> 00:02:58,000 Buruj itu mengganggu awak. 44 00:02:59,708 --> 00:03:01,375 Saya cuma nak tahu sebabnya. 45 00:03:01,458 --> 00:03:03,916 Kenapa magik awak amat berkuasa malam itu? 46 00:03:04,000 --> 00:03:05,708 Siapa orang bertopeng itu 47 00:03:05,791 --> 00:03:08,625 dan apa kaitannya dengan ayah saya? 48 00:03:09,291 --> 00:03:11,958 Apabila rantai bersinar malam itu, saya yakin 49 00:03:12,458 --> 00:03:15,750 ada sesuatu dengan Buruj Unikorn ini 50 00:03:16,250 --> 00:03:17,916 dan saya nak siasat. 51 00:03:19,250 --> 00:03:20,291 Awak tak nak? 52 00:03:35,041 --> 00:03:37,833 Kenapa kelas ini pada waktu malam? 53 00:03:37,916 --> 00:03:39,666 Saya tahu awak kurang bijak, 54 00:03:39,750 --> 00:03:44,875 tapi agak sukar untuk mengkaji bintang pada siang hari. 55 00:03:44,958 --> 00:03:48,500 Siapa kita untuk cuba memahami bintang? 56 00:03:49,375 --> 00:03:51,250 Ava, ke mana awak pergi? 57 00:03:51,958 --> 00:03:54,291 Sebenarnya cerita ini kelakar 58 00:03:55,041 --> 00:03:58,458 dan saya akan ceritakan nanti. 59 00:03:58,541 --> 00:04:01,291 Cikgu nak batalkan kelas agar kami boleh tidur? 60 00:04:01,375 --> 00:04:02,291 Tidak. 61 00:04:02,375 --> 00:04:05,500 Kami jumpa bukti ada anak kuda unikorn di kampus. 62 00:04:05,583 --> 00:04:07,125 Kamu nampak apa-apa? 63 00:04:07,208 --> 00:04:09,375 - Tidak. - Tidak. 64 00:04:09,458 --> 00:04:10,458 Soalan rawak. 65 00:04:10,541 --> 00:04:14,166 Apa yang teruk sangat tentang bayi unikorn? 66 00:04:14,250 --> 00:04:17,416 Magik mereka agak merbahaya pada awal minggu mereka. 67 00:04:17,500 --> 00:04:19,375 Kami tak mahu sesiapa cedera. 68 00:04:19,458 --> 00:04:24,166 Ya. Interaksi dengan mereka sangat berbahaya dan dilarang. 69 00:04:24,250 --> 00:04:27,375 Jangan risau. Kalau kami nampak, kami akan maklumkan. 70 00:04:27,458 --> 00:04:28,625 Terima kasih, Val. 71 00:04:28,708 --> 00:04:32,458 Setiap kali ada masalah, penghuni Nilam terlibat. 72 00:04:32,541 --> 00:04:35,250 Perhatikan rakan dorm kamu, Valentina. 73 00:04:35,333 --> 00:04:36,583 Sudah tentu, mak cik. 74 00:04:36,666 --> 00:04:38,458 "Sudah tentu, mak cik." 75 00:04:41,333 --> 00:04:43,583 Cik Primrose, boleh kita berbual? 76 00:04:43,666 --> 00:04:44,916 Boleh, sayang. 77 00:04:45,000 --> 00:04:47,500 Ada kejadian pelik semasa perkhemahan itu. 78 00:04:47,583 --> 00:04:50,416 Saya dan Ava nampak seseorang, 79 00:04:50,500 --> 00:04:51,583 di dalam hutan 80 00:04:51,666 --> 00:04:54,083 dan dia mahu ambil bintang yang jatuh. 81 00:04:54,708 --> 00:04:57,041 - Mungkin rakan sekelas kamu? - Tidak. 82 00:04:57,125 --> 00:04:59,750 Waktu itu tengah malam, orang itu bertopeng. 83 00:04:59,833 --> 00:05:03,041 Dia guna magik dan tiba-tiba hilang. 84 00:05:03,125 --> 00:05:06,208 - Saya rasa cikgu patut tahu. - Terima kasih, Sophia. 85 00:05:06,291 --> 00:05:11,041 Bunyinya memang pelik. Tapi saya tak mahu kamu risau. 