1 00:00:06,298 --> 00:00:07,591 Teresa sayang. 2 00:00:08,759 --> 00:00:10,719 Sejak kamu tinggalkan mak 3 00:00:10,802 --> 00:00:12,846 hidup mak sangat sengsara. 4 00:00:14,681 --> 00:00:17,017 Ini satu-satunya tempat yang buat mak rasa tenang. 5 00:00:18,477 --> 00:00:21,605 Di sini, mak boleh rasa kehadiran kamu 6 00:00:22,105 --> 00:00:24,149 dan kamu boleh rasa kehadiran mak. 7 00:00:27,861 --> 00:00:30,447 Bahagian diri mak yang tersenyum mati bersama kamu. 8 00:00:32,073 --> 00:00:34,451 Mungkin ia takkan kembali lagi. 9 00:00:36,286 --> 00:00:37,871 Tanpa kamu di sini 10 00:00:38,288 --> 00:00:40,749 bernafas terasa sia-sia 11 00:00:42,167 --> 00:00:46,129 walaupun ramai yang mengingatkan mak untuk teruskan hidup. 12 00:00:49,132 --> 00:00:53,011 Kadangkala mak rasa mak hanya hidup dengan memberontak. 13 00:00:54,513 --> 00:00:57,349 Kadangkala, mak cuma nak luahkan kebencian mak. 14 00:00:59,101 --> 00:01:01,353 Tapi tiada penderitaan yang lebih teruk 15 00:01:01,436 --> 00:01:02,563 daripada seorang ibu. 16 00:01:04,897 --> 00:01:08,151 Ia sentiasa mengingatkan mak bahawa semua kesilapan 17 00:01:08,235 --> 00:01:10,779 yang mak buat boleh dielakkan. 18 00:01:11,738 --> 00:01:14,658 Nenek kamu putuskan untuk tinggalkan mak seorang diri. 19 00:01:15,993 --> 00:01:17,369 - Beja. - Tidak, tolonglah. Lepaskan saya. 20 00:01:17,452 --> 00:01:19,955 Pegang dahan itu. Pegang. 21 00:01:20,706 --> 00:01:21,832 Tapi mak takkan 22 00:01:22,624 --> 00:01:24,876 tinggalkan kamu, sayang. 23 00:01:27,629 --> 00:01:30,382 Mak akan memelihara nama, kehormatan 24 00:01:30,799 --> 00:01:33,259 dan kenangan kamu, Teresa Tomasia mak. 25 00:01:36,430 --> 00:01:40,100 Kamulah cinta hati mak, sayang. 26 00:02:03,248 --> 00:02:05,667 Mak tahu kasih ini akan berkekalan. 27 00:02:07,127 --> 00:02:09,338 Bukankah kamu yang ajar mak begitu, sayang? 28 00:03:04,726 --> 00:03:06,603 Saya panggil kamu semua ke sini untuk bercakap tentang 29 00:03:06,687 --> 00:03:09,356 bayaran balik hantaran kahwin Teresa dengan segera. 30 00:03:09,439 --> 00:03:10,482 Apa maksud awak, Beja? 31 00:03:11,066 --> 00:03:12,651 Perkahwinan itu tak pernah disempurnakan. 32 00:03:12,734 --> 00:03:15,404 - Perlukah saya pulangkannya, ayah? - Diam sekejap, Botelhinho. 33 00:03:15,987 --> 00:03:16,988 Tidak. 34 00:03:17,864 --> 00:03:19,783 Jadi sekarang awak nak hina ayah saya? 35 00:03:20,409 --> 00:03:22,869 Ingat, dia bapa pembaptisan politik Joao. 36 00:03:23,203 --> 00:03:25,454 Ini boleh menjejaskan suami awak. 37 00:03:25,539 --> 00:03:26,540 Tidak. 38 00:03:27,457 --> 00:03:29,668 Menghormati nama mendiang anak saya 39 00:03:30,043 --> 00:03:31,920 matlamat paling penting dalam hidup saya. 40 00:03:32,003 --> 00:03:33,380 Jadi, kita boleh mulakan seperti ini. 41 00:03:33,922 --> 00:03:36,007 Botelhinho ada perbelanjaan untuk perkahwinan ini. 42 00:03:36,591 --> 00:03:37,591 Seperti yang saya jangka. 43 00:03:38,385 --> 00:03:40,178 Kamu semua tak mahu bekerjasama, bukan? 44 00:03:41,221 --> 00:03:43,055 Kalau begitu, pergilah. Keluar dari sini. 45 00:03:47,561 --> 00:03:48,562 Encik, sila keluar. 46 00:03:55,026 --> 00:03:56,027 Beja. 47 00:03:56,319 --> 00:03:59,448 - Apa awak nak buat sekarang? - Saya akan berjuang seperti biasa. 48 00:04:00,657 --> 00:04:03,160 Teresa dikebumikan sebagai Pn. Botelho. 49 00:04:03,243 --> 00:04:04,286 Itu keputusan dia. 50 00:04:06,079 --> 00:04:09,583 Untuk anak saya membawa nama dua orang tak guna itu 51 00:04:10,459 --> 00:04:12,753 satu penghormatan bagi mereka, lebih daripada dia. 52 00:04:14,254 --> 00:04:15,964 Saya bukan bercakap untuk Teresa saja. 53 00:04:17,089 --> 00:04:18,132 Demi Joana juga. 54 00:04:19,593 --> 00:04:21,094 Hantaran kahwin yang mahal ini 55 00:04:21,595 --> 00:04:24,014 adalah sebahagian daripada warisan mereka. 56 00:04:39,821 --> 00:04:41,114 Pak cik. 57 00:04:43,658 --> 00:04:46,119 Jika pak cik datang untuk tegur saya kerana kerugian, saya perlu... 58 00:04:46,203 --> 00:04:47,579 Berhari-hari pak cik tertanya-tanya 59 00:04:47,662 --> 00:04:49,706 sama ada pak cik patut kembali ke sini atau tidak. 60 00:04:51,457 --> 00:04:52,626 Tapi pak cik terpaksa datang. 61 00:04:54,002 --> 00:04:56,671 Untuk tunjukkan sokongan pak cik 62 00:04:57,297 --> 00:04:59,049 dan melihat keadaan anak saudara pak cik. 63 00:05:00,675 --> 00:05:02,469 Siapa tahu, mungkin dapat membantu. 64 00:05:06,097 --> 00:05:07,265 Pak cik memahami penderitaan kamu, Antonio. 65 00:05:09,476 --> 00:05:13,522 Seperti yang kamu tahu, pak cik juga ada anak luar nikah. 66 00:05:15,273 --> 00:05:16,775 Anak luar nikah atau tidak 67 00:05:16,858 --> 00:05:19,778 jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka 68 00:05:20,737 --> 00:05:21,988 ia masih menyakitkan. 69 00:05:23,698 --> 00:05:25,033 Pak cik bersimpati. 70 00:05:25,116 --> 00:05:27,452 Saya tak tahu macam mana nak teruskan hidup, pak cik. 71 00:05:28,912 --> 00:05:31,331 Hidup saya dah tiada makna lagi. 72 00:05:31,414 --> 00:05:35,335 Antonio apa yang pak cik nak cakap bukan untuk kepentingan diri, okey? 73 00:05:36,753 --> 00:05:40,173 Tapi ini cubaan untuk selamatkan kamu 74 00:05:40,674 --> 00:05:42,592 daripada masalah yang memakan diri kamu. 75 00:05:45,178 --> 00:05:47,806 Sambung kerja kamu, Antonio. 76 00:05:48,682 --> 00:05:50,183 Kamu mesti menang pilihan raya ini. 77 00:05:52,477 --> 00:05:53,937 Demi kebaikan kamu. 78 00:05:56,731 --> 00:05:58,692 Antonio sangat sengsara. 