1 00:00:16,243 --> 00:00:17,923 Pada zaman dahulu, 2 00:00:18,523 --> 00:00:21,003 wanita memerintah dengan kuasa tiada tandingan 3 00:00:21,483 --> 00:00:26,043 sebagai pahlawan, ratu, ibu kepada bangsa. 4 00:00:27,403 --> 00:00:28,883 Mereka tak tunduk kepada sesiapa. 5 00:00:30,163 --> 00:00:34,163 Tindakan mereka bergema tanpa rasa kesal sepanjang sejarah. 6 00:00:35,443 --> 00:00:38,403 Tiada yang lebih ikonik 7 00:00:38,403 --> 00:00:39,963 daripada Cleopatra. 8 00:00:40,603 --> 00:00:42,443 Penggoda atau pakar strategi? 9 00:00:43,083 --> 00:00:44,843 Rakan subahat atau pengingkar? 10 00:00:46,163 --> 00:00:48,163 Legendanya diceritakan selama ribuan tahun. 11 00:00:49,963 --> 00:00:52,923 Tapi tak ramai kenal orang yang sebenar. Kebenarannya. 12 00:00:52,923 --> 00:00:54,363 Beta Isis! 13 00:00:54,363 --> 00:00:55,723 Betalah Dewi! 14 00:00:57,683 --> 00:01:02,523 Dipuja dan ditakuti oleh Mesir, dipikat dan dicerca oleh Rom, 15 00:01:03,203 --> 00:01:07,043 pemimpin dengan kuasa tak dapat dinafikan dan tiada siapa boleh abaikan. 16 00:01:07,043 --> 00:01:08,603 Beta sanggup mati demi Mesir. 17 00:01:09,523 --> 00:01:10,723 Kamu sanggup mati untuk apa? 18 00:01:11,883 --> 00:01:13,923 Dia amat mencintai, berlawan dengan berani 19 00:01:14,683 --> 00:01:16,283 dan mengakali pesaingnya. 20 00:01:17,003 --> 00:01:20,323 Cleopatra berjalan melalui ribut pasir sejarah dan meninggalkan 21 00:01:20,323 --> 00:01:24,883 kesan yang amat dalam sehingga tiada siapa boleh memadamnya. 22 00:01:49,563 --> 00:01:53,243 Nenek saya ialah inspirasi saya. 23 00:01:54,563 --> 00:01:57,443 Saya akan balik dan beritahunya tentang apa yang saya pelajari. 24 00:01:57,923 --> 00:01:59,723 {\an8}"Kami belajar tentang Yunani 25 00:01:59,723 --> 00:02:01,523 {\an8}dan kami belajar tentang Rom. 26 00:02:01,523 --> 00:02:04,883 {\an8}Tadi, kami belajar tentang Cleopatra." 27 00:02:04,883 --> 00:02:09,283 Saya masih ingat dengan jelas, dia berkata kepada saya, 28 00:02:09,283 --> 00:02:12,363 "Shelley, nenek tak kisah apa mereka ajar di sekolah. 29 00:02:12,843 --> 00:02:14,643 Cleopatra berkulit Hitam." 30 00:02:16,403 --> 00:02:19,683 PERPUSTAKAAN AGUNG ISKANDARIAH 51 SEBELUM MASIHI 31 00:02:24,163 --> 00:02:26,123 Sejak tahun 323 Sebelum Masihi, 32 00:02:26,123 --> 00:02:30,563 sebuah keluarga berasal dari Macedonia, keluarga Ptolemy, 33 00:02:30,563 --> 00:02:32,323 telah memerintah Mesir, 34 00:02:32,323 --> 00:02:34,963 tapi kini, pertukaran kuasa secara tiba-tiba 35 00:02:34,963 --> 00:02:38,923 mengubah kehidupan seorang gadis remaja selamanya. 36 00:02:40,283 --> 00:02:45,043 Cleopatra ialah seorang cendekiawan. 37 00:02:45,723 --> 00:02:47,083 Dia seorang saintis. 38 00:02:47,603 --> 00:02:48,963 Dia seorang ahli bahasa. 39 00:02:48,963 --> 00:02:51,083 Semua itu penting baginya, 40 00:02:51,083 --> 00:02:54,643 mungkin lebih daripada politik. 41 00:02:57,963 --> 00:03:01,883 Perpustakaan Iskandariah penting bagi Cleopatra 42 00:03:01,883 --> 00:03:03,603 kerana dia terpelajar. 43 00:03:03,603 --> 00:03:05,603 Dia belajar bahasa Mesir. 44 00:03:05,603 --> 00:03:08,723 {\an8}Orang Ptolemy sebelumnya 45 00:03:08,723 --> 00:03:12,043 {\an8}tak nampak nilai mempelajari bahasa itu. 46 00:03:12,043 --> 00:03:13,803 {\an8}Apabila dia ke perpustakaan semasa kecil, 47 00:03:13,803 --> 00:03:18,403 {\an8}dia akan membaca tentang ratu Mesir wanita. 48 00:03:18,403 --> 00:03:21,363 Itu buatnya bercita-cita menjadi ratu. 49 00:03:32,683 --> 00:03:33,643 Beta belum habis lagi. 50 00:03:34,603 --> 00:03:35,563 Tiba masanya. 51 00:03:50,003 --> 00:03:53,403 Ia saat yang pahit manis. 52 00:03:54,323 --> 00:03:56,203 Sama seperti mana-mana raja. 53 00:03:56,963 --> 00:04:01,363 Untuk memerintah, ibu bapa mereka mesti mati. 54 00:04:25,963 --> 00:04:28,523 Sudah-sudahlah menangis. 55 00:04:39,523 --> 00:04:40,843 Semuanya dah sedia? 56 00:04:41,323 --> 00:04:42,523 Ya, ayahanda. 57 00:04:45,403 --> 00:04:51,123 Keluarga Ptolemy berkuasa sejak 323 Sebelum Masihi. 58 00:04:51,803 --> 00:04:53,923 Jadi kini, kita bercakap 59 00:04:54,803 --> 00:04:56,843 tentang 200 tahun kemudian. 60 00:04:58,403 --> 00:04:59,403 Kamu di mana? 61 00:05:00,763 --> 00:05:04,523 {\an8}Keluarga Cleopatra menjadi pemerintah Mesir 62 00:05:04,523 --> 00:05:09,683 {\an8}kerana Ptolemy pertama ialah Jeneral Alexander Agung 63 00:05:09,683 --> 00:05:13,763 yang menakluk Mesir dan mengusir dinasti Parsi. 64 00:05:14,683 --> 00:05:17,883 Keluarga Ptolemy tak berhati perut. 65 00:05:17,883 --> 00:05:19,643 Mereka tak mesra. 66 00:05:23,123 --> 00:05:25,883 Ayahanda tak percayakan mereka. 67 00:05:26,363 --> 00:05:27,603 Izinkan patik bercakap. 68 00:05:27,603 --> 00:05:29,443 Pergi! Pergilah! 69 00:05:35,883 --> 00:05:37,363 Berwaspadalah. 70 00:05:39,443 --> 00:05:43,163 Mereka akan hapuskan semua yang ayahanda buat. 71 00:05:44,363 --> 00:05:49,243 Cleopatra bukan anak perempuan sulung Ptolemy XII. 72 00:05:49,723 --> 00:05:53,723 Malah, kakaknya telah dihukum mati. 73 00:05:53,723 --> 00:05:56,523 Kerana dia berani merampas takhta. 74 00:05:57,163 --> 00:06:00,723 Namun begitu, Cleopatra anak kesayangannya. 75 00:06:01,203 --> 00:06:04,243 Dalam wasiatnya, dia mahu Cleopatra 76 00:06:04,243 --> 00:06:07,603 memerintah bersama adiknya, Ptolemy XIII. 77 00:06:08,523 --> 00:06:10,803 Legasi kita selamat dengan saya. 78 00:06:15,523 --> 00:06:16,923 Apabila memandang kamu, 79 00:06:18,603 --> 00:06:19,843 ayahanda nampak diri ayahanda. 80 00:06:33,483 --> 00:06:38,363 Cleopatra berusia 17 atau 18 tahun semasa ayahnya mangkat. 