86 00:05:11,125 --> 00:05:14,750 Saya akan siasat sendiri. Pergilah masuk kelas. 87 00:05:17,916 --> 00:05:20,125 Apabila mahir mencari arah, 88 00:05:20,208 --> 00:05:25,333 kamu boleh gunakan kemahiran itu untuk mengemudi di mana-mana saja. 89 00:05:25,416 --> 00:05:27,541 Memang sangat menarik. 90 00:05:30,125 --> 00:05:31,500 Saya ulang, 91 00:05:31,583 --> 00:05:33,750 mencari arah sangat menarik. 92 00:05:33,833 --> 00:05:34,875 Ya, Sophia? 93 00:05:34,958 --> 00:05:36,333 Saya tertanya-tanya, 94 00:05:36,416 --> 00:05:40,041 memandangkan kami bertuah kerana ini Tahun Unikorn, 95 00:05:40,125 --> 00:05:42,458 boleh ceritakan lagi tentang buruj itu? 96 00:05:42,541 --> 00:05:45,666 Topik itu tiada dalam pelajaran kamu. 97 00:05:45,750 --> 00:05:50,625 Mungkin kami patut belajar subjek yang bantu kami tamat belajar? 98 00:05:50,708 --> 00:05:52,750 Tapi siapa yang boleh menolak? 99 00:05:54,625 --> 00:05:58,750 Kamu bertuah berada di sini pada waktu yang tepat. 100 00:06:01,708 --> 00:06:06,500 Buruj Unikorn hanya muncul setiap lima tahun 101 00:06:06,583 --> 00:06:10,250 dan bahagian ini sungguh memukau sfera cakerawala. 102 00:06:10,875 --> 00:06:12,875 - Apa? - Bintangnya cantik. 103 00:06:13,666 --> 00:06:15,625 Dalam beberapa minggu, 104 00:06:15,708 --> 00:06:16,958 bintang akan gugur, 105 00:06:17,041 --> 00:06:19,583 membawa magik dan tenaga baru ke pulau ini. 106 00:06:19,666 --> 00:06:21,958 Saya yakin awak perasan, Sophia. 107 00:06:22,041 --> 00:06:22,916 Apa maksudnya? 108 00:06:23,000 --> 00:06:25,125 Wildstar ada magik cahaya, bukan? 109 00:06:25,208 --> 00:06:29,583 Unikorn dengan magik cahaya ada hubungan istimewa dengan bintang. 110 00:06:29,666 --> 00:06:33,666 Saya nak tahu cara dia guna bintang untuk ubah Ravenzella jadi batu. 111 00:06:33,750 --> 00:06:36,541 Sebab itukah kuasanya makin kuat? 112 00:06:36,625 --> 00:06:38,166 Tak syak lagi 113 00:06:38,250 --> 00:06:41,250 dan salah satu bintang mahkota dah jatuh. 114 00:06:41,333 --> 00:06:43,416 Tiga bintang ini, dua sekarang, 115 00:06:43,500 --> 00:06:46,625 mempunyai kuasa magik yang kuat. 116 00:06:46,708 --> 00:06:48,958 Sekuat mana? Apa kuasanya? 117 00:06:49,041 --> 00:06:53,166 Saya boleh teruskan sepanjang malam, 118 00:06:53,250 --> 00:06:55,750 tapi kita perlu kembali kepada pelajaran. 119 00:06:56,916 --> 00:06:59,333 Sekarang, tengok peta bintang. 120 00:07:05,875 --> 00:07:08,375 Kenapa dah pagi? 121 00:07:09,416 --> 00:07:12,458 Sebenarnya, hari sudah pagi ketika kita masuk tidur. 122 00:07:12,541 --> 00:07:15,458 Tentu awak pun penat. Awak macam tak senang duduk. 123 00:07:15,541 --> 00:07:17,083 Ya, tentang itu. 124 00:07:18,166 --> 00:07:20,791 Saya nak beritahu awak sesuatu. 125 00:07:21,375 --> 00:07:22,291 Alamak! 