79 00:05:58,775 --> 00:06:00,735 Kita sangat tak adil dengan dia. 80 00:06:01,736 --> 00:06:04,197 Sejujurnya, saya tak patut halang dia 81 00:06:04,281 --> 00:06:05,824 mengenali anaknya sendiri. 82 00:06:06,575 --> 00:06:08,994 Apa ini, Angelica? Kamu baru nak menyesal sekarang? 83 00:06:10,245 --> 00:06:13,164 Lagipun, kamu kehilangan anak kamu disebabkan Beja, ingat? 84 00:06:13,248 --> 00:06:14,666 Mak tak faham apa-apa. 85 00:06:16,209 --> 00:06:18,670 Hanya orang yang pernah kehilangan anak 86 00:06:18,753 --> 00:06:21,047 akan faham perasaan Beja dan Antonio sekarang. 87 00:06:21,131 --> 00:06:22,382 Ia kehilangan yang dahsyat. 88 00:06:23,550 --> 00:06:26,469 Saya rasa mak kita betul tentang budak tak guna itu. 89 00:06:27,554 --> 00:06:28,597 Memang patut pun dia mati. 90 00:06:28,680 --> 00:06:29,806 Dia masih terlalu muda untuk mati. 91 00:06:29,890 --> 00:06:31,224 Dia dilahirkan pada masa yang salah. 92 00:06:32,183 --> 00:06:34,769 Hanya dengan lahir, dia merosakkan dunia dengan teruk sehingga 93 00:06:35,228 --> 00:06:37,147 dia pasti sedang terbakar di neraka sekarang. 94 00:07:00,712 --> 00:07:02,505 Demi Tuhan, Ze. 95 00:07:04,215 --> 00:07:08,303 Dah berhari-hari kita di rumah ini tanpa berjumpa atau bercakap. 96 00:07:11,097 --> 00:07:14,017 Saya lebih rela mati daripada rasa seperti tawanan. 97 00:07:31,368 --> 00:07:33,578 Awak dah fikir tentang apa yang saya cakap pada awak? 98 00:07:50,345 --> 00:07:51,638 Awak dah fikir belum? 99 00:07:51,721 --> 00:07:54,474 Cinta antara kita dah mati, bukan? 100 00:07:56,058 --> 00:07:57,686 Saya harap saya tak pernah dengar. 101 00:07:58,186 --> 00:08:00,605 Saya banyak berfikir tentang 102 00:08:01,940 --> 00:08:05,318 bagaimana cinta sering menyerupai kitaran alam. 103 00:08:06,903 --> 00:08:08,697 Ia biasanya mekar pada musim bunga. 104 00:08:09,781 --> 00:08:11,366 Ia meledak pada musim panas. 105 00:08:12,242 --> 00:08:13,743 Ia berundur pada musim luruh. 106 00:08:14,327 --> 00:08:15,537 Akhirnya ia menjadi 107 00:08:17,288 --> 00:08:18,873 dorman pada musim sejuk. 108 00:08:19,457 --> 00:08:21,835 Ia bukan salah kita, Ze. 109 00:08:22,669 --> 00:08:24,421 Ia bukan salah sesiapa. 110 00:08:25,588 --> 00:08:29,467 Mustahil untuk melawan perkara yang tak dapat dielakkan. 111 00:08:31,594 --> 00:08:35,640 Tapi saya rasa kita berdua masih boleh menghormati 112 00:08:36,933 --> 00:08:39,852 cinta yang dah lama pudar ini. 113 00:08:41,145 --> 00:08:42,147 Dengan membenarkannya 114 00:08:42,981 --> 00:08:45,775 berubah menjadi sesuatu yang baru. 115 00:08:46,443 --> 00:08:50,238 Sesuatu yang memberi penghormatan kepada semua yang kita alami bersama. 116 00:08:51,573 --> 00:08:53,908 Sebab ia indah, Ze. 117 00:08:54,784 --> 00:08:57,162 Kita berdua sangat indah. 118 00:09:00,165 --> 00:09:03,168 Awak tahu awak bukan cinta pertama saya. 119 00:09:05,253 --> 00:09:07,047 Atau lelaki pertama saya. 120 00:09:07,130 --> 00:09:09,924 Saya janda semasa kita berkahwin. 121 00:09:10,008 --> 00:09:12,677 Kita berdua adalah bukti hidup 122 00:09:12,761 --> 00:09:14,179 yang cinta sejati 123 00:09:14,679 --> 00:09:16,973 akan sentiasa kembali dan menawan kita semula. 124 00:09:18,308 --> 00:09:20,852 Perlukah salah seorang daripada kita mati 125 00:09:21,686 --> 00:09:23,772 supaya seorang lagi dapat peluang kedua? 126 00:09:26,024 --> 00:09:27,692 Tolong kembali ke bilik awak, Zefa. 127 00:09:29,986 --> 00:09:33,281 Awak kenal saya, saya bukan seperti wanita lain. 128 00:09:34,074 --> 00:09:36,951 Saya takkan jadi tawanan awak lagi. 129 00:09:38,995 --> 00:09:41,790 Melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain akan memusnahkan saya 130 00:09:43,040 --> 00:09:44,167 dan awak juga. 131 00:10:34,050 --> 00:10:35,218 Teresa. 132 00:10:36,928 --> 00:10:38,346 Teresa... 133 00:10:39,848 --> 00:10:41,724 Dia cuma anak luar nikah. Dia... 134 00:10:42,225 --> 00:10:45,687 Dalam dirinya mengalir darah saya, ya. 135 00:10:47,313 --> 00:10:49,858 Tapi tak lebih daripada itu. Itu saja. 136 00:10:50,525 --> 00:10:55,530 Saya tak patut menangis demi dia. 137 00:10:56,156 --> 00:10:57,448 Walau setitis pun. 138 00:10:59,826 --> 00:11:01,536 Maafkan saya, mak. 139 00:11:01,619 --> 00:11:04,372 Mak dah putuskan nak masak apa untuk makan malam? 140 00:11:06,624 --> 00:11:08,418 Oh, Tuhan. Kenapa dengan mak? 141 00:11:09,377 --> 00:11:12,463 Tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa yang berlaku. 142 00:11:12,547 --> 00:11:16,509 Tak ada apa-apa, dia cuma anak luar nikah. 143 00:11:16,593 --> 00:11:18,553 Dia cuma anak luar nikah. 144 00:11:19,053 --> 00:11:21,514 - Cuma anak luar nikah... - Baiklah. Dengar sini. 145 00:11:21,598 --> 00:11:22,724 Dengar cakap saya. 146 00:11:22,849 --> 00:11:26,603 Normal untuk mak rasa apa yang mak rasa sekarang. 147 00:11:26,686 --> 00:11:29,355 Okey? Suka atau tidak 148 00:11:30,231 --> 00:11:31,900 Teresa juga cucu mak. 149 00:11:34,360 --> 00:11:37,614 Apa yang kamu... Dengar sini. Mak tak terima 150 00:11:38,114 --> 00:11:42,327 kamu dalam ramai-ramai orang, budak cengeng 151 00:11:42,410 --> 00:11:44,495 yang mak selamatkan semasa dia lahir 152 00:11:44,579 --> 00:11:46,539 berani datang kepada mak 153 00:11:46,664 --> 00:11:49,375 dan bercakap tentang apa yang mak boleh dan tak boleh buat. 154 00:11:49,459 --> 00:11:50,877 "Kelahiran yang mak selamatkan?" Apa maksud mak? 155 00:11:50,960 --> 00:11:52,587 Jadi mak kenal mak kandung saya? 156 00:11:53,671 --> 00:11:56,841 Mak tak tahu. Mak tak tahu apa-apa... 157 00:11:56,925 --> 00:11:58,927 - Mak tak tahu apa maksud kamu. - Siapa mak saya? 158 00:11:59,510 --> 00:12:00,678 Mak beritahu saya. 159 00:12:00,762 --> 00:12:02,889 Dia masih hidupkah? Atau dia dah mati? 160 00:12:03,848 --> 00:12:05,850 - Saya nak tahu. - Jangan ganggu mak. 161 00:12:05,934 --> 00:12:07,310 - Saya perlu tahu. - Jangan ganggu mak. 162 00:12:07,393 --> 00:12:09,604 Saya ada hak untuk tahu siapa dia. 163 00:12:09,687 --> 00:12:11,689 - Jangan ganggu mak, tak guna. - Beritahu saya sekarang. 