81 00:06:39,323 --> 00:06:41,283 Jadi selepas kemangkatannya, 82 00:06:41,283 --> 00:06:44,963 Cleopatra kini berdepan dengan krisis. 83 00:06:52,963 --> 00:06:55,403 Dia ada tiga orang adik-beradik. 84 00:06:55,403 --> 00:06:57,083 Dua adik lelaki bernama Ptolemy 85 00:06:57,603 --> 00:06:59,763 dan adik perempuan bernama Arsinoe. 86 00:07:01,843 --> 00:07:07,603 Cleopatra ada sebab untuk takut akan kemampuan adik-beradiknya 87 00:07:08,963 --> 00:07:11,763 walaupun mereka lebih muda daripadanya. 88 00:07:11,763 --> 00:07:14,043 Ayahanda beta telah mangkat. 89 00:07:18,443 --> 00:07:21,563 Jelas sekali, patik akan uruskan semuanya, tuanku. Patik... 90 00:07:23,843 --> 00:07:25,643 Mulai sekarang, kita buat dengan cara berbeza. 91 00:07:30,563 --> 00:07:32,763 Apa maksudnya? 92 00:07:32,763 --> 00:07:37,363 Adik Cleopatra amat terkesan dengan sida-sida, Pothinus, 93 00:07:37,363 --> 00:07:39,283 yang membesarkannya. 94 00:07:39,283 --> 00:07:42,683 Arsinoe juga mempunyai sida-sida yang membesarkannya. 95 00:07:42,683 --> 00:07:46,763 Jadi banyak keputusan yang dibuat oleh adik-beradik Cleopatra 96 00:07:46,763 --> 00:07:48,883 tak semestinya keputusan mereka sendiri. 97 00:07:48,883 --> 00:07:50,843 Kita mungkin sayang adik-beradik, 98 00:07:51,323 --> 00:07:54,443 tapi kita juga faham mereka akan tikam dari belakang. 99 00:07:54,443 --> 00:07:59,603 Saya rasa itulah hubungannya dengan Arsinoe. 100 00:07:59,603 --> 00:08:02,723 Dinasti Ptolemy mempunyai sejarah yang panjang 101 00:08:02,723 --> 00:08:05,403 {\an8}tentang mereka bergaduh sesama sendiri, 102 00:08:05,403 --> 00:08:09,043 {\an8}mengusir dan membunuh adik-beradik. 103 00:08:09,043 --> 00:08:12,243 {\an8}Membesar sebagai seorang Ptolemy bermakna 104 00:08:12,243 --> 00:08:15,003 {\an8}sentiasa terlibat dalam perang keluarga. 105 00:08:15,003 --> 00:08:18,803 Mahu membunuh satu sama lain dan berharap takkan dibunuh. 106 00:08:18,803 --> 00:08:22,763 Ia umpama Game of Thrones. 107 00:08:24,003 --> 00:08:27,043 MESIR 108 00:08:27,603 --> 00:08:29,363 {\an8}Upacara pertabalan di Memphis 109 00:08:29,363 --> 00:08:33,083 {\an8}pasti menarik perhatian pentadbir dan pendeta tertinggi. 110 00:08:36,563 --> 00:08:41,483 Pada zaman itu, pemerintah Ptolemy menjadi sebahagian 111 00:08:41,483 --> 00:08:44,923 daripada tradisi kerajaan Mesir berusia 3,000 tahun. 112 00:08:52,083 --> 00:08:53,443 Mereka dah mula berkumpul. 113 00:08:54,243 --> 00:08:56,243 Pothinus mengalu-alukan semua orang. 114 00:08:56,723 --> 00:08:57,603 Tak mengejutkan. 115 00:08:58,443 --> 00:08:59,643 Duduk. 116 00:09:00,203 --> 00:09:01,723 Dia cuma nak membantu. 117 00:09:01,723 --> 00:09:03,363 Lebih kepada membantu diri sendiri. 118 00:09:07,363 --> 00:09:09,923 Berhati-hati. Kakanda belum selesai lagi. 119 00:09:11,563 --> 00:09:12,683 Kakanda patut jadi cendekiawan. 120 00:09:12,683 --> 00:09:14,923 Biarkan Mesir diperintah oleh si dungu? 121 00:09:15,523 --> 00:09:17,043 Jaga mulut. 122 00:09:17,963 --> 00:09:19,923 Mungkin patik boleh jadi Pothinus. 123 00:09:19,923 --> 00:09:20,963 Tidak. 124 00:09:20,963 --> 00:09:22,243 Dia menyeret kaki apabila berjalan. 125 00:09:22,243 --> 00:09:25,003 Masa untuk perkenalkan tuanku kepada rakyat. 126 00:09:25,003 --> 00:09:27,283 Mereka dah kenal. Budak itu boleh diperkenalkan. 127 00:09:28,003 --> 00:09:29,563 Patik tahu ia menjemukan. 128 00:09:30,163 --> 00:09:31,683 Tapi ia tradisi. 129 00:09:32,443 --> 00:09:34,763 Rakyat rasa selesa dengan tradisi. 130 00:09:35,723 --> 00:09:37,683 Masa untuk tradisi baharu. 131 00:09:37,683 --> 00:09:38,883 Ayuh. 132 00:09:39,523 --> 00:09:44,603 Mari selesaikan perkara menjemukan supaya boleh fokus pada perkara seronok, 133 00:09:45,283 --> 00:09:49,323 seperti kemarau dan hutang kita kepada Rom. 134 00:09:49,923 --> 00:09:53,243 Selain penasihat lelaki, 135 00:09:53,723 --> 00:09:58,003 Cleopatra juga mempunyai dua penasihat wanita, 136 00:09:58,003 --> 00:10:00,443 Charmion dan Iras. 137 00:10:00,443 --> 00:10:03,523 Mereka bersama Cleopatra sejak dia kecil 138 00:10:03,523 --> 00:10:06,483 dan selalunya para cendekiawan tak sedar 139 00:10:07,243 --> 00:10:11,363 betapa pentingnya kedua-dua wanita ini kepada Cleopatra. 140 00:10:17,003 --> 00:10:17,883 Mari mulakan. 141 00:10:25,443 --> 00:10:29,083 Malangnya bagi Cleopatra, dalam wasiat ayahnya, 142 00:10:29,083 --> 00:10:31,883 Cleopatra sepatutnya memerintah Mesir 143 00:10:31,883 --> 00:10:35,283 bersama adiknya, Ptolemy XIII. 144 00:10:35,843 --> 00:10:39,923 Pesaing boleh disingkirkan melalui pembunuhan atau boleh berkahwin. 145 00:10:39,923 --> 00:10:42,163 Itu tak bermakna mereka tak membunuh, 146 00:10:42,163 --> 00:10:44,203 tapi mereka memilih untuk berkahwin dulu. 147 00:10:46,163 --> 00:10:47,323 Sedia, adinda? 148 00:10:47,923 --> 00:10:49,683 Anak-anak Mesir, 149 00:10:50,843 --> 00:10:56,723 kita berada di sini untuk menyaksikan Thea Philopator Cleopatra 150 00:10:57,363 --> 00:11:01,083 dan Ptolemy Theos Philopator. 151 00:11:01,683 --> 00:11:04,843 Mesti ada firaun lelaki dan wanita 152 00:11:04,843 --> 00:11:10,283 kerana Isis dan Osiris dewa-dewi utama dalam agama Mesir. 153 00:11:10,883 --> 00:11:15,603 Memandangkan firaun lelaki dan wanita juga ialah dewa-dewi, 154 00:11:16,203 --> 00:11:19,243 mereka kena mencerminkan Isis dan Osiris. 155 00:11:19,723 --> 00:11:21,923 Dewa mengahwini adik-beradik lelaki dan perempuan. 156 00:11:21,923 --> 00:11:23,523 Itulah tugas dewa-dewi. 157 00:11:23,523 --> 00:11:27,403 Jadi ini dianggap tingkah laku yang betul. 158 00:11:27,403 --> 00:11:29,323 Tentulah bagi pemerintah Ptolemy 159 00:11:29,323 --> 00:11:31,323 yang mahu menyokong agama tradisional. 