126 00:07:29,333 --> 00:07:30,500 Apa… 127 00:07:34,041 --> 00:07:36,916 Saya harap itu bukan anak kuda tempoh hari. 128 00:07:37,000 --> 00:07:38,791 Jangan marah saya tapi… 129 00:07:38,875 --> 00:07:41,541 - Alasan yang teruk. - Aduhai. 130 00:07:41,625 --> 00:07:43,875 Saya akan marah sesiapa saja. 131 00:07:43,958 --> 00:07:46,208 Awak tahu cikgu mencari benda ini. 132 00:07:46,291 --> 00:07:49,416 Saya seorang sahaja yang takut dibuang sekolah? 133 00:07:49,500 --> 00:07:51,958 Apa saya patut buat? Dia ikut kita balik. 134 00:07:52,041 --> 00:07:54,541 Ya, awak boleh bawa dia keluar. 135 00:07:54,625 --> 00:07:57,875 Tapi dia tiada keluarga dan keseorangan. 136 00:07:57,958 --> 00:08:00,541 Sebab itulah dia sepatutnya berada di hutan. 137 00:08:00,625 --> 00:08:01,958 Untuk mencari kawanan. 138 00:08:02,041 --> 00:08:04,583 Okey, tapi saya tak boleh lepaskan dia lagi 139 00:08:04,666 --> 00:08:09,208 sebab kita kena adakan majlis untuk meraikannya. 140 00:08:09,291 --> 00:08:10,208 Apa? 141 00:08:10,291 --> 00:08:13,750 Ya, dia baru lahir dan sebagai keluarganya, 142 00:08:13,833 --> 00:08:17,000 kita perlu sambut dia ke dunia ini. Aduh! 143 00:08:17,083 --> 00:08:20,041 Tak kira ke mana dia pergi sepanjang hayatnya, 144 00:08:20,125 --> 00:08:23,166 dia tahu dia disayangi. 145 00:08:24,125 --> 00:08:25,958 Kemudian awak lepaskan dia? 146 00:08:26,041 --> 00:08:28,041 Ya. Sudah tentu. 147 00:08:28,125 --> 00:08:29,291 Masa berparti. 148 00:08:31,041 --> 00:08:31,875 Ya! 149 00:08:33,208 --> 00:08:36,583 Maafkan saya. Bayi ini pelarian. 150 00:08:36,666 --> 00:08:40,583 Macam mana kalau mak cik saya tahu? Awak tahu kesannya pada saya? 151 00:08:40,666 --> 00:08:44,916 Dia takkan tahu sebab awak takkan beritahu, bukan? 152 00:08:47,916 --> 00:08:49,958 Baiklah. Selesaikan cepat. 153 00:08:51,625 --> 00:08:54,250 Kecomelan awak lembutkan hati Val. 154 00:08:54,333 --> 00:08:58,250 Saya panggil awak Ember. Atau awak sejukkan hati Val yang membara? 155 00:08:58,333 --> 00:09:00,583 Mungkin saya gelar awak Frostbite? 156 00:09:00,666 --> 00:09:02,583 Okey, kalau nak buat parti, 157 00:09:02,666 --> 00:09:05,791 kita perlukan bunga, snek, muzik dan… 158 00:09:05,875 --> 00:09:06,791 Bayi itu? 159 00:09:06,875 --> 00:09:09,291 Kita gantung hiasan di kandang… 160 00:09:09,375 --> 00:09:10,291 Tunggu. 161 00:09:22,083 --> 00:09:24,000 Slipper! Mari sini! 162 00:09:24,083 --> 00:09:26,166 Comel, bukan? Dia asyik menghilang. 163 00:09:26,250 --> 00:09:28,333 - Nanti saya uji. - Itu dia! 164 00:09:31,375 --> 00:09:33,208 Baiki cepat. 165 00:09:40,250 --> 00:09:42,125 Mari kita pergi sebelum… 166 00:09:43,291 --> 00:09:44,125 Alamak. 167 00:09:54,375 --> 00:09:56,041 Selamat pagi, para pelajar. 168 00:09:56,125 --> 00:09:58,625 Kamu nampak pelik. 169 00:09:58,708 --> 00:10:00,125 Faktor usia. 170 00:10:00,625 --> 00:10:03,916 Pelik. Apa itu? 171 00:10:04,000 --> 00:10:06,375 Cuma projek seni kelas. 