164 00:12:11,773 --> 00:12:14,651 - Jangan ganggu mak. - Beritahu saya sekarang juga. 165 00:12:14,734 --> 00:12:16,861 Saya nak mak beritahu saya semua yang mak tahu. 166 00:12:16,945 --> 00:12:18,404 Siapa mak saya? 167 00:12:18,488 --> 00:12:22,325 - Siapa lahirkan saya? Saya nak tahu. - Mak tak perlu beritahu apa-apa. 168 00:12:22,408 --> 00:12:25,370 - Apa yang berlaku, mak? - Mak cakap dia dah mati. 169 00:12:25,870 --> 00:12:28,998 Mak selamatkan saya? Apa mak buat pada dia? 170 00:12:29,499 --> 00:12:31,709 - Mak biarkan dia mati, begitu? - Dengar sini. 171 00:12:31,793 --> 00:12:34,587 Mak selamatkan nyawa kamu dan ibu kamu juga. 172 00:12:34,754 --> 00:12:36,381 Selamatkan dia daripada apa? 173 00:12:36,464 --> 00:12:39,842 Daripada mati. Daripada bekerja di bar. 174 00:12:39,926 --> 00:12:41,761 Jadi mak saya pelacur? 175 00:12:41,844 --> 00:12:43,137 Dia seorang pelacur, bukan? 176 00:12:43,221 --> 00:12:45,556 Mak tak pernah tahu siapa ayah kamu. 177 00:12:45,640 --> 00:12:47,600 - Mak tak pernah tahu. - Ceci. 178 00:12:47,684 --> 00:12:49,310 Lepaskan botol itu. Mak dah minum terlalu banyak. 179 00:12:49,394 --> 00:12:50,687 Jangan ganggu mak. 180 00:12:52,230 --> 00:12:55,066 Tak guna. Tengoklah kamu semua, berdiri saja dan menyoal siasat mak. 181 00:12:55,149 --> 00:12:57,026 - Apa yang berlaku di sini? - Selepas semua yang mak buat. 182 00:12:57,110 --> 00:12:58,778 Apa semua ini, mak? 183 00:12:58,861 --> 00:13:02,657 Anak mak. Maria yang selalu menilai mak 184 00:13:02,740 --> 00:13:06,911 dan Angelica yang kerap tanya soalan. Genoveva asyik cuba mengawal mak. 185 00:13:06,995 --> 00:13:10,623 Mak tak boleh tahan lagi. Mak penat. 186 00:13:10,707 --> 00:13:13,710 - Mak sangat penat. Lepaskan mak. - Angelica, bawa mak ke biliknya. 187 00:13:14,627 --> 00:13:15,962 Wanita itu bukan ibu saya. 188 00:13:18,631 --> 00:13:19,966 Apa kamu cakap? 189 00:13:20,550 --> 00:13:24,721 Selepas semua yang mak buat untuk kamu selama ini 190 00:13:25,263 --> 00:13:27,598 kamu kata mak bukan mak kamu? 191 00:13:27,682 --> 00:13:30,184 - Sekarang kamu tak mengaku mak? - Itu yang mak dapat 192 00:13:30,268 --> 00:13:31,728 - sebab pilih kasih. - Jangan buat begini sekarang, Maria. 193 00:13:31,811 --> 00:13:34,188 - Tapi ia benar, Antonio. - Kamu pula. 194 00:13:34,272 --> 00:13:37,108 Susah sangatkah nak lahir 195 00:13:37,734 --> 00:13:43,448 dengan kulit cerah dan putih mak? Dengan hidung kecil? 196 00:13:43,531 --> 00:13:46,534 Boleh buat kamu matikah? Tapi tidak. 197 00:13:46,617 --> 00:13:48,953 Kamu nak juga lahir macam ayah kamu. 198 00:13:49,078 --> 00:13:51,164 - Kulit diperbuat daripada arang. - Antonio, mak cik bawa dia ke bilik. 199 00:13:51,247 --> 00:13:54,584 - Ceci, mari, awak perlu mandi. - Tahu siapa yang kamu patut buang? 200 00:13:54,667 --> 00:13:56,127 Orang yang melahirkan kamu. 201 00:13:56,210 --> 00:13:58,921 Bukan mak, sebab mak yang selamatkan kamu. 202 00:13:59,088 --> 00:14:00,715 Kamu patut putuskan hubungan 203 00:14:00,798 --> 00:14:03,426 dengan orang yang berdosa. Dia ada di sini. 204 00:14:04,469 --> 00:14:09,307 Mak kamu. Betul? Genoveva. 205 00:14:10,391 --> 00:14:13,353 Apa? Betul? 206 00:14:18,816 --> 00:14:19,817 Lelaki... 207 00:14:22,111 --> 00:14:23,529 yang mak cik cintai. 208 00:14:27,617 --> 00:14:29,327 Dia dibunuh dalam serang hendap 209 00:14:29,410 --> 00:14:32,038 dan barulah mak cik tahu yang mak cik mengandung. 210 00:14:33,331 --> 00:14:36,209 Mak cik tak perlu beritahu kami apa-apa lagi jika tak mahu. 211 00:14:36,292 --> 00:14:37,293 Tidak. 212 00:14:38,753 --> 00:14:40,755 Mak cik tak sanggup menanggung penipuan ini lagi. 213 00:14:46,844 --> 00:14:49,472 Ceci kata dia akan bantu mak cik. 214 00:14:50,056 --> 00:14:51,891 Untuk mengelakkan mak cik daripada malu 215 00:14:54,644 --> 00:14:56,270 dia akan besarkan anak itu untuk mak cik dan... 216 00:14:59,023 --> 00:15:03,152 dia akan cari jalan untuk kahwinkan mak cik dengan abangnya. 217 00:15:03,236 --> 00:15:07,031 Macam mana mak cik tipu Pak Cik Felizardo malam perkahwinan? 218 00:15:07,198 --> 00:15:08,199 Maria. 219 00:15:09,659 --> 00:15:10,993 Pundi ayam. 220 00:15:11,786 --> 00:15:14,330 Mak cik pecahkan supaya darah kena cadar. 221 00:15:15,706 --> 00:15:18,543 Dia percaya dia kahwini anak dara, hingga ke hari ini. 222 00:15:19,544 --> 00:15:21,170 Maafkan mak cik, Angelica. 223 00:15:22,630 --> 00:15:26,175 Mak cik minta maaf kerana bertahun-tahun berdiam diri 224 00:15:27,093 --> 00:15:28,845 tapi mak cik tahu kamu akan dijaga dengan baik oleh Ceci. 225 00:15:31,013 --> 00:15:33,391 Mak cik tahu mak cik masih dapat lihat kamu membesar 226 00:15:33,474 --> 00:15:35,393 mengikuti setiap langkah kamu. 227 00:15:37,186 --> 00:15:40,022 Mak cik dapat jadi sebahagian daripada hidup kamu. 228 00:15:43,276 --> 00:15:46,112 Mak cik tak tahu jika kamu boleh maafkan mak cik atas perbuatan ini. 229 00:15:47,613 --> 00:15:51,033 Pasti kecoh apabila Pak Cik Felizardo dapat tahu tentang hal ini. 230 00:15:51,117 --> 00:15:54,579 Tiada siapa di rumah ini akan beritahu Pak Cik Felizardo. 