160 00:11:31,323 --> 00:11:33,163 Itulah caranya. 161 00:11:33,163 --> 00:11:34,843 Saya mempersembahkan... 162 00:11:35,843 --> 00:11:39,763 Osiris dan Isis lahir semula. 163 00:12:16,923 --> 00:12:21,803 Kerana adik dan suaminya, Ptolemy masih kecil, 164 00:12:21,803 --> 00:12:27,523 Cleopatra mempunyai kelebihan dari segi kedudukan strateginya. 165 00:12:29,683 --> 00:12:34,483 Tapi Ptolemy mempunyai penasihat hebat di istana. 166 00:12:34,483 --> 00:12:38,083 Penasihat utamanya ialah Pothinus. 167 00:12:40,443 --> 00:12:42,683 Pothinus mahu menjadi kuasa sebenar. 168 00:12:44,603 --> 00:12:46,563 Cleopatra menghalang. 169 00:12:51,883 --> 00:12:55,723 Apabila Cleopatra menaiki takhta, 170 00:12:55,723 --> 00:13:01,243 salah satu tindakan pertamanya adalah berziarah 171 00:13:01,243 --> 00:13:05,923 untuk mengukuhkan hubungannya dengan rakyat Mesir. 172 00:13:14,803 --> 00:13:16,123 Busuknya. 173 00:13:16,843 --> 00:13:18,763 Boleh tolong jaga kelakuan? 174 00:13:19,483 --> 00:13:21,283 Ini rakyat kita. Mereka memerhati. 175 00:13:21,283 --> 00:13:22,203 Maaf. 176 00:13:22,203 --> 00:13:23,123 Hai. 177 00:13:25,643 --> 00:13:30,163 Saya rasa keinginannya untuk belajar lebih banyak tentang orang Mesir 178 00:13:30,643 --> 00:13:35,483 adalah satu cara untuk cuba mendekatkan dirinya dengan negara. 179 00:13:40,603 --> 00:13:43,643 Ada tiga populasi utama di Mesir secara keseluruhannya. 180 00:13:43,643 --> 00:13:44,963 Tentulah penduduk asal Mesir. 181 00:13:44,963 --> 00:13:48,803 Ada orang Yunani yang datang dengan Ptolemy 182 00:13:48,803 --> 00:13:51,603 dan ramai juga orang Yahudi. 183 00:13:51,603 --> 00:13:54,243 Ketiga-tiga populasi ini saling tak menyukai, 184 00:13:54,843 --> 00:13:57,323 tapi mereka bersatu kerana mereka tak suka Rom. 185 00:13:58,323 --> 00:13:59,923 Sebahagian besarnya, 186 00:14:00,443 --> 00:14:06,883 Ptolemy memisahkan diri mereka daripada penduduk asal Mesir. 187 00:14:06,883 --> 00:14:08,883 Marilah tengok. Cantik. Lihatlah warnanya. 188 00:14:10,803 --> 00:14:12,243 Kita ada warna itu di rumah. 189 00:14:13,323 --> 00:14:17,523 Minat Cleopatra terhadap orang Mesir 190 00:14:17,523 --> 00:14:22,443 dipandang serong oleh orang seperti Pothinus, 191 00:14:22,443 --> 00:14:27,243 fikir ini cuma tindakan dungu oleh gadis dungu. 192 00:14:27,243 --> 00:14:32,003 Tapi penduduk asal melihatnya sebagai tanda kepimpinan. 193 00:14:37,643 --> 00:14:40,963 Peristiwa pertama yang direkodkan semasa pemerintahan Cleopatra 194 00:14:40,963 --> 00:14:45,723 ialah sambutan pemilihan lembu jantan Buchis baharu. 195 00:14:48,323 --> 00:14:52,003 Jelmaan Dewa Montu di bumi, 196 00:14:52,003 --> 00:14:54,883 dewa purba di Mesir. 197 00:14:58,563 --> 00:15:00,043 Ini benar-benar luar biasa 198 00:15:00,603 --> 00:15:04,163 bagi Cleopatra untuk mengembara jauh ke Mesir Hulu 199 00:15:04,643 --> 00:15:06,043 dan meraikan adat ini, 200 00:15:06,043 --> 00:15:09,803 menandakan dia mahu menjadi ratu Mesir, 201 00:15:09,803 --> 00:15:12,043 bukan sekadar ratu Ptolemy. 202 00:15:16,003 --> 00:15:21,923 Cleopatra rasa amat rapat dengan orang Mesir. 203 00:15:22,723 --> 00:15:25,203 Cleopatra belajar bahasa Mesir. 204 00:15:25,683 --> 00:15:28,083 Dia mengamalkan agama Mesir. 205 00:15:28,683 --> 00:15:31,363 Dia mahu diingati sebagai orang Mesir. 206 00:15:35,763 --> 00:15:39,163 Kita tak tahu keturunan bangsanya yang sebenar. 207 00:15:39,923 --> 00:15:43,323 Kita tak tahu identiti ibu Cleopatra. 208 00:15:44,003 --> 00:15:49,883 Banyak kajian dilakukan untuk buktikan ibunya orang Mesir, 209 00:15:49,883 --> 00:15:52,123 tapi kita tak pasti. 210 00:15:52,123 --> 00:15:54,563 Identiti nenek Cleopatra juga tak pasti. 211 00:15:55,203 --> 00:15:59,083 Ayah Cleopatra diberi nama timangan yang tak sah, 212 00:15:59,083 --> 00:16:01,443 jadi orang tahu ibunya 213 00:16:01,443 --> 00:16:04,563 mungkin seseorang yang bekerja di istana. 214 00:16:05,043 --> 00:16:06,643 Ada kemungkinan dia orang Mesir. 215 00:16:07,683 --> 00:16:11,243 Orang Mesir purba mempunyai pelbagai warna kulit berbeza 216 00:16:11,243 --> 00:16:14,203 seperti yang ditemui dalam budaya Afrika lain hari ini. 217 00:16:14,203 --> 00:16:20,283 Warna kulit terdiri daripada hitam hingga perang pucat, 218 00:16:20,803 --> 00:16:25,443 sama seperti orang Sudan Selatan 219 00:16:25,443 --> 00:16:27,603 hingga orang Mesir zaman moden. 220 00:16:28,083 --> 00:16:31,603 Memandangkan Cleopatra melambangkan dirinya sebagai orang Mesir, 221 00:16:31,603 --> 00:16:38,203 agak aneh kita mahu menggambarkannya sebagai orang Eropah sepenuhnya. 222 00:16:40,363 --> 00:16:43,563 Jika lihat gambarannya, dia nampak berbeza 223 00:16:43,563 --> 00:16:46,443 bergantung kepada siapa yang menggambarkannya. 224 00:16:46,443 --> 00:16:50,483 Jadi gambarannya berubah, persepsinya berubah. 225 00:16:50,483 --> 00:16:52,563 Jadi dia ibarat sumpah-sumpah. 226 00:16:53,203 --> 00:16:55,923 Kita membayangkan Cleopatra dan semua orang boleh 227 00:16:55,923 --> 00:16:57,723 membayangkannya dengan cara tersendiri. 228 00:16:58,483 --> 00:17:01,243 Saya membayangkannya berambut keriting seperti saya 229 00:17:01,243 --> 00:17:02,683 dan warna kulit yang sama. 230 00:17:14,683 --> 00:17:17,283 Antara cabaran yang dihadapi Cleopatra 231 00:17:17,283 --> 00:17:20,483 ketika mengambil alih kuasa selepas kemangkatan ayahnya, 232 00:17:20,483 --> 00:17:23,162 ayahnya meninggalkan hutang yang banyak. 233 00:17:23,162 --> 00:17:25,723 {\an8}Mesir negara pelanggan Rom ketika itu. 234 00:17:25,723 --> 00:17:26,642 {\an8}ROM, MESIR 235 00:17:26,642 --> 00:17:32,122 Orang Ptolemy berjuang untuk mengekalkan kemerdekaan. 