172 00:10:06,458 --> 00:10:11,583 Ini interpretasi abstrak Pertempuran Smithers. 173 00:10:11,666 --> 00:10:13,625 Saya yakin awak dah tahu. 174 00:10:13,708 --> 00:10:14,916 Sudah tentu. 175 00:10:15,708 --> 00:10:18,250 Saya berada di sini sebelum kamu lahir. 176 00:10:18,333 --> 00:10:21,625 Saya tahu tentang Pertempuran Smithers. 177 00:10:22,708 --> 00:10:23,958 Selamat tinggal! 178 00:10:25,583 --> 00:10:28,125 Cepat bawa dia ke dorm sebelum orang lain 179 00:10:28,208 --> 00:10:30,166 mempersoalkan projek seni kita. 180 00:10:42,791 --> 00:10:46,166 Kita boleh berparti di sini. Ayuh. Masa untuk menghias. 181 00:10:47,208 --> 00:10:48,041 Bertenang. 182 00:10:49,041 --> 00:10:49,875 Wah! 183 00:10:54,625 --> 00:10:57,583 Saya harap parti mengarut ini cepat berakhir. 184 00:10:57,666 --> 00:10:59,500 Tidak. Ini hari bertuah awak. 185 00:10:59,583 --> 00:11:01,083 Keseronokan baru bermula. 186 00:11:01,583 --> 00:11:03,916 Saya akan tangkap awak, Nukey. 187 00:11:05,583 --> 00:11:08,583 Tornado? Sparky? Dale? 188 00:11:11,166 --> 00:11:13,458 Hei, awak boleh sertai kami. 189 00:11:27,291 --> 00:11:30,291 Okey, mungkin beberapa minit. 190 00:11:32,208 --> 00:11:33,250 Ba cak. 191 00:11:59,875 --> 00:12:00,916 Hore! 192 00:12:13,750 --> 00:12:14,666 Saya tak faham. 193 00:12:14,750 --> 00:12:18,166 Jika Buruj Unikorn membawa magik seperti ini ke pulau ini, 194 00:12:18,250 --> 00:12:20,333 kenapa Wildstar susah hati? 195 00:12:20,416 --> 00:12:21,583 Wildstar dah besar. 196 00:12:21,666 --> 00:12:24,666 Mungkin dia tak suka unikorn muda yang lebih comel. 197 00:12:24,750 --> 00:12:25,708 Lebih comel? 198 00:12:26,250 --> 00:12:28,916 Lebih comel? Isabel, sampai hati awak? 199 00:12:29,000 --> 00:12:31,416 Tentu ada sesuatu tentang Buruj Unikorn 200 00:12:31,500 --> 00:12:32,625 yang kita tak tahu. 201 00:12:32,708 --> 00:12:34,583 Saya tak suka teori konspirasi, 202 00:12:34,666 --> 00:12:38,208 tapi nampaknya Encik Tansy tak mahu membocorkan rahsia. 203 00:12:38,708 --> 00:12:40,208 Saya rasa dia tahu. 204 00:12:40,291 --> 00:12:42,291 Ya. Dia nampak gelisah. 205 00:12:42,791 --> 00:12:44,416 Saya akan cuba lagi. 206 00:12:44,500 --> 00:12:47,041 Saya takkan biar dia tukar topik. 207 00:12:47,125 --> 00:12:50,375 Ya, Sophia. Matanya sama macam saya, bukan? 208 00:12:59,541 --> 00:13:00,500 Encik Tansy? 209 00:13:02,541 --> 00:13:04,250 Wah. Maaf. 210 00:13:04,333 --> 00:13:08,000 Tak mengapa. Ada yang boleh saya bantu? 211 00:13:08,083 --> 00:13:10,416 Atau saya lupa saya ada kelas? 212 00:13:10,500 --> 00:13:11,375 Lagi? 213 00:13:11,458 --> 00:13:14,375 Tak, saya nak tanya soalan astronomi. 214 00:13:14,458 --> 00:13:16,958 Kamu peminat galaksi? 215 00:13:17,041 --> 00:13:19,250 Kalau kamu minat subjek ini, 216 00:13:19,333 --> 00:13:22,291 saya akan beri kerja rumah tambahan. 217 00:13:22,958 --> 00:13:24,000 Tak mengapa. 