231 00:15:57,331 --> 00:15:58,540 Awak faham, Maria? 232 00:15:59,709 --> 00:16:00,918 Itu satu arahan. 233 00:16:19,770 --> 00:16:21,898 Tapi macam mana kalau mak saya... 234 00:16:23,566 --> 00:16:26,444 Macam mana kalau Ceci beritahu dia? 235 00:16:28,863 --> 00:16:29,864 Dia akan beritahukah? 236 00:16:31,115 --> 00:16:33,034 Dia dah lama simpan rahsia ini. 237 00:16:33,117 --> 00:16:34,494 Dia takkan beritahu apa-apa. 238 00:16:35,536 --> 00:16:38,456 Dia bukanlah orang baik dalam cerita ini. 239 00:16:40,374 --> 00:16:43,419 Awak betul-betul fikir mak kita menjaga Angelica 240 00:16:43,503 --> 00:16:45,296 bayi perempuan kulit putih 241 00:16:45,588 --> 00:16:48,299 hanya untuk bantu kawannya dari gereja? 242 00:17:07,151 --> 00:17:09,278 Indahnya. Itu sangat hebat. 243 00:17:10,279 --> 00:17:12,698 Tuhan pasti tersenyum. Itu saja hari ini, kamu boleh pergi. 244 00:17:14,032 --> 00:17:17,537 Rahib Rita, terima kasih kerana bersama kami hari ini. 245 00:17:17,619 --> 00:17:20,205 Suara berbakat awak dah banyak membantu kami. 246 00:17:21,915 --> 00:17:23,291 Tahniah, Vicente. 247 00:17:23,792 --> 00:17:25,461 Suara awak bertambah baik setiap hari. 248 00:17:25,545 --> 00:17:27,296 Saya tak sangka saya boleh menyanyi hari ini. 249 00:17:27,380 --> 00:17:29,924 Risaukan Joana, anakku? Maksud saya, adik. 250 00:17:31,008 --> 00:17:32,301 Berilah masa, adik. 251 00:17:32,385 --> 00:17:34,095 Apabila kita kehilangan orang tersayang 252 00:17:34,178 --> 00:17:35,763 kesakitan itu dirasai buat seketika. 253 00:17:36,556 --> 00:17:38,683 Joana pasti berkabung untuk kakaknya di rumahnya. 254 00:17:39,725 --> 00:17:42,186 Tiada apa yang pelukan daripada kawan baik tak boleh bantu. 255 00:17:50,820 --> 00:17:53,406 Kenapa kamu menilai mak? 256 00:17:53,489 --> 00:17:58,536 Masyarakat hanya benarkan orang seperti kamu dalam kalangan kami 257 00:17:58,619 --> 00:18:00,913 kerana kita ada duit. Tapi itu tak bermakna 258 00:18:00,997 --> 00:18:04,166 mak perlu terima kamu, itu tak bermakna. 259 00:18:04,250 --> 00:18:06,252 Kami anak-anak mak. 260 00:18:06,961 --> 00:18:10,214 - Anak-anak mak. - Kami darah daging mak. 261 00:18:10,298 --> 00:18:12,383 - Kulit kami daripada mak. - Jadi kenapa, Maria? 262 00:18:12,466 --> 00:18:16,095 Apa yang kamu berdua rungutkan? 263 00:18:16,178 --> 00:18:21,392 Mak ibu terbaik yang mak boleh jadi untuk anak-anak mak. 264 00:18:21,475 --> 00:18:23,561 Betulkah ini salah mak? 265 00:18:23,644 --> 00:18:25,688 Apabila mak pandang itu... 266 00:18:25,771 --> 00:18:29,692 Apabila mak pandang kamu berdua 267 00:18:30,735 --> 00:18:33,446 mak tak nampak diri mak dalam kamu. 268 00:18:33,738 --> 00:18:37,366 Mak tak nampak diri mak dalam kamu. Adakah itu salah mak? 269 00:18:37,908 --> 00:18:40,995 Apa masalahnya dengan sentiasa mahukan anak perempuan 270 00:18:41,078 --> 00:18:42,121 yang mirip dengan mak? 271 00:18:42,204 --> 00:18:43,331 Anak perempuan 272 00:18:44,582 --> 00:18:45,666 yang mirip... 273 00:18:47,627 --> 00:18:50,004 Angelica datang kepada mak pada masa yang tepat. 274 00:18:51,547 --> 00:18:53,215 Sangat indah. 275 00:18:53,299 --> 00:18:55,718 Putihnya kulit dia. 276 00:18:57,637 --> 00:18:58,638 Juga... 277 00:19:00,640 --> 00:19:03,059 Dia dibesarkan sama seperti mak. 278 00:19:03,434 --> 00:19:05,728 Dalam imej dan persamaan mak. 279 00:19:05,811 --> 00:19:10,608 Itu tak benar. Saya bukan raksasa yang sama macam mak, faham? 280 00:19:11,400 --> 00:19:13,736 Tiada yang lebih teruk daripada anak yang tak bersyukur. 281 00:19:13,819 --> 00:19:15,279 Tiada apa yang lebih teruk di dunia ini. 282 00:19:15,363 --> 00:19:17,239 Tiada apa yang lebih teruk daripada dengar daripada mak sendiri 283 00:19:17,323 --> 00:19:18,699 perkara yang saya selalu rasa dalam hati. 284 00:19:19,617 --> 00:19:21,494 Tapi akhirnya, apa yang kita boleh harapkan 285 00:19:21,577 --> 00:19:23,454 daripada anak seorang lelaki 286 00:19:24,038 --> 00:19:27,166 - yang jual manusia seperti haiwan? - Apa? 287 00:19:27,792 --> 00:19:30,086 - Apa yang awak cakap ini? - Datuk kita 288 00:19:30,169 --> 00:19:32,296 yang mujurlah tiada siapa antara kita dapat jumpa. 289 00:19:33,089 --> 00:19:35,091 Lelaki itu memperdagangkan orang Afrika. 290 00:19:36,634 --> 00:19:38,844 Ayah kita sembunyikan fakta itu daripada kita kerana sayang. 291 00:19:38,928 --> 00:19:41,889 Jangan berani ludah pinggan yang kamu makan. 292 00:19:41,972 --> 00:19:47,728 Kamu nak buang nama keluarga hanya kerana ayah mak? 293 00:19:47,812 --> 00:19:49,188 Sebab mak tiada hantaran kahwin. 294 00:19:49,271 --> 00:19:52,483 Semua orang tahu, tapi ayah kamu 295 00:19:52,566 --> 00:19:54,694 tak ada nama keluarga pun. 296 00:19:54,985 --> 00:19:58,739 Jadi, kamu perlu hormati datuk kamu, faham? 297 00:19:58,823 --> 00:20:00,866 Dia bekerja keras sepanjang hidupnya. 298 00:20:00,950 --> 00:20:02,535 - Mak kata dia "bekerja"? - Betul. 299 00:20:02,618 --> 00:20:04,537 Bagaimana mak boleh kata begitu kepada kami? 300 00:20:05,371 --> 00:20:09,041 Pandang saya. Mak, pandang Antonio. 301 00:20:10,876 --> 00:20:12,920 Kami berdua orang kulit hitam. 302 00:20:13,838 --> 00:20:17,466 Orang kulit hitam, seperti tawanan yang datuk saya aniaya. 303 00:20:18,467 --> 00:20:21,637 Antonio, saya rasa awak patut halau wanita ini. 304 00:20:21,721 --> 00:20:23,013 Tidak, Maria. 