236 00:17:32,122 --> 00:17:35,363 {\an8}Rom ialah kuasa memuncul. 237 00:17:35,363 --> 00:17:37,483 {\an8}Rom memahami 238 00:17:37,483 --> 00:17:42,723 bahawa Mesir adalah sumber Mediterranean. 239 00:17:42,723 --> 00:17:47,963 Tapi Mesir berada dalam situasi yang amat berbahaya. 240 00:17:47,963 --> 00:17:53,523 Sungai Nil yang perlu banjir setiap tahun untuk menghasilkan tanaman, 241 00:17:53,523 --> 00:17:57,603 tak banjir pada paras yang sama selama beberapa tahun. 242 00:17:57,603 --> 00:17:59,603 Ini bukan salah Cleopatra. 243 00:17:59,603 --> 00:18:03,363 Kejadian alam semula jadi tak pernah menentu. 244 00:18:03,363 --> 00:18:08,763 Tapi ia meletakkan Cleopatra dalam situasi yang rumit. 245 00:18:21,003 --> 00:18:22,603 Beta patut datang lebih awal. 246 00:18:22,603 --> 00:18:23,723 Tuanku dah sampai. 247 00:18:24,283 --> 00:18:25,683 Buka gudang bijirin diraja. 248 00:18:26,563 --> 00:18:27,683 Mari beri mereka makan. 249 00:18:28,723 --> 00:18:29,883 Kita patut bina kuil. 250 00:18:30,843 --> 00:18:31,843 Tempat untuk harapan. 251 00:18:33,643 --> 00:18:34,763 Mereka akan ingat ini. 252 00:18:37,763 --> 00:18:38,763 Begitu juga beta. 253 00:18:40,243 --> 00:18:41,443 Beta gembira beta datang. 254 00:18:52,363 --> 00:18:54,563 Berlaku perang saudara berlaku di Rom. 255 00:18:57,483 --> 00:18:59,043 Sekali lagi, ia tentang kuasa. 256 00:19:00,043 --> 00:19:01,123 Dua lelaki. 257 00:19:01,123 --> 00:19:02,563 ROM 258 00:19:02,563 --> 00:19:06,323 Julius Caesar mewakili "rakyat," 259 00:19:07,003 --> 00:19:08,643 dan Pompey Agung, 260 00:19:09,123 --> 00:19:12,483 mewakili Optimate atau kelas atasan. 261 00:19:13,203 --> 00:19:17,723 Ayah Cleopatra, Ptolemy XII, banyak meminjam duit, 262 00:19:18,203 --> 00:19:20,483 terutamanya daripada Pompey. 263 00:19:20,483 --> 00:19:25,043 Hubungan Mesir dengan Rom tak ubah seperti... 264 00:19:25,523 --> 00:19:27,363 sepupu yang miskin. 265 00:19:30,483 --> 00:19:33,523 Ini masa yang rumit bagi Cleopatra. 266 00:19:34,563 --> 00:19:37,803 Dia tahu adiknya, Ptolemy XIII, 267 00:19:37,803 --> 00:19:41,363 telah diperdaya oleh Pothinus. 268 00:19:41,363 --> 00:19:44,443 Dia sokong diplomasi. 269 00:19:44,443 --> 00:19:49,643 Dia sokong bekerjasama dengan Pompey, untuk ketahui kemahuannya. 270 00:19:51,283 --> 00:19:56,403 Tapi Pothinus dan Ptolemy XIII ada rancangan lain. 271 00:20:01,083 --> 00:20:03,003 Kenapa tolak permintaan Pompey? 272 00:20:04,043 --> 00:20:06,403 Dia kalah dalam peperangan ini. Betul? 273 00:20:09,323 --> 00:20:12,523 Jadi meninggalkan sekutu ketika mereka memerlukan adalah polisi baharu? 274 00:20:13,363 --> 00:20:15,323 Selepas dia bantu ayahanda dalam buangan. 275 00:20:15,323 --> 00:20:16,363 Di mana maruah adinda? 276 00:20:16,363 --> 00:20:19,323 Kami telah hantar askar semasa dia mula-mula minta. 277 00:20:19,323 --> 00:20:20,683 Jelas sekali ia tak membantu. 278 00:20:21,323 --> 00:20:23,963 Baginda telah buat perkiraan dengan teliti. 279 00:20:24,723 --> 00:20:29,083 Tak bijak hantar tentera Mesir yang bagus sertai perang Rom yang teruk. 280 00:20:29,563 --> 00:20:33,923 Ayahanda bekerja keras memastikan Mesir akan membantu Rom, 281 00:20:34,843 --> 00:20:36,283 bukan hanya koloni. 282 00:20:37,123 --> 00:20:39,323 Pengiraan teliti yang dibuat... 283 00:20:39,323 --> 00:20:41,803 Memberi Rom makan menyebabkan orang Mesir kebuluran. 284 00:20:42,563 --> 00:20:45,363 Itu membawa kita kepada masalah gedung terbuka di selatan. 285 00:20:46,723 --> 00:20:48,443 Apa yang boleh dimakan di Iskandariah? 286 00:20:50,043 --> 00:20:53,683 Berbahaya jika terlibat dalam politik Rom. 287 00:20:59,763 --> 00:21:02,883 Kita sudah pun terlibat dalam politik Rom, Pothinus. 288 00:21:10,283 --> 00:21:13,643 Mereka yang menasihati Ptolemy XIII 289 00:21:13,643 --> 00:21:15,643 mengawal keadaan pada waktu ini. 290 00:21:15,643 --> 00:21:18,963 Matlamat utama mereka adalah membunuh Cleopatra. 291 00:21:21,523 --> 00:21:23,843 Pothinus berjaya membuat 292 00:21:25,083 --> 00:21:28,683 sekumpulan penduduk Iskandariah menyebelahinya. 293 00:21:31,683 --> 00:21:33,963 Mereka mengatur rampasan kuasa istana. 294 00:21:42,323 --> 00:21:47,883 Ini memaksa Cleopatra dan Arsinoe melarikan diri. 295 00:21:53,523 --> 00:21:55,323 Dia tahu dia mendapat sokongan 296 00:21:55,323 --> 00:21:59,283 penduduk yang tinggal di Memphis dan Thebes. 297 00:21:59,283 --> 00:22:02,123 Mereka semua setia kepada ayahnya. 298 00:22:04,123 --> 00:22:06,963 Dia melarikan diri dulu ke Mesir Hulu. 299 00:22:10,923 --> 00:22:12,443 Beta akan kembali merebut takhta. 300 00:22:14,043 --> 00:22:15,283 Dengan tentera siapa? 301 00:22:15,283 --> 00:22:17,683 Berapa ramai askar boleh dikumpulkan dari selatan Mesir? 302 00:22:18,803 --> 00:22:19,883 Tak cukup. 303 00:22:20,563 --> 00:22:23,683 Askar yang boleh dipercayai, lagilah sedikit. 304 00:22:24,883 --> 00:22:28,003 Achillas akan mengetuai tentera adik tuanku. 305 00:22:29,003 --> 00:22:33,443 Tuanku perlukan orang yang takkan tunduk pada kegemilangan lampaunya. 306 00:22:33,443 --> 00:22:35,683 {\an8}Tak sangka Pothinus akan bergerak sepantas itu. 307 00:22:35,683 --> 00:22:37,283 Tuanku pandang rendah kepadanya. 308 00:22:38,323 --> 00:22:41,243 Tapi sukar melihat ular kapak dalam rumput tinggi, 309 00:22:41,243 --> 00:22:42,723 melainkan kita seekor burung. 310 00:22:44,963 --> 00:22:48,363 Beta akan ke timur Syria. Ayahanda masih ada kawan di sana. 311 00:22:49,283 --> 00:22:52,803 Kawan-kawan yang tahu tuanku pewaris sebenarnya. 312 00:23:03,363 --> 00:23:05,883 Cleopatra dibesarkan di Iskandariah. 