218 00:13:24,083 --> 00:13:27,708 Saya nak berbual tentang Buruj Unikorn. 219 00:13:27,791 --> 00:13:30,708 Aduhai, saya risau ini akan berlaku. 220 00:13:30,791 --> 00:13:31,833 Apa akan berlaku? 221 00:13:31,916 --> 00:13:34,958 Kamu bukan Mendoza pertama bertanya tentang bintang. 222 00:13:35,041 --> 00:13:37,291 Apa? Maksud cikgu, ayah saya? 223 00:13:37,375 --> 00:13:38,833 Miles. Ya. 224 00:13:38,916 --> 00:13:40,625 Mungkin kamu tak tahu, 225 00:13:40,708 --> 00:13:44,083 saya lindungi pulau ini bersama ayah kamu. 226 00:13:44,166 --> 00:13:48,458 Penunggang unikorn dipanggil semula untuk jaga akademi daripada Grimoria. 227 00:13:48,541 --> 00:13:50,833 Ayah kamu rasa jawapan ada di bintang. 228 00:13:50,916 --> 00:13:53,708 Dia hilang lima tahun lalu. 229 00:13:54,208 --> 00:13:56,375 Itu Tahun Unikorn terakhir. 230 00:13:56,458 --> 00:13:59,000 Ya. Dia tahu kuasa bintang mahkota. 231 00:13:59,083 --> 00:14:00,333 Dia pergi mencarinya. 232 00:14:00,416 --> 00:14:03,125 - Kenapa? Apa dia nak buat? - Saya tak tahu. 233 00:14:03,208 --> 00:14:08,041 Nampaknya Miles banyak berahsia. Kemudian dia hilang. 234 00:14:08,125 --> 00:14:11,875 Okey. Cikgu cakap bintang itu ada magik istimewa, bukan? 235 00:14:11,958 --> 00:14:14,541 Mungkin dia fikir Wildstar boleh gunakannya? 236 00:14:14,625 --> 00:14:17,875 Cik Primrose larang saya beritahu pelajar. 237 00:14:17,958 --> 00:14:21,916 Alamak, Tansy. Awak terlalu teruja. 238 00:14:22,000 --> 00:14:24,208 Ayah saya jumpa bintang itu? 239 00:14:24,291 --> 00:14:25,458 Saya tak pasti. 240 00:14:25,541 --> 00:14:27,958 Tapi Sophia, kalau dia jumpa… 241 00:14:28,041 --> 00:14:30,583 Memang bintang mahkota merbahaya. 242 00:14:30,666 --> 00:14:32,833 Awak mesti menjauhinya. 243 00:14:32,916 --> 00:14:35,791 Baiklah. Terima kasih, Encik Tansy. 244 00:14:38,208 --> 00:14:40,083 Kenapa tak halang saya? 245 00:14:45,750 --> 00:14:46,666 Dah agak! 246 00:14:46,750 --> 00:14:49,375 Ada rahsia tentang Buruj Unikorn. 247 00:14:49,458 --> 00:14:51,875 Ayah saya cari bintang mahkota. 248 00:14:51,958 --> 00:14:54,625 Mungkin itu caranya dia buat Grimoria hilang. 249 00:14:54,708 --> 00:14:58,291 Kemudian, kehilangan ayah saya pun ada kaitan dengannya. 250 00:14:58,375 --> 00:15:01,166 Encik Tansy kata dia tak tahu apa yang berlaku, 251 00:15:01,250 --> 00:15:03,666 tapi awak tahu, bukan? 252 00:15:08,583 --> 00:15:10,416 Wildstar, tak apa. 253 00:15:10,500 --> 00:15:13,333 Jangan sedih atau marah tentang bintang itu. 254 00:15:13,416 --> 00:15:16,333 Apa pun yang berlaku dulu, ayah saya masih hidup. 255 00:15:16,416 --> 00:15:18,791 Mungkin jika kita jumpa bintang mahkota, 256 00:15:18,875 --> 00:15:22,083 kita boleh guna kuasanya untuk bawa dia pulang. 257 00:15:23,500 --> 00:15:24,333 Rantai saya. 258 00:15:25,333 --> 00:15:27,333 Ayah beri saya rantai ini. 259 00:15:27,416 --> 00:15:29,625 Ini petanda daripada dia! Saya yakin! 