305 00:20:24,098 --> 00:20:26,267 Kita sangat berbeza daripada ibu kandung kita. 306 00:20:28,185 --> 00:20:31,397 Lelaki kulit hitam yang mak tolak seumur hidup mak ini 307 00:20:33,357 --> 00:20:34,775 takkan berkelakuan seperti mak. 308 00:20:37,236 --> 00:20:38,279 Minta diri dulu. 309 00:20:39,321 --> 00:20:40,489 Angelica. 310 00:20:41,741 --> 00:20:43,492 Angelica. 311 00:21:14,023 --> 00:21:15,775 Tidak. Berhenti. Hentikan. 312 00:21:15,858 --> 00:21:18,235 - Hentikan. - Mari, sayang. 313 00:21:18,319 --> 00:21:20,529 - Mari. - Mari, airnya sangat dingin. 314 00:21:28,329 --> 00:21:30,372 Saya tahu saya akan jumpa awak di sini. 315 00:21:33,334 --> 00:21:35,336 Teresa tak suka berenang di sungai. 316 00:21:36,128 --> 00:21:39,089 Dia kata dia lebih suka air jernih. 317 00:21:39,173 --> 00:21:41,258 Sekarang saya faham kenapa. 318 00:21:44,428 --> 00:21:47,723 Tentu sangat sukar memiliki hati yang penuh lumpur. 319 00:22:12,998 --> 00:22:16,502 Maafkan saya. Maaf, saya... 320 00:22:18,963 --> 00:22:21,924 - Tiba-tiba saja, saya cuma... - Saya sangat suka ciuman itu. 321 00:22:26,637 --> 00:22:28,222 Memandangkan saya dah ada di sini... 322 00:22:34,395 --> 00:22:35,396 Mari. 323 00:22:35,563 --> 00:22:36,730 Kenapa? 324 00:22:37,439 --> 00:22:39,692 Awak takut basah? 325 00:22:55,749 --> 00:22:58,669 Awak boleh tengok. Saya tak malu langsung. 326 00:23:08,721 --> 00:23:10,222 Cantiknya. 327 00:23:10,848 --> 00:23:11,849 Awak nak sentuh? 328 00:23:12,391 --> 00:23:13,642 Awak pasti? 329 00:23:21,358 --> 00:23:22,568 Apa pula sekarang? 330 00:23:24,028 --> 00:23:25,321 Saya tak tahu. 331 00:23:25,404 --> 00:23:28,449 Bukankah awak kata awak dah tidur dengan seorang wanita di bar? 332 00:23:30,910 --> 00:23:31,911 Saya tipu. 333 00:23:34,580 --> 00:23:36,123 Jadi apa patut kita buat? 334 00:23:36,498 --> 00:23:37,791 Entahlah. Mari kita cuba. 335 00:24:06,779 --> 00:24:10,866 Akhirnya kita jumpa orang yang paling menyusahkan di dunia ini. 336 00:24:16,121 --> 00:24:17,414 Mak saya, dia... 337 00:24:20,960 --> 00:24:21,961 Dia... 338 00:24:27,091 --> 00:24:28,175 Saya menderita 339 00:24:29,927 --> 00:24:31,428 hanya dengan membayangkannya. 340 00:24:32,680 --> 00:24:34,431 Perasaan Teresa. 341 00:24:35,849 --> 00:24:37,601 Betapa dia rasa tersisih kerana saya. 342 00:24:40,813 --> 00:24:43,315 Kerana janji dungu yang saya buat untuk ayah saya. 343 00:24:45,693 --> 00:24:47,861 Juga kerana mengahwinkan dia dengan lelaki tak guna itu. 344 00:24:52,199 --> 00:24:54,576 Bagaimana kita boleh biarkan perkara itu berlaku, Beja? 345 00:24:54,660 --> 00:24:56,078 Bagaimana? 346 00:25:01,417 --> 00:25:03,919 Kita takkan dapat maafkan diri kita kerana buat begitu, Antonio. 347 00:25:07,631 --> 00:25:09,216 Soal Botelhinho... 348 00:25:11,719 --> 00:25:13,387 Dia akan terima balasannya. 349 00:25:15,139 --> 00:25:16,598 Saya akan pastikannya. 350 00:25:17,099 --> 00:25:18,142 Apa ini? 351 00:25:18,225 --> 00:25:20,185 Beja telah memfailkan tuntutan mahkamah 352 00:25:20,269 --> 00:25:22,646 menuntut bayaran balik segera hantaran kahwin mendiang anaknya. 353 00:25:24,857 --> 00:25:26,650 Apa yang awak mengarut ini? 354 00:25:26,734 --> 00:25:29,319 Beja betul-betul keliru dengan realiti kali ini. 355 00:25:29,403 --> 00:25:32,656 Masa perbicaraan tertulis di sana. Saya minta diri dulu. 356 00:25:34,783 --> 00:25:37,453 Kita perlu pulangkan bahagian yang saya beri kepada ayah. 357 00:25:37,536 --> 00:25:40,414 - Maaf, tapi ayah dah belanjakannya. - Apa saya nak buat sekarang? 358 00:25:40,497 --> 00:25:42,124 Nak berdepan dengan Beja dalam perbicaraan? 359 00:25:42,207 --> 00:25:44,209 Entahlah. Itu masalah kamu. 360 00:26:05,105 --> 00:26:07,691 Awak langsung tak menyakiti saya. Saya janji. 361 00:26:07,775 --> 00:26:10,903 Ya, tapi awak berdarah sedikit. Saya nampak. 362 00:26:11,153 --> 00:26:12,529 Jangan risau tentang itu. 363 00:26:12,821 --> 00:26:14,531 Ia rasa lebih baik 364 00:26:14,615 --> 00:26:16,825 daripada yang saya bayangkan. 365 00:26:18,327 --> 00:26:20,454 Malah, sekarang saya rasa agak berbeza. 366 00:26:20,537 --> 00:26:21,705 Saya juga. 367 00:26:22,790 --> 00:26:26,543 Ada sesuatu yang berubah dalam diri saya dan... 368 00:26:27,169 --> 00:26:28,921 Jika saya suka awak sebelum ini, Joana, sekarang... 369 00:26:31,131 --> 00:26:33,842 untuk seumur hidup saya, awak akan jadi wanita 370 00:26:34,218 --> 00:26:35,803 yang menjadikan saya lelaki sejati. 371 00:26:37,638 --> 00:26:39,348 Hati saya takkan lupa hakikat itu. 372 00:26:41,266 --> 00:26:42,518 Awak boleh bertenang sebab 373 00:26:43,519 --> 00:26:46,313 saya akan cakap dengan datuk saya untuk berbincang dengan ayah awak. 374 00:26:46,396 --> 00:26:48,732 Kita boleh selesaikan masalah perkahwinan ini. 375 00:26:49,399 --> 00:26:50,526 Vicente. 376 00:26:52,236 --> 00:26:53,320 Saya nak belajar. 377 00:26:53,946 --> 00:26:54,947 Serta melancong. 378 00:26:55,030 --> 00:26:57,783 Banyak yang saya nak buat sebelum berkahwin dengan sesiapa. 379 00:26:59,284 --> 00:27:01,245 Tapi ketahuilah yang kita akan sentiasa berkawan. 380 00:27:02,371 --> 00:27:04,373 Hati awak pasti akan bertemu orang baru. 381 00:27:05,958 --> 00:27:07,376 Tubuh awak 382 00:27:08,836 --> 00:27:09,837 dan tubuh saya juga. 383 00:27:11,171 --> 00:27:16,593 Kalau begitu, saya perlu pergi. Hari hampir gelap. 384 00:27:17,386 --> 00:27:18,387 Pergi dulu. 385 00:27:29,523 --> 00:27:30,524 Josefa. 