313 00:23:05,883 --> 00:23:07,243 {\an8}Ia sebahagian daripada dirinya. 314 00:23:07,243 --> 00:23:11,803 {\an8}Jadi dibuang negeri mungkin pengalaman menyakitkan baginya. 315 00:23:11,803 --> 00:23:17,363 Dia pasti mahu kembali secepat mungkin. 316 00:23:17,963 --> 00:23:21,083 Cleopatra bukan jenis orang yang berputus asa. 317 00:23:21,083 --> 00:23:22,643 Dia seorang pejuang. 318 00:23:23,803 --> 00:23:27,443 Cleopatra berada di Syria selama dua tahun. 319 00:23:28,123 --> 00:23:31,163 Dalam masa itu, dia dapat kumpulkan tenteranya sendiri. 320 00:23:32,723 --> 00:23:35,203 Selagi dia masih hidup, 321 00:23:35,723 --> 00:23:40,323 ini perkara paling strategik untuk dilakukan. 322 00:23:45,283 --> 00:23:47,883 Dia mendapat sokongan rakyat Mesir. 323 00:23:48,363 --> 00:23:51,563 Dia mendapat sokongan rakyat Syria. 324 00:24:02,683 --> 00:24:06,603 Mungkin dia rasa ingkar. 325 00:24:18,003 --> 00:24:21,083 Sejak Cleopatra dipaksa meninggalkan Mesir, 326 00:24:21,083 --> 00:24:23,163 boleh bayangkannya merancang 327 00:24:23,163 --> 00:24:24,843 cara untuk kembali menaiki takhta. 328 00:24:26,523 --> 00:24:29,963 Dia diberi peluang yang sempurna. 329 00:24:31,323 --> 00:24:32,803 Dalam perang saudara Rom, 330 00:24:32,803 --> 00:24:35,883 berlaku pertempuran besar di Pharsalus, Greece. 331 00:24:36,723 --> 00:24:40,843 Julius Caesar menewaskan Pompey, bekas menantunya. 332 00:24:42,003 --> 00:24:46,243 Pompey melarikan diri ke Mesir untuk meminta bantuan. 333 00:24:46,243 --> 00:24:48,323 POMPEY PHARSALUS, ISKANDARIAH, PELUSIUM 334 00:24:48,323 --> 00:24:52,643 Julius Caesar menyusul tak lama selepas itu. 335 00:24:53,123 --> 00:24:55,563 Jadi Cleopatra kembali ke Mesir. 336 00:24:55,563 --> 00:24:58,123 {\an8}CLEOPATRA, SYRIA, ISKANDARIAH, PELUSIUM 337 00:24:58,123 --> 00:25:00,123 Jika kita sasarkan pertahanan utara, 338 00:25:00,123 --> 00:25:02,443 adakah kita akan terdedah pada bahaya di timur? 339 00:25:02,443 --> 00:25:05,363 Tidak jika rejimen ditempatkan di sini dan di sini. 340 00:25:05,363 --> 00:25:06,323 Baik. 341 00:25:06,323 --> 00:25:08,563 Pompey menuju ke kem perang Ptolemy. 342 00:25:09,123 --> 00:25:10,203 Jika Caesar ikut, 343 00:25:10,203 --> 00:25:13,123 dia pasti bawa perang saudara Rom ke negara kita. 344 00:25:13,123 --> 00:25:15,003 Itu akan membunuh kerjaya politik beta. 345 00:25:15,003 --> 00:25:18,483 Bagaimana jika dia mahu balas dendam atas sokongan kita terhadap Pompey? 346 00:25:18,483 --> 00:25:19,483 Jadi? 347 00:25:20,443 --> 00:25:21,723 Kita bunuhlah Pompey. 348 00:25:22,643 --> 00:25:24,123 Kita takkan bunuh Pompey. 349 00:25:24,123 --> 00:25:26,603 Ia cara paling mudah untuk buktikan kesetiaan kita kepada Caesar. 350 00:25:26,603 --> 00:25:28,603 Kita takkan bunuh menantu Caesar. 351 00:25:33,683 --> 00:25:34,643 Tuanku. 352 00:25:35,803 --> 00:25:37,043 Kita perlu bina semula bahagian ini. 353 00:25:37,043 --> 00:25:38,563 Pertaruhannya amat tinggi. 354 00:25:39,123 --> 00:25:43,603 Jika Cleopatra tak mendapat sokongan Julius Caesar, 355 00:25:43,603 --> 00:25:46,003 dia mungkin dibuang dari Mesir selama-lamanya 356 00:25:46,003 --> 00:25:48,563 dan kehilangan takhtanya seumur hidup. 357 00:25:56,843 --> 00:25:58,043 Pompey mendarat. 358 00:26:02,563 --> 00:26:05,083 Dia ditikam di belakang. 359 00:26:06,723 --> 00:26:08,923 Pothinus telah merancangnya 360 00:26:10,163 --> 00:26:14,723 dan dia juga merancang supaya Pompey dipancung. 361 00:26:16,043 --> 00:26:19,923 Pothinus telah memujuk Ptolemy XIII 362 00:26:19,923 --> 00:26:26,043 ini akan membuatkan mereka disukai Julius Caesar. 363 00:26:26,043 --> 00:26:32,003 Tapi mereka salah faham tentang rasa hormat orang Rom. 364 00:26:32,643 --> 00:26:33,763 Cakaplah, 365 00:26:34,843 --> 00:26:36,163 ini angkara siapa? 366 00:26:43,883 --> 00:26:48,803 Pothinus dan Ptolemy XIII tak bersedia dengan reaksi Julius Caesar. 367 00:26:49,443 --> 00:26:54,923 Dia mengamuk kerana mereka membunuh bekas negarawan, 368 00:26:54,923 --> 00:26:58,203 ketua bersama Republik Rom 369 00:26:58,683 --> 00:27:00,963 dan bekas menantunya. 370 00:27:08,883 --> 00:27:12,203 Ketibaan Julius Caesar di Iskandariah 371 00:27:12,203 --> 00:27:15,723 memberikan Cleopatra peluang sempurna 372 00:27:16,203 --> 00:27:17,683 untuk muslihat baharu. 373 00:27:19,003 --> 00:27:20,163 Bagaimana nak main? 374 00:27:20,643 --> 00:27:23,123 Melainkan boleh hidupkan semula si mati, patik buntu. 375 00:27:24,843 --> 00:27:26,123 Beta perlu bertemunya. 376 00:27:27,283 --> 00:27:29,363 Itu idea yang amat berbahaya. 377 00:27:30,123 --> 00:27:32,163 Dia jeneral yang bersedih, letih bertempur 378 00:27:32,163 --> 00:27:34,643 dan memerlukan kemenangan mudah. Beta akan berinya itu. 379 00:27:35,803 --> 00:27:37,083 Biar patik fikirkan sesuatu. 380 00:27:38,403 --> 00:27:39,443 Terima kasih. 381 00:27:54,203 --> 00:27:56,563 Caesar bukan orang biasa. 382 00:27:56,563 --> 00:27:58,403 Caesar selebriti terkenal di dunia. 383 00:27:58,923 --> 00:28:01,443 Jadi apabila dia tiba, ia satu berita besar. 384 00:28:01,443 --> 00:28:05,163 Dia selesakan diri di istana di Iskandariah, 385 00:28:05,723 --> 00:28:08,923 jadi adik-beradik itu memang risau 386 00:28:08,923 --> 00:28:12,243 Caesar telah tiba dan buat dirinya selesa di rumah mereka, 387 00:28:12,243 --> 00:28:14,483 di kota mereka. 388 00:28:14,483 --> 00:28:17,163 Cleopatra yang menghadapinya dengan berkata, 389 00:28:17,643 --> 00:28:19,723 "Beta akan kembali ke istana beta. 390 00:28:19,723 --> 00:28:21,603 Mungkin boleh berpakat dengannya." 391 00:28:22,923 --> 00:28:26,163 ISTANA ISKANDARIAH 392 00:28:29,683 --> 00:28:30,683 Masuk. 