260 00:15:30,875 --> 00:15:34,666 Dia mahu kita cari bintang itu. Ayah akan kembali. 261 00:15:37,333 --> 00:15:39,666 Saya sangka itu berita baik. 262 00:15:45,000 --> 00:15:47,875 Pemusnah. Perosak. Pematah Tulang. Pembuat Kacau. 263 00:15:47,958 --> 00:15:49,375 Sudahlah. 264 00:15:49,458 --> 00:15:51,958 Kita… Maksud saya, awak akan terikat. 265 00:15:52,750 --> 00:15:56,708 Hei, nak main teka-teka? Okey, satu perkataan. 266 00:15:58,375 --> 00:15:59,375 Bencana? 267 00:16:02,416 --> 00:16:03,458 Wildstar? 268 00:16:03,541 --> 00:16:05,541 Wildstar, di mana awak? 269 00:16:26,583 --> 00:16:30,500 Dorm Nilam. Kenapa saya tak terkejut? 270 00:16:33,000 --> 00:16:34,000 Ava. 271 00:16:41,958 --> 00:16:43,083 Okey, cukup. 272 00:16:43,166 --> 00:16:45,958 Kita dah berseronok, kita kena lepaskan dia. 273 00:16:46,041 --> 00:16:47,000 Tak, tunggu. 274 00:16:47,083 --> 00:16:50,208 Dia agak nakal, tapi kita tak boleh tinggalkan dia. 275 00:16:50,291 --> 00:16:52,125 Kita keluarga dia sekarang. 276 00:16:52,208 --> 00:16:54,833 Ava, awak janji nak lepaskan dia. 277 00:16:54,916 --> 00:16:56,208 Dia unikorn liar. 278 00:16:56,291 --> 00:16:58,666 Dia tinggal di hutan. 279 00:16:58,750 --> 00:17:02,000 Sebaliknya, dia sangat comel. 280 00:17:04,583 --> 00:17:06,208 Sophia, apa Encik Tansy… 281 00:17:06,291 --> 00:17:08,166 Nanti! Cik Furi datang! 282 00:17:11,250 --> 00:17:13,791 Sebenarnya, dia ada di sini. 283 00:17:20,166 --> 00:17:21,375 Helo, Cik Furi. 284 00:17:22,708 --> 00:17:24,916 Meraikan, bukan? 285 00:17:25,000 --> 00:17:26,166 Ya… 286 00:17:26,250 --> 00:17:28,375 Ini parti Tahun Unikorn. 287 00:17:28,458 --> 00:17:30,208 Parti Tahun Unikorn! 288 00:17:37,291 --> 00:17:38,500 Saya dah agak. 289 00:17:41,375 --> 00:17:43,333 Helo. Kami cuma belajar. 290 00:17:43,416 --> 00:17:45,666 Kami ambil berat hal sekolah. 291 00:17:51,666 --> 00:17:52,500 Boleh tolong? 292 00:17:52,583 --> 00:17:53,791 Lupakan saja. 293 00:17:53,875 --> 00:17:56,125 Saya tak nak bersubahat. Buat sendiri. 294 00:18:04,916 --> 00:18:06,958 Ke mana semua orang pergi? 295 00:18:07,041 --> 00:18:08,416 Bilik air. 296 00:18:08,500 --> 00:18:10,083 Mungkin lama lagi. 297 00:18:10,166 --> 00:18:11,250 Hari Burito. 298 00:18:11,333 --> 00:18:13,125 Pergilah periksa sebab… 299 00:18:13,208 --> 00:18:16,416 Saya tahu kamu sembunyikan anak kuda. 300 00:18:17,291 --> 00:18:19,291 Saya akan cari. 301 00:18:28,875 --> 00:18:30,041 Dia dah pergi? 302 00:18:30,125 --> 00:18:32,250 Ya, tapi Cik Furi takkan putus asa. 303 00:18:32,333 --> 00:18:34,875 Kita kena hantar kuda ini ke hutan segera. 304 00:18:36,125 --> 00:18:37,333 Tak apa, si comel. 305 00:18:37,416 --> 00:18:39,125 Awak akan selamat. 306 00:18:39,208 --> 00:18:41,166 Kami juga. Mudah-mudahan. 307 00:18:48,750 --> 00:18:50,250 Alamak! 