386 00:27:31,316 --> 00:27:32,568 Ikut saya. 387 00:27:32,651 --> 00:27:34,528 Awak patut makan sesuatu. 388 00:27:37,322 --> 00:27:40,033 Saya banyak berfikir tentang apa yang awak kata tentang cinta. 389 00:27:42,161 --> 00:27:43,787 Tapi saya tak bersetuju dengan awak. 390 00:27:46,123 --> 00:27:48,083 Saya rasa cinta tak pernah mati. 391 00:27:49,877 --> 00:27:51,336 Cinta saya pada awak masih hidup. 392 00:27:52,921 --> 00:27:56,717 Mungkin tak macam hubungan antara lelaki dan perempuan 393 00:27:59,261 --> 00:28:01,096 tapi saya sangat cintakan awak, Zefa. 394 00:28:02,639 --> 00:28:05,309 Impian saya dalam hidup ini adalah melihat awak gembira. 395 00:28:17,112 --> 00:28:18,113 Helo, Josefa. 396 00:28:20,699 --> 00:28:21,700 Ze. 397 00:28:22,618 --> 00:28:23,869 Apa yang awak akan buat? 398 00:28:24,119 --> 00:28:27,039 Saya? Tiada apa-apa. 399 00:28:28,498 --> 00:28:29,958 Tetapi kamu berdua akan makan. 400 00:28:31,418 --> 00:28:33,212 Dia mencari saya, untuk bercakap. 401 00:28:37,007 --> 00:28:39,009 Saya bawa Avelino kembali kepada awak 402 00:28:40,177 --> 00:28:42,387 supaya awak tak mendedahkan diri awak. 403 00:28:43,931 --> 00:28:45,599 Saya tak faham. 404 00:28:45,682 --> 00:28:49,019 Buatlah ikut suka awak dengan dia. Setakat di sini. 405 00:28:50,812 --> 00:28:52,606 Tapi jangan dedahkan diri awak di luar sana. 406 00:28:54,566 --> 00:28:57,194 Orang Araxa takkan faham. 407 00:29:06,328 --> 00:29:08,080 Awak betul-betul buat ini untuk saya? 408 00:29:08,372 --> 00:29:09,706 Untuk saya juga. 409 00:29:11,708 --> 00:29:14,461 Sebab saya takkan gembira kalau awak tak gembira. 410 00:29:19,007 --> 00:29:20,759 Awak lelaki yang berbeza kaliber. 411 00:29:23,178 --> 00:29:24,179 Benar-benar istimewa. 412 00:29:24,680 --> 00:29:28,141 Apa yang istimewa cinta saya dan wanita ini. 413 00:29:30,185 --> 00:29:31,645 Anak lelaki yang kami ada bersama. 414 00:29:32,354 --> 00:29:34,356 Rumah yang kami bina. 415 00:29:34,982 --> 00:29:36,483 Sejujurnya 416 00:29:36,566 --> 00:29:40,237 mustahil untuk tinggalkan kisah cinta yang begitu indah. 417 00:29:42,781 --> 00:29:44,324 Awak tak nak makan? 418 00:29:45,409 --> 00:29:47,119 Sayang, ini daging panggang kegemaran awak. 419 00:29:48,161 --> 00:29:50,038 Saya buat khas untuk kamu berdua malam ini. 420 00:29:52,249 --> 00:29:53,250 Saya tak apa-apa. 421 00:29:54,751 --> 00:29:56,378 Saya perlu berehat. 422 00:30:17,899 --> 00:30:21,028 Kita akan mulakan perbicaraan ini, semua. 423 00:30:23,697 --> 00:30:27,367 Pn. Ana Jacinta de Sao Jose 424 00:30:27,451 --> 00:30:29,161 datang ke mahkamah untuk meminta 425 00:30:29,244 --> 00:30:33,457 bayaran balik segera hantaran kahwin yang dia beri kepada Joaquim Botelho 426 00:30:34,291 --> 00:30:37,085 pada majlis perkahwinan yang disebut tadi 427 00:30:37,169 --> 00:30:40,005 dengan anaknya Teresa Tomasia. 428 00:30:40,505 --> 00:30:44,134 - Ada apa-apa untuk diisytiharkan? - Ya, Yang Arif. 429 00:30:44,217 --> 00:30:46,219 Mari mulakan permainan, tak guna. 430 00:30:46,303 --> 00:30:48,263 Saya akan pulangkan duit itu. 431 00:30:49,639 --> 00:30:52,976 - Awak pasti? - Botelhinho. 432 00:30:53,393 --> 00:30:56,480 Jika hakim menutup kes ini, kita tak boleh patah balik. 433 00:30:57,230 --> 00:30:58,231 Saya pasti, Yang Arif. 434 00:30:58,523 --> 00:30:59,775 Saya juga dah dapat duit itu. 435 00:31:00,025 --> 00:31:01,985 Itu pendengaran paling cepat dalam hidup saya 436 00:31:02,069 --> 00:31:03,904 dan saya mungkin takkan terlepas lawatan saya. 437 00:31:06,198 --> 00:31:07,199 Kes ini ditutup. 438 00:31:10,077 --> 00:31:12,204 Sekurang-kurangnya keadilan ditegakkan hari ini. 439 00:31:23,548 --> 00:31:25,092 Berani kamu 440 00:31:25,592 --> 00:31:27,427 jual sebahagian daripada tanah ayah 441 00:31:27,677 --> 00:31:29,971 - untuk bayar balik hantaran kahwin? - Ayah takkan rasa 442 00:31:30,055 --> 00:31:31,848 perasaan dimalukan di khalayak ramai 443 00:31:31,932 --> 00:31:33,517 kerana tak menyempurnakan perkahwinan saya. 444 00:31:34,101 --> 00:31:35,727 Lebih-lebih lagi, saya jual sebahagian 445 00:31:35,811 --> 00:31:37,646 tanah mak saya yang merupakan milik saya. 446 00:31:37,729 --> 00:31:40,107 - Apa? - Ayah yang tak nak beri kepada saya. 447 00:31:40,190 --> 00:31:43,026 Kamu tak tahu cara menguruskan duit, Botelhinho. 448 00:31:43,235 --> 00:31:45,028 Kamu tak pernah suka ladang itu. 449 00:31:45,112 --> 00:31:47,572 Betul. Kenapa berpegang pada sesuatu yang tak berguna? 450 00:31:47,906 --> 00:31:49,825 Ladang lembu, ayam... 451 00:31:50,242 --> 00:31:51,701 Saya nak jadi timbalan, bukan petani. 452 00:31:51,785 --> 00:31:54,621 Kamu perlukan ladang, lembu dan ayam untuk jadi timbalan? 453 00:31:55,455 --> 00:31:57,040 Kenapa tak tanya ayah dulu 454 00:31:57,124 --> 00:32:00,210 kalau-kalau ayah nak beli separuh daripada ladang kamu? 455 00:32:00,627 --> 00:32:01,753 Tolonglah, ayah. 456 00:32:02,546 --> 00:32:03,839 Dengan duit apa? 457 00:32:04,089 --> 00:32:05,590 Ayah dah tak ada duit. 458 00:32:06,299 --> 00:32:07,759 Ayah habiskan duit terakhir ayah. 459 00:32:08,093 --> 00:32:09,761 Jaga-jaga. Ini masih ayah kamu. 460 00:32:09,845 --> 00:32:12,222 - Kamu patut hormat ayah. - Tidak. 461 00:32:12,305 --> 00:32:13,849 Awak yang perlu hormati saya. 462 00:32:14,141 --> 00:32:15,892 Bahagian hantaran yang saya beri adalah 463 00:32:16,184 --> 00:32:18,812 untuk bayar hutang ayah dan ayah tak bayar! 464 00:32:19,146 --> 00:32:20,939 Ayah belanjakan semuanya pada pelacur, bukan? 