393 00:28:37,003 --> 00:28:38,323 Apa ini? 394 00:28:42,283 --> 00:28:43,523 Maafkan saya atas helah ini, 395 00:28:43,523 --> 00:28:45,483 tapi ini satu-satunya cara untuk bertemu awak. 396 00:28:46,523 --> 00:28:49,803 Interaksi Julius Caesar dengan Cleopatra 397 00:28:49,803 --> 00:28:53,883 adalah salah satu peristiwa bersejarah paling terkenal yang pernah direkodkan. 398 00:28:54,643 --> 00:28:57,163 Tapi kisah menarik 399 00:28:57,163 --> 00:29:00,803 tentang dia diseludup masuk dengan ambal mustahil berlaku. 400 00:29:01,523 --> 00:29:03,883 Biarpun Cleopatra diseludup masuk, 401 00:29:03,883 --> 00:29:06,363 kemungkinan besar menggunakan beg. 402 00:29:06,363 --> 00:29:12,203 Sumber kisah ini datang daripada sejarawan Yunani, Plutarch 403 00:29:12,963 --> 00:29:15,803 yang hidup 150 tahun selepas kemangkatan Cleopatra. 404 00:29:15,803 --> 00:29:17,283 Dia tak tahu. 405 00:29:17,763 --> 00:29:20,883 Terdapat percubaan propaganda 406 00:29:20,883 --> 00:29:25,043 untuk mengalihkan perhatian orang Rom daripada Cleopatra. 407 00:29:25,043 --> 00:29:27,203 Kini, dia seorang penggoda, 408 00:29:28,323 --> 00:29:32,243 bukannya wanita cantik yang menarik perhatian semua orang. 409 00:29:32,243 --> 00:29:35,883 Mesti ada sesuatu yang mistik tentangnya. 410 00:29:35,883 --> 00:29:39,083 Mesti ada sesuatu yang menggoda, 411 00:29:39,083 --> 00:29:42,763 menggoda dengan cara yang jahat. 412 00:29:46,163 --> 00:29:47,003 Tinggalkan kami. 413 00:29:50,163 --> 00:29:52,043 Awak dah jumpa saya. 414 00:29:52,603 --> 00:29:54,363 Bagi pihak saya dan mendiang ayah saya, 415 00:29:55,523 --> 00:29:57,763 Ptolemy Auletes yang agung... 416 00:29:58,963 --> 00:30:02,323 terimalah ucapan takziah saya 417 00:30:02,323 --> 00:30:04,483 atas pemergian Pompey. 418 00:30:06,643 --> 00:30:08,603 Dia dan ayah saya berkawan rapat, 419 00:30:09,483 --> 00:30:11,443 menjadikannya seperti ayah saya. 420 00:30:13,003 --> 00:30:15,683 Dia layan kami dengan baik semasa kami dibuang negeri ke Rom. 421 00:30:15,683 --> 00:30:17,803 Awak balas kebaikan itu 422 00:30:18,723 --> 00:30:20,243 dengan kematiannya. 423 00:30:20,243 --> 00:30:23,283 Jika saya menjadi ratu Mesir, dia pasti masih hidup hari ini. 424 00:30:26,723 --> 00:30:28,283 Saya risikokan kemarahan awak deminya. 425 00:30:29,763 --> 00:30:33,083 Kami berkhidmat untuk Rom dengan tentera kami sendiri. 426 00:30:34,363 --> 00:30:37,523 Ia bukan tindakan menentang awak atau membenci Rom, 427 00:30:38,043 --> 00:30:41,443 tapi tanda kasih dan hormat saya 428 00:30:41,443 --> 00:30:43,763 terhadap lelaki yang saya sayang seperti ayah saya. 429 00:30:47,723 --> 00:30:50,043 Saya merancang untuk bawanya pulang ke Rom. 430 00:30:52,963 --> 00:30:54,243 Ampunkannya sebagai penghormatan 431 00:30:56,163 --> 00:30:57,803 kepada mendiang isterinya. 432 00:30:59,163 --> 00:31:00,283 Anak saya. 433 00:31:02,243 --> 00:31:03,203 Awak ingat 434 00:31:04,403 --> 00:31:05,483 kita pernah bertemu. 435 00:31:07,643 --> 00:31:09,003 Saya tak ingat. 436 00:31:10,563 --> 00:31:12,003 Saya masih kecil ketika itu. 437 00:31:13,163 --> 00:31:14,883 Bukan pemerintah di depan awak sekarang. 438 00:31:18,243 --> 00:31:22,163 Kali terakhir saya dengar, awak disingkirkan daripada takhta. 439 00:31:23,283 --> 00:31:24,163 Mungkin. 440 00:31:25,283 --> 00:31:28,283 Tapi wasiat ayah saya menamakan saya pemerintah bersama Mesir. 441 00:31:29,243 --> 00:31:30,803 Jika begitu, cakaplah... 442 00:31:33,363 --> 00:31:34,723 Cleopatra, 443 00:31:37,083 --> 00:31:40,363 bagaimana mahu memerintah apabila penduduk Iskandariah menentang awak? 444 00:31:42,803 --> 00:31:44,363 Senat menentang awak. 445 00:31:45,363 --> 00:31:46,723 Tapi kita berada di sini. 446 00:31:58,083 --> 00:32:02,003 Julius Caesar, pernah menguruskan hal ehwal Rom, 447 00:32:02,003 --> 00:32:03,803 bertemu Cleopatra 448 00:32:03,803 --> 00:32:06,923 dan ia pertemuan dua minda yang hebat. 449 00:32:10,043 --> 00:32:15,083 Cleopatra adalah wanita yang berkeyakinan dan berkarisma. 450 00:32:15,083 --> 00:32:16,643 Jelas sekali dia seorang diplomat. 451 00:32:17,243 --> 00:32:19,483 Sebenarnya, dia tak tunduk kepadanya. 452 00:32:20,603 --> 00:32:23,203 Dia mengubah dinamik kuasa. 453 00:32:25,683 --> 00:32:31,283 Julius Caesar bertemu seorang wanita muda yang kuat. 454 00:32:31,283 --> 00:32:34,603 Dia bijak dan dia wanita Afrika 455 00:32:35,083 --> 00:32:39,043 yang melihat dirinya bukan saja sebagai pemerintah, tapi sebagai dewi. 456 00:32:39,043 --> 00:32:40,603 Jadi dia amat berbeza 457 00:32:40,603 --> 00:32:43,163 daripada wanita lain Julius Caesar temui di Rom. 458 00:32:49,803 --> 00:32:53,243 Itulah yang saya faham. 459 00:32:54,523 --> 00:32:56,923 - Tidak. - Ya. 460 00:32:56,923 --> 00:32:58,843 Jika nak faham teks itu, 461 00:32:58,843 --> 00:33:00,843 kena baca dalam bahasa asal. 462 00:33:02,163 --> 00:33:05,323 Saya tak berbakat dalam bahasa seperti awak. 463 00:33:29,203 --> 00:33:30,723 Tidak seperti wanita Rom, 464 00:33:30,723 --> 00:33:33,003 mengikut tradisinya dijangka duduk di rumah 465 00:33:33,003 --> 00:33:36,523 dan tak terlibat dalam hal politik, 466 00:33:36,523 --> 00:33:39,723 Cleopatra ialah pemimpin dunia. 467 00:33:39,723 --> 00:33:44,123 Julius Caesar boleh bercakap dengannya tentang kempen ketenteraan, 468 00:33:44,123 --> 00:33:48,203 kesusasteraan dan falsafah dalam cara yang hampir sama. 469 00:34:29,762 --> 00:34:32,242 Kita boleh bayangkan ia cinta sejati, 470 00:34:32,242 --> 00:34:35,923 ia adalah pertemuan minda dan hati. 471 00:34:36,443 --> 00:34:38,682 Sebaliknya, hubungan itu 472 00:34:38,682 --> 00:34:41,762 mungkin satu strategi. 