308 00:18:50,333 --> 00:18:52,375 Pintu gerbang ajaib! 309 00:19:21,083 --> 00:19:23,791 Kita kena bertahan. 310 00:19:46,291 --> 00:19:47,666 Terima kasih, Wildstar. 311 00:19:47,750 --> 00:19:50,041 Awak sentiasa bersama saya. 312 00:19:50,125 --> 00:19:51,041 Betul tak? 313 00:20:10,375 --> 00:20:12,750 Saya tahu kamu ada di sini, Dorm Nilam! 314 00:20:17,583 --> 00:20:20,416 Jangan datang sini. 315 00:20:21,666 --> 00:20:23,125 Kamu takkan terlepas. 316 00:20:23,208 --> 00:20:24,041 Mak cik? 317 00:20:24,125 --> 00:20:27,208 Boleh saya dapatkan bimbingan peribadi? 318 00:20:27,291 --> 00:20:28,500 Sekarang, Valentina? 319 00:20:28,583 --> 00:20:29,625 Ya. 320 00:20:29,708 --> 00:20:32,250 Saya nak sedia untuk ujian akhir. 321 00:20:32,333 --> 00:20:34,625 Ada seseorang di dorm kami sudah sedar. 322 00:20:34,708 --> 00:20:37,041 Bagus, tapi ini bukan masanya. 323 00:20:37,125 --> 00:20:38,708 Ya, anak kuda nakal itu. 324 00:20:40,291 --> 00:20:42,583 Saya nampak di perpustakaan. 325 00:20:42,666 --> 00:20:43,916 Cepat, Ghost! 326 00:20:56,500 --> 00:20:59,708 Kami sayang awak, tapi awak akan lebih gembira di sini, 327 00:20:59,791 --> 00:21:02,458 awak boleh membesar menjadi unikorn yang kuat. 328 00:21:06,125 --> 00:21:07,291 Masih berbaloi. 329 00:21:15,958 --> 00:21:17,416 Kami akan rindukan awak! 330 00:21:22,833 --> 00:21:25,041 Bagaimana dengan Starjoy? 331 00:21:25,125 --> 00:21:27,375 Saya nak sebut Rory Kecil, tapi okey. 332 00:21:27,458 --> 00:21:28,666 Jumpa lagi, Starjoy! 333 00:21:33,375 --> 00:21:34,875 Awak akan okey, Av? 334 00:21:34,958 --> 00:21:37,666 Ya, dan dia juga. 335 00:21:37,750 --> 00:21:41,833 Mungkin dia belum ada keluarga, dia akan jumpa macam saya jumpa kamu. 336 00:21:41,916 --> 00:21:43,666 Saya minta diri dulu. 337 00:21:43,750 --> 00:21:45,333 Nikmati pesta emosi ini. 338 00:21:45,416 --> 00:21:48,708 Terima kasih sekali lagi kerana membazir masa saya. 339 00:21:49,208 --> 00:21:51,916 Terima kasih. Awak selamatkan kami. 340 00:21:52,000 --> 00:21:54,625 Saya cuma selamatkan diri saya. 341 00:22:00,458 --> 00:22:01,583 Syabas, Ava. 342 00:22:01,666 --> 00:22:02,958 Terima kasih, kawan. 343 00:22:03,458 --> 00:22:04,791 Hei, dengar sini. 344 00:22:04,875 --> 00:22:06,625 Awak kena tolong saya. 345 00:22:06,708 --> 00:22:08,875 Ini tentang bintang mahkota. 346 00:22:27,791 --> 00:22:30,041 Ikut kata hati kita 347 00:22:30,125 --> 00:22:32,125 Ke bintang kejora 348 00:22:32,208 --> 00:22:33,916 Ikatan ini membuktikan 349 00:22:34,000 --> 00:22:36,708 Keajaiban persahabatan 350 00:22:36,791 --> 00:22:41,375 - Ikutlah kata hati kita - Ikut kata hati kita 351 00:22:41,458 --> 00:22:42,958 Ke bintang kejora 352 00:22:43,041 --> 00:22:45,458 Keajaiban persahabatan 353 00:22:45,541 --> 00:22:47,833 Ikutlah kata hati kita 354 00:22:51,750 --> 00:22:53,916 Terjemahan sari kata oleh GG