465 00:32:21,022 --> 00:32:22,149 Tak guna. 466 00:32:23,316 --> 00:32:25,068 Jika keadaan berterusan begini 467 00:32:25,485 --> 00:32:27,529 ayah mungkin kehilangan seluruh ladang 468 00:32:27,612 --> 00:32:29,656 seperti ayah kehilangan rumah agam di Vila Rica. 469 00:32:30,031 --> 00:32:31,992 Kemudian! Bagaimana dengan ayah? 470 00:32:32,409 --> 00:32:33,702 Adakah ayah akan hidup di jalanan? 471 00:32:33,910 --> 00:32:35,287 Itu masalah ayah. 472 00:32:35,912 --> 00:32:39,207 Ayah cakap begitu kepada saya semasa tinggalkan saya tanpa apa-apa. Ingat? 473 00:32:40,792 --> 00:32:42,169 Tak mengapa, ayah tetap hidup. 474 00:32:42,502 --> 00:32:44,463 Ayah benar-benar perlukan wang, Botelhinho. 475 00:32:45,338 --> 00:32:47,674 Bagaimana dengan rumah di atas kedai surat khabar itu? 476 00:32:47,757 --> 00:32:49,176 Ayah boleh lupakan rumah itu. 477 00:32:49,342 --> 00:32:50,969 Saya dah jual rumah itu semasa saya berpindah ke estet itu. 478 00:32:51,052 --> 00:32:52,554 Wang itu digunakan untuk bayar penginapan saya di sini. 479 00:32:55,807 --> 00:32:56,808 Jadi? 480 00:32:57,601 --> 00:32:58,602 Adakah ini 481 00:32:59,269 --> 00:33:00,770 barang kemas mak kamu? 482 00:33:00,854 --> 00:33:01,855 Jangan sentuh! 483 00:33:02,898 --> 00:33:04,524 Ini antara barang yang dia beri kepada saya 484 00:33:04,608 --> 00:33:07,444 semasa dia sakit, dia tahu ayah akan berikannya 485 00:33:07,527 --> 00:33:09,321 kepada pelacur yang ayah suka tiduri. 486 00:33:09,404 --> 00:33:11,865 Kamu si dungu biasa. 487 00:33:12,282 --> 00:33:14,534 Kamu cuma wartawan tak guna. 488 00:33:15,118 --> 00:33:18,455 Tinggal di rumah pelacuran, berpakaian seperti pemandu dungu. 489 00:33:19,122 --> 00:33:20,415 Di kampung terpencil 490 00:33:20,499 --> 00:33:23,126 yang tiada siapa tahu kewujudannya. 491 00:33:23,210 --> 00:33:24,419 Itulah diri kamu. 492 00:33:25,587 --> 00:33:27,672 Kalaulah kamu tahu sikat rambut betul-betul 493 00:33:28,340 --> 00:33:31,092 mak kamu takkan rasa malu dengan kamu sepanjang hayatnya. 494 00:33:32,719 --> 00:33:34,971 Sebab dia sangat malu dengan kamu. 495 00:33:36,306 --> 00:33:38,183 Tentu dia tak tenang dalam kuburnya sekarang. 496 00:33:51,321 --> 00:33:54,616 Saya tak pernah lihat hakim pergi begitu banyak lawatan kerja. 497 00:33:54,699 --> 00:33:58,286 Sebab saya seorang saja hakim yang awak kenal, sayang. 498 00:33:59,955 --> 00:34:02,958 Sekarang lepaskan saya sebab perjalanan saya masih jauh. 499 00:34:03,041 --> 00:34:04,125 Cium saya. 500 00:34:06,253 --> 00:34:07,254 Pergi dulu. 501 00:34:33,112 --> 00:34:34,406 Santo kesayanganku 502 00:34:35,197 --> 00:34:36,616 patutkah saya keluar ke jalanan? 503 00:34:37,701 --> 00:34:39,744 Suami saya tak berani nak arahkan saya 504 00:34:39,828 --> 00:34:41,329 duduk di dalam rumah pun. 505 00:34:43,290 --> 00:34:44,373 Atau saya patut kurung diri sendiri? 506 00:34:45,208 --> 00:34:47,710 Untuk mematuhi arahan yang tak pernah diberi kepada saya? 507 00:34:54,509 --> 00:34:56,011 Dengan semua kebosanan ini? 508 00:34:56,094 --> 00:34:57,721 Itu bukan soalan. 509 00:34:57,971 --> 00:35:00,432 Saya takkan duduk di rumah sendirian, saya akan keluar. 510 00:35:53,193 --> 00:35:56,571 Vicente, awak perlu pegang nota itu lebih lama. 511 00:35:59,282 --> 00:36:00,575 Baguslah. 512 00:36:01,451 --> 00:36:03,244 Hari ini hari yang produktif. 513 00:36:03,328 --> 00:36:05,872 Kamu boleh pergi sekarang, tapi berlatih di rumah, semua. 514 00:36:08,041 --> 00:36:09,501 Nenek? 515 00:36:09,584 --> 00:36:11,002 Saya gembira nenek datang. 516 00:36:11,544 --> 00:36:15,298 Mereka tanya tentang nenek, saya kata datuk dan nenek tak sabar 517 00:36:15,382 --> 00:36:18,843 nak dengar lagu yang sama sepanjang masa. 518 00:36:18,927 --> 00:36:20,095 Vicente... 519 00:36:21,179 --> 00:36:23,098 Siapa biarawati di sana itu? 520 00:36:23,973 --> 00:36:28,228 Itu Rahib Rita. Dia yang mengetuai koir sekarang. 521 00:36:34,859 --> 00:36:39,656 - Sejak bila kamu pakai jubah? - Mak. Lama tak jumpa. 522 00:36:40,740 --> 00:36:45,453 Mak tak pernah bayangkan kamu melafazkan ikrar kamu, Carminha. 523 00:36:45,662 --> 00:36:48,081 Nama saya Rita sekarang. Rahib Rita. 524 00:36:49,124 --> 00:36:52,210 Kematian yang saya cetuskan di gereja ini membawa saya ke biara. 525 00:36:53,253 --> 00:36:55,880 Itu satu-satunya cara untuk kurangkan rasa bersalah saya. 526 00:36:55,964 --> 00:36:57,006 Tapi kalau kamu menjadi biarawati 527 00:36:57,632 --> 00:37:00,468 - macam mana suami kamu? - Dia leka dalam kehidupan dunia. 528 00:37:01,428 --> 00:37:04,681 Betul kata mak semasa mak cakap kepada saya pada hari kami pergi. 529 00:37:05,348 --> 00:37:07,684 Dipinggirkan dalam masyarakat adalah sangat teruk. 530 00:37:07,976 --> 00:37:11,229 Kenapa kamu kembali ke Araxa, Carminha? 531 00:37:11,312 --> 00:37:13,690 Tuhan berbisik di telinga saya. 532 00:37:14,441 --> 00:37:17,318 Selepas begitu banyak dedikasi, Dia berikan saya hadiah ini. 533 00:37:17,402 --> 00:37:20,029 Dia beritahu saya dalam mimpi yang saya boleh jumpa anak saya. 534 00:37:20,113 --> 00:37:21,614 Vicente tak perlukan kamu lagi. 535 00:37:22,282 --> 00:37:24,826 Sekarang dia ada mak. Dia juga ada ayah kamu. 536 00:37:26,077 --> 00:37:28,872 Saya datang untuk jumpa mak juga. Ibu bapa saya. 537 00:37:28,955 --> 00:37:31,583 Kamu dah jumpa mak. Sekarang kamu boleh pergi. 538 00:37:32,083 --> 00:37:34,294 Mak, tolong jangan pergi. 