473 00:34:41,762 --> 00:34:45,523 Julius Caesar mendapat sesuatu dengan membantu Cleopatra 474 00:34:45,523 --> 00:34:48,923 dan Cleopatra mendapat lebih banyak manfaat 475 00:34:48,923 --> 00:34:51,523 dengan bersekutu dengan Julius Caesar. 476 00:35:05,843 --> 00:35:10,883 Cleopatra mahu Ptolemy XIII dihapuskan. 477 00:35:11,363 --> 00:35:14,123 Dia mahu Pothinus dihapuskan 478 00:35:14,123 --> 00:35:20,043 dan dia mahu Arsinoe diawasi dengan teliti. 479 00:35:21,683 --> 00:35:25,043 Tapi paling penting, dia mahu menaiki takhta sendirian. 480 00:35:27,043 --> 00:35:30,443 Pothinus takut kepada Cleopatra. 481 00:35:30,443 --> 00:35:36,323 Dia takut kebolehannya untuk buat orang setia kepadanya. 482 00:35:36,323 --> 00:35:39,123 Itu termasuklah Julius Caesar dan orang Rom. 483 00:35:40,923 --> 00:35:46,603 Caesar nampaknya mahu menenangkan keadaan 484 00:35:46,603 --> 00:35:50,363 dan cuba melantik pemerintah yang sesuai menaiki takhta. 485 00:35:50,923 --> 00:35:53,403 PERHIMPUNAN ISKANDARIAH 486 00:35:54,123 --> 00:35:56,603 Rasanya Julius Caesar tak bersedia menghadapi perkara 487 00:35:56,603 --> 00:36:00,243 yang menimpanya apabila tiba di Iskandariah. 488 00:36:00,243 --> 00:36:02,763 Ada kemungkinan keluarga itu lebih disfungsi 489 00:36:02,763 --> 00:36:04,843 daripada yang dia boleh bayangkan. 490 00:36:05,403 --> 00:36:06,883 Rakyat Mesir yang mulia, 491 00:36:08,563 --> 00:36:13,043 saya tahu saya bercakap bagi pihak semua apabila kata tiba masa untuk keamanan. 492 00:36:14,243 --> 00:36:17,843 Sayalah pembawa keamanan itu. 493 00:36:19,403 --> 00:36:21,523 Menurut wasiat terakhir 494 00:36:22,443 --> 00:36:25,363 Ptolemy Neos Dionysus, 495 00:36:26,683 --> 00:36:29,003 Rom mengiktiraf anak perempuannya, 496 00:36:29,963 --> 00:36:33,843 Cleopatra Thea Philopator 497 00:36:36,043 --> 00:36:37,323 dan anak lelaki sulungnya, 498 00:36:38,763 --> 00:36:43,003 Ptolemy Theos Philopator 499 00:36:44,763 --> 00:36:47,683 sebagai pemerintah bersama Mesir. 500 00:36:48,803 --> 00:36:51,363 Caesar ialah pakar diplomat. 501 00:36:51,923 --> 00:36:55,443 Dia memutuskan dia akan 502 00:36:56,123 --> 00:36:59,603 mengikut arahan Ptolemy XII. 503 00:37:01,003 --> 00:37:03,523 Dia mengembalikan Cleopatra 504 00:37:04,203 --> 00:37:08,003 di atas takhta sebagai firaun bersama Ptolemy XIII. 505 00:37:09,123 --> 00:37:13,563 Dia berikan beberapa kawasan kepada Arsinoe. 506 00:37:14,123 --> 00:37:15,563 Sebagai tambahan kepada ini 507 00:37:17,243 --> 00:37:21,443 dan sebagai tanda kasih tak berpenghujung kami untuk kamu, 508 00:37:22,843 --> 00:37:24,603 Rom juga mengurniakan 509 00:37:24,603 --> 00:37:28,203 anak perempuan bongsunya, Arsinoe 510 00:37:28,923 --> 00:37:32,923 dan anak bongsunya, Ptolemy XIV, 511 00:37:34,283 --> 00:37:35,963 Cyprus. 512 00:37:38,483 --> 00:37:39,483 Bersyukurlah. 513 00:37:41,003 --> 00:37:42,243 Rom menyayangi kamu. 514 00:37:43,483 --> 00:37:47,123 Caesar juga mengurangkan hutang 515 00:37:47,123 --> 00:37:51,163 Mesir kepada Rom. 516 00:37:54,803 --> 00:37:57,683 Kami tak pasti cara Cleopatra melakukannya, 517 00:37:57,683 --> 00:38:01,523 tapi saya rasa dia bersepakat 518 00:38:02,003 --> 00:38:05,163 dengan lelaki yang amat berkuasa. 519 00:38:05,723 --> 00:38:07,203 Nampaknya dia terlalu rapat. 520 00:38:08,323 --> 00:38:09,643 - Puas hati? - Amat. 521 00:38:09,643 --> 00:38:11,283 Awak meniduri isteri saya? 522 00:38:13,523 --> 00:38:16,083 Saya sangka Senat yang suka berdrama. 523 00:38:19,643 --> 00:38:21,283 Awak ketawakan saya. 524 00:38:21,283 --> 00:38:23,163 Tak menghormati saya di rumah saya sendiri. 525 00:38:23,163 --> 00:38:24,123 Bertenang. 526 00:38:24,123 --> 00:38:26,803 Jangan suruh saya bertenang! 527 00:38:26,803 --> 00:38:29,123 Ini rumah saya! Rumah saya! 528 00:38:29,123 --> 00:38:33,763 Saya menyeru rakyat Mesir untuk merusuh terhadap awak dan Rom! 529 00:38:35,563 --> 00:38:36,643 Jadi? 530 00:38:47,843 --> 00:38:48,723 Caesar. 531 00:38:50,523 --> 00:38:55,043 Malangnya bagi Julius Caesar, rancangannya sia-sia. 532 00:38:55,043 --> 00:38:58,963 Malah, perang saudara tercetus. 533 00:38:58,963 --> 00:39:00,843 Perang Iskandariah. 534 00:39:01,683 --> 00:39:05,163 Pada satu sisi, ada Julius Caesar dan Cleopatra. 535 00:39:05,723 --> 00:39:08,163 Pada sisi satu lagi, ada sida-sida Pothinus, 536 00:39:08,723 --> 00:39:11,643 Ptolemy XIII dan adiknya, Arsinoe. 537 00:39:11,643 --> 00:39:13,363 Kota Iskandariah, 538 00:39:13,363 --> 00:39:17,203 semasa tempoh empat bulan peperangan dahsyat ini 539 00:39:17,203 --> 00:39:18,723 pasti amat menakutkan. 540 00:39:18,723 --> 00:39:21,923 Bukan saja askar profesional bertempur, 541 00:39:21,923 --> 00:39:23,003 berlaku perang gerila juga. 542 00:39:23,803 --> 00:39:24,923 Ada rusuhan. 543 00:39:24,923 --> 00:39:28,763 Orang Rom membakar sebahagian besar kota ini. 544 00:39:28,763 --> 00:39:34,003 Ini pasti membawa bencana dan menakutkan bagi semua orang. 545 00:39:34,523 --> 00:39:38,323 Tak terkira jumlah korban di Memphis dan Iskandariah. 546 00:39:39,283 --> 00:39:41,523 Rusuhan telah merebak ke arah selatan ke Thebes. 547 00:39:42,203 --> 00:39:44,723 Gudang yang dibiarkan tak terjaga, 548 00:39:44,723 --> 00:39:45,763 telah dikosongkan. 549 00:39:45,763 --> 00:39:48,683 Jika cukai di Iskandariah tak dinaikkan, 550 00:39:49,523 --> 00:39:52,603 pengepungan ini tak dapat bertahan dan Mesir akan jatuh. 551 00:39:55,203 --> 00:39:57,523 Salah satu kehilangan terbesar 552 00:39:57,523 --> 00:40:00,963 adalah pembakaran Perpustakaan Iskandariah. 553 00:40:01,883 --> 00:40:05,483 Perpustakaan ini mengambil masa 300 tahun untuk dibina. 554 00:40:05,483 --> 00:40:09,923 Kita kehilangan sumber yang besar ini 555 00:40:09,923 --> 00:40:11,683 kerana persaingan adik-beradik. 556 00:40:13,923 --> 00:40:15,923 Sepanjang konflik ini, 557 00:40:15,923 --> 00:40:20,323 adik Cleopatra, Arsinoe mengetuai tenteranya sendiri. 558 00:40:20,803 --> 00:40:21,763 Arsinoe? 559 00:40:22,523 --> 00:40:24,283 Dia mengawal tentera Mesir. 560 00:40:24,283 --> 00:40:26,243 Mustahil. Ada orang menipu. 561 00:40:26,243 --> 00:40:29,763 Dia mengarahkan Achillas dibunuh dan mengisytiharkan dirinya pemerintah. 562 00:40:29,763 --> 00:40:31,683 Dia disokong oleh penduduk Iskandariah. 563 00:40:33,243 --> 00:40:35,003 Mari. 564 00:40:52,043 --> 00:40:53,083 Mungkinkah beta... 565 00:40:54,763 --> 00:40:56,083 Patik akan ambil air. 566 00:41:06,083 --> 00:41:08,163 Tepat pada masanya. 567 00:41:09,123 --> 00:41:14,243 Cleopatra sedar mempunyai anak bersama Julius Caesar 568 00:41:14,763 --> 00:41:20,203 satu kelebihan dalam permainan yang dia cuba mainkan dengan Rom. 569 00:41:20,203 --> 00:41:22,883 Cleopatra hamil 570 00:41:23,683 --> 00:41:27,163 dengan satu potensi untuk menyatukan Mesir dan Rom. 571 00:41:29,523 --> 00:41:33,003 Itu anak yang amat berkuasa. 572 00:41:33,003 --> 00:41:36,363 Ini dua tamadun terhebat, 573 00:41:36,363 --> 00:41:38,883 dua kota terhebat di dunia, 574 00:41:38,883 --> 00:41:42,643 diwakili oleh seorang manusia. 575 00:41:43,123 --> 00:41:45,443 Itu amat penting. 576 00:41:46,003 --> 00:41:50,283 Sementara itu, Perang Iskandariah menjadi bencana 577 00:41:50,283 --> 00:41:52,963 bagi Ptolemy XIII dan Arsinoe. 578 00:41:53,443 --> 00:41:57,523 Apabila Arsinoe bergabung menentang Julius Caesar 579 00:41:58,603 --> 00:41:59,523 dan kalah, 580 00:42:00,243 --> 00:42:03,563 dia ditahan dan dipenjarakan di istana. 581 00:42:05,283 --> 00:42:10,843 Ptolemy memakai perisai emas dan berada di atas kapal. 582 00:42:14,523 --> 00:42:18,803 Sama ada dia jatuh dari kapal atau ditolak, 583 00:42:19,683 --> 00:42:23,523 berat perisai itu menyebabkannya lemas. 584 00:42:27,483 --> 00:42:29,763 Kami telah mencari di seluruh Sungai Nil. 585 00:42:29,763 --> 00:42:32,083 Terimalah hakikat dia dihanyutkan ke laut. 586 00:42:34,243 --> 00:42:35,283 Beta tak tahu. 587 00:42:38,843 --> 00:42:41,083 Mungkinkah dia diselamatkan oleh orang yang setia? 588 00:42:41,083 --> 00:42:42,043 Tidak. 589 00:42:43,123 --> 00:42:44,923 Tuanku, berhentilah. 590 00:42:45,803 --> 00:42:47,363 Dia bukan lagi ancaman. 591 00:42:52,323 --> 00:42:55,163 Cleopatra menang. 592 00:42:57,203 --> 00:43:01,043 Dia juga sedar 593 00:43:02,323 --> 00:43:04,923 selagi dia masih hidup, 594 00:43:05,883 --> 00:43:07,243 dialah firaun. 595 00:43:08,083 --> 00:43:10,803 - Sesatkah? - Tidak. 596 00:43:12,243 --> 00:43:13,283 Adinda pula? 597 00:43:16,363 --> 00:43:17,603 Kakanda mahu apa? 598 00:43:23,643 --> 00:43:25,083 Untuk memahami sebabnya. 599 00:43:26,563 --> 00:43:27,483 Kenapa tidak? 600 00:43:31,043 --> 00:43:32,363 Kakanda tak rasa 601 00:43:33,083 --> 00:43:36,323 adinda layak memerintah, bukan? 602 00:43:38,123 --> 00:43:41,363 {\an8}Arsinoe, mudah disisihkan oleh semua orang. 603 00:43:41,843 --> 00:43:44,083 {\an8}Adinda juga layak sama seperti kakanda, mungkin lebih lagi. 604 00:43:45,003 --> 00:43:46,363 Rom beri adinda Cyprus... 605 00:43:46,363 --> 00:43:47,443 Tapi adinda mahu Mesir! 606 00:43:48,163 --> 00:43:50,203 Bukan wilayah kecil yang terapung di laut. 607 00:43:51,283 --> 00:43:52,763 Adinda mahu hak kelahiran adinda. 608 00:43:55,723 --> 00:43:57,363 Caesar kakanda bawa adinda ke Rom. 609 00:43:57,963 --> 00:43:59,283 Untuk hukum bunuh adinda. 610 00:43:59,283 --> 00:44:01,163 Adinda selalu fikir lebih baik mati, 611 00:44:01,163 --> 00:44:02,723 mengetahui kita akan mati 612 00:44:02,723 --> 00:44:05,203 daripada terjaga di akhirat dengan kejutan. 613 00:44:07,403 --> 00:44:09,443 - Adinda khianat. - Tebalkan muka kakanda! 614 00:44:09,443 --> 00:44:11,123 Berhenti menyampuk. 615 00:44:11,123 --> 00:44:12,203 Maafkan adinda. 616 00:44:13,283 --> 00:44:16,803 Adinda tak sedar kakanda yang kesuntukan masa. 617 00:44:22,403 --> 00:44:23,723 Jika adinda berpeluang, 618 00:44:25,443 --> 00:44:26,563 adinda akan buat lagi. 619 00:44:28,323 --> 00:44:29,763 Adinda takkan berpeluang. 620 00:44:38,083 --> 00:44:40,803 Ketika Julius Caesar berangkat ke Rom, 621 00:44:40,803 --> 00:44:44,243 Cleopatra hamil hampir tujuh bulan. 622 00:44:45,323 --> 00:44:48,683 Dia ratu Mesir yang tak tercabar. 623 00:44:49,283 --> 00:44:51,403 Malangnya bagi Cleopatra, 624 00:44:51,403 --> 00:44:53,483 dia ada seorang lagi adik bernama Ptolemy. 625 00:44:53,483 --> 00:44:56,323 Apabila Julius Caesar berangkat ke Rom, 626 00:44:56,323 --> 00:44:59,243 dia mengahwini seorang lagi adiknya, 627 00:44:59,243 --> 00:45:02,163 dijangka akan berkongsi takhta Mesir dengannya. 628 00:45:06,883 --> 00:45:10,323 Saya tinggalkan kayu besar kalau-kalau dia melampaui batas. 629 00:45:12,643 --> 00:45:14,443 Balik cepat dan jumpa anak awak. 630 00:45:33,483 --> 00:45:34,723 Selamat tinggal, kakanda. 631 00:45:45,723 --> 00:45:46,923 Mungkin. 632 00:45:48,283 --> 00:45:50,403 Jarak dari sini ke Rom amat jauh. 633 00:45:55,243 --> 00:46:00,363 Julius Caesar telah berjanji kepada Cleopatra 634 00:46:01,043 --> 00:46:04,763 dia akan menghukum Arsinoe sebagai pengkhianat Rom. 635 00:46:07,763 --> 00:46:08,843 Itu tak berlaku. 636 00:47:11,003 --> 00:47:15,003 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Haziqah Hamidun