539 00:37:35,086 --> 00:37:38,339 Saya sangat rindukan kamu berdua. Saya betul-betul nak jumpa ayah saya. 540 00:37:38,423 --> 00:37:40,884 Dia ada lawatan kerja dan akan ambil masa yang lama. 541 00:37:42,177 --> 00:37:44,345 Jangan biarkan biara kamu menunggu. 542 00:37:44,429 --> 00:37:45,889 Saya takkan tinggalkan gereja ini 543 00:37:45,972 --> 00:37:47,682 sehingga koir itu dah betul-betul selaras. 544 00:37:47,807 --> 00:37:49,309 Sebab saya dah janji dengan Paderi Otavio. 545 00:37:50,226 --> 00:37:51,227 Carminha. 546 00:37:51,895 --> 00:37:53,897 Walaupun kamu berkahwin dengan Jesus 547 00:37:53,980 --> 00:37:56,191 kamu masih akan jadi pelarian. 548 00:37:57,192 --> 00:37:58,318 Jadi lebih baik 549 00:37:58,401 --> 00:38:00,695 kamu hilangkan diri selama-lamanya. 550 00:38:01,154 --> 00:38:02,322 Lebih-lebih lagi 551 00:38:03,031 --> 00:38:07,285 jangan berani beritahu Vicente apa-apa tentang diri sebenar kamu. 552 00:38:07,911 --> 00:38:08,953 Faham? 553 00:38:10,872 --> 00:38:12,916 Lagi satu. 554 00:38:12,999 --> 00:38:15,543 Jangan bawa tabiat kamu di taman juga. 555 00:38:15,627 --> 00:38:17,796 Orang mungkin cam kamu dan laporkan tentang kamu. 556 00:38:18,755 --> 00:38:20,089 Lagi satu. 557 00:38:20,173 --> 00:38:21,716 Apabila ayah kamu kembali ke sini 558 00:38:21,800 --> 00:38:23,593 dan kamu akhirnya puas hati melihat dia 559 00:38:24,219 --> 00:38:25,220 dari jauh... 560 00:38:26,513 --> 00:38:28,056 Lebih baik kamu kembali ke biara kamu. 561 00:38:28,681 --> 00:38:29,724 Lagipun 562 00:38:30,475 --> 00:38:34,187 pelarian tak mahu ditemui oleh polis. 563 00:38:35,939 --> 00:38:36,940 Betul? 564 00:38:42,362 --> 00:38:43,947 Kolonel Botelho? 565 00:38:50,954 --> 00:38:52,872 Awak bertengkar dengan ayah awak. 566 00:38:52,956 --> 00:38:54,499 Boleh saya tahu sebabnya? 567 00:38:54,582 --> 00:38:58,253 Saya jual bahagian ladang saya yang diwarisi daripada ibu saya. 568 00:38:58,878 --> 00:39:00,713 Itu satu-satunya cara yang saya boleh fikirkan 569 00:39:00,797 --> 00:39:02,966 untuk dapatkan wang supaya saya boleh pulangkan wang hantaran Beja. 570 00:39:03,550 --> 00:39:04,676 Puan... 571 00:39:05,218 --> 00:39:06,344 Awak ada nampak kolonel? 572 00:39:06,427 --> 00:39:10,431 Saya berada di kaunter dan saya dengar pertengkaran mereka. 573 00:39:10,515 --> 00:39:12,976 Saya nampak kolonel turun ke bawah dalam keadaan marah. 574 00:39:13,059 --> 00:39:14,602 Dia ada cakap apa-apa pada awak? 575 00:39:14,686 --> 00:39:17,146 Tidak. Dia bayar dan terus pergi. 576 00:39:17,772 --> 00:39:19,774 Seumur hidup saya, saya cuba buktikan diri 577 00:39:19,858 --> 00:39:21,234 dan patut dibanggakan 578 00:39:22,735 --> 00:39:23,820 tapi saya tak pernah berjaya. 579 00:39:34,414 --> 00:39:36,249 Satu lagi pukulan ke kepala. 580 00:39:36,833 --> 00:39:38,626 Awak rasa ada kaitan di situ? 581 00:39:38,710 --> 00:39:40,670 Maksud saya, dengan pembunuhan pelacur. 582 00:39:41,296 --> 00:39:44,173 Kolonel Botelho orang terakhir yang dilihat bersama Doroteia. 583 00:39:45,133 --> 00:39:47,093 Semuanya menunjukkan yang dia menipu kita. 584 00:39:47,760 --> 00:39:50,471 - Jika kita berbohong... - Sebab awak tahu terlalu banyak. 585 00:39:51,055 --> 00:39:53,600 Mungkinkah dia dibunuh untuk tutup mulutnya? 586 00:39:55,059 --> 00:39:57,228 Kita akan tahu tak lama lagi. 587 00:39:57,353 --> 00:39:58,354 Yakah? 588 00:39:59,772 --> 00:40:04,068 Siapa yang ada motif jelas untuk membunuh Kolonel Botelho? 589 00:40:05,486 --> 00:40:08,448 Terima kasih kerana menjawab permintaan kami dengan segera. 590 00:40:10,617 --> 00:40:14,037 Nampaknya awak tak nak beri saya masa untuk berehat, bukan? 591 00:40:14,120 --> 00:40:16,581 - Awak juga tak beri orang lain masa. - Januario. 592 00:40:17,248 --> 00:40:18,291 Serahkan kepada saya. 593 00:40:18,374 --> 00:40:20,460 - Apa yang dia cakapkan? - Motif. 594 00:40:21,794 --> 00:40:23,379 Terdapat banyak motif di sini. 595 00:40:23,463 --> 00:40:24,881 Apa motif yang awak maksudkan? 596 00:40:24,964 --> 00:40:27,258 Olivia khianati awak sebelum dia dibunuh. 597 00:40:28,259 --> 00:40:30,803 Doroteia dan kami dah periksa. 598 00:40:31,346 --> 00:40:34,223 Dia dah tak jadi pelacur paling dicari di wilayah ini 599 00:40:34,307 --> 00:40:35,308 selepas Estet Jatoba 600 00:40:35,391 --> 00:40:36,768 tenggelamkan dia dan rampas perniagaannya. 601 00:40:37,101 --> 00:40:40,563 Jelas sekali dia sangat marah tentang pembuka selera... 602 00:40:40,980 --> 00:40:42,899 selepas awak panggil semua gadis itu, Cik Puan Beja. 603 00:40:44,859 --> 00:40:46,444 Tak lama selepas itu, dia dibunuh. 604 00:40:49,155 --> 00:40:51,282 Luzia dari Campo Alegre. 605 00:40:52,241 --> 00:40:55,620 Kami masih siasat dia untuk tahu jika awak juga ada kaitan dengan dia. 606 00:40:56,454 --> 00:40:57,914 Tapi Kolonel Botelho 607 00:40:58,206 --> 00:41:02,126 bukan saja ada kaitan dengan awak, tapi juga sangat terdesak 608 00:41:02,210 --> 00:41:06,089 kerana awak tuntut hantaran kahwin anak awak 609 00:41:07,090 --> 00:41:08,883 dan dia kehilangan tanah disebabkan permintaan itu. 610 00:41:09,384 --> 00:41:11,427 Lelaki terdesak dalam hidup ini 611 00:41:12,011 --> 00:41:13,721 macam lembu jantan liar. 612 00:41:14,472 --> 00:41:16,641 Untuk menjinakkannya, hanya kekuatan yang berkesan. 613 00:41:17,433 --> 00:41:19,560 Kadangkala, banyak kekuatan. 614 00:41:21,104 --> 00:41:23,398 Apa maksud awak, encik? 615 00:41:25,483 --> 00:41:27,944 Awak bukan lagi mangsa yang berpotensi 616 00:41:29,445 --> 00:41:33,241 tapi telah menjadi